perkembangan islam di kepulauan filipina

32
PENDAHULUAN Orang Islam di Filipina merupakan golongan minoriti di negara sendiri. Sebenarnya, Islam merupakan agama terawal yang singgah di Filipina sebelum Sepanyol datang dan meluaskan kegiatan penyebaran agama Kristian. Hal ini berkaitan dengan keadaan masyarakat Filipina sebelum kedatangan Islam. Mereka mulanya adalah golongan yang menguasai Filipina, namun ia berubah dan masyarakat Islam menjadi minoriti selepas kurun ke-18. Hal ini dikaitkan dengan peranan yang dimainkan oleh bangsa Moro (sebutan untuk umat Islam Filipina) terhadap proses perkembangan Islam di Filipina sehingga sekarang. 2.0 KEMASUKAN ISLAM KE FILIPINA Kemasukan Islam di Asia mempunyai 3 bentuk penyebaran. Pertama, penyebaran Islam melahirkan majoriti penduduk. Kedua, kelompok minoriti Islam. Ketiga, kelompok negera-negara Islam tertindas. Islam di Filipina merupakan salah satu kelompok minoriti di antara negara-negara yang lain. 1 Hal itu pastinya tidak lepas dari sejarah latar belakang Islam di Filipina itu sendiri. Bahkan lebih dari itu, bukan hanya penjajahan saja, akan tetapi konflik dalaman yang masih berlanjutan sampai saat ini. Menurut Hamka, Islam telah datang ke negeri-negeri Melayu melalui para pedagang. 1 Dari statistik demografi pada tahun 1977, Masyarakat Filipina berjumlah 44. 300.000 jiwa. Sedangkan jumlah masyarakat Muslim 2.348.000 jiwa. Dengan peratus 5,3% dengan unsur dominan komuniti Mindanao dan Mogondinao. Dr. Hamid A. 1985. Rabie, Islam Sebagai Kekuatan International , CV. Rosda Bandung. 1

Upload: miss-iera

Post on 10-Jun-2015

5.895 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERKEMBANGAN ISLAM DI KEPULAUAN FILIPINA

PENDAHULUAN

Orang Islam di Filipina merupakan golongan minoriti di negara sendiri. Sebenarnya,

Islam merupakan agama terawal yang singgah di Filipina sebelum Sepanyol datang dan

meluaskan kegiatan penyebaran agama Kristian. Hal ini berkaitan dengan keadaan masyarakat

Filipina sebelum kedatangan Islam. Mereka mulanya adalah golongan yang menguasai Filipina,

namun ia berubah dan masyarakat Islam menjadi minoriti selepas kurun ke-18. Hal ini dikaitkan

dengan peranan yang dimainkan oleh bangsa Moro (sebutan untuk umat Islam Filipina) terhadap

proses perkembangan Islam di Filipina sehingga sekarang.

2.0 KEMASUKAN ISLAM KE FILIPINA

Kemasukan Islam di Asia mempunyai 3 bentuk penyebaran. Pertama, penyebaran Islam

melahirkan majoriti penduduk. Kedua, kelompok minoriti Islam. Ketiga, kelompok negera-

negara Islam tertindas. Islam di Filipina merupakan salah satu kelompok minoriti di antara

negara-negara yang lain.1 Hal itu pastinya tidak lepas dari sejarah latar belakang Islam di Filipina

itu sendiri. Bahkan lebih dari itu, bukan hanya penjajahan saja, akan tetapi konflik dalaman yang

masih berlanjutan sampai saat ini. Menurut Hamka, Islam telah datang ke negeri-negeri Melayu

melalui para pedagang. Golongan ini percaya, bahawa merekalah keturunan Syeikh atau seorang

Waliullah dari Arab. Buktinya, di Filipina sendiri, kegiatan penyebaran Islam dipelopori oleh

golongan Shariff dari Makkah seperti Shariff Kabunguwan, pengislaman di Sulu oleh Sayyid

Abdul Aziz dan juga Abu Bakar, seorang penyair Arab. Daripada kes-kes pengislaman tersebut,

didapati bukan sahaja para penyebar Islam itu kebanyakannya merupakan pendakwah

professional atau keturunan sufi Arab, bahkan mereka berperanan penting dalam pembangunan

sesebuah kerajaan Islam dan penyebaran Mazhab Syafie. Sumber paling tepat untuk dirujuk bagi

mengetahui proses pengislaman di Filipina adalah Salasilah Sulu, yang dilengkapkan oleh

riwayat. Walaupun sumber ini tidak mempunyai tarikh, namun ia dapat peristiwa-peristiwa yang

menghuraikan tentang kedatangan Islam.

2.1 Faktor-faktor kemasukan Islam Ke Filipina

1 Dari statistik demografi pada tahun 1977, Masyarakat Filipina berjumlah 44. 300.000 jiwa. Sedangkan jumlah masyarakat Muslim 2.348.000 jiwa. Dengan peratus 5,3% dengan unsur dominan komuniti Mindanao dan Mogondinao. Dr. Hamid A. 1985. Rabie, Islam Sebagai Kekuatan International, CV. Rosda Bandung.

1

Page 2: PERKEMBANGAN ISLAM DI KEPULAUAN FILIPINA

Kemasukan Islam di Filipina disebabkan oleh keadaan sosio-budaya wilayah tersebut sebelum

kedatangan Islam. Filipina merupakan sebuah negara kepulauan yang terdiri daripada 7107 pulau

dengan pelbagai suku. Ia merupakan gugusan pulau-pulau yang luasnya lebih kurang 115,600

batu persegi. Sungguhpun begitu, lebih kurang 800 buah saja yang didiami orang. Pulau utama

ialah Luzon dan Mindanoa. Filipina merupakan sebuah negara yang mempunyai pelbagai etnik.

Sebelum kedatangan Islam, Filipina adalah sebuah wilayah yang dikuasai oleh kerajaan-kerajaan

kecil. Sebelum kedatangan Islam, masyarakat Filipina menganuti anismisme. Namun, selepas

Islam masuk, mereka dapat menerima ajaran Islam dengan sebaiknya kerana Islam boleh

mengakomodasi dengan tradisi asal mereka. Para ahli sejarah menemukan bukti abad ke-16 dan

abad ke-17 dari sumber-sumber Sepanyol tentang keyakinan agama penduduk Asia Tenggara

termasuk Luzon, yang merupakan sebahagian dari Filipina pada ketika itu, sebelum kedatangan

Islam. Sumber-sumber tersebut memberikan penjelasan bahawa sistem kepercayaan agama yang

sangat dominan ketika Islam datang pada abad ke-14 sarat dengan berbagai upacara pemujaan

untuk orang yang sudah meninggal.2 Hal ini jelas sekali bertentangan dengan ajaran Islam yang

menentang keras penyembahan berhala dan politeisme. Namun, jelas sekali Islam dapat

memperlihatkan kepada mereka bahawa agama ini memiliki cara tersendiri yang menjamin

arwah orang yang meninggal dunia berada dalam keadaan tenang, dan ternyata sekali mereka

dapat menerimanya.

Selain itu, tidak dapat diragukan lagi bahawa skala perdagangan Asia Tenggara mulai

melesat sangat pesat pada penghujung abad ke-14. Hasil dari perdagangan ini, kota-kota

berkembang dengan kecepatan sangat mengalakkan termasuk sepanjang wilayah pesisir

kepulauan Filipina. Para pedagang dari berbagai negeri bertemu dan menyebabkan adanya

pertukaran baik di bidang ilmu pengetahuan maupun agama. Di antara semua agama besar di

dunia, Islam barangkali yang paling serasi dengan dunia perdagangan. Al-Qur’an maupun Al-

Hadits sebagai sumber tertinggi dalam agama Islam banyak memuji kepada pedagang yang dapat

dipercaya. Hal ini mengakibatkan orang yang cenderung bergerak dalam dunia perniagaan pasti

terpikat dengan ajaran Islam. Dari sini, Islam terus memperluas pengaruhnya secara kebudayaan

iaitu melalui perkawinan antara etnik hingga akhirnya melalui sistem politik. Jalur yang terakhir

ini (politik) terjadi ketika Islam telah dipeluk oleh para penguasa khususnya para raja. Melalui

politik pula, seluruh masyarakat dapat diislamkan

2 Rujuk buku Cesar Adib Majul. 1988. Islam di Filipina. Hlm. 106-110.

2

Page 3: PERKEMBANGAN ISLAM DI KEPULAUAN FILIPINA

2.2 Cara Kemasukan Islam di Filipina Melalui Wilayah-wilayah

Kepulauan

2.2.1 Kepulauan Sulu (1450-1915)

Seorang lagi pendakwah dari Palembang bernama Abu Bakar telah mendirikan

kesultanan Sulu dan meninggal dunia pada tahun 1840 M. Akan tetapi, spekulasi mengenai

tarikh sebenar penyebaran Islam di Sulu sentiasa menjadi tanda tanya. Di percayai juga bahawa

Islam datang ke Kepulauan Sulu sejak abad kesembilan lagi melalui perdagangan, tapi ia tidak

menjadi faktor yang penting dalam sejarah Sulu sampai abad ketiga belas ketika orang yang

menyebarkan Islam (da’i) mulai pertama kali tinggal di Buansa (Jolo) dan kemudian ke daerah-

daerah lain Kepulauan Sulu. Kedatangan Islam menurut Cesar Majul (1974: 5) membawa:

“hukum baru, standar etik yang luhur, dan pandangan hidup baru.” Kerana itu Islam menjadi

dasar utama bagi menjamin pembangunan Kesultanan Sulu sekitar tahun 1450. Islam menjadi

sumber hukum dan institusi mereka yang memberikan orde dan bentuk masyarakat mereka.3

Dengan Islam ia sudah boleh membezakan masyarakat mereka daripada masyarakat pribumi

yang lain yang mendiami pulau-pulau di sekitarnya. Ia mengarahkan kesultanan Sulu ke suatu

perkembangan yang terpisah dari Visayas dan Luzon contohnya. Ini menjadi lebih nampak

ketika Sepanyol datang kemudian melakukan kolonialisasi di daerah Luzon, masyarakat di Sulu

tidak terjejas. Institusi Kesultanan Sulu berakhir tahun 1915, bererti 500 tahun. Sejumlah sarjana

percaya kesultanan sebagai suatu sistem yang terakhir.4 Untuk membincangkan teori kedatangan

Islam di Sulu, sumber yang terpenting ialah Salasilah Sulu atau Tarsilah Sulu. Kehadiran Tuan

Masya’ika merupakan tanda pertama kewujudan Islam di Kepulauan Sulu.5 Ia membuktikan

kewujudan masyarakat Islam di Sulu dan kemungkinan petempatan ini didiami oleh pedagang-

pedagang asing, yang sesetengah daripada mereka mengahwini anggota pemerintah dan malahan 3 Ibid. Hlm. 73.4 Sila rujuk buku Saiful Muzani. 1993. Pembangunan dan Kebangkitan Islam di Asia Tenggara. Jakarta: Penerbit PT Pustaka LP3ES. Hlm. 197.5 Mengikut Salasilah Sulu, pada zaman Tuan Masya’ika belum terdapat penduduk yang beragama Islam. Kedatangan Tuan Masya’ika ini bukanlah sebagai pelopor kepada penyebaran agama Islam di Sulu kerana tokoh ulama yang bertanggungjawab dalam proses dakwah Islam di Sulu ialah Karim al-Makhdum atau Tuan Syarif Aulia yang tiba pada tahun 1380M.? Beliau telah membina masjid di Buansa kerana mendapati sudah terdapat orang Islam di kawasan itu. Kewujudan orang Islam di Buansa dikatakan berasal dari keturunan Tuan Masya’ika yang berkahwin dengan anak Raja Sipad. Kedatangan Karim al-Makhdum ini telah mengukuhkan kedudukan Islam di Kawasan Kepulauan Sulu. Wan Abdul Rahman Latif et al. 2001. Sejarah Perkembangan Tamadun Dunia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm.143.

3

Page 4: PERKEMBANGAN ISLAM DI KEPULAUAN FILIPINA

telah memainkan peranan politik yang penting. Merekalah yang membawa unsur-unsur Islam

pada awalnya dan mempunyai keluarga Islam. Penduduk Filipina pula tidak pula menentang

mereka dan mengakui pertuanan mereka.6 Pada sekitar abad ke-14, terdapat bukti penting seperti

penemuan batu nesam Tuan Maqbalu (Muqbalu atau Miqbalu), yang bertarikh 710

Hijrah/1310M, di Bukit atau Bud Datu, Jolo. Walaupun tiada pengenalan yang jelas tentang

dirinya, tetapi kemungkinan besar beliau merupakan tuan pemerintah atau ketua di Sulu. Tarikh

1310 menjadi titik tolak kepada Sulu kerana ia menjadi panduan dalam menentukan tarikh

sebenar pertapakan Islam di Sulu.

Peristiwa penting seterusnya ialah dalam perkembangan Islam di Sulu ialah kedatangan

Sayid Abu Bakar iaitu seorang tokoh keturunan Arab yang datang dari Palembang melalui

Brunei pada 1450M untuk menyebarkan ajaran Islam.7 Pada mulanya, beliau telah mengislamkan

penduduk Melayu di kawasan persisir, diikuti oleh orang bukit (Buranun), sehingga meredakan

permusuhan di kalangan mereka. Beliau menyebarkan ajaran Abu Ishak al-Syirazi iaitu

pengarang kitab Darul Mazlum.8 Penyebaran ajaran ini dibuktikan dengan gelaran Syeikh, Sayid,

Makhdum dan Faqir yang biasa digunakan oleh ulama tasawuf.9 Walaupun Sayid Abu Bakar

telah memainkan peranan sebagai penyebar Islam di Sulu, beliau bukanlah yang mula–mula

memperkenalkan Islam di sini tetapi hanya memperkukuhkan kedudukan Islam di Sulu. Sayid

Abu Bakar telah berkahwin dengan Paramisuli iaitu anak kepada Raja Baguinda. Selepas

kemangkatan Raja Baguinda,10 Sayid Abu Bakar telah diangkat menjadi Sultan Sulu dengan

gelaran Sultan Syarif al-Hasyim.11 Strategi pertama beliau dalam mengukuhkan kuasa politiknya

adalah dengan mengasaskan kesultanan Sulu yang memakai gelaran Sultan Syarif al-Hasyim dan

memilih Buansa sebagai ibu kotanya. Sultan Syarif al-Hasyim (1450-1480) telah meletakkan

6 Ibid. Hlm. 90.7 Rujuk buku Abdul Rahman Abdullah. Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara : Sebelum dan Sesudah Pengaruh Islam. Hlm. 300. Lihat juga Al-Habib Alwi Thahir Al-Haddad. 1987. Sejarah Masuknya Islam di Timur Jauh. Jakarta: Penerbit Lentera. Hlm. 76.8 Kitab ini mengandungi ajaran tauhid bercampur tasawuf yang membahaskan tentang tiga perkara iaitu Zat Allah, Sifat Allah dan Af’al Allah. Lihat Mahayudin Haji Yahya. 1990. Islam di Alam Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 115. Lihat juga Abdul Rahman Abdullah. 1990. Pemikiran Umat Islam di Nusantara : Sejarah dan Perkembangannya Hingga Abad ke-19. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 99.9 Ibid, Hlm. 171.10 Sultan Baguinda berasal dari Minangkabau, Sumatera dan beliau dikatakan orang pertama yang membuka kerajaan Islam di Sulu. Menurut Salasilah Sulu, Raja Baguinda tiba sepuluh tahun selepas ketibaan Karim al- Makhdum setelah baginda singgah di Zamboanga dan Basilan. Sewaktu, Baginda tiba juga, sudah ada orang dan pemimpin yang berjumpa dengan Baginda setelah baginda sampai di Sulu, adalah dipercayai cucu-cucu kepada Tuan Masha’ika dan keadaan ini membuktikan juga ketibaan Raja Baguinda adalah berlaku kira-kira lima puluh tahun selepas kedatangan Tuan Masha’ika. Ibid., Hlm. 78-79.11 Ibid. Sejarah Perkembangan Tamadun Dunia. Hlm.144.

4

Page 5: PERKEMBANGAN ISLAM DI KEPULAUAN FILIPINA

asas pembangunan agama dengan mendirikan masjid yang bernama Unwanul Islam.12

Pemerintahan kesultanan Sulu ini kemudaiannya diteruskan oleh sultan-sultan Sulu yang lain

yang mana mereka ini mempunyai kekuatan dan kelemahan yang tersendiri. Untuk menentukan

tahap-tahap waktu proses pengislaman di Sulu adalah sukar dilakukan. Hal ini demikian kerana,

dalam Salasilah Sulu tiada tarikh walaupun adanya peristiwa-peristiwa yang diceritakan. Tarikh-

tarikh yang diberikan dalam riwayat-riwayat pada permulaan abad ini merupakan amdaian-

andaian kasar dan tidak langsung dijadikan pegangan. Huraian-huraian sezaman mengenai

kedatangan Islam seolah-olah tiada. Namun, terdapat bukti arkeologi seperti penemuan batu

nesam yang dijaga dengan baik dan beberapa tahun kemudian, ia telah pecah.13

Sekitar tahun 1876, Sepanyol telah menyerang Jolo sehingga ibu kota Sulu berpindah pula

ke Maimbung. Jolo terus diduduki oleh Sepanyol hingga tahun 1899 apabila Amerika pula

mengambilalih kekuasaannya. Dengan penyerahan kuasa Sultan Jamalul Kiram II kepada

Amerika pada tahun 1915, maka tamatlah Kesultanan Sulu secara rasmi.

2.2.2 Mindanao (1515-1900)

Dari segi istilahnya, nama Pulau Mindanao merupakan perubahan bentuk daripada nama

“Maguindanao” yang bermaksud kebanjiran daripada air (Lembah Pulangi), hingga kelihatan

seperti tasik.14 Sejarah masuknya Islam masuk ke wilayah Filipina Selatan, khususnya kepulauan

Sulu dan Mindanao pada tahun 1380 M berlaku apabila seorang tabib dan ulama Arab bernama

Karimul Makhdum dan Raja Baguinda tercatat sebagai orang pertama yang menyebarkan ajaran

12 Al-Habib Alwi Thahir Al-Haddad, Sejarah Masuknya Islam di Timur Jauh, hlm. 78. Lihat juga Abdul Rahman Abdullah, Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara : Sebelum dan Sesudah Pengaruh Islam. Hlm. 300.13 Batu nesam ini mempunyai tulisan Arab, dan mengikut riwayat, di sekitar batu nesam inilah ramai daripada Sultan Sulu telah dimahkotakan. Ia merujuk juga kepada Bud Dato, yang bermaksud bukit pemerintah.14 Maka itu secara khususnya ia bermakna masyarakat Islam yang tinggal di Lembah Pulangi dan sekitarnya. Walaupun di sini dipilih nama Mindanao, tetapi dalam sejarah Islam di Filipina nampaknya nama Maguindanao lebih banyak diterima pakai. Sebenarnya, di Lembah Pulangi, terdapat dua kesultanan daripada keturunan Kabungsuwan. Pertama, yang terdiri daripada keturunan Iranun yang menguasai Selatan Lembah Pulangi dan kedua adalah Kesultanan Buayan yang mendakwa keturunan Kabungsuwan di belah ibu, yang menguasai bahagian utara Lembah Pulangi.

5

Page 6: PERKEMBANGAN ISLAM DI KEPULAUAN FILIPINA

Islam di kepulauan tersebut iaitu pada akhir kurun ke-14 M.15 Menurut catatan sejarah, Raja

Baguinda adalah seorang pangeran dari Minangkabau (Sumatra Barat). Beliau tiba di kepulauan

Sulu sepuluh tahun setelah berhasil mendakwahkan Islam di kepulauan Zamboanga dan Basilan.

Atas hasil kerja kerasnya juga, akhirnya Kabungsuwan Manguindanao, raja terkenal dari

Manguindanao memeluk Islam.16 Dari sinilah awal peradaban Islam di wilayah Mindanao ini

mulai dirintis. Pada masa itu, sudah dikenal sistem pemerintahan dan peraturan hukum yaitu

Manguindanao Code of Law atau Luwaran yang didasarkan atas Minhaj dan Fathu-i-Qareeb,

Taqreebu-i-Intifa dan Mir-atu-Thullab. Manguindanao kemudian menjadi seorang Datuk yang

berkuasa di Wilayah Davao di bahagian tenggara pulau Mindanao. Setelah itu, Islam disebarkan

ke pulau Lanao dan bahagian utara Zamboanga serta daerah pantai lainnya. Sepanjang garis

pantai kepulauan Filipina semuanya berada dibawah kekuasaan pemimpin-pemimpin Islam yang

bergelar Datuk atau Raja. Menurut ahli sejarah, kota Manila (ibu kota Filipina sekarang) berasal

dari kata Amanullah (negeri Allah yang aman).17 Ini dibuktikan lagi dengan kenyataan catatan

Kapten Thomas Forrest semasa beliau singgah di Mindanoa dan Sulu pada tahun 1775M, agama

Islam telah berkembang di sana sejak 300 tahun yang lalu dan dari sini boleh dianggarkan

bahawa Syarif telah tiba di tempat itu dalam tahun 1475 M. Di samping itu, mengikut catatan

orang-orang Sepanyol yang datang ke kepulauan ini, Mindanoa dan Sulu dalam tahun 1512 M,

telah mendapati ramai orang-orang yang telah memeluk agama Islam di beberapa daerah di

kepulauan itu, tetapi masih banyak lagi penduduk di bahagian utara kepulauan itu yang belum

lagi beragama. Orang-orang Islam di daerah-daerah ini telah lama mengadakan hubungan dengan

saudagar-saudagar Islam di Tanah Jawa, Tanah Melayu, China dan India.

Merujuk kepada peranan yang dimainkan oleh Syarif Muhammad Kabungsuwan, proses

pengislaman di kawasan-kawasan ini telah dijalankan melalui ikatan-ikatan politik dan beberapa

perkahwinan oleh Kabungsuwan selepas beliau berjaya mengukuhkan diri sebagai pemerintah

suatu pertempatan tertentu yang sekarang ini mungkin dipanggil Malabang. Kedatangan

15Dari sinilah awal peradaban Islam di wilayah ini mulai dirintis. Pengislaman Pulau Minguindanoa melalui pemerintahnya iaitu seorang ulama Arab bernama Syarif Muhammad Kabongsuan anak bongsu seorang bangsawan. Beliau telah menetap di sebuah bandar yang pada masa itu bernama Magindano atau Mindanao. Beliau terus mengembangkan ajaran Islam di situ dan sambutan daripada penduduk Islam sangat mengalakkan. Beliau telah mendirikan kerajaan Islam di pulau ini dan diberikan nama Cotabatu (Kota Batu) sebagai ibu negeri.16 Shariff Kabungsuwan merupakan seorang yang berketurunan Sayid Hadramaut dan berasal dari Tanah Arab dan bermazhab Shafie. Ibid., Islam di Filipina. Hlm. 93-94 dan buku Abdul Rahman Abdullah. 2000. Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara: Sebelum dan Sesudah Pengaruh Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors. Hlm. 226-227.17 Ibid. Islam di Filipina. Hlm. 107.

6

Page 7: PERKEMBANGAN ISLAM DI KEPULAUAN FILIPINA

Kabungsuwan dari Johor sekitar 1515 iaitu pada abad ke-16 telah membentuk kerajaan Muslim

di Mindanao.18 Menurut sejarawan lagi, sebelum Kabungsuwan juga, telah ada orang-orang

Islam telah tiba dan menyebarkan Islam di Mindanao Cuma tidak disebutkan dalam tarsila19

Maguindanoa. Namun ia tidak disebutkan kerana kedatangan mereka adalah bertujuan untuk

mengukuhkan politik masing-masing seperti Syarif Awliya serta Syarif Hasan dan Syarif Maraja

Bersaudara.20 Mereka ini adalah berketurunan Arab dan bertanggungjawab membuka

pertempatan pertama di kawasan Lembah Pulangi. Peringkat inilah tergolongnya Syarif Awliya

dan Syarif Maraja. Selepas itu, iaitu dalam suku pertama abad ke-16, barula Kabungsawan

muncul dan melakukan proses Islamisasi. Pengislaman di Mindanao bermula agak lewat

daripada yang berlaku di Sulu. Tetap, pengislaman Sulu yang memberi bantuan kepada orang-

orang Maranao dan pengislaman orang Sarangani dalam bahagian pertama pada suku abad ke-

17. Pada masa ini, keluarga-keluarga pemerintah Mindanoa mengalakkan hubungan

perkahwinan antara keluarga diraja Sulu dan Tarnate.21

2.2.2 Manila/Luzon

Di Manila22 sendiri, telah berdiri sebuah kerajaan Islam. Tetapi malangnya perkembangan

Islam di sana mendapat tentangan yang kuat dari Sepanyol yang juga bermotif sama iaitu bagi

mengembangkan ajaran Kristian. Kemunculan kerajaan Muslim di Manila tidak dapat dipastikan.

Ada yang berpendapat ia muncul sejak awal abd ke-14 lagi, iaitu dengan penemuan batu nisan

kepunyaan Ahmad Timhar yang bertarikh 710 H/1310M. Beliau ialah seorang raja yang menjadi

nenek moyang kepada Raja Sulaiman bin Mahmud, iaitu raja Filipina ke-14 daripada salasilah

keturunan ini. Apabila kesultanan Manila di bawah Sultan Sulaiman jatuh ke tangan Sepanyol

18 Kabungsuwan adalah anak kepada Syariff Ali Zainul Abidin, seorang Arab dari Mekah yang berhijrah ke Johor dan berkahwin dengan dengan puteri tempatan bernama Jusul Asiqin. Ibid., Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara: Sebelum dan Sesudah Pengaruh Islam. Hlm. 303.19 Ibid. Hlm. 92.20 Syarif Aulia tiba pada abad ke-15 iaitu pada tahun 1460. Ada pendapat yang memdakwa bahawa Syarif inilah juga Karim al-Makhdum yang tiba di Sulu pada tahun 1380 dulu. Semasa di Maguindanao, beliau telah berkahwin dengan seorang puteri tempatan, hingga mendapat anak perempuan yang diberi nama Paramisuli, tetapi meninggalkan negeri tersebut. kemudian dating dua orang bersaudara dari Johor yang dipercayai adik-beradik kepada Syarif Aulia, iaitu Syarif Hasan dan Syarif Maraja. Syarif Maraja yang mengasaskan golongan datu dan menjadi pemimpin pertama Maguindanao.21 Ibid. Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara: Sebelum dan Sesudah Pengaruh Islam. Hlm. 100-101.22 Tentang nama Manila itu sendiri, ia dikatakan berasal daripada perkataan Arab ‘fiamanillah’ yang membawa maksud dalam lindungan Allah. Tapi ada yang mengatakan ia berasal dari bahasa Tagalog ‘may-nilad’, iaitu satu kawasan yang penuh dengan pokok kecil.

7

Page 8: PERKEMBANGAN ISLAM DI KEPULAUAN FILIPINA

dalam tahun 1571 M, orang-orang Sepanyol telah mengembangkan agama Kristian secara

paksaan, dan ini menyebabkan ramai penduduk tempatan memeluk agama itu kecuali di

bahagian Selatan Filipina kerana mereka tetap berpegang teguh dengan agama Islam sampailah

sekarang.23 Di pihak lain, orang-orang Filipina yang beragama Kristian berkiblatkan Manila

sebagai titik pusat mereka dan mengarah ke Barat, Sepanyol dan kemudian Amerika sebagai ibu

Negara dengan Roma (Vatikan) sebagai rumah suci mereka. Sebenarnya, pengislaman di Manila

bermula ekoran hubungan peribadi antara pemerintah Pulau Luzon (Manila) dengan pemerintah

Brunei pada masa itu.24 Asal-usul Manila lebih berkaitan dengan dasar ekspansi Brunei. Selain

itu, kebanyakan pemerintah di Manila adalah berketurunan daripada Brunei.25 Semasa usaha

cuba mendapatkan kembali Manila daripada Sepanyol, Brunei telah menghantar bantuan

ketenteraan, namun gagal. Buktinya dalam Pakatan Tondo 1588, terdapat ketua daripada kerabat-

kerabat Brunei, dan mereka telah cuba menghubungi Sultan Brunei untuk mendapatkan

pertolongan dalam usaha untuk mengusir Sepanyol seperti yang dirancangkan.26

Sebenarnya, walaupun adanya kesultanan Brunei yang beragama Islam, menjalinkan

hubungan dengan Manila, namun tidaklah semestinya menunjukkan yang sebahagian besar

daripada penduduk yang menghuni di kedua-kedua tebing Sungai Pasig itu terdiri daripada orang

Islam. Proses pengislaman bermula apabila adanya beberapa orang penduduk yang mula

memberikan perhatian kepada kebiasaan orang Islam seperti bersunat dan tidak makan babi.

Selain itu, sesetengah penduduk Manila pergi ke Borneo, terdedah kepada ajaran al-Quran, tetapi

yang lain-lainnya seperti mengikuti ajaran lama mereka. Orang Borneo juga mendirikan

pertempatan di sekitar sungai Pasig kerana mereka memerlukan satu kwasan yang strategic untuk

mengawal barangan dagangan yang keluar masuk dari dan ke kawasan di sekitar Tasik Laguna.

Keadaan ini menyebabkan mayarakat Manila terdedah dengan orang-orang Brunei dan turut

mengikuti amalan-amalan Islam, dalam pelbagai peringkat, dan boleh dilihat dalam kalangan

orang Borneo.27 Walau selepas Manila ditawan dan kemarakan Islam telah dipadamkan di sana,

23 Mohd Jamil bin Mukmin. 1992. Sejarah Perkembangan Islam. Kuala Lumpur: Nurin Enterpise. Hlm. 313.24 Kenyataan oleh Antonio Pagafetta: “…Adalah dipercayai bahawa Sultan Brunei pada masa itu, yang bergelar Sripada, adalah datuk kepada putera raja Luzon ini, dan bahawa putera raja ini yang baharu tiba dari suatu tempat ekspedisi penghukuman terpaksa mengahwini sepupunya.” Selanjutnya, dipercayai bahawa putera raja itu adalah Raja Matanda dari Manila ketika ketibaan orang Sepanyol ke sana pada tahun 1570. Ibid. Islam di Filipina. Hlm. 105.25 Ibid., Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara: Sebelum dan Sesudah Pengaruh Islam. Hlm. 305.26 Ibid. Islam di Filipina. Hlm. 106.27 Suatu laporan Sepanyol pada tahun 1573 berkata:”di pulau Luzon ini terdapat tiga pertempatan Moro, yang tidak mengetahui hokum Mahoma dalam bentuk keseluruhan. Mereka tidak makan babi, dan mengabdi kepada

8

Page 9: PERKEMBANGAN ISLAM DI KEPULAUAN FILIPINA

masih terdapat tanda-tanda mengenai adanya penempatan yang sama di Mindoro yang dikuasai

oleh pemimpin Islam. Bukti lain adalah adanya usaha mubaligh oleh pengembang agama Borneo

di bahagian Luzon yang lain khususnya di Balayan.28

3.0 KEADAAN ISLAM SEMASA PENJAJAHAN

3.1 Masa Kolonial Sepanyol

Kedatangan orang-orang Spanyol ke Filipina pada tahun 1521 M, selain untuk menjajah juga

bertujuan untuk menyebarkan agama Kristian. Dengan kekerasan, pemujukan atau menundukkan

secara halus dengan hadiah-hadiah, orang-orang Sepanyol dapat memperluas kedaulatannya

hampir ke seluruh wilayah Filipina. Namun, ketika Sepanyol menakluk wilayah utara Filipina

dengan mudah dan tanpa perlawanan bererti, tidak demikian halnya dengan wilayah selatan.

Tentera kolonial Sepanyol harus bertempur mati-matian melawan kesultanan Islam di wilayah

selatan Filipina, yakni Sulu, Manguindanau dan Buayan.29 Rentetan peperangan yang panjang

antara Islam dan Sepanyol hasilnya tidak nampak kecuali bertambahnya ketegangan antara orang

Kristian dan orang Islam Filipina.30

Sejak masuknya orang-orang Sepanyol ke Filipina, pada 16 Mac 1521 M, penduduk

pribumi telah mencium adanya maksud lain dibalik “ekspedisi ilmiah” Ferdinand de Magellans.

Ketika kolonial Sepanyol menaklukan wilayah utara dengan mudah dan tanpa perlawanan

bererti, tidak demikian halnya dengan wilayah selatan. Mereka justeru menemukan penduduk

wilayah selatan melakukan perlawanan sangat gigih, berani dan pantang menyerah. Tentera

kolonial Sepanyol harus bertempur mati-matian kilometer demi kilometer untuk mencapai

Mindanao-Sulu (kesultanan Sulu ditakluk pada tahun 1876 M). Menghabiskan lebih dari 375

tahun masa kolonialisme dengan perang berkelanjutan melawan kaum Muslimin. walaupun

demikian, kaum Muslimin tidak pernah dapat ditundukan.

Mahoma.” 28 Dibuktikan oleh rahib mubaligh, kerana sekitar 1580 beliau terpaksa mengajar di sana dalam usaha menentang kecenderungan Islam di sana. Hal ini kerana, orang-orang Borneo telah mengajarkan Islam di sana dan bahawa orang-orang yang diislam telah menunjukkan minat mendalam terhadap ajaran Islam sehingga ada yang menunaikan haji di Mekah.29 Ibid. Islam di Filipina. Hlm. 92.30 Tim Penyusun. 2006. Pengantar Studi Islam, Surabaya, IAIN Sunan Ampel Press, Cet. IV. Hlm. 307-308.

9

Page 10: PERKEMBANGAN ISLAM DI KEPULAUAN FILIPINA

Selama masa kolonial, Sepanyol menerapkan politik devide and rule (pecah belah dan

kuasai) serta mision-sacre (misi suci Kristenisasi) terhadap orang-orang Islam. Bahkan orang-

orang Islam di-stigmatisasi (julukan terhadap hal-hal yang buruk) sebagai "Moor" (Moro).31

Ertinya orang yang buta huruf, jahat, tidak bertuhan dan huramentados (tukang bunuh). Sejak

saat itu julukan Moro melekat pada orang-orang Islam yang mendiami kawasan Filipina Selatan

tersebut.32 Tahun 1578 M terjadi perang besar yang melibatkan orang Filipina sendiri.33 Bangsa

Sepanyol memberikan layanan yang buruk terhadap orang-orang muslim di Semenanjung Iberia.

Mereka menyerang kerajaan Muslim Sulu, Manguindanau dan Manilad dengan fanatisme dan

keganasan yang sama seperti mereka memperlakukan penduduk muslim mereka sendiri di

Sepanyol.34 Menghadapi latar belakang seperti ini, orang-orang muslim Filipina (bangsa Moro)

harus berjuang bagi kelangsungan hidupnya sampai saat ini, lebih dari empat abad. Sepanyol

tidak pernah dapat menaklukkan kesultanan Islam Sulu walaupun dalam keadaan perang terus

menerus, dan harus mengakui keberadaannya yang merdeka.35 Agama Islam juga dilihat sebagai

sumber kekuatan dalam usaha masyarakat Filipina menentang ancaman Sepanyol. Masyarakat

Sulu di bahagian Selatan Filipina telah menjadikan Islam sebagai tunjang penting dalam usaha

mereka menentang Sepanyol. Sepanyol yang menjalankan dasar penyebaran dakyah Kristian

secara aktif menerima tentangan hebat daripada Kesultanan Sulu sejak abad ke-16 lagi dan

sepanjang tempoh itu, kesultanan Sulu sering sahaja menjadikan Islam sebagai sumber kekuatan

dan penyatuan rakyatnya. ‘Perang Moro’ yang berlangsung sepanjang abad ke-16 hingga abad

ke-20 membuktikan hakikat ini. Contohnya pada tahun 1578, apabila tentera Sepanyol cuba

mengusir orang Moro dari kawasan mereka di Bandar Jolo di Pulau Sulu tapi gagal bertahan

kerana penduduk semakin benci kepada mereka.36 Jalan buntu menimpa kedua-dua belah pihak

31 Politik Mindanoa dikuasai oleh Kesultanan Sulu yang dimonopoli oleh orang Islam Moro. Orang Islam Moro merupakan satu unit politik yang tinggal berasingan dengan orang Filipina tempatan. Mereka mempunyai petempatan sendiri dan merupakan penentang kepada kepada kemasukan Sepanyol kerana faktor penyebaran agama Kristian. Ibid. Islam di Filipina. Hlm. 113.32 Rujuk buku Jason F. Isaacson dan Colin Rubenstein. 2002. Islam in Asia: Changing Political Realities. London: Transaction Publishers and American Jewish Committee. Hlm. 190-191.33 Perang Moro iaitu perang antara orang Islam dengan tentera Sepanyol Kristian. Berlaku lebih kurang empat lima kali pertempuran antara kedua-dua belah pihak. Ibid. Islam di Filipina. Hlm. 153 dan buku Abdul Rahman Abdullah. 2000. Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara: Sebelum dan Sesudah Pengaruh Islam. Hlm. 302-303.34Bahkan Raja Philip memerintahkan Kepala Staf Angkatan Lautnya sebagai berikut: “Taklukkan pulau-pulau itu dan gantikan agama penduduknya (ke agama Katolik)”.35 Minoritas Muslim. Hlm. 19536 Sepanyol telah menubuhkan gereja dan kota raya yang lengkap dengan segala senjata di Mindanoa sebagai satu sekatan bagi menghalang serangan orang Islam Moro tetapi dengan pantasnya telah diruntuhkan oleh Moro,. Buku oleh Josinder Singh Jessy. 1985. History of South-East Asia (1824-1965. Kedah: Penerbitan Darulaman. Hlm. 29-30.

10

Page 11: PERKEMBANGAN ISLAM DI KEPULAUAN FILIPINA

kerana tiada persefahaman dicapai.37 Malahan di kalangan pejuang Moro telah timbul satu

amalan yang disebut sebagai Juramentado iaitu kesanggupan mengorbankan nyawa sewaktu

berperang dengan Sepanyol.38 Dari sinilah kemudian timbul kebencian dan rasa curiga orang-

orang Kristian Filipina terhadap Bangsa Moro yang Islam hingga sekarang. Sejarah mencatat,

orang Islam pertama yang masuk Kristian akibat politik yang dijalankan kolonial Sepanyol ini

adalah isteri Raja Humabon dari pulau Cebu.

Di Manila pula, kewujudan Islam ada disebut oleh Pigafetta. Keluarga yang memerintah

Manila adalah berketurunan Brunei dan berasal dari Borneo. Buktinya, seorang rahib pada tahun

1630 ialah: “pemimpin teragung negara itu pada waktu itu seorang raja tua, Raja Soliman, dan

Lacandola. Kedua orang ini, oleh kerana mereka telah menyembah agama Mahoma, mereka

telah memakai nama Mahomaten, di samping adat resam mereka.”39 Rajah Sulayman, tokoh

Islam berketurunan Tausug (keturunan bangsa Moro di selatan Filipina) terus berjuang

mengembalikan kedaulatan kerajaan Manila sehingga mati dibunuh penjajah pada 1571. Lapu-

Lapu yang juga beragama Islam berketurunan Tausug adalah Raja Mactan, sebuah wilayah di

Pulau Cebu dan beliau dikenang kerana berjaya membunuh lagenda pelayar, penakluk dan

penyebar Kristian Sepanyol berbangsa Portugis, Ferdinand Magellan pada 27 April 1521. Lapu-

Lapu atau juga dikenali Kalifah Pulaka masyhur sebagai tokoh nasionalis dan rakyat Filipina

yang pertama menentang kolonial Sepanyol. Sebagai mengenang jasanya, rakyat Cebuano

menggantikan nama kota Opon di Cebu kepada Kota Lapu-Lapu, selain mendirikan patung

tokoh itu. Semasa Sepanyol memerintah jiga, Brunei telah kehilangan kuasa politik dan

perdagangan di Nusantara, dan semakin ramai orang Manila terpengaruh dengan ajaran

Kristian.40

Semasa Filipina berada di bawah Sepanyol, pelbagai usaha untuk menghapuskan pengaruh

dan orang-orang Islam telah dilakukan. Contoh, selepas kekalahan Brunei kepada Sepanyol pada

1578, Sepanyol telah mengarahkan Kapten Esteban Rodriguez de Figueroa untuk pergi ke Sulu

menuntut ufti daripada pemimpinnya dan kemudian meneruskan perjalanan ke Mindanao utnuk

memaksa pemimpin-pemimpinnya.41 Antara kekerasan yang digunakan oleh Sepanyol seperti

37 D. G. E. Hall. 1981. Sejarah Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 306-307.38 Abdul Rahman Abdullah. 2000. Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara: Sebelum dan Sesudah Pengaruh Islam. Hlm. 299.39 Ibid. Islam di Filipina. Hlm. 105.40 Ibid. Hlm. 106.41 Ibid. Hlm. 120-122.

11

Page 12: PERKEMBANGAN ISLAM DI KEPULAUAN FILIPINA

membakar masjid-masjid, mengarahkan pemimpin Islam supaya tidak lagi menerima pelajar-

pelajar untuk mendalami Islam, pemusnahan Al-Qurab dan manuskrip Arab serta pemusnahan

makan-makan sultan dan mubaligh Islam. Dalam usaha menguasai Pulau Mindanao juga,

Sepanyol telah membina kota Zamboanga pada tahun 1635 dan ia telah membawa kekalahan

kepada Maguindanao. Kesultanan Maguindanao telah berakhir semasa pemerintahan Sultan

Mangigin (1899-1900), dengan ketibaan tentera Amerika pada tahun 1899 di Filipina.42

3.2 Masa Imperialisme Amerika Syarikat

Sekalipun Sepanyol gagal menundukkan Mindanao dan Sulu, Sepanyol tetap menganggap kedua

wilayah itu merupakan sebahagian dari kawasan takluknya. Secara tidak sah dan tidak bermoral,

Sepanyol kemudian menjual Filipina kepada Amerika Syarikat sebanyak US$ 20 juta pada tahun

1898 M melalui Perjanjian Paris. Pada tahun 1896, Presiden Mc. Kinley dari AS memutuskan

untuk menduduki Filipina untuk “mengkristiankan dan membudayakan” rakyat sebagaimana ia

katakan. Amerika datang ke Mindanao dengan menampilkan diri sebagai seorang sahabat yang

baik dan dapat dipercaya. Hal ini dibuktikan dengan ditandatanganinya Perikatan Bates (20

Agustus 1898 M) yang menjanjikan kebebasan beragama, kebebasan mengungkapkan pendapat,

kebebasan mendapatkan pendidikan bagi Bangsa Moro. Amerika berhasil menduduki jajahan

Sepanyol ini pada tahun 1899, namun mendapatkan tentangan dari negara muslim Sulu.

Perikatan tersebut ternyata hanya taktik mengambil hati orang-orang Islam agar tidak

memberontak, karena pada saat yang sama Amerika sedang menghadapi masalah dengan

pemberontakan kaum revolusioner Filipina Utara pimpinan Emilio Aguinaldo. Terbukti setelah

kaum revolusioner kalah pada 1902 M, kebijakan AS di Mindanao dan Sulu bergeser kepada

sikap campur tangan langsung dan penjajahan terbuka. Setahun kemudian (1903 M) Mindanao

dan Sulu disatukan menjadi wilayah Moroland dengan alasan untuk memberadabkan (civilizing)

rakyat Mindanao dan Sulu. Periode berikutnya tercatat pertempuran antara kedua belah pihak.

Kesultanan Sulu jatuh ke tangan Amerika pada tahun 1914. Pada tahun 1915, Raja (Sultan)

Muslim dipaksa turun tahta, tetapi diakui sebagai ketua komuniti muslim. Hanya pada April

1940 Amerika menghapuskan Kesultanan Sulu dan menggabungkan bangsa Moro ke dalam

Filipina.43

42 Ibid., Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara: Sebelum dan Sesudah Pengaruh Islam. Hlm. 304-305.43 Minoritas Muslim. Hlm. 195.

12

Page 13: PERKEMBANGAN ISLAM DI KEPULAUAN FILIPINA

Patut dicatat bahawa selama periode 1898-1902, AS ternyata telah menggunakan waktu

tersebut untuk membebaskan tanah serta hutan di wilayah Moro untuk keperluan ekspansi para

kapitalis. Bahkan periode 1903-1913 dihabiskan AS untuk memerangi berbagai kelompok

perlawanan Bangsa Moro. Namun Amerika memandang peperangan tidak cukup efektif

meredam perlawanan Bangsa Moro. Amerika akhirnya menerapkan strategi penjajahan melalui

kebijakan pendidikan dan pemujukan. Kebijakan ini kemudian disempurnakan oleh orang-orang

Amerika sebagai ciri khas penjajahan mereka. Sebagai hasilnya, politik dan kesatuan di antara

masyarakat Muslim mulai goyah dan budaya mulai diserang oleh norma-norma Barat. Pada

dasarnya kebijakan ini lebih disebabkan keinginan Amerika memasukkan kaum Muslimin ke

dalam arus utama masyarakat Filipina di Utara dan mengasimilasi kaum Muslim ke dalam tradisi

dan kebiasaan orang-orang Kristian. Seiring dengan berkurangnya kekuasaan politik para Sultan

dan berpindahnya kekuasaan secara bertahap ke Manila, pendekatan ini sedikit demi sedikit

mengancam tradisi kemandirian yang selama ini dipelihara oleh masyarakat Muslim.

3.3 Masa Peralihan

Masa pra-kemerdekaan ditandai dengan masa peralihan kekuasaan dari penjajah Amerika ke

pemerintah Kristian Filipina di Utara. Untuk menggabungkan ekonomi Moroland ke dalam

sistem kapitalis, dilaksanakan hukum-hukum tanah warisan jajahan AS yang sangat kapitalistis

seperti Land Registration Act No. 496 (November 1902) yang menyatakan keharusan

pendaftaran tanah dalam bentuk tertulis, ditandatangani dan di bawah sumpah. Kemudian

Philippine Commission Act No. 718 (4 April 1903) yang menyatakan hibah tanah dari para

Sultan, Datu, atau kepala Suku bukan Kristian sebagai tidak sah, jika dilakukan tanpa ada

selewengan atau izin dari pemerintah. Namun, ketentuan tentang hukum tanah ini merupakan

legalisasi penyitaan tanah-tanah kaum Muslimin (tanah adat dan ulayat) oleh pemerintah

kolonial AS dan pemerintah Filipina di Utara yang menguntungkan para kapitalis. Kepemilikan

tanah yang begitu mudah dan mendapat legalisasi dari pemerintah tersebut mendorong migrasi

dan pemukiman besar-besaran orang-orang Utara ke Mindanao.44 Banyak pemukim yang datang,

seperti di Kidapawan, Manguindanao, mengakui bahawa motif utama kedatangan mereka ke

44 Bahkan seorang senator Manuel L. Quezon pada 1936-1944 gigih melaksanakan program pemukiman besar- besaran orang-orang Utara dengan tujuan untuk menghancurkan keragaman (homogenity) dan keunggulan jumlah Bangsa Moro di Mindanao serta berusaha mengintegrasikan mereka ke dalam masyarakat Filipina secara umum. Ibid. Hlm. 196.

13

Page 14: PERKEMBANGAN ISLAM DI KEPULAUAN FILIPINA

Mindanao adalah untuk mendapatkan tanah. Untuk menarik banyak pemukim dari utara ke

Mindanao, pemerintah membangun koloni-koloni yang disubsidi lengkap dengan seluruh alat

bantu yang diperlukan. Konsep penjajahan melalui koloni ini diteruskan oleh pemerintah Filipina

begitu AS dari negeri tersebut. Sehingga perlahan tapi pasti orang-orang Moro menjadi minoriti

di tanah kelahiran mereka sendiri.45

3.4 Masa Pasca Kemerdekaan

Sekitar abad ke-18, hanya Mindanao yang mampu mengekalkan komuniti Islamnya. Itupun,

mendapat pelbagai tentangan dan cabaran oleh penjajah dan juga pemerintah Filipina sendiri.

Jika kita imbas kembali, pada 1898, satu perjanjian ditandatangani Amerika dan Sepanyol,

membawa kepada persetujuan Sepanyol untuk menyerahkan tanah jajahannya, Filipina kepada

pihak Amerika. Apa yang pelik, walaupun pihak Sepanyol tidak berjaya menguasai kepulauan di

selatan (Mindanao), kawasan tersebut turut ‘dipindah milik’ kepada Amerika. Apabila tentera

Amerika tiba di Filipina, antara tugas utama mereka ialah untuk menamatkan persengketaan

yang telah lama berlaku di Selatan Filipina dengan cara rundingan. Perkara ini dipersetujui oleh

sultan-sultan Moro dan pada 1899, perjanjian ‘Kiram-Bates’ ditandatangani dengan persetujuan

pihak Amerika bahawa mereka tidak akan campur tangan dalam urusan dalam Kesultanan Moro.

Namun pada Mac 1904, Presiden Roosevelt tanpa meminta pandangan pihak Moro telah

membatalkan perjanjian ini. Penentangan Moro berlaku semula dan berlarutan selama 47 tahun.

Selepas perang Dunia Kedua pada 1946, pihak Amerika telah bersetuju untuk memberikan

kemerdekaan kepada Filipina.

Kemerdekaan yang didapatkan Filipina pada 4 Julai 1946 dari Amerika Syarikat ternyata

tidak memiliki erti khusus bagi Bangsa Moro. Hal ini disebabkan kerana, penjajah pertama

(Amerika Syarikat) dari Filipina ternyata memunculkan penjajah lainnya (pemerintah Filipina).

Namun patut dicatat, pada masa ini perjuangan Bangsa Moro memasuki babak baru dengan

dibentuknya perlawanan yang lebih terorganisasi dan maju, seperti MIM (Mindanao

Independece Movement), MNLF, MILF, MNLF-Reformis, BMIF.46 Namun pada masa yang

sama juga, merupakan masa terpecahnya kekuatan Bangsa Moro yang melemahkan perjuangan

mereka secara keseluruhan. Tekanan semakin terasa hebat dan berat ketika Ferdinand Marcos

45 Ibid. Tim Penyusun. Hlm. 308.46 Ibid., Islam in Asia: Changing Political Realities. Hlm. 191-193.

14

Page 15: PERKEMBANGAN ISLAM DI KEPULAUAN FILIPINA

berkuasa (1965-1986). Dibandingkan dengan masa pemerintahan semua presiden Filipina dari

Jose Rizal sampai Fidel Ramos maka masa pemerintahan Ferdinand Marcos merupakan masa

pemerintahan paling represif bagi Bangsa Moro. 47 Pembentukan Muslim Independent Movement

(MIM) pada 1968 dan Moro Liberation Front (MLF) pada 1971 tidak boleh dilepaskan dari

sikap politik Marcos. Perkembangan berikutnya, MLF sebagai induk perjuangan Bangsa Moro

akhirnya terpecah. Bangsa Moro perpecah kepada dua kelompok. Pertama, Moro National

Liberation Front (MNLF) pimpinan Nur Misuari yang berideologikan nasionalis-sekuler.48

Kedua, Moro Islamic Liberation Front (MILF) pimpinan Hashim Salamat, seorang ulama

pejuang, yang murni berideologikan Islam dan bercita-cita mendirikan negara Islam di Filipina

Selatan.49 Namun dalam perjalanannya, ternyata MNLF pimpinan Nur Misuari mengalami

perpecahan kembali menjadi kelompok MNLF-Reformis pimpinan Dimas Pundato (1981) dan

kelompok Abu Sayyaf pimpinan Abdurrazak Janjalani (1993).50 Tentu saja perpecahan ini

memperlemah perjuangan Bangsa Moro secara keseluruhan dan memperkuat posisi pemerintah

Filipina dalam menghadapi Bangsa Moro. Kesannya, ketidaksefahaman ini mewujudkan

perpecahan di kalangan bangsa Moro. Pada 1996, hasil rundingan damai dipersetujui antara

Filipina dan MNLF yang mana wujud Kawasan Autonomi Muslim Mindanao atau ARRM

dipimpin Nur Misuari yang dilantik menjadi Gabenor.51 penubuhan MNLF berjaya menyatukan

bangsa Moro melalui pimpinan Nur Misuari. Namun, penyatuan ini hanya seketika ekoran

perselisihan fahaman dan haluan para pemimpin kanan.

Ditandatanganinya perjanjian perdamaian antara Nur Misuari (ketua MNLF) dengan

Fidel Ramos (Presiden Filipina) pada 30 Agustus 1996 di Istana Merdeka Jakarta lebih 47 Pada awal kemerdekaan, pemerintah Filipina disibukkan dengan pemberontakan kaum \ komunis Hukbalahab dan Hukbong Bayan Laban Sa Hapon. Sehingga tekanan terhadap perlawanan Bangsa Moro dikurangi. Gerombolan komunis Hukbalahab ini awalnya merupakan gerakan rakyat anti penjajahan Jepun. Setelah Jepun menyerah, mereka mengarahkan perlawanannya ke pemerintah Filipina. Pemberontakan ini boleh diatasi di masa Ramon Magsaysay, menteri pertahanan pada masa pemerintahan Eipidio Qurino (1948-1953).48 Ibid.,. Islam in Asia: Changing Political Realities. Hlm. 191.49 Ibid., Filipina. Hlm. 30750 Kelahiran Kumpulan Abu Sayyaf pada 1989 bermula daripada sekumpulan kecil Militan Islam berpecah daripada MILF dan menbentuk satu kumpulan baru yang dikenali sebagai Mujahideen Commando Freedom Fighters (MCFF). Ibid., Hlm. 201.51 Namun, pentadbiran Nur Misuari tidak kekal lama. Misuari akhirnya ditahan atas tuduh melancarkan pemberontakan serangan ke atas Manila ketika dia tidak dibenarkan bertanding dalam pilihanraya Gabenor Wilayah pada November 2001. Kesempatan ini diambil Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) untuk mengetuai pasukan rundingan damai dengan Filipina di mana Malaysia memainkan peranan sebagai pihak ketiga. Walaupun Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro MNLF dan Barisan Pembebasan Islam Moro MILF berpecah, namun matlamat mereka sama, bezanya adalah strategi. Walaupun bangsa Moro dijajah dan berperang mempertahankan tanah air, mereka tetap tidak mengalah kerana perjuangan ini adalah perjuangan nenek moyang mereka. Ibid. Islam in Asia: Changing Political Realities. Hlm. 194.

15

Page 16: PERKEMBANGAN ISLAM DI KEPULAUAN FILIPINA

menunjukkan ketidaksepakatan Bangsa Moro dalam menyelesaikan konflik yang telah

memasuki 2 kurun itu.52 Di satu pihak mereka menghendaki diselesaikannya konflik dengan cara

diplomatik (diwakili oleh MNLF), sementara pihak lainnya menghendaki perjuangan

bersenjata/jihad (diwakili oleh MILF).53 Semua pihak memandang caranyalah yang paling tepat

dan efektif. Namun Ramos telah memilih salah satu di antara mereka walaupun dengan penuh

risiko.54

4.0 PENGARUH KEDATANGAN ISLAM

Islam telah membawa peradaban yang tinggi ke Filipina terutama di Filipina selatan. Islam telah

membawa perubahan ke kawasan Filipina Selatan iaitu dengan mewujudkan kerajaan yang agak

besar dengan sistem yang biasa terdapat dalam kerajaan Islam abad ke-14 dan 15. Ia memberi

sistem politik, ekonomi, sosial, perhubungan luar dan keagamaan yang lebih baik berdasarkan

kepada agama Islam. Selain itu, wujud juga kemajuan ilmu pengetahuan dengan terdapatnya

sistem pendidikan Islam seperti institusi pendidikan/surau, masjid, kitab-kitab dan adanya para

ulama.

Dengan tertubuhnya sebuah kerajaan Islam, sistem politik juga turut mengalami

perubahan. Contohnya, Kesultanan Sulu mempunyai institusi politik yang boleh dikatakan paling

berpusat dan paling kuat dipengaruhi oleh institusi-insitusi politik negara-negara Islam yang

lebih tua. Pada abad 16 sesetengah ciri sruktur formal kerajaan Sulu dapat dijejaki sehingga ke

Brunei berbanding dengan struktur kerajaan Mindanao dan Buayan yang pengaruh-pengaruh

pentingnya hanya dapat dijejaki sehingga ke Ternate sahaja.55 Dalam Salasilah Sulu ada

dinyatakan proses pengislaman Sulu sudah berjalan dengan baik sungguhpun kesultanan itu

52 Ibid, Islam di Filipina. Hlm. 31053 Ibid. Islam in Asia: Changing Political Realities. Hlm. 194.54Dan jadilah bangsa Moro seperti saat ini, minoriti di negeri sendiri. Malah, dunia juga turut mengakui kehidupan bangsa Moro tersisih sejak dahulu lagi. Tekanan demi tekanan dialami bangsa Moro apabila laporan media Barat mengaitkan MILF dengan pertubuhan rangkaian pengganas. Apabila menyentuh pandangan mengenai perjuangan kumpulan Abu Sayaf, nyata pendekatan mereka terlalu radikal. Dalam setiap rundingan bagi sesebuah negara berkonflik, terdapat beberapa tahap yang perlu dilalui bagi mencapai persefahaman. Rundingan keamanan antara kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) bertemu di Kuala Lumpur bagi mencari penyelesaian terhadap konflik di Mindanao. Panel keamanan Manila diketuai Rodolfo Garcia, dan ketua perunding MILF diketuai Mohagder Iqbal. Kedua-dua pihak berusaha mencari jalan ke arah memuktamadkan memorandum persefahaman mengenai tuntutan wilayah. Paling penting isu yang merujuk kepada tuntutan MILF terhadap wilayah untuk menjadikan tanah air kaum Muslim. Apa yang penting, prinsip keadilan menjadi perkara utama dalam perjuangan hak asasi manusia. Kebangkitan rakyat Moro menentang adalah kesinambungan daripada perjuangan yang berabad lamanya. Selepas lebih 30 tahun berjuang di wilayah ini, keadaan tidak banyak berubah dari segi politik.55 Cesar Adib Majul, Islam di Filipina, hlm. 464.

16

Page 17: PERKEMBANGAN ISLAM DI KEPULAUAN FILIPINA

masih belum wujud lagi. Pemimpin yang diiktiraf di kawasan sekitar Buansa pada ketika terdiri

daripada Datu, Tuan, syaikh dan orang kaya. Datu merupakan gelaran yang paling tinggi dalam

struktur politik. Tuan merupakan gelaran yang kedua terpenting selepas datu. Syaikh pula

merupakan tokoh-tokoh agama dan orang kaya pula gelaran untuk rakyat biasa tetapi kaya tetapi

ada kalanya digelar mantri disebabkan mereka memegang jawatan politik yang tertinggi untuk

membeza mereka daripada ahli-ahli kelas pemerintah yang mempunyai jawatan yang sama.56

Penubuhan Kesultanan Buansa pada pertengahan abad ke 15 adalah untuk menempatlkan

institusi politik Islam tetapi tidak menghapuskan unsur-unsur struktur politik yang lama.

Berdasarkan ini gelaran Mahasari Maulana Al Sultan yang dianugerahkan kepada sultan pertama

iaitu Sharif al-Hasyim dipakai oleh sultan-sultan yang menggantinya. Gelaran ini bermaksud

sultan adalah pemimpin agama. Sementara itu, gelaran yang berunsurkan Hindu dikalangan

pemerintah-pemerintah tidak bermakna bahawa penduduk Sulu pada waktu itu iaitu sebelum

kedatangan Islam beragama hindu tetapi hanya peminjaman gelaran sahaja. Raja adalah gelaran

yang digunakan oleh kerabat di raja tetapi tidak semestinya pemerintah.57 Menurut, Cesar Adib

Majul kedua-dua sultan ini mempunyai sistem insitusi politik yang sama. Dalam sistem politik,

Sultan mempunyai kedudukan yang paling tinggi iaitu berperanan sebagai ketua angkatan

perang. Sultan juga berperanan sebagai ketua agama dan bergelar “bayangan Allah di muka

bumi” (Zil-lullah-ard) serta simbol perpaduan dan keutuhan negeri.58

Dalam aspek perdagangan ia melibatkan sultan dan datu-datu. Mereka ini menanam

modal yang agak besar dengan pedagang-pedagang Cina. Sulu mengimport sebahagian besar

barangan dari Mindanao dan kepulauan sekitarnya. Antara barangan lain yang diimport ialah

barangan kelengkapan perang seperti meriam dan ubat bedil yang diperolehi dari British dan

Belanda. Menjelang akhir kurun ke-18, Sulu juga menjalankan perdagangan dengan Bugis

khususnya dengan masyarakat Tausug. Menurut Warren, terdapat lebih kurang 14 hingga 15

kapal singgah di pelabuhan Sulu setiap tahun.59 Hubungan perdagangan dengan China telah

56 Ibid, hlm. 465.57 Ini merupakan prinsip asas dalam kehidupan politik dan tidak pernah dipertikaikan oleh sesiapa. Suatu sifat Sultan yang tidak pernah dicabar ialah hak-haknya dalam keagamaan. Sultan melantik Qadi, Imam, Bilal dan Khatib untuk masjid agung. Qadi Besar sentiasa dirujuk mengenai soal perundangan semua hukum yang penting untuk menentukan hukum-hukum itu tidak dilaksanakan bertentangan dengan mana-mana rukun asas Islam. Dalam pemerintahan Sultan Azim ud-Din I dan Harun ar-Rashid, orang Arab pernah memegang jawatan ini. Pada umumnya, para ulama lebih cenderung menyokong dan memperkuatkan kedudukan Sultan yang dianggap sebagai pelindung syari’ah.58 Ibid, hlm. 468. Lihat juga Carmen A. Abubakar, Unsur Islam dalam Budaya Politik Masyarakat Tausug Filipina, hlm. 205.59 James Francis Warren. The Sulu Zone 1768-1898. Singapore; Singapore University Press. 1981. Hlm. 11.

17

Page 18: PERKEMBANGAN ISLAM DI KEPULAUAN FILIPINA

bermula sejak zaman purba tetapi mengikut laporan Dalrymple, pertama kali orang China

berniaga di Sulu pada zaman pemerintahan Sahabodin atau Sultan Shahabud Din.60

Kesedaran di kalangan penduduk telah bertambah kuat kerana mereka menyedari jika

mereka tidak menubuhkan atau tidak memantapkan institusi-institusi Islam, pengaruh Kristian

mungkin meresap masuk kepada penduduk. Ini selari dengan pendapat para ulama di yang

menegaskan kedatangan orang Sepanyol itu adalah untuk menghapuskan Islam dari bahagian

Darul Islam.61 Kemajuan ilmu pengetahuan dengan terdapatnya sistem pendidikan Islam seperti

institusi pendidikan, surau, masjid, kitab-kitab agama dan wujudnya para ulama. Sultan yang

pertama Syarif al-Hasyim telah mengasaskan beberapa buah sekolah(madrasah) bagi kanak-

kanak mempelajari Al-Quran. Madrasah inilah merupakan satu-satu cara semacam bentuk

pendidikan dan latihan. Mengikut Hurtado62 terdapat bukti tentang wujudnya perbezaan antara

peringkat petugas-petugas keagamaan seperti imam, khatib dan lebai. Sumber-sumber Belanda

pula ada menyebut tentang hukum sebagai suatu istilah yang digunakan oleh rakyat yang

bermakna hakim-hakim mereka. Di kalangan golongan ulama pula adalah imam, hakim dan

qadi. Mereka menjadi tempat rujukan mengenai hal-hal yang bersangkutan dengan ibadah,

perkahwinan, zakat, fitrah dan juga mengenai dasar.

5.0 KESIMPULAN

Proses islamisasi di Filipina pada masa awal adalah melalui tiga cara, iaitu perdagangan,

perkahwinan dan politik. Islam diterima oleh orang-orang Mindanao, Sulu, dan Manila serta dan

sepanjang pesisir pantai kepulauan Filipina dan seterusnya dapat mengakomodasi dengan tradisi

tempatan. Proses Kristianisasi oleh Sepanyol menjadi titik tolak kepada perjuangan bagi

menegakkan syiar Islam di bumi Filipina. Umat Islam Filipina yang kemudian dikenal dengan

bangsa Moro, pada akhirnya menghadapi berbagai hambatan baik pada masa kolonial maupun

60Apa yang dimaksudkan di sini ialah mula-mula sekali yang menjalankan perdagangan secara tetap. Perdagangan telah berjalan dengan agak tetap diantara pedagang-pedagang China dengan pedagang-pedagang Sulu sepertimana yang terbukti pada tahun 1628 terdapat perdagangan alcayceria China di Jolo yang telah dirampas dan kemudian dimusnahkan oleh Sepanyol. Barangan yang didagangkan ialah mutiara dan kulit karangan laut. Hasil-hasil dari wilayah ini dihantar ke Jolo dan ditukarkan dengan barangan lain yang dibawa oleh pedagang – pedagang asing. Cesar Adib Majul, Islam di Filipina, hlm. 512.61 Apabila motif patriotisme bergabung dengan tanggungjawab kepada agama, maka perjuagan untuk menentang Kristian bertambah kuat di kalangan penduduk Sulu. Ini ditambah pula dengan ajaran Islam itu sendiri yang memberikan semangat kenberanian kepada para pejuang yang ingin menegakkan syiar Islam.62 Melchor Hurtado seorang tahanan kumpulan Jesuit yang ditawan pada tahun 1603 dan pernah hidup selama satu tahun dikalangan orang Maguindanao, Sirungan, Raja Buayan serta mengetahui hukum Islam dan tidak makan babi dan tidak minum arak. Lihat Cesar Adib Majul, Islam di Filipina, hlm. 130-131.

18

Page 19: PERKEMBANGAN ISLAM DI KEPULAUAN FILIPINA

pasca kemerdekaan. Bila diteliti ke belakang, perjuangan bangsa Moro dapat dibahagi menjadi

tiga fasa: Pertama, Moro berjuang melawan penguasa Sepanyol selama lebih dari 375 tahun

(1521-1898). Kedua, Moro berusaha bebas dari kolonialisme Amerika selama 47 tahun (1898-

1946). Ketiga, Moro melawan pemerintah Filipina (1970-sekarang). Lima abad melawan

penjajahan Sepanyol, Amerika, penaklukan Jepun dan Filipina ditempuh bangsa Moro melalui

peperangan bagi meraih kemerdekaan.Namun, pembahagian pola pemilikan tanah yang tidak

adil dan kebanjiran pendatang luar ke wilayah ini menimbulkan kemarahan bangsa Moro yang

miskin dan tersisih selama ratusan tahun. Akibat dari penindasan, mereka bertekad keluar dari

kepompong jajahan, melalui peperangan.Dan kini, dunia sering menyalahtafsirkan perjuangan

mereka.Kecaman demi kecaman mereka hadapi sehingga ada yang menganggap bangsa Moro

adalah pengganas.63

Kesimpulannya, Islam masuk Filipina dengan jalan yang berliku dan harus menghadapi

rintangan dan hambatan dari dalam maupun luar negeri. Pada awal tahun 1970-an, Islam di

Filipina merupakan komuniti minoriti dan tinggal di beberapa daerah dan pulau khusus. Dengan

suatu pihak bagi kaum minoriti Islam berhadapan dengan kepentingan pemerintah, hingga

timbullah konflik yang berkepanjangan antara pemerintah dan komuniti muslim. Perjuangan

orang Islam di Filipina Selatan dapat dianggap sebagai sebahagian daripada warisan seluruh

penduduk Filipina dalam sejarah perjuangan mereka untuk mendapatkan kebebasan.64

63 Menurut Majul, ada tiga alasan utama yang menjadi penyebab sulitnya bangsa Moro berintegrasi secara penuh kepada pemerintah Republik Filipina. Pertama, bangsa Moro sulit menerima Undang-Undang Nasional kerana jelas undang-undang tersebut berasal dari Barat dan Katolik dan bertentangan dengan ajaran Islam. Kedua, sistem sekolah yang menetapkan kurikulum yang sama tanpa membezakan perbezaan agama dan kultur membuat bangsa Moro malas untuk belajar di sekolah yang didirikan oleh pemerintah. Ketiga, adanya trauma dan kebencian yang mendalam pada bangsa Moro atas program perpindahan penduduk yang dilakukan oleh pemerintah Filipina ke wilayah mereka di Mindanao, kerana program ini telah mengubah mereka dari majoriti menjadi minoriti di segala bidang kehidupan. Ibid, Islam di Filipina. Hlm. 31164 Bagi orang-orang Islam di Sulu, patriotisme dan Islam sangatlah erat hubungannya bagi mempertahankan Darul Islam dan ia merupakan satu tanggungjawab yang agung. Unsur-unsur ini mungkin terserap kepada para mujahid untuk melancarkan jihad menentang penjajah Barat yang didalangi oleh Kristian yang sememangnya menjadi musuh tradisi Islam. Jihad di Selatan Filipina ini bermula sejak 1521 lagi.  Mereka menentang penjajahan Sepanyol selama 377 tahun (1521-1898).  Kemudiannya mereka menentang kuasa kafir Amerika pula selama 47 tahun (1898-1946).  Sejak 1970 pula, umat Islam di Selatan Filipina ini telah berjuang menentang kuasa pemerintah Filipina sehingga ke hari ini. 

19