nilai murni
TRANSCRIPT
Bahasa Melayu
NILAI MURNI
Baik hatiBerdikariHemah tinggiMenghormatiKasih sayangKeadilanKebebasanKeberanianKebersihan
KejujuranKerajinanKerjasamaKesederhanaanKesyukuranRasionalPatriotismeSemangat bermasyarakat
Sebagai pengawas aku bertugas di
pintu pagar
Nilai murni?
Bertanggungjawab
Dia berjalan semasa lagu Negaraku dinyanyikan.
Nilai murni?
Patriotisme
Sampai di persimpangan jalan,
dia tidak menghiraukan lampu
merah.
Nilai murni?
Patuh
Dia berlari ke dataran kejat tanpa mengunci
basikalnya.
Nilai murni?
Menjaga keselamatan
Kita hidup di negara ini dalam keadan aman dan damai.
Nilai murni?
Bersyukur
Aku bersarapan sebelum ke sekolah.
Nilai murni?
Menjaga kesihatan
Kami mengadakan perbincangan secara
berkumpulan
Nilai murni?
Bekerjasama
Aku meneruskan sesi pembelajaran dan
memberikan sepenuh tumpuan
Nilai murni?
Tekun
Aku bersarapan bersama-sama
dengan keluarga
Nilai murni?
Kasih sayang
Ahmad tidak suka berbohong
Nilai murni?
Jujur
Memberi sedekah kepada orang
miskin
Nilai murni?
Pemurah
Sentiasa mendengar nasihat ibu
Nilai murni?
Patuh
Dia menyesal dengan
perbuatannya
Nilai murni?
Insaf
Memakai pakaian seragam sekolah
yang lengkap
Nilai murni?
Berdisiplin
Mereka tidak menyombong diri
Nilai murni?
Merendah diri
Menutup sius lampu sebelum
keluar kelas
Nilai murni?
Berjimat cermat
Berdiam diri apabila diejek
rakan.
Nilai murni?
Sabar
Ahmad selalu bermain dengan
adiknya
Nilai murni?
Kasih sayang
Dia berazam hendak menjuarai
pertandingan
Nilai murni?
Bertekad
Dia mahu menunaikan
janjinya
Nilai murni?
Amanah
Dia tidak membuang masa
Nilai murni?
Menghargai masa
Menunaikan solat Zuhur.
Nilai murni?
Taat
Tidak pilih kasih
Nilai murni?
Adil
Kasihan melihat orang buta
Nilai murni?
Prihatin
Menjaga adik-adikketika ibu bapa
tiada
Nilai murni?
Bertanggungjawab
Berkongsi makanan dengan
rakan
Nilai murni?
Pemurah
Memulangkan dompet yang
dijumpai
Nilai murni?
Jujur
Berdoa kepada tuhan
Nilai murni?
Tawakal
Makan makanan yang berkhasiat
Nilai murni?
Menjaga kesihatan
Mengucapkan terima kasih
Nilai murni?
Menghargai jasa
Beratur menaiki bas
Nilai murni?
Berdisiplin
Memasang khemah bersama-
sama
Nilai murni?
Bekerjasama
Memberi salam kepada guru
Nilai murni?
Menghormati
Mengibarkan Jalur Gemilang
Nilai murni?
Patriotisme
Menggosok baju sekolah sendiri
Nilai murni?
Berdikari
Makan dengan tertib
Nilai murni?
Bersopan-santun
Menyimpan wang di bank
Nilai murni?
Berjimat cermat
Tidak berputus asa
Nilai murni?
Tabah
Membuang sampah ke dalam
tong sampah
Nilai murni?
Kebersihan
Menyertai ekspedisi mendaki
gunung
Nilai murni?
Berani
Kehilangan orang yang kita sayangi amatlah menyakitkan.
Namun, kehidupan perlu diteruskan. Haslinda yang kehilangan
kedua-dua orang tuanya tenang menerima hakikat tersebut. Hidup
serba kekurangan bersama neneknya tidak mematahkan semangat
Haslinda untuk berjaya. Walaupun hanya menggunakan cahaya
pelita, Haslinda mengulang kaji pelajarannya dengan tekun.
Di sekolah, Haslinda gemar memanfaatkan masanya dengan
membaca buku di perpustakaan. Semua guru menyenangi sikap
Haslinda. Haslinda tidak pernah datang lewat ke sekolah dan amat
bertanggungjawab dengan tugasnya sebagai murid. Kesusahan
Haslinda dan neneknya mendapat perhatian orang lain.
Pihak sekolah dan orang kampung menghulurkan bantuan
bagi meringankan bebanan Haslinda dan neneknya. Haslinda dan
neneknya hanya mampu mengucapkan terima kasih atas bantuan
yang dihulurkan.
tabah
rajin
menghargai masa
berdisiplin
menolong
menghargai jasa
Kita hendaklah tabah seperti Haslinda
yang kehilangan kedua-dua orang tuanya tenang
menerima hakikat. Selain itu, kita haruslah rajin
contohnya Haslinda mengulang kaji pelajarannya
dengan tekun. Di samping itu, kita wajarlah
menghargai masa seperti Haslinda gemar
memanfaatkan masanya dengan membaca buku di
perpustakaan. Seterusnya, kita mestilah berdisiplin
contohnya Haslinda tidak pernah datang lewat ke
sekolah. Akhir sekali, kita perlulah menghargai jasa
dengan mengucapkan terima kasih atas bantuan
yang dihulurkan.
Hanan: Hei, janganlah bertolak-tolakan! Beraturlah dalam barisan masing-
masing.
Semua orang hendak membeli makanan. Tunggulah giliran kamu.
Najwa: Sesiapa yang tidak mahu beratur, akan saya ambil namanya dan
serahkan kepada guru disiplin. Saya tidak peduli walaupun yang
melakukan kesalahan itu ialah adik saya sendiri.
Hanan: Tindakan kamu itu betul, Najwa. Sebagai pengawas, kamu perlu
memastikan bahawa semua murid sentiasa mengikut peraturan. Kita tidak
harus pilih kasih dalam menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan.
Najwa: Cuba kamu lihat di hujung sana. Nasi goreng murid tahun satu itu telah
tertumpah ke lantai kerana ditolak oleh rakannya. Inilah akibatnya jika
mementingkan diri sendiri. Kasihan saya melihatnya.
Hanan: Betul kata kamu. Biarlah saya pergi membantunya. Mungkin wang
belanjanya sudah tiada untuk membeli nasi goreng yang lain. Saya kira lebih
baik saya membelikan nasi goreng yang baru untuk budak itu. Takut-takut,
budak itu kelaparan pula nanti.
Najwa: Jangan lupa menegur murid yang telah menolaknya tadi. Semoga
kesilapan itu tidak berulang lagi.
berdisiplin
patuh adil
prihatin
baik hati
pemurah
8.00 pagi
Setelah mandi dan membasuh pakaian sekolah, aku membantu ibu memasak untuk
dijadikan bekalan dalam perjalanan nanti. Ayah pula memeriksa keadaan tayar agar
semuanya dalam keadaan yang baik.
9.00 pagi
Kami bertolak pulang ke kampung. Ayah memandu dengan berhati-hati. Sepanjang
perjalanan, aku dapat menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan sambil membaca buku
cerita.
12.45 tengah hari
Kami tiba di kampung. Aku bersalaman lalu mencium tangan datuk dan nenek. Pak
Long dan Mak Long turut sama menunggu untuk menyambut kepulangan kami. Ibu
menghulurkan buah tangan kepada mereka. Mereka amat gembira dan mengucapkan
terima kasih.
2.00 petang
Kami mendapat berita yang sahabat baik ayahku sedang sakit. Ayah mengajak kami
untuk menziarahinya. Ketika sampai kami disambut dengan baik. Ramai juga jiran
tetangga yang datang. Mereka bercadang mengutip derma untuk meringankan beban
keluarga sahabat baik ayahku. Mereka juga merancang untuk bergotong-royong
membaiki rumahnya yang semakin uzur.
kebersihan
berdikari menolong
menjaga keselamatan
berwaspada
bersyukur rajin
menghormati
pemurah
menghargai jasa
prihatin
semangat bermasyarakat
bekerjasama