sejarah dan perkembangan pendidikan awal kanak (repaired)

Upload: richell-tiong

Post on 14-Apr-2018

270 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 Sejarah Dan Perkembangan Pendidikan Awal Kanak (Repaired)

    1/9

    Sejarah Dan Perkembangan Pendidikan Awal

    Kanak-Kanak di Eropah, Amerika dan Asia

    DEFINISI PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

    Pendidikan awal kanak-kanak merujuk kepada tempoh masa seseorang

    kanak-kanak itu mendapat pendidikan awal mereka.

    Menurut Pertubuhan Kebangsaan Bagi Pendidikan Kanak-Kanak Muda

    atau The National Association For The Education Of Young Children

    (NAEYC), pendidikan awal kanak-kanak adalah segala program

    pendidikan yang telah diberikan sama ada dalam memberi layanan,

    asuhan dan bimbingan kepada kanak-kanak dari kanak-kanak tersebut

    lahir hingga ke umur 8 tahun.

    Perkembangan Pendidikan Awal Kanak-Kanak di Eropah Perkembangan pendidikan awal kanak-kanak di Eropah telah bermula

    dari zaman Rom, zaman Greek dan negara-negara di sekitar Eropah.

    Sepanjang perkembangan pendidikan kanak-kanak di Eropah di setiap

    abad memperlihatkan kepentingan hak kanak-kanak dan kemajuan dalam

    pendidikan mereka.

    Kebanyakan sistem pendidikan di Eropah hari ini merujuk kepada sistem

    pendidikan Greek dan Rom.

    Pendidikan awal kanak-kanak semasa zaman Greek

    Di Sparta

    Pendidikan perlu bermula dari rumah semenjak bayi hingga 6 tahun oleh

    ibu bapa.

    Pendidikan secara formal akan diberi kepada kanak kanak setelah

    berumur 6 tahun dibawah satu pendidikan khas yang dinamakan Badan

    Kebajikan Masyarakat oleh pihak kerajaan.

    Kanak-kanak berumur 8 tahun di anggap dewasa. Latihan yang

    diberikan adalah berbentuk latihan fizikal seperti berlari, melompat,

    bergusti, bertinju dan sebagainya.

    Kanak-kanak perempuan juga diberi pendidikan untuk menguatkan fizikal

    supaya menjadi sihat dan tegap agar dapat melahirkan keturunan yang

    sihat dan kuat bila berkahwin nanti.

    Di Athens

    Warga Athens menitikberatkan pendidikan ilmu pengetahuan.

  • 7/29/2019 Sejarah Dan Perkembangan Pendidikan Awal Kanak (Repaired)

    2/9

    Pada peringkat awal, kerajaan tidak mengambil berat dalam pendidikan

    sekolah dan tidak membiayai kanak-kanak miskin

    Pendidikan awal kanak-kanak diberikan oleh ibu bapa kanak-kanak itu

    sendiri.

    Kanak-kanak yang mencapai umur 7 tahun, ibu bapa akan memberikan

    kanak-kanak ini kepada guru yang akan menentukan bidang pendidikan

    mereka.

    Dari umur 11 tahun pula, kanak-kanak akan menduduki ujian yang

    berupa ujian jasmani dan akal.

    Sistem pendidikan begini telah melahirkan ramai ahli falsafah.

    Tujuan pendidikan di Athens adalah untuk mencapai keseimbangan

    antara rohani dan jasmani - hidup dengan harmonis. Setiap warganegara

    hendaklah setia kepada negaranya.

    Pendidikan awal kanak-kanak semasa zaman RomPada zaman Rom

    o Pada zaman Rom kuno, tidak terdapat sekolah sebagai institusi

    pendidikan. Kanak-kanak dididik di rumah. Mereka belajar mematuhi dan

    mencontohi orang tuanya dalam segala hal terutamanya kelakuan.

    o Pada kira-kira tahun 450 SM barulah wujud sekolah, kanak-kanak belajar

    membaca dan menulis tentang agama dan undang-undang negara.

    o Pada zaman peralihan kanak-kanak mula mendapat pendidikan di

    sekolah secara formal .

    o Perkembangan pendidikan di Rom memperlihatkan kemajuan dalam

    pendidikan mereka .

    o Pendidikan awal kepada kanak-kanak adalah:

    1. Mengajar membaca dengan secukupnya

    2. Mengarang dengan teliti

    3. Mempelajari pidato untuk kanak-kanak yang ingin menceburi

    bidang peguam, ahli politik

    4. Mempelajari aktiviti bermain pedang, berenang

    5. Pendidikan menekankan membaca, menulis, mengira

    Selepas kejatuhan kerajaan Rom

    o Pendidikan merosot akibat kelemahan kerajaan.

    o Pendidikan kanak-kanak terletak di bawah tanggungjawab ibu bapa.

    o Kanak-kanak tidak mendapat pendidikan sempurna disebabkan ibu bapa

    bekerja.

    o Kanak-kanak perlu membantu kerja-kerja yang dilakukan oleh orang

    dewasa.

  • 7/29/2019 Sejarah Dan Perkembangan Pendidikan Awal Kanak (Repaired)

    3/9

    o Pada waktu yang sama anak-anak golongan istana mendapat

    keistimewaan untuk bersekolah.

    o Mereka di ajar membaca, menulis mengira dan mempelajari buku simpan

    kira.

    Pendidikan Awal Kanak-kanak Abad ke 15 Abad ini kanak-kanak tidak mendapat tempat dan tiada pengiktirafan hak

    perlindungan yang khusus.

    Kanak-kanak kelas golongan atasan disediakan peluang pendidikan

    belajar menerusi tutor atau sekolah di rumah keluarga yang ternama.

    Kanak-kanak golongan pertengahan mendapat latihan vokasional

    Kanak-kanak golongan bawahan dan miskin bekerja membantu ibu bapa.

    Pendidikan Awal Kanak-kanak Abad ke 16

    Di German

    Berlaku penyerahan perkhidmatan pendidikan kepada golongan biasa.

    Sekolah yang dahulu dikuasai gereja diserahkan kepada golongan biasa

    Di Belanda

    Diperkenalkan sistem pengendalian kelas iaitu nisbah seorang guru untuk

    sepuluh orang kanak-kanak.

    Pendidikan Awal Kanak-kanak Abad ke 17

    Perlindungan kanak-kanak bawa perubahan dalam masyarakat

    Sebelum ini pendidikan kanak-kanak berumur 6 tahun tidak berbezadengan kanak-kanak yang lebih tua.

    Menurut Johann Pestalozzi penekanan pendidikan bermula di rumah

    Pembelajaran Adalah secara penemuan.

    Pendidikan awal kanak-kanak Abad ke 18

    Pada abad ini penekanan telah diberikan dalam sistem pendidikan kanak-

    kanak.

    Menurut Robert Owen, sekolah dapat membendung pengaruh negatif

    yang terdapat di rumah.

    Manakala Freidreich froebel mempercayai kanak-kanak perlu diberi

    peluang memilih aktiviti yang diminati.

    Pendidikan awal kanak-kanak Abad ke 19

    Pendidikan awal kanak-kanak menjadi keperluan masyarakat.

    Wujud beberapa pendekatan dalam pendidikan awal kanak-kanak.

  • 7/29/2019 Sejarah Dan Perkembangan Pendidikan Awal Kanak (Repaired)

    4/9

    Pendekatan Reggio Emilia

    Seorang guru Loris malaguzzi dengan bantuan beberapa orang guru dan

    ibu bapa telah membentuk satu sistem pendidikan untuk kanak-kanak

    pada peringkat awal iaitu 4 bulan hingga 6 bulan.

    Sekolah ini berasaskan prinsip Sosio Konstructivis seperti Dewey,

    Montessori,Piaget,Vygotsky.

    Pendekatan Reggio Emilia dalam perkembangan pendidikan awal

    kanak-kanak

    1. Keistemewaan yang ada pada setiap kanak-kanak

    2. Peranan guru dalam P & P

    3. Tumpuan pendidikan pada potensi

    4. Susunan persekitaran fizikal dan ruang

    Pendekatan Bank Street

    o

    1916 Bank Street diasaskan oleh lucy Sprague Mitchell.o Pendekatan berasaskan pertumbuhan kanak-kanak dari aspek fizikal,

    sosial, emosional dan estetik serta intelektual.

    Ciri-ciri program

    Kanak-kanak bertindakbalas terhadap bahan dipersekitaran.

    Kanak-kanak mempelajari menghadapi masalah dan meluahkannya.

    Orang dewasa penting sebagai pemudahcara.

    Pembelajaran bertemakan diri, keluarga, masyarakat dan dunia.

    Kanak-kanak sebaya berada dalam kelas yang sama dengan mempunyai

    seorang guru dan pembantu.Bilik darjah menyediakan pelbagai pusat aktiviti.

    Sejarah Perkembangan Pendidikan awal Prasekolah Pendidikan prasekolah mula berkembang di Eropah pada abad ke 19.

    Ahli-ahli Falsafah Eropah yang terkenal seperti Johann Heinrich

    Pestalozzi, Friedrich Froebel dan Maria Montessori.

    Froebel adalah orang pertama mendirikan tadika di dunia iaitu di Jerman

    pada tahun 1837 dan menamakan tadika itu Kindergarten yang

    bermaksud Garden of Children.

    Prasekolah pertama di dirikan di United Kingdom ditubuhkan oleh Robert

    Own pada tahun 1816 di Scotland dan diberi nama The Infant School.

    Perkembangan Pendidikan Awal Kanak-Kanak di Amerika

    Di Amerika Syarikat, Prasekolah pertama didirikan pada tahun 1850 oleh

    Carl Schruz.

  • 7/29/2019 Sejarah Dan Perkembangan Pendidikan Awal Kanak (Repaired)

    5/9

    Pada tahun 1860, Elizabert Peabody membuka tadika di Boston.

    Penubuhan prasekolah di Amerika Syarikat tertumpu kepada kanak-

    kanak dari golongan yang berada sahaja.

    Kanak-kanak yang miskin hanya terbiar dan tidak mendapat pendidikan

    awal.

    Pada tahun 1960 berlaku transformasi di dalam sistem pendidikan

    Wujud pembelajaran menggunakan kaedah High Scope.

    Merupakan satu kaedah pendidikan bagi prasekolah,tadika atau sekolah

    rendah berdasarkan idea-idea dari Jean Piaget.

    Sekolah yang menggunakan pendekatan High Scope mempunyai

    kawasan yang tertentu untuk setiap aktiviti seperi bermain, aktiviti seni,

    menulis, permainan dramatik dan sebagainya. Kawasan bagi setiap

    aktiviti itu adalah berbeza. (Alice Butler et al., 2004).

    Menurut Jean Piaget anak-anak seharusnya terlibat secara aktif dalam

    pembelajaran kendiri mereka. Mereka belajar dengan melakukan, sering bekerja dengan bahan-bahan

    melaksanakan sesuatu mengikut pilihan sendiri.

    1965 wujud program untuk membantu golongan miskin dalam pendidikan

    di Amerika Syarikat.

    Dinamakan Program Headstart.

    Tujuan penubuhan untuk membantu kanak-kanak yang datang dari

    kawasan mundur dan keluarga miskin. Mereka ditempatkan di satu

    kawasan dan diberi kemudahan pembelajaran.

    Ianya merupakan sebuah program United States Department Health dan

    Human Services yang menyediakan pendidikan komprehensif, kesihatan,pemakanan dan perkhidmatan penglibatan ibu bapa untuk kanak-kanak

    berpendapatan rendah dan keluarga-keluarga mereka.

    Antara perisian program Head Start :

    1. Early Head Start

    -memperkenalkan tentang kesihatan bayi baru lahir,

    mempekenalkan kesihatan keluarga dan fungsinya, kuatkan

    pembangunan bayi.

    2. Migrant And Seasonal Program B ranch

    -mewujudkan perkembangan sihat dalam zaman kanak-kanak

    berumur antara tiga hingga lima tahun.

    3. American IndianAlaska Native Program B ranch

    -dikhususkan untuk Orang India Amerika dan kanak-kanak Alaska

    Native di mana disediakan perkhidmatan seperti penjagaan

    kesihatan, sosialisasi yang berunsurkan pendidikan, pemakanan

  • 7/29/2019 Sejarah Dan Perkembangan Pendidikan Awal Kanak (Repaired)

    6/9

    serta perkhidmatan lain untuk meningkatkan kesediaan kanak-

    kanak untuk ke sekolah (Alice Butler et.al., 2004).

    Ciri-ciri Program Headstart

    a) Penglibatan Ibu bapa

    Ibu bapa dilibatkan dalam pengajaran dan pembelajaran, perancangan

    program dan pengurusan prasekolah.

    b) Kesihatan

    Program Headstart menyediakan program kesihatan yang meliputi

    perubatan, pergigian, kesihatan mental dan perkhidmatan makanan bagi

    kanak-kanak prasekolah.

    c) Pemakanan

    Pusat Program Headstart juga mengajar kanak-kanak cara-cara untuk

    menjaga kesihatan diri dan pentingnya memakan makanan yang sesuai

    dan cara menjaga gigi sendiri.d) Pendidikan

    Setiap orang kanak-kanak menerima pelbagai pengalaman individu untuk

    memupuk perkembangan sosial, intelek, fizikal dan emosi.

    e) Perkhidmatan Sosial

    Program ini membantu keluarga berusaha secara diri sendiri untuk

    meningkatkan kualiti kehidupan.

    f) Ketidakupayaan

    Sekurang-kurangnya 10 peratus daripada pengambilan kanak-kanak

    adalah kanak-kanak kurang upaya atau keperluan khas.

    g) Kesihatan Mental

    Ahli professional kesihatan mental bekerjasama dengan pihak prasekolah

    dan ibu bapa untuk meningkatkan kesedaran masalah khas kanak-kanak.

    Sejarah perkembangan pendidikan awal kanak-kanak di Amerika

    Tahun Amerika Syarikat

    1856 Tadika Jerman berbahasa jerman ditubuhkan di Wisconsin

    1860 Elizabeth Palmer Peabody membuka kindergarden

    persendirian di Bonston,Massachusetts untuk kanak-kanak

    penutur bahasa Inggeris1873 Susan Blow membuka kindergarden pertama di St Louis

    Missouri. Latihan perguruan yang pertama untuk guru

    kindergardendi Oshkosh Norman School, Philadelphia.

    1896 John Dewey memulakan makmal sekolah di University Of

    Chicago

    1919 Harriot Johnson memulakan Nursery school di Bank Street

  • 7/29/2019 Sejarah Dan Perkembangan Pendidikan Awal Kanak (Repaired)

    7/9

    College of education, new york

    1926 National Association for the Education Of young Chidren

    (NAEYC) Diasaskan oleh Patty Smith Hill di Colombia

    Teacher College.

    1943 Kaiser child Care Center dibuka di Oregan.

    1950 Eric Erikson menulis teori perkembangan personaliti

    1965 High/ Scope Diperkenalkan oleh David weikrat

    1970 Head Start mendapat bantuan daripada kerajaan pusat

    1990 Emergent Curriculum dipekenalkan oleh Elezabeth Jones

    Project Spectrum dipekenalkan

    Reggio Emilia mula berkembang dari Itali ke Amerika

    Perkembangan Pendidikan Awal Kanak-kanak di Asiao Perkembangan pendidikan kanak-kanak di asia bermula di negara-negara

    Asia Barat dan Timur Tengah.Pendidikan banyak dipengaruhi unsur-unsur

    keagamaan,kepercayaan,falsafah dan budaya

    o Di ASEAN, pendidikan prasekolah bermula selepas peperangan Dunia

    Kedua. Pada tahun 1900an, prasekolah mula ditubuhkan di Filipina,

    Singapura dan Thailand. Manakala di Malaysia, perkembangan

    pendidikan prasekolah bermula pada tahun 1940 an.

    Pendidikan zaman tamadun mesir

    Pendidikan dalam zaman tamadun Mesir purba telah wujud sejak 1000

    tahun sebelum Masihi. Sekolah dalam tamadun Mesir purba hanya untuk orang lelaki sahaja.

    Sekolah banyak terdapat di Memphis dan Thebes.

    Tujuan pendidikan ialah menyediakan dan memberikan berbagai

    pelajaran tentang kehidupan sehari-hari. Mata pelajaran yang dipelajari

    ialah matematik, mekanik, binaan, ukiran, lukisan, muzik dan lain-lain lagi.

    Pada peringkat Pendidikan Rendah, umur 6 tahun merupakan permulaan

    bagi seseorang kanak-kanak menimba ilmu. Mereka belajar selama 6 jam

    sehari sama ada di rumah ( guru dijemput datang) atau dihantar ke

    sekolah.

    Pelajaran yang diajar ialah membaca, menulis, dan mengira .Merekamempelajari tiga bentuk tulisan Mesir dengan cara menyalin sahaja.

    Alat yang digunakan untuk menulis ialah batu atau kepingan kayu yang

    diseliputi plaster yang boleh dibasuh (guna semula).

    Perkembangan pendidikan awal kanak-kanak di India

    Tujuan pendidikan pada masa itu ialah melahirkan manusia yang alim.

  • 7/29/2019 Sejarah Dan Perkembangan Pendidikan Awal Kanak (Repaired)

    8/9

    Semua pengetahuan yang dipelajari adalah berkaitan dengan agama.

    Pendidikan diwajibkan bagi semua yang ingin menjadi pendeta dan

    pendidikan ini dikendalikan oleh pendeta.

    Apabila seorang pelajar telah menerima benang yang dianggap suci, dia

    akan diletakkan di bawah jagaan seorang guru selama 12 tahun.

    Pada masa itu pelajar tersebut akan belajar tentang astronomi.

    Bangsa Aryan yang datang dari Lembah Ganges sehingga ke selatan

    dan barat India telah memperluaskan lagi pengetahuan tentang agama

    dan sains.

    Semua pengetahuan ini terkumpul dalam sutra-sutra yang ditulis dengan

    mudah, pendek dan menarik untuk dihafal oleh kanak-kanak berumur 8

    hingga 12 tahun.

    Perkembangan Pendidikan Awal Kanak-Kanak di China

    Ibu bapa China lebih gemar anak-anak mereka mengikuti kurikulum yangbercorak akademik dan apabila lulus terus memasuki peperiksaan awam

    untuk bekerja sebagai pegawai kerajaan.

    Perkembangan Pendidikan Awal Kanak-Kanak di Arab

    Pendidikan ialah untuk melatih dan menyediakan diri untuk kehidupan

    sehari-hari.

    Kanak-kanak dilatih membuat pekerjaan orang tuanya seperti membuat

    tempat kediaman, melawan musuh dan binatang buas.

    Pendidikan rumah tangga amatlah dipentingkan. Mereka mempelajari

    cara-cara mencari makanan, membuat pakaian, bertukang dan kesenian. Mereka juga diberi didikan akhlak dan belajar tentang syair, mengenal

    keturunan, ilmu mengecam bumi, perubatan dan mengenal arah mata

    angin.

    Pendidikan Awal Kanak-Kanak Asia Foundation

    1954, Asia Foundation telah menunjukkan satu usaha untuk

    meningkatkan kualiti pengajian di Asia.

    Persediaan awal dalam usaha ini ialah

    1. Memajukan pihak university yang utama di Asia, termasuk Chinese

    Universiti of Hong Kong dan Ehwa Womans Universiti of Hong

    Kong dan Ehwa Womans Universiti di Korea.

    2. memajukan perpustakaan dan pembangunan kurikulum.

    3. menyediakan peruntukan peralatan yang diperlukan.

    4. memberi biasiswa untuk pelajar.

    Mempelopori program-program untuk meningkatkan pendidikan budak-

    budak perempuan melalui biasiswa.

  • 7/29/2019 Sejarah Dan Perkembangan Pendidikan Awal Kanak (Repaired)

    9/9

    Program-program lain untuk meningkatkan insentif kepada keluarga untuk

    memastikan anak-anak gadis mereka di sekolah (Kimberly Gould

    Ashizawa, 2006).

    Sejarah Asia Foundation

    Menyokong pembangunan sekolah-sekolah. Wujud perubahan kurikulum dalam Asia, terutama kawasan Islam Asia

    Tenggara.

    Pertengahan 1980 hampir 80 peratus sekolah pondok telah menerima

    bantuan.

    Sepanjang 50 tahun sejarah, Asia Foundation telah menyediakan

    pelbagai keperluan untuk pengajaran profesional di Asia.

    1980-an, TheAsia Foundation menyediakan sokongan untuk universiti

    seluruh Thailand bagi membangunkan mahasiswa dalam kurikulum

    perniagaan dan program-program MBA. Membangunkan program-program latihan bahasa Inggeris yang telah

    dibuktikan amat penting untuk pembangunan ekonomi dan kapasiti

    penyelidikan skor bagi Negara Asia.

    Asia Foundation menyokong penciptaan makmal Bahasa Inggeris

    pertama untuk Universiti East Timor yang merupakan Negara merdeka

    terbaru (Kimberly Gould Ashizawa, 2006).