topik 1 4xpemodenan dan perancangan bahasa melayu · pdf fileberfikir kebudayaan negara-negara...

21
PENGENALAN Perkembangan bahasa Melayu melalui beberapa tahap sebagaimana yang telah dijelaskan dalam Topik 3. Kini bahasa Melayu merupakan bahasa yang dituturkan oleh rakyat Malaysia dalam komunikasi harian. Pengetahuan masyarakat di Malaysia tentang bahasa ini tidak dapat dinafikan amat tinggi kerana hubungan sosial atau hubungan dagang mengutamakan bahasa Melayu khususnya dalam kalangan masyarakat umum di luar bandar. Perkembangan ini juga menyaksikan era pemodenan bahasa Melayu. Di Malaysia, istilah bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan membawa maknanya tersendiri. Bahasa kebangsaan ialah bahasa yang melambangkan identiti dan kedaulatan negara serta berfungsi sebagai alat perpaduan rakyat. Identiti bahasa kebangsaan haruslah mencerminkan penggunaan bahasa yang menggambarkan keseluruhan masyarakat yang mendiami negara Malaysia. Bahasa rasmi pula menekankan penggunaan bahasa dalam situasi rasmi misalnya pentadbiran, sistem pendidikan negara, urusan perdagangan, acara rasmi dan sebagainya. Kedudukan bahasa rasmi amat tinggi prestijnya dalam kalangan pengguna bahasa kerana bahasa itu merupakan bahasa komunikasi harian dalam segala T T o o p p i i k k 4 4 Pemodenan dan Perancangan Bahasa Melayu HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Mengenal pasti klasifikasi perancangan bahasa; 2. Menghuraikan perancangan taraf bahasa; dan 3. Membincangkan perancangan korpus bahasa.

Upload: vuhanh

Post on 04-Feb-2018

272 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

PENGENALAN

Perkembangan bahasa Melayu melalui beberapa tahap sebagaimana yang telah dijelaskan dalam Topik 3. Kini bahasa Melayu merupakan bahasa yang dituturkan oleh rakyat Malaysia dalam komunikasi harian. Pengetahuan masyarakat di Malaysia tentang bahasa ini tidak dapat dinafikan amat tinggi kerana hubungan sosial atau hubungan dagang mengutamakan bahasa Melayu khususnya dalam kalangan masyarakat umum di luar bandar. Perkembangan ini juga menyaksikan era pemodenan bahasa Melayu. Di Malaysia, istilah bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan membawa maknanya tersendiri. Bahasa kebangsaan ialah bahasa yang melambangkan identiti dan kedaulatan negara serta berfungsi sebagai alat perpaduan rakyat. Identiti bahasa kebangsaan haruslah mencerminkan penggunaan bahasa yang menggambarkan keseluruhan masyarakat yang mendiami negara Malaysia. Bahasa rasmi pula menekankan penggunaan bahasa dalam situasi rasmi misalnya pentadbiran, sistem pendidikan negara, urusan perdagangan, acara rasmi dan sebagainya. Kedudukan bahasa rasmi amat tinggi prestijnya dalam kalangan pengguna bahasa kerana bahasa itu merupakan bahasa komunikasi harian dalam segala

TTooppiikk 44 Pemodenan dan PerancanganBahasa Melayu

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Mengenal pasti klasifikasi perancangan bahasa;

2. Menghuraikan perancangan taraf bahasa; dan

3. Membincangkan perancangan korpus bahasa.

TOPIK 4 PEMODENAN DAN PERANCANGAN BAHASA MELAYU 66

Rajah 4.1: Sutan Takdir Alisjahbana. Sumber: Dipetik daripada http://images.google.com

/images?

urusan rasmi. Jelasnya bahasa kebangsaan boleh menjadi bahasa rasmi tetapi bahasa rasmi tidak merupakan bahasa kebangsaan kerana bahasa rasmi hanya digunakan untuk tujuan tertentu tanpa dikaitkan dengan nasionalisme.

KONSEP DAN DEFINISI

Pemodenan bahasa mempunyai pengertian yang khusus bagi menilai perkembangan sesuatu bahasa. Sukar untuk ditentukan garis pemisah antara moden dan tradisi dalam perkembangan bahasa Melayu. Pemodenan ialah proses menjadikan bahasa-bahasa yang sudah berkembang maju sebagai bahasa media komunikasi, iaitu proses menyatukan masyarakat dunia bahasa-bahasa yang kian saling menterjemahkan yang dikenali sebagai cara yang wajar bagi bentuk-bentuk moden dalam wacana (Ferguson,1968:32 dipetik daripada Ismail Dahaman 2007). Pemodenan bahasa dapat dikatakan bermula dengan pemodenan kosa kata bahasa Melayu melalui pembentukan korpus dalam bidang ilmiah yakni pembentukan kata baharu atau istilah. Perkembangan ini memperlihatkan kemunculan bahasa Melayu tinggi yang digunakan dalam wacana ilmiah yang mempunyai ciri-cirinya tersendiri dengan kosa kata khusus, struktur morfologi dan fonologi menjadi lebih kompleks.

Alisjahbana (1965) (Lihat Rajah 4.1) pula mengatakan pemodenan itu sebagai usaha-usaha menyesuaikan konsep-konsep, fikiran-fikiran dan cara-cara berfikir kebudayaan negara-negara sedang membangun dengan konsep-konsep, fikiran-fikiran dan cara berfikir dunia moden, iaitu memodenkan kebudayaan untuk kemajuan ilmu, teknologi dan ekonomi dunia moden. Pemodenan bahasa dapat dilihat dari segi fungsi bahasa Melayu itu sendiri, yakni pada masa dahulu merupakan bahasa lingua franca kemudian berkembang menjadi bahasa wacana ilmu bersifat ilmiah melalui pengayaan kosa kata atau perbendaharaan kata dalam bahasa Melayu.

Perancangan bahasa ialah usaha untuk mempertingkatkan komunikasi dengan cara mengkaji hubungan antara pengguna bahasa atau mencipta satu situasi bahasa. Perancangan bahasa merupakan pembangunan matlamat, objektif, dan strategi untuk mengubah cara penggunaan bahasa dalam sesebuah masyarakat atau komuniti. Hal ini melibatkan pperekasayaan sosial penggunaan bahasa bagi

4.1

TOPIK 4 PEMODENAN DAN PERANCANGAN BAHASA MELAYU 67

sesebuah negara. PPerancangan bahasa merangkumi dua komponen penting, iaitu pperancangan taraf atau status dan perancangan korpus. Perancangan taraf mementingkan peranan yang dimainkan bahasa dalam pembinaan bangsa (Asmah:1987). Penggunaan satu bahasa rasmi merupakan penetapan taraf bahasa dalam sesebuah negara. Usaha ini merupakan urusan rasmi di peringkat kerajaan atau pemerintah tentang pemilihan dan peningkatan penggunaan satu bahasa dalam pentadbiran negara. Usaha ini dilakukan dengan bersungguh-sungguh oleh individu, kumpulan, atau organisasi untuk mempengaruhi penggunaan atau pembangunan satu bahasa sebagai bahasa rasmi. PPerancangan korpus pula merujuk kepada perubahan dalam bahasa itu sendiri yang melibatkan penciptaan perbendaharaan kata yang baharu dan pembakuan atau penstandardan termasuklah sistem ejaan dan tulisan dalam sesuatu bahasa.

Dari segi sistem pendidikan, perancangan bahasa yang meletakkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu telah menggalakkan pelajar, pengajar, guru dan pensyarah, penggubal kurikulum, penyedia soalan peperiksaan, dan pentadbiran menuntut kegiatan peristilahan bahasa Melayu dipacu dengan lebih laju. Ini memperlihatkan proses pemodenan bahasa Melayu berlaku secara terancang, iaitu melalui perancangan bahasa. Pelaksanaan dasar bahasa yang menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah rendah, menengah dan hinggalah ke peringkat institusi pengajian tinggi menggerakkan kegiatan peristilahan yang didukung oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Banyak Jawatankuasa Istilah (JKI) telah ditubuhkan oleh DBP dengan kerjasama institusi pengajian tinggi awam untuk mengumpul, membentuk dan menyebar luas istilah bahasa Melayu dalam bidang sains asas dan sains gunaan. Perubahan ini menyaksikan perancangan korpus bahasa Melayu berkembang dengan cepat sekali.

Globalisasi menyaksikan perkembangan ilmu tanpa sempadan yang boleh diterokai oleh mana-mana pihak yang berminat untuk mempertingkatkan pengetahuan dalam pelbagai bidang. Hal ini juga memperlihatkan keutamaan diberikan kepada bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu antarabangsa di samping beberapa bahasa utama lain seperti Perancis, Jerman, Mandarin dan sebagainya. Aspek ini amat berkait rapat dengan perancangan bahasa, khususnya bagi negara-negara membangun seperti Malaysia yang sedang berusaha untuk mempertingkatkan pembangunan ekonomi dan sosial. Bahasa Melayu, sama ada dalam penggunaan umum ataupun penggunaan bidang khusus, merupakan wahana penting dalam pengembangan ilmu pengetahuan. Perancangan bahasa juga merupakan fenomena yang berlaku dalam bbahasa untuk tujuan umum(BUTU) dan juga bbahasa untuk tujuan khusus (BUTK). Asas bagi perancangan bahasa bagi bidang khusus ini adalah untuk membolehkan komunikasi profesional berlangsung dalam bahasa Melayu.

Perancangan bahasa adalah satu proses yang berterusan dan mengambil jangka masa yang agak panjang. Perancangan bahasa oleh mana-mana negara

TOPIK 4 PEMODENAN DAN PERANCANGAN BAHASA MELAYU 68

memerlukan pembentukan satu dasar oleh pemerintah. Noss (1971) melihat hal ini dari sudut perancangan dasar bahasa yang terbahagi kepada tiga, iaitu dasar bahasa rasmi, dasar bahasa pendidikan, dan dasar bahasa am. Dasar bahasa rasmi ialah dasar yang dikeluarkan oleh pemerintah yang menentukan bahasa yang seharusnya digunakan dalam mencapai matlamat tertentu. Dasar bahasa pendidikan ialah dasar bahasa yang dipegang dalam menggunakan bahasa sebagai bahasa pengantar di sekolah. Dasar bahasa am ialah dasar yang secara tidak rasmi diterima oleh kerajaan mengenai penggunaan bahasa dalam perdagangan, perhubungan rakyat dan dalam hubungan dengan orang-orang, badan-badan atau negara-negara luar (Asmah, 1985. ms 23).

Dalam perkembangan perancangan bahasa, terdapat beberapa istilah yang merujuk kepada usaha-usaha untuk merancang atau merencanakan pembinaan dan pengembangan bahasa secara sedar. Antaranya :

(a) Perancangan bahasa (language planning),

(b) Perekasayaan bahasa (language engineering),

(c) Politik bahasa (glottopolitics and glossopolitics),

(d) Pengurusan bahasa (language management),

(e) Pemupukan bahasa (language cultivation),

(f) Perawatan bahasa (language treatment), dan

(g) Pembinaan bahasa (language development).

Francis X. Karam (1974) telah memetik pendapat Einar Haugen (Lihat Rajah 4.2) bahawa orang yang pertama menggunakan perkataan language planning ialah Uriel Weinreich dalam satu seminar yang diadakan di Universiti Colombia. Namun demikian, orang yang pertama yang menggunakannya sebagai satu konsep dan menjelaskan konsep ini sebagai istilah ialah Einar Haugen sendiri berdasarkan sebuah makalah yang berjudul Planning for a Standard Language

Rajah 4.2: Einar Haugen Sumber: Dipetik daripada http://images.google.com/images?

TOPIK 4 PEMODENAN DAN PERANCANGAN BAHASA MELAYU 69

in Modern Norway (1959) dan kemudian makalah ini ditukar kepada Language Planning in Modern Norway. Einar Haugen mengatakan bahawa perancangan bahasa itu merangkumi kerja-kerja normatif akademi atau jawatankuasa bahasa, terhadap semua bentuk usaha yang biasa dikenali sebagai pembinaan bahasa dan semua cadangan perubahan atau reformasi bahasa atau pembakuan standard.

Dalam versi klasik, skema perancangan bahasa Haugen merangkumi empat dimensi membentuk pasangan matriks dua-dengan-dua. Bahasa dilihat sebagai norma dan fungsi, dan objek perancangan dilihat sebagai masyarakat dan bahasa. Satu norma dipilih dan dikodkan melalui ortografi, tatabahasa dan leksikal. Pemilihan bahasa tertentu dibuat untuk menduduki tempat tertentu seperti bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi.

Kodifikasi dilakukan dengan menentukan norma sesuatu bahasa. Pada aras fungsi, bentuk yang dipilih dikodkan untuk dijadikan identifikasi standard atau digunakan (implementasi sebagai satu amalan sosial), dan kemudian dihuraikan. Peluasan perlu dilakukan untuk membuktikan kemampuan bahasa menghadapi kehendak-kehendak semasa dalam segala bidang pengetahuan.

Istilah language planning ini juga digunakan oleh beberapa ahli bahasa lain seperti Joshua A. Fishman dalam Advances in Language Planning (1974) dan The Impact of Nationalism on Language Planning (1970), Valter Tauli (dalam Theory of Language Planning (1974), Bonafacio P. Sibayan (dalam Language Planning Processes and the Language Policy: Survey in the Philipines 1970),Rubin Jernudd (dalam Can Language be Planned? 1970), Joan Rubin (dalam CostBenefit Analysis in Language Planning 1970), Chaim Rubin (dalam Tentative Classification of Language Planning Aims 1970), Paul Gavin (dalam Some Comments on Language Planning 1970), Fernando Penalosa (1984), Roger T. Bell (1976), Khaidir Anwar (1980), Richard B. Noss (1984) dan S. Takdir Alisyahbana (1976) (dalam Language Planning for Modernization), dan Asmah Haji Omar(1979) (dalam Language Planning for Unity and Efficiency).

Language engineering atau pperekasayaan bahasa digunakan oleh G.P. Springer dalam Early Soviet Theories in Communication (1956), Takdir Alisyahbana dalam Language Engineering Moulds Indonesian Language (1961) dan Language Policy, Language Engineering and Literacy in Indonesia and Malaysia (1971), Richard B. Noss (1984), Stephen A. Wurm (1974), Bonifacio P. Sibayan(1974) dan Henri Lavondes (1974). Glottopolitics atau politik bahasa diperkenalkan oleh Robert A. Hall Jr. (dalam tulisannya berjudul American Linguistics 1925-1950 (1951). Selain itu, tokoh bahasa dari Indonesia seperti Amran Halim (Politik Bahasa Nasional 1980) dan Lembaga Bahasa Nasional Indonesia 1974 turut menggunakan istilah yang sama. Istilah glossopolitics juga digunakan oleh Asmah Haji Omar. Language development atau pembinaan

TOPIK 4 PEMODENAN DAN PERANCANGAN BAHASA MELAYU 70

bahasa dikemukakan juga oleh Richard B. Noss dalam Language Policy and Higher Education 1967 untuk pengertian perancangan bahasa yang dilakukan di negara-negara di Asia Tenggara. Bagi Noss istilah ini merupakan sebahagian daripada ruang lingkup dalam Language Planning (Richard Noss 1984). Tokoh lain yang menggunakan istilah ini ialah Charles A. Ferguson 1968. Language treatment atau perawatan bahasa digunakan oleh Ferdinand Penalosa (1981) untuk berbagai-bagai jenis perhatian yang diberikan oleh masyarakat tentang bahasa. Jenis perawatan bahasa yang terpenting menurut beliau ialah perancangan bahasa. Oleh itu perancangan bahasa merupakan sebahagian sahaja daripada perawatan bahasa. Language management atau pengurusan bahasa, iaitu bahasa itu dibina dan dipupuk untuk menjadi satu bahasa yang berkeupayaan dan mampu digunakan untuk mendukung budaya yang tinggi serta moden.

Neustupny (1974) menyebut dua istilah lagi, iaitu Cultivation Approach dan Cultivation of Language yang menyentuh „...persoalan ketepatan, kecekapan, tahap linguistik memenuhi fungsi-fungsi khusus, masalah stail, sekatan terhadap kapasiti perhubungan dan sebagainya‰ Istilah Cultivation of Language menurut Neustupny mula digunakan oleh P.L. Garvin dalam tulisannya yang berjudul A Prague School Reader on Aesthetics Structure and Style (1964). Selain itu, terdapat beberapa istilah lain yang dikaitkan dengan perancangan bahasa, iaitu A. Peskovskij telah menemukan istilah practical linguistics, iaitu ilmu bahasa amali atau linguistik amali. Bruno Migliorini dan Hspang-Hansen menggunakan pula istilah applied linguistics atau linguistik terapan atau gunaan. Punya Sloka Ray pula memberikan nama prescriptive linguistics atau linguistik preskriptif. Einar Haugen telah menggunakan istilah normative linguistics atau linguistik normatif. Akhir sekali, Valter Tauli menggunakan istilah Theory of Language Planning atau teori perancangan bahasa (lihat Valter Vauli (1974 dan 1968) dalam J.A. Fishman Advances in Language Planning.)

Rubin dan Jernudd dalam bukunya Can Language Be Planned? (1970) (atau bolehkah bahasa dirancang?), telah mengatakan bahawa perancangan bahasa itu membawa maksud pembuatan keputusan tentang bahasa atau decision making about language yakni segala keputusan yang dibuat untuk bahasa. Hal ini merangkumi keputusan penetapan taraf bahasa dan bahan bahasa seperti ejaan, tatabahasa, istilah, sebutan, dan kosa kata serta hal-hal lain yang berkaitan dengan bahasa. Dalam tahun 1971 dan 1974, kedua-duanya mengutarakan pandangan lanjutan, iaitu perancangan bahasa sebagai usaha-usaha yang tersusun yang diarahkan kepada perubahan yang difikirkan dan ditimbangkan secara teliti mengenai kod bahasa atau pertuturan atau kedua-duanya sekali.

Fishman (1972) (Lihat Rajah 4.3) memberikan takrifan istilah ini sebagai „usaha yang tersusun bagi menyelesaikan masalah-masalah bahasa terutama pada peringkat kebangsaan‰. Valter Tauli mendefinisikan istilah ini sebagai kegiatan

TOPIK 4 PEMODENAN DAN PERANCANGAN BAHASA MELAYU 71

mengawal atur yang berkaedah dan membaiki bahasa-bahasa yang baru dan sepunya di peringkat daerah, negara atau antarabangsa (Valter Tauli 1974). Das Gupta (dalam Penalosa 1981) berpendapat bahawa perancangan bahasa itu ialah rangkap kegiatan yang difikirkan dan ditimbangkan dengan hati-hati, dan direkasayakan secara bersistem untuk menyusun dan membina daya sumber bahasa sesebuah masyarakat secara terstruktur dan mengikut jadual waktu yang tertentu.

Weinstein (1980) berpandangan bahawa perancangan bahasa ialah usaha mendapat kuasa dan juga kerajaan yang bersifat jangka panjang, mempertahankan berserta dengan penuh sedar (berusaha) bagi mengubah fungsi sesuatu bahasa dalam sesebuah masyarakat untuk tujuan menyelesaikan masalah-masalah perhubungan atau komunikasi.

Springer (1956) dan (1974) yang menggunakan istilah language engineering telah memberikan takrif istilah ini sebagai rujukan kepada usaha-usaha penulisan dan pembakuan bahasa-bahasa separa baku di Kesatuan Soviet. Alisyahbana (1961 dan 1974) menggunakan istilah yang sama bagi maksud pedoman pembinaan bahasa secara sedar dalam konteks perubahan masyarakat, kebudayaan dan teknologi yang lebih besar. Juga dikatakan bahawa istilah ini juga membawa maksud pemindahan pengalaman-pengalaman pengekodan yang lalu pada bahasa-bahasa di Eropah dalam bidang ejaan, kosa kata dan tatabahasa kepada bahasa-bahasa yang baru dibina dengan perancangan dan dipertimbangkan dengan teliti dan rasional.

Ronald Wardhaugh (1988) mengatakan bahawa terdapat dua fokus perancangan bahasa, iaitu perancangan taraf atau status, dan perancangan korpus atau bahan. Pertama, analisis keperluan dilakukan yang melibatkan analisis komunikasi pola sosiopolitik dalam masyarakat. Kemudian, pemilihan satu bahasa pelbagai bahasa untuk tujuan perancangan. Tahap ini kadangkala dikenali sebagai perancangan status yang merangkumi kodifikasi dan penstandardan. Kodifikasi menentukan kriteria yang dikatakan bahasa yang baik manakala penstandardan berlaku apabila satu bahasa dipilih sebagai standard yang diikuti. Kedua-dua

Rajah 4.3: Joshua Fishman. Sumber: Dipetik daripada http://images.google.com/images?

TOPIK 4 PEMODENAN DAN PERANCANGAN BAHASA MELAYU 72

tahap ini merupakan perancangan status bahasa. Tahap seterusnya ialah peluasan dan pelaksanaan. Peluasan melibatkan sebarang aktiviti yang mengembangkan pembangunan sesuatu bahasa termasuklah peluasan leksikal yang memungkinkan perkembangan bahasa yang dinamis. Pelaksanaan merupakan proses pemupukan bahasa melalui penghasilan kamus dan penulisan ilmiah dalam bahasa tersebut. Sebagai tambahan kepada pelaksanaan melalui perancangan status dan korpus, penilaian dan maklum balas perlu sebagai mekanisme bagi menentukan bagaimana perkembangan usaha perancangan bahasa bergerak dan sejauh mana keberhasilan usaha yang dilaksanakan.

PERANCANGAN TARAF BAHASA

Perancangan taraf bahasa meliputi kedudukan sesuatu bahasa dalam hubungannya dengan bahasa lain dalam sistem pemerintahan. Perancangan taraf atau status melibatkan perubahan-perubahan fungsi sesuatu bahasa atau kelainan bahasa dan hak-hak mereka yang menggunakannya. Hal ini mementingkan peranan yang dimainkan bahasa dalam pembinaan bangsa. Penggunaan satu bahasa rasmi merupakan penetapan taraf bahasa dalam sesebuah negara. Perancangan taraf bahasa memberi pertimbangan kepada beberapa faktor, iaitu identiti kebangsaan, pengetahuan bahasa, prestij kebangsaan dan penyertaan bangsa dalam dunia antarabangsa (Asmah,1987). Oleh itu perancangan ini dikatakan perancangan dasar bahasa. Dasar ini menetapkan peranan yang dipegang oleh sesuatu bahasa dalam sesebuah

4.2

(a) Berdasarkan buku „Perancangan Bahasa Dengan Rujukan Khusus Kepada Perancangan Bahasa Malaysia‰, bincangkan tiga dimensi perancangan bahasa.

(b) Bezakan dasar perancangan bahasa di Malaysia dengan di Singapura dan di Filipina.

AKTIVITI 4.1

(a) Huraikan dua konsep perancangan bahasa yang dikemukakan oleh Robin Jernudd dan Fishman.

(b) Bezakan konsep bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi.

SEMAK KENDIRI 4.1

TOPIK 4 PEMODENAN DAN PERANCANGAN BAHASA MELAYU 73

negara. Fernando Penalosa (1981) memetik pandangan Heinz Kloss yang mengatakan bahawa terdapat enam unsur dalam perancangan taraf bahasa:

(a) Pertama, dasar bahasa rasmi yang tunggal seperti di Indonesia, negara Thai, dan Perancis. Di negara-negara tersebut, bahasa rasmi digunakan dalam semua sistem pentadbiran kerajaan. Tidak ada bahasa-bahasa lain yang digunakan dalam sebarang upacara rasmi kerajaan.

(b) Kedua, dasar bahasa rasmi yang mengandungi lebih daripada satu bahasa. Misalnya di Brunei Darussalam yang menggunakan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi secara bersama. Di Kanada juga, bahasa Inggeris dan bahasa Perancis digunakan secara meluas, manakala di Switzerland menggunakan empat bahasa rasmi, iaitu Perancis, Jerman, Itali dan Romansch.

(c) Ketiga, bahasa rasmi di negeri bahagian (regional official language) seperti bahasa Ibo di Nigeria Timur dan bahasa Tamil di Tamil Nadu.

(d) Keempat, bahasa yang dinaikkan taraf (promoted language), iaitu bahasa yang tidak mempunyai taraf rasmi tetapi digunakan oleh kerajaan untuk berurusan dengan masyarakat dalam urusan rasmi. Misalnya bahasa Sepanyol di barat daya Amerika Syarikat oleh penduduk setempat dan pegawai kerajaan.

(e) Kelima, bahasa yang diizinkan (tolerated language), iaitu bahasa yang bukan bahasa rasmi tetapi dibenarkan untuk digunakan oleh penuturnya. Ini berlaku di sempadan negara Perancis, antara negara Perancis dan Sepanyol terdapat satu suku bangsa yang mempunyai bahasa mereka sendiri, iaitu bahasa Basque.

(f) Keenam, bahasa yang dilarang, iaitu bahasa yang tidak dibenarkan oleh pemerintah seperti bahasa Turki di Asia Tengah sewaktu pemerintahan Tzar Rusia.

Pembuatan keputusan tentang dasar dan perancangan bahasa lahir daripada keperluan sosiopolitik. Perancangan bahasa juga dilakukan demi mengurangkan kepelbagaian linguistik dalam sesebuah negara yang multibahasa dan multibangsa. Pada kebiasaannya perancangan dalam bbahasa untuk tujuan khusus (BUTK) pula digerakkan ke arah perkembangan peristilahan yang belum lagi wujud dalam bahasa berkenaan. Misalnya negara-negara di Afrika yang perlu mengembangkan peristilahan bahasa ibunda mereka untuk berkomunikasi dalam bidang khusus. Terdapat juga negara-negara yang memilih untuk menggunakan bahasa Inggeris atau bahasa Perancis bagi mendapatkan ilmu bidang khusus kerana menganggap bahasa ibunda mereka tidak dapat mendukung konsep-konsep yang terdapat dalam bidang khusus ini. Apa pun keputusan yang diambil oleh pihak yang berwibawa dalam menentukan perancangan taraf bahasa, semangat kecintaan kepada bahasa ibunda perlulah

TOPIK 4 PEMODENAN DAN PERANCANGAN BAHASA MELAYU 74

menjiwai pembuat dasar. PPerancangan taraf bahasa Melayu di Malaysia boleh dibahagikan kepada dua zaman, iaitu zaman sebelum merdeka dan zaman selepas merdeka.

4.2.1 Perancangan Taraf Bahasa Melayu Sebelum Merdeka

Bagi zaman pertama, yakni sebelum tahun 1957, Malaysia yang dikenali sebagai Tanah Melayu berada di bawah penjajahan British. Kerajaan British tidak membuat sebarang dasar untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara ini. Oleh itu usaha perancangan bahasa bersifat individu semata-mata. Usaha-usaha ini dijalankan oleh tokoh seperti Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi. Beliau merupakan orang Melayu yang pertama menyatakan pendiriannya sikap orang Melayu terhadap bahasa Melayu. Kesedaran orang Melayu terhadap bahasanya telah menyebabkan mereka bertindak memajukan dan memperjuangkan kedudukannya dalam masyarakat Melayu di semenanjung Tanah Melayu. Kumpulan ini merupakan kumpulan guru dan wartawan Melayu menggunakan ruang akhbar untuk menyuarakan pandangan mereka. Fungsi dan perkembangan bahasa Melayu seperti ejaan, sebutan, istilah, tatabahasa, perkamusan dan sebagainya sering dijadikan bahan perbincangan. Pertubuhan yang terlibat pula ialah Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa (1888), Persaudaraan Sahabat Pena (1949), ASAS 50 (1950), Lembaga Bahasa Melayu (1950) dan Persekutuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (1955). Kegiatan ini berlangsung dalam bentuk kongres, iaitu Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Pertama (1952), Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ke-2 (1954), dan Kongres Persuratan Melayu Ke-3 (1956). Antara perkara yang telah dicadangkan dalam ketiga-tiga kongres tersebut meliputi keperluan penggunaan tulisan Rumi bagi bahasa Melayu, memorandum penubuhan Balai Pustaka, penyatuan Bahasa Melayu dengan Bahasa Indonesia, dan perkembangan bahasa Melayu dalam dunia pendidikan khususnya di sekolah-sekolah rendah dan menengah.

4.2.2 Perancangan Taraf Bahasa Melayu Selepas Merdeka

Perkembangan perancangan bahasa Melayu selepas tahun merdeka (1957) menyaksikan peningkatan taraf bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Perkara 152 Perlembagaan Malaysia memperuntukkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi. Perlembagaan ini hanya membenarkan penggunaan bahasa Inggeris dalam tempoh sepuluh tahun selepas merdeka. Akta Bahasa Kebangsaan 1963 yang berkuatkuasa pada 11 April 1963 memperuntukkan pula mengenai tulisan bagi bahasa kebangsaan, bentuk angka

TOPIK 4 PEMODENAN DAN PERANCANGAN BAHASA MELAYU 75

dan bahasa dalam borang rasmi kerajaan. Pada 1 Julai 1972, Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 diluluskan hasil semakan kepada Akta Bahasa Kebangsaan tahun 1963 dan 1967. Akta ini menjelaskan bahawa bahasa kebangsaan hendaklah digunakan bagi maksud rasmi. Akta-akta ini memberi taraf dan kedudukan undang-undang kepada bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara.

Pemilihan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan disebabkan beberapa faktor seperti yang berikut (Raja Muktaruddin Raja Mohd. Dain, 1982:13):

(a) Bahasa Melayu merupakan bahasa lingua franca di kepulauan asia tenggara? sejak awal lagi. Oleh itu kaum bumiputera di daerah ini, walaupun menuturkan bahasa mereka sendiri, mereka menerima dan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa perantara. Bahasa Melayu telah tersebar luas sejak awal lagi kerana perhubungan yang dijalankan oleh penduduk daerah ini sejak dahulu lagi. Kegiatan perdagangan dan pengembangan agama melahirkan interaksi antara penduduk dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

(b) Bahasa Melayu mempunyai ciri-ciri sejarah, keetnikan, autonomi dan daya hidup. Bahasa Melayu mempunyai tradisi kesusasteraan bertulis sejak dulu lagi. Bahasa Melayu telah mempunyai sistem tulisannya tersendiri, bermula dengan tulisan Melayu kuno, sistem tulisan Jawi dan sekarang sistem tulisan rumi. Bahasa Melayu begitu fleksibel dan boleh menyerap unsur asing dan sifat ini membolehkan Bahasa Melayu maju.

(c) Bahasa Melayu mempunyai jumlah penutur yang besar. Pada masa itu penutur bahasa Inggeris hanya terdapat di bandar-bandar besar sahaja. Begitu juga halnya dengan kaum lain. Orang Cina mempunyai banyak dialek dan hal yang sama dengan orang India. Oleh itu tidak praktikal memilih bahasa lain kecuali bahasa Melayu.

(d) Bahasa Melayu boleh diterima sebagai lambang untuk dijadikan identiti/jati diri kedaulatan negara. Bahasa Melayu diterima sebagai bahasa kebangsaan, bahasa yang menyatukan rakyat.

Perancangan bahasa biasanya amat rapat dengan masalah sosiopolitik. Oleh itu ahli sosiologi dan ahli sains politik merupakan golongan pertama dikenal pasti dapat membantu perkembangan ini. Badan politik Melayu yang menjadikan isu bahasa sebagai bahan kempen, iaitu UMNO dengan lantang memperjuangkan keunggulan bahasa Melayu di samping parti-parti politik dan pertubuhan-pertubuhan nasionalisme lain seperti PAS, Kesatuan Melayu di Semenanjung, ASAS 50, Persekutuan Bahasa Melayu Universiti Malaya, PENA, Persatuan Pelajar-Pelajar Maktab Perguruan Bahasa, dan sebagainya. UMNO sebagai sebuah parti politik, telah menjadikan isu bahasa sebagai bahan kempen. UMNO telah memenangi pilihan raya dengan mempertahankan isu bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan

TOPIK 4 PEMODENAN DAN PERANCANGAN BAHASA MELAYU 76

bahasa kebangsaan. Berikutan ini, Allahyarham Tun Abdul Razak telah mengumumkan penubuhan Balai Pustaka (kini DBP), iaitu Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan pada tahun 1956. ASAS 50 sebuah pertubuhan karyawan seni yang memperjuangkan kepentingan bahasa Melayu dari segi menentukan ejaan hingga kepada perjuangan memberi status bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. ASAS 50 telah memperjuangkan pemakaian tulisan rumi secara rasmi dan mencadangkan agar Balai Pustaka ditukar menjadi Dewan Bahasa dan Pustaka 1956. Laporan Pelajaran Razak 1956 mencadangkan penggunaan satu jenis sekolah yang menggunakan bahasa kebangsaan dan memperjuangkan supaya bahasa Melayu diberikan nilai ekonomi. Persekutuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM) telah bergerak sejak tahun 1955 dan telah juga turut dalam perjuangan menentukan kedudukan Bahasa Melayu. Persatuan Pelajar-Pelajar Maktab Perguruan Bahasa (PPBPM) tahun 1959 telah mengadakan tunjuk perasaan untuk menuntut supaya bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar di maktab perguruan. PENA yang ditubuhkan pada Februari 1961 telah memperjuangkan pelaksanaan bahasa Melayu dalam sistem pendidikan negara. Barisan Bertindak Bahasa Kebangsaan (BBBK) turut berjuang melaksanakan kehendak perlembagaan seperti termaktub dalam Perlembagaan 152.

Satu akta untuk mendiri dan menubuhkan satu badan yang bernama Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka untuk menggalakkan perkembangan bahasa dan kesusasteraan Melayu. Akta ini hanya boleh dipakai di Malaysia Barat sahaja. Akta ini dinamakan Akta Dewan Bahasa dan Pustaka 1959 Akta 213 (disemak 1978). Akta Dewan Bahasa dan Pustaka 1995 Akta 930 (pindaan dan perluasan 1995) merupakan satu akta untuk meminda Akta Dewan Bahasa dan Pustaka 1959, dan untuk memperluas Akta tersebut, sebagaimana yang dipinda, ke negeri Sabah dan Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan. Bahagian 6A Lembaga hendaklah menjadi pihak berkuasa penyelaras yang tunggal berkenaan membentuk, mencipta dan membakukan istilah dalam bahasa kebangsaan.

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada mulanya ditubuhkan sebagai sebuah jabatan di bawah Kementerian Pelajaran pada bulan Jun 1956 dan dikenali sebagai Balai Pustaka. Balai Pustaka kini dijadikan sebagai perbadanan di bawah Kementerian Pelajaran dan diberi nama baru, iaiatu Dewan Bahasa dan Pustaka pada bulan Ogos 1959. Matlamat DBP yang ditetapkan oleh Seksyen 5(1) Ordinan 1959, dengan pindaan pada tahun 1972 adalah seperti yang berikut:

(i) Memaju dan memperkayakan bahasa kebangsaan

(ii) Memajukan bakat kesusasteraan, terutama dalam bahasa kebangsaan

(iii) Mencetak atau menerbitkan atau membantu usaha percetakan atau penerbitan buku-buku, risalah-risalah dan lain-lain bentuk persuratan dalam bahasa kebangsaan

TOPIK 4 PEMODENAN DAN PERANCANGAN BAHASA MELAYU 77

(iv) Menyamakan ejaan dan bunyi sebutan dan menggubal istilah yang sesuai dalam bahasa kebangsaan

Matlamat jangka panjang DBP ialah menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi yang cekap dan berkesan dalam semua bidang terutama dalam bidang pentadbiran negara, dalam bidang pengajian tinggi, dan dalam kegiatan yang maju dan kompleks seperti kegiatan intelektual, kegiatan kebudayaan, ekonomi dan perdagangan. Tugas DBP adalah untuk menimbulkan keyakinan orang ramai terhadap kecekapan bahasa Melayu, terutama melalui pembinaan dan pengembangan korpus bahasa. Jelas, perancangan taraf bahasa Melayu telah berjaya menentukan dasar yang harus diikuti oleh kerajaan dalam menentukan hala tuju dan pembangunan pendidikan yang seharusnya berteraskan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan meletakkan bahasa Melayu sebagai salah satu daripada bahasa utama setanding dengan bahasa-bahasa lain di dunia ini.

PERANCANGAN KORPUS BAHASA

Perancangan korpus pula merujuk kepada perubahan dalam bahasa itu sendiri yang melibatkan hal-hal seperti pembinaan ortografi (pembakuan atau pemiawaian termasuklah sistem ejaan dan tulisan dalam sesuatu bahasa), pembinaan penggunaan kata baru yang difikirkan dan dipertimbangkan dengan teliti supaya bahasa itu dapat diperluaskan penggunaannya (sumber-sumber baru kosa kata dan penciptaan perbendaharaan kata) termasuklah penggubalan istilah, penyediaan kamus, dan kesusasteraan. Asmah Haji Omar (1985:22) mengatakan bahawa perancangan korpus bahasa tidak lain daripada pembinaan bahasa kerana perancangan bahasa ini meliputi penciptaan istilah-istilah baharu, perubahan-perubahan yang dilakukan dalam sistem ejaan dan morfologi, pengambilalihan sistem tulisan baharu, dan sebagainya. Perancangan korpus atau bahan melibatkan pembinaan ortografi yang menetapkan sistem ejaan rasmi bagi sesuatu bahasa.

Ismail Dahaman (2007) mengatakan bahawa usaha perancangan korpus bahasa termasuklah aktiviti pengayaan kosa kata umum dan ilmu melalui pembentukan istilah baharu, penyusunan kamus pelbagai jenis, penyempurnaan sistem ejaan Rumi dan Jawi, sebutan baku, penyelidikan dan pendokumentasian korpus

4.3

(a) Bincangkan peranan yang dimainkan oleh badan bukan kerajaan dalam perancangan bahasa di Malaysia.

(b) Huraikan peranan DBP dalam melaksanakan perancangan bahasa di Malaysia.

SEMAK KENDIRI 4.2

TOPIK 4 PEMODENAN DAN PERANCANGAN BAHASA MELAYU 78

bahasa pada peringkat nasional dan dalam pelbagai sektor kehidupan masyarakat. Ferguson (1968) mengatakan bahawa apabila bahasa vernakular dirancang untuk membentuk bahasa baku, terdapat tiga komponen penting, iaitu pengabjadan, pemodenan, dan pembakuan. Pengabjadan ialah proses merancang penulisan bahasa, iaitu pemilihan aksara, sistem ejaan, pemantapan tatabahasa, penggubalan istilah, penambahan kosa kata, perkamusan, dan sebagainya. Usaha ini bagi memastikan bahawa sesuatu bahasa itu mampu untuk bersaing dan hidup supaya menjadi wahana untuk penyampaian ilmu dalam sains dan teknologi serta membentuk peradaban moden yang teguh, kukuh dan mantap.

Ronald Wardhaugh (1998) mengatakan bahawa perancangan korpus bahasa itu termasuklah pembinaan ortografi, sumber-sumber baharu kosa kata, kamus, kesusasteraan dan penggunaan bahasa. Oleh itu dapat disimpulkan bahawa perancangan korpus bahasa melibatkan beberapa unsur, iaitu pemilihan dan perancangan aksara, penyusunan ejaan, pemantapan tatabahasa, penggubalan istilah, penyeragaman sebutan baku, pembakuan kosa kata dan penyusunan kamus, pembakuan ungkapan, penyelarasan laras bahasa, penyelarasan wacana bahasa, penulisan hasil karya kesusasteraan, dan pengajaran bahasa pertama dan bahasa kedua. Logistik perancangan bahasa mengandungi tiga perkara penting, iaitu pakar bahasa dan perancang bahasa, institusi perancangan bahasa, dan sumber kewangan bagi membiayai perancangan bahasa.

Perancangan bahasa melibatkan banyak tahap. Pertama, analisis keperluan dilakukan yang melibatkan analisis komunikasi pola sosiopolitik dalam masyarakat. Kemudian, pemilihan satu bahasa pelbagai bahasa untuk tujuan perancangan. Tahap ini kadangkala dikenali sebagai perancangan status yang merangkumi kodifikasi, penstandardan, perluasan dan pelaksanaan. Sebagai tambahan kepada pelaksanaan melalui perancangan status dan korpus, penilaian dan maklum balas perlu sebagai mekanisme bagi menentukan bagaimana perkembangan usaha perancangan bahasa bergerak.

4.3.1 Peristilahan Dalam Kerangka Perancangan Bahasa Melayu

Asmah Haji Omar (2000) menyifatkan istilah Bahasa Melayu merupakan pengisi kepustakaan ilmu abad ke-21. Ahli linguistik merupakan golongan yang berfungsi sebagai anggota yang membantu penilaian menentukan bahasa, atau dialek khususnya dari segi pemiawaian morfologi dan sintaksis atau perkembangan perbendaharaan kata teknikal. Pendidik pula membantu melaksanakan dasar pendidikan negara yang menggunakan bahasa Melayu dalam sistem pendidikan melalui program yang telah dirancang secara nasional.

TOPIK 4 PEMODENAN DAN PERANCANGAN BAHASA MELAYU 79

Penulis dan seluruh anggota masyarakat perlu digerakkan supaya menulis dalam bahasa Melayu.

Antia (2000) mengatakan bahawa perancangan bahasa berorientasikan pengurusan peristilahan amat penting kerana peristilahan dan Bahasa Untuk Tujuan Khusus (BUTK) sebagai komuniti akademik mempunyai kontak yang agak terhad. Sebagai label (linguistik dan bukan linguistik) dalam bidang khusus, peristilahan mempunyai peranan sebagai pemeroleh, penyimpan, pencipta, penghubung, perwakilan, dan pemindah ilmu dalam bidang khusus. Di Malaysia, peristilahan merupakan unsur yang penting dalam perancangan bahasa sebagai korpus bagi pengembangan dan pengayaan khazanah perbendaharaan bahasa, khususnya bahasa Melayu. Peristilahan sebagai bidang ilmu menamakan konsep, menghasilkan istilah baharu, menyimpan dan menyebarkan istilah, melancarkan komunikasi dalam bidang khusus selalunya dikaitkan dengan perancangan bahasa. Perancangan bahasa dan peristilahan dalam komuniti akademik seharusnya saling berhubungan agar ilmu pengetahuan daripada luar dapat dipindahkan ke dalam bahasa ibunda. Peristilahan merupakan aspek penting dalam perancangan bahasa.

Komuniti peristilahan lebih banyak menumpukan kepada subjek bidang khusus yang mengkaji ilmu tentang unit, struktur, representasi, evolusi dan pemerolehan pengetahuan. Komuniti perancangan bahasa pula melihat evolusi ini berterusan dalam masyarakat dan pilihan bahasa oleh pakar bidang sudah beralih daripada bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris. Bahasa Melayu memerlukan satu mekanisme untuk mengawal perluasan fungsi bahasa Inggeris dalam domain khusus ini. Walaupun terdapat rungutan tentang ketidakupayaan bahasa Melayu berfungsi sebagai bahasa ilmu namun usaha badan perancang bahasa di Malaysia yang ditubuhkan berdasarkan Akta yang diluluskan oleh Parlimen, iaitu Dewan Bahasa dan Pustaka, perlu dianggap penting. Peristilahan dalam kerangka perancangan bahasa khususnya di Malaysia perlulah mengambil kira beberapa aspek penting, iaitu bahan yang digunakan sebagai korpus, teori dan kaedah yang diterapkan sebagai salah satu aspek penting dalam perancangan bahasa Melayu.

Peristilahan juga membantu pengguna bahasa memberikan makna kepada bentuk istilah tertentu. Di samping itu kelahiran glosari istilah atau kamus istilah merupakan usaha mengorganisasikan pengurusan peristilahan secara tersusun. Ini juga dapat menjamin penyebaran istilah dalam kalangan masyarakat pengguna. Selain itu, peristilahan juga membantu penilaian istilah yang dihasilkan. Dalam peristilahan penstandardan merupakan fenomena yang biasa dan diterima umum malah menyumbang penyelesaian kepada masalah ketaksaan dalam komunikasi. Pemiawaian dilakukan pada tahap tertentu misalnya lima tahun sekali untuk memastikan proses kemas kini yang dinamik dalam peristilahan. Pengurusan peristilahan juga memerlukan bank data

TOPIK 4 PEMODENAN DAN PERANCANGAN BAHASA MELAYU 80

peristilahan yang sentiasa dikemas kini dan dihubungkan dengan semua badan peristilahan di dunia. Penyebaran dan penggunaan istilah secara meluas perlu dijanakan dengan adanya teknologi dan perisian terkini.

Pada peringkat awal perkembangan peristilahan, terdapat kelemahan dari segi kepakaran dan kemudahan bagi menggerakkan kegiatan peristilahan. Pada waktu itu mereka yang terlibat dalam peristilahan bukanlah ahli peristilahan tetapi merupakan pakar bidang khusus. Usaha yang dijalankan oleh DBP melalui penubuhan jawatankuasa istilah telah menghasilkan istilah dalam bidang pentadbiran dan urusan kerajaan yang meliputi nama kementerian, jabatan, pejabat, pangkat, jawatan, nama surat, dan borang. Kegiatan peristilahan semakin pesat apabila pada tahun 1983, semua institusi pengajian tinggi menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran. Peristilahan semakin penting apabila kegiatan penterjemahan bidang sains juga semakin berkembang. Sepanjang tahun 1959-1975, terdapat tiga pedoman pembentukan istilah yang telah dihasilkan: Pedoman Membentuk Istilah Baharu (1961); Dasar, Cara dan Pedoman Membentuk Istilah Baharu Bahasa Melayu DBP (1971); dan Pedoman Pembentukan Istilah Universiti Malaya (1971).

Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu (PUPI) menjadi penanda bermulanya zaman pembentukan istilah selepas 1975. Pedoman ini telah diisytiharkan pemakaiannya oleh Y.B. Menteri Pelajaran Malaysia dan Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia serentak mulai 30 Ogos 1975. Pedoman ini dikatakan umum kerana kaedah-kaedah dalam pedoman ini dapat digunakan sebagai panduan untuk membentuk istilah dalam apa juga bidang ilmu (Hassan Ahmad: 1981). Pedoman ini telah digunakan oleh Jawatankuasa Istilah (JKI) di dalam DBP dan juga di luar DBP. Pedoman ini disemak semula pada tahun 1992. Terdapat juga beberapa JKI menyediakan pedoman tambahan yang membolehkan JKI ini membentuk istilah khusus. Pedoman tambahan ini adalah sebagai pelengkap dan ketentuan pembentukan istilah sahaja.

4.3.2 Perkamusan Dalam Kerangka Perancangan Bahasa Melayu

Perkamusan sebagai korpus bahasa sama pentingnya dengan peristilahan sebagai wahana ilmu dalam meningkatkan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa moden. Kosa kata yang terkumpul dalam kamus merupakan rakaman penggunaan bahasa yang digunakan pada ketika bahasa tersebut dirakamkan. Perkamusan Melayu mempunyai sejarah yang panjang. Menurut Asmah Haji Omar (1987), kamus Melayu yang paling awal yang pernah diketahui ialah senarai kata Melayu-Cina yang terdiri daripada 482 kata entri yang dikumpulkan antara 1403M-1511M, seperti yang dihuraikan oleh C.O.Blagden dalam karangannya yang bertajuk „A Chinese Vocabulary of Malacca Malay Words dan

TOPIK 4 PEMODENAN DAN PERANCANGAN BAHASA MELAYU 81

Phrases Collected Between A.D. 1403 and 1511‰, dalam Bulletin of the School of Oriental and African Studies, Vol.VI, 1930-32, (h. 715-749). Daftar kata tertua dikatakan merupakan catatan daftar kata Itali-Melayu yang dihasilkan oleh Pigafetta pada tahun 1521. Senarai kata ini dinamakan Daftar Kata Orang Islam.Pada tahun 1623 muncul kamus Melayu yang lebih baik, iaitu kamus Belanda-Melayu yang berjudul Vacabularian ofte Woord-boek naer ordre vanden Alphabet inÊt Duytsch-Maleysch ende Maleysch-Duytsch. Kamus ini disusun oleh Casper Wiltens dan Sebastianus Dankaerts. Sejak tahun 1950, terdapat dua kamus yang dihasilkan, iaitu Kamus Am Bahasa Melayu dan Kamus Melayu (di Indonesia dikenali sebagai Kamus Modern Bahasa Indonesia dan Kamus Umum yang diterbitkan pada tahun 1954 dan 1952). Selepas tahun 1950, telah muncul beberapa kamus besar dan juga institusi-institusi formal yang berusaha menyusun kamus seperti Dewan Bahasa dan Pustaka dan juga Pusat Bahasa Indonesia. Era ini ditandai dengan kemunculun Kamus Umum Bahasa Indonesia susunan W.J.S Poerwadaminta pada tahun 1952 yang telah menyimpan 20 ribu entri. Kamus ini dijadikan asas bagi penghasilan Kamus Dewan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Perbincangan tentang tajuk ini akan dinyatakan secara perinci dalam Topik 8, Perkamusan Bahasa Melayu.

4.3.3 Sistem Ejaan Dalam Kerangka Perancangan Bahasa Melayu

Sistem Ejaan Rumi dalam bahasa Melayu telah mengalami beberapa perubahan. Sistem ejaan yang terawal ialah Sistem Ejaan Marsden (1812), diikuti oleh Sistem Ejaan Ophuisjen (1901), Sistem Ejaan Wilkinson (1902), Sistem Ejaan ZaÊba (selepas 1904), Sistem Ejaan Fajar Asia (1943), Sistem Ejaan Suwandi (1947), Sistem Ejaan Kongres (1956/57), Sistem Ejaan Malindo (1959) dan akhir sekali, Sistem Ejaan (Rumi) Bersama 1967. Perbincangan tentang tajuk ini akan dinyatakan secara perinci dalam Topik 7, Sejarah Perkembangan Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu.

Kesimpulannya, perancangan bahasa Melayu perlu mempunyai iltizam yang tinggi dan pelaksanaannya juga dilakukan dengan rasa keyakinan bagi meletakkan tarafnya sebagai salah satu bahasa ilmu di dunia ini.

(a) Huraikan perancangan peristilahan saintifik di Malaysia.

(b) Hubung kaitkan perancangan bahasa dan pembinaan negara dalam konteks negara Malaysia.

AKTIVITI 4.2

TOPIK 4 PEMODENAN DAN PERANCANGAN BAHASA MELAYU 82

Di Malaysia, istilah bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan membawa maknanya tersendiri. Bahasa kebangsaan ialah bahasa yang melambangkan identiti dan kedaulatan negara serta berfungsi sebagai alat perpaduan rakyat.

Pemodenan bahasa dapat dilihat dari segi fungsi bahasa Melayu itu sendiri, yakni pada masa dahulu merupakan bahasa lingua franca kemudian berkembang menjadi bahasa wacana ilmu bersifat ilmiah melalui pengayaan kosa kata atau perbendaharaan kata dalam bahasa Melayu.

Pemodenan bahasa dapat dikatakan bermula dengan pemodenan kosa kata bahasa Melayu melalui pembentukan korpus dalam bidang ilmiah yakni pembentukan kata baharu atau istilah. Perkembangan ini memperlihatkan kemunculan bahasa Melayu tinggi yang digunakan dalam wacana ilmiah yang mempunyai ciri-cirinya tersendiri dengan kosa kata khusus, struktur morfologi dan fonologi menjadi lebih kompleks.

Perancangan bahasa ialah usaha untuk mempertingkatkan komunikasi dengan cara mengkaji hubungan antara pengguna bahasa atau mencipta satu situasi bahasa. Perancangan bahasa merupakan pembangunan matlamat, objektif dan strategi untuk mengubah cara penggunaan bahasa dalam sesebuah masyarakat atau komuniti.

Perancangan taraf bahasa meliputi kedudukan sesuatu bahasa dalam hubungannya dengan bahasa lain dalam sistem pemerintahan. Perancangan taraf atau status melibatkan perubahan-perubahan fungsi sesuatu bahasa atau kelainan bahasa dan hak-hak mereka yang menggunakannya.

Perancangan korpus pula merujuk kepada perubahan dalam bahasa itu sendiri yang melibatkan hal-hal seperti pembinaan ortografi (pembakuan atau penstandardan termasuklah sistem ejaan dan tulisan dalam sesuatu bahasa), pembinaan penggunaan kata baru yang difikirkan dan dipertimbangkan dengan teliti supaya bahasa itu dapat diperluaskan penggunaannya (sumber-sumber baru kosa kata dan penciptaan perbendaharaan kata) termasuklah penggubalan istilah, penyediaan kamus dan kesusasteraan.

SEMAK KENDIRI 4.3

Bincangkan perkamusan dalam konteks perancangan korpus di Malaysia.

TOPIK 4 PEMODENAN DAN PERANCANGAN BAHASA MELAYU 83

Di Malaysia, peristilahan merupakan unsur yang penting dalam perancangan bahasa sebagai korpus bagi pengembangan dan pengayaan khazanah perbendaharaan bahasa, khususnya bahasa Melayu. Peristilahan sebagai bidang ilmu menamakan konsep, menghasilkan istilah baharu, menyimpan dan menyebarkan istilah, melancarkan komunikasi dalam bidang khusus selalunya dikaitkan dengan perancangan bahasa.

Perkamusan sebagai korpus bahasa sama pentingnya dengan peristilahan sebagai wahana ilmu dalam meningkatkan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa moden. Kosa kata yang terkumpul dalam kamus merupakan rakaman penggunaan bahasa yang digunakan pada ketika bahasa tersebut dirakamkan.

Sistem Ejaan Rumi dalam bahasa Melayu telah mengalami beberapa perubahan. Sistem ejaan yang terawal ialah Sistem Ejaan Marsden (1812), diikuti oleh Sistem Ejaan Ophuisjen (1901), Sistem Ejaan Wilkinson (1902), Sistem Ejaan ZaÊba (selepas 1904), Sistem Ejaan Fajar Asia (1943), Sistem Ejaan Suwandi (1947), Sistem Ejaan Kongres (1956/57), Sistem Ejaan Malindo (1959) dan akhir sekali, Sistem Ejaan (Rumi) Bersama 1967.

Bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar dalam sistem pendidikan negara Malaysia telah dipertahankan dan diperkembang berdasarkan pelbagai akta dan laporan semula bermula dengan Penyata Razak (1956), Laporan Rahman Talib (1960), Akta Pelajaran (1961), Akta Bahasa Kebangsaan (1963), Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Dasar Pelajaran (1979), dan Akta Pendidikan (1996).

Akta Pendidikan (1996) digunakan untuk menentukan dasar, hala tuju dan garis panduan bagi mengawasi perkembangan pendidikan awam yang berfungsi sebagai pelaburan sosial tetapi berbeza dalam pendidikan swasta dilihat sebagai pelaburan pendidikan.

Dewan Bahasa dan Pustaka Pemodenan bahasa Perancangan bahasa Perancangan korpus bahasa

Perancangan taraf bahasa Peristilahan Perkamusan Sistem ejaan

TOPIK 4 PEMODENAN DAN PERANCANGAN BAHASA MELAYU 84

Abdullah Hassan (1987). 30 tahun perancangan Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdullah Hassan, 1987. Isu-isu perancangan bahasa: Pengintelektualan Bahasa Malaysia . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Antia, B.E., 2000. Terminology and language planning: an alternatif framework of discourse and practice Amsterdam: John Benjamins.

Asmah Haji Omar (1974). „Masalah Konsonan Rangkap Akhir Kata dalam Peristilahan Bahasa Melayu‰ Kertas kerja dlm. MBIM ke-4 di Semarang, Jawa, Indonesia.

Asmah Haji Omar, (1985). Bahasa Malaysia saintifik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Haji Omar, 1985. Perancangan bahasa dengan rujukan khusus kepada perancangan Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Awang Sariyan. (2002). „Kesan penggunaan Bahasa Inggeris dalam pengajaran sains dan matematik di institusi pendidikan di Malaysia‰ dalam Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ke-6, di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim Perak.

Berita daripada BERNAMA http://www.mstar.com.my/cms/index.jsp dipetik pada 29 November 2006.

Cooper,R.L. (1989). Language planning and social change. Cambridge: Cambridge University

Coulmas,F. 1994 Language policy and planning: Political perspectives. Annual Review of Applied Linguistics, 14,34-52

Ferguson, Charles A. National sociolinguistic profile formulas‰ dalam William Bright (ed.) Sociolinguistic, hlm. 309-324.

Fishman, Joshua A. (ed.) (1974). Advances in language planning. The Hague: Mouton & Co.

Hashim Musa 1996 „Gelombang kedua hegemoni Bahasa Inggeris dan kelenturan status Bahasa Melayu: Cabaran dan saranan‰ dlm. Jurnal Bahasa 40: 2 Disember hlm. 1060-1070

Haugen, Einar. „Dialect, language, nation‰ dlm. American Anthropologist, Vol. 68, No. 4, August 1966 hlm. 931-933.

Herriman,M. & Burnaby, B. (1996). Language policies in English-dominant countries. Clevedon, England: Multilingual Matters.

TOPIK 4 PEMODENAN DAN PERANCANGAN BAHASA MELAYU 85

http://www.dbp.gov.my/lamandbp/main.php Laman Web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka dipetik pada 29 November 2006

Ismail Dahaman. (2007). Ejaan rumi sepanjang zaman. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Jernudd. Bjorn, H. (ed.) (1971). Can language be planned. Amerika Syarikat: The University of Hawaii Press.

Karam, Francis Xavier. „Toeards a theory of language planningÊ, dlm. Fishman, 1974 Advances of Language Planning hlm. 103-126.

Klik DBP, Bil.30 Rabu 22 November 2006

Neustupny, J.V. „Basic types of treatment of language problems‰ dlm. J.A. Fishman 1974 Advances in Language Planning hlm. 37-48.

Noss, Richard. (1971). „Politics and language policy in Southeast Asia dlm. Language Sciences hlm. 285-294.

Puteri Roslina Abdul Wahid. (2007). Terminologi dalam perancangan Bahasa Melayu. Puchong, Selangor: Scholar Press Sdn. Bhd.

Puteri Roslina Abdul Wahid, „Peristilahan dalam perancangan Bahasa Melayu‰ Pelita Bahasa November 2004 Dewan Bahasa dan Pustaka: Dewan Bahasa dan Pustaka .

Puteri Roslina Abdul Wahid, Perancangan Bahasa Melayu: Menjelang Ambang 50 Tahun Merdeka dlm. Jurnal Melayu Antarabangsa, 2006.

Schiffman, H. (1996). Linguistic culture and language policy. London: Routledge.

Springer, George P. (1956). Early soviet theories in communication. MIT: Cambridge.

Tauli, Vaulter. „The theory of language planning‰ dlm. J.A. Fishman 1974. Advances in language planning hlm. 49-67.

UNESCO. (2003 Education in a multilingual world position. Paris: UNESCO

Zulhilmi & Rohani Abdul Ghani (2003). Pendidikan negara bangsa. Bentong: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.