seni dlm pend kerja kursus lampiran 1

Upload: leeching-tan

Post on 12-Oct-2015

106 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

SENI DALAM PENDIDIKAN

TRANSCRIPT

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PULAU PINANG

TUGASAN PROJEK

TAJUK PROGRAM : PPG Ambilan Jun 2011 (Tahun 4 Sem 1)NAMA PELAJAR :

Semester : 2/2014KOD DAN NAMA KURSUS : WAJ3073 SENI DALAM PENDIDIKAN

TARIKH MULA19/7/2014TARIKH HANTAR23/8/2014

Hasil Pembelajaran Tugasan:

1. Menghuraikan peranan Seni Dalam Pendidikan dan menjelaskan konsep asas dalam seni visual, muzik dan pergerakan sebagai cara menghubungkaitkan pengetahuan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.2. Merancang, mereka bentuk dan melaksanakan aktiviti meneroka, mengalami dan mengekspresi yang melibatkan kepekaan deria kanak-kanak.3. Mengaplikasikan aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan dalam pelbagai mata pelajaran yang lain.4. Mengamalkan nilai-nilai murni melalui pelbagai pengalaman seni.5. Mempamerkan kemahiran insaniah melalui aktiviti amali yang dilaksanakan.

Projek ini menilai hasil pembelajaran 1, 2, 3, 4 dan 5

Objektif Projek :

1. Menghasilkan rancangan pelajaran harian mengikut format yang betul untuk menyokong pengajaran dan pembelajaran Seni Dalam Pendidikan sekolah rendah2. Membangun dan mengendalikan pengajaran dan pembelajaran mikro dengan menggunakan kaedah yang kreatif dan efektif dengan menggabungkan elemen kemahiran seni visual,muzik dan pergerakan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah3. Menilai kefahaman mengenai kaedah pengajaran yang paling sesuai dan efektif untuk mengajar subjek Seni Dalam Pendidikan di sekolah rendah

Tugasan 1 - RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (30%). Tarikh Hantar Tugasan: 23/8/2014Tugasan ini adalah tugasan berkumpulan. Pelajar dikehendaki menyediakan satu Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang lengkap untuk tempoh 60 minit bagi subjek major/minor anda. RPH yang disediakan mestilah mengandungi ketiga-ketiga komponen iaitu Pendidikan Seni Muzik, Pendidikan Seni Visual dan Pendidikan Pergerakan.

Tugasan 2 PENGAJARAN MIKRO (30%) Tarikh Pelaksanaan Tugasan: 23/8/2014 (Interaksi 3) dan 6/9/2014 (Interaksi 4)Tugasan ini adalah tugasan individu. Pelajar dapat membuat pengajaran mikro berdasarkan Rancangan Pengajaran Harian yang telah dirancangkan untuk menunjukkan pemahaman dan kemahiran konsep seni visual, muzik dan pergerakan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Tugasan 3 KUIZ (40%) Tarikh Pelaksanaan Tugasan: 11/10/2014 (Interaksi Ke-5)Tugasan ini adalah tugasan individu. Satu kuiz yang mengandungi 5 soalan struktur dan 1 soalan esei. (HP 1-5)

Prosedur:Tugasan 11. Tugasan ini adalah tugasan kumpulan.2. RPH yang dirancang haruslah mengikut subjek major/minor.3. Tugasan perlu bertaip dengan saiz fon Arial 11, dan langkau 1.5 baris serta rujukan prosedur mengikut format dan gaya APA( American Psychological Association).4. Tugasan harus menunjukkan keaslian, kematangan dan bermutu ilmiah.5. Amalan plagiat tidak dibenarkan sama sekali.6. Muka depan Tugasan merangkumi: Nama Pelajar Angka Giliran No. Kad Pengenalan Kumpulan/Unit Kod dan Nama Kursus Tajuk Tugasan Projek Nama Pensyarah Akademik Tarikh Hantar

Tugasan 21. Tugasan ini adalah tugasan individu.2. Setiap ahli kumpulan dikehendaki memilih satu bahagian yang tertentu untuk diajar sama ada pendidikan muzik, pendidikan pergerakan atau pendidikan seni visual.3. Setiap pengajaran haruslah dibantu oleh Bahan Bantu Mengajar (BBM).4. Kumpulan yang menghasilkan RPH ini harus bertanggungjawab terhadap rakaman Pengajaran dan Pembelajaran Tugasan 31. Tugasan ini adalah tugasan individu.2. Tugasan ini akan dilaksanakan serentak oleh semua kelas pada 11/10/2014 (Interaksi Ke-5).3. Tugasan hendaklah bertulis tangan.4. Jawapan untuk soalan struktur mestilah menggunakan konsep atau terma yang tepat.5. Jawapan untuk soalan esei mestilah mengikut format yang betul6. Amalan plagiat tidak dibenarkan sama sekali.

Disediakan oleh:

(HJ MD NASIR BIN YUSOF) Penyelaras Kursus Jabatan Sains SosialIPG Kampus Pulau Pinang Disemak oleh:

(DR HJ MOHD AZHAR BIN BAHARI) Pakar Bidang Sejarah Jabatan Sains SosialIPG Kampus Pulau Pinang

Disahkan oleh:

(DR. MUHAMMAD RAINI BIN MAT RAHIM) Ketua Jabatan AkademikJabatan Sains Sosial IPG Kampus Pulau Pinang

1