semantik dan peristilahan bahasa melayu

20
SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU 1.1 Definisi Semantik Semantik ialah bidang yang mengkaji dan menganalilis makna kata dan ayat. Kata merupakan unit ujaran yang bebas dan mempunuyai makna. Dalam bahasa, kita dapat menyatakan fikiran, pendapat, emosi, perlakuan dan keperibadian manusia.. Definisi daripada segi istilah pula, semantic berasal daripada perkataan Yunani “semantikos”yang bermaksud penting atau beerti. Jika dilihat definisi yang diberikan oleh tokoh bahasa, semantic ialah cabang linguistic yang akan membahas erti atau makna (J.W.M. Verhar, 1996). Selainb itu semantik merupakan bidang pengkajian linguistic yang objek penelitiannya makna bahasa (Abdul Chaer, 1994). Menurut kamus Dewan, semantrik bermaksud kajian tentang makna perkataan dan penambahan makna sesuatu kata. Secara umumnya senantik ialah ilmu tentang erti atau perubahan erti sesuatu perkataan. Secara khusus pula ialah kajian tentang lambang- lambang atau tanda yang menyatakann makna , hubungan antara makna dengan makna lain serta pengareuh maknan terhadap masyarakat. 1.2 Konsep Semantik Kata semantik berasal daripada kata adjektif bahasa Yunani “semantickos” yang bermaksud ‘penting’ atau ‘bererti’. Kata ‘bererti’ membawa maksud ‘makna’ yang diertikan sebagai sesuatu peristiwa yang diharapkan (Tarigan, 1985:9). Semantik menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ialah kajian tentang makna perkataan dan penambahan makna sesuatu kata. Menurut Ferdinand de Saussure, semantik merupakan bahasa yang diucapkan untuk menyampaikan makna. Choamsky berpendapat bahawa semantik bermaksud makna ayat ditentukan oleh struktur permukaan dan konteks apabila ayat digunakan. Namun, semantik bukan sahaja merujuk kepada makna tetapi juga kepada perkembangannya yang disebut “semantik sejarah” (M.Breal, 1893)

Upload: noorabib

Post on 01-Nov-2014

2.433 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Semantik dan peristilahan bahasa melayu

SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU

1.1 Definisi Semantik

Semantik ialah bidang yang mengkaji dan menganalilis makna kata dan ayat. Kata merupakan unit ujaran yang bebas dan mempunuyai makna. Dalam bahasa, kita dapat menyatakan fikiran, pendapat, emosi, perlakuan dan keperibadian manusia..

Definisi daripada segi istilah pula, semantic berasal daripada perkataan Yunani “semantikos”yang bermaksud penting atau beerti. Jika dilihat definisi yang diberikan oleh tokoh bahasa, semantic ialah cabang linguistic yang akan membahas erti atau makna (J.W.M. Verhar, 1996). Selainb itu semantik merupakan bidang pengkajian linguistic yang objek penelitiannya makna bahasa (Abdul Chaer, 1994).

Menurut kamus Dewan, semantrik bermaksud kajian tentang makna perkataan dan penambahan makna sesuatu kata.

Secara umumnya senantik ialah ilmu tentang erti atau perubahan erti sesuatu perkataan. Secara khusus pula ialah kajian tentang lambang-lambang atau tanda yang menyatakann makna , hubungan antara makna dengan makna lain serta pengareuh maknan terhadap masyarakat.

1.2 Konsep Semantik

Kata semantik berasal daripada kata adjektif bahasa Yunani “semantickos” yang bermaksud ‘penting’ atau ‘bererti’. Kata ‘bererti’ membawa maksud ‘makna’ yang diertikan sebagai sesuatu peristiwa yang diharapkan (Tarigan, 1985:9). Semantik menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ialah kajian tentang makna perkataan dan penambahan makna sesuatu kata.

Menurut Ferdinand de Saussure, semantik merupakan bahasa yang diucapkan untuk menyampaikan makna. Choamsky berpendapat bahawa semantik bermaksud makna ayat ditentukan oleh struktur permukaan dan konteks apabila ayat digunakan. Namun, semantik bukan sahaja merujuk kepada makna tetapi juga kepada perkembangannya yang disebut “semantik sejarah” (M.Breal, 1893)

Kesimpulannya ialah semantik dikatakan sebahagian daripada linguistik yang mengkaji bahasa secara teliti. Semantik dapat dijelaskan sebagai sesuatu bidang yang mengkaji maka perkataan dan ayat dalam bahasa secara ringkasnya. Kajian mengenai makna kata boleh dilihat dalam aspek makna denotasi dan konotasi, makna dalam konteks, hubungan makna dengan kebudayaan, perubahan makna dan bentuk-bentuk makna daripada hubungan semantik.

Kata-kata dalam bahasa Melayu yang mempunyai pelbagai jenis makna dapat dikategorikan kepada beberapa golongan seperti sinonim (perkataan yang mempunyai makna yang sama dari segi makna nahu tetapi berbeza daripada segi makna leksikal), antonim (perkataan yang mempunyai makna yang berlawanan), hiponim (perkataan yang maknanya sebahagian daripada makna perkataan lain), homonim (perkataan yang mempunyai bentuk dan bunyi yang

Page 2: Semantik dan peristilahan bahasa melayu

sama tetapi maknanya berbeza), polisemi (perkataan yang mempunyai makna yang banyak), dan peribahasa (beberapa perkataan yang mempunyai satu makna).

1.3 Pertaliannya dengan disiplin ilmu lain

Setiap bidang disiplin ilmu mempunyai bahasa yang tersendiri. Bahasa dalam setiap bidang disiplin ilmu mempunyai nilai semantik yang tersendiri. Oleh yang demikian sesuatu bidang ilmu perlu diteliti maknanya supaya ia dapat dimanfaatkan.

1.3.1 Hubungan Semantik dengan Falsafah

Falsafah ialah pengetahuan yang menelaah sesuatu yang istimewa. Falsafah adalah istimewa kerana falsafah tidak dapat dihuraikan dengan ilmu pengetahuan biasa sebaliknya falsafah memerlukan ilmu pengetahuan tentang hukum dan kaedah berfikir yang logika. Oleh yang demikian logika dalam disiplin ilmu falsafah memerlukan cara berfikir yang tepat untuk mencapai ketepatan makna dalam ilmu falsafah tersebut. Falsafah yang tidak mempunyai makna menjadi tidak bererti. Contohnya falsafah ‘Biar saya mentertawakan diri saya sebelum orang lain mentertawakan diri saya’ membawa semantik “kesedaran kendiri atau muhasabah diri” perlu difahami pendengar mahupun penutur falsafah tersebut supaya ia bermakna apabila diujarkan.

1.3.2 Hubungan Semantik dengan Psikologi

Psikologi ialah ilmu jiwa yang mengkaji hakikat dan gerak-geri jiwa. Hal ini bermakna tingkah laku manusia mempunyai makna. Makna yang dimaksudkan adalah tentang kebermaknaan kata atau ujaran dalam bahasa. Contohnya perkataan ‘Makan!’ berbeza berbanding ‘Makanlah..’ Deretan bunyi dan susunan huruf dalam perkataan tersebut menghasilkan pemahaman makna yang berbeza oleh seseorang dalam situasi yang berbeza. Situasi yang berbeza tersebut melambangkan paksaan dan permintaan penuturnya. Hal ini bertepatan dengan pendapat ahli psikologi yang menyatakan bahawa makna wujud berdasarkan rangsangan atau tindak balas.

1.3.3 Hubungan Semantik dengan Antropologi dan Sosiologi.

Antropologi ialah bidang ilmu yang mengkaji sekelompok masyarakat tertentu yang homogen yang mempunyai pelbagai ciri khasnya. Sosiologi pula ialah bidang ilmu yang mengkaji kelompok masyarakat yang lebih luas dalam perkembangan ekonomi dan sosial yang heterogen. Sosial dan budaya sesuatu masyarakat yang semakin berkembang menyebabkan makna bahasa dalam sesuatu masyarakat semakin berkembang. Contohnya perkataan ‘taman’ daripada aspek antropologinya telah berkembang membentuk perkataan ‘taman hati’, ‘taman buaya’, dan ‘taman rimba’ yang bukan lagi bermaksud kebun yang ditanam dengan bunga-bungaan. Justeru makna yang difahami adalah berdasarkan bentuk bahasa semasa pertuturan itu dituturkan. (Aminuddin 1985).

1.3.4 Hubungan Semantik dengan Sastera

Page 3: Semantik dan peristilahan bahasa melayu

Bahasa dalam karya sastera berbeza dengan bahasa yang terdapat dalam karya ilmiah. Bahasa dalam karya sastera sama adatulisan ataupun pertuturan tidak semuanya diketahui umum. Justeru terdapat pelbagai lapisan makna dalam sastera yang meliputi makna tersurat (makna biasa/denotatif), makna tersirat (makna yang dapat di agak pembaca/konotatif), makna kreatif (makna yang dapat difikirkan pengkritik) dan makna peribadi. (makna yang dapat diketahui oleh pengarang sahaja). Contohnya seperti ungkapan “Kalau asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau. (Abdullah Hussain, 1982, hal. 95)” merupakan makna konotatif yang dapat difikirkan yang membawa maksud orang yang baik itu biar di mana pun tempatnya tetap akan baik juga.

1.3.5 Hubungan Semantik dengan Sejarah

Sifat bahasa adalah sentiasa berkembang. Perkembangan bahasa merupakan sejarah bahasa. Makna sesuatu perkataan mungkin kekal sehingga kini, mungkin berubah, menyempit, meluas atau menghilang. Contohnya perkataan ‘khalwat’ yang bermaksud “berseorangan untuk mendekatkan diri kepada-Nya” telah disempitkan maksudnya kepada “berdua-duaan dalam keadaan mencurigakan”. Perkataan ‘pondok’ yang bermaksud “tempat tinggal yang usang” pula telah dikembangkan maknanya menjadi “tempat belajar”. Justeru sejarah bahasa ini perlu direkodkan dalam kamus besar bagi mencatatkan perubahan bahasa yang berlaku dalam setiap hari bagi tujuan penggunaan bahasa dan pengkaji bahasa kelak.

1.3.6 Hubungan Semantik dengan Komputer

Komputer dapat membantu penggunaan bahasa dalam bentuk tulisan dan lisan melalui proses penyemakan makna ejaan, pembetulan imbuhan dan struktur ayat. Yang menjadi kekurangannya adalah komputer tidak dapat menterjemah perkataan secara struktural kerana keupayaannya yang terbatas dalam proses menterjemah. Para penterjemah yang memiliki akal dan perasaan sahaja yang mampu memilih makna yang sesuai dalam konteks struktural ayat. Walau bagaimanapun komputer telah membantu dalam bidang penterjemahan terus dapat membantu penterjemah yang mempunyai akal fikiran yang tinggi untuk memikirkan makna yang sesuai bagi sesuatu perkataan berdasarkan konteks ayat. Justeru semantik dalam bidang ilmu pengkomputeran perlu diterokai dan disebarluaskan supaya makna yang ditafsirkan bertepatan dengan kehendak pengguna kelak.

1.3.7 Hubungan Semantik dengan Linguistik

Linguistik ialah kajian tentang bahasa secara saintifik. Bahasa Melayu jelas mempunyai makna yang sedia ada dan penambahan makna melalui proses akronim, pengimbuhan, penggandaan, dan pemajmukan. Contohnya makna kata ‘kebun’ berbeza daripada ‘pekebun’ dan ‘pengebun’, dalam proses pengimbuhan. Kata “kebun” bermaksud tanah yang ditanami tumbuh-tumbuhan. Kata “pekebun” bermaksud “orang yang mengurus kebun” sementara kata “pengebun” bermaksud “orang yang kerjayanya membuat kebun atau bekerja di kebun.” Dalam proses penggandaan, kata ‘langit’ juga berbeza dengan ‘lelangit’ yang bermaksud keadaan bumi dan atas bahagian dalam mulut. Dalam proses pemajmukan pula kata ‘buah’ dan ‘hati’ mempunyai makna yang berbeza apabila membentuk kata majmuk ‘buah hati’. Buah ialah benda yang

Page 4: Semantik dan peristilahan bahasa melayu

boleh dimakan sementara hati merupakan organ menjadi makna kekasih apabila perkataan tersebut digabungkan.

2. Makna Leksikal

Makna leksikal bermaksud makna yang terdapat dalam kamus atau makna perkataan yang terlepas daripada hubungannya dengan perkataan lain dalam ayat.

Contohnya, perkataan lari, selari, berlari, berlarian, melarikan, larian, pelari dan pelarian memiliki makna leksikal, kerana maknanya dapat dirujuk dalam kamus. Urutan huruf se+, ber+, ber+...+an, me+ (... +kan), +an, pe+, (pe+...) +an tidak memiliki makna leksikal melainkan memiliki makna gramatis.

2.1 Kelompok kata

Makna dalam kelompok kata adalah jalinan daripada makna satu perkataan dengan perkataan lain dalam kelompok kata tersebut. Misalnya lima ekor lembu bermakna ada ‘lima ekor lembu’.

2.2 Kata paduan

Kata paduan ialah dua perkataan atau lebih yang pada mulanya memiliki makna masing-masing, tetapi maknanya telah berpadu menjadi satu, misalnya kereta api, kapal api, bunga api dsb.

2..3 Kata gabungan

Kata gabungan ialah dua atau lebih perkataan yang mengandungi satu makna tetapi deretan perkataan tersebut menyimpang daripada deretan perkataan yang umum dalam bahasa Melayu. Misalnya mahasiswa, mahaputera, maharaja, bumiputera dan sebagainya.

Makna Ayat

Makna ayat boleh dibahagikan kepada tiga iaitu makna tersurat, makna terselindung dan makna tersirat.

3.1 Makna Tersurat (denotasi)

Makna tersurat ialah makna yang diperoleh semata-mata daripada makna yang tertulis atau makna yang diujarkan sahaja. Sama ada bahasa bertulis atau bahasa lisan. Misalnya, Burung itu hinggap di ranting pokok. Jika sesuatu ayat atau bahasa tersebut biasa kita gunakan maka kita menganggapnya sebagai betul.

Contohnya:

1. Para pelajar-pelajar yang dihormati sekalian.

Perkataan para menunjukkan ramai. Perkataan pelajar-pelajar menyatakan ramai. Perkataan sekalian bermaksud ramai. Ayat yang sebetulnya ialah Para pelajar yang dihormati.

3.2 Makna Terselindung

Page 5: Semantik dan peristilahan bahasa melayu

Makna terselindung ialah makna yang terselindung dalam sesuatu ayat kerana perkataannya tidak dihadirkan.

Misalnya dalam ayat

Adik ke kedai Pak Ali.

Kata pergi tidak dihadirkan, tetapi pendengar memahami perbuatan adik ialah ‘pergi’.

Walaupun sesuatu perkataan ini tidak hadir tetapi ia dapat dikesan oleh pendengar atau pembaca. Atau dengan kata lain perkataan yang tidak hadir dalam sesuatu ayat tetapi masih dapat dikesan maknanya membuktikan adanya struktur dalam, dalam fikiran pendengar atau pembaca,

Contoh lain adalah seperti berikut:

Cikgu Ahmad guru Bahasa Melayu di sekolah kami.

Makna yang terselindung dalam ayat ini ialah kata pemeri yang memerikan pekerjaan Cikgu Ahmad, iaitu guru Bahasa Melayu di sekolah kami. Oleh yang demikian, struktur dalam ayat ini ialah Cikgu Ahmad ialah guru Bahasa Melayu di sekolah kami.

3.3 Makna Tersirat (konotasi)

Makna tersirat ialah makna yang diperoleh berbeza dengan makna yang tertulis atau diujarkan, misalnya dalam kiasan “umpama jari di tangan, ada bercincin ada tidak”.

Bahasa seperti ini timbul dalam masyarakat Melayu kerana timbulnya keinginan menyatakan sesuatu dengan maksud yang lain. Hal seperti ini dalam bahasa Melayu disebut sebagai peribahasa.

Peribahasa ialah ayat yang khusus untuk makna yang tertentu. Peribahasa dibahagikan kepada beberapa bentuk iaitu bentuk kiasan, bentuk bidalan, bentuk pepatah, bentuk perbilangan, bentuk kata hikmah, bentuk ungkapan, bentuk pemeo dan bentuk simpulan bahasa.

3.3.1 Kiasan

Membuat perbandingan perilaku manusia dengan alam alam sekitaran dengan cara yang lembut dan tidak sekitaran dengan cara yang lembut dan tidak tepat pukulannya.

Contoh:

Tangkai jering

Panjang tangan.

Mulut tempayan.

3.3.2 Simpulan Bahasa

Page 6: Semantik dan peristilahan bahasa melayu

Kata-kata yang dikiaskan atau dibandingkan dengan dengan benda lain dan bentuknya terdiri daripada benda lain dan bentuknya terdiri daripada dua tiga patah perkataan:

Contoh:

Abu Nawas.

Kaki Kaki bangku bangku.

Kaki ayam.

3.3.3 Perbilangan

Perbilangan merupakan susunan kalimat yang bertujuan menjadi pegangan kepada anggota masyarakat sehingga menjadi adat atau peraturan. Berasal daripada adat resam. Berfungsi sebagai pedoman pedoman dalam kehidupan bermasyarakat dan dalam kehidupan bermasyarakat dan bentuknya berkerat-kerat atau berpatah-patah:

Contoh:

Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

Ada padi semua kerja jadi, ada beras semua kerja deras.

Perbilangan ini membawa maksud menyelesaikan sesuatu perkara dengan sempurna tanpa merugikan mana-mana pihak.

3.3.4 Perumpamaan

Hasil daripada analogi dua perkara dan biasanya menggunakan menggunakan kata perbandingan seperti bagai kata perbandingan seperti, bagai, bak, umpama, laksana dan sebagainya.

Contoh:

Seperti kaca terhempas ke batu.

Bagai tikus jatuh ke beras.

Seperti bumi dengan langit.

3.3.5 Bentuk Bidalan

Bidalan adalah susunan bahasa yang menarik dan mudah 'melekat di mulut orang ramai'. Ia merupakan bahasa kiasan yang digunakan untuk melahirkan fikiran yang tajam, tepat, mengandungi perbandingan, teladan, pengajaran, nasihat, dan kata-kata hikmat.

Contoh bidalan:

Page 7: Semantik dan peristilahan bahasa melayu

Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga - Kalau tidak mahir

dalam sesuatu bidang itu, akibatnya buruk.

3.3.6 Bentuk Pepatah

Pepatah seakan-akan sama dengan bidalan, tetapi pepatah mempunyai rangkaian perkataan berkerat-kerat atau berpatah-patah.

Contoh:

diam ubi berisi, diam besi berkarat

bermaksud orang yang pendiam tetapi berakal itu lebih baik daripada orang yang pendiam tetapi bodoh.

3.3.7 Tamsil dan Ibarat

Memberikan penjelasan tentang perkara yang hendak hendak dibandingkan Tamsil biasanya bersajak dibandingkan. Tamsil biasanya bersajak sedangkan ibarat tidak.

Contoh:

Keras-keras kerak nasi, kena air lembut juga.

Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji pecah semuanya.

3.3.8 Lidah Pendeta

Kata-kata hikmat atau kata-kata pujangga yang mengandungi mengandungi pengajaran atau falsafah hidup pengajaran atau falsafah hidup.

Contoh:

Bertangguh itu pencuri masa.

Bersatu teguh, bercerai runtuh.

3.3.9 Pemeo

Pemeo ialah perkataan yang popular disebut bertujuan memberi semangat atau menyindir. Sebagai contoh:

Lebih baik mati daripada dijajah

Pemeo ini bertujuan untuk mengukuhkan keahlian sesuatu organisasi atau memperkuat sesuatu perjuangan.

3.3.10 Cogan Kata atau Motto

Page 8: Semantik dan peristilahan bahasa melayu

Cogan kata atau motto ialah kata semboyan atau sesuatu organisasi samada kerajaan atau swasta. Contohnya:

Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.

Cogankata ini mewrupakan semboyanh kerajaan Malaysia yang diterajui oleh Dato Seri Najib Tun Abdul Razak.

4. HUBUNGAN SEMANTIK DALAM TEKS YANG DIKAJI

4.1 Aspek-aspek Makna

Aspek-aspek makna dalam semantik menurut Mansoer Pateda ada empat hal, iaitu:

4.1.1 Pengertian (sense)

Pengertian disebut juga dengan tema. Pengertian ini dapat dicapai apabila pembicara dengan lawan bicaranya atau antara penulis dengan pembaca mempunyai kesamaan bahasa yang digunakan atau disepakati bersama. Lyons (dalam Mansoer Pateda, 2001:92) mengatakan bahwa pengertian adalah sistem hubungan-hubungan yang berbeda dengan kata lain di dalam kosakata.

4.1.2 Nilai rasa (feeling)

Aspek makna yang berhubungan dengan nilai rasa berkaitan dengan sikap pembicara terhadap hal yang dibicarakan.dengan kata lain, nilai rasa yang berkaitan dengan makna adalah kata0kata yang berhubungan dengan perasaan, baik yang berhubungan dengan dorongan maupun penilaian. Jadi, setiapkata mempunyai makna yang berhubungan dengan nilai rasa dan setiap kata mempunyai makna yang berhubungan dengan perasaan.

4.1.3 Nada (tone)

Aspek makna nada menurut Shipley adalah sikap pembicara terhadap kawan bicara ( dalam Mansoer Pateda, 2001:94). Aspek nada berhubungan pula dengan aspek makna yang bernilai rasa. Dengan kata lain, hubungan antara pembicara dengan pendengar akan menentukan sikap yang tercermin dalam kata-kata yang digunakan.

4.1.4 Maksud (intention)

Aspek maksud menurut Shipley (dalam Mansoer Pateda, 2001: 95) merupakan maksud senang atau tidak senang, efek usaha keras yang dilaksanakan. Maksud yang diinginkan dapat bersifat deklarasi, imperatif, narasi, pedagogis, persuasi, rekreasi atau politik.

Aspek-aspek makna tersebut tentunya mempunyai pengaruh terhadap jenis-jenis makna yang ada dalam semantik. Di bawah ini akan dijelaskan seperti apa berkaitan aspek-aspek makna dalam semantik dengan jenis-jenis makna dalam semantik.

4.1.4.1 Makna Emotif

Page 9: Semantik dan peristilahan bahasa melayu

Makna emotif menurut Sipley (dalam Mansoer Pateda, 2001:101) adalah makna yang timbul akibat adanya reaksi pembicara atau sikap pembicara mengenai atau terhadap sesuatu yang dipikirkan atau dirasakan. Dicontohkan dengan kata kerbau dalam kalimatEngkau kerbau. Kata itu tentunya menimbulkan perasaan tidak enak bagi pendengar. Dengan kata lain,kata kerbau tadi mengandung makna emosi. Kata kerbau dihubungkan dengan sikap atau perilaku malas, lembam dan dianggap sebagai penghinaan. Orang yang dituju atau pendengarnya tentunya akan merasa tersinggung atau merasa tidak nyaman. Bagi orang yang mendengarkan hal tersebut sebagai sesuatu yang ditujukan kepadanya tentunya akan menimbulkan rasa ingin melawan. Dengan demikian, makna emotif adalah makna dalam suatu kata atau kalimat yang dapat menimbulkan pendengarnya emosi dan hal ini jelas berhubungan dengan perasaan. Makna emotif dalam bahasa Indonesia cenderung mengacu kepada hal-hal atau makna yang positif dan biasa muncul sebagai akibat dari perubahan tata nilai masyarakat terdapat suatu perubahan nilai.

4.1.4.2 Makna Konotatif

` Makna konotatif berbeza dengan makna emotif kerana makna konotatif cenderung bersifat negatif, sedangkan makna emotif adalah makna yang bersifat positif (Fathimah Djajasudarma, 1999:9). Makna konotatif muncul sebagai akibat asosiasi perasaan kita terhadap apa yang diucapkan atau didengar. Misalnya, pada kalimat Anita menjadi bunga desa. Kata bunga dalam kalimat tersebut bukan bererti sebagai bunga di taman melainkan menjadi idola di desanya sebagai akibat keadaan fizikalnya atau kecantikannya. Kata bunga yang ditambahkan dengan salah satu unsur psikologis fizik atau sosial yang dapat dihubungkan dengan kedudukan yang khusus dalam masyarakat, dapat menumbuhkan makna negatif.

4.1.4.3 Makna Kognitif

Makna kognitif adalah makna yang ditunjukkan oleh acuannya, makna unsur bahasa yang sangat dekat hubungannya dengan dunia luar bahasa, objek atau gagasan, dan dapat dijelaskan berdasarkan analisis komponenya (Mansoer Pateda, 2001:109). Kata pohon bermakna tumbuhan yang memiliki batang dan daun denga bentuk yang tinggi besar dan kokoh. Inilah yang dimaksud dengan makna kognitif karena lebih banyak dengan maksud pikiran.

4.1.4.4 Makna Referensial

Referen menurut Palmer ( dalam Mansoer Pateda, 2001: 125) adalah hubungan antara unsur-unsur linguistik berupa kata-kata, kalimat-kalimat dan dunia pengalaman nonlinguistik. Referen atau acuan dapat diartikan berupa benda, peristiwa, proses atau kenyataan. Referen adalah sesuatu yangditunjuk oleh suatu lambang. Makna referensial mengisyaratkan tentang makna yamg langsung menunjuk pada sesuatu, baik benda, gejala, kenyataan, peristiwa maupun proses.

Makna referensial menurut uraian di atas dapat diartikan sebagai makna yang langsung berhubungan dengan acuan yang ditunjuk oleh kata atau ujaran. Dapat juga dikatakan bahwa makna referensial merupakan makna unsur bahasa yanga dekat hubungannya dengan dunia

Page 10: Semantik dan peristilahan bahasa melayu

luar bahasa, baik berupa objek konkret atau gagasan yang dapat dijelaskan melalui analisis komponen.

4.1.4.5 Makna Piktorikal

Makna piktorikal menurut Shipley (dalam Mansoer Pateda, 2001:122) adalah makna yamg muncul akibat bayangan pendengar atau pembaca terhadap kata yang didengar atau dibaca. Makna piktorikal menghadapkan manusia dengan kenyataan terhadap perasaan yang timbul karena pemahaman tentang makna kata yang diujarkan atau ditulis, misalnya kata kakus, pendengar atau pembaca akan terbayang hal yang berhubungan dengan hal-hal yang berhubungan dengan kakus, seperti kondisi yang berbau, kotoran, rasa jijik, bahkan timbul rasa mual karenanya.

4.2 Kelewahan Makna

Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud kelewahan ialah hal (keadaan) yg berlebih-lebihan. Berlebih-lebih sehingga tertambah perkara, hal, dan sebagainya yangg tidak perlu (misalnya perkataan yang digunakan dalam ayat). Keselarasan huruf vokalbermaksud keselarasan atau kesesuaian dua huruf vokal yang membentuk dua suku kata pada kata dasar, iaitu pasangan antara huruf vokal di suku kata praakhir dengan huruf vokal pada suku kata akhir tertutup. Dalam sistem ejaan rumi bahasa Melayu selepas 1972, terdapat 18 keselarasan huruf vokal.

Contoh:

alih, untung, tidur, lebih, dan sebagainya.

Perkataan daripada bahasa Indonesia dan bahasa Inggeris dikecualikan daripada sistem keselarasan huruf vokal.

Kata pinjaman ialah kata-kata yang diambil daripada bahasa-bahasa lain selain bahasa Melayu seperti bahasa Inggeris, bahasa Eropah lain,bahasa Jawa atau bahasa serumpun lain. Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk buku Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu (Ismail Dahaman).

4.3 Ketaksaan Makna

Sepotong ayat dapat menerbitkan beberapa maksud yang tertentu. Hal ini demikian bergantung pada intonasi ayat itu diucapkan. Ayat yang dapat menghasilkan pelbagai maksud dikatakan ayat yang mempunyai unsur ketaksaan (ambiguity). Dengan kata lain, ketaksaan ditakrifkan sebagai sifat binaan atau konstruksi yang dapat diberi lebih daripada satu tafsiran.

Contoh:

1. Ibu bapa Mustafa telah meninggal dunia.

Page 11: Semantik dan peristilahan bahasa melayu

Ayat ini mengandungi unsur ketaksaan kerana dapat diertikan sebagai ibu kepada bapa (iaitu nenek) Mustafa telah meninggal dunia, atau kedua-dua ibu bapa Mustafa telah meninggal dunia. Untuk dapat mengenal pasti perbezaan erti ini, kita perlu, secara intuisi, menyedari kewujudan dua jenis binaan ayat yang berbeza. Kita begitu mudah memahami maksud yang terkandung dalam ayat ini jika diucapkan dengan lagu bahasa (intonasi) yang berbeza bersesuaian dengan maksud yang hendak disampaikan.

Dalam ayat 1 di atas, jika kita meletakkan tekanan pada kata ibu, kemudian diikuti dengan jeda (hentian sebentar), pastilah ayat ini menyatakan bahawa ibu kepada bapa Mustafa (nenek Mustafa) telah meninggal dunia.

Sebaliknya, jika tiada tekanan pada perkataan ibu dan tanpa jeda dalam mengucapkan ayat tersebut, maka maksud yang terkandung menyatakan bahawa kedua-dua ibu bapa Mustafa yang meninggal dunia, bukan neneknya.

Jelas bahawa dalam ujaran, intonasi dan jeda memainkan peranan sebagai penentu kepada maksud yang didukung oleh sesuatu ayat. Dalam bentuk tulisan, hal ini dapat dijelaskan dengan penggunaan tanda baca untuk menentukan ketaksaan ayat berkenaan.

5. Semantik dan Linguistik

Kita sudah jelas bahawa semantik adalah sebahagian daripada linguistik. Kini semantik sudah boleh diterima sebagai salah satu komponen penting dalam ilmu linguistik seperti bidang fonetik dan tatabahasa. Ahli-ahli bahasa meletakkan bidang semantik pada sebelah hujung, manakala fonetik pula pada sebelah hujung yang lain, dan tatabahasa atau nahu terletak di tengah-tengah deretan ini.

Bidang semantik amat penting kerana kajian bahasa tidak akan menjadi sempurna jika tidak ada unsur makna. Semantik menjadi amat penting dalam tatabahasa, dan tanpanya, kita mungkin dapat membina atau melafazkan ayat atau ujaran yang tepat dari segi rumusnya tetapi tidak tepat dari segi ilmu semantik. Contohnya, kita tidak boleh menerima ayat “Kerusi itu sedang menyampaikan ucapan di Dewan Gemilang”, sebagai ayat yang betul, walaupun ayat ini menepati aturan bahasa, iaitu menurut susunan subjek dan predikat (S + P) di dalamnya. Hal ini kerana maknanya adalah taksa. Tegasnya, maklumat semantik amat penting dalam linguistik.

5.1 Sinonim dan Antonim

5.1.1 Sinonim

Sinonim ialah kesamaan makna perkataan, iaitu kata-kata yang mempunyai makna yang sama atau hampir sama. Secara umumnya, sinonim disebut sebagai perkataan seerti , misalnya perkataan ‘kereta’ dan ‘motokar’, ‘sejuk’ dan ‘dingin’, ‘suka’ dan ‘gemar’, ‘ganggu’ dan ‘kacau’, ‘lupus’ dan ‘luput’, ‘loncat’ dan ‘lompat’ dan sebagainya. Dalam bahasa Melayu, terdapat kamus sinonim yang mengandungi senarai perkataan seerti bahasa Melayu.

Page 12: Semantik dan peristilahan bahasa melayu

Dalam semantik, ada beberapa jenis sinonim, iaitu sinonim pinjaman, konteks, laras sosial, dan kolokasi.

5.1.1.1 Sinonim Pinjaman

‘Belalang’ bermakna pepatung dalam kebanyakan dialek Melayu. Walau bagaimanapun, dalam dialek Perak, ‘belalang’ bermakna ‘cakcibau’.

Dalam dialek Kedah, ‘batas’ ialah ‘jalan raya’, yang maksud konvensionalnya ialah ‘timbunan tanah yang menjadi sempadan petak-petak sawah’.

5.1.1.2 Sinonim Konteks

Perkataan ‘jemput’ dan ‘undang’ banyak digunakan dalam konteks protokol. Sebenarnya, ‘jemput’ digunakan dalam konteks lisan, manakala ‘undang’ dalam konteks tulisan. Ini bermakna konteks mewujudkan perkataan yang sama makna.

5.1.1.3 Sinonim Laras Sosial

Perkataan-perkataan tersebut digunakan dengan berdasarkan status. Misalnya ‘penyanyi’ ialah orang yang ‘bernyanyi’ manakala ‘biduan’ bermaksud ‘status’ yang tinggi dalam profesionalisme seni.

5.1.1.4 Sinonim Kolokasi

Sinonim jenis ini wujud dalam konteks penggunaan yang tersendiri. Contohnya perkataan ‘banyak’ dan ‘ramai’ mempunyai makna yang sama. Contoh ayat, “Banyak kilang kekurangan tenaga pekerja mahir” dan “Ramai pelajar yang gembira setelah memperoleh pencapaian baik dalam peperiksaan tersebut.”

“Perkataan ‘banyak’ boleh digunakan sama ada bagi ‘manusia’, ‘tumbuh-tumbuhan’, ‘haiwan’ dan ‘benda’ tetapi pastikan perkataan tersebut bermakna apabila digunakan tanpa kata sifat.

Jika anda menyebut “Banyak pelajar yang gembira setelah memperoleh pencapaian baik dalam peperiksaan tersebut” akan menunjukkan makna yang salah. Alasannnya, ramai (untuk manusia sahaja) hanya bermakna jika ada kata sifat (gembira) dalam ayat tersebut.

5.1.2 Antonim

Antonim ialah pertentangan makna perkataan atau kata-kata yang mempunyai makna yang tidak sama. Secara umumnya, antonim disebut sebagai perkataan berlawanan, misalnya sejuk lawannya panas, baik lawannya jahat, cantik lawannya hodoh, tinggi lawannya rendah, miskin lawannya kaya dan sebagainya. Namun demikian, tidak semua perkataan mempunyai pertentangan makna satu lawan satu seperti contoh tersebut. Oleh itu kata nafi ‘tidak’ kadang kala digunakan bagi menunjukkan pertentangan makna tersebut, misalnya perkataan ‘lena’ lawannya ‘tidak lena’ ataupun ‘mati’ bermaksud ‘tidak hidup’.

Terdapat beberapa jenis antonim seperti:

Page 13: Semantik dan peristilahan bahasa melayu

(a) Antonim pasangan komplemen

(b) Antonim hubungan darjah

(c) Antonim hubungan bertentangan

5.1.2.1 Antonim pasangan komplemen

Antonim pasangan komplemen merupakan pasangan perkataan berlawanan yang saling melengkapi antara satu sama lain. Cotohnya, perkataan tidur-jaga, hidup-mati, duduk-bangun, tajam-tumpul, kembang-kuncup, sihat-sakit, gembira-sedih, luas-sempit, kecil-besar, panjang-pendek, keras-lembik dan sebagainya.

Selain itu, perkataan – perkataan seperti tidak hidup-mati, dan tidak mati-hidup, tidak tidur-jaga dan tidak jaga-tidur dan sebagainya juga termasuk dalam antonim jenis ini.

5.1.2.2 Antonim hubungan darjah

Jenis kedua ialah pasangan kata antonim yang menunjukkan hubungan darjah seperti perkataan besar-kecil, tebal-nipis, tinggi-rendah, panjang-pendek, kurus-gemuk dan sebagainya. Makna kata adjektif yang menunjukkan pasangan kata ini mempunyai hubungan rujukan dengan benda yang dimaksudkan. Sebagai contoh, sebatang kayu itu dikatakan bersaiz panjang dengan merujuk kepada kayu itu secara spesifik berbanding dengan kayu yang sama jenis.

Selain itu, perkataan itu sendiri tidaklah menggambarkan darjah secara mutlak. Sebagai contoh, perkataan ‘kecil’ pada ‘kerbau kecil’ sebenarnya menunjukkan darjah dan makna yang tidak sama pada perkataan ‘tikus kecil’. Demikian juga perkataan ‘laju’ bagi merujuk kepada kereta lumba tentulah tidak sama darjahnya jika merujuk kepada kereta biasa.

5.1.2.3 Antonim hubungan bertentangan

Jenis pasangan kata antonim yang ketiga dinamakan hubungan bertentangan. Dalam hal ini, kedua-dua pasangan kata itu dari segi semantiknya membawa makna yang setara, misalnya beri-terima, jual-beli, murid-guru, majikan-pekerja dan sebagainya. Contohnya jika X ‘beri’ barang pada Y bermakna Y akan ‘terima’ barang itu.

5.2 Hiponim, Homonim dan Polisem

5.2.1 Hiponim

Hiponim ialah kata yang maknanya terangkum dalam makna kata yang lain. Sebagai contoh, melur, mawar,melati,kemboja dan cempaka ialah hiponim kepada bunga.

Secara umumnya, hiponim merupakan kata umum yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan kata-kata yang lebih khusus atau dalam erti kata lain ialah kata umum yang mempunyai lingkungan atau anggotanya terdiri daripada kata yang khusus.

5.2.2 Homonim

Page 14: Semantik dan peristilahan bahasa melayu

Homonim merujuk kepada hubungan antara homonim. Iaitu dua kata atau lebih yang mempunyai, sama ada bunyi atau ejaan yang sama, tetapi berlainan makna. Perkataan yang mempunyai sebutan yang sama, tetapi berbeza makna seperti yang disebutkan tadi dikatakan mempunyai hubungan homonim. Sebagai contoh, perkataan ‘kepala’ yang membawa maksud ‘ketua’ tidak sama maknanya dengan ‘kepala kereta api. ‘kepala manusia’ dan ‘kepala surat’.

Penggunaan homonim dalam pertuturan atau ayat boleh menimbulkan kekeliruan jika tidak berlatar belakangkan konteks tertentu. Hal ini kerana homonim mempunyai sebutan dan bentuk ejaan yang sama, tetapi berbeza dari segi makna.

5.2.3 Polisem

Polisem ialah perkataan yang mempunyai beberapa makna yang berkaitan sama ada secara konseptual atau sedarjah. Dengan kata lain, polisem ialah hubugan kata atau frasa yang mempunyai dua makna atau lebih dan mempunyai etimologi yang sama.

Sebagai contoh, kata bantu ‘tentang’ boleh bermaksud berkaitan sesuatu perkara. Ada masanya perkataan ‘tentang’ boleh membawa maksud ‘lawan’, seperti dalam ayat “Kita tentang habis-habisan”. Contoh lain ialah perkataan ‘bisa’ yang membawa maksud sakit sangat dan boleh. Dalam perbualan di Indonesia, secara normalnya ‘bisa’ digunakan untuk menggantikan perkataan ‘boleh’. Berdasarkan contoh-contoh tersebut, ‘tentang’ dan ‘bisa’bervariasi maknanya, tetapi kewujudan polisem ditinjau dengan berasaskan konteks penggunaan.

Makna Ayat

Makna merupakan satu unsur penting dalam mana-mana ujaran atau tulisan. Tanpa unsur ini, maka apa sahaja yang diujarkan atau yang dituliskan tidak akan memberi sebarang kefahaman kepada orang yang dilawan bercakap atau orang yang membaca sesuatu yang ditulis.

Semua bahasa bergantung kepada makna dalam perkataan dan ayat. Setiap perkataan dan setiap ayat lazimnya dikaitkan sekurang-kurangnya dengan satu makna. Bagi ayat persoalannya sangat rumit. Dalam setiap bahasa untuk membentuk suatu ayat, perkataan hendaklah disusun dan untuk mendapatkan makna ayat bergatung pada makna perkataan yang terdapat dalam ayat tersebut.

Terdapat juga perkataan yang memiliki dua makna dan ada juga yang mempunyai tiga makna. Adakalanya terdapat juga perkataan yang digunakan tanpa membawa apa-apa makna.Dalam konteks berbahasa, kita beranggapan bahawa pendengar atau penulis memehami makna yang ingin di sampaikan sehinggakan kita mengabai ataupun tidak menyebut atau menulis beberapa perkataan. Dalam bahasa Melayu makna ayat boleh dibahagikan makna konotatif dan makna denotatif.

6.1 Pengembangan Makna

Semantik atau makna boleh dilihat dalam dua sudut iaitu pemgembangan makna dan penyempitan makna. Peluasan makna meliputi sintaksis dan pragmatik dan menurut Nor Hashimah Jalaluddin (1992:1) yang memetik pendapat Sperber dan Wilson (1980) bahawa

Page 15: Semantik dan peristilahan bahasa melayu

pengkajian makna belum dapat dipastikan makna sepenuhnya mengikut apa yang dihajati pleh penutur.

Cakupan makna sekarang lebih luas daripada makna yang lama. Contohnya ‘berlayar’, dulu digunakan dengan pengertian bergerak di laut dengan memakai layar, tetapi sekarang semua tindakan mengarungi lautan atau perairan dengan alat apa saja disebut ‘berlayar’ . Dahulu kata ‘bapa’ hanya dipakai dalam hubungan biologis, sekarang semua orang yang lebih tua atau lebih tinggi kedudukannya disebut ‘bapa’ sedangkan segala orang yang dianggap sama darjatnya disebut‘saudara’.

6.2 Penyempitan Makna

Menurut Chaer (1995), Pateda (1986), penyempitan makna ialah gejala yang terjadi pada kata yang mulanya mempunyai makna yang cukup luas,kemudian menjadi makna yang cukup terbatas hanya pada makna tertentu sahaja. Sedangkan Keraf (1986:97) menyatakan bahawa penyempitan makna sebuah kata ialah proses perubahan makna kata daripada makna yang lebih luas kepada makna yang lebih khusus atau spesifik.

Sebagai contoh kata ’ahli’ membawa makna yang lebih luas iaitu keluarga, sanak-saudara atau orang-orang yang memasuki sesuatu golongan. Walau bagaimanapun kata ’ahli’ juga telah disempitkan kepada makna orang yang mahir atau pandai dalam sesuatu ilmu atau disebut juga pakar dalam sesuatu bidang