dsp pend seni ting 2

Upload: farah-fauzi

Post on 04-Apr-2018

261 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/30/2019 DSP Pend Seni Ting 2

    1/24

    DRAFDSPPendidikanSeniVisualTingkatan228September2012

    STANDARD PRESTASIMATEMATIK TAHUN 1

    KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

    DOKUMEN STANDARD PRESTASIPENDIDIKAN SENI VISUAL

    TINGKATAN 2

  • 7/30/2019 DSP Pend Seni Ting 2

    2/24

    DRAFDSPPendidikanSeniVisualTingkatan228September2012

    2

    FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

    Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi

    individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis

    dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang

    berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan

    mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmurankeluarga, masyarakat dan negara."

  • 7/30/2019 DSP Pend Seni Ting 2

    3/24

    DRAFDSPPendidikanSeniVisualTingkatan228September2012

    3

    MATLAMAT KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL

    Matlamat Pendidikan Seni Visual sekolah menengah adalah untuk membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya,mempunyai nilai-nilai estetik yang tinggi, imaginatif, kritis, kreatif, inovatif dan inventif. Kandungan kurikulum berupaya membantumurid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisanbangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara, selaras dengan hasrat FalsafahPendidikan Kebangsaan.

    OBJEKTIF KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL

    Pendidikan Seni Visual di sekolah menengah bertujuan untuk:

    1. menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan2. memupuk budaya penyelidikan dalam proses penghasilan karya seni visual3. meningkatkan pengetahuan, daya kreativiti, inovasi, disiplin serta kemahiran dalam bidang seni visual yang dapat diamalkan

    dalam kehidupan dan kerjaya4. menggunakan pelbagai kemahiran, media, teknik dan teknologi untuk merekacipta barangan kraf dan produk seni visual yang

    berkualiti5. membuat diskripsi, analisis, interpretasi dan penilaian terhadap karya seni visual6. mendapat nilai tambah dalam disiplin sains, teknologi dan mata pelajaran lain7. menghargai sumbangan dan pengaruh tokoh-tokoh seni visual dalam konteks perkembangan sejarah seni visual di Malaysia

    dan antarabangsa8. menjadikan bidang seni visual sebagai prospek kerjaya

    9. menyedari dan menghargai suasana seni dalam persekitarannya dan kaitan dengan keselesaan hidup10. membina jati diri ke arah pembentukan negara bangsa

  • 7/30/2019 DSP Pend Seni Ting 2

    4/24

    DRAFDSPPendidikanSeniVisualTingkatan228September2012

    4

    PENDAHULUAN

    Dokumen Standard Prestasi bagi mata pelajaran Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) dibina sebagai panduan untuk gurumenambahbaik Pentaksiran Sekolah sejajar dengan pelaksanaan Pentaksiran Rujukan Standard.

    Pentaksiran Rujukan Standard merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu dan boleh buat atau telahmenguasai apa yang dipelajari mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan oleh kurikulum mata pelajaran ini.

    Adalah diharapkan dokumen ini dapat memberi maklumat yang lengkap dan tepat kepada guru tentang hasrat Falsafah Pendidikan

    Kebangsaan yang menekankan tentang pembinaan modal insan yang berteraskan kepada pembangunan jasmani, emosi, rohani,intelek dan sosial.

  • 7/30/2019 DSP Pend Seni Ting 2

    5/24

    DRAFDSPPendidikanSeniVisualTingkatan228September2012

    5

    TAFSIRAN

    o Band ialah satu label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki digunakan bagi

    tujuan pelaporan individu.

    o Standard ialah satu pernyataan tentang sesuatu domain merujuk kepada tanda aras tertentu dan bersifat generik bagi memberigambaran holistik tentang individu.

    o Standard Prestasi ialah pernyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur berdasarkan standard danmenunjukkan di mana kedudukan murid dalam perkembangan atau kemajuan pembelajarannya. Perkembangan dalamstandard itu terbahagi kepada dua iaitu perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan menegak (band).

    Pertumbuhan murid dijelaskan dengan satu atau lebih qualifier menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betulmenggambarkan standard dalam bentuk hasil pembelajaran.

    o Deskriptor ialah pernyataan yang menerangkan apa yang murid tahu dan boleh buat berdasarkan standard di mana kualitiboleh ditaksir dan dicapai.

    o Evidens

    Murid : Pernyataan yang menerangkan tentang bagaimana murid melaksanakan apa yang dia tahu dan bolehbuat berdasarkan deskriptor.

    Instrumen : Bahan atau apa-apa bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatu tugasandalam bentuk produk atau proses seperti foto, grafik, artifak, laporan dan lain-lain.

    o Instrumen ialah alat yang digunakan untuk menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu domain seperti ujianbertulis, ujian secara lisan, demonstrasi, ujian amali.

  • 7/30/2019 DSP Pend Seni Ting 2

    6/24

    DRAFDSPPendidikanSeniVisualTingkatan228September2012

    6

    TAFSIRAN BAND

    BAND PERNYATAAN BAND TAFSIRAN

    1 TAHUMurid tahu perkara asas, atau boleh melakukan kemahiran asas ataumemberi respons terhadap perkara yang asas.

    2 TAHU DAN FAHAMMurid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi ataumenterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari.

    3TAHU, FAHAM DAN BOLEHBUAT

    Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatukemahiran pada suatu situasi.

    4TAHU, FAHAM DAN BOLEHBUAT DENGAN BERADAB

    Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitumengikut prosedur atau secara sistematik.

    5TAHU, FAHAM DAN BOLEHBUAT DENGAN BERADAB

    TERPUJI

    Murid melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baru, denganmengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal dan bersikap

    positif.

    6TAHU, FAHAM DAN BOLEHBUAT DENGAN BERADABMITHALI

    Murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif, mempunyaikeupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan sertacabaran dalam kehidupan seharian serta boleh berbicara untukmendapatkan dan menyampaikan maklumat menggunakan ayat yangsesuai secara bertatasusila dan menjadi contoh secara tekal.

  • 7/30/2019 DSP Pend Seni Ting 2

    7/24

    DRAFDSPPendidikanSeniVisualTingkatan228September2012

    7

    BAND PERNYATAAN STANDARD

    1 Mengenali dan mengetahui unsur seni dan prinsip rekaan dalam Asas Seni Reka.

    2 Mengetahui dan memahami tentang unsur seni dan prinsip rekaan dalam Asas Seni Reka melalui pengamatan danpemerhatian terhadap sumber alam, benda buatan manusia dan hasil seni visual.

    3 Mengetahui, memahami dan meneroka Asas Seni Reka menerusi penerokaan pelbagai media dan teknik dalampenghasilan Seni Halus, Komunikasi Visual dan Kraf Tradisional.

    4Menghasilkan karya Seni Halus, Komunikasi Visual dan Kraf Tradisional dengan mengaplikasikan Asas Seni Rekamelalui penggunaan media yang sesuai dan teknik yang betul serta dapat menerangkan tentang hasil kerja sendiri, disamping mengamalkan nilai baik.

    5 Menghasilkan karya Seni Halus, Komunikasi Visual dan Kraf Tradisional dengan mengaplikasi Asas Seni Reka melaluipenggunaan media yang sesuai dan teknik yang betul, mematuhi prosedur serta dapat membuat apresiasi terhadap hasilkerja sendiri dengan menggunakan istilah seni visual di samping mengamalkan nilai baik

    6 Menghasilkan karya Seni Halus, Komunikasi Visual dan Kraf Tradisonal dengan mengaplikasikan Asas Seni Reka dan

    mempunyai elemen nilai tambah melalui penggunaan media yang sesuai dan teknik yang betul dan kreatif, serta dapatmembuat apresiasi terhadap karya sendiri dengan menghubungkaitkan sumber alam, warisan seni visual tanah air danluar negara, di samping mengamalkan nilai baik.

  • 7/30/2019 DSP Pend Seni Ting 2

    8/24

    DRAFDSPPendidikanSeniVisualTingkatan228September2012

    8

    BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

    1Tahu

    B1Mengenali dan mengetahuiunsur seni dan prinsip rekaandalam Asas Seni Reka.

    B1D1Menyatakan dan mengetahui unsurseni dalam Asas Seni Reka.

    B1D2Menyatakan dan mengetahui prinsiprekaan dalam Asas Seni Reka.

    B1D1E1Menyatakan unsur seni

    garisan

    rupa

    bentuk

    jalinan

    ruang

    warna

    B1D2E2Menyatakan prinsip rekaan

    Kontra

    Harmoni

    Penegasan

    Imbangan Irama dan pergerakan

    Kepelbagaian

    Kesatuan

  • 7/30/2019 DSP Pend Seni Ting 2

    9/24

    DRAFDSPPendidikanSeniVisualTingkatan228September2012

    9

    BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

    2Tahu dan

    Faham

    B2Mengetahui dan memahamitentang unsur seni dan prinsiprekaan dalam Asas Seni Rekamelalui pengamatan danpemerhatian terhadap sumberalam, benda buatan manusia danhasil seni visual.

    B2D1Mengenalpasti fungsi serta perananunsur seni dalam Asas Seni Rekapada sumber alam, benda buatanmanusia dan hasil seni visual.

    B2D1E1Mengenalpasti fungsi dan peranan unsur seni,pada sumber alam, benda buatan manusia.

    B2D1E2Mengenalpasti fungsi dan peranan unsur seni,pada hasil karya Seni Halus.

    B2D1E3Mengenalpasti fungsi dan peranan unsur seni,pada hasil karya Komunikasi Visual.

    B2D1E4Mengenalpasti fungsi dan peranan unsur seni,pada hasil karya Kraf Tradisional.

  • 7/30/2019 DSP Pend Seni Ting 2

    10/24

    DRAFDSPPendidikanSeniVisualTingkatan228September2012

    10

    B2D2Mengenalpasti fungsi serta peranan

    prinsip rekaan dalam Asas Seni Rekapada sumber alam, benda buatanmanusia dan hasil seni visual.

    B2D2E1Mengenalpasti fungsi dan peranan prinsip rekaan,

    pada sumber alam, benda buatan manusia.

    B2D2E2Mengenalpasti fungsi dan peranan prinsip rekaan,pada hasil karya Seni Halus.

    B2D2E3Mengenalpasti fungsi dan peranan prinsip rekaan,pada hasil Komunikasi Visual.

    B2D2E4Mengenalpasti fungsi prinsip dan peranan rekaan,pada hasil karya Kraf Tradisional.

  • 7/30/2019 DSP Pend Seni Ting 2

    11/24

    DRAFDSPPendidikanSeniVisualTingkatan228September2012

    11

    BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

    3Tahu, Faham

    dan BolehBuat

    B3Mengetahui, memahami danmeneroka Asas Seni Rekamenerusi penerokaan pelbagaimedia dan teknik dalampenghasilan Seni Halus,Komunikasi Visual dan KrafTradisional.

    B3D1Aplikasi Asas Seni Reka dalampenghasilan karya Seni Halus,Komunikasi Visual dan KrafTradisional menerusi prosespenerokaan pelbagai media danteknik

    B3D1E1Menghasilkan lakaran idea lukisan denganmengaplikasikan Asas Seni Reka yangbersesuaian melalui proses penerokaan idea,pelbagai media dan teknik

    B3D1E2Menghasilkan lakaran idea catan dengan

    mengaplikasikan Asas Seni Reka yangbersesuaian melalui proses penerokaan idea,pelbagai media dan teknik

    B3D1E3Menghasilkan lakaran idea arca denganmengaplikasikan Asas Seni Reka yangbersesuaian melalui proses penerokaan idea,pelbagai media dan teknik

    B3D1E4Menghasilkan lakaran idea cetakan denganmengaplikasikan Asas Seni Reka yangbersesuaian menerusi proses penerokaan idea,pelbagai media dan teknik

    B3D1E5Menghasilkan lakaran idea rekaan grafik yang

    mudah dengan mengaplikasikan Asas Seni Rekayang bersesuaian melalui proses penerokaanidea, pelbagai media dan teknik

  • 7/30/2019 DSP Pend Seni Ting 2

    12/24

    DRAFDSPPendidikanSeniVisualTingkatan228September2012

    12

    B3D2Menghasilkan karya seni visual

    menerusi penerokaan proses, alat,media dan teknik .

    B3D1E6Menghasilkan lakaran motif dan reka bentukdengan mengaplikasikan Asas Seni Reka yangbersesuaian melalui proses penerokaan idea,pelbagai media dan teknik penghasilan kraf ukiranatau tekat

    B3D2E1Menghasilkan lukisan dengan mengaplikasi Asas

    Seni Reka berdasarkan lakaran asas, penerokaanproses, media dan teknik dengan memberiperhatian kepada kadar banding dan hubungkaitkedudukan objek

    B3D2E2Menghasilkan catan dengan mengaplikasi AsasSeni Reka berdasarkan lakaran asas catan,penerokaan proses, media dan teknik dengan

    memberi perhatian kepada kadar banding danhubungkait kedudukan objek

    B3D2E3Menghasilkan arca dengan mengaplikasi AsasSeni Reka berdasarkan lakaran idea, penggunaanmedia, proses dan teknik yang sesuai

    B3D2E4Menghasilkan cetakan timbulan atau stensildengan mengaplikasi Asas Seni Rekaberdasarkan lakaran idea, penggunaan media,proses dan teknik yang sesuai

  • 7/30/2019 DSP Pend Seni Ting 2

    13/24

    DRAFDSPPendidikanSeniVisualTingkatan228

    September

    2012

    13

    B3D2E5Menghasilkan reka bentuk grafik mudah dengan

    mengaplikasi Asas Seni Reka berdasarkanlakaran idea penggunaan media, proses danteknik dengan memberi perhatian kepada ilustrasidan mukataip

    B3D2E6Menghasilkan ukiran atau tekat yang mudahdengan mengaplikasi Asas Seni Reka,berdasarkan lakaran idea motif dan reka bentuk,

    penggunaan media, proses dan teknik denganmemberi perhatian kepada motif dan reka bentukyang mudah.

  • 7/30/2019 DSP Pend Seni Ting 2

    14/24

    DRAFDSPPendidikanSeniVisualTingkatan228

    September

    2012

    14

    BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

    4Tahu, Faham

    dan BolehBuat Dengan

    Beradab

    B4Menghasilkan karya Seni Halus,Komunikasi Visual dan KrafTradisional denganmengaplikasikan Asas Seni Rekamelalui penggunaan media yangsesuai dan teknik yang betul

    serta dapat menerangkan tentanghasil kerja sendiri, di sampingmengamalkan nilai baik.

    B4D1Mengaplikasi Asas Seni Reka dalampenghasilan karya Seni Halus,Komunikasi Visual dan KrafTradisional berdasarkan idea danproses.

    B4D1E1Menghasilkan lakaran lukisan denganmengaplikasikan Asas Seni Reka menerusiproses penerokaan idea, pelbagai media danteknik penghasilan lukisan dengan memberiperhatian kepada kadar banding dan hubungkaitkedudukan objek,

    B4D1E2Menghasilkan lakaran catan denganmengaplikasikan Asas Seni Reka yangbersesuaian menerusi proses penerokaan idea,pelbagai media dan teknik penghasilan catandengan memberi perhatian kepada kadar bandingdan hubungkait kedudukan objek, perspektif,satah dan imbangan

    B4D1E3Menghasilkan lakaran idea denganmengaplikasikan asas seni reka yang bersesuaianmenerusi proses penerokaan idea, pelbagaimedia dan teknik penghasilan arca denganmemberi penekanan kepada bentuk konkrit (3D)

    B4D1E4Menghasilkan lakaran idea denganmengaplikasikan Asas Seni Reka yangbersesuaian menerusi proses penerokaan idea,pelbagai media dan teknik penghasilan cetakan

  • 7/30/2019 DSP Pend Seni Ting 2

    15/24

    DRAFDSPPendidikanSeniVisualTingkatan228

    September

    2012

    15

    B4D2Menggunakanmedia yang sesuaidan teknik yang betul di dalampenghasilan karya Seni Halus,Komunikasi Visual dan KrafTradisional

    B4D1E5Menghasilkan lakaran idea ilustrasi dengan

    mengaplikasikan asas seni reka yang bersesuaianmelalui proses penerokaan idea, pelbagai mediadan teknik penghasilan seni grafik yang mudah

    B4D1E6Menghasilkan lakaran motif dan reka bentukdengan mengaplikasikan Asas Seni Reka yangbersesuaian melalui proses penerokaan idea,media yang sesuai dan teknik yang betul dalam

    penghasilan kraf tradisional ukiran atau tekat

    B4D2E1Menghasilkan lukisan dengan mengaplikasi AsasSeni Reka berdasarkan lakaran idea, penerokaanmedia yang sesuai, proses dan teknik yang betuldengan memberi perhatian kepada kadar bandingdan hubungkait kedudukan objek

    B4D2E2Menghasilkan catan dengan mengaplikasi AsasSeni Reka berdasarkan lakaran idea, penerokaanmedia yang sesuai, proses dan teknik yang betuldengan memberi perhatian kepada kadar bandingdan hubungkait kedudukan objek.

    B4D2E3Menghasilkan arca dengan mengaplikasi AsasSeni Reka berdasarkan lakaran idea, penggunaanmedia yang sesuai, proses dan teknik yang betuldengan memberi penekanan kepada bentukkonkrit (3D)

  • 7/30/2019 DSP Pend Seni Ting 2

    16/24

    DRAFDSPPendidikanSeniVisualTingkatan228

    September

    2012

    16

    B4D3Membuat apreasiasi terhadap karyasendiri

    B4D4Mengamalkan nilai kendiri yang baiksemasa menjalankan aktiviti

    B4D2E4Menghasilkan cetakan timbulan atau stensildengan mengaplikasi Asas Seni Reka

    berdasarkan lakaran idea, penggunaan mediayang sesuai, proses dan teknik yang betul denganmemberi penekanan kepada disiplin cetakan

    B4D2E5Menghasilkan reka bentuk grafik mudah denganmengaplikasi Asas Seni Reka berdasarkanlakaran idea, penggunaan media dan teknik yangsesuai dengan memberi perhatian kepadailustrasi, mukataip dan reka letak

    B4D2E6Menghasilkan ukiran atau tekat denganmengaplikasi Asas Seni Reka, berdasarkanlakaran idea, penggunaan media yang sesuaiserta proses dan teknik yang betul denganmemberi perhatian kepada motif dan reka bentukyang mudah.

    B4D3E1Mempamerkan dan memperihalkan hasil kerjasendiri.

    B4D4E1Mengamalkan nilai kendiri yang baik semasamenjalankan aktiviti penghasilan seni visualseperti bertanggungjawab, berdisiplin danberkeyakinan diri.

  • 7/30/2019 DSP Pend Seni Ting 2

    17/24

    DRAFDSPPendidikanSeniVisualTingkatan228

    September

    2012

    17

    BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

    5

    Tahu, Fahamdan Boleh

    Buat denganTerpuji

    B5Menghasilkan karya Seni Halus,Komunikasi Visual dan KrafTradisional dengan mengaplikasiAsas Seni Reka melaluipenggunaan media yang sesuaidan teknik yang betul, mengikutproses penghasilan serta dapatmembuat apresiasi terhadap hasilkerja sendiri denganmenggunakan istilah seni visualdi samping mengamalkan nilaibaik

    B5D1Menghasilkan lakaran karya SeniHalus, Komunikasi Visual dan KrafTradisional yang mempunyai temadan mengaplikasikan Asas SeniReka dengan betul.

    B5D1E1Menghasilkan lakaran lukisan mengikut temadengan mengaplikasikan Asas Seni Reka yangbersesuaian menerusi proses penerokaan idea,pelbagai media dan teknik dengan memberiperhatian kepada kadar banding dan hubungkaitkedudukan objek, perspektif, satah danimbangan

    B5D1E2Menghasilkan lakaran idea catan mengikut temadengan mengaplikasikan Asas Seni Reka yangbersesuaian menerusi proses penerokaan idea,pelbagai media dan teknik dengan memberiperhatian kepada kadar banding dan hubungkaitkedudukan objek, perspektif, satah danimbangan.

    B5D1E3Menghasilkan lakaran idea mengikut temadengan mengaplikasikan asas seni reka yangbersesuaian menerusi proses penerokaan idea,pelbagai media dan teknik dalam penghasilanarca

    B5D1E4Menghasilkan lakaran idea mengikut temadengan mengaplikasikan Asas Seni Reka yangbersesuaian menerusi proses penerokaan idea,pelbagai media dan teknik penghasilan cetakan

  • 7/30/2019 DSP Pend Seni Ting 2

    18/24

    DRAFDSPPendidikanSeniVisualTingkatan228

    September

    2012

    18

    B5D2Menghasilkan karya Seni Halus,Komunikasi Visual dan KrafTradisional yang kreatif denganmengaplikasi Asas Seni Reka melaluipenggunaan media dan teknik yangbetul dan sesuai

    B5D1E5Menghasilkan lakaran idea ilustrasi mengikut temadengan mengaplikasikan asas seni reka yangbersesuaian melalui proses penerokaan idea,pelbagai media dan teknik penghasilan seni grafik

    B5D1E6Menghasilkan lakaran motif dan reka bentuk yangmenarik dengan mengaplikasikan Asas Seni Rekayang bersesuaian menerusi proses penerokaanidea, media yang sesuai dan teknik yang betuldalam penghasilan kraf tradisional ukiran atautekat

    B5D2E1Menghasilkan lukisan yang kreatif mengikut temadengan mengaplikasi Asas Seni Rekaberdasarkan lakaran idea, penggunaan mediayang sesuai, proses dan teknik yang betul denganmemberi perhatian kepada kadar banding danhubungkait kedudukan objek, perspektif, satahdan imbangan

    B5D2E2Menghasilkan catan yang kreatif dan mengikuttema dengan mengaplikasi Asas Seni Rekaberdasarkan lakaran idea, penggunaan mediayang sesuai, proses dan teknik yang betul denganmemberi perhatian kepada kadar banding danhubungkait kedudukan objek, perspektif, satahdan imbangan

  • 7/30/2019 DSP Pend Seni Ting 2

    19/24

    DRAFDSPPendidikanSeniVisualTingkatan228September2012

    19

    B5D2E3Menghasilkan arca mengikut tema denganmengaplikasi Asas Seni Reka yang bersesuaianberdasarkan lakaran idea dan penggunaan mediayang kreatif serta proses dan teknik yang betuldengan memberi penekanan kepada bentukkonkrit (3D)

    B5D2E4Menghasilkan cetakan timbulan atau stensil yangkreatif dan mengikut tema dengan mengaplikasiAsas Seni Reka berdasarkan lakaran idea danpenggunaan media yang sesuai, proses danteknik yang betul dengan memberi penekanankepada disiplin cetakan

    B5D2E5Menghasilkan reka bentuk grafik yang kreatif danmengikut tema, dengan mengaplikasi Asas SeniReka berdasarkan lakaran idea, penggunaanmedia dan teknik yang sesuai dengan memberiperhatian, kepada mukataip, ilustrasi, reka letakdan gubahan warna.

    B5D2E6Menghasilkan ukiran atau tekat yang kreatif danmenarik dengan mengaplikasikan Asas SeniReka, berdasarkan lakaran idea, penggunaanmedia yang sesuai serta proses dan teknik yangbetul dengan memberi perhatian kepada rekabentuk dan ragam hias

  • 7/30/2019 DSP Pend Seni Ting 2

    20/24

    DRAFDSPPendidikanSeniVisualTingkatan228September2012

    20

    B5D3Mengamalkan nilai kendiri yangterpuji semasa menjalankan aktiviti

    B5D4Membuat apresiasi terhadap hasilkerja sendiri menggunakan bahasaseni

    B5D3E1Mengamalkan nilai kendiri yang terpuji semasamenjalankan aktiviti penghasilan seni visualseperti bertanggungjawab, berdisiplin dan yakindiri

    B5D3E2Menghargai sumber alam ciptaan Tuhan dalamproses penghasilan karya

    B5D4E1Mempamer dan memperihal hasil kerja sendiridengan menggunakan bahasa seni

  • 7/30/2019 DSP Pend Seni Ting 2

    21/24

    DRAFDSPPendidikanSeniVisualTingkatan228September2012

    21

    BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

    6

    Tahu, Fahamdan Boleh

    Buat denganAdab Mithali

    B6

    Menghasilkan karya Seni Halus,Komunikasi Visual dan KrafTradisonal denganmengaplikasikan Asas Seni Rekadan mempunyai elemen nilaitambah melalui penggunaanmedia dan teknik yang betul dankreatif, serta dapat membuatapresiasi terhadap karya sendiri

    dengan menghubungkaitkansumber alam, warisan seni visualtanah air dan luar negara, disamping mengamalkan nilai baik.

    B6D1

    Menghasilkan lakaran karya SeniHalus, Komunikasi Visual dan KrafTradisional yang kreatif dan unikdengan mengaplikasi Asas SeniReka dan mempunyai elemen nilaitambah.

    B6D1E1

    Menghasilkan lakaran lukisan serta menepatitema dengan mengaplikasikan Asas Seni Rekamenerusi proses penerokaan idea, pelbagai mediadan teknik dengan memberi perhatian kepadakadar banding dan hubungkait kedudukan objek,perspektif, satah dan imbangan

    B6D1E2Menghasilkan lakaran idea catan yang kreatif dan

    unik serta menepati tema denganmengaplikasikan Asas Seni Reka yangbersesuaian, menerusi penerokaan dan penelitianpelbagai media dan teknik dengan memberiperhatian kepada kadar banding dan hubungkaitkedudukan objek, perspektif, satah danimbangan

    B6D1E3

    Menghasilkan lakaran idea yang kreatif dan unik,serta menepati tema dengan mengaplikasikanAsas Seni Reka yang bersesuaian menerusipenerokaan, pelbagai media dan teknik dalampenghasilan arca

    B6D1E4Menghasilkan lakaran idea yang kreatif dan unikserta menepati tema dengan mengaplikasikan

    Asas Seni Reka yang bersesuaian menerusiproses penerokaan idea, pelbagai media danteknik penghasilan cetakan

  • 7/30/2019 DSP Pend Seni Ting 2

    22/24

    DRAFDSPPendidikanSeniVisualTingkatan228September2012

    22

    B6D2Menghasilkan karya Seni Halus,Komunikasi Visual dan KrafTradisional yang kreatif dan unikdengan mengaplikasi Asas SeniReka melalui penggunaan media danteknik mengikut prosedur yang betul,secara manual dan berbantukanteknologi maklumat dan komunikasi.

    B6D1E5Menghasilkan lakaran ilustrasi yang kreatif danunik serta menepati tema denganmengaplikasikan asas seni reka yang bersesuaianmenerusi proses penerokaan idea, pelbagai mediadan teknik penghasilan seni grafik, secara manualatau berbantukan komputer

    B6D1E6Menghasilkan lakaran motif dan reka bentuk yangkreatif dan unik dengan mengaplikasikan AsasSeni Reka yang bersesuaian melalui prosespenerokaan idea, media yang sesuai dan teknikyang betul dalam penghasilan kraf tradisionalukiran atau tekat

    B6D2E1Menghasilkan lukisan yang kreatif dan unik sertamenepati tema dengan mengaplikasi Asas SeniReka berdasarkan lakaran idea, menerusipenggunaan media dan teknik yang betul denganmemberi perhatian kepada kadar banding danhubungkait kedudukan objek, perspektif, satahdan imbangan.

    B6D2E2Menghasilkan catan yang kreatif dan unik sertamenepati tema dengan mengaplikasi Asas SeniReka berdasarkan lakaran idea, menerusipenggunaan media dan teknik yang betul dengan

    memberi perhatian kepada kadar banding danhubungkait kedudukan objek, perspektif, satahdan imbangan.

  • 7/30/2019 DSP Pend Seni Ting 2

    23/24

    DRAFDSPPendidikanSeniVisualTingkatan228September2012

    23

    B6D3Membuat apresiasi terhadap hasilkerja sendiri dan hasil kerja rakan

    B6D2E3Menghasilkan arca yang kreatif dan unik sertamenepati tema dengan mengaplikasi Asas SeniReka yang bersesuaian menerusi idea, prosesdan teknik yang betul dengan memberi perhatiankepada bentuk konkrit (3D).

    B6D2E4Menghasilkan cetakan timbulan atau stensil yangkreatif dan unik serta menepati tema denganmengaplikasi Asas Seni Reka berdasarkanlakaran idea dan penggunaan media, proses danteknik yang betul dengan memberi penekanankepada disiplin cetakan

    B6D2E5Menghasilkan reka bentuk grafik yang kreatif danunik serta menepati tema dengan mengaplikasiAsas Seni Reka berdasarkan lakaran idea yangkreatif dan unik, serta menggunakan media danteknik yang betul dengan memberi perhatian,kepada mukataip, ilustrasi, reka letak dangubahan warna

    B6D2E6Menghasilkan ukiran atau tekat yang kreatif danunik dengan mengaplikasikan Asas Seni Reka,berdasarkan lakaran idea, penggunaan media,proses dan teknik yang betul dengan memberiperhatian kepada reka bentuk, ragam hias dankemasan

    B6D3E1Mempamerkan dan membuat apresiasi terhadaphasil kerja sendiri dan hasil kerja rakanmenggunakan bahasa seni

  • 7/30/2019 DSP Pend Seni Ting 2

    24/24

    DRAFDSPPendidikanSeniVisualTingkatan228September2012

    24

    B6D4Memahami dan menghargai hasilkerja sendiri, sumber alam, warisanseni budaya, seni visual tanah air danluar negara

    B6D5Membudayakan nilai kendiri terpujiyang boleh dicontohi semasamenjalankan aktiviti

    B6D4E1Menyediakan portfolio hasil kerja sendiri, warisanseni budaya, seni visual tanah air dan luar negara

    B6D5E1Mengamal nilai baik semasa menjalankan aktivitiseperti bertanggungjawab,berdisiplin dan yakin diridan menjadi contoh yang baik kepada rakansebaya

    B6D5E2Menjadi pembimbing rakan sebaya sewaktumenjalankan aktiviti