sejarah k3

33
CADANGAN KERTAS 3 SPM 2014 Soalan Ramalan Sejarah Kertas 3 SPM 2014 (MODEL 2) Aspek Perincian Marka h Ruj Pengenalan 1 (a) maksud demokrasi berparlimen 5 ms 5 ms 7 (b) Corak pemerintahan negara demokrasi dunia. Isi dan Huraian 2 Ciri-ciri sistem pemerintahan demokrasi berparlimen di Malaysia. 10 ms 8 3 Jentera kerajaan Malaysia dalam melaksanakan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen. 30 ms 20 4 Amalan pilihan raya dalam sistem pemerintahan demokrasi berparlimen di Malaysia. 10 ms 26 5 Kebaikan prinsip pengagihan kuasa antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dalam amalan sistem demokrasi berparlimen di Malaysia. 10 ms 30 6 (a) Cabaran yang dihadapi dalam melaksanakan sistem demokrasi berparlimen di Malaysia. 10 ms 35 (b) Cadangan langkah untuk memantapkan sistem tersebut. 7 Kejayaan pelaksanaan sistem demokrasi berparlimen yang menjadikan Malaysia dihormati di peringkat antarabangsa 10 ms 33 8 Iktibar yang boleh diambil daripada kejayaan Malaysia melaksanakan sistem demokrasi berparlimen. 10 ms 38 Kesimpulan 9 (a) Pengetahuan yang diperolehi daripada tugasan yang anda laksanakan. (b) Nilai yang boleh anda ambil untuk diri anda, negara dan bangsa. (c) Harapan menjadikan bangsa dan negara Malaysia cemerlang dan terbilang. 5 ms 39 KERTAS SOALAN TAMAT

Upload: pching-yong

Post on 09-Apr-2016

88 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

latihan

TRANSCRIPT

Page 1: sejarah k3

CADANGAN KERTAS 3 SPM 2014

Soalan Ramalan Sejarah Kertas 3 SPM 2014

(MODEL 2)

Aspek Perincian Markah RujPengenalan 1 (a) maksud demokrasi berparlimen

5ms 5ms 7(b) Corak pemerintahan negara demokrasi dunia.

Isi dan Huraian

2 Ciri-ciri sistem pemerintahan demokrasi berparlimen di Malaysia.

10 ms 8

3 Jentera kerajaan Malaysia dalam melaksanakan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen.

30 ms 20

4 Amalan pilihan raya dalam sistem pemerintahan demokrasi berparlimen di Malaysia.

10 ms 26

5 Kebaikan prinsip pengagihan kuasa antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dalam amalan sistem demokrasi berparlimen di Malaysia.

10 ms 30

6 (a) Cabaran yang dihadapi dalam melaksanakan sistem demokrasi berparlimen di Malaysia. 10 ms 35

(b) Cadangan langkah untuk memantapkan sistem tersebut.

7 Kejayaan pelaksanaan sistem demokrasi berparlimen yang menjadikan Malaysia dihormati di peringkat antarabangsa

10 ms 33

8 Iktibar yang boleh diambil daripada kejayaan Malaysia melaksanakan sistem demokrasi berparlimen.

10 ms 38

Kesimpulan 9 (a) Pengetahuan yang diperolehi daripada tugasan yang anda laksanakan.

(b) Nilai yang boleh anda ambil untuk diri anda, negara dan bangsa.

(c) Harapan menjadikan bangsa dan negara Malaysia cemerlang dan terbilang.

5 ms 39

KERTAS SOALAN TAMAT

Page 2: sejarah k3

CORAK PEMERINTAHAN NEGARA DEMOKRASI DI DUNIA

Contoh Soalan :Corak pemerintahan negara demokrasi dunia.

[5 markah]

Isi Jawapan :

Negara demokrasi lahir daripada perjuangan berasaskan kedaulatan rakyat. Terdapat dua corak pemerintahan negara demokrasi, iaitu Sistem Raja Berperlembagaan dan Sistem Republik. Sistem Raja Berperlembagaan mengekalkan raja sebagai pemerintah tertinggi peringkat negara dan negeri. Pemerintah dibantu oleh Perdana Menteri. Sistem Republik menolak institusi beraja dan diketuai oleh presiden yang dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya.

[5 markah]

LATAR BELAKANG DEMOKRASI BERPARLIMEN DI MALAYSIA

Contoh Soalan :Latar belakang pelaksanaan sistem demokrasi berparlimen di

Malaysia selepas negara mencapai kemerdekaan.[5 markah]

Isi Jawapan :

Malaysia mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan sejak tahun 1957. Terdapat dua corak pemerintahan demokrasi iaitu sistem Raja Berperlembagaan dan sistem Republik. Sistem Raja Berperlembagaan ialah sistem yang mengekalkan raja sebagai pemerintah tertinggi negara. Pemerintah dibantu oleh Perdana Menteri. Sistem Republik menolak institusi beraja. Kerajaan diketuai oleh presiden.

Malaysia mengamalkan sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan. Rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintahan negara manakala Raja-Raja Melayu menjadi lambang taat

Page 3: sejarah k3

setia rakyat. Rakyat berpeluang membentuk kerajaan. Rakyat bebas memilih perwakilan melalui pilihan raya. Mereka berhak mengekalkan atau menukarkan kerajaan yang sedia ada melalui pilihan raya.

[5 markah]

MAKSUD DEMOKRASI BERPARLIMEN

Contoh Soalan :Maksud demokrasi berparlimen

[5 markah]

Isi Jawapan :

Malaysia mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan sejak tahun 1957. Demokrasi Berparlimen bermaksud rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintahan manakala Raja-Raja Melayu menjadi lambang taat setia rakyat.

Dalam sistem demokrasi berparlimen, rakyat berpeluang membentuk kerajaan. Rakyat bebas memilih perwakilan melalui pilihanraya. Mereka berhak menyokong, mengekalkan atau menukarkan kerajaan melalui pilihan raya.

[5 markah]

CIRI PEMERINTAHAN DEMOKRASI BERPARLIMEN DI MALAYSIA

Contoh Soalan :Ciri-ciri sistem pemerintahan demokrasi berparlimen di Malaysia.

[15 markah]Isi Jawapan :

Ciri sistem pemerintahan demokrasi berparlimen di Malaysia ialah mempunyai perlembagaan. Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi asas kepada pembentukan sesebuah kerajaan. Perlembagaan menjadi panduan kepada kerajaan untuk mentadbir negara. Perlembagaan mengandungi pelbagai peruntukan.

Ciri yang kedua ialah mempunyai institusi Raja Berperlembagaan. Raja Berperlembagaan bermaksud sistem pemerintahan

Page 4: sejarah k3

beraja mengikut peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia. Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua Utama Negara. Baginda bertindak mengikut Perlembagaan Malaysia dan nasihat Perdana Menteri.

Ciri yang ketiga ialah mempunyai Parlimen.Parlimen ialah badan perundangan yang menggubal undang-undang di negara kita. Parlimen terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat.

Ciri yang keempat ialah mengamalkan pilihan raya. Pilihan raya ialah proses memilih wakil rakyat untuk memerintah samada di peringkat negeri atau persekutuan. Pilihan raya diadakan dalam dua bentuk iaitu pilihan raya umum dan pilihan raya kecil. Pilihan raya dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Ciri yang kelima ialah mempunyai badan yang menjalankan pemerintahan. Kuasa pemerintahan dibahagikan kepada badan perundangan, badan pelaksana dan badan kehakiman. Ketiga-tiga badan ini dipegang oleh pihak yang berasingan untuk mengelakkan pembolotan kuasa.

Ciri yang keenam ialah mempunyai parti-parti politik. Ideologi politik dan sikap perkauman menjadi asas pembentukan parti politik di negara kita. Parti-parti ditubuhkan dengan matlamat untuk menyatukan dan menjaga kepentingan kaum masing-masing.

Ciri yang ketujuh ialah mengamalkan kebebasan asasi. Setiap warganegara mempunyai hak asasi dan kebebasan berpersatuan, beragama dan memiliki harta. Warganegara bebas memilih dan menganggotai mana-mana parti politik. .

[15 markah]NILAI-NILAI DEMOKRASI BERPARLIMEN

Contoh Soalan :Nilai-nilai demokrasi yang perlu difahami oleh warganegara

Malaysia.

Page 5: sejarah k3

[15 markah]Isi Jawapan :

Nilai demokrasi yang perlu difahami oleh warganegara Malaysia ialah menjunjung tinggi perlembagaan negara. Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi negara . Perlembagaan menjadi asas pembentukan sesebuah kerajaan. Ketertinggian perlembagaan mengatasi Yang di-Pertuan Agong, Parlimen, Jemaah Menteri dan Mahkamah.

Nilai demokrasi kedua yang perlu difahami oleh warganegara Malaysia ialah taat setia kepada negara. Setiap warganegara dituntut mematuhi perlembagaan dan undang-undang negara untuk menjamin taat setia kepada negara. Perlembagaan Malaysia menyatakan seseorang yang mempunyai kerakyatan negara lain akan dilucutkan kewarganegaraannya. seseorang warganegara boleh dilucutkan kerakyatannya jika terbukti tidak setia kepada negara ini.

Nilai demokrasi ketiga yang perlu difahami oleh warganegara Malaysia ialah jaminan hak asasi dan kebebasan rakyat di negara ini. Setiap warganegara mempunyai kebebasan berpersatuan, beragama dan memiliki harta. Rakyat bebas untuk membentuk kerajaan dengan cara memilih wakil rakyat melalui pilihan raya. Bagaimanapun rakyat perlu mengetahui had kebebasan mereka di sisi undang-undang.

Nilai demokrasi keempat yang perlu difahami oleh warganegara Malaysia ialah menghormati institusi Raja Berperlembagaan. Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua Utama Negara. Baginda merupakan simbol keutuhan dan perpaduan rakyat di negara ini.

Nilai demokrasi kelima yang perlu difahami oleh warganegara Malaysia ialah mematuhi konsep pembahagian kuasa antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Bidang kuasa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri ditetapkan melalui Senarai Persekutuan, Senarai Negeri dan Senarai Bersama. Pembahagian kuasa dibuat agar sistem pentadbiran negara dapat diselaraskan tanpa sebarang perbalahan.

Page 6: sejarah k3

Nilai demokrasi keenam yang perlu difahami oleh warganegara Malaysia ialah mematuhi prinsip pengasingan kuasa antara Badan Perundangan, Badan Pelaksana dan Badan Kehakiman. Ketiga-tiga badan ini dipegang oleh pihak yang berasingan untuk mengelakkan pembolotan kuasa. Ketiga-tiga badan menjalankan tugas berasingan. Satu pihak tidak boleh mengambil tugas yang tidak berkaitan dengannya.

Nilai demokrasi ketujuh yang perlu difahami oleh warganegara Malaysia ialah mengiktiraf hak istimewa serta kedudukan orang Melayu dan bumiputera Sarawak dan Sabah. Hak istimewa tersebut ialah pemberian jawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa, kemudahan pendidikan serta pemberia lesen perniagaan dan perdagangan. Hak keistimewaan tersebut tidak boleh dipersoalkan.

[15 markah]

KEPENTINGAN PERLEMBAGAAN

Contoh Soalan :Kepentingan perlembagaan dalam melaksanakan sistem

demokrasi berparlimen di Malaysia.[15 markah]

Isi Jawapan :

Perlembagaan berperanan menjamin kestabilan negara. Perlembagaan menentukan rangka dan bentuk pentadbiran negara.

Perlembagaan membantu melicinkan pentadbiran dan pemerintahan sesebuah kerajaan. Perlembagaan menjamin kecekapan, kejujuran, keadilan dan ketelusan dalam menjalankan pemerintahan dan pentadbiran.

Perlembagaan menjadi panduan kepada pemimpin negara dalam menjalankan pemerintahan. Perlembagaan dapat menentukan pemerintahan yang dijalankan oleh pemimpin negara menepati kehendak perlembagaan dan aspirasi rakyat.

Page 7: sejarah k3

Perlembagaan menjamin taat setia rakyat kepada negara. Perlembagaan membentuk semangat patriotisme rakyat. Seseorang yang mempunyai kerakyatan negara lain atau tidak setia kepada negara boleh dilucutkan kerakyatannya.

Perlembagaan menjamin hak asasi dan kebebasan rakyat. Setiap warganegara mempunyai hak dan kebebasan untuk persatuan, beragama dan memiliki harta. Walau bagaimanapun, warganegara perlu mengetahui had kebebasan mereka di sisi undang-undang.

Perlembagaan menjadi rujukan dalam menggubal undang-undang persekutuan dan negeri. Perlembagaan Negeri tidak boleh bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia.

Perlembagaan menentukan peranan Yang di-Pertuan Agong. Yang di-Pertuan Agong Agong berperanan memelihara hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera di Sarawak dan Sabah. Contohnya jawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa, kemudahan pendidikan, serta kemudahan pemberian lesen perniagaan dan perdagangan.

Perlembagaan menjamin kerjasama Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri. Bidang kuasa kerajaan ditetapkan melalui Senarai Persekutuan, Senarai Negeri dan Senarai Bersama. Pentadbiran negara dapat diselaraskan tanpa perbalahan.

Perlembagaan menjamin hak istimewa orang Melayu dan bumiputera di Sarawak dan di Sabah tidak dipersoalkan. Ini adalah jaminan yang ditetapkan oleh Perlembagaan Malaysia sebelum Sarawak dan Sabah menyertai persekutuan Malaysia.

[15 markah]TUJUAN DAN KAEDAH PINDAAN PERLEMBAGAAN

Page 8: sejarah k3

Contoh Soalan :Tujuan pindaan perlembagaan dibuat dan kaedah yang

diamalkan dalam membuat pindaan perlembagaan.10 markah]

Isi Jawapan :

Tujuan Pindaan Perlembagaan

  Pindaan perlembagaan dibuat bertujuan untuk melindungi kepentingan rakyat. Pindaan perlembagaan juga bertujuan menjaga keselamatan negara. Pindaan perlembagaan dibuat untuk melicinkan urusan pentadbiran. Selain itu, pindaan perlembagaan dibuat supaya sesuai dengan keperluan semasa.

Pindaan perlembagaan dibuat agar dapat menjadikan perlembagaan sebagai undang-undang yang munasabah. Pindaan perlembagaan dibuat untuk memastikan kandungan perlembagaan dipatuhi oleh dengan rela hati.

Pindaan perlembagaan bertujuan melarang perkara-perkara sensitif dipersoalkan secara terbuka. Pindaan perlembagaan dibuat bertujuan memelihara keharmonian rakyat berbilang kaum. Pindaan perlembagaan juga dibuat untuk memansuhkan imuniti bagi Yang Dipertuan Agong daripada kesalahan jenayah. [5 markah]

Kaedah Pindaan Perlembagaan

  Pindaan Perlembagaan Malaysia dapat dilakukan melalui empat kaedah. Kaedah Pertama ialah melalui persetujuan majoroti lebih suara ⅔ Dewan Parlimen dan persetujuan Majlis Raja-Raja. Perkara yang boleh dipinda melalui kaedah ini ialah tentang tugas dan kuasa Majlis Raja-Raja Melayu, meminda syarat kewarganegaraan, mengenai kedudukan Yang Dipertuan Agong dan Permaisuri Agong, Raja-Raja dan

Page 9: sejarah k3

Yang Dipertuan Negeri, kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera Sarawak dan Sabah dan perubahan sempadan negeri.

  Kaedah Kedua ialah melalui persetujuan majoriti lebih suara ⅔ Dewan Parlimen dan persetujuan Yang Dipertua Negeri Sarawak dan Sabah. Perkara yang boleh dipinda melalui kaedah ini ialah tentang keanggotaan dan bidang kuasa Mahkamah Tinggi di Sarawak dan Sabah, kuasa kerajaan negeri menahan kemasukan orang yang bukan dari Sarawak dan Sabah, kuasa perundangan dan pemerintahan, kuasa negeri, agama, bahasa, dan hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera di Sarawak dan Sabah.

Kaedah Ketiga ialah melalui persetujuan lebih suara ⅔ Dewan Parlimen. Perkara yang boleh dipinda melalui kaedah tersebut ialah perkara yang tiada disebut dalam mana-mana tiga kaedah pindaan.

Kaedah Keempat ialah melalui persetujuan lebih suara Dewan Parlimen. Perkara yang boleh dipinda melalui kaedah ini ialah pindaan Jadual 2, 6 dan 7 Bahagian III tentang kewarganegaraan, pemilihan dan persaraan ahli Dewan Negara dan persempadanan pilihan raya. Selain itu, pindaan Perkara 74 mengenai perkara yang disebut dalam Senarai Persekutuan dan Senarai Bersama. Perkara lain ialah Perkara 76 mengenai perkara dalam Senarai Negeri yang melibatkan pelaksanaan, persetiaan, perjanjian atau konvensyen antara Persekutuan dengan negara lain.

[5 markah]PERANAN INSTITUSI RAJA BERPERLEMBAGAAN

Contoh Soalan :Peranan institusi Raja Berperlembagaan dalam sistem

pemerintahan demokrasi berparlimen di Malaysia.[10 markah]

Isi Jawapan : Peranan institusi Raja Berperlembagaan dalam sistem pemerintahan demokrasi berparlimen di Malaysia ialah Raja-Raja Melayu menjadi lambang taat setia rakyat. Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua Utama

Page 10: sejarah k3

Negara. Baginda mengetuai Badan Perundangan, Badan Pelaksana dan Badan Kehakiman.

Yang di-Pertuan Agong adalah salah satu daripada tiga unsur Parlimen. Baginda mempunyai kuasa untuk memanggil dan membubarkan Parlimen. Baginda juga mempunyai kuasa melantik Ahli Dewan Negara.

Baginda merupakan simbol perpaduan rakyat. Baginda hendaklah bertindak berdasarkan Perlembagaan Malaysia. Baginda bertindak atas nasihat Perdana Menteri. Baginda tidak boleh bertindak sendiri kecuali memerlukan budi bicara baginda

  Yang di-Pertuan Agong adalah ketua Tertinggi dalam Angkatan Tentera. Baginda boleh mengampunkan dan menangguhkan hukuman oleh Mahkamah Tentera.

Yang di-Pertuan Agong menjaga dan memelihara kedudukan dan hak istimewa orang Melayu. Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa menitahkan Majlis Raja-Raja bersidang.

Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua agama Islam bagi negeri baginda sendiri, Pulau Pinang, Melaka, Wilayah Persekutuan, Sarawak dan Sabah. Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa melantik Perdana Menteri. Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa melantik dan memecat Menteri dan Timbalan Menteri atas nasihat Perdana Menteri.

Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa mengisytiharkan undang-undang darurat. Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa melantik Pengerusi dan ahli Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa melantik hakim, Peguam Negara dan Ketua Audit Negara. Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa mentauliahkan duta-duta negara kita.

Page 11: sejarah k3

[10 markah]

BIDANG KUASA YANG DI-PERTUAN AGONG

Contoh Soalan :Kedudukan dan bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong dalam

sistem demokrasi yang berasaskan Raja Berperlembagaan di Malaysia.

[10 markah]Isi Jawapan :

Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua Utama Negara. Baginda mengetuai Badan Perundangan, Badan Pelaksana dan Badan Kehakiman. Yang di-Pertuan Agong adalah salah satu daripada tiga unsur Parlimen. Baginda mempunyai kuasa untuk memanggil dan membubarkan Parlimen. Baginda juga mempunyai kuasa melantik Ahli Dewan Negara.

Baginda merupakan simbol perpaduan rakyat. Baginda hendaklah bertindak berdasarkan Perlembagaan Malaysia. Baginda bertindak atas nasihat Perdana Menteri. Baginda tidak boleh bertindak sendiri kecuali memerlukan budi bicara baginda

  Yang di-Pertuan Agong adalah ketua Tertinggi dalam Angkatan Tentera. Baginda boleh mengampunkan dan menangguhkan hukuman oleh Mahkamah Tentera. Yang di-Pertuan Agong menjaga dan memelihara kedudukan dan hak istimewa orang Melayu. Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa menitahkan Majlis Raja-Raja bersidang.

Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua agama Islam bagi negeri baginda sendiri, Pulau Pinang, Melaka, Wilayah Persekutuan, Sarawak dan Sabah. Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa melantik Perdana Menteri. Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa melantik dan memecat Menteri dan Timbalan Menteri atas nasihat Perdana Menteri.

Page 12: sejarah k3

Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa mengisytiharkan undang-undang darurat jika keselamatan negara terancam.

Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa melantik Pengerusi dan ahli Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) serta melantik Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa melantik hakim, Peguam Negara dan Ketua Audit Negara. Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa mentauliahkan duta-duta negara kita.

[10 markah]

JENTERA KERAJAAN DEMOKRASI BERPARLIMEN

Contoh Soalan :Jentera kerajaan Malaysia dalam melaksanakan sistem

pemerintahan demokrasi berparlimen.[30 markah]

Isi Jawapan :

(a) Yang di-Pertuan Agong

Salah satu jentera kerajaan Malaysia dalam melaksanakan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen ialah Yang di-Pertuan Agong. Yang di-Pertuan Agong dipilih daripada kalangan sembilan orang Raja Melayu secara bergilir-gilir. Yang di-Pertuan Agong mengetuai Badan Perundangan, Badan Pelaksana dan Badan Kehakiman.

Bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong ditetapkan oleh Perlembagaan Malaysia. Baginda mempunyai kuasa memanggil dan membubarkan Parlimen.

Page 13: sejarah k3

Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa budi bicara untuk melantik Perdana Menteri. Baginda juga mempunyai kuasa melantik dan memecat Jemaah Menteri setelah mendapat nasihat Perdana Menteri.

Yang di-Pertuan Agong boleh mengisytiharkan undang-undang darurat jika mendapati keselamatan negara terancam.

Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa melantik Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

Baginda mempunyai kuasa melantik Ketua Hakim Negara, Peguam Negara dan Ketua Audit Negara. Baginda berkuasa mentauliahkan duta-duta negara kita.

(b) Badan Perundangan

Jentera kerajaan yang berikutnya ialah Badan Perundangan atau Parlimen. Parlimen bertanggungjawab menggubal undang-undang di negara kita. Parlimen terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat.

Keahlian Dewan Negara dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. Ahlinya terdiri daripada individu yang cemerlang dalam perkhidmatan awam, bidang profesional atau bidang tertentu yang lain. Tempoh menjadi Ahli Dewan Negara ialah selama tiga tahun. Keahlian Dewan Rakyat dipilih oleh rakyat dalam pilihan raya. Tempoh menjadi ahli Dewan Rakyat ialah selama lima tahun.

(c) Badan Pelaksana

Page 14: sejarah k3

Jentera kerajaan yang seterusnya ialah Badan Pelaksana. Badan Pelaksana merujuk kepada Jemaah Menteri atau Kabinet . Kabinet merupakan pembuat dasar tertinggi negara. Jemaah Menteri juga melaksanakan dasar-dasar kerajaan.

Kabinet diketuai oleh Perdana Menteri. Setiap kementerian diketuai oleh seorang Menteri dan dibantu oleh Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen dan Setiausaha Politik.

Perkhidmatan awam diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara. Beliau bertanggungjawab mengawasi perjalanan kementerian dan jabatan kerajaan. Semua kakitangan awam bertanggungjawab melaksanakan dasar dan tugas yang ditetapkan oleh kerajaan.

Jabatan kerajaan diketuai oleh Ketua Jabatan yang digelar Ketua Pengarah. Sesebuah kementerian mempunyai jabatan di peringkat pusat, negeri dan daerah.

Terdapat juga badan kerajaan yang dikenali sebagai badan berkanun. mempunyai kuasa autonomi tertentu. Badan berkanun mempunyai peruntukan kewangan sendiri. Badan ini ditadbir oleh sebuah Lembaga Pengarah.

Beberapa suruhanjaya ditubuhkan untuk mengendalikan urusan perlantikan, kenaikan pangkat dan pemantauan disiplin kakitangan perkhidmatan awam. Antaranya termasuklah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan, Suruhanjaya Perkhidmatan Undang-Undang, Suruhanjaya Pasukan Polis dan Majlis Angkatan Tentera.

(d) Badan KehakimanJentera kerajaan yang lainnya pula ialah Badan Kehakiman. Badan

Kehakiman mempunyai kuasa menentukan perkara sivil dan jenayah. Badan kehakiman boleh menentukan kesahihan undang-undang yang dibuat oleh badan perundangan dan pihak badan pelaksana. Badan

Page 15: sejarah k3

kehakiman juga berkuasa mentafsir Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri.

Sistem mahkamah diwujudkan untuk melaksanakan tugas kehakiman di Malaysia. Mahkamah mempunyai kuasa mentafsir perlembagaan dan mengisytihar undang-undang bertulis Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri . Mahkamah juga mempunyai kuasa mengisytiharkan sesuatu tindakan kerajaan tidak sah di sisi undang-undang. Mahkamah tidak boleh meminda undang-undang.

Mahkamah terbahagi kepada dua hirarki iaitu Mahkamah Atasan dan Mahkamah Rendah. Mahkamah Atasan terdiri daripada Mahkamah Tinggi Malaya dan Mahkamah Tinggi Sarawak dan Sabah, Mahkamah Rayuan serta Mahkamah Persekutuan. Mahkamah Rendah terdiri daripada Mahkamah Majistret dan Mahkamah Sesyen.

Semua hakim dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat Perdana Menteri. Seorang hakim tidak boleh dipecat sewenang-wenangnya tanpa sebarang sebab yang munasabah. Hakim tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam politik. Penasihat undang-undang ialah Peguam Negara. Peguam Negara menjadi Pendakwa Raya atau Peguam Bela bagi kerajaan.

[30 markah]

PENGASINGAN KUASA PEMERINTAHAN BADAN PERUNDANGAN, BADAN PELAKSANA DAN BADAN KEHAKIMAN

Contoh Soalan :Pembahagian kuasa pemerintahan antara Badan Perundangan,

Badan Pelaksana dan Badan Kehakiman dalam sistem demokrasi berparlimen di Malaysia.

[30 markah]

Isi Jawapan :

Page 16: sejarah k3

Sistem demokrasi berparlimen di Malaysia mengamalkan konsep pengasingan kuasa. Kuasa pemerintahan dibahagikan kepada badan perundangan, badan pelaksana dan badan kehakiman. Ketiga-tiga badan ini dipegang oleh pihak berasingan untuk mengelakkan pembolotan kuasa.

(a) Badan perundangan

Badan perundangan merujuk kepada Parlimen. Parlimen bertanggungjawab menggubal undang-undang. Parlimen terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat.

Dewan Negara adalah dewan tertinggi dalam sistem pemerintahan negara. Ahli Dewan Negara digelar senator. Keahlian Dewan Negara dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. Ahlinya terdiri daripada individu yang cemerlang dalam perkhidmatan awam, bidang profesional atau bidang tertentu yang lain. Tempoh keahlian Dewan Negara ialah selama tiga tahun.

Dewan Rakyat adalah dewan terpenting. Tugas Dewan Rakyat adalah menggubal dan meluluskan undang-undang pada peringkat Dewan Rakyat. Ahli Dewan Rakyat dipilih oleh rakyat dalam pilihan raya. Ahli Dewan Rakyat mewakili semua kawasan pilihan raya di seluruh negara. Tempoh keahlian Dewan Rakyat ialah selama lima tahun.

(b) Badan Pelaksana

Badan pelaksana merujuk kepada Jemaah Menteri atau Kabinet. Kabinet merupakan pembuat dasar tertinggi negara. Tugas Jemaah Menteri juga melaksanakan dasar-dasar kerajaan. Jemaah Menteri diketuai oleh Perdana Menteri.

Setiap kementerian bertanggungjawab menggubal dasar, merancang serta menyelaras program pembangunan ekonomi dan sosial di negara kita. Kementerian diketuai oleh seorang Menteri dan dibantu oleh Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen dan Setiausaha Politik.

Page 17: sejarah k3

Perkhidmatan awam Malaysia diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara (KSU). Ketua Setiausaha Negara bertanggungjawab mengawasi perjalanan kementerian dan jabatan kerajaan. Pentadbiran di peringkat kementerian diketuai Ketua Setiausaha Kementerian. Beliau dibantu oleh pegawai perkhidmatan awam.

Sesebuah kementerian mempunyai jabatan pada peringkat pusat, negeri dan daerah. Jabatan kerajaan diketuai oleh Ketua Jabatan yang dikenali dengan gelaran Ketua Pengarah.

Terdapat juga badan kerajaan yang dikenali sebagai badan berkanun. Badan berkanun mempunyai kuasa autonomi tertentu. Badan berkanun mempunyai peruntukan kewangan sendiri. Badan ini ditadbir oleh sebuah Lembaga Pengarah.

Beberapa suruhanjaya ditubuhkan untuk mengendalikan urusan perlantikan, kenaikan pangkat dan pemantauan disiplin kakitangan perkhidmatan awam. Antaranya termasuklah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan, Suruhanjaya Perkhidmatan Undang-Undang, Suruhanjaya Pasukan Polis dan Majlis Angkatan Tentera.

(c) Badan Kehakiman

Badan Kehakiman mempunyai kuasa mendengar serta menentukan perkara sivil dan jenayah. Badan kehakiman boleh menentukan kesahihan undang-undang yang dibuat oleh badan perundangan dan pihak badan pelaksana. Badan kehakiman juga berkuasa mentafsir Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri.

Selain daripada mentafsir perlembagaan negara, Badan Kehakiman juga mempunyai kuasa mentafsir dan mengisytihar undang-undang bertulis Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Mahkamah mempunyai kuasa mengisytiharkan sesuatu tindakan kerajaan tidak sah di sisi undang-undang. Mahkamah tidak mempunyai kuasa meminda undang-undang.

Page 18: sejarah k3

Mahkamah di Malaysia terbahagi kepada dua hirarki iaitu Mahkamah Atasan dan Mahkamah Rendah. Mahkamah Atasan terdiri daripada Mahkamah Tinggi Malaya dan Mahkamah Tinggi Sarawak dan Sabah, Mahkamah Rayuan serta Mahkamah Persekutuan. Mahkamah Rendah terdiri daripada Mahkamah Majistret dan Mahkamah Sesyen.

Hakim dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat Perdana Menteri. Seorang hakim tidak boleh dipecat sewenang-wenangnya tanpa sebarang sebab yang munasabah. Hakim tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam politik.

Penasihat undang-undang ialah Peguam Negara. Peguam Negara menjadi Pendakwa Raya atau Peguam Bela bagi kerajaan.

[30 markah]

AMALAN PILIHAN RAYA DI MALAYSIA

Contoh Soalan :Amalan pilihan raya dalam sistem pemerintahan demokrasi

berparlimen di Malaysia.[15 markah]

Isi Jawapan :

Pilihan raya merupakan ciri penting sistem demokrasi berparlimen di Malaysia. Setiap warganegara harus melibatkan diri dalam menentukan kerajaan.

Pilihan raya ialah proses memilih wakil rakyat samada di peringkat negeri atau persekutuan. Pemilihan dilakukan secara sulit dengan menggunakan prosedur yang telus dan teratur

Pilihanraya di Malaysia terbahagi kepada dua iaitu pilihanraya umum dan pilihanraya kecil. Pilihanraya umum ialah pilihan raya yang

Page 19: sejarah k3

diadakan untuk memilih ahli Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri secara serentak di seluruh Malaysia.

Pilihanraya kecil diadakan untuk memilih wakil rakyat apabila berlaku kekosongan mana-mana kerusi Parlimen atau DUN akibat kematian, perletakan jawatan dan perlucutan jawatan. Pilihan raya kecil diadakan dalam tempoh 60 hari bagi Semenanjung Malaysia dan 90 hari bagi Sabah dan Sarawak.

Pilihan raya melibatkan tiga pihak iaitu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), calon dan pengundi. Suruhanjaya Pilihan raya(SPR) ditubuhkan untuk menjalankan pilihan raya. Anggota SPR dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. Fungsi utama SPR ialah menentukan sempadan pilihanraya, menjalankan pendaftaran pemilih dan mengendalikan pilihanraya.

Pihak yang kedua ialah calon yang bertanding. Warganegara bebas menjadi calon dan bertanding dalam pilihan raya. Syarat menjadi calon ialah seseorang itu mestilah warganegara Malaysia, berumur 21 tahun, bermastautin di Malaysia, sempurna akal, tidak muflis, tidak memegang jawatan dalam perkhidmatan awam dan tidak disabitkan dengan kesalahan oleh mahkamah. Sebelum proses pengundian dijalankan, calon yang bertanding dibenarkan berkempen. Tempoh berkempen adalah antara tujuh hingga lima belas hari sahaja.

Pihak yang ketiga ialah pengundi. Seseorang pengundi layak mengundi jika namanya didaftarkan dalam Senarai Daftar Pemilih. Seseorang warganegara yang berumur 21 tahun, bermastautin atau tidak bermastautin di Malaysia dan tinggal di mana-mana kawasan pilihan raya boleh mengundi dalam pilihan raya.Pengundi boleh mengundi melalui pos jika individu tersebut adalah anggota pasukan keselamatan, pelajar di luar negara dan pegawai kerajaan yang bertugas di luar negara.

[15 markah]PENGAGIHAN KUASA KERAJAAN PERSEKUTUAN & KERAJAAN NEGERI

Page 20: sejarah k3

Contoh Soalan :Prinsip pengagihan kuasa antara Kerajaan Persekutuan dan

Kerajaan Negeri.[10 markah]

Isi Jawapan :

Persekutuan ialah penyatuan beberapa buah negeri. Persekutuan mempunyai sebuah Kerajaan Persekutuan serta beberapa buah Kerajaan Negeri. Kerajaan-kerajaan tersebut menjalankan tugas mengikut peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia.

Kerajaan Persekutuan ialah kerajaan yang mempunyai kuasa dalam hal pentadbiran negara sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Malaysia. Badan Pelaksana bagi Kerajaan Persekutuan terletak pada Yang di-Pertuan Agong. Jemaah Menteri menjalankan kuasa bagi pihak Yang Dipertuan Agong. Jemaah Menteri diketuai oleh Perdana Menteri.

Kerajaan Negeri ialah kerajaan yang mempunyai kuasa dalam hal pentadbiran negeri mengikut Perlembagaan Negeri. Badan Pelaksana Negeri terletak pada Sultan atau Yang Dipertua Negeri. Majlis Mesyuarat Kerajaan menjalankan pentadbiran bagi pihak Sultan atau Yang Dipertua Negeri. Majlis Mesyuarat Kerajaan / Majlis Tertinggi / Kabinet diketuai oleh Menteri Besar atau Ketua Menteri.

Bidang kuasa Kerajaan Persekutuan mengikut Senarai Persekutuan dalam Perlembagaan Malaysia ialah Hal Ehwal Luar Negeri / Pertahanan, Keselamatan Dalam Negeri, Kerakyatan Negara, Kewangan, Pelajaran dan Kesihatan

Bidang kuasa Kerajaan Negeri mengikut Senarai Negeri dalam Perlembagaan Malaysia ialah Undang-undang Islam, Tanah, Pertanian dan

Page 21: sejarah k3

Perhutanan, Kerajaan Tempatan, Kerajaan Negeri, Cuti-cuti Negeri dan Undang-undang Negeri.

Bidang kuasa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri mengikut Senarai Bersama dalam Perlembagaan Malaysia ialah Kebajikan Sosial, Biasiswa, Taman Negara, Perancangan Bandar dan Wilayah, Penjagaan Haiwan, Kesihatan dan Kebersihan Awam, Parit dan Tali air, Hiburan Awam dan Perhubungan.

Pembahagian kuasa bertujuan memelihara hubungan baik antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri. Sifat ini dapat membentuk kerajaan persekutuan yang stabil dan membantu mengurangkan perbalahan etnik.

[10 markah]

KEBAIKAN PENGAGIHAN KUASA

Contoh Soalan :Kebaikan pengagihan kuasa antara Kerajaan Persekutuan dan

Kerajaan Negeri.[10 markah]

Isi Jawapan :

Pengagihan kuasa antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri ialah dapat menentukan bidang kuasa kedua-dua kerajaan. Bidang kuasa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri telah dinyatakan dalam Senarai Persekutuan, Senarai Negeri dan Senarai Bersama. Pengagihan kuasa dapat menggelakkan pertindihan kuasa. Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dapat memenuhi tanggungjawabnya terhadap rakyat mengikut bidang kuasanya.

Pengagihan kuasa dapat mewujudkan keadaan politik yang lebih stabil. Konsep tersebut memelihara hubungan baik antara kedua-dua kerajaan. Perpaduan antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri menjadi lebih erat.

Page 22: sejarah k3

Pengagihan kuasa telah mewujudkan pentadbiran yang seragam.Pengagihan kuasa berdasarkan Senarai Persekutuan, Senarai Negeri dan Senarai Bersama dapat memastikan pentadbiran menjadi lebih cekap.

Pembahagian kuasa menyebabkan pembangunan yang seimbang antara negeri dalam persekutuan.Program pembangunan berjalan lancar. Perkara itu terjadi kerana wujudnya penyelarasan pentadbiran antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.

Pengagihan kuasa telah mengiktiraf hak autonomi Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri diberi bidang kuasa khusus mengikut Senarai Negeri.

[10 markah]

KEPENTINGAN SISTEM DEMOKRASI BERPARLIMEN

Contoh Soalan :Kepentingan sistem demokrasi berparlimen terhadap

pembinaan negara dan bangsa Malaysia.[10 markah]

Isi Jawapan :

Sistem demokrasi berparlimen memberi peluang kepada rakyat membentuk kerajaan. . Rakyat berpeluang Sistem demokrasi berparlimen memberi peluang kepada rakyat memilih perwakilan mereka melalui pilihan raya. Rakyat mempunyai hak untuk memilih pemimpin yang berwibawa. Rakyat berhak mengekalkan atau menukarkan kerajaan yang sedia ada melalui pilihan raya.

  Sistem demokrasi berparlimen memberi peluang kepada rakyat melibatkan diri dalam pemerintahan negara. Rakyat boleh membuat dasar kerajaan melalui perwakilan yang mereka pilih.

Page 23: sejarah k3

Sistem demokrasi berparlimen di Malaysia mengiktiraf Raja Berperlembagaan. Raja-Raja Melayu menjadi lambang taat setia rakyat.

Sistem demokrasi berparlimen memberi kebebasan bersuara kepada rakyat. Rakyat boleh menyuarakan pandangan melalui perwakilan yang dipilih oleh mereka. Kerajaan boleh menegur kelemahan pentadbiran kerajaan melalui saluran tertentu.

Sistem pemerintahan demokrasi berparlimen membolehkan kerajaan menjalankan pemerintahan dengan cekap. Perlembagaan Malaysia menjadi panduan untuk kerajaan menjalankan pentadbirannya.

Sistem demokrasi berparlimen menjamin undang-undang yang adil dan dapat diterima oleh rakyat. Undang-undang yang bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia adalah tidak sah. Mahkamah berkuasa menentukan kesahihan setiap undang-undang.

Sistem pemerintahan demokrasi dapat mengelakkan pembolotan kuasa dalam menjalankan pemerintahan. Perkara tersebut dapat dielakkan kerana sistem demokrasi di Malaysia mengamalkan prinsip pengasingan kuasa antara Badan Perundangan, Badan Pelaksana dan Badan Kehakiman.

Sistem demokrasi dapat mewujudkan sebuah persekutuan yang kukuh. Konsep pengagihan kuasa melalui Senarai Persekutuan, Senarai Negeri dan Senarai Bersama telah mewujudkan hubungan baik antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri.

Sistem demokrasi memberi ruang untuk rakyat menubuhkan parti-parti politik. Rakyat bebas menganut ideologi politik yang tidak bertentangan dengan dasar kerajaan. Rakyat juga boleh menyertai parti politik untuk memelihara kepentingan kaum mereka.

[10 markah]

Page 24: sejarah k3

KEJAYAAN MELAKSANAKAN SISTEM DEMOKRASI BERPARLIMEN

Contoh Soalan :Kejayaan Malaysia melaksanakan sistem pemerintahan

demokrasi berparlimen yang menjadikan negara kita dihormati.[10 markah]

Isi Jawapan :

Malaysia berjaya mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan. Kejayaan ini menjadikan kita dihormati kerana mengekalkan Raja-Raja Melayu menjadi Ketua Utama Negara.

Malaysia berjaya menjalankan pemerintahan demokrasi berpandukan Perlembagaan Malaysia. Kejayaan ini menyebabkan Malaysia dihormati sebagai sebuah negara berdaulat.

Malaysia berjaya mengelakkan pembolotan kuasa dalam pemerintahan negara melalui amalan pengasingan kuasa antara Badan Perundangan, Badan Pelaksana dan Badan Kehakiman. Kecekapan pemerintahan ini menyebabkan banyak negara luar meniru amalan pemerintahan negara kita.

Malaysia berjaya memperkasakan fungsi Parlimen sebagai institusi penting dalam sistem pemerintahan demokrasi berparlimen. Perbahasan Parlimen dijalankan secara telus, profesional dan berhemah. Masyarakat dunia mengiktiraf Parlimen Malaysia sangat berwibawa.

Malaysia berjaya menjalankan pentadbiran yang cekap melalui Badan Pelaksana. Negara menjadi stabil dan berkembang pesat ekonominya. Malaysia menjadi negara yang makmur dan sejahtera.

Page 25: sejarah k3

Malaysia berjaya meningkatkan kewibawaan Badan Kehakiman yang menguatkuasakan undang-undang negara. Negara luar sangat berpuas hati dengan keputusan mahkamah Malaysia terhadap kes-kes yang melibatkan rakyat mereka.

Malaysia berjaya mengamalkan pilihan raya yang bebas dan bersih. Pertubuhan Bangsa Bersatu yakin bahawa hak asasi dan kebebasan individu hidup subur dalam sistem pilihan raya di negara ini.

Malaysia berjaya membentuk kerajaan yang berwibawa melalui pilihan raya. Pemimpin Malaysia sering diminta memberi pandangan untuk membantu meningkatkan kecemerlangan bidang sosial dan pendidikan di peringkat antarabangsa.

Malaysia berjaya memberi kebebasan kepada rakyat menubuhkan dan menyertai mana-mana pertubuhan. Pertubuhan bukan kerajaan dari negara kita dihormati masyarakat dunia kerana peranannya membantu meringankan krisis kemanusiaan di peringkat antarabangsa.

Malaysia berjaya memupuk perpaduan kaum melalui gabungan parti politik pelbagai kaum. Malaysia dikagumi kerana kehidupan harmoni masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Malaysia berjaya mengamalkan konsep pengagihan kuasa antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Rahsia kejayaan mewujudkan pembangunan seimbang antara Kerajaan Negeri sering menjadi rujukan negara serantau dan antarabangsa.

[10 markah]CABARAN MELAKSANAKAN SISTEM DEMOKRASI

DAN LANGKAH MENGATASI CABARAN

Contoh Soalan :

Cabaran yang dihadapi Malaysia dalam melaksanakan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen dan langkah-langkah untuk mengatasi cabaran tersebut.

Page 26: sejarah k3

[10 markah]Isi Jawapan :

Cabaran

Cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam melaksanakan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen ialah mewujudkan amalan pilihan raya yang lebih bersih. Amalan politik wang semakin menjadi-jadi dalam pilihan raya. Gejala rasuah ini membantutkan usaha memilih pemimpin yang cekap dan berwibawa. 

Cabaran yang kedua ialah penyalahgunaan hak dan kebebabasan bersuara. Masyarakat mengamalkan kebebasan bersuara secara mutlak tanpa mematuhi had-had yang terkandung dalam Perlembagaan Malaysia. Sebagai contohnya mempersoalkan hak dan keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera di Sarawak dan Sabah.

Cabaran yang ketiga ialah sikap tidak menghormati institusi Raja Berperlembagaan sebagai salah satu ciri sistem Demokrasi Berparlimen di Malaysia. Segelintir masyarakat mempersendakan institusi Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu tanpa mempedulikan bahawa baginda mempunyai fungsi dan kedudukan tersendiri dalam sistem pemerintahan negara.

Cabaran yang keempat ialah sindrom menggunakan kekerasan untuk menyelesaikan masalah. Terdapat pihak tertentu yang menggunakan tunjuk perasaan dan demonstrasi jalanan untuk menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan. Gejala ini menggugat kestabilan negara dan mengundang huru-hara.

Cabaran yang kelima ialah sikap tidak menghormati peruntukan Perlembagaan Malaysia. Segelintir masyarakat membangkitkan isu perkauman dan mempersoalkan hak keistimewaan orang Melayu walaupun Perlembagaan Malaysia dengan jelas menyebut perkara tersebut tidak boleh dipersoalkan.

Page 27: sejarah k3

Cabaran yang keenam ialah terdapat usaha pihak yang tidak bertanggungjawab untuk membawa keluar Sabah dan Sarawak daripada Persekutuan Malaysia. Usaha ini boleh menyebabkan keutuhan Persekutuan Malaysia menjadi tergugat.

  Langkah Mengatasi Cabaran

 

Sebagai langkah mengatasi cabaran di atas, kerajaan hendaklah menguatkuasakan Akta Hasutan secara tegas. Gejala mencabul Perlembagaan Malaysia hendaklah dikenakan tindakan yang keras.

Akta baru yang lebih tegas perlu diluluskan oleh Parlimen untuk membendung politik jalanan di Malaysia. Sesiapa yang didapati menganjurkan demonstari atau tunjuk perasaan hendaklah dikenakan tindakan tegas untuk mencegah berlakunya huru-hara dalam negara.

Kerajaan patut meningkatkan semula peranan Jabatan Penerangan ke arah meningkatkan kefahaman masyarakat tentang sistem demokrasi berparlimen. Jabatan Penerangan harus menyebarluaskan maklumat kepada masyarakat dengan cara yang lebih cekap seperti menganjurkan seminar, forum, debat dan lain-lain.

Langkah yang seterusnya ialah memperkasakan lagi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). SPRM diberi kuasa yang lebih luas agar badan ini dapat membanteras gejala politik wang dalam pilihan raya.

Kementerian Pelajaran patut memperkenalkan semula mata pelajaran ketatanegaraan di sekolah. Mata pelajaran tersebut diharapkan dapat meningkatkan kefahaman rakyat tentang konsep demokrasi berparlimen di peringkat awal lagi.

Page 28: sejarah k3

Kementerian Komunikasi dan Multimedia perlu menasihati kerajaan agar menubuhkan Suruhanjaya bebas yang akan memantau penggunaan media sosial baru.Badan ini diberi kuasa untuk mengambil tindakan mahkamah terhadap pengguna media sosial yang tidak berhemah. Dengan itu, gejala menimbulkan perkara-perkara sensitif melalui laman sosial dapat dihindari.

[5 markah]

IKTIBAR DARIPADA KEJAYAAN MENGAMALKAN DEMOKRASI

Contoh Soalan :Iktibar yang boleh diambil daripada kejayaan Malaysia

melaksanakan sistem demokrasi berparlimen.[10 markah]

Isi Jawapan :

  Iktibar yang boleh diambil daripada kejayaan Malaysia melaksanakan sistem pemerintahan demokrasi ialah sanggup mempertahankan perkara baik dalam usaha mengekalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen.

Kita hendaklah bijak dalam melantik pemimpin, agar negara kita mencapai kecemerlangan dalam semua bidang. Jika kita sentiasa peka terhadap perkembangan semasa, sudah tentu sistem pemerintahan negara kita dapat memenuhi kehendak rakyat.

Setiap rakyat perlu memiliki jati diri yang kukuh agar unsur-unsur negatif tidak mempengaruhi pemikiran mereka. Kita hendaklah sentiasa berfikiran positif apabila menegur kerajaan agar sistem pemerintahan menjadi lebih lancar.

Kita hendaklah mengamalkan sikap toleransi kaum supaya negara aman dan harmoni. Sikap mementingkan perpaduan mestilah diutamakan dalam menjaga keharmonian masyarakat pelbagai kaum di negara kita.

Page 29: sejarah k3

Sekira setiap warganegara menghayati prinsip Rukun Negara, kestabilan politik negara akan dapat dikekalkan.

Kita mestilah menghormati hak asasi dan kebebasan individu dalam membuat keputusan penting demi masa depan negara. Kita perlu menghormati amalan demokrasi supaya kesinambungan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen dapat diteruskan. Kita juga dituntut menghargai keamanan supaya keharmonian dan kesejahteraan hidup rakyat berterusan.

[10 markah]

KESIMPULAN

Contoh Soalan :

(a) Pengetahuan yang diperolehi daripada tugasan yang anda laksanakan.

(b) Nilai yang boleh anda ambil untuk diri anda, negara dan bangsa.

(c) Harapan menjadikan bangsa dan negara Malaysia cemerlang dan terbilang.

[5 markah]

Isi Jawapan :  Daripada tugasan yang saya laksanakan, saya dapat mengetahui sejarah perkembangan sistem pemerintahan demokrasi di Malaysia sejak negara mencapai kemerdekaan. Saya dapat mengetahui ciri-ciri penting amalan sistem demokrasi berpalimen di Malaysia.Saya juga dapat mengetahui jentera kerajaan yang berperanan dalam menjalankan kuasa pemerintahan demokrasi di negara kita. Selain itu, saya juga mengetahui bahawa sistem pilihan raya merupakan amalan terpenting dalam pembentukan kerajaan sistem demokrasi berparlimen di Malaysia.

Nilai yang boleh diambil ialah semangat perpaduan merupakan elemen penting dalam negara berbilang kaum. Nilai yang berikutnya ialah hubungan baik antara pemimpin dengan rakyat perlu diteruskan dalam mewujudkan pemerintahan negara yang cemerlang. Sikap berani membuat

Page 30: sejarah k3

perubahan ke arah yang lebih baik, bukan sahaja dapat membawa manfaat kepada diri, tetapi juga mendatangkan kebaikan kepada bangsa dan negara. Nilai yang seterusnya ialah berusaha gigih ke arah mencapai kejayaan

Sebagai kesimpulannya, saya berharap negara kita akan kekal sebagai sebuah negara demokrasi yang dihormati di seluruh dunia. Saya sentiasa berdoa agar masyarakat Malaysia sentiasa hidup bersatu padu. Wawasan menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi pada 2020 adalah impian setiap warganegara Malaysia.

[5 markah]

KERTAS CADANGAN JAWAPAN TAMAT

“ Selamat Menjawab SPM 2014 Moga Berjaya”