sejarah modul k3 2016(edisi murni)

32
Tema Umum Kertas 3 Sejarah SPM November, 2016 : Dasar luar negara tidak statik. Secara asasnya, pembentukannya ialah proses yang dinamik. Oleh itu, dasar luar negara kita berkembang dengan mengambil kira perubahan kepimpinan serta keadaan politik dan ekonomi global yang sentiasa berubah. Sumber : www.kln.gov.my/web/guest 1. Pengenalan Latar belakang dasar-dasar hubungan luar Malaysia. Malaysia mempunyai dasar luar yang tersendiri iaitu berbaik- baik dengan semua negara. Antara matlamat dasar luar Malaysia ialah menjamin keselamatan rakyat dan negara, memelihara kepentingan nasional dan mengekalkan kedaulatan. Selain itu ia juga menggalakkan pembangunan dan kemajuan ekonomi serta mengekalkan keamanan melalui kerjasama antarabangsa. Selain itu dasar luar negara juga adalah untuk menjadi warga global yang bertanggungjawab dan peka terhadap usaha memupuk kesejahteraan dunia. Malaysia melaksanakan dua bentuk hubungan luar iaitu bilateral dan multilateral. Bilateral merujuk kepada hubungan secara terus dengan negara tertentu, sebagai contoh hubungan Malaysia dengan negara jiran seperti Indonesia. Hubungan luar juga diadakan dengan negara Asia yang lain, Amerika Latin, Afrika serta negara manju seperti Britain. Hubungan multilateral ialah hubungan dalam bentuk kumpulan dan pertubuhan seperti ASEAN, OIC dan sebagainya. Matlamat/Objektif/Tujuan/Sebab

Upload: isharsmiaa

Post on 16-Apr-2017

2.008 views

Category:

Education


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sejarah Modul K3 2016(Edisi Murni)

Tema Umum Kertas 3 Sejarah SPM November, 2016 :

Dasar luar negara tidak statik. Secara asasnya, pembentukannya ialah proses yang dinamik. Oleh itu, dasar luar negara kita berkembang dengan mengambil kira perubahan kepimpinan serta keadaan politik dan ekonomi global yang sentiasa berubah.

Sumber : www.kln.gov.my/web/guest

1. PengenalanLatar belakang dasar-dasar hubungan luar Malaysia.

Malaysia mempunyai dasar luar yang tersendiri iaitu berbaik-baik dengan semua

negara. Antara matlamat dasar luar Malaysia ialah menjamin keselamatan rakyat dan

negara, memelihara kepentingan nasional dan mengekalkan kedaulatan. Selain itu ia juga

menggalakkan pembangunan dan kemajuan ekonomi serta mengekalkan keamanan melalui

kerjasama antarabangsa. Selain itu dasar luar negara juga adalah untuk menjadi warga

global yang bertanggungjawab dan peka terhadap usaha memupuk kesejahteraan dunia.

Malaysia melaksanakan dua bentuk hubungan luar iaitu bilateral dan multilateral.

Bilateral merujuk kepada hubungan secara terus dengan negara tertentu, sebagai contoh

hubungan Malaysia dengan negara jiran seperti Indonesia. Hubungan luar juga diadakan

dengan negara Asia yang lain, Amerika Latin, Afrika serta negara manju seperti Britain.

Hubungan multilateral ialah hubungan dalam bentuk kumpulan dan pertubuhan seperti

ASEAN, OIC dan sebagainya.

Matlamat/Objektif/Tujuan/SebabMalaysia mempunyai dasar luar yang tersendiri iaitu berbaik-baik dengan semua

negara. Antara matlamat dasar luar Malaysia ialah menjamin keselamatan rakyat dan

negara, memelihara kepentingan nasional dan mengekalkan kedaulatan. Selain itu ia juga

menggalakkan pembangunan dan kemajuan ekonomi serta mengekalkan keamanan melalui

kerjasama antarabangsa. Selain itu dasar luar negara juga adalah untuk menjadi warga

global yang bertanggungjawab dan peka terhadap usaha memupuk kesejahteraan dunia.

Bentuk/Corak hubungan luar

Page 2: Sejarah Modul K3 2016(Edisi Murni)

Malaysia melaksanakan dua bentuk hubungan luar iaitu bilateral dan multilateral. Bilateral merujuk kepada hubungan secara terus dengan negara tertentu, sebagai contoh

hubungan Malaysia dengan negara jiran seperti Indonesia. Hubungan luar juga diadakan

dengan negara Asia yang lain, Amerika Latin, Afrika serta negara maju seperti Britain.

Hubungan multilateral ialah hubungan dalam bentuk kumpulan dan pertubuhan seperti

ASEAN, OIC dan sebagainya.

Definisi/Takrif/Maksud/MaknaDasar luar negara bermaksud dasar kerajaan terhadap negara-negara lain. Dasar

luar dapat didefinisikan sebagai matlamat, rancangan dan tindakan yang dijalankan oleh

sesebuah negara dalam usaha untuk berhubung dengan sesebuah negara yang lain.

2. Asas/Faktor-faktor penggubalan dasar luar Malaysia

Faktor SejarahSejak Zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi hubungan perdagangan dengan

negara luar seperti China, Arab, Siam dan Kepulauan Melayu telah terjalin. Pada masa ini

telah terjalin hubungan serumpun di Kepulauan Melayu termasuklah Indonesia, Brunei,

Singapura dan Malaysia. Selepas merdeka, Malaysia menyertai pertubuhan Komanwel

seperti Australia dan New Zealand dan meneruskan hubungan diplomatik dengan Britain,

Australia dan New Zealand. Pada masa Malaysia diancam oleh fahaman komunis (PKM)

yang menggugat keselamatan negara mendorong Malaysia mengamalkan dasar luar yang

pro-Barat dan antikomunis. Malaysia juga perlu bergantung kepada negara Barat kerana

belum mampu dari segi pertahanan.

Faktor Ekonomi Malaysia mengamalkan ekonomi pasaran bebas dan dengan itu berbaik-baik

dengan negara-negara lain untuk memajukan ekonomi. Pada zaman penjajah , Malaysia

yang merupakan pengeluar getah dan bijih timah telah menjalin hubungan dengan Britain

dan Amerika Syarikat. Setelah merdeka, Malaysia masih memerlukan pasaran dan modal

dari negara-negara tersebut. Selain itu Malaysia mengambil beberapa langkah bagi

menggalakkan pelaburan asing. Ini diharapkan dapat meningkatkan ekonomi negara dan

menyediakan peluang pekerjaan. Selain itu menjelang tahun 1980-an, melalui Dasar

Pandang ke Timur, pelaburan asing digalakkan dari negara-negara Timur iaitu Jepun dan

Korea Selatan. Pada masa yang sama Malaysia juga menjalin hubungan baik dengan

negara-negara sedang membangun dan negara Islam bagi meningkatkan pasaran

barangan keluaran Malaysia dan mengadakan pelaburan di negara tersebut.

Page 3: Sejarah Modul K3 2016(Edisi Murni)

Faktor politikSebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi

berparlimen, Malaysia berhak menentukan hala tuju masa depannya sendiri berdasarkan

prinsip-prinsip keamanan sejagat. Dasar luar Malaysia juga menekankan pemeliharaan

kedaulatan negara-negara lain. Contohnya dasar Malaysia yang menyokong Palestin bagi

mewujudkan keamanan di rantau Asia Barat. Malaysia juga berpegang teguh pada prinsip-

prinsip dan Piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bagi memelihara keamanan

dunia. Oleh itu Malaysia tegas dengan pendiriannya menyokong semua resolusi yang telah

diambil oleh PBB bagi mencapai dan mengekalkan keamanan dunia.

Faktor GeografiMalaysia mempunyai kedudukan yang strategik di Asia Tenggara dan

bersempadan dengan negara seperti Singapura, Thailand, Indonesia, Filipina dan Brunei.

Perairannya juga menjadi laluan utama kapal-kapal perdagangan di dunia. Dengan itu,

keselamatan negara serantau akan mempengaruhi dan meninggalkan kesan terhadap

keselamatan Malaysia.

Faktor DemografiMalaysia telah menjalinkan hubungan diplomatik yang baik dengan negara-negara

Islam sejajar dengan penduduknya yang majoriti beragama Islam. Malaysia tidak

mengadakan hubungan diplomatik dengan negara Israel disebabkan dasar negara

berkenaan menceroboh dan menindas peribumi Palestin. Rakyat Malaysia yang terdiri

daripada pelbagai kaum dan agama diberikan kebebasan sepenuhnya untuk mengamalkan

budaya hidup dan agama masing-masing. Amalan konsep perpaduan dan sikap komited

terhadap hak asasi manusia menyebabkan Malaysia menentang keras Dasar Aparteid yang

diamalkan di Afrika Selatan. Malaysia juga tidak mengadakan sebarang hubungan

diplomatik dengan negara berkenaan sehinggalah undang-undang Dasar Aparteid itu

dihapuskan oleh kerajaan Afrika Selatan. Oleh itu, faktor kepelbagaian kaum di negara ini

amat mempengaruhi penggubalan dasar luar Malaysia.

3. Perkembangan dasar luar Malaysia. Tahap Pertama (1957-1970) / Dasar Pro-Barat AntiKomunis / Tunku Abdul Rahman

Dasar luar Malaysia pada tahap pertama memperlihatkan dasar pro-Barat yang

antikomunis serta dasar berbaik-baik dengan negara jiran dan Komanwel. Dasar luar

berkenaan dilaksanakan oleh Tunku Abdul Rahman disebabkan faktor politik, ekonomi dan

sosial. Faktor politik merujuk pada ancaman komunis di negara-negara Asia Tenggara dan

juga di dalam negara melalui Parti Komunis Malaya. Oleh itu, Malaysia memerlukan bantuan

Page 4: Sejarah Modul K3 2016(Edisi Murni)

pertahanan daripada negara-negara Komanwel terutama Britain, Australia dan New

Zealand.

Bagi menyekat perkembangan pengaruh Komunis, Malaysia telah menandatangani

Perjanjian Pertahanan Inggeris-Tanah Melayu atau Anglo-Malayan Defence Treaty (AMDA)

pada tahun 1956. Mengikut perjanjian ini pihak British akan memberikan bantuan kepada

Malaysia sekiranya diserang oleh mana-mana negara.

Di samping itu, dasar luar Malaysia juga adalah berbaik-baik dengan negara jiran.

Hal ini disebabkan timbulnya krisis dengan negara jiran terutama selepas Malaysia

mencapai kemerdekaan seperti konfrontasi dengan Indonesia (1963-1965), terputusnya

hubungan dengan Filipina (1963-1965) dan keluarnya Singapura daripada Malaysia (1965).

Usaha-usaha untuk memelihara hubungan dengan negara jiran terbukti melalui beberapa

perjanjian. Malaysia telah menandatangani perjanjian menubuhkan Pertubuhan Negara-

Negara Asia Tenggara (ASA) pada tahun 1961 bersama-sama Thailand dan Filipina,

MAPHILINDO pada tahun 1962 bersama-sama Indonesia dan Filipina serta ASEAN pada

tahun 1967 bersama-sama Thailand, Indonesia, Filipina dan Singapura.

Faktor ekonomi pula memperlihatkan pergantungan Malaysia kepada Britain dalam

menjaga kepentingan ekonomi negara ini. Pertama, hal ini disebabkan Malaysia merupakan

anggota blok sterling yang menjalankan urusan perdagangan dalam nilai mata wang paun

sterling. Kedua, Malaysia masih memberikan tumpuan kepada dua hasil utamanya, iaitu bijih

timah dan getah dengan mengharapkan sepenuhnya permintaan daripada negara Barat

termasuk Britain. Ketiga, pelabur Britain masih menguasai peratus yang besar dalam

ekonomi Malaysia terutama dalam bidang perladangan dan perindustrian.

Bagi mengurangkan pergantungan ini, Malaysia yang mengamalkan pasaran bebas

mula membina rangkaian perdagangan dengan negara-negara lain seperti Amerika

Syarikat, Jepun, Singapura dan Jerman Barat bagi mengurangkan pergantungan kepada

Britain dan bagi mencari pasaran baru.

Tahap Kedua / Dasar Berkecuali /Dasar Berbaik-baik dengan semua negara/ / Tun Abdul Razak (1972-1976) dan Tun Hussein Onn(1976-1981)

Menjelang tahun 1970-an, dasar luar Malaysia mula berubah kepada dasar

berkecuali dan berbaik-baik dengan semua negara. Perubahan dasar luar ini disebabkan

kurangnya peranan yang dimainkan oleh AMDA dan kurangnya pengaruh Britain di Timur.

Perubahan dasar ini juga disebabkan oleh pergolakan yang berlaku di Vietnam yang

melibatkan dua kuasa besar, iaitu Amerika Syarikat dan China.

Bagi mencapai matlamat dasar luar Malaysia, beberapa usaha telah dilakukan

seperti mengisytiharkan konsep Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN) bersama-

sama dengan anggota negara ASEAN. Malaysia juga telah menjalin hubungan diplomatik

Page 5: Sejarah Modul K3 2016(Edisi Murni)

dengan negara berfahaman komunis seperti China, Jerman Timur, Korea Utara, Vietnam

Utara dan Mongolia. Malaysia turut mengadakan hubungan diplomatik dengan Vietnam

pada tahun 1976. Masalah pelarian Vietnam di Malaysia dapat diatasi dengan kerjasama

negara-negara jiran

Tahap Ketiga / Dasar mengekalkan dasar tahap kedua tetapi memberi penekanan kepada kepentingan Ekonomi / Tun Dr Mahathir Mohamad(1981-2003)

Tahap ini masih mengekalkan dasar-dasar tahap kedua tetapi memberikan

penekanan kepada kepentingan ekonomi yang berkaitan dengan isu-isu perdagangan,

pelaburan dan pembangunan terutama dalam kalangan negara membangun. Bagi

mencapai matlamat tersebut, Malaysia telah mengadakan hubungan yang lebih erat dengan

negara-negara ASEAN seperti menyelesaikan krisis Vietnam dan Kampuchea.

Dasar Pandang ke Timur telah diperkenalkan pada tahun 1982 dengan

menggunakan Jepun dan Korea Selatan sebagai model bagi membangunkan negara

Malaysia. Dasar ini bertujuan menggalakkan rakyat Malaysia mengambil dan menerima

pakai nilai-nilai yang baik seperti semangat mencintai negara, kesungguhan dalam

pekerjaan dan etika pengurusan kerja yang baik.

Malaysia juga telah mempertingkatkan hubungan dua hala dengan negara-negara

lain menerusi lawatan yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Dato Seri Dr. Mahathir

Mohamad ke negara Afrika, Amerika Selatan, Caribbean dan Pasifik Selatan. Dalam setiap

misi lawatannya, misi perdagangan Malaysia akan turut serta dan menandatangani

perjanjian perdagangan dua hala yang menguntungkan kedua-dua belah pihak. Malaysia

menjalin hubungan politik dan perdagangan dengan negara maju dan negara dunia ketiga.

4. Manfaat/Faedah/Kebaikan/Keuntungan/Kelebihan/Maslahat/Kepentingan yang diperoleh daripada dasar luar negara.

Malaysia telah mendapat banyak faedah atau manfaat daripada dasar luarnya.

Antaranya ialah Malaysia dapat mengekalkan kestabilan politik negara sama ada di

peringkat serantau mahupun dunia. Keadaan aman dalam negara akan menjamin

keselamatan rakyat dan negara. Contohnya, rakyat berbilang kaum dapat menyambut

sesuatu perayaan seperti Tahun Baharu Cina, Hari Natal dan Hari Raya Aidil Fitri dalam

suasana yang harmoni. Oleh itu, kestabilan politik dalam sesebuah negara akan menjamin

kehidupan yang sejahtera.

Selain itu hubungan diplomatik dengan negara luar dapat diperkukuh Hai ini akan

memastikan persefahaman dengan negara luar dapat dikekalkan. Contohnya, hubungan

diplomatik yang terjalin antara Malaysia dengan kerajaan China sejak zaman Kesultanan

Melayu Melaka sehingga kini telah mengukuhkan hubungan baik antara kedua-dua buah

Page 6: Sejarah Modul K3 2016(Edisi Murni)

negara tersebut. Tegasnya, dasar luar negara mampu memantapkan hubungan diplomatik

antara Malaysia dengan negara lain.

Seterusnya dalam aspek ekonomi, melalui dasar luar, Malaysia berupaya

meningkatkan kerjasama dengan banyak negara seperti China dan Amerika Syarikat. Hal

ini dapat meningkatkan kemajuan ekonomi . Sebagai contoh, negara dapat menarik

kemasukan pelabur-pelabur asing dalam bidang utama negara seperti bidang perindustrian

dan perdagangan. Selain itu, peluang pekerjaan dapat diwujudkan untuk penduduk

tempatan. Contohnya melalui projek Taman Perindustrian Kuantan dengan Taman

Perindustrian Qinzhou China. Malah syarikat-syarikat tempatan juga membuat pelaburan di

negara China dan negara-negara dunia ketiga, seperti pelaburan syarikat Petronas Malaysia

di Vietnam. Oleh itu, dasar luar negara juga mampu meningkatkan kerjasama ekonomi

antara Malaysia dengan negara luar.

Di samping itu manfaat lain ialah Malaysia dapat berkongsi kepakaran dengan

negara lain terutama dalam bidang sains dan teknologi baru. Dengan ini negara kita dapat

meningkatkan kemajuan dalam bidang sains teknologi. Malah negara kita dapat melakukan

pertukaran teknologi dengan negara luar, sebagai contoh dalam perindustrian kereta

nasional negara kita menggunakan enjin Mitsubishi Jepun. Malaysia juga mendapat

kepercayaan dari negara maju seperti Arab Saudi untuk mengendalikan perkhidmatan

keretapi di negara itu.

Selain itu melalui dasar luar negara juga dapat membantu mengekalkan kedaulatan dan keamanan dunia sejagat. Hal ini dapat mengelakkan pergolakan serta

krisis antara negara-negara di dunia. Segala konflik dengan negara jiran diselesaikan

melalui rundingan atau melalui mahkamah antarabangsa contohnya isu Pulau Batu Putih.

Manfaat dalam bidang pendidikan pula, negara kita dapat menjalinkan kerjasama

dalam bidang pendidikan seperti pertukaran pelajar melalui Pertubuhan Menteri-menteri

Pelajaran ASEAN (SEAMEO). Malaysia juga mendapat faedah menerusi hubungan

Malaysia - China melalui penubuhan cawangan Universiti Xiamen di Selangor. Malah

negara kita juga berpeluang menjalin kerjasama dalam bidang kebudayaan dan keseniaan.

Melalui dasar luar negara juga, negara kita dapat menerima kerjasama dalam bentuk latihan

dan penyelidikan.

5. Sebab Malaysia mengamalkan dasar berbaik-baik dengan semua negara /dasar berkecuali./Mengapakah Malaysia mengamalkan dasar berbaik-baik dengan semua negara /dasar berkecuali?

Antara sebab Malaysia mengamalkan dasar berbaik-baik dengan semua negara

adalah untuk mengekalkan kestabilan politik negara. Keadaan aman dalam negara akan

Page 7: Sejarah Modul K3 2016(Edisi Murni)

menjamin keselamatan rakyat dan negara. Contohnya, Malaysia berbaik-baik dengan

semua negara tanpa mengira ideologi. Oleh itu, dasar berbaik-baik dengan semua negara

akan dapat memperkukuh hubungan diplomatik dan persefahaman dengan negara luar.

Malaysia juga berbaik-baik dengan negara serantau untuk mengekalkan hubungan

baik dengan negara serantau. Dengan menjadi negara anggota ASEAN. Malaysia dapat

mengekalkan kestabilan politiknya. Contohnya melalui konsep zon aman, bebas dan

berkecuali (ZOFPAN). Aktiviti perdagangan dua hala juga dapat dijalankan dengan negara

anggota ASEAN. Oleh itu, dasar berbaik-baik dengan negara lain mampu memelihara

hubungan baik antara Malaysia dengan negara anggota ASEAN.

Keadaan yang aman juga dapat menarik pelabur-pelabur asing datang ke negara

kita. Dengan pertambahan kemasukan pelabur asing, ekonomi negara akan berkembang

pesat dan seterusnya membuka peluang perkerjaan kepada penduduk tempatan. Keadaan

ini turut merangsang kemasukan tenaga kerja dari luar yang diperlukan untuk mempercepat

pembinaan projek-projek mega seperti pembinaan Monorel dan Jambatan kedua Pulau

Pinang. Pendek kata, dasar berbaik-baik dengan negara lain akan menjadikan Malaysia

sebagai destinasi utama pelabur asing.

Dalam bidang sosial pula, dasar berbaik-baik dengan semua negara ini dapat

membantu mengekalkan keamanan dunia. Melalui penglibatan dalam pertubuhan

antarabangsa, Malaysia telah bekerjasama dalam menyelesaikan masalah antarabangsa

dan melindungi hak asasi manusia tanpa mengira bangsa, agama dan warna kuContohnya

dengan menyertai pertubuhan dunia seperti PBB,Komanwel, NAM dan OIC. Oleh itu,

Malaysia mampu memberikan sumbangan ke arah mengekalkan keamanan sejagat.

Dasar berbaik-baik dengan semua negara juga penting untuk kemajuan dalam

bidang sains dan teknologi. Hubungan erat dengan negara-negara maju memudahkan

pemindahan teknologi moden ke dalam negara. Kemajuan dalam bidang teknologi

diperlukan contohnya dalam pembinaan empangan hidro elektrik di Bakun. Oleh itu,

perkongsian ilmu dan kepakaran dalam bidang sains dan teknologi dengan negara lain telah

membantu memajukan negara Malaysia.

Selain itu juga, dasar berbaik-baik dengan negara lain telah berjaya mengukuhkan

perpaduan masyarakat antarabangsa dengan mewujudkan masyarakat yang saling

menyayangi, menghargai antara satu sama lain dan seterusnya menolak prasangka buruk

dalam kalangan semua negara. Contohnya, masyararakat antarabangsa bersatu padu

dalam menjayakan sukan bertaraf antarabangsa seperti Sukan Komanwel dan Sukan

Olimpik. Oleh itu, dasar berbaik-baik dengan negara lain ternyata mampu menyatupadukan

masyarakat seantero dunia melalui pelbagai aktiviti sukan.

Page 8: Sejarah Modul K3 2016(Edisi Murni)

6. Kejayaan/pencapaian Malaysia hasil daripada dasar luar. Buktikan.Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem pemerintahan

demokrasi berparlimen yang mementingkan hubungan baik antara negara-negara luar.

Situasi ini membawa kepada penggubalan dasar luar daripada sebuah negara yang anti-

komunis kepada negara berkecuali. Situasi ini membolehkan Malaysia menjadi sebuah

negara yang membangun dari sudut ekonomi dan dapat menjadi sebuah negara yang

mampu bersaing dengan negara-negara yang sudah membangun.

Hasil daripada sikap berkecuali ini juga, Malaysia telah dipanggil untuk menyertai

Pasukan Pendamai di bawah panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk menamatkan

Perang Saudara di Congo. Pada tahun 1989, Malaysia terpilih sekali lagi mewakili Pasukan

pengaman PBB ke Namibia bagi membantu Namibia mencapai kemerdekaan.

Malaysia sebagai sebuah negara yang istimewa memiliki kepelbagaian amalan

etnik dan kaum menyebabkan Malaysia mengalu-alukan amalan yang toleran dalam

hubungan sesama kaum, Hasilnya Malaysia mengutuk penindasan yang berlaku melalui

amalan-amalan yang tidak berperikemanusiaan seperti memutuskan hubungan dengan

Afrika selatan akibat daripada amalan dasar apartheid di negara tersebut.

Penglibatan Malaysia dalam Pertubuhan Antarabangsa juga giat berlangsung.

Malaysia pernah menjadi tuan rumah bagi persidangan-persidangan yang membuahkan

hasil keputusan berkaitan kepentingan negara-negara anggota seperti Mesyuarat CHOGM

yang telah menghasilkan Deklarasi Langkawi 1989. Deklarasi berhubung kaitkan dengan

soal tanggungjawab negara-negara Komanwel dalam mengawal dan mengatasi masalah

pencemaran.

Kesimpulannya, dasar luar yang terbentuk membawa kejayaan-kejayaan seperti

keamanan dunia terhasil daripada penggubalan dasar berbaik-baik dengan negara luar.

Situasi ini juga dapat mengharumkan nama baik negara kita hasil daripada sumbangan yang

diberikan oleh Malaysia di peringkat antarabangsa.

7) Peranan dan Sumbangan Malaysia dalam politik dan ekonomi melalui pertubuhan antarabangsa / global

Peranan yang dimainkan oleh Malaysia dalam pertubuhan Komanwel ialah menjadi

tuan rumah bagi Mesyuarat Ketua – Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) pada tahun

1989. Dalam persidangan tersebut diisytiharkan Deklarasi Langkawi yang berkaitan isu

pencemaran alam sekitar iaitu persetujuan yang ditandatangani di Langkawi berhubung

dengan tanggungjawab negara-negara Komanwel dalam mengawal dan mengatasi masalah

pencemaran. Isu lain yang dibincangkan ialah pernyataak Kuala Lumpur tentang wilayah

selatan Afrika dan pembentukan Tabung Ekuiti Komanwel. Malaysia pernah menjadi tuan

Page 9: Sejarah Modul K3 2016(Edisi Murni)

rumah Sukan Komanwel 1998 dan sering menyertai temasya tersebut setiap 4 tahun sekali

di Negara-negara anggota.

Malaysia turut terlibat dalam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Malaysia

juga bersuara lantang menentang Dasar Aparteid di Afrika Selatan. Malaysia juga pernah

menghantar pasukan pengaman ke Congo / Zaire, Namibia dan Bosnia. Tidak ketinggalan

juga, kita menghantar pasukan pemerhati ke sempadan Iran-Iraq / Kampuchea / Timor

Leste.

Di samping itu, Malaysia menyarankan agar benua Antartika dijadikan warisan

dunia. Malaysia juga mengambil pendirian tegas terhadap usaha-usaha menangani gejala

penyalahgunaan dadah.

Malahan Perdana Menteri Malaysia pernah menjadi Yang di-Pertua Persidangan

AntiDadah di Vienna (Austria) pada 1987. Di samping itu, Malaysia bekerjasama dan

menyertai beberapa agensi di bawah PBB seperti FAO, WHO dan UNESCO.

Malaysia juga pernah menjadi Ahli Majlis Keselamatan PBB (1965, 1989 dan 1999).

Wakil Malaysia ke PBB, Tan Sri Razali Ismail dilantik menjadi Pengerusi Perhimpunan

Agung PBB dan wakil Khas PBB untuk menyelesaikan konflik di Myanmar.

Malaysia juga berpendirian tegas mendesak PBB untuk menyelesaikan masalah

Palestin dengan menganjurkan persidangan antarabangsa tentang Palestin di Kuala

Lumpur. Malaysia telah membuat beberapa usul bagi membina kepentingan negara-negara

sedang membangun dalam sidang kemuncak NAM ke-7 di New Delhi.

Malaysia secara berkala menganjurkan LIMA (Langkawi International Maritime and

Air) yang bertaraf antarabangsa. Pameran ini disertai oleh negara-negara luar serta

dikunjungi oleh orang tempatan dan luar Negara. Acara lumba basikal tahunan (Le Tour de

Langkawi) juga turut diadakan juga penganjuran Monsun Cup di Terengganu iaitu acara

Lumba Perahu Layar.

Peranan Malaysia dalam pertubuhan Persidangan Islam ialah Tunku Abdul

Rahman pernah menjadi Setiausaha Agung yang pertama dan penubuhannya OIC

merupakan idea beliau. Melalui pertubuhan ini Malaysia pernah memberi bantuan kewangan

kepada negara Islam kurang maju seperti Sudan, Nigeria dan Chad. Universiti Islam

Antarabangsa (UIA) Malaysia ditubuhkan serta menyediakan peluang pendidikan kepada

Negara-negara anggota. Malaysia juga pernah mengesyorkan penggunaan dinar emas

dalam kalangan negara Islam untuk urusan perdagangan dan kegiatan ekonomi yang lain.

Malaysia juga pernah menganjurkan Pameran Halal Antarabangsa Malaysia

(MIHAS) sebanyak 11 kali. MIHAS merupakan pameran produk halal peringkat

antarabangsa yang terbesar di dunia. Di sinilah, pertemuan di antara peniaga tempatan dan

pembeli asing diatur untuk meningkatkan dagangan produk-produk halal. Produk-produk

Page 10: Sejarah Modul K3 2016(Edisi Murni)

halal tempatan dapat diperluaskan ke seluruh dunia dengan mengadakan pameran

sebegini.

Peranan Malaysia dalam Negara-negara Selatan yang dikenali juga negara Dunia

Ketiga merupakan idea Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad semasa Sidang Kemuncak NAM

di Zimbabwe. Strateginya adalah dengan menubuhkan Kumpulan 15 (G15) pada tahun

1989. Sidang Kemuncak G15 pertama di Kuala Lumpur pada tahun 1990. Projek 3S iaitu

kerjasama dalam bidang sains dan teknologi iaitu pernubuhan Pusat Pertukaran Data

Pelaburan Perdagangan dan Teknologi Selatan (SITTDEC) dan penubuhan sistem

Keistimewaan Perdagangan Global (GSTP) dan penubuhan kemudahan kredit dan

mekanisme kewangan pembiayaan perdagangan.

8. Cabaran / halangan / kekangan/ masalah dalam meningkatkan keberkesanan hubungan Malaysia dengan negara luar dan langkah mengatasinya

Cabaran pertama yang dihadapi oleh negara kita ialah perbezaan ideologi yang

mewujudkan jurang persefahaman yang luas antara negara. Contohnya Malaysia dengan

negara-negara Islam yang mengamalkan mazhab yang berbeza. Antara langkah yang boleh

dilaksanakan oleh Malaysia untuk mengatasi cabaran tersebut ialah saling menghormati

ideologi serta meningkatkan kerjasama dalam pelbagai bidang supaya hubungan dua hala

dan ideologi yang berbeza tidak menjadi penghalang.

Cabaran yang kedua adalah untuk mengekalkan hak negara. Isu persempadanan

yang menjadi rebutan antara negara menyebabkan hubungan menjadi renggang.

Contohnya isu Pulau Spratly. Langkah untuk mengatasi cabaran ini ialah negara-negara

yang terlibat hendaklah mematuhi undang-undang yang ditetapkan oleh Mahkamah

Keadilan Antarabangsa (ICJ). Hal ini menyebabkan keamanan berjaya diwujudkan.

Selain itu, Malaysia juga menghadapi cabaran untuk mengekalkan kemajuan

ekonomi kerana berlaku kejatuhan nilai mata wang Malaysia. Hal ini menyebabkan

Malaysia tidak dapat bersaing di pasaran antarabangsa. Seterusnya bagi menghadapi

cabaran yang ketiga pula Malaysia perlu mencari medium perantara lain sebagai alat

pertukaran untuk berurusan. Contohnya dinar emas.

Seterusnya Malaysia menghadapi cabaran dalam menangani masalah

kebergantungan kepada pekerja asing. Keadaan ini menyebabkan kebanjiran tenaga kerja

asing dan peluang untuk rakyat tempatan terhad. Bagi menghadapi cabaran keempat,

penguatkuasaan undang-undang yang ketat oleh pihak berkuasa supaya kedatangan dan

kebergantungan kepada pekerja asing dapat dikawal. Pihak kerajaan dan majikan perlu

mengutamakan rakyat Malaysia untuk memenuhi sektor pekerjaan.

Cabaran yang seterusnya ialah jenayah merentasi sempadan. Contohnya

penyalahgunaan dadah. Pengedar dadah menjadikan Malaysia sebagai negara transit dan

Page 11: Sejarah Modul K3 2016(Edisi Murni)

ada dalam kalangan rakyat Malaysia yang menjadi keldai dadah. Untuk mengatasi cabaran

ini, kerajaan perlu mengadakan kawalan ketat di pintu-pintu masuk negara serta

mengenakan hukuman yang ketat kepada pesalah. Selain itu, Malaysia juga perlu

mengukuhkan kerjasama dengan pihak berkuasa negara-negara lain agar masalah ini dapat

diatasi tanpa menjejaskan hubungan dua hala tersebut.

Cabaran untuk mengekalkan keselamatan negara. Rakyat negara kita sering

menjadi mangsa penculikan oleh lanun di perairan Sulu di selatan Filipina. Mereka sering

meminta pampasan melibatkan jutaan ringgit. Langkah mengatasi pencerobohan sempadan

negara dengan penubuhan Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) iaitu pemantauan

keselamatan merangkumi 1,400 km pantai timur Sabah dari Kudat ke Tawau.

Kesimpulannya, setiap cabaran yang dihadapi haruslah ditangani secara bijak dan

mengambil kira kepentingan bersama bagi meningkatkan keberkesanan hubungan Malaysia

dengan negara luar.

9. Sebab dasar luar perlu berubah dari semasa ke semasa./Mengapakah dasar luar perlu berubah dari semasa ke semasa?

Dasar luar Malaysia sentiasa berubah mengikut peredaran masa bergantung kepada

kepimpinan negara serta keadaan politik dan ekonomi global yang sentiasa berubah. Pada

masa pentadbiran Tunku Abdul Rahman, dasar luar adalah pro Barat yang antikomunis dan

berbaik-baik dengan negara Komanwel. Dasar ini dilaksanakan disebabkan faktor ancaman

komunis di negara Asia Tenggara. Oleh itu Malaysia memerlukan bantuan pertahanan

negara-negara Komanwel seperti Britain dan Australia.

Di samping itu, Malaysia berbaik-baik dengan negara jiran disebabkan timbulnya

krisis dengan negara jiran selepas pembentukan Malaysia. Krisis dengan negara jiran harus

dihadapi dan diselesaikan dengan cara damai. Misalnya konfrontasi dengan Indonesia dan

terputusnya hubungan dengan Filipina. Usaha ini perlu dan berjaya dilaksanakan dengan

tertubuhnya ASEAN untuk memelihara hubungan dengan negara jiran.

Kemudiannya dasar luar telah berubah semasa pentadbiran Tun Abdul Razak dan

Tun Hussein Onn. Dasar luar Malaysia berubah kepada dasar berkecuali iaitu dasar

berbaik-baik dengan semua negara disebabkan kurangnya peranan AMDA dan pergolakan

di Vietnam yang melibatkan dua kuasa besar iaitu Amerika Syarikat dan China. Keadaan ini

bertujuan untuk mewujudkan hubungan berbaik-baik dengan semua negara.

Perubahan dasar luar Malaysia berubah lagi semasa pentadbiran Tun Dr. Mahathir

Mohammad yang memberikan penekanan kepada kepentingan ekonomi. Beliau juga telah

mempertingkatkan hubungan dua hala dengan negara lain seperti dengan Afrika dan

Amerika Selatan. Melalui misi perdagangan yang turut serta dalam siri lawatan tersebut,

Malaysia telah menandatangani perjanjian perdagangan dua hala yang menguntungkan

Page 12: Sejarah Modul K3 2016(Edisi Murni)

kedua-dua belah pihak. Oleh itu, dasar luar Malaysia berubanh mengikut kepimpinan sesuai

dengan perkembangan politik dan ekonomi semasa.

10. Cadangan/Syor anda tentang hala tuju yang sesuai untuk dasar luar Malaysia. Malaysia akan meneruskan dasar luar negaranya dengan mengekalkan dasar

berkecuali dan berbaik-baik dengan semua negara. Malaysia dapat meneruskan konsep Zon

Aman, Bebas dan berkecuali (ZOPFAN) bersama-sama dengan anggota negara ASEAN yang

lain. Malaysia juga dapat menjalin hubungan diplomatik dengan negara berfahaman komunis

seperti China dan Korea Utara.

Di samping itu Malaysia meneruskan dasar luarnya dengan mengambil kira

kepentingan ekonomi yang berkaitan dengan pelaburan dan pembangunan ekonomi.Hal ini

bertujuan untuk menggalakkan kerjasama dalam projek-projek perindustrian. Contohnya projek

baja urea di Bintulu (Sarawak) serta di Acheh (Indonesia).

Malaysia juga akan mengadakan hubungan dalam pertubuhan antarabangsa.

Contohnya Komanwel dan PBB demi mengekalkan keamanan dan kesejahteraan sejagat.

Malaysia menjadi ahli Majlis Keselamatan PBB dan berpendirian tegas dalam melindungi hak

asasi manusia tanpa mengira bangsa, agama dan warna kulit.

Malaysia akan terus berperanan untuk mengeratkan hubungan sesama negara Islam

bagi mengekalkan perdamaian dalam segala persengketaan antara negara Islam. Malaysia

memberikan bantuan kepada negara Islam yang menghadapi masalah seperti Bosnia dan

Afghanistan. Oleh itu, Malaysia akan mendapat penghormatan daripada negara Islam yang lain

kerana memperjuangkan hak dan kebajikan negara-negara Islam.

Kesimpulannya, hala tuju dasar luar Malaysia pada masa hadapan mengambil kira pelbagai

aspek agar kemananan sejagat dapat dinikmati olehmasyarakat seantero dunia.

11. Usaha/Langkah untuk mengekalkan hubungan baik dengan negara luar/usaha untuk memastikan Malaysia terus aktif dalam pertubuhan antarabangsa.

Usaha untuk mengekalkan hubungan baik dengan negara luar melalui dasar luar

Malaysia ialah melalui pengekalan hubungan diplomatik. Malaysia telah melantik duta dan

pesuruhjaya melalui Kementerian Luar ke negara-negara yang mengadakah hubungan

dengan Malaysia. Malaysia turut prihatin dengan masalah yang dihadapi oleh masyarakat

dunia khususnya mangsa bencana alam seperti taufan, gempa bumi, banjir. Ini terbukti

melalui penghantaran bantuan kemanusiaan dan perubatan kepada mangsa Taufan Haiyan

di Filipina. Keadaan ini menunjukkan Malaysia mengambil berat akan masalah negara-

negara luar seterusnya dapat meneruskan hubungan baik dengan negara luar.

Page 13: Sejarah Modul K3 2016(Edisi Murni)

Malaysia tidak ketinggalan dalam mempromosikan keamanan dunia sejagat dalam

usahanya untuk mengekalkan hubungan baik dengan negara luar. Buktinya Malaysia telah

menyahut seruan PBB dengan menghantar pasukan pengaman dan pendamai bagi

menamatkan konflik dalaman di sesebuah negara seperti di Congo.

Usaha untuk mengekalkan hubungan baik dengan negara luar juga dibuat dengan

menyertai sukan peringkat dunia. Contohnya Malaysia mengambil tanggungjawab untuk

menganjurkan Sukan Komanwel pada tahun 1998 di Kuala Lumpur. Malaysia juga menjadi

destinasi tahunan sukan lumba bermotor seperti Formula 1 di Sepang yang menarik

pelumba handal dari seluruh dunia. Keadaan ini membuktikan Malaysia sentiasa

mengeratkan hubungan baik dengan semua negara luar sekali gus menjadikan Malaysia

kekal aktif dalam meningkatkan hubungan luar.

Tindakan Malaysia untuk tidak mencampuri urusan politik negara-negara luar juga

adalah untuk mengekalkan hubungan baik dengan negara luar. Contohnya negara bergolak

seperti Syria, Mesir dan Turki, tidak sesekali dicampuri urusan dalamannya oleh Malaysia

walaupun ramai warga Malaysia berada di negara tersebut. Walau bagaimanapun Malaysia

tetap mengambil pendirian untuk mengutuk perbuatan pihak yang mencetuskan pergolakan

tersebut. Kesimpulannya, Malaysia sentiasa mengambil langkah proaktif dengan sentiasa

melibatkan diri dalam pertubuhan antarabangsa bagi menggalakkan keamanan dunia untuk mengekalkan hubungan baik dengan negara luar.

12. Ramalkan dasar luar negara kita pada masa hadapan.Kebanyakan negara di dunia masing-masing berusaha untuk memajukan diri

sendiri termasuk Malaysia. Oleh itu Malaysia dijangka mengekalkan hubungan luarnya melalui prinsip berbaik-baik dengan semua negara dan prinsip berkecualinya. Kedua-dua

prinsip ini terbukti Malaysia mendapat banyak faedah dalam sektor ekonomi, politik dan sosiobudaya. Penerusan hubungan luar tersebut dijangka menguntungkan Malaysia. Contohnya Malaysia akan terus menghantar pelajarnya menuntut ke luar negara

dan menerima kehadiran pelajar asing ke negara kita. Dasar luar juga akan semakin kukuh

apabila Malaysia meningkatkan kerjasama melalui pertukaran maklumat risikan

merentasi sempadan. Contohnya dalam usaha menangani masalah pemerdagangan manusia dan penyeludupan yang boleh mengugat kesejasteraan rakyat kita. Malaysia

akan terus meningkatkan sektor pertahanan demi menjaga kedaulatannya. Oleh itu Malaysia akan menjalinkan hubungan dengan negara yang berteknologi tinggi seperti

Perancis dan Rusia dalam memajukan teknologi pertahanan di negara kita tanpa mengira ideologi negara kuasa besar berkenaan.

Page 14: Sejarah Modul K3 2016(Edisi Murni)

Di samping itu Malaysia dijangka akan meneruskan dasar luarnya dengan

mengambil kira kepentingan ekonomi khususnya berkaitan dengan isu-isu perdagangan dan pelaburan antarabangsa demi pembangunan ekonomi negara kita. Hal ini bertujuan

untuk menggalakkan kemasukan modal dan membuka peluang pekerjaan kepada

masyarakat di negara kita. Oleh itu, kemasukan pelabur asing ke Malaysia akan membantu

meningkatkan ekonomi negara agar mampu bersaing dengan negara lain.

Negara kita juga dijangka akan meneruskan Dasar Pandang Ke Timur dengan

menjadikan Jepun dan Korea Selatan sebagai model untuk membangunkan negara. Hal ini

demikian kerana kerjasama antara Malaysia dengan negara-negara tersebut ternyata

memanfaatkan ekonomi Malaysia dari segi pemindahan teknologi. Contohnya, pelajar-

pelajar Malaysia akan dihantar ke dua buah negara tersebut untuk mempelajari kemahiran

teknikal dan kejuruteraan agar kita mempunyai tenaga pakar untuk membangunkan negara.

Pendek kata, penerusan Dasar Pandang ke Timur telah memanfaatkan negara kita dari segi

penyediaan tenaga pakar untuk membangunkan negara.

Malaysia juga akan meningkat hubungan bilateral dengan negera-negara jiran

seperti Indonesia, Singapura, Thailand bagi menjaga kepentingan ekonomi dan politik

serantau. Begitu juga Malaysia akan terus mengekalkan hubungan dua hala dengan negara

Amerika Latin, Afrika, Asia Barat serta negara maju seperti Britain dan Amerika Syarikat.

Malaysia juga dijangka akan meneruskan hubungan multilateral dengan pertubuhan

antarabangsa seperti Komanwel, OIC, PBB dan NAM demi mengekalkan keamanan dan

kesejahteraan sejagat. Semua ini dilakukan melalui misi lawatan pemimpin negara ke

negara –negara tersebut secara rasmi dan berterusan. Kerajaan Malaysia juga mengadakan

misi perdagangan dengan menghantar delegasi perdagangan. Sehubungan dengan itu,

Malaysia menandatangani Perjanjian TPPA yang mengambil kira kepentingan ekonomi

jangka panjang bagi mencapai misi negara maju menjelang tahun 2020.

Dalam memastikan keamanan dan kesejahteraan dunia kekal aman dan harmoni,

Malaysia dijangka akan terus komited menyokong segala dasar dan piagam PBB bagi

menyelesaikan pertikaian secara rundingan dan diplomasi. Malaysia akan terus

memperjuang nasib rakyat Palestein yang diceroboh oleh Israel. Malaysia akan terus

berperanan dan bersuara untuk menuntut keadilan pasaran bagi Negara Dunia Ketiga.

Dalam menjaga kepentingan politik dan keselamatan negara , Malaysia dijangka

meneruskan komitmennya dengan konsep ZOPFAN yang dipersetujui dalam ASEAN. Ini

menjadikan negara kita sentiasa menjaga hubungan baik dan mesra melalui persidangan

Ketua-Ketua Kerajaan atau Menteri-Menteri Luar setiap negara. Kesimpulannya, Malaysia

telah mengambil pelbagai langkah drastik untuk mengekalkan hubungan baik dengan negara luar untuk memastikan Malaysia terus aktif dalam pertubuhan antarabangsa.

Page 15: Sejarah Modul K3 2016(Edisi Murni)

13. Sejauhmanakah hubungan luar Malaysia mempengaruhi perkembangan politik dan ekonomi Malaysia masa kini.

Pada masa kini Malaysia mengamalkan dasar berkecuali dan berbaik-baik dengan

semua negara sejak zaman pemerintahan Tun Abdul Razak iaitu pada tahun 1972 hingga

sekarang. Hubungan luar yang baik telah mengiktiraffkan Malaysia sebuah negara yang

aman di dunia. Keamanan ini adalah hasil daripada dasar luar Malaysia yang mengamalkan

dasar berkecuali yang tidak memihak kepada mana-mana negara kuasa besar seperti

Amerika Syarikat, Britain atau China. Prinsip dasar berkecuali Malaysia adalah untuk

mengelak campur tangan asing dalam hal-ehwal sesebuah negara. Oleh yang demikian

negara-negara luar menghormati prinsip tersebut hingga tidak mencampuri politik Malaysia.

Dasar Malaysia yang menyokong konsep ZOPFAN telah dapat mengekalkan keamana dan

kesetabilan politik bukan sahaja di rantau Asia Tenggara umumnya bahkan juga Malaysia

khususnya. Oleh yang demikian negara kita masih dapat mengekalkan kedaulatan dan

keamanan negara. Prinsip dasar berkecuali juga menyelesaikan pertielingkahan antara

negara melalui perundingan. Atas prinsip tersebut Malaysia sebagai sebuah negara jiran

mengambil inisiatif untuk menjadi orang tengah menyelesaikan perjuangan bangsa Moro

bagi mendapatkan kuasa autonomi daripada kerajaan Filipina . Apabila masalah politik

dalam wilayah jiran kita dapat diselesaikan nescaya negara kita turut menerima kesan

positif.

Hubungan luar Malaysia juga mempengaruhi perkembangan ekonomi negara. Atas

dasar luar yang berkecuali dan berbaik-baik dengan semua negara, Malaysia dapat

melaksanakan dasar ekonominya seperti dasar pandang ke Timur. Hasil daripada dasar

tersebut Malaysia telah menerima kemasukan modal luar negara contohnya dari Jepun dan

Korea Selatan. Kemasukan modal ini telah dapat memindahkan teknologi dan kepakaran

ke Malaysia. Teknologi dan kepakaran yang tinggi menjadikan produk Malaysia lebih

berkualiti dan dapat bersaing di pasaran antarabangsa yang lebih luas. Selain itu

kemasukan teknologi dan kepakaran dapat mewujudkan peluang pekerjaan dan

meningkatkan ekonomi negara di samping meningkatkan sumber pendapatan penduduk

tempatan. Sumber pendapatan yang stabil dapat mengukuhkan ekonomi Malaysia kerana

kadar inflasi dan pengangguran dapat dikurangkan. Hasil sektor pertanian Malaysia seperti

getah dan kelapa sawit mendapat permintaan yang tinggi di negara maju dan negara

membangun. Ini menandakan Malayisa tidak memihak kepada mana-mana negara dalam

menjalin hubungan dagangannya. Permintaan yang tinggi secara tidak langsung

meningkatkan pendapatan pekebun kecil dan syarikat tempatan.

Page 16: Sejarah Modul K3 2016(Edisi Murni)

14. Sejauhmanakah perkembangan politik dan ekonomi global mempengaruhi hubungan luar Malaysia.

Hubungan luar Malaysia dipengaruhi oleh perkembangan politik di negara luar.

Contohnya negara yang bergolak akan sentiasa dipantau oleh kementerian luar (Wisma

Putra) untuk memastikan tahap keselamatannya. Oleh yang demikian Malaysia akan

menasihati rakyatnya untuk menjauhi negara berkenaan dengan tidak melawatinya.

Malaysia juga akan menarik kedutaannya di negara yang bergolak demi keselamatan rakyat

Malaysia yang berada di negara tersebut.

Walau bagaimanapun di negara yang aman, Malaysia akan tetap meneruskan

hubungan luarnya melalui pelbagai cara seperti meningkatkan hubungan dagangan.

Malaysia turut meneruskan pelaburan di negara yang aman kerana keamanan dapat

menjamin keuntungan yang adil bagi kedua-dua negara. Negara luar yang aman juga tidak

akan menyekat rakyat Malaysia melancong ke negara tersebut. Dengan peluang ini pihak

kerajaan Malaysia dapat mempelajari produk-produk pelancongan baru dari negara

berkenaan, sekali gus mengeratkan lagi hubungan luar.

Hubungan luar Malaysia turut dipengaruhi oleh perkembangan ekonomi di negara

luar. Contonya di negara yang ekonominya kurang stabil Malaysia akan mengambil

pendirian dengan berhati-hati dalam melebarkan pelaburannya. Hal ini demikian kerana

Malaysia tidak ingin mengambil risiko atas kerugian yang bakal dihadapi jika ekonomi

negara tersebut tidak stabil. Malaysia juga tidak mengambil pendirian untuk berbalah

tentang persaingan produk pertanian seperti minyak sawit dan minyak soya kerana ingin

mengekalkan hubungan baik dengan negara pengeluar. Harga minyak mentah dunia yang

sentiasa tidak stabil di pasaran antarabangsa juga tidak menjejaskan hubungan luar

Malaysia dengan pengeluar utama minyak dunia (OPEC).

Kemunculan negara China sebagai sebuah gergasi ekonomi yang baru turut

dipandang serius oleh Malaysia. Hal ini demikian kerana teknologi dan kualiti barangan

yang dihasilkan oleh China adalah setaraf dengan produk keluaran negara-negara Barat

yang maju. Kemunculan China ini dilihat sebagai peluang yang positif oleh Malaysia dalam

meningkatkan kerjasama ekonomi. Contohnya dalam sektor penjanaan empangan

hidroeletrik, perlombongan dan pembinaan. Peralihan dasar untuk Malaysia berkerjasama

lebih erat dengan kuasa ekonomi baru dapat mengukukuhkan lagi hubungan luar Malaysia

di persada antarabangsa.

Soalan 15 : Keberkesanan dasar luar Malaysia. Hubungan luar menunjukkan keberkesanan yang positif. Hasil Perjanjian

Pertahanan Inggeris-Tanah Melayu (AMDA) pada tahun 1956, negara kita berjaya menyekat

Page 17: Sejarah Modul K3 2016(Edisi Murni)

perkembangan pengaruh komunis di samping menghadapi konfrontasi Indonesia pada

tahun 1963. Oleh itu, dasar luar Malaysia yang antikomunis dan pro-Barat pada Tahap

Pertama memang berkesan untuk membanteras pengaruh komunis yang mengancam

keselamatana negara pada masa itu.

Selain itu, usaha Malaysia melalui ASEAN yang mengisytiharkan rantau Asia

Tenggara sebagai Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN) telah berjaya mengekalkan

keamanan dan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara serta bebas daripada campur

tangan mana-mana kuasa besar.

Di samping itu, sikap Malaysia yang berkecuali iaitu tidak memihak kepada mana-

mana negara yang bergolak telah membolehkan Malaysia dipanggil untuk menyertai

beberapa pasukan pendamai di bawah panji-panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

(PBB) seperti memulihkan keamanan di Congo (1960), Namibia (1989), serta membantu

menyelesaikan krisis di Iran-Iraq, Kampuchea dan Bosnia pada era 1970-an dan 1980-an.

Tegasnya, dasar berkecuali yang diamalkan oleh Malaysia ternyata amat berkesan untuk

menjamin keamanan sejagat.

Hasil usaha Dasar Pandang ke Timur yang dilancarkan oleh Dato Seri Dr.

Mahathir Mohamad pada tahun 1982 telah berjaya menggunakan negara Jepun dan Korea

Selatan sebagai model membangunkan negara Malaysia telah berjaya menggalakkan

rakyat Malaysia menerima pakai nilai-nilai yang baik seperti sikap mencintai negara,

kesungguhan dalam pekerjaan dan etika pengurusan kerja yang baik. Hasilnya, banyak

pelabur dari Jepun dan Korea Selatan membuka pelaburan di Malaysia.

Peranan Malaysia dalam Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) telah berjaya

meninggalkan kesan positif kepada Malaysia. Hasilnya, Tunku Abdul Rahman telah dilantik

sebagai Setiausaha Agong yang pertama, menjadi tuan rumah persidangan OIC dan

penubuhan Universiti Islam Antarabangsa (UIAM). Selain itu, Malaysia juga telah mendapat

penghormatan daripada negara anggota yang lain kerana amat serius dalam

memperjuangkan hak dan kebajikan negara-negara Islam. Oleh itu, penyertaan Malaysia

dalam pertubuhan antarabangsa seperti OIC telah berjaya meyakinkan negara lain untuk

bekerjasama dengan negara kita dalam pelbagai bidang.

Dasar luar Malaysia yang mengutamakan kesejahteraan dan keamanan serantau

telah meninggalkan kesan positif kepada Malaysia. Ketokohan para pemimpin Malaysia

jelas terbayang melalui dasar luar yang diamalkan. Contohnya, Perdana Menteri Malaysia

yang keempat iaitu Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamed merupakan anara pemimpin negara

Asia Tenggara yang disegani oleh masyarakat dunia kerana telah berjaya membangunkan

negara Malaysia dalam pelbagai bidang. Oleh itu, dasar luar negara yang dinamik ini telah

berjaya meningkatkan imej Malaysia di mata dunia.

Page 18: Sejarah Modul K3 2016(Edisi Murni)

Dalam penyertaan pertubuhan Komanwel, Malaysia berjaya mengambil

manfaat dengan berkesan seperti memelihara keamanan dan kedaulatan negara dalam

menyekat perjuangan Parti Komunis Malaya (PKM). Malaysia juga menjadi tuan rumah

mesyuarat Ketua-Ketua Negara Komanwel (CHOGM), mendapat manfaat biasiswa

Rancangan Colombo dan menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 1998. Oleh itu, Malaysia

telah banyak menyumbang kea rah memelihara kemanan dunia melalui penyertaan dalam

pertubuhan dunia seperti Komanwel.

Rentetan daripada mesyuarat CHOGM 1989, kita berjaya mengisytiharkan

Deklarasi Langkawi yang berhubung dengan tanggungjawab dalam negara-negara

Komanwel dalam mengawal dan mengatasi masalah pencemaran.

Dalam konteks hubungan dua hala, Malaysia berjaya mengadakan lawatan ke

bebarapa negara Afrika, Amerika Selatan, Caribbean dan Pasifik Selatan pada era Dato Seri

Dr. Mahathir Mohamad. Hasilnya, misi perdagangan Malaysia dapat turut serta dan

Malaysia berjaya menandatangani perjanjian perdagangan dua hala yang berjaya

menguntungkan kedua-dua pihak.

Soalan 16: Dasar luar Malaysia pada hari ini.

Dasar luar Malaysia pada hari ini lebih proaktif dan dinamik berbanding era Tun

Abdullah. Dasar luar yang lebih kukuh ini bertujuan membantu mewujudkan ekonomi yang

mantap, dinamik dan mudah pulih. Penekanan diberikan dalam kerjasama antarabangsa

dan kerjasama serantau. Contohnya, kerjasama dengan ASEAN, OIC , NAM dan

sebagainya. Oleh itu, dasar luar Malaysia pada hari ini bersifat dinamik agar ekonomi

negara mampu bersaing di peringkat antarabangsa.

Dasar luar Malaysia pada era Dato’ Seri Najib Tun Razak memperlihatkan

kesinambungan dasar luar Perdana Menteri sebelumnya, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Malaysia masih menekankan pendekatan dasar luar yang proaktif di peringkat antarabangsa

dengan menekankan hubungan dua hala yang dikatakan lebih efektif dan telus. Tambahan

pula, dasar ini dikatakan lebih efektif kerana kurangnya kerenah atau halangan yang boleh

membantutkan usaha-usaha ke arah persepakatan dan kerjasama antara dua buah negara

yang terlibat. Contoh hubungan dua hala iaitu diplomasi dua hala dalam pendekatan dasar

luar Malaysia. Contohnya, dalam menjalinkan hubungan dua hala (diplomasi dua hala)

dengan negara-negara yang merupakan negara ‘trading partner’ dengan Malaysia,

terutamanya dalam bidang ekonomi, seperti China, Jepun, Singapura, Amerika Syarikat dan

sebagainya. Tegasnya, penekanan terhadap hubungan dua hala dalam dasar luar Mlaaysia

amat penting bagi memantapkan hubungan diplomatik Malaysia dengan negara lain.

Page 19: Sejarah Modul K3 2016(Edisi Murni)

Dasar luar negara pada hari ini adalah selaras dengan maklum balas yang diterima

oleh kerajaan dan setimpal dengan tuntutan semasa. Hal ini bertujuan untuk menjadikan

Malaysia sebagai sebuah negara yang maju dari segi ekonomi dan stabil dari segi politik.

Selain itu, menjadikan Malaysia negara yang dihormati oleh masyarakat seantero dunia

sekali gus mampu memberikan sumbangan di arena antarabangsa. Contohnya, Malaysia

memberikan penekanan terhadap kepentingan ekonomi yang berkaitan dengan isu

pelaburan dan perdagangan bagi menarik kemasukan pelabur asing ke negara kita.

Dengan menggunakan pendekatan ini, diharapkan Malaysia akan terus mengorak langkah

menuju ke arah sebuah negara maju menjelang tahun 2020.

17. Hubung kait / Perkaitan dasar luar pemimpin dahulu dan sekarang.

Sejak mencapai kemerdekaan dasar luar Malaysia memperlihatkan perkembangan

yang stabil. Dasar luar pemimpin sekarang merupakan kesinambungan daripada dasar luar

yang dilaksanakan oleh pemimpin sebelumnya.

Pada zaman Tunku Abdul Rahman (1957-1970), dasar luar Malaysia berada di

tahap pengasasan dan pengembangan. Dasar luar ketika itu memperlihatkan dasar pro-

Barat yang antikomunis serta berbaik-baik dengan negara jiran dan Komanwel. Pendekatan

ini didorong oleh kelangsungan hidup negara yang baharu merdeka, di samping

keperibadian Tunku Abdul Rahman. Ketika itu, isu seperti ancaman komunis, konfrontasi

Indonesia, terputusnya hubungan dengan Filipina dan keluarnya Singapura daripada

Malaysia telah mencorakkan dasar luar Malaysia. Faktor ekonomi pula, kita masih

bergantung kepada Britain dan negara Barat dalam eksport bahan mentah dan pelaburan.

Kita juga menentang Dasar Aparteid di Afrika Selatan. Pendirian kita tentang kerjasama

serantau mula bertapak dengan kemunculan ASA (1960), MAPHILINDO (1963) dan ASEAN

(1967).

Dasar luar Perdana Menteri Kedua, Tun Abdul Razak, memperlihatkan perubahan

selaras dengan arus semasa. Malaysia mula menganggotai Pertubuhan Persidangan Islam

(OIC). Tun Abdul Razak juga merintis usaha ke atas peneutralan dasar luar Malaysia

dengan menjalinkan hubungan diplomatik dengan hampir semua negara tanpa mengira

ideologi. Kita mula mengamalkan dasar berkecuali selepas pengisytiharan konsep ZOPFAN

(Zon of Peace, Freedom and Neutrality) bersama-sama negara anggota negara ASEAN.

Hal ini terbukti apabila Malaysia mula menjalin hubungan diplomatik dengan negara

Page 20: Sejarah Modul K3 2016(Edisi Murni)

berfahaman komunis seperti China, Jerman Timur, Korea Utara dan Vietnam Utara. Dari

segi ekonomi, pelaburan daripada negara selain Britain juga mula dialu-alukan.

Semasa Tun Hussein Onn, hubungan baik dengan negara anggota ASEAN menjadi

asas dalam penggubalan dasar luar Malaysia. Peristiwa kejatuhan Saigon (bandar Ho Chi

Minh), pengunduran tentera Amerika Syarikat dari Asia Tenggara dan pencerobohan

Vietnam ke atas Kampuchea telah mempengaruhi dasar luar Malaysia ketika itu. Dalam

Sidang Kemuncak ASEAN yang pertama, Malaysia telah menandatangani Perjanjian

Persahabatan dan Kerjasama di Bali, Indonesia pada tahun 1976. Dalam tempoh ini, Tun

Hussein Onn telah meneruskan dasar luar yang telah diasaskan oleh Tun Abdul Razak iaitu

dasar berkecuali dan berbaik-baik dengan semua negara.

Perubahan yang lebih ketara berlaku apabila Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad

menjadi Perdana Menteri keempat (1981-2003). Dasar luar Malaysia lebih banyak

berorientasikan ekonomi, ditambah dengan pembelaan yang kuat untuk hak dan

kepentingan negara sedang membangun. Beliau telah membuat perubahan yang drastik

dengan menjadikan negara Timur seperti Jepun dan Korea Selatan sebagai 'role model'

menerusi Dasar Pandang Ke Timur. Malaysia berjaya menarik perhatian masyarakat

antarabangsa dalam beberapa isu seperti isu benua Antartika, isu Aparteid di Afrika Selatan,

isu Palestin dan isu alam sekitar. Malaysia juga menghantar tentera pengaman ke beberapa

buah negara yang sedang bergolak seperti Kemboja, Somalia, Bosnia dan Timor Leste.

Malaysia juga komited mengatasi keganasan dengan menganjurkan Mesyuarat Menteri-

Menteri Luar, OIC berkenaan keganasan pada tahun 2002.

Dari segi ekonomi, Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad telah mengadakan hubungan

dua hala dengan negara Afrika, Amerika Latin dan Eropah Timur dalam perdagangan,

pelaburan dan pemindahan teknologi. Di samping itu, kerjasama ekonomi Asia Timur

(ASEAN + 3), Kumpulan G- 15 dan kerjasama pembangunan serantau dipereratkan.

Perdana Menteri Keempat, Tun Abdullah Ahmad Badawi (2003-2009) telah

meneruskan kesinambungan dasar luar Perdana Menteri sebelumnya. Beliau telah

memperhalusi dasar luar Malaysia dengan menjadi Pengerusi Pergerakan Negara-negara

Berkecuali (NAM), Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan ASEAN. Beliau telah

menjadikan Malaysia sebagai negara Islam contoh yang progresif melalui konsep Islam

Hadhari.

Seterusnya, Dato' Seri Najib Tun Razak telah menjadi Perdana Menteri Malaysia

keenam mulai 3 April 2009. Beliau telah menekankan dasar luar yang lebih proaktif dan

dinamik. Beliau telah meneruskan kerjasama dengan negara anggota ASEAN, OIC dan

NAM. Di samping itu, beliau menekankan hubungan dua hala dengan negara "trading

partner" dengan Malaysia dalam bidang ekonomi seperti China, Singapura, Jepun, Amerika

Page 21: Sejarah Modul K3 2016(Edisi Murni)

Syarikat dan sebagainya. Tuntasnya, dasar luar beliau telah berjaya memantapkan

ekonomi negara serta menjulang nama Malaysia di persada antarabangsa.

Kesimpulannya, perkembangan dasar luar negara di bawah pimpinan Perdana

Menteri yang silih berganti ini menunjukkan tindak balas yang pragmatik terhadap

perubahan geopolitik dan ekonomi pada tempoh tersebut. Umumnya, dasar luar Malaysia

telah berubah mengikut peredaran masa tetapi kesinambungan jelas kelihatan.

Kecemerlangan pemimpin Malaysia dalam hubungan luar ini telah mengangkat nama

Malaysia.

18. Kesan/Impak sekiranya dasar luar negara tidak mantap/tidak kukuh/goyah/tidak stabil.

Kesan politik sekiranya dasar luar negara tidak mantap ialah hubungan diplomatik

akan terjejas. Hal ini menyebabkan Malaysia gagal mencari jalan penyelesaian dalam isu-

isu yang melibatkan Malaysia dengan negara lain. Misalnya, isu jerebu yang melanda

negara-negara Asia Tenggara tidak dapat diselesaikan tanpa kerjasama antara Indonesia

dengan negara Asia Tenggara yang lain. Selain itu, isu pencerobohan militan Sulu ke atas

Lahad Datu, Sabah berlaku kerana kurangnya kerjasama daripada kerajaan Filipina dalam

menangani masalah tersebut. Oleh yang demikian, isu yang merentas sempadan harus

diselesaikan melalui hubungan diplomatik yang erat.

Selain itu, ekonomi negara akan terjejas sekiranya hubungan luar tidak mantap.

Eksport negara berkurangan kerana negara lain enggan mengimport hasil keluaran

Malaysia. Pelabur asing juga tidak akan melabur di dalam negara kerana hubungan luar

yang tidak mantap. Kesannya, pendapatan negara merosot akibat Keluaran Dalam Negara

Kasar (KDNK) yang menurun. Akibatnya taraf hidup rakyat juga akan merosot dan hasrat

untuk menjadikan Malaysia sebagai negara maju menjelang tahun 2020 akan terbantut.

Dasar luar yang tidak mantap juga akan menjejaskan keselamatan negara.

Jenayah antarabangsa seperti penyeludupan dadah, senjata api, pemerdagangan manusia

telah mengancam keselamatan negara. Sekiranya hubungan luar Malaysia tidak mantap,

maka isu ini akan berlarutan. Selain itu, isu keganasan antarabangsa yang mengancam

dunia sekarang hanya dapat diselesaikan sekiranya semua negara memainkan peranan

masing-masing. Oleh itu, kedaulatan sesebuah negara akan terjamin jika wujudnya

hubungan luar yang erat.

19. Iktibar daripada dasar luar Malaysia.Iktibar yang diperoleh daripada dasar luar Malaysia ialah kita harus mempersiapkan

diri dengan pelbagai ilmu untuk bersaing di peringkat antarabangsa. Kita harus mencontohi

Page 22: Sejarah Modul K3 2016(Edisi Murni)

ketokohan para pemimpin negara yang memberi sumbangan besar dan mewakili negara

dalam pertubuhan antarabangsa.

Dasar luar yang diamalkan oleh Malaysia akan merealisasikan hasrat negara menjadi

sebuah negara maju yang aman dan makmur. Rakyat Malaysia harus mengambil iktibar

daripada kekacauan dan ketidakharmonian di negara lain yang bergolak seperti Syria dan

Afghanistan dengan mengukuhkan perpaduan demi menjamin kestabilan ekonomi dan

politik negara.

Selain itu, kita haruslah bertolak ansur dalam membuat sebarang keputusan yang melibatkan urusan negara dengan negara luar demi menjaga imej negara. Kita haruslah bersikap terbuka dalam menyelesaikan masalah yang melibatkan hubungan dengan negara luar. Seterusnya, kita haruslah menjadi warga global yang sentiasa peka atau prihatin dengan isu semasa dan perkembangan dunia. Tambahan pula,, kita haruslah berani mempertahankan hak dan maruah bangsa dalam persidangan antarabangsa. Kita haruslah memelihara hubungan diplomatik dengan negara luar bagi menjamin kedaulatan negara.Akhir sekali, kita haruslah sedia menerima perubahan bagi memastikan negara tidak ketinggalan dalam arus globalisasi.