27 sebab gagal ptd

Click here to load reader

Post on 21-May-2015

764 views

Category:

Career

5 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

  • 1. Sila sebarkan ebook ini untuk manfaat bersama

2. 27SebabCalonGAGALUjianPTD http://tipsptd.com/blog 2 27 Sebab Mengapa Calon GAGAL Ujian PTD Oleh: Team TipsPtd.com 3. 27SebabCalonGAGALUjianPTD http://tipsptd.com/blog 3 Kondisi Walaupun segala langkah telah diambil untuk memastikan laporan percuma ini sempurna, mungkin terdapat beberapa kesalahan, kerana kita sebagai manusia kadangkala terlalai dan tersilap. Maaf untuk itu.. Laporan atau ebook ini adalah milik Blog Tips PTD (http://tipsptd.com/blog) sepenuhnya. Anda dibenarkan mengedarkannya secara percuma. Anda tidak dibenarkan sama sekali untuk menjual ebook percuma ini ataupun mengubah kandungannya dalam apa cara sekalipun. http://tipsptd.com/ 4. 27SebabCalonGAGALUjianPTD http://tipsptd.com/blog 4 Muqaddimah Setiap tahun boleh dikatakan puluhan ribu yang memohon untuk menjadi Pegawai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik ataupun kita panggilnya pegawai PTD. Dari puluhan ribu itu, hanya beberapa ribu yang berjaya melepasi ujian peperiksaan bertulis PTD dan layak menghadapi PAC. Setelah melalui proses tapisan PAC, hanya sebahagian yang berjaya untuk terus menghadapi peringkat terakhir sebelum proses lantikan iaitu temuduga PTD. Dan anda harus tahu, setiap peringkat ambilan tidak sampai 500 orang sahaja yang diserap menjawat jawatan ini dan sudah pastilah tahap kesukaran ini meletakkan kerjaya PTD sebagai satu kerjaya yang berprestij dalam senarai penjawat awam. Antara faktor yang menjadi sebab utama dan terpenting kenapa calon gagal menjadi PTD ialah mereka gagal mendefinisikan KENAPA MEREKA GAGAL!. Pakar motivasi mengatakan yang kunci utama kejayaan ialah mengenal kekuatan anda dan memperkukuhkannya. Kenali kelemahan anda dan cuba perbaiki. Belajar dari kesilapan orang lain adalah satu jalan shortcut untuk berjaya sebab itulah dikatakan sejarah mengajar kita untk berjaya. Atas kesedaran itu, tipsPtd.com mengumpulkan 27 sebab mengapa calon gagal menjawat jawatan pegawai PTD. Dengan harapan agar ianya menjadi panduan untuk setiap calon yang bakal menduduki proses pengambilan PTD tidak kiralah pada perigkat ujian bertulis, PAC mahupun temuduga PTD, anda harus tahu mengapa orang lain gagal dan anda seharusnya memperkuatkan diri anda supaya anda tidak 5. 27SebabCalonGAGALUjianPTD http://tipsptd.com/blog 5 mengulangi kesilapan mereka, seterusnya melayakkan anda menjawat jawatan berprestij ini. 27 sebab-sebab ini dikumpulkan hasil pengalaman calon-calon sebenar yang melibatkan 15 orang responden yang gagal dalam ujian-ujian PTD, 8 daripadanya gagal ujian bertulis PTD dan selebihnya di peringkat PAC dan temuduga. Sekalung penghargaan juga untuk mereka kerana sudi berkongsi pengalaman dan mudah-mudahan ianya memberi manfaat untuk pembaca blog tipsPtd.com. Blog TipsPtd.com dibangunkan khas untuk menjadi one-stop-center untuk bakal-bakal pegawai PTD dalam mencari maklumat yang komprehensif, tepat dan merangkumi hampir keseluruhan gambaran setiap peringkat ujian. Hal ini diilhamkan hasil dari pengalaman sendiri dan pengalaman rakan-rakan yang mencari maklumat dari internet, tapi maklumatnya bercampur seterusnya membuatkan kita sendiri jadi lebih gelabah dan kabur. Jadi TipsTpd.com berusaha membekalkan maklumat yang tersusun dan mencukupi untuk anda menduduki peringkat- peringkat tapisan dalam usaha menjadi pegawai PTD. Komen anda adalah amat dialukan dan semoga sedikit usaha ini bermanfaat untuk semua. Ikhlas dari; Team Tipsptd.com 6. 27SebabCalonGAGALUjianPTD http://tipsptd.com/blog 6 27 Sebab Mengapa Calon Gagal Ujian PTD Sebab-sebab ini dikumpulkan sekali untuk ketiga-tiga peringkat tapisan PTD iaitu ujian bertulis, PTD Assessment Center (Pre-PAC) dan temuduga PTD. 1. Tidak Tahu Bagaimana Ini merupakan masalah yang pokok. Anda mungkin pernah mendengar tentang PTD dan kegemilangannya, tapi tidak tahu bagaimana nak memohon untuk menjadi pegawai PTD. Anda jugak tidak tahu apa kelayakan yang diperlukan untuk menjawat jawatan ini dan apakah tuntutan-tuntutan dalam menjawat jawatan ini. Dalam kata lain faktor ini merupakan maklumat asas yang anda seharusnya tahu dengan tepat bagi memastikan arah tuju anda untuk menjawat jawatan PTD lurus dan sampai ke arah tujunya. Gagal mendapatkan maklumat yang tepat merupakan jalan utama untuk anda gagal manjawat jawatan ini. 2. Kurang Maklumat Anda tidak mengetahui maklumat tentang bila anda harus memohon. Bilakah masanya jawatan ini dibuka untuk anda mohon. Apabila anda leka dalam mencari maklumat ini, anda mungkin terpaksa menunggu sehingga tahun depan untuk memohonnya semula. Begitu juga dengan tarikh-tarikh penting dan system pengisian borang yang disediakan oleh 7. 27SebabCalonGAGALUjianPTD http://tipsptd.com/blog 7 pihak SPA. Jadi dalam kes ini anda harus peka dengan maklumat yang diiklankan oleh pihak SPA di akhbar mahupun terus merujuk laman web rasmi SPA 3. Tidak Tahu Format dan Ujian yang Bakal Dilalui Anda mendedahkan diri anda kepada kemungkinan terkejut dan blank semasa ujian PTD termasuklah juga untuk ujian PAC dan temuduga PTD. Dalam ujian bertulis contohnya, anda harus tahu apakah format dan apakah skop yang akan ditanya. Dengan itu persediaan anda akan lebih terarah dan fokus. Masuk ke dewan peperiksaan dengan memiliki keseluruhan idea tentang ujian itu adalah kelebihan kepada anda di mana anda akan lebih tenang dan yakin semasa menduduki peperiksaan tersebut. Di samping itu, anda akan dapat melakukan persediaan dengan lebih tepat dan yakin kerana tahu apakah skop yang perlu anda studi. 4. Tidak Tahu Apa yang Dinilai Semasa mengharungi PTD Assessment Centre (pre-PAC), anda harus tahu apa sebenarnya yang dinilai sepanjang program tersebut. Membawa diri anda tanpa fokus hanya akan merugkan anda. Kebanyakan kes calon gagal semasa PAC ialah kegagalan mempamerkan sesuatu yang dikehendaki oleh penilai anda. Secara kasarnya ada 3 faktor utama yang dinilai selain keadaan fizikal dan penampilan anda! Anda harus cari apakah 3 faktor tersebut dib blog tipsPtd.com! 8. 27SebabCalonGAGALUjianPTD http://tipsptd.com/blog 8 5. Gagal Menunjukkan Kelebihan Faktor ini lebih kepada semasa mengharungi PAC dan temuduga PTD. Anda harus tahu apa kelebihan anda yang perlu anda tonjolkan. Kegagalan ini membuatkan anda sedikit terkebelakang dengan calon lain. Sekiranya anda mempunyai kelebihan seperti pernah menjadi Presiden Kelab semasa di universiti ataupun menganggotai Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), sebolehnya anda cuba mengenengahkan kelebihan anda sebagai kredit tambahan untuk anda. Tapi ingat, anda perlu bersederhana dan memilih masa yang sesuai untuk tujuan ini. 6. Tidak Membuat Persediaan Rapi Persediaan rapi mencakupi keyakinan diri dan maklumat yang mencukupi adalah faktor kritikal untuk anda berjaya dalam mengharungi peringkat-peringkat nilaian dalam usaha menjawat jawatan idaman ini. Ramai calon yang gagal peringkat ujian bertulis khasnya adalah disebabkan kegagalan melakukan persediaan yang rapi sebelum menduduki ujian tersebut. Luangkan masa khas mungkin satu jam sehari selama seminggu sebelum menduduki peperikaan ini. Anda harus tahu dan sedar bahawa tujuan ujian bertulis diadakan adalah antara lain untuk menguji pengetahuan anda. Jika anda seorang yang malas mengambil tahu isu-isu nasional dan antarabangsa, bagaimana anda boleh menjadi seorang pegawai PTD yang bagus? Ringkasnya, buatlah persediaan yang rapi sebelum menduduki 9. 27SebabCalonGAGALUjianPTD http://tipsptd.com/blog 9 peperiksaan ini kerana ianya melambangkan kesungguhan anda untuk menjawat jawatan ini. 7. Info Tidak Tersusun Anda punya maklumat hasil dari pembacaan dan pengalamn anda semasa di universiti, tapi maklumat- maklumat itu ada yang anda hanya ingat-ingat lupa. Mungkin sebab anda mendapat maklumat itu dari mulut ke mulut ataupun maklumat itu sudah lama. Jadi anda harus mengukuhkan maklumat ini dan berusaha memantapkannya melalui ulangkaji tidak rasmi seperti pembacaan semula dan pastikan apa-apa yang anda tak pasti. Semasa sesi pengucapan umum dan dalam mempertahan hujah anda semasa PAC, anda perlu mengenengahkan maklumat yang tepat dan releven dan mampu mempertahankan hujah anda dengan maklumat yang tepat, jika tidak kelemahan ini akan digunakana sepenuhnya oleh rakan lain untuk menjatuhkan anda. Jangan biarkan ini berlaku, kukuhkan maklumat anda. 8. Gemuruh Gemuruh atau gementar ialah perkara normal dan seharusnya dilalui oleh manusia biasa. Tapi gemuruh yang keterlaluan dan tidak terkawal memang menjadi faktor penting kenapa ramai calon gagal dalam menjadi PTD. Fenomena ini membuatkan anda gagal untk berfikir dan bertindak selari dengan kebijaksanaan anda. Memang merugikan kalau anda gagal mengawalnya. Pendekatan holistic seperti berdoa dan mohon restu ibu ayah adalah 10. 27SebabCalonGAGALUjianPTD http://tipsptd.com/blog 10 antara benda yang tidak seharusnya dipandang remeh. Selain itu sampai awal ditempat ujian dapat membantu anda mengurangkan gemuruh ini disamping teknik pernafasan yang betul. Saya sendiri mengamalkan pengambilan penawar hemopathy yang memang terbukti berkesan untk saya dalam mengawal gemuruh sya. Oopss.. terlepas rahsia saya! 9. Maklumat Bercampur Anda boleh dapat pelbagai maklumat dari internet melalui engin carian Google dan Yahoo. Tapi hasilnya anda akan menghadapai satu situasi yang dinamakan information overload. Bukan setakat anda keliru dengan maklumat anda, tapi lebih parah kepala anda dipenuhi dengan maklumat yang bercampur-campur sehingga menjadikan anda lebih gemuruh. Sepatutnya dengan maklumat yang banyak, anda menjadi lebih yakin, tapi sebab ianya bercampur-campur, ramai calon menjadi lebih gelabah dan akhirnya gagal memanfaatkan maklumat-maklumat tersebut. Apa yang perlu ialah anda senaraikan dulu apa yang anda hendak, dan kemudian baru mula mencari. Mencari secara umum dan tidak terarah akan menjadikan anda leka dan gagal mencapai objektif carian anda. Dalam ujian PTD contohnya, anda harus tahu skop apa yang bakal ditanya dan anda harus cari berdasarkan s