sistem perundangan pahang

10
Sejarah Negeri Pahang bermula sebelum didirikan kerajaan Melayu Melaka, wilayah bahagian selatan Semenanjung Tanah Melayu semuanya termasuk dalam kawasan kerajaan Pahang. Orang Jawa Majapahit zaman dahulu menyebut Semenanjung Tanah Melayu sebagai Pahang sahaja. Pada awal kurun Masihi ke 16, pada permulaan terdirinya kerajaan Melayu Johor, sempadan Negeri Pahang Darul Makmur; di sebelahnya sampai ke Sedili Besar dan di utara sampai ke Terengganu; sempadan ke baratnya pula sampai ke Rembau, Selangor dan Perak. Negeri Pahang Darul Makmur sekarang ini di sebelah utara dan baratnya dilingkungi oleh banjaran gunung dan di sebelah timurnya terbentang Laut China Selatan. Negeri Pahang Darul Makmur ialah sebuah negeri yang terbesar di Semenanjung Tanah Melayu dengan keluasan 35,515 kilometer persegi. Kemasyhuran dan kehebatan namanya pada masa dahulu menjadi rebutan kerajaan yang ada di sekelilingnya. Pada masa ini Pahang adalah negeri di Semenanjung dengan terbahagi kepada sebelas daerah iaitu Kuantan, Pekan, Rompin, Maran, Temerloh, Jerantut, Bentong, Raub, Lipis, Cameron Highlands dan Bera. Manakala penduduknya pula terdiri dari berbagai kaum dan bangsa. Menurut riwayat tua pemerintahan negeri ini dijalankan dengan cara pemerintahan beraja dari semenjak zaman dahulu kala membawa ke masa sekarang. Keturunan raja Melaka itulah yang lama sekali berkuasa di Negeri Pahang Darul Makmur dan pemerintahan daripada waktu itu memakai gelaran Sultan dan keturunan ini memerintah lebih dari 200 tahun semenjak daripada raja bernama Sultan Mahmud Shah yang masyhur di dalam Sejarah Marhum Mangkat Di julang dalam tahun 1699. Setelah itu pemerintah Pahang pindah kepada keturunan Bendahara Tuan Habib Abdul Majid, Bendahara Padang Saujana Johor. Dari titisan keluarga dan zuriat ini juga telah menjadikan Negeri Pahang Darul Makmur terputus dari takluk Riau dan telah menubuhkan satu pemerintahan merdeka, berkuasa penuh sebelum ini, menjalinkan persahabatan dengan Sultan hinggalah sekarang ini. Sejarah Sistem Perundangan Islam di Pahang. Sejarah

Upload: arissarauf

Post on 08-Nov-2015

28 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

tugasan

TRANSCRIPT

Sejarah Negeri Pahang bermula sebelum didirikan kerajaan Melayu Melaka, wilayah bahagian selatan Semenanjung Tanah Melayu semuanya termasuk dalam kawasan kerajaan Pahang. Orang Jawa Majapahit zaman dahulu menyebut Semenanjung Tanah Melayu sebagai Pahang sahaja. Pada awal kurun Masihi ke 16, pada permulaan terdirinya kerajaan Melayu Johor, sempadan Negeri Pahang Darul Makmur; di sebelahnya sampai ke Sedili Besar dan di utara sampai ke Terengganu; sempadan ke baratnya pula sampai ke Rembau, Selangor dan Perak. Negeri Pahang Darul Makmur sekarang ini di sebelah utara dan baratnya dilingkungi oleh banjaran gunung dan di sebelah timurnya terbentang Laut China Selatan.Negeri Pahang Darul Makmur ialah sebuah negeri yang terbesar di Semenanjung Tanah Melayu dengan keluasan 35,515 kilometer persegi. Kemasyhuran dan kehebatan namanya pada masa dahulu menjadi rebutan kerajaan yang ada di sekelilingnya. Pada masa ini Pahang adalah negeri di Semenanjung dengan terbahagi kepada sebelas daerah iaitu Kuantan, Pekan, Rompin, Maran, Temerloh, Jerantut, Bentong, Raub, Lipis, Cameron Highlands dan Bera. Manakala penduduknya pula terdiri dari berbagai kaum dan bangsa.Menurut riwayat tua pemerintahan negeri ini dijalankan dengan cara pemerintahan beraja dari semenjak zaman dahulu kala membawa ke masa sekarang. Keturunan raja Melaka itulah yang lama sekali berkuasa di Negeri Pahang Darul Makmur dan pemerintahan daripada waktu itu memakai gelaran Sultan dan keturunan ini memerintah lebih dari 200 tahun semenjak daripada raja bernama Sultan Mahmud Shah yang masyhur di dalam Sejarah Marhum Mangkat Di julang dalam tahun 1699.Setelah itu pemerintah Pahang pindah kepada keturunan Bendahara Tuan Habib Abdul Majid, Bendahara Padang Saujana Johor. Dari titisan keluarga dan zuriat ini juga telah menjadikan Negeri Pahang Darul Makmur terputus dari takluk Riau dan telah menubuhkan satu pemerintahan merdeka, berkuasa penuh sebelum ini, menjalinkan persahabatan dengan Sultan hinggalah sekarang ini.

Sejarah Sistem Perundangan Islam di Pahang.

SejarahWujudnya Enakmen Pentadbiran Agama Islam di Negeri Pahang Darul Makmur adalah sebab wujudnya orang-orang islam di negeri ini. Mengikut catatan sejarah, sebelum tahun 1457M penduduk Negeri Pahang Darul Makmur tidak berapa jelas samaada telah menganut agama islam atau pun tidak ini adalah kerana Negeri Pahang Darul Makmur telah dikuasai oleh Maharaja Dewasura, iaitu wakil Kerajaan Siam di Pahang, beliau sudah tentu beragama Buddha, tetapi setelah Sultan Mansur Shah,Sultan Melaka yang mengambil langkah untuk menyerang Negeri Pahang dan telah Berjaya mengalahkan Pahang. Maka dengan jatuhnya Pahang di bawah taklukan Melaka bererti Islamnya seluruh Negeri Pahang Darul Makmur. Ini kerana kuasa pemerintahan dipegang oleh orang islam Melaka, kira-kira 150 tahun lamanya Negeri Pahang diperintah oleh Raja Melayu Islam keturunan daripada Raja Melayu Melaka.Jika perjumpaan kesan-kesan sejarah seperti batu nisan,batu bersurat dan lain-lain bukti dijadikan asas pertapakan Agama Islam di Semenanjung Emas ini,maka Negeri Kedah lah dikatakan yang terawal menerima Islam.Penemuan Batu Nisan kepunyaan Syeikh Abd Kadir(keturuan Farsi)telah ditemui di Tanjung Aris Langgar pada tahun 1962 adalah bukti nyata mengenai hal tersebut.Tarikh yang tertera ialah antara(tidak dapat dipastikan)29H atau 290 H,jika 29H bersamaan 651M dan jika 290H bersamaan 920M,di Nisan tersebut tertera Kalimah Sahadah dan beberapa tulisan Arab(Mahyuddin Yahya:Islam Di Alam Melayu 1998.DBP h 18).Negeri Pahang pula jika berdasarkan bukti yang sama,pada Jun 1953,satu penemuan batu nisan di kampung Permatang Pasir Nenasi Pekan Pahang.Batu nisan ini dihiasi dengan Al-Quran dan syair Arab,juga tercatat tarikh kematian sipemunyai nya pada Hari Rabu,14 Rabiulawal 419H.Ini bermakna batu nisan ini jauh lebih lama dari Batu Bersurat Terengganu(702H) wang emas(dinar)lama Kelantan( 577H),juga bermakna lebih dahulu 300 tahun dari kewujudan Kerajaan Melaka.(Mohd Jamil Mukmin:Melaka Pusat Penyebaran Islam,2004 h 108).

Pemerintahan Melayu Islam di PahangSecara formalnya,sebelum tahun 1457m,penduduk Pahang tidak dapat dipastikan status agama mereka,mengikut beberapa catatan sejarah,waktu itu Pahang dikuasai oleh Maharaja Dewasura iaitu wakil Kerajan Siam.Agama Islam secara jelasnya tersebar sebaik sahaja pahang menjadi sebahagian Jajahan takluk Kerajaan Melayu Melaka.Sultan Mansur Shah waktu itu telah menghantar angkatan perang sebanyak 200 buah kapal ke Pahang,dimana armada perang diketuai sendiri oleh Tun Perak pada tahun 1459.Pertempuran telah berlaku di Pura,dimana akhirnya Maharaja Dewa Sura telah dikalahkan dan puterinya Wanan telah ditawan dan dibawa ke Melaka.Sultan kemudianya mengahwini puteri tersebut dan ditukar nama kepada Puteri Lela Wangsa.(Ibid:105)Tun Hamzah Seri Bija diRaja,dititahkan berada di Pahang ,sehinggalah Tun Muhammad(anak Sultan MS/Puter Lela Wangsa diusir kerana satu kes bunuh )ditabalkan dengan Tun Hamzah menjadi Bendahara.Tun Muhamad naik tahta(Sultan Pertama beragama Islam) pada tahun 1470M. Pemerintahan Negeri Pahang Berasaskan Undang-Undang Islam (1584)Hukum Qanun Pahang (1610-1614).

Perkembangan undang-undang Pentadbiran Islam di PahangApabila Sultan Abdul Ghafur Muhyeden Shah menduduki tahta pada tahun 1584,beliau merupakan Sultan Pahang yang ke 12.Baginda telah berkahwin dengan Adinda Raja Fattani yang juga sahabat rapat Sultan Brunai.Pada zaman pemerintahan baginda,Risalah Hukum Kanun Pahang telah digubal.Dalam Risalah Hukum ini,ianya hampir menyamai 100% atau comply kepada proviso hukum hakam dalam kitab fiqh aliran Syafieyah.Malah menurut sejarawan hukum kanun ini adalah antara yang teratur dan lengkap.Terdapat didalam proviso mengenai hukum qisas(S 46-47) denda(S 48),persetubuhan haram(S 49)persetubuhan luar biasa(S 50) fitnah(S 51),minuman yang memabukan(S52)mencuri(S 53)merompak(S 54),murtad (S 55) tidak sembahyang (S 60) jihad (S 61) acara (S 62) saksi (S63) sumpah (S 64),terdapat juga proviso mengenai jualbeli,pelaburan,amanah,upah buruh,tanah,hibah dan waqaf.(Prof Ahmad Ibrahim:Undan-Undang Keluarga Islam di Malaysia h.2).Namun begitu satu perselisihan berlaku dalam tahun 1614m,dimana Sultan Abd Ghafur telah mati dibunuh.Kesan dari itu perlaksanaan hukum tersebut terganggu sama sekali.Suasana politik sekitaran mempengaruhi banyak perkara di Negeri Pahang,sekitar awal hingga pertengahan kurun ke 17 M Pahang telah diancam dan diserang oleh Aceh,Johor,Belanda hingga Pahang ,sehingga Pahang pernah dibawah takluk Aceh.Apabila pengaruh Aceh lemah,Pahang dikuasai pula oleh Johor.Mulai suku pertama kurun ke 18M(bawah penguasaan Johor) pemerintahan Pahang dikendalikan oleh seorang Bendahara.Setelah Belanda dan British mula menguasai dan memecahbelahkan wilayah Kerajaan Johor-Riau-Lingga-Pahang,bermulalah penguasaan sepenuhnya Bendahara memerintah Pahang.namun tidak lama kemudian berlaku perang saudara(1857-1863) yang akhirnya Pahang dapat dikuasai oleh Bendahara Wan Ahmad dan memakai gelaran DYMM Sultan,lalu membentuk kesultanan baru di Pahang hingga ke hari ini.Penubuhan Mahlamah SivilDari segi Undang-undang, didapati Undang-undang digubal dengan menggunakan kuasa mengikut perjanjian dengan DYMM Sultan. Pada akhir Kurun ke-19 dan awal kurun ke-20, didapati beberapa Undang-undang ini dicontohi dari India seperti Undang-undang Jenayah. Hakim-hakim yang dilantik adalah mereka yang telah menerima latihan dari orang Inggeris dan mereka ini tidak mengetahui Undang-undang Islam dan dan Adat Melayu. Dengan penggubalan Undang-undang baru dan dengan tertubuhnya Mahkamah Civil ini maka bidang kuasa yang tinggal kepada Mahkamah Syariah amat terhad sekali.

Kuasa Mahkamah Syariah terbatasKalau diperhatikan kandungan surat kuasa pelantikan Qadhi Besar/Qadhi dalam tahun 1921 seseorang Qadhi Besar itu hanyalah terhad untuk membicarakan kepada perkara-perkara Mal seperti: Mas Kahwin, Tuntutan Cerai, Fasakh, Tebus Talak, Harta sepenceraian dan tiada di beri kuasa membicarakan kes-kes sivil kecuali mereka yang melanggar Undang-Undang Negeri yang kesalahannya boleh didenda setakat RM10.00 sahaja. Kesalahan yang lebih besar hendaklah dimaklumkan ke Mahakamah Majistret. Qadhi tiada di beri kuasa untuk menahan, menangkap atau mengeluarkan waran tangkap bagaimanapun keputusan perbicaraan yang tidak di patuhi, Qadhi boleh menghantar ke Mahkamah Majistret supaya dilaksanakan hukuman itu. Qadhi juga dikehendaki menghantar wang denda ke perbendaharaan kerajaan dan tiap-tiap akhir bulan menghantar laporan kes ke Pejabat DYMM Sultan, Qadhi juga diminta menjalankan pentadbiran biasa serta membuat lawatan ke dalam daerahnya untuk member nasihat hal-hal yang berkaitan dengan Agama dan juga sebagai seorang Pegawai Kerajaan .Selain itu juga, qadhi diminta untuk memelihara hokum-hukum Islam dan Undang-Undang Negeri dan Istiadat . Disamping itu, amaran perlucutan jawatan juga diberi sekiranya berlaku penyalahgunaan kuasa sebagai Qadhi.

Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam di PahangSejak British campurtangan dalam pemerintahan Negeri Pahang, beberapa Undang-Undang Islam telah dibuat dan dikenali dengan nama Undang-Undang FMS. Undang-Undang Islam yang pertama ialah Undang-Undang Bil 2 tahun 1904 termasuk Undang-Undang Mahkamah FMS chapter 2, Undang-Undang Agama Islam dan Adat Istiadat melayu FMS chapter 196, Undang-Undang mendaftarkan Perkahwinan dan Cerai bagi orang-orang islam FMS chapter 167 kemudiannya digubal pula Undang-Undang yang dinamakan Undang-Undang Pahang Bil 6 Tahun 1937, iatu undang-undang(kesalahan) bagi orang-orang islam ,Undang-Undang FMS yang terdahulu. Dan pada tahun 1949 satu Undang-Undang Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu telah di buat dan dikenali sebagai Undang-Undang Bil 5 Tahun 1956 dan yang akhir sekali satu lagi enakmen untuk meminda dan menyatukan undang-Undang, mengatur dan mentadbir hal ehwal Agama Islam dan menubuhkan satu Majlis untuk menolong dan menasihatkan KDYMM Sultan dalam semua perkara mengenai Agama Negeri dan Adat Resam Melayu Pahang. Undang-Undang ini dikenali sebagai Enakmen no 8 tahun 1982 dan berkuatkuasa sehingga kini. Enakmen ini telah membatalkan semua sekali Enakmen Pahang no.5 tahun 1956 iaitu Enakmen Tadbir Agama Islam tahun 1956, juga membatalkan semua sekali Enakmen Pahang no.2 tahun 1960 dan Enakmen Tadbir agama Islam ( pindaan) tahun 1963.

Kuasa yang ada pada mahkamah SyariahJika dirujuk kepada surat kuasa pelantikan Qadhi Besar dan Qadhi pada tahun 1921 maka kuasa yang diberi kepada Mahkamah Syariah ialah dalam bahagian kes Mal yang mana membicarakan kes-kes nikah perempuan yang tiada wali, kes-kes cerai seperti Taklik, Fasakh, Tebus Talak, Harta Sepencarian, dan tuntutan Mas Kahwin. Dan bagi kes Jenayah pula ialah merangkumi kesalahan-kesalahan kecil yang melanggar Undang-Undang Negeri yang hanya dendanya RM10.00 sahaja.Qadhi tiada kuasa untuk menahan,menangkap atau mengeluarkan waran tangkap. Apabila kita lihat pula kepada undang-undang Pahang Bil 6 tahun 1937 kita dapati kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh orang islam akan dibicarakan samaada di Mahkamah Penghulu, Mahkamah Qadhi,Mahkamah Majistret atau Mahkamah Tinggi misalnya kesalahan tidak hadir solat jumaat, maka yang membicarakan kes itu ialah Mahkamah Penghulu, kesalahan bagi melarikan anak dara dan khalwat diserahkan kepada Mahkamah Majistret, kes zina di Mahkamah Tinggi dan kesalahan-kesalahan seperti makan di khalayak ramai di bulan Ramadhan,maka Mahkamah yang membicarakan samaada di Mahkamah Penghulu atau di Mahkamah Qadhi atau di Mahkamah Majistret. Bagaimanapun apabila Undang-Undang Pahang Bil.5 tahun 1956 dibuat,maka jelaslah disana bidangkuasa yang diberikan khusus kepada Mahkamah Qadhi atau Mahkamah Qadhi Besar sahaja membicarakan kes-kes Mal dan Jenayah, dan juga telah digariskan cara-cara pelantikan Qadhi dan Qadhi Besar, perbicaraan dan Mahkamah UlangBicara,dengan adanya Undang-Undang baru ini,

maka bangunan Mahkamah Syariah mula didirikan disetiap daerah Qadhi. Kalau dilihat pula dari Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang no.8 tahun 1982 adalah lebih jelas lagi bidangkuasa yang diberikan kepada Mahkamah Syariah dan juga telah menyenaraikan 53 jenis kesalahan-kesalahannya beserta kadar hukuman masing-masing.Selain itu juga, ianya telah mengariskan acara-acara dalam pembicaraan Jenayah dan Mal serta lain-lain panduan yang berkaitan. Kuasa yang diberikan untuk proses pembicaraan kes Mal bagi Qadhi daerah tidak melebihi RM10000 atau yang tidak boleh dinilaikan dengan matawang, dan bagi kes Jenayah pula ialah kesalahan tidak melebihi RM 500 atau penjara tidak melebihi tiga bulan, sementara kuasa bagi Qadhi Besar dalam kes Mal pula ialah melebihi RM 10000 dan kes Jenayah ialah tidak melebihi RM1000 dan penjaranya enam bulan. Pada tahun 1984, Parlimen telah meluluskan tambahan kuasa hukuman kepada Mahkamah Syariah dengan menaikkan denda maksima sebanyak RM 5000,penjara tiga tahun dan rotan sebanyak enam kali sebatan. Berikutan itu, badan Perundangan Negeri pada tahun 1987 telah meluluskan pindaan kepada Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Pahang 1982 dari segi hokum sahaja dengan menaikkan kadar hokum denda, penjara dan rotan bagi kes-kes yang berat dan serius. Akhir-akhir ini dengan lulusnya Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam Pahang pada 28hb November 1991 oleh Dewan Undangan Negeri dan berkuatkuasa Enakmen ini mulai 1 Januari 1992, maka disini bermulalah detik-detik perubahan kepada Mahkamah Syariah.

Dulunya mahkamah-mahkamah dikenali dengan Mahkamah Qadhi Daerah, Mahkamah Qadhi Besar dan Mahkamah Ulangbicara dan pada masa kini, mahkamah-mahkamah tersebut telah bertukar kepada Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rayuan. Bidangkuasa perbicaran kes Mal dan Jenayah Mahkamah Rendah dan Mahkamah Tinggi Syariah juga turut berubah.Mahkamah Rendah Syariah dalam bahagian Mal diberi kuasa membicarakan kes-kes yang tidak melebihi RM 100 atau yang tidak dapat dianggarkan dengan wang, manakala dalam kes jenayah pula kesalahan-kesalahan yang mana hokum maksima yang di peruntukkan tidak melebihi RM 3000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. Bagi Mahkamah Tinggi Syariah pula, kuasa yang diberi adalah menyeluruh di mana Mahkamah ini dalam bidang kuasa Mal dan Jenayah boleh membicarakan semua tindakan dan prosiding serta kesalahan yang diperuntukkan di bawah undang-undang yang memberi kuasa kepada Mahkamah Syariah membicarakannya. Begitu juga dengan gelaran Qadhi dan Qadhi Besar telah di gantikan dengan sebutan Hakim Mahkamah Rendah dan Hakim Mahkamah Tinggi. Manakala kedudukan jawatankuasa Ulangbicara dikenali dengan Panel Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan Syariah dengan dipengerusikan oleh Yang Arif Ketua Hakim Syarie. Dari segi rayuan, dulunya boleh dibuat terus daripada Mahkamah Qadhi atau Mahkamah Qadhi Besar kepada Mahkamah Ulangbicara. Namun sekarang rayuan daripada Mahkamah Rendah Syariah akan di buat oleh Mahkamah Tinggi Syariah dan sesuatu rayuan terhadap keputusan yang di buat oleh Mahkamah Tinggi Syariah akan di buat kepada Mahkamah Rayuan Syariah.

Walaupun pada peringkat awalnya, perubahan hanya dari segi gelaran dan sebutan untuk Mahkamah dan Hakim sahaja. Dari segi pentadbiran pula, Mahkamah Syariah masih di letakkan di bawah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), namun kerajaan negeri dengan persetujuan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Resam Melayu Pahang (MAIP) dan perkenan KDYYM Sultan Pahang atas nasihat dan pandangan daripada Jawatankuasa Syariah/Sivil telah bersetuju supaya pentadbiran Mahkamah Syariah dipisahkan terus daripada pentadbiran JAIP. Ekoran daripada itu, beberapa jawatan baru telah di wujudkan dan di luluskan oleh Kerajaan Negeri bagi maksud pengisian jawatan bagi organisasi baru Mahkamah Syariah Pahang diantaranya ialah jawatan Ketua Hakim Syarie, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Hakim Mahkamah Rendah Syariah, Pendaftar, Pembantu Pendaftar dan beberapa jawatan dari segi pentadbiran. Maka terbentuklah satu organisasi Mahkamah Syariah Negeri Pahang dengan rasminya terpisah daripada pentadbiran JAIP. Dan bermulalah sejarah baru bagi Kerajaan Negeri Pahang.