sistem pengurusan latihan guru (splg)...

3
SISTEM PENGURUSAN LATIHAN GURU (SPLG) BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PENGENALAN SPLG dibangunkan bagi mengatasi masalah pertindihan data latihan guru dan tempoh masa yang lama dalam mengumpul serta melaporkan ke Bahagian Pendidikan Guru (BPG) oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan sekolah menerusi prosedur kutipan secara manual. LAPORAN INOVASI Tujuan Projek Inovasi SPLG dibangunkan untuk tujuan menguruskan rekod latihan guru secara atas talian (online). Terdapat 2 modul utama dalam komponen SPLG iaitu Modul SULDP dan Modul Individu. Modul SULDP digunakan oleh penyelaras LDP di peringkat Bahagian, Jabatan, PPD dan sekolah untuk mengurus kursus-kursus yang dilaksanakan secara berkumpulan (Schoolbase) serta pengesahan maklumat eProfile PPP dan menyokong Kursus-Kursus Luar dan Book Review yang dimasukkan oleh pengguna menerusi Modul Individu. Manakala Modul Individu digunakan oleh Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dan Pegawai Kumpulan Pelaksana bagi merekod maklumat kepakaran (eProfile) dan merekodkan Kursus-kursus yang dihadiri diluar(KKL) dan Book Revier (BR). Proses Pelaksanaan Inovasi SPLG boleh diakses menerusi Url berikut : http//www.didik.my/splg. SPLG dibangunkan sepenuhnya secara in-house menggunakan kepakaran kumpulan EZTrada yang diuruskan di BPG. Kos sebanyak RM210,000 diperlukan oleh vendor bagi pembangunan aplikasi SPLG sekiranya pembangunan sistem ini dibangunkan oleh pihak luar.

Upload: buiquynh

Post on 06-Feb-2018

278 views

Category:

Documents


18 download

TRANSCRIPT

Page 1: SISTEM PENGURUSAN LATIHAN GURU (SPLG) …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1219-sistem-pengurusan... · SISTEM PENGURUSAN LATIHAN GURU (SPLG) BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN

SISTEM PENGURUSAN LATIHAN GURU (SPLG)BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PENGENALAN

SPLG dibangunkan bagi mengatasi masalah pertindihan data latihan guru dan tempoh

masa yang lama dalam mengumpul serta melaporkan ke Bahagian Pendidikan Guru

(BPG) oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan

sekolah menerusi prosedur kutipan secara manual.

LAPORAN INOVASI

Tujuan Projek Inovasi

SPLG dibangunkan untuk tujuan menguruskan rekod latihan guru secara atas

talian (online). Terdapat 2 modul utama dalam komponen SPLG iaitu Modul

SULDP dan Modul Individu. Modul SULDP digunakan oleh penyelaras LDP di

peringkat Bahagian, Jabatan, PPD dan sekolah untuk mengurus kursus-kursus

yang dilaksanakan secara berkumpulan (Schoolbase) serta pengesahan

maklumat eProfile PPP dan menyokong Kursus-Kursus Luar dan Book Review

yang dimasukkan oleh pengguna menerusi Modul Individu. Manakala Modul

Individu digunakan oleh Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dan Pegawai

Kumpulan Pelaksana bagi merekod maklumat kepakaran (eProfile) dan

merekodkan Kursus-kursus yang dihadiri diluar(KKL) dan Book Revier (BR).

Proses Pelaksanaan Inovasi

SPLG boleh diakses menerusi Url berikut : http//www.didik.my/splg. SPLG

dibangunkan sepenuhnya secara in-house menggunakan kepakaran kumpulan

EZTrada yang diuruskan di BPG. Kos sebanyak RM210,000 diperlukan oleh

vendor bagi pembangunan aplikasi SPLG sekiranya pembangunan sistem ini

dibangunkan oleh pihak luar.

Page 2: SISTEM PENGURUSAN LATIHAN GURU (SPLG) …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1219-sistem-pengurusan... · SISTEM PENGURUSAN LATIHAN GURU (SPLG) BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN

SPLG menggunakan bahasa pengaturcaraan Coldfusion dan pangkalan data

mySQL. Ianya ditempatkan di Virtual Dedicated Server yang boleh diakses oleh

pengguna di talian. Aplikasi ini mesra pengguna dan mudah di capai di mana-

mana sahaja kawasan yang mempunyai talian internet tanpa mengira waktu

SPLG boleh diakses oleh pelbagai pihak untuk mendapatkan sebarang

maklumat latihan dan kepakaran. Terdapat empat (4) paras pengguna di dalam

SPLG iaitu:

(i) Paras Individu yang melibatkan 480,000 pengguna (guru)

(ii) Paras Sekolah yang melibatkan 10,019 sekolah

(iii) Paras PPD yang melibatkan 141 PPD,

(iv) Paras Pengurusan – yang melibatkan seramai 16 JPN, 27 IPG, 1 ELTC,

15 Matrikulasi dan Semua bahagian di Kementerian Pendidikan Malaysia

Punca Kuasa

Mesyuarat Jawatankuasa Keutuhan dan Tadbir Urus KPM Bil 3/2011 pada 15

November 2011 yang dipengerusikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri

merangkap Menteri Pendidikan telah memutuskan bahawa sistem SPLG sahaja

digunakan untuk mengumpul maklumat tentang kursus dan latihan Guru Dalam

Perkhidmatan.

Impak Inovasi

Kejayaan SPLG berdasarkan kepada sokongan padu daripada pihak

pengurusan KPM, Komitmen JPN, PPD dan sekolah. Kejayaan projek bukan

sahaja diukur berdasarkan pencapaian sasaran, malahan SPLG dilihat turut

memberikan sumbangan dan faedah kepada semua pihak.

Di antara faedah yang diperolehi adalah seperti berikut:

i. Bilangan sekolah lebih banyak dapat dipantau;

Page 3: SISTEM PENGURUSAN LATIHAN GURU (SPLG) …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1219-sistem-pengurusan... · SISTEM PENGURUSAN LATIHAN GURU (SPLG) BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN

ii. Karenah birokrasi dapat dikurangkan proses penyampaian (delivery

system) lebih cepat;

iii. Maklumat diterima dalam tempoh masa sebenar (real time);

iv. Dapat dicapai oleh semua pihak (stakeholders) dengan mudah;

v. Dapat dicapai di mana sahaja tempat yang ada rangkaian internet;

vi. Masa pemantauan dapat dijimatkan;

vii. Pergerakan pegawai dapat dikurangkan;

viii. Kos pemantauan dapat dijimatkan; dan

ix. Bilangan sebenar latihan yang dihadiri oleh guru-guru dapat diperolehi

dengan cepat.

Manakala terdapat peningkatan terhadap tahap kepuasan pelanggan dalaman

antaranya:

i. SULDP sekolah, Pegawai Latihan di PPD, dan JPN tidak perlu

menghantar dokumen secara manual (hardcopy) .

ii. Pegawai di BPG dapat menggunakan laporan terkini status latihan dan

kursus yang dihadiri pegawai untuk membuat penilaian dan pelaporan

kepada KPM

iii. Pegawai di BPG dapat membuat tindakan susulan dengan cepat dan

berkesan; dan

iv. Pihak pengurusan atasan KPM dapat mencapai maklumat secara terus.

Disediakan oleh

Nama Pegawai : Sharifah Hasliza binti Syed AliTelefon : 03-8884 1151Emel : [email protected]