bengkel pemakaian hukum syara'dalam sistem perundangan

24
JELAJAH INFORMASI Dalam Sistem Perundangan & Bengkel Pemakaian Hukum Syara’ Kehakiman Malaysia BULETIN JKSM BIL 69 ( APRIL - MEI 2011 ) ISSN - 1511 - 7839 ( Jabatan Perdana Menteri ) Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010 “ Pekerja Berprestasi Peneraju Transformasi ” MESRA JKSM 2011

Upload: vannhi

Post on 13-Jan-2017

244 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

JELAJAH INFORMASI

Dalam Sistem Perundangan &

Bengkel PemakaianHukum Syara’Kehakiman Malaysia

BULETIN JKSMBIL 69 ( APRIL - MEI 2011 )ISSN - 1511 - 7839

( Jabatan Perdana Menteri )Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia

Anugerah PerkhidmatanCemerlang 2010“ Pekerja Berprestasi Peneraju Transformasi ”

MESRA JKSM 2011

2Buletin JKSM APRIL - MEI 2011

Buletin Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia

SidangRedaksi

Disiplin Dan Kesungguhan Bekerja Dalam Islam

Disiplin dan kesungguhan merupakan aspek penting dalam kehidupan. Kedua-

dua aspek ini perlu seiring dan sejalan dan tidak boleh dipisahkan. Ibarat

irama dan lagu andai dipisahkan maka tempanglah ia. Begitulah disiplin dan

kesungguhan kita bekerja sebagai umat islam.

Disiplin boleh dimaksudkan sebagai panduan, peraturan atau undang-undang.

Disiplin sekiranya dipatuhi akan memudahkan kita melaksanakan apa saja aktiviti.

Manakala kesungguhan pula adalah sebagai ketekunan atau ketaatan kita

apabila melakukan sesuatu kerja. Kesungguhan kita bekerja akan menjadikan

kerja tersebut dapat disiapkan mengikut jangka masa yang telah ditetapkan.

Hadis Nabi SAW yang bermaksud “ Sesungguhnya Allah SWT menyukai apabila

seseorang itu melakukan sesuatu pekerjaan dengan tekun. “

Dari Hadis nabi SAW itu, dapat difahamkan bahawa ketekunan yang

berdasarkan kepada disiplin itu memang dituntut oleh islam.

Pentingnya disiplin dan kesungguhan dalam kehidupan tidak dapat dinafikan,

baik terhadap Allah SWT (agama), terhadap masyarakat dan terhadap

negara.

Disiplin Terhadap Allah SWT

Ini merupakan disiplin dan kesungguhan yang amat tinggi kerana Allah SWT

punca dan matlamat segala-galanya. Untuk merealisasikan disiplin terhadap

Allah SWT mudah saja iaitu melakukan apa yang disuruh dan meninggalkan

apa yang dilarang. Ini merangkumi sebagai ‘ibadah’. Ibadah ini terbahagi

kepada dua iaitu ibadah langsung dan ibadah secara tidak langsung. Dalam

ibadah, pelbagai disiplin perlu dijaga. Ini termasuklah disiplin masa, tempat

kerja, tingkah laku dan sebagainya.

Disiplin Terhadap Diri dan Keluarga

Islam memang menitikberatkan disiplin terhadap diri dan keluarga kerana

dengan adanya disiplin, seseorang itu atau sesebuah keluarga itu akan

mendapat kejayaan hidupnya.

Mengenai diri, Islam menggesa umatnya supaya mendisiplinkan diri dengan

sifat-sifat terpuji, berakhlak mulia, jujur, amanah, adil dan sebagainya.

Disiplin Terhadap Masyarakat

Pengertian masyarakat merangkumi skop yang amat luas termasuk jiran

tetangga, rakan sebaya dan seterusnya masyarakat islam seluruhnya. Dalam

hal ini walaubagaimanapun perhatian akan diberikan kepada aspek-aspek

ekonomi dan sosial.

Penaung/PenasihatY.A.A. Tan Sri Ibrahim LembutKetua Pengarah/Ketua Hakim Syarie

Ketua PengarangTuan Mohd Radzi bin Abd Latif

Sidang Pengarang

Tuan Haji Hasbullah bin HassanTuan Rozman bin Mat SidekTuan Mawardi bin Che ManEncik Azmee bin Hj. Hussin

Produksi Dan EdaranPuan Noorbyetty bt Mohd NasirTuan Mohd Hizwan bin Mohamed NorCik Zurain bt ZulkarnainEncik Fitri bin Mat IsaPuan Siti Noratina bt Osman

JurugambarEncik Anauar bin Haji IdrisEncik Mahadi bin Awaluddin

Buletin ini diterbitkan olehJabatan Kehakiman Syariah MalaysiaAras 2 & 3, Blok D7, Kompleks D,62677 PUTRAJAYA.Tel: 03-88864800 Fax: 03-88891627Laman Web: www.jksm.gov.my

3Buletin JKSM APRIL - MEI 2011

Buletin Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia

TAN SRI IBRAHIM LEMBUT

Terlebih dahulu saya memanjatkan kesyukuran terhadap kurniaan Allah S.W.T. di atas sifat-Nya yang Maha Adil ke atas seluruh umat manusia dan segala makhluk yang ada di muka bumi.

Saya mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan tahniah di atas kejayaan sebilangan para pegawai syariah yang telah berjaya menamatkan pengajian di peringkat Master LLM di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia selama dua tahun. Saya kira kejayaan ini merupakan kejayaan JKSM di atas usaha mempertingkatkan kepakaran dan kemahiran tenaga sumber manusia bagi memelihara kewibawaan Institusi Mahkamah Syariah. JKSM akan terus memperkasakan aspek latihan kerjaya kepada seluruh pegawai syariah dan juga kakitangannya dengan tujuan visi dan misi mengenengahkan keadilan Islam yang pragmatik dapat dicapai pada masa hadapan dengan lebih gemilang.

Di dalam sistem kehakiman Islam seperti mana yang kita ketahui bahawa keilmuan merupakan prasyarat utama seseorang untuk dilantik sebagai Qadi/Hakim. Oleh itu ilmu yang kita perolehi bukanlah untuk dibangga-banggakan akan tetapi untuk maslahah ummah serta organisasi yang kita dokong. Saya katakan perkara ini kerana terdapat sebilangan di antara kita yang serngkali mendakwa dirinya lebih hebat keilmuannya dengan rakan-rakan yang lain dan sikap begini sedikit sebanyak menjejaskan perhubungan sesama kita. Sebaiknya eloklah kita mengikut pepatah orang tua-tua dahulu menyarankan kita supaya `tunduk seumpama padi, tunduknya berisi’, bukannya bersikap mendabik dada umpama bunga rajawali yang tidak mampu terbang ke mana-mana sekali pun ia mempunyai bulu yang cantik.

Sehubungan itu, saya menyeru kepada semua warga kerja JKSM agar sentiasa bermuhasabah diri supaya tidak terjerumus dengan kegiatan-kegiatan mazmumah yang boleh mencacatkan perhubungan sesama kita. Akhirnya saya berdoa semoga kita senantiasa diberikan hidayah serta petunjuk Allah S.W.T. dalam melaksanakan tugas dan amanah seharian.

Sekian

PERUTUSAN Y.A.A KETUA PENGARAH / KETUA HAKIM SYARIE

JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA

4Buletin JKSM APRIL - MEI 2011

Buletin Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia

Gambar Sekitar Program Bengkel Pemakaian Hukum Syara’Dalam Sistem Perundangan dan Kehakiman Malaysia

5Buletin JKSM APRIL - MEI 2011

Buletin Jabatan Kehakiman Syariah MalaysiaPUTRAJAYA - Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) menerusi Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) buat julung kalinya telah mengadakan Bengkel Pemakaian Hukum Syara’ dalam Sistem Perundangan dan Kehakiman di Malaysia: Doktrin Pengasingan Kuasa pada 7 April 2011 (Khamis) bersamaan 3 Jamadilawwal 1432H bertempat di Aras 3, Bilik Mesyuarat Utama (BMU), JKSM.

Bengkel yang berlangsung selama sehari ini telah dihadiri seramai lebih 40 orang yang terdiri daripada Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM, Hakim-hakim Mahkamah Rayuan Syariah, Ketua-ketua Hakim Syarie Negeri Gunasama, Pengurusan Tertinggi JKSM, Jawatankuasa Kerja BSK, Ahli Akademik serta pegawai-pegawai BSK.

Bengkel ini diadakan adalah bagi mencapai empat objektif yang utama iaitu:-

• meneliti sejarah penubuhan syariah dari aspek pengasingan kuasa di antara badan eksekutif, perundangan dan kehakiman;

• menyelesaikan konflik penempatan pegawai BSK di Mahkamah/Jabatan Kehakiman Syariah Negeri-negeri Seluruh Malaysia;

• mendapatkan pandangan pakar mengenai keterikatan JKSM untuk mematuhi sebarang cadangan/pandangan yang dikeluarkan oleh Jabatan Peguam Negara; dan

• menyelesaikan isu-isu berbangkit daripada ketidak aplikasian doktrin pengasingan kuasa di dalam sistem kehakiman syariah.

Bagi mencapai maksud tersebut, maka empat kertas kerja telah dibentang dan dibincangkan secara ilmiah oleh ahli akademik dalam bidang perundangan iaitu Doktrin Pengasingan Kuasa Mengikut Hukum Syara’ (Prof. Madya Dr. Said Bouheraou, ISRA) Doktrin Pengasingan Kuasa Menurut Perlembangan Malaysia (Prof. Madya Dr. Farid Sufian Shuaib, UIAM) Pemakaian Hukum Syara’ dan Realiti Kehakiman Semasa: Doktrin Pengasingan Kuasa dalam Pelaksanaan BSK (Prof. Dr. Ahmad Hidayah Buang, UM) dan Pentadbiran Agama Islam dan Institusi Beraja di Malaysia (Prof. Dr. Abdul Aziz Bari, UIAM).

Sebanyak 9 resolusi telah dicapai hasil daripada bengkel tersebut iaitu:-

1) Tidak menjadi suatu kesalahan dari segi hukum syara’ Bahagian Sokongan Keluarga membantu Mahkamah dalam menguatkuasakan Perintah kerana prinsip asasnya adalah adalah untuk melaksanakan keadilan;

2) Perlantikan kakitangan Bahagian Sokongan Keluarga sebagai Peguam Syarie dan juga Bailif sama sekali tidak menganggu proses keadilan dalam perlaksanaan kes yang dilaksanakan;

3) Penempatan Bahagian Sokongan Keluarga di Mahkamah Syariah memudahkan proses mengambil tindakan segera terhadap perlanggaran perintah samada mengakses fail dan lain-lain tindakan yang berkaitan dengan perlanggaran perintah;

4) Doktrin pengasingan kuasa tidak menunjukkan secara jelas kaitannya dengan penempatan dan operasi Bahagian Sokongan Keluarga di negeri-negeri;

5) Kedudukan Bahagian Sokongan Keluarga di Mahkamah tidak mempengaruhi kebebasan kehakiman dalam

membuat keputusan;

6) Tiada prinsip yang menyatakan bahawa penempatan pegawai BSK dalam pentadbiran kehakiman samada dalam prinsip undang-undang sivil atau prinsip undang-undang Islam yang boleh menjejaskan keadilan dan kesaksamaan;

7) Perlembagaan tidak menghalang Kerajaan Persekutuan membantu pentadbiran undang-undang Islam Negeri.

Walaubagaimanapun, terpulang kepada pihak pentadbiran atau sultan untuk menerima ketetapan yang telah dibuat oleh Persekutuan;

8) Pentadbiran keadilan Syariah tidak terkongkong dengan sistem Mahkamah Sivil tetapi perlu mengikut kehendak hukum Syara’dalam menentukan keadilan; dan

9) Kewujudan BSK tidak boleh di anggap melampaui atau melanggar batasan atau dikotomi kuasa dalam perlembagaan kerana ianya merupakan salah satu inovasi yang dilakukan oleh JKSM untuk memperkasa kedudukan mahkamah syariah khususnya dalam melaksanakan keadilan.

Kesimpulannya bengkel yang dianjurkan ini telah berjaya mencapai objektif yang cemerlang serta mendapat hasil yang amat positif dalam merungkai segala isu perundangan yang berbangkit dalam usaha menggerakkan BSK untuk memperjuangkan hak masyarakat dan memartabatkan perundangan syariah serta sistem kehakiman Islam.

6Buletin JKSM APRIL - MEI 2011

Buletin Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia

PUTRAJAYA- Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) menerusi Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) telah mengadakan Perbincangan Meja Bulat bersama Ketua Akauntan Bahagian Akaun, Jabatan Perdana Menteri (JPM) bertempat di Bilik Perbincangan Aras 3, Bahagian Akaun, JPM pada 18 April 2011 (Isnin) bersamaan 14 Jamadilawwal 1432H jam 2.30 petang.

Rombongan BSK yang diketuai oleh Timbalan Pengarah, Dr. Hj Mohd Naim bin Hj Mokhtar serta pegawai-pegawai BSK telah disambut mesra oleh Ketua Akauntan YBhg. Dato’ Rosmini Ahmad beserta pegawai-pegawai dari Bahagian Akaun, JPM.

Pertemuan yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk membincangkan hal ehwal kewangan bagi memantapkan perjalanan unit pengurusan dana BSK.

Hasil perbincangan dua hala yang diadakan ini telah memberikan impak yang positif di samping membuahkan idea-idea yang bernas dalam usaha memperkasakan gerak kerja BSK di seluruh Malaysia.

Perbincangan Meja Bulat BSK, JKSMBersama Ketua Akauntan JPM

7Buletin JKSM APRIL - MEI 2011

Buletin Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia

SIDANG RAYUANSeksyen Rayuan, Bahagian Pendaftaran, Keurusetiaan Dan Rekod (BPKR) JKSM mengendalikan tarikh-tarikh persidangan dan tangguhan kes-kes di Mahkamah Rayuan Syariah negeri-negeri yang melantik panel rayuan dari JKSM.

Sidang rayuan bagi bulan April 2011 telah diadakan seperti di jadual berikut:

SEKSYEN RAYUAN

MESYUARAT JAWATANKUASA NAZIRAN DAN PERTINDIHAN KES MAHKAMAH SYARIAH

Mesyuarat Jawatankuasa Naziran Dan Pertindihan Kes Mahkamah Syariah telah diadakan pada 20 April 2011 di Bilik Mesyuarat Aras 4, JKSM. Mesyuarat dipengerusikan oleh Tuan Mohd Radzi bin Abdul Latif, Ketua Pendaftar, JKSM. Sebanyak 4 kes pertindihan dibincangkan iaitu antara Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya dengan Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor, Mahkamah Rendah Syariah Selangor dengan Mahkamah Rendah Syariah Negeri Sembilan, Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Sembilan dengan Mahkamah Tinggi Syariah Selangor dan Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan dengan Mahkamah Rendah Syariah Selangor. Hasil daripada mesyuarat tersebut, beberapa cadangan dimaklumkan kepada mahkamah berkenaan untuk tindakan segera bagi melancarkan perjalanan kes di Mahkamah Syariah tersebut.

BIL TARIKH NEGERI PANEL PEGAWAI PENYELIDIK

1 4 April 2011 Pulau Pinang YA Dato’ Zuhdi Toha YA Datuk Aidi Moktar YA Dato’ Hussin Haron

Tn Abu Bakar Daud Tuan Zaim Md Yudin

Tn Abd Razak Mat Nayan

2 5 April 2011 Selangor YAA Tan Sri Ibrahim Lembut YA Dato’ Md Yusup Che Teh

YA Datuk Aidi Moktar

Tuan Zakian Dio Tuan Shamsuddin Husin

Tuan Zaim Md Yudin

3 14 April 2011 W/Persekutuan YA Dato’ Zuhdi Toha YA Datuk Aidi Moktar YA Dato’ Hussin Harun

Tuan Abu Bakar Daud Tuan Zaim Md Yudin

Tuan Abd Razak Mat Nayan

4 20 April 2011 W/Persekutuan YA Dato’ Zuhdi Toha YA Dato’ Md Yusup Che Teh

YA Datuk Aidi Moktar

Tuan Abu Bakar Daud Tuan Shamsuddin Husin

Tuan Zaim Md Yudin

5 25 April 2011 W/Persekutuan YAA Tan Sri Ibrahim Lembut YA Dato’ Md Yusup Che Teh

YA Dato’ Hussin Harun

Tuan Zakian Dio Tuan Shamsuddin Husin

Tuan Abd Razak Mat Nayan

6 25 April 2011 W/Persekutuan YA Dato’ Hussin Harun YA Dato’ Md Yusup Che Teh

YA Dato’ Zuhdi Toha

Tuan Abd Razak Mat Nayan Tuan Shamsuddin Husin

Tn Abu Bakar Daud

Ketua Pendaftar JKSM

8Buletin JKSM APRIL - MEI 2011

Buletin Jabatan Kehakiman Syariah MalaysiaMESYUARAT JAWATANKUASA KERJA ARAHAN AMALAN MAHKAMAH SYARIAH BIL 2/2011

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Arahan Amalan Mahkamah Syariah Bil 2/2011 telah diadakan pada 21 April 2011 di Bilik Mesyuarat Aras 4, JKSM. Mesyuarat dipengerusikan oleh Tuan Mohd Radzi bin Abdul Latif, Ketua Pendaftar, JKSM. Sebanyak 5 kertas cadangan arahan amalan yang baharu dibentangkan secara terperinci sebelum dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Induk Arahan Amalan untuk dibincangkan semula bagi mendapat pandangan dan persetujuan sebelum diendorskan.

SEKSYEN KEURUSETIAANUNIT SEKRETARIAT DAN KEHAKIMAN

PERSIDANGAN KETUA-KETUA HAKIM SYARIE SELURUH MALAYSIA KALI KE 54

Persidangan Ketua-Ketua Hakim Syarie Seluruh Malaysia Kali Ke-54 telah diadakan pada 11-13 April 2011 di Hotel Bella Vista, Langkawi, Kedah. Mesyuarat dipengerusikan oleh YAA Tan Sri Ibrahim Lembut, Ketua Pen-garah/ Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM). Seramai 32 ahli persidangan hadir yang terdiri daripada Hakim Mahkamah Rayuan Syariah JKSM, Ketua Hakim Syarie Negeri-negeri dan Ketua Pendaftar, Pengarah Kanan serta Pengarah-pengarah Bahagian JKSM. Sebanyak 6 kertas makluman dan 2 kertas cadangan dibentangkan.

SEKSYEN KEURUSETIAANUNIT KUALITI DAN PERUNDANGAN

KURSUS AUDIT DALAM MS ISO 9001 : 2008 JKSM

Kursus Audit Dalam MS ISO 9001 : 2008 JKSM telah diadakan pada 18-20 April 2011 di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Putrajaya, Istana Kehakiman, Putrajaya. Kursus ini dikendalikan oleh Encik Bakri bin Jali yang dijemput khas dari SIRIM. Seramai 19 orang warga JKSM telah dipilih untuk menghadiri kursus ini. Kursus ini sangat berfaedah kepada para peserta di mana ianya dapat menjadi panduan semasa menjalankan audit dalaman jabatan.

SEKSYEN SULH

MESYUARAT PEMANTAUAN PERLAKSANAAN KEY PERFORMANCE INDICATOR (KPI) MENTERI 2011

Mesyuarat Pemantauan Perlaksanaan Key Performance Indicator (KPI) Menteri 2011 telah diadakan pada 15 April 2011 di Bilik Mesyuarat Aras 4, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, Putrajaya. Mesyuarat ini dipengerusi-kan oleh Tuan Mohd Radzi bin Abdul Latif, Ketua Pendaftar, JKSM. Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah un-tuk memantau pengurusan dan status kes-kes perceraian yang telah melebihi tempoh 3 tahun di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan yang terlibat di dalam KPI menteri bagi tahun 2011. Ahli mesyuarat seramai 20 orang yang terdiri daripada Ketua Pendaftar, Pendaftar, Hakim Mahkamah Rendah Syariah dan Pegawai Penyelidik Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan.

MESYUARAT JAWATANKUASA KAEDAH DAN MANUAL KERJA SULH KALI KE-2

Mesyuarat Jawatankuasa Kaedah Dan Manual Kerja Sulh Kali Ke-2 telah diadakan pada 20 April 2011 di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Putrajaya, Istana Kehakiman, Putrajaya. Mesyuarat ini dipengerusi-kan oleh Tuan Mohd Radzi bin Abdul Latif, Ketua Pendaftar, JKSM. Ahli Jawatankuasa Kaedah dan Manual ini terdiri daripada Pegawai-pegawai JKSM dan Pegawai-pegawai Sulh dari 4 buah negeri yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang Sulh.Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk menambahbaik dan me-mantapkan lagi proses kerja dan undang-undang sedia ada yang berkaitan dengan Sulh dengan harapan agar segala proses berkaitan Majlis Sulh dapat diselaras dan diseragamkan di semua Mahkamah Syariah Seluruh Malaysia.

9Buletin JKSM APRIL - MEI 2011

Buletin Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia

SEKSYEN REKOD

BENGKEL PENGURUSAN REKOD JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH SABAH

Bengkel Pengurusan Rekod, Jabatan Kehakiman Syariah Sabah telah diadakan pada 11-13 April 2011 di Mahkamah Rendah Syariah Tawau, Sabah. Bengkel ini dikendalikan oleh Seksyen Rekod, BPKR, JKSM.Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk mendapatkan input berkaitan Kaedah Klasifikasi dan Rekod di bawah Arkib Negeri Sabah.

LAWATAN ARKIB NEGARA OMAN KE JKSM

Arkib Negara Oman telah mengadakan lawatan ke Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) pada 15 April 2011. Kehadiran mereka disambut oleh pegawai-pegawai JKSM serta pegawai dari Seksyen Rekod, BPKR, JKSM. Para deligasi diberi taklimat berkaitan Pengurusan Rekod di JKSM, Sistem esyariah dan Jadual Pelupusan Rekod.

BENGKEL KLASIFIKASI HOUSEKEEPING

Bengkel Klasifikasi Housekeeping telah diadakan pada 19-21 April 2011 di Melaka. Bengkel ini dikendalikan oleh Seksyen Rekod, BPKR, JKSM.Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk mewujudkan klasifikasi housekeeping JKSM/JKSN dan MSN. Seramai 20 peserta hadir yang terdiri daripada Penolong Pegawai Arkib Seluruh Malaysia.

PROGRAM PELUPUSAN FAIL

Program Pelupusan Fail telah diadakan pada 26-29 April 2011 di Mahkamah Rendah Syariah Sri Aman, Sarawak. Program ini dikendalikan oleh Seksyen Rekod, BPKR, JKSM. Disamping itu kunjungan ke Pustaka Sarawak juga diadakan.

LAWATAN KERJA BSK, JKSMKE JABATAN PENDAFTARAN NEGARA, PUTRAJAYA

PUTRAJAYA- Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) menerusi Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) telah mengadakan Lawatan Kerja ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Aras 2, Bilik Mesyuarat Bahagian Kad Pengenalan, pada 25 April 2011 (Isnin) bersamaan 21 Jamadilawwal 1432H.

Rombongan BSK yang diketuai oleh Timbalan Pengarah, Dr. Hj Mohd Naim bin Hj Mokhtar serta pegawai-pegawai BSK telah disambut mesra oleh Pegawai Pendaftaran Bahagian Pendaftaran dan Kelahiran JPN, Tuan Haji Nik Hassan Fauzi bin Nik Abdullah beserta pegawai-pegawai daripada JPN.

Sesi perbincangan telah dimulakan dengan penerangan dari pihak JPN dan seterusnya disusuli dengan taklimat BSK yang disampaikan oleh Dr. Hj Mohd Naim bin Hj Mokhtar berkenaan sejarah penubuhan, fungsi dan dasar BSK dalam melaksana dan menguatkuasakan perintah nafkah anak dan isteri.

Pelbagai isu telah dibincangkan secara bersama dan hasil persetujuan telah dicapai di mana pihak JPN telah bersetuju bekerjasama membantu pihak BSK, JKSM menerusi kebenaran bagi mengakses aplikasi “Agency Link-up System” (ALIS) iaitu satu sistem pengesanan rekod diri setiap warganegara Malaysia bagi tujuan kemudahan proses siasatan untuk mendapatkan maklumat terkini pihak penghutang penghakiman termasuk warisnya.

10Buletin JKSM APRIL - MEI 2011

Buletin Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia

DISKUSI ILMIAH PELAKSANAAN BSK BERSAMA FELLOW UNIVERSITI OXFORD, LONDON DAN DELEGASI DARI SINGAPURA

Pertemuan dan perbincangan tidak formal oleh Timbalan Pengarah BSK, JKSM, Dr. Hj Mohd Naim bin Hj. Mokhtar bersama YBrs. Sheikh Dr. Afifi Al-Akiti Fellow Universiti Oxford, London dan Delegasi dari Singapura

Pertemuan dan perbincangan tidak formal oleh Timbalan Pengarah BSK, JKSM, Dr. Hj Mohd Naim Bin Hj Mokhtar bersama Tn. Abd Razak Maricar Setiausaha Majlis Agama Islam Singapura di Hotel Impiana KLCC

11Buletin JKSM APRIL - MEI 2011

Buletin Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia

Perjawatan dan bilangan Pegawai Syariah telah berkembang dan bertambah

dari tahun ke tahun. Justeru Bahagian Latihan telah membahagikan kelas pengajian Tafaqquh kepada 5 zon iaitu Zon Tengah, Zon Utara, Zon Selatan, Zon Pantai Timur dan Zon Malaysia Timur untuk memberi fokas dan keselesaan para peserta dalam sesi pembelajaran. Kelas Pengajian Tafaqquh siri 1/2011 bermula dari Zon Tengah diadakan pada 19 April 2011 bersamaan 15 Jamadil Awwal 1432H bertempat di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Seramai 64 orang peserta yang hadir terdiri daripada Pegawai Syariah gred LS41 sahaja yang bertugas sebagai Hakim Syarie, Pegawai Sulh, Pegawai Penyelidik, Peguam JBG dan Pendakwa Syarie. Peserta Zon Tengah adalah dari Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan, Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Mahkamah Syariah Negeri Melaka, Biro Bantuan Guaman, Jabatan Agama Islam Negeri dan Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat

Penceramah yang dijemput adalah seorang pakar dalam bidang Hukum Syarak iaitu Prof. Madya Hj Mohd Salleh bin Ahmad dari Universiti Islam Antarabangsa. Ceramah yang disampaikan oleh beliau dari Kitab I’anah al-Talibin – Bab al-Dakwa wa al-Bayyinat.

Objektif:

1) Memberikan pemahaman mengenai istilah-istilah fiqh dan syara’, disiplin ilmu nahu , saraf dan teknik-teknik pembacaan kitab-kitab turath;

2) Melatih dan mendalami teknik yang sahih tentang kaedah-kaedah mengistinbat hukum syarak dari sumber yang muktabar; dan

3) Bertukar-tukar pengalaman dan ilmu dalam menyelesaikan isu-isu semasa yang berbangkit semasa menjalankan tugas dan melaksanakan prosiding perbicaraan di mahkamah.

Kelas Pengajian Tafaqquh

Zon Musyawarah telah mengadakan mesyuarat bil 1/2011 pada 25 April 2011 bersamaan 21 Jamadilawal 1432H bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 3, JKSM. Mesyuarat zon telah dipengerusikan oleh Tuan Mohd Shakir bin Abdul Hamid, Pengarah Kanan (Kehakiman) dan dihadiri oleh ahli-ahliZon Musyawarah seramai 46 orang.

Agenda mesyuarat Zon Musyawarah:-

1) Penstrukturan semula jawatankuasa Zon Musyawarah.2) Perancangan bagi penambahbaikan Zon Musyawarah.3) Hal-hal lain.4) Jamuan sempena kejayaan Zon Musyawarah memperolehi tempat pertama bagi kategori Zon terbaik pada tahun 2010.

Mesyuarat Zon Musyawarah

12Buletin JKSM APRIL - MEI 2011

Buletin Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia

KUALA LUMPUR- “Mahkamah Syariah telah jauh meninggalkan Mahkamah Sivil dalam penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah nafkah,” kata YB Senator Heng Seai Kie, Timbalan Menteri di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ketika ucapan penutup bagi forum bertajuk Penguatkuasaan Perintah Nafkah yang dianjurkan oleh Majlis Peguam Malaysia pada 23 April 2011(Sabtu) bersamaan 19 Jamadilawwal 1432H bertempat di Aras 1, Bangunan Auditorium Majlis Peguam.“Malaysia merupakan negara Islam pertama di dunia yang menubuhkan Bahagian Sokongan Keluarga yang bertujuan untuk menguatkuasakan perintah nafkah,” tambah beliau lagi.

Forum yang menghimpunkan para hakim, ahli akademik dan pengamal undang-undang sivil telah dipanelkan oleh Timbalan Pengarah Bahagian Sokongan Keluarga, Dr.Hj Mohd. Na’im Mokhtar, Puan Malathi Das selaku President Elect, Law Association for Asia and the Pacific (LAWASIA) yang juga merupakan Naib Presiden dan Ahli Jawatankuasa Khas dalam Memastikan Keberkesanan Penguatkuasaan Perintah Nafkah di Singapura serta Puan Honey Tan yang merupakan pengamal undang-undang di Malaysia.

Matlamat utama forum ini diadakan adalah untuk berkongsi pengalaman Mahkamah Syariah dan Sivil di Malaysia dan juga di Singapura berhubung penguatkuasaan perintah nafkah, membincang serta mencari jalan penyelesaian terbaik bagi mengurangkan ‘pembekuan’ perintah nafkah yang dikeluarkan oleh para hakim disebabkan keingkaran bekas suami atau bapa.Kesimpulannya forum ini berjaya mendedahkan kepada para peserta berhubung perlaksanaan BSK di Mahkamah Syariah serta meneliti perbandingan perlaksanaan dan penguatkuasaan perintah di Malaysia dan Singapura

MAHKAMAH SYARIAH MENDAHULUI MAHKAMAH SIVIL DALAM PENGUATKUASAAN DAN PELAKSANAAN

PERINTAH NAFKAH

Gambar sekitar forum Penguatkuasaan dan Pelaksanaan Perintah anjuran Majlis Peguam Malaysia

Sesi bergambar bersama YB. Senator. Heng Seai Kie, Timbalan Menteri di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (tengah). Dari Kanan, Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj Mokhtar, (Timbalan Pengarah BSK, JKSM), Honey Tan, Ahli Majlis Peguam Malaysia, Malathi Das (President Elect, Law Association for Asia and the Pacific (LAWASIA)), YA. Datin Yeo Yee Siam, (YA Hakim Mahkamah Tinggi Malaya), Mr. Lim Chee Wee (Presiden Majlis Peguam) serta Foo Yet Ngo (Ahli Majlis Peguam

Pemberian cenderamata oleh YB. Senator. Heng Seai Kie, Timbalan Menteri di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat kepada Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj Mokhtar Timbalan Pengarah BSK, JKSM

13Buletin JKSM APRIL - MEI 2011

Buletin Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia

KELEWATAN KES-KES DI MAHKAMAH SYARIAH; PERSEPSI ATAU REALITI.

Oleh: Haji Muhamad Abdul Karim bin Haji WahabKetua Penolong Pengarah,Bahagian Latihan,JKSM

(Ini adalah suatu ulasan umum bersandarkan kepada pengalaman pengendalian kes syariah selama tujuh tahun perkhidmatan di Biro Bantuan Guaman yang sekarang ini telah dinaiktaraf kepada Jabatan Bantuan Guaman Malaysia)

Apabila kita bercakap berkenaan kelewatan kes di mahkamah syariah seluruh negara kita sewajibnya bercakap dengan penuh insaf dan tidak memihak kepada sesiapa.Ini membawa maksud sekiranya sesuatu ulasan itu terkena kepada agensi tersebut atau orang yang membuat dakwaan atau tuduhan rambang maka ulasan-ulasan yang dibuat tentu sekali tidak lari berligar di persekitaran pihak-pihak yang mempunyai akses terhadap isu tersebut.Oleh yang demikian isu ini perlu ditangani dalam suasana penuh berlapang dada.

Sebenarnya apabila diperincikan tentang penyumbang kepada kelewatan kes,tidak terlalu banyak faktor yang memberi sumbangan malah istilah kelewatan itu sendiripun masih boleh dipertikaikan.Ini kerana apabila disebut sahaja kes mahkamah sudah tentu ia tidak akan selesai dalam tempoh satu hari,mustahil sama sekali.Dengan penuh lapang dada cuba kita ambil tarikh dari sesuatu kes itu didaftarkan sehingga tarikh selesai dibicarakan,sudah tentu memakan masa yang lama.Untuk memahami senario ini,kefahaman yang jelas tentang perjalanan proses mahkamah yang tertib perlu sekali diketahui semua.

Ramai klien yang datang berjumpa peguam menyatakan kes mereka telah berlarutan begitu lama,apabila diminta memberi penerangan tentang apa sebenarnya kes mereka,mereka akhirnya mengaku mereka belumpun lagi mendaftarkan kes rumahtangga yang mereka hadapi ke mahkamah.Sebenarnya masyarakat kita apabila mengatakan kes mahkamah syariah lambat,mereka merujuk kepada tarikh perseteruan mereka dengan suami atau isteri mereka,apabila sahaja kes didaftarkan dan diberikan tarikh dalam jangkawaktu yang ditetapkan oleh sistem,mereka terus berseteru antara mereka,sudah tentu hidup dalam suasana perseteruan apatah lagi antara suami isteri, terasa begitu lama untuk menunggu kes mereka disebut atau dibicarakan.Jangan lupa bahawa apabila mereka mengatakan mahkamah lambat mengendalikan kes mereka, mereka sebenarnya merujuk tarikh mula perseteruan mereka bukan tarikh kes mereka didaftarkan dan inilah yang selalu terjadi.Dalam keadaan ini mahkamah syariah selalu dikambinghitamkan.

Dengan tidak menafikan terdapat faktor-faktor dari agensi yang mengendalikan kes itu sendiri yang menyumbang kepada kelewatan kes diselesaikan,kita perlu merujuk kepada masalah yang menyebabkan kelewatan itu sendiri.Faktor-faktor yang dimaksudkan itu terangkum dalam rangkuman berikut yang antaranya ialah:

(1) Kegagalan plaintif mengemukakan keterangan atau dokumen yang diperlukan pada permulaan plaintif datang berjumpa peguam.Ini amat penting kerana tanpa keterangan yang konsisten dan dokumen sokongan terhadap dakwaan akan menyukarkan peguam mendaftarkan kes tersebut apatah lagi untuk mengemukakan keterangan semasa perbicaraan.Sudah tentu peguam tidak akan mengambil risiko terhadap kes mereka yang longgar yang tentunya akan memburukkan reputasi peguam itu sendiri.

(2) Kegagalan di peringkat penyampaian terhadap defendan setelah kes didaftarkan.Situasi yang biasa berlaku ialah apabila penyampaian tidak sempurna kebiasaannya plaintif akan datang juga ke mahkamah yang realitinya apabila keadaan tersebut terjadi,mahkamah hanya akan memberikan tarikh sebutan akan datang .Ini tentulah mengecewakan plaintif walaupun hakikatnya penyampaian yang tidak sempurna bukanlah salah mahkamah tetapi inilah satu sebab yang selalu dicanang sebagai mahkamah syariah lambat.Kegagalan penyampaian notis atau saman mungkin disebabkan plaintif membekalkan alamat yang salah semasa pendaftaran kes,namun yang mendapat reputasi negatif akibat kesilapan plaintif sendiri ialah mahkamah dan inilah yang selalunya terjadi.Perlu diingat orang awam sekarang lebih gemar mewar-warkan kes syariah di media yang menyebabkan tersebar berita kononnya kes mahkamah syariah lambat dan masyarakat terus percaya tanpa periksa.

(3) Satu situasi yang biasa juga berlaku ialah ketidakmantapan penghantar-penghantar notis memahamai konsep penyampaian itu sendiri.Apabila dicabar untuk tidak menerima saman atau notis, penghantar-penghantar notis sepatutnya melapurkan saman berjaya diserah kerana telah termaktub dalam undang-undang tentang cara-cara penyerahan secara terperinci.Ini amat penting kerana status saman yang diserah itu memberi kesan semasa hari pendengaran kes samada terus dengan tindakan selanjutnya atau hanya memberi tarikh baru untuk penyampaian semula dan di sinilah selalunya klien-klien akan merasa mereka dipermainkan sedangkan yang sebenarnya kalau penghantar notis bertindak betul persoalan saman diserah atau tidak,tidak akan menjadi isu.

(4) Apabila semua keperluan untuk perbicaraan tersedia sepatutnya peguam-peguam akan terus sahaja memohon mahkamah mengambil keterangan plaintif,namun begitu terjadi juga keadaan peguam lawan akan memohon tarikh baru untuk memfailkan pembelaan atau membuat pindaan ke atas penyata pembelaan.Apabila ini terjadi mahkamah tiada pilihan atas nama “demi keadilan”memberi tarikh baru yang biasanya bukan sekejap walhal sepatutnya perkara tersebut tidak terjadi.Ini juga tidak kurang menyumbang kepada persepsi negatif masyarakat kepada mahkamah syariah walaupun perkara sebegini adalah biasa dalam sistem kehakiman mana sekalipun.Ini belum mengambilkira tentang pemfailan berbagai jenis permohonan yang dibenarkan undang-undang oleh pihak-pihak di mana-mana peringkat kes yang sedang dalam prosiding.

(5) Proses perbicaraan pula menuntut peruntukan masa yang panjang melibatkan proses yang hanya orang-orang yang bergelumang dengan sistem mahkamah sahaja yang faham.Pemeriksaan utama,pemeriksaan balas,pemeriksaan semula,bantahan,soalan memimpin dan sebagainya.Orang awam yang biasa sukar untuk faham tentang terma-terma tersebut dan orang-orang perundangan akan faham bahawa ia bukanlah satu proses yang siap dalam satu hari.Apabila diajukan persoalan sedemikian agak sukar untuk memberi penjelasan hinggakan orang-orang yang bekerja di mahkamah pun belum tentu boleh memberikan penjelasan.Apabila perbicaraan sudah memasuki fasa tersebut tidak dapat tidak jawapan yang paling rendah diri ialah kes tersebut sedang dibicarakan dan pihak-pihak seharusnya bersabar dan menahan diri dari memberi ulasan yang bukan-bukan,banyak risikonya.

(6) Proses perbicaraan pula menuntut peruntukan masa yang panjang melibatkan proses yang hanya orang-orang yang bergelumang dengan sistem mahkamah sahaja yang faham.Pemeriksaan utama,pemeriksaan balas,pemeriksaan semula,bantahan,soalan memimpin dan sebagainya.Orang awam yang biasa sukar untuk faham tentang terma-terma tersebut dan orang-orang perundangan akan faham bahawa ia bukanlah satu proses yang siap dalam satu hari.Apabila diajukan persoalan sedemikian agak sukar untuk memberi penjelasan hinggakan orang-orang yang bekerja di mahkamah pun belum tentu boleh memberikan penjelasan.Apabila perbicaraan sudah memasuki fasa tersebut tidak dapat tidak jawapan yang paling rendah diri ialah kes tersebut sedang dibicarakan dan pihak-pihak seharusnya bersabar dan menahan diri dari memberi ulasan yang bukan-bukan,banyak risikonya.

Sebagai kesimpulan,persoalan tentang persepsi mengenai lambatnya sesuatu kes syariah dikendalikan atau diselesaikan di mahkamah syariah melibatkan satu proses masa yang panjang.Masyarakat seharusnya lebih mengambil sikap pro aktif dan berlapang dada kerana walau serumit mana sekalipun sesuatu kes itu berlaku,proses perundangan telah memberi ruang yang cukup kepada ahli masyarakat terlibat secara langsung memberi input untuk proses penambahbaikan,paling tidak memberi pendapat mereka secara berhemah,ikuti dan fahami dengan jayanya terhadap proses perundangan,tidak terlalu terpengaruh dengan persepsi negatif mengenai mahkamah syariah dan apa yang paling penting sayangi apa yang ada dalam sistem perundangan syariah yang sentiasa terbuka kepada penambahbaikan bukan mencela tanpa usul periksa sehingga akhirnya kita sendiri lemas dalam persepsi yang kita cipta sendiri

WASSALAM

Artikel

14Buletin JKSM APRIL - MEI 2011

Buletin Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia

Kursus Pemahaman Undang-Undang Tatacara Mal adalah merupakan sebahagian daripada kursus-kursus teras yang menjadi dasar kepada bahagian latihan yang diwujudkan untuk memberikan pendedahan secara total kepada Pegawai-Pegawai Syariah lantikan baru berkaitan Undang-Undang Tatacara Mal yang digunapakai di Mahkamah Syariah. Oleh yang demikian Bahagian Latihan telah mengadakan Program Kursus Pemahaman Undang-Undang Tatacara Mal, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) di Seri Cempaka Service Suites, Kuala Lumpur mulai 26 hingga 28 April 2011.

Matlamat utama program ini ialah untuk memantapkan dan meningkatkan tahap pengetahuan dan kefahaman secara komprehensif kepada peserta dalam Undang-Undang Tatacara Mal supaya pelaksanaan tatacara mal di semua negeri dapat diseragamkan. Peserta terdiri daripada Pegawai-Pegawai Syariah lantikan baru tahun 2010 dalam gred LS 41 seramai 40 orang yang terlibat secara langsung dalam tugas kehakiman dan pengendalian kes di Mahkamah sebagai Pegawai Sulh, Peguam JBG, Pegawai Penyelidik dan Pendakwa Syarie yang berkhidmat di Jabatan Kehakiman Syariah Negeri-Negeri, JBG dan Jabatan Agama Islam. Oleh kerana, mereka ini masih baru berhidmat sebagai Pegawai Syariah maka kekurangan pengalaman merupakan satu halangan untuk bekerja secara professional dan mereka belum mantap dari segi perundangan tatacara mal, maka satu pendekatan yang lebih praktikal dan komprehensif hendaklah dilaksanakan bagi memberikan pendedahan berterusan di samping memberikan keyakinan diri dan memantapkan ilmu para peserta.

Tenaga pengajar yang diberikan tanggungjawab sepenuhnya bagi memenuhi objektif kursus yang sig-nifikan ini adalah seramai 3 orang terdiri daripada:-

1) Tuan Mohd Nazri bin Abd Rahman - Timbalan Ketua Pengarah (Kanan), Jabatan Bantuan Guaman.2) Tuan Zulfikri bin Yasoa - Pegawai Penyelidik Hakim Rayuan.3) Tuan K.P. Ramachandran - Mantan Pesuruhjaya Cukai Pendapatan

Objektif:

3.1 Memberikan pendedahan serta kefahaman secara komprehensif berkaitan Undang -undang Tatacara Mal yang digunapakai di Mahkamah Syariah.

3.2 Meningkatkan kemahiran dalam mengendalikan tatacara kerja berkaitan Undang-undang Tatacara Mal supaya penyeragaman dalam proses kerja berkaitan prosedur mal dapat di wujudkan di semua negeri.

3.3 Membolehkan peserta bertukar-tukar pendapat serta berkongsi pengalaman dan ilmu mengenai bidang tugas masing-masing.

Kursus Undang-Undang Tatacara Mal pada 26-28 April 2011

15Buletin JKSM APRIL - MEI 2011

Buletin Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia

Majlis Penutupan Kursus Pengucapan Awam & Keurusetiaan Majlis pada 4 – 5 Mei 2011 di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Kursus Pengucapan Awam & Keurusetiaan Majlis diadakan untuk Kumpulan ke-2 bagi gred 44 ke atas pada 4 – 5 Mei 2011 bertempat di Bilik Persidangan, Aras 4, Mahkamah Syariah Putrajaya. Kursus ini anjuran Bahagian Latihan, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia. Peserta kursus yang hadir seramai 37 orang terdiri dari Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Jabatan Bantuan Guaman Malaysia, Jabatan Kehakiman Syariah Selangor dan Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Putrajaya serta Kuala Lumpur. Majlis Penutupan Kursus Pengucapan Awam & Keurusetiaan Majlis dirasmikan oleh Tan Sri Ibrahim Lembut, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia.

Objektif:

1) Memberi pendedahan dan pemahaman kepada peserta mengenai aspek protokol dan tatasusila semasa memberi pengucapan awam atau mengendalikan keurusetiaan majlis mengikut kategori majlis yang dihadiri atau dilaksanakan;

2) Meningkat pengetahuan, kemahiran dan kecekapan peserta tentang pengendalian sesuatu majlis atau program sama ada rasmi, separuh rasmi atau tidak rasmi; dan

3) Memberi peluang kepada para peserta untuk bertukar-tukar pandangan dan berkongsi pengalaman masing-masing tentang pengucapan awam dan pengendalian sesuatu majlis.

Kursus Pengucapan Awam Keurusetiaan Majlis

16Buletin JKSM APRIL - MEI 2011

Buletin Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia

MOCK

Kursus ini adalah kursus yang julung-julung kali diadakan untuk memenuhi keperluan peserta dalan kalangan Pembantu Am Pejabat. Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman dan penyelarasan mengenai bidang tugas PAP di Jabatan Kehakiman Syarian Negeri (JKSN)/ Mahkamah Syarian Negeri (MSN) seluruh Malaysia. Memandangkan tugasan Pembantu Am Pejabat perlu diselaraskan dan ditingkatkan di peringkat JKSN/MSN serta perlu memenuhi keperluan kenaikan pangkat seperti disyorkan oleh YAA. Tan Sri Ketua Pengarah / KHS JKSM. Bahagian Latihan berpendapat bahawa kursus ini wajar diperluaskan dari program dalaman JKSM kepada penyertaan PAP seluruh Malaysia.

“Peserta yang hadir seramai 38 orang terdiri dari kumpulan sokongan yang berperanan sebagai Pembantu Am Pejabat dari JKSN/MSN seluruh Malaysia.”

Kursus Kecermelangan Pembantu Am Pejabat

Objektif:-

1) Meningkatkan kefahaman mengenai peranan dan tanggujawab seorang Pembantu Am Pejabat dalam organisasi dan menyelaraskan bidang tugas masing-masing dalam konteks JKSN / MSN;

2) Menambah pengetahuan mengenai pengurusan dokumen dan fail rasmi kerajaan;

3) Meningkatkan kemahiran komunikasi interpersonal

Kursus Kecemerlangan Pembantu Am Pejabat diadakan pada 9 – 11 Mei 2011 bertempat di Hotel Seri Malaysia, Bagan Lalang, Sepang, Selangor. Program ini diadakan di luar ibu pejabat kerana kursus ini melibatkan sesi sebelah malam dan peserta-peserta yang terlibat adalah dari Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia dan Jabatan / Mahkamah Syariah Negeri.

17Buletin JKSM APRIL - MEI 2011

Buletin Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia

MOCK

Bagi menjayakan usaha pemantapan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan, satu Program Jelajah Informasi Mesra JKSM 2011 telah diadakan

pada 16 April 2011 bersamaan 12 Jamadilawwal 1432H bertempat di Dewan Jubli Emas, Kg. Endah, Banting Selangor. Program anjuran Unit Komunikasi Korporat (UKK) JKSM ini merupakan salah satu siri program yang telah diatur untuk mempromosikan JKSM agar masyarakat Islam dapat pelbagai maklumat berkaitan perkhidmatan dalam kes-kes mahkamah syariah, tuntutan nafkah, isu hadanah, Bantuan Sokongan Keluarga (BSK), khidmat bantuan guaman dan sebagainya.

Program yang merupakan satu kesinambungan kepada program Mahabbah yang telah dimulakan sejak tahun 2007 ini menyasarkan pemimpin masyarakat, Ketua/AJK kampung/mukim, penduduk sekitar Parlimen Sepang serta agensi kerajaan dan swasta di sekitarnya. Ia juga merupakan satu kerjasama erat JKSM dengan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor (JAKESS), DUN Tanjung Sepat serta JKKKP Kg. Endah.

Pelbagai acara telah diadakan pada hari tersebut antaranya penyertaan pameran oleh agensi-agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri seperti YAPEIM, Jabatan Bantuan Guaman Selangor, Lembaga Tabung Haji Banting, JAKESS, Yayasan Wakaf Malaysia, Yayasan Taqwa Malaysia, Perbadanan Wakaf Selangor dan JKSM sendiri yang mana para pengunjung berpeluang untuk melihat dengan lebih dekat lagi perkhidmatan-perkhidmatan menarik yang disediakan oleh agensi-agensi tersebut seperti membersihkan barangan emas secara percuma oleh Ar-Rahnu YAPEIM mahupun khidmat nasihat guaman oleh pegawai-pegawai syariah yang berpengalaman.

Program tersebut diserikan lagi dengan satu forum bertajuk “Undang-Undang Keluarga Islam: Apa Hak Anda?”. Forum yang telah berlangsung selama hampir dua jam tersebut merupakan satu platform yang amat sesuai kepada para pengunjung terutamanya para penduduk di Parlimen Sepang untuk menambah ilmu pengetahuan tentang undang-undang dan hak-hak yang terdapat dalam perlembagaan syariah terutamanya berkaitan dengan urusan tuntutan cerai dan nafkah. Forum tersebut telah dikendalikan dengan jayanya oleh para panel yang berpengalaman seperti Tuan Muhamad Abdul Karim bin Wahab; Ketua Penolong Pengarah Bahagian Latihan dan Kehakiman JKSM yang bertindak sebagai pengerusi, Tuan Hj. Dr. Naim bin Hj Mokhtar; Ketua Penolong Pengarah Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) JKSM, Tuan Mohd Nadzri Bin Abd. Rahman; Timbalan Ketua Pengarah Syariah Jabatan Bantuan Guaman dan Puan Noor Huda binti Roslan; Ketua Pendaftar Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS).

Ahli Dewan Undangan Negeri Tg. Sepat YB Dato’ Dr. Hj. Karim bin Mansor telah sudi hadir bagi merasmikan program tersebut sekaligus memberikan perangsang dan sokongan kepada pihak JKSM dalam meneruskan hasrat murni untuk memberi informasi yang sahih dan berkesan kepada masyarakat berkaitan sokongan kerajaan terhadap kewujudan undang-undang syariah negara yang berwibawa sehingga menjadi rujukan dan panduan kepada masyarakat antarabangsa.

Usaha ini sejajar dan diperkukuhkan menerusi agenda utama Negara iaitu “1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”, Pelan Transformasi Kerajaan, Program Transformasi Ekonomi, Model Baru Ekonomi (MBE) dan Rancangan Malaysia Ke-10. Ia juga diharapkan dapat memberi pendedahan dan impak yang tinggi kepada rakyat dalam mewujudkan kesedaran (create awareness) akan hak-hak dan undang-undang syariah yang telah wujud yang boleh diguna pakai demi kehidupan yang lebih sempurna. InsyaAllah

Forum “Undang-Undang Syariah: Apakah Hak Anda”

Ucapan Perasmian Oleh YB Dato’ Dr. Haji Karim bin Mansor

Majlis Perasmian Program

Program Jelajah Informasi Mesra

18Buletin JKSM APRIL - MEI 2011

Buletin Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia

Sesi Pendaftaran

Para peserta yang hadirLawatan ke Booth YaPEIM

Lawatan ke Booth JAKESSProgram Jelajah

Informasi Mesra

WarnaWarna

19Buletin JKSM APRIL - MEI 2011

Buletin Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia

BS k

c a m b o d i a

Defaulters beware

DI PERSIDANGAN ANTARABANGSA

“Sesungguhnya para peserta persidangan dan saya sendiri amat tertarik dengan pelaksanaan BSK di Malaysia dengan pewujudan pendahuluan bantuan nafkah dan dalam masa yang sama masih mengekalkan hak tanggungjawab kepada bapa. Kewujudan bank data melalui aplikasi e-nafkah juga merupakan satu bentuk inisiatif yang amat bermakna dan harus dimanfaatkan oleh ahli persidangan dalam usaha untuk memudahkan proses mengesan kes-kes kegagalan pembayaran nafkah di negara masing-masing,” komen Malathi Das, Pengerusi Persidangan dan President ELECT, LAWASIA.

Di antara penceramah yang dijemput khusus bagi membentangkan kertas kerja di dalam persidangan tersebut adalah YBrs. Dr.Hj Mohd. Na’im bin Hj. Mokhtar, Pengarah Bahagian Sokongan Keluarga (BSK), Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia. Beliau telah berkongsi pengalaman Malaysia dalam memastikan perintah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah dipatuhi dan dilaksanakan menerusi kertas kerja bertajuk ‘Providing for the Child’s Future by Securing their Present Rights’.

SIEM REAP, CAMBODIA-The Law Association for Asia and the Pacific (LAWASIA) telah mengadakan persidangan antarabangsa bertajuk 4th Children & the Law: The Child’s Voice pada 27-29 Mei 2011. Persidangan ini dihadiri oleh pelbagai pihak yang terdiri daripada pertubuhan peguam, para hakim, ahli akademik dan lain-lain individu yang terlibat secara langsung dengan disiplin perundangan.

Persidangan tersebut membuka lembaran baru kepada para peserta yang hadir mengenai konsep dan pelaksanaan BSK di Malaysia yang merupakan inovasi baru dengan mengasimilasi sistem yang diamalkan di Australia, negara-negara Scandinavia dan United Kingdom. BSK juga merupakan perintis dan negara Islam pertama di dunia yang mewujudkan agensi khusus bagi pelaksanaan dan penguatkuasaan perintah nafkah.

Informasi Mesra

20Buletin JKSM APRIL - MEI 2011

Buletin Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia

LAWATAN KERJA BSK, JKSMKE KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (KWSP

KUALA LUMPUR - Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) menerusi Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) telah mengadakan Lawatan Kerja ke Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Bilik Taklimat, Tingkat 25, Bangunan KWSP pada 11 Mei 2011 (Rabu) bersamaan 8 Jamadilakhir 1432H.

Rombongan BSK yang diketuai oleh Timbalan Pengarah, Dr. Hj Mohd Naim bin Hj Mokhtar serta pegawai-pegawai BSK telah disambut mesra oleh Ketua Jabatan Undang-Undang Pn. Nor Hazqiah Che Idris beserta pegawai-pegawai kanan daripada KWSP.

Gambar Sekitar Lawatan Kerja BSK, JKSMKe Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

MAJLIS DIALOG MEMPERKASAKAN IBU TUNGGALWILAYAH PERSEKUTUAN & PUTRAJAYA

Pelbagai isu telah dibincangkan secara bersama dan hasil persetujuan telah dicapai di mana pihak KWSP telah bersetuju bekerjasama untuk membantu pihak BSK dalam penyaluran alamat pencarum bagi tujuan penfailan penguatkuasaan perintah dan sumbangan dana kepada Akaun Amanah BSK. Sehubungan itu, satu kertas kerja lengkap akan dikemukakan kepada KWSP untuk merealisasikan kerjasama tersebut.

Sesi perbincangan telah dimulakan dengan taklimat penerangan BSK yang disampaikan oleh Timbalan Pengarah, Dr. Hj Mohd Naim bin Hj Mokhtar berkenaan sejarah penubuhan, fungsi dan dasar BSK dalam melaksana dan menguatkuasakan perintah nafkah anak dan isteri.

21Buletin JKSM APRIL - MEI 2011

Buletin Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia

Majlis tersebut telah mendapat sambutan yang hangat daripada ibu-ibu tunggal khususnya untuk menuntut hak nafkah isteri serta anak-anak yang terabai daripada bekas suami. Malah Ibu tunggal turut diberi peluang untuk bertanyakan pelbagai persoalan serta kemusykilan berkaitan perkhidmatan yang ditawarkan di BSK.

SEKITAR MAJLIS DIALOG MEMPERKASAKAN IBU TUNGGALWILAYAH PERSEKUTUAN & PUTRAJAYA

MAJLIS DIALOG MEMPERKASAKAN IBU TUNGGALWILAYAH PERSEKUTUAN & PUTRAJAYA

KUALA LUMPUR – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menerusi Pejabat Pembangunan Wanita Wilayah Persekutuan dan Putrajaya telah mengadakan Majlis Dialog Memperkasakan Ibu Tunggal Wilayah Persekutuan dan Putrajaya pada 30 Mei 2011 (Isnin) bersamaan 26 Jamadilakhir 1432H di Hotel Swiss-Garden dan Residences.

Sehubungan itu, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) menerusi Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) dengan kerjasama Seksyen Bahagian Sokongan Keluarga (SBSK) Kuala Lumpur telah dijemput sebagai panel serta menyertai pameran yang diadakan sepanjang program tersebut

Dalam majlis dialog tersebut Penolong Pengarah BSK iaitu Pn. Roziana binti Mat Amin telah menerangkan sejarah penubuhan, fungsi serta tahap pencapaian terkini yang capai oleh BSK dalam usaha untuk membantu ibu tunggal/ bekas isteri untuk mendapatkan hak terutamanya nafkah anak berdasarkan perintah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah di samping untuk mempromosi dan mengenengahkan perkhidmatan BSK kepada masyarakat umum.

Sepanjang aktiviti tersebut, pelbagai jabatan/agensi yang terlibat secara langsung dalam aktiviti pameran. Antaranya ialah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Pembangunan Wanita (JPW), Amanah Raya Berhad (ARB), Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), SMIDEC dan Perbadanan Nasional Berhad (PNS).

22Buletin JKSM APRIL - MEI 2011

Buletin Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia

Kumpulan Koir, JKSM

Anugerah Perkhidamatan Cemerlang JKSM, MSWP dan JKSN Sabah bagi tahun 2010 telah diadakan pada 26 Mei 2011 (Khamis) bertempat di Dewan De ‘Seri Endon Puspanitapuri, Putrajaya. Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010 ini bertemakan “ Pekerja Berprestasi Peneraju Transformasi ”. Majlis ini telah dirasmikan oleh YAA Tan Sri Ibrahim Lembut, Ketua Pengarah / Ketua Hakim Syarie, JKSM. Penerima Anugerah pada kali ini seramai 56 orang.

Anugerah PerkhidmatanCemerlang 2010

“ Pekerja Berprestasi Peneraju Transformasi ”

Ceramah Motivasi oleh Prof Madya Md Izuddinbin Haji Ali, UITM, Perlis

Urusetia

23Buletin JKSM APRIL - MEI 2011

Buletin Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia

WarnaWarna

Y.A.A Tan Sri Ketua Pengarah JKSM, menyampaikanAnugerah kepada penerima APC 2010

Cemerlang 2010Anugerah Perkhidmatan

Penerima Anugerah APC 2010, bergambar kenangan bersama Y.A.A Tan Sri Ketua PengarahJabatan Kehakiman Syariah Malaysia.

Persembahan nasyid oleh kumpulan Devotess

Kita mendoakan semoga roh ditempatkan dikalangan hanbaNya yang soleh

Al - Fatihah1) Allahyarham Ahmad bin Termizi

meninggal dunia pada 28hb Mac 2011 Ayah kepada Encik Abdul Khalis bin Ahmad

Pembantu Syariah, BSK

2) Allahyarham Jusoff bin Abdul Rahman meninggal dunia pada 31hb Mac 2011

Ayah kepada Tuan Mohd Bukhari bin Jusoff Penolong Pengarah, BPSMP

MOHD ARIFF BIN AHMAD: DALAM KENANGAN

Pada 27 Mei 2011 bersamaan 23 Jamadil Akhir 1432H, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) telah kehilangan seorang kakitangan yang amat berdedikasi dan amat disayangi oleh semua warga JKSM. Saudara Mohd Ariff Bin Ahmad yang bertugas sebagai Penolong Pegawai Teknologi Maklumat di Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (BTMK) telah menghembuskan nafas terakhir beliau tepat jam 3.15 petang di Hospital Kuala Lumpur. Allahyarham telah meninggalkan seorang balu bernama Hamizatul Azura Binti Hamzah berserta seorang putera berusia 7 tahun dan seorang puteri berusia 5 tahun.

Allahyarham telah memulakan tugas sebagai kakitangan JKSM pada 19 Januari 2006. Semasa berada di JKSM, Allahyarham bergiat aktif dalam sukan seperti futsal dan bola sepak. Selain itu, Allahyarham juga telah dianugerahkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 2010 atas komitmen yang diberikan dalam pekerjaan beliau. Pemergian Allahyarham amat dirasai oleh seluruh warga JKSM terutamanya warga BTMK. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan beramal soleh di akhirat sana. Al-Fatihah.