siri bacaan pelajar unit 9

Upload: mohd-zaihizrai-mohmad-zain

Post on 06-Jul-2018

305 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/17/2019 Siri Bacaan Pelajar UNIT 9

    1/17

    Siri Bacaan Pelajar

    Zaini Abdullah

    UNIT 9: REKA BENTUK KURIKULUM DI MALAYSIA

    HASIL PEMBELAJARAN

    Pada akhir pengajaran unit ini, pelajar dapat:i. Menjelaskan peranan pendidik dalam mengaplikasikan profesion pendidikan.ii.  Menghujahkan konsep kurikulum dan kepentingannya dalam pengajaran dan

    pembelajaran.iii.  Mengaplikasikan prinsip reka bentuk kurikulum dalam membuat perancangan dan

    pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran.

    iv. 

    Membuat perancangan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan mengikut tahappendidikan.

    PENGENALAN

    Bagaimana rupa bangsa dan negara pada masa depan sebenarnya bergantung kepada pendidikanyang terdapat pada hari ini. Pendidikan yang unggul tidak berlaku dengan sendirinya tetapi bergantungkepada pengisian dan pelaksanaannya. Pengisian tersebut memerlukan suatu perancangan yang

    sistematik agar matlamat pendidikan yang disasarkan itu berjaya dicapai. Sebagai analogi, kek yangcantik dan sedap bergantung kepada bahan-bahan yang digunakan. Jika bahan tidak berkualiti,meskipun cantik tetapi rasanya menyebabkan kek tersebut tidak menjadi pilihan. Begitu juga dengankaedah membuatnya bermula dengan adunan, pemilihan acuan dan cara ia dimasak. Bahan dankaedah akan menyerlahkan hasil yang diinginkan. Dalam pendidikan bahan merupakan pengisian yangberupa ilmu, kemahiran, nilai dan budaya yang hendak diwariskan kepada generasi seterusnya. Bahanini perlu diadun secara menyeluruh, bersepadu dan seimbang agar hasilnya menjadi harmoni. Bahandan adunan perlu dirancang secara sistematik agar tepat dan berkesan (kos dan masa). Demikian jugahalnya dengan kurikulum yang menjadi pengisian terhadap pendidikan. Bagaimana ia direkabentukpada hari ini akan menentukan generasi masa depan negara.

    ISI KANDUNGAN

    Peranan Pendidik Dalam Perkembangan Kurikulum

    Malaysia mempunyai kurikulum kebangsaan yang berpusat. Oleh itu, pelaksanaan danperkembangannya adalah secara top-down. Kurikulum kebangsaan dibentuk oleh BahagianPembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. Kurikulum kebangsaan yang muladisarankan sejak Penyata Razak (1956) membolehkan semua murid di semua sekolah di Malaysia

    mempelajari dan mendapat ilmu, kemahiran, nilai dan budaya yang sama sebagai warganegaraMalaysia.

  • 8/17/2019 Siri Bacaan Pelajar UNIT 9

    2/17

     Kurikulum yang telah dibentuk dan didokumentasikan kemudiannya disebarkan ke seluruh sekolah-sekolah yang ada di Malaysia. Agensi yang bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas penyebaranini ialah Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah. Para pegawai di peringkat ini akanmempastikan sebarang maklumat berkaitan kurikulum yang dibentuk mesti sampai dalam keadaan

    sempurna tanpa sebarang masalah dan keraguan kepada guru-guru di sekolah-sekolah. Ketirisanmaklumat ketika proses penyebaran ini akan menyebabkan gangguan untuk mencapai matlamat yangdisasarkan.

    Pada peringkat sekolah, kurikulum yang telah dibentuk akan dilaksanakan. Hal ini bermakna sekolahmerupakan institusi yang berperanan sebagai pelaksana atau agen penyampai kurikulum kebangsaan.Di sekolah, guru-guru merupakan orang yang bertanggungjawab untuk mempastikan kurikulum yangtelah dibentuk dicerna dan disampaikan mengikut kreativiti dan kesesuaian persekitaran sekolah danmurid-murid. Guru sebagai pendidik perlu memainkan peranan dalam perkembangan kurikulum dalamtiga perkara iaitu:

    i.  Guru sebagai perancang

    ii. 

    Guru sebagai pelaksanaiii.  Guru sebagai penilai

    Rajah 1: Peranan pendidik dalam perkembangan kurikulum

    PERANAN PENDIDIK DALAM

    PERKEMBANGAN KURIKULUM

    PERANCANG

    Merancang dan menyediakan kurikulum

    PELAKSANA

    Melaksanakan kurikulum melalui prosespengajaran dan pembelajaran.

    PENILAI

    Menilai keberkesanan kurikulum.

  • 8/17/2019 Siri Bacaan Pelajar UNIT 9

    3/17

    Pendidik Sebagai Perancang

    Kurikulum yang dibentuk oleh Kementerian Pelajaran Malaysia adalah penting sebagai panduankepada setiap pendidik dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pendidik perlu melaksanakantugas pengajaran berpandukan rancangan pengajaran. Rancangan pengajaran pula adalah

    berpandukan kepada topik atau sub-topik yang disenaraikan dalam rancangan kerja dan silibus ataumaklumat kursus, yang juga merupakan sebahagian daripada kurikulum bagi sesuatu programpengajian. Proses ini dapat dijelaskan seperti dalam Rajah 2.

    Rajah 2: Proses Rancangan Pengajaran.

    Dalam konteks kurikulum kebangsaan, pembentukan kurikulum adalah dirancang oleh pakar di PusatPembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia dan rancangan ini didokumenkan secarabertulis melalui silibus bagi setiap mata pelajaran yang ditawarkan bagi kumpulan pelajar tertentu iaitupelajar sekolah rendah atau menengah yang bertujuan untuk mencapai matlamat dan objektif sepertiyang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

    Kurikulum kebangsaan didokumenkan dan dikenali mengikut tahap dan jenis pendidikan:i.  Kurikulum Standard Pra Sekolah (KSPS)ii.  Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang telah bertukar kepada Kurikulum Standard

    Sekolah Randah (KSSR)

    iii. 

    Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM).iv.  Kurikulum Pendidikan Khas (KPK)

    RancanganPengajaran

    RancanganKerja

    Silibus

    Kurikulum

    PROSESMERANCANGPENGAJARAN

    Rancangan pendidikanyang mengandungi

    himpunan subjek

    Rancangan bagi

    sesuatu subjekMaklumat terperincisilibus bagi tempoh

    tahun persekolahan.

    Rancangan bagi

    satu unitpelajaran

  • 8/17/2019 Siri Bacaan Pelajar UNIT 9

    4/17

    Perkembangan Kurikulum

    Perkembangan kurikulum melibatkan tiga proses utama iaitu Perancangan, Pelaksanaan danPenilaian. Ini dapat dijelaskan seperti dalam Rajah 3 berikut.

    Rajah 3: Perkembangan Kurikulum.

    Rajah 4: Implimentasi kurikulum

    Prinsip & Model Perkembangan Kurikulum

    Prinsip & Model Tyler (1949)

    Model Tyler  atau Model Objektif-Rasional telah diperkenalkan oleh Ralph Tyler dalam tahun 1949 dandianggap sebagai model yang klasik dan banyak digunakan dalam bidang perkembangan kurikulum.Menurut Tyler, apabila mereka bentuk kurikulum, terdapat empat soalan asas yang perlu dijawab.Empat soalan tersebut yang lebih dikenali sebagai Tyler’s Rationale tersebut adalah:

    1.  What educational purposes should the school seek to attain?2.  What educational experiences can be provided that are likely to attain these purposes?3.  How can these educational experiences be effectively organized?4.  How can we determine whether these purposes are being attained?

    Berdasarkan kepada Tyler’s Rationale  atau soalan-soalan yang dikemukakan, perkembangankurikulum berdasarkan Model Tyler melibatkan empat langkah seperti mana yang digambarkan padaRajah 4. Empat langkah tersebut berada pada satu garisan lurus secara tersusun. Susunan secaraberurutan dalam model Tyler melibatkan komponen matlamat, kandungan, kaedah dan penilaian.

  • 8/17/2019 Siri Bacaan Pelajar UNIT 9

    5/17

     

    Rajah 5: Langkah-langkah pengembangan kurikulum menurut Model Tyler.

    1.  Menentukan Matlamat/Objektif  Berdasarkan Model Tyler, langkah pertama dalam perkembangan kurikulum ialah menentukanmatlamat/ objektif yang ingin dicapai, hasil daripada proses pendidikan. Menurut Tyler, objektif yangperlu ditetapkan hendaklah selaras dengan:

      keperluan pelajar.

      keperluan semasa masyarakat.

     

    pandangan pakar dalam berbagai bidang berkenaan.Bagi menentukan objektif yang dibentuk bersesuaian, objektif tersebut hendaklah dibentukberdasarkan kepada:

      falsafah dan matlamat pendidikan yang dibentuk atau telah sedia ada.

      psikologi pelajar dari segi teori pembelajaran, kematangan pelajar dan sebagainya.Objektif yang dibentuk perlu menerangkan dengan jelas:

      apakah yang hendak dicapai? (tujuannya adalah untuk memudahkan proses penilaian).

      apakah perubahan yang ingin diperolehi oleh pelajar? (Tujuannya adalah untukimenentukan pencapaian objektif).

    2.  Pemilihan Kandungan Menurut Tyler, pemilihan kandungan merupakan proses yang kreatif. Perancang kurikulum perlumemilih subjek, kandungan atau pengalaman pembelajaran yang perlu didedahkan kepada pelajarbagi mencapai objektif yang telah ditetapkan.

    3.  Prinsip Penyusunan Kandungan Dalam Reka Bentuk KurikulumKandungan kurikulum yang telah dipilih hendaklah disusun dengan teliti agar dapat menghasilkanpembelajaran yang menyeluruh dan berkesan. Untuk tujuan ini, Tyler mencadangkan tiga prinsip dalampenyusunan kandungan:

    1.  Menentukan matlamat dan objektif.

    2. Memilih pengalaman pembelajaran atau

    kandungan pelajaran bagi mencapai matlamatdan objektif.

    3. Pengalaman pembelajaran atau kandungan

    pelajaran perlu disusun secara sistematik.

    4. Hasil menggunakan kurikulum perlu dinilai bagi

    menentukan pencapaian objektif.

    OBJEKTIF

    KANDUNGAN

    KAEDAH

    PENILAIAN

  • 8/17/2019 Siri Bacaan Pelajar UNIT 9

    6/17

    i.  Prinsip Kesinambungan KandunganPrinsip Kesinambungan atau Principle of Continuity   bermaksud pemeringkatan ilmu,kemahiran dan nilai yang perlu dikuasai oleh murid-murid sejajar dengan pertumbuhanfizikal dan perkembangan mental seiring dengan peningkatan usia mereka. Suatukurikulum yang sempurna mempunyai kesinambungan yang lancar dengan dimulai

    peringkat paling asas dan seterusnya membolehkan pelajar mengaplikasikannya untukmeneroka pada tahap yang lebih tinggi. Oleh itu objektif atau kandungan yang pentinghendaklah sentiasa diulang dan didedahkan secara berterusan dengan berbagai-bagaikaedah dan cara bagi menentukan ia dipelajari dengan menyeluruh.

    ii.  Prinsip Ketertiban (turutan) KandunganPrinsip Ketertiban atau Principle of Sequence  bermaksud jumlah timbun-tambah ilmu,kemahiran dan nilai yang dibina menerusi pembelajaran yang dilaksanakan merentaswaktu. Prinsip ini menyarankan pembelajaran hendaklah berterusan dan berturutandengan berdasarkan pengalaman lalu, supaya pelajar berpeluang mempelajari sesuatudengan lebih luas dan mendalam.

    iii.  Prinsip Kesepaduan KandunganPrinsip Kesepaduan atau Principle of Integration  menetapkan agar pengalamanpembelajaran dihubungkaitkan antara satu sama lain supaya pembelajaran lebihbermakna dan menyeluruh.

    Hanson (2000), Print (1995) dan Mohd Daud Hamzah (1993) telah menambah dua lagi prinsip iaituprinsip litupan kandungan dan prinsip imbangan kandungan.

    iv.  Prinsip Litupan (Skop) KandunganPrinsip litupan kandunan berkaitan dengan keluasan dan kedalam kandungan yang perlu

    dimuatkan dalam seseuatu kurikulum dan pengajaran. Garapan keluasan dan kedalamankandungan ini berkaitan dengan tahap pendidikan yang membolehkan setiap pelajarmenguasai kandungan mengikut tahap-tahap pendidikan dan kognitif.

    v.  Prinsip Imbangan KandunganPrinsip Imbangan Kandungan merujuk kepada kadar agihan, kepadatan muatan dankesecocokan kandungan dengan masa pembelajaran yang diperuntukkan kepada pelajar-pelajar untuk menguasainya.

    Secara ringkas prinsip penyusunan kandungan kurikulum boleh dikategorikan kepada dua dimensi iaitudimensi menegak dan dimensi mendatar.

    i.  Dimensi Menegak•  Prinsip Kesinambungan•  Prinsip Ketertiban

    ii.  Dimensi Mendatar•  Prinsip Integrasi•  Prinsip Litupan•  Prinsip Imbangan

  • 8/17/2019 Siri Bacaan Pelajar UNIT 9

    7/17

     

    Rajah 6: Dimensi dan perinsip penyusanan kurikulum

    Prinsip penyusunan kurikulum menjadi panduan dalam menentukan tujuan dan halatuju pendidikan, isikandungan, proses pelaksanaan, aktiviti/ pengalaman pembelajaran dan penilaian. Rajah 7menunjukkan contoh prinsip reka bentuk kurikulum di Malaysia.

    SISTEM PENDIDIKAN

    KATEGORI ILMU/ KEMAHIRAN

    Rajah 7: Prinsip penyusunan reka bentuk kurikulum Malaysia

    Pengajian Tinggi Pengkhususan Ilmu 

    Pendidikan Lepas Menengah Pengkhususan Ilmu 

    Pendidikan Menengah Atas Perkembangan Potensi 

    Pendidikan Menengah Rendah Perkembangan Potensi 

    Pendidikan Sekolah Rendah 4M & Perkembangan Sosial 

    Pendidikan Pra Sekolah  Asas Perkembangan Sosial

    KESINAMBUNGAN

    KETERTIBAN

    PertautanKeselarian

    Kesepadanan

    TahapSusunan

    Hirarki ilmu

    LITUPAN INTEGRASI IMBANGAN

    Muatan

    GarapanSkop ilmu

    Sepadu

    Gabungjalin Antara disiplin

     Agihan

    KesecocokanKepadatan muatan

  • 8/17/2019 Siri Bacaan Pelajar UNIT 9

    8/17

     

    4.  PenilaianPeringkat seterusnya ialah menentukan kaedah penilaian yang boleh digunakan untuk menentukanpencapaian objektif iaitu menentukan setakat mana objektif yang telah dibentuk tercapai. Penilaianboleh dilakukan dengan berbagai kaedah dan pada berbagai peringkat untuk mendapatkan bukti

    keberkesanan pembelajaran dan pencapaian objektif yang telah dinyatakan. Maklumat yang diperolehidaripada proses penilaian boleh digunakan untuk menambahbaik kurikulum berkenaan. Tujuanpenilaian adalah untuk mempastikan kurikulum yang dibentuk dan dilaksanakan sentiasa kemaskinibagi memenuhi keperluan semasa dan akan dating. Penilaian boleh dilakukan secara:i.  Penilaian Formatif (berterusan)ii.  Penilaian Sumatif (peringkat akhir sahaja)Oleh kerana penilaian formatif dilakukan secara berterusan, perubahan-perubahan dan usahapenambahbaikan kepada kurikulum boleh dilakukan apabila perlu. Penilaian sumatif pula dilakukanpada peringkat akhir atau setelah selesai pelaksanaan sesuatu program untuk membolehkankeputusan dibuat untuk penambahbaikan seterusnya.

    Model Tyler merupakan model yang popular dan banyak digunakan dalam perkembangan kurikulumkerana sistematik dan mudah digunakan. Selain daripada itu model ini dianggap logikal keranadimulakan dengan penentuan objektif. Model ini menggunakan pendekatan deduktif kerana fokusnyakepada perancangan dan objektif. Model ini memberi tumpuan kepada pengalaman pembelajaran yangmelibatkan interaksi pelajar dengan keadaan persekitaran yang membolehkan pelajar membinakemahiran berfikir, membantu mencari maklumat, membina sikap dan minat mereka sendiri.Penyusunan pengalaman pembelajaran secara sistematik akan menghasilkan kesan pembelajaranyang berkumulatif dan efektif. Model Tyler juga menekankan pentingnya penilaian untuk melihatkeberkesanan sesuatu kandungan dan kaedah mengikut objektif yang disasarkan.

    Kelemahan model Tyler

    Para pengkritik mendapati Model Tyler mempunyai beberapa kelemahan utama seperti berikut:

    a) Terlalu tertakluk kepada objektif.Ini kerana dalam keadaan sebenar, perkembangan kurikulum boleh bermula dengan elemen-elemen lain seperti menentukan kandungan atau menetapkan kaedah. Menetapkan objektifpada peringkat awal juga dilihat sebagai menghadkan bilangan objektif di samping mengekangkreativiti.

    b) Terlalu linear.Menggunakan model ini perlu mengikut langkah-langkah tertentu iaitu menentukan objektifdulu, kemudian memilih kandungan, dan seterusnya menetapkan kaedah dan penilaian.Penilaian pula dilakukan pada peringkat akhir atau setelah selesai program dilaksanakan.

    c) Terllalu terbukaModel yang berbentuk linear mudah dipengaruhi oleh anasir-anasir luar seperti pengaruhpolitik ke dalam pendidikan. Pengaruh luar ini mempengaruhi dasar, sistem dan pelaksanaandalam pendidikan. Malahan ada kalanya pihak yang terlibat secara langsung dalam pendidikantidak mempunyai kuasa untuk menentukan apa yang sepatutnya mereka lakukan untukpembangunan pendidikan.

  • 8/17/2019 Siri Bacaan Pelajar UNIT 9

    9/17

    Bagi mengatasi masalah tersebut, model ini diubahsuai dan dinamakan Model Interaksi. Dalam modelini, keempat-empat elemen diambilkira serentak dalam proses perkembangan kurikulum. Dengan caraini, proses perkembangan kurikulum menjadi lebih interaktif, dinamik, fleksibel, cyclical (edaran) danmenyeluruh.

    Rajah 8: Model interaksi dalam pengembangan kurikulum

    Pengkelasan Reka Bentuk Kurikulum

    Zais

    ( 1976) 

    Saylor & Alexander

    (1974) 

    Kliebard

    (1984) 

    Subjek

    Pelajar

    Masalah

    Kemahiran spesifiksubjek

     Aktiviti & masalah sosialKemahiran prosesPermintaan & minat individu

    Kanak-kanakMasyarakatPengetahuan bersepaduPengetahuan khusus

    Pola & Orientasi Reka Bentuk Kurikulum

    1.  Berpusatkan akademik

    i.  Ciri-Ciri

      Menekankan pengetahuan, nilai dan warisan budaya.

      Berorientasi kepada subjek dan pengetahuan.

      Fokus kepada pengetahuan bagi membangunkan intelek.

      Kurikulum berpusat isi kandungan (apa yang akan diajarkan).

      Pengajaran melibatkan proses mengingat & memahami.

      Diajarkan secara terpisah-pisah (mengikut bab/ topik).

      Tersusun:

    Menegak : ikut tahap kesukaran, mudah sukaro  Mendatar : antara disiplin ilmu

    OBJEKTIF

    KANDUNGAN

    KAEDAH

    PENILAIAN

  • 8/17/2019 Siri Bacaan Pelajar UNIT 9

    10/17

    ii.  Kekuatan: 

      Mudah untuk membuat perancangan, pelaksanaan dan penilaian.

      Pendidik tidak perlu dilatih secara khusus

    iii.  Kelemahan: 

     

    Peranan pelajar pasif.  Pengajaran fokus pada pengetahuan

      Pengajarannya yang terpisah-pisah bertentangan dengan kenyataan bahawapengetahuan berbentuk integrasi

    2.  Berpusatkan pelajar

    i.  Ciri-Ciri: 

      Fokus kepada individu  potensi.

     

    Pengajaran mengikut minat pelajar.  Organisasi kurikulum (minat, keperluan dan tujuan pelajar).

      Berorientasikan aktiviti & membina pengalaman.

      Humanistik pembinaan insan.

      Bersifat terbuka kepada pelajar untuk turut sama dalam mereka bentu kurikulumyang hendak mereka pelajari.

    ii.  Kekuatan: 

      Motivasi belajar bersifat intrinsik.

      Pengajaran melihat kepada perbezaan individual.

       Aktiviti penyelesaian masalah untuk menghadapi kehidupan.

    iii.  Kelemahan: 

      Lemah dalam kontinuiti dan sekuens bahan.

      Sukar diimplementasikan oleh guru biasa (perlu guru khas).

      Penekanan pada minat belum tentu sesuai untuk menghadapi reality.

      Dasar penyusunan struktur kurikulum tidak jelas karena kurikulum hanyamenekankan minat pelajar.

    3.  Berpusatkan masalah

    i.  Ciri-Ciri

      Berdasarkan kepada kesejahteraan masyarakat.

      Berasaskan pemikiran bahwa manusia sebagai mahluk sosial yang perlu hidupbersama & ada konflik.

      Isi kurikulum berupa masalah-masalah sosial/ persekitaran:o  Mendatar  : merentas pelbagai disiplin ilmu.o  Menegak : keupayaan selesaikan masalah.

      Kurikulum mengintegrasikan antara subjek dengan masalah kehidupan sosial &alam sekitar.

     

    Pengajaran menggunakan pendekatan penyelesaian masalah (PBL).  Mengintegrasikan beberapa mata pelajaran.

  • 8/17/2019 Siri Bacaan Pelajar UNIT 9

    11/17

      Lingkungan masalah dalam kehidupan & masyarakat.

      Masalah membentuk intipati kurikulum.

      Pelajar mempelajari kurikulum untuk mengenalpasti, memahami, menganalisisdan menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kehidupan.

    ii.  Kekuatan  Pelajar memahami masalah.

      Pencegahan dari dalaman diri pelajar.

      Keharmonian dalam kehidupan bermasyarakat.

    iii.  Kelemahan

      Pelajar ingin mencuba walaupun telah memahami masalah.

      Menimbulkan masalah yang lebih besar.

      Kos lepas yang terpaksa ditanggung oleh pelajar, keluarga, masyarakat dannegara.

    K: KurikulumRajah 9: Pola dan orientasi reka bentuk kurikulum

    Gabungan lebih dari satu pola &orientasi kurikulum.

  • 8/17/2019 Siri Bacaan Pelajar UNIT 9

    12/17

    Penilaian Kurikulum

    Model Penilaian Kurikulum CIPP

    Salah satu model yang boleh digunakan dalam penilaian kurikulum ialah Model CIPP yang diutarakanoleh Stufflebeam et. al. (1974)

    Rajah 9: Model penilaian kurikulum CIPP

    i.  Peringkat Penilaian KonteksMelibatkan analisis masalah dan keperluan dalam pendidikan seperti persekitaran, iklim,budaya institusi dan sebagainya

    ii.  Peringkat Penilaian InputMelibatkan penganalisaan bahan sumber dan strategi yang perlu untuk mencapai

    matlamat dan objektif seperti guru, kakitangan sokongan, kurikulum, kemudahan, pelajardan lain-lain lagi.

    iii.  Peringkat Penilaian ProsesMelibatkan kajian mengenai proses pelaksanaan seperti aktiviti pengajaran danpembelajaran, kemudahan bilik kuliah, kemudahan sokongan dan sebagainya

    iv.  Peringkat Penilaian ProdukMenentukan setakat mana matlamat program telah dicapai seperti bilangan dan kualitilulusan, pengiktirafan yang diperolehi dan sebagainya.

    Pengaruh Perspektif Terhadap Ilmu Terhadap Reka Bentuk KurikulumSecara umum terdapat dua perspektif terhadap ilmu, iaitu perspektif objektivis yang melaksanakankaedah deduktif dalam pengajaran, dan perspektif konstruktivis yang melaksanakan kaedah induktif.

    (i)  Perspektif ObjektivisPerspektif objektivis adalah berasaskan perkara-perkara berikut:

      Melihat ilmu sebagai satu komoditi yang sudah pasti dan dapat diperturunkan

      Menerima alam seperti sedia ada

      Menekankan isi kandungan pelajaran, kemahiran baru, keupayaan baru dan

    pemindahan pembelajaran  Menggunakan Taksonomi Bloom untuk pengajaran dan penilaian.

    PENILAIAN

    KONTEKS

    PENILAIAN

    INPUT

    PENILAIAN

    PROSES

    PENILAIAN

    PRODUK

    PENYEDIAAN DAN

    PENSTRUKTURAN KURIKULUM

    PELAKSANAAN

    KURIKULUM

  • 8/17/2019 Siri Bacaan Pelajar UNIT 9

    13/17

    Jadual di bawah memberikan jenis-jenis teori yang tergolong di dalam perspektif objektivis, pengasas-pengasasnya, serta tumpuan-tumpuan tiap satu teori.

    Jadual 1: Teori-Teori Pembelajaran

    JenisTeori

    PengasasTeori

    Pembelajaran 

    PengasasTeori/Model

    Pembelajaran

    Fokus/ObjektifPengajaran &Pembelajaran 

    Behaviurisme Pavlov,Thorndike,

    Skinner

    Skinner Penguasan isi pelajaran melalui prosespelaziman dan penggunaan motivasiekstrinsik

    Sibernetik Landa Landa Penguasaan kemahiran dan pengetahuanprosedur melalui penggabungan pelbagaisub-kemahiran dan sub-prosedur (kaedahsnowball )

    Kognitivisme Ausubel,

    E. Gagne,Flavell, Mayer,

     Ausubel,

    R. Gagne,Keller,Bloom,

    Mager

    Penguasan isi pelajaran melalui

    pencetusan proses-proses mentas sepertiskema, strategi dan metakognisi

    Perspektif objektivis mengutamakan pembentukan kemahiran, peraturan tahap tinggi atau pemindahanpembelajaran. Tugas pendidik ialah mendapatkan satu item yang mewakili sesuatu set danmemastikan pelajar menguasainya dengan sepenuhnya. Maka kurikulum yang dibentuk adalahberkisar di dalam penentuan item-item yang mewakili set-set ilmu tersebut. Kaedah pengajaran yangdigunakan adalah berbentuk deduktif, iaitu bermula dengan definisi, diikuti oleh pembentukan konsepdan diakhiri dengan penerokaan, seperti yang digambarkan di bawah:

    Di dalam perspektif objektivis, juga diandaikan ialah ilmu pengetahuan itu adalah bersifat kumulatif,iaitu boleh diajar dalam bentuk cebisan demi cebisan kerana kemudiannya ia akan bercantum ataubergabung menjadi set atau struktur pengetahuan yang lengkap. Cebisan-cebisan ini boleh disusunmengikut hierarki atau secara linear. Perspektif ini disokong oleh teori pemprosesan maklumat yangmenjelaskan bagaimana pengetahuan dipelajari dan teori skema yang menjelaskan bagaimanasesuatu struktur pengetahuan dibentuk. Proses-proses mental yang menjadi tumpuan ialah proses-

    proses penambahan (accretion), penghalusan (tuning ) dan pembinaan semula (reconstruction).

    Menurut teori kognitif, ilmu pengetahuan adalah terdiri dari pengetahuan deklaratif (jenis fakta,pengetahuan prosedur (jenis rumus) dan pengetahuan strategi. Setiap jenis ilmu pengetahuan ini bolehdiajar secara berasingan melalui proses-proses penambahan, penghalusan dan pembinaan semula.Juga, pelbagai pengetahuan prosedur boleh diterbitkan dari pengetahuan deklaratif yang terkumpul,dan pelbagai pengetahuan strategi boleh diterbitkan dari pengetahuan prosedur yang terkumpul didalam struktur pengetahuan.

    Di dalam perspektif objektivis, strategi pengajaran yang dilaksanakan adalah berbentuk ekspositori,seperti penggunaan kaedah kuliah, demonstrasi, penyelesaian beberapa masalah contoh, simulasi,

    mainan peranan dan latih tubi. Ilmu dilihat sebagai satu produk dan objektif pengajaran ialah

    Pengenalan Istilah Pembentukan Konsep Penerokaan

  • 8/17/2019 Siri Bacaan Pelajar UNIT 9

    14/17

    penguasaan ilmu pengetahuan seperti yang diajarkan. Pemangkin kepada pembelajaran ialahpenggunaan strategi-strategi pembelajaran.(ii)  Perspektif Konstruktivis

    Perspektif konstruktivis pula adalah berasaskan perkara-perkara berikut:

      Melihat pelajar sebagai pembina ilmu

      Pengajaran adalah untuk mengubah cara dan tahap berfikir

      Isi pelajaran bukan matlamat pengajaran tetapi hanyalah batu loncatan untukmendapatkan kepakaran yang lebih tinggi

      Isi pelajaran ini dibuang selepas kepakaran diperolehi

    Jadual di bawah memberikan jenis-jenis teori yang tergolong di dalam perspektif konstruktivis,pengasas-pengasasnya, serta tumpuan-tumpuan tiap satu teori.

    Jadual 2: Teori pembelajaran konstruktivisme

    Jenis Teori PengasasTeori

    Pembelajaran 

    Pengasas Teori/Model

    Pembelajaran

    Fokus/ObjektifPengajaran & Pembelajaran

    PembangunanMental

    Piaget,Gardner

    Lawson,Collins & Stevens,

    Bruner,Taba

    Kemahiran pentaakulan, pemikiran saintifik &pemikiran aras tinggi berdasarkan logik& pembangunan pelbagai kecerdasan

    (multiple intelligence)

    Humanis Rogers Rogers Pembelajaran yang bermakna dan ownershipof knowledge

    Pembelajaransosial (Social

    Learning )

    Vygotsky Spiro,Thelen

    Kemahiran pentaakulan, pemikiran saintifik &pemikiran aras tinggi berdasarkan perancahan

    (scaffolding ), pembelajaran kooperatif /kolaboratif, dsb

    Di dalam perspektif konstruktivis, pengajaran adalah tertumpu kepada proses-proses pembinaan ilmupengetahuan. Di dalam pandangan ini, strategi-strategi pengajaran yang dilaksanakan adalah

    berbentuk inkuiri, seperti penggunaan kaedah pembelajaran berasaskan masalah (PBL), perantisan,lawatan sambil belajar. Guru pula berperanan menjadi penyemak kepada proses pemikiran yangdigunakan dan kepada rumusan yang diperolehi

    Pandangan perspektif konstruktivis dijelaskan oleh Piaget:

    “The goal of education is not to increase the amount of knowledge, but to create possibilities for a childto invent and discover… Teaching means creating situations where structure can be discovered, it doesnot mean transmitting structure which may be assimilated at nothing other than a verbal level.”  

    Perspektif ini menekankan keupayaan berfikir pada dua tahap, iaitu empirical-induktif (EI) (pada umur

    7-15 tahun) dan hipotetikal-deduktif (HD) (pemikiran dewasa). Di peringkat kolej dan universiti

  • 8/17/2019 Siri Bacaan Pelajar UNIT 9

    15/17

    Pemikiran (EI) melibatkan aplikasi rumus manakala pemikiran HD adalah terdiri daripada kategoriberikut:

      Pemikiran kombinatorik  Pengenalpastian dan kawalan pembolehubah

     

    Bagaimana burung, penyu, dan kucing dapat kembali ke tempat asal  Pemikiran perkadaran

      Penggunaan nisbah dan rumus  Pemikiran Kebarangkalian  Pemikiran korelasi

    Kaedah pengajaran yang dilaksanakan ialah berbentuk:

    Di dalam perspektif konstruktivis, pengetahuan itu adalah bersifat tentatif, iaitu dibina oleh pelajar

    secara induktif melalui pemerhatian suatu fenomena, penentuan corak atau perilaku fenomenatersebut, pembentukan dan pengujian hipotesis, pembentukan rumusan/teori tentatif dan kemudiandiuji aplikasi atau kebenarannya melaui proses-proses deduktif. Kebenaran rumusan atau teori yangdibina adalah bersifat tentatif dan akan segera diubah jika terdapat permerhatian atau bukti yang lebihkuat.

    Oleh kerana ilmu pengetahuan adalah binaan sendiri pelajar menggunakan proses-proses induktif dandeduktif, kemahiran-kemahiran akhir yang diperolehi ialah proses membina ilmu, pengisian di dalamtiap tahap proses ini, dan rumusan akhir proses-proses ini. Di dalam perspektif ini, ilmu pengetahuanserta prosedur-prosedur melaksanakan sesuatu tugas mental boleh dimampatkan (zipping ) dan dibukasemula (unzipping ) mengikut keperluan.

    Di dalam perspektif konstruktivis, strategi pengajaran yang dilaksanakan adalah berbentuk inkuiri,seperti penggunaan kaedah pembelajaran berasaskan masalah (PBL), perantisan, dan lawatan sambilbelajar. Pengajar menjadi pembimbing dan membimbing menggunakan kaedah Socrates (penyoalan)yang melibatkan soalan-soalan di dalam kategori berikut:

      Memilih contoh-contoh positif dan negatif

      Memilih contoh yang berlawanan (Counterexamples)

      Menjana kes-kes Hipotetikal

      Mempertimbangkan ramalan-ramalan alternatif

     

    Mengesan sebab-akibat / implikasi suatu kontradiksi  Mempertikai authoriti

    Penerokaan Pembentukan KonsepPengenalan Istilah

  • 8/17/2019 Siri Bacaan Pelajar UNIT 9

    16/17

    Perbandingan Teori Pembelajaran Dalam Mereka Bentuk Kurikulum

    Sebagai bandingan, jadual di bawah menunjukkan perbezaan-perbezaan yang terhasil dari amalanperspektif-perspektif ini mengikut tiga jenis teori berdasarkan beberapa dimensi utama:

    Jadual 3: Perbandingan amalan dalam teori pembelajaran behavioris, kognitivis dan Humanis

    OBJEKTIVIS KONSTRUKTIVIS

    Behavioris Kognitivis Humanis

    1. Falsafah pembelajaran 

    Pelajar boleh dibentukmengikut objektif dankehendak pensyarah;pelajar dimanipulasikan

    Perubahan adalah berdasarkanpilihan pelajar mengikut faktor-faktor di dalam persekitaran;pelajar diajak berfikir,membentuk konsep, danmencipta

    Pelajar mempunyai kehendak dankeupayaan sendiri dan pensyarahadalah pemudahcara sahaja; pelajarmengalami dan belajar menyelesaimasalah di persekitaran sebenar

    2. Keperluan pembelajaran 

    Berpusatkan pensyarah danberasaskan proses stimulus-respons; pemantauan danpengukuhan (termasukdenda atau hukuman) olehpensyarah; pengujian formalberasaskan kompetensi

    Pembelajaran adalah satuproses usahasama ( joint-venture) antara pelajar danpensyarah; pemantauan danpemulihan oleh pensyarah;pengujian formal, tugasan danprojek.

    Berpusatkan pelajar dengan sedikitsahaja kawalan dan sumbangan daripensyarah; pemantauan kendiri ataumelalui interaksi; pengujianberasaskan projek dan portfolio.

    3. Objektif  Pensyarah tentukankeperluan, pengetahuan,kemahiran dan perilakupelajar

    Pensyarah menilai danmenambah di mana perlu untukmembantu membangunkankeupayaan mental dan kreativitisecara menyeluruh

    Pensyarah membantu pelajarmengenalpasti keperluannya dankemudian membimbing pelajarmencapainya

    4. Isi pelajaran 

    Isi pelajaran membinakompetensi danpenguasaan pelbagai

    kemahiran mengikut objektifyang telah ditetapkan

    Isi pelajaran diintegrasikanbersama proses-proses mentalseperti logik, strategi,

    metakognisi, penyelesaianmasalah dan kreativiti untukmenambah dan memperluaskanpengetahuan pelajar

    Isi pelajaran adalah berasaskankegiatan dan pengalamankontekstual dalam menyelesaikan

    masalah di dalam situasi yang dipilih

  • 8/17/2019 Siri Bacaan Pelajar UNIT 9

    17/17

    RUMUSAN

    Hasil kurikulum yang digubal membentuk kualiti akhir pelajar, kualiti kurikulum, dan tanggapanmasyarakat setempat dan masyarakan dunia terhadap program dan institusi. Tugas setiap pendidikialah menentukan bahawa pengajaran dan matlamat yang hendak dicapai adalah selaras dengan

    falsafah, misi, visi, dan amalan yang telah dipilih dan memaksimumkan koherens serta kesan-kesanpositif dari kurikulum tersembunyi. Faktor-faktor ini mencorakkan kurikulum yang direka danmenentukan hasil akhir yang diperolehi. Terdapat dua aliran yang kuat dan berbeza tentangpengajaran dan pembelaran. Aliran objektivis melihat ilmu sebagai satu produk dan guru adalahpenyampainya. Aliran konstruktivis melihat ilmu sebagai satu proses pembinaan dan guru adalahpemudahcaranya. Aliran-aliran ini akan menghasilkan output atau keupayaan yang juga berbeza-beza.