sejarah tarannum
TRANSCRIPT
Sejarah Tarannum
Rasulullah SAW menerima Al-Quran pada tahun 610 masihi. Baginda memerintahkan umatnya membaca Al-Quran dengan suara yang elok serta diperindahkan lagi (tazyin / tarannum). Kemudian terdapat beberapa orang sahabat yang masyhur sebagai qari-qari yang baik antaranya Abdullah bin Mas’ud RA, Abu Musa Asy’ari RA dan ramai lagi. Kemudian pada zaman tabiin muncul pula qari-qari seperti Alqamah b Qis di Kufah (62 hijrah). Abdullah b Saib di Mekah (70 hijrah) dan lain-lain. Begitulah sejarah pembacaan Al-Quran bertarannum yang terus berkembang sehingga ke hari ini.
Pengenalan Ilmu Tarannum Bil Quran
Tarannum adalah suatu ilmu atau qaedah suara yang dipelbagaikan mengikut proses nada, rentak dan irama tertentu
Nada: tingkatan atau tekanan bunyi suara.
Rentak: pergerakan yang menghidupkan bunyi suara.
Irama: alunan atau bentuk bunyi.
Tarannum adalah suatu istilah yang diguna pakai oleh RasuluLlah SAW. Sabda Baginda “Apa yang diizinkan Allah atas sesuatu itu ialah apa yang diizinkan kepada nabinya yang selalu mengelokkan lagu (tarannum) bacaan al-Quran
Menjaga kualiti suara
Nikmat suara yang di kurniakan Allah wajib di jaga.Antara langkahnya ialah :-
Pertama:Menjaga kesihatan fizikal (badan)
(1)Dengan memakan makanan yang seimbang.
(2)Dengan bersukan atau bersenam yang ringan demi untuk menguatkan otot-otot
dan urat saraf.semoga tenaga bersuara bertambah selesa.
Kedua:Menjaga kesihatan suara.
(1)Jauhilah dari makan atau minum bahan yang terlupa panas atau pedas
(2)Jauhilah dari makan makanan yang kelat, yang bergetah atau yang berminyak.(3)Jauhilah dari makan makanan yang boleh membawa kesan berubahnya suhu badan seseorang.(4)Seelok-eloknya jauhilah diri dari merokok.Ketiga:Banyakkanlah makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang berzat.Keempat:Banyakkanlah minum air sejuk tanpa ais sehingga melebihi lima liter sehari.
Peranan suara dalam bidang bacaan al-Quran
Di antara peranan suara dalam bidang bacaan al-quran adalah bagaimana berikut :-(1)Memberi penyesuaian dengan kehendak lughah al-quran (2)Memberi penyesuaian dengan bentuk dan ragam ayat-ayat al-Quran (3)Memberi penyesuaian dengan irama taranum bil quran (4)Memberi penyesuaian dengan lahjah arab
Mengenal burdah (bunga-bunga) suaraSuara yang terhias dengan burdah adalah lebih menarik. Pada umumnya burdah ituterbahagi kepada dua :-Pertama:Burdah asliIaitu suara yang hidup, mempunyai getaran dan gerenek-gerenek yang semulajadi.
Kedua:Burdah sinaieIaitu bunga –bunga suara yang sengaja digubah dan disusun rapi mengikut kehendak jenis tarannum yang dipersembahkan.
Mengenal thobakot (tingkatan) suara
Terdapat empat thobakot dalam bidang taranum al-quran iaitu:-1.Thobakot pertama (qoror) ianya berfungsi di dada2.Thobakot kedua (nawa) ianya berfungsi pada tekak3.Thobakot ketiga (jawab) ianya berfungsi pada rongga hidung4.Thobakot keempat (jawab-buljawab) ianya berfungsi pada rongga otak
Teknik mentahsinkan al-quran
Tahsin as-saut adalah hasilan dari prosesan bunyi oleh alat-alat pengendalian suara dengan rapi dan cermat.
(1)Teknik penekanan pernafasan, untuk lembut atau keras.(2)Teknik pengendalian pipit suara, untuk nyaring atau perlahan (3)Teknik penyaluran bunyi, untuk kemanisan dan kelicinan.(4)Teknik pengawalan nafas, untuk memanjang atau memendek nafas.Dan sebagainya
Mengenal sifat-sifat suara
Sifat suara terbahagi kepada empat katogeri:-
Pertama:Terbaik
Ianya mempunyai sebelas sifat iaitu ketepatan nada, tinggi, rendah, garau, lembut, manis, licin, bersih, terang, lantang dan tajam.Kedua:BaikIanya mempunyai sepuluh sifat iaitu ketepatan nada, sederhana, rendah, garau, lembut, manis, licin, bersih, terang dan lantang.
Ketiga:Kurang baikIanya mempunyai sembilan sifat iaitu ketepatan nada, tinggi, kecil, lembut, manis, licin, bersih, terang dan tajam.
Keempat:Tidak baikIanya mempunyai sifat-sifat yang berikut :-
Sumbang, nipis, lembap, lemah, keras, serak, pecah, parau, terketar-ketar, tenggelam, tersepit, terputus, tercekik dan sebagainya.
Suara dalam kategori yang pertama, kedua dan ketiga adalah istimewa dan senang di pelajari.Manakala suara dalam kategori yang keempat adalah suara yang bermasalah yang perlu di perbaiki dan di ubahsuai dalam jangka masa yang panjang.
Mengelokkan Suara Untuk Bacaan Al-Quran
Mengelokkan suara untuk bacaan al-quran adalah sunat kerana ianya dapat menghasilkan bacaan yang baik dan terhormat.
(Untuk mengetahui hukum-hukum bertarannum dan lanjutan teknik-teknik vokal, sila rujuk buku Qawai'id Al-Tarannum terbitan Darul Fikir, Kuala Lumpur)
Seni Suara untuk Al-Quran
Tiap-tiap suatu ciptaan Allah memang mempunyai seninya yang semulajadi. Demikian juga suara manusia.Setelah di kaji maka ianya adalah bagaimana berikut :-
Pertama:Seni asli
Iaitu seni ciptaan Allah yang semulajadi. Ianya tidak dapat di pertikaikan oleh sesiapapun.
Kedua:Seni sinaie
Iaitu seni kreatif manusia untuk membina seni ciptaan semulajadi tersebut. Perbuatan begini adalah termasuk di bawah falsafah ‘Mensyukuri Nikmat Allah’.
Oleh yang demikian amat sesuai sekali jika ianya di pergunakan untuk bacaan ayat-ayat suci al-Quran. Kerana itu adalah di galakkan oleh Rasulullah di dalam beberapa hadis.
Penilaian Kesenian Sebenar
Sebenarnya kehidupan ini diciptakan oleh Allah dengan penuh kesenian. Hanya manusia mempunyai penilaian dan persepsi yang berbeza mengikut pengalaman, pengajian dan penggetahuan yang berbeza. Dari perspektif Islam kesenian yang paling agung adalah Al_quran itu sendiri yang sudah pastinya penuh dengan pelbagai seni sesuai dengan tarafIanya sebagai mukjizat daripada Allah swt. Dari sudut suara pula tentunya suara yang berseni dan berkualiti tinggi adalah selayaknya untuk membaca ayat-ayat suci AlQuran. Ini bergantung kepada kemampuan seseorang individu itu, namun usaha yang bersungguh –sungguh amat perlu dipertingkatkan.
Suara Boleh Di proses Dan Di pelajari
Suara manusia adalah paling teristimewa kerana ianya boleh di proses.Boleh di pelajari, dilatih dan di sesuaikan mengikut kehendak yang tertentu ,seperti memberi persesuaian dengan berbagai jenis suara haiwan.Berbagai bunyi alat muzik , gaya pertuturan (bahasa) manusia dan sebagainya.
Untuk mendapat keistimewaan tersebut perlulah di proses dan di pelajari dengan cara yang tertentu.
Kepentingan Suara
Suara merupakan salah satu daripada nikmat kurniaan Allah kepada manusia.Yang mana tidak kurang pentingnya di dalam arena hidup seseorang ianya berfungsi sebagai alat perhubungan, penyebaran dan penyampaian rasa hati.Samada suka duka, perintah tegah kasih benci, memohon merayu, beribadat bermunajat dan sebagainya.
Pengenalan Suara
Suara adalah satu getaran bunyi yang diproses oleh udara dari peperu menerusi alatsalur kerongga-kerongga mulut atau hidung.Kemudian akan ditentukan bunyinya oleh alat-alat pertuturan yang lain.
Alat Proses Suara
1 Peparu sebagai alat organ pernafsan yang menyedut dan menghembus udara melalui:
i. Alat salur suara (halkum)ii. Corong bawah(mulut)iii. Corong atas (hidung)
2. Melalui saluran ini ianya boleh melahirkan berbagai jenis bunyi, untuk dinikmati dan dimanfaatkan oleh kita.
peranan tarannum dalam pembacaan al-Quran
Seseorang qari itu tidak harus melupakan peranan tarannum al-Quran supaya matlamatnya dapat dicapai sepenuhnya. Antara peranannya ialah:1. Untuk mencapai tahap ketartilan yang sebenar. Allah berfirman yang bermaksud: hendaklah kamu membaca al-Quran dengan seberapa tartil yang termampu (al-muzammil ayat 4)2. Untuk memberi penghormatan kepada status al-Quran. Rasulullah bersabda yang bermaksud:
diturunkan al-Quran itu dengan penuh kebesaran dan keberkatan (riwayat muslim)3. Untuk menambah kekhusyukan dan keinsafan. Allah berfirman yang bermaksud: mereka bersegera menundukkan muka sambil menangis sedangkan al-Quran itu boleh menambahkan kekhusyukan dan keinsafan (al-isra’ ayat 109)4. Untuk mendapat rahmat. Firman Allah yang bermaksud: apabila al-Quran dibaca maka hendaklah kamu dengar dan diam semoga kamu dirahmati Allah (al-A’raf ayat 204)5. Untuk menambahkan seni al-Quran. Rasulullah bersabda yang bermaksud: perelokkan bacaan al-Quran itu dengan keelokan suara kamu. Sesungguhnya dengan suara yang elok sahaja mampu menambahkan keindahan seni mukjizat al-Quran. (riwayat an-nasaie dan abu daud)
Ibn Abbas pernah menegaskan bahawa Nabi Daud pernah membaca kitab zaburnya dengan 70 lagu untuk menyegarkan jiwa dan menarik minat setiap manusia dan binatang