ramai guru sakit jiwa

23
Ramai guru sakit jiwa Oleh SITI NOR AFZAN KASIMAN [email protected] Profesion perguruan terdedah kepada risiko tinggi untuk mengalami tekanan mental. Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp? y=2009&dt=0322&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_02.htm#ixzz3ji0CdEtb Hakcipta terpelihara BEBANAN kerja sebagai guru semakin kompleks kerana selain mengajar, mereka juga terpaksa menyediakan soalan-soalan peperiksaan dari semasa ke semasa, mengisi buku kedatangan, buku disiplin dan ringkasan mengajar, borang kesihatan dan rekod kemajuan murid, kelab dan persatuan, serta mengendalikan persiapan hari sukan. Justeru, guru-guru dikatakan terdedah kepada risiko tinggi untuk mengalami tekanan sehingga boleh membawa kepada penyakit mental yang serius seperti bipolar, kebimbangan melampau dan kemurungan. Kajian oleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mendapati 70 peratus daripada 9,000 guru di seluruh negara tertekan bukan sahaja kerana beban tugas tetapi juga terpaksa berdepan dengan kerenah pengetua, kerani, ibu bapa dan juga pelajar. Bagi Noreha (bukan nama sebenar), selain terpaksa berdepan dengan masalah rumah tangga, dia turut tertekan dengan kerenah pengetua sekolah tempatnya bertugas. Guru berusia 46 tahun itu yang ditemui di Wad Psikiatri, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) berkata, dek kerana tekanan, dia sering diketepikan dalam pelbagai aktiviti sekolah. "Sebelum ini saya memang sudah mengalami tekanan. Pengetua pula selalu mempertikaikan cuti yang saya pohon sedangkan surat daripada doktor disertakan. "Bila kerja semakin bertambah, dicampur pula dengan tekanan daripada orang atas dan kerenah anak-anak, saya semakin runsing," katanya.

Upload: liyoong-djaesz

Post on 05-Jan-2016

318 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

op

TRANSCRIPT

Page 1: Ramai Guru Sakit Jiwa

Ramai guru sakit jiwa

Oleh SITI NOR AFZAN [email protected]

Profesion perguruan terdedah kepada risiko tinggi untuk mengalami tekanan mental.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0322&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_02.htm#ixzz3ji0CdEtb Hakcipta terpelihara 

BEBANAN kerja sebagai guru semakin kompleks kerana selain mengajar, mereka juga

terpaksa menyediakan soalan-soalan peperiksaan dari semasa ke semasa, mengisi buku

kedatangan, buku disiplin dan ringkasan mengajar, borang kesihatan dan rekod kemajuan

murid, kelab dan persatuan, serta mengendalikan persiapan hari sukan.

Justeru, guru-guru dikatakan terdedah kepada risiko tinggi untuk mengalami tekanan sehingga

boleh membawa kepada penyakit mental yang serius seperti bipolar, kebimbangan melampau

dan kemurungan.

Kajian oleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mendapati 70 peratus

daripada 9,000 guru di seluruh negara tertekan bukan sahaja kerana beban tugas tetapi juga

terpaksa berdepan dengan kerenah pengetua, kerani, ibu bapa dan juga pelajar.

Bagi Noreha (bukan nama sebenar), selain terpaksa berdepan dengan masalah rumah tangga,

dia turut tertekan dengan kerenah pengetua sekolah tempatnya bertugas.

Guru berusia 46 tahun itu yang ditemui di Wad Psikiatri, Pusat Perubatan Universiti Malaya

(PPUM) berkata, dek kerana tekanan, dia sering diketepikan dalam pelbagai aktiviti sekolah.

"Sebelum ini saya memang sudah mengalami tekanan. Pengetua pula selalu mempertikaikan

cuti yang saya pohon sedangkan surat daripada doktor disertakan.

"Bila kerja semakin bertambah, dicampur pula dengan tekanan daripada orang atas dan

kerenah anak-anak, saya semakin runsing," katanya.

Noreha yang merupakan penanda kertas peperiksaan Matematik untuk peperiksaan Sijil

Pelajaran Malaysia (SPM) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) memberitahu, dia

sebenarnya seronok menjadi guru.

"Saya memang suka mengajar, lebih-lebih lagi apabila murid banyak bertanya dan cemerlang

dalam peperiksaan. Tetapi keadaan sekeliling seperti pengurusan sekolah dan rakan sejawatan

banyak memberi tekanan.

Page 2: Ramai Guru Sakit Jiwa

"Ada juga yang faham keadaan saya, tetapi lebih ramai yang mengatakan saya gila. Mereka

tidak faham mengapa saya perlu cuti untuk pergi berjumpa pakar psikiatri. Mereka juga anggap

saya terlalu ikutkan perasaan," jelasnya.

Noreha yang berasal dari Pulau Pinang tidak menafikan pihak sekolah ada memberi pelepasan

kepadanya tetapi apa yang menyesakkan fikirannya ialah cutinya sering menjadi buah mulut

orang.

Ada yang mendakwa Noreha sengaja menjadikan tekanan yang dialaminya sebagai alasan

untuk bercuti.

"Secara fizikalnya saya memang sihat, tetapi dalaman saya berkecamuk. Saya bukan buat-buat

sakit. Ikutkan hati, saya tak mahu masuk hospital dan tinggalkan keluarga dan kerjaya saya,"

katanya.

Ibu kepada dua orang anak ini juga memberitahu, dia cuba untuk mengawal perasaannya

daripada terus tertekan, tetapi adakalanya semakin dia cuba untuk tenang, semakin agresif pula

jadinya.

"Kadang-kadang saya tak rasa tertekan. Saya rasa sihat, tetapi orang sekeliling tak anggap

begitu, mereka mula sorokkan pisau. Kebelakangan ini saya kerap dimasukkan ke wad

berbanding dulu," katanya.

Kerja tujuh hari seminggu

Berbeza dengan Norehan, akibat terbeban dengan kerja sebagai guru JQAF, Zaimah Mishan,

42, pernah mengalami sakit jiwa.

Dia yang mengajar sekolah aliran agama tidak mampu untuk menanggung beban tersebut

lebih-lebih lagi banyak masa dihabiskan di sekolah berbanding bersama keluarga.

"Saya pernah mengalami masalah jiwa iaitu kecelaruan bipolar sehingga saya tidak mampu

mengajar. Enam bulan saya dirawat dan direhatkan.

"Ramai melihat guru JQAF tidak banyak kerja memandangkan mereka hanya mengajar agama

tidak seperti sekolah aliran kebangsaan. Namun, mereka juga dibebani dengan komitmen luar,"

katanya.

Berisiko mendapat penyakit kritikal

MENURUT Pakar Perunding Kanan Psikiatri, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Prof.

Nor Zuraida Zainal, setiap tahun dianggarkan 22,000 pesakit mendapatkan rawatan di klinik dan

Page 3: Ramai Guru Sakit Jiwa

wad psikiatri hospital berkenaan. Kira-kira 10 peratus daripada mereka terdiri daripada

golongan guru.

“Guru sekarang tidak seperti guru zaman dahulu. Guru sekarang terbeban kerana banyak

tugasan baru yang perlu dilaksanakan selain mengajar.

“Di samping sibuk dengan aktiviti persatuan, panitia, kelab, rumah sukan, kursus dan gerak

kerja luar sekolah, guru-guru juga perlu berdepan dengan tekanan lain.

“Mereka turut berhadapan dengan perangai pelajar dan kerenah ibu bapa serta pengetua yang

sentiasa menaruh harapan tinggi untuk melahirkan pelajar cemerlang dalam peperiksaan,”

katanya.

Ramai ibu bapa, tidak kira di bandar atau di luar bandar, masih menganggap bahawa sekolah

dan pusat tuisyen ialah tempat untuk mendidik anak mereka dan menyerahkan tanggungjawab

itu sepenuhnya kepada guru.

Apabila ada anak yang gagal, sesetengah ibu bapa terus menuding jari kepada guru sedangkan

kejayaan para pelajar tidak hanya bergantung kepada pengajaran di sekolah.

Bercakap mengenai gejala tekanan yang sering dialami oleh pesakit-pesakitnya yang juga guru,

Nor Zuraida memberitahu, kebanyakan mereka menghidap kecelaruan bipolar iaitu kewujudan

pelbagai karakter yang berlawanan dengan keadaan guru terbabit sebelumnya. Ini diikuti

kebimbangan melampau dan kemurungan.

“Mereka yang mengalami kecelaruan bipolar nampak sihat seperti biasa, malah pada tahap

hipoaktif, mereka menjadi rajin dan produktif dalam melakukan sebarang kerja walaupun tidak

mempunyai waktu rehat yang cukup.

“Tetapi kerja yang dilakukan tidak pernah habis dan ini yang mendatangkan sangsi kepada

orang di sekeliling mereka,” katanya.

Tiga faktor utama yang menyebabkan tekanan ialah keturunan, faktor sekeliling seperti kerja

dan jaringan sosial seperti keluarga, rakan-rakan dan masyarakat.

Sekiranya terdapat keturunan yang mempunyai masalah jiwa, risiko untuk guru mendapat

tekanan menjadi lebih tinggi.

Malah, jelas Nor Zuraida, guru yang tertekan berisiko empat kali ganda lebih tinggi untuk

mendapat penyakit kritikal seperti sakit jantung, darah tinggi, kencing manis dan buah

pinggang.

Page 4: Ramai Guru Sakit Jiwa

“Tanda-tanda awal penyakit ini bermula dengan kemurungan. Guru akan mula hilang tumpuan

mengajar, bosan, pendiam dan jika berlarutan mereka tidak mampu lagi untuk mengajar dan

melakukan aktiviti harian.

“Sekiranya wujud keadaan-keadaan seperti ini, pihak pengurusan sekolah perlu memahami dan

membantu guru berkenaan dengan mengurangkan waktu dan kelas mengajar serta memberi

kelonggaran untuk menjalani terapi dan kaunseling,” jelas Nor Zuraida.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0322&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_02.htm#ixzz3ji0WHN7K Hakcipta terpelihara 

Utusan online

Pendidikan

Guru lebih stress

Oleh NOOR HAMIZAH ABU BAKARGambar NOOR ASREKUZAIREY SALIM

RAMAI yang pasti terkejut apabila mengetahui hasil kajian mendapati bahawa guru berada di kedudukan keempat dalam kerjaya yang paling mencetuskan tekanan atau stres terutama dari segi fizikal selepas polis, pegawai penjara dan jururawat.

Malah kedudukan itu berada di atas daripada profesion tentera yang menduduki tempat ke lima.

"Kedudukan guru sebelum askar agak mengejutkan. Ini menunjukkan seorang guru berdiri lama ketika mengajar di dalam kelas atau melakukan aktiviti sukan dan sebagai. Jadi tidak mustahil mereka mengalami tekanan seperti kesakitan anggota badan," kata Pengarah Urusan Great Life Physio and Rehabilation, Mohd. Rozaimi Che Kamaruddinata.

Didorong perkembangan itu beliau berkata, sebagai syarikat yang mengendalikan pusat rawatan fisioterapi, pihaknya telah memperkenalkan program latihan fisioterapi khas untuk golongan guru di sekolah-sekolah seluruh negara.

Katanya, program itu disediakan khas oleh pakar-pakar fisioterapi untuk para guru dalam memberi panduan bagaimana menguruskan stres dan kesakitan anggota badan semasa bertugas.

"Matlamat program ini adalah untuk memperkenalkan kepada masyarakat bahawa rawatan terbaik dalam penyelesaian kesihatan terutamanya berkaitan stres dalam pekerjaan ialah melalui fisioterapi," katanya.

Beliau mengakui, kekangan masa bagi mereka yang bekerja untuk bersenam atau melakukan aktiviti sukan boleh menyebabkan seseorang itu kelihatan lesu dan tidak bermaya.

Ini ditambah pula dengan tekanan yang dihadapi sama ada ketika di tempat kerja mahupun di rumah.

"Fisioterapi adalah salah satu rawatan atau kaedah yang boleh dilakukan oleh semua orang dalam menghadapi tekanan dalam kerja.

"Secara umumnya fisioterapi merupakan kaedah rawatan penyakit atau kecederaan melalui penyembuhan semula jadi badan. Kaedah ini tidak menyakitkan dan tiada ubat digunakan, ia lebih kepada proses pemulihan dan pencegahan," katanya.

Dalam pada itu program pertama latihan fisioterapi di sekolah berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Gading, Sungai Buloh, Selangor, baru-baru ini membabitkan 135 guru dan kakitangan sekolah.

Page 5: Ramai Guru Sakit Jiwa

Pengetuanya, Siti Endon Mohamad Dahlan berpendapat program itu baik dalam membantu guru-guru dan sedikit sebanyak memberi kesedaran kepada mereka.

"Rawatan ini adalah mudah dan boleh dilakukan oleh semua lapisan masyarakat terutama yang bekerja. Sedikit sebanyak ia membantu melahirkan kualiti kerja yang bermutu," katanya.

Melalui program tersebut, guru-guru telah didedahkan secara teori dan praktikal daripada aspek fisioterapi oleh kakitangan Great Life Physio and Rehabilation dengan kerjasama pelajar Masterskill.

Sesi ceramah telah diberikan oleh Pakar Fisioterapi Great Life Physio and Rehabilation, Siti Fazilah Jamaluddin, yang menerangkan beberapa aspek mengenai stres yang boleh mengakibatkan seperti pening, sakit belakang, lemah sistem pertahanan badan, mengganggu mutu kerja dan juga boleh berlaku serangan jantung serta obesiti.

Selain itu, tanda-tanda stres boleh dikenal pasti menerusi degupan jantung yang laju, ketegangan otot, proses pernafasan menjadi cepat, berpeluh dan terasa perut kurang selesa, loya dan cirit.

Fazilah menjelaskan antara faktornya adalah disebabkan penat, kurang tidur, postur badan ketika bekerja, bebanan kerja, suasana tempat kerja, skop kerja dan sebagainya.

Malah beliau berharap supaya masyarakat menerima rawatan fisioterapi ini sebagai satu alternatif perubatan dalam kehidupan.

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20120424/pe_01/Guru-lebih-stres#ixzz3ji0mBmuI © Utusan Melayu (M) Bhd 

PENDAHULUAN

            Tekanan atau stress adalah satu tindakbalas fisiologikal dan

psikologikal ke atas permintaan terhadap seseorang. Ini bermaksud, tekanan

yang melanda seseorang akan menyebabkan fikiran dan fizikal individu

tersebut bertindak balas mengikut keadaan dan tahap tekanan tersebut.

Sekiranya tahap tekanan tersebut adalah rendah maka tindakbalas individu

terbabit juga tidak terlalu besar dan begitu juga sebaliknya. Smither (1994),

Kenyataan ini disokong oleh Schafer (1992), yang menyatakan bahawa

tekanan sebagai kebangkitan minda dan fizikal seseorang dalam memberi

tindakbalas kepada sesuatu permintaan terhadap diri seseorang. Tambahan

pula, Fontana (1989), juga menyatakan bahawa tekanan adalah satu bentuk

permintaan yang dibuat ke atas keupayaan untuk menyesuaikan minda dan

fizikal serta seterusnya menjelaskan sekiranya seseorang itu dapat

menerima dan menangani permintaan tersebut, maka tekanan tersebut

akan mendatangkan kesan yang positif. Hal ini menunjukkan bahawa cara

seseorang menangani tekanan bergantung kepada tahap kesediaan minda

dan fizikal seseorang untuk menerima atau menyerap sesuatu tekanan yang

diterima. Sekiranya individu terbabit tidak bersedia dari segi fizikal dan

mental, maka sudah pastinya tekanan yang datang dalam bentuk

Page 6: Ramai Guru Sakit Jiwa

permintaan ini tidak mampu dihadapi dengan sempurna yang akhirnya akan

menyebabkan individu tersebut tertekan dan menghadapi masalah yang

lebih besar. Sementara itu, menurut Levine dan Ursin (2009), tindakbalas

tekanan ini adalah satu perubahan fisiologi dan perlakuan yang berlaku

terhadap mereka yang menghadapi tekanan. Oleh itu, boleh dikatakan

bahawa, tekanan bukanlah satu perkara yang boleh diambil ringan kerana

seseorang itu akan menghadapi risiko untuk berubah perlakuannya dengan

melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya seperti bercakap kasar,

memulakan pertengkaran, terlibat secara fizikal dalam pergaduhan,

penyalahgunaan dadah, terlibat dalam jenayah dan sebagainya yang

membuktikan walau sekecil mana sekalipun tekanan tersebut sekiranya

tidak diuruskan dengan betul mampu membawa malapetaka yang lebih

dahsyat lagi kepada mereka yang terlibat. Namun semuanya bergantung

kepada kekuatan mental dan fizikal seseorang kerana ianya dapat

membantu seseorang untuk menyerap tekanan dan dapat menerima

tekanan tersebut secara positif.

            Daripada beberapa definisi yang diberikan di atas, maka boleh

dikatakan tekanan terbukti mempunyai hubungan dengan faktor dalaman

dan luaran seseorang. Faktor luaran ini bermaksud persekitaran fizikal

seperti tugasan dan tanggungjawab di pejabat, tahap perhubungan dengan

manusia lain, keadaan fizikal kediaman, tahap kebisingan, kesesakan

jalanraya dan sebagainya yang berkaitan dengan kehidupan seharian

manusia. Faktor dalaman pula bermaksud faktor yang mempengaruhi

seseorang di dalam menangani faktor-faktor luaran tadi seperti tahap

kesihatan fizikal dan mental, emosi dan perasaan serta rehat yang

mencukupi. Bagi mereka yang mempunyai tahap kesihatan yang tinggi,

kemungkinan untuk mereka menghadapi tekanan disebabkan perkara yang

remeh-temeh adalah rendah dan cara mereka bertindakbalas juga adalah

secara sederhana. Manakala mereka yang mempunyai tahap kesihatan yang

rendah mempunyai kemungkinan untuk mengalami tekanan dan

bertindakbalas secara agresif walaupun atas sebab-sebab yang kecil akibat

ketahanan mental dan fizikal yang lemah.

            Di Malaysia, profesion keguruan merupakan satu bentuk

perkhidmatan sosial yang sungguh mencabar. (Ibrahim Ahmad Bajunid,

Page 7: Ramai Guru Sakit Jiwa

1995). Semenjak beberapa tahun kebelakangan ini, pelbagai usaha

dijalankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai satu usaha dalam

meningkatkan mutu sistem pendidikan di Malaysia. Dengan pelaksanaan

pelbagai-bagai reformasi ini, tugas, peranan dan tanggungjawab guru

menjadi semakin mencabar.Tekanan terhadap guru memang

berkecenderungan untuk menyebabkan guru berada dalam keadaan

murung, mengalami tekanan jiwa, kekecewaan dan kebimbangan. Guru yang

gagal mengawal diri akibat tekanan akan memberi kesan kepada

perhubungan guru dengan pelajar dan juga mutu pengajaran dan

pembelajaran seterusnya boleh menjejaskan kualiti pendidikan dan juga

profesion perguruan. Bukan sekadar itu, masalah ini akan membantutkan

usaha mewujudkan sebuah masyarakat yang mampu membawa Malaysia ke

tahap kecemerlangan dan kegemilangan mutu pendidikan. (Dr.Sapora Sipon,

2007). Peratusan kadar stress dalam kalangan pekerja di Malaysia yang

telah dicatatkan pada tahun 2011 juga menunjukkan bahawa  guru berada

pada tempat keempat dengan peratusan sebanyak 45.8 % berbanding

pekerjaan-pekerjaan yang lain seperti jururawat, doktor dan sebagainya.

Statistik ini membuktikan bahawa tugas guru ini bukan tugasan biasa dan

mudah seperti yang diperkatakan oleh sesetengah pihak. Satu kajian telah

dijalankan oleh Mohamad Abdillah Royo dan Woo Sew Fun dari Fakulti

Pendidikan Universiti Malaya bagi mengenalpasti punca sebenar dan jalan

penyelesaian bagi masalah ini. Hasil kajian menunjukkan bahawa pelbagai

perkara yang dikenalpasti menyumbang kepada masalah ini antaranya

bebanan tugas, kerenah murid, kurang motivasi dan sebagainya.

PERKEMBANGAN HUJAH-HUJAH

            Stress boleh berlaku kepada semua guru samada guru sekolah

menengah mahupun rendah. Satu kajian yang dijalankan oleh Azizi Yahya

dan Norliza Othman mengenai  punca sebenar berlakunya masalah stress

dalam kalangan guru matematik di negeri Johor. Hasil kajian mendapati

bahawa faktor yang paling  mempengaruhi stress adalah faktor masalah

disiplin pelajar yang mencatatkan nilai min keseluruhan tertinggi iaitu 3.83.

Kajian juga dijalankan oleh Azrul Hisham Abdul Manaf pada tahun 2009

menunjukkan bahawa guru tidak terlepas daripada perlakuan dan sikap

segelintir pelajar yang kadangkala menyakitkan hati. Antara contoh

Page 8: Ramai Guru Sakit Jiwa

perlakuan pelajar yang membangkitkan kemarahan guru termasuklah

datang lewat ke kelas, membuat bising ketika sesi pengajaran dan

pembelajaran bermula, tidak hadir ke sekolah tanpa alasan yang munasabah

dan bersikap biadap dengan guru. Perkara ini menyebabkan guru mengambil

keputusan yang agak drastik dan berasaskan emosi untuk menyelesaikan

masalah yang berkaitan dengan disiplin pelajar. Walaupun tindakan ini

melanggar etika dan tatatertib seorang pendidik, namun kadangkala emosi

yang tidak stabil boleh menguasai kekuatan akal fikiran yang waras.

Terdapat banyak contoh sebenarnya yang berkaitan dengan tindakan disiplin

berdasarkan emosi yang dilakukan oleh guru yang berkait dengan masalah

disiplin pelajar. Antaranya ialah kejadian di mana 200 orang pelajar Sekolah

Menengah Kebangsaan Bawang Assan di Sarawak yang telah dihukum

dengan cara berendam di dalam sebuah kolam yang kotor oleh warden

asrama mereka disebabkan masalah disiplin (Utusan Malaysia, 28 Julai

2007). Setahun sebelum itu,seorang guru disiplin di sebuah sekolah

menengah di Kelantan telah bertindak memukul seorang pelajar berulang

kali di kawasan sekolah kerana memakai seluar jeans pada hari terakhir

peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ( Berita Harian, 20 Mei 2006 ).

           

            Guru bukan sahaja terpaksa berhadapan dengan para pelajar yang

bermasalah tetapi juga berhadapan dengan ibu bapa pelajar yang

memberikan harapan yang amat tinggi kepada para guru untuk menjadikan

anak-anak mereka cemerlang dalam pelajaran. Hal ini dapat dibuktikan

menerusi kajian yang telah dijalankan oleh Unit Kaunseling Jabatan Psikologi,

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada tahun 2006 yang mendapati bahawa

83% daripada guru telah mengalami tekanan akibat harapan tinggi yang

diletakkan oleh ibu bapa pelajar yang mengharapkan guru-guru di sekolah

boleh membantu untuk menjadikan anak-anak mereka sebagai pelajar yang

cemerlang dalam akademik. Kajian yang sama juga menyatakan bahawa

kebanyakan ibu bapa akan melepaskan sepenuhnya tanggungjawab untuk

mendidik anak-anak mereka kepada guru sekolah sambil mengharapkan

anak mereka memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.

Abu Bakar Hamzah dalam artikelnya yang dimuatkan dalam akhbar Berita

Harian bertarikh 23 Februari 2007 mengatakan bahawa ibu bapa

kebiasaannya akan mengukur kejayaan mutlak seseorang pelajar

berdasarkan kecemerlangan akademik semata-mata tanpa mengira aspek-

Page 9: Ramai Guru Sakit Jiwa

aspek lain yang tidak kurang pentingnya seperti kemahiran dalam bidang

vokasional. Akibat daripada harapan yang terlampau tinggi, kebanyakan

guru terpaksa menghabiskan banyak masa mereka di sekolah untuk

mengadakan kelas-kelas tambahan di luar waktu persekolahan bagi

memastikan harapan ibu bapa dipenuhi.

            Selain itu, faktor bebanan kerja yang terlampau banyak juga

menyebabkan guru-guru mengalami masalah stress. Menurut Esah Sulaiman

(2003), guru merupakan pengurus pembelajaran yang bertanggungjawab

untuk merancang pengetahuan, kemahiran dan nilai yang hendak diajar

kepada pelajar setiap hari. Ini menunjukkan tanggungjawab guru untuk

menyediakan maklumat-maklumat untuk diajar tidak semudah yang

disangkakan. Guru juga dibebankan dengan tugas-tugas lain seperti tugas

pentadbiran sekolah contohnya merancang dan menjalankan aktiviti

sekolah, menjadi penasihat persatuan dan kelab, menjalani kursus yang

telah ditetapkan oleh pihak sekolah atau Jabatan Pendidikan Negeri dan

sebagainya. Perkara ini mungkin dilihat mudah oleh sesetengah pihak

namun ia merupakan bebanan yang amat tinggi kepada para guru kerana

mereka terpaksa melakukan pelbagai jenis kerja yang berkaitan dengan

akademik, kokurikulum dan pentadbiran sekaligus setiap hari. Tambahan

pula, adakalanya tugas-tugas ini perlu diselesaikan pada hari minggu

sehingga menyebabkan guru tidak mendapat ruang waktu untuk berehat

dan bersama keluarga. Ia menjadi menjadi satu masalah yang besar dan

dipandang serius oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sehingga wujudnya

satu Jawatankuasa Khas bagi mengkaji bebanan tugas guru yang terlampau

banyak. Menurut Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Don

yang mempengerusikan jawatankuasa itu, beberapa cadangan sudah

dikenalpasti bagi menangani masalah ini. Jawatankuasa ini ditubuhkan bagi

memberi maklumbalas terhadap aduan yang dibuat oleh Kesatuan

Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) terhadap bebanan tugas guru

dalam satu sidang media yang diadakan pada tarikh 30 Mac 2010. Ini

membuktikan bahawa banyak pihak yang menyedari akan bebanan tugas

guru yang semakin mencabar.

            Bagi pekerja di setiap organisasi, etika kepimpinan seseorang

pemimpin atasan memainkan peranan yang penting dalam memajukan

Page 10: Ramai Guru Sakit Jiwa

organisasi tersebut. Perkara yang sama juga berlaku di sekolah apabila etika

kepimpinan pengetua atau guru besar yang memainkan peranan yang

sangat penting di dalam kemajuan dan pembangunan sekolah serta sumber

manusianya. Guru sememangnya bergantung harap kepada guru besar

untuk memastikan kelancaran pentadbiran di sekolah di samping menjaga

kenajiakn mereka sebaik-baiknya. Sekiranya perkara ini tidak berlaku, guru

akan mengalami tekanan kerana persekitaran tempat kerja yang tidak

membantu mereka untuk menjadi lebih produktif di dalam perkhidmatan.

Hal ini kerana, adakalanya dalam melaksanakan sesuatu program di sekolah,

terdapat corak pentadbiran dan tindakan pengetua yang kurang disenangi di

sekolah. Malahan, ada juga program yang diatur bukanlah untuk

kepentingan sekolah atau pelajar sebaliknya untuk kepentingan peribadi

pengetua semata-mata. Keputusan-keputusan tentang peraturan dan dasar

sekolah yang tidak adil dan kerap berubah juga akan membangkitkan

ketidakpuasan hati guru. (Hamedah binti Wok Awang, 2004). Selain itu, ada

juga pengetua yang menyalahgunakan peruntukan sekolah untuk kegunaan

peribadi seperti hanya menumpukan usaha membesar dan mencantikkan

bilik guru besar sahaja walaupun peruntukan tersebut sebenarnya harus

digunakan untuk pembangunan fizikal sekolah serta kebajikan kakitangan

dan pelajar. Isu ini telah dilaporkan oleh BERNAMA pada 17 Februari 2000,

apabila Kementerian Pendidikan akan mengambil tindakan segera terhadap

pengetua yang menyalahgunakan kuasa mereka termasuk yang terlibat

dalam rasuah. Menurut mantan Menteri Pelajaran Malaysia, hal ini kerana

terdapat beberapa kes yang diterima oleh pihak kementerian setiap tahun

yang menyebabkan tindakan tegas perlu diambil secara serta merta. Hal ini

secara langsung akan mengundang tekanan emosi terhadap guru kerana

mereka akan berasa kurang senang dengan keputusan-keputusan yang

dibuat tanpa mengambil kira kebajikan perkhidmatan mereka. Apabila

keadaan ini semakin berlarutan, ianya akan menghakis kepercayaan guru

terhadap kredibiliti dan ketelusan pengetua terbabit. Akhirnya perasaan

hormat guru akan hilang dan mereka akan kehilangan motivasi untuk terus

berkhidmat dengan cemerlang.

IMPLIKASI HUJAH-HUJAH

Page 11: Ramai Guru Sakit Jiwa

            Punca-punca seperti yang dinyatakan di atas akan membawa kepada

tekanan terhada guru dan menyebabkan mereka mengambil jalan-jalan

tertentu untuk menyelesaikannya. Guru yang tertekan akan melakukan apa

sahaja untuk memastikan tekanan yang melanda mereka berakhir. Ini

termasuklah melakukan perkara yang menyalahi undang-undang dan etika

pengurusan.

            Ponteng kerja adalah perkara serius yang dilakukan oleh individu-

individu yang tertekan ( Akhiar Pardi dan Shamsina Shamsuddin, 2011 ).

Perkara ini dibuktikan melalui pendedahan yang dibuat oleh akhbar Berita

Harian bertarikh 12 Disember 2009 iaitu seramai lima peratus daripada

keseluruhan penjawat awam di Malaysia terlibat dalam kes ponteng kerja di

mana ada sesetengahnya yang tidak hadir ke tempat kerja selama tiga

bulan. Satu laporan akhbar daripada Berita Harian bertarikh 27 Mac 2008

menyebutkan isu seorang guru di Perak yang tidak menghadirkan diri ke

sekolah selama lebih dari 30 hari tanpa alasan yang kukuh. Akibat dari

perlakuan tersebut, pihak Kementerian Pelajaran akan mengambil tindakan

disipilin yang tegas terhadap guru terbabit dan mungkin akan memecat

beliau dari perkhidmatan perguruan. Hal ini disokong melalui pernyataan

yang dibuat oleh Ho (1997) bahawa guru yang ponteng kerja akan

menyebabkan proses pembelajaran terganggu untuk satu jangka masa yang

panjang. Akibatnya, banyak perkara yang tidak dapat diselesaikan dengan

segera seperti kegagalan menghabiskan sukatan pelajaran dan kelewatan

menganjurkan aktiviti-aktiviti ko kurikulum di sekolah. Selain itu, rancangan

pengajaran yang telah ditetapkan juga tidak dapat diikuti lagi kerana telah

tersasar dari perancangan asal menyebabkan perancangan baru perlu

disusun semula. Akhirnya, pelajar-pelajar akan mendapat impak yang sangat

negatif apabila mereka tidak mampu menjawab soalan-soalan peperiksaan

dengan baik terutamanya apabila melibatkan peperiksaan-peperiksaan

umum seperti UPSR, PMR dan SPM kesan dari proses pengajaran dan

pembelajaran yang tidak lancar.

            Selain daripada ponteng kerja, guru-guru juga akan cenderung untuk

melakukan tindakan yang lebih besar iaitu berhenti kerja kerana tidak lagi

mampu untuk bertahan dalam kerjaya ini. Tekanan-tekanan yang datang

dari bebanan tugas yang melampau, etika kepimpinan pihak atasan sekolah

Page 12: Ramai Guru Sakit Jiwa

dan tahap disiplin pelajar yang rendah merupakan faktor utama mengapa

guru berniat meninggalkan kerjaya utama mereka. (Azrul Hisham Abdul

Manaf, 2009). Isu ini turut disentuh oleh satu kajian kes yang telah

dijalankan oleh Erkultu dan Chafra (2006) yang menyebut bahawa tekanan

yang terlampau tinggi boleh mengakibatkan pekerja berfikir untuk

meletakkan jawatan. Justeru, tidak hairanlah para guru yang sememangnya

berhadapan dengan bebanan kerja yang tinggi akan berniat untuk menarik

diri daripada jawatan ini. Kajian juga telah dijalankan oleh Jesus (2000),

beliau mendapati 50 peratus daripada guru yang menjawab borang soal

selidik mengakui bahawa mereka mahu mencari kerja lain akibat tekanan

yang berlebihan di sekolah. Pada pandangan saya, adalah menjadi satu

kerugian yang sangat besar sekiranya kebanyakan guru yang menghadapi

masalah tekanan ini meneruskan niat untuk meletakkan jawatan kerana

ianya akan mengganggu keseluruhan proses pendidikan di sekolah. Selain

itu, kerajaan juga terpaksa mengeluarkan kos yang besar dan menghabiskan

masa yang panjang untuk memberi latihan kepada guru-guru baru bagi

menggantikan kekosongan tersebut.

            Pelbagai langkah yang telah diambil bagi menangani masalah stress

dalam kalangan guru yang semakin parah. Antaranya ialah memperkenalkan

program latihan fisioterapi khas untuk golongan-golongan guru di seluruh

Negara. Menurut pengarah urusan Great Life Physio and Rehabilation, Mohd

Rozaimi Che Kamaruddinata, program itu disediakan khas oleh pakar-pakar

fisioterapi untuk para guru dalam memberi panduan bagaimana

menguruskan stress semasa bertugas. Program ini telah berjaya dijalankan

di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Gading, Sungai Buloh Selangor

dengan melibatkan 135 orang guru dan kakitangan sekolah tersebut.

Program ini disokong penuh oleh pengetua sekolah tersebut, Siti Endon

Mohamad Dahlan yang berpendapat bahawa program itu banyak memberi

kesedaran kepada guru dalam menangani masalah stress di tempat kerja.

            Selain daripada itu, guru sepatutnya diberi pengkhususan tugas iaitu

memberikan tumpuan kepada pengajaran sahaja. Memetik ucapan presiden

NUTP, Hashim bin Adnan, beliau mengatakan bahawa pada hari ini, kita

dapat melihat bahawa tugas guru bukan sahaja mengajar sebaliknya

melakukan tugas-tugas pengurusan yang lain, di mana tugas-tugas tersebut

Page 13: Ramai Guru Sakit Jiwa

sepatutnya dijalankan oleh individu lain. Umpamanya, pengurusan data-data

murid dan sekolah menggunakan aplikasi atas talian yang baru sahaja

diperkenalkan baru-baru ini .Menurut Jaafar Muhammad (2003), kebanyakan

individu bekerja selama 45 jam dalam masa seminggu. Baki masa yang

selebihnya pula sepatutnya digunakan untuk mengukuhkan perhubungan

sosial dengan masyarakat setempat seperti berkomunikasi, menyelesaikan

masalah dan melakukan aktiviti bersama keluarga, jiran tetangga dan rakan-

rakan mahupun ahli bagi persatuan yang disertai oleh mereka. Sekiranya

guru tidak mempunyai masa yang cukup untuk dihabiskan bersama

masyarakat setempat, mereka akan membawa masalah-masalah di luar

pejabat ke sekolah untuk diselesaikan. Perkara ini seterusnya akan

mengganggu pula komitmen mereka terhadap tugas-tugas hakiki di sekolah.

Hal ini akan menjadi semakin serius apabila murid-murid mendapat implikasi

negatif seperti gagal dalam peperiksaan utama dan seterusnya negara

mengalami kerugian besar terhadap penghasilan sumber manusia.

CADANGAN DAN RUMUSAN

Seorang guru yang gagal menjalankan tanggungjawab dan tugas akan

memberi mudarat kepada seluruh generasi ( Chek Mat, 2008 ). Guru yang

baik mestilah sentiasa sedar akan kepentingan diri dan amanah yang dipikul

mereka. Oleh yang demikian, guru mestilah memastikan diri mereka terlepas

dari masalah stress yang memudaratkan ini.

Pemeriksaan kesihatan yang berkala perlu sentiasa dijalankan oleh

para guru dalam memastikan tahap kesihatan mereka berada dalam

keadaan yang baik. Guru mestilah berusaha menjaga tahap kesihatan

mereka kerana hal ini memberikesan yang amat mendalam kepada seorang

guru. Umpamanya, guru yang mengalami masalah kesihatan akan lebih

cenderung mengalami masalah stress di sekolah sekaligus memberi mudarat

kepada profesion secara umumnya dan murid secara khususnya. Guru juga

perlu meningkatkan perbincangan dan bersosial dengan rakan-rakan

sejawatan sekiranya berlaku sebarang masalah berkaitan tugas di sekolah.

Hal ini mungkin dapat menghilangkan sedikit tekanan yang dihadapi oleh

guru. Sekiranya masalah-masalah yang dialami disimpan bersendirian, ia

akan menyebabkan guru lebih mudah menghadapi tekanan di tempat kerja.

Page 14: Ramai Guru Sakit Jiwa

Bagi pihak ibu bapa dan pengurusan sekolah, mereka tidak sepatutnya

meletakkan harapan yang terlalu tinggi kepada guru-guru di sekolah. Hal ini

kerana, tugas mendidik anak adalah tanggungjawab ibu bapa dibantu oleh

guru di sekolah. Adalah menjadi satu kesilapan besar sekiranya tugas

mendidik anak-anak sekadar diletakkan di bawah tanggungjawab guru dan

hal ini secara tidak langsung memberikan tekanan hebat kepada para guru

di sekolah.

Secara kesimpulannya kerjaya sebagai seorang guru adalah satu

kerjaya yang cukup mencabar. Banyak pengorbananyang perlu dilakukan

oleh seorang guru untuk memberi yang terbaik kepada para pelajar. Sesuatu

yang positif perlu dilakukan segera oleh pihak atasan sekolah dan juga guru

bagi mengelakkan punca-punca tekanan ini membawa kesan yang lebih

teruk sekiranya dibiarkan berterusan. Boleh dikatakan tekanan dapat

dikawal dengan baik oleh guru sekiranya mereka mementingkan kepada

cara-cara untuk menguruskan tekanan tersebut. Pengurusantekanan amat

kritikal atau diperlukan oleh guru bagi memastikan mereka sentiasa bersedia

untuk menghadapi segala cabaran dalam dunia perguruan yang mendatang.

Perubahan demi perubahan yang pantas berlaku akan menjadikan

kerjaya seorang guru lebih sukar ataupun complicated. Sekiranya guru tidak

mampu mengawal diri dan tekanan mereka dengan baik, sudah pastinya

kerjaya mereka bukan sahaja akan berakhir lebih awal malahan dikenakan

tindakan-tindakan disiplin yang keras pula atas segala kesalahan yang

dilakukan. Perubahan demi perubahan yang berlaku dalam persekitaran

dunia pendidikan pada hari ini pula ternyata menyebabkan guru juga perlu

berubah, namun tidak ramai yang mampu untuk membuat perubahan secara

drastik menyebabkan tekanan mula menguasai mereka dan akhirnya

membawa kesan yang besar kepada sistem pendidikan yang dilaksanakan di

sekolah amnya dan di Malaysia khasnya.

            Akhirnya, sokongan yang berterusan daripada pihak pengetua

sehinggalah kepada kakitangan pentadbiran amat penting bagi menjamin

persekitaran tempat kerja yang harmoni dan aman untuk semua pihak.

Konflik yang sedang berlaku akan berterusan tanpa noktah sekiranya masih

tiada ruang untuk bekerjasama dibuka seluas-luasnya untuk kedua-dua

Page 15: Ramai Guru Sakit Jiwa

belah pihak iaitu pentadbiran dan akademik. Keprihatinan terhadap beban

tugas guru perlu ditingkatkan oleh segenap lapisan masyarakat demi

memastikan kelangsungan sistem pendidikan di Malaysia seterusnya usaha

melahirkan generasi pewaris negara berterusan dan tidak terhenti.

REFLEKSI

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Illahi akhirnya tugasan ini berjaya

dilaksanakan dengan jayanya. Jutaan terima kasih kepada semua pihak yang

membantu secara langsung dan tidak langsung terutamanya pensyarah,

Puan Salina binti Mokhtar.

Pada mulanya, tugasan ini dilihat sebagai satu tugasan yang sangat

mencabar buat saya. Saya ditugaskan untuk menganalisis satu artikel dan

membina satu laman blog untuk memuatkan artikel yang dihasilkan.

Tugasan ini sangat mencabar kerana ini merupakan pengalaman pertama

saya menghasilkan blog, apatah lagi blog yang bersifat ilmiah seperti ini.

Namun Alhamdulillah, tugasan berjaya disiapkan sepenuhnya. Kami

berganding bahu mempelajari cara-cara membuat blog dengan

menggunakan aplikasi atas talian yang sangat banyak di laman sesawang.

Kami bersama-sama meneroka maklumat-maklumat dan tutorial yang

disediakan dan akhirnya tugasan tersebut berjaya dijalankan. Kami juga

meminta bantuan rakan-rakan yang mahir dalam bidang ini untuk mengajar

kami cara menghasilkan sebuah laman blog yang menarik dan berkualiti.

Selain daripada itu, saya juga menghadapi masalah apabila berlaku

kekangan masa dalam usaha menyiapkan tugasan ini. Tambahan pula, cuti

hari raya yang diperuntukkan agak padat dengan jadual-jadual lain

menyebabkan saya tergesa-gesa menyiapkan tugasan ini. Namun, berkat

sokongan dan dorongan rakan-rakan sekumpulan, saya berjaya mengatasi

masalah ini. Saya juga berpuas hati kerana berjaya menghasilkan satu

penulisan artikel yang pada hemat saya sebuah artikel yang baik untuk

menjadi rujukan semua pembaca.

Pelbagai kemahiran baru yang diperolehi dalam tugasan ini. Antaranya

ialah kemahiran menggunakan ICT sebagai medium menyampaikan

maklumat kepada seluruh masyarakat. Selain itu, kemahiran yang saya

Page 16: Ramai Guru Sakit Jiwa

perolehi ialah kemahiran menganalisis sesuatu isu menggunakan bukti-bukti

kukuh bagi memantapkan hujah-hujah yang dilontarkan atau lebih dikenali

sebagai penulisan ilmiah. Kemahiran ini juga sangat penting buat saya

dalam usaha untuk menyelesaikan penulisan kajian tindakan pada semester

ini.

Secara keseluruhannya, tugasan ini memberi saya semangat baru

untuk lebih giat menulis artikel ilmiah setelah memasuki alam kerjaya kelak.

Seterusnya, menggunakan medium ICT sebagai wadah untuk menyebarkan

idea dan penulisan tersebut. Hal ini bukan sahaja dapat meningkatkan mutu

pendidikan, tetapi juga membantu memajukan diri sendiri dalam bidang

yang menjadi pilihan ini. Penulisan artikel ilmiah juga merupakan satu cara

terbaik bagi seorang guru meluahkan masalah-masalah dan

mengetengahkan isu-isu pendidikan kepada masyarakat umum.

Sekian, terima kasih.

BIBLIOGRAFI

Akhiar Pardi & Shamsina Shamsuddin. (2011). Pengendalian Disiplin Remaja

di Sekolah dan di Rumah. Penerbitan Multimedia. Kuala Lumpur

Azizi Yahya & Norliza Othman (2010), Stres Dalam Kalangan Guru Sekolah Menengah Di

Empat Buah Negeri Di Malaysia. Asia Pacific Journal of Educators and Education. Kuala

Lumpur

Azrul Hisham Abdul Manaf (2009), Faktor-Faktor Tekanan Dan Kesannya

Kepada Guru Sekolah Menengah Kebangsaan : Satu Kajian Di Daerah Timur

Laut, Pulau Pinang. UPM. Kuala Lumpur

Chek Mat (2008). Ujian Psikologi & Pengurusan. Unipress Printer Sdn Bhd.

2008

Page 17: Ramai Guru Sakit Jiwa

Dr  Sapura Sipon (2007). Tekanan Kerja Di Kalangan Guru-Guru Di Sebuah

Sekolah Menengah Kerajaan Dan Sebuah Sekolah Menengah Swasta. Kertas

Projek Bacelor Sains: Serdang. Universiti Putra Malaysia.

Erkutlu, H.V. & Chafra, J. (2006), Relationship Between Leadership Power

Bases And Job Stress Of Subordinates : Example From Boutique Hotels.

Journal Management

Research News, London

Esah Sulaiman (2003), Modul Pengajaran : Asas Pedagogi. Skudai: Jabatan

Asas

Fontan, D. (1989), Managing Stress. British Psychological Society &

Routledge Ltd

Hamedah Wok Awang. (2004), Cerita-Cerita Motivasi Untuk Guru. PTS

Millenia Sdn Bhd. Kuala Lumpur

Ho, J. (1997), Corporate Wellness Programmes in Singapore: Effect on Stress,

Ibrahim Ahmad Bajunid (1995). Tinjauan Tahap Tekanan dan Punca Stress di

Kalangan Guru Sekolah Sabak Bernam. Universiti Teknologi Malaysia. Tesis

Sarjana Muda.

Jaafar Muhammad, (2003), Kelakuan Organisasi. Kuala Lumpur. Leeds

Publications

Mohd Abdillah Royo & Woo Sew Fun (2010), Faktor-Faktor yang Mendorong Tekanan Kerja

( Stress ) di Kalangan Guru-Guru SJK(C) : Satu Kajian. Universiti Teknologi Mara. Selangor

Smither, R. (1994). Stress and teachers: Old wine in new bottle. Urban Education,London

Smither, R.D. (1994), The Physchology of Work And Human Performance

(2nd ed.). Journal of Managerial Psychology

Guru Alami Tekanan Mental & Emosi, Kata NUTP. (18 Ogos 2005). BERNAMA

Page 18: Ramai Guru Sakit Jiwa

Kementerian Akui Ada Masalah Kekurangan Guru. (17 Disember 2003).

BERNAMA

Tip Mengatasi Stres. (25 Jun 2006). Utusan Malaysia

Guru Di Bandar Lebih Tertekan. (18 Disember 1997).Utusan Malaysia

Tuala Wanita: 200 Pelajar Direndam Dalam Kolam Kotor. (28 Julai 2007).

Utusan

Malaysia.

Ibu Bapa Punca Guru Tertekan. (23 Februari 2007). Berita Harian

Ramai Guru Berpenyakit Akibat Stres .( 20 Mei 2006), Utusan Malaysia

Lima Peratus Penjawat Awam Ponteng Kerja. (21 April 2009). Berita Harian

Guru Ponteng Sebulan Boleh Diberhenti Kerja. (12 Mei 2008). Berita Harian

Guru Ponteng : Tindakan Tegas akan Diambil. (12 Mei 2008). Berita Harian

Pengetua Sekolah Yang Langgar Arahan Akan Dikenakan Tindakan Disiplin.

(1 Jun

1997). BERNAMA

Pengetua Salahguna Kuasa Akan Dikenakan Tindakan. (4 Mac 2000).

BERNAMA

           

http://www.nutp.org/new/ms/

http://www.jpa.gov.my/index.php?lang=ms

http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20120424/pe_01/Guru-lebih-stres

jaan Paling Stress di Malaysia? Doktor? Cikgu? Polis? Huzaifah Al-Selangori | September 27, 2011

Page 19: Ramai Guru Sakit Jiwa

Apakah Pekerjaan Paling Stress di Malaysia? Doktor? Cikgu? Polis? | Assalamualaikum dan selamat petang.

Korang nak tau tak apakah pekerjaan paling stress atau bertekanan tinggi di Malaysia. Aku terkejut juga. Aku

ingat cikgu la pekerjaan paling stress. Maklum la, depa kan selalu cakap itu la, ini la walaupun keje separuh hari je

rata-ratanya hehe. Doktor? Korang rasa doktor ke pekerjaan paling stress di Malaysia. Aku pun rasa camtu juga.

Bila tengok doktor keje 36 jam non-stop, terasa kasihan di hati tapi bukan mereka. Korang nak teka apa lagi? Tak

payah la main teka-teka dah. Baru-baru ni Jabatan Kesihatan Masyarakat Pusat Perubatan Universiti

Kebangsaan Malaysia (PPUKM) telah membuat penyelidikan tentang fakta dan informasi pekerjaan paling stress

sekali di Malaysia dan hasilnya amat memeranjatkan. Pekerjaan polis menduduki carta pertama. Sebab apa ye?

Mungkin tahap penerimaan stress anggota polis sangat rendah kot. Kalau polis jadi doktor, boleh jadi super stress

kot. Korang boleh baca sendiri artikel di bawah ni. Nak dengar juga pendapat korang. Korang setuju ke polis adalah

pekerjaan paling stress di Malaysia. P/S: Ada beberapa dosa tidak boleh ditebus oleh pahala amal baik dan soleh.

Amalan yang boleh menebus dosa-dosa tu hanyalah dengan amalan mencari rezeki yang halal. Kerana dengan

mencari kerja yang halal itu dapat mengelakkan diri dari meminta-minta dan berhutang. Mendalam juga maksudnya

ni.

Informasi dan fakta penyelidikan pekerjaan paling stress di Malaysia

KUALA LUMPUR: Lambakan beban kerja dan kerap mendapat tugasan di luar waktu pejabat atau on call

menyebabkan ramai anggota polis mengalami tekanan atau stres, berbanding penjawat awam di sektor lain, iaitu

doktor, jururawat, guru serta bomba.

Lambakan beban kerja termasuk kerja lebih masa yang perlu mereka lakukan kerana menyertai pelbagai operasi dan

serbuan yang kebiasaannya dilakukan di luar waktu pejabat, iaitu antara jam 5 petang sehingga 6 pagi.

Hasil kaji selidik Jabatan Kesihatan Masyarakat Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) juga

mendapati responden merasai tekanan apabila dihantar ke sesuatu lokasi untuk mengawal keselamatan dan

ketenteraman serta menyertai pasukan pengaman di luar negara atau sering diarahkan bertugas ketika cuti umum,

termasuk musim perayaan.

Kajian pada tahun 2007 hingga 2009 itu mendapati 53.7 peratus daripada 453 sampel kajian di enam balai polis di

Wilayah Persekutuan, dipercayai mengalami stres di tempat kerja. Angka itu menunjukkanpolis berada di

kedudukan teratas mengatasi enam organisasi lain, iaitu bomba (47.3 peratus), guru (45.8 peratus), jururawat

(42.3 peratus) serta doktor (40.7 peratus).

Page 20: Ramai Guru Sakit Jiwa

Hasil kajian juga menunjukkan 61.1 peratus anggota polis berpangkat sarjan ke atas mengalami kadar stres lebih

tinggi berbanding anggota pangkat rendah, iaitu koperal dan konstabel dengan peratusan masing-masing 56 peratus

dan 51.3 peratus.

Pakar Kriminologi, Datuk Akhbar Satar yang juga penganalisis jenayah, berkata stres yang dihadapi anggota polis

berpunca daripada tiga sebab utama, iaitu profesion kepolisan, peraturan atau polisi dalam organisasi serta masalah

individu.

Bekerja tanpa ketentuan masa atau 24 jam sehari dengan panggilan on call pada bila-bila masa, selain perlu

mengikut arahan pegawai lebih tinggi boleh mengganggu kesihatan dan kehidupan anggota polis. Malah,

sesetengah kes yang disiasat seperti kes bunuh atau yang membabitkan golongan berpengaruh ada kalanya

memberikan tekanan terutama tahap kerisauan yang harus diterima serta risiko ancaman terhadap diri dan keluarga,

katanya.

Akhbar berkata, anggota polis yang mengalami stres boleh menghadapi masalah sakit jiwa berpanjangan dan

mengakibatkan banyak perkara tidak diingini berlaku, termasuk pembunuhan sesama rakan atau bunuh diri

serta salah guna kuasa sehingga menyebabkan nyawa orang lain terancam.

Malah, dikhuatiri, jika tahap tekanan yang dihadapi begitu kritikal, senjata yang dimiliki digunakan sebagai alat untuk

melakukan ugutan atau sebarang aktiviti jenayah termasuk rasuah, katanya.

Namun, katanya, stres dalam kerjaya kepolisan juga boleh berlaku kerana mereka sering dilabel sebagai

perasuah dan prasangka negatif masyarakat terhadap mereka.

Sedangkan mereka menjalankan tugas, tetapi tuduhan sesetengah pihak kononnya pasukan polis korup sama sekali

tidak berasas kerana jumlah yang terbabit adalah kecil. Di Malaysia, masyarakat jarang memuji polis, sedangkan

merekalah yang menjaga keselamatan sehingga kita selesa untuk bergerak ke mana-mana. Jika dibandingkan

di Amerika Syarikat, ia tidak sama seperti apa pasukan polis kita nikmati di negara ini.

Walaupun tidak dinafikan masih ada jenayah kecil berlaku di negara ini, keseluruhannya masih terkawal, mungkin

disebabkan banyak rondaan polis di kebanyakan lokasi, termasuk yang menjadi tumpuan penjenayah, katanya yang

pernah menginap dua tahun di Detroid, Amerika Syarikat, iaitu bandar yang mempunyai kadar jenayah tertinggi di

negara itu.