sebab-sebab penentangan bougainville

Upload: stanley-stewart-peter

Post on 14-Apr-2018

239 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/30/2019 Sebab-Sebab Penentangan Bougainville

    1/4

    Sebab-sebab Konflik Bougainville

    a. Sejarah

    Sejarah bemulanya Gerakan Penentangan Bougainville dapat dikesan

    sejauh apabila ia ditawan oleh Jerman lewat abad ke 19 dengan tujuan

    mendapatkan tenaga kerja di lading-ladang seperti di Samoa. Menjelang Perang

    Dunia, koloni-koloni ini telah diserahkan kepada Australia dan New Zeland.

    Akibatnya Bougainville telah menjadi sebahagian wilayah Australia dan

    meneruskan ekonomi perladangannya. Namun keadaan berubah pada 1942

    dengan pendudukan Jepun. Hampir semua warga Australia telah melarikan diri

    dan meninggalkan warga Bougainville yang, pada mulanya menerima baik

    tentera Jepun, telah ditindas oleh tentera Jepun. Apabila Jepun dapat dikalahkan,

    pentadbiran Australia telah digunakan semula. Tindakan Australia ini dilihat

    sebagai satu sebab menentang kerana Australia bertindak seolah-olah melarikan

    diri meninggalkan penduduk Bougainville di saat-saat mereka memerlukan

    perlindungan tentera Australia. Sebelum ini 'There is no common enemy or issue

    to bind the people together.. .unless there is true feeling of nationalism, and

    something common for people to come together and fight for, we cannot get

    results.'

    b. Aktiviti perlombongan

    Bougainville mempunyai lombong tembaga antara yang terkaya di dunia.

    Dua buah syarikat perlombongan berperanan melombong tembaga iaitu Rio Tinto

    Zinc (RTZ) dan Bougainville Cooper Limited (BCL). Australia mula menganggap

    apa sahaja yang berada di bawah tanah adalah milik Kerajaan dan bukan milik

    tuan tanah. Keputusan ini dibuat tanpa mengambilkira adat tempatan. Isu royalty

    menjadi masalah yang dikatakan menjadi punca ketidaksenangan penduduk

    tempatan. Salah seorang anggota parlimen Paul Lapun telah cuba mendapatkan

    royalty

    Pekerja-pekerja luar dari Bougainville mula dibawa masuk. Masalah mula

    dilihat timbul. Salah satunya ialah keluhan penduduk asal Bougainville yang

    mengadu mendapat pampasan yang tidak sepadan dengan aktiviti perlombongan

    di tanah mereka. Penduduk juga mengadu mendapat upah yang jauh lebih rendah

  • 7/30/2019 Sebab-Sebab Penentangan Bougainville

    2/4

    berbanding pekerja luar di samping hanya disediakan kemudahan yang amat asas

    sahaja. Kemasukan pekerja luar ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati

    kerana mereka telah menambahkan masalah jenayah serta masalah setinggan di

    Bouganville. Sebenarnya penduduk asal tidak menentang sangat aktiviti

    perlombongan tetapi lebih kepada kecewa kerana tidak diajak berunding dan

    kurang mendapat keuntungan Tambahan BCL juga dituduh merosakkan alam

    sekitar apabila membuang sisa perlombongan ke sungai yang menjadi punca

    kehidupan penduduk Bougainville. Antara contoh kemusnahan ialah pemindahan

    lokasi kampong agar perlombongan dapat dilakukan. Begit juga banyak hutan

    yang musnah yang selanjutnya menyebabkan kemusnahan habitat hidupan liar

    yang juga menjadi punca makanan penduduk stempat. Di samping itu sungai-

    sungai juga telah mengalami kemusnahan habitat ikan serta pertukaran arah

    laluan sungai. Malahan ikan turut mengalami keracunan dan seterusnya air

    menjadi beracun untuk manusia dan tumbuhan. Kesannya penduduk setempat

    menjadi marah kerana tiada pampasan untuk mereka akibat kemusnahan

    tersebut. Malahan lama kelamaan golongan pemilik tanah mula menjadi musuh

    antara satu sama lain yang akhirnya menyebabkan kumpulan militant mula

    muncul.

    c. Peranan Media

    Media Australia yang membuat liputan sering menggambarkan perkara

    yang negative serta berat sebelah dalam laporannya. Mereka mengambarkan

    suasana di Papua New Guinea (PNG) seolah-olah ada gerakan ketenteraan di

    sana. Malahan media Australia cuba menggambarkan primitive tribesman

    sebagai military capable yang mempunyai senjata automatic. Sebenarnya

    media Australia mahu menggambarkan imej buruk di PNG agar Australia sentiasa

    mempunyai peranan dan kepentingan.

    d. Masalah Budaya

    Penduduk Bougainville tidak mahu dikatakan mempunyai hubungan

    kebudayaan dengan PNG. Mereka mahu mendapat hak menentukan hak dan

    masa depan pulau mereka sendiri. Namun PNG enggan berbuat demikian kerana

    tetap mahukan Bougainville sebagai sebahagian dari Negara PNG. Akibatnya

  • 7/30/2019 Sebab-Sebab Penentangan Bougainville

    3/4

    pada 1 September 1975, beberpapa orang penduduk Bougainville membuat satu

    proklamasi kemerdekaan dengan memberi nama baru iaitu Republik Solomon

    Utara. Walau bagaimanapun ia tidak diiktiraf dan masih dianggap kekal

    sebahagian PNG.

    Penduduk Bougainvillle berusaha membawa kes mereka kepada PBB tetapi

    tetap gagal. Sebagai usaha terakhir, mereka bersetuju mengakui kemerdekaan

    PNG dengan syarat PNG harus memberi kemerdekaan kepada Bougainville dalam

    masa 5 tahun. Malang sekali janji ini tidak pernah ditepati yang menyebabkan

    hubungan Bougainville dan PNG menjadi semakin singkat dan akhirnya menjadi

    konflik bersenjata.

    e. Peranan Bougainville Revolutionary Army (BRA)

    Ia ditubuhkan pada November 1988 oleh Francis Ona, seorang penduduk

    asli yang pernah bekerja di BCL. BRA telah menyerang kawasan lombong BCL dan

    mencuri peledak. Kesan siri serangan BRA, PNG memulakan usaha mengekang

    aktiviti BRA namun gagal sehingga memaksa BCL menghentikan operasinya di

    Bougainville.

    f. Campurtangan Australia

    Kegagalan ini telah menyebabkan Australia menyalurkan bantuan

    ketenteraan kepada PNG. Antaranya ialah pemberian beberapa unit helicopter

    kepada tentera PNG. Malahan penduduk Australia sendiri digalakkan menyertai

    sukarelawan perang di medan konflik Bougainville. Dengan bantuan sedemikian,

    PNG telah melancarkan satu serangan mengejut ke atas pulau Bougainville pada

    Januari 1990. Namun BRA, walau pun kurang dari segi persenjataan, telah

    Berjaya menangkis serangan tersebut.

    Kegagalan ini memaksa PNG menarik keluar tenteranya dan menukar taktik

    kepada mengadakan sekatan sepenuhnya ke atas Bougainville. Akibatnya

    penduduk Bougainville telah terputus hubungan dengan dunia luar dan berdepan

    ancaman kebuluran serta masalah dalaman kesan kesengsaraan yang dialami

    penduduknya. Bahkan ada yang belot dan menubuhkan Buka Liberation Front

    (BLF).

  • 7/30/2019 Sebab-Sebab Penentangan Bougainville

    4/4

    Kesimpulannya, punca konflik Bougainville ini muncul adalah kerana usaha

    anak tempatan Bougainville mempertahankan apa yang merupakan hak mereka.

    Mereka juga telah ditindas dan merempat di tempat sendiri. Mereka sebenarnya

    mahu membentuk identity sendiri da nada hak ke atas tanah sendiri. Malang

    sekali ada pihak yang mencampuri urusan mereka sehingga memaksa mereka

    mengangkat senjata mempertahan kan hak serta maruah mereka.