peranan ulama di indonesia, filipina

42
Ulama memainkan peranan yang begitu penting sekali dalam menyebarkan sesebuah agama dalam sesebuah negara. Perkataan ulama berasal daripada istilah bahasa Arab yang bermaksud orang-orang yang berilmu. Ulama adalah sinonim dengan ilmu kerana seseorang itu digelar sebagai alim berdasarkan tahap keilmuan yang ada dalam diri ulama tersebut. Ilmu yang dimiliki oleh seseorang ulama membolehkan seseorang ulama itu memikul tanggungjawab untuk menyebarkan ilmu-ilmu agama. Tidak ketinggalan juga terdapat golongan ulama yang menjadi wakil pemerintah selain menjadi pemerintah bagi sesebuah tampuk pemerintahan itu sendiri. Ulama yang begitu berkait rapat hubungannya dengan para penduduk dalam dakwah menyebarkan agama Islam yang benar. Hal ini kerana ianya merupakan satu tanggungjawab yang besar agar penduduk berada di landasan agama yang benar. Segala persoalan mahupun pertanyaan berkaitan mengenai kemusykilan soal jawab agama pastinya dapat dirungkaikan oleh para ulama ini. Bukan itu sahaja, ketinggian ilmu yang ada dalam diri mereka diperhebat lagi dengan adanya penulisan kitab - kitab agama yang dijadikan sebagai bahan rujukan dalam mendalami ilmu agama tersebut. Ternyata ulama yang berperanan di Nusantara mempunyai beberapa tokoh yang terpenting berdasarkan peranan - peranan yang dilakukan oleh mereka sendiri.

Upload: syiqah-sapian

Post on 18-Jan-2016

122 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Islam di Asia Tenggara

TRANSCRIPT

Page 1: Peranan Ulama di Indonesia, Filipina

Ulama memainkan peranan yang begitu penting sekali dalam menyebarkan

sesebuah agama dalam sesebuah negara. Perkataan ulama berasal daripada

istilah bahasa Arab yang bermaksud orang-orang yang berilmu. Ulama

adalah sinonim dengan ilmu kerana seseorang itu digelar sebagai alim

berdasarkan tahap keilmuan yang ada dalam diri ulama tersebut. Ilmu yang

dimiliki oleh seseorang ulama membolehkan seseorang ulama itu memikul

tanggungjawab untuk menyebarkan ilmu-ilmu agama.

Tidak ketinggalan juga terdapat golongan ulama yang menjadi wakil

pemerintah selain menjadi pemerintah bagi sesebuah tampuk pemerintahan

itu sendiri. Ulama yang begitu berkait rapat hubungannya dengan para

penduduk dalam dakwah menyebarkan agama Islam yang benar. Hal ini

kerana ianya merupakan satu tanggungjawab yang besar agar penduduk

berada di landasan agama yang benar. Segala persoalan mahupun

pertanyaan berkaitan mengenai kemusykilan soal jawab agama pastinya

dapat dirungkaikan oleh para ulama ini.

Bukan itu sahaja, ketinggian ilmu yang ada dalam diri mereka

diperhebat lagi dengan adanya penulisan kitab - kitab agama yang dijadikan

sebagai bahan rujukan dalam mendalami ilmu agama tersebut. Ternyata

ulama yang berperanan di Nusantara mempunyai beberapa tokoh yang

terpenting berdasarkan peranan - peranan yang dilakukan oleh mereka

sendiri.

Page 2: Peranan Ulama di Indonesia, Filipina

2.0 Bincangkan peranan tokoh-tokoh ulama (yang terpilih) dalam perkembangan Islam di Thailand, Filipina dan Indonesia

2.1 Peranan Ulama di Thailand

Thailand merupakan salah satu tempat dimana perkembangan agama Islam berlaku dengan pesat

terutamanya di wilayah Pattani. Ulama merupakan golongan yang paling banyak

menyumbangkan perkembangan agama Islam dengan memainkan beberapa peranan yang

penting. Antara ulama yang berpengaruh ialah Syeikh Zainal Abidin bin Muhamad al-Fatani,

Tuan Guru Haji Ismail Bin Omar, Tuan Guru Haji Yusuf al-Bandari, Tok Bermin/ Haji Wan

Ahmad bin Wan Idris al-Fathani,Syeikh Ahmad al-Fatani dan Ulama Haji Sulong/Haji

Muhammad bin Abdul Qadir.

2.1.1 Syeikh Zainal Abidin bin Muhamad al-Fatani

Syeikh Zainal Abidin bin Muhamad al-Fatani (1820-1903)1 atau dikenali sebagai Tuan Minal

merupakan tokoh ulama penting di Thailand dalam abad ke-19. Antara sumbangan Tuan Minal

adalah menubuhkan entiti pendidikan Islam di Patani. Selepas menamatkan pengajiannya di

Makah, Tuan Minal terus pulang ke Patani dan tidak bermukim di Makah seperti mana

kelaziman rakan-rakan Pataninya yang lain. Dalam tahun 1860an Tuan Minal telah menubuhkan

institusi pengajian pondok di Bendang Badang.2

Dengan penubuhan institusi tersebut memberi ruang kepada masyarakat sekitar Bendang

Badang untuk menimba ilmu agama. Dengan tertubuhnya institusi pondok tersebut secara tidak

langsung merancakkan kegiatan pendidikan Islam di Patani. Melalui penubuhan entiti

pendidikan pondok yang diasaskan oleh Tuan Minal bukan sahaja telah menarik minat ramai

penuntut daripada wilayah Patani untuk belajar ilmu agama di pondok tersebut malah, telah

menarik minat masyarakat luar dari wilayah Patani untuk menuntut ilmu agama Islam dengan

1Usia sebenar Tuan Minal adalah dalam anggaran 85 ke 95 tahun. Lihat Ahmad Fathy al-Fatani (2002). Ulama besar dari Patani.Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. hlm 62.2Ibid.hlm 64.

Page 3: Peranan Ulama di Indonesia, Filipina

Tuan Minal. Antara anak murid Tuan Minal adalah Syeikh Muhamad Said Linggi dari Negeri

Sembilan dan Tok Cik Dol dari Kedah.3

Kesan pengajian yang disampaikan oleh Tuan Minal telah melahirkan beberapa ulama

penting sekitar Patani dan Tanah Melayu misalnya, Tok Syeikh Jarum al-Fatani yang

kemudiannya, membuka pusat pengajian pondok di Derga, Kedah. Kejayaan Tuan Minal

melahirkan ulama pelapis di Patani dan di sekitar Tanah Melayu jelas menunjukkan bahawa

beliau merupakan salah seorang tokoh agamawan yang berperanan dalam membentuk dan

mendidik ulama pelapis di Patani dan Tanah Melayu. Sumbangan dalam menyebarkan

pendidikan Islam tidak terhenti begitu sahaja di kawasan Patani malahan, beliau menyebarkan

ilmu agama Islam di luar wilayah Patani. Pada tahun 1890an beliau berhijrah ke Seberang Perai

lalu membuka pondok di Sungai Dua.4 Di pondok tersebut beliau meneruskan kegiatan

menyebarluaskan ilmu pendidikan Islam. Menerusi sumbangan yang ditunjukkan oleh Tuan

Minal jelas menunjukkan sumbangannya dalam menyebarluaskan ilmu agama Islam merentasi

sempadan wilayah.

Selain itu, Tuan Minal turut bergiat aktif dalam bidang penulisan. Antara karya yang

dihasilkan olehnya adalah seperti kitab Kasyf al-Ghaibiyah, Miftah al-Murid fi ’Ilm al-

Tauhid dan Irsyad al-‘IbadilaSabil al-Rasyad.5 Berdasarkan penulisan tersebut jelas

membuktikan Tuan Minal memainkan peranan dalam menghasilkan kitab-kitab keagamaan

untuk dijadikan panduan kepada masyarakat umum, tambahan pula kitab yang dihasilkan oleh

Tuan Minal terdapat dalam bahasa Arab dan Melayu. Dengan penghasilan kitab tersebut

khususnya kitab yang ditulis dalam bahasa Melayu dapat memudahkan pembaca yang tidak

memahami bahasa Arab untuk meneroka ilmu-ilmu yang terkandung dalam kitab yang

dihasilkan oleh Tuan Minal. Kebanyakan hasil karya beliau berkaitan dengan ilmu-ilmu Tauhid

dan Fekah.

2.1.2 Tuan Guru Haji Ismail Bin Omar

3AhamakoseeKasor (2011). Sumbangan Syeikh Zainal Abidin bin Muhamad al-Patani dalam perkembangan ilmu di Selatan Thailand. Prosiding Nadwah Ulama Nusantara (NUN) IV. pp. 47-55. hlm 49.4NumanHayimasae (2009). Jaringan ulama Patani dengan utara semenanjung Tanah Melayu abad ke-18 dan ke-19. Malaysia Dari Segi Sejarah (Malaysia In History). Vol. 37. pp. 18-30. hlm 23. 5AhamakoseeKasor (2011). Sumbangan Syeikh Zainal Abidin bin Muhamad al-Patani dalam perkembangan ilmu di Selatan Thailand.hlm 50.

Page 4: Peranan Ulama di Indonesia, Filipina

Tokoh yang seterusnya ialah Tuan Guru Haji Ismail bin Omar. Di Thailand, kebangkitan Islam

ditandai dengan munculnya pemikir-pemikir pembaharuan dalam Islam.6 Para Ulama mulai

sedar untuk kembali ke ajaran Islam yang sebenarnya.7Salah seorang tokoh ulama yang terkenal

di Thailand khususnya di Patani ialah Tuan Guru Haji Ismail Bin Omar ataupun dikenali juga

sebagai Tuan Guru Haji Ismaee Sepanajang. (Baba Eil). Beliau dilahirkan di kampung Dusun

Spanjang, daerah Penarik, Patani. Beliau mendapat pendidikan di Sekolah Rendah Kampung

Dusun Spanjang dan kemudian menyambung pendidikan di sebuah pondok yang terletak

berhampiran dengan rumahnya dan beliau juga pernah berguru dengan Almarhum Tuan Guru

Haji Abdul Rahman dengan mendalami pelbagai ilmu antaranya seperti hadis, fiqah, nahu dan

sebagainya.8

Ketika berusia 21 tahun, beliau berpindah ke Pondok Haji Abdul Qader Sekam

sehinggalah beliau mencecah usia 30 tahun. Ketika berada di sana, beliau bukan setakat

mengajar kepada pelajar malahan beliau juga telah menerima undangan mengajar daripada

masyarakat di sekitar tersebut. Antara tempat yang beliau pernah mengajar ialah di Masjid Yala

dan Masjid Patani. Selain itu, antara sumbangan beliau ialah beliau mendirikan sebuah pondok di

kampung Kubang Ikan Bandar, Narathiwat yang dikenali dengan nama Maahad Darul Muhajirin

(1993). Dalam tempoh tersebut juga, beliau sering berulang-alik ke Kelantan untuk memenuhi

jemputan mengajar.

Pada tahun 1998, pondok yang telah didirikan itu telah berpindah ke kampong beliau

sendiri iaitu di kampong Dusun Spanjang sehinggalah ke hari ini. Rutin harian beliau dipenuhi

dengan mengajar agama kepada pelajar yang datang dari pelbagai pelusuk dalam dan luar ,egara

seperti Malaysia, Kemboja dan Burma tanpa menerima sebarang bayaran. Sehingga kini,

terdapat lebih kurang 200 orang pelajar yang sedang menuntut di pondok beliau. Di samping itu,

Tuan Guru Haji Ismaee Sepanajang juga memberi khidmat kepada masyarakat dengan mengajar

pada setiap hari Sabtu di masjid Patani dan pada setiap hari Ahad di masjid Yala. Kuliah beliau

sering disiarkan di radio tempatan. Selain mengajar, beliau juga turut memenuhi masa lapang

beliau dengan mentelaah dan mengarang kitab.

6 Dudung Abdurrahman (2002). Sejarah peradaban Islam: dari masa klasik hingga moden (peradaban Islam moden di Asia Tenggara. Yogyakarta : LESFI. hlm 348.7Ibid. hlm 348.8Ibid. hlm 349

Page 5: Peranan Ulama di Indonesia, Filipina

2.1.3 Tuan Guru Haji Yusuf al-Bandari

Pada pertengahan abad ke-20, salah seorang ulama yang banyak berperanan dalam

membangunkan ilmu agama di Patani ialah Tuan Guru Haji Yusuf al-Bandari.Nama sebenar

beliau ialah Haji Wan Yusuf bin Haji Wan Mustafa bin Nik Hasan bin Nik Wan Musa atau lebih

dikenali sebagai Tuan Guru Haji Yusuf al-Bandari. Beliau dilahirkan pada 21 Syawal 1345H di

Kampung Bandar Tempat 2, Mukim Bandar, Daerah Muang, Wilayah Patani. Tuan Guru Haji

Yusuf al-Bandari mendapat pendidikan awal bermula dengan mempelajari al-Quran dengan

ayahnya.

Kemudian, beliau terus bermusafir ke Makkah al-Mukarramah sejak berusia 11 tahun.9

Setibanya di Makkah, beliau terus memasuki sekolah Dar al-‘Ulum al-Diniyyah di peringkat al-

Tamhidi pada tahun 1936. Kemudian, di peringkat al-Ibtida’I, al-Sanawi dan akhirnya tamat di

peringkat al-‘Ali pada tahun 1946. Keseluruhan hayat Tuan Guru adalah untuk berkhidmat

kepada ilmu, masyarakat dan agama. Beliau telah diberi amanah utuk memegang jawatan-

jawatan yang oenting seperti imam, Naib Yang Dipertua Persatuan Guru-Guru Yang Mengajar

Agama Islam (PEGUMAS), Setiausaha Lujnah al-Ulama’ dan Badan Yang Dipertua Majlis

Agama Islam wilayah Patani.

Peranan dan jasa Tuan Guru dalam membina asas tamadun dan budaya ilmu di rantau ini

dapat dilhat dengan amat jelas. Misalnya, penubuhan institusi pengajian agama dan mentarbiah

pelajar-pelajar. Maka, lahirlah pewaris ilmu mereka. Para cendekiawan yang aktif turut

dilahirkan dalam memberi sumbangan kepada perkembangan tamadun di tempat masing-masing

serta membentuk masyarakat yang menjaga agama.

Pada waktu yang sama, Tuan Guru juga bertungkus-lumus menulis buku-buku dalam

pelbagai bidang ilmu dan menjadi asas pembangunan tamadun yang kekal sehingga ke hari ini.

Peranan Tuan Guru Haji Wan Yusof al-Bandari juga jelas dilihat di Thailand ini di mana beliau

juga menubuhkan institusi pengajian agama yang dikenali dengan pondok. Sistem pengajian

pondok ini bermula sejak abad ke-15 lagi. Pada pertengahan abad ke-20, berlaku transformasi

sistem pengajian pondok kepada sistem persekolahan moden. Oleh itu, Tuan Guru berusaha

9 Abdulrahman Hasan Nasoh dan Weayousof Ismail Sidea (2011). Tuan Guru Haji Wan Yusof al-Bandari: peranan dan sumbangannya dalam penyebaran ilmu agama di Selatan Thailand. Prosiding Nadwah Ulama Nusantara (NUN) IV. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia, 25-26 Mei. hlm 42.

Page 6: Peranan Ulama di Indonesia, Filipina

untuk membangunkan Ma’had at-Tarbiah.10 Dengan itu, dapat melahirkan pelajar-pelajar yang

berakhlak mulia dan berilmu.

Dapat dilihat juga, beliau aktif menjalankan kegiatan dakwah dan perjuangan melalui

aktiviti-aktiviti beliau seperti mengajar di pusat-pusat pengajian, berkhutbah di masjid,

berceramah di majlis umum, membentang kertas kerja dalam seminar, menyampaikan nasihat

melalui siaran radio, menulis makalah dan mengarang buku. Beliau juga berpeluang untuk

bergiat dan berperanan melalui badan-badan yang dipimpin seperti Majlis Agama Islam Wilayah

Patani, Persatuan Lujnah al-‘Ulama’ dan PEGUMAS.11 Semuanya merupakan usaha Tuan Guru

dalam membina asas tamadun dan membudayakan ilmu di Selatan Thailand.

Dalam penyebaran ilmu agama, peranan Tuan Guru dapat dilihat juga melalui lima

bidang utama iaitu bidang penulisan, bidang karangan buku, bidang semakan buku, bidang

pembinaan pusat pengajian dan bidang perkaderan ulama dan intelektual. Antara artikel atau

risalah yang dihasilkan oleh Tuan Guru yang diberi nama Risalah Syiarnya dan Penyambung

Risalah Pendukung Ummah.

Secara keseluruhannya, peranan Tuan Guru Haji Wan Yusof al-Bandari dalam membina

tamadun dan membudayakan ilmu agama di Thailand boleh dibuktikan melalui pembinaan

Ma’had at-Tarbiah dan beberapa sumbangan beliau yang lain yang mampu mengeluarkan

generasi ulama sebagai penyambung risalah pengembangan ilmu agama dan kegiatan dakwah

yang dijalankan.

2.1.4 Tok Bermin/ Haji Wan Ahmad bin Wan Idris al-Fathani

Selain itu, Tok Bermin atau nama sebenarnya Haji Wan Ahmad bin Wan Idris al-Fathani

dilahirkan pada 1873 di Kampung Binjai, Mukim Binjai Lima, Patani juga merupakan antara

ulama yang berperanan menyampaikan dakwah di Patani. Beliau mendapat pendidikan awal di

beberapa buah pondok seperti pondok Beting dan pondok Tok Raya Haji, Jambu, Patani.

Menurut Ahmad Fathy al Fatani (2002) menyatakan bahawa sebelum pergi ke Makkah, Wan

Ahmad Kecil belajar di Sungai Pandan, kemudian berpindah ke Pondok Beting sebelum berakhir

10 Surin Pitsuwan.1989. Islam di Muang Thailand nasionalisme Melayu masyarakat Patani. Jakarta. hlm 14511 Abdulrahman Hasan Nasoh dan Weayousof Ismail Sidea. 2011. Tuan Guru Haji Wan Yusof al-Bandari: peranan dan sumbangannya dalam penyebaran ilmu agama di Selatan Thailand. hlm 43-44

Page 7: Peranan Ulama di Indonesia, Filipina

di Pondok Semela.12 Di Makkah, beliau menuntut ilmu dengan ulama-ulama seperti Tok Cik

Wan Daud bin Mustafa al-Fathan dan Syaikh Wan Ahmad al Fathani.

Setelah menamatkan pengajiannya di Makkah, Wan Ahmad pulang ke Patani sebagai

seorang alim, dengan bidang pengkhususannya ialah fiqh.13 Peranan beliau terhadap masyarakat

dapat dilihat jelas apabila beliau membuka pondok di Kampung Atas Beris mukim Bermin.

Melalui pembukaan pondok ini, gelaran Tok Bermin diperolehi olehnya. Akan Haji Wan

Ahmad, oleh sebab beliau membuka pondok dan mengajar di Bermin, maka lama-kelamaan

melekatlah nama “Tok Bermin” itu pada dirinya, menggantikan nama tubuhnya yang sebenar,

Haji Wan Ahmad.14

Pondok ini telah berkembang dan juga dikenali dengan nama yang lain. Kerana populariti

pengasuhnya dan kualiti murid keluarannya, Pondok Bermin atau nama rasminya “Madrasah

Nur al-Islam al-Barminiyah” maju dalam kadar cepat berbanding dengan pondok-pondok lain di

Patani.15 Pada zaman kemuncaknya, Pondok Bermin memiliki sejumlah lapan ratus buah

pondok-termasuk pondok kelamin (pondok bagi pelajar yang membawa keluarga).16 Pelajaran

yang didapati di pondok ini adalah seperti pelajaran Fiqh, Usuluddin, Tafsir, Nahwu, dan Tasauf

yang diperolehi daripada kitab-kitab. Selain Fiqh, Tok Bermin pun mengajar teks-teks kitab

dalam bidang usuluddin, tafsir, tasawuf dan malahan nahu dan saraf juga.17

Peranan Tok Bermin melalui pondok yang dibuka olehnya terhadap masyarakat

mengenai pengajaran ilmu Islam telah melahirkan ramai generasi ulama. Ramai guru-guru

pondok ternama generasi mutakhir di Patani terdiri daripada lepasan pondok Bermin.18

Antaranya Haji Hassan Mak Enggol telah membuka pondok yang masyhur iaitu pondok Mak

Enggol, Haji Abdullah Bendang Titi juga membuka pondok di kampung Pial dan Haji Abdul

Qadir Bendang Ramah di Bendang Ramah.

2.1.5 Syeikh Ahmad al-Fatani

12 Ahmad Fathy al-Fathani. 2002. Ulama Besar Dari Patani. hlm. 149.13Ibid. hlm 151.14Ibid. hlm 152.15Ibid. hlm 152.16Ibid. hlm 153.17Ibid. hlm 155.18Ibid. hlm 160.

Page 8: Peranan Ulama di Indonesia, Filipina

Nama penuh beliau ialah Wan Ahmad bin Wan Muhammad Zain bin Wan Mustaffa al-Fatani.

Beliau dilahirkan pada 10 April 1856 Masihi di Kampung Jambu, Jerim, Patani. Syeikh Ahmad

al-Fatani berasal daripada keturunan para mubaligh agama Islam yang datang dari Hadhramaut.19

Jika diteliti mengenai asal-usul beliau, nasab keturunan Syeikh Ahmad merupakan golongan

ulama yang mahsyur. Datuk beliau iaitu Syeikh Mustafa bin Muhammad merupakan seorang

ulama mahsyur pada zamannya. Beliau merupakan salah seorang hulubalang Sultan Fatani Darus

Salam. Ayah beliau pula ialah Syeikh Wan Muhammad Zainal Abidin al-Fatani juga merupakan

seorang ulama yang tersohor.

Pada mulanya Syeikh Ahmad al-Fatani dididik oleh bapanya sendiri iaitu Haji wan

Muhammad Zain atau juga dikenali dengan Wan Din Bin Syeikh Wan Mustafa. Selepas itu

beliau berguru pula dengan bapa saudaranya Syeikh Wan Mustafa yang terkenal dengan gelaran

‘Tok Guru Bendang Daya II’ merupakan seorang guru pondok yang sangat terkenal di Patani

pada pertengahan kedua abad kesembilan belas Masihi.20 Selanjutnya, ketika berusia empat tahun

beliau telah dibawa oleh ayahandanya dan ibundanya menetap di Makkah. Ketika di Makkah,

beliau belajar pula dengan para ulama’ Makkah. Syeikh Ahmad Ahmad al-Fatani telah

menghafaz al-Quran dan beberapa matan. Antara guru yang sering beliau dampingi ialah Sayyid

Umar al-Syami al-Buqaciy, dengannya beliau mendalami pelbagai disiplin ilmu seperti bahasa

Arab, usuluddin, tafsir, hadis, feqah, macani, bayan, carudh dan lain-lain lagi.

Beliau digambarkan oleh Snouck Hurgronje sebagai 'hamba berjasa' dan beliau sendiri

menulis satu kritikan mengenai karya nahu yang terkenal Matan al-Awamil oleh Qadir Jurjani

bertajuk Tasyhil al-Amani. Mengikut keluarganya, buku ini digunakan sebagai buku teks

Universiti al-Azhar di Kaherah.21Menyentuh kelebihan Syeikh Ahmad al-Fatani, Ahmad Fathi

al-Fatani (2001) di dalam bukunya yang bertajuk “Ulama’ Besar dari Fatani” telah meletakkan

nama Syeikh Ahmad al-Fatani di senarai yang ketiga daripada 25 orang tokoh yang

diterjemahkan riwayat hidup mereka. Satu perkara yang menarik dan menggambarkan kehebatan

Syeikh Ahmad ialah apabila Ahmad Fathi al-Fatani telah mengupas tentang keistemewaan

Syeikh Ahmad yang tidak dilakukannya pada tokoh-tokoh lain. Ahmad Fathi telah

menggariskan sembilan keistimewaan Syeikh ahmad al-Fatani. 19Ibid. hlm 55.20Ibid.hlm 55.21 Farid Mat Zain dan Zulkarnain Mohamed(2008). Muslim Selatan Thai: Konflik dan perjuangan. Selangor: Karisma Publications Sdn. Bhd. hlm 11.

Page 9: Peranan Ulama di Indonesia, Filipina

Berkat usaha beliau juga, tersebarnya kitab karya para ulama ke seluruh dunia Islam.

Beliau mencetak karya-karya itu di Makkah di samping di Kairo dan di Istanbul (Constantinople)

Turki.22Karya-karya Melayu Patani yang lain diterbitkan di Makkah di bawah pengawasan

Ahmad bin Muhammad Zain ialah satu koleksi hadis mengenai kehidupan selepas mati oleh

Zainal Abidin al-Fatani dan satu siri lengkap karya Syeikh Daud al-Fatani dan satu siri lengkap

karya Syeikh Daud al-Fatani iaitu Furu' al-Masa'il (prinsip undang-undang dan agama), al-Dur

al-Thamin (panduan akidah), Kashaf al-Ghamma (mengenai kehidupan selepas mati) dan Jam'

al-Fawaid (koleksi cerita sufi).

Seperti yang telah dijelaskan, Syeikh Ahmad al-Fatani merupakan ulama’ yang sangat

produktif dalam menghasilkan karya-karya ilmiah, sama ada hasil karangannya sendiri mahupun

dalam bentuk usaha pentashihan dan pencetakan kitab-kitab. Jumlah sebenar karya yang

dihasilkan Syeikh Ahmad al-Fatani belum dapat diketahui secara tepat. Selain yang disebutkan

Syeikh Ahmad al-Fatani juga dikatakan pernah mengarang tentang sejarah Patani yang lengkap

dengan diberikan judul Fadhilah Ahmad al-Fatani, namun menurut Wan Shaghir karya tersebut

belum ditemui.

Sumbangan pemikiran Syeikh Ahmad al-Fatani tidak terbatas pada dunia Melayu sahaja

malah sumbangan dan jasanya menjangkaui dunia Islam keseluruhannya. Perkara ini dapat

dibuktikan dengan beberapa siri perjuangan dan pemikiran yang dilakukan semasa hidupnya.

2.1.6 Ulama Haji Sulong/Haji Muhammad bin Abdul Qadir

Ulama merupakan salah seorang yang memainkan peranan penting terutamanya didalam struktur

pentadbiran di sesebuah negara. Di Thailand, kita dapat melihat peranan salah seorang ulama

yang sedikit sebanyak membawa perubahan terhadap masyarakat di Pattani khususnya. Haji

Sulong atau dikenali sebagai Haji Muhammad bin Abdul Qadir. Beliau dilahirkan pada tahun

1895 di Kampung Anak Rhu yang terletak di Bandar Pattani.23

Haji Sulong ini merupakan golongan yang memperjuangkan konsep reformasi Islam.

Misi beliau adalah untuk meningkatkan syiar Islam dan mengembalikan semula Islam

dikedudukan yang sepatutnya lantas menghapuskan bi’dah. Beliau juga dikenali dengan tokoh

22 Samsul Munir Amin (2009). Biografi Shaikh Nawawi al-Bantani. Yogyakarta: Pustaka Pesantren. hlm 74.23Latar Belakang Haji sulong. Diperoleh pada 5/4/2014 daripada studentsrepo.um.edu.my/218/3/BAB2.pdf. hlm 64

Page 10: Peranan Ulama di Indonesia, Filipina

yang berlandaskan idea pembaharuan dimana beliau metafsir hukum dengan melihat kepada

suasana dan situasi masyarakat pada waktu itu. Bagi beliau masyarakat perlu diberi ilmu

pengetahuan yang secukupnya agar mereka tidak ditindas. Tambahan pula beliau menyatakan

bahawa masyarakat perlu dikukuhkan dengan ilmu terlebih dahulu agar pemikiran mereka dapat

ditingkatkan selaras dengan ajaran Islam yang sebenar.

Perubahan-perubahan yang dibawa oleh Haji Sulong ini adalah beliau mengasaskan

Madrasah Al-Ma’arif al-Wataniah dimana merupakan sekolah agama pertama di Pattani yang

mempunyai sukatan pelajaran dan sistem kelas.24 Pelajarnya juga diperkenalkan dengan latihan

berkawad. Para pelajarnya diajar kitab seperti ‘Baidhaowi” dan ‘Jalalan’ dan banyak menjurus

kepada konsep aqidah dan jihad. ‘gradually, more and more ‘pondok’ began to introduce the

reform curriculum conceptualized by Haji Sulong, thereby transforming the ‘pondok’ into a

institution of systematic education’. 25Beliau juga telah mengambil bahagian dalam perjuangkan

nasib muslim Pattani pada era rejim Phibun Songkram.

Haji Sulong telah berjaya mempengaruhi persepsi masyarakat tempatan terhadap

golongan ulama yang berfikiran tradisional. Hal ini dapat dilihat melalui pembayaran zakat

masyarakat Melayu turun-temurun waktu itu membayar zakat kepada tuan-tuan guru pondok

mereka. Hal ini bertentangan dengan ajaran Islam itu sendiri. ‘Haji sulong’s efforts in Pattani

were resisted by the traditional religious elite’.26Selain itu, beliau juga telah menghasilkan tiga

buah buku didalam bidang pendidikan ‘Khalasah al-Jawahir’ yang membincangkan Usuludin,

‘Cahaya Islam’ iaitu bidang sirah berkenaan dengan Maulud Nabi dan ketiga adalah ‘Gugusan

cahaya keselamatan’ buku ini telah menimbulkan kontroversi kerana penulisannya ini telah

mengupas tentang kegiatan menerusi kaca matanya sendiri.

Hasil penulisan ketiganya ini telah diharamkan oleh kerajaan Thai kerana dianggap akan

memberi ancaman kepada kerajaan Thai kerana mengisahkan tentang pengalaman beliau semasa

ditangkap begitu juga dengan tuntutan masyarakat Melayu Pattani telah dimuatkan di dalam

buku ini.

24Ibid. hlm 67.25 Joseph Chnyong Liow. Islam, education and reform in Southern Thailand: tradition and transfomation. Singapore: Institute of Southeast Asian. hlm 86.26 Joseph Chnyong Liow (2009). Islam, Education and Reform in Southern Thailand. hlm 87.

Page 11: Peranan Ulama di Indonesia, Filipina

Apa yang dapat disimpulkan bahawa Haji Sulong ini merupakan ulama yang penting

dalam mengubah pandangan dan kehidupan masyarakat Islam di Pattani. Sebelum ini masyarakat

Islam disana hanya terikat dan hanya mengikut telunjuk ulama tradisional dimana

kebanyakannya menggunakan Islam demi kepentingan mereka sendiri. Hal ini dapat dilihat

melalui pemberian wang zakat kepada guru agama yang dijadikan amalan turun-temurun

masyarakat Melayu Pattani.

Selain itu, Haji Sulong juga telah berusaha sedaya upaya beliau dalam menyebarkan ilmu

didalam agama Islam dengan cara pergi kampung ke kampung dalam menyampaikan ilmu. Hal

ini berbeza dengan cara lama dimana mereka pulang dari Makkah dan terus akan membuka

pengajian pondok. Secara tidak langsung apa yang dapat dilihat disini bahawa usaha-usaha yang

dibawa oleh Haji Sulong ini telah menyebabkan masyarakat mula sedar dan menggunakan ilmu

yang sebenar didalam kehidupan mereka supaya mereka tidak ditindas. Boleh dikatakan bahawa

beliau merupakan tunjang dalam meningkatkan kekuatan politik justeru memperkembangkan

lagi pertumbuhan agama Islam dalam kalangan masyarakat Melayu terutamanya di Pattani.

2.2 Peranan Ulama di Filipina

2.2.1Membina pusat ibadat

Selain itu, pembinaan pusat ibadat juga merupakan salah satu cara yang dilakukan oleh ulama

dalam menyampaikan dakwah mereka. Ini secara tidak langsung menjadi lokasi kepada

masyarakat untuk bersama-sama berada dalam komuniti tersebut dalam mendengar dakwah yang

disampaikan oleh mereka. Melalui cara sebegini, ulama memainkan peranan mereka dalam

menyampaikan dakwah mereka. Kelas agama, musyawarah mahupun tazkirah disampaikan

secara langsung dalam menarik minat mereka terhadap Islam tanpa sebarang paksaan. Cara

hidup yang sederhana bersandarkan Al- Quran dan Sunnah yang diamalkan oleh para ulama di

sini turut menjadi contoh kepada para penduduk yang lain ketika itu. Selain itu, pendakwah juga

tidak ketinggalan untuk membina madarasah sebagai tempat intelektual, banyak ilmu agama

serta pengajian kelas agama dilakukan di madrasah. Secara tidak langsung ulama akan

memainkan peranannya untuk berdakwah berkenaan dengan agama islam.

Page 12: Peranan Ulama di Indonesia, Filipina

Di Mindanao dan juga kepulauan sulu pula sudah terdapat madarasah yang dikemudikan

oleh golongan ulama yang bertindak sebagai penyampai ilmu agama.27 Dengan ini sedikit

sebanyak norma masyarakat Filipina sudah beransur berubah apabila mereka dapat

mengamalkan gaya hidup berteraskan agama islam. Antara ulama terpenting dalam sejarah

Filipina atau Sulu ini ialah kedatangan Sayid Abu Bakar iaitu seorang tokoh yang berketurunan

Arab yang datang dari Palembang ke Sulu melalui Brunei pada tahun 1450. Hal ini demikian

kerana beliau ingin menyebarkan dakwah yang diajar oleh Abu Ishak al-Syirazi.28 Langkah

pertama dalam aktiviti dakwah, beliau telah mengislamkan masyarakat Melayu yang tinggal di

kawasan pesisir pantai dan diikuti pula oleh seorang orang Bukit iaitu daripada kaum Buranun

sehingga beliau mampu meleraikan permusuhan dalam kalangan kaum mereka. Selain itu, beliau

juga dikatakan telah mengahwini seorang puteri Raja Baguinda yang bernama Paramisuli.29

Beliau juga dikatakan telah dilantik menjadi imam atau kadi Raja Baguinda.Semasa

pemerintahannya, beliau telah membina masjid yang diberi nama Unwanul Islam. Melalui kitab

dan khutbah oleh beliau, masyarakat menganggap beliau sebagai tokoh.

2.2.2 Membina pusat-pusat penyebaran agama Islam

Antara peranan ulama dalam mengembangkan agama Islam di Filipina ialah dengan membina

pusat-pusat penyebaran agama Islam. Dapat dilihat bahawa dalam mengembangkan agama Islam

di Filipina, terdapat beberapa kemudahan yang menjadi tempat bagi masyarakat untuk lebih

mendalami tentang Islam. Antaranya ialah masjid, sekolah pandita atau pondok, madrasah,

institusi, dan sebagainya. Pembinaan masjid di Filipina sebagai sebuah pusat penyebaran Islam

oleh ulama dapat dilihat melalui Syarif Karim al Makhdum yang telah mendorong masyarakat

membina masjid bagi pengajaran agama Islam. Dikatakan bahawa berduyun-duyun masyarakat

yang datang bagi mendalami ilmu agama Islam dan ramai yang berminat untuk memeluk Islam.30

Pembinaan masjid ini jelas menunjukkan perkembangan Islam oleh ulama.

Masjid telah menjadi tempat mendirikan solat berjemaah, tempat penyebaran ilmu-ilmu

agama, tempat penyelesaian masalah dan sebagainya.Di Filipina, pendidikan yang sejenis

27Abdul Rahman Abdullah. 2003. SejarahdanTamadun Asia Tenggara :Sebelum danSesudah Pengaruh Islam. Selangor :Lohprint Sdn. Bhd. Hlm 302.28Ibid. hlm. 300.29Ibid.hlm-344.30 Uka Tjandrasasmita. 2009.Arkeologi Islam Nusantara. Indonesia. Kepustakaan Populer Gramedia. Hlm. 26.

Page 13: Peranan Ulama di Indonesia, Filipina

dengan pondok atau pesantren iaitu sekolah pandita juga menjadi pusat perkembangan

pendidikan Islam. Sekolah ini kebanyakannya diselenggarakan di rumah ulama atau di masjid.

Selain itu, sistem madrasah juga telah diperkenalkan di beberapa daerah muslim sejak tahun

1930-an. Antaranya ialah madrasah Kamilol Islam Maahad Ulom di Marawi City. Madrasah ini

dikenali sebagai madrasah yang paling tua. Melalui pembinaan madrasah inilah menjadi tempat

bagi para ulama member atau menyampaikan dakwah mereka secara terbuka.31

2.2.3 Membersihkan ajaran Islam yang telah beradaptasi dengan ajaran sesat dan animisme

Selain daripada berdakwah, ulamak juga berperanan dalam membersihkan ajaran Islam yang

telah beradaptasi dengan ajaran sesat dan animisme. Keadaan ini dapat dilihat apabila

Muhammad Kabunsuan bersama dengan seorang ulamak yang bernama Samal yang datang ke

di Pulau Mindanao pada tahun 1520 dalam usaha untuk membersihkan ajaran animisme dan

ajaran sesat yang sudah lama diamalkan oleh masyarakat di sana. Ulama bertugas untuk memberi

panduan tentang perjalanan kehidupan seorang Muslim dalam menekankan ilmu tauhid iaitu

percaya dengan keesaan Allah. Dengan ilmu tauhid ini maka penduduk akan menghindarkan diri

mereka daripada mensyirikkan Allah. Perlu diingatkan bahawa, bukan sahaja ilmu tauhid malah

segala aspek kehidupan yang menyangkut kepada muamalat, munakahat serta larang-larangan

dalam Islam.

2.2.4 Sebagai Pemerintah

Peranan ulama bukan sahaja untuk menyampaikan dakwah Islamiah kepada umat manusia,

namun mereka juga berperanan dalam hal-hal pentadbiran yang mencakupi duniawi dan ukhrawi

terutamanya selepas mereka diangkat menjadi pemimpin. Ulamak yang menjadi pemimpin akan

menjalankan kuasa pentadbiran berdasarkan syariat Islam seperti yang diwarisi oleh Nabi

Muhammad S.A.W. Selain itu, jika ulamak memegang tampuk pemerintahan maka mereka dapat

menyebarkan seruan serta gagasan Islam di Filipina. Situasi ini dapat dilihat Raja Baguida

diangkat menjadi pemimpin di Buansa.32 Namun begitu, Raja Baguida pada asalnya merupakan

bangsawan dan pendakwah daripada Minangkabau telah datang bersama pengikutnya ke

kawasan di Buansa, beliau telah menyebarkan ajaran Islam di Filipina bersama dengan

31 Kuntowijoyo, A. E. priyono. 2008.Paradigm Islam : Interpretasi untuk aksi. Indonesia. PT Mizan Publika. Hlm. 99.32McAmis, R.D.2002. Malay Muslim: The History And Challenge Of Resurgent Islam In Southeast Asia. United Kingdom: Wm. B . Eerdmans Publishing Co. hlm-19.

Page 14: Peranan Ulama di Indonesia, Filipina

bangsawan Tagimaha dan Karim Al-Makhdum. Keadaaan ini memperlihatkan peranan beliau

menjadi lebih efektif setelah beliau diangkat menjadi pemimpin di Buasa di mana beliau dapat

menyampaikan gagasan Islam dengan lebih komprehensif.

Selain itu, peranan ulamak dalam pentadbiran dapat dilihat terutamanya ketika awal

kemunculan Islam di Sulu di mana Sultan Abu Bakar yang dilantik menjadi sultan setelah beliau

berkahwin dengan Parimisuli puteri Raja Baguida berperanan untuk menyatukan masyarakat

dengan konsep ummah seperti mana yang telah dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W. 33 Situasi

ini dilihat apabila kepulauan yang terdiri daripada Tawi-tawi, Sulu, Palawan, Basilan, Jolo dan

Zamboanga di mana kepulauan terdiri daripada beberapa orang etnik seperti Sama, Tausuq,

Yakan, dan Subanun disatukan. Selain itu, sebagai pemegang kuasa utama dalam pentadbiran

berkuasa mengawal setiap pentadbiran dan menjalankan segala mengikut asas Islam kenyataan

dapat dikukuhkan dengan kenyataan Tan, S.K (2002) menyatakan

“As the political structure, the sultanate was governed by the sultan who exercised

indigenous leadership and paramount control over the people, this control had the effect

of consolidating and centralizing the otherwise independent datuships, involved political

as well as religious rights and activities and other aspects of society”.34

Selain itu peranan ulamak dalam kepimpinan dapat dilihat apabila mereka

mempraktikkan undang-undang dan cara hidup yang berasaskan Islam dalam kehidupan mereka.

Kenyataan ini dapat dikukuhkan dengan sumber Asia and Oceania: international dictionary of

historic places yang menyatakan:-

“Islam spread rapidly under the sultanate, which was governed by sharia (islamic

law).”35

Undang-undang Islam seperti yang diperjelaskan oleh sumber di memperjelaskan di

mana sumber-sumber Islam digunakan dalam menentukan undang-undang berdasarkan al-Quran

dan hadis sebagai sumber rujukan utama oleh para pemerintah Islam. Undang-undang ini

dipraktikkan dalam kehidupan masyarakat Islam terutamanya dalam muamalat (jual beli), 33Tan, Samuel. K.2008. A history of the Philippines. Quezon city: The University Of The Philippines Press.hlm-42.34Tan, Samuel. K.2008. A history of the Philippines. Quezon city: The University Of The Philippines Press. hlm -43.35Schellinger, P.E , Salkin, R.M, Dan Trudy, R. 1996. Asia And Oceania : International Dictionary Of Historic places. United states: Fitzroy Dearborn publisher. hlm-403.

Page 15: Peranan Ulama di Indonesia, Filipina

munakahat (perkahwinan) dan jenayah. Setelah memasuki abad ke-17, memperlihatkan sultan

dianggap sebagai ketua agama. Agama Islam merupakan pengesahan kepada seseorang raja itu.

Dalam pada itu, beliau mempunyai penasihat dalam soal-soal agama. Walaupun pada ketika ini

sultan bukan merupakan golongan ulamak, Agama Islam diletakkan pada tahap yang tinggi

dalam pentadbiran dan golongan agama akan bertanggungjawab untuk menjadi penasihat dalam

soal agama dan undang-undang Islam. Seperti yang dikatakan oleh Warren, J.T (2007):-

“Political and ecclesiastical institution of the Sulu Sultanate were united in the person of the

sultan. At the state and local level, kadis who acted as juridical advisors, administrators

of Islamic law and adat and catechists, conducted the sultanate’s religious administration

and established the sultan presence and the strength of Islam.”36

2.2.5 Sebagai Benteng Kepada Pengaruh Barat

Ulamak juga berperanan menjadi benteng untuk menghalang pengaruh barat terutamanya

Sepanyol yang berusaha untuk mengkristiankan penduduk di Filipina. Ulamak merupakan orang

penting dalam mentarbiahkan orang Islam agar selalu bergantung kepada Allah terutamanya

untuk menghalang penjajah dengan berjihad. Syed Alawi Balpaki merupakan ulamak pendakwah

yang berada di Sulu pada tahun 1814 ketika pemerintahan berada di bawah Sultan ‘Azimuddin-I

(naik takhta pada 1735M). Menurut Maruwiah Ahmad (2006), Mindanao dan Sulu merupakan

kubu kuat Islam kerana pihak Sepanyol mendapat tentangan yang hebat. Pertempuran yang

pertama antara orang Kristian dengan Islam berlaku di Cebu pada tahun 1569 sehinggalah

1848.37 Harus diingatkan bahawa orang Sepanyol masih belum mampu untuk melemahkan

kuasa orang Islam. Bahkan setelah Sepanyol masyarakat Islam Moro terpaksa menghadapi

tentangan daripada Amerika pada tahun 1898. Walaupun peperangan mengambil masa yang

lama dan wilayah Islam jatuh ke tangan penjajah sedikit demi sedikit, perjuangan menentang

penjajah masih dijalankan sampai ke hari ini kesan daripada pegangan yang kukuh hasil cetusan

para ulamak.

36Warren, J. T. 2007. The Sulu Zone, 1768-1898: The Dynamics Of External Trade, Slavery And Ethnicity In The Transformation Of The Southeast Asia Maritime State. Singapore: NUS Press.37Maruwiah Ahmad. 2006. Penjelajah Portugis dan Sepanyol Ke asia tenggara. Selangor :Karisma Publication. hlm-104.

Page 16: Peranan Ulama di Indonesia, Filipina

2.3 Peranan Ulama di Indonesia

2.3.1 Wali Songo

Antara ulama yang terkenal di Indonesia ialah daripada golongan Wali Songo

atau Wali Sanga. Menurut Haryati (2014), Wali Songo bererti sembilan orang wali atau

sembilan orang yang mampu mencapai darjat wali, suatu tahap yang tinggi yang mampu

mengawal desakan hawa nafsu sanga ( mengawal sembilan lubang dalam diri manusia),

sehingga memiliki peringkat wali. Antara Wali Songo tersebut ialah Maulana Malik Ibrahim,

Sunan Ampel, Sunan Bonang, Sunan Drajat, Sunan Kalijaga, Sunan Giri, Sunan Kudus, Sunan

Muria dan Sunan Gunung Jati.38

Selain berperanan dalam aspek politik, Wali Songo berperanan dalam menasihati

kerajaan,39 Raja dan keluarga diraja. Wali Songo juga menjadi pengajar agama bagi Raja dan

keluarga diraja. Terdapat juga Wali Songo yang menjadi Raja. Sebagai contoh Sunan Gunung

Jati. Beliau dikahwinkan dengan adik Sultan Trenggana bernama Puteri Demak dan beliau

diberikan kuasa di Banten dan Cirebon atas jasanya mengusir Portugis di Banten.

Wali Songo juga berperanan dalam aspek agama. Peranan utama wali ialah berdakwah.

Terdapat pelbagai cara yang dilaksanakan oleh setiap wali dalam berdakwah. Sebagai contoh

Wali Sunan Bonang. Beliau sangat terkenal kerana  berdakwah melalui wayang,

menyempurnakan instrument gamelan terutama boning, kenong, kempul tembang, mecapat dan

Suluk Wujil. Dari aspek sosial dan masyarakat pula, wali berjaya melaksanakan penyebaran

agama Islam dalam kalangan masyarakat. Ajaran Islam dalam dikembangkan ke pelosok Jawa.

Selain itu wali ini berperanan menjadi contoh yang baik kepada masyarakat sebagai contoh, Wali

Sunan Drajat yang membantu Raden Patah dalam membina Masjid Demak. Hal ini jelas

penglibatan wali dalam kemasyarakatan.40

2.3.2 Sunan Gunung Jati

38 Dr.Haryati Hasan.(2014). Islam di Asia Tenggara.Universiti pendidikan Sultan Idris: Jabatan sejarah fakulti sains kemanusiaan.hlm.6.39 Balai Pelestarian Peninggalan Purbakala Jawa Tengah.(2006). Jejak Para Wali dan Ziarah Spiritual. Jakarta: Penerbit Buku Kompas.hlm.23.40 Dr.Haryati Hasan.(2014). Islam di Asia Tenggara.Universiti pendidikan Sultan Idris: Jabatan sejarah fakulti sains kemanusiaan.hlm.7.

Page 17: Peranan Ulama di Indonesia, Filipina

Dalam Wali Songo, antara ahli yang terkenal ialah Sunan Gunung Jati. Beliau dilahirkan di

Pasai, Aceh pada akhir abad ke-15. Pada awal 1520-an, beliau berangkat ke Mekah dan

bermukim beberapa tahun di situ sambil melanjutkan pelajaran agamanya. Sunan Gunung Jati

dilihat memainkan peranan dari aspek antropologi pendidikan. Sunan Gunung Jati telah

menerapkan pelbagai kaedah dalam proses Islamisasi di Tanah Jawa. Terdapat enam kaedah

dakwah41 Sunan Gunung Jati, antaranya ialah kaedah maw’izhatul hasanah wa mujadalah bilati

hiya ahsan., al-hikmah, Tadarruj atau Tarbiyatul Ummah, kerjasama, musyawarah dan juga

pembentukan dan penyebaran pendakwah di pelbagai daerah.

Kedua, beliau menjadi guru agama di Cirebon yang pada ketika itu kerajaan tersebut

dikuasai oleh Hindu Pajajaran.  Kemudian, setelah berjaya melaksanakan tugasnya, beliau

menyebarkan Islam ke seluruh Tatar Sunda dan menegakkan syariat Islam di wilayah tersebut.42

Ketiga, selain sebagai pendakwah, SGJ juga sebagai raja (Kasunanan),43 beliau menjalankan

kegiatan pajak secara sederhana bersesuaian dengan tahap ekonomi rakyatnya agar ia tidak

membebankan mereka. Dalam usaha menjadi raja,44 penyebaran agama Islam itu menjadi

semakin mudah dan beliau telah membina tempat beribadat iaitu Masjid Agung “sang ciptarasa”

dan Masjid Jamik di wilayah Cirebon.

Seterusnya, beliau menghentikan pajakan yang dikenakan oleh Kerajaan Sunda Pakuan

Pajajaran ke atas rakyat sebelum ini. Ia dianggap sebagai satu penindasan ke atas rakyatnya.

Selain itu, beliau telah menjadikan Keraton Pakungwati sebagai pusat pemerintahan kerajaan

dengan berdasarkan kepada Islam. Tidak terkecuali juga, beliau telah berjaya menguasai

pelabuhan-pelabuhan penting di wilayah pantai utara Jawa Barat seperti Banten, Sunda Kelapa,

Lemah Abang, dan Muara Jati.45 Dari aspek politik pula, dalam peperangan pertama, tentera

Cirebon dan Demak di bawah pimpinan Fatahillah atau SGJ telah bergabung untuk merebut

41 Dadan Wildan.(2003). Sunan Gunung Jati antara Fiksi dan Fakta: Pembumian Islam dengan Pendekatan Straktural dan Kultural. Bandung: Humaniora Utama Press. hlm. 278.42 Agus Maryanto dan Zainul Azzah. (2009). Masjid Agung Demak. Bandung: Pustaka Oasis. Hlm. 40.43 Abdul Ghoffir Muhaimin. (2006). The Islamic Traditions of Cirebon: Ibadat and adat Among Javanese Muslims. Australia: ANU E Press. hlm.7.44 Marwati Djoened Poesponegoro dan Nugroho Notosusanto.(2008). Sejarah Nasional Indonesia III: Zaman Pertubuhan dan Perkembangan Kerajaan Islam di Indonesia. Jakarta: Balai Pustaka.hlm. 167.45 Auni Abdullah.(1991). Islam dalam Sejarah Politik dan Pemerintahan di Alam Melayu. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.hlm.45.

Page 18: Peranan Ulama di Indonesia, Filipina

Sunda Kelapa.46 Pertempuran tersebut berpihak kepada ketenteraan mereka. Setelah berhasil

membangunkan kedaulatan Cirebon, SGJ melebarkan sayap kekuasaannya dengan mendirikan

kesultanan Banten.47 Kemudian, atas bantuan Banten, beliau berhasil menguasai Pakuan

Pajajaran,48 iaitu ibu kota kerajaan Sunda.49 Sejak itu, kerajaan Sunda akhirnya goyah.Dakwah

Islam SGJ semakin mudah dijalankan di Sunda berikutan wilayahnya kecil. Apabila hadirnya

Syarif Hidayatullah / SGJ, menyebabkan kerajaan Sunda runtuh, dan kesemua daerah yang

dikuasai oleh Sunda berjaya direbut50 satu persatu oleh tentera Islam.

2.3.3 Maulana Malik Ibrahim

Selain Sunan Gunung Jati, Maulana Malik Ibrahim juga antara salah satu Wali Songo yang

terkenal. Maulana Malik Ibrahim atau Sunan Gresik merupakan wali yang pertama menyebarkan

agama Islam di Indonesia.51 Beliau dipercayai berasal daripada keturunan Rasulullah, beliau

datang daripada Kasyan di Persia dan datang ke Indonesia untuk menyebar agama Islam.

Maulana Malik Ibrahim ialah wali pertama yang datang ke Indonesia, aktiviti pertama

yang dilakukan olehnya ialah berdagang.52 Melalui proses perdaganganlah maka agama Islam

semakin tersebar. Setibanya beliau di Indonesia, beliau dipercayai mula berdagang di kawasan

pelabuhan yang terbuka yang dikenali sebagai Desa Roomi di Gresik. Semasa sampai beliau

telah menunaikan solat dan ini telah menarik perhatian ramai. Hal ini kerana agama Islam adalah

agama yang baharu bagi penduduk Indonesia pada ketika itu. Akibat tertarik dengan agama yang

baru disampaikan maka beliau telah menerima kunjungan ke ibu kota. Setelah itu, beliau telah

membuat keputusan untuk tinggal di Indonesia. Dengan itu juga maka bidang perdagangan

semakin meluas. Hal ini kerana semasa ketibaannya di Indonesia, keadaan agak huru-hara namun

beliau dapat menyelesaikan krisis ekonomi yang dihadapi oleh masyarakat Indonesia. 

46 Ahmad Jelani Halimi.(2008). Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.hlm.274.47 R.Soekmono.(1973). Pengantar Sejarah Kebudayaan Indonesia 3. Yogyakarta: KANISIUS.hlm.56.48 Rosihan Anwar.(2004). Sejarah Kecil “ Petite Histoire” Indonesia, Volume 1. Jakarta: PT Kompas Media Nusantara.hlm.242.49Ibid.50 Ade Soekino S.S.P. (1993). CAI-REBON (Berdirinya Kesultanan Cirebon): Cerita Rakyat Jawa Barat. Jakarta: PT Grasindo.hlm.43.51 Achyut Yagnik dan Suchitra Sheth.(2011). Ahmedabad: From Royal City to Megacity. New Delhi: Penguin Books.hlm.45.52 Slamet Muljana.(2007). Runtuhnya Kerajaan Hindu-Jawa dan Timbulnya Negara-negara Islam di Nusantara. Yogyakarta: LKiS Yogyakarta.hlm.49.

Page 19: Peranan Ulama di Indonesia, Filipina

Contohnya, beliau dipercayai membuka warung dengan menawarkan harga yang murah ke atas

barang jualan harian seperti sayur-sayuran dan makanan harian yang lain. Melalui perdagangan

maka proses komunikasi berlaku dan Maulana Malik Ibrahim sekali gus dapat menyampaikan

dakwah mengenai agama Islam kepada orang ramai. Maka agama Islam dapat disebarkan

Maulana Malik Ibrahim merupakan orang yang pertama menyebarkan agama Islam di

Indonesia antara semua wali songo. Daerah yang disebarkan Islam pada kali pertama ialah Desa

Sembalo yang dikenali sebagai daerah Leran. Rentetan daripada penyebaran itu, maka Maulana

Malik Ibrahim telah membina masjid53 pertama di Desa Pasucinan, Manya bagi memudahkan

penyebaran agama Islam dilakukan. Melalui pembinaan masjid ini juga, beliau mula mendekati

masyarakat setempat. Beliau dipercayai menjalankan dakwah dengan bijaksana kerana

mengadaptasikan pengajaran dengan keadaan sekeliling. Selain itu, penyampaian dakwah yang

dijalankan adalah secara lembut. Akhlak Maulana Malik Ibrahim sendiri sangat sopan, beradab

dan mempunyai sifat yang mulia membuatkan ramai masyarakat yang tertarik dengan agama

Islam seterusnya memeluk agama Islam untuk dijadikan sebagai asas dan panduan dalam

kehidupan seharian.

Seterusnya, Maulana Malik Ibrahim bukan sahaja berperanan untuk menyebarkan Islam

melalui pembinaan masjid, berdagang malah beliau juga turut membina pondok pengajian agama

Islam bagi mengukuhkan lagi pemahaman masyarakat tentang agama Islam. Beliau dipercayai

orang yang bertanggungjawab memperkenalkan pondok atau pesantren54 kepada masyarakat.

Pondok yang pertama dibina di Gresik iaitu salah satu tempat di Tanah Jawa.  Pondok ini dibina

bagi memperkukuhkan lagi tahap kefahaman dan pengajian dalam agama Islam.55 Bermula

dengan pembinaan pondok ini maka lahirlah mubaligh-mubaligh Islam56 yang bertanggungjawab

menyebarkan agama Islam selepas kematian Maulana Malik Ibrahim.

2.3.4 Haji Muhammad Yusuf Ahmad Lubis

53 Mahyudin haji Yahya.(1986). Ensiklopedia Sejarah Islam Volume 1. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.hlm.1133.54 Mujamil Qomar.(2002). Pesantren: dari Transformasi Metodologi Menuju Demokratisasi Institusi. Jakarta: Erlangga.hlm.855 Ronald Lekns-Bull.(2005). A Peaceful Jihad: Negotiating Identity and Modernity in Muslim Java. New York: Palgrave Macmillan.hlm.48.56Ibid.

Page 20: Peranan Ulama di Indonesia, Filipina

Haji Muhammad Yusuf Ahmad Lubis juga merupakan antara ulama yang

memainkan peranan besar dalam mengembangkan agama Islam di

Indonesia selain daripada ulama-ulama yang terdapat di atas. Beliau

dilahirkan pada 10 Januari 1912 di Medan, Sumatera Utara. Yusuf Ahmad

Lubis merupakan seorang ulama dalam bidang tafsir dan telah memberikan

sumbangan besar dalam perkembangan dakwah Islam di Indonesia.Pada

awalnya, Yusuf Ahmad Lubis memulakan kerjayanya sebagai seorang

pendidik. Namun, selepas itu Yusuf memulakan langkah baru dengan

menumpukan perhatian pada kerja-kerja yang berkaitan dengan dakwah dan

tugas utama beliau adalah melatih para pendakwah untuk menjalankan

tugas menyeru kepada agama Islam. Beliau telah menganjurkan Kursus

Kader Khas untuk melahirkan pendakwah yang mantap di Akademi

Mubaligh/Khatib Front Mubaligh Islam Medan. Selain itu, beliau turut

memainkan peranan penting dalam Majlis Ulama Indonesia Sumatera Utara

(MUI Sumatera Utara). Beliau telah dipilih sebagai Ketua Harian dan Ketua

Umum.57

Dari segi sumbangannya, beliau telah memainkan peranan penting

dalam politik, penubuhan Al Jam’yatul Washliyah, penentangan terhadap

tasawuf yang sesat, dakwah khas terhadap penganut Kristian, penubuhan

madrasah dan merupakan seorang pemidato yang hebat. Yusuf Ahmad Lubis

adalah pejuang Islam yang menceburi bidang politik. Beliau aktif dalam

Partai Majelis Syura Muslimin Indonesia atau ringkasnya Masyumi yang

membawa manifesto untuk melaksanakan syariat Islam di bumi Indonesia.

Kegiatan beliau dalam bidang politik amat bermakna kerana jasa beliau

sebagai penggerak awal penubuhan cawangan Masyumi di wilayah Medan

Barat. Kesedaran tentang kepentingan dakwah kepada masyarakat telah

melahirkan satu keazaman dalam diri Yusuf Ahmad Lubis untuk berdakwah

dengan lebih berkesan. Atas kesedaran tersebut, beliau bersama dengan

rakan-rakannya telah menubuhkan Al Jam’iyatul Washliyah pada 30

57Khairuddin Said. (2012). Pemikiran Islah Yusuf Ahmad Lubis. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.hlm.62.

Page 21: Peranan Ulama di Indonesia, Filipina

November 1930. Meskipun telah menganut agama Islam, masyarakat Islam

di Indonesia masih mempercayai dan mengamalkan amalan-amalan

khurafat. Inilah cabaran yang terpaksa dihadapi oleh Yusuf Ahmad Lubis iaitu

untuk menghapuskan kepercayaan khurafat dalam masyarakat Islam

menerusi aktiviti dakwah.

Di samping itu, beliau turut menjalankan aktiviti dakwah terhadap

penganut Kristian. Usaha dakwah terhadap golongan ini bukanlah sesuatu

yang mudah. Kaedah yang digunakan bukan setakat ceramah dan syarahan

sahaja tetapi beliau juga turun padang ke rumah untuk memberikan bantuan

dan memujuk secara perseorangan. Oleh itu, untuk memperluaskan

dakwahnya, beliau telah menggunakan medium penulisan sebagai satu

senjata yang mampu merungkai kekalutan masyarakat Kristian terhadap

Islam. Selain itu, tuntutan untuk menuntut ilmu telah mendorong Yusuf

Ahmad Lubis menubuhkan madrasah dan menyokong pihak-pihak yang ingin

mendirikan madrasah. Pada peringkat awal, rumah dijadikan sebagai pusat

pendidikan madrasah ini. Di sinilah kanak-kanak diajar bahasa Arab dan

Sejarah Islam. Di samping itu, beliau juga memberikan sumbangan kepada

penubuhan Madrasah Tarbiyah Islamiyah yang terletak di Changkat Jering,

Perak. Dalam pada beliau aktif menjalankan kegiatan dakwahnya, Yusuf

Ahmad Lubis ini juga merupakan seorang pemidato yang unggul. Tambahan

pula, ceramah beliau sentiasa dilandasi dengan ayat al-Quran dan hadis

sebagai dalil.

        Justeru, tidak dapat dinafikan bahawa peranan serta sumbangan Yusuf

Ahmad Lubis dalam bidang tafsir sangat besar ditambah lagi dengan

penghasilan  beberapa buah buku yang berkaitan dengan bidang tersebut

antaranya ialah Tafsir Surah al-Fatihah. Kandungan tafsirnya dianggap

memenuhi sebahagian usaha dakwah beliau ke arah pengislahan

masyarakat Islam di Nusantara khususnya di Indonesia.

2.3.5 Syamsuddin al-Sumatrani

Page 22: Peranan Ulama di Indonesia, Filipina

Para ulama berikutnya ialah Syamsuddin al-Sumatrani dan juga dikenali

dengan Syamsuddin Pasai kerana berasal dari Pasai. Acheh dikenali sebagai

“serambi mekah” kerana memiliki intelektual islam yang sangat menonjol.

Syamsudin al-sumatrani merupakan tokoh ulama Islam di Indonesia yang

merupakan kedua selepas Hamzah Fansuri. Beliau juga merupakan ahli-ahli

tasawuf.58

Syamsuddin al-Sumatrani memainkan peranan yang penting dalam

mempengaruhi pembentukan dan perkembangan Islam di acheh pada abad

ke-17. Termasuklah peranannya dalam bidang politik59 iaitu semasa

pemerintahan Sayyid Mukammil pada tahun 1589-1604 Masihi, Syamsuddin

al-Sumatrani telah menjadi orang kepercayaan sultan acheh. Beliau turut

diangkat menjadi mufti kerajaaan acheh pada tahun 1637 oleh Sultan

Iskandar Tsani. Sebarang urusan istana akan akan diuruskan oleh beliau.

Beliau juga seorang ulama yang sangat disayangi oleh sultan Iskandar Muda

sehingga dilantik sebagai pembantu kepada sultan. Beliau merupakan

seorang yang mempunyai kedudukan yang tinggi di istana acheh. Tambahan

pula beliau merupakan seorang ahli politik yang bertindak sebagai penasihat

kepada pemerintah dan sempat menjadi pembesar di Acheh. Melalui nasihat

dan bantuan dari ulama yang sememangnya pakar dalam bidang agama

dapat memudahkan lagi penyebaran dan perkembangan agama Islam. Hal

ini demikian kerana sekiranya seorang pemerintah memeluk Islam dan

mengamalkan pemerintahan Islam maka secara tidak langsung menjadi

faktor penyumbang kepada tahap perkembangan Islam dalam penubuhan

dan pemerintahan kerajaan tersebut. Contohnya, acheh terkenal dengan

daerah yang memiliki intelektual Islam yang sangat tinggi. Contohnya,

seorang tokoh agama yang berperanan penting, Syamsuddin al-Sumatrani

telah berjuang dalam usaha untuk memperkenalkan nilai-nilai islam bagi

58 Dr H.Uka Tjandrasasmita.(2000).Pertumbuhan dan perkembangan kota-kota muslim diIndonesia.Kudus:Menara Kudus.hlm. 34.59 Zulkiple Abd. Ghani.(2005). Dakwah dan Etika Politik di Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.hlm.221.

Page 23: Peranan Ulama di Indonesia, Filipina

mengajak masyarakat untuk menjalani kehidupan mengikut syariat Islam

dengan menyampaikan ajaran yang berpegang teguh kepada al-Quran dan

as-sunnah. Beliau seorang yang sangat berpengaruh dalam pemerintahan

yang berkembang di acheh.  

Selain itu, peranan Syamsuddin al-Sumatrani juga penting dalam

bidang sosial iaitu telah menghasilkan karya-karya yang menjadi rujukan

kepada masyarakat dalam menjalani kehidupan. Beliau banyak mengarang

kitab dalam bahasa Melayu dan Arab. Melalui karya beliau yang tersusun

dan penggunaan bahasa yang indah sehingga pengamalan nilai-nilai ajaran

islam menjadi mudah untuk difahami oleh masyarakat pada saat itu.

Syamsuddin al-Sumatrani adalah pakar dalam bidang tasawuf. Beliau

merupakan ulama tasawuf yang telah hidup sezaman dengan Hamzah

Fansuri.60 Peranan dan pemikiran beliau telah mewarnai khazanah intelektual

Islam di Indonesia. Antara karya beliau ialah Mir’at al-Mukminin (cermin

orang beriman), Jauhar al-Haqaiq (permata kebenaran), Kitab al-Haraka,

Mir’at al- Iman, Kitab al-Martaba dan Syarah Rubaah Hamzah Fansuri.

Fahaman tasawuf Syamsuddin al-Sumatrani61 telah mewarnai corak

keislaman di Aceh. Syamsuddin al-Sumatrani merupakan anak murid kepada

Hamzah  Fansuri. Pemikirannya dalam bidang tasawuf adalah adanya konsep

Martabat Tujuh. Oleh itu, beliau bertanggungjawab dalam menyambung

aktiviti dalam bidang penulisan yang telah dimulai oleh Hamzah Fansuri.

Melalui karya tersebut telah dapat mengembangkan ajaran islam kerana

karya tokoh ulama dijadikan bahan rujukan oleh masyarakat.

2.3.6 Syeikh Nuruddin al-Raniri

Akhir sekali, para ulama yang mula menulis kitab hadis iaitu Syeikh Nuruddin

al-Raniri yang mula menulis dalam kitabnya iaitu dalam bidang hadis yang

bertajuk Hidayat al-Habib fi Targhib wa al-Tarhib. Syeikh Nuruddin al-Raniri

60 Sokhi Huda.(2008). Tasawuf Kultural: Fenomena Shalawat Wahidiyah. Yogyakarta: LKiS Yogyakarta.hlm.79.61Ibid.

Page 24: Peranan Ulama di Indonesia, Filipina

atau nama penuh beliau iaitu al-Syaykh Nuruddin Muhammad Jailani bin Ali

bin Hasanji bin Muhammad Hamid al-Raniri. Beliau adalah seorang ulama

yang terkenal dan masyhur bukan sahaja hanya terkenal dalam kalangan

dunia Melayu malah beliau turut terkenal dalam kalangan-kalangan barat.

Riwayat hidup beliau ialah dilahirkan di Ranir iaitu sebuah kota pelabuhan

yang berhampiran dengan Gujarat, India. Beliau juga berturunan Arab

Hadramaut daripada sebelah bapanya, manakala ibunya pula adalah orang

Melayu Acheh. Pada 6 Muharram 1047 Hijrah bersamaan dengan 31 Mei

1637 Masihi beliau telah tiba di Acheh selepas setahun pemerintahan Sultan

Iskandar Thani.62 Di samping itu, dari segi pendidikan beliau pula ialah beliau

telah mendapat pendidikan di Makkah dan Madinah, malah beliau juga telah

berguru dengan Sayid Umar al-Aydrus. Beliau ada menghasilkan beberapa

karya yang terdiri daripada pelbagai cabang ilmu pengetahuan Islam seperti

ilmu fiqh, hadis, sejarah, akidah, tasawuf dan perbandingan agama. Antara

karyanya ialah kitab hadis iaitu Hidayat al-Habib fi al-Targhib wa al-

Tarhib atau dikenali dengan nama yang lain iaitu al-Fawaid al-Bahiyyah fi al-

Ahadith al-Nabawiyyah iaitu kitab hadis berbahasa Melayu yang pertama di

Asia Tenggara yang juga merupakan hasil sumbangannya kepada

masyarakat Islam di Indonesia, bahkan dalam kitabnya yang lain iaitu Sirat

al-Mustaqim turut menerima pengaruh yang besar kerana ia masih lagi

digunakan di sesetengah sekolah agama di Malaysia pada abad ke-20 ini.

Antara sumbangnya yang lain di Indonesia dapat dilihat di Acheh.

Sebenarnya, Acheh pada suatu ketika dahulu merupakan sebuah negara

yang merdeka, namun sekarang Acheh telah menjadi sebahagian daripada

Indonesia. Jadi, sebelum kedatangan Syeikh Nuruddin al-Raniri di Acheh

telah muncul satu fahaman yang dikenali dengan aliran Tasawwuf

Wujudiyah yang dibawa oleh Syaykh Hamzah Fansuri dan Syaykh

Shamsuddin al-Sumatrani. Namun, dikatakan ajaran ini telah ditentang oleh

sebahagian ahli tasawuf di Timur Tengah kerana mereka beranggapan 62 Marwati Djoened Poesponegoro dan Nugroho Notosusanto.(1993).Sejarah Nasional Indonesia III.Jakarta: Balai Pustaka.hlm.205-206.

Page 25: Peranan Ulama di Indonesia, Filipina

bahawa aliran ini telah menyeleweng daripada ajaran Islam yang

sebenarnya. Maka disebabkan itu, kedatangan Syeikh Nuruddin al-Raniri ke

Acheh ini seakan-akan dikatakan telah membawa satu pendapat baru yang

asing dalam kalangan masyarakat Islam di Acheh. Selain itu, peranan beliau

yang lain dapat dilihat dimana beliau juga telah menjadi seorang Qadi Malik

al-Adil bagi kerajaan Acheh di samping beliau juga menjadi seorang ulama

dalam menyebarkan dakwah Islamiyyah. Tambahan pula, beliau juga banyak

menghasilkan beberapa penulisan yang bernilai tinggi sama ada dalam

berbahasa Melayu Jawi atau karya berbahasa Arab dalam pelbagai bidang.

Jadi, hal ini secara tidak langsung telah memudahkan masyarakat tempatan

dalam mempelajari hal ehwal agama Islam.

3.0 Kesimpulan

Jelaslah bahawa tokoh - tokoh ulama yang berperanan di Nusantara bukan

sahaja sebagai pendakwah dalam menyebarkan agama Islam malahan turut

berperanan dalam melicinkan institusi pentadbiran sesebuah negara.

Sememangnya dalam kalangan ulama wujudnya ulama yang menjadi

pemerintah di sesebuah negara. Tidak ketinggalan, ulama bukan sahaja

bertanggungjawab dalam menyebarkan hal ehwal agama malah yang

Page 26: Peranan Ulama di Indonesia, Filipina

berkaitan dengan keduniaan juga. Hingga ke hari ini, ulama masih lagi

berperanan penting yang tidak dapat dipertikaikan lagi kewibawaan mereka.

Rujukan

Abdul Ghoffir Muhaimin. (2006). The Islamic Traditions of Cirebon: Ibadat and adat Among

Javanese Muslims. Australia: ANU E Press.

Page 27: Peranan Ulama di Indonesia, Filipina

Abdul Rahman Abdullah. (2003). Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara :Sebelum dan Sesudah

Pengaruh Islam. Selangor :LohprintSdn. Bhd.

Abdul Rahman Hasan Nasoh & Weayousof Ismail Sidea. (2011). Tuan Guru Haji Wan Yusof al-Bandari: peranan dan sumbangannya dalam penyebaran ilmu agama di Selatan Thailand. Prosiding Nadwah Ulama Nusantara (NUN) IV. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. 25-26 Mei.

Achyut Yagnik dan Suchitra Sheth.(2011). Ahmedabad: From Royal City to Megacity. New

Delhi: Penguin Books.

Ade Soekino S.S.P. (1993). CAI-REBON (Berdirinya Kesultanan Cirebon): Cerita Rakyat Jawa

Barat. Jakarta: PT Grasindo.

Agus Maryanto dan Zainul Azzah. (2009). Masjid Agung Demak. Bandung: Pustaka Oasis.

Ahmad Fathy al-Fatani (2002). Ulama besar dari Patani.Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ahamakosee Kasor (2011). Sumbangan Syeikh Zainal Abidin bin Muhamad al-Patani dalam perkembangan ilmu di Selatan Thailand.

Ahmad Jelani Halimi.(2008). Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu. Kuala Lumpur: Utusan

Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Auni Abdullah.(1991). Islam dalam Sejarah Politik dan Pemerintahan di Alam Melayu. Kuala

Lumpur: Nurin Enterprise.

Balai Pelestarian Peninggalan Purbakala Jawa Tengah.(2006). Jejak Para Wali dan Ziarah

Spiritual. Jakarta: Penerbit Buku Kompas.

Dadan Wildan.(2003). Sunan Gunung Jati antara Fiksi dan Fakta: Pembumian Islam dengan

Pendekatan Straktural dan Kultural. Bandung: Humaniora Utama Press.

Page 28: Peranan Ulama di Indonesia, Filipina

Dr. H.Uka Tjandrasasmita. (2000). Pertumbuhan dan perkembangan kota-kota muslim di

Indonesia.Kudus:Menara Kudus.

Dr.Haryati Hasan.(2014). Islam di Asia Tenggara.Universiti Pendidikan Sultan Idris: Jabatan

Sejarah Fakulti Sains Kemanusiaan.

Dudung Abdurrahman (2002). Sejarah peradaban Islam: dari masa klasik hingga moden (peradaban Islam moden di Asia Tenggara. Yogyakarta : LESFI.

Khairuddin Said. (2012). Pemikiran Islah Yusuf Ahmad Lubis. Kuala Lumpur: Penerbit

Universiti Malaya.

Kuntowijoyo, A. E. priyono. (2008). Paradigm Islam : Interpretasi untuk aksi. Indonesia. PT

Mizan Publika.

Mahyudin haji Yahya.(1986). Ensiklopedia Sejarah Islam Volume 1. Bangi: Universiti

Kebangsaan Malaysia.

Maruwiah Ahmad. 2006. Penjelajah Portugis dan Sepanyol Ke asia tenggara. Selangor

:Karisma Publication.

Marwati Djoened Poesponegoro dan Nugroho Notosusanto.(1993).Sejarah Nasional Indonesia

III.Jakarta: Balai Pustaka.

Marwati Djoened Poesponegoro dan Nugroho Notosusanto.(2008). Sejarah Nasional Indonesia

III: Zaman Pertubuhan dan Perkembangan Kerajaan Islam di Indonesia. Jakarta: Balai Pustaka.

Mc Amis, R.D.(2002). Malay Muslim: The History And Challenge Of Resurgent Islam In

Southeast Asia. United Kingdom: Wm. B . Eerdmans Publishing Co.

Mujamil Qomar.(2002). Pesantren: dari Transformasi Metodologi Menuju Demokratisasi

Institusi. Jakarta: Erlangga.

Page 29: Peranan Ulama di Indonesia, Filipina

Numan Hayimasae (2009). Jaringan ulama Patani dengan Utara Semenanjung Tanah Melayu abad ke-18 dan ke-19. Malaysia Dari Segi Sejarah (Malaysia In History). Vol. 37. pp. 18-30.

R.Soekmono.(1973). Pengantar Sejarah Kebudayaan Indonesia 3. Yogyakarta: KANISIUS.

Ronald Lekns-Bull.(2005). A Peaceful Jihad: Negotiating Identity and Modernity in Muslim

Java. New York: Palgrave Macmillan.

Rosihan Anwar.(2004). Sejarah Kecil “ Petite Histoire” Indonesia, Volume 1. Jakarta: PT

Kompas Media Nusantara.

Schellinger, P.E , Salkin, R.M, Dan Trudy, R. (1996). Asia And Oceania : International Dictionary Of Historic places. United states: Fitzroy Dearborn publisher.

Slamet Muljana.(2007). Runtuhnya Kerajaan Hindu-Jawa dan Timbulnya Negara-negara Islam

di Nusantara. Yogyakarta: LKiS Yogyakarta.

Sokhi Huda.(2008). Tasawuf Kultural: Fenomena Shalawat Wahidiyah. Yogyakarta: LKiS

Yogyakarta.

Surin Pitsuwan.(1989). Islam di Muang Thailand nasionalisme Melayu Masyarakat Patani. Jakarta.

Tan, Samuel. K.(2008). A history of the Philippines. Quezon city: The University Of The Philippines Press.

Uka Tjandrasasmita.(2009).Arkeologi Islam Nusantara. Indonesia. Kepustakaan Populer Gramedia.

Warren, J. T. 2007. The Sulu Zone, 1768-1898: The Dynamics Of External Trade, Slavery And Ethnicity In The Transformation Of The Southeast Asia Maritime State. Singapore: NUS Press.

Zulkiple Abd. Ghani.(2005). Dakwah dan Etika Politik di Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan

Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Page 30: Peranan Ulama di Indonesia, Filipina