sivik - adat perkahwinan melayu

10
Adat Perkahwinan Melayu Cara-cara 1. Merisik atau menengok Sebaik sahaja ibu bapa seseorang lelaki memutuskan bahawa anaknya cukup umur untuk berkahwin, mereka akan mencari-cari pasangan yang sesuai untuk dijadikan isteri anaknya. Biasanya calon dipilih bedasarkan keturunan, pendidikan agama, kecantikan, dan hubungan kekeluargaan. Tanggungjawab untuk memilih pengantin perempuan jatuh kepada ibu bapa pada keseluruhannya. Bagi pihak lelaki, ibu bapa mungkin menyenaraikan beberapa calon untuk dipilih, dengan persetujuan anak lelaki mereka atau sebaliknya. Bagaimanapun, kini sebilangan orang Melayu khususnya mereka yang berpendidikan barat, membiarkan pilihan isteri hampir pada keseluruhannya kepada anak-anak lelaki mereka. Menurut adat resam perkahwinan Melayu, ibu bapa akan mengendalikan tugas memilih pengantin perempuan untuk anak lelaki mereka dengan teliti. Selepas mereka memilih beberapa orang anak dara yang sesuai, mereka akan memulakan penyiasatan dengan menanya kawan- kawan dan saudara-saudara mereka serta anak-anak dara yang terpilih. Dalam pemilihan mereka, ibu bapa anak lelaki memerlukan bahawa bukan sahaja sifat dan tingkah laku anak dara itu tetapi juga ibu bapanya dapat diterima kerana mereka memegang teguh kepada peribahasa, "Kalau hendak meminang anak, 'pinang' ibu bapanya dahulu." Antara sifat-sifat yang paling dikagumi oleh bakal mertua pada zaman dahulu (dan masih oleh sebilangan orang pada hari ini) ialah kemahiran rumah tangga seperti memasak dan

Upload: dinieadriana

Post on 18-Jul-2015

76 views

Category:

Lifestyle


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sivik - Adat Perkahwinan Melayu

Adat Perkahwinan Melayu

Cara-cara

1. Merisik atau menengok

Sebaik sahaja ibu bapa seseorang lelaki memutuskan bahawa anaknya cukup

umur untuk berkahwin, mereka akan mencari-cari pasangan yang sesuai untuk dijadikan isteri

anaknya. Biasanya calon dipilih bedasarkan keturunan, pendidikan agama, kecantikan, dan

hubungan kekeluargaan. Tanggungjawab untuk memilih pengantin perempuan jatuh kepada ibu

bapa pada keseluruhannya. Bagi pihak lelaki, ibu bapa mungkin menyenaraikan beberapa calon

untuk dipilih, dengan persetujuan anak lelaki mereka atau sebaliknya. Bagaimanapun, kini

sebilangan orang Melayu khususnya mereka yang berpendidikan barat, membiarkan pilihan isteri

hampir pada keseluruhannya kepada anak-anak lelaki mereka.

Menurut adat resam perkahwinan Melayu, ibu bapa akan mengendalikan tugas memilih

pengantin perempuan untuk anak lelaki mereka dengan teliti. Selepas mereka memilih beberapa

orang anak dara yang sesuai, mereka akan memulakan penyiasatan dengan menanya kawan-

kawan dan saudara-saudara mereka serta anak-anak dara yang terpilih. Dalam pemilihan mereka,

ibu bapa anak lelaki memerlukan bahawa bukan sahaja sifat dan tingkah laku anak dara itu tetapi

juga ibu bapanya dapat diterima kerana mereka memegang teguh kepada peribahasa, "Kalau

hendak meminang anak, 'pinang' ibu bapanya dahulu."

Antara sifat-sifat yang paling dikagumi oleh bakal mertua pada zaman dahulu (dan masih

oleh sebilangan orang pada hari ini) ialah kemahiran rumah tangga seperti memasak dan

Page 2: Sivik - Adat Perkahwinan Melayu

menjahit. Bagaimanapun, pencapaian yang paling disanjung ialah keupayaan anak dara untuk

membaca al-Quran dengan fasih dan merdu. Tidak terdapat sebarang pencapaian pendidikan

ketika itu yang lebih penting, termasuk juga kenal huruf dalam bahasa Melayu.

Selepas membuat keputusan tentang bakal menantu perempuan berdasarkan maklumat-

maklumat yang dikumpulkan dan sebelum meminang, ibu bapa anak lelaki akan membuat

penyiasatan terakhir dengan menghantar sebilangan kawan atau saudara (biasanya wanita) ke

rumah anak dara itu untuk mengenalnya secara peribadi. Biasanya, utusan-utusan itu dihantar ke

rumah anak dara tanpa sebarang pengumuman kerana adanya makna khusus untuk kunjungan

tanpa persediaan itu. Orang Melayu pada zaman dahulu (serta sebilangan kecil di kawasan luar

bandar pada hari ini) mempercayai bahawa pada ketibaan utusan-utusan di rumah anak dara itu,

gadis itu sedang mandi atau mencuci, ini merupakan petanda yang bertuah untuk masa hadapan

perkahwinan kedua-dua orang muda itu. Sebaliknya, jika gadis itu didapati masak di dapur, ia

merupakan petanda yang kurang baik. Orang Melayu pada zaman dahulu juga mempercayai

bahawa jika perjalanannya ke rumah anak dara lambat atau dihalang atas sebarang sebab atau

kemalangan, ia merupakan petanda bahawa masa depan perkahwinan itu tidak begitu bahagia.

Bagaimanapun, ini tidak lagi diambil berat oleh kebanyakan orang Melayu, termasuk juga

mereka yang tinggal di kawasan luar bandar.

Pada akhir kajian dan selepas menilai, ibu bapa anak lelaki itu akan mengadakan majlis

kecil antara keluarga kedua-dua pihak serta bersama-sama saudara-saudara rapat untuk

memutuskan hari yang baik untuk meminang.

2. Meminang atau bertunang

Ibu bapa bakal pengantin lelaki kemudian menugaskan sebilangan orang tua yang rapat

untuk bertemu dengan ibu bapa anak perempuan agar mendapat persetujuan. Ibu bapa anak

perempuan akan meminta sedikit masa demi adat untuk membuat pertimbangan atas alasan

bahawa mereka harus berunding dengan saudara-saudara mereka (walaupun mereka telah tahu

tentang kunjungan utusan sebelum ketibaannya, dan telah memberikan persetujuan). Ini mungkin

mengambil masa beberapa hari atau paling lama, seminggu. Ibu bapa anak perempuan kemudian

menugasi sebilangan saudara yang terdiri daripada kedua-dua lelaki dan perempuan, untuk

menyampaikan keputusan mereka untuk menerima pinangan. Dan adalah semasa ini bahawa

syarat-syarat perkahwinan seperti hantaran kahwin, belanja, hari upacara perkahwinan, dan

sebagainya dibincangkan dan diselesaikan. Inilah sebabnya utusan merangkumi orang-orang

lelaki.

Page 3: Sivik - Adat Perkahwinan Melayu

Pada zaman silam, dan pada takat yang tidak begitu biasa pada hari ini, adat menghantar

tanda mendahului adat menghantar mas kahwin dan belanja, khususnya jika upacara

melangsungkan perkahwinan ditangguhkan selama beberapa bulan. Tanda itu biasanya adalah

dalam bentuk cincin emas atau berlian, dengan nilainya bergantung kepada kehendak hati serta

keupayaan kewangan keluarga lelaki. Tanda itu biasanya diiringi oleh hadiah-hadiah yang lain

kepada bakal pengantin perempuan, seperti kain, sarung atau kasut, gula-gula, buah-buahan, dan

sebagainya.

Penghantaran tanda biasanya disertai dengan majlis kenduri oleh kedua-dua keluarga.

Sesetengah orang juga menyampaikan cincin dan hadiah-hadiah yang lain dengan cara

mengadakan perarakan ke rumah bakal pengantin perempuan. Penerimaan cincin dan hadiah-

hadiah iringan secara tradisi bermaksud penerimaan syarat-syarat perkahwinan yang berikut

antara kedua-dua pihak:

Jika lelaki itu, atas apa-apa alasan, gagal untuk mengahwini anak perempuan yang

ditunangkan, cincin pertunangan serta hadiah-hadiah yang lain tidak boleh dituntut balik.

Jika perempuan itu, atas apa-apa alasan kecuali kematiannya, gagal memenuhi tujuan

pertunangan itu, maka semua hadiah, termasuk cincin pertunangan, harus dikembalikan

kepada lelaki pada kadar sekali ganda, baik dari segi bilangan atau nilainya.

Inilah adat yang telah diikuti oleh orang-orang Melayu sejak dari zaman silam. Terdapat

juga dua cara pertunangan yang lain selain daripada cara yang tersebut di atas, iaitu:

Pertunangan antara dua buah keluarga yang amat rapat atau bersaudara tanpa cincin

pertunangan atau persetujuan bertulis ketika anak-anak mereka masih bayi atau kanak-

kanak lagi.

Page 4: Sivik - Adat Perkahwinan Melayu

Pertunangan yang dibuat untuk memenuhi kehendak salah seorang mendiang ibu bapa (baik

secara lisan sebelum kematiannya atau melalui wasiat tertulis). Cara ini amat dihormati oleh

orang-orang Melayu.

3. Menghantar belanja dan akad

Pada zaman dahulu, istiadat menghantar mas kahwin dan belanja perkahwinan diadakan

sehari atau dua (kekadang lebih lama) sebelum upacara akad, tetapi kini diadakan bersama-sama,

mungkin untuk mengurangkan perbelanjaan. Selain daripada mas kahwin dan belanja

perkahwinan tersebut, barang-barang yang berikut juga dihantar:

cincin yang bertatahkan batu permata

kain sutera yang mencukupi untuk menjahit sehelai baju perempuan

dua helai sarung sutera

beraneka jenis kuih

beraneka jenis buah-buahan

puan (mangkuk sirih) atau kotak sirih yang dilengkapi dengan bahan-bahan (ini bukannya

hadiah tetapi akan dipulangkan)

satu atau dua buah cerek air mawar yang diperbuat daripada logam

perak atau loyang (juga akan dipulangkan)

Kesemua barang tersebut mengiringi perarakan pengantin lelaki ke rumah pengantin

perempuan untuk melangsungkan upacara perkahwinan. Untuk upacara akad, pengantin lelaki

pada zaman silam memakai pakaian haji atau pakaian bangsa Melayu yang mudah. Upacara akad

Page 5: Sivik - Adat Perkahwinan Melayu

sebenarnya adalah satu-satunya istiadat yang diperlukan oleh agama Islam dan undang-

undang untuk menghalalkan perkahwinan. Upacara-upacara amal yang lain hanya merupakan

keperluan adat resam.

Pada ketibaan perarakan pengantin lelaki ke rumah pengantin perempuan, anggota-

anggota perarakan disambut masuk ke rumah. Pengantin lelaki berduduk di atas sehelai tikar sila

di bahagian utama ibu rumah, berdekatan imam. Barang-barang yang dibawanya dibariskan di

tengah ibu rumah antara dua baris tetamu yang berduduk, dengan wang belanja, cincin, serta

puan di hadapan baris.

Imam kemudian memilih dua orang wakil daripada tetamu-tetamu untuk menerima dan

menyemak hantaran, serta untuk menjadi saksi kepada upacara akad nikah. Selepas barang-

barang itu disemak dan diterima oleh imam bagi pihak ibu bapa pengantin perempuan, kesemua

barang itu, kecuali puan serta cerek air mawar dan dulang bunga rampai (jika disediakan),

dihantar kepada kaum perempuan. Imam kemudian mendaftarkan nama pengantin lelaki ke

dalam sebuah buku, dan selepas kemasukan itu ditandatangani oleh pengantin lelaki serta kedua-

dua saksi tersebut, imam akan membaca upacara perkahwinan dalam bahasa

Arab (bagaimanapun, pada hari ini, sebilangan besar imam Melayu yang bersikap wajar

membaca upacara dalam bahasa yang difahami oleh pengantin lelaki dan para hadirin). Pada

akhir upacara, imam memegang tangan kanan pengantin lelaki dan mengisytiharkan kenyataan

akad kepadanya, mula-mulanya dalam bahasa Arab (tidak wajib) dan kemudian dalam bahasa

Melayu:

"... bin ..., aku nikahkan dikau dengan ... binti ... yang telah memperwakili ia akan daku

dengan mas kahwinnya sebanyak $... (tunai/berhutang) dan belanjanya $..."

Adat resam mengizinkan mas kahwin dihutang dengan tarikh pembayarannya tidak

disebut. Oleh itu, imam akan menambahkan perkataan "berhutang" atau "tunai" sejurus selepas

menyatakan jumlah mas kahwin dalam kenyataan akadnya. Imam kemudian berjabat tangan

dengan pengantin lelaki sebagai tanda untuknya menjawab tanpa teragak-agak atau kesilapan:

"Aku terima nikahnya ... binti ... dengan mas kahwinnya $... (tunai/berhutang) dan belanjanya

$..."

Jika jawapan pengantin lelaki disebut dengan tidak teragak-agak serta dengan jelas

kepada mereka yang duduk berdekatannya, khususnya oleh kedua-dua saksi, jadi upacara akad

dikira sah.

Page 6: Sivik - Adat Perkahwinan Melayu

Selepas upacara akad, pengantin lelaki akan berjabat tangan dengan semua tetamu,

bermula dengan imam dan bapa mertuanya, jika dia menghadiri majlis itu. Pengantin lelaki

diiringi balik ke rumahnya dan tetamu-tetamu lalu dihidangkan dengan jamuan.

Pakaian

Kaum wanita Melayu kebiasaanya memakai baju kurung manakala kaum lelaki

mengenakan baju melayu semasa hari perkahwinan. Warna yang selalu menjadi pilihan bakal

pengantin adalah putih kerana putih melambangkan kesucian percintaan mereka namun ada juga

pasangan pengantin memilih pakaian berwarna selain putih seperti merah, biru, ungu dan hijau.

Tradisi

1. Berandam dan berasah gigi

Berandam dan berasah gigi diamalkan pada zaman dahulu, bersama-sama istiadat yang

berkenaan, tiga hari atau lebih sebelum hari akad nikah. Rambut pengantin perempuan

di dahi serta bulu keningnya dipepat (seringnya, pengantin lelaki juga mengamalkan adat ini).

Kemudian, gigi pengantin perempuan diasah dan dikilap supaya menjadikannya sama rata dan

berkilat. Tugas ini dilakukan oleh seorang tukang andam yang juga merupakan "emak pengantin"

(bukan ibu sebenar).

Page 7: Sivik - Adat Perkahwinan Melayu

Bagaimanapun, amalan ini kini sudah lapuk, dan hanya adat berandam diamalkan oleh

pengantin perempuan di kawasan luar bandar pada hari ini (pengantin lelaki tidak lagi

mengamalkan adat ini), manakala orang bandar Melayu lebih suka menghantar bakal pengantin

perempuan ke kedai solek yang banyak terdapat di semua bandar di Malaysia. Walaupun

demikian, di kawasan-kawasan terpencil, masih terdapat orang Melayu yang mematuhi

peribahasa, "Biar mati anak, jangan mati adat".

Selepas berandam, pengantin perempuan akan mandi dengan air sintuk-limau yang

dianggap secara tradisi sebagai dapat menghapuskan nasib malang pada pengantin perempuan.

Selepas mandi istidat itu dan sebelum bakal pengantin perempuan tidur pada malam yang

sama, sepuluh hujung jarinya dan pusat kedua-dua tapak tangan serta pinggir tapak kaki diinai

dan dibiarkan kering sehingga pagi berikut. Ini adalah amalan berinai yang sebenar dan

mendahului apa yang dikenali sebagai istiadat berinai.

2. Istiadat berinai

Istiadat berinai terdiri daripada tiga peringkat:

Berinai curi diadakan pada waktu petang hari selepas hari tangan dan kaki bakal

pengantin perempuan diinai. Bakal pengantin perempuan dihiasi dan didudukkan di atas

pelamin. Kaedah yang dihuraikan di bahagian berinai besar dipatuhi.

Berinai kecil yang diadakan pada waktu petang hari selepas hari berinai curi. Kaedahnya

sama sahaja dengan berinai curi.

Berinai besar

- Ketika pengantin lelaki tiba di rumah pengantin perempuan dalam pakaian

pengantin, dia didudukkan di atas pelamin yang terletak di hadapan sekumpulan

tetamu (kebanyakannya wanita), saudara rapat, jiran, dan kawan keluarga

pengantin perempuan. Di hadapan pengantin lelaki terletak sebuah dulang

berkekaki yang besar yang mengandungi tiga buah pinggan, bersama-sama

beberapa tangkai daun wangi. Pinggan-pinggan itu masing-masing

mengandunginasi kunyit, bertih, dan air daun setawar kisar. Di tengah dulang itu

terletak selonggok pes inai.

- Istiadat berinai besar bermula dengan para tetamu lelaki naik ke pelamin, satu

demi satu, untuk membuang sedikit nasi kunyit pada sebelah kiri kanan pengantin

lelaki. Perbuatan yang sama kemudian dilakukan dengan bertih. Ini diikuti oleh

tangkai daun wangi yang dicelupkan ke dalam air daun setawar dan kemudian

digunakan untuk menyentuh kedua-dua belakang tangan pengantin lelaki.

Page 8: Sivik - Adat Perkahwinan Melayu

- Akhirnya, tetamu akan mengambil sedikit pes inai dari longgok di tengah dulang

dan selepas meletakkannya pada daun sirih yang disediakan oleh emak pengantin,

akan meletakkannya pada tapak tangan pengantin lelaki. Daun sirih itu bertujuan

untuk mengelakkan mengotorkan tangan pengantin. Sejurus selepas ini, emak

pengantin akan merapatkan kedua-dua tangan pengantin dan menaikkannya pada

aras dada sebagai tanda menyembah kepada tetamu yang melakukan istiadat ini.

Istiadat ini biasanya dilakukan oleh semua tetamu yang minat, tetapi bilangan

mereka harus merupakan bilangan ganjil dan bukannya genap.

- Ketika tetamu lelaki telah siap, para tetamu perempuan akan turut menjalankan

istiadat ini dengan cara yang tepat sama. Selepas semua tetamu yang minat telah

menjalankan istiadat ini, seorang wakil daripada kalangan tetamu lelaki akan ke

depan untuk membaca doa selamat. Pengantin lelaki kemudian akan pulang ke

rumah sendiri, dan pengantin perempuan turut didudukkan di atas pelamin untuk

menjalankan istiadat yang sama. Istidat ini diakhiri seperti biasa dengan jamuan

kari dan nasi.

- Kenduri berinai besar adalah jauh lebih besar, berbanding dengan kenduri berinai

curi dan kenduri berinai kecil. Selain itu, pengantin lelaki tidak terlibat dalam

istiadat berinai di rumah pengantin perempuan bagi isitiadat berinai curi dan

berinai kecil. Sesetengah pengantin lelaki Melayu pada zaman silam juga

menjalankan istiadat berinai di rumah sendiri tetapi istiadat ini tidak lagi

dijalankan.

Page 9: Sivik - Adat Perkahwinan Melayu

3. Bersanding

Bersanding bermaksud duduk bersebelah-sebelahan di satu tempat yang istimewa.

Amalan ini dianggap sebagai kemuncak majlis perkahwinan dalam adat resam kahwin Melayu.

Bersanding adalah acara terpenting dan sekali seumur hidup bagi sepasang pengantin. Majlis

perkahwinan tidak dikira lengkap jika kedua-dua mempelai tidak disandingkan di atas pelamin.

Biasanya majlis persandingan diingati sampai bila-bila dan merupakan 'detik abadi' yang patut

dikenang.

4. Mandi limau

Sebelum istiadat mandi limau dijalankan, terdapat satu adat yang amat penting pada

zaman silam. Pada awal pagi selepas malam bersatu, emak pengantin akan menanyakan bukti

yang konkrit daripada pengantin lelaki tentang keperawanan pengantin perempuannya. Mengikut

adat, pengantin lelaki akan menyerahkan sehelai sapu tangan berwarna putih yang memberikan

bukti yang diperlukan. Emak pengantin kemudian akan menunjukkan sapu tangan itu mula-

mulanya kepada ibu bapa pengantin perempuan dan kemudian yang paling penting sekali kepada

ibu bapa pengantin lelaki. Bukti tentang keperawanan pengantin perempuan adalah amat penting

kepada orang Islam umumnya. Penyerahan bukti sebelum istidat mandi limau adalah wajib dan

amat penting sehingga ketiadaan bukti hampir selalu menimbulkan masalah yang seringnya

mengakibatkan perceraian serta-merta.

Page 10: Sivik - Adat Perkahwinan Melayu

Selepas kedua-dua pasangan ibu bapa pengantin lelaki dan pengantin perempuan telah

memuaskan diri tentang kesucian pengantin perempuan, istiadat mandi limau akan dijalankan.

Kedua-dua suami isteri sekali lagi berduduk di atas pelamin dalam pakaian yang terbaik di

hadapan sekumpulan tetamu yang terdiri daripada saudara, jiran, dan kawan rapat kedua-dua

keluarga. Untuk istiadat ini, mereka tidak berpakaian pengantin tetapi memakai pakaian Melayu

yang biasa. Selepas berduduk selama sepuluh hingga lima belas minit, mereka akan di bawa

turun dan didudukkan pada sebuah bangku atau dua buah kerusi di ibu rumah atau bilik yang lain

di rumah. Mandi istiadat dilakukan oleh emak pengantin, dan terdiri daripada memercikkan

air sintuk dan limau purut pada kedua-dua pengantin lelaki dan perempuan.

Selepas upacara ini disiapkan, pengantin lelaki akan membawa pengantin perempuan

balik ke bilik tidur dengan setiap mereka memegang salah satu hujung sapu tangan. Sarung yang

digunakan oleh kedua-dua suami isteri dalam istiadat mandi diberikan kepada emak pengantin,

bukan sahaja sebagai hadiah tetapi juga sebagai tolak bala dan buang geruh. Kedua-dua

pengantin tidak dibenarkan memerah air dari sarung tersebut, apa lagi dengan menyimpannya.

Seluruh adat ini yang dipegang teguh pada zaman silam kini tidak lagi diamalkan sama

sekali oleh hampir semua (jika bukan semua) orang Melayu.

5. Sambut-menyambut

Pada hari istiadat mandi, sebuah kenduri akan diadakan di rumah pengantin perempuan.

Semasa ini, suami dan ibu bapa mertua akan membawanya membuat kunjungan pertama ke

rumah mereka. Di rumah suaminya, mereka akan menjalankan istiadat bersanding sekali lagi,

jika ibu bapa mertuanya merupakan orang berada. Lagi sebuah kenduri yang terdiri daripada

beratus-ratus tetamu akan diadakan. Kekadangnya, hiburan sepanjang siang dan malam yang

terdiri daripada muzik dan tarian tempatan akan diadakan untuk menghibur isteri yang baru ini.

Istiadat yang diadakan di rumah pengantin lelaki kekadang lebih besar daripada istiadat

bersanding di rumah pengantin perempuan, tetapi kenduri-kenduri perkahwinan yang diadakan

di rumah pengantin perempuan biasanya adalah lebih banyak dan lebih mewah daripada kenduri-

kenduri yang diadakan di rumah pengantin lelaki.

Selepas tinggal di rumah suaminya selama beberapa hari, isteri baru itu yang diiringi oleh

suami dan ibu bapa mertuanya akan kembali ke rumah perempuan untuk mendiami sekurang-

kurangnya beberapa bulan. Pada kepulangannya ini, sebuah kenduri yang kecil akan diadakan.