sistem tempahan tiket bas menggunakan noor …ir.fsksm.utm.my/222/1/noorazilabc073006d10ttp.pdf ·...

25

Upload: vanthien

Post on 28-Jun-2019

358 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

SISTEM TEMPAHAN TIKET BAS MENGGUNAKAN APLIKASI DALAM TELEFON

NOOR AZILA BINTI MOHAMED

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains (Sains Komputer)

Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2010

Buat Insan Tersayang

Mek

Terima kasih kerana memahami...

Pengorbananmu tidak terhingga...

Abang Yie, Abang Die, Zura dan Adik

Kasih sayang dari kalian penguat semangat...

Suyam

Terima kasih atas keprihatinan dan sokongan...

Jasamu akan kukenang selamanya...

i

PENGHARGAAN

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya saya dapat menyiapkan

projek sarjana muda ini. Terima kasih saya ucapkan terutamanya kepada penyelia

projek saya ini, iaitu Dr. Shukor Abdul Razak yang banyak memberi bantuan,

bimbingan dan dorongan sepanjang tempoh projek ini dijalankan. Terima kasih juga atas

segala tunjuk ajar yang telah diberikan, ilmu yang telah dikongsi serta tidak lupa juga

kerjasama dan komitmen yang amat baik sepanjang saya berada di bawah penyeliaannya.

Tidak lupa juga jutaan terima kasih kepada pensyaarah-pensyarah Jabatan Sistem

dan Komunikasi Komputer, Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat yang turut

memberikan bantuan dan sokongan dalam menyiapkan projek sarjana muda saya ini.

Buat keluarga tersayang yang banyak memberikan dorongan dan sokongan yang tidak

putus-putus, terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan. Rakan-rakan seperjuangan

yang sama-sama bersekang mata dan berusaha untuk meyiapkan projek ini, terima kasih

atas semangat dan bantuan dari kalian semua.

Akhir sekali, buat individu-individu yang terlibat secara langsung atau tidak

langsung, terima kasih atas khidmat dan bantuan yang diberikan. Diharapkan agar projek

sarjana muda yang dibangunkan ini berguna untuk kegunaan dan kemudahan orang

ramai suatu hari nanti.

ii

ABSTRAK

Peningkatan kepada penggunaan teknologi pada masa kini bukanlah suatu yang

luar biasa. Setiap pekerjaan yang dilakukan manusia, telah ada teknologi atau peralatan

yang digunakan untuk memudahkannya. Segala pekerjaan mahu dilakukan dengan

cepat dan tepat. Tidak hairanlah teknologi masa kini semakin berkembang sesuai

dengan peredaran masa.Pada masa ini, kebanyakan penduduk di Malaysia masih lagi

menggunakan cara konvensional bagi mendapatkan tiket bas ekspres. Kaedah ini

mempunyai beberapa keburukan yang mana dapat diatasi menggunakan sistem

penempahan tiket bas menggunakan aplikasi dalam telefon. Dengan adanya sistem ini,

pengguna tidak lagi perlu ke kaunter tiket kerana ia boleh diakses pada bila-bila masa

dan dimana jua berada menggunakan telefon bimbit.Dibangunkan dengan menggunakan

teknologi J2ME, ia merupakan satu kelebihan dimana J2ME merupakan teknologi yang

memfokuskan kepada pembangunan aplikasi tanpa wayar yang lebih tertumpu kepada

alatan kecil seperti telefon bimbit dan PDA. Dalam pembangunan projek ini, metodologi

prototaip telah digunakan sepanjang pembangunan sistem dijalankan.

iii

ABSTRACT

The increase in applying technology in life is not uncommon things

nowadays. For every job need to be done by people, there are technology or devices that

help people to do it. All jobs need to be done in seconds and accurately. So, there is no

wonder that technology has growth rapidly as time pass. Today, people in Malaysia still

use the conventional way in order to get bus ticket. This method has several

disadvantages which can be solved using the ticket reservation system using mobile

application. With this system, users or customers do not need to go to ticket counter

anymore as this system can be access at anytime and anywhere using your mobile phone.

Develop using J2ME technology, it was an advantage because J2ME is a technology

which is aimed for wireless application that focusing on small devices like mobile phone

and PDA. For the system development, Prototype Methodology had been used along

this system development.

iv

KANDUNGAN

BAB TAJUK HALAMAN

PENGHARGAAN i

ABSTRAK ii

ABSTRACT iii

KANDUNGAN iv

SENARAI JADUAL ix

SENARAI RAJAH x

SENARAI SINGKATAN xiii

SENARAI LAMPIRAN xiv

1 PENGENALAN 1

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Matlamat Projek 4

1.4 Objektif Projek 4

1.5 Skop Projek 4

1.6 Kepentingan Projek 5

1.7 Rumusan 6

2 KAJIAN LITERATUR 7

2.1. Pendahuluan 7

2.2. Kajian Terhadap Syarikat Transnasional Sdn Bhd 8

v

2.3. Kajian Terhadap Sistem Sedia Ada di Syarikat

Transnasional Sdn. Bhd.

9

2.4. Kajian Terhadap Sistem Pembelian Tiket Bas di

Syarikat Lain

10

2.4.1. Kajian Terhadap Sistem Pembelian Tiket

Syarikat MARA Liner

10

2.5. Kajian Terhadap Aplikasi Dalam Telefon Sedia Ada 15

2.5.1 IRTCMobile 15

2.5.2 JetWallet 17

2.6. Kajian Terhadap Perkembangan Telefon Bimbit 22

2.7. Kajian Terhadap Teknologi Yang Digunakan 24

2.7.1. Java 2 Micro Edition (J2ME) 25

2.7.2. Java Server Pages (JSP) 27

2.8. Kajian Terhadap Perkakasan dan Perisian 28

2.8.1 Sun Java Me Software Development Kit

(SDK) 3.0

28

2.8.2 Java Development Kit (JDK 6 Update 16) 29

2.8.3 Netbeans IDE 6.7.1 29

2.8.4 MySQL Server 5.0 30

2.8.5 Adobe Dreamweaver CS3 30

2.9. Rumusan 31

3 METODOLOGI PEMBANGUNAN 32

3.1 Pengenalan 32

3.2 Model Prototaip 34

3.2.1 Fasa Analisis Sistem 36

3.2.2 Fasa Rekabentuk Sistem 37

3.2.3 Fasa Pembangunan Sistem 37

3.2.4 Fasa Implementasi Sistem 38

‘ 3.3 Kaedah Permodelan Unified Modeling Language

(UML)

39

3.4 Analisis Keperluan Sistem 40

3.4.1 Justifikasi Perkakasan 40

vi

3.4.2 Keperluan Perisian 41

3.5 Rumusan 42

4 REKABENTUK SISTEM 43

4.1 Pengenalan 43

4.2 Rekabentuk Senibina Sistem 43

4.2.1 Rekabentuk Bahagian Pengguna 45

4.2.2 Rekabentuk Bahagian Staf 45

4.2.3 Rekabentuk Bahagian Pentadbir 46

4.3 Rekabentuk Aliran Kerja 46

4.3.1 Rajah Kes Guna 47

4.3.2 Rajah Jujukan 53

4.3.2.1 Rajah Jujukan Proses Login

Pengguna

54

4.3.2.2 Rajah Jujukan Proses Penempahan

Tiket Bas

55

4.3.2.3 Rajah Jujukan Proses Pendaftaran

Pelanggan

55

4.3.2.4 Rajah Jujukan Proses Semakan

Tempahan Oleh Pelanggan

56

4.3.2.5 Rajah Jujukan Proses

Pengemaskinian Profil Pengguna

57

4.3.2.6 Rajah Jujukan Proses Pendaftaran

Perjalanan

58

4.3.2.7 Rajah Jujukan Proses Papar Senarai

Tempahan

59

4.4 Rekabentuk Pangkalan Data 60

4.5 Rekabentuk Antaramuka 63

4.5.1 Rekabentuk Aplikasi Tempahan Tiket Bas

Dalam Telefon

63

4.5.1.1 Antaramuka Utama Aplikasi

Tempahan Tiket Bas Dalam

Telefon

64

vii

4.5.1.2 Antaramuka Splash Screen Gagal

Hubung Ke Pelayan

65

4.5.1.3 Antaramuka Login 66

4.5.1.4 Splash Screen Pengesahan Login 67

4.5.1.5 Antaramuka Menu Utama 68

4.5.1.6 Antaramuka Menu Utama

Tempahan

69

4.5.1.7 Antaramuka Menu Tempahan Baru 70

4.5.1.8 Antaramuka Menu Jadual

Perjalanan Bas

71

4.5.1.9 Antaramuka Menu Tempahan

Akhir

72

4.5.1.10 Antaramuka Menu Pengesahan

Tempahan

73

4.5.2 Rekabentuk Antaramuka Laman Web

MobileTicketServlet

74

4.5.2.1 Antaramuka Halaman Utama 74

4.5.2.2 Antaramuka Halaman Pendaftaran

Pelanggan

75

4.5.2.3 Antaramuka Halaman Login 76

4.5.2.4 Antaramuka Halaman Utama

Pengguna

77

4.5.2.5 Antaramuka Halaman Papar Profil

Saya

78

4.5.2.6 Antaramuka Halaman Semak

Tempahan Saya

79

4.5.2.7 Antaramuka Halaman Utama

Admin

80

4.5.2.8 Antaramuka Halaman Daftar

Admin Baru

81

4.5.2.9 Antaramuka Halaman Semak

Tempahan

82

4.6 Rumusan 83

viii

5 IMPLEMENTASI SISTEM 84

5.1 Pengenalan 84

5.2 Persekitaran Pembangunan 85

5.3 Fasa Implementasi 85

5.3.1 Pengekodan Bahagian Pengguna Pada

Aplikasi Dalam Telefon

86

5.3.2 Pengekodan Bahagian Modul Pelayan 90

5.3.2 Pengekodan Bahagian Laman Web Sistem 93

5.4 Kaedah Pengujian 95

5.4.1 Pengujian Kotak Putih 96

5.4.2 Pengujian Kotak Hitam 97

5.5 Ringkasan 100

6 PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN 101

6.1 Pengenalan 101

6.2 Pencapaian 102

6.3 Kelemahan Sistem 103

6.4 Cadangan Masa Hadapan 104

6.5 Kesimpulan 104

RUJUKAN 106

LAMPIRAN A 108

LAMPIRAN B 112

ix

SENARAI JADUAL

NO.

JADUAL

TAJUK HALAMAN

3.1 Senarai Perkakasan 41

3.2 Senarai Perisian 41

4.1 Senarai dan keterangan kes guna bagi

Pelanggan

49

4.2 Senarai dan keterangan kes guna bagi Staf 51

4.3 Senarai dan keterangan kes guna bagi Pentadbir 53

4.4 Struktur Jadual “infomember” 61

4.5 Struktur Jadual “infoadmin” 61

4.6 Struktur Jadual “infoperjalanan” 62

4.7 Struktur Jadual “infotempahan” 62

5.1 Pengujian Antaramuka Pada Aplikasi di Telefon 97

5.2 Pengujian Antaramuka Pada Laman Web 98

5.3 Pengujian Capaian Pangkalan Data 99

x

SENARAI RAJAH

NO.

RAJAH

TAJUK HALAMAN

2.1 Laman Utama Laman Web MARA Liner 12

2.2 Laman Pendaftaran Pengguna 12

2.3 Laman Tempahan Tiket (Masa Perjalanan dan

Tarikh Tiket)

13

2.4 Laman Tempahan Tiket (Pemilihan Tempat

Duduk)

14

2.5 Laman Tempahan Tiket (Pengesahan Data

Tempahan Tiket)

14

2.6 Laman Utama Aplikasi JetWallet 19

2.7 Laman Tempahan Tiket 19

2.8 Pemprosesan Tempahan Tiket 20

2.9 Senarai Penerbangan 20

2.10 Paparan Rencana Perjalanan 21

2.11 Notis Pengesahan Tempahan 21

2.12 Gambaran Komponen-Komponen J2ME 26

2.13 Landasan Tanpa Wayar CLDC 27

3.1 Rajah Model Prototaip (Dewitz, 1996) 35

3.2 Aktiviti-Aktiviti Prototaip (Dewitz, 1996) 35

4.1 Rekabentuk Sistem 44

4.2 Rajah Kes Guna bagi Pelanggan 48

4.3 Rajah Kes Guna bagi Staf 50

xi

4.4 Rajah Kes Guna bagi Pentadbir 52

4.5 Rajah jujukan bagi Proses Login Pengguna 54

4.6 Rajah jujukan bagi Proses Penempahan Tiket

Bas

55

4.7 Rajah jujukan bagi Proses Pendaftaran

Pelanggan

56

4.8 Rajah jujukan bagi Proses Semak Tempahan

Oleh Pelanggan

57

4.9 Rajah jujukan bagi Proses Pengemaskinian

Profil Pengguna

58

4.10 Rajah jujukan bagi Proses Proses Pendaftaran

Perjalanan

59

4.11 Rajah jujukan bagi Proses Proses Papar Senarai

Tempahan

60

4.12 Skrin Utama aplikasi MobileTicketing dalam

Telefon Bimbit

65

4.13 Splash Screen Gagal Hubung Pelayan 66

4.14 Skrin Login Aplikasi 67

4.15 Skrin Pengesahan Login 68

4.16 Skrin Menu Utama Aplikasi 69

4.17 Skrin Menu Utama Tempahan 70

4.18 Skrin Menu Tempahan Baru 71

4.19 Skrin Jadual Perjalanan 72

4.20 Skrin Menu Tempahan Akhir 73

4.21 Skrin Paparan Pengesahan Tempahan 74

4.22 Muka utama laman web MobileTicketServlet 75

4.23 Halaman Pendaftaran Pelanggan Baru 76

xii

4.24 Halaman Login Pengguna 77

4.25 Halaman Utama Pengguna 78

4.26 Halaman Papar Profil Saya 79

4.27 Halaman Semak Tempahan Saya 80

4.28 Halaman Utama Admin 81

4.29 Halaman Daftar Admin Baru 82

4.30 Halaman Semak Tempahan 83

5.1 Keratan Atucara bagi connectHttp 87

5.2 Keratan Atucara bagi responseHttp 88

5.3 Keratan Atucara bagi ticketApp 89

5.4 Keratan Atucara isAuthenticated 90

5.5 Keratan Servlet Kelas main 91

5.6 Keratan Servlet Kelas authenticate 92

5.7 Connections.java 93

5.8 Keratan Atucara Login Pentadbir 94

5.9 Keratan Atucara Daftar Pentadbir Baru 95

xiii

SENARAI SINGKATAN

RINGKASAN NAMA PENUH

API Application Programming Interface

CDC Connected Device Configuration

CLDC Connected Limited Device Configuration

DBMS Database Management System

FPX Financial Processing Exchange

GPRS General Packet Radio Service

GSM Global System for Mobile Communications

HTML Hypertext Markup Language

HTTP HyperText Transfer Protocol

IDE Integrated Development Environment

J2EE Java Enterprise Edition

J2ME Java 2 Micro Edition

J2SE Java Standard Edition

JDK Java Development Kit

JSP Java Server Pages

JVM Java Virtual Machine

KVM Kilo Virtual Machine

MIDP Mobile Information Device Profile

MMS Multimedia Messaging Service

PDA Personal Device Assistant

SDK Software Development Kit

SMS Short Message Service

WAP Wireless Application Protocol

xiv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN PERKARA HALAMAN

A Carta Gantt Projek 1 108

B Carta Gantt Projek 2 112

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pengenalan

Ledakan era globalisasi yang semakin rancak mendominasi dewasa ini

menjadikan penggunaan teknologi terkini semakin mendapat tempat. Hampir

kesemua pengguna lebih berminat untuk mengaplikasikan teknologi-teknologi masa

kini bagi menguruskan kerja dan urusan dalam kehidupan seharian mereka walaupun

masih ada sesetengah pengguna yang lebih selesa menggunakan kaedah

konvensional. Penggunaan teknologi dalam kehidupan seharian menjadi pilihan

kerana ianya lebih efisien, memudahkan pekerjaan dan terbukti menjimatkan masa

dan tenaga. Di Malaysia, perkembangan ke arah penggunaan teknologi-teknologi

terkini tidak kurang hebatnya berbanding negara-negara maju lain seperti Amerika

Syarikat dan Jepun. Penduduk di Malaysia ternyata selesa dan senang dengan

perkembangan ini, maka tidak hairanlah jika suatu produk kepada teknologi terbaru

diperkenalkan di pasaran, ia mendapat sambutan yang menggalakkan di kalangan

penduduk-penduduk di Malaysia.

Teknologi telefon bimbit mengalami perkembangan yang sangat pesat bukan

sahaja di Malaysia, malahan di seluruh dunia. Teknologi ini merupakan salah satu

teknologi yang paling mendapat sambutan di kalangan penduduk dunia. Terdapat

2

ratusan jenis telefon bimbit yang mempunyai model dan fungsi yang berbeza-beza

dikeluarkan oleh syarikat-syarikat pengeluar telefon bimbit seperti Nokia, Sony

Erricson, Motorola dan lain-lain di seluruh dunia. Malah, tidak keterlaluan jika

dikatakan bahawa setiap hari ada sahaja teknologi atau aplikasi baru diperkenalkan

yang mana menarik lagi minat pengguna terhadap penggunaan telefon bimbit di

seluruh dunia.

Telefon bimbit merupakan suatu alat atau teknologi yang sangat penting

kepada kebanyakan pengguna di Malaysia sehingga dianggap sebagai keperluan

kepada setiap orang. Peningkatan kepada penggunaan telefon bimbit secara

mendadak juga adalah disebabkan oleh harganya yang semakin rendah sehingga ia

mampu dimiliki oleh setiap lapisan masyarakat. Selain itu, pengeluaran pelbagai

jenis telefon bimbit oleh pengeluar-pengeluar telefon bimbit terkemuka seperti

Nokia, Sony Erricson, Motorola dan lain-lain memberi lebih banyak pilihan kepada

pengguna untuk memilih telefon bimbit yang mempunyai fungsi-fungsi tertentu, dari

yang berharga murah hinggalah yang mahal. Ini ditambah pula dengan adanya

pelbagai syarikat operator yang menawarkan pelan penggunaan yang mempunyai

kelebihan yang tersendiri dengan caj penggunaan yang berpatutan.

Kini, penggunaan telefon bimbit tidak lagi terhad sebagai alat komunikasi

bergerak sebagai ganti kepada telefon talian tetap yang digunakan semata-mata untuk

membolehkan dua pihak berkomunikasi semata-mata, tetapi ianya sudah berkembang

ke arah penggunaan lain seperti akses ke Internet dan E-mail, kebolehan navigasi

GPS (Global Positioning System), sebagai kamera dan pemain muzik serta lain-lain.

Dengan berkembangnya teknologi-teknologi ini, maka lebih banyak fungsi dan

aplikasi sedang dan boleh dibangunkan di dalam telefon bimbit.

Perkembangan teknologi pada telefon bimbit tidak terbatas kepada

penggunaan teknologi seperti yang telah dinyatakan di atas sahaja malah kebanyakan

3

telefon bimbit sekarang menyokong teknologi Java. Dengan adanya teknologi Java,

pengguna dapat memuat turun dan menggunakan program-program daripada aplikasi

Java yang telah dibangunkan di dalam telefon bimbit mereka.

1.2 Latar Belakang Masalah

Penggunaan kenderaan awam sebagai pengangkutan utama masih lagi

menjadi pilihan kebanyakan penduduk di Malaysia untuk ke suatu destinasi.

Kenderaan awam untuk perjalanan antara bandar seperti bas ekspres sentiasa

mendapat permintaan yang tinggi daripada pengguna kerana harga tiketnya yang

murah dan perkhidmatan yang ditawarkan merangkumi perjalanan ke hampir semua

bandar di Semenanjung Malaysia. Penggunaan bas ekspres semakin meningkat

terutamanya ketika musim perayaaan dan musim cuti persekolahan, dan ini

menyebabkan penduduk di Malaysia terutamanya yang tinggal di bandar-bandar

besar seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Georgetown sering menghadapi

masalah untuk mendapatkan tiket bas bagi perjalanan ke destinasi –destinasi pilihan.

Pada masa ini, penjualan dan pembelian tiket bas masih lagi dilakukan secara

konvensional iaitu pelanggan yang ingin membeli tiket bas perlu ke kaunter-kaunter

tiket bas dan membelinya secara manual. Pengguna perlu berbaris panjang dan

menunggu giliran dalam keadaan yang tidak selesa ketika ingin membeli tiket bas.

Masalah lain yang timbul dari kaedah konvensional ini ialah, pengguna perlu

mengeluarkan masa, tenaga dan wang untuk ke kaunter-kaunter tiket yang biasanya

bertempat di hentian atau terminal bas ekspres. Apa yang menyedihkan ialah,

setelah menunggu giliran yang lama, pengguna terpaksa pulang dengan tangan yang

kosong kerana tiket telah habis dijual.

4

1.3 Matlamat Projek

Matlamat projek adalah membangunkan sebuah sistem tempahan tiket bas

menggunakan aplikasi dalam telefon bertujuan untuk mempermudahkan proses

pembelian tiket bas supaya ia dapat dilakukan dengan lebih efisien dan pantas.

1.4 Objektif Projek

Berikut merupakan objektif-objektif yang dicapai menerusi pembangunan

projek ini :

i. Mengkaji dan meyelidik sistem yang sedia ada bagi kaedah

pembelian tiket bas.

ii. Merekabentuk dan membangunkan sistem pembelian tiket bas melalui

teknologi aplikasi dalam telefon.

iii. Menguji dan menilai sistem pembelian tiket bas melalui teknologi

aplikasi dalam telefon yang telah dibangunkan.

1.5 Skop Projek

Skop bagi projek adalah dinyatakan seperti berikut:

5

i. Sistem ini dibangunkan untuk penggunaan sebuah syarikat perusahaan

bas ekspres sahaja dalam satu-satu masa.

ii. Skop pembayaran tiket bas yang telah ditempah oleh pengguna tidak

dirangkumi dalam pembangunan sistem ini.

iii. Sistem ini hanya boleh diaplikasikan di dalam telefon bimbit yang

mempunyai tetapan Java sahaja.

iv. Sistem ini menggunakan teknologi aplikasi dalam telefon yang

dibangunkan menggunakan teknologi Java 2 Micro Edition (J2ME).

v. Bagi tujuan pengujian, sistem ini boleh digunakan oleh staf-staf dan

pelajar-pelajar UTM di UTM Skudai sahaja.

1.6 Kepentingan Projek

Sistem yang akan dibangunkan ini dapat memudahkan proses pembelian tiket

bas yang rumit supaya pembelian tiket bas dapat dilakukan dengan lebih mudah dan

efisien. Dengan menggunakan sistem penempahan tiket bas menggunakan aplikasi

dalam telefon, pengguna tidak perlu lagi ke kaunter-kaunter tiket untuk mendapatkan

tiket. Pengguna yang ingin mendapatkan tiket bas boleh menempah tiket bas di

mana sahaja mereka berada dengan menggunakan telefon bimbit yang mempunyai

aplikasi untuk menempah tiket bas ini tanpa perlu membazirkan masa dan wang

untuk ke kaunter-kaunter tiket bas.

6

1.7 Rumusan

Sistem pembelian tiket bas secara manual mempunyai banyak kelemahan

yang mana kelemahan-kelemahan ini boleh diatasi dengan menggunakan sistem yang

dicadangkan ini. Sistem yang dibangunkan ini dijangka dapat mempermudahkan

proses penempahan dan pembelian tiket bas oleh pengguna. Secara kesimpulannya,

sistem pembelian tiket bas menggunakan aplikasi dalam telefon ini dapat melicinkan

proses pembelian tiket bas yang remeh dan memberikan lebih pilihan kepada

pengguna untuk membeli tiket bas samada secara manual, melalui aplikasi atas talian

ataupun menggunakan aplikasi dalam telefon.

Dalam bab yang seterusnya, kajian literatur mengenai teknologi perisian yang

digunakan dalam pembangunan sistem yang dicadangkan ini akan diterangkan

dengan lebih lanjut. Selain itu, kajian tentang sistem yang sedia ada juga akan

diterangkan dalam Bab 2. Bab 3 akan membincangkan mengenai metadologi yang

digunakan sepanjang hayat pembangunan sistem yang merangkumi semua tahap

pembangunan sistem seperti penyelidikan, analisis, rekabentuk dan pelaksanaan.

Sementara itu, rekabentuk sistem yang telah dibangunkan akan dibentangkan dalam

Bab 4 yang mana ia meliputi rekabentuk bagi senibina sistem, antara muka sistem,

pangkalan data dan rekabentuk aliran kerja. Dalam Bab 5 pula menerangkan

mengenai implementasi dan pengujian yang dibuat terhadap sistem bagi memastikan

sistem yang telah dibangunkan ini menepati objektif dan sasaran yang telah

ditetapkan. Akhir sekali, perbincangan mengenai hasil dan pencapaian, kekangan

dan cabaran serta cadangan terhadap pembaikan dan peningkatan prestasi sistem

akan diterangkan di dalam Bab 6.