sejarah malaysia tema 3-reaksi negara indonesia & filipina terhadap pembentukan malaysia 1963 dan...

Upload: mohd-firdaus-rosman

Post on 05-Apr-2018

242 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/31/2019 Sejarah Malaysia Tema 3-Reaksi Negara Indonesia & Filipina terhadap pembentukan Malaysia 1963 dan jelaskan

    1/3

    PENDAHULUAN

    Tunku Abdul Rahman dalam satu ucapan beliau di depan Persatuan Wartawan Asing di

    sebuah hotel di Singapura pada 27 Mei 1961, menggagaskan penubuhan negara

    Malaysia yang terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Brunei Sarawak,

    dan Sabah. Antara lain, ia bertujuan untuk menyekat pengaruh komunis, mengimbangi

    jumlah penduduk, meningkatkan kemajuan ekonomi dan mempercepat proses

    kemerdekaan terhadap Singapura, Brunei, Sarawak dan Sabah. Singapura menyambut

    baik idea tersebut manakala Brunei enggan menyertainya. Manakala Sarawak dan

    Sabah yang mulanya menolak cadangan tersebut akhirnya telah bersetuju apabila diberi

    jaminan mengenai pemerintahan sendiri.

    REAKSI TERHADAP PEMBENTUKAN MALAYSIA

    INDONESIA

    a. Berpendapat pembentukan Malaysia sebagai satu bentuk neokolonialisme yang

    mengancam Indonesia

    b. Dasar Konfrontasi diisytiharkan (20 Jan 1963) dengan slogan GANYANG MALAYSIA

    Berakhir apabila Jeneral Soeharto merampas kuasa pada September 1964

    c. Ogos 1966, Konfrontasi Indonesia berakhir

    Indonesia- Pada mulanya, Indonesia mengalu-alukan pembentukan Malaysia. Namun,

    PKI di bawah D.N. Aidit menyifatkan ia merupakan satu penjajahan baru yang

    mengancam Indonesia. Setelah tercetusnya pemberontakan Brunei, Presiden Indonesia,

    Sukarno menerima tekanan hebat dari PKI dan mengubah sikap serta menentang

    gagasan Malaysia. Aidit telah melawat ke Tanah Melayu dan menghasut rakyat dan

    tentera memberontak. Hubungan Tanah Melayu dengan Indonesia menjadi renggang.

    Pada 20 Januari 1963, Dr. Subandrio mengumumkan dasar konfrontasi terhadap

    gagasan Malaysia. Kemudian, Indonesia bersetuju meminta Suruhanjaya PBB bagi

    meninjau semula pandangan penduduk Sabah dan Sarawak mengenai Malaysia.

    Laporan PBB menunjukkan rakyat Sabah dan Sarawak menyokong Malaysia tetapi

    Indonesia enggan mengakui.

  • 7/31/2019 Sejarah Malaysia Tema 3-Reaksi Negara Indonesia & Filipina terhadap pembentukan Malaysia 1963 dan jelaskan

    2/3

    16 September 1963, Malaysia diisytiharkan secara rasminya. Pada hari ini, Indonesia

    melancarkan konfrontasi dan memutuskan hubungan diplomatik dengan Tanah Melayu.

    Sebab Indonesia melancarkan konfrontasi ialah:

    a. Tekanan PKI ke atas Kerajaan Indonesia.

    b. Penubuhan Malaysia menghalang cita-cita Sukarno untuk menubuhkan Indonesia

    Raya yang termasuk Sabah, Sarawak dan Tanah Melayu.

    c. Sukarno merasa tersinggung kerana tidak diajak berunding mengenai penubuhan

    Malaysia.

    Pada bulan November 1963, serangan gerila dilancarkan. Tentera Indonesia mendarat

    di Pontian, Labis, Muar dan Kota Tinggi. Pengintip-pengintip juga dihantar. Akibatnya:

    a. Dato' Dr. Ismail Abdul Rahman telah meminta bantuan dari PBB dan membuat

    bantahan mengenai serangan Indonesia.

    b. Pasukan pertahanan tempatan atau askar wataniah ditubuhkan.

    c. Britain memberi bantuan tentera.

    d. Australia, New Zealand, Canada memberi bantuan senjata.

    e. Rundingan sulit dengan pegawai Indonesia bukan komunis diadakan.

    f. Dato' Abdul Razak melawat ke negara Afro-Asia dan Dunia Ketiga untuk mengikis

    propaganda Indonesia yang memburuk-burukkan nama Malaysia.

    FILIPINA

    a. Presiden Macapagal menuntut Sabah secara rasmi pada Jun 1962

    b. Beranggapan Sabah sebahagian Kesultanan Sulu

    c. 1946, SBUB menyerahkan Sabah kepada British.

    d. Jun 1966, Filipina mengiktiraf penubuhan Malaysia melalui MAPHILINDO

    Filipina - Apabila JPPM dan Suruhanjaya Cobbold menunjukkan sokongan kepada

    penubuhan Malaysia, Filipina telah menuntut hak ke atas Sabah bagi waris Sultan Sulu

    pada 22 Jun 1962. Filipina mendakwa Sabah dipajak dan bukan diserahkan kepada

  • 7/31/2019 Sejarah Malaysia Tema 3-Reaksi Negara Indonesia & Filipina terhadap pembentukan Malaysia 1963 dan jelaskan

    3/3

    Baron Overbeck dan Alfred Dent pada tahun 1874. Pajakan ini telah dibatalkan pada

    tahun 1958. Kerajaan British enggan mengakui kedaulatan Filipina ke atas Sabah.

    Kerajaan Filipina juga mengemukakan tuntutan yang sama kepada Tanah Melayu tetapi

    ditolak. Hubungan diplomatik Filipina-Tanah Melayu menjadi genting. Walau

    bagaimanapun, usaha-usaha dijalankan untuk menyelesaikan persengketaan. Akhirnya,

    Filipina juga mengiktiraf Persekutuan Malaysia pada Jun 1966

    KESIMPULAN

    Sejarah pembentukan Malaysia sebenarnya tidak panjang. Ianya tidak mempunyai

    tahap yang lama dalam mencapai kemerdekaan negara pada tahun 1957.

    Namun begitu pelbagai peristiwa berlaku dalam jangkamasa dua & tiga tahun sebelum

    penubuhan yang menimbulkan reaksi penentangan & konflik antara negeri.

    Peristiwa peristiwa ini membawa banyak implikasi dan pengajaran. Akhirnya, 30 bulan

    selepas hasrat penubuhan malaysia diumumkan dengan serius oleh Tunku Abdul

    Rahman, Malaysia diisytiharkan pada 16 September 1963.