falsafah pendidikan kebangsaan.docx

21
KPF 3012 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA:FALSAFAH DAN DASAR TAJUK TUGASAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN KUMPULAN EL-P01(A121PJJ) DISEDIAKAN OLEH NAMA NO ID NO TELEFON HAMAH MALENEY A/P SUBRAMANIAM D 061254 010-3712730 0

Upload: paul-michael

Post on 26-Oct-2015

140 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN.docx

TRANSCRIPT

Page 1: FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN.docx

KPF 3012 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA:FALSAFAH DAN DASAR

TAJUK TUGASAN

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

KUMPULAN

EL-P01(A121PJJ)

DISEDIAKAN OLEH

NAMA NO ID NO TELEFON

HAMAH MALENEY A/P SUBRAMANIAM

D 061254 010-3712730

MODERATOR : EN.NORDIN YUNUS

0

Page 2: FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN.docx

ISI KANDUNGAN

TAJUK MUKASURAT

KANDUNGAN ESEI (PETA MINDA).....................................................................1

1.0 PENGENALAN.................................................................................................2

2.0 DEFINISI DAN KONSEP.................................................................................2-4

3.0 PEMBENTUKAN..............................................................................................4-5

4.0 PERANAN DAN SUMBANGAN......................................................................5-9

5.0 CABARAN DAN HALANGAN........................................................................9-13

6.0 CADANGAN PEMANTAPAN.........................................................................13-17

7.0 PENUTUP.........................................................................................................18

8.0 BIBLIOGRAFI...................................................................................................19

9.0 LAMPIRAN........................................................................................................20

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

1

Page 3: FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN.docx

1.0 PENGENALAN

Pendidikan merupakan satu proses terancang untuk mewujudkan suasana proses

pengajaran dan pembelajaran antara guru dan murid supaya proses tersebut menjadi

lancer dan dapat mengembangkan potensi diri masing-masing. Usaha melahirkan

generasi yang mapan dengan ilmu di dada bukan sahaja mencakupi aspek akademik

seseorang pelajar malah melibat beberapa aspek lain seperti jasmani, emosi, rohani,

intelek dan sosial.

Pendidikan sangat penting, memandangkan dalam era globalisasi kini, setiap perkara

memerlukan ilmu dan kemahiran untuk membolehkan seseorang itu maju ke hadapan.

Terdapat banyak kepentingan pendidikan seperti salah satu cara untuk

mengembangkan potensi individu, menyalurkan cara penyampaian dan penerimaan

ilmu dengan betul, mempunyai peluang masa depan yang cerah, persiapan mengalami

perubahan seiring dengan gelombang perkembangan arus dunia dan banyak lagi.

Disebabkan oleh kepentingan-kepentingan demikian, kerajaan Malaysia bersetuju

menyelaraskan pendidikan di seluruh Negara dengan mewujudkan Falsafah Pendidikan

Negara berdasarkan Akta Pendidikan dan Laporan Pendidikan. Falsafah ini bertujuan

mewujudkan insan yang seimbang harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani

berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

2.0 DEFINISI DAN KONSEP

Menurut Abdul Rahman Haji Abdullah (2005) perkataan ‘falsafah’ berasal daripada

beberapa perkataan asing iaitu philo (cinta) daripada istilah Yunani dan sophos

(hikmah,kebijaksanaan). Jadi, gabungan kedua-dua perkataan ini membawa maksud

cinta kepada kebijaksaan atau love of wisdom dalam bahasa Inggeris.

Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua daripada Pusat Rujukan Persuratan Melayu,

falsafah diertikan sebagai pengetahuan dan penyelidikan tentang sebab-sebab

kewujudan sesuatu ataupun mengenai kebenaran dan ertinya wujud sesuatu.

Secara amnya, falsafah boleh didefinisikan sebagai pemikiran atau pemandangan yang

benar dan rasional. Pemikiran yang dihasilkan oleh para ahli fikir ini merupakan hasil

pengemblengan buah fikiran hasil daripada kajian mereka menggunakan kaedah yang

sistematik dan berinsurkan logic akal.

2

Page 4: FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN.docx

Namun demikian, istilah falsafah terkenal dengan perkataan ‘berfikir’. berfikir sahaja

tidak mencukupi untuk mencakupi seluruh makna berfalsafah namun perlu mempunyai

beberapa ciri-ciri tertentu untuk menentukan kesahihan sama ada perkara demikian

ialah falsafah ataupun tidak. Tiga ciri tersebut ialah, berfikir secara kritikal, berfikir

secara universal dan berfikir secara integral.

Falsafah merupakan induk bagi setiap cabang ilmu memandangkan dari segi

sejarahnya, daripada falsafah, lahirlah cabang-cabang ilmu yang lain seperti matematik,

perubatan, sains dan sebagainya. Hadirnya falsafah akan menjawab soalan-soalan dan

menangani masalah yang tidak dapat dijawab oleh bidang ilmu yang

terbatas .Perbahasan mengenai falsafah ilmu tidak pernah diabaikan kerana falsafah

mengenai ilmu merupakan falsafah yang boleh berubah-ubah mengikut perkembangan

semasa dan bergantung kepada tahap ekonomi,sosial dan politik sesuatu tempat.

Satu konsep asas yang terkandung dalam FPK ialah tentang ilmu, nilai ilmu dan

peranan ilmu dalam pembangunan insan dan masyarakat. Nilai ilmu terletak pada

kebenaran kandungan yang berfungsi bukan sahaja untuk memaklumkan dan

menerangkan kepada manusia akan sesuatu, tetapi lebih penting lagi ilmu

mempengaruhi, mengubah dan membentuk diri serta masyarakat manusia. Fungsi ilmu

yang boleh mengubah manusia dan masyarakat inilah yang menjadikan sesuatu yang

amat tinggi nilainya. Pendidkan ialah satu proses dan aktiviti sepanjang hayat dan

manusia sentiasa berada dalam keadaan memerlukan perluasan, pendalaman dan

pengesahan kepada ilmu yang ada. Pengalaman bukan sahaja boleh memperkaya dan

mengukuhkan ilmu tetapi juga mencabar dan mengubah ilmu yang sedia ada pada

manusia.

FPK juga melihat individu itu dalam beberapa lapisan pertalian atau perhubungan.

Tujuan pendidikan bukan sahaja untuk pembangunan dan kesejahteraan diri individu

tetapi juga untuk pembangunan dan kesejahteraan setiap lapisan hubungan individu

berkenaan bermula dengan keluarga, meluas kepada masyarakat dan negara.

Berdasarkan FPK, jelas bahawa tujuan pendidikan tinggi bukan hanya setakat

memperoleh segulung ijazah atau diploma, tetapi adalah untuk pembangunan diri

manusia secara menyeluruh dan seimbang supaya menjadi seorang insan, ahli keluarga

dan masyarakat dan warganegara yang berilmu, bertanggungjawab, berakhlak mulia,

dan berbakti.

3

Page 5: FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN.docx

Konsep yang didokong oleh FPK bertujuan menyatupadukan rakyat Malaysia yang

terdiri daripada berbilang kaum dan etnik demi melahirkan masyarakat yang berintegriti

dan mampu bermesra dengan pelbagai kaum yang terdapat di Semenanjung Malaysia

mahupun di Sabah dan Sarawak. Dengan adanya perpaduan, negara akan

aman,sentosa dan bahagia dan seterusnya menjana peningkatan produktiviti Negara.

3.0 PEMBENTUKAN

Pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan merujuk variasi faktor yang perlu

dipertimbang memandangkan Malaysia merupakan salah sebuah negara yang majmuk

bangsanya. Satu keselarasan entiti perlu dirancang secara teliti oleh pakar-pakar

pendidikan agar tidak muncul perbalahan dan kekangan yang muncul di kemudian hari.

Faktor pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan terdiri daripada enam faktor;

iaitu agama, sosial, politik, ekonomi, individu dan sejagat. Terminologi syumul

berkenaan keenam- enam faktor tersebut dipaparkan jalinannya seperti berikut;

Pertama ialah faktor agama yang dianuti oleh para manusia di Malaysia. Agama Islam

diklasifikasi sebagai agama rasmi di negara ini. Deretan kepercayaan lain dianuti secara

bebas berdasarkan akta dan undang-undang negara. Agama Islam menjadi rujukan

kepada pertimbangan asas dalam FPK. Unsur agama tersebut dapat dihayati di dalam

pernyataan “...mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,

emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan...”.

Kedua ialah faktor sosial yang meliputi hierarki dan struktur masyarakat setempat serta

kebudayaannya. Keharmonian masyarakat sekeliling bergantung kepada variasi amalan

mahmudah (mulia) umpamanya toleransi, bekerjasama, hormat menghormati dan

sebagainya demi penghasilan keadaaan sosial yang stabil. Tujuan ini jelas terpancar di

dalam pernyataan falsafah berkenaan, iaitu “...memberi sumbangan terhadap

keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara”.

Ketiga, ialah faktor politik yang menentukan ideologi negara lantas mempengaruhi dasar

pendidikan. Matlamat pencapaian perpaduan kaum menjadi asas pembentukan FPK

yang berlandaskan Rukun Negara, Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Dasar Pendidikan

Kebangsaan.

4

Page 6: FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN.docx

Keempat, ialah faktor ekonomi yang mempengaruhi pembangunan dan kemajuan

negara. Rakyat Malaysia terlatih dalam variasi kemahiran yang dapat membantu negara

memperkembang ekonomi menerusi peningkatan daya pengeluarannya. Maka, sekolah

teknik dan vokasional turut diwujudkan demi penghasilan masyarakat yang beridentiti

tinggi seiring pembangunan negara. Kenyataan ini dijelaskan secara luaran tetapi

mendukung hasrat yang tinggi, iaitu “...memberi sumbangan terhadap kemakmuran

negara”.

Kelima, ialah faktor individu yang dikaitkan dengan keperluan-keperluan individual

seperti keselamatan, perkembangan potensi dan penyempurnaan kendiri. Potensi

individu diperkembang menerusi pendidikan yang meliputi aspek-aspek J-E-R-I

(jasmani, emosi, rohani dan intelek). Pernyataan ini jelas terpampang di dalam ayat

pertama FPK .

Keenam, ialah faktor sejagat yang menitik berat pandangan dan visi sedunia,

perkembangan pendidikan antarabangsa dan keupayaan warganegara memberi

sumbangan ke arah yang dapat membawa persefahaman antarabangsa. Pengenalan

idea-idea pendidikan tika seminar pendidikan antarabangsa turut mempengaruhi

falsafah pendidikan di negara ini.

4.0 PERANAN DAN SUMBANGAN

Berdasarkan FPK, jelas bahawa tujuan pendidikan tinggi bukan hanya setakat

memperolehsegulung ijazah atau diploma, tetapi adalah untuk pembangunan diri

manusia secara menyeluruh dan seimbang supaya menjadi seorang insan, ahli keluarga

dan masyarakat dan warganegara yang berilmu, bertanggungjawab, berakhlak mulia,

dan berbakti. Berikut merupakan perincian yang dihuraikan oleh pengkaji mengenai

FPK.

a) Memperkembangkan Potensi Individu

Setiap individu memiliki keupayaan dan bakat yang tersendiri. Keupayaan dan bakat itu

pula dapat diperkembangkan menerusi aktiviti sosial. Namun begitu tidak semua

kebolehan itu dapat dilihat dengan jelas kerana pendedahan untuk memperkembang

dan mempertingkatkanya agak terhad. Oleh itu pendidikan memainkan peranan penting

dalam memperkembangkan potensi individu dan ia perlu diracangkan terlebih dahulu

dan dilaksanakan dengan teratur dan bersungguh-sungguh.

5

Page 7: FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN.docx

Di sekolah, terdapat banyak aktiviti kokurikulum yang telah diwujudkan bagi memberi

keseimbangan dalam akedemik dan aktiviti luar. Kokurikulum ini biasanya dilaksanakan

selepas proses pembelajaran. Penglibatan pelajar boleh kita perhatikan dalam kegiatan

sukan, kelab, persatuan dan pakaian seragam. Dalam aktiviti ini pelajar akan melakukan

sesuatu aktiviti secara berkumpulan. Ada di kalangan mereka yang mempunyai bakat

dalam menjadi pemimpin. Daripada mereka juga akan membentuk satu kumpulan yang

menjadi pengikut kepada ketua mereka. Kesannya, ia akan mendedahkan pelajar

tersebut supaya dapat menampilkan diri mereka yang sebenar suatu hari nanti.

Jika kita imbas kembali, falsafah pendidikan yang menyentuh tentang

memperkembangkan potensi individu adalah sangat diperlukan oleh pelajar dan

haruslah diteruskan demi menjadikan pelajar negara kita sentiasa mencari kelebihan

mereka dalam bidang yang mereka pilih. Setiap pelajar bijak dan lemah mempunyai

kelebihan mereka masing-masing. Tidak semestinya pelajar yang lemah tidak

mempunyai kebolehan tersendiri, mereka mungkin mempunyai kelebihan dalan sukan

dan lain-lain lagi. Tegasnya di sini, falsafah ini sangat releven pada zaman sekarang.

b) Insan Yang Seimbang Dan Harmonis

Insan yang seimbang membawa maksud semua keperluan manusia mencukupi iaitu

pertumbuhan akal, perkembangan rohani, emosi dan jasmani secara sihat dan

bersepadu. Harmonis pula bermaksud unsur-unsur rohani, intelek, emosi dan jasmani

dalam diri manusia adalah dalam keadaan serasi dan sesuai. Keadaan ini akan

membawa hubungan baik antara manusia dengan manusia, manusia dengan alam

sekitar dan manusia dengan Maha Pencipta.

Insan yang seimbang dan harmonis memiliki dan menghayati ilmu pengatahuan,

berakhlak mulia, mempunyai fikiran dan jiwa yang sihat, tubuh badan yang sihat dan

cergas serta mampu bekerjasama dengan orang lain dan mempunyai keyakinan yang

teguh kepada Tuhan. Ini bermaksud pelajar yang seimbang dan harmonis memiliki

kefahaman tentang tugas dan tanggungjawab dalam pelajaran. Dalam alam pekerjaan

mereka mampu melaksanakan tugas dengan amanah dan baik. Mereka juga begitu

teguh dalam menjalani kehidupan seharian iaitu segala masalah dan cabaran yang

dihadapi dapat di atasi secara profesional dan rasional.

c) Keseimbangan Dari Aspek JERI

6

Page 8: FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN.docx

Keseimbangan dalam aspek JERI boleh dicapai dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. Unsur Jasmani memberi tumpuan kepada perkembangan angota-angota

tubuh badan dengan cekap dan sihat. Walaupun merujuk tubuh badan, kesihatannya

bukan bergantung pada penjagaan tubuh badan semata-mata, ia juga perlu penjagaan

emosi. Hal ini kerana emosi juga mempengaruhi kesihatan tubuh badan. Oleh itu

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menyediakan subjek-subjek yang berkaitan

dalam sistem pendidikan negara.

Keseimbangan dalam aspek intelek dapat diperkembangkan dalam pendidikan. Bagi

rakyat Malaysia intelek diukur di atas kertas ujian. Kebanyakan rakyat Malaysia

menganggap bahawa intelek merupakan lembing kejayaan individu. Perkara ini harus

dihakis, persepsi rakyat Malaysia harus diubah. Aspek intelek sepatutnya dijelaskan

dengan lebih menyeluruh di dalam pendidikan dengan menyatakan kepada individu

bahawa kejayaan intelek bukan bermaksud cemerlang di dalam peperiksaan, malah

kejayaan merangkumi intelek ialah kejayaan yang merangkumi keupayaan berfikir untuk

hidup dan berdikari. Guru boleh memberi peluang kepada pelajar untuk menambahkan

keyakinan pelajar dengan memberi mereka peluang untuk bercakap di khalayak ramai.

d) Berilmu Pengetahuan

Membentuk rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan adalah elemen yang ditekankan

dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Elemen ini menyarankan rakyat yang

memiliki sikap suka membaca, cintakan ilmu pengetahuan serta akan menggunakannya

untuk manfaat diri dan orang lain. Rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan

merupakan rakyat yang memiliki ciri-ciri seperti mencintai ilmu pengetahuan iaitu gemar

membaca, sentiasa berusaha menambah ilmu pengetahuan dan berusaha

meningkatkan serta menyebarkan ilmu pengetahuan di samping memanfaatkan ilmu

untuk kebaikan diri dan orang lain serta berfikiran terbuka luas dan mendalam. Selain

itu, dalam pembentukan FPK, ianya juga menekankan penyebaran ilmu pengetahuan

dan memanfaatkan ilmu untuk kebajikan diri dan orang lain.

Ramai pelajar hanya belajar sehingga peringkat ijazah dan berhenti setakat itu sahaja

demi mencari pekerjaan yang bersesuaian. Situasi ini berlaku disebabkan terlalu ramai

graduan universiti yang menganggur dan tidak mendapat pekerjaan yang sesuai. Bagi

pandangan graduan, tidak guna belajar pada peringkat yang seterusnya sedangkan

7

Page 9: FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN.docx

tiada peluang pekerjaan diwujudkan bersesuaian dengan bidang-bidang yang diambil

semasa di univerisiti.

h) Rakyat Malaysia Yang Berketerampilan

Keterampilan membawa maksud bagaimana seseorang dapat berhubung dengan insan

yang lain. Ia juga meliputi beberapa aspek seperti pemikiran, kepercayaan dan

perasaan. Di sini hasrat yang ingin dicapai ialah melahirkan rakyat Malaysia yang

mempunyai kemahiran dan kecekapan dalam menjalankan sesuatu tugas atau amanah.

Melahirkan individu yang berketerampilan ini penting bagi memastikan keseimbangan

pendidikan dari segi rohani, jasmani dan intelek. Antara ciri-ciri individu berketerampilan

yang ingin dilahirkan ialah yang berilmu pengetahuan. Ilmu pengetahuan sememangnya

kunci bagi kejayaan dalam apa juga bidang yang diceburi. Dalam situasi perkembangan

dunia hari dimana perkembangan teknologi adalah begitu pesat, ilmu pengetahuan

sememangnya amat mudah didapati. Hasrat melahirkan individu yang berpengetahuan

harus disertai dengan mempunyai kemahiran apabila mempraktikkan ilmu pengetahuan

tersebut.

i) Rakyat Malaysia Yang Berakhlak Mulia

Sehubungan dengan itu, matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan juga ingin

melahirkan masyarakat Malaysia yang berakhlak mulia. Masyarakat berakhlak mulia di

sini bermaksud masyarakat yang mengamalkan nilai-nilai murni seperti bersopan

santun, berbudi bahasa, jujur, amanah, berintergriti dan sebagainya. Unsur ini

merupakan perkara utama yang dituntut agar rakyat Malaysia mampu untuk berfikir,

bertindak dan menilai mana satu yang baik dan mana satu yangg buruk. Kebolehan

berfikir jauh dalam menimbang kesan dan akibat sesuatu perkara dan yakin dalam

perkara murni yang dilakukan merupakan ciri-ciri yang perlu ada dalam rakyat Malaysia

yang berakhlak mulia. Kesemua nilai-nilai murni ini sangat penting dan perlu diterapkan

kepada rakyat Malaysia sejak dari peringkat sekolah lagi supaya ia sebati di dalam jiwa

rakyat Malaysia.

j) Rakyat Malaysia Yang Bertanggungjawab

Selain daripada itu, Falsafah Pendidikan Kebangsaan juga menitikberatkan unsur dan

nilai kebertanggungjawaban di dalam diri setiap rakyat Malaysia. Bertanggungjawab

8

Page 10: FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN.docx

yang dimaksudkan disini bukanlah bererti bertanggungjawab ke atas tugasan pekerjaan

sahaja malahan ianya meliputi pelbagai aspek tanggungjawab seperti tanggungjawab

terhadap agama dan keluarga, tanggungjawab terhadap perlembagaan undang-undang,

tanggungjawab terhadap keamanan sejagat dan sebagainya. Oleh sebab itu, nilai ini

telah dipupuk dan disemai kepada rakyat Malaysia sejak berada di bangku sekolah lagi.

Dengan mengetahui tugas dan tanggungjawab ini diharapkan agar rakyat Malaysia

mampu untuk menjalankan tanggungjawab mereka sebagai seorang warganegara yang

berwibawa, disegani dan dihormati disamping memelihara perpaduan kaum untuk

menjamin keamanan negara diteruskan.

k) Rakyat Malaysia Yang Berkeupayaan Mencapai Kesejahteraan Diri

Seterusnya hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah untuk melahirkan rakyat

Malaysia yang mampu dan berkeupayaan untuk menikmati kesejahteraan diri.

Berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri di sini bermaksud seseorang individu yang

berupaya menangani apa-apa sahaja masalah di dalam hidupnya sebagai contoh.

Mereka juga mampu untuk berfikir secara waras apabila menghadapi sebarang situasi

seperti menilai kesan dan akibat baik dan buruk sesuatu pertimbangan. Di samping itu

juga, keseimbangan mencapai kesejahteraan hidup ini juga meliputi keupayaan

seseorang individu untuk mempunyai tubuh badan sihat dan mempunyai kemahiran

dalam menjalin perhubungan yang baik dengan orang lain.

5.0 CABARAN DAN HALANGAN

Falsafah Pendidikan Kebangsaan merupakan dokumentasi rasmi yang mencerminkan

sistem pendidikan negara Malaysia. Para guru perlulah berpegang kepada Falsafah

Pendidikan Kebangsaan seiring dengan Falsafah Pendidikan Guru tika menggalaskan

tanggungjawab profesional mereka agar matlamat pendidikan negara menjadi suatu

kenyataan. Ini memerlukan penghayatan, pemahaman dan keprihatinan para pendidik

demi merealisasikan tujuan dan cita yang tersisip dalam kandungannya.Falsafah

Pendidikan Kebangsaan menyumbang cabaran-cabaran tertentu terhadap sistem

pendidikan negara ini, umpamanya kurikulum, pendidik dan institusi pendidikan yang

merujuk perhubungan di antara manusia dengan manusia, manusia dengan alam

(ilmusains) dan manusia dengan Tuhan (ilmu teologi). Segala cabaran perlu di hadapi

bagi mematangkan para guru dalam memartabatkan profesion keguruan dan melahirkan

anak didik yang seimbang di dunia dan akhirat.

9

Page 11: FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN.docx

Cabaran pertama ialah Pelaksanaan Kurikulum Dan Kokurikulum Yang Dapat Berjaya

Memperkembang Potensi Pelajar Dari Aspek Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek Dan

Sosial Secara Keseluruhan Dan Bersepadu.Salah satu strategi merealisasikan Falsafah

Pendidikan Kebangsaan ialah pembangunan insan iaitu memperkembang potensi

individu secara menyeluruh dan bersepadu. Salah satu perkara yang diberi penekanan

dalam strategi pembangunan insan pula ialah penyediaan kurikulum yang relevan

dengan mengubahsuai kandungannya mengikut keperluan semasa kini.Dalam buku

Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979), kurikulum ditakrifkan sebagai segala rancangan

yang dikendalikan oleh sesebuah sekolah ataupun sesebuah institusi pelajaran untuk

mencapai matlamat pendidikan .

Oleh itu, guru haruslah terlebih dahulu memahami dan menghayati falsafah dan

matlamat kurikulum, struktur dan organisasi kurikulum serta sukatan pelajarannya untuk

memastikan suatu kurikulum dapat dilaksanakan dengan jayanya. Inilah cabaran guru

dalam mendalami pengetahuan berkaitan dengan tajuk, di mana guru perlu mengaitkan

dengan isu-isu semasa yang berlaku di sekeliling pelajarnya. Seorang pelajar berhak

mendapatkan ilmu yang benar dari guru mereka di sekolah. Dalam pendidkan alaf baru

ini, pelajar banyak terdedah kepada unsur-unsur negatif dalam persekitaran mereka di

rumah mahu pun dalam komuniti masyarakat setempat.Oleh itu, guru harus mencari

jalan penyelesaian yang terbaik melalui pertimbangan akal yang munasabah.

Cabaran kedua ialah Persediaan Guru Menghadapi Gelombang Teknologi Instruksional

Pada Masa Depan. Berdasarkan isu yang kedua iaitu penggunaan teknologi

instruksional pada masa depan ini maka tiga andaian dapat buat, pertama pada masa

depan kemahiran guru lebih kepada rekabentuk teknologi instruksional berbanding

pedagogi, kedua guru mesti bersedia mempunyai kemahiran menghasilkan bahan

pembelajaran dan pengajaran teknologi instruksional yang berunsurkan permainan atau

“games” dan yang ketiga pada masa depan bahagian penyelidikan dan pembangunan

teknologi instruksional menjadi lebih utama berbanding bahagian peperiksaan. Jelasnya

di sini persediaan guru menghadapi gelombang teknologi instruksional pada masa

depan akan bersandar kepada tiga andaian ini.

Bagi menghadapi gelombang ini maka sangat perlu di maktab-maktab perguruan atau di

universiti-universiti menyediakan kurikulum yang dapat melahirkan golongan pendidik

berkemahiran dalam rekabentuk instruksional. Kemahiran bakal guru-guru ini dalam

10

Page 12: FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN.docx

bidang rekabentuk instruksional hendaklah juga meliputi kemahiran seperti

menghasilkan bahan grafik, animasi dan mahir dalam bahasa pengaturcaraan komputer

supaya dapat menggabungkan elemen grafik, animasi dan bahasa pengaturcaraan

menjadi permainan atau simulasi yang menarik. Sudah pastinya jika mahu bersedia

menghadapi gelombang teknologi instruksional pada masa depan, adalah sangat perlu

kurikulum bagi melahirkan guru-guru pada masa depan lebih mengutamakan ilmu

teknologi instruksional berbanding pedagogi. Lebih tepat lagi revolusi ke atas perubahan

kurikulum bagi menghasilkan guru-guru ini perlu dilakukan sekarang.

Cabaran ketiga ialah Ketersediaan Guru Mengahadapi Dasar Inovasi Pendidikan.

Cabaran ini berkaitan dengan ketersediaan para pendidik menghadapi reformasi

pendidikan. Golongan pendidik adalah murabi dan ahli ilmu yang membimbing manusia

ke jalan yang betul dalam pegangan hidup, kerohanian, akhlak dan bidang ilmu yang

berfaedah. Mereka bertanggungjawab mendidik pelajar mengenal dan menghayati nilai

kebenaran, keindahan dan keadilan dengan spektrumnya yang seimbang dan benar,

sesuai dengan potensinya sebagai khalifah Allah dan hambanya. Dalam menuju alaf

baru pendidikan bertaraf dunia paradigma pendidikan perlukan anjakan yang dapat

mendorong para pendidik memainkan peranan mereka dengan lebih agresif dan

progresif. Paradigma pendidikan perlu diubah daripada menerima kepada mencipta atau

mencari, daripada ketaatan kepada komitmen , daripada individu kepada perkongsian,

daripada rutin kepada inovatif dan kretif, daripada reaktif kepada proaktif dan daripada

pasif kepada progresif.

Satu agenda dalam program pendidikan kini sebagai persediaan abad ke-21, ialah

Sekolah Bestari. Pelaksanaan Sekolah Bestari turut mewujudkan transformasi dalam

sistem pendidikan yang meliputi aspek kurikulum, sistem penilaian, pentadbiran,

pengurusan pembelajaran. Implikasi kepada reformasi ini, memerlukan persediaan guru.

Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd. Zahid bin Mohd. Nordin, memberi ciri-ciri guru bestari

ialah guru-guru yang boleh dan bijaksana mengimbang keperluan Wawasan Pendidikan

dengan tuntutan dan cabaran semasa. " Pendidikan Bestari antara lain menginginkan

guru yang berketrampilan. Tingkat ketrampilannya bukan sekadar mengguna dan

menguruskan teknologi, tetapi lebih penting berkeupayaan menyaring, mengadun,

mengacuan setiap perkara seiring dengan tingkat ketahanan anak bangsa, sejajar

dengan budaya halus masyarakat kita dan seterusnya menyumbang untuk terus

memperkukuh asas kewujudan kita."

11

Page 13: FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN.docx

Cabaran keempat ialah Pelaksanaan Pengurusan Dan Pentadbiran Dengan

Penyelenggaraan Prasarana Supaya Kemudahan Atau Sumber Pengajaran Dan

Pembelajaran Dapat Digunakan Secara Licin Dan Optimum , Serta Dalam Keadaan

Baik Dan Selamat. Di dalam salah satu strategi untuk merealisasikan Falsafah

Pendidikan Kebangsaan iaitu pembangunan insan, perubahan organisasi sekolah ke

arah mewujudkan situasi yang sesuai untuk melahirkan pelajar-pelajar mengikut tujuan

dan cita Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah dengan menyediakan kemudahan

dan sumber pengajaran dan pembelajaran supaya pelajar-pelajar dapat peluang untuk

mengembangkan potensi mereka dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek secara

menyeluruh dan seimbang.Sebagai contohnya, system teknologi yang canggih seperti

ICT telah diperkenalkan bagi penyediaan sistem penyampaian yang berkesan.

Manakala penyediaan bahan-bahan rujukan, bahan pengajaran dan pembelajaran

disediakan agar aktiviti dapat dijalankan dengan lebih berkesan, seronok dan bermakna.

Organisasi sumber pengajaran dan pembelajaran adalah amat penting untuk aktiviti

pembelajaran dalam bilik darjah.Sekiranya sumber pengajaran dan pembelajaran dalam

bilik darjah dapat diorganisasikan dengan baik, teratur dan sistematik, keberkesanan

interaksi murid dengan bahan serta aktiviti pembelajaran dapat dipertingkatkan.

Oleh itu, untuk merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan cabaran

seorang guru itu dilihat melalui peranannya dalam melaksanakan pembelajaran sebagai

pengurus. Kecekapan guru menjalankan tugas sebagai pengurus akan mewujudkan

suasana sosioemosi yang selesa, disiplin kelas yang baik serta keadaan bilik darjah

yang kondusif dapat meningkatkan keberkesanan pembelajaran. Justeru dengan itu,

untuk menjadi pengurus yang berkesan adalah menjadi cabaran bagi guru dalam

mengetahui dan memahami elemen-elemen pengurusan bilik darjah serta berusaha

untuk menguasai kemahiran-kemahiran yang berkaitan dengan bilik dengan baik.

Cabaran kelima ialah Pelaksanaan Perhubungan Dengan Masyarakat Dengan

Mewujudkan Perkongsian Pintar Di Antara Sekolah Dengan Masyarakat Supaya

Melahirkan Semangat Kerjasama Demi Dapat Membantu Pembangunan Sekolah, Baik

Dalam Sumber Kewangan Mahupun Tenaga Yang Diperlukan. Mengikut Yang

Berbahagia Dato Haji Abdullah Rafie bin Mahat, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia di

dalam kertas kerjanya yang bertajuk “ Pengukuhan dan Peningkatan Kualiti Pendidikan

dan Profesionalime Keguruan “ menyatakan :

12

Page 14: FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN.docx

“ Hubungan tiga dimensi iaitu sekolah, rumah dan komuniti perlu diberi penekanan.

Ketiga-tiga entiti ini perlu ada hubungan mantap dan akrab kerana kejayaan sistem

negara bergantung kepada sejauh mana ketiga-tiga elemen ini dapat berfungsi , saling

melengkapi dan bantu membantu antara satu sama lain”.

Saranan Ketua Pengarah itu amat jelas menyatakan bahawa sesebuah institusi

pendidikan tidak boleh wujud sendirian. Hubungan tiga dimensi yang disebut oleh beliau

menerangkan bahawa permuafakatan dan perkongsian bijak penting untuk membawa

kejayaan kepada sesebuah sistem pendidikan masa kini. Jika para pendidik melihat

murid-murid mereka sebagai anak, mereka cenderung untuk melihat keluarga dan

komuniti sebagai rakan kongsi dengan sekolah dalam perkembangan dan pendidikan

kanak-kanak. Rakan kongsi mengenalpasti minat dan tanggungjawab yang sama

terhadap kanak-kanak, dan mereka bekerjasama untuk mewujudkan program serta

peluang yang lebih baik kepada murid-murid ini. Apabila ibu bapa, guru-guru, pelajar

dan masyarakat lain melihat di antara satu sama lain sebagai rakan kongsi di dalam

pendidikan, wujud suatu komuniti yang mengambil berat.

Oleh itu, adalah menjadi cabaran bagi guru untuk melaksanakan perhubungan dengan

masyarakat dengan mewujudkan perkongsian pintar di antara sekolah dengan

masyarakat supaya melahirkan semangat kerjasama demi dapat membantu

pembangunan sekolah, baik dalam sumber kewangan mahu pun tenaga yang

diperlukan.

6.0 CADANGAN PEMANTAPAN

Secara amnya setiap unsur atau elemen yang diterapkan dalam FPK mempunyai tujuan

dan implikasi yang tersendiri. Unsur-unsur ini diselitkan atas kajian yang dilakukan oleh

sesetengah Ahli Jawatankuasa yang dilantik oleh kerajaan untuk mengkaji akan sistem

pendidikan negara serta memahami kehendak negara pada masa hadapan. Masa

hadapan sesebuah negara sebenarnya bergantung kepada sistem pendidikan sekiranya

sistem pendidikan di sesebuah negara itu canggih, maju dan besesuaian dengan

kehendak negara maka insan yang lahir pada masa hadapan tentu sahaja dapan

memimpin negara dengan baik, memajukan negara dan menjadi masyarakat yang baik

dan sentiasa menyumbang.

13

Page 15: FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN.docx

FPK sebenarnya memberi kesan kepada Kurikulum, pendidik dan institusi pendidikan.

Dalam kurikulum sukatan matapelajaran diorentasi dengan program bersepadu, proses

P&P mengutamakan nilai-nilai murni, pendidikan yang bertujuan untuk melahirkan insan

yang seimbang dan melatih pelajar mengikut bakat. Bagi pendidik teknik pengajaran

haruslah sesuai dengan pelajar dan padangan,visi serta pemikiran mereka haruslah

sesuai dan mengikut arus global tetapi mesti mempunyai nilai. FPK memberi impak

kepada institusi pengajian tinggi kerana kemudahan-kemudahan di sekolah mestilah

memenuhi aspek jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial (JERIS), malah budaya

sekitar juga haruslah kondusif supaya dapat melahirkan pelajar yang cintakan ilmu serta

penuh dengan nilai-nilai murni.

Jika dilihat dan diteliti FPK mencerminkan (Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah)

KBSR dan (kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah) KBSM. Jika dikaji dengan teliti

pada tahun 2000-2005 peningkatan jumlah pelajar di institusi pengajian tinggi awam

(IPTA) adalah bertambah. Ini menunjukan pemantapan FPK dalam sistem pendidikan

negara. Sebenarya usia FPK telah melebihi usia 10 tahun. Falsafah ini ada

kekurangannya kerana kemajuan dan cabaran global. Oleh itu beberapa perencah telah

ditambah dalam dunia pendidikan di Malaysia bagi menguatkan lagi FPK supaya ianya

tidak goyah dan berjaya dilaksanakan. Antara penguat FPK ialah Pelan Induk

Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang cuba menekankan enam aspek penting yang

menjadi penyelesaian kepada beberapa isu pendidikan contohnya isu jurang pendidikan

luar bandar dan bandar. Dalam PIPP diselitkan elemen ini dengan cadangan

penyelesaiannya serta objektif perlaksanaan. Antara penyelesaian yang dicadangkan

dalam PIPP bagi menyelesaikan masalah jurang pendidikan ialah menambah bilangan

makmal komputer di sekolah luar bandar agar pelajar sekolah luar bandar tidak

mengalami masalah “buta IT”.

Bukan PIPP sahaja yang menjadi pengukuh kepada FPK, sebenarnya wawasan 2020

yang ideanya dicetuskan oleh bekas Perdana Menteri kita yang keempat, Tun Dato’

Doktor Mahathir B. Muhammad iaitu pada tahun 1991 juga merupakan elemen penting

dalam menjayakan sistem pendidikan di Malaysia. Wawasan 2020 menekankan semua

cabaran yang dihadapi dengan lebih spesifik untuk mencapai status negara maju.

Sewaktu guru mengajar di sekolah amalan FPK haruslah diselitkan bersama PIPP dan

wawasan 2020 agar usaha untuk melahirkan insan yang menepati FPK dapat dilahirkan

untuk memajukan negara melalui pendidikan.

14

Page 16: FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN.docx

Bagi kerajaan pendidikan bukan sekadar berlaku di dalam kelas secara fomal, malah

sepatutnya berlaku biarpun di rumah, dengan itu kerajaan menggalakkan media massa

melaksanakan pelbagai program pendidikan. Contohnya TV9 yang kini digelar saluran

pendidikan merupakan salah satu saluran informasi yang menerapkan pelbagai

rancangan yang berunsurkan ilmu pengetahuan.

Bagi memudahkan pembelajaran dijalankan hingga ke akhir hayat kerajaan sepatutnya

menyeru dan melatih guru-guru untuk mengajar anak-anak muridnya menguasai ‘belajar

cara belajar’ untuk belajar sepanjang hayat bagi menjayakan unsur ‘belajar sepanjang

hayat’. Konsep ‘belajar cara belajar’ ini diterapkan oleh UNESCO (1995). Antara

konsepnya ialah belajar untuk mengetahui (Learning to know), belajar untuk membuat

(learning to do), belajar untuk menjadi insane sempurna (Learning to Be) dan akhir

sekali belajar untuk hidup bersama (learning to live together).

Unsur yang perlu dilaksanakan dalam FPK ialah memperkembangkan potensi individu.

Dalam diri manusia ini sebenarnya terkandung bakat yang terpendam, yang tidak

disedari dan harus dicungkil. Bakat mampu memajukan diri seseorang individu

sekiranya dicungkil dan diasah dengan baik. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

(KBSR) dan Kurikulum Bersepadu sekolah Menengah (KBSM) diselitkan dengan usaha

untuk mencungkil bakat dan potensi. Sebenarnya orang yang bertanggungjawab

mencungkil bakat seseorang ialah guru. Guru bukan sahaja mencungkil bakat yang

terpendam malahan memajukan serta membuka peluang kepada pelajar yang berbakat

untuk menonjolkan bakat tersebut kepada khalayak antarabangsa.

Seluruh manusia sedia maklum bahawa tidak semua manusia itu pandai dalam bidang

akdemik. FPK sebenarnya mengubah persepsi rakyat Malaysia apabila meletakkan

unsur memperkembangkan potensi individu sebagai unsur ke dua dalam FPK. Bakat

manusia tidak semuanya sama ada diantara manusia yang bakatnya lebih teserlah

dalam bidang sukan, ada diantara mereka dalam bidang seni dan ada diantara mereka

yang lebih cemerlang dalam bidang ilmiah. Kesedaran ini menyebabkan kerajaan

menganjurkan berbagai pertandingan untuk memperkembangkan lagi bakat individu.

Contohnya kerajaan telah menubuhkan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia

(MSSM) dengan harapan agar pihak tersebut dapat mencari bakat-bakat baru dan

memperkembangkannya.

15

Page 17: FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN.docx

Bagi memperkembangkan bakat dan mengurangkan rasa tidak berminat untuk belajar di

sekolah, kerajaan sepatutnya menubuhkan sekolah yang beraliran khusus contohnya

sekolah muzik, sekolah lakonan, sekolah seni visual dan lain-lain lagi serta mengambil

pelajarnya seawal usia 13 tahun supaya minat serta bakat dapat dicungkil. Hal ini juga

sebenarnya memberi pendedahan awal kepada pelajar akan ilmu pengetahuan yang

sesuai dengan bakat mereka. Di Malaysia matapelajaran ini memang dipelajari, tetapi

tidak diberi penekanan yang khusu, jadi bakat dan potensi sebenar murid tidak dapat

dilihat dan dicungkil. Perhatian yang penuh tidak dapat diberikan oleh guru ketika murid-

murid belajar dan melibatkan diri dalam bidang kokurikulum.

Bagi mewujudkan insan yang harmonis, perpaduan sangat diperlukan kerana

masyarakat Malaysia ialah masyarakat yang berbilang kaum. Untuk mewujudkan hal ini

salah satu cadangan ialah menghapuskan sekolah jenis kebangsaan dan memantapkan

sekolah kebangsaan. Sekolah Jenis Kebangsaan wajar dihapuskan bagi menghomati

status dan akta Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Bahasa merupakan salah

satu agen perpaduan. Bagi mengelakkan pergaduhan, bahasa cina dan bahasa tamil

patut diajar di sekolah kengasaan supaya semua murid mendapat kebaikan daripada

bahasa tersebut.

Rohani adalah penting dalam melahirkan tingkah laku yang baik dan mulis. Tingkah laku

yang baik dan mulia sangat penting bagi menjamin kesejahteraan. Hanya penghayatan

agama sahaja dapat membentuk peribadi yang mulia. Oleh itu kerajaan telah

memantapkan matapelajaran agama islam disekolah kebangsaan dengan

memperkenalkan program jawi, quran, arab dan fardu ain (J-QAF). Bagi pelajar yang

bukan islam pendidikan moral telah cukup , tetapi amali haruslah diutamakan dalam

proses P&P agar ianya dapat dipraktikan di luar.

FPK yang di rangka dengan tujuan untuk melahirkan insan yang berpengetahuan,

berketerampilan, berkakhlak mulia, bertanggungjawab, berkeupayaan mencapai

kesejahteraan diri dan dapat memberi sumbangan kepada negara terhadap

keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara adalah satu usaha yang baik

dan patut dijalankan secara berterusan. Setiap elemen harus diselit dalam P&P.

Kerajaan sepatutnya menjadikan sekolah di Amerika sebagai model kepada sekolah-

sekolah di Malaysia. Sekolah-sekolah di Amerika bukan sahaja di lengkapi dengan guru

dan pelajar malah di setiap sekolah adanya seorang doktor, ahli psikologi, ahli terapi

16

Page 18: FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN.docx

dan lain-lain lagi yang boleh membawa kebaikkan kepada pelajar. Kemudahan-

kemudahan seperti klinik, taman permainan, gymnasium yang dilengkapi alat-alat sukan

yang canggih dan bayak lagi harus disediakan di sekolah-sekolah supaya sekolah

menjadi tempat nombor dua pelajar untuk menyempurnakan diri serta menjadi insane

yang harmonis.

Walaupun bilangan pelajar yang cemerlang meningkat dari tahun ke tahun terutama

dalam keputusan UPSR masalah akhlak tidak pula lekang dari bibir masyarakat.

Program-program yang berguna seperti Program Latihan Khidmat Negara harus

diperbanyakan tetapi memberi pendedahan yang sama dan melibatkan semua pelajar

lepasan SPM dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) supaya masalah sosial dapat

dikurangkan. Dalam hal diatas juga keberkesanan KBSR dan KBSM boleh dipersoalkan.

Justeru itu KBSR dan KBSM sepatutnya dirangka semula dengan meletakkan konsep

JERIS sebagai konsep yang utama dalam P&P agar matlamat FPK dapat dicapai.

Sebenarnya FPK perlu dikaji dan diselaraskan dengan cabaran-cabaran negara serta

aspirasi negara. Konsep PIPP dan Wawasan 2020 sepatutnya diubah suai dan dijadikan

teras yang baru dalam FPK. Pembaharuan dalam FPK adalah perlu supaya ianya

seiring dengan perjalanan global yang sentiasa mengubah sikap pelajar-

pelajar.Pembaharuan dan penambahan dalam FPK hanya dapat dilaksanakan dengan

kajian yang terpeinci daripada golongan yang pakar. FPK penting dalam mencorok

generasi akan datang dengan pendekatan tertentu.

7.0 PENUTUP

Kesimpulannya, berdasarkan kepada semua huraian diatas, maka ternyatalah bahawa

kejayaan sesebuah sekolah dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaaan

(FPK) adalah bergantung kepada berdasarkan sekolah itu sendiri, aspek-aspek

kepemimpinan, budaya sekolah, ko-kurikulum, guru dan juga disiplin. Semua aspek ini

akan menentukan modal insan yang bakal dihasilkan sama ada memenuhi hasrat FPK

17

Page 19: FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN.docx

atau tidak. Kejayaan dalam merealisasikan FPK juga secara tidak langsung mampu

menjana dan membina modal insan yang berkualiti.

Merujuk kepada PIPP (2006), negara kita berhasrat untuk menghasilkan “modal insan

yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketerampilan, berperibadi mulia,

berpengetahuan dan berkemahiran tinggI dan perlu mampu untuk berfikir secara kritis

dan kreatif, berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta peluang-

peluang baru, mempunyai ketahanan serta berkebolehan untuk berhadapan dengan

persekitaran dunia global yang sering berubah-ubah”.

Melalui FPK , seorang guru mampu menjadi guru yang berkeperibadian lebih unggul

dan melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, rohani, emosi, intelektual, dan

sosial. Pelajar yang mampu bertutur dengan menggunakan bahasa kebangsaan dengan

baik akan melahirkan individu yang cinta akan Negara dan mampu berbakti kepada

nusa dan bangsa.

Sekali lagi dinyatakan bahawa, peranan guru amat penting dalam menyahut cabaran

yang terkandung di dalam FPK untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu

pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia bertanggungjawab dan keupayaan

mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan

kemakmuran masyarakat dan negara.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah pun ditetapkan dan digubal untuk kepentingan

pendidikan negara, kaum pendidik serta murid-murid. Jadi, sudah pasti matlamat dasar

pendidikan Negara akan menjadi satu kenyataan dan bukan hanya satu impian sahaja.

Kita sebagai rakyat Malaysia haruslah berganding bahu dan bekerjasama untuk

menjayakan serta merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan kerana ia

merupakan tanggngjawab kita semua.

8.0 BIBLIOGRAFI

Buku ilmiah

1. Bersepadu Sekolah Menengah Falsafah Pendidikan Negara. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

18

Page 20: FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN.docx

2. Kementerian Pendidikan Malaysia, 1983. Kurikulum Baru Sekolah Rendah

3. Falsafah dan Pendidikan di Malaysia untuk PPPRP4T (2008).

4. Buku Falsafah dan Pendidikan di Malaysia, Edisi Ketiga

5.

Sumber Internet

1. Falsafah Pendidikan Kebangsaan

http://upu.mohe.gov.my/portal/arkib/fpk.php

2. Asas Falsafah Pendidikan dan Falsafah Pendidikan Guru

http://www.slideshare.net/kheru2006/asas-falsafah-pendidikan

3. Falsafah Pendidikan Kebangsaan

http://www.mohe.gov.my/portal/dasar-kpt/205-falsafah-pendidikan-kebangsaan.html

4. Falsafah Pendidikan | Teknologi Dan Inovasi Dalam Pendidikan

http://edutecnovasipdd.blogspot.com/p/falsafah-pendidikan.html

Artikel dari Jurnel

1. http://www.moe.gov.my/bpk/bsk/bpanduan/fpk.pdf

2. Kajian kerelevenan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan Kurikulum Pendidikan

Islam Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia - UKM Journal Article

Repos...http://journalarticle.ukm.my/2315/

3. Artikel Dalam Buletin

http://www.geocities.ws/padeat68/jurnal_InstitutPengetua.htm

9.0 LAMPIRAN

19