pengenalan kepada sistem perundangan

35
PENGENALAN KEPADA SISTEM PERUNDANGAN MALAYSIA Bab ini akan memperkenalkan kepada para pelajar berkaitan dengan sistem perundangan Malaysia di mana setelah selesai membaca bab ini para pelajar akan lebih memahami dan berupaya menerangkan perkara-perkara berikut: Apakah itu undang-undang? Klasifikasi undang-undang; undang-undang awam dan undang-undang persendirian. Sumber Undang-Undang; bertulis dan tidak bertulis. Institusi Mahkamah; hirarki dan bidangkuasa. 1.1 APAKAH ITU UNDANG-UNDANG Perkataan undang-undang mempunyai makna yang berbagai bergantung kepada siapa atau pihak mana yang mentafsirkannya mengikut perspektif dan kepentingan masing-masing. Bagi seorang peguam, undang-undang itu suatu yang istimewa di mana ianya merupakan peluang bagi mereka menawarkan kepakaran kepada pihak yang mempunyai masaalah berkaitan dengan undang- undang. Bagi kebanyakan orang awam, undang-undang mungkin merupakan suatu yang menyusahkan mereka apabila terpaksa menuruti arahan-arahan dan peraturan-peraturan tertentu dalam menjalani kehidupan harian mereka. Bagi ahli-ahli politik terutamanya yang menguasai kerajaan dan menduduki badan perundangan samada Parlimen atau Dewan Undangan Negeri melihat undang-undang sebagai suatu pemudahcara bagi mereka menjalankan dasar-dasar pemerintahan dan dengan itu berusaha membuat atau meminda undang-undang untuk di sesuaikan dengan dasar-dasar tersebut. Bagi pihak polis pula, undang-undang bagi mereka adalah sebagai satu sumber kuasa yang membolehkan mereka menahan orang-orang yang melanggar undang-undang. 1

Upload: s-f-lin

Post on 15-Jun-2015

14.938 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pengenalan Kepada Sistem Perundangan

PENGENALAN KEPADA SISTEM PERUNDANGAN MALAYSIA

Bab ini akan memperkenalkan kepada para pelajar berkaitan dengan sistem perundangan Malaysia di mana setelah selesai membaca bab ini para pelajar akan lebih memahami dan berupaya menerangkan perkara-perkara berikut:

Apakah itu undang-undang? Klasifikasi undang-undang; undang-undang awam dan undang-undang

persendirian. Sumber Undang-Undang; bertulis dan tidak bertulis. Institusi Mahkamah; hirarki dan bidangkuasa.

1.1 APAKAH ITU UNDANG-UNDANG

Perkataan undang-undang mempunyai makna yang berbagai bergantung kepadasiapa atau pihak mana yang mentafsirkannya mengikut perspektif dan kepentingan masing-masing. Bagi seorang peguam, undang-undang itu suatu yang istimewa di mana ianya merupakan peluang bagi mereka menawarkan kepakaran kepada pihak yang mempunyai masaalah berkaitan dengan undang-undang. Bagi kebanyakan orang awam, undang-undang mungkin merupakan suatu yang menyusahkan mereka apabila terpaksa menuruti arahan-arahan dan peraturan-peraturan tertentu dalam menjalani kehidupan harian mereka. Bagi ahli-ahli politik terutamanya yang menguasai kerajaan dan menduduki badan perundangan samada Parlimen atau Dewan Undangan Negeri melihat undang-undang sebagai suatu pemudahcara bagi mereka menjalankan dasar-dasar pemerintahan dan dengan itu berusaha membuat atau meminda undang-undang untuk di sesuaikan dengan dasar-dasar tersebut. Bagi pihak polis pula, undang-undang bagi mereka adalah sebagai satu sumber kuasa yang membolehkan mereka menahan orang-orang yang melanggar undang-undang.

Mengikut kamus undang-undang Oxford, perkataan undang-undang membawa maksud ‘suatu kumpulan peraturan-peraturan yang di kuatkuasa dengan tujuan untuk mentadbir sesebuah masyarakat’. John Austin dalam bukunya The Province of Jurisprudence Determined menyatakan bahawa undang-undang ialah ‘suatu kumpulan arahan-arahan yang di keluarkan oleh pihak pemerintah keatas pihak yang di perintah dan di kuatkuasakan melalui penggunaan sekatan dan hukuman keatas mereka yang mengingkarinya’. John Salmond dalam bukunya Jurisprudence pula memberi definasi undang-undang sebagai ‘kumpulan prinsip-prinsip yang di iktiraf dan di gunapakai oleh sesebuah negara dalam pentadbiran keadilan atau dengan kata lain undang-undang ialah suatu kumpulan peraturan yang di kuatkuasakan oleh negara keatas rakyatnya demi menjaga keamanan dan keadilan.

Secara am nya undang-undang merupakan suatu kumpulan peraturan-peraturan yang sedia wujud dalam masyarakat serta yang di wujudkan oleh pemerintah dengan tujuan untuk mentadbir corak tingkah laku dan juga sebagai panduan bagaimana individu

1

Page 2: Pengenalan Kepada Sistem Perundangan

atau kumpulan harus berperanan untuk mewujudkan kehidupan bermasyarakat yang adil, harmoni dan tenteram. Peraturan-peraturan ini di iktiraf dan di terima oleh masyarakat. Masyarakat akur bahawa sebarang bentuk perlanggaran terhadap peraturan-peraturan ini akan mengakibatkan mereka di kenakan tindakan berbentuk hukuman atau denda. Berbeza dengan peraturan yang bersifat norma-norma budaya yang di ikuti dan di amalkan dalam masyarakat yang tidak berkuatkuasa sebagai undang-undang, perlanggaran ke atas nya tidak di kenakan denda atau hukuman akan tetapi pelaku-pelaku tersebut mungkin di pandang serong atau mendapat cemuhan dari masyarakat sekeliling.

1.2 KLASIFIKASI UNDANG-UNDANG

Undang-undang boleh di klasifikasikan kepada dua bentuk iaitu undang-undang awam dan undang-undang persendirian. Undang-undang awam berfungsi mengatur perhubungan di antara individu dengan Negara manakala undang-undang persendirian yang juga di kenali sebagai undang-undang sivil berfungsi mengatur hubungan di antara individu dengan individu yang lain. Contoh undang-undang awam dan undang-undang persendirian adalah seperti senarai berikut:

Undang-Undang Awam

a. Undang-Undang Perlembagaan; mentakrifkan struktur kerajaan dan hak-hak asasi rakyat atau individu di bawah pemerintahan nya.b. Undang-Undang Pentadbiran; mengawal tindak-tanduk dan penggunaan kuasa oleh badan eksekutif atau pentadbiran kerajaan.c. Undang-Undang Jenayah; menggariskan pelbagai jenis kesalahan yang mungkin di lakukan oleh rakyat terhadap Negara serta denda atau hukuman yang menanti mereka yang melakukan jenayah. Ianya bertujuan untuk menghalang rakyat dari melakukan jenayah.

Undang-Undang Persendirian (Sivil)

a. Undang-Undang Kontrak; menggariskan hak dan tanggungjawab yang wujud akibat perjanjian yang boleh di kuatkuasakan di sisi undang-undang.

b. Undang-Undang Tort; berkaitan dengan pemberian pampasan berikutan daripada kecederaan peribadi atau kerosakan harta benda yang di akibatkan oleh kecuaian atau perlanggaran hak peribadi atau harta seseorang individu oleh individu yang lain.

c. Undang-Undang Amanah; berkaitan dengan hak dan tanggung jawab serta perhubungan di antara pemegang amanah dengan waris (beneficiary).

d. Undang-Undang Tanah; berkaitan dengan urusan pentadbiran tanah, hak-hak dan tanggung jawab tuan punya tanah, pendaftaran, penyewaan, cagaran, syarat-syarat dan sekatan ke atas tanah dan lain-lain.

e. Undang-Undang Keluarga; berkaitan dengan perkahwinan, perceraian, hak dan tanggung jawab ke atas harta dan anak-anak.

f. Undang-Undang Syarikat; berkaitan penubuhan, pendaftaran, pembubaran syarikat, hak-hak dan tanggung jawab syarikat sebagai warganegara korporat yang mempunyai

2

Page 3: Pengenalan Kepada Sistem Perundangan

entiti undang-undang yang berasingan, hak-hak dan tanggung jawab pemegang-pemegang saham, pengarah-pengarah syarikat serta lain-lain.

g. Undang-Undang Perkongsian; berkaitan dengan hak dan tanggung jawab di antara ahli-ahli perkongsian, di antara ahli perkongsian dengan pihak ke tiga, juga peraturan-peraturan yang berkaitan dengan penubuhan, tempoh serta pembubaran perkongsian.

h. Undang-Undang Ejensi; berkaitan dengan perhubungan di antara prinsipal dan ejen. Hak dan tanggung jawab prinsipal dan ejen. Bidang kuasa ejen, pewujudan dan penamatan hubungan ejensi dan lain-lain.

Perbezaan ketara di antara undang-undang awam dan undang-undang persendirian (sivil) ialah undang-undang awam melibatkan hubungan di antara kerajaan dengan rakyat manakala undang-undang persendirian (sivil) pula melibatkan hubungan di antara rakyat dengan rakyat. Oleh sebab itu jika kita perhatikan dalam kes-kes mahkamah yang melibatkan undang-undang awam contoh nya undang-undang jenayah, perbicaraan yang di jalankan adalah di antara pihak pendakwaraya dari pejabat peguam negara atau pegawai pendakwa dari pasukan polis yang mewakili kerajaan menjalankan prosiding jenayah atau pendakwaan keatas individu-individu yang melanggar undang-undang jenayah tersebut. Manakala dalam undang-undang persendirian (sivil) seperti kes-kes yang melibatkan perselisihan di antara dua pihak berkaitan dengan kontrak perjanjian, perbicaraan adalah di antara dua pihak yang bersengketa tersebut. Selalunya dengan di wakili oleh peguam masing-masing. Tindakan undang-undang ini di panggil sebagai prosiding sivil di mana pihak yang mendakwa di panggil sebagai plaintif manakala pihak yang di dakwa di panggil sebagai defendan. Dalam kes-kes rayuan, pihak yang membuat rayuan di panggil sebagai appellant manakala pihak yang bertentangan di panggil sebagai responden. Maknanya appellant dan responden dalam kes rayuan boleh jadi plaintif atau defendan dalam kes asal bergantung kepada keputusan hakim yang berpihak kepada siapa dalam perbicaraan asal kes berkenaan.

Gambarajah 1.1 di bawah menunjukkan pembahagian pelbagai jenis undang-undang secara ringkas.

3

Page 4: Pengenalan Kepada Sistem Perundangan

Undang-Undang Perdagangan

Undang-undang perdagangan bukanlah suatu cabang undang-undang yang berasingan. Ianya merupakan suatu kumpulan undang-undang yang berkaitan dengan aktiviti-aktiviti perdagangan. Undang-undang ini berfungsi mengatur perhubungan di antara kalangan yang melibatkan diri dalam urusan perniagaan. Undang-undang ini merupakan sebahagian daripada undang-undang persendirian (sivil) yang merangkumi di antaranya; undang-undang kontrak; undang-undang ejensi; undang-undang sewa-beli; undang-undang jualan barang-barang; undang-undang syarikat; undang-undang insuran; undang-undang hak cipta; undang-undang perbankan dan institusi kewangan; undang-undang bil pertukaran dan lain-lain.

1.3 SUMBER UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Sumber undang-undang Malaysia terbahagi kepada dua iaitu sumber bertulis dan sumber tidak bertulis. Sumber bertulis merupakan sumber yang paling penting kepada undang-undang Malaysia. Ianya adalah undang-undang yang di gubal oleh badan perundangan iaitu Parlimen di peringkat persekutuan dan Dewan Undangan Negeri bagi peringkat negeri. Ia di kenali sebagai sumber bertulis kerana sifatnya yang menggariskan peraturan undang-undang dalam bentuk bertulis, nyata, spesifik dan tetap. Sumber undang-undang bertulis adalah seperti berikut:

a. Perlembagaan Persekutuanb. Perlembagaan Negeri

4

Page 5: Pengenalan Kepada Sistem Perundangan

c. Perundangan Persekutuand. Perundangan Negerie. Perundangan Subsidiari

Sumber tidak bertulis pula merupakan jenis undang-undang yang tidak terdapat dalam bentuk tulisan iaitu ianya tidak di gubal oleh Parlimen atau Dewan Undangan Negeri, juga tidak terdapat dalam perlembagaan persekutuan dan negeri. Sumber undang-undang tidak bertulis adalah seperti berikut;

a. Undang-Undang Inggerisb. Undang-Undang Islamc. Undang-Undang Adatd. Keputusan Kehakiman

Gambarajah 1.2 berikut menerangkan berkaitan pembahagian sumber undang-undang Malaysia:

1.3.1. Sumber Undang-Undang Bertulis

Perlembagaan Persekutuan

Malaysia adalah sebuah persekutuan yang terdiri daripada 13 buah negeri dan mempunyai sebuah perlembagaan bertulis yang di kenali sebagai perlembagaan peresekutuan. Perlembagaan persekutuan merupakan undang-undang tertinggi Malaysia. Artikel 4(1) perlembagaan persekutuan menyatakan ‘perlembagaan ini adalah undang-undang teragung persekutuan dan mana-mana undang-undang yang di luluskan selepas hari kemerdekaan yang bercanggah dengan perlembagaan ini adalah tidak sah setakat mana percanggahan tersebut’. Badan perundangan iaitu Parlimen yang menggubal atau meminda undang-undang di peringkat persekutuan dan Dewan Undangan Negeri di peringkat negeri adalah tertakluk kepada peruntukan-peruntukan yang di tetapkan oleh perlembagaan persekutuan. Perkara ini di jelaskan oleh Atikel 73 iaitu ‘Dalam menggunakan kuasa legislatif yang di turunkan oleh perlembagaan’:

5

Page 6: Pengenalan Kepada Sistem Perundangan

a) Parlimen boleh menggubal undang-undang untuk seluruh atau mana-mana bahagian persekutuan dan undang-undang itu berkesan di luar dan di dalam persekutuan.

b) Badan Perundangan Negeri boleh menggubal undang-undang untuk seluruh atau mana-mana bahagian negeri itu.

Perlembagaan Persekutuan juga melalui Artikel 74 menetapkan bidang kuasa kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri dalam mentadbir pemerintahan dengan menyediakan senarai persekutuan yang menyenaraikan perkara-perkara yang tertakluk di bawah bidang kuasa persekutuan, senarai negeri yang menyenaraikan perkara-perkara yang tertakluk di bawah bidang kuasa kerajaan negeri dan senarai bersama yang menyenaraikan perkara-perkara di bawah bidang kuasa dan tanggung jawab bersama kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri. Berikut adalah di senaraikan secara ringkas perkara-perkara yang termasuk dalam senarai-senarai tersebut:

Senarai Persekutuan (Senarai I, Jadual Sembilan)

Hal ehwal luar negeri Pertahanan Keselamatan dalam negeri Undang-undang dan acara sivil dan jenayah dan pentadbiran keadilan Pilihanraya Kewangan Perdagangan, komersial dan perusahaan Perkapalan, pelayaran dan perikanan Perhubungan dan pengangkutan Kajian, siasatan dan penyelidikan termasuk banci, suruhanjaya siasatan dll. Pendidikan Perkhidmatan hospital dan kesihatan Buruh dan keselamatan social Kebajikan orang-orang asli Perkara-perkara yang berhubung dengan Wilayah Persekutuan

Senarai Negeri (Senarai II, Jadual Sembilan)

Undang-undang syariah dan adat istiadat Melayu Hal ehwal tanah Pertanian dan perhutanan Kerajaan tempatan Pengurusan bekalan air Jentera pentadbiran kerajaan negeri Hari kelepasan negeri Penyu dan perikanan sungai Perpustakaan, muzium, rekod purbakala.

6

Page 7: Pengenalan Kepada Sistem Perundangan

Senarai Bersama (Senarai III, Jadual Sembilan)

Kebajikan masyarakat Biasiswa Hidupan liar dan taman negara Perkhidmatan haiwan Perancangan bandar dan desa Kutu rayau dan penjaja-penjaja beredar Kesihatan awam dan kebersihan Perparitan dan pengairan Pemulihan tanah lombong dan tanah yang binasa oleh hakisan Langkah-langkah keselamatan kebakaran, pembinaan dan penyelenggaraan

bangunan Kebudayaan dan sukan Perumahan dan peruntukan-peruntukan bagi kemudahan perumahan Undang-undang berkaitan perkahwinan, perceraian, penjagaan anak, nafkah,

pengambilan anak angkat, taraf anak, undang-undang keluarga, pemberian atau mewarisi harta berwasiat atau tak berwasiat.

Perkapalan yang beratnya kurang daripada 15 tan. Pengeluaran, pembahagian dan bekalan kuasa air dan letrik yang di jana oleh

kuasa air Penyelidikan pertanian dan perhutanan Panggung wayang dan tempat hiburan awam Pilihanraya bagi dewan negeri

Seperti yang di nyatakan sebelum ini, Perlembagaan Persekutuan merupakan undang-undang tertinggi Negara. Di samping menggariskan bidang kuasa persekutuan dan negeri ianya juga menetapkan hak-hak asasi individu yang menjadi rakyat negara ini. Peruntukan-peruntukan perlembagaan ini hanya boleh di pinda jika mendapat sokongan majoriti dua-pertiga daripada ahli kedua-dua dewan parlimen. Berbeza dengan pindaan ke atas undang-undang biasa yang cuma memerlukan sokongan majoriti mudah dari ahli ke dua-dua dewan parlimen.

Perlembagaan Negeri

Setiap 13 buah negeri di dalam Persekutuan Malaysia mempunyai perlembagaan masing-masing yang mengatur dan mengawal perjalanan pemerintahan dan pentadbiran negeri. Perlembagaan negeri mempunyai peruntukan-peruntukan penting yang di senaraikan dalam jadual ke lapan Perlembagaan Persekutuan. Peruntukan-peruntukan ini termasuklah perkara-perkara yang berkaitan dengan pertabalan dan kuasa pemerintah (Sultan, Yam Tuan Besar, Raja) dalam konteks pemerintahan raja berperlembagaan, perlantikan menteri besar, pembentukan dan pembubaran dewan undangan negeri, persidangan dewan undangan negeri, majlis mesyuarat negeri, peruntukan kewangan negeri, kakitangan kerajaan negeri dan pindaan ke atas perlembagaan negeri. Artikel 71 perlembagaan persekutuan menyatakan bahawa jika peruntukan-peruntukan penting ini

7

Page 8: Pengenalan Kepada Sistem Perundangan

tiada atau bercanggah dengan perlembagaan persekutuan maka parlimen berhak untuk membuat atau meminda peruntukan-peruntukan tersebut.

Perundangan Persekutuan

Undang-undang bertulis yang di gubal dan di luluskan oleh badan perundangan persekutuan iaitu parlimen selepas 1946 sehingga kemerdekaan pada tahun 1957 adalah di kenali sebagai ordinan manakala undang-undang yang di gubal oleh parlimen selepas kemerdekaan di kenali sebagai akta. Contoh perundangan persekutuan adalah seperti; Ordinan Kontrak 1950 yang kini di kenali sebagai Akta Kontrak 1950 selepas semakan pada tahun 1974; Akta Syarikat 1965; Akta Sewa Beli 1967; Akta Perkongsian 1961; Akta Jualan Barang-Barang 1957 dan lain-lain. Parlimen dalam menggubal undang-undang adalah tertakluk kepada perlembagaan persekutuan di mana mereka hanya mempunyai kuasa penggubalan undang-undang bagi perkara-perkara di dalam senarai I iaitu senarai persekutuan dan senarai III iaitu senarai bersama, jadual 9 perlembagaan persekutuan.

Perundangan Negeri

Undang-undang bertulis yang di gubal dan di luluskan oleh badan perundangan negeri iaitu dewan undangan negeri di semua negeri kecuali Sarawak di kenali sebagai enakmen. Di Sarawak ianya di kenali sebagai ordinan. Selain daripada itu perkataan ordinan juga di guna pakai bagi undang-undang yang di buat oleh Yang Di Pertuan Agong semasa tempoh darurat apabila parlimen tidak bersidang. Sepertimana parlimen yang tertakluk kepada perlembagaan persekutuan, dewan undangan negeri dalam menggubal dan meluluskan undang-undang adalah tertakluk kepada perlembagaan negeri. dewan undangan negeri mempunyai kuasa untuk menggubal dan meluluskan undang-undang bagi perkara-perkara yang termaktub dalam senarai II iaitu senarai negeri dan senarai III iaitu senarai bersama, jadual 9 perlembagaan persekutuan. Perkara yang tidak termaktub dalam mana-mana senarai di jadual 9, adalah di dalam bidang kuasa negeri. Berikut adalah beberapa contoh undang-undang bertulis negeri iaitu Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam Terengganu 1955; Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Kelantan 1983; Enakmen Undang-Undang Islam Selangor 1984 yang terpakai dan berkuat kuasa di dalam wilayah pentadbiran negeri-negeri berkenaan sahaja. Undang-undang yang di gubal oleh badan perundangan samada parlimen atau dewan undangan negeri juga di kenali sebagai undang-undang statut. Undang-undang statut merupakan sumber undang-undang yang penting berbanding dengan sumber-sumber lain kerana ianya di gunakan secara meluas dalam memansuh, meminda, menggubal dan menyusun semula undang-undang yang di gunapakai dari sumber-sumber tidak bertulis seperti keputusan kehakiman dan undang-undang common law dan ekuiti Inggeris.

Perundangan Subsidiari

8

Page 9: Pengenalan Kepada Sistem Perundangan

Perundangan subsidiari juga di kenali sebagai perundangan perwakilan atau perundangan subordinate. Ianya merupakan suatu bentuk undang-undang bertulis yang di gubal dan di luluskan oleh pihak-pihak dan badan-badan tertentu seperti Yang Di Pertuan Agong, menteri-menteri dan pihak berkuasa tempatan melalui kuasa yang di peruntukkan kepada mereka oleh akta-akta parlimen dan enakmen-enakmen dewan undangan negeri. Perundangan subsidiari ini di wujudkan untuk menjimatkan masa parlimen dan dewan undangan negeri dimana badan-badan perundangan ini boleh menumpukan lebih masa untuk membincangkan dan menangani isu-isu kepentingan nasional lain yang lebih utama. Kuasa penggubalan undang-undang ini di perturunkan kepada badan-badan dan pihak-pihak yang lebih pakar dan berupaya memperinci setiap sudut kepentingan dan kesan undang-undang yang di luluskan terhadap orang ramai dan kerajaan. Dalam keadaan-keadaan kecemasan, kerajaan perlu bertindak pantas. Oleh itu dalam keadaan-keadaan tersebut adalah perlu bagi Yang Di Pertuan Agong atau Perdana Menteri atau menteri-menteri di berikan kuasa oleh badan perundangan untuk mengeluarkan arahan-arahan atau perintah-perintah tertentu dalam menangani keadaan supaya kembali terkawal. Undang-undang subsidiari ini adalah lebih fleksibel dan mudah di sesuaikan untuk menangani kepentingan semasa, kepentingan setempat dan kepentingan ramai. Contoh undang-undang subsidiari ini adalah seperti undang-undang yang di keluarkan oleh pihak berkuasa kerajaan tempatan seperti Dewan Bandaraya, Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah berkaitan dengan peraturan-peraturan tempat letak kereta, cukai pintu, pelesenan premis perniagaan, hiburan serta lain-lain aspek berkaitan dengan pentadbiran kerajaan tempatan. Contoh lain adalah seperti kod etika tata-laku bagi badan-badan profesional seperti doktor, jurutera, peguam, arkitek, akauntan dan lain-lain lagi.

1.3.2. Sumber Undang-Undang Tidak Bertulis

Undang-Undang Inggeris

Sebagai bekas tanah jajahan Inggeris, prinsip common law dan undang-undang ekuiti Inggeris adalah merupakan sumber undang-undang tidak bertulis yang di gunapakai secara meluas dalam sistem undang-undang di Malaysia semasa baru mencapai kemerdekaan dan sehingga kini pengaruh nya masih tetap wujud walau pun telah banyak berkurangan. Common law Inggeris mula terbentuk di England pada zaman pertengahan melalui keputusan yang di buat oleh hakim-hakim dalam perbicaraan. Dengan kemunculan raja-raja yang sangat berkuasa, kerajaan yang kuat, kewujudan sistem kehakiman yang berpusat serta dengan adanya kumpulan kerani undang-undang yang profesional menyimpan semua rekod-rekod berkaitan keputusan yang telah di buat oleh hakim-hakim dalam perbicaraan mahkamah telah memungkinkan wujud nya undang-undang yang seragam dan sama (common) untuk seluruh England. Undang-undang ekuiti pula ialah cabang undang-undang yang di tadbir oleh Lord Chancellor sebagai wakil raja melalui pejabatnya yang kemudian di kenali sebagai mahkamah chancery yang berfungsi melihat isu undang-undang dari perspektif ekuiti iaitu keadilan dan kesaksamaan kepada pihak-pihak yang terlibat dalam pertikaian. Ianya berbeza dengan konsep common law yang lebih terikat kepada peraturan-peraturan atau keputusan kehakiman yang terdahulu tanpa mengira samada ianya adil atau tidak. Jika terdapat

9

Page 10: Pengenalan Kepada Sistem Perundangan

konflik di antara common law dan undang-undang ekuiti, maka peraturan undang-undang ekuiti akan di guna pakai.

Namun demikian tidak semua undang-undang Inggeris di terima pakai di Malaysia. Pemakaian undang-undang Inggeris di Malaysia pada hari ini adalah tertakluk kepada seksyen 3(1) Akta Undang-Undang Sivil 1956 (Di Semak 1972), manakala seksyen 5(1) akta yang sama memberi perhatian khusus berkaitan pemakaian undang-undang perdagangan Inggeris di Malaysia.

Seksyen 3. Pemakaian Common Law U.K., undang-undang ekuiti dan statut-statut tertentu.(1).Kecuali jika ada peruntukan yang telah di buat atau yang bakal di buat oleh mana-mana undang-undang bertulis yang berkuatkuasa di Malaysia, mahkamah hendaklah –

(a) Di Malaysia Barat atau mana-mana bahagian daripada nya memakai common law England dan undang-undang ekuiti sebagaimana yang di jalankan di England pada 7 April 1956.

(b) Di Sabah memakai common law England dan undang-undang ekuiti bersama dengan statut-statut pemakaian am yang di jalankan atau berkuatkuasa di England pada 1 Disember 1951.

(c) Di Sarawak memakai common law England dan undang-undang ekuiti, bersama dengan statut-statut pemakaian am yang di jalankan atau

berkuatkuasa di England pada 12 Disember 1949, … … …

Peruntukan seksyen 3(1) di atas telah membangkitkan banyak percanggahan tafsiran di kalangan pengamal dan cerdik pandai undang-undang berkaitan dengan ketidak-seragaman tarikh serta ketiadaan pemakaian statut bagi Malaysia Barat berbanding dengan pemakaian statut di Sabah dan Sarawak. Namun demikian kita tinggalkan perbincangan berkaitan dengan perkara tersebut kerana ianya di luar skop modul ini.

Apa yang penting untuk kita ketahui di sini ialah kesan seksyen 3(1) di atas terhadap pemakaian undang-undang Inggeris ialah, di Malaysia Barat undang-undang Inggeris iaitu common law dan ekuiti yang wujud sebelum 7 April 1956 adalah di pakai. Di Sabah dan Sarawak pula, Undang-undang Inggeris iaitu common law, ekuiti dan statut yang wujud sebelum 1 Disember 1951 bagi Sabah dan sebelum 1 Disember 1949 bagi Sarawak adalah di pakai.

Walau bagaimana pun pemakaian undang-undang Inggeris di Malaysia adalah tertakluk kepada dua keadaan iaitu:

Ketiadaan undang-undag bertulis tempatan yang boleh di gunapakai dalam menangani masaalah undang-undang yang berbangkit. Undang-undang Inggeris

10

Page 11: Pengenalan Kepada Sistem Perundangan

hanyalah sebagai pengisi kekosongan (lacuna) yang wujud dalam sistem undang-undang Malaysia.

Hanya undang-undang Inggeris yang bersesuaian dengan keadaan dan suasana tempatan sahaja yang akan di gunapakai.

Seksyen 5 (1) Akta Undang-Undang Sivil 1956 (Di Semak 1972) memberi perhatian khusus terhadap pemakaian undang-undang perdagangan Inggeris di Malaysia.

Seksyen 5. Pemakaian Undang-Undang Inggeris Dalam Hal Ehwal Perdagangan;

(1) Di dalam semua persoalan atau isu-isu yang timbul atau yang perlu di putuskan dalam negeri-negeri di Malaysia Barat selain negeri-negeri Melaka dan Pulau Pinang yang berkaitan dengan undang-undang perkongsian, syarikat-syarikat, perbankan, prinsipal dan ejen, pengangkutan udara, darat dan laut, insuran marin, purata, insuran hayat dan kebakaran dan yang berkaitan dengan undang-undang perdagangan secara umum, undang-undang yang terpakai adalah sama dengan yang di gunapakai di England dalam kes-kes serupa pada masa berkuatkuasa nya akta ini, jika persoalan atau isu-isu telah timbul atau telah di putuskan di England melainkan dalam mana-mana kes, peruntukan lain telah atau akan di buat oleh mana-mana undang-undang bertulis.

Implikasi daripada seksyen 5(2) ini kepada pengunaan prinsip undang-undang perdagangan Inggeris di negeri-negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak ialah prinsip undang-undang perdagangan Inggeris akan terus terpakai di negeri-negeri tersebut jika tiada undang-undang tempatan yang dapat di rujuk untuk menyelesaikan masaalah berkaitan dengan undang-undang perdagangan. Namun demikian dengan ada nya statut-statut tempatan berkaitan urusan perdagangan yang telah banyak di luluskan oleh badan perundangan seperti Akta Syarikat 1965 (Di semak 1973), Akta Perkongsian 1961 (Di Semak 1974), Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989, Akta Kontrak 1950 (Di Semak 1974), Akta Insurans 1963 (Di Semak 1972) dan lain-lain lagi, maka tidak lagi wujud kebergantungan penuh kepada prinsip undang-undang perdagangan Inggeris bagi negeri-negeri ini.

Undang-Undang Islam

Undang-undang Islam atau juga di kenali sebagai undang-undang syariah adalah salah satu sumber undang-undang Malaysia. Pengaruh undang-undang Islam di Malaysia telah bertapak sejak kurun ke 15 dengan ketibaan Islam di Melaka. Teks undang-undang Melayu terawal seperti undang-undang Melaka dan ikhtisar undang-undang Pahang menggunakan prinsip-prinsip asas undang-undang Islam. Semasa penjajahan Inggeris undang-undang Islam di iktiraf oleh mereka apabila wujudnya Ordinan Perkahwinan Mohamedan 1880. Ordinan ini menggariskan prosedur-prosedur berkaitan pendaftaran perkahwinan dan perceraian, harta dan lain-lain yang berkuatkuasa ke atas orang-orang Islam. Ordinan ini terus berkuatkuasa di Pulau Pinang dan Melaka sehingga 1959. Mahkamah semasa penjajahan Inggeris juga mengiktiraf undang-undang Islam. Ini di

11

Page 12: Pengenalan Kepada Sistem Perundangan

buktikan oleh kes Ramah v Laton (1927) 6, F.M.S.L.R., 128. Dalam kes ini Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa dalam negeri-negeri Melayu bersekutu, undang-undang Islam adalah bukan undang-undang asing tetapi merupakan undang-undang tempatan yang berkuatkuasa dalam negeri tersebut. Pada hari ini, pemakaian undang-undang Islam di Malaysia adalah di tetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan melalui Artikel 3 yang memperuntukkan bahawa ‘Islam sebagai agama persekutuan’. Perlembagaan Persekutuan melalui jadual sembilan telah dengan jelas memperuntukkan uandang-undang Islam di bawah bidangkuasa badan perundangan negeri. Badan perundangan negeri berkuasa menggubal perkara-perkara berkaitan dengan undang-undang Islam dan juga kuasa untuk menubuhkan mahkamah syariah bagi mentadbir undang-undang Islam di negeri masing-masing. Mahkamah syariah mempunyai hirarki nya yang tersendiri. Perkara 121, fasal (1A) perlembagaan persekutuan menetapkan bahawa mahkamah sivil tidak mempunyai kuasa terhadap apa-apa perkara yang telah di peruntukkan sebagai di bawah bidangkuasa mahkamah syariah. Walau bagaimana pun, bidangkuasa mahkamah syariah adalah terbatas. Undang-undang Islam cuma boleh di kuatkuasakan kepada orang-orang Islam sahaja dan tidak ke atas orang-orang bukan Islam. Misalnya dalam kes-kes penjagaan anak, jika salah seorang samada ibu atau bapa bukan beragama Islam maka kes tersebut akan dibicarakan di mahkamah sivil dan bukannya di mahkamah syariah. Bagi kes tangkapan khalwat yang melibatkan pasangan yang terdiri daripada orang islam dan orang bukan islam, pertuduhan hanya di kenakan ke atas yang beragama islam sahaja manakala yang bukan beragama islam akan lepas bebas.

Undang-Undang Adat

Adat dan tradisi yang di amalkan sejak turun temurun oleh penduduk-penduduk tempatan di Malaysia adalah juga merupakan sumber undang-undang Malaysia. Mengikut Abdul Monir (1989) syarat-syarat asas untuk sesuatu adat dan tradisi itu boleh di sahkan sebagai undang-undang yang berkuatkuasa dalam sesuatu masyarakat ialah:

Sesuatu adat itu mestilah di buktikan wujud dan di amalkan oleh sebahagian besar masyarakat.

Sesuatu adat itu mestilah di buktikan telah menjadi amalan sejak turun temurun dan pengamalan adat tersebut mestilah secara tetap dan berterusan.

Sesuatu adat itu mestilah sah mengikut undang-undang, perlu di sisi undang-undang, munasabah dan nyata atau tertentu.

Di Malaysia, adat-adat penting yang menjadi sumber undang-undang ialah seperti adat orang-orang Melayu, adat natif Sarawak dan adat natif Sabah. Adat orang-orang Melayu terbahagi kepada dua iaitu adat temenggung dan adat perpatih. Adat temenggung menjadi amalan di kebanyakan negeri kecuali Negeri Sembilan dan daerah Naning di Melaka yang mengamalkan adat perpatih. Adat temenggung lebih mementingkan lelaki, mengiktiraf lelaki sebagai ketua keluarga dan dalam hal pewarisan harta, lelaki mewarisi harta iaitu dari ayah kepada anak lelaki. Undang-undang adat temenggung adalah bersifat kekerasan. Contohnya seorang yang membunuh akan di

12

Page 13: Pengenalan Kepada Sistem Perundangan

hukum bunuh. Adat temenggung juga mengamalkan autokrasi di mana semua kuasa terletak dalam tangan pemerintah. Adat perpatih pula lebih mengutamakan golongan wanita. Ini dapat dilihat dalam soal-soal pembahagian harta dan jurai keturunan yang di perturunkan hanya melalui wanita. Undang-undang adat perpatih lebih bersifat pemulihan. Contohnya jika seseorang itu di lukakan dia akan di beri ganti rugi dalam bentuk ayam atau kambing bergantung kepada besarnya luka itu. Adat ini percaya bahawa orang yang melakukan kesalahan boleh mengubah perangai mereka. Undang-undang adat perpatih ini mempunyai ciri-ciri demokrasi iaitu orang ramai di lindungi oleh undang-undang dan pemerintah sendiri pun tertakluk kepada undang-undang.

Di Sarawak undang-undang adat penduduk tempatan di tadbirkan melalui Ordinan (Peristiharan) Adat Natif 1996. Ordinan ini menyusun undang-undang adat Iban, adat Bidayuh dan adat Kayan-Kenyah. Adat-adat lain seperti Lun Bawang, Kelabit, Kajang, Renan, Bisaya dan Melanau Liko masih dalam proses penyusunan. Di antara adat-adat yang di sebutkan di atas, adat Iban adalah lebih menonjol dan di gunakan secara meluas sebagai undang-undang adat di kalangan kaum tersebut di Sarawak.

Adat Iban lebih tertumpu di bahagian ke dua negeri Sarawak di mana sebahagian besar orang-orang Iban menetap. Orang-orang Iban juga terdapat di bahagian pertama. Ketiga, keempat dan kelima dalam jumlah yang lebih kecil. Adat Iban merangkumi hampir keseluruhan aspek kehidupan orang-orang Iban. Sebahagian daripada adat-adat Iban yang di iktiraf sebagai undang-undang ialah seperti perkara-perkara yang berkaitan dengan pentadbiran, perkahwinan, pengambilan anak angkat, sumbang mahram, harta dan tort. Di Sarawak terdapat mahkamah natif yang mempunyai hirarki yang tersendiri yang membicarakan kes-kes yang melibatkan undang-undang adat natif mengikut bidangkuasa masing-masing.

Di Sabah suatu siri susunan undang-undang yang di sediakan oleh G.C. Wooley dalam tahun 30an menggariskan prinsip-prinsip asas adat masyarakat tempatan seperti adat Tuaran, adat Dusun, adat Murut, adat Kwijan dan Timogun. Perkara-perkara penting yang menjadi amalan adat penduduk-penduduk asal ini yang di terima sebagai undang-undang ialah seperti peraturan pentadbiran, perkahwinan, pengambilan anak angkat, sumbang mahram dan hal-hal yang berkaitan dengan harta. Seperti di Sarawak, di Sabah juga terdapat mahkamah natif dengan hirarki yang tersendiri mempunyai bidangkuasa membicarakan kes-kes yang melibatkan undang-undang adat natif.

Keputusan Kehakiman

Keputusan-keputusan yang di buat oleh hakim yang di simpan secara kemas dan sistematik yang menjadi rujukan untuk kes-kes yang berikutnya telah melahirkan sistem common law England serta negara-negara lain yang memakai sistem undang-undang yang sama seperti England. Keputusan kehakiman atau doktrin duluan kehakiman (doctrine of judicial precedent) merupakan salah satu sumber undang-undang Malaysia yang tidak bertulis. Keputusan yang di buat oleh seseorang hakim dalam perbicaraan kes di mahkamah yang di asaskan kepada prinsip undang-undang yang tertentu akan mengubah undang-undang yang sedia ada atau mewujudkan suatu undang-undang baru.

13

Page 14: Pengenalan Kepada Sistem Perundangan

Walau bagaimana pun hakim-hakim tidak boleh membuat keputusan dengan sewenang-wenang sahaja, mereka terikat dengan peraturan stare decisis iaitu mestilah berpandukan kepada prinsip undang-undang dalam kes-kes yang telah di putuskan oleh mahkamah yang lebih tinggi atau pun keputusan-keputusan mahkamah di hirarki dan bidangkuasa yang sama. Menurut Ahmad Ibrahim et.al (1987) peraturan stare decisis menetapkan bahawa doktrin duluan kehakiman mengikat dalam dua cara iaitu:

i) Keputusan mahkamah-mahkamah yang lebih tinggi dalam kes-kes yang serupa akan mengikat mahkamah-mahkamah yang lebih rendah hirarki daripadanya. Keputusan mahkamah rendah tidak mengikat mahkamah yang lebih tinggi hirarki daripadanya.

ii) Mahkamah yang sama atau di hirarki dan bidangkuasa yang sama terikat kepada keputusan-keputusan yang di buat terdahulu samada oleh hakim yang lain sebelumnya atau mahkamah lain yang sama taraf dengan nya. Contoh nya keputusan mahkamah Agong (dalam struktur hirarki mahkamah yang lama) adalah mengikat mahkamah Rayuan (dalam struktur hirarki mahkamah yang baru)

Tidak semua perkara yang di sebut oleh hakim semasa penghakiman akan menjadi suatu yang mengikat. Hujahan penghakiman seseorang hakim boleh di bahagikan kepada dua kategori iaitu ratio decidendi dan obiter dictum. Ratio decidendi bermakna alasan dalam membuat keputusan. Alasan-alasan yang di gunakan oleh hakim dalam membuat keputusan penghakimannya adalah berpandukan prinsip-prinsip dan peraturan-peraturan undang-undang yang utama. Ratio decidendi inilah yang mengikat keputusan kes-kes terkemudian di mahkamah yang sama atau mahkamah yang lebih rendah hirarkinya. Obiter dictum adalah merujuk kepada komen sampingan yang tidak relevan dengan keputusan kes yang di sampaikan oleh hakim semasa penghakiman. Obiter dictum bukanlah suatu yang mengikat. Untuk membezakan di antara ratio decidendi dan obiter dictum memerlukan tahap kepakaran undang-undang yang tinggi, oleh itu elok kita tinggalkan perbincangan berkaitan dengannya kepada mereka yang lebih pakar. Keputusan kehakiman boleh di dapati dalam pelbagai lapuran undang-undang. Untuk kes-kes di Malaysia kita boleh dapatkan keputusan-keputusan hakim dalam lapuran-lapuran berikut:

Singkatan Tajuk Tarikh KawasanC.L.J Current Law Journal 1981-semasa MalaysiaF.M.S.L.R. Federated Malay State Law Report 1906-1941 Negeri-Negeri Melayu BersekutuM.L.J. Malayan Law Journal 1932-semasa Malaysia, Singapura dan Brunei

1.4 INSTITUSI MAHKAMAH

14

Page 15: Pengenalan Kepada Sistem Perundangan

Adalah penting untuk kita mengetahui berkenaan dengan hirarki serta bidang - kuasa mahkamah-mahkamah di Malaysia supaya kita lebih memahami bagaimana ianya berfungsi serta apakah bidang kuasa setiap mahkamah dalam menjalankan proses pentadbiran keadilan di negara kita. Dengan berkuatkuasanya Akta Perlembagaan (Pindaan) 1994 yang mulai berkuatkuasa pada 24 Jun 1994, susunan hirarki mahkamah adalah sebagaimana gambarajah 1.3 di bawah:

Gambarajah 1.3, Susunan Hirarki Mahkamah Malaysia.

Susunan hirarki mahkamah-mahkamah di atas boleh di bahagikan kepada dua iaitu mahkamah atas yang terdiri daripada Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan

15

Page 16: Pengenalan Kepada Sistem Perundangan

dan Mahkamah Tinggi Malaya serta Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak. Mahkamah rendah pula terdiri daripada Mahkamah Sesyen, Mahkamah Majistret, Mahkamah Juvana, Mahkamah Tuntutan Kecil dan Mahkamah Penghulu. Sebelum kita teruskan perbincangan berkaitan dengan susunan hirarki dan bidang kuasa mahkamah yang terkini, elok juga kita lihat dahulu susunan hirarki mahkamah yang berkuatkuasa sebelum ini supaya kita akan memahami dengan lebih jelas berkaitan dengan doktrin duluan kehakiman serta perjalanan kes-kes yang telah di putuskan di mahkamah yang melibatkan rayuan-rayuan ke mahkamah yang lebih tinggi.

Gambarajah 1.4, Susunan Hirarki Mahkamah Sebelum 1 Januari 1987

Gambarajah 1.5, Susunan Hirarki Mahkamah Dari 1 Januari 1987 Hingga 23 Jun 1994

16

Page 17: Pengenalan Kepada Sistem Perundangan

Pada tempoh di antara 1 Januari 1987 hingga 23 Jun 1994, struktur mahkamah hanya mempunyai satu peringkat rayuan sahaja iaitu Mahkamah Agong. Pindaan perlembagaan pada tahun 1994 adalah bertujuan untuk mewujudkan semula dua peringkat rayuan sepertimana yang di amalkan sebelum 1 Januari 1987 iaitu dengan kewujudan Mahkamah Persekutuan dan Majlis Privi yang berfungsi mendengar rayuan-rayuan bersabit dengan kes-kes yang di putuskan di Mahkamah Tinggi. Selepas pindaan perlembagaan 1994, Mahkamah Agong telah di namakan semula sebagai Mahkamah Persekutuan Malaysia. Mahkamah Rayuan yang mempunyai hirarki yang lebih rendah daripadanya telah di wujudkan. Mahkamah Tinggi Malaya di kekalkan namanya manakala Mahkamah Tinggi Borneo di tukarkan kepada Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak. Struktur hirarki mahkamah-mahkamah rendah adalah kekal sepertimana sebelumnya.

17

Page 18: Pengenalan Kepada Sistem Perundangan

Mahkamah Persekutuan

Mahkamah Persekutuan merupakan mahkamah tertinggi dan juga mahkamah rayuan terakhir untuk kes-kes sivil dan juga jenayah di Malaysia. Ianya di ketuai oleh Ketua Hakim Negara yang juga merupakan pemegang kuasa tertinggi badan kehakiman Malaysia. Setiap perbicaraan di Mahkamah Persekutuan akan di dengar oleh satu korum yang mengandungi tidak kurang daripada tiga orang hakim Mahkamah Persekutuan atau jumlah ganjil lain yang lebih besar sepertimana yang di putuskan oleh Ketua Hakim Negara mengikut keperluan kes-kes tertentu. Dalam kes-kes yang melibatkan isu undang-undang yang rumit, jumlah hakim yang bersidang mungkin bertambah kepada lima atau tujuh orang. Kes-kes adalah di putuskan mengikut pendapat atau pandangan majoriti hakim-hakim yang bersidang. Sebagai mahkamah yang tertinggi, keputusan yang di buat oleh Mahkamah Persekutuan merupakan ketetapan terakhir berhubung perselisihan di antara pihak-pihak yang terlibat. Tiada lagi rayuan boleh di buat ke atas keputusan yang di berikan oleh Mahkamah Persekutuan.

Artikel 121(1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bidangkuasa Mahkamah Persekutuan adalah sepertimana berikut:

Bidangkuasa Rayuan Bidangkuasa Asal Bidangkuasa Rujukan Bidangkuasa Penasihat

Bidangkuasa Rayuan

Sebahagian besar tugas Mahkamah Persekutuan adalah berkaitan dengan bidang kuasa rayuan. Mahkamah Persekutuan mendengar kes-kes rayuan bersabit keputusan yang di buat oleh Mahkamah Rayuan yang di bawa di hadapan nya. Dalam kes-kes jenayah, pihak pendakwaraya boleh membuat rayuan terhadap pembebasan atau hukuman yang telah di putuskan oleh Mahkamah Rayuan. Manakala pihak yang di persalahkan pula boleh membuat rayuan terhadap sabitan kesalahan atau hukuman berdasarkan peraturan undang-undang atau fakta atau campuran kedua-dua nya. Perayu dalam kes-kes sivil boleh merujuk kes mereka kepada Mahkamah Persekutuan berdasarkan kepada peraturan undang-undang atau berdasarkan kepada penerimaan atau penolakan bukti oleh mahkamah yang lebih rendah dalam struktur hirarki. Rayuan kepada Mahkamah Persekutuan adalah melalui perbicaraan semula. Mahkamah Persekutuan mempunyai kuasa untuk mempertimbangkan bukti-bukti lanjut melalui affidavit (keterangan bersumpah secara bertulis), deposition (keterangan bersumpah secara lisan di mahkamah) dan juga melalui pemeriksaan lisan di mahkamah.

Kebenaran Mahkamah Persekutuan mesti lah terlebih dahulu di perolehi sebelum sesuatu kes yang telah di putuskan oleh Mahkamah Rayuan di rayu kepada Mahkamah Persekutuan dalam keadaan-keadaan:

18

Page 19: Pengenalan Kepada Sistem Perundangan

i) Di mana jumlah atau nilai perkara yang menjadi pertikaian (tidak termasuk faedah) adalah RM250,000-00 (RM: Dua Ratus Lima Puluh Ribu) atau lebih atau rayuan melibatkan secara langsung atau tidak langsung, tuntutan keatas harta atau hak-hak sivil dengan jumlah dan nilai yang sama.

ii) Dimana keputusan adalah berkaitan dengan persoalan ke atas mana-mana peruntukan perlembagaan termasuk pertikaian mengenai kesahan mana-mana undang-undang bertulis yang di katakan bercanggah dengan peruntukan perlembagaan.

Bidang kuasa Asal

Mahkamah Persekutuan mempunyai bidangkuasa asal yang eksklusif berkaitan dengan perkara-perkara yang bersangkutan dengan perlembagaan iaitu:

Mengenai kesahan mana-mana undang-undang yang di buat oleh perundangan persekutuan atau negeri yang mana ianya di luar bidangkuasa badan-badan perundangan tersebut.

Pertikaian atau apa-apa persoalan di antara negeri dengan persekutuan atau di antara negeri dengan negeri yang lain.

Bidang kuasa Rujukan

Mahkamah Persekutuan boleh mendengar kes-kes yang di rujukkan kepadanya untuk memutuskan perkara-perkara yang berkaitan dengan persoalan perlembagaan yang berbangkit dalam perbicaraan di mahkamah-mahkamah lain. Selepas membuat pertimbangan, Mahkamah Persekutuan akan menyerahkan keputusan yang di tentukan oleh mereka berkaitan dengan perkara tersebut untuk di ambil tindakan oleh mahkamah yang merujuk.

Bidang kuasa Penasihat

Yang Di Pertuan Agong akan merujuk kepada Mahkamah Persekutuan untuk mendapatkan pandangan berkaitan dengan perkara-perkara yang telah atau bakal timbul akibat atau kesan daripada mana-mana peruntukan perlembagaan. Permohonan Yang Di Pertuan Agong untuk nasihat Mahkamah Persekutuan ini di jalankan secara terbuka. Mahkamah Persekutuan juga memberikan keputusan atau pendapat berkaitan dengan perkara yang di minta nasihat tersebut juga secara terbuka.

Mahkamah Rayuan

Mahkamah Rayuan di ketuai oleh seorang Presiden dan 13 orang hakim Mahkamah Rayuan yang lain (sah pada 17 Ogos 2004). Presiden Mahkamah Rayuan

19

Page 20: Pengenalan Kepada Sistem Perundangan

bertanggung jawab kepada Ketua Hakim Negara. Mahkamah Rayuan di tubuhkan dengan tujuan untuk menjalankan bidang kuasa yang khusus iaitu berkaitan dengan rayuan. Perbicaraan di Mahkamah Rayuan adalah di jalankan dengan satu korum yang terdiri daripada sekurang-kurang nya tiga orang hakim atau jumlah ganjil lain yang lebih besar mengikut keperluan sepertimana yang di tentukan oleh Presiden Mahkamah Rayuan. Kes-kes adalah di putuskan mengikut pendapat atau pandangan majoriti hakim-hakim yang bersidang.

Artikel 121(1B) perlembagaan persekutuan memperuntukan bahawa Mahkamah Rayuan dalam bidang kuasa rayuan nya boleh mendengar rayuan bagi kedua-dua kes sivil dan jenayah dari Mahkamah Tinggi dan rayuan berkaitan kes-kes jenayah sahaja dari Mahkamah Sesyen. Dalam kes-kes sivil, tiada rayuan boleh di bawa ke Mahkamah Rayuan dalam keadaan-keadaan seperti berikut:

i) Apabila ianya melibatkan jumlah atau nilai yang kurang daripada RM250,000-00 (RM: Dua Ratus Lima Puluh Ribu) tidak termasuk faedah kecuali dengan kebenaran Mahkamah Rayuan.

ii) Dimana penghakiman ke atas perbicaraan asal di buat dengan persetujuan ke dua-dua belah pihak.

iii) Dimana penghakiman adalah berkaitan dengan kos sahaja yang mana terdapat peruntukan undang-undang yang memberi kuasa pemutus muktamad kepada mahkamah di mana perbicaraan asal di jalankan.

iv) Dimana di nyatakan dengan jelas oleh peruntukan undang-undang bahawa penghakiman yang di buat oleh Mahkamah Tinggi adalah muktamad dan tidak boleh di buat rayuan.

Di samping mempunyai bidang kuasa untuk mendengar dan memutuskan kes-kes rayuan terhadap keputusan-keputusan sivil dan jenayah dari Mahkamah Tinggi serta kes-kes jenayah tertentu dari Mahkamah Sesyen, kes-kes yang berkaitan dengan persoalan undang-undang dari Mahkamah Majistret boleh juga di bawa kepada Mahkamah Rayuan dengan kebenaran nya dan Mahkamah Rayuan boleh membuat semakan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi berkaitan dengan perkara tersebut.

Mahkamah Tinggi

Terdapat dua Mahkamah Tinggi di Malaysia iaitu Mahkamah Tinggi Malaya dan Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak. Kedua-duanya di ketuai masing-masing oleh

20

Page 21: Pengenalan Kepada Sistem Perundangan

Hakim Besar Malaya dan Hakim Besar Sabah dan Sarawak. Mereka bertanggung-jawab kepada Ketua Hakim Negara. Kedua-dua Mahkamah Tinggi ini mempunyai status dan budang kuasa yang sama. Bidang kuasa dan tanggung jawab Mahkamah Tinggi boleh di bahagikan kepada:

Bidangkuasa asal Bidangkuasa rayuan Bidangkuasa penyeliaan

Bidangkuasa Asal

Bidangkuasa asal Mahkamah Tinggi adalah tidak terhad. Ia boleh mendengar kes-kes jenayah yang membawa hukuman mati. Ia boleh membicarakan kes-kes sivil tanpa had nilai. Mengenai bidangkuasa asal perbicaraan kes-kes jenayah di Mahkamah Tinggi, orang yang di tuduh, misalnya dalam kes bunuh mestilah terlebih dahulu di hadapkan ke Mahkamah Majistret untuk sebutan awal kes. Selepas Mahkamah Majistret berpuashati wujudnya kes prima facie terhadap yang tertuduh, baharulah ianya di rujuk untuk perbicaraan di Mahkamah Tinggi. Prosedur ini ialah suatu yang wajib, sekiranya tidak di ikuti akan menyebabkan perbicaraan di Mahkamah Tinggi boleh di istiharkan sebagai tidak sah.

Mengenai bidang kuasa asal perbicaraan kes-kes sivil, Mahkamah Tinggi mempunyai kuasa yang tidak terhad. Ia mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan kes-kes yang berkaitan dengan perceraian dan perkahwinan; perkapalan; kes-kes kebangkrapan dan syarikat; perlantikan dan pengawalan penjaga-penjaga kepada kanak-kanak serta orang kurang upaya dan harta benda mereka; pemberian probet wasiat dan surat kuasa pentadbiran wasiat. Walau bagaimana pun ia selalunya membicarakan kes-kes sivil yang melibatkan jumlah dan nilai yang melebihi RM250,000-00 (RM: Dua Ratus Lima Puluh Ribu) kerana jumlah yang kurang daripada itu adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Sesyen.

Bidang Kuasa Rayuan

Mahkamah Tinggi mempunyai kuasa untuk mendengar rayuan berkaitan kes-kes jenayah dan sivil yang di putuskan oleh Mahkamah Majistret dan Mahkamah Sesyen. Semua perbicaraan adalah dalam bentuk perbicaraan semula.

Bidang Kuasa Penyeliaan

Mahkamah Tinggi juga di beri kuasa penyeliaan umum dan penyemakan ke atas semua mahkamah-mahkamah rendah. Ia mempunyai kuasa:

Menyelia tata-laku dan menyemak keputusan-keputusan yang telah di buat oleh mahkamah-mahkamah yang lebih rendah, badan-badan separa kehakiman dan tribunal.

21

Page 22: Pengenalan Kepada Sistem Perundangan

Meminta rekod-rekod mana-mana perbicaraan di mahkamah-mahkamah rendah samada kes-kes sivil atau jenayah pada mana-mana tahap perbicaraan.

Memindahkan kes-kes yang di bicarakan di mahkamah rendah ke Mahkamah Tinggi atau memberi apa-apa arahan kepada mahkamah rendah yang mana pada pendapat mereka adalah perlu untuk kepentingan keadilan.

Mahkamah Sesyen

Mahkamah Sesyen adalah hirarki tertinggi di kalangan mahkamah-mahkamah rendah. Ia mempunyai bidang kuasa untuk mendengar kedua-dua kes jenayah dan sivil. Bidang kuasa jenayah nya meliputi kesemua jenis kesalahan kecuali kes-kes yang melibatkan hukuman bunuh. Bidang kuasa sivil nya termasuk semua jenis tindakan dan saman yang melibatkan jumlah dan nilai tidak kurang daripada RM25,000-00 (RM: Dua Puluh Lima Ribu) dan tidak lebih daripada RM250,000-00 (RM: Dua Ratus Lima Puluh Ribu). Tiada had ke atas jumlah dan nilai di kenakan dalam kes-kes yang melibatkan kemalangan kenderaan bermotor, tuan tanah dan penyewa dan pengambilan barangan atau harta benda yang di jadikan sebagai cagaran dalam kes-kes sewaan atau perletakkan barangan atau harta benda dalam tanah seseorang.

Mahkamah Majistret

Terdapat dua jenis Majistret iaitu Majistert kelas I dan Majistret kelas II. Majistret kelas I mempunyai bidang kuasa jenayah untuk mmbicarakan semua jenis kesalahan yang mana penetapan hukuman maksimanya ialah penjara tidak melebihi 10 tahun atau kesalahan-kesalahan yang mana hukuman nya di kenakan denda sahaja dan kesalahan-kesalahan di bawah seksyen 392 (berkaitan rompakan) dan seksyen 457 (berkaitan pecah rumah) kanun keseksaan.

Apabila tertuduh di sabitkan kesalahan, Majistret kelas I mempunyai kuasa memberi hukuman tidak melebihi:

Lima tahun penjara Denda tidak melebihi RM10,000-00 Rotan tidak melebihi 12 sebatan; atau Apa-apa hukuman yang terdiri daripada campuran hukuman-hukuman di atas.

Majistret kelas I mempunyai bidang kuasa sivil untuk mendengar kes-kes yang melibatkan jumlah tidak melebihi RM25,000-00 (RM: Dua Puluh Lima Ribu). Ia juga mempunyai kuasa untuk mendengar kes-kes yang berkaitan dengan tuntutan ke atas harta tak alih, tuntutan ke atas sewaan, tuntutan ke atas bayaran sewaan daripada penyewa yang masih lagi menduduki premis selepas perjanjian sewaan tamat (mesne profit) dan tuntutan ke atas kerosakan di mana jumlah tuntutan tidak melebihi RM24,000 (RM: Dua Puluh Empat Ribu) atau dalam kes sewaan, bayaran sewaan tidak melebihi RM2,000-00 (RM: Dua Ribu) sebulan atau RM24,000-00 (RM: Dua Puluh Empat Ribu) setahun.

22

Page 23: Pengenalan Kepada Sistem Perundangan

Majistret kelas II mempunyai bidang kuasa membicarakan kes-kes jenayah yang mana penetapan hukuman maksima nya ialah penjara tidak melebihi 12 bulan atau kesalahan yang mana hukuman nya di kenakan denda sahaja. Majistret kelas II mempunyai kuasa memberi hukuman tidak melebihi:

6 bulan penjara Denda tidak melebihi RM1,000-00 (RM: Satu Ribu), atau Apa-apa hukuman yang terdiri daripada campuran kedua-dua di atas.

Majistret kelas II mempunyai bidang kuasa sivil untuk mendengar kes-kes tuntutan hutang yang melibatkan jumlah tidak melebihi RM5,000-00 (RM: Lima Ribu).

Bidang kuasa tambahan Mahkamah Majistret ialah menjalankan perbicaraan awal ke atas kes-kes jenayah yang akan di rujuk ke Mahkamah Tinggi bagi mempastikan wujudnya kes prima facie untuk di teruskan perbicaraan ke Mahkamah Tinggi.

Mahkamah Juvana

Mahkamah Juvana di wujudkan khusus untuk perbicaraan ke atas kesalahan-kesalahan oleh pesalah juvana iaitu yang berumur di antara 10 hingga 18 tahun kecuali kesalahan-kesalahan yang melibatkan hukuman bunuh. Perbicaraan ini di jalankan oleh Majistret kelas I dengan di bantu oleh dua orang biasa sebagai penasihat di mana salah se orang daripada nya mesti lah seorang perempuan. Kuasa penghakiman adalah di tangan Majistret manakala tugas penasihat adalah memberi nasihat kepada Majistret mengenai jenis hukuman yang bersesuaian. Pesalah juvana boleh membuat rayuan kepada Mahkamah Tinggi terhadap keputusan yang di putuskan oleh Mahkamah Juvana.

Mahkamah Tuntutan Kecil

Di bawah peraturan-peraturan Mahkamah Rendah (Pindaan) 1987 yang berkuat kuasa pada 1 Ogos 1987, Mahkamah Tuntutan Kecil telah di tubuhkan khusus untuk mendengar kes-kes berkaitan tuntutan ke atas hutang atau tuntutan-tuntutan lain yang bersabit dengan wang tunai yang tidak melebihi jumlah dan nilai RM5,000-00 (RM: Lima Ribu) pada tarikh tuntutan di buat. Mahkamah ini di adili oleh sekurang-kurang nya se orang yang mempunyai bidang kuasa Majistret kelas II.

Mahkamah Penghulu

Mahkamah Penghulu merupakan mahkamah paling bawah dalam susunan hirarki mahkamah di Malaysia. Perbicaraan di adili oleh Penghulu atau Ketua Kampung yang di

23

Page 24: Pengenalan Kepada Sistem Perundangan

lantik oleh kerajaan negeri. Mahkamah ini boleh membicarakan kes-kes jenayah di mana denda yang di kenakan tidak melebihi RM25-00 (RM: Dua Puluh Lima). Dalam kes-kes sivil ia boleh membicarakan kes-kes yang melibatkan tuntutan ke atas hutang atau tuntutan-tuntutan lain yang bersabit dengan wang tunai yang tidak melebihi RM50-00 (RM: Lima Puluh).

Mahkamah-mahkamah dan badan-badan separa kehakiman lain yang terdapat di Malaysia yang mempunyai bidang kuasa khusus yang tidak termasuk dalam susunan hirarki mahkamah di atas ialah seperti:

Mahkamah Natif Sabah dan Sarawak Mahkamah Syariah Mahkamah Perusahaan Mahkamah Buruh Mahkamah Perlombongan Mahkamah Tentera Suruhanjaya Khas Cukai Pendapatan Tribunal Sewa Tribunal Perkhidmatan Awam Tribunal Tuntutan Pengguna

24