pengenalan kepada servis - pnm...alam apa-apa bidang perniagaan yang anda ceburi, perkara yang...

35

Upload: others

Post on 03-Feb-2021

10 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • Pengenalan Kepada Servis...............................

    Berita MajalahIM........................................................

    Jenis-jenis Perkhidmatan Yang Ditawar-kan di Internet..............................................................

    Lakukan Pemasaran Untuk Servis Anda.

    Servis Satu Cabang IM Yang Lumayan...

    Strategi Pemasaran Servis Di Internet.......

    Ebook Sebagai Medium Mempromosi-kan Perkhidmatan Anda......................................

    MajalahIM & Tim Kursus Perniagaan Buka Langkah..............................................................

    Islam & Bisnes..............................................................

    Soal Jawab IM.............................................................

    Bagaimana Fokus Dalam Perniagaan Internet...............................................................................

    Interview Bersama Kartunis Ubi.....................

    Review Produk.............................................................

    04

    06

    08

    11

    13

    15

    16

    17

    20

    21

    24

    27

    31

    Ketua EditorDikMal

    Pen. Ketua EditorWaida

    PenulisAdlyZhafranGaladrielZamri NanyanSmartzulAlangZamri MohamadHairulMohd AmirolShueQryFatin Pauzi

  • Assalamualaikum dan Salam SejahteraBila menyebut servis di Internet, ramai orang berfikir yang ia hanya melibatkan kerja-kerja seperti pembinaan laman web dan grafIk. Namun sebenarnya di Internet, dunia servis dan perkh-idmatan ini sangat luas. Dari pembinaan skrip, blog, grafIk, perisian, penulisan artikel, penulisan surat jualan hinggalah kepada penulisan entri blog dan bermacam-macam lagi, adalah antara bentuk servis. Hakikatnya, bidang yang dimonopoli oleh golongan yang bergelar Free-lancer, dunia servis dan perkhidmatan ini menjanjikan pendapatan yang lumayan.

    Namun, kekangan yang timbul kerana kerja ini melibatkan pelanggan dan seribu satu citarasa, menjadikan modul perniagaan Internet ini jarang menjadi pilihan bagi sesetengah orang.

    Menjulang topik ini, Majalah IM Mac 2009 akan mengupas sedikit se-banyak mengenai servis dan perkhidmatan di Internet. Cover Man yang ditampilkan juga bukanlah calang-calang orangnya. Siapa yang tidak kenal dengan Kartunis Ubi ? Kartunis Ubi akan berkongsi pengalaman beliau menjalankan perkhidmatan di Internet.

    Semoga dengan edisi kali ini, lebih ramai pembaca membuka mata men-genai modul perniagaan Internet ini. Akhir kata, jutaan terima kasih kami buat semua penulis, pembaca, penyokong, pengkritik dan sesiapa sahaja yang sentiasa memberikan respon kepada usaha kami. Semoga usaha kami dapat membuka mata banyak pihak tentang perniagaan Internet yang sebenarnya.

    Sehingga bertemu lagi dalam Majalah IM April 2008

    Wassalam,

    DARI MEJA

    KETUA EDITOR

    Dikmal

  • Pengaturcaraan - menulis program ber-dasarkan pelbagai bahasa pengatur-caraan seperti PHP, HTML, Java dan lain-lain

    Bagaimana Bayaran Untuk Sesuatu Yang Abstrak?

    Jika dilihat pada contoh perkhidmatan yang diberi di atas, servis bukanlah suatu benda yang konkrit. Oleh itu, upah yang diberi hendaklah setimpal dengan usaha dan masa yang telah dicurahkan oleh penyedia perkhidmatan tadi.

    Walaupun begitu, sebagai panduan, bayaran bagi servis online bergantung kepada faktor-faktor seperti berikut:-

    PengalamanJenis

    PermintaanLokasiKualiti

    Servis selepas jualanDan macam-macam lagi..

    Kelebihan Servis Berbanding Produk Antara kelebihan yang ketara bagi pe-nyedia servis adalah modal yang di-perlukan sangat minima. Tidak seperti produk fizikal, anda memerlukan modal permulaan, setidak-tidaknya untuk mem-beli stok.

    Lain halnya dengan servis, apa yang di-perlukan hanyalah diri sendiri dan masa, kerana kebanyakan servis datang dari

    Apakah Itu Servis?

    Mengikut wordnet.princeton.edu, servis ialah suatu kerja yang dilakukan bagi membantu seseorang. Ia juga kerja yang memberi faedah kepada orang lain. Ser-vis boleh dilakukan secara berseoran-gan atau berkumpulan. Ringkas kata, ia adalah suatu perkhidmatan yang kita tawarkan kepada orang lain, di mana ia akan membantu orang lain.

    Antara contoh-contoh perkhidmatan yang sering ditawarkan dan boleh didapati di sekeliling kita adalah perkhidmatan me-nyimpan wang (bank), membasuh pak-aian (dobi), menjaga kanak-kanak (ta-dika) dan lain-lain lagi.

    Sama juga seperti servis offline, servis online juga satu bentuk perkhidmatan. Apa yang berbeza, ia ditawarkan atau diiklankan melalui medium Internet. Ke-banyakan penyedia perkhidmatan ini di-gelar “freelancer” kerana mereka tidak terikat dengan mana-mana syarikat dan berkerja sendiri.

    Antara servis online yang popular adalah

    Menulis - menulis artikel, menulis surat jualan, menyemak bacaan, mengalih bahasa dan lain-lain

    Mereka bentuk dan Multimedia - melukis logo, melukis illustrasi, membuat video dan animasi, fotografi dan lain-lain

    Pengenalan Kepada

    SERVIS Oleh : Waida & DikMal

    http://www.waidakmy.comhttp://www.dikmal.com

  • kemahiran, pengalaman atau pengeta-huan anda. Memandangkan modal dan sumber servis adalah diri sendiri, jadi penyedia servis boleh bermula dengan cepat, malah tanpa perlu membina la-man web sendiri pun. Yang paling utama, harga yang dibayar untuk servis lebih mahal berbanding produk.

    Kekurangan Servis Berbanding Produk

    Servis juga ada kekurangannya berband-ing produk. Selepas produk dijual, jarang sekali penjual dihubungi pelanggan me-lainkan ada masalah pada produk. Ber-lainan dengan servis, selepas servis di-tawarkan atau disiapkan, akan ada pula servis selepas jualan.

    Servis selepas jualan untuk sesetengah perkhidmatan agak berat dan memak-an masa yang lama terutamanya yang melibatkan pengaturcaraan program. Di samping itu, servis-servis yang popular seperti servis penulisan mempunyai per-saingan yang tinggi, kerana ramai juga yang berkebolehan untuk menulis. u

    Maka, sedikit sukar bagi freelancer bar-menceburi servis-servis yang popular seperti ini kerana tiada pengalaman dan portfolio.

    Walaupun upah servis lebih mahal ber-banding menjual produk, servis sangat bergantung kepada pelanggan. Tiada permintaan, tiadalah upah.

    Apakah Servis Online Suatu Cabang IM Yang Bagus?

    Apa yang perlu difahami, bisnes Internet bukanlah semata-mata tertakluk kepada penjualan produk. Buat mereka yang ingin mula berkecimpung dalam bisnes Internet, sememangnya bidang servis online masih terbuka luas.

    Namun begitu, perlu diketahui, bidang servis online ini ada kebaikan dan ke-burukannya. Kedua-dua perkara ini hen-daklah ditimbangtara dengan kelebihan dan kekurangan diri masing-masing se-belum menceburi bidang servis online ini. Pendek kata, tepuk dada, tanya sel-era..

    http://www.majalahim.com/CB/http://www.majalahim.com/CB/

  • Majalah IM melangkah setapak lagi dalam industri ini melalui penganjuran Mini Seminar yang pertama pada tanggal 30 Januari 2009 yang lalu. Mini Seminar ini berlangsung di pejabat Flarebiz Network di Diamond Square Business Center, Kuala Lumpur. Seramai 11 orang peserta telah menyertai Mini Seminar ini yang menumpukan kepada cara-cara untuk memulakan perniagaan internet dengan produk fizikal, produk digital dan juga servis. Maklum balas yang diterima juga jelas menunjukkan para peserta berpuas hati dengan Mini Seminar ini.

    “Berbesar hati sungguh saya kerana dapat menghadiri MINI SEMINAR ASAS PERNIAGAAN INTERNET MAJALAH IM. Sungguh teruja apabila saya dapat bertemu Labanon dan Zhafran secara langsung. Tahniah kerana dapat menyampaikan pembentangan yang bermanfaat kepada saya dan perserta yang lain. Suatu permulaan yang baik dan kalau boleh anjurkanlah setiap bulan agar dapat memberi peluang newbie di luar sana untuk menimba ilmu dengan anda berdua.”

    - En. Hazman Fadzil

    Kelansungan dari Mini Seminar ini, pihak Majalah IM di undang untuk menjayakan dua lagi seminar di sekitar Kuala Lumpur pada 7 Februari 2009. Berlangsung di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Adly Mukhtar dan Zhafran telah di undang untuk menyampaikan sedikit ceramah bertajuk ”Menjana Wang Dengan Blog”.

    Pada sebelah petang hari yang sama, tim Majalah IM telah di undang ke Seminar Pemasaran Internet untuk Perniagaan Kecil telah yang dijayakan di Auditorium Uta-ma, Universiti Islam AntarabangsaMalaysia (UIAM).

    Adly Mukhtar sekali lagi di beri kepercayaan untuk berkongsi pengalaman bagaima-na beliau beroleh pendapatan sebanyak RM10, 000 pada usia 17 tahun melalui internet.

    Dengan penglibatan tim Majalah IM di dalam program seumpama ini, di harapkan lebih ramai rakyat Malaysia membuka minda mengenai perniagaan internet yang sebenarnya.

    Nota : Ingin menjemput pihak Majalah IM untuk menyertai program anda? Email ke-pada kami di [email protected]

    Berita

  • Bersama Para Peserta Mini-Seminar sempena ulangtahun penubuhan MajalahIM buat julung kalinya di pejabat rasmi MajalahIM di Diamond Square Business Center, Setapak - 30/1/2009

    Bersama Para Peserta Talk di Karnival Keus-ahawanan Kolej Ami-nuddin Baki, UKM - 7/2/2009

    Bersama Para Peser-ta Kursus Perniagaan yang dianjurkan secara bersama oleh Tim Kur-susPerniagaan.com dan MajalahIM di UIAM - 7/2/2009

  • S elain menjual produk fizikal dan produk digital seperti e-buku (ebook) dan peri-sian, Internet juga boleh digunakan untuk menjual perkhidmatan atau servis. Di sini, saya telah mengkategorikan jenis-jenis perkhidmatan yang dijual di Internet kepada dua bahagian utama:

    Servis berkaitan Internet (Internet-related services)Servis tidak berkaitan Internet (non-Internet-related services)

    Servis Berkaitan Internet (Internet-related services)

    Bila menyebut servis berkaitan Internet, ia bukanlah bermaksud pemasangan Streamyx atau langganan Internet 3G.

    Servis yang dimaksudkan di sini adalah perkhidmatan yang dilaksanakan dalam kon-teks pemasaran Internet (Internet marketing). Ini termasuk:

    Pembinaan laman webPembinaan blogRekaan grafik laman webRekaan grafik produk di laman web – ebook cover, kotak software, CD/DVD cover.Rekaan grafik untuk pengiklanan – banner ads, Peel Ads dan sebagainya.Pembinaan softwarePengaturcaraan (Programming) untuk skripPengaturcaraan (Programming) khas untuk laman web (kesan khas dan sebagainya)Penulisan e-buku (ebook)Penulisan artikelPenulisan surat jualan (salesletter)Penulisan iklanPenulisan posting di blog, forum.Perkhidmatan pemindahan blogPerkhidmatan hosting dan jualan nama domainPerkhidmatan terima bayaran seperti www.paypal.com, www.worldpay.com, www.xoom.com dan sebagainya.Perkhidmatan sekuriti Internet – seperti memastikan bahagian penerimaan kad kredit pada laman web adalah selamat dari digodam (www.geotrust.com, www.verisign.com), ‘tracking’ pengunjung laman web (www.opentracker.net) dan sebagainya.Pembinaan link (link building) – bagi menambahkan link kepada sesebuah laman web atau blog untuk tujuan SEO (Search Engine Optimization).Perkhidmatan SEO (Search Engine Optimization)Lain-lain servis.

    Jenis-Jenis PerkhidmatanYang Ditawarkan di INTERNET

  • Servis-servis seperti di atas boleh diiklankan di laman web atau blog sendiri, pada la-man web atau blog orang lain, pada www.elance.com, www.scriptlance.com, melalui Google Adwords ataupun pada mana-mana portal pengiklanan yang menyediakan tapak pengiklanan sama ada berbayar atau percuma.

    Servis Tidak Berkaitan Internet (non-Internet-related services)

    Mengiklankan servis berkaitan dengan perkhidmatan yang anda tawarkan di dunia offline. Terdapat bermacam-macam servis offline yang boleh diiklankan di Internet seperti perkhidmatan fotografi perkahwinan, tempahan menjahit baju, tempahan kek dan kuih-muih, membaiki paip rumah, memasang langsir dan sebagainya.

    Bagi syarikat yang besar seperti Fedex ( http://fedex.com/my ) yang menawarkan perkhidmatan penghantaran secara global, mereka telah membina laman web untuk mengiklankan perkhidmatan mereka.

    Bagi yang tidak ingin membina laman web sendiri, mereka boleh meletakkan iklan di Craiglist (www.craiglist.com), di forum-forum ataupun di portal servis seperti di 88db.com (http://my.88db.com/my). Ini biasanya digunakan oleh bisnes kecil dan bersaiz sederhana.

    Ada juga yang menggunakan tapak laman web percuma seperti blogspot.com, word-press.com atau googlepages.com untuk menawarkan perkhidmatan mereka. Apa-apa pun, pastikan anda tidak melanggar peraturan laman web tersebut. Baca dulu TOS (Terms of Services) bagi memastikan anda tidak melanggar apa-apa peraturan. Sebagai contoh, perkhidmatan mengecat rumah di http://tukangcat.blogspot.com/.

    Perkhidmatan Yang Dilarang Undang-Undang Malaysia

    Internet kelihatan seperti medan ‘serba-boleh’ dan sudah semestinya akan digunak-an oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab untuk menawarkan perkhidmatan yang dilarang undang-undang seperti khidmat seks (pelacuran), pornografi, dadah dan unsur jenayah lain.

    Penipuan juga banyak berleluasa di Internet di mana ada yang akan menyamar dan mencari mangsa di kalangan orang-orang yang ‘gullible’ dan mudah percaya. Pe-nipuan banyak berlaku di Internet dalam bentuk servis menilik nasib atau astrologi di mana mangsa akan membayar wang untuk perkhidmatan yang tidak pasti kesahihan-nya sama ada benar atau tidak.

    Perkhidmatan menggodam (hacking) dan mencipta virus komputer adalah antara ‘servis-servis’ yang ada ditawarkan di alam siber dan juga menyalahi undang-undang Malaysia dan antarabangsa. Malangnya, ada yang sanggup menawarkan servis se-begini bagi tujuan kewangan dan untuk ‘membunuh’ persaingan.

  • Apakah Kaitan Perkhidmatan Anda Dengan Internet?

    Seperti media lain, Internet boleh digunakan bagi menghebahkan perkhidmatan anda, dengan erti kata lain, bagi tujuan pengiklanan dan promosi. Walaupun perniagaan anda mungkin berbentuk offline seperti sebuah restoran, tidak salah jika anda meng-gunakan Internet untuk menambahkan lagi pengunjung ke restoran anda.

    Ramai peniaga kecil dan sederhana telah mula menggunakan Internet untuk mengiklankan perniagaan mereka. Ada yang menggunakan tapak iklan percuma bagi tujuan tersebut tetapi ada yang telah membina laman web dan blog agar kelihatan lebih profesional.

    Apa pun tujuan anda menggunakan Internet untuk servis yang anda sediakan, pasti-kan anda menggunakan Internet hanya untuk mempromosikan servis yang sah dan halal dari segi undang-undang Malaysia. Jika anda ingin mempromosikan servis ke-pada pasaran luar negara, pastikan juga bahawa apa yang diiklankan juga mengikut undang-undang negara-negara terbabit ataupun undang-udang antarabangsa secara umum.

    Artikel ini telah ditulis oleh Galadriel dari www.internetme-layu.com. Sila layari Website dan Blog Pemasaran Inter-net Melayu untuk maklumat lanjut tentang perniagaan dan pemasaran di Internet.

    http://www.internetmelayu.comhttp://www.internetmelayu.com

  • D alam apa-apa bidang perniagaan yang anda ceburi, perkara yang paling mustahak adalah pemasa-ran. Ia tidak eksklusif kepada ben-tuk perniagaan offline sahaja malah online juga. Donald Trump pernah berkata, jika anda mempunyai produk terbaik di dunia sekalipun, tetapi jika anda gagal melakukan pemasaran dengan baik, anda tetap akan dikategorikan sebagai seorang usahawan yang GAGAL.

    Begitulah gambaran betapa pentingnya im-pak pemasaran dalam dunia perniagaan. Jadi, bagaimanakah pemasaran yang baik untuk servis online? Berikut adalah tip-tip ringkas dari saya :

    1. Word of Mouth

    Ya, inilah rahsia sebenar pemasaran untuk servis online. Membina hubungan dengan pelanggan adalah perkara yang amat kritikal dalam bidang servis. Jika hubungan anda bersama pelanggan anda adalah baik, maka sudah tentu mereka akan menyebarkan ke-hebatan servis anda kepada rakan-rakan mereka. Jadi, di sini anda sudah mendapat “promosi percuma” melalui pelanggan anda sendiri.

    Sebaliknya juga akan berlaku jika servis anda tidak berkual-iti, tetapi anda akan mendapat “promosi percuma” yang menceritakan keburukan ser-vis anda. Oleh itu, perkara no 1 yang anda perlu ingat adalah cuba sebaik mungkin memberi servis yang “tip top” kepada pelanggan anda.

    Jangan merasa rugi untuk me-luangkan lebih masa untuk pelanggan bagi membuatkan mereka berpuas hati dengan servis anda. Anggap sahaja anda sedang melakukan pro-mosi tambahan untuk menye-barkan nama baik anda kepa-da orang lain.

    2. Laman Freelance

    Seterusnya, tempat yang pal-ing sesuai untuk anda mencari pelanggan adalah di laman-la-man freelance. Bagi yang ti-dak mengetahui apa itu laman freelance, ia adalah satu la-man web yang menghubung-kan freelancer dan pelanggan. Contoh laman freelance adalah http://jobs.freelanceswitch.com/ dan juga http://www.ge-tafreelancer.com/

    Konsep cara kerja laman free-lance mudah sahaja. Pelang-gan akan meletak (post) satu job yang mereka inginkan be-serta penerangan penuh (de-tails) dan julat (range) harga yang mereka inginkan. Ke-mudian para freelancer akan membida dan melobi di job post tersebut dengan tawaran-tawaran mereka tersendiri.

    Lakukan Pemasaran Untuk

    SERVIS ANDA!

    Oleh Mohd Zhafran

    http://www.flarebiz.com

  • Kesimpulan

    Itulah beberapa tip ringkas yang dapat saya berikan dalam edisi kali ini. Semuan-ya berdasarkan pengalaman saya sendiri selama beberapa tahun membuat servis secara online. Saya harap, jika anda mempunyai sesuatu kema-hiran, jangan sia-siakan ke-mahiran tersebut. Anda boleh menukarkan kemahiran terse-but menjadi duit.

    Selamat mencuba!

    Selain boleh melakukan promosi, anda juga bo-leh melihat jenis servis yang sering mendapat permintaan tinggi dari pelanggan, di samping memantau pesaing-pesaing anda. Jadi, dari situ anda boleh meningkatkan lagi kualiti servis anda supaya setanding ataupun lebih dari pe-saing-pesaing anda.

    3. Forum

    Saya pasti anda tentunya pernah berforum. Ka-lau tidak pernah pun, mesti anda pernah me-masuki sesuatu forum untuk meninjau apa yang terdapat dalam sesuatu forum tersebut. Selain untuk bersosial dan mencari kawan, sebagai penyedia servis, kita boleh gunakan forum seb-agai tempat untuk memasarkan servis kita.

    Antara forum yang terkenal sebagai pusat ser-vis adalah forum Digital Point - http://forums.digitalpoint.com/. Di sana anda boleh melihat pelbagai jenis servis ditawarkan oleh freelanc-ers dari seluruh dunia. Di Malaysia pula, forum WangCyber.com tidak kurang hebatnya juga.

    Selain itu, anda boleh mencari forum-forum lain dengan hanya menaip “keyword + forum” di Google.com. Contohnya, “servis design + forum” untuk mencari forum-forum berkenaan servis design.

    Kelebihan pemasaran melalui forum adalah lebih kurang sahaja berbanding laman free-lance tetapi laman freelance lebih tertumpu (tar-geted). Puncanya, laman freelance mempunyai lebih ramai prospek dan sememangnya, mere-ka mempunyai satu tujuan sahaja, iaitu mencari servis.

    Dari sudut yang berbeza, pemasaran forum juga mempunyai kelebihan kerana persaingan agak kurang. Jadi, tidak mustahil anda boleh men-dominasi sesuatu forum jika anda menawarkan servis yang dapat memikat hati pengunjung fo-rum tersebut.

  • Mungkin apabila disebut buat duit dengan servis, ramai yang berpandangan sinis dan buat acuh tidak acuh kerana menganggap ia kerja melecehkan. Bukan setakat leceh, malah pendapatan yang diperoleh juga tidak se-berapa. Itu belum lagi ditambah faktor perlu melayan kerenah pelanggan yang bermasalah.

    Itu merupakan perkara negatif yang anda fikir! Sebenarnya, apa sahaja cabang di Internet ini boleh memberikan kita pendapatan yang lumayan. Hakikatnya, sudah ada orang menjana pendapatan dengan servis, yang mengalahkan usahawan Internet produk fizikal dan juga produk digital. Malah, saya juga kenal beberapa orang yang menjana pendapatan 5 angka hanya dengan servis.

    Bidang perkhidmatan (servis) ini memang suatu cabang yang sangat luas namun ramai yang mengecilkannya kepada sekadar merekabentuk laman web. Apa yang boleh saya katakan, bidang ini bukan sekadar itu!

    Sebenarnya, apabila menawarkan khidmat servis, kita bagaikan menjual kepakaran diri kita sendiri. Anda boleh menilai diri anda sendiri. Apakah kepakaran yang anda ada dan boleh dikomersialkan untuk membantu orang lain? Sudah pasti ada kepak-aran yang boleh dikomersialkan. Contoh paling mudah ialah jika anda seorang guru Bahasa Inggeris. Maka, sudah tentu anda mempunyai kepakaran dalam Bahasa Ing-geris.

    Jadi, komersialkan kepakaran anda menjadi satu servis yang boleh memberikan pendapatan kepada anda. Apa yang boleh anda lakukan? Banyak! Dengan kepak-aran itu sahaja, anda sudah boleh menawarkan banyak servis antaranya khidmat ter-jemahan, pruf bacaan (proofreading), menulis surat jualan dan banyak lagi. Mungkin anda tertanya-tanya adakah ada permintaan untuk perkhidmatan sebegini.

    Anda boleh melihat sendiri dua contoh laman web yang memberikan khidmat servis yang telah saya rungkaikan sebentar tadi:

    SERVIS SAtUCAbANg IM

    YANg LUMAYAN!Oleh : Adly Mukhtar

    http://www.flarebiz.com

  • www.translation-services-usa.com www.betteredit.com

    Saya tahu ramai yang ketawa apabila saya cakap anda boleh membuat servis pruf bacaan (proofreading essay) di Internet namun web di atas telah membuktikannya. Mereka mungkin sudah menjana pendapatan 5 angka sebulan di Internet dengan perkhidmatan yang mudah seperti di atas. Apa yang tidak kurang menariknya tentang BetterEdit.com adalah pemilik website itu bukanlah seorang yang mahir dalam Bahasa Inggeris pun. Namun, dia tetap mam-pu menjana pendapatan lumayan dengan servis editing dan proofreading essay! Bagaimana beliau melakukannya?

    Beliau telah mengupah beberapa orang cikgu Bahasa Inggeris untuk bekerja dengan-nya! Saya sangat kagum dengan orang sebegini kerana mempunyai minda usahawan kelas pertama. Beliau telah mengkomersialkan kepakaran orang lain untuk mengaut keuntungan tanpa henti.

    Kenapa anda tidak mengkomersialkan kepakaran anda sendiri?

    Hakikatnya, anda tidak memerlukan idea yang hebat untuk menjana wang di Internet. Idea yang mudah sudah lebih dari cukup. Apa yang penting, adalah berani mengam-bil tindakan. Akhir kata, saya menyarankan agar anda kenalpasti apakah kepakaran yang anda miliki. Adakah anda mempunyai kepakaran memasak? Ataupun berke-bun? Ataupun bermain bola sepak? Ataupun mengambil gambar?

    Semua itu boleh dikomersialkan menjadi satu perkhidmatan yang dapat memberikan anda pendapatan yang lumayan.

    Ingin Menjana Pendapatan Dengan Produk Digital? Klik Disini

    http://www.rahsia10k.comhttp://www.rahsia10k.com

  • Jika ditanya apakah cara atau kaedah promosi yang paling berkuasa dan berkesan untuk perkhidmatan di Internet, ia adalah promosi dari mulut ke mulut. Soalnya, bagaimanakah caranya untuk melakukan kaedah tersebut? Yang pasti, ia tidak boleh dibuat-buat seperti mana kaedah yang lain seperti pengikla-nan dan sebagainya. Promosi dari mulut ke mulut memerlukan para pelanggan menyarankan servis anda kepada orang lain secara ikhlas dan bukan terpaksa atau dalam gaya mempro-mosi. Sebaliknya, mereka menyarankan servis anda secara ikhlas dan bersungguh-sungguh menyatakan bahawa servis anda memang memuaskan.

    Satu cara bagaimana servis anda akan mengalami promosi dari mulut ke mulut secara ‘automa-tik’ adalah dengan meminta pelanggan anda membuat saranan di blog mereka atau menyebut-kan servis anda di tempat tertentu seperti di forum yang berkaitan.

    Secara asas, jika kita meminta mereka melakukannya, sudah semestinya kita merasakan ba-hawa mereka amat sukar melakukannya sebab yang untungnya adalah kita dan bukan mereka. Tetapi pandangan sebegini adalah silap kerana pelanggan yang amat berpuas hati sama sekali tidak akan menolak permintaan anda, malah mereka akan melakukannya sebelum anda me-minta lagi. Tetapi jika anda meminta, mereka lagi jelas apa yang perlu dilakukan.

    Jadi, kunci utama di sini adalah memberikan mereka servis yang memuaskan. Sudah tentu, tanpa berat hati, mereka akan menyarankan perkhidmatan anda kepada orang lain.

    Rahsia Pelanggan Super Teknik sebelum ini akan lebih berkesan jika anda mendapat pelanggan yang mempunyai kredi-biliti dan reputasi yang baik. Sebagai contoh, anda menyediakan servis rekabentuk grafik dan di antara pelanggan anda adalah usahawan yang dikenali dan dihormati ramai. Jika pelanggan anda adalah mereka, maka jangan sesekali mensia-siakan peluang tersebut. Berikan perkhidmatan yang terbaik dan memuaskan kepada mereka. Usahawan atau pelang-gan yang mempunyai kredibiliti hanya akan menyarankan sesuatu yang terbaik sahaja kepada komuniti atau pengikut mereka. Jadi, jika anda memberikan servis yang memuaskan, maka mereka tidak akan teragak-agak untuk mempromosikan servis anda.Kesimpulan Promosi dari mulut ke mulut bermakna bermula daripada pelanggan pertama menyarankan perkhidmatan anda kepada orang lain, maka dari situ akan terhasil pelanggan yang lain. Kemu-dian, pelanggan yang lain itu akan melakukan perkara yang sama iaitu menyarankan perkhid-matan anda tersebut. Begitulah seterusnya ia berlaku tanpa putus selagi mana perkhidmatan yang anda berikan adalah khidmat yang bagus dan memuaskan hati mereka.

    STRATEGI PEMASARANSERVIS DI INTERNET

    Mengenai Penulis - Mohd Zulfadli atau dikenali sebagai SmartZul adalah usahawan Internet sepenuh masa dan juga merupakan seorang penulis blog yang aktif dan prolifik. Anda boleh melawati blog beliau untuk mendapatkan tip dan panduan perniagaan Internet secara per-cuma di http://blog.smartusaha.com.

    http://blog.smartusaha.com

  • Semasa saya melancarkan ebook pertama saya iaitu Rahsia Zango, saya cuba menawarkan perkhidmatan nilai tambah (value-added service) ke-pada pembeli ebook saya dengan menawarkan perkhidmatan membina laman web mengikut panduan yang saya tulis dalam ebook tersebut. Ini kerana dari pengalaman saya, hanya 10% daripada mereka yang membeli ebook akan betul-betul melaksanakan apa yang ditulis dalam ebook tersebut.

    Selebihnya mungkin tidak ada masa, tidak faham ataupun malas. Jadi, di sinilah kepentingannya kita menawarkan perkhidmatan membina laman web mengikut pan-duan yang kita tulis.

    Adakah dengan ebook percuma sahaja, anda boleh mempromosikan perkhidmatan anda? Tidak semestinya kerana dalam kes Rahsia Zango, ebook tersebut saya jual dengan harga RM60 di samping menawarkan juga perkhidmatan membina laman web khusus untuk Zangocash dengan harga RM500. Malah, sebenarnya, jumlah bayaran yang saya perolehi dari tempahan perkhidmatan melebihi jumlah bayaran jualan ebook tersebut. Walaupun pada asalnya, perkhidmatan yang saya tawarkan hanyalah sebagai nilai tambah kepada pembeli tetapi ia memberikan pulangan yang lebih lumayan dari produk itu sendiri.

    Walaupun begitu, janganlah kerana anda ingin mempromosikan perkhidmatan anda, ebook yang ditulis itu sekadar sambil lewa dan susah difahami pembaca. Anda mesti memastikan panduan yang ditulis adalah lengkap, mudah difahami dan boleh dii-kuti.

    Selain itu, jangan sekali-kali mempromosikan perkhidmatan anda pada perenggan pertama lagi. Letakkan ianya di belakang sekali iaitu pada perenggan akhir. Jadi selepas pembeli membaca ebook anda, mereka boleh membuat keputusan sama ada ingin melakukan sendiri ataupun menggunakan perkhidmatan anda.

    Ebook Rahsia Zango telah saya berikan percuma sekarang kerana melepasi sa-saran 1000 jualan, jadi jika anda masih belum mendapatkan ebook tersebut, anda boleh mendapatkannya di http://www.rahsiazango.com

    EBooK SEBAGAI MEDIUM

    MEMPROMOSIKANPERKHIDMATAN ANDA

    OlEH : AlANg (www.sAMsulzAMzuRI.cOM

    http://www.samsulzamzuri.com

  • Dengan kerjasama Majalah IM, laman web Kursusperniagaan.com dan tim dari Alumni Mahallah Ali, Seminar Pemasaran Internet untuk Perniagaan Kecil telah berjaya dijayakan di Auditorium Utama, Universiti Islam AntarabangsaMalaysia, UIAM pada 7 Febuari 2009.

    Seminar sehari ini adalah yang pertama diadakan di UIAM bagi mengetengahkan potensi perniagaan melalui internet dalam keadaan kegawatan ekonomi ketika ini. Lima panel mengetengahkan pelbagai topik yang menyentuh isu perniagaan internet, perlindungan bisnes kecil, penjenamaan dan pembinaan web mini serta skrip jualan berpengaruh.

    Perkongsian saudara Adly Mukhtar dalam sesi akhirnya berkongsi pengalaman menja-na RM10K pada usia 17 tahun amat menarik dan jelas mencerminkan satu sisi penting dalam keusahawanan internet.Menurutnya, pentingnya bersikap ikhlas dan jujur dalam perniagaan internet. Membina hubungan bisnes atas dasar persahabatan adalah teras kepada kejayaan awal bisnes.

    “Amat penting mendapatkan seringgit pertama dalam perniagaan internet sebelum menjana

    pendapatan lebih tinggi,” jelas usahawan internet berusia 18 tahun ini.

    Tambahan lagi, perniagaan internet memerlukan kerja berkumpulan. Dalam situasi bekerja seorang diri, bakal peniaga akan terkejar-kejar melakukan semua perkara. Ini dilihat sebagai satu sisi yang kurang sihat bagi kehidupan seorang usahawan. Namun demikian, pilihan tim hendaklah berbeza dari segi kemahiran agar masing-masing tidak bersaing dan berpecah.

    Dalam topik penjenamaan, Tuan Mazlan Mohamad dari IIU Holding berkongsi pandan-gan, jenama adalah janji. Dalam pembentangannya, apakah perkara yang timbul dalam minda pelanggan berkait rapat dengan kejayaan peniagaan membentuk kaitan jenama perniagaan. Jelasnya, apa yang timbul dalam minda adalah janji yang perlu dipenuhi oleh jenama terbabit.

    MajalahIM & Tim Kur-sus Perniagaan Buka

    Langkah

    Oleh : Zamri Mohamad

    http://www.zamrimohamad.com

  • Isu perlindungan bisnes kecil melalui insuran turut diketengahkan sebagai salah satu perkara yang penting dalam pengurusan bisnes internet, khususnya melibatkan produk fizikal. Panelnya, Zulkefli Mohamad dari Takaful Malaysia menekankan kepada usaha-wan internet bagi memastikan tiga ciri perlindungan diri iaitu melibatkan diri peniaga, keluarga dan perniagaan itu sendiri.

    “Dalam banyak kes kegagalan tuntutan insuran melibatkan peniaga, apabila peniaga sendiri tidak menyedari bahawa menyimpan stok di rumah boleh mengakibatkan in-suran perlindungan rumah gagal dituntut jika berlaku musibah,” jelas Zulkefli.

    Ini kerana apabila ia dibuktikan stok tersebut menjadi punca bencana pada rumah kediaman sama ada dalam bentuk kebakaran, peniaga dianggap mengubah status rumah kepada premis perniagaan. Ini menjadikan peniaga dilihat sebagai melangkaui perjanjian insuran yang ditandatangani dahulu.

    Peserta-peserta seminar sedang khusyuk mendengar pembentan-gan dari para penceramah

  • Ingin mengiklan di

    ?Sila Layari

    http://www.majalahim.com/pengiklanan

    Dua Fakta Menarik Tentang Majalah IM:

    [1] Merupakan majalah PERCUMA yang past-inya mempunyai ramai pembaca.

    [2] Pembaca majalah ini adalah bakal-bakal usahawan Internet ataupun yang mempun-yai jiwa usahawan. Kebiasaanya mereka ini mempunyai “kuasa beli” yang tinggi.

    http://www.majalahim.com/pengiklanan

  • I slam dan bisnes sama sekali tidak boleh dipisahkan. Islam tanpa bisnes, maka tiadalah sumber kewangan untuk mendokong kemajuan Islam. Bisnes tanpa Islam, maka berlel-uasalah riba, tipu-menipu dan kemungkaran yang melanggar konsep muamalah Islam. Bisnes tanpa Islam inilah yang akan melahirkan seorang usahawan yang kaya hartanya, tetapi miskin pahalanya.

    Islam dan bisnes itu saling melengkapi. Lalu, dapatkah kita memisahkan antara Islam dan bisnes? Sesungguhnya, Islam dan bisnes sama sekali tidak boleh dipisahkan.

    Keuntungan daripada bisnes menjadi sumber kewangan untuk Islam. Ian-ya dapat digunakan untuk memajukan Islam dan merangsang pertumbu-han ekonomi umat Islam. Islam pula telah menyediakan garis panduan yang perlu diikuti apabila menjalankan sesuatu perniagaan.

    Keuntungan boleh dihasilkan dengan cara menipu. Tetapi, hilanglah ke-berkatan rezeki. Keuntungan yang ada, perlu dilaburkan. Tetapi, pelaburan apakah yang akan memberikan pulangan yang berlipatkali ganda?

    Maka, ketika inilah Islam berperanan untuk membimbing para usahawan dan menunjukkan halatuju bisnes yang diredhai Allah, Tuhan yang Maha Esa, pengurnia segala rezeki.

    Semoga kita akan menjadi golongan yang terpilih di kalangan usahawan sekalian untuk menjadi Usahawan Muslim yang profesional dan menjadi penyumbang terbesar untuk memartabatkan syiar Islam.

    “Aku nak kaya. Kaya harta, kaya pahala.”

    ISLAM&BISNESOleh : Hairul (www.hairulnet)

    http://www.hairul.net

  • Saya belum memiliki nama domain dan hosting. Apakah pelan host-ing dan nama domain yang bersesuaian untuk saya?

    SOALAN

    Untuk memilih pelan hosting, pertama sekali anda perlu melihat perkara – perkara yang akan anda laksanakan iaitu:

    1.Apakah perancangan aktiviti laman web anda? a.Adakah anda bercadang untuk melakukan jualan produk? b.Atau membina Blog? c.Atau melakukan promosi produk?

    2.Berapakah saiz fail laman web yang akan digunakan? a.Adakah anda akan menjual produk – produk digital yang memer lukan proses download?

    3.Adakah anda akan menggunakan mana – mana script untuk la-man web anda kelak? a.Script – script laman web seperti wordpress, shopping cart dan sebagainya. Pemilihan Pelan Hosting adalah bergantung kepada perancangan anda. Jika anda berhasrat untuk menjual produk – produk digital seperti ebook, software dan sebagainya, maka sudah tentu anda memerlukan saiz ruangan hosting yang besar.

    Ini disebabkan anda akan menempatkan fail – fail produk digital terse-but ke dalam server anda. Kebiasaannya produk digital berbentuk Video dan Audio mempunyai saiz yang besar sehingga mencecah

    JAWAPAN

    SOALJAWA

    B

    IMoLEH : AMIROL (WWW.MOHDAMIROL.COM)

    http://www.mohdamirol.net

  • ratusan MegaBytes. Jadi, anda perlulah memilih saiz ruangan akaun hosting yang 2 atau 3 kali lebih besar daripada saiz fail web anda.

    Sekiranya anda hanya melakukan pemasaran bagi produk digital dan laman web anda hanya bersaiz kecil sahaja, maka cukuplah dengan saiz ruangan hosting yang kecil.

    Perkara kedua adalah lihat pada “budget” anda. Dapatkan akaun hosting berdasarkan keperluan sahaja. Tidak perlu membazir banyak wang untuk mendapatkan pelan hosting yang mahal – mahal kerana anda teruja melihat saiz ruangan yang besar dan sebagainya.

    Anda boleh “upgrade” pelan hosting anda di kemudian hari jika me-merlukannya. Jadi elakkan pembaziran pada peringkat permulaan! Lain – lain perkara yang perlu anda perhatikan pada pelan akaun hosting yang ditawarkan adalah fungsi yang disediakan. Elakkan daripada terpedaya dengan tawaran “unlimited” saiz atau bandwidth kerana perkara seumpama ini adalah “terlalu bagus untuk diper-cayai”.

    Saya melakukan pemilihan pelan hosting berdasarkan keperluan saya seperti jumlah Add-On Domain dan Sub-Domain yang dibena-rkan, saiz hosting yang diperlukan, bandwidth yang ditawarkan se-cara logik, panel kawalan yang digunakan (kebiasaannya Cpanel) dan kemampuan server tersebut untuk menampung jumlah pelawat Internet dalam sesuatu masa.

    Perkara yang terakhir adalah melihat pada penyedia hosting itu sendiri. Seeloknya dapatkan akaun hosting daripada penyedia yang telah lama beroperasi. Lakukan kajian dan pertanyaan kepada peng-guna – pengguna lain menerusi ruangan forum. Dalam kes ini, anda mungkin boleh merujuk forum seperti www.wangcyber.com.

    Pemilihan Nama Domain

    Pemilihan nama domain yang baik adalah penting untuk “BRAND” kan perniagaan yang dijalankan ataupun diri anda sendiri. Sekiranya anda sudah memiliki perniagaan ataupun produk tersendiri, maka carilah nama domain berdasarkan perniagaan anda tersebut.

    JAWAPAN

  • Walaubagaimanapun, jika anda belum memiliki sebarang bentuk produk ataupun perniagaan dan masih lagi ragu – ragu apakah nama domain yang terbaik untuk anda, maka saya syorkan untuk anda mendapatkan nama domain berdasarkan nama anda sendiri.

    Sebagai contoh nama anda adalah Hang Tuah, maka dapatkan nama domain seperti www.hangtuah.com.

    Tujuannya adalah supaya anda “BRAND” kan diri anda di Internet. Anda gunakan nama domain tersebut sebagai “pusat kawalan” / Headquarters untuk anda melakukan aktiviti anda di Internet sep-erti:

    1.Melakukan Jualan2.Melakukan Promosi Affiliate3.Melakukan Tawaran4.Membangunkan Blog.

    Contoh:

    www.hangtuah.com/jualan/produkAwww.hangtuah.com/jualan/produkB www.hangtuah.com/blogwww.hangtuah.com/saranan/produk1www.hangtuah.com/saranan/produk2

    Pendek kata, anda timba pengalaman dahulu daripada nama do-main anda yang pertama. Kawal keseluruhan aktiviti online anda.

    Setelah anda mempunyai modal yang lebih, mempunyai produk eksklusif atau aktiviti eksklusif, maka barulah dapatkan nama do-main yang bersesuaian dengan aktiviti tersebut.

    Semoga penerangan ini membantu anda untuk mula mendapatkan hosting dan domain anda yang pertama! Salam sukses,Amirol Zolkifliwww.PeluangInternet.com

    JAWAPAN

  • Masalah ramai usahawan Internet adalah tidak tahu bagaimana mengekal-kan fokus ketika menjayakan perniagaan masing-masing terutama di ta-hun pertama mendirikan perniagaan. Salah satu punca kepada masalah ini adalah mungkin dari Internet itu sendiri, yang menyediakan puluhan model perniagaan Internet untuk mana-mana usahawan menjana untung daripadan-ya. Sudah tentu ia membuat sesiapa saja rambang mata untuk membuat pilihan.

    Sebab lain, ia mungkin disebabkan saat melihat kejayaan seseorang usahawan men-jana pendapatan lumayan dari perniagaan Internet dengan model perniagaan terten-tu, usahawan itu mula hilang arah dengan model perniagaan sedia ada sebab mahu menjana untung lumayan dengan jumlah sama seperti usahawan tadi.

    Sebab ketiga, serangan pelbagai tawaran baru tentang peluang perniagaan baru yang sudah tentu menjanjikan untung lumayan dalam masa yang singkat. Persoalannya, bagaimana untuk membuat anda fokus pada perniagaan Internet anda? Bagaimana untuk anda kekalkan motivasi hingga perniagaan anda benar-benar berhasil?

    Ikuti langkah-langkah yang saya berikan di bawah.

    1. Tetapkan model perniagaan yang anda sanggup ceburi hingga benar-benar berja-ya. Kaji apa minat anda dan kaji mana satu model perniagaan Internet yang terhangat di pasaran. Selepas itu, kaji adakah ia serasi dengan anda, atau bahasa pasarnya, ngam dengan minat anda.

    Jika ia mendapat permintaan terhangat di pasaran tetapi anda kurang meminati model perniagaan Internet tersebut, cari cara bagaimana anda boleh berminat dengan mod-el perniagaan itu. Pada permulaan, akan terasa susah tetapi apabila anda mencari dan terus mencari dengan niat untuk mengetahui apa keseronokan yang terkandung di dalamnya, anda akan jumpa apa yang boleh membuat anda minat dengannya.

    Apa ya? Mungkin, jenis cabaran yang terkandung, thrill yang tersirat atau sebab ia unik pada pandangan anda terhadap perniagaan itu membuatkan anda ‘jatuh cinta’ atau tertarik dengannya. Jangan asyik mengikut minat orang, tetapi kaji minat anda dahulu sebab itu adalah perniagaan anda, bukan kepunyaan orang lain.

    Bagaimana Fokus Dalam

    PERNIAGAANINTERNET?

    Oleh : ShueQry

    http://www.imotivasi.com

  • 2. Tetapkan matlamat Anda. Bila sudah mengetahui model perniagaan Internet yang mana satu dirasakan sesuai dengan anda, langkah seterusnya adalah menetapkan matlamat. Matlamat penting kerana ia akan membuatkan anda fokus dalam menjay-akan perniagaan. Bila anda sudah fokus, telah ada langkah pertama menuju kejay-aan dalam usaha berniaga di ruang Internet.

    Tentang matlamat, saya suka ibaratkan seperti kita memandu kereta. Jika ada matlamat, bermakna anda sudah tahu ke mana hendak dituju. Jika Anda tiada matlamat, maka tiada lah arah yang hendak dituju.

    Ia bagaikan, anda masuk ke dalam kereta, pegang stereng dan tekan pedal minyak, tetapi bingung, keliru dan tiada idea untuk ke mana. Untuk fokus semasa menjayakan perniagaan Internet anda, pastikan anda ada matlamat supaya tidak bingung, tidak keliru lagi dikelirukan.

    Matlamat yang membuat anda fokus adalah matlamat bertulis yang dibaca lebih 3 kali dalam 1 hari, diamalkan setiap hari tanpa henti selagi matlamat itu belum berjaya dicapai. Inilah cara orang berjaya.

    3. Tuliskan langkah-langkah yang perlu diambil supaya anda boleh berjaya dalam berniaga. Sediakan sekeping kertas, kemudian fikir sejenak tentang perniagaan In-ternet anda. Fikir matlamat anda dan bayangkannya.

    Selepas itu, tanya diri anda apa yang perlu anda lakukan untuk membolehkan anda berjaya dalam mengusahakan perniagaan Internet anda sekarang ini. Apabila jawa-pan muncul sahaja di fikiran, tulis cepat-cepat. Tulis saja apa yang terlintas tanpa menilai sama ada jawapan itu elok atau tidak.

    Pastikan anda berjaya menulis 20 atau lebih langkah-langkah yang perlu diambil dalam usaha menjayakan perniagaan Internet anda. Maksud sebuah perniagaan In-ternet yang berjaya bagi tafsiran saya, adalah perniagaan yang menghasilkan keun-tungan yang berpanjangan, sama ada untung besar atau untung kecil. Lebih besar untung, maka lebih berjaya perniagaan Internet tersebut!.

    Langkah ketiga ini anda boleh lakukannya secara berseorangan atau bersama orang lain, sama ada isteri/suami anda atau rakan niaga anda. Dalam anda berusaha, lihat ia selalu supaya anda tidak kehilangan arah. Lama-kelamaan, ia membuatkan anda semakin fokus.

    4. Tuliskan apa yang anda fikir perkara terbaik yang boleh berlaku semasa menjay-akan perniagaan Internet Anda. What is the best thing that could happen in your busi-ness? Pastikan anda tulis 20 atau lebih jawapan kepada persoalan tersebut.

    Tanya diri anda, apa keseronokannya tentang perniagaan Internet anda ini? Atau, apa yang mungkin membuatkan anda rasa seronok mengendalikan perniagaan Inter-

  • net sendiri? Saya berikan contoh jawapannya.

    Mungkin ia menyebabkan anda boleh meluangkan lebih banyak masa bersama ke-luarga tercinta, berpeluang main futsal pada bila-bila masa, seronok pergi berenang bila-bila masa atau memiliki peluang untuk bercuti bila-bila masa di kala orang lain stress di hari bekerja. Tulis kesemua jawapan, tanpa mengira jawapan anda panjang atau pendek. Yang penting anda tulis!

    Selepas ini, di hari-hari akan datang, pastikan anda baca selalu apa yang sudah anda tulis dahulu. Ia akan melatih minda anda supaya fokus pada perkara-perkara positif yang mungkin boleh berlaku.

    Baca dan terus membaca kerana setiap kali membaca, anda bersemangat dan terus bersemangat jadinya. Kesan daripada itu, timbul inspirasi untuk anda berusaha den-gan lebih rajin lagi. Bila sudah muncul inspirasi, tumpuan anda akan terarah kepada menjayakan perniagaan anda sepenuhnya.

    Anda akan terdorong untuk berubah ke arah kejayaan dari sehari ke sehari. Peribadi anda turut berubah secara automatik tanpa anda sedari.

    5. Cari ilmu yang patut, berkawan dengan orang yang patut. Kebanyakan usahawan berjaya biasanya berkawan dengan usahawan berjaya juga. Aplikasikan pada diri Anda.

    Tampilkan sikap sukakan kejayaan dan berani menghadapi kegagalan, kerana mer-eka suka orang sebegitu. Bila anda sudah dekat dengan mereka, mudah untuk anda mendapat idea, pengalaman dan rahsia kejayaan mereka. Oh ya, mereka pemurah ilmu, tapi biasanya akan menilai diri anda terlebih dahulu.

    Cari ilmu yang patut anda tahu dalam model perniagaan Internet anda. Sebagai con-toh, seorang usahawan Internet yang fokus menjual ebook, patut menguasai cara membina laman web untuk menjual ebook di Internet, cara membina sistem yang diautomasikan untuk pembeli download produk ebook miliknya dan juga teknik-teknik promosi yang benar-benar berkesan untuk menjadikan ebooknya laku dijual.

    Langkah-langkah yang saya cadangkan di atas adalah hasil penyelidikan saya ke atas usahawan-usahawan Internet. Banyak lagi maklumat yang saya mahu berikan pada anda, khusus untuk membuatkan anda sentiasa bersemangat dalam usaha menjayakan perniagaan Internet milik anda.

    “Usahawan berjaya adalah usahawan yang selalu membayangkan kejayaan perni-agaannya di minda, seolah-olah kejayaan itu benar-benar berlaku hari ini juga”

    Biodata - Mohd Shukri Abdullah adalah nama penuh bagi ShueQry, blog-ger motivasi bertugas untuk menyemarakkan semangat anda di iMotivasi

    dot kom.

  • Interview BersamaInterview BersamaKartunis Ubi

    Z : Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada semua pembaca MajalahIM. Saya Zhafran dari Team FlareBiz dan juga wakil kepada MajalahIM.com. Hari ini, saya akan menemani anda dalam sesi temubual bersama tetamu undangan khas kita. Sebelum itu, sedar tak sedar kita sudah pun memasuki bi-langan ke-10 MajalahIM ini, jadi saya ucapkan jutaan terima kasih kepada anda semua kerana masih sudi membaca MajalahIM yang terbit setiap bulan dan juga masih setia menyokong kami sehingga ke hari ini. Terima kasih banyak-banyak saya ucapkan.

    Baiklah, bersama saya pada hari ini adalah seorang usahawan Internet yang bergiat dalam bidang servis online. Beliau amat terkenal dalam industri kartun tanahair dan juga merupakan bekas kartunis majalah kartun nombor satu Malay-sia iaitu Majalah Ujang. Beliau tidak lain dan tidak bukan ialah Kartunis Ubi. Jadi, kita semua amat bertuah kerana beliau sudi meluangkan masa emas be- liau. Saya tahu yang beliau sibuk, namun masih sudi

    me- luangkan masa untuk datang ke pejabat Majala-hIM semata-mata mahu berkongsi pengalaman

    beliau dengan kita semua. Jadi, saya harap-kan anda semua dapat take note dan beri

    sepenuh perhatian terhadap temubual saya dengan Ubi selepas ini.

    Bolehkah Bro ceri-takan secara ring-kas latar belakang Bro kerana saya rasa ramai yang hendak tahu tentang Kar-tunis Ubi yang popular di Ma-laysia ini

  • Z : Ok, terima kasih di atas kesudian Bro untuk berkong-si pengalaman tadi. Seterusnya saya hendak bertanya apakah niche ataupun jenis servis yang Bro pilih sebab saya tahu yang Bro ini seorang artist yang mempunyai pelbagai skill, kenapa Bro memilih satu jenis niche sa-haja?

    U : Sebenarnya banyak juga niche saya itu, cuma saya fokus kepada kartun sebenarnya. Salah satunya adalah reka design kartun logo untuk perniagaan, maskot untuk produk dan yang paling terbaru sekali adalah karikatur digital. Tetapi, ada juga yang baru, yang sekarang saya mahu venture dalam bidang pendidikan, iaitu mengajar ses-iapa yang mahu belajar melukis kartun.

    Z : Ok, soalan s e t e r u s n y a . Apakah target market Bro? Adakah dalam negara ataupun luar negara dan kenapa?

    U : Soalan yang baik ini. Sebena-rnya target mar-ket saya adalah luar negara. Bak kata Gobala dalam interviewnya yang dulu (MajalahIM edisi 3), rakyat Malaysia ini memang suka convert. Kalau kita caj orang USD100, setelah di-tukar kepada RM, kita boleh dapat RM300. Lebih kurang macam itu lah, kiranya 80% income saya sekarang ini adalah dari luar negara. Mungkin di sana, mereka lebih appreciate kartun. Mereka juga tahu kepentingan kartun untuk melariskan jualan produk mereka. Tetapi sekarang ini, untuk market dalam negara pun sudah ada, cuma dalam negara ini saya lebih banyak menjual komik hasil karya saya kerana saya sudah membina nama di sini. Jadi saya rasa ruang yang ada itu boleh digunakan se-baik-baiknya untuk menjual produk saya. Market yang ada itu pun tidak sukar untuk saya tembusi. Bermakna dua-dua (market luar dan dalam negara) pun ada. Apa yang berbeza niche kedua-duanya sahaja.

    U : Assalamualaikum semua. Bai-klah cerita tentang saya. Saya adalah seorang kartunis. Saya melukis kartun sudah lebih 10 tahun, bermula den-gan Majalah Ujang, karya-karya saya adalah seperti Budak Hostel, Aku, Dia & Volkswagen. Kalau peminat-pe-minat kartun tanahair mesti pernah membaca atau mendengar tentang karya saya itu.

    Z : Ok, itulah dia sedikit sebanyak ten-tang Kartunis Ubi yang memang pop-ular dalam Majalah Ujang, dari dahulu sehingga sekarang. Seterusnya, bo-lehkah Bro Ubi ceritakan pengalaman sewaktu mula-mula bergiat dalam bi-dang servis online ini?

    U : Saya sebenarnya terjun dalam bi-dang ini secara tidak sengaja. Pada mulanya, saya ada terbaca tentang Irfan Khairi, juga bagaimana banyak rakyat Malaysia yang sudah menjadi jutawan kerana bisnes Internet ini. Tetapi, saya tidak berapa tahu juga apa semua ini. Selepas itu, saya ada membaca dan study sikit-sikit dan ke-mudian membuka bisnes secara kon-vensional. Namun, mungkin kerana kurang pengalaman dalam bisnes, bisnes saya agak kurang menjadi juga.

    Entah bagaimana saya terfikir untuk mencuba semula bisnes konvension-al saya, tetapi secara online pula. Se-babnya saya tahu yang untuk start on-line business ini tidak semahal bisnes biasa. Modal kurang dari RM100 pun kita sudah boleh mulakan bisnes. Pada mulanya tidak lancar dan susah juga sebab saya pada masa itu pun sengkek juga. Ditambah pula den-gan masalah seperti tiada Internet di rumah dan modal yang tidak se-berapa sangat. Tetapi saya teruskan juga, dan alhamdulillah sampai ke hari ini saya sudah boleh 24 jam atau sepenuh masa dengan servis saya secara online.

  • Z : Ok, sebagai seorang de-signer, walaupun saya tidak sehebat Bro Ubi tetapi saya ada sedikit pengalaman dalam bidang servis online ini iaitu rekabentuk minisite dan juga ecover. Bagi saya, perkara yang agak sukar dalam menjadi freelance ini adalah untuk memberi support kepada pelanggan, lebih-lebih lagi pelanggan yang banyak karenah sikit. Bolehkah Bro kongsikan sedikit pengalaman atau-pun cara untuk mengatasi masalah ini?

    U : Ok, bila menyebut tentang servis ini, perkara paling mustahak adalah masa kita. Ia berbeza dengan jualan produk digital kerana selepas membeli produk kita dan kemudian suka produk itu, mereka akan lupa selepas itu. Berlainan dengan design ini, kita perlu ambil masa contohnya untuk melukis. Jika pelanggan tidak suka, kita perlu buat pembetulan. Itupun masalah juga pada saya sebenarnya. Saya ini pun bukannya bagus sangat, kadang-kadang ada juga yang terlang-gar dateline, cuma apa yang penting sekali pada saya, apa masalah sekalipun, kita kena com-municate dengan pelanggan kita. Dia pun manusia juga, selalunya dia akan faham, cuma kalau ada apa-apa yang terjadi, jangan sekali-kali lari dari masalah, beritahu apa masalahnya kepada pelanggan.

    Z : Setahu saya, bidang servis online amat kompetitif, lebih-lebih lagi dengan kewujudan free-lancers dari India yang dikata orang banyak menganggu market dengan tawaran harga yang amat rendah untuk sesuatu jenis servis lebih-lebih lagi design. Ok, bolehkah Bro kongsikan tips bagaimana untuk mengawal situasi ini?

    U : Masalah ini ada juga terkena pada saya. Sebenarnya benda ini di luar kawalan kita, cuma saya rasa cara yang terbaik adalah dengan mengawal diri kita sendiri. Kita beri servis yang ter-baik, walaupun servis mereka murah, tidak seperti servis kita yang mahal. Sama juga seperti kereta Kancil dan kereta Mercedes. Ada orang beli kereta Kancil, tapi kenapa ramai juga yang membeli Mercedes? Jadi, disebabkan kita meletakkan harga servis kita dengan mahal, kita perlu tunjukkan kepada bakal klien kita, yang kita expert dalam servis itu. Saya rasa cara yang paling mudah adalah dengan blogging, di mana kita boleh menunjukkan authority dalam niche yang kita mahu tawarkan pada pelanggan.

    Z : Ok, terima kasih di atas pengalaman yang dikongsikan. Seterusnya sebagai orang lama dalam bidang servis ini, adakah tip-tip rahsia yang selama ini dipendam seorang saja? Diharap dapat dikongsi bersama pembaca MajalahIM hari ini.

    U : Pada saya, satu perkara yang saya tengok kita kurang beri perhatian atau selalu diabaikan, iaitu kita sibuk mencari customer baru. Sebenarnya lebih elok jika kita menumpukan perhatian pada customer lama kita. Selepas selesai satu projek mereka dengan kita, kita hubungi mereka lagi selepas sebulan atau dua bulan. Mungkin mereka sudah ada projek baru ataupun ada kawan-kawan mereka yang berminat dengan servis kita. Lagipun, mereka sudah kenal kita, jadi mereka

  • Z : Ok, bernas sekali tip-tip rahsia tadi, harap anda semua dapat amalkan. Jangan dengar selepas itu senyap saja. Tak buat apa-apa. Seterusnya saya ingin bertanya apakah perancangan Bro pada masa hadapan? Mungkin mahu menulis ebook, majalah on-line, bengkel ataupun kelas? Tentu ramai peminat yang mahu den-gar ini.

    U : Macam yang Zhafran sebut tadi, saya akan menulis ebook, mem-buat kelas atau bengkel melukis kartun. Yang terbaru ini, saya sedang sibuk dengan projek clip art. Pada sesiapa yang mahu membeli kartun saya selepas ini mungkin boleh download saja daripada Internet. Tak perlu suruh saya lukis itu ini lagi. Harganya pun murah sahaja. Yang clip art itu mungkin dalam $7 hingga $30 untuk satu gambar

    Z : Jadi semua sudah tahu ya apa perancangan Kartunis Ubi pada masa hadapan. Harap dapat sediakan duit, selepas launch, boleh terus mem-beli. Baiklah, kita sudah sampai ke penghujung sesi temubual bersama Kartunis Ubi. Soalan terakhir saya, saya harap Bro dapat berikan nasihat kepada mereka yang ingin menceburi bidang servis online ini tetapi ma-sih teragak-agak untuk menyertainya atau tidak. Silakan beri nasihat sikit...

    U : Baiklah, pada sesiapa yang memiliki skill untuk menawarkan servis online ini, kalau boleh belajar lagi banyak perkara. Skill yang bagus tidak semestinya membuatkan orang berminat

    dengan servis kita. Belajarlah tentang apa-apa permasalahan, perkara teknikal berkenaan Internet ni. Sebab Internet sentiasa berubah. Sesuatu yang efektif pada bulan lepas, belum tentu lagi akan efektif pada bulan ini. Maka, sentiasa ambil tahu, belajar dan networking dengan peniaga-peniaga Internet, programmer atau orang

    yang berkaitan dengan dunia online ini. Cari kawan se-banyak mungkin dan jangan cari musuh. Ok, itu saja.

    Sekian. Terima kasih.

    Z : Selesai sudah sesi temubual saya bersama Kartunis Ubi. Saya harap anda semua dapat bela-jar sesuatu yang baru dalam temubual saya ber-sama Bro Ubi tadi. Amalkan jika anda berminat untuk menceburi bidang servis online ini. Terima kasih saya ucapkan kepada Bro Ubi kepada perkongsian ilmu-ilmu dan pengalaman beliau yang amat berguna untuk kita semua. Semoga panjang umur dan murah rezeki selalu ya Bro. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada anda semua kerana sudi mendengar temubual ini sehingga habis. Saya doakan kejayaan anda selalu. Jumpa lagi pada bulan hadapan. Assalamualaikum.

  • Review

    Panduan VCCSemakin hari semakin ramai rakyat Malaysia mula bergiat di dalam pemasaran internet. Bu-kan sahaja individu yang telah bekerja malahan para pelajar juga turut mula membina blog dan mempraktikkan apa yang telah mereka pelajari daripa-da ebook-ebook dan seminar yang mer-eka hadiri. Ramai yang telah mula percaya bahawa internet juga merupakan salah satu medium yang boleh digunakan untuk menjana pendapatan tidak kira secara samp-ingan mahupun sepenuh masa.

    Dalam menjana pendapatan secara on-line, kebanyakkan perkh-idmatan yang digunakan akan melibatkan peng-gunaan kad kredit kera-na kebanyakkan perkh-idmatan dan kemudahan ini disediakan oleh syari-kat-syarikat yang terdapat di luar Malaysia. Mungkin bagi individu yang telah mempunyai pekerjaan dan gaji tetap tidak mempunyai masalah untuk memohon kad kredit bagi kegunaan mer-eka tetapi bagaimana pula dengan indi-vidu yang tidak mempunyai pekerjaan tetap, lebih-lebih lagi individu yang ma-sih bergelar pelajar?

    Itulah kepentingan wujudnya Virtual Credit Card (VCC) atau Kad Kredit Maya. VCC boleh dikatakan sebagai pengganti kepada kad kredit atau debit fizikal yang biasanya kita lihat cuma apa yang mem-bezakannya ialah VCC hanya terhad un-tuk kegunaan maya sahaja. VCC boleh digunakan ke- tika anda membeli

    belah secara on-line, ‘verify’ akaun paypal dan akaun ebay sekiranya anda seorang peniaga di ebay dan juga bo-leh digunakan untuk mengaktifkan akaun adwords.

    Tambahan pula, me-milki VCC adalah lebih baik daripada memiliki kad kredit dan debit yang sedia ada. Ini adalah kerana penggunaan VCC lebih

    selamat berbanding penggu-naan kad kredit atau debit kerana risiko berlaku kebocoran maklumat dan kecu-rian kad tersebut adalah sangat tinggi. Selain itu, VCC sangat mudah dimiliki, kelebihan untuk memiliki lebih dari satu kad dan menjimatkan tanpa bebanan caj-caj yang melampau.

    Untuk mendapatkan VCC bagi kegunaan persendirian, anda perlu mendapatkan-

    oleh : Fatin Pauzi

    http://tinyurl.com/ba6myahttp://blog.wanitaemall.com

  • ReviewVCC bagi kegunaan persendirian, anda perlu mendapatkannya daripada ses-eorang penjual VCC yang menyediakan perkhidmatan menjual VCC. Tetapi, pem-belian VCC melalui pihak ketiga juga menyebabkan anda terdedah dengan risiko penipuan atau ‘scammer’. Selain itu, VCC yang dijual oleh mereka juga kebanyakkannya terlalu mahal dan saya yakin, perkara ini sangat membebankan kepada individu yang sentiasa menggu-nakan khidmat VCC.

    Tahukah anda bahawa anda mampu untuk mendapatkan VCC anda sendiri tanpa perlu membelinya daripada in-dividu yang menjual VCC? Anda akan dapat berjimat ratusan ringgit sekiranya anda mendapatkannya sendiri dan ini-lah rahsia bagaimana penjual-penjual VCC mendapatkan VCC pada harga yang lebih murah berbanding VCC yang dijualkan kepada anda. Di mana dan bagaimana? Semuanya didedahkan oleh saudara Naem dalam ebook beliau, Pan-duan VCC.

    Di dalam ebook Panduan VCC, anda akan didedahkan mengenai bagaimana untuk mendapatkan VCC tanpa perlu membelinya dari pihak ketiga atau indi-vidu yang menjual VCC dengan caj yang terlampau mahal. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa laman web yang menyediakan perkhidmatan men-jual VCC pada harga yang sangat rendah dan berpatutan. Ini bermakna, saudara Naem telah mendedahkan rahsia dari mana penjual-penjual VCC mendapat-kan VCC! Beliau telah memperkenalkan 4 buah laman web yang membekalkan VCC dan juga telah mencadangkan satu laman web yang terbaik untuk digunakan

    sebagai platform anda untuk mendapat-kan VCC pada harga yang sangat ren-dah.

    Tambahan pula, terdapat beberapa tip yang boleh dilakukan untuk mendapat-kan VCC secara percuma! Anda mampu untuk mendapatkan banyak mana pun VCC yang anda ingini tanpa sebarang kos. Selain itu, ebook Panduan VCC juga mengajar anda bagaimana untuk men-gelakkan daripada dikenakan caj yang tinggi ketika menambah nilai VCC anda. Penerangan yang diberikan adalah san-gat jelas dan mudah difahami.

    Ebook ini juga menjadi suatu kelebihan kepada newbie yang masih baru dalam penggunaan VCC. Segala perkara men-genai bagaimana untuk mengendalikan akaun di laman web yang membekalkan VCC turut diterangkan langkah demi langkah seperti cara menambah bilan-gan kad, menambahkan dana ke dalam kad, pemindahan dana dari satu kad ke kad yang lain dan sebagainya. Jadi, anda tidak perlu lagi risau sekiranya anda ti-dak pernah mengendalikan akaun anda di laman web tersebut.

    Kewujudan ebook Panduan VCC juga memberi peluang kepada individu yang ingin menjana pendapatan melalui pen-jualan VCC. Dengan tip yang didedah-kan bagaimana untuk mendapatkan VCC percuma dan mengelakkan caj yang dikenakan, saya yakin, anda akan dapat menyediakan servis perjualan VCC pada harga yang lebih murah berband-ing penjual-penjual yang lain. Perkhid-matan penjualan yang murah akan lebih mendapat perhatian dan tidak hairanlah,

  • Reviewsaudara Naem dapat menjana sehingga RM 1000 hanya dengan menjual VCC.

    Bukan sahaja perkara yang berkaitan dengan VCC, ebook Panduan VCC turut menga-jar anda satu persatu bagaimana untuk ‘verified’ akaun Paypal, mendaftar akaun ebay untuk peniaga ebay dan juga mengaktifkan akaun Adwords dan mendapatkan $50 per-cuma. Segalanya dilakukan hanya dengan VCC dan langkah yang ditunjukkan adalah sangat mudah difahami dan praktikal.

    Anda boleh mendapatkan ebook Panduan VCC pada harga RM 40 sahaja. Lebih-lebih lagi, sebarang pembelian ke atas ebook ini akan disertakan dengan beberapa bonus yang sangat hebat seperti Panduan Kad Kredit, Panduan Asas Paypal, Panduan Asas Ebay, Bonus “VCC & Paypal”, Bonus “VCC & Adwods”, Bonus “VCC & Facebook” dan yang paling istimewa adalah Keahlian Istimewa & Forum Support, khas untuk pembeli-pembeli ebook Panduan VCC.

    Malahan, kandungan yang terdapat dalam bonus-bonus tersebut adalah sangat bernilai untuk wang anda. Bukan sahaja perkara asas, tetapi tip-tip berguna yang boleh diprak-tikkan ketika penggunaan salah satu perkhidmatan di atas turut juga diselitkan untuk kemudahan para pembeli ebook Panduan VCC. Mungkin ebook ini merupakan satu-sa-tunya ebook yang memberi panduan bagaimana untuk mendapatkan VCC anda sendiri tanpa perlu membazirkan wang anda lagi dengan caj-caj yang melampau.

    >

    http://tinyurl.com/ba6mya

  • www.akademisms.com/ebook.htm www.modelbisnesinternet.com

    www.bloggingsteps.com/kit

    www.tipadsense.com www.rahsiaonline.biz

    www1.bisnesdigital.com

    http://www1.bisnesdigital.com

  • www.rahsiaonline.biz

    www.smartstudy.com.my

    www.design-hut.com

    www.rapidfirestudio.com

    www.galeribatik.com

    www.internetmelayu.com

    http://www.smartstudy.com.myhttp://www.internetmelayu.com