badan perundangan negeri
TRANSCRIPT
BADAN PERUNDANGAN NEGERI
DEWAN UNDANGAN NEGERI SELANGOR
SPEAKER DEWAN / YANG DIPERTUA DEWAN
Jawatan Yang Dipertua Dewan atau Tuan Speaker Dewan kini disandang oleh Y.B. Tuan Teng Chang Kim iaitu ADUN Sungai Pinang.
Maklumat lanjut berkenaan Yang Dipertua Dewan / Speaker Tuan Speaker adalah Pengawal dan Pentadbir perjalanan Dewan Undangan Negeri
semasa bersidang termasuk menetapkan Aturan Urusan Mesyuarat dan masa bersidang. Mengikut tradisi Parlimen dan Peraturan Tetap bagi Dewan Undangan Negeri Selangor yang ada, Tuan Speaker juga adalah Pengerusi beberapa Jawatankuasa Tetap Dewan bagi menjaga kepentingan Dewan. Mengikut kelaziman Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri, Tuan Speaker tidak mengambil bahagian dalam perbahasan dan hendaklah bersikap adil semasa mengendalikan mesyuarat atau perbahasan.
Tuan Speaker hendaklah dilantik oleh Dewan pada hari mula-mula diadakan Persidangan iaitu selepas Pilihanraya Negeri atau pada bila-bila masa jawatan Speaker itu kosong atas sebab-sebab tertentu. Seseorang yang dipilih menjadi Speaker mestilah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN). Mana-mana orang yang dipilih menjadi Speaker tetapi bukan Ahli Dewan Undangan Negeri hendaklah dilantik sebagai ADUN tambahan terlebih dahulu dan menandatangani serta mengangkat sumpah di hadapan Dewan.
AHLI MESYUARAT KERAJAAN NEGERI / EXCO
Y.A.B. TAN SRI DATO` ABD KHALID BIN IBRAHIMDATO' MENTERI BESAR SELANGORPENGERUSI JAWATANKUASA TETAP PEMBANGUNAN TANAH, KEWANGAN,MAJLIS TINDAKAN EKONOMI NEGERI, BELIA DAN SUKAN
Ahli mesyuarat kerajaan selangor
PETA KAWASAN
KOMPONEN BADAN PERUNDANGAN NEGERI
Sultan, raja. Yang, dipertuan besar dan yang dipertuan negeri.
Dewan undangan negeri
RAJA, SULTAN, ATAU YANG DI-PERTUAN BESAR.
Tidak mengambil bahagian dalam persidangan dewan undangan negeri.
Tugas :a) memberi titah pembukaan rasmi penggal dewan undangan negeri.b) Memanggil dewan untuk bersidang dan tempoh persidangan tidak lebih 6 bulan.c) Menangguhkan penggal.d) Perkenankan rang undang-undang.e) Membubarkan.
YANG DI-PERTUAN NEGERI
Tidak ambil bahagian dalam persidangan .
Tugas :a) memberi titah pembukaan rasmi penggal dewan undangan negeri.b) Memanggil dewan untuk bersidang dan tempoh persidangan tidak lebih 6 bulan.c) Menangguhkan penggal.d) Perkenankan rang undang-undang.e) Membubarkan.
DEWAN PERUNDANGAN NEGERI
Perundangan pada peringkat negeri. Dipilih oleh rakyat dalam pilihan raya. Menggubal dan meluluskan undang-undang. Berkuasa dalam perkara senarai negeri dan
senarai bersama. Membahaskan dan meluluskan belanjawan
negeri. Tempoh 5 tahun.
KEISTIMEWAAN….
Prosiding dalam dewan tidak boleh dipersoal. Tidak boleh didakwa apa yang dikatakan oleh
ahli dewan. Medai massa yang menyiarkan apa-apa
ketika dewan bersidang tidak boleh didakwa.
FUNGSI DEWAN UNDANGAN NEGERI Forum membahaskan dasar2 kerajaan. Membahaskan titah ucapan raja, belanjawan negeri &
rang undang-undang. Meluluskan @ menolak rang undang-undang. Meminda undang-undang.
Persidangan dewan undangan negeri - Pilihanraya umum bg semenanjung 60 hari dan sabah& sarawak 90
hari.- Agenda : merancang takwim, melantik speaker dan timbalan
speaker, ahli dewan undangan negeri mengambil sumpah, melantik ketua pembangkang, titah ucapan diraja, ucapan terima kasih dan persidangan bermula.
SPEAKER
Boleh ahli dewan atau bukan ahli dewan. Jika bukan ahli dewan, tidak boleh aktif
dalam perniagaan. Tugas: mempengerusikan persidangan,
mengawal tatatertib, mengenakan tindakan disiplin,menjadi jurucakap, memaklumkan kekosongan luar jangka kerusi dewan.
KELAYAKAN CALON AHLI DEWAN
Warganera malaysia, sempurna akal, unur 21 tahun keatas, tidak dipenjara lebih satu tahun, tidak pernah didenda RM2000 atau lebih, tidak muflis, tak pegang jawatan berpendapatan.
Hilang kelayakan menjadi ahli dewan
Tak sempurna akal,, penjara lebih setahun, denda lebih RM2000 dan tak diampuni, bankrap, memegang sesuatu jawatan berpendapatan, memperoleh kewarnegaraan asing.
BERHENTI DARIPADA MENJADI AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI
Boleh berhenti dengan mengutus surat. Speaker Dewan Undangan Negeri kemudian
akan memaklumkan kekosongan luar jangka.
Ahli Dewan Negeri
Speaker Dewan
Undangan Negeri
Suruhanjaya Pilihan
Raya
PROSEDUR PENGGUBALAN UNDANG-UNDANG DALAM DEWAN UNDANGAN NEGERI
Rang Undang-undang
dimasukkan dalam Warta Kerajaan NegeriPerkenan/kelulusan
Raja,Sultan,Yang di-pertuan Besar,atau
Yang di-Pertua Negeri
Bacaan ketiga
Peringkat Jawatankuasa
Bacaan Kedua
Bacaan pertama
Kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
Draf Rang Undang-undang disediakan oleh Jabatan Penasihat Undang-undang Negeri
PENERANGAN…
Peringkat ini hanya merupakan suatu formalitiBacaan pertama
• Menteri Besar,Ketua Menteri,@ ahli Exco yg berkenaan membaca rang undang-undang itu di dewan.
• Tiada perbahasan tentang rang undang-undang itu pada peringkat ini.
Peringkat ini merupakan peringkat yg paling penting.
Bacaan kedua
• Rang undang2 akan dibahaskan dengan mendalam dan menyeluruh.• Menteri Besar,Ketua Menteri@ ahli exco yg berkenaan bertanggungjawab utk
menjawab semua pertanyaan tentang rang undang2.• Undian sama ada menolak atau menerima sesuatu rang undang2 itu .• Jika perlu & disetujui oleh dewan,rang undang-undang akan diserahkan ke
peringkat jawatankuasa.
Rang undang2 dirujuk kepada Jawatankuasa Khas @ Jawatankuasa Seluruh Dewan.
Peringkat jawatankuasa
• Rang undang-undang dibahaskan dengan lebih terperinci.• Jawatankuasa ini berhak untuk mengubah suai @ meminda sesuatu rang
undang2.
-Pada peringkat ini,rang undang2 dibahaskan sekali lagi jika perlu.Undian dijalankan sekali lagi untuk meluluskan rang undang2 berkenaan.
Bacaan
ketiga
PERKENAN RAJA/SULTAN/YANG DI-PERTUAN BESAR @ KELULUSAN YANG DI-PERTUA NEGERI
Negeri2 beraja,rang undang2 dipersembahkan kepada baginda.
Negeri2 yang tidak beraja ,rang undang2 dipersembahkan kpd Yang di-Pertua Negeri utk kelulusan beliau.
Rang tersebut mesti diperkenankan @ diluluskan dlm masa 30 hari.
Akan diluluskan cecara automotik jika tidak diperkenankan kpd baginda dlm masa 30 hari.
PERINGKAT DIWARTAKAN…
Hanya boleh diwartakan dalam Warta Kerajaan Negeri.
Enakmen dicetak & dimasukkan dalam Warta Kerajaan Negeri.
Satu salinan akan dipaparkan di Bangunan Dewan Undangan Negeri.
PINDAAN PERLEMBAGAAN NEGERI..
a) Sokongan majoriti 2/3 ahli Dewan Undangan Negeri & perkenan raja
b) Sokongan majoriti 2/3 ahli Dewan Undangan Negeri bagi hal2:
bentuk sumpah & ikrar,senator,bilangan kerusi pilihanraya.
PERKARA YANG TIDAK BOLEH DIPINDA..1) Warisan takhta kerajaan.2) Kedudukan para pembesar istana.3) Para pembesar adat Melayu
PEMBUBARAN DEWAN UNDANGAN NEGERI
Tempoh hayat Dewan Undangan Negeri ialah 5 tahun.
Dewan Undangan Negeri terbubar apabila genap 5 tahun.
Boleh dibubarkan lebih awal daripada tempoh hayatnya oleh Raja.
Harus diadakan persidangan dlm tempoh 120 hari selepas tarikh pembubaran.
Selamat maju jaya Stpm 2012 4.00Dari kami: faizah.
Naduwah dan zana….