sistem pendidikan di malaysia yang berteraskan falsafah pendidikan kebangsaan

Upload: naggen-sri-dx

Post on 28-Feb-2018

221 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/25/2019 Sistem Pendidikan Di Malaysia Yang Berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

    1/2

    Sistem pendidikan di Malaysia yang berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

    (FPK) bertujuan memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan

    bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmoni serta seimbang dari segi intelek

    rohani emosi dan jasmani! "ni bermaksud FPK berhasrat melahirkan masyarakat

    berakhlak mulia dan sempurna yang seterusnya akan menjadi warganegara yang

    baik serta memiliki ciri#ciri seperti mempercayai dan mematuhi $uhan berilmu

    pengetahuan berketerampilan bermoral tinggi bersahsiah seimbang bersedia

    menyumbang kepada masyarakat agama bangsa dan negara serta

    bertanggungjawab kepada diri agama bangsa masyarakat dan negara (%e &h Meng

    ')! agi mencapai matlamat ini kita harus mengharungi beberapa perubahan yang

    berlaku di negara kita dan juga di dunia!

    Perubahan sesebuah negara dan masyarakat sering kali dikaitkan denganpengaplikasian $eknologi Maklumat dan Komunikasi ($MK) dalam pelbagai bidang

    khasnya dalam bidang pendidikan! $MK sentiasa membawa perubahan yang paling

    besar dan proses perubahan ini perlu selaras dengan perkembangan $MK yang telah

    menjurus kepada suatu *aman baharu yang dikenali sebagai +&rena ,edakan

    Maklumat- yang dipengaruhi oleh alatan elektronik terutama dalam bidang pendidikan!

    .leh yang demikian Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah berusaha

    menggabungkan $MK sebagai salah satu pelantar bagi melaksanakan aktiviti

    pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah hingga ke peringkat pengajian tinggi!

    /al ini kerana penggunaan dan pengaplikasian $MK yang berkesan dalam sistem

    pendidikan negara mampu lebih memantapkan lagi proses pengajaran dan

    pembelajaran berdasarkan keperluan serta kehendak semasa!

    Menurut 0orsalleh dan Sahat (1223) teknologi ialah suatu sistem bagi

    memudahkan manusia memenuhi keperluannya dari semasa ke semasa! Seterusnya

    maklumat bermaksud data yang tersusun dan komunikasi ialah proses saling

    menghantar dan menerima maklumat dari satu pihak ke pihak yang lain! Secararingkasnya $MK bermaksud kepakaran dalam bidang pengurusan dan bermula

    daripada penghasilan sehinggalah penyampaian ke pengguna terakhir dan ianya

    berkesinambungan dan berterusan sehinggalah objektif tercapai! 4i samping itu &hmad

    Fuad (1225) pula menyatakan dalam konteks pendidikan $MK merupakan satu

    rangkaian elektronik untuk mencari mengumpul menyimpan memproses menyalur

    dan menyampai maklumat secara efektif pantas serta banyak untuk membantu proses

    pengajaran dan pembelajaran! Secara keseluruhannya penggunaan $MK dalam

    bidang pendidikan bermaksud menggunakan teknologi secara berfikrah terancang dan

    bersesuaian untuk meningkatkan kualiti pembelajaran murid!

  • 7/25/2019 Sistem Pendidikan Di Malaysia Yang Berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

    2/2

    Masyarakat dunia pada kurun ke#1' sudah mula memperkatakan tentang literasi komputer

    pembangunan sesebuah negara diukur dengan kualiti guna tenaganya! "ni bermakna

    sistem pendidikan sesebuah negara perlu berupaya meningkatkan kualiti menambahkan

    kuantiti dan memenuhi keperluan tenaga kerja di pasaran semasa dan akan datang (&rby

    &hmady '2)!

    Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menggalakkan penggunaan teknologi

    maklumat dalam sistem pendidikan negara serta ke arah memperkasa dan memantapkan

    lagi proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah! Seandainya hal ini diaplikasikan

    seperti yang dikehendaki ia dapat meningkatkan kualiti pembelajaran murid! Menurut &bdul

    6asid dan &rba7ie Sujud (122') KPM telah memperkenalkan komputer sebagai alat

    pengajaran! "ni bermakna transformasi positif dalam bidang pendidikan akan berlaku!

    Sebagai contoh sumber seperti buku teks telah bertukar kepada sumber yang berbentuk

    maya seperti Internet.