sinopsis&penghargaan

3
ABSTRAK Tujuan kajian dijalankan untuk mengenal pasti persepsi pengunjung Pasar Raya 99 di Jalan Meru,Klang terhadap kempen plastik sifar.Kajian ini mengemukakan dua objektif kajian.Objektif yang pertama ialah mengenal pasti tindakbalas pengunjung Pasar Raya 99 berkenaan penggunaan beg plastik pada setiap hari Sabtu.Objektif kedua ialah mengkaji kesan amalan plastik sifar terhadap kawasan setempat.Kajian ini dijalankan di Pasar Raya 99 155(G) Wisma Harp Soon,Jalan Meru,41050 Klang,Selangor Darul Ehsan.Kajian yang digunakan ialah kajian tinjauan.Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah pemerhatian dan soal selidik.Sampel kajian ialah seorang bagi temubual dan 30 orang bagi soal selidik.Dapatan kajian menunjukkan bahawa kebanyakan pengunjung yang mengunjung Pasar Raya 99 terdiri daripada golongan remaja dan dewasa.Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa pelanggan yang mengunjungi Pasar Raya 99 mengatakan bahawa penggunaan beg plastik adalah satu kempen yang baik untuk menyelamatkan alam sekitar manakala ada segelintir membantah kempen ini kerana membebankan mereka ketika membeli barang dan ada juga tidak mempunyai beg mesra alam dan juga harga satu beg plastik iaitu RM 0.20 mahal pada hari Sabtu.Kajian ini merumuskan bahawa kempen ini iaitu bebas plastik harus diteruskan bagi penjagaan alam sekitar daripada tercemar.

Upload: regan1310

Post on 05-Nov-2015

12 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

please give credit

TRANSCRIPT

ABSTRAKTujuan kajian dijalankan untuk mengenal pasti persepsi pengunjung Pasar Raya 99 di Jalan Meru,Klang terhadap kempen plastik sifar.Kajian ini mengemukakan dua objektif kajian.Objektif yang pertama ialah mengenal pasti tindakbalas pengunjung Pasar Raya 99 berkenaan penggunaan beg plastik pada setiap hari Sabtu.Objektif kedua ialah mengkaji kesan amalan plastik sifar terhadap kawasan setempat.Kajian ini dijalankan di Pasar Raya 99 155(G) Wisma Harp Soon,Jalan Meru,41050 Klang,Selangor Darul Ehsan.Kajian yang digunakan ialah kajian tinjauan.Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah pemerhatian dan soal selidik.Sampel kajian ialah seorang bagi temubual dan 30 orang bagi soal selidik.Dapatan kajian menunjukkan bahawa kebanyakan pengunjung yang mengunjung Pasar Raya 99 terdiri daripada golongan remaja dan dewasa.Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa pelanggan yang mengunjungi Pasar Raya 99 mengatakan bahawa penggunaan beg plastik adalah satu kempen yang baik untuk menyelamatkan alam sekitar manakala ada segelintir membantah kempen ini kerana membebankan mereka ketika membeli barang dan ada juga tidak mempunyai beg mesra alam dan juga harga satu beg plastik iaitu RM 0.20 mahal pada hari Sabtu.Kajian ini merumuskan bahawa kempen ini iaitu bebas plastik harus diteruskan bagi penjagaan alam sekitar daripada tercemar.

PENGHARGAANSemasa membuat projek penyelidikan ini,saya telah mendapat bantuan dan sokongan ibu bapa,guru,dan rakan.Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada puan pengetua,Cik Roziah Binti Roslan kerana memberi kebenaran kepada saya untuk menjayakan projek ini.Di samping itu,saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru pembimbing saya iaitu Puan Aini Hasninawati kerana telah banyak membantu dalam menjayakan projek ini.Pada kesempatan ini juga,terima kasih diucapkan kepada kedua ibu bapa iaitu Savundappan dan Maliga yang tidak jemu memberi sokongan moral kepada saya dalam apa sahaja yang saya lakukan.Akhir sekali,dengan kerjasama semua pihak saya dapat menjalankan kajian ini dengan sempurna.Saya tidak lupa juga kepada rakan saya dan pengurus Pasar Raya 99 Cik Syafiqah kerana telah memberi sepenuh kerjasama dalam mengumpulkan maklumat untuk menyempurnakan kajian ini.