senarai semak kualiti proposal dan tesis

Upload: nurul-alia

Post on 16-Oct-2015

177 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

senarai semak

TRANSCRIPT

  • IR-Program Persediaan Calon-Calon Ijazah Kedoktoran 2014, KPM Zon Sabah dan Sarawak 10 29 Jan 2014 Page 1

    SENARAI SEMAK KANDUNGAN TESIS

    PENDEKATAN PENYELIDIKAN KUANTITATIF DAN KUALITATIF Bab 1 Pengenalan 1.1 Pendahuluan Bil Perkara Status

    (Y/T) Muka surat

    Catatan

    1 Menyatakan senario semasa yang berkaitan dengan masalah kajian secara keseluruhan

    2 Membincangkan beberapa sub-idea masalah kajian di atas yang disokong oleh rujukan

    3 Membincangkan secara ringkas konsep masalah kajian

    4

    Menjuruskan kepada satu sub-idea dari beberapa sub-idea masalah kajian di atas yang disokong oleh 2-3 rujukan yang menjadi landmark kepada topic kajian.

    **Bergantung pada bidang, fakulti dan preference penyelia, ada yang menggunakan Pendahuluan diikuti dengan Pengenalan dan Latarbelakang kajian. 1.2 Pernyataan masalah

    Bil Perkara Status (Y/T) Muka surat Catatan

    1 Mengenalkan latarbelakang topic secara umum dan mengenalkan topik kajian dengan huraian ringkas

    2 Membuktikan kewujudan masalah kajian (dengan data/jadual jika ada) berdasarkan rujukan-rujukan yang sah samada buku, jurnal, artikel, prosiding, laporan-laporan dan sumber-sumber lain

    3 Mengulas masalah kajian dalam konteks usaha-usaha penyelesaian yang telah diambil dari aspek program / aktiviti / dasar / cadangan / resolusi dll yang telah dijalankan

    4

    Mengulas masalah kajian dalam konteks kajian-kajian lepas (tajuk-tajuk) yang berkaitan/hampiir sama dalam bidang kajian yang dikaji dengan mengemukakan secara ringkas sampel dan dapatan kajian meneliti aspek-aspek yang dikaji dan belum dikaji dalam

    kajian-kajian tersebut (membanding beza aspek-aspek seperti konsep, elemen-elemen, pembolehubah, dan metodologi kajian seperti sampel, instrumen dan prosedur)

    5

    Berdasarkan maklumat dalam 3 dan 4, mengenengahkan jurang (gap) yang wujud antara penyelesaian yang telah dibuat dan penyelesaian yang belum diambil tindakan. Perbincangan perlu merujuk kepada aspek-aspek kajian yang berkaitan dengan masalah kajian yang telah dijalankan dan belum dijalankan

    6 Berdasarkan jurang (gap) di atas, jadikan rasional/keperluan menjalankan kajian ke atas tajuk yang dipilih

    7 Menyatakan framework atau arah tuju kajian dalam bentuk hasilan/dapatan yang hendak dicapai dan manafaatnya kepada pihak-pihak tertentu

    *rujuk Creswell (2005) dan Schumacher (2000)

  • IR-Program Persediaan Calon-Calon Ijazah Kedoktoran 2014, KPM Zon Sabah dan Sarawak 10 29 Jan 2014 Page 2

    1.3 Tujuan kajian Bil Perkara Status

    (Y/T) Muka surat Catatan

    1 Menghuraikan secara am arah tujuan kajian dalam bentuk matlamat kajian dengan menggunakan tajuk kajian sebagai asas dimana setiap konstruk dan konsep-konsep yang mendokonginya (pembolehubah-pembolehubah dalam objektif kajian) dihuraikan secara ringkas maksudnya.

    1.4 Objektif kajian

    Bil Perkara Status (Y/T) Muka surat Catatan

    1 Bagi penyelidikan kuantitatif rekabentuk survei, pastikan setiap ayat objektif kajian mempunyai unsur jenis dan nilai hubungan yang hendak dikenalpasti, pembolehubah--pembolehubah (bersandar dan tidak bersandar) yang hendak diukur dan sampel yang akan digunakan. Formula: Hubungan +V1.V2.V3.+ Sampel Hubungan= tahap, korelasi, perbezaan, pengaruh, factor-faktor, kesan interaksi Contoh:

    hubungkaitan/korelasi antara pembolehubah yang hendak dikaji

    (Correlation r) pengaruh dan kesan/akibat antara pemboleh ubah (Chi

    square, multiple regression) perbezaan antara pembolehubah (t-test, Anova, Ancova,

    Mancova, Factorial Design) tahap/status sesuatu fenomena (data deskriptif-mean,

    peratus, kekerapan etc) Bagi penyelidikan kuantitatif rekabentuk experimental, pastikan ada pengukuran pencapaian bagi kumpulan kawalan dan experimental, kemudian baru mengenalpasti pencapaian tersebut dengan faktor-faktor lain (pembolehubah). Bagi penyelidikan kuantitatif rekabentuk penilaian dan kajian keperluan (Gap Study), pastikan objektifnya ditulis mengikut langkah dalam model penilaian tersebut, barulah digabugkan dengan cara menulis objektif kajian untuk rekabentuk survei. Bagi penyelidikan kuantitatif rekabentuk pembangunan modul/program/software dll, pastikan objektifnya mengikut langkah dalam model pembangunan rekabentuk instruksi (ID), dan model pembelajaran tertentu, model permainan dll. Kemudian digabungjalinkan dengan objektif kajian rekabentuk survei atau experimental yang dipiih untuk menilai produk pembangunan. Bagi penyelidikan kaedah gabungan, pastikan objektif kajiannya bermula dengan samada kaedah kuantitatif atau kualitatif dulu yang dipilih penyelidik. Biasanya, jika hendak membina instrumen tertentu, kaedah kualitatif dipilih dahulu untuk membina dimensi-dimensi dalam konstruk yang kemudiannya dibangunkan instrumen untuk menjalankan kajian kuantitatif. Bagi penyelidikan Tindakan, pastikan objektif kajian ditulis mengikut langkah-langkah dalam model kajian tindakan dan digabungkan dengan objektif kajian rekabentuk survei/rekabentuk kualitatif/ujian

  • IR-Program Persediaan Calon-Calon Ijazah Kedoktoran 2014, KPM Zon Sabah dan Sarawak 10 29 Jan 2014 Page 3

    pencapaian tertentu.

    2 Bagi penyelidikan kualitatif semua rekabentuk (kajian ethnografi, kajian grounded theory dan naratif), pastikan ayat objektif kajian menggambarkan penerokaan kearah memahami

    a. bagaimana sesuatu konstruk itu dikonsepsikan/diterjemahkan, atau

    b. bagaimana proses/pendekatan sesuatu konstruk itu dilakukan, atau

    c. Bagaimana (konsep-konsep/langkah-langkah/teknik-teknik/strategi-strategi) yang terkandung dalam sesuatu konstruk itu berinteraksi/berkait.

    d. apakah cadangan (cth: model, pendekatan, strategi dll) yang akan diketengahkan hasilan daripada dapatan-dapatan di atas.

    3 Memastikan senarai objektif kajian mewakili semua konsep/pembolehubah yang mendokongi konstruk dalam tajuk kajian.

    4 Memastikan senarai objektif kajian mewakili semua konsep/pembolehubah yang mendokongi konstruk dalam tajuk kajian juga selari dengan komponen-komponen yang digambarkan dalam model/teori (kerangka konseptual kajian/kerangka teoritikal kajian)

    Sila lihat lampiran contoh bentuk menulis objektif kajian bagi setiap rekabentuk kajian. 1.5 Persoalan kajian Bil Perkara Status

    (Y/T) Muka surat Catatan

    1 Menyatakan setiap objektif kajian di atas dalam bentuk ayat tanya dan jika perlu dipecahkan lagi kepada beberapa persoalan kajian yang lebih terperinci/kecil mengikut jumlah pemboheubah dan hubungan antara pembolehubah yang hendak dicari.

    1.5.1 Hipotesis kajian Hypothesis adalah apa yang dijangkakan akan berlaku Bil Perkara Status

    (Y/T) Muka surat Catatan

    1 Menunjukkan pernyataannya berdasarkan objektif kajian dan persoalan kajian yang telah disenaraikan sebelum itu.

    2 Memastikan pernyataannya dalah ayat hipotesis nol. 3 Ada objektif kajian yang tidak perlukan hypothesis, hanya

    persoalan kajian. Contohnya, objektif kajian kualitatif dan objektif kajian kuantitatif yang tidak melibatkan statistik parametrik.

  • IR-Program Persediaan Calon-Calon Ijazah Kedoktoran 2014, KPM Zon Sabah dan Sarawak 10 29 Jan 2014 Page 4

    1.6 Kerangka konseptual kajian/Kerangka Teoritikal Kajian Bil Perkara Status

    Y/N Muka surat

    Catatan

    1 Memastikan gambarajah yang menunjukkan hubungkaitan antara komponen-komponen dalam satu model/kerangka teori adalah betul.

    2 Menghuraikan/menjelaskan setiap komponen dalam model/kerangka teori yang digambarkan dan hubungannya antara satu sama lain dengan berdasarkan bagaimana pembina/penyaran kerangka teori/model membangunkannya.

    3 Bagi kerangka konseptual kajian (satu model atau gabungan 2-3 model kemudian diadaptasi), jelaskan teori/kajian-kajian berkaitan yang dirujuk sebagai jambatan atau bridge yang digunakan sebagai asas menggabungkannya dan jelaskan bagaimana kerangka ini sesuai sebagai dasar untuk menerangkan hubungan antara konstruk/pembolehubah dan akan membantu menjawab persoalan-persoalan kajian.

    4 Bagi kerangka teoritikal kajian, jelaskan teori yang dirujuk secara mendalam oleh penyaran dan bagaimana kerangka ini sesuai untuk menjawab persoalan-persoalan kajian yang telah disenaraikan

    5 Membuat rumusan ringkas secara keseluruhan dengan memberikan rasional kepada pemilihan kerangka konseptual/teoritikal kajian dalam konteks kesesuaiannya menjawab persoalan kajian

    6 Pastikan ada KESELARIAN DAN KESELARASAN (setiap komponen dalam kerangka konseptual/teoritikal kajian dan anak panahnya) dengan (setiap konstruk/pembolehubah dan hubungannya diantaranya) dengan (setiap faktor/isu yang dibincangkan dalam pernyataan masalah kajian)

    **Perkataan kerangka kajian salah digunakan dalam konteks ini (bab 1) tetapi hanya sesuai digunakan dalam bab 3 kerana ia bermaksud carta aliran prosedur kajian. 1.7 Kepentingan kajian Bil Perkara Status

    Y/N Muka surat

    Catatan

    1 Menunjukkan bagaimana kepentingannya akan menyumbang kepada kajian dalam bidang yang sama dari aspek:

    a. Pembolehubah-pembolehubah baru yang akan dikaji atau gabungan lama dengan baru.

    b. Metodologi kajian lain digunakan. c. Sampel kajian lain digunakan. d. Hasilan baru yang disasarkan e. Perspektif/sudut/fokus baru/lain yang digunakan.

  • IR-Program Persediaan Calon-Calon Ijazah Kedoktoran 2014, KPM Zon Sabah dan Sarawak 10 29 Jan 2014 Page 5

    1.8 Batasan kajian Bil Perkara Status

    Y/N Muka surat

    Catatan

    1 Menyatakan had kajian dari aspek metodologi kajian seperti sampel yang dipilih, instrumen yang dilaksanakan dan prosedur kajian yang dijalankan.

    2 Menyatakan had kesahan dan kebolehpercayaan kajian dari aspek ketekalan/replikasi dan generalisasi kajian (sampel yang dipilih).

    3 Menyatakan had kajian dari aspek skop kajian seperti sebahagian daripada bidang yang lebih besar

    1.9 Definisi Operasional/Definisi Terma Bil Perkara Status

    Y/N Muka surat

    Catatan

    1 Bagi penyelidikan kuantitatif, pastikan konstruk/konsep/pembolehubah yang terkandung dalam objektif kajian diberikan definisi yang operasional (yang boleh diukur nilainya dalam bentuk skala tertentu) serta berdasarkan rujukan-rujukan yang sah.

    2 Bagi penyelidikan kualitatif, pastikan konsep-konsep utama/konstruk yang terkandung dalam objektif kajian diberikan maknanya berdasarkan konsepsi-konsepsi yang disarankan dalam kajian kepustakaan yang dipilih oleh penyelidik

    3 Pastikan definisi yang diberi hanya yang dipakai oleh penyelidik untuk seluruh tesis dan tidak perlu menyatakan definisi-definisi lain yang juga ada. (Straight forward)

    Bab 2 Tinjauan Kepustakaan Bil Perkara Status

    Y/N Muka surat

    Catatan

    1 Pastikan bahagian pendahuluan menggambarkan topik-topik yang akan dibincangkan dalam bab ini secara ringkas dan keseluruhan

    2 Bagi kajian-kajian tertentu, perlu dimuatkan maklumat-maklumat latarbelakang yang difikirkan perlu pembaca tahu untuk konteks perbincangan seterusnya. (Contohnya, tentang sesuatu institusi, sistem dll)

    3 Membincangkan topik berkaitan huraian definisi konstruk/konsep dalam tajuk kajian dengan berdasarkan rujukan-rujukan yang sah

    4 Membincangkan topik berkaitan huraian komponen konstruk/konsep dalam tajuk kajian dengan berdasarkan rujukan-rujukan yang sah

    5 Membincangkan topik berkaitan setiap konstruk/pembolehubah dalam semua objektif kajian yang telah disenaraikan dengan berdasarkan rujukan-rujukan yang sah. Pastikan setiap konsep dan elemen yang membina maksud konstruk/pembolehubah telah digali sehingga tepu dari sebanyak mungkin rujukan.

    6 Membincangkan teori-teori yang mendasari model/kerangka

  • IR-Program Persediaan Calon-Calon Ijazah Kedoktoran 2014, KPM Zon Sabah dan Sarawak 10 29 Jan 2014 Page 6

    Bil Perkara Status Y/N

    Muka surat

    Catatan

    konseptual yang digunakan dalam bab 1 7 Membincangkan model-model yang ada selain yang

    diketengahkan dalam bab 1 dengan tujuan memberi gambaran keseluruhan dan mengapa model yang dipilih dalam bab 1 paling sesuai.

    8 Membincangkan kajian-kajian lepas yang berkaitan dengan objektif kajian dan pernyataan masalah dengan iritis (Contoh, membuat sntesis dan memberi hujah)

    9 Membuat rumusan dengan mensintesis arah aliran ilmu yang menjadi asas kepada tesis berdasarkan maklumat-maklumat yang dinyatakan sebelumnya

    Bab 3 Metodologi kajian 3.1 Pendahuluan Bil Perkara Status

    Y/N Muka surat

    Catatan

    1 Menerangkan secara ringkas komponen kandungan dalam bab ini.

    3.2 Rekabentuk kajian Bil Perkara Status

    Y/N Muka surat

    Catatan

    1 Membincangkan rekabentuk kajian kuantitatif, kualitatif atau kajian gabungan (Mixed Method) yang dipilih iaitu: a)maksud rekabentuk dengan merujuk pelbagai sumber rujukan. b)bagaimana dan mengapa ia sesuai untuk menjawab objektif / persoalan/hypothesis kajian

    2 Memberikan rasional kepada pemilihan rekabentuk dalam konteks

    3.3 Responden/sampel kajian Bil Perkara Status

    Y/N Muka surat

    Catatan

    1 Membincangkan rasional pemilihan sampel/responden yang terlibat dalam memberikan data kepada penyelidik

    2 Menerangkan jenis teknik persampelan yang digunakan (secara rawak, sistematik, berstrata, purposive dll) serta prosedurnya

    3 Bagi penyelidikan Kuantitatif, terangkan faktor-faktor yang diambilkira untuk menentukan saiz sample seperti dari aspek statistical power analysis, subgroup analysis, attrition, reliability of measures dan jenis penyelidikan (correlational-min-30, causal/comparative and experimental-min-15, survey-min-100 (major group) or 20-50 (subgroup) **rujuk Gall and Gall 2003, Cohen, Cochran dan Krejcie dan Morgan. Bagi rekabentuk experimental pula, jelaskan kaedah pemilihan kumpulan kawalan dan experimental supaya sampel

  • IR-Program Persediaan Calon-Calon Ijazah Kedoktoran 2014, KPM Zon Sabah dan Sarawak 10 29 Jan 2014 Page 7

    Bil Perkara Status Y/N

    Muka surat

    Catatan

    homogenous dan meminimumkan bias. Bagi penyelidikan kualitatif pula, terangkan bagaimana setiap responden dipilih supaya ada homogeneity disitu. Kebiasaannya, jumlah responden adalah 4-8 untuk kajian kes dan lebih dari 30 untuk kajian grounded theory.

    4 Menyatakan peranan yang dimainkan oleh sampel/responden dalam konteks memberikan input/data yang perlu.

    3.4 Lokasi kajian Bil Perkara Status

    Y/N Muka surat

    Catatan

    1 Menerangkan tentang tempat data dikutip (ada kaitan dengan teknik random sampling dalam rekabentuk tinjauan iaitu beberapa lokasi dipilih sebagai contoh; selain itu mengapa kawasan yang dipiih relevan dengan permasalahan kajian)

    2 Menerangkan mengapa lokasi berkenaan dipilih dalam konteks menepati objektif kajian

    3.5 Instrumen kajian Bil Perkara Status

    Y/N Muka Surat

    Catatan

    1 Menerangkan format instrumen yang digunakan untuk mengutip data

    2 Jika membangunkan instrumen sendiri: Menerangkan tentang bagaimana item-item instrumen ini dibina bagi konstruk-konstruk yang hendak diukur (content validity) serta senarai rujukan bagi setiap item yang dibina. Terangkan proses-proses kesahan dan kebolehpercayaan yang digunakan seperti face validty, construct validity, items reliability, factor analysis atau test retest prosedures, dsbnya. Sebelum itu, pastikan anda menyenaraikan rujukan-rujukan yang digunakan kerana memilih item-item bagi setiap konstruk (Kesahan dan kebolehpercayaan)

    3 Setelah langkah di atas diambil, terangkan proses kajian rintis untuk memurnikan instrumen dengan melaporkan reliability coefficientnya. (Kesahan dan kebolehpercayaan)

    4 Menerangkan pembaikan item-item instrumen yang dibuat berdasarkan maklumbalas dari kajian rintis di atas. (Kesahan dan kebolehpercayaan)

    5 Jika mengadaptasi instrumen yang sedia ada, jelaskan sumbernya, telah mendapatkan kebenaran, nyatakan mengapa dan bagaimana adaptasi dilakukan. Sebagai contoh, jelaskan bagaimana konstruk dan item-item yang terkandung didalamnya sesuai dengan konstruk-konstruk dalam kajian anda sendiri. Sebagai contoh, definisi operasionalnya betul dab bias budaya telah dibersihkan.

  • IR-Program Persediaan Calon-Calon Ijazah Kedoktoran 2014, KPM Zon Sabah dan Sarawak 10 29 Jan 2014 Page 8

    Bil Perkara Status Y/N

    Muka Surat

    Catatan

    6 Jika anda menterjemahkan dalam bahasa lain, terangkan bagaimana anda mendapatkan pakar bahasa mengesahkan ketepatan terjemahannya. (Kesahan dan kebolehpercayaan )

    7 Bagi penyelidikan kualitatif, pastikan protokol kajian iaitu soalan berstruktur temubual/thinking aloud/restrospektif/focus group discussion FGD yang dibina berdasarkan objektif kajian, rekabentuk kajian, kajian literatur dan model kajian yang dikemukakan. Terangkan prosedur kajian rintis yang dijalankan menggunakan protokol yang baru dibina dan bagaimana penambahbaikan dilakukan.

    8 Bagi penyelidikan kualitatif, pastikan elemen yang hendak dibuat pemerhatian selari dengan item-item dalam soalan berstruktur di atas.

    9 Bagi penyelidikan kualitatif, pastikan dokumen yang akan dianalisis dijelaskan mengapa ia sesuai untuk ditriangulasikan maklumatnya serta sebutkan nama/jenis/penerbit dokumen yang dianalisis

    10 Kesahan dan kebolehpercayaan dibincangkan dengan jelas untuk mengelakkan kekeliruan. Sebagai contoh, 1) prosedur triangulasi, 2) prosedur semakan peserta, 3) prosedur audit trail/jejak audit, 4) prosedur cohen cappa.

    3.6 Tatacara/prosedur pemerolehan data Bil Perkara Status

    Y/N Muka Surat

    Catatan

    1

    Bagi penyelidikan kuantitatif, menerangkan tentang prosedur atau langkah mengutip data (survei) atau intervensi (experimental) yang dilakukan dari aspek: Masa Pelaksanaan kepada sampel Tempat/lokasi: **Bincangkan, kesan hawthorn, bias disebabkan kehadiran penyelidik dan perakam video dalam tempat kajian jika relevan (bagi kajian experimental)

    2 Bagi penyelidikan kualitatif , jika gunakan kaedah pemerhatian dan temubual nyatakan dengan jelas siapa yang menjalankan pemerhatian dan temubual, waktu dan bilangan jumlah jam pemerhatian dan temubual, lokasi dan bagaimana menjalankannya. Jelaskan bagaimana dokumen akan didapati dari sumber mana dan kerelevanannya

  • IR-Program Persediaan Calon-Calon Ijazah Kedoktoran 2014, KPM Zon Sabah dan Sarawak 10 29 Jan 2014 Page 9

    3.7 Tatacara penganalisisan data Bil Perkara Status

    Y/N Muka surat

    Catatan

    1 Bagi penyelidikan kuantitatif, pastikan skala bagi setiap pembolehubah yang hendak diukur betul.

    2 Menerangkan tentang alat statistik apa yang akan dipakai untuk menganalisis data bagi setiap objektif/soalan kajian dan mengapa alat statistik tersebut sesuai.

    3 Terangkan jadual kunci penentu tahap kekuatan skor berasaskan skala pengukuran yang digunakan. (sebagai contoh, kalau ujian-rubriknya, skala likert-jadual kuncinya)

    3 Bagi penyelidikan kualitatif, terangkan pendekatan analisis data yang dipakai dan bagaimana ia akan dilakukan. Cth: Constant comparative method, inductive analysis dll

    4 Bagi data kualitatif, terangkan bagaimana pengkodan dilakukan, kategori, tema, proposition, paten dan model dihasilkan.

    5 Bagi penyelidikan kualitatif, terangkan bagaimana reliability dan validity dipastikan 1) triangulasi, 2) semakan peserta, 3) jejak audit, 4) Cohen Kappa.

    6 Untuk memudahkan analisis data kualitatif, sediakan jadual kemungkinan kod, kategori, tema dan propositions dengan memberikan sumber rujukannya.

    Bab 4 Dapatan kajian Perkara Status

    Y/N Muka surat

    1 Memastikan setiap objektif kajian dilaporkan dapatan datanya sesuai dengan alat statistik yang digunakan beserta jadual dan konvensi yang ditetapkan dalam gaya UKM (tanpa memberi apa ulasan/hanya interpretasi data).

    2 Bagi penyelidikan kualitatif, pastikan setiap kategori dan tema yang dihasilkan dalam bentuk jadual. Kemudian dicari temanya dan dicarikan propositionnya untuk membincangkan dapatan kajian. Jika ada model yang hendak dikonsepsikan, jelaskan huraiannya dengan gambar dan membandingkannya dengan model yang dikemukakan dalam bab 1 dari aspek persamaan dan perbezaan atau pertambahan komponen.

    3 Bagi penyelidikan kualitatif, dapatan dikemukakan beserta triangulasi dengan dapatan dari kaedah mengutip data yang lain (contohnya, data interview ditriangulasikan dengan data pemerhatian, dokumen, informan dll).

  • IR-Program Persediaan Calon-Calon Ijazah Kedoktoran 2014, KPM Zon Sabah dan Sarawak 10 29 Jan 2014 Page 10

    Bab 5 Perbincangan/Rumusan/Kesimpulan Bil Perkara Status

    Y/N Muka surat

    Catatan

    1 Memastikan setiap objektif kajian diulas semula dengan membandingkan dapatan-dapatan kajian yang lepas yang dinyatakan dalam kajian literatur samada: Menyokong/menyanggah/melengkap/memperbaharui (Berjaya mengaitkan kajian yang telah dilakukan (berdasarkan Bab 2) dengan dapatan kajian yang dibincangkan)

    2 Memastikan semua ulasan menjawab masalah kajian yang diketengahkan dalam bab 1

    3 Memastikan semua ulasan adalah kritis dan berlandaskan kerangka konseptual/teoritikal kajian dan teori-teori yang telah dikemukakan dalam bab 1 dan 2

    4 Menonjolkan kelainan hasilan yang ditemui berdasarkan hasilan-hasilan yang lepas.

    5 Bagi penyelidikan kualitatif, pendekatan mengulas yang sama ditulis dengan pendekatan penyelidikan kuantitatif serta menjelaskan model yang terhasil dari datanya

    6 Berjaya menunjukkan bahawa kajian dapat menyumbang secara signifikan dalam bidang yang dikaji

    7 Memastikan implikasi kajian tidak umum tetapi berdasarkan dapatan kajian dalam bab 4. Jika ada implikasi polisi boleh dimuatkan.

    8 Memastikan cadangan kajian dalam bentuk praktikal yang berdasarkan dapatan. Cth: Langkah spesifik mengatasi masalah, pendekatan P & P spesifik yang boleh dilakukan secara realistik.

    Rujukan dan lampiran Bil Perkara Status

    Y/N Muka surat

    Catatan

    1 Pastikan rujukan ditulis dengan betul dan tepat mengikut gaya yang ditentukan oleh universiti. Cth: Gaya UKM, APA dll

    2 Pastikan semua rujukan yang digunakan dalam tesis disenaraikan dalam ruangan ini.

    3 Pastikan semua lampiran dilabelkan dengan betul mengikut mukasurat yang menyatakan sila rujuk lampiran A sebagai contoh.

    Ditulis oleh: Dr Ismail Hj Raduan IPG Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur [email protected] 15012014