seni hbae 1203

Upload: jamalina-samm

Post on 14-Apr-2018

227 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/30/2019 seni HBAE 1203

    1/8

    PENGENALAN

    Kreativiti berasal daripada perkataan Latin iaitu creare yang membawa maksud

    membuat, manakala daripada perkataan Greek pula creare bermaksud memenuhi. Kamus

    Dewan(2002) mentakrifkan kreativiti sebagai satu kemampuan atau kebolehan mencipta daya

    kreatif dan kekreatifan.Menurut Rand (1981) pula ,Kreativiti adalah proses di mana seorang

    individu, sebagai hasil dari kemampuan dan kesempatan peribadinya serta dalam interaksinya

    dengan lingkungannya akan mencari produk baru atau original yang memadai untuk situasi yang

    bersangkutan....Produk ini dapat bersifat konkrit ataupun abstrak.

    Kreativiti membabitkan semua aspek seperti daya berfikir dan kemahiran berfikir . Oleh

    itu seseorang yang kreatif dianggap begitu istimewa dan luar biasa kerana hasil hasil yang

    dilakukan oleh seseorang yang kreatif lain daripada yang lain dan dipandang lebih eksklusif .

    Menurut June King McFee pula , kreativiti merujuk kepada keupayaan seseorang individu untuk

    mencipta sesuatu yang baru dan juga kemampuan untuk mengolah sesuatu idea kepada idea yang

    lebih bernas . Kreativiti menggalakkan murid murid berfikir di samping membantu murid

    murid untuk menghasilkan sesuatu yang lebih berkualiti.

    Terdapat beberapa pendapat daripada tokoh Seni Visual tentang kreativiti.Antaranya adalah

    Lowenfeld(1975) percaya bahawa setiap kanak-kanak dilahirkan kreatif. Penyataan ini disokongdengan sifat semulajadi kanak-kanak yang gemar meneroka dan penuh dengan perasaan ingin

    tahu. Menurut Carl Rogers pula menggariskan 5 faktor di mana ianya mendorong kepada

    pembetulan kreativiti sama ada dalam bidang seni atau sains.Faktor-faktor tersebut adalah

    keterbukaan dan fleksibel kepada pengalaman, menikmati kehidupan yang dialami, menghargai

    diri sendiri, mengamalkan kebebasan dan menjadi individu yang peka dan sensitif dengan

    persekitaran

    Kreativiti mempunyai ciri-ciri seperti bersifat fleksibel ,sensitif dan peka,idea yang asli dan tulen

    ,bersifat terbuka ,logik dan berfikiran bernas.Kesimpulannya,kreativiti adalah kebolehan dan

    kemampuan seseorang menghasilkan sesuatu yang kreatif , baru dan asli.Ada juga pendapat yang

    mengatakan kreatif dan kreativiti sebagai penghasilan sesuatu yang baru yang tidak ada

    sebelumnya.

  • 7/30/2019 seni HBAE 1203

    2/8

    2.0 5 TAHAP PERKEMBANGAN PEMIKIRAN KREATIF FISHER ( 1943 ) DALAM

    MELAKSANAKAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

    Kreativiti dipercayai mempunyai tahap tahap tertentu.Oleh itu,adalah penting bagi

    seseorang guru pendidikan seni visual untuk mengetahui peringkat dan tahap kreativiti

    supaya pengetahuan tersebut dapat dijadikan panduan dan rujukan guru bagi merancang

    aktiviti seni visual.Aktiviti yang dirancang menjadikan aktiviti tersebut lebih teratur dan

    menjamin proses pembelajaran tersebut berjalan dengan baik dan berkesan.Antara tokoh

    seni visual yang terkenal di dalam perkembangan kreativiti adalah Fisher(1943).Beliau

    menjelaskan terdapat 5 tahap dalam pemikiran kreatif iaitu :

    i) Peringkat Rangsangan merangsang pemikiran kreatif minda pelajar dengan

    pelbagai soalan kritikal seperti apa, mengapa, siapa, bagaimana dan lain-lain.Guru

    perlu membantu murid untuk berinteraksi secara aktif dan menjelaskan perasaan

    ingin tahu murid terhadap sesuatu isu.

    ii) Peringkat Penerokaan Memerlukan seseorang itu untuk mempunyai pemikiran

    ke hadapan.Peringkat rangsangan telah berjaya merangsang pelajar untuk

    berusaha menjawab persoalan yang dikemukakan oleh guru berdasar

    permasalahan yang timbul.Pada peringkat ini,kanak-kanak berfikiran kreatif amat

    gemar untuk mencari jawapan dan jalan penyelesaian melalui pelbagai cara , gaya

    dan teknik.

    iii) Peringkat Perancangan menggalakkanpemikiran kreatif untuk merancang dan

    memetakan semua aktiviti dan merekodkan segala kemungkinan. Aktiviti pada

    peringkat ini akan dilakukan melalui 3 cara iaitu;

    perancangan secara verbal melalui perbincangan, pemerhatian, interaksi

    dan sebagainya.

    Perancangan secara visual melalui visual, graf, imej lukisan dan sebagai.

  • 7/30/2019 seni HBAE 1203

    3/8

    iv) Peringkat Aktiviti bermula dengan set idea. Untuk melahirkan pemikiran

    kreatif perlu merancang segala aktiviti. Pada peringkat ini segala perancangan

    dibantu melalui persoalan-persoalan seperti ,bagaimana harus kita mengambil

    tindakan ke atas cadangan tersebut?.

    v) Kajian semula peringkat ini menilai keberkesanan tindakan yang telah diambil

    bagi proses penambahbaikan selain melihat pencapaian objektif kerja.Pada

    peringkat ini ,pemikiran kreatif akan memberikan cadangan bernas bagi

    menggalakkan perkara yang tidak diingini daripada terjadi semula. Pelajar digesa

    memberikan pendapat dan komen terhadap apa yang telah dilalui sebagai satu

    bentuk refleksi diri.

    Seseorang guru pendidikan seni visual seharusnya perlu tahu untuk mengaplikasikan kelima

    lima tahap perkembangan kreativiti Fisher ini dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran

    . Hal ini penting supaya semjua aktiviti yang dirancang dapat berjalan dengan lebih

    bersistematik dan teratur . Peringkat peringkat dan tahap ini sebenarnya boleh dijaadikan

    pedoman dan panduan kepada guru dalam proses merancang dan melaksanakan aktiviti

    pengajaran dan pembelajaran .

    Bagi mengaitkan peringkat perkembangan Fisher dengan aktiviti pembelajaran dan

    pengajaran saya telah pun memilih:

    Tahun : 6A

    Bidang :Mengenal Kraf Tradisional

    Kegiatan :Membuat tembikar berbentuk melengkung secara picitan

    Tajuk:Tembikar

    BBM:contoh bahan yang telah siap,plastisin,lidi,vcd

  • 7/30/2019 seni HBAE 1203

    4/8

    Aktiviti:

    Set induksi

    1.Guru membawa kotak berbalut dan meminta murid meneka isi kotak tersebut.

    2.Mengaitkan topik yang akan diajar pada hari itu.

    Perkembangan

    1.Guru mempertontonkan video yang bertajuk Tembikar yang menceritakan tentang asal

    usul tembikar.

    2.Guru memberikan penerangan tentang teknik dan proses membuat tembikar.

    3.Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan memulakan proses menguli,memicit

    dan membentuk dengan bimbingan guru.

    4.Murid membuat rekaan corak di atas permukaan luar tembikar secara gurisan.

    Penutup

    1.Apresiasi hasil kerja

    2.Mempamer bahan di sudut seni

    Berdasarkan kepada aktiviti pembelajaran dan pengajaran di atas,peringkat ransangan di

    mana pemikiran kreatif diransang semasa guru mengadakan set induksi dengan guru

    membawa kotak berbalut dan meminta murid untuk meneka isi kotak tersebut.Semasa set

    induksi ini guru menggunakan teknik soaljawab dan strategi berpusatkan murid.Semasa sesi

    soal jawab ini guru mengemukakan soalan berpandukan aras Taksonomi Bloom iaitu aras

    Pengetahuan seperti :

    1.Apakah yang ada di tangan cikgu ini ?

  • 7/30/2019 seni HBAE 1203

    5/8

    2.Cuba teka,apakah yang ada di dalam kotak ini ?

    Setelah murid meneka,guru akan mengeluarkan contoh tembikar daripada dalam kotak.Di

    sini sekali lagi murid-murid diransang dengan soalan aras Pengetahuan seperti :

    1.Di manakah tembikar ini sering kamu lihat ?

    2.Apakah bahan yang digunakan untuk membuat tembikar ini ?

    Pada peringkat ransangan ini , soalan beraras pengetahuan digunakan bertujuan untuk

    meransang pemikiran murid dan menarik perhatian murid tentang tajuk yang akan diajar.

    Seterusnya adalah adalah Peringkat Penerokaan di mana memerlukan seseorang itu untuk

    mempunyai pemikiran ke hadapan.Pada peringkat ini guru memperdengarkan video

    bertajuk Tembikar kepada murid.Kaedah yang digunakan oleh guru adalah kaedah

    pandang-dengar.Strategi yang digunakan oleh guru adalah strategi berpusatkan

    bahan.Selepas murid menonton video tersebut,sesi soal jawab dilakukan.Antara contoh

    soalan yang dikemukakan adalah seperti :

    1.Di manakah tempat penghasilan tembikar yang terkenal di Malaysia?(Pengetahuan)

    2.Nyatakan proses menghasilkan tembikar mengikut urutan.(Pemahaman)

    3.Mengapakah tanah perlu diayak ?(Analisis)

    Bagi murid-murid yang kreatif mereka akan berusaha memikirkan jawapan dan jalan

    penyelesaian kepada soalan-soalan yang dikemukakan.Pada peringkat penerokaan ini juga

    juga murid dapat menambah pengetahuan sedia ada murid untuk mereka selepas meonoton

    video yang ditayangkan.

    Peringkat ketiga menurut perkembangan teori Fisher ialah Peringkat Perancangan.pada

    peringkat ini menggalakkan pemikiran kreatif untuk merancang dan memetakan semua

    aktiviti dan merekodkan segala kemungkinan.Peringkat Perancangan ini diaplikasikan

    melalui perancangan secara visual iaitu semasa mereka menonton video dan perancangan

  • 7/30/2019 seni HBAE 1203

    6/8

    secara verbal iaitu interaksi semasa kaedah soal jawab dilaksanakan.Semasa guru

    memberikan penerangan dan tunjukcara membuat tembikar,murid akan melakukan

    perancangan secara verbal sekali lagi iaitu pemerhatian.Semasa penerangan dan tunjukcara

    guru dijalankan,beberapa soalan juga dikemukakan :

    1.Bezakan teknik picitan dan teknik uli dalam menghasilkan tembikar.(Analisis)

    2.Tuliskan semula secara ringkas proses membuat tembikar.(Kefahaman)

    Pada Peringkat Perancangan ini murid-murid akan berfikir secara kreatif bagi menghasilkan

    tembikar yang mereka inginkan.Selepas itu murid akan melakukan aktiviti membuat

    tembikar dalam kumpulan masing-masing.

    Peringkat keempat ialah Peringkat Aktiviti setelah murid-murid berfikir bagaiman untuk

    menghasilkan tembikar yang kreatif.Murid-murid juga digalakkan berbincang di dalam

    kumpulan bagi merancang rekaan corak di atas tembikar dengan menggunakan

    lidi.Untukmenghasilkan tembikar yang kreatif guru telah mengemukakan soalan kepada

    murid-murid seperti :

    1.Pilih rekaan corak yang kamu sukai untuk di guris pada tembikar .(Aplikasi)

    2.Cuba cadangkan dalam kumpulan anda rekaan corak yang sesuai yang boleh digunakan

    untuk diguris pada tembikar.(Sintesis)

    Dengan mengemukakan soalan-soalan seperti diatas , secara tidak langsung mengajar murid

    untuk merancang dan mencungkil daya kreativiti mereka.Kaedah kumpulan yang digunakan

    bukan sahaja memudahkan pengajaran guru tetapi juga dapat mengembangkan perkongsian

    idea dan kreativiti murid-murid.

    Peringkat terakhir mengikut Perkembangan Kreativiti Fisher adalah Kajian

    Semula.Peringkat ini menilai keberkesanan tindakanyang telah diambilbagi proses

    penambahbaikan.Murid-murid akan memberikan pendapat dank omen terhadap apa yang

    telah dilalui sebagai satu refleksi diri.Peringkat Kajian Semula ini diaplikasikan semasa

    aktiviti penutup iaitu semasa apresiasi kerja dilakukan.Murid-murid akan memberi komen

  • 7/30/2019 seni HBAE 1203

    7/8

    dan pandangan kepada hasil kerja rakan-rakan mereka.Mereka juga akan menyatakan

    perasaan mereka setelah menghasilkan tembikar sebagai refleksi diri.Semasa aktiviti

    penutup ini dilaksanakan beberapa soalan akan dikemukakan contohnya :

    1.Apakah perasaan kamu setelah dapat menghasilkan tembikar sendiri?(Pengetahuan)

    2.Bandingkan tembikar kamu dengan tembikar ahli kumpulan kamu.(Kefahaman)

    3.Nilaikan hasil kerja rakan kamu mengikut kekemasan,bentuk dan rekaan corak yang

    dihasilkan.(Penilaian)

    Apresiasi dilakukan yang bertujuan untuk menghargai hasil kerja murid dan memberikan

    pandangan terhadap sesuatu karya.Selain itu juga,berdasarkan Peringkat Kajian Semulamurid-murid dapat memberikan cadangan untuk penambahbaikan kepada hasilan kerja.Ini

    adalah supaya mereka dapat memperbaiki kesilapan yang dilakukan dan tidak

    mengulanginya semula.

    Rumusan soalan berpandukan aras Taksonomi Bloom

    Aras Contoh soalan

    Pengetahuan 1.Apakah yang ada di tangan cikgu ini ?

    2.Cuba teka,apakah yang ada di dalam kotak ini ?

    3.Di manakah tembikar ini sering kamu lihat ?

    4.Apakah bahan yang digunakan untuk membuat tembikar ini ?

    5.Di manakah tempat penghasilan tembikar yang terkenal di

    Malaysia?

    6.Apakah perasaan kamu setelah dapat menghasilkan tembikar

    sendiri?

    Kefahaman 1.Nyatakan proses menghasilkan tembikar mengikut urutan

    Aplikasi

    Analisis

  • 7/30/2019 seni HBAE 1203

    8/8

    Sintesis

    Penilaian