siap

4
Mimi dan adik-adiknya, Nina, Nini dan Nana suka berkebun. Mereka sering membantu ibu bapanya berkebun. Pada suatu hari, untuk mengetahui kebijaksanaan mereka, ayahnya telah memberikan empat biji anak benih bunga matahari untuk disemai oleh mereka.

Upload: nur-izni-syamimi-mimi

Post on 23-Jan-2016

218 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

sains

TRANSCRIPT

Page 1: siap

Mimi dan adik-adiknya, Nina, Nini dan Nana suka berkebun. Mereka sering membantu ibu bapanya berkebun.

Pada suatu hari, untuk mengetahui kebijaksanaan mereka, ayahnya telah memberikan empat biji anak benih bunga matahari untuk disemai oleh mereka.

Page 2: siap

Mimi menanam anak benihnya berdekatan dengan kebun. Setiap hari, Mimi menyiram anak benih tersebut.

Nana juga menanam anak benihnya berdekatan dengan kebun. Tetapi Nana jarang-jarang menyiram anak benihnya.

Page 3: siap

Nina pula menanam anak benihnya di halaman rumah. Di halaman rumah, terdapat banyak haiwan peliharaan ayahnya iaitu ayam dan itik. Oleh itu, Nina telah menutup anak benihnya dengan kotak supaya ia tidak dirosakkan oleh ayam dan itik. Nina menyiram anak benih itu setiap hari.

Manakala, Nini pula menanam anak benihnya di dalam rumah. Nini juga menyiram anak benih itu setiap hari.

Page 4: siap

\

Selepas beberapa hari, ayah Mimi telah meminta mereka semua menunjukkan anak benih yang telah ditanam oleh mereka. Hanya anak benih Mimi hidup subur manakala anak benih yang ditanam oleh adik-adiknya kelihatan layu.

Mengapakah terjadi sedemikian? Dapatkah anda membantu Mimi dan adik-adiknya untuk menjaga anak benih dengan baik supaya ia dapat hidup dengan subur?