sinopsis tugasan individu

Upload: ainyenryzam

Post on 09-Jan-2016

12 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

sains

TRANSCRIPT

SCE3143 SAINS, TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT

Tugasan 1 (individu)Nama Pelajar : Noor Haini Leman

Ambilan Februari 2012

Semester : 2/Tahun 4

Tajuk : Pengecas Kuasa Solar MiniObjektif :

Kajian ini dijalankan untuk :

1. Mencipta satu inovasi pengecas kuasa untuk gajet dengan menggunakan tenaga solar.2. Meninjau kesan penggunaan yang mesra alam dan mapanIsu :

Isu tenaga dalam biosfera ( tenaga yang boleh diperbaharui)

Huraian reka bentuk/inovasi/program yang dijalankan :

Kita menjana tenaga dengan menggunakan sumber yang diperoleh daripada bumi seperti arang batu, minyak dan gas. Selain dari menjadi penyebab utama pencemaran, bahan fosil merupakan sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui. Memandangkan wujudnya pelbagai masalah yang timbul akibat penggunaan bahan api fosil, adalah wajar untik kita menggunakan sumber tenaga alternatif dan dapat diperoleh dari sumber tenaga yang boleh diperbaharui.

Secara umumnya, terdapat dua jenis teknik bagi penjanaan tenaga boleh diperbaharui iaitu teknik pasif dan teknik aktif. Teknik pasif melibatkan penggunaan tenaga daripada matahari tanpa melibatkan penggunanan sistem mekanikal. Tenaga dari matahari digunakan semula sebagai tenaga haba untuk memanaskan udara, air dan sebagainya. Tenaga aktif melibatkaan penukaran tenaga yang diperoleh dari matahari kepada tenaga elektrik dengan menggunakan bahan semikonduktor. Teknik ini dinamakan fotovoltaik (photovoltaic PV), biasanya hanya membabitkan projek perumahan mewah dan kini telah dibangunkan untuk penggunaan rumah panjang di sekitar negeri Sarawak.Setakat ini, tiada lagi alat yang mesra alam serta mapan terhadap biosfera, alternatif yang ada hanyalah bateri sokongan berkuasa solar. Jesteru itu, pengkaji membuat penyelidikan tentang alat yang dapat mengecas gajet kesayangan secara mesra alam dan mapan. Pengkaji mencipta plug solar yang mana dilekatkan di tingkap bagi menjana tenaga solar untuk ditukar kepada tenaga elektrik bagi mengecas gajet kesayangan seperti telefon dan tablet yang pada masa kini penggunaan menjadi sangat efektif.Pengkaji mereka bentuk alat ini, pengkaji menggunakan alat pendengar telinga headphones sebagai alat alternatif, solar panel, dan wayar. Cara penggunaan alat ini pengecas kuasa ini perlu dicas pada permukaan yang terdedah pada cahaya matahari bagi mendapatkan kuasa solar. Sebagai contoh, pada cermin bangunan, tingkap kereta, kapal dan sebagainya. Pengecas kuasa ini akan menyerap tenaga solar dalam tempoh 5-8 jam atau lebih baik lagi dalam tempoh 10 jam dengan kapasiti 1000mAh. Apabila alat ini telah cukup kuasanya akan memudahkan pengguna melakukan pengecasan bagi gajet yang lebih efisien serta mesra alam.Pengkaji mengharapkan kesan penggunaan plug solar ini, dapat mengurangkan kebergantungan sumber elektrik. Tahap penggunaan tenaga elektrik sebenarnya boleh dikurangkan dengan mengamalkan cara penggunaan berhemah dan berkesan oleh pengguna itu sendiri yang di antara lainnya dengan membabitkan aspek pemasangan peralatan elektrik secara bijak. Dengan penggunaan alat ini, ianya akan menjimatkan kos penggunaan tenaga elektrik.