falsafah pendidikan alfarabi

21
EPE 211 Falsafah Pendidikan Bahagian A Falsafah Pendidikan Saya "Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara." Falsafah pendidikan yang menjadi panduan bagi semua aktiviti pendidikan di Malaysia dikenali sebagai FPK. Dengan adanya FPK, maka sistem pendidikan negara sebenarnya menganjakkan diri ke kedudukan terkehadapan dengan mengungkapkan secara jelas prinsip dan nilai asas yang mendasari dan membentuk sistem pendidikan Malaysia daripada peringkat yang paling rendah hingga kepada peringkat tertinggi iaitu universiti. FPK menjelaskan tujuan dan matlamat pendidikan untuk individu dan negara. Kedua-dua tujuan selaras, iaitu untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab yang juga akan menjadi seorang warganegara yang baik. Pendidikan merupakan proses asas dan utama untuk pembinaan insan yang baik, seimbang dan bersepadu yang secara langsung merupakan saluran utama dan yang paling penting untuk menjayakan hasrat dan cita-cita negara. Salah satu yang terkandung dalam FPK adalah falsafah tentang manusia yang berasaskan kepercayaan kepada Tuhan dan agama. Matlamat pendidikan adalah untuk membangunkan semua aspek diri manusia secara harmonis dan seimbang supaya kesepaduan fitrah diri manusia terpelihara. Berilmu dan berpendidikan harus menghasilkan budi pekerti yang baik dan akhlak yang mulia yang 1

Upload: amran-bin-ahmad

Post on 17-Feb-2016

168 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

esei

TRANSCRIPT

Page 1: falsafah pendidikan alfarabi

EPE 211 Falsafah Pendidikan

Bahagian A

Falsafah Pendidikan Saya

"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

Falsafah pendidikan yang menjadi panduan bagi semua aktiviti pendidikan di Malaysia dikenali sebagai FPK. Dengan adanya FPK, maka sistem pendidikan negara sebenarnya menganjakkan diri ke kedudukan terkehadapan dengan mengungkapkan secara jelas prinsip dan nilai asas yang mendasari dan membentuk sistem pendidikan Malaysia daripada peringkat yang paling rendah hingga kepada peringkat tertinggi iaitu universiti. FPK menjelaskan tujuan dan matlamat pendidikan untuk individu dan negara. Kedua-dua tujuan selaras, iaitu untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab yang juga akan menjadi seorang warganegara yang baik. Pendidikan merupakan proses asas dan utama untuk pembinaan insan yang baik, seimbang dan bersepadu yang secara langsung merupakan saluran utama dan yang paling penting untuk menjayakan hasrat dan cita-cita negara.

Salah satu yang terkandung dalam FPK adalah falsafah tentang manusia yang berasaskan kepercayaan kepada Tuhan dan agama. Matlamat pendidikan adalah untuk membangunkan semua aspek diri manusia secara harmonis dan seimbang supaya kesepaduan fitrah diri manusia terpelihara. Berilmu dan berpendidikan harus menghasilkan budi pekerti yang baik dan akhlak yang mulia yang sekali gus menjadi cirri-ciri asasi seorang ahli keluarga, masyarakat dan warganegara yang baik dan terdidik.

Satu konsep asas yang terkandung dalam FPK ialah tentang ilmu, nilai ilmu dan peranan ilmu dalam pembangunan insan dan masyarakat. Nilai ilmu terletak pada kebenaran kandungan yang berfungsi bukan sahaja untuk memaklumkan dan menerangkan kepada manusia akan sesuatu, tetapi lebih penting lagi ilmu mempengaruhi, mengubah dan membentuk diri serta masyarakat manusia. Fungsi ilmu yang boleh mengubah manusia dan masyarakat inilah yang menjadikan sesuatu yang amat tinggi nilainya. Pendidikan ialah satu proses dan aktiviti sepanjang hayat dan manusia sentiasa berada dalam keadaan memerlukan perluasan, pendalaman dan pengesahan kepada ilmu yang ada. Pengalaman bukan sahaja boleh memperkaya dan mengukuhkan ilmu tetapi juga mencabar dan mengubah ilmu yang sedia ada pada manusia.

Falsafah yang ingin saya terapkan dalam pendidikan haruslah selari dengan ajaran Islam. Sebaik sahaja kita dilahirkan, iaitu sejak bayi lagi kita telah diajarkan mengenali pencipta kita

1

Page 2: falsafah pendidikan alfarabi

iaitu Allah. Pendidikan menurut ajaran Islam adalah satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan al-Quran dan as-sunnah, bagi membentuk sikap kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan di akhirat.

“Falsafah” berasal dari perkataan “Philosopia” iaitu terdiri daripada dua akar kata: “philein” bererti cinta dan “Sophia” bererti kebijaksanaan (hikmah atau wisdom). Oleh itu, falsafah dapat diertikan sebagai satu usaha untuk mencari suatu kebenaran atau keyakinan dengan suatu perkara dengan menggunakan kekuatan akal fikiran. Dalam ajaran Islam, pendidikan dan kurikulum terbaik ialah berteraskan wahyu dan berteraskan tauhid. Menurut Al-Syaibani menjelaskan bahawa falsafah pendidikan berteraskan Islam ialah falsafah yang menerangkan dengan hikmah untuk menjadikan proses dan usaha pendidikan bagi satu bangsa. Pendidikan juga berperanan untuk menyediakan generasi muda dan masyarakat supaya beriman kepada Allah dan kepada apa yang diwahyukan oleh-Nya melalui Rasulullah SAW.

Apa yang ingin saya bawakan ialah satu usaha yang berterusan dalam menyampaikan ilmu pengetahuan, membentuk kemahiran dan memupuk penghayatan yang selari dengan ajaran Islam berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah sepanjang hayat. Pendidikan menjadikan seseorang bukan sahaja bersifat dengan nilai-nilai murni tetapi juga patuh dengan peraturan yang terkandung dalam al-quran.

Saya juga ingin menekankan pendidikan mesti berlangsung seumur hidup. Pendidikan bukan untuk semata-mata berjaya dalam kehidupan, mempunyai kedudukan dan dipandang tinggi oleh manusia lain. Pendidikan mesti mengutamakan pembangunan roh, akal dan jasad disamping menyampaikan dua fungsi iaitu sebagai hamba Allah dan juga sebagai khalifah Allah, seterusnya dapat memakmurkan alam, berasaskan kesepaduan dan kesempurnaan iman, ilmu dan amal salih bagi mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat. Jika sistem pendidikan yang sedang berjalan sekarang ini diteruskan, tidak mustahil kesejahteraan rakyat untuk sepanjang masa akan tercapai. Ini kerana kita tidak akan lagi berasa perlunya menuntut ilmu hingga ke akhir hayat.

Apa yang lebih penting lagi ialah matlamat untuk melahirkan insan yang berilmu, berkeperibadian mulia, berkemahiran dan bersikap positif untuk membangunkan diri, masyarakat, alam sekitar, dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat perlu juga dicapai. Mana mungkin amalan-amalan yang bertentangan dengan ajaran Islam dapat dielakkan sekiranya tidak dilahirkan masyarakat yang benar-benar dapat menghayati pendidikan yang sebenarnya. Melalui FPK yang ada sekarang ini tidak mencukupi untuk menangani gejala-gejala buruk yang banyak berlaku dewasa ini.

Oleh kerana Islam diterjemahkan sebagai ad-din maka secara langsung ia mencakupi keseluruham ruang lingkup kehidupan manusia baik di dunia mahupun di akhirat sesuai dan sejajar dengan maksud falsafah pendidikan itu sendiri. Kandungan dari setiap frasa

2

Page 3: falsafah pendidikan alfarabi

dan maksud falsafah yang dibawa oleh Islam itu tiada tandingannya dengan mana-mana falsafah pendidikan yang ada di dunia ini.

Justeru, falsafah pendidikan yang berteraskan Islam yang saya hasratkan ialah untuk melahirkan insan soleh yang kamil, beriman, berilmu, beramal, berakhlak. Melaluinya, masyarakat akan terdidik bukan sahaja sekadar untuk memperlihatkan kesempurnaan Islam sebagai satu sistem hidup yang syumul tetapi juga untuk menzahirkan amalan hidup yang sebenar sebagai seorang muslim yang ada penghayatan sepenuhnya sebagai hamba Allah di muka bumi ini.

Kesimpulannya, Falsafah Pendidikan yang saya ingin terapkan ialah falsafah yang bersumberkan falsafah hidup Islam kerana menggunakan prinsip-prinsip Islam dalam pendidikan. Prinsip-prinsip terutamanya yang mendukung keadilan dan kesejahteraan harus diperlihatkan dengan nyata. Islam juga menegaskan bahawa menusia adalah makhluk ciptaan Tuhan dan manusia mempunyai peraturan dalam hidupnya. Oleh itu, pendidikan ini merupakan satu falsafah yang bercorak keagamaan yang menanamkan keimanan manusia kepada Allah dalam usaha membentuk manusia sebagai khalifah di muka bumi ini yang bersikap tunduk dan patuh pada Rabbnya. Dengan ini, saya yakin tiada lagi masalah-masalah yang tidak dapat diselesaikan setelah kita semua yakin dan patuh bahawa tiada apa yang lebih sempurna melainkan apa yang telah diajarkan oleh Allah kepada manusia.

Falsafah Pendidikan Al-Farabi

Nama sebenar Al-Farabi ialah Abu Nasr Muhammad Ibnu Muhammad Ibnu Tarkhan Ibnu Uzlaq Al Farabi. Beliau lahir pada tahun 874M (260H) di Transoxia yang terletak dalam Wilayah Wasij di Turki. Bapanya merupakan seorang anggota tentera yang miskin tetapi semua itu tidak menghalangnya daripada mendapat pendidikan di Baghdad. Beliau telah mempelajari bahasa Arab di bawah pimpinan Ali Abu Bakr Muhammad ibn al-Sariy.Selepas beberapa waktu, beliau berpindah ke Damsyik sebelum meneruskan perjalanannya ke Halab. Semasa di sana, beliau telah berkhidmat di istana Saif al-Daulah dengan gaji empat dirham sehari. Hal ini menyebabkan dia hidup dalam keadaan yang serba kekurangan.

Al-Farabi terdidik dengan sifat qanaah menjadikan beliau seorang yang amat sederhana, tidak gilakan harta dan cintakan dunia. Beliau lebih menumpukan perhatian untuk mencari ilmu daripada mendapatkan kekayaan duniawi. Sebab itulah Al-Farabi hidup dalam keadaan yang miskin sehingga beliau menghembuskan nafas yang terakhir pada tahun 950M (339H)

Kemampuan Al-Farabi bukan sekadar itu, malah beliau juga memiliki ilmu pengetahuan yang mendalam dalam bidang perubatan, sains, matematik, dan sejarah. Namun, keterampilannya sebagai seorang ilmuwan yang terulung lebih dalam bidang falsafah. Bahkan kehebatannya dalam bidang ini mengatasi ahli falsafah Islam yang lain seperti Al-Kindi dan Ibnu Rusyd. Dalam membicarakan teori politiknya, beliau berpendapat bahawa akal dan wahyu adalah satu hakikat yang padu. Sebarang percubaan dan usaha untuk memisahkan kedua-dua

3

Page 4: falsafah pendidikan alfarabi

elemen tersebut akan melahirkan sebuah negara yang pincang serta masyarakat yang kacau-bilau. Oleh itu, akal dan wahyu perlu dijadikan sebagai dasar kepada pembinaan sebuah negara yang kuat, stabil serta makmur.

Al-Farabi banyak mengkaji mengenai falsafah dan teori Socrates, Plato, dan Aristotle dalam usahanya untuk menghasilkan teori serta konsep mengenai kebahagiaan. Maka tidak hairanlah, Al-Farabi dikenali sebagai orang yang paling memahami falsafah Aristotle. Dia juga merupakan seorang yang terawal menulis mengenai ilmu logik Yunani secara teratur dalam bahasa Arab. Meskipun pemikiran falsafahnya banyak dipengaruhi oleh falsafah Yunani tetapi beliau menentang pendapat Plato yang menganjurkan konsep pemisahan dalam kehidupan manusia.

Menurut Al-Farabi, seorang ahli falsafah tidak seharusnya memisahkan dirinya daripada sains dan politik. Sebaliknya perlu menguasai kedua-duanya untuk menjadi seorang ahli falsafah yang sempurna.Tanpa sains, seorang ahli falsafah tidak mempunyai cukup peralatan untuk diekspolitasikan untuk kepentingan orang lain. Justeru, seorang ahli falsafah yang tulen tidak akan merasai sebarang perbezaan di antaranya dengan pemerintah yang tertinggi kerana keduanya merupakan komponen yang saling lengkap melengkapi. Dalam hal ini beliau mencadangkan agar diwujudkan sebuah negara kebajikan yang diketuai oleh ahli falsafah.

Pandangan falsafahnya yang kritikal telah meletakkannya sebaris dengan ahli falsafah Yunani yang lain. Dalam kalangan ahli falsafah Islam, beliau juga dikenali sebagai Aristotle kedua. Bagi Al-Farabi, ilmu segala-galanya dan para ilmuwan harus diletakkan pada kedudukan yang tertinggi dalam pemerintahan sesebuah negara. Pandangan Al-Farabi ini sebenarnya mempunyai persamaan dengan falsafah dan ajaran Confucius yang meletakkan golongan ilmuwan pada tingkat hierarki yang tertinggi di dalam sistem sosial sesebuah negara.

Menurut Al-Farabi manusia yang sempurna ialah manusia yang telah menguasai ilmu dan nilai-nilai murni dan seterusnya menjadi teladan kepada orang lain. Sesungguhnya Al-Farabi merupakan seorang tokoh falsafah yang serba boleh. Banyak daripada pemikirannya masih relevan dengan perkembangan dan kehidupan manusia hari ini. Sementelahan itu, pemikirannya mengenai politik dan negara banyak dikaji serta dibicarakan di peringkat universiti bagi mencari penyelesaian dan sintesis terhadap segala kemelut yang berlaku pada hari ini. Manusia yang sempurna adalah mereka yang mengetahui kebajikan secara teoretis dan menjalankannya dalam praktik keseharian.

Kajian filsafat telah lekat dalam kehidupan Al-Farabi. Cendekiawan Muslim yang hidup di abad ke-8 ini, pun menjelma menjadi seorang filsuf ternama di masanya. Dan kini, reputasinya tetap tak lekang oleh masa. Al-Farabi pun dikenal sebagai ahli matematika, logika, dan tata bahasa. Di sisi lain, pemikirannya menjangkau pula falsafah pendidikan. Ia meletakkan dasar-dasar pemikiran di bidang itu. Dalam pandangan Al-Farabi, pendidikan merupakan media untuk mendapatkan serangkaian nilai, pengetahuan, dan keterampilan praktis bagi individu dalam masa dan budaya tertentu. Tujuan akhirnya, membimbing individu untuk menuju kesempurnaan.

4

Page 5: falsafah pendidikan alfarabi

Sebab, manusia diciptakan guna mencapai kesempurnaan. Sementara, kesempurnaan tertinggi adalah kebahagiaan. Menurut Al-Farabi, manusia yang sempurna juga adalah mereka yang telah mengetahui kebajikan secara teori dan menjalankannya dalam praktik keseharian.Pendidikan, menurut Al-Farabi, harus menggabungkan antara kemampuan teori dari apa yang dipelajari yang diaplikasikan dengan tindakan praktis. Kesempurnaan manusia, terletak pada tindakannya yang sesuai dengan teori yang dipahaminya.

Justeru, ilmu tidak akan mempunyai makna kecuali jika ilmu itu dapat diterapkan dalam kenyataan dalam masyarakat. Jika tidak diterapkan maka ilmu itu tak berguna. Singkatnya, kata Al-Farabi, seseorang menjadi sempurna jika ia mempraktikkan ilmunya dalam kehidupan yang berhubung kait dengan masyarakat. Untuk merealisasikan falsafahnya, kaum terpelajar memiliki teori -teori dan sokongan praktikal. Menurut Al-Farabi, mereka mampu menyatukan nilai-nilai moral dan estetika dalam menjalankan kepemimpinan politiknya. Syarat dan perilaku seperti itulah yang mestinya dimiliki kaum terpelajar dan intelektual.

Seorang pemimpin tentu harus menjalankan kepemimpinannya dengan sempurna. Jadi, pendidikan itu sama seperti tubuh yang memerlukan makanan dan kapal harus memiliki kapten. Menurut Al-Farabi, para pemimpin politik harus memiliki keterampilan untuk meningkatkan kesejahteraan suatu wilayah yang dipimpinnya. Tapi, tugas para pemimpin politik semestinya tidak terbatas kepada organisasi dan pentadbiran kawasan sahaja.Mereka harus mampu mendorong orang saling membantu dalam kebajikan dan mengatasi permasalahan terutamanya gejala-gejala sosial yang tidak sihat. Jelas Al-Farabi lagi, mereka juga harus menggunakan keahlian politiknya untuk mempastikan kebajikan rakyatnya.

Al-Farabi menyimpulkan, pendidikan yang berhasil sangat berkait rapat dengan suasana moral yang baik. berkaitan soal moral ini, ia mendefenisikan moral sebagai keadaan fikiran yang matang dan mengawal manusia untuk melakukan perbuatan yang baik. Juga, memiliki sifat etis atau rasional.

Falsafah Pendidikan John Locke

John Locke mendapat pendidikan di University of Oxford, England dalam bidang falsafah, sains tabie dan perubatan. Beliau juga pernah memegang jawatan penting dalam kerajaan. Ketika berumur 34 tahun, Locke telah bertemu dengan Lord Ashley yang kemudiannya Lord ini bergelar Earl of Shartesbury. Pada tahun berikutnya, Locke telah dilantik sebagai doktor peribadi kepada Earl of Shartesbury di samping menjadi sahabat dan setiausaha kepada Earl. Pada ketika itu, Earl merupakan individu yang berpengaruh di dalam kancah politik. Namun begitu Earl of Shatesbury dan Locke telah dibuang negeri ke Netherland akibat Earl yang menggunakan pengaruh raja dan istana di dalam politiknya. Kemudiannya, beliau kembali semula ke England pada tahun 1699.

Ketika di dalam buangan tersebut Locke telah menerbitkan dua buah buku iaitu Two Treatises on Goverment dan Essays Corncerning Human Understanding. Kedua-dua tulisannya

5

Page 6: falsafah pendidikan alfarabi

ini diterbitkan pada tahun 1690. Kedua-dua karyanya inilah yang telah mengangkat nama Locke dalam alam falsafah moden. Seterusnya, ketika masa tua Locke banyak dihabiskan dengan menumpukan hidup kepada agama. Beberapa tahun sebelum meninggal dunia Locke juga telah mempelajari agama di Epistles of St. Paul. Beliau meninggal dunia pada tahun 1704 ketika berusia 72 tahun.

Falsafah John Locke merangkumi ilmu pengetahuan iaitu mengenai sekitar persoalan epistemologi. Locke amat berminat membincangkan tentang asal usul ilmu pengetahuan dan kesahihannya. Namun begitu, Locke menolak pendapat yang diutarakan oleh golongan Rationalisme. Hal ini adalah kerana pemikir golongan rationalisme mengemukakan konsep innate ideas yang amat ditentang oleh Locke. Innate ideas dapat ditafsirkan sebagai sumber atau alat utama manusia untuk memperoleh ilmu pengetahuan. Locke amat menentang konsep innate ideas ini adalah kerana Locke beranggapan adalah mustahil bagi suatu benda itu ada dan tiada pada waktu yang sama. Locke juga beranggapan kebenaran seperti itu bukanlah berbentuk innate kerana idea sedemikian bukan diberikan kepada seseorang ketika dilahirkan.

Locke turut menegaskan bahawa untuk memastikan sesuatu fakta itu adalah tepat dan benar, seseorang itu hendaklah terlebih dahulu mengkaji asal-usul idea tersebut. Hal ini juga boleh menentukan had pengetahuan kita. Menurut Locke lagi, hanya mental fakulti atau kuasa sahaja yang dianggap innate (semula jadi) dalam proses mendapatkan dan mencari ilmu pengetahuan, sedangkan ilmu pengetahuan yang aktual itu sendiri diperoleh melalui pancaindera dan pengalaman. Minda (mind) pula mendapatkan ilmu pengetahuan daripada kelima-lima pancaindera dan kemudiannya mencetak semua ilmu pengetahuan pada fikiran seolah-olah minda sebelumnya hanya merupakan tabula rasa (black tablet) atau umpama sekeping kertas yang tidak mempunyai apa-apa tulisan di atasnya dan tanpa sebarang idea. Oleh yang demikian, semua bahan yang digunakan untuk berhujah dan untuk mendapatkan ilmu pengetahuan datangnya daripada pengalaman. Justeru itu, falsafah John Locke telah dipanggil sebagai Empericisme.

Selain itu, Locke di dalam hujahnya juga menolak adanya innate idea. Hal ini adalah kerana Locke menyatakan bahawa sekiranya sesuatu prinsip atau sesuatu ilmu pengetahuan itu dicetak dalam fikiran sebelum ia diketahui melalui pengalaman, maka ia sesuatu yang sukar untuk menentukan kesemulajadian (innateness) ilmu pengetahuan tersebut. Oleh itu, adalah salah untuk mendakwa bahawa kita mula menyedari kebenaran apabila kita mula menggunakan kerja-kerja akal (reason) sebelum ia mengetahui sesuatu. Tambahan lagi, oleh kerana sesuatu itu belum dialaminya maka ia bukan merupakan satu ilmu baginya sebab belum menjadi suatu pengalaman bagi dirinya. Undang-undang moral contohnya tidak boleh dilabelkan sebagai innate kerana undang-undang demikian tidak bersifat terbukti sendiri dan tidak juga bersifat penerimaan sejagat.

Di samping itu, Locke juga turut meyatakan bahawa apa yang dianggap sebagai suatu dosa kepada seseorang itu mungkin juga perkara itu merupakan tanggungjawab bagi seseorang yang lain. Oleh itu, hal seperti itu bukanlah semula jadi kerana ia masih memerlukan

6

Page 7: falsafah pendidikan alfarabi

pertimbangan akal bagi menentukan kebenarannya (validity). Locke turut menganggap apa yang dimaksudkan dengan innate idea itu hendaklah meliputi ilmu pengetahuan yang diperoleh atau dipunyai oleh kanak-kanak atau uncultured people serta uneducated people. Beliau turut menyatakan apa yang dikatakan oleh Decrates berhubung dengan the idea of God sebagai innate itu sebenarnya adalah tidak benar. Hal ini adalah kerana banyak lagi kaum-kaum yang sama kurang mempunyai idea of God tersebut ataupun kurangnya the knowledge of God. Tambahan lagi, menurut Locke sekalipun manusia itu mempunyai kefahaman ketuhanan dalam dirinya, tidaklah juga bererti bahawa idea tersebut merupakan idea yang innate. Locke turut berhujah dengan memberikan contoh kepanasan, api, matahari, dan bilangan juga tidak dianggap sebagai innate sungguhpun ia diterima sejagat (universally recognised) dan diketahui oleh semua orang tentang hakikat benda tersebut. Justeru itu, John Locke menganggap minda yang dimiliki seseorang itu adalah seperti tabula rasa atau a dark chamber, atau an empty cabinet, atau a white paper void of all characters without any ideas.

Sehubungan dengan itu, Locke menyatakan bahawa minda itu mula dilengkapi dengan ilmu pengetahuan apabila bersumberkan pengalaman pancaindera. Locke turut membahagikan pengalaman pancaindera kepada dua jenis iaitu dalaman dan luaran. Hal ini membawa erti terdapat dua cara bagaimana pengalaman boleh diperolehi seseorang. Pertamanya, melalui sensasi. Melalui sensasi ini minda seorang akan dilengkapi dengan nilai-nilai sensasi. Sensasi inilah yang akan menyediakan apa sahaja idea yang terpancar dari pengalaman luaran, iaitu dari objek luaran manusia. Keduanya, pengalaman diperoleh daripada refleksi atau pantulan atau juga pancaindera dalaman. Refleksi inilah yang akan membekalkan minda seseorang dengan idea-idea yang dihasilkan oleh kerja-kerja refleksi itu seperti berfikir, meragui, percaya, mengetahui, berkehendak dan sebagainya. Locke menyifatkan idea itu adalah apa-apa sahaja yang dapat difahami atau dapat dimengertikan oleh minda secara langsung ataupun sesuatu yang menjadi objek kepada persepsi, pemikiran atau kefahaman. Hal ini bermakna bahawa refleksi menyediakan idea yang menjadi sebahagian dari alam dalam tubuh badan.

Locke juga menggambarkan cara bagaimana idea itu dapat diterima seseorang dengan menggambarkannya seperti sebuah papan hitam yang menerima coretan tulisan kapur yang dituliskan di atasnya. Pengalaman pancaindera memberi nilai-nilai sensasi kepada minda seperti kekuningan, panas, lembut, manis, dan sebagainya. Kemudiannya pula, minda akan membuat refleksi keatas aktiviti-aktiviti dan keadaan-keadaan tersebut, menyediakan atau menerima pula idea-idea set kedua seperti dalam persepsi, berfikir, meragu, percaya, mengetahui dan berkehendak. Semua aktiviti refleksi dan idea itu hanya akan dibawa kepada operasi-operasi sensori dalaman setelah minda menerima pengalaman pancaindera. Hal ini bermaksud sebelum pengalaman pancaindera memaklumkan sesuatu kepada minda, maka kerja-kerja refleksi tidak dapat dilaksanakan oleh sensa dalaman.

John Locke juga telah membezakan antara idea-idea mudah (simple) dan idea-idea sukar (complex). Menurut Locke, idea-idea sukar ini adalah intipati (abstraction) atau gabungan daripada beberapa idea mudah. Idea-idea yang diterima oleh seseorang itu merupakan idea-idea

7

Page 8: falsafah pendidikan alfarabi

mudah. Hal ini disebabkan minda mempunyai kebolehan untuk mengulangkannya, membandingkannya, menggabungkannya dengan apa sahaja maklumat supaya ia menjadi satu idea yang sukar. Idea-idea mudah yang datang kepada kita sama ada melalui pengalaman pancaindera ataupun melalui refleksi yang terdiri daripada empat jenis. Jenis refleksi yang pertama merupakan idea yang kita terima dari satu deria sahaja seperti idea-idea tentang warna, suara, rasa, dan bau. Keduanya pula, refleksi idea yang didapati melalui dua atau lebih deria yang digabungkan secara serentak seperti idea yang berhubungkait dengan ruang, pengembangan, bentuk, diam dan gerak. Ketiganya pula, idea yang diperolehi dari refleksi semata-mata iaitu terdiri daripada idea yang dibentuk oleh kekuatan berfikir iaitu yang disebut sebagai kefahaman serta kuasa untuk berkehendak. Hal ini umpamanya mengingati, berkehendak, menilai, mengetahui dan mempercayai. Keempatnya pula, idea yang didapati melalui kedua-dua sekali iaitu sensasi dan refleksi seperti idea berhubung dengan kelazatan, kesakitan, kekuasaan, kewujudan dan kesatuan.

Seperti yang diketahui, gabungan beberapa idea yang mudah akan membentuk idea yang sukar. Tuhan sebagai contoh merupakan sebuah idea yang sukar. Hal ini adalah kerana idea tentang tuhan merupakan gabungan beberapa idea mudah seperti kewujudan, masa, pengetahuan, kuasa dan lain-lain. Fikiran seseorang mempunyai kekuatan untuk mengetahui beberapa perkara dan kemudiannya menggabungkannya hingga menjadi tiada kesudahan (infinity). Oleh kerana Locke mendapatkan idea sukar atau abstrak daripada sensasi maka beliau telah diselar sebagai Norminalist dan kebanyakan ahli-ahli falsafah Inggeris adalah terpengaruh dengan pendapat beliau.

John Locke turut membezakan idea-idea sama ada sukar atau mudah dengan hakikat yang objektif iaitu benda atau alam nyata yang dinamakan atau digelar oleh idea tersebut. Menurut apa yang disebut sebagai idea tersebut sebenarnya berada di luar daripada kita. Benda sebenar tersebut mempunyai kualiti tertentu atau mempunyai kuasa tertentu. Kuasa atau nilai yang dimaksudkan itu meliputi dua jenis iaitu prima dan nilai yang sekunder. Kualiti prima menurut Locke merupakan kualiti yang dimiliki oleh objek itu sendiri dan ia tidak boleh dipisahkan atau tidak boleh diceraikan dari benda yang sebenar. Contoh-contoh yang terlingkup di dalam golongan kualiti prima ialah kepadatan, pengembangan, bentuk, gerak dan diam. Apabila kita mengatakan bahawa kita sedang mengalami atau merasai kualiti-kualiti primer, maka idea kita sebenarnya hanyalah merupakan salinan daripada kualiti itu sendiri, juga sebagai bentuk-bentuk mental atau gambaran kepada hakikat benda itu semata-mata seperti mana benda itu sendiri. Kualiti sekunder pula menurut Locke ialah kualiti yang bukanlah sebahagian dari objek tersebut. Kita boleh sahaja menggantikannya serta-merta dengan kualiti sekunder yang lain pula tanpa melibatkan objek itu sendiri dari segi kewujudannya. Sebagai contoh, kualiti sekunder ialah warna, bunyi, bau dan rasa. Umpamanya seketul batu merah itu memang ada dan mengambil ruang tertentu untuk wujud, tetapi warna merah yang dilihat itu hanyalah kualiti sekunder sahaja kerana kemerahan warna itu hanya melalui deria penglihatan kita dan kualiti ini tidak menjadi sebahagian dari objek batu itu sendiri.

8

Page 9: falsafah pendidikan alfarabi

Demikianlah beberapa teori John Locke yang mana teori-teori daripada beliau telah menjadi teras bagi teori-teori aliran empericisme dan juga teori-teori pendidikan oleh tokoh-tokoh pendidikan kemudiannya.

FALSAFAH PENDIDIKAN RABINDRANATH TAGORE (1861-1941)

Merupakan seorang ahli falsafah, penyair dan pelukis dari India, mentafsirkan pendidikan sebagai proses yang bertujuan untuk melahirkan manusia yang berfikiran sempurna, berupaya mencapai segala aspek kehidupan , seperti aspek fizikal, intelek, moral kerohanian, dengan penuh bermakna. Mengikut beliau, pendidikan harus menjadi satu proses yang berhidup, dinamik, serta realistik, iaitu tidak semata-mata terikat kepada buku tetapi harus dihubungkaitkan dengan pengalaman kehidupan manusia. Seorang yang berpendidikan dengan erti kata sebenar ialah orang yang bukan sahaja berfikiran cergas, saintifik, bersih, berani dan bebas, tetapi juga mendukung sikap nasionalisme yang ideal, mempunyai kecekapan untuk berkhidmat kepada masyarakat dan negara, serta berpandangan jauh dengan sikap internasionalisme yang positif.

Mentafsirkan pendidikan sebagai proses yang bertujuan untuk melahirkan manusia yangberfikiran sempurna, berupaya mencapai segala aspek kehidupan seperti aspek fizikal,intelek, moral dan kerohanian dengan penuh makna. Memperkenalkan falsafah pendidikan nasionalisme dan internasionalisme. Orang yang berpendidikan bukan sahaja perlu berfikiran cergas, saintifik, bersih, berani dan bebas tetapi perlu juga mendukung sifat nasionalisme yang ideal, mempunyai kecekapanuntuk berkhidmat kepada masyarakat dan Negara serta berpandangan dengan sikapinternasionalisme yang positif. Sharifah Alawiah Algasoff dalam bukunya falsafah pendidikan(1984), menyenaraikan idea-idea penting dalam falsafah pendidikan Rabindranath Tagore:

- Pendidikan yang tertinggi tidak hanya membekalkan kita dengan maklumat tetapi menjadikan kehidupan kita berharmoni dengan segala yang wujud.

- Pendidikan tubuh badan adalah bertujuan melatih deria dan kecerdasan fizikal secara am, cekap, dan berkemahiran.

- Pendidikan intelek adalah bertujuan supaya fikiran sentiasa ingin tahu dan cergas,berpandangan saintifik, jelas, berani, dan bebas.

- Pendidikan kerohanian adalah bertujuan menyedarkan diri melalui bersimpatisepenuhnya, iaitu kesedaran kerohanian universal yang paling tinggi dan menembusi semua kehidupan, tumbuhan, haiwan, dan manusia.

- Pendidikan realistik ialah pendidikan yang tidak semata-mata terikat kepada buku dan berhubung dengan hidup.

- Pendidikan harus hidup dan dinamik, bukan mekanik dan tidak bermaya.

9

Page 10: falsafah pendidikan alfarabi

-Pendidikan dalam perkara-perkara semulajadi adalah bertujuan membentuk perkembangan kanak-kanak yang menyeluruh dan sempurna dalam tahun-tahun awal formatif.

Implikasi falsafah pendidikan oleh tokoh-tokoh di atas terhadap sistem pendidikan di Malaysia:

Konsep falsafah pendidikan adalah suatu konsep penjelasan pemikiran dan prinsip-prinsip yang memberi panduan serta masalah penjelasan halangan terhadapnya. Falsafah pendidikan menggabungkan matlamat-matlamat pendidikan, dasar-dasar dan amalan-amalan supaya menjadi sesuatu yang logis, tekal dan jelas. Falsafah pendidikan di Malaysia telah dipengaruhi unsur-unsur daripada falsafah lain dari pelbagai bidang. Antara falsafah yang mempunyai hubung kait dengan falsafah pendidikan di Malaysia adalah falsafah pendidikan Timur ((Tagore), Islam (Al-Farabi) dan Barat (John Locke)

Falsafah pendidikan di Malaysia boleh dihayati daripada Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang telah diumumkan secara rasmi pada 1988. Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dinyatakan berikut akan menentukan arah haluan, asas dan sumber inspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan.

“ Pendidikan di Malaysia adalah Suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.”

Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Matlamat Pendidikan Negara ialah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna dan mempunyai nilai-nilai yang murni seperti percaya kepada tuhan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, setia kepada negara serta boleh memberi sumbangan untuk kemajuan negara dan memupuk perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum. Ini sesuai deang falsafah yang dibawa oleh Al-Farabi. Program KSSR dan KSSM adalah dirancang untuk mencerminkan Falsafah dan Matlamat Pendidikan Negara ini.

Pendidikan di Malaysia merupakan suatu usaha yang berterusan di mana pernyataan diambil ini daripada pendapat tokoh Barat iaitu John Locke yang menyatakan bahawa

10

Page 11: falsafah pendidikan alfarabi

pendidikan merupakan satu proses berterusan yang bermula semasa kecil. Pendidikan di Malaysia yang mengutamakan aspek JERI merupakan implikasi daripada pendidikan barat. Malaysia pernah dijajah oleh kuasa Barat iaitu British dan telah memperkenalkan sistem pendidikan Barat suatu masa dahulu. Tenaga pengajarnya terdiri daripada pegawai British. Mereka telah membawa masuk unsur-unsur yang terdapat dalam pendidikan Barat seperti perenialisme, essensialisme, progresivisme dan rekonstruktivisme. Unsur perenialisme dapat dilihat melalui mata pelajaran kesusasteraan Melayu di mana pelajar mengkaji karya-karya yang dihasilkan oleh sasterawan negara.

Jika dibandingkan dengan falsafah-falsafah pendidikan sama ada di negara Barat, Timur ataupun faIsafah pendidikan Islam, falsafah pendidikan di Malaysia merupakan sesuatu falsafah pendidikan yang mempunyai ciri tersendiri. Bagaimanapun, ia pula mengandungi sebahagian unsur yang terdapat dalam falsafah pendidikan Barat, Timur dan juga falsafah pendidikan Islam.

Jika ditinjau secara keseluruhan pula, falsafah pendidikan kebangsaan adalah lebih mirip dengan falsafah pendidikan rekonstrruktivisme. Kedua-dua menekankan matlamat pendidikan sebagai pencapaian kesejahteraan diri dan membentuk masyarakat keharmonian dan kemakmuran. Ini sesuai pula dengan pendapat dan falsafah yang ingin dibentuk oleh Tagore. Oleh sebab falsafah pendidikan rekonstruktivisme adalah berasaskan falsafah progresivisme, maka falsafah pendidikan di Malaysia pula mengandungi ciri-ciri progresivisme dan pragmatisme. Ciri-ciri ini boleh dihayati daripada kurikulum bersepadu sekolah rendah dan menengah yang menitikberatkan penggunaan kaedah praktik dan kaedah inkuiri-penemuan serta strategi pemusatan pelajar untuk membolehkan pelajar memperolehi ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran secara individu. Di dalam tempat belajar, sekolah merupakan masyarakat kecil yang bercorak demokratik, membolehkan pelajar berinteraksi, bekerja dan hidup secara berkumpul. Selain daripada pengajian bidang kemanusiaan dan sains tulen, kurikulum sekolah pula merangkumi pendidikan teknik dan vokasionaI, iaitu mata pelajaran yang pula dititikberatkan mengikut tafsiran falsafah pendidikan berlandaskan progresivisme.

Salah satu fungsi sistem pendidikan di Malaysia ialah mengembangkan potensi pelajar secara menyeluruh dan bersepadu. Demi membentuk insan yang harmonis dan seimbang. Fungsi ini pula boleh dihayati daripada falsafah pendidikan rekonstruktisme, konfusianisme, nasionalisme dan internasionalisme (Tagore).

Mengikut falsafah pendidikan Islam, perkembangan individu dari segi intelek, rohani, emosi adalah berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan pula dapat dihayati daripada falsafah pendidikan Islam ini. Tambahan pula Pendidikan Agama dan Pendidikan Moral dalam KBSR dan KBSM mencerminkan ciri pembelajaran afektif untuk perkembangan individu, khasnya dari segi rohani, emosi dan agama.

11

Page 12: falsafah pendidikan alfarabi

Oleh sebab sistem pendidikan pula menitikberatkan pembelajaran 3M dan dikehendaki mematuhi kewibawaan dan autoriti guru, falsafah pendidikan di Malaysia boleh dikatakan pula mengandungi unsur essensialisme yang bercorak tradisional.

AbduI Rahman Aroff dan Zakaria Kasa (1994) merumuskan falsafah pendidikan di Malaysia sebenarnya dikenali sebagai falsafah eklektisisme, iaitu sesuatu falsafah yang dicipta daripada pelbagai falsafah yang sedia ada.

Selain itu, konsep pendidikan Islam juga turut diterapkan ke dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Islam mengatakan bahawa pendidikan merupakan satu proses secara berterusan bagi memupuk seluruh potensi semulajadi manusia dari segi intelek, akhlak, rohani dan jasmani secara bersepadu dan seimbang ke arah pembentukan insan soleh yang membawa kepada kebaikan di dunia dan akhirat. Ini dapat dilihat di mana Falsafah Pendidikan Kebangsaan turut menyelitkan unsur intelek, akhlak, rohani, jasmani dan emosi. (Al-Farabi).

Penerapan ini menjadikan falsafah pendidikan Islam sebagai satu panduan asas kepada pendidikan di Malaysia. Ini dapat dilihat sebahagian besar falsafah pendidikan kebangsaan menggunakan isi utama dalam falsafah pendidikan Islam. Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mahu melahirkan insan yang seimbang dan harmonis di samping mempunyai kepercayaan kepada Tuhan. Pendidikan bukan sekadar duniawi tetapi turut berlandaskan kepercayaan kepada Tuhan. Pendidikan di Malaysia mencakupi aspek jasmani, emosi, intelek, rohani dan akhlak (sahsiah). Hal ini merupakan impikasi pendidikan Islam terhadap pendidikan di Malaysia. Pendidikan turut menyelitkan unsur kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Manusia harus menyedari bahawa mereka diwujudkan untuk memajukan alam dan dan mengikuti ajaran agama. Oleh sebab itu, mata pelajaran pendidikan Islam diwujudkan bagi mendedahkan kepda pelajar Islam tentang kewujudan Tuhan. Pelajar yang tidak beragama Islam juga didedahkan dengan kewujudan Tuhan. Hal ini menunjukkan pendidikan di Malaysia tidak mementingkan duniawi sahaja tetapi turut menyelitkan ilmu akhirat yang diambil daripada Falsafah Pendidikan Islam.

Falsafah pendidikan Timur (Tagore) bertujuan untuk mencapai kebijaksanaan, mengekalkan struktur kekeluargaan, menggubal undang-undang dan memenuhi kehendak sosial dan ekonomi. Seterusnya menjadikan sistem masyarakat yang lebih berharmoni di mana semua keadilan dalam masyarakat dapat dibangunkan. Mata pelajaran yang memfokuskan pendidikan moral, politik, ekonomi, kebudayaan, muzik, kesusasteraan dan sejarah ada terdapat di dalam pendidikan di Malaysia di mana mata pelajaran seperti ini merupakan kurikulum pendidikan di China. Pendidikan di China menyatakan bahawa guru merupakan fasilitator dan penyampai ilmu yang mahir. Kerajaan telah mewujudkan Falsafah Pendidikan Guru untuk menghasilkan guru yang berkualiti dan berupaya mencapai kecemerlangan pendidikan. Pendidikan di India juga menekankan peranan guru sebagai fasilitator dan pemangkin bagi menggerakkan perbincangan murid serta menjadi penjana idea yang kreatif dan bernas dalam kalangan pelajar. Oleh sebab itu, pendidikan sekarang bukan sekadar berpusatkan guru sebaliknya boleh berpusatkan pelajar. Guru bertindak sebagai rujukan pelajar sekiranya mempunyai masalah. Proses pengajaran dan pembelajaran merupakan proses komunikasi dua hala dan berkesan.

12

Page 13: falsafah pendidikan alfarabi

Pendidikan di Malaysia sememangnya menerapkan fakta-fakta dari falsafah pendidikan yang lain bagi mewujudkan satu sistem pendidikan yang mantap dan berkesan terhadap para pelajar. Pendidikan di Malaysia mementingkan aspek-aspek JERIS (S=sahsiah) di mana tata tertib, perlakuan dan pendidikan moral amat dititikberatkan bagi mewujudkan sebuah masyarakat yang berpengetahuan tinggi di samping mempunyai perwatakan yang sopan. Sukatan pelajaran sentiasa diubah supaya bersesuaian dengan peredaran zaman yang berlaku secara pesat. Guru yang merupakan fasilitator utama dalam mendidik anak bangsa sering kali menghadiri kursus-kursus yang berkaitan dengan teknik-teknik pengajaran dan pembelajaran yang berkesan untuk digunakan di sekolah. Al-Farabi ada menekankan tentang perlunya guru-guru bersedia dengan teknik-teknik dan strategi PdP yang berkesan. Contohnya kaedah demontrasi dan perbincangan yang berkesan.

Ibu bapa juga telah menyedari pentingnya pendidikan pada masa kini. Ini kerana sekiranya anak mereka tidak mendapat pendidikan yang secukupnya, mereka akan ketinggalan zaman dan mengganggur kemudian hari. Ini juga menyebabkan kadar penggangguran di negara akan bertambah kerana tiada sesiapa yang mahu mengupah mereka sekiranyan mereka tidak mempunyai sebarang apa-apa pengetahuan dalam diri mereka. Malahan banyak sekolah telah didirikan bagi menampung bilangan murid yang bersekolah. Banyak sekolah didirikan di luar-luar bandar. Pengajaran dan pembelajaran di luar bandar dengan di dalam bandar diseragamkan.

Kesimpulannya, pendidikan di Malaysia sememangnya merupakan suatu pendidikan yang berkesan dalam melahirkan banyak insan yang Berjaya walaupun kebanyakannya berpandukan daripada falsafah Barat, Timur dan Islam. Implikasi daripada falsafah tersebut masih kekal dalam sistem pendidikan di Malaysia.

Rujukan

Al-Farabi http://www.islamgrid.gov.my/articles/tokohislam/Al-Farabi.php

Abu alnasr al-farabi. ms.wikipedia.org/wiki/Abu_Al-Nasr_Al-Farabi

Siapakah John Locke http://diniahfalahiah.blogspot.com

Rabindranth tagore http://www.nobelprize.org

Implikasi falsafah pendidikan Islam, timur dan barat http://teachersyafa.blogspot.com

13