modul bacaan jom baca siri 3

13
Siri 3 buku Jom Baca... Siri 3 buku Jom Baca... mengandungi perkataan suku kata tertutup Jom Bacaadalah merupakan sebahagian daripada aktiviti bacaan yang dapat dilakukan oleh murid-murid dalam usaha untuk mempertingkatkan penguasaan kemahiran membaca. Jom Baca… khusus untuk murid-murid Pemulihan Khas dan murid-murid LINUS. Aktiviti bacaan Siri 3 adalah kesinambungan daripada Jom Baca... Siri 2. Selamat Berjaya PERKATAAN suku kata tertutup Eja, sebut dan baca... 3

Upload: anis-alysha

Post on 13-Apr-2016

567 views

Category:

Documents


66 download

DESCRIPTION

linus

TRANSCRIPT

Page 1: Modul Bacaan Jom Baca Siri 3

HALIJAH JUSOH

Jom Baca…

24 1

Siri 3 buku Jom Baca...

Siri 3 buku Jom Baca... mengandungi perkataan

suku kata tertutup

Jom Baca… adalah merupakan sebahagian

daripada aktiviti bacaan yang dapat dilakukan oleh

murid-murid dalam usaha untuk mempertingkatkan

penguasaan kemahiran membaca.

Jom Baca… khusus untuk murid-murid Pemulihan

Khas dan murid-murid LINUS. Aktiviti bacaan Siri 3

adalah kesinambungan daripada Jom Baca... Siri 2.

Selamat Berjaya

PERKATAAN suku kata

tertutup

Eja, sebut dan baca...

3

Page 2: Modul Bacaan Jom Baca Siri 3

HALIJAH JUSOH

Jom Baca…

bandar banjir bantah bantal bantut basikal belatuk bemban bentuk berkat bersih

BACA AYAT

1. Ibu dapat warkah daripada ayah. 2. Ibu rasa sedih walhal ayah pergi untuk negara. 4. Semasa kerja ayah perlu waspada dari musuh. 5. Ayah tentera yang berwibawa 6. Ayah akan balik dari Sarawak masa walimah kakak.

bimbit bintik biskut bonjol buncit buntal bundar buntil

23 2

Page 3: Modul Bacaan Jom Baca Siri 3

HALIJAH JUSOH

Jom Baca…

23 2

BACA AYAT

1. Bandan dan Bandin kawan karib. 2. Mereka masuk ke hutan belukar. 3. Mereka guna basikal. 4. Mereka juga bawa bekal biskut coklat. 5. Mereka jumpa se ekor belatuk betina di atas pokok bemban. 6. Belatuk betina ada anak kembar.

walhal wakwak walimah warkah waspada waswas watikah wibawa

3 22

Page 4: Modul Bacaan Jom Baca Siri 3

HALIJAH JUSOH

Jom Baca…

22 3

cambah campak campur cantas cantik cantum cermat cerdas cergas cerdik cincin contoh

BACA AYAT

1. Pak Taslim dan Mak Salmah pergi ke Mekah. 2. Mereka takjub lihat kota Mekah. 3. Mereka lihat telaga zamzam. 4. Bulan Ramadan mereka solat tarawih. 4. Lepas solat mereka wirid. 5. Mereka wirid guna tasbih.

21 4

Page 5: Modul Bacaan Jom Baca Siri 3

HALIJAH JUSOH

Jom Baca…

4 21

BACA AYAT

1. Sincan budak cantik dan cerdik. 2. Sincan selalu dapat nombor satu dalam kelas. 3. Sincan suka baca cerpen. 4. Ibu beri Sincan cincin emas. Sincan suka hati. 5. Sincan jaga cincin cermat-cermat. 6. Sebelum tidur Sincan minum susu. 7. Badan Sincan jadi cergas. Otak Cincan cerdas.

tajudin tandan tahlil tanduk takjub tarawih tasbih teknik tambah teladan tambak terjun tamban telefon tampan tembok tampar tembus tampil terkam tampin timbul tampuk tumpul tandak

5 20

Page 6: Modul Bacaan Jom Baca Siri 3

HALIJAH JUSOH

Jom Baca…

20 5

6 19

daftar dakwat dakwah dandan darjat dompet dendam dentum doktor dirham

BACA AYAT

1. Pagi tadi emak ke pekan. Emak beli santan kelapa . 2. Emak juga beli senduk nasi. 3. Emak simpan senduk dalam laci. 4. Emak masak nasi lemak bubuh santan. 5. Waktu petang emak bakar sampah sambil petik cili. 6. Emak tumbuk sambal cili campur belacan.

Page 7: Modul Bacaan Jom Baca Siri 3

HALIJAH JUSOH

Jom Baca…

santan sambal sampar sambil sampuk sambut sampah sampan sambut senduk sembah semput serbuk

BACA AYAT

1. Dompet lelaki tampan itu telah tercicir di jalan. 2. Lelaki itu adalah doktor pakar bedah. 3. Doktor itu bertugas di hospital . 4. Hospital itu letaknya di bandar. 5. Doktor itu bergegas untuk pergi rawat pesakit.

sumpit suntuk simbah simpan sondol sompek

7 18

Page 8: Modul Bacaan Jom Baca Siri 3

HALIJAH JUSOH

Jom Baca…

18 44 7

gambar geledah gambir gelisah gambus geletek ganjil gelugur gambut gerimis gandum gempal gempar gondol gundik gumpal

BACA AYAT

1. Cita-cita Akmal hendak jadi doktor. 2. Akmal hendak rawat pesakit supaya sembuh. 3. Bapa Akmal adalah posmen. 4. Bapa Akmal bekerja di Pejabat Pos. 5. Bapa Akmal telah pencen. 6. Mereka berpindah ke Melaka.

17 8

Page 9: Modul Bacaan Jom Baca Siri 3

HALIJAH JUSOH

Jom Baca…

8 17

pancar pelopor pencen percik pensel pendek pandan pentas pandak pintal panjat pistol pantas pindah pancar pondok pelosok posmen pejabat puncak pesakit

BACA AYAT

1. Hujan gerimis mula turun. 2. Wak Kasim rasa gelisah. 3. Wak Kasim tidak dapat ke kebun kerana hari hujan. 4. Di kebun Wak Kasim ada pokok asam gelugur. 5. Tanah di kebun Wak Kasim jenis tanah gambut. 6. Wak Kasim tanam pokok nanas. 7. Pokok nanas hidup subur di tanah gambut.

9 16

Page 10: Modul Bacaan Jom Baca Siri 3

HALIJAH JUSOH

Jom Baca…

9 16

hadirin halaman halkum hambat hamper hampas handal hantar hasrat hempap hendap

BACA AYAT

1. Maslan mekanik motor. 2. Rumah Maslan dekat masjid. 3. Maslan selalu solat di masjid . 4. Balik dari masjid Maslan nampak budak lastik merbah. 5. Maslan kejar budak itu. 6. Budak itu lari pantas . 7. Budak itu jatuh lalu muntah.

15 10

Page 11: Modul Bacaan Jom Baca Siri 3

HALIJAH JUSOH

Jom Baca…

10 15

majmuk mercun maklum musnah makbul muntah makmum mukmin makmur mampat mancis melukut markah mentah mekanik mentol merbah merbuk

BACA AYAT

1. Nenek Halimah perah kelapa. 2. Nenek ambil santan kelapa. 3. Hampas kelapa nenek beri ayam makan. 4. Nenek hendap ayam makan hampas kelapa. 5. Nenek hambat ayam jiran. 6. Ayam itu mati kena hempap kayu di bawah rumah.

11 14

Page 12: Modul Bacaan Jom Baca Siri 3

HALIJAH JUSOH

Jom Baca…

11 14

13 12

jantan jemput jambat jenazah jentik jernih jintan jumlah jambak jamban jambul

BACA AYAT

1. Datuk saya nama Jantan. 2. Nenek saya nama Kintan. 3. Datuk dan nenek bela ikan lampam dalam kolam. 4. Jumlah ikan lampam dalam kolam seratus ekor. 5. Waktu malam nenek masak jemput-jemput ikan bilis. 6. Jemput-jemput cicah sambal kicap .

13 12

Page 13: Modul Bacaan Jom Baca Siri 3

HALIJAH JUSOH

Jom Baca…