sinopsis reka ben tuk

8
1 Pengenalan Pemimpin adalah orang yang dipandang tinggi serta dihormati oleh pihak bawahannya. Pemimpin terulung merupakan seorang yang mempunyai ciri-ciri dan Kriteria serta kualiti tertentu untuk melayakkannya menerajui satu organisasi. Ini menjadikan pemimpin perlu memikul tanggungjawab yang besar dan terpaksa mengharungi pelbagai cabaran sepanjang pengurusannya. Pemimpin yang berwibawa adalah pendokong besar organisasi untuk mencapai matamat yang sejak awal dirancang dengan teliti. Kepimpinan ialah fungsi yang bersifat khusus. Pemimpin seharusnya berkeupayaan untuk memujuk agar dapat mendorong orang bawahan bekerja ke arah pencapaian matlamat organisasi. Kepimpinan yang berkesan dapat memberi kepuasan kepada pengikut dan keadaan ini akan menghasilkan prestasi kerja yang cemerlang. Pekerja akan bekerja bersungguh-sungguh sehingga objektif organisasi tercapai. Tekanan dan hukuman hanya dapat meningkatkan produktiviti dalam jangkamasa yang pendek, tetapi dalam jangka masa panjang pekerja akan menimbulkan reaksi negatif dan melahirkan rasa tidak puas hati dan bersikap menentang. Oleh yang demikian kepimpinan adalah proses dimana seseorang individu itu mempengaruhi anggota-anggota lain didalam kumpulannya ke arah mencapai tujuan dan matlamat kumpulan itu. Dalam erti kata yang lain, kepimpinan ialah proses yang sangat berkaitan dengan pengaruh dimana seseorang itu berjaya mempengaruhi mereka yang dipimpin supaya mengubah sikap dan tingkah laku mereka. 2 Kepimpinan dalam industri 2.1 Pengenalan

Upload: mohd-fauzi

Post on 15-Apr-2016

237 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ptv

TRANSCRIPT

Page 1: Sinopsis Reka Ben Tuk

1 Pengenalan

Pemimpin adalah orang yang dipandang tinggi serta dihormati oleh pihak bawahannya. Pemimpin terulung merupakan seorang yang mempunyai ciri-ciri dan Kriteria serta kualiti tertentu untuk melayakkannya menerajui satu organisasi. Ini menjadikan pemimpin perlu memikul tanggungjawab yang besar dan terpaksa mengharungi pelbagai cabaran sepanjang pengurusannya. Pemimpin yang berwibawa adalah pendokong besar organisasi untuk mencapai matamat yang sejak awal dirancang dengan teliti. Kepimpinan ialah fungsi yang bersifat khusus.

Pemimpin seharusnya berkeupayaan untuk memujuk agar dapat mendorong orang bawahan bekerja ke arah pencapaian matlamat organisasi. Kepimpinan yang berkesan dapat memberi kepuasan kepada pengikut dan keadaan ini akan menghasilkan prestasi kerja yang cemerlang. Pekerja akan bekerja bersungguh-sungguh sehingga objektif organisasi tercapai. Tekanan dan hukuman hanya dapat meningkatkan produktiviti dalam jangkamasa yang pendek, tetapi dalam jangka masa panjang pekerja akan menimbulkan reaksi negatif dan melahirkan rasa tidak puas hati dan bersikap menentang.

Oleh yang demikian kepimpinan adalah proses dimana seseorang individu itu mempengaruhi anggota-anggota lain didalam kumpulannya ke arah mencapai tujuan dan matlamat kumpulan itu. Dalam erti kata yang lain, kepimpinan ialah proses yang sangat berkaitan dengan pengaruh dimana seseorang itu berjaya mempengaruhi mereka yang dipimpin supaya mengubah sikap dan tingkah laku mereka.

2 Kepimpinan dalam industri

2.1 Pengenalan

Kehadiran pemimpin sangat penting dalam merialisasikan matlamat dan objektif sesuatu industri. Peranan pemimpin adalah penting bagi memastikan kerja serta projek mengikut perancangan dan penjadualan yang dibuat dalam menguruskan sumber yang terhad dan pengaruh kekangan masa, kos, kualiti, dan keselamatan serta persekitaran. Dengan

Page 2: Sinopsis Reka Ben Tuk

ini pemimpin memerlukan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang luas dalam sistam pentadbiran sesebuah organisasi. Justeru itu kepimpinan adalah faktor penting dalam kejayaan pelaksanaan sesuatu projek.

Menurut Stodgill (1974), kepimpinan adalah satu konsep yang sukar dan kompleks.Kepimpinan wujud dalam apa jua aktiviti yang disusun secara rapi dan sistematik. Kepimpinan juga berkait secara langsung dan tidak langsung dengan keseluruhan aktiviti dalam organisasi. Kepimpinan mempunyai perkaitan rapat dengan kuasa. Setiap ketua perlu memiliki perancangan sendiri yang mantap. Kepimpinan mengandungi tugas-tugas serta fungsi bagi, menetapkan matlamat, menyusun, mengarah dan menyelaras, mengawal bagi mencapai matlamat yang ditetapkan. Justeru, kepimpinan merupakan satu proses mempengaruhi orang bawahan dan merupakan satu proses yang berterusan.

2.2 Corak dan gaya kepimpinan yang baik

Setiap keadaan memerlukan corak atau gelagat kepimpinan yang sesuai untuk sesuatu keadaan. Penentuan corak kepemimpinan yang baik mempengaruhi pemimpin itu sendiri, pihak bawahan dan juga orang persekitaran iaitu pihak ketiga. Gaya kepimpinan yang sesuai dapat mendorong peningkatan produktiviti serta efektif dan efisien kerja. Gaya kepimpinan tersebut menggambarkan pelaksanaan struktur yang dibentuk bagi menjalankan arahan yang diberikan serta mencapai objektif yang dikehendaki oleh sesuatu organisasi.

Dengan gaya kepimpinan yang baik ianya mampu mengurangkan konflik dalam organisai serta menjadikan sesubuah organisasi tersebut cekap dan efisien. Gaya kepimpinan merupakan cara seseorang pemimpin menggunakan kuasa yang dimiliki sebagai alat untuk mempengaruhi pekerja supaya bekerja kuat untuk mencapai objektif organisasi. Pada dasarnya stail kepimpinan dapat dibahagikan kepada empat jenis seperti yang dijelaskan oleh Blake & Mouton (1964) iaitu:

2.2.1 Kepimpinan Autokratik

Page 3: Sinopsis Reka Ben Tuk

Seseorang pemimpin yang autokratik adalah mementingkan pelaksanaan tugas. Dia memimpin dengan menggunakan sumber kuasa formal. Pemimpin yang mengamalkan stail ini akan membuat keputusan yang berkaitan dengan tugas, mengeluarkan arahan dan memastikan arahan itu dipatuhi. Contoh kepimipnan seperti ini boleh dilihat di dalam industri.

2.2.2 Kepimpinan Berperikemanusiaan

Kepimpinan yang berperikemanusiaan menunjukkan minat yang lebih terhadap kakitangannya. Dia mementingkan suasana kerja yang baik, dipupuk melalui jalinan persahabatan yang mesra di kalangan semua kakitangan. Konflik cuba dihindarkan dengan menganjurkan permuafakatan.

2.2.3 Kepimpinan Demokrasi

Stail kepimpinan demokratik dikenali juga sebagai pemimpin yang mengalakkan kesemua kakitangannya melibatkan diri dalam organisasinya. Peluang diberi kepada setiap ahli organisasi untuk memberikan pendapat atau pandangan sebelum sesuatu keputusan diambil.

2.2.4 Kepimpinan Laissez-Faire (kebebasan)

Pemimpin yang mengamalkan stail kepimpinan laissez-faire, tidak begitu berminat dengan urusan yang diamanahkan kepadanya. Beliau biasanya tidak peduli mengenai kerja mahupun hasilnya. Kuasa yang ada padanya tidak digunakan. Pemimpin jenis ini akan membiarkan semua keputusan dibuat oleh orang bawahannya

Gaya kepimpinan yang agung sekali ialah seperti yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W. yang diakui oleh seluruh umat sama ada Islam atau bukan Islam. Seorang ahli sejarah dan astronomi bernama Michael Hart telah menulis bahawa orang yang sangat berpengaruh di antara jutaan orang yang lahir iaitu Muhammad pemimpin Islam; sebab dialah satu-satunya orang dalam sejarah yang berjaya gilang-gemilang dalam dua bidang sekali gus, iaitu kehidupan agama dan melaksanakan pengurusan umat di dunia (Newsweek 1978). Pengikut menyumbang kuasa yang besar kepada pemimpin mereka dan kepimpinan dikaitkan dengan kejayaan atau kegagalan sesebuah organisasi.

Page 4: Sinopsis Reka Ben Tuk

2.3 Ciri-ciri Kepimpinan yang berkesan

Penyelidikan yang dibuat oleh pakar-pakar pengurusan menyatakan ciri-ciri yang lazim ada pada kepimpinan yang berkesan ialah:

2.3.1 Akhlak yang baik - mengambil berat hal kebajikan pengurusan dan pekerja

berperikemanusiaan - beretika dalam menguruskan kakitangan adil dan saksama- berpendirian jelas terhadap semua kakitangan.

2.3.2 Kematangan emosi - bijak mengawal setiap hal yang berlaku dikalngan pekerja.

2.3.3 Jujur dan amanah - mempunyai sikap terbuka,boleh dipercayai, jujur dan boleh diharapkan

2.3.4 Menghormati orang lain - sentiasa peka tentang keperluan pekerja

2.3.5 Kejujuran dan integriti - mereka mempunyai sikap terbuka,boleh dipercayai, jujur

dan boleh diharapkan.

2.3.6 Dorongan kepimpinan - mereka mempunyai hasrat yang tinggimahu mempengaruhi

individu lain supaya menyokong usahamencapai tujuan dan matlamat yang sudah ditetapkan oleh pemimpin.

2.3.7 Keyakinan diri - mereka sangat percaya pada keupayaan diri sendiri.

2.3.8 Kepintaran - mereka berupaya menggabungkan dan mentafsirkan maklumat-maklumat yang banyak. Kajian mendapati otak yang sangat pintar belum tentu boleh membuatkan seseorang itu menjadi pemimpin yang berjaya malah adakalanya menimbulkan kesan negatif pula.

Page 5: Sinopsis Reka Ben Tuk

2.3.9 Pengetahuan dalam bidang - mereka mempunyai ilmu dan kepakaran yang cukup dalam bidang yang dipimpin.

2.3.10 Berkemahiran social yang baik - mereka berupaya menyesuaikan diri kepada keperluan individu yang mereka pimpin dengan keperluan situasi dan masa

2.3.11 Berkemahiran pengurusan - mereka berupaya mencipta idea-idea baru yang berguna

2.4 Kesimpulan

Peranan pemimpin adalah penting bagi memastikan kerja serta projek mengikut perancangan dan penjadualan yang dibuat dalam menguruskan sumber yang terhad dan pengaruh kekangan masa, kos, kualiti, dan keselamatan serta persekitaran. Dengan ini pemimpin memerlukan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang luas dalam sistam pentadbiran sesebuah organisasi. Justeru itu kepimpinan adalah faktor penting dalam kejayaan pelaksanaan sesuatu projek. Dengan kepimpinan yang baik ianya mampu mengurangkan konflik dalam organisai serta menjadikan sesubuah organisasi tersebut cekap dan efisien

Drucker (1985) berpendapat kejayaan sesebuah organisasi adalah tanggungjawab eksekutif. Bagi organisasi seperti universiti, kejayaannya adalah tanggungjawab Kumpulan Pengurusan. Mereka bertanggungjawab terhadap prestasi sendiri, pekerja, hasil serta kualiti perkhidmatan. Edmond (1978) berpendapat “principals can make a difference”, yang membawa maksud bahawa sesebuah organisasi boleh dimajukan dan kemajuannya berpunca daripada kepimpinan pihak pengurusan. Keupayaan memupuk kerjasama antara pengurusan dan pekerja di dalam pelbagai aktiviti organisasi merupakan prasyarat penting kepada kepimpinan berkesan.

Page 6: Sinopsis Reka Ben Tuk

3 Pengurusan Perubahan Dalam Industri

Perancangan yang baik adalah satu kejayaan baginya apabila semua projek yang dipegang dilaksanakan dengan sempurna tanpa menghadapi masalah. Maka, keputusan yang bijaksana perlu dibuat agar matlamat tidak tersasar dari perancangan yang sebenar. Struktur organisasi yang dibentuk oleh pengurus yang baik dapat memainkan perananya dalam kumpulan untuk bekerjasama dan telus semsa menjalankan sesuatu kerja atau projek.

Selain itu melalui pengurusan yang cekap ia mampu meningkatkan daya pengeluaran dan mampu meningkatkan motivasi dikalangan pekerja. Kepimpinan ialah tingkah laku yang mempunyai keupayaan mengubah haluan sesuatu organisasi. Kepimpinan perlu memilih kriteria-kriteria tertentu dalam usaha mencapai objektif organisasi. Mereka boleh memantau orang bawahan agar mengikut criteria yang dipilih untuk tujuan pembangunan dan kejayaan di samping dapat mempertahankan corak kerja berpasukan yang erat (Cartwright dan Zender 1960) dan (Halpin 1960) Pemimpin juga harus tahu daya penggerak perubahan dalam industri seperti daya penggerak dalaman dan luaran yang mana merangkumi sikap dan tingkah laku pekerja serta peraturan tentang keselamatan pekerja.

Page 7: Sinopsis Reka Ben Tuk

4 Rujukan

1 Dasar-dasar Kepemimpinan (Basic Leadership)

2 Teori-teori Kepemimpinan (Leadership Theories)

3 Model-model Kepemimpinan (Leadership Styles)