siri bacaan permata di perlimbahan peringkat umur. buku-buku … · siri bacaan permata di...

5
Siri Bacaan Permata di Perlimbahan ZADIN PUBLISHING (SA0296356-W) Lot 1858A, Jalan Gajah 24, Kampung Kubu Gajah, 47000 Sungai Buloh, Selangor. Tel: 017-3214147 KAMARUDIN MAHPOL Siri Bacaan Permata di Perlimbahan KAMARUDIN MAHPOL

Upload: others

Post on 13-Jan-2020

26 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Siri Bacaan Permata di Perlimbahan peringkat umur. Buku-buku … · Siri Bacaan Permata di Perlimbahan ditulis untuk semua peringkat umur. Buku-buku dalam siri ini ditulis berpandukan

Siri Bacaan Permata di Perlimbahan

ZADIN PUBLISHING (SA0296356-W)

Lot 1858A, Jalan Gajah 24,Kampung Kubu Gajah,

47000 Sungai Buloh, Selangor.Tel: 017-3214147

KAMARUDIN MAHPOL

Siri Bacaan Permata di Perlimbahan

ZADIN PUBLISHING (SA0296356-W)

Lot 1858A, Jalan Gajah 24,Kampung Kubu Gajah,47000 Sungai Buloh, Selangor.Tel: 017-3214147

SIRI BACAAN PERMATA DI PERLIMBAHAN

Siri Bacaan Permata di Perlimbahan ditulis untuk semua peringkat umur. Buku-buku dalam siri ini ditulis berpandukan perbendaharaan kata terbaharu. Jalan ceritanya yang mudah dan ilustrasinya yang menarik sesuai dibaca oleh semua golongan. Terdapat lapan judul dalam Siri Bacaan Permata di Perlimbahan.

KAMARUDIN MAHPOL

Page 2: Siri Bacaan Permata di Perlimbahan peringkat umur. Buku-buku … · Siri Bacaan Permata di Perlimbahan ditulis untuk semua peringkat umur. Buku-buku dalam siri ini ditulis berpandukan

Begitulah Sayang Seorang Adik

WAJAH kakak tidak girang seperti dua hari yang lalu. Malah kakak sudah jarang tersenyum ketika berselisih pandang dengan Milah. Apakah yang sudah berlaku kepada kakak Zira? Apakah kakak Zira sedang sakit?

ZADIN PUBLISHING (SA0296356-W)Lot 1858A, Jalan Gajah 24,Kampung Kubu Gajah,47000 Sungai Buloh,Selangor.Tel: 017-3214147

© ZADIN PUBLISHING Tahun 2014

Hak cipta terpelihara. Tidak dibenar mengeluarkan ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara sekalipun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada ZADIN PUBLISHING.

Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan.

Kamarudin Mahpol, 1961 Begitulah Sayang Seorang Adik / KAMARUDIN MAHPOL (Siri Bacaan Permata di Perlimbahan) ISBN 978-0733-00-5 (SET) ISBN 978-967-0733-08-1 I. Didactic fiction, Malay. 2. Children’s stories, Malay. I. Judul. II. Siri. 899.2333

3

Page 3: Siri Bacaan Permata di Perlimbahan peringkat umur. Buku-buku … · Siri Bacaan Permata di Perlimbahan ditulis untuk semua peringkat umur. Buku-buku dalam siri ini ditulis berpandukan

Begitulah Sayang Seorang Adik

Mungkin juga kakak Zira sedang meng hadapi satu masalah yang agak tidak menyenangkan dirinya? Siapalah yang tahu kakak ada masalah besar yang sedang dihadapinya sekarang?

Apakah masalah yang sedang kakak hadapi sebenarnya? Inilah persoalan yang membuatkan hati Milah tertanya-tanya. Dia mulai resah dan gelisah memikirkan hal kakak. Milah sangat bimbang jika ada sesuatu masalah yang melanda kakak.

“Beratkah agaknya masalah yang kakak hadapi?” bisik hati kecil Milah sendirian.

Milah agak terkejut apabila melihat perubahan diri kakak sewaktu makan malam. Kakak nampak tidak begitu berselera ketika berada di meja makan. Biasanya kakak berselera makan. Barangkali kakak sedang menghadapi masalah besar?

Apakah masalah yang kakak sedang depani agaknya? Milah agak bimbang benar hendak bertanyakan hal kakak. Manalah tahu kakak tiba-tiba melenting pula.

Kenapa dengan kakak Zira? Fikir Milah memandang kejauhan. Sambil memicit-micit batang hidungnya yang mancung itu, dia mengeluh panjang. Ah, selalunya kakak tidak seperti ini? Wajahnya sentiasa sahaja ceria dan manis dengan senyuman.

“Biarkan kakak berehat dahulu...” bisik Milah menghela nafas yang panjang.

Kakak baru sahaja pulang dari pekan. Mungkin kakak masih lagi penat. Biarkan kakak berehat dan tenangkan fikirannya itu.

4 5

Hari ini kakak muram je.. ada

sesuatu yang tidak kena pada diri

kakak.

Page 4: Siri Bacaan Permata di Perlimbahan peringkat umur. Buku-buku … · Siri Bacaan Permata di Perlimbahan ditulis untuk semua peringkat umur. Buku-buku dalam siri ini ditulis berpandukan

Begitulah Sayang Seorang Adik

Usahlah diganggu kakak yang baru pulang. Mungkin akan lebih memburukkan lagi keadaan.

Milah sangat faham perangai kakak. Kakak akan marah jika diganggu apabila pulang dari sekolah. Mungkin fikiran kakak sedang kusut atau penat! Barangkali kakak masih belum bersedia untuk diajak bergurau.

Berehatlah kakak! Milah akan

bertanyakan kakak jika kakak sudah bersedia nanti. Milah tidak akan mengganggu kakak.

Perlahan-lahan Milah keluar dari biliknya. Dia berdiri seketika seraya menoleh ke pintu bilik kakak. Daun pintu bilik kakak bertutup rapat. Kakak tentu masih berada di dalam bilik. Mungkin kakak sedang menelaah. Mungkin juga kakak sedang bermenung di katilnya.

“Ah, aku mesti bertemu juga dengan kakak,” bisik Milah tiba-tiba membuat keputusan. Akan tetapi dia masih belum pun bergerak untuk mengetuk pintu bilik kakak.

Sambil memicit dahinya, Milah menoleh ke belakang pula. Dia memejamkan mata dan cuba memegang tombol pintu bilik kakak. Akan tetapi dia tidak jadi pula hendak memusing tombol pintu itu.

Ya, Milah tidak berani hendak mengganggu kakak yang dalam berkeadaan muram begitu.

“Ah, tak fasal-fasal aku diherdik kakak

76

Biarkan kakak berehat seketika, nanti bila sudah agak selesa baru

jumpa.

Page 5: Siri Bacaan Permata di Perlimbahan peringkat umur. Buku-buku … · Siri Bacaan Permata di Perlimbahan ditulis untuk semua peringkat umur. Buku-buku dalam siri ini ditulis berpandukan

Begitulah Sayang Seorang Adik

ZADIN PUBLISHING (SA0296356-W)

Lot 1858A, Jalan Gajah 24,Kampung Kubu Gajah,47000 Sungai Buloh, Selangor.Tel: 017-3214147

SIRI BACAAN PERMATA DI PERLIMBAHAN

Siri Bacaan Permata di Perlimbahan ditulis untuk semua peringkat umur. Buku-buku dalam siri ini ditulis berpandukan perbendaharaan kata terbaharu. Jalan ceritanya yang mudah dan ilustrasinya yang menarik sesuai dibaca oleh semua golongan. Terdapat lapan judul dalam Siri Bacaan Permata di Perlimbahan.

Siri Bacaan Permata di Perlimbahan

ZADIN PUBLISHING (SA0296356-W)

Lot 1858A, Jalan Gajah 24,Kampung Kubu Gajah,47000 Sungai Buloh, Selangor.Tel: 017-3214147

SIRI BACAAN PERMATA DI PERLIMBAHAN

Siri Bacaan Permata di Perlimbahan ditulis untuk semua peringkat umur. Buku-buku dalam siri ini ditulis berpandukan perbendaharaan kata terbaharu. Jalan ceritanya yang mudah dan ilustrasinya yang menarik sesuai dibaca oleh semua golongan. Terdapat lapan judul dalam Siri Bacaan Permata di Perlimbahan.

KAMARUDIN MAHPOL