sebab dikau

776
Sebab Dikau Kasihkan hidup sebab dikau Segala kuntum mengoyak kepak Membunga cinta dalam hatiku Mewangi sari dalam jantungku Hidup seperti mimpi Laku lakon dilayar terkelar Aku pemimpi lagi penari Sedar siuman bertukar tukar Maka merupa di datar layar Wayang warna menayang rasa Kalbu rindu turut mengikut Dua sukma esa – mesra – Aku boneka engkau boneka Penghibur dalang mengatur tembang Di layar kembang bertukar pandang Hanya selagu, sepanjang dendang Golek gemilang ditukarnya pula Aku engkau di kotak terletak Aku boneka engkau boneka 1

Upload: khairyn-othman

Post on 11-Jun-2015

2.692 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Hanya novel 'percuma' untuk yang mengenali Khairyn Othman. Walaupun percuma, tidak bererti anda boleh sesuka hati mencedok apa-apa pun dari novel ini tanpa kebenaran. Itu dinamakan 'plagiarism'. Apa itu 'plagiarism'? Ayuh ke sini: http://en.wikipedia.org/wiki/Plagiarism Maklumbalas dan permintaan boleh dibuat ke:[email protected]

TRANSCRIPT

Page 1: Sebab Dikau

Sebab Dikau

Kasihkan hidup sebab dikau

Segala kuntum mengoyak kepak

Membunga cinta dalam hatiku

Mewangi sari dalam jantungku

Hidup seperti mimpi

Laku lakon dilayar terkelar

Aku pemimpi lagi penari

Sedar siuman bertukar tukar

Maka merupa di datar layar

Wayang warna menayang rasa

Kalbu rindu turut mengikut

Dua sukma esa – mesra –

Aku boneka engkau boneka

Penghibur dalang mengatur tembang

Di layar kembang bertukar pandang

Hanya selagu, sepanjang dendang

Golek gemilang ditukarnya pula

Aku engkau di kotak terletak

Aku boneka engkau boneka

Penyenang dalang mengarak sajak

Amir Hamzah

1

Page 2: Sebab Dikau

PROLOG

Dari jauh Hafizah melihat sekumpulan anak muda Melayu sedang duduk

bertenggek di atas batuan dipinggir perkarangan Gereja San Nicholas yang terletak

hampir di puncak bukit Albaiyzin, Granada di Selatan Sepanyol. Ada enam orang

kesemuanya. Kesejukan angin dingin lewat bulan Januari tidak langsung diperduli.

Mungkin seronok dapat menikmati suasana petang berlatar belakangkan keindahan

pemandangan istana Al-Hambra tercatuk di atas puncak Bukit La-Sabica setentang

dengan Albaiyzin.

Dari gaya percakapan seperti melayu Malaysia. Pelajar-pelajar yang belajar di

England mengambil kesempatan backpacking beramai-ramai agaknya, fikir Hafizah.

Selalu sangat pelajar-pelajar Malaysia yang belajar di England atau di negara-negara lain

dalam benua Eropah mengambil kesempatan melancong ke Sepanyol ketika cuti

semester.

Salah seorang anak muda itu mengeluarkan sebuah gitar dan mula memetik

mengalunkan lagu. Yang lain mula berkerumun. Kumpulan itu juga menarik perhatian

pelancong asing yang lain. Anak muda itu mula menyanyi. Merdu juga suaranya.

Pilihan pertamanya, lagu popular kumpulan Search, Isabella. Hafizah tersenyum.

Dia turut terhibur dengan nyanyian mereka. Lama sudah dia tidak mendengar gemersik

lagu Melayu. Walaupun berirama rock, ia tetap menjadi halwa telinga pada Hafizah.

Selesai, anak muda mendapat tepukan dari mereka yang terhibur. Tersengih-

sengih mereka menerima tepukan dari bangsa yang langsung tidak memahami bahasa

Melayu. Gitar langsung bertukar tangan. Tali di petik menjanakan sebuah alunan lagu

baru. Lembut.

2

Page 3: Sebab Dikau

“Aku terjaga dari tidur,

Bagai ada satu suara,

Yang lembut membisik padaku

Pulanglah...

Termenung di pagi yang dingin

Terkenangkan kampung halaman

Terbayang wajah-wajah sayu

Kurindu...

Tersentak Hafizah mendengar anak muda itu menyanyikan lagu lama Pulanglah,

nyanyian Dato Shake. Kampung? Ya Allah. Sudah lama dia melupakan perkataan itu.

Difikirnya sudah dipadam dari kamus hidupnya, rupanya ia masih segar di dalam kotak

ingatan. Kampungnya sekarang di sini. Di bumi Sepanyol inilah kini tanah airnya.

Bertahun-tahun dia Malaysia dirasakan terlalu jauh, tapi kini bila mendengar lagu

itu, terasa dia terlalu dekat dengan tanah tumpah darahnya. Tiba-tiba hatinya dirundung

rasa rindu yang amat sangat. Rindu pada Hafizi dan rindu pada Hafifi. Rindu pada tanah

air yang tidak pernah dijenguk lebih lima tahun. Lama sudah dia merajuk membawa hati.

Air mula tergenang dipelupuk mata. Dipejam matanya rapat-rapat. Usahlah

menitik. Janganlah mengalir. Jari-jarinya menggenggam erat palang besi. Kesejukan yang

menggigit sudah tidak dirasai. Setitis air gugur mengalir lesu di pipi. Cepat-cepat Hafizah

menyeka dengan jari. Setitis lagi jatuh dan setitis lagi. Empangan airmatanya pecah dan

kali ini dia tidak mampu menahannya lagi. Terhingguk-hingguk bahunya menahan sedu.

Ya Allah! Ampuni dosaku.

Bersaksikan Al-Hambra di kejauhan, Hafizah terus menangis…

3

Page 4: Sebab Dikau

1.

Hafizah memandang keluar tingkap. Hujan masih belum mahu berhenti. Lebat

selebatnya. Angin bertiup garang seolah-olah mahu menumbangkan pohon angsana yang

berderetan di tempat letak kereta.

Mesti jalan sesak hari ni, bisik hatinya. Selalunya kalau hujan petang, jalan di

Kuala Lumpur akan penuh sesak, apatah lagi ketika awal bulan macam hari ini. Semua

hendak balik cepat. Yang selalu berpusu-pusu menaiki bas mungkin memilih teksi

sebagai kenderaan untuk pulang.

Hafizah menekap dahi ke tingkap bercermin hitam. Dingin. Dia suka hujan lebat.

Air yang turun menderu dari perut awan yang padat dan berwarna kelabu, seolah-olah

membersihkan kekotoran di muka bumi, menyegarkan pepohon yang lesu berselaput

debu dan bagi Hafizah, hujan jugalah anugerah alam yang dapat mendamaikan hatinya

yang kadang-kadang keruh. Air hujan yang turun mencurah-curah juga seolah dapat

mengembalikan semangatnya untuk berhadapan dengan dugaan hidup yang penuh

dengan cabaran.

Teringat bas panjang berwarna merah Leng Seng Omnibus yang menjadi

kenderaan rasminya sejak berpuluh tahun sebelum bas Intrakota mengambil alih tempat

bas merah dan bas mini yang ketitilan mengejar penumpang dan masa. Bila bergerak,

seolah olah seluruh isi bas terketar-ketar mengikut alunan enjin bas yang jarang di

selenggara. Bila hujan petang begini, bas-bas ini akan bertukar menjadi ketuhar yang

bergerak. Kepanasan dan bercampur dengan bau keringat penumpang yang berasak-asak

di dalam perut bas. Kadang-kadang ada juga penumpang yang pitam kerana tidak tahan

dengan keadaan macam itu. Bila sudah berasak-asak begitu, hendak bernafas pun susah.

4

Page 5: Sebab Dikau

Hendak tidak hendak terpaksalah menggelungsurkan tingkap bas ke bawah.

Biarlah tempias asal dapat udara untuk bernafas. Ada pula selak bertingkat itu

yang haus. Bila bas terlanggar lopak atau jalan tidak rata, berdetap tingkap

menggelungsur. Akhirnya penumpang yang duduk di tepi tingkap akan basah terpercik

hujan yang lebat. Walaupun keadaan bas-bas ini hampir nazak, ia tetap setia memberi

perkhidmatan kepada warga kota.

Hafizah tersenyum meleret terkenang nostalgia lama. Matanya masih lagi

memerhatikan deretan kenderaan di tempat letak kereta. Pohon-pohon angsana meliuk

lentuk mengikut rentak angin yang masih lagi garang. Satu dua dahan yang rapuh jatuh

menyembah bumi. Jangan lah ada dahan yang besar jatuh ke atas deretan kenderaan yang

diletakkan di situ.. Kasihan nanti tuan punya kenderaan.

Dari tingkat dua pejabat itu, Hafizah terpandang kereta kancil berwarna merah

yang diletakkan betul-betul di bawah pohon angsana. Itu kancil milik Sandy Choo,

pegawai yang menguruskan wang syarikat dan gaji pekerja. Baru sangat, dua bulan

usianya.

“Aisey! Jangan lah lebat lagi. Macamana I nak balik ni.” Tuan punya Kancil tiba-

tiba muncul di sebelah Hafizah. Dahi Sandy berkerut. Bimbang kancil barunya kemek

terkena dahan pohon angsana.

“Jangan bimbang Sandy. Hujan dah nak berhenti ni. Kenapa you letak kereta

bawah pokok tu, kalau jatuh dahan pokok, mahu kemek kereta you,” balas Hafizah,

tersenyum sedikit.

“Choi! Touch wood. Jangan cakap macam ni Fiza. I letak kat situ sebab tadi

panas. Taknak la my car jadi macam oven nanti,” Sandy menepuk bahu Hafizah.

5

Page 6: Sebab Dikau

Terkekek-kekek Hafizah tergelak.

“Pukul berapa you nak balik Fiza? Nak tumpang I sampai bus stop ke?”

“Wah! Tak ada hot date ke hari ni, Sandy? Boyfriend tak nak jumpa ke?” Usik

Hafizah.

“Brian overtime hari ni. I jumpa dia lewat sikit. Macamana ni, mau tumpang ke

tak nak? Lagipun I nak singgah supermarket nanti, barang rumah dah habislah,” kecoh

mulut Sandy. Mulutnya yang mongel disapu gincu merah jambu petah mengeluarkan

kata-kata.

Hafizah menggeleng. “Tak payahlah Sandy, hari ni I balik lambat sikit, ada kerja

yang nak kena habiskan cepat. I naik bas aje lah.”

“Kalau hujan macam ni bas mesti penuh dan jalan jammed tau,” tambah Sandy

lagi. Dia membetulkan skirt pendek berwarna merah hati.

“Takpelah Sandy, lain kali. I kena siapkan kerja untuk Dato. You tau lah sejak

Kak Zaharah cuti bersalin, I kena take over kerja dia,” terang Hafizah. Dia mengerling

jam tangan. Jarum jam menunjukkan pukul empat lima puluh petang. Dia belum solat

Asar lagi.

“Aisey Sandy, lewat dah ni. You tak nak siap nak balik ke? I nak kena sambung

kerja lagi.” Hafizah melangkah meninggalkan Sandy yang masih lagi berkerut

memerhatikan deruan hujan yang turun di luar tingkap. Belum ada tanda-tanda akan

berhenti.

“OK lah Fiza. I ingat I kena jalan juga lah. Kalau tunggu tak tau lah pukul berapa

nak berhenti,” ngomelnya lagi.

Mereka berjalan beriringan. Sandy terus menuju ke pejabatnya yang dikongsi

6

Page 7: Sebab Dikau

bersama dengan tiga lagi pegawai kewangan syarikat perumahan yang diterajui oleh

Datuk Rosli Kamaruddin sejak tiga puluh tahun yang lepas.

Sejak berpuluh-puluh tahun berhempas-pulas di dalam dunia perniagaan hartanah,

Datuk Rosli boleh berbangga dengan pejabat urusan yang mengambil tiga tingkat ruang

niaga di kompleks komersil di Wangsa Maju. Ruang tamu pejabat terletak di bahagian

bawah pejabat untuk memudahkan urusan jual beli dengan pelanggan, manakala tingkat

dua dan tingkat tiga di khaskan untuk kakitangan syarikat.

Hafizah meneruskan langkah menuju ke bilik pejabat Dato Rosli. Tugasnya

sekarang adalah sebagai pembantu peribadi sementara kepada pengerusi syarikat,

menggantikan kak Zaharah yang sedang dalam cuti bersalin. Tugasnya yang rasmi adalah

sebagai setiausaha kepada pengarah urusan. Jawatan yang masih kosong semenjak Encik

Daniel Chan berhenti kerja tiga minggu lalu. Sedang elok sangat dia menggantikan

tempat kak Zaharah.

Sejak Encik Daniel berhenti kerja, Hafizah menggunakan bilik kosong sebagai

tempat solat sementaranya. Jadi, tidak perlulah dia menunggu giliran di surau pejabat

yang agak kecil terletak berhampiran dengan bilik air di belakang. Walaupun surau di

bahagi dua untuk muslim dan muslimat untuk kemudahan pekerja-pekerja, Hafizah

senang menggunakan bilik Encik Daniel Chan mungkin sehingga Dato Rosli mengambil

pengganti baru untuk jawatan Pengarah Urusan.

Meja kak Zaharah terletak di sebelah pintu masuk ke bilik Dato Rosli seperti

mana lazim tempat setiausaha di sebuah pejabat. Selain dari komputer peribadi yang

terletak di penjuru meja, ada sebaris fail projek perumahan tersusun kemas.

Hafizah menghenyak punggung sambil jarinya mencapai fail teratas di atas

7

Page 8: Sebab Dikau

susunan. Dia menekan keyboard komputer yang lama di tinggalkan dalam mode

hibernate. Ada banyak lagi data yang harus dimasukkan ke dalam fail komputer. Sedar

tidak sedar, Azan maghrib mula berkumandang sayup dari sebuah masjid berdekatan

dengan kawasan komersil itu. Laungan gemersik muazzin memecah keheningan di

pejabat.

Hafizah menggeliat kecil. Lebih dua jam dia duduk mengadap komputer mengisi

data di dalam fail. Dia memusingkan badan memandang ke tingkap. Hujan sudah pun

berhenti. Suasana sudah gelap. Hanya angin masih lagi bertiup sepoi.

Dia bangun dari duduk dan terus menggeliat lagi. Bila seorang begini tidak adalah

cuak sangat hendak menggeliat, fikirnya lalu tersenyum. Selesai berpusing ke kiri dan ke

kanan, Hafizah pantas menyusun fail yang telah dipindah data ke dalam komputer.

Semuanya akan di masukkan ke dalam almari besi dan di kunci kemas. Diskette yang

bertaburan di atas meja juga di masukkan ke dalam kotak plastik untuk disimpan sama di

dalam almari besi.

Selesai mengemas meja, dengan menyanyi kecil Hafizah melangkah menuju ke

bilik air untuk mengambil wuduk. Dia sudah biasa keseorangan di dalam pejabat petang

remang begini. Selalu sangat dia buat kerja lebih masa. Apatah lagi sejak semua adiknya

kini belajar di institusi pengajian tinggi dan dia tinggal keseorangan di rumah. Lebih

banyak masanya kini dihabiskan di ofis dari di rumah.

Berdecap bunyi selipar jepunnya yang lencun dengan air limpahan wuduknya.

Hafizah tersengih sendiri. Dia suka bunyi bising selipar jepun. Tangan baju kurung warna

hijau lumut dibiarkan tersingsing di lengan. Tudung warna sedondon dibiarkan terletak di

atas kepala, tidak di pin.

8

Page 9: Sebab Dikau

Kelepat kelepet.. bunyi selipar mengalun irama mengiringi langkah Hafizah ke

bilik En Daniel Chan.

“Kenapa nak sembahyang di sini, pergilah ke surau.”

Satu suara garau menyapa. Bagai nak luruh jantung Hafizah. Langkah kakinya

terhenti. Cepat-cepat dia memalingkan kepala mencari empunya suara. Rasanya dia

seorang sahaja di pejabat petang ini. Hafizah tidak sedar ada lagi pekerja yang bekerja

lewat sepertinya.

Tuan punya suara sedang enak bersandar di tepi pintu bilik Encik Daniel Chan.

Tangan kanannya memegang mug berwarna hitam. Aroma enak kopi panas menerawang

mencucuk hidung.

“Errr.. Encik Iskandar, buat apa di sini?” Hafizah menyapa sopan. Kenapa pula

anak Dato’ Rosli berada di pejabat hari ini? Tiba-tiba muncul . Dari mana ye?

“Saja je. Saya ada dekat-dekat sini, jadi saya singgahlah,” balas Iskandar.

Kakinya disilangkan, relaks. Matanya memandang tepat pada Hafizah. Perlahan-lahan dia

meneguk air kopi panas dari mug. Sudah lebih dua puluh minit dia berada di pejabat

ayahnya.

Iskandar masuk ketika Hafizah berhenti menaip untuk ke tandas. Hampir dua jam

dia memerhatikan Hafizah memasukkan data ke dalam komputer. Begitu tekun, sehingga

gadis itu tidak sedar ada seorang lagi hamba Allah berkongsi pejabat dengannya petang

itu. Dan ketika gadis itu keluar untuk mengambil wuduk, dia pula keluar dan terus ke

pantry membancuh kopi dan makan sekeping dua biskut untuk mengisi perut yang tiba-

tiba terasa lapar.

Hafizah serba salah dipandang begitu. Apa kena anak Dato Rosli ni? Tidak

9

Page 10: Sebab Dikau

pernah-pernah tunjuk minat nak datang ke pejabat, hari ni pula dia muncul. Sedang orang

tak ada pulak tu, hatinya mengomel. Tangan kanannya pantas membetulkan tudung yang

hanya terletak di kepala.

Entah bila anak Dato’ yang sulung ini naik ke pejabat? Siap buat kopi secawan

pula tu. Tidak pula Hafizah dengar bunyi pintu dibuka. Pelik.

“Maaflah Encik Iskandar, saya nak solat sekejap. Tumpang lalu, saya nak ambil

telekung dan sejadah dalam bilik ni.” Tanpa memandang pada Iskandar, Hafizah

mencelah masuk ke dalam bilik. Dia segera mengambil telekung dan sejadah yang

terlipat di bucu meja Encik Daniel Chan dan segera untuk mencelah keluar.

Iskandar sengaja tidak mahu memberi laluan lebar kepada Hafizah. Entah

mengapa, dia bagai mahu mengusik gadis itu. Mengadang laluannya. Dia memerhatikan

gadis yang bernama Hafizah memboloskan dirinya keluar dari bilik Encik Daniel Chan.

Dia tidak mahu berundur walau seinci pun dari muka pintu.

“Selalu ke buat kerja lebih masa?”

Hafizah mendongakkan kepala memandang Iskandar. Dia pelik kenapa tiba-tiba

Iskandar berminat hendak tahu tentang pekerja syarikat ayahnya. Selalunya jarang dia ke

pejabat Dato Rosli apatah lagi beramah mesra dengan pekerja-pekerja syarikat itu.

Iskandar mengangkat kening memerhatikan gadis yang kebingungan di

hadapannya. Jarak mereka tidak sampai empat kaki. Apa kata aku pegang tangannya.

Batalkan air sembahyang dia, hatinya tiba-tiba berbisik nakal.

Entah kenapa mood hari ini seperti hendak megusik. Padahal dia tidak pernah

mengambil peduli atau mahu mendekati gadis yang bernama Hafizah Mahat yang sudah

bekerja dengan bapanya lebih sepuluh tahun sebagai kerani hinggalah sekarang menjadi

10

Page 11: Sebab Dikau

setiausaha kepada Pengarah Urusan.

Tidak ada apa yang menarik pada Hafizah cuma dia seorang pekerja yang rajin

dan berdedikasi. Itu sebab ayahnya begitu sayang pada Hafizah. Selalu memuji gadis

tersebut. Selain itu, Hafizah cuma gadis biasa malah lebih biasa dari biasa.

Bukan juga tipikal gadis Melayu biasa. Sopan ya, tapi kurang lemah lembut.

Pendiam dan tidak terlalu bercampur dengan pekerja-pekerja yang lain. Malah, dari segi

fizikal pun tiada apa yang menarik pada dirinya. hitam manis, bertudung. Cuma... ada

parut yang panjang di tepi pipi kirinya. Dari bawah pelupuk mata menurun sehingga

hampir ke dagu. Parut itu yang sentiasa mengetuk pintu ingin tahunya. Nakal sangatkah

dia sehingga jatuh dan berparut? Jahat kah dia dahulu sehingga pernah bergaduh dan

terluka hingga berparut?

Teringin benar Iskandar hendak tahu punca parut di tepi pipi kiri gadis itu. Tapi,

hatinya tawar hendak mendekati gadis itu. Bukan Hafizah sahaja, malah hatinya sudah

tawar dengan mana-mana gadis sekalipun.

“Er.. tak selalu. Cuma kena buat inputting data dalam sistem,” jelas Hafizah

pendek. Dia terkial-kial membetulkan lipatan telekung di tangan. “Minta diri dulu Encik

Iskandar.”

Iskandar terus menghirup air kopi yang sudah suam-suam kuku. Dia

memerhatikan langkah Hafizah menuju ke surau yang terletak di belakang pejabat.

Kelepat kelepet bunyi selipar mengiringi gerak langkah gadis itu.

***

11

Page 12: Sebab Dikau

Hafizah merebahkan badan ke katil. Angin dari kipas duduk membelai tubuh.

Suara kanak-kanak menangis sesekali berselang seli dengan bunyi deruman motor di flat

rumah murah Taman Melati 2 tidak diendahkan. Dia sudah biasa dengan suasana bising

sejak duduk di flat itu hampir sepuluh tahun.

Balik sahaja dari pejabat, Hafizah terus singgah ke kedai runcit tidak jauh dari

rumah. Pagi tadi dia sudah membeli tiga ekor ikan keli dan sedikit sayur-sayuran, cuma

ada sedikit lagi ramuan yang diperlukan untuk memasak esok. Hafizi, adik lelakinya yang

kini di dalam Tahun Tiga dalam kejuruteraan mekanikal di Universiti Malaya akan

pulang bercuti. Sudah lebih dua minggu Hafizi tidak pulang kerana sibuk belajar untuk

peperiksaan akhir semester.

Walaupun Hafizi tidak pernah meminta, Hafizah tahu lauk kegemaran adiknya

itu. Ikan keli masak asam pedas dan sayur goreng. Setiap kali dia balik, mesti hidangan

itu disediakan oleh Hafizah.

Sejak Hafizi mendapat tempat di Universiti Malaya di dalam bidang kejuruteraan

awam, tinggallah Hafizah dan adik bungsu mereka Hafifi. Tapi Hafizah tinggal seorang

sekarang apabila Hafifi pula mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di Universiti Sains

Malaysia di Pulau Pinang. Sunyi apabila ditinggalkan seorang begitu, tapi Hafizah redha

kerana kedua-duanya pergi untuk menimba ilmu.

Sejak mereka tinggal tiga beradik, Hafizah adalah ketua keluarga kecil mereka.

Dia memastikan mereka tidak pernah putus rezeki dan adik-adik mendapat pendidikan

secukupnya. Walaupun dia habis tingkatan lima, dia mahu adik-adiknya mendapat

pendidikan yang lebih tinggi.

Alhamdulillah, mereka mendapat rumah murah untuk penempatan setinggan dan

12

Page 13: Sebab Dikau

duit pinjaman perumahan pun tinggal sepuluh tahun lagi untuk dibayar. Persiapan rumah

juga terhad setakat yang mampu dibeli dengan gaji seorang kerani. Walaupun barangan

rumah kebanyakan barangan terpakai, Hafizah tetap bangga dengan teratak kecilnya.

Ruang tamu walaupun tanpa perabot, tetap selesa. Tikar buluh disusun mengalas simen

sejuk. bantal-bantal kecil menaburi satu sudut kecil khas untuk mereka bersantai sambil

menonton televisyen yang hanya sebesar empat belas inci yang diletak di atas rak khas.

Langsir berbunga kecil merah bertanah coklat memberi warna lembut pada ruang

kecil mereka. Langsir hasil kerja tangan Hafizah. Tiap kali matanya terpandang langsir

ringkas yang menutupi tingkap ruang tamu, hatinya berbunga kembang.

Di satu sudut pula, meja kecil ala jepun menjadi ruang makan mereka tiga

beradik. Meja kecil itu dibeli dari jiran rumah sebelah, warnanya sudah agak pudar tapi

hasil inisiatif Hafizi yang menyalut varnish baru, meja kecil mereka menjadi seakan baru.

Kusyen empat segi pengalas punggung disusun kemas. Di situ tempat mereka banyak

menghabiskan masa berborak selepas makan ataupun berbincang hal-hal yang serius. Di

situ juga, Hafizi membentangkan surat tawaran universiti lebih kurang empat tahun yang

lalu. Kemudian tiba giliran Hafifi membentangkan khabar gembiranya pula.

Rumah flat tiga bilik itu memang sesuai untuk mereka. Hafizah sentiasa

memastikan bilik adik-adiknya kemas walaupun sekarang mereka hanya pulang ketika

cuti semester.

Perabot di setiap bilik juga ringkas. Ada katil bujang dan almari kayu setiap

seorang. Cuma bilik Hafifi sahaja yang meriah. Oleh kerana dia yang bungsu, ramailah

kawan-kawan peneman tidurnya. Hafizi telah membina rak kecil untuk patung-patung

lembut kesayangan adik mereka. Walaupun barang rumah agak terhad, mereka adik

13

Page 14: Sebab Dikau

beradik tetap selesa dan gembira tinggal bersama. Malah, Hafizah rasa sejak mereka

tinggal bertiga, hubungan adik beradik yang dulunya longgar menjadi lebih akrab.

Hafizah menarik nafas panjang. Dia memusingkan badan. Dalam gelap,

fikirannya menerawang... ikan keli masak asam pedas dan sayur goreng..

14

Page 15: Sebab Dikau

2.

“Kau kalau makan tu, boleh tak ingat orang lain sekali? Cuba jangan dihabiskan.

Aku tak larat, asyik nak memasak aje kerjanya!”

Hafizi terus menyuapkan nasi bercampur ikan keli masak asam pedas ke mulut.

Ngomelan ibunya tidak diendahkan. Yang penting perut mesti di isi. Kalau lambat alamat

tak makan lah dia. Lagipun dia ada aktiviti petang di sekolah, dia perlukan stamina.

“Hoi! Kau dengar ke tidak ni? Aku cakap buat tak tau aje. Hoi! Sudah sudah lah

tu. Aku nak makan juga. Jangan ingat tembolok besar kau aje!” Jegil mata Nuraina

memandang anak teruna yang tidak memperdulikan omelannya.

Hafizi terus membisu. Selesai makan dia mengangkat pinggan ke dapur. Di

letakkan atas meja. Biar. Dia tidak kuasa hendak melayan ibunya. Dalam fikirannya

sekarang, dia sudah kenyang dan tiba masanya untuk keluar. Lagi lewat dia keluar lagi

lambat dia tiba di sekolah.

“Hah! Nak ke mana pulak tu? Lepas makan je terus keluar. Pinggan tu tak boleh

basuh? Kau ingat aku ni apa? Kuli kau?” Makin nyaring suara Nuraina melepaskan

geram. Tangan kanannya mula menggaru kepala yang tidak gatal. Dia geram sangat

dengan perangai Hafizi yang endah tidak endah itu.

Hafizi terus melangkah keluar sambil menjinjing kasut sukan. Di birai pintu dia

duduk untuk menyarungkan kasut. Tiba-tiba kepalanya ditujah keras.

“Hei! Dengar tak apa aku kata ni? Anak tak sedar di untung!” Jerkah Nuraina

lagi. Apa kena anak ini? Degil sungguh.

Hafizi cepat-cepat bangun. Gila apa orang tua ni? Dia memandang ibunya. Atas

bawah. Dia mencemik. Baru bangun tidur lah tu. Ada hati nak tanya ke mana aku pergi,

15

Page 16: Sebab Dikau

getus hati kecilnya.

“Apa hal kau pandang aku macam tu? Nak kena libas dengan rotan lagi?” Perli

Nuraina.

Hafizi tersenyum kecil. Badan tak terurus, rambut kusut masai, mata pun merah

ada hati nak pukul aku? Entah-entah mabuk tak habis lagi. Aku tolak sekali, jatuh

agaknya. Entah pukul berapa ibunya pulang malam tadi. Hafizi sudah tidak peduli. Apa

ibunya buat, dengan siapa dia pergi, Hafizi tidak kisah. Niatnya cuma satu. Belajar

rajin-rajin dan keluar dari rumah neraka jahanam ini. Apa nak jadi dengan orang lain

dia tidak pernah mahu ambil peduli lagi. Hafizi mendengus dan terus berlari

meninggalkan Nuraina di pintu yang berkain pelikat, berbaju tanpa lengan dan rambut

kusut masai tanpa sepatah perkataan pun.

“Setan!!” Nuraina menjerit, sambil lagi bercekak pinggang.

Sudah lazim rumah setinggan di bina rapat-rapat. Kadang-kadang lorong ke

setiap rumah cukup-cukup untuk tiga orang berjalan beriringan. Jalannya pun bukanlah

rata, apatah lagi bertar. Tanah liat. Kalau musim hujan, kenalah berhati-hati, silap

langkah boleh tergelincir. Parit-parit kecil yang berlumut hijau di buat selari dengan

petak rumah. Besarnya cukup sekadar untuk melarikan air hujan dan kadang-kadang air

kumbahan dari bilik air. Hanyir bercampur hancing. Papan-papan rumah yang lembab

menambahkan aroma yang tidak menyenangkan sesiapa sahaja yang berjalan di lorong-

lorong rumah setinggan.

bagi Hafizah dan penghuni Kampung Seri Ampangan di situ, mereka sudah biasa

dengan laluan-laluan kecil. Sudah tahu mana lubang, mana lopak dan jalan mana yang

16

Page 17: Sebab Dikau

licin. Ada yang sengaja membawa tisu lebih, bukan untuk menutup hidung tapi mengelap

kasut yang selaput dek selut apabila menunggu bas di jalan besar.

Bau hamis atau hancing sudah tidak menjadi hal. Sebelum keluar, pakailah

minyak wangi lebih sedikit. Hidung sudah lali dengan bau-bauan yang tidak

menyenangkan dari rumah setinggan.

Hafizah berjalan dengan laju. Sesekali dia melompat kecil mengelak lopak. Hujan

petang tadi lebat sungguh. Rumah-rumah yang berdekatan dengan sungai ada yang

ditenggelami air paras lutut. Tadi, Rokiah kawannya di sekolah ada memberitahu,

rumahnya mungkin ditenggelami air.

Banjir kilat sudah terlalu kerap berlaku sejak akhir-akhir ini. Kata orang inilah

petanda negeri sudah maju. Sejak dasar kerajaan yang mementingkan pembangunan

fizikal, terlalu banyak projek pembangunan terutama perumahan sedang dilaksanakan

sekarang. Pembangunan yang tidak terkawal menyebabkan bencana alam seperti banjir

kilat kerap berlaku terutama di kawasan rendah seperti Ampang.

Walaupun rumah keluarga Rokiah masih lagi dekat dengan hulu sungai, bila

hujan lebat begini, rumahnya pasti ditenggelami air separas lutut. Kalau hujan di hulu,

begitu juga keadaannya. Jadi mereka sekeluarga terpaksa berhati-hati. Apa sahaja

benda atau peralatan yang penting, di letak di tempat tinggi. Penyapu lidi menjadi

peralatan rasmi ketika banjir begini.

Titis-titis hujan mengenai kepala, tapi Hafizah langsung tidak memperdulikan

rambutnya yang semakin basah. Hayunan langkah semakin laju. Dia perlu segera

pulang. Sesekali dia menyeka titsan air di muka. Rambut lurus paras bahu semakin

basah. Dia melirik pada jam di tangan kiri. Sudah hampir pukul sebelas setengah

17

Page 18: Sebab Dikau

malam..

Badannya terasa letih teramat sangat. Sengal tangannya mengangkat dulang silih

berganti sejak pukul tiga petang tadi. Kakinya juga terasa penat kerana terlalu lama

berdiri dan berjalan mengangkat hidangan dan pinggan-pinggan kotor dari dewan

makan ke dapur.

Tadi dia terpaksa bertugas lebih masa untuk dua function, satu high tea untuk

wanita korporat pukul empat petang dan satu lagi wedding dinner dalam pukul lapan

malam.

Sudah lebih setahun dia bekerja sambilan sebagai pelayan di hotel lima bintang

di Jalan Sultan Ismail. Pendapatan tidak menentu tetapi kalau rajin boleh mencecah satu

ribu ringgit. Rokiah yang memperkenalkan kerja tersebut semenjak mereka berdua di

dalam tingkatan tiga lagi. Bagi mereka, wang yang sebegitu memang sungguh lumayan.

Selalunya khidmat mereka di perlukan ketika cuti sekolah di mana ramai ahli-ahli

korporat ataupun orang-orang berada membuat majlis di hotel terkemuka terutama

sekali majlis perkahwinan. Apatah lagi sekarang, banyak hotel-hotel yang menawarkan

pakej perkahwinan untuk menarik pelanggan.

Bukan setakat musim cuti sekolah, Ramadhan merupakan bulan paling sibuk

apabila hotel-hotel menyediakan buffet Ramadhan istimewa yang memberi peluang

warga kota menikmati juadah berbuka puasa dengan hidangan yang lazat.

Teringatkan hidangan, perut Hafizah mula berkeroncong. Dia memang tidak

sempat hendak menjamah sedikit pun nasi di hotel tempat dia bekerja. Walaupun polisi

hotel tidak membenarkan pekerja mengambil lebihan makanan, kadang-kadang

semangkuk dua dapat juga dia mengisi perut ataupun kadang-kadang di bawa pulang.

18

Page 19: Sebab Dikau

Lagi dua puluh meter ke pintu rumah, langkah Hafizah mula perlahan.

Telinganya tajam mendengar suara keras ke dua ibu bapanya silih berganti. Tidak habis-

habis menengking sesama sendiri. Tak sakit tekak ke? Hafizah merungut. Tangannya

menyeluk kocek beg sandang. Segugus kunci di keluarkan. Telinganya bingit mendengar

jerkah, sumpah seranah yang macam air paip keluar dari mulut ibu dan

ayah.Langkahnya mati. Hafizah terpaku di halaman. Kepalanya tertunduk. Penat.

Topik utama, duit. Itu sahaja yang menjadi intipati setiap pertengkaran dan

acapkali perang mulut yang bersulam sumpah seranah berakhir dengan sepak terajang

dan perhiasan rumah yang hanya boleh dibilang dengan jari pecah berderai dihempas ke

dinding.

“Fiza..” Satu sapaan lembut hinggap di gegendang telinga Hafizah. Dia

menoleh. Seorang wanita berbadan gempal berdiri di muka pintu di rumah sebelah.

Hafizah memandang wajah wanita yang dikenali sebagai Makcik Farah yang lembut.

“Duduk dulu kat rumah makcik Fiza. Fifi pun ada di sini..” lembut suara

perempuan yang berusia empat puluhan menjemput.

Badannya yang gempal disaluti baju kurung Kedah berwarna kuning yang sudah

samar dan berkain batik Terengganu. Rambut panjang bersanggul tersembunyi di bawah

serkup hitam. Lembut dan penuh keibuan.

Hafizah menarik nafas. Gugusan kunci disisip kembali ke dalam beg. Dia

menoleh sekali ke rumah kemudian melangkah longlai menuju ke rumah Makcik Farah

yang letaknya cuma bersebelahan dengan rumahnya. Segera dia membuka sepatu hitam

dan melangkah masuk ke rumah makcik Farah. Rumah itu walaupun dihiasi dengan

perabot sederhana, lebih kemas dari rumahnya yang sentiasa berantakan.

19

Page 20: Sebab Dikau

Dengan longlai dia menghenyakkan punggung di atas kerusi kusyen. Setiap

pergerakannya di perhatikan makcik Farah. Adiknya Fifi sedang enak di buai mimpi

sambil memeluk patung beruang kesayangannya di atas kerusi panjang. Rambutnya yang

panjang beralun ditiup angin kipas duduk . Sesekali terdengar bunyi menciut bila dia

menyonyot ibu jari kiri. Mukanya yang putih bersih tenang. Comel.

Kasihan Fifi, baru lapan tahun. Masih mentah. Belum tahu apa-apa lagi. Cuma

apa yang dia tahu, lari ke rumah makcik Farah bila kedua ibu bapanya menjerit di

antara satu sama lain.

“Minum Fiza. Kau nampak letih sangat. Banyak kerja tadi?” Entah bila Makcik

Farah masuk ke dapur Hafizah tidak perasan. Sedar-sedar sahaja sudah keluar sambil

menatang secawan teh dan sepinggan mee hoon goreng.

“Makcik tahu, kau belum makan lagi. Ni ada mee hoon goreng, makanlah,”

pelawa wanita itu lagi sambil meletakkan dulang di atas meja.

“Susahkan makcik aje. .. dah selalu sangat..” lemah suara Hafizah.

“Jangan cakap macam tu. Sudah jadi tanggungjawab makcik. Kalau tak makcik,

siapa lagi nak tengokkan kamu adik beradik.”

Prang! Bunyi kaca terhempas ke dinding. Jelas bunyi kaca berderai, walaupun

jarak antara rumahnya dan rumah makcik Farah ada dekat sepuluh meter.

“Jantan tak guna! Tahu nak duit aku aje. Mana ada duit lagi! Asal balik aje cari

duit!” Berdesing suara Nuraini menengking.

“Jangan cakap tak de duit dengan aku. Sekarang ni awal bulan. Bukan ke awak

tu yang paling laku kat kelab malam tu. Takkan tak de duit!” Suara Mahat pula

meninggi.

20

Page 21: Sebab Dikau

Prang! Satu lagi barang di hempas ke dinding.

Satu dua jiran yang duduk berdekatan membuka tingkap rumah masing-masing.

menjulur kepala ingin tahu sambungan drama yang berlaku di rumah sebelah. Terteleng-

teleng hendak melihat.

Hafizah mencapai pinggan mee hoon. Dia sudah tidak ambil pusing dengan

perangai ibu bapanya. Begitu juga dengan kebanyakan penduduk Kampung Seri

Ampangan. Pergaduhan ibu bapanya cuma menjadi topik bualan sandiwara, hiburan di

kedai kopi.

Suami isteri sama rancak sama hebat. Si lelaki suka berjudi, kaki pukul dan

pemabuk. Yang perempuan pula gelandangan di kelab malam. Anak-anak jadi mangsa.

Kasihan si kecil..

Tapi itulah manusia, kasihan hanya dibibir sahaja, tiada siapa yang mahu

menghulurkan bantuan kecuali makcik Farah dan suaminya pakcik Hamid yang tidak

pernah lokek untuk memberi bantuan. Tidak kira wang ataupun memberi semangat

kepada Hafizah.

“Sudahlah! Jangan nak bising! Baik aku keluar dari duduk dalam rumah

jahanam ni!” Suara nyaring Nuraina mematikan lamunan Hafizah.

“Jangan kau keluar dari rumah ni sebelum bagi duit. Duit aku mana?!”

“Aku kata aku tak de duit, tak de duit la. Tak paham ke?”

Serentak dengan itu, daun pintu dibuka. Jiran yang tadi bersidai tingkap malu

sendiri, cepat-cepat menutup daun tingkap. Tak mahu dicop suka menjaga tepi kain

orang.

Cepat-cepat Nuraina jalan meninggalkan rumah. Osman sudah lama menunggu

21

Page 22: Sebab Dikau

di simpang. Risau Nuraina, takut Osman bosan. Nanti bergaduh pula mereka. Sudahlah

berperang dengan Mahat nanti tidak pasal-pasal bermasam muka pula dengan Osman.

Boleh hilang pendapatannya untuk malam ini.Bosan sungguh!

“Jangan balik kalau tak de duit!” Tiba-tiba Mahat terpacul di pintu, bercekak

pinggang. Rambut kusut masai dan mata merah menyala.

Nuraina mencemik bibir. Asal kalah judi, aku jadi mangsa. Buat apa susah-susah

kalau cinta sudah tawar. Sayang sudah hambar. Dia terus berjalan meninggalkan lelaki

yang dikahwini atas dasar cinta tujuh belas tahun dahulu.

Berhati-hati Nuraina berjalan dengan kasut tumit tinggi. Sesekali tumit runcing

terbolos di tanah lembut. Dia bersumpah seranah. Kain sendat warna merah jambu

disingsing sedikit menampakkan betis yang putih gebu. Beg tangan bertali halus yang di

sangkut di bahu kanan terbuai-buai mengikut alunan langkahnya.

Nuraina masih muda, baru masuk tiga puluh lima tahun. Badan masih lagi

menggiurkan walaupun sudah beranak tiga. Potongan badan dan kehalusan kulit

memang sentiasa dijaga. Penampilan diri ketika keluar rumah memang tidak boleh

dikompromi.

Sekali pandang orang tidak akan tahu Nuraina bukan orang berada. Tinggal di

rumah setinggan di ibu kota. Yang tidak tahu mungkin ingat suaminya berpangkat tinggi

dan bergaji besar. Haruman semburan di badan bukan calang-calang. Sekiranya bukan

buatan Paris, pandang pun tidak. Apatah lagi mengenai kulitnya yang halus putih.

Warna yang bercalit di muka seolah-olah hasil kerja penyolek artis ternama. Kening

sentiasa di bentuk supaya indah di pandang. Alis yang panjang dan lentik menghiasi

matanya yang galak.

22

Page 23: Sebab Dikau

Matanya meliar mencari Mercedes hitam kepunyaan Osman. Masih lagi setia

menanti di bawah pohon ceri. Nuraina tersenyum. Dia mengeluarkan beberapa keping

tisu dari tas tangan dan tunduk mengelap tumit yang berselut. Tisu berpalit selut

dicampak ke tanah.

“Hai sayang, sorry lambat.” Lembut sapaan Nuraina melihat buah hati masam

mencuka. Dia membuka pintu lalu terus masuk.

“Lama I tunggu you. Apa you buat lama-lama tadi? Bila you nak tinggalkan

suami you? You tak sayangkan I ke?” Bertalu-talu soalan keluar dari mulut lelaki

separuh umur. Mulutnya mencebik. Merajuk.

Nuraina senyum memujuk. Aduh! Susah juga bila lelaki berusia merajuk. Jemari

yang lembut mengelus pipi kekasih barunya. “Sabar sayang. I tengah cari masa yang

sesuai. Tadi dia tengking I macam singa lapar. Bila dia dah tenang sikit, I minta cerai.”

“Tapi ingat ye Aina. I cuma nak you saja. Tak ada orang lain, Cuma you

seorang.”

Nuraina senyum hambar. Dia faham maksud Osman. Hanya dirinya seorang…

“Sabar sayang. Tiba masa nanti I akan jadi milik you,” pujuk Nuraina.

Osman tersenyum. Dia menghidupkan enjin kereta dan Mercedes hitam meluncur

laju meninggalkan Kampung Seri Ampangan.

23

Page 24: Sebab Dikau

3.

Hujan turun lagi hari ini.

Hafizah rancak menghabiskan rutin kerjanya. Ada beberapa surat yang perlu

ditaip dan data yang perlu di masukkan ke dalam fail. Hatinya berbunga senang. Gembira

dapat menghabiskan masa dengan Hafizi berlibur di hari minggu. Hafizi sudah pulang ke

universiti pagi tadi.

“Fiza, tolong call regular temp kita untuk saya,” Dato Rosli berdiri di hadapan

meja Hafizah.

“Bahagian mana, Dato?” Tanya Hafiza. Tangannya cepat mencapai buku telefon

di tepi meja. Syarikat mereka jarang menggunakan pekerja sambilan atau kontrak tetapi

sesekali terpaksa menggunakan khidmat pekerja seperti ini untuk tugas-tugas sementara.

“Secretary,” jawab Dato Rosli ringkas. Dia membetulkan cermin mata yang

melorot. Hari ini dia tidak ke mana jadi dia menghabiskan masa meneliti dokumen dan

kertas kerja yang tidak sempat untuk dijenguk minggu lepas.

Semua temujanji yang penting telah dilunaskan jadi hari ini dia meninggalkan suit

di rumah. Biarlah eksekutifnya yang bertemu pelanggan mereka. Lagipun hujan lebat

sangat. Dato Rosli membetulkan sweater bulu kambing yang di beli di New Zealand

hadiah isterinya Datin Rahimah lima tahun lepas ketika mereka berbulan madu entah kali

yang keberapa di sana.

Dahi Hafiza berkerut. “Dah ada application nak gantikan Encik Daniel ke Dato?”

“Ha ah. Sekarang you gantikan Zaharah, nanti bila Pengarah Urusan baru masuk

you sambung balik tugas you dan saya masih perlukan orang gantikan Zaharah,” jawab

Dato Rosli.

24

Page 25: Sebab Dikau

“Siapa Pengarah Urusan yang baru, Dato?”

“My son.”

Iskandar? Dia nak menggantikan tempat Daniel Chan. Boleh ke mamat tu?

Macam belum cukup pengalaman aje. “Err.. Dato ada specific preference untuk temp?”

“Tak ada. Tapi temp akan ambil tempat Zaharah. Saya mahu awak continue jadi

secretaray untuk Pengarah Urusan. Awak tahu banyak perkara dan saya nak awak tolong

Iskandar dengan jawatan barunya, ok,” ujar Dato Rosli tersenyum kecil.

Terlopong Hafizah memandang Dato Rosli. Aku? Aku kena jadi setiausaha si

Iskandar itu? “Err… baik Dato.”

Dato Rosli kembali ke biliknya. Hatinya senang bila Iskandar akhirnya bersetuju

untuk bekerja di syarikatnya. Dato Rosli menghenyakkan punggung ke atas kerusi kulit

dan menyandarkan badannya. Cermin mata segera dicampak di atas meja. Dia puas.

Akhirnya syarikat akan diuruskan oleh keluarganya sendiri.

Bukan senang hendak memujuk Iskandar mengambil tempat Pengarah Urusan.

Kalau tidak Daniel berhenti kerja, mungkin sampai sekarang Iskandar tidak akan

bersetuju. Sudah berbuih mulut Dato Rosli memujuk Iskandar untuk bekerja dengannya

tapi anak sulungnya itu degil dan masih mahu terus-terusan makan gaji dengan syarikat

orang lain.

Entah apa anginnya malam tadi, ketika mereka sekeluarga duduk berbincang di

meja selesai makan malam dan Dato Rosli mencuba nasib memujuk Iskandar sekali lagi,

anak itu terus bersetuju. Tidak mahu menolak nasib baiknya Dato Rosli terus membuat

persediaan. Hari ini dia ingin segala-galanya berjalan lancar, tidak mahu Iskandar

mengubah keputusannya.

25

Page 26: Sebab Dikau

Di luar, Hafizah membuat panggilan ke ajen pekerjaaan yang mengendalikan

pekerja sambilan. Semua urusan harus disiapkan hari itu juga. Ajen berjanji akan

menghantar pekerja sambilan dua hari lagi. Seperti biasa mereka akan mengenakan caj

perkhidmatan. Hafizah bersetuju dengan harga yang ditetapkan dan berjanji akan

menyediakan cek pembayaran seberapa segera. Selesai berurusan, dia meletak telefon.

Bekerja dengan Iskandar? Aisey, mesti banyak ragamnya nanti. Teringat tentang

pertemuan mereka minggu lepas. Hafizah termenung. Walaupun dia tidak pernah

berkenalan rapat dengan Iskandar, tapi dia tahu serba sedikit perangai lelaki itu. Pertama

kali mereka berjumpa, ketika majlis Hari Raya lima tahun lepas. Iskandar baru habis

belajar di England. Entah universiti apa dia sendiri tidak tahu. Yang dia tahu Iskandar

mengambil jurusan kejuruteraan. Itu sahaja.

Mengikut pandangan Hafizah ketika itu, Iskandar tidak begitu peramah. Kurang

bergaul dengan pekerja bapanya. Dia lebih banyak bersosial dengan kawan-kawannya

sendiri. Rasanya sudah ada teman wanita. Perempuan yang dibawa di majlis Hari Raya.

Cantik dan bergaya. Orangnya tinggi lampai dan kulitnys putih bersih. Macam keturunan

Syed dan Sharifah. Kalau ikut perawakan dan gaya, mungkin dari kalangan orang

terpelajar dan berada juga.

“Woi! Berangan aje kerjanya!”

Satu tamparan lembut hinggap di bahu Hafizah. Dia terperanjat. Di sebelahnya

seorang gadis sedang tersengih.

“Aishah. Buat terperanjatkan aku aje. Dah tak de kerja lain dah ke?” Hafizah

mengurut dada.

“Hehehe. Kerja dah selesai. Tinggal nak buat payroll pekerja kat site aje. Sikit

26

Page 27: Sebab Dikau

lagi,” celoteh Aishah dan terus duduk di kerusi kosong di hadapan Hafizah.

“Nak aku interkom Sandy, suruh bagi kerja banyak-banyak kat kau,” giliran

Hafizah pula mengusik. Dia pura-pura hendak menekan interkom di hadapannya.

Aishah mencebik. “Saja lah tu nak mengusik aku.”

Giliran Hafizah pula mengekek ketawa.

“Apa cerita? Dengar khabar anak bos nak ambil alih tempat Encik Daniel?”

“Oh! Sebab itu datang kat sini nak jumpa aku. Nak tanya pasal anak bos

rupanya,” Hafizah mengusik lagi. Wah! Cepat betul berita tersebar. “Mana kau tahu anak

bos nak kerja kat sini?”

“Aku ada kat mesin fotostat tu bila Dato keluar minta kau call agensi pekerja

sambilan,” jawab Aishah. Mulutnya muncung ke arah mesin fotostat tak jauh dari situ.

Masih lagi beroperasi membuat salinan.

Hafizah mengangkat bahu. “Macam tu lah,” jawabnya ringkas.

“Kau tak kisah ke kerja dengan si Iskandar tu. Dengar khabar dia tu cerewet dan

angin sikit.”

“InsyaAllah, tak ada apa-apa kot. Aku rasa orang kalau dah berpangkat besar

mesti cerewet tentang kerja. Semua nak sempurna. Aku rasa tak ada masalah kerja

dengan Iskandar,” balas Hafizah. Harap-harap begitulah.

“Masa mula kita jumpa dia dulu, dia tak mesra sangat kan? Mungkin kita ni

pekerja bawahan aje. Sayang la, orangnya boleh tahan tapi macam sombong pulak, tak

macam Dato dengan Datin,” ngomel Aishah.

Hafizah mengangguk.

“Apasal kau mengangguk aje ni?”

27

Page 28: Sebab Dikau

“Ya lah betul apa kau cakap.”

“Mana yang betul? Tang kurang mesra ke atau handsome?” Aishah tersenyum

mengusik.

“Dua dua kot. Dahlah. Mesin fotostat kau dah berhenti tu. Dato nampak kita

berborak ni kang dua-dua kena berhenti kerja,” balas Hafizah tersengih memandang

Aishah. Cantik gadis ini. Wajah putih bersih dengan lesung pipit di pipi kiri. Tubuh yang

kecil molek, tidak pernah di salah guna. Sentiasa sopan dan anggun dengan fesyen

menutup aurat sesuai sebagai seorang gadis muslim.

Aishah juga tersenyum. “Wokeh! Jangan lupa malam ni kita ada kelas sama-

sama.”

Aishah berlalu sambil melambaikan tangan. Dia mengambil kertas-kertas salinan

di mesin fotostat dan berlalu ke pejabatnya.

“Okay,” balas Hafizah. Dia memerhatikan Aishah berlalu pergi. Tiap-tiap malam

Isnin dan Rabu, mereka akan balik bersama-sama untuk ke kelas Al Quran dan tafsiran.

Sudah hampir setahun Hafizah dan Aishah mengambil kelas tersebut.

Walaupun sudah tiga kali khatam Al-Quran semenjak belajar mengaji dengan

Makcik Farah, inilah kali pertama dia menerima pengajian formal Al Quran. Terima

kasih kepada Aishah yang memperkenalkan kelas malam itu. Alhamdulillah. Kalau tidak

kerana dorongan Makcik Farah, agaknya aku akan terus menerus hidup di dalam

kegelapan dan dengan jiwa yang kosong.

Hafizah kembali meneruskan kerja menyemak dokumen-dokumen yang

terbentang di hadapannya. Pembelian tanah dari orang-orang kampung terpilih untuk

projek pembangunan di Sepang sudah hampir selesai. Apabila kata sepakat sudah

28

Page 29: Sebab Dikau

dicapai, mereka harus meneruskan kerja-kerja menukar hak milik tanah dan mendapatkan

persetujuan dari pihak berkuasa untuk meneruskan projek perumahan bercampur di

kawasan tersebut.

Bukan setakat Hafizah sahaja yang merasa lega, hampir kesemua pekerja-pekerja

syarikat yang terlibat dengan projek itu merasa lega yang akhirnya segala urusan dengan

tuan-tuan tanah dan peguam ke dua-dua pihak hampir selesai. Bukan senang hendak

berurusan dengan orang-orang kampung. Mereka kena memastikan yang setiap urusan

dilakukan dengan penuh tanggungjawab supaya orang-orang kampung percaya dengan

mereka dan menyerahkan tanah pertanian yang telah diusahakan semenjak zaman ayah

mereka lagi.

Walaupun demikian, pihak syarikat masih belum boleh gembira dengan kejayaan

yang bakal dicapai kerana tanah-tanah tersebut masih belum lagi menjadi hak milik total

mereka. Hafizah berdoa semoga orang-orang kampung tidak menukar fikiran mereka

disaat akhir, apatah lagi ada segelintir manusia yang mula menyucuk-nyucuk orang

kampung supaya tidak menjual tanah kepada syarikat Dato Rosli. Hafizah mengeluh

kecil. Dia kembali meneliti surat-surat jemputan mesyuarat yang bakal diedarkan kepada

pemilik-pemilik tanah yang terlibat.

***

Iskandar meletakkan kereta Honda di tempat yang dikhaskan untuknya di hadapan

pejabat Rosli Development Sdn Bhd. Enjin kereta dibiarkan hidup. Angin penghawa

dingin menyejukkan lagi dirinya. Dia meletakkan kedua-dua belah tangan di atas stering

29

Page 30: Sebab Dikau

kereta. Iskandar memandang ke langit. Awan mendung masih lagi mewarnai langit.

Matahari masih mahu bersembunyi di sebalik awan.

Setelah beberapa tahun dipujuk ayah baru sekarang dia beralah. Mungkin inilah

keputusan yang terbaik untuk dirinya. Mungkin di sini dia akan mendapat ketenangan

yang dicari. Selepas menghantar surat berhenti kerja tadi, Iskandar terus memohon cuti

tahunan yang dihutang syarikat padanya selama 30 hari.

“Apasal you nak berhenti kerja Iskandar? You don’t like working for me,

anymore?”

Iskandar hanya duduk memandang bosnya En Donald Lim. “I like working for

you, it’s just, I feel its time for me to work for my dad. He needs somebody to take over

the business once he retires.”

“If that is the case, I cannot stop you. I’m glad though that we are not in the same

development business. Otherwise, you would be my toughest rival,” Donald Lim

tersenyum hambar. Sayang, orang yang komited dengan kerja seperti Iskandar terpaksa di

lepaskan. Dia lah aset syarikat yang paling berharga.

Iskandar turut tersenyum hambar. Sekurang-kurangnya pengalamannya bekerja

dengan Donald Lim di dalam bidang international investment untuk projek komersil

bukan perumahan banyak mengajarnya dalam selok belok perniagaan.

“Anytime you want a partner in residential project, just contact me,” pelawa

Iskandar lalu bangun dari kerusi di pejabat Donald Lim. Dia meletakkan sampul surat

berisi surat perletakan jawatan dan permohonan cuti di atas meja.

“Good luck Iskandar.”

Iskandar mengeluh lagi. Dia memandang keluar kereta. Masih lagi hujan. Huh!

30

Page 31: Sebab Dikau

Sampai bila nak duduk dalam kereta ni? Dia merungut sendiri. Dia cepat-cepat matikan

enjin kereta dan melangkah keluar. Daun pintu di tutup dan terus menekan kunci

penggera. Titik hujan mengenai kemeja lengan panjang berwarna biru lembut. Iskandar

terus berlari anak menuju ke pintu hadapan syarikat.

31

Page 32: Sebab Dikau

4.

“Fiza! Mana fail projek Sepang yang saya nak tadi!”

Aduh! Menyirap darah mendengar jeritan dari interkom di atas meja. Hafizah

mengetap bibir. Dia masih lagi duduk mencangkung meneliti fail dari almari besi.

Sabarlah, orang tengah carilah ni. Matanya membaca nota-nota kecil di atas fail yang

bersusun.

Baru beberapa minggu mengambil alih jawatan Pengarah Urusan, sudah banyak

perintah, ngomel Hafizah di dalam hati. Tadi minta fail projek Puchong yang sudah tiga

bulan siap, sekarang ini minta fail Sepang pula yang masih lagi dalam proses

perbincangan. Apa sebenarnya yang dia hendak buat? Bengang Hafizah dengan perintah-

perintah seperti ini. Dari pagi dia terpaksa melayan kehendak yang bukan-bukan. Kerja-

kerja rutin yang terbengkalai sejak pagi sudah bertimbun di atas meja.

“Fiza!”

Hafizah mengeluh. Dengan malas dia bangun dan terus menekan interkom. “Ya.”

“Mana failnya. Nak saya tunggu sampai esok pagi baru nak dapat ke?”

“Tengah cari Encik Iskandar. Sabar.” Suaranya keras. Hafizah melepas butang

intercom. Ikut hati mahu sahaja dia cabut wayar telefon itu sekali. Baru lima minit suruh

cari fail dah bising. Tak macam Encik Daniel Chan dulu, ada jugalah timbang rasanya.

Ini macam raja pula. Bila suruh nak cepat. Mahu segera. Mana boleh. Macam aku tak ada

kerja lain.

Hatinya geram juga sebab fail yang dicari tiada ditempatnya. Ini mesti ada yang

ambil dan tidak letak balik ditempat asal. Bukan diaorang tak tahu, fail itulah yang paling

penting sekarang ini. Ada lima fail kesemuanya. Tapi yang ada di susunan almari itu

32

Page 33: Sebab Dikau

cuma ada empat sahaja. Satu lagi tiada. Yang diminta oleh Iskandar. Yang mengandungi

matlumat mengenai cadangan development order yang akan diserahkan kepada pihak

majlis Sepang.

Hafizah mendengus. Dia berdiri bercekak pinggang. Matanya tiba-tiba terpandang

setiausaha sementara Dato Rosli. Nora namanya. Nora tersenyum sambil mengangkat

kening. Hafizah membalas senyuman. Sejuk sikit hatinya menerima senyuman ikhlas dari

Nora.

“Fiza, cepat!” Lagi sekali suara Iskandar mengeluarkan arahan terdengar dari

intercom. Hafizah tidak menjawab dan terus duduk mencangkung kembali di hadapan

almari besi. Kali ini kerja di buat lebih lambat. Biar dia tunggu lagi.

Aik? Senyap? Tak ada balasan? Degil juga budak perempuan ni rupanya. Iskandar

bermain-main pen di tangan. Dari tempat duduknya dia cuba mengintai keluar di celah-

celah blinders biru. Tak nampak pula.

Bukan sekali ini dia menaikkan darah Hafizah. Sudah kerap sejak dia masuk

menggantikan Daniel Chan. Sejak hari pertama lagi bila dia mengarahkan Hafizah

membersihkan biliknya. Buang fail-fail yang tidak dikehendaki dan simpan fail-fail yang

penting serta masukkan data ke dalam komputer. Bukan dia sengaja hendak mendera tapi

ingin menguji Hafizah. Dia ingin melihat sejauh mana kemampuan wanita itu.

Memang seperti yang dipuji oleh ayah, Hafizah cekap menjalankan kerja-kerja

yang diberikan. Cekap tapi degil. Sekiranya apa yang diarah itu tidak kena dengan

prinsipnya, dia tidak akan buat. Untungnya dia tidak melawan cakap. Bila di marah diam.

Tidak ada reaksi sedih atau takut. Kadang-kadang geram juga Iskandar dengan perangai

Hafizah.

33

Page 34: Sebab Dikau

Iskandar terus menunggu. Membidik masa. Lima minit berlalu. Dia menunggu

lagi. Lagi lima minit..

Iskandar menekan interkom. “Fiza.”

Tiada jawapan. “Fiza.” Sekali lagi tiada jawapan.

Tiba-tiba telefon berbunyi menandakan internal call. Panggilan dari Nora,

setiausaha sementara ayahnya. “Ya, Nora.”

“Maaf Encik Iskandar. Hafizah pergi solat Zohor.” Telefon diletakkan.

Iskandar tersentak. Pergi solat Zohor? Aku suruh cari fail dia boleh pergi solat

dulu? Tiba-tiba dia gelihati. Berani memang berani. Tabik kat kau Hafizah! Mengekek

Iskandar ketawa seorang diri di dalam bilik sampai senak perut. Sampai keluar air mata.

Pertama kali dalam beberapa bulan dia ketawa. Sungguh-sungguh ketawa. Hafizah...

Hafizah.

***

Hafizah menanggalkan telekung. Damai rasa selesai mengerjakan ibadat solat.

Dari tadi dia berteleku memohon pada yang Esa supaya dipanjangkan umur, dimurahkan

rezeki untuknya dan adik-adik. Dan yang paling penting semoga Allah menyabarkan

hatinya, kurangkan perasaan amarahnya dan kuatkan semangatnya untuk berdepan

dengan seorang lelaki yang bernama Iskandar Dato Rosli.

Entah mengapa, sikap lelaki itu sering membuatkan perasaannya bergelora.

Keruh. Ada sahaja yang tidak kena. Cerewetnya bukan-bukan dan kadangkala tidak kena

tempat langsung. Ada juga Hafizah terasa yang perbuatan Iskandar itu seolah-olah

34

Page 35: Sebab Dikau

sengaja hendak membangkitkan perasaan amarah di dalam jiwa. Menguji samada dia

tahan dengan sikap lelaki itu.

Hafizah mengerling ke satu fail kuning yang diletakkan di sebelahnya. Dia

tersenyum sinis. Fail Sepang yang dicari-cari dari tadi sebenarnya sudah dijumpai. Cuma

dia malas hendak memberikan pada Iskandar. Lebih baik dia menunaikan

tanggungjawabnya pada yang maha Esa dahulu baru pergi mengadap muka bos yang

walaupun menurut Aishah handsome tapi tiada serinya itu.

Kacak memanglah kacak. Tidak boleh dinafikan. Orangnya tinggi, tubuhnya

sedikit sasa, mungkin selalu buat aktiviti sukan ataupun luar. Kulitnya putih dan

wajahnya bersih. Kening cantik terbentuk, mengalahkan perempuan. Matanya galak

tajam menikam. Hidungnya mancung dan bibir sedikit kemerahan. Rambut sedikit ikal

dan terurus rapi. Sekali pandang memang senang tertarik hati.

Bukan itu sahaja, kalau berbual bijak menyusun kata. Sopan. Tidak kira yang

diajak berbual itu tua orangnya atau muda. Berpangkat tinggi atau rendah. Mulut sentiasa

manis. Hafizah cemburu. Entah kenapa kalau dengan dia sering dibentak, sering di arah.

Jarang suara dilembut, sentiasa tegas. Panas juga hatinya diperlakukan begitu. Buruk

benarkah aku ini? Kelmarin teruk juga dia dimarah Iskandar. Bukan besar sangat

kesalahannya sekadar terlewat menghantar invois kepada kontraktor.

“Awak kan tahu kerja ni, takkanlah nak harapkan saya nak ingatkan semua!”

Terbuntang mata Iskandar memandang Hafizah yang terkulat-kulat kena marah.

Panas hati Hafizah diperlakukan seperti budak-budak hingusan. Bukan sebulan

dua dia bekerja dengan syarikat itu. Dia tahu invois itu penting apatah lagi perbincangan

untuk projek perumahan di Sepang sudah di peringkat akhir, tapi dia tidak layak

35

Page 36: Sebab Dikau

diperlakukan seperti itu.

“Minta maaf Encik Iskandar. Saya sudah memang hendak faks invois tapi terlupa.

Saya buat sekarang..”

“Macamana awak dapat bekerja dengan syarikat ini pun saya tidak tahu. Ini

penting! Bukan kerja main-main!”

Hafizah diam sahaja. Ikutkan hati mahu sahaja dia membalas tapi dia sedar

kedudukannya di syarikat itu. “Saya minta maaf Encik. Saya hantar sekarang.” Ya Allah!

Sabarkan hatiku ini. Berilah ku kekuatan menahan gunung amarah ku ini, ya Allah.

Hafizah masih lagi berteleku di atas sejadah. Dia menarik nafas panjang. Biar dia

tunggu. Pelan-pelan Hafizah melipat kain telekung, memasukkan ke dalam kantung dan

diletakkan di atas para. Dia membetulkan tudung, mengambil fail kuning lalu keluar

membuka pintu dan melangkah keluar.

“Hah, ingatkan dah tak nak keluar tadi.” Terpacul Iskandar di muka pintu surau

membuat Hafizah kaget. Kaku dan matanya bulat memandang pada Iskandar. Jantungnya

berdegup kencang disergah begitu. Bila pula dia berdiri di depan pintu surau? Sanggup

dia berdiri di sini semata-mata hendak memarahi aku?

Iskandar tidak memperdulikan renungan Hafizah sebaliknya dia memandang fail

kuning yang dikepit di celah ketiak. “Dah dapat pun fail tu. Kenapa tak beri terus pada

saya?”

Ewah, ewah sedapnya mulut marahkan orang. Ingat kita ni sapa? Hamba dia ke?

Perasaan geram menusuk ke hati. Sayang, baru sekejap tadi mohon pada Allah supaya

disabarkan hatinya. Rasa seperti doanya seperti asap, menipis ke langit lalu hilang. Tidak

ikhlaskah aku?

36

Page 37: Sebab Dikau

Tanpa sebarang patah perkataan pun Hafizah menghulurkan fail kuning pada

Iskandar. Fail bersambut.

“Awak ni. Sepatutnya bagilah fail tu pada saya secepat mungkin. Saya ni kan bos

awak. Tak baik dilengahkan kerja.” Sengaja Iskandar melembutkan suara. Dia meneliti

isi fail tersebut. Sehelai demi sehelai kertas di dalam fail dibelek.

Hafizah tidak menjawab. Sebaliknya dia masih lagi berdiri di hadapan Iskandar.

Sengaja menunggu ketuanya itu memandang padanya. Sampai begitu sekali sanggup

Iskandar memperlakukan dirinya. Hatinya kini benar-benar meradang. Tidak cukup

dengan menjerit di intercom, sanggup pula menunggu di hadapan pintu surau. Melampau

betul!

Seketika, Iskandar mendongak memandang wajah Hafizah. Fail masih di tangan.

“Apa?”

“Ada bos lagi besar dari Encik Iskandar yang saya perlu adap dulu. Encik

Iskandar mengadaplah Dia dulu. Tu kat bilik sebelah tu, sejadah pun ada. Tak baik

melambat-lambatkan tanggungjawab,” sinis kata-kata Hafizah. Dia menjeling tajam.

Mukanya masam.

Dia sudah tidak peduli. Orang macam ni perlu diajar supaya beradab. Jangan

cakap ikut sedap mulut saja. Bukan dia tidak tahu yang fail Sepang itu penting tapi

bukanlah dikehendaki dengan seberapa segera. Dia tahu Datuk Rosli sudah beli tanah

berdekatan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa dan sekarang mahu membangunkan

tanah tersebut.

Konsep sudah ada dan kertas kerja pun sudah siap. Development Order pun sudah

di sediakan. Arkitek sudah di cari dan kontraktor sudah dua menunggu tugas. Apa lagi

37

Page 38: Sebab Dikau

yang nak cepatnya. Bukan setahun dua dia bekerja di syarikat itu tapi sudah bertahun-

tahun. Semua sudah disediakan. Nombor telefon pejabat tanah, bahkan nombor handset

pegawai yang berkenaan juga Hafizah sudah ada. Apa lagi?

Tanpa sebarang perkataan lagi, Hafizah menyarung kasut dan berlalu

meninggalkan Iskandar. Nak marah pun marahlah. Nak tengking pun tengkinglah. Dia

sudah tidak peduli. Tengok siapa yang tahan dengan perangai siapa. Pegawai atasan silih

berganti, yang kekal tetap orang bawahan juga.

Iskandar tergamam. Begitu sekali sinisnya Hafizah. Bukan calang-calang orang

yang boleh bermulut celupar dengan ketuanya. Kalau orang biasa sudah tentu ditengking

mereka yang bergitu cabul mulutnya.

Tapi Iskandar bersabar. Aku di besarkan dan dididik untuk menghormati wanita.

Walau sekecil mana atau sebesar mana wanita itu, mereka mesti dihormati. Walau muda

atau tua, wanita harus didahulukan. Bukankah mereka itu dari golongan yang lemah.

Yang lemah itulah harus di lindungi dan di bimbing.

Satu tamparan lembut hinggap di bahu. “Hmm… Is. Dah solat belum, kalau

belum mari sekali, ayah jadi imam.”

Eh! Bila masa ayahnya datang, tiba-tiba sudah ada di sebelah. “Err.. belum ayah.

Tak pe lah, ayah solat lah dulu.”

“Apa pulak nantinya. Dah berdiri depan surau ni. Kita solat lah sama-sama. Tak

baik melambatkan sembahyang.” Dato Rosli menepuk bahu Iskandar. “Itu fail Sepang

ke? Tak apa tinggal sekejap. Lepas solat kita bincang pasal projek tu.”

Dato Rosli menanggalkan sepatu. Dia memandang pada Iskandar. Hendak tidak

hendak terpaksalah dia mengikut dan menanggalkan sepatunya. Fail Sepang di letakkan

38

Page 39: Sebab Dikau

ke tepi. Aduh, kau Hafizah. Dalam sedar tak sedar kau mengenakan aku juga.

Hafizah meneruskan kerjanya yang terbengkalai kerana mencari fail Sepang tadi.

Dia menyusun jadual temujanji Iskandar untuk esok dan ada lagi data yang perlu di

masukkan ke dalam komputer.

Semenjak Dato Rosli mengarahkan urusan di buat menerusi komputer dan

internet, semua data projek-projek syarikat harus dibuat salinan pendua. Sebagai back up.

Sejak beberapa bulan dahulu, itulah kerja Hafizah, membuat salinan back up untuk

setiap projek yang telah selesai.

Dari jauh dia memerhatikan dua beranak berjalan menuju ke bilik Dato Rosli. Fail

kuning dalam tangan Iskandar. Dato Rosli mendahulu masuk ke biliknya. Dari jauh dia

mengerling pada Iskandar. Mata bertentang mata. Cepat-cepat dia mengalihkan padangan

kembali pada monitor komputer.

Hish! Marah lagi kat aku agaknya tu, getus hatinya.

39

Page 40: Sebab Dikau

5.

Sudah seminggu peristiwa fail Sepang berlalu. Hafizah sengaja buat tidak faham.

Buat-buat bodoh. Sukahati lah nak kata apa pun. Asal kerja yang diberikan semua selesai,

apa Iskandar nak label Hafizah, dia tidak peduli. Katalah degil sekalipun dia tidak ambil

pusing. Tugasnya hanya sebagai setiausaha. Dia yang bertanggungjawab menyediakan

segala keperluan Iskandar selaku ketuanya. Semua urusan harus melaluinya dulu. Dia

tahu siapa yang perlu dilayan dan mana yang perlu dirujuk kepada pegawai-pegawai yang

lain. Sudah lebih lima tahun sebagai setiausaha, Hafizah rasa dirinya sudah semakin

cekap.

Telefon di sisi tiba-tiba berbunyi.

“Fizah, ada personal call untuk Encik Iskandar. Nak I sambungkan terus ke atau

nak go through you dulu,” suara Norita, penyambut tetamu merangkap operator syarikat

lunak di dengar dari corong telefon.

“Err.. pass kat I. Mana tahu En Iskandar tak mahu terima panggilan ni.”

“Ok.”

Klik.

“Hello, pejabat Encik Iskandar Dato Rosli,” Hafizah menyapa sopan.

“Hello,” lembut suara bersambut. “Boleh saya bercakap dengan Encik Iskandar?”

“Maaf, cik, Encik Iskandar sedang sibuk sekarang ni. Boleh saya ambil pesanan?”

“Emm.. Saya perlu bercakap dengan dia. Can you pass the line, please?” suara

lembut meminta.

“Sekali lagi saya minta maaf. I got specific instruction not to pass any line until

he says so. Jadi kalau tidak keberatan boleh saya tahu siapa di sana,” Hafizah masih lagi

40

Page 41: Sebab Dikau

sopan. “Atau cik bagi nombor telefon dan saya minta dia call you balik?”

“Ok, minta dia call saya, urgent ya. Kata pada dia saya tidak mahu mengganggu

tapi dia tak menjawab call saya on his handset.” Si empunya diri suara lembut memberi

nombor telefon bimbitnya.

Hafizah menulis nombor yang diberikan di atas kertas kecil. Nurul Huda Ibrahim.

Sedap nama empunya suara yang lunak. Mesti orangnya juga cantik. Mereka

menamatkan perbualan dengan salam. Gagang telefon diletakkan.

Hafizah mengetuk bilik Iskandar. Dia menunggu tiga saat dan terus membuka

pintu tanpa menunggu arahan untuk masuk.

Iskandar yang sedang membaca fail projek mengangkat muka. “Ya?”

“Ada mesej untuk Encik Iskandar.” Hafizah meletakkan kertas nota di hadapan

Iskandar.

“Dari siapa?”

“Nama ada atas kertas tu. Dia kata dia perlu cakap dengan Encik Iskandar,

penting. Encik tak jawab handphone sebab tu dia call ofis,” jawab Hafizah.

Iskandar mengerling pada kertas nota kuning. Dia kenal sangat nombor telefon

itu. Tak perlu diletak nama pun dia tahu. Nombor yang dulu kerap di dail. Kadang-

kadang sehari lima enam kali. Lama direnung kertas kuning.

“Ehem.”

Iskandar tersentak dari lamunan dia sendiri. Dia mendongak lagi. Hafizah masih

lagi berdiri di hadapannya. Bibir Hafizah menjungkit sedikit menahan senyum. “Ada apa

lagi?”

“Tak ada apa-apa. Cuma bila dah habis teliti fail tu, boleh Encik Iskandar bagi

41

Page 42: Sebab Dikau

pada saya balik? Ada sikit lagi nak input dalam komputer,” balas Hafizah.

“Ok.”

Hafizah berpusing hendak keluar.

“Fiza.

“Ya, Encik Iskandar?”

“Tak penat ke panggil saya Encik Iskandar?”

“Hah?”

“Ya lah. Encik Iskandar. Lima suku kata tu.. Tak penat ke panggil nama saya?”

Iskandar menyandarkan badan. Kertas kuning di tangan direnyuk. Matanya menikam

gadis di hadapan. Agak serba-salah. Biar situ. Tadi galak sangat masa beri nota padanya.

Dia tahu gadis itu ingin sangat mengetahui siapa Nurul Huda Ibrahim. Kawan? Teman

wanita?

“Entah apa-apa la soalan tu.” Hafizah mengerut kening. Malas hendak melayan.

Dia terus keluar dari bilik tanpa pamitan.

Telefon di meja Hafizah berbunyi lagi. Internall call. Dia mengangkat gagang

telefon. “Hello. Fiza sini.”

“Fiza, siapa perempuan tadi tu, makwe Encik Iskandar ke?” Terkekeh-kekeh

Norita tergelak. Saja lah itu hendak bergosip hal-hal pejabat.

“Tak ada kerja ye?” Usik Hafizah. Dia mengepit gagang telefon antara telinga dan

bahu. Jari-jemarinya laju mengetuk keyboard komputer.

“Tak ada lah. Tak pernah pun tahu anak bos ada makwe, tiba-tiba aje ada makwe

telefon.”

“Haaa.. mana tahu itu makwe dia. Entah-entah client untuk projek kita. Siapa

42

Page 43: Sebab Dikau

tahu,” balas Hafizah. Jarinya masih lagi laju mengetuk keyboard. Matanya tidak lepas

memandang spreadsheet di monitor.

“Kau tahu kan?” Sahaja Norita ingin menduga. Bukan senang hendak mengorek

rahsia dari Hafizah. Kita menyoal dia, dia soal kita balik. Geram juga.

“Hmm.. tak tau lah pulak. Ini first time aku terima call dari dia.”

“Siapa nama dia? Aku tanya dia tak jawab pun.”

Hafizah tersenyum. Nak mengorek rahsia lah tu. Malas hendak melayan, tapi

takut terasa lah pula. “Hehehe.. aku pun tak tahu. Aku cuma ambil nombor telefon,” Tak

salah bohong sunat kan?

“Menyampah lah aku dengan kau.” Klik. Talian di matikan. Hafizah tersenyum.

Merajuklah tu. Alah! Norita kalau merajuk tidak ke mana. Hulurkan seplastik keropok

lekor, hilanglah rajuk.

Telefon di sisi berdering lagi. Extension Aishah.

“Salam Aishah,” sapa Hafizah mesra.

“Fiza, Sorry hari ni tak dapat pergi sama. Aku kena jumpa adik aku dulu.

Biasalah, nak minta huluran lah tu,” ujar Aishah.

“Tak apa. Faham. Kira jumpa kau kat kelas lah ye. Jangan lambat sudah lah,”

balas Hafizah. Gagang diletak.

Iskandar termenung memandang kertas kuning yang direnyuk di hadapan Hafizah

tadi. Tak habis lagi kau hendak menyakiti hati ku? Iskandar mendengus. Marah, geram

dan sayang bercampur baur. Perlahan-lahan dia membuka balik gumpalan kertas nota

kuning. Tercatat dengan kemas nama Nurul Huda Ibrahim dan nombor telefon bimbit.

43

Page 44: Sebab Dikau

Kenapa Huda? Kenapa kau ambil keputusan itu? Apa salah aku? Bertubi-tubi

soalan demi soalan menerjah kotak fikirannya. Soalan yang pernah ditujukan kepada

Huda tapi gadis itu bungkam. Tidak pernah mahu menjawab secara jujur.

“Sepuluh tahun Huda kita kawan, takkanlah ini kesudahannya?” Iskandar pernah

bertanya pada Nurul Huda. Waktu itu mereka duduk di atas pasir pantai yang putih

menghadap Laut China Selatan. Laut gelora di Desaru seolah-olah pantulan gelora di hati

mereka.

Nurul Huda hanya duduk diam memandang pantai. Sebutir air matanya gugur di

pipi yang gebu. Kulitnya yang putih melepak, kemerahan di bakar panas mentari petang.

Rambut paras bahu yang sering Iskandar belai, menari mengikut alunan angin. Hari ini

hatinya bengkak. Segala pujuk rayu sudah dicuba. Marah sudah, pujuk pun sudah tapi

gadis itu hanya diam membatu.

“Mungkin sudah tiada jodoh antara kita Is.” Itu sahaja balasan dari Nurul Huda

yang sedari tadi mendiamkan diri.

Iskandar sudah muak dengan alasan itu. Selama hubungan mereka menjadi

tegang, itu sahaja alasan yang diberi Nurul Huda. Sebelum ini mereka selalu berbincang

dari hati ke hati. Bercerita tentang pengalaman, harapan dan perancangan masa hadapan.

Selalu terbuka dalam membicarakan perkara hati dan perasaan tapi mengapa kala ini,

Nurul Huda tidak mahu berbicara, berterus terang dan berbincang dengan dia.

Hati Iskandar penuh tanda tanya. Nurul Huda tidak seperti Nurul Huda yang dia

kenali dulu. Sudah banyak benar berubah. Nurul Huda lebih suka berdiam diri dan

banyak berahsia darinya.

Nurul Huda yang mengajak pergi bercuti ke Desaru. Sudah lama tidak bercuti

44

Page 45: Sebab Dikau

bersama, katanya. Iskandar bersetuju kerana dia fikir ini mungkin tempat yang terbaik

untuk mereka bersemuka. Tidak disangka baru satu hari di Desaru, si gadis sudah

menjatuhkam bom dengan keputusannya untuk mengakhiri perhubungan mereka. Puas

dia bertanya tapi si gadis tidak memberikan alasan.

Memang sejak akhir-akhir ini, Iskandar perasan perhubungan mereka semakin

hambar. Dia sedar dia penyebab hubungan mereka semakin jauh. Dia yang terlalu keras

bekerja dan kadang-kadang melupakan Nurul Huda. Gadis itu manja dan ingin selalu

dibelai, tapi tidak disangka selembut-lembut Nurul Huda, dia keras kepala.

“Is hanya fikirkan tentang diri Is sahaja, tapi sering melupakan kehendak Huda. Is

buat apa yang Is suka, tidak pernah bertanyakan pada Huda. Mungkin Huda sudah tidak

penting buat Is.” Pernah sekali Nurul Huda merajuk. Iskandar hanya diam. Egokah aku?

Kawan Iskandar, Bob pernah memberitahu nampak Nurul Huda berjalan dengan

seorang lelaki di City Square shopping complex, nampak mesra. Tapi, Iskandar hanya

menganggap itu sebagai gurauan sahaja kerana dia tahu tugas Nurul Huda sebagai

pegawai pemasaran banyak berurusan dengan orang. Sedangkan dia juga sering keluar

dengan clients tak kira umur dan jantina.

Tapi Bob beria-ia benar mengatakan Nurul Huda nampak terlalu mesra dengan

lelaki itu. Mulanya Bob tidak mahu memberitahu Iskandar. Tidak mahu dikatakan

menjaga tepi kain orang. Tapi itu bukan sekali Bob bertembung dengan mereka, sudah

tiga kali, sebab itu dia berkeputusan memberitahu Iskandar.

Sporting macamana pun Iskandar, tercabar juga kelakiannya bila dia mendengar

cerita Bob. Walaupun tidak mahu terburu-buru, dia perlu tahu juga siapa lelaki itu.

Malam itu ketika makan malam, dia bertanya pada Nurul Huda. Berubah muka gadis itu

45

Page 46: Sebab Dikau

bila soalan itu ditujukan. Beria-ia menidakkan tuduhan Iskandar. Tugas sebagai seorang

pegawai pemasaran memang begitu, keluar dengan pelanggan itu lumrah. Bukankah Is

juga selalu buat begitu. Huda tahu mana baik dan mana buruk. Itulah jawapan Nurul

Huda. Sepanjang malam dia masam. Minta dihantar pulang kala itu juga.

Tiga bulan selepas peristiwa itu, Iskandar tidak berani bertanya lagi. Walaupun

kali ini Sherry, Diana dan Norma pula yang bercerita. Lelaki yang sama Is. Kami tidaklah

mahu campur urusan kau dengan Nurul Huda but we feel, we have to tell you. Begitu

kata Diana ketika mereka bertiga minum petang bersama Iskandar di sebuah restoran

berdekatan pejabat mereka.

Iskandar hanya diam mendengar cerita Diana. Dia terlalu sayang dengan Nurul

Huda. Gadis yang sama-sama belajar dengan dia di Universiti of Nottingham. Tanah air

wira pencuri terkenal, Robin Hood.

Sekali dia terpandang gadis cantik sedang mengambil gambar di tugu Robin Hood

yang sudah kehijauan dengan lumut, hatinya sudah berdebar-debar. Sejuk musim luruh

yang menggigit tulang tidak diendahkan. Matanya tertumpu pada si gadis yang sedang

bergembira berposing sebelah tugu. Biasalah pelajar-pelajar Malaysia, sambil menimba

ilmu sambil berlibur di negara orang. Bila lagi?

Di perhatikan gadis yang sedang bergaya ala-ala memanah di sisi tugu. Cantik,

seperti keturunan Arab. Gadis itu lincah dan ceria. Mata bercahaya dan senyumannya

bagi Iskandar, begitu indah dihias pula dengan lesung pipit di pipi kanan. Puas Iskandar

merisik dan bertanya, akhirnya dia tahu nama gadis itu. Jarum dicucuk dan Nurul Huda

Ibrahim menjadi miliknya. Ke mana sahaja berdua, seperti belangkas.

Ramai kawan-kawan yang bertaruh yang mereka akan berkahwin selepas habis

46

Page 47: Sebab Dikau

belajar. Tapi sangkaan mereka semua meleset kerana masing-masing mahu melanjutkan

karier. Iskandar mahu lari dari acuan ayahnya manakala Nurul Huda ingin berdikari.

Penat-penat belajar, takkanlah tidak berkerja. Sekurang-kurangnya kenalah ada duit

sendiri baru boleh kahwin. Iskandar bersetuju. Dia tidak mahu menyekat Nurul Huda.

Sebagai wanita moden, Nurul Huda pasti bijak membahagikan masa antara karier dengan

tanggungjawab, fikir Iskandar.

Dari gaji pertama hingga kereta pertama, mereka raikan kejayaan mereka berdua.

Sesibuk mana pun mesti ada masa untuk Nurul Huda begitu juga sebaliknya. Setiap

harijadi diraikan. Dari di sebuah warung ke sebuah restoran sehinggalah ke coffee house

di hotel tiga, empat dan lima bintang, bersesuaian dengan status karier mereka yang

semakin meningkat.

Oleh kerana sibuk dengan karier masing-masing, Iskandar dan Nurul Huda

semakin liat hendak mendirikan rumahtangga. Walaupun kedua-dua saling berikrar

sayang, tapi seperti angin lalu, tidak komited. Iskandar jadi begitu sibuk dengan urusan

kerja hingga sejak kebalakangan dia terlalai untuk membelai hati Nurul Huda yang sering

kesepian.

“Is terlalu sibuk dengan kerja, tidak komited dengan perhubungan kita. Hampir

sepuluh tahun Huda tunggu, Is kata nanti,” lembut bicara Nurul Huda sambil tangan

menggenggam pasir putih. Di buka genggaman, bertaburan pasir pantai yang halus

seperti debu ditiup angin. Seperti apa yang terbuku di hati Nurul Huda selama ini.

“Bukankah kita sudah berjanji akan kahwin. Is cuma perlu siapkan satu lagi

projek, lepas tu kita buat persiapan, ok,” Iskandar masih cuba memujuk.

Nurul Huda memandang tepat wajah Iskandar. Matanya tajam menikam. “Jangan

47

Page 48: Sebab Dikau

berjanji sekiranya Is tidak boleh tepati!” Keras suaranya. “I am not one of your clients!”

Iskandar mengeluh. “Is sayang Huda. Jangan sia-siakan harapan Is.”

“Don’t be selfish Is. What about me? What about my hopes for you? I am not

getting any younger you know and I am fed up waiting for you!” Bentak Nurul Huda.

Hatinya geram. Betul-betul geram.

“Lagipun dah ada orang nakkan Huda. Dia hendak masuk meminang.” Suara

Nurul Huda kembali kendur.

Iskandar tersentak. Walaupun dia sudah maklum perkara ini, tapi dia masih

terkejut bila mendengar pengakuan yang keluar dari mulut Nurul Huda. Sudah hilang

kasihnya pada aku rupanya.

Bukan Nurul Huda tidak pernah mengajak mereka berkahwin tapi Iskandar yang

banyak memberi alasan. Lagipun dia mahu membeli satu unit kondominium untuk

mereka berdua. Duit tidak cukup lagilah, banyak projek yang kena diselesaikan. Kena

outstation selalu dan tidak mahu meninggalkan Nurul Huda kesepian di rumah.

Sedangkan itulah yang dia buat sekarang. Meninggalkan Nurul Huda kesepian

sehinggalah ada orang lain yang masuk jarum.

“I am not giving up, Huda. You’re mine. This is small matter. Kalau Huda hendak

kita kahwin, sekarang pun boleh.”

“Is ingat Huda ini apa?” Terbuntang matanya mendengar kata-kata Iskandar.

“Huda bukan mainan yang boleh di tolak ke tepi ke tengah. Huda sudah buat keputusan

Huda. Sudah banyak peluang Huda beri pada Is tapi Is buat endah tidak endah. “I’ve

made my decision. You have to accept it,” balas Huda. “Huda bukan budak-budak kecil.

Huda boleh buat keputusan sendiri.”

48

Page 49: Sebab Dikau

Iskandar tergamam. Dayus kah dia kerana membiarkan kekasih hati di ambil

orang? Kalahkah dia kerana tidak berdaya memenangi hati Nurul Huda? Tapi apa

gunanya sekiranya kasih sudah berpaling arah. Hati sudah tidak seirama. Tangan di hulur

tidak bersambut? Akhirnya, dia atas pasir putih bersih Desaru, bersaksikan pantai laut

China Selatan, cinta mereka terlerai.

Iskandar memandang kembali nota kuning. Buat apa kau menelefon aku Huda

sekiranya niatmu itu hanya untuk menyakiti hati. Dia ingat kembali kata-kata Nurul

Huda. “You have to accept my decision like a civilised adult. Tak guna Is marah-marah.

Anggap antara kita tidak ada jodoh. Nanti Huda pulangkan segala barang-barang yang

pernah Is hadiahkan pada Huda.”

Senang betul kau cakap macam tu Huda. Tiga minggu dia tidak dapat tidur lena.

Setiap malam bertanya pada diri di mana silapnya hubungan mereka. Salahkah dia cuba

berdikari tanpa pertolongan ayah? Salahkah dia mencari rezeki untuk kesenangan mereka

dan bakal keluarga mereka di masa hadapan? Setiap malam tidurnya terganggu kerana

bayangan Nurul Huda.

Hatinya memberontak ingin merampas kekasih hatinya kembali tetapi fikirannya

menegah. Itu keputusan Nurul Huda. Dia tidak mahu dicap sebagai lelaki tidak

bertamaddun. Menjatuhkan mertabat dan air muka sendiri.

Ah! Perempuan boleh dicari, boleh didapat di mana-mana. Biarlah Nurul Huda

dengan impiannya sendiri. Berita terakhir yang dia terima dari Bob mengatakan lelaki

yang sering kelihatan dengan Nurul Huda itu sebenarnya sudah berkahwin dan beranak

lima. Pertengahan empat puluhan dan mempunyai empayar perniagaannya sendiri.

49

Page 50: Sebab Dikau

Sukahati kaulah Huda. Sekiranya lelaki itu yang kau pilih, hiduplah dengan dia. Kalau

kau ditimpa musibah, janganlah kau cari aku. Itu jalan yang kau pilih sendiri. Iskandar

menggumpal kembali nota kuning dan dicampak ke dalam bakul sampah.

Sudah hampir sejam Hafizah duduk di bus stop. Satu bas pun tak lalu. Rosak ke

semua bas Intrakota ni? Kepalanya terteleng-teleng memerhatikan kenderaan yang bertali

arus. Semua hendak pulang cepat. Apatah lagi hujan yang turun mencurah-curah

semenjak tengahari.

Kebelakangan ini, hujan turun setiap hari. Cuaca sekarang tidak menentu.

Kadang-kadang hujan pagi kadang-kadang hujan petang. Ada kalanya hujan pula

sepanjang hari. Bila hujan begini, semua sedia maklum lalulintas akan sesak. Semua

berpusu-pusu hendak pulang cepat. Jalan yang basah juga mengundang kecelakaan pada

siapa yang tidak berhati-hati. Lopak-lopak air semakin banyak. Tak kecuali di hadapan

perhentian bas. Semua yang menunggu bas terpaksa berdiri ke belakang sedikit, takut

terpercik air lopak.

Bukan Hafizah seorang sahaja yang resah menunggu bas, ada empat lima orang

lagi yang masih setia menanti di bus stop. Ada yang termenung panjang dan ada yang

sekejap-sekejap melirik ke jam tangan. Lain pula halnya dengan beberapa pelajar sekolah

menengah yang asyik bergurau sesama mereka. Terhibur sedikit Hafizah dengan gelagat

mereka.

Tiba-tiba sebuah kereta Honda berwarna merah menghampiri. Macam kenal.

Hafizah memanjangkan leher. Iskandar rupanya. Relaks memandu. Tapi tidak

memandang ke kanan atau ke kiri. Amboi…

50

Page 51: Sebab Dikau

6.

Terhinggut-hinggut bas panjang berwarna merah bergerak menuju destinasi.

Tiba di perhentian bas, ia berhenti memuntahkan manusia yang berpusu-pusu hendak

cepat. Dengan sabar pemandu bas menanti penumpang-penumpangnya turun. Apabila

semuanya sudah selesai, dia menekan pedal minyak. Asap hitam tebal berkepul-kepul

keluar dari corong ekzos.

Hafizah menyinsing kain biru muda yang sememangnya sudah singkat di atas

buku lali. Sambil berlari-lari anak dia membetulkan rambut yang di potong pendek. Beg

kain hijau ala tentera terbuai-buai mengikut langkah kaki.

“Woi Pijot!”

Hafizah menoleh. Dia tersengih. “Woi Kiah!”

“Tunggulah. Apasal lah laju sangat,” sahabatnya Rokiah melambai-lambai.

Hafizah memperlahankan langkah. Dia mengeluarkan sekeping gula-gula getah dari

dalam beg. Kertas pembungkus di buka dan gula-gula getah di masukkan ke mulut.

Kertas di kepal lalu di campakkan di tepi jalan.

“Apasal kau awal hari ni?” Soal Rokiah. Mereka berjalan beriringan.

Hafizah tersengih. Entah mengapa hari ini dia seperti terlebih tenaga. Bangun

awal terus mandi dan menaiki bas ke sekolah. Kalau selalu, dialah antara segelintir

pelajar yang sentiasa lambat tiba.

“Takut kena denda kutip sampah lagi ke? Minta satu chewing gum,” usik Rokiah.

Dia menghulurkan tangan kanan. Tangan kiri membetulkan kedudukan baju kurung

putih yang labuh lebih sejengkal di bawah lutut.

Memang macam itu trend baju sekolah masa kini. Baju kurung labuh dan kain

51

Page 52: Sebab Dikau

biru disingsing atas buku lali. Kadang-kadang cuma nampak sejengkal sahaja kain biru

muda uniform sekolah . Stokin putih samada terlalu pendek sehingga sama paras dengan

mulut kasut ataupun yang ada bola kecil di belakangnya.

Rambut pula di kikis di bahagian tepi tapi dibiarkan panjang di bahagian

belakang. Ada setengahnya pula sengaja membiarkan sedikit rambut lebih panjang dari

yang lain-lain. Buat ekor. Cikgu Rahim, guru disiplin cukup jengkel dengan trend pelajar

perempuan di sekolah itu.

“Ekor tu untuk binatang. Manusia tak ada ekor. Kamu semua ni manusia atau

binatang?” Marah betul Cikgu Rahim melihat fesyen pelajar sekolahnya. Tapi semua tak

makan saman. Berkali-kali buat spot check, ada sahaja yang lepas.

Bukan setakat yang perempuan, dia terpaksa pula berhadapan dengan pelajar

lelaki yang suka memakai seluar sekolah yang dijahit ala bell bottom. Ada-ada saja

perangai budak sekolah. Itu belum lagi ada yang sengaja ingin menduganya dengan

mewarnakan kuku dengan pengilat kuku berwarna hitam!

“Takut amendanya. Padang tu bersih, tak de sampah hasil usaha kami tau.

Sepatutnya sekolah ni tak payah ambil tukang kebun kutip sampah, suruh aje budak-

budak sekolah yang kutip,” balas Hafizah sinis.

“Petang ni kau kerja?”

Rokiah galak mengunyah gula-gula getah yang di minta dari Hafizah. Manis.

Sedap. “Kerja. Kau?”

“Kalau aku tak kerja, nak makan apa? Nak harapkan mak bapak aku alamat

kurus keringlah aku kelaparan,” balas Hafizah. Langkahnya di perlahankan. Dari jauh

dia lihat pelajar-pelajar Sekolah Menengah Taman Sinar memasuki perkarangan

52

Page 53: Sebab Dikau

sekolah. Semua lengkap berpakaian seragam.

“Hmm… lepas habis sekolah ni kau nak buat apa?

“Balik la, siap-siap pergi kerja pulak.”

“Maksud aku, lepas kita habis tingkatan lima la.”

Pelik Hafizah, kenapa pula tiba-tiba Rokiah tanya soalan serius macam tu.

“Apasal plak dengan kau ni? Tak pasal-pasal jadi serius?”

“Aku saja tanya. Aku rasa aku ni tak ada harapan lah nak score SPM. Takat

cukup makan pun tak tentu. Almaklumlah otak bengap,” jawab Rokiah selamba. “Aku

ingat lepas habis sekolah ni aku nak terus kerja, tapi aku tak naklah terus-terusan angkat

dulang, penatlah.”

Hafizah terdiam. Tidak pernah pula dia terfikir tentang masa hadapannya. Apa

yang dia tahu, cukup duit dia akan keluar dari rumah. Selama ini tiada siapa yang

memperdulikan dirinya. Balik ke tidak tidak pernah ditanya. Perlu apa tinggal di rumah

lagi? “Angkat kaki dari rumah aku tu kot!”

“Habis, adik-adik kau macamana?” Entah kenapa bijak pula Rokiah hari ni.

Makan sarapan apa agaknya dia pagi tadi?

Dia tiba-tiba teringatkan Hafifi. Pagi tadi seperti lazimnya dia siap berpakaian

dahulu. Hafifi walaupun masih muda sudah pandai menjaga dirinya sendiri.

Pagi-pagi bangun tidur dia sendiri menyusun buku Darjah Duanya, memakai

baju seragam sekolah. Makan roti sekeping dua dengan air kosong dan terus berlari ke

rumah makcik Farah untuk berjalan kaki ke sekolah dengan Hajar, anak makcik Farah

yang tua setahun dari Hafifi.

Sekeras-keras hati Hafizah, sayu juga bila dia terkenangkan Hafifi. Tapi dia tidak

53

Page 54: Sebab Dikau

boleh membawa Hafifi keluar dari rumah itu. Bagaimana dia hendak menyara si kecil

kalau diri sendiri tidak menentu? Di mana mereka hendak hidup? Macamana hendak

menyekolahkan Hafifi?

Hafizah membiarkan soalan Rokiah tidak berjawab. Dia sendiri tiada jawapan

yang mutlak. Dia tidak pernah terfikir tentang pelajaran. Bukan dari golongan mereka

yang bijak pandai. Untuk apa belajar tinggi, sekadar untuk menghabiskan duit untuk

mendapatkan ijazah. Orang bengap macam dia perlu bekerja untuk meneruskan hidup.

Tapi persoalannya sekarang, mampukah dia meneruskan hidup dengan hanya

habis sekolah menengah. Apa pula akan jadi dengan adik beradiknya. Dia tidak bimbang

dengan Hafizi bukan hanya adiknya itu seorang lelaki tetapi dia juga mempunyai otak

yang cerdas. Macamana pula dengan Hafifi?

Semalam dia terpaksa datang kerja lambat. Gara-gara ayahnya. Bila sudah kalah

judi, sumpah seranah dan sepak terajang sudah menjadi asam garam hidup. Ibunya

sudah dua hari tidak pulang. Entah ke mana perginya. Hafifi terpaksa makan di rumah

makcik Farah. Sudah begitu kebiasaannya.

Semalam juga Hafizah jumpa adik bungsunya duduk menangis teresak-esak di

penjuru bilik. Sungguh-sungguh dia menangis. Baju sekolah rendah masih belum

bertukar. Sebelah kaki bersetokin sebelah lagi tidak. Rambut yang bertocang sudah kusut

masai.

“Kenapa dik?” Tanya Hafizah. Beg sekolah dicampak ke tepi. Dia bertinggung

mengadap adiknya yang masih sedu sedan. Mata dan hidung sudah merah.

“Duit adik tak ada, long,” jawab Hafifi teresak-esak lagi. Dia menghulur tabung

buluh yang kosong pada Hafizah. “Duit adik dah hilang..”

54

Page 55: Sebab Dikau

Hafizah mengusap rambut adiknya. Aduh! Ini mesti kerja ayah. Bila duit di

tangan sudah habis, satu rumah digelidah. Merncari duit yang jatuh atau barang yang

boleh dijual untuk menyara tabiat buruknya. Entah macamana agaknya dia terjumpa

tabung Hafifi. Mahat jarang masuk ke bilik Hafizah dan Hafifi.

Hafizah tahu adiknya pandai menyimpan. Duit saku empat puluh sen yang

Hafizah beri setiap hari jarang diguna untuk berbelanja. Semua akan disimpan di dalam

tabung buluh dan di sorokkan di belakang almari. Dia sudah pandai menyimpan sejak

guru sekolahnya mengajar untuk menabung. Dalam tabung buluh itu sudah ada dekat

enam puluh ringgit.

“Jangan nangis lagi dik. Along yang ambik. Along simpan dalam bank,” dia

berbohong. Di dalam kepala dia mengira duit simpanannya. Sudah ada dekat enam ribu

ringgit di dalam akaun simpanannya.

Buku simpanan di simpan di rumah Rokiah, takut diketahui ayahnya. Hafizah

terlalu jarang mengeluarkan wang simpanan, cuma setiap bulan dia akan memasukkan

wang ke dalam bank. Kerana sudah kerap menyimpan wang, dia hafal nombor akaun

simpanan.

“Kenapa along ambil duit adik tak beritahu. Adik ingat dah hilang,” Hafifi lega.

Tidak hilang rupanya.

“Along lupa nak beritahu. Duit tu ada pada along. Dekat enam puluh ringgit.

Along tak belanja.” Pujuk Hafizah lagi. Gembira hatinya melihat Hafifi sudah berhenti

menangis walaupun masih lagi terhinggut-hinggut sedu.

“Jadi duit tu tak hilang ye long?” Hafifi inginkan kepastian. Mata kakaknya di

tenung dalam-dalam. Duit itu tidak hilang.

55

Page 56: Sebab Dikau

“Ada. Esok along bawa adik ke bank, kita tengok sama-sama. Nak along bukakan

satu akaun untuk adik? Jadi adik boleh simpan duit sendiri.”

Hafifi segera memeluk kakaknya. Mukanya disembam di dada Hafizah. “Tak

apalah. Along tolong simpankan ye. Adik takut nanti ayah jumpa tabung dan curi duit

adik..”

Meruntun hati Hafizah mendengar kata-kata Hafifi. Ya Allah! Apa nak jadi

dengan keluargaku ini?

Loceng menandakan waktu persekolahan bermula berbunyi nyaring. Beberapa

pelajar yang lewat mula berlari-lari anak sementara pintu pagar masih terbuka. Hafizah

dan Rokiah mempercepatkan langkah. Tidak mahu ketinggalan. Bukan kerana mahu

mengikut peraturan sekolah tapi letih mahu bersoal jawab dengan pengawas yang

menjaga pintu pagar. Kerek habis!

56

Page 57: Sebab Dikau

7.

Saya perlukan awak hari ni,” Iskandar bersuara. Dia bersandar memandang wajah

Hafizah yang berdiri di hadapannya.

“Encik Iskandar hendak saya buat apa?” Pagi-pagi tadi Iskandar sudah dia

menyuruh dia masuk ke pejabat. Kalau setakat hendak beritahu dia perlukan aku, guna

interkom saja kan boleh. Nak juga suruh aku mengadap muka dia.

Di tenung muka bosnya. Segak hari ni dengan kemeja merah jambu samar. Lelaki

memakai baju merah jambu? Kena juga ya warna itu pada lelaki. Mesti ada appointment

di luar.

“Kita pergi Sepang. I dah buat appointment dengan pegawai daerah nak jumpa. ”

“Hah? Bila pulak Encik Iskandar buat appointment?” Hafizah tercengang. Baru

pukul sembilan pagi. Dia pun baru masuk lima minit tadi, satu panggilan pun belum di

buat.

Iskandar tersengih. “Haa.. bukan awak seorang saja ada contact dengan orang

kerajaan di majlis perbandaran, saya pun ada juga.”

Hafizah mengecilkan mata. Bila masa pula ni pandai cari contact sendiri.

Selalunya mesti menjerit kat aku suruh call pegawai-pegawai di majlis daerah.

Iskandar masih lagi tersengih. Nak bagi tahu ke? Nampak gaya macam tak

percaya kan aku. Apa, ingat aku baru kerja dengan syarikat ni, aku mentah sangat ke?

Contacts dia dah berlambak, semua “diangkut” semenjak dia bekerja dengan Donald

Lim.

“Alaaa.. pegawai kejuruteraan call semalam masa awak pergi solat Asar. Saya

dah buat temujanji nak jumpa dengan dia dan DO hari ni. Kita jumpa dalam tengahari.”

57

Page 58: Sebab Dikau

Ha.. dah agak dah. Contact dia bukan taraf pegawai bawahan. Mesti Tan Sri ke

Datuk ke CEO ke ataupun yang paling koman Pengarah Urusan macam dia. Hafizah

tersenyum kecil. “Bila nak bertolak?”

“Sekarang. Awak dah sarapan?” Iskandar bingkas bangun. Dia mengambil

briefcase dan di isi dengan dokumen-dokumen penting berkenaan dengan projek

perumahan di Sepang. Kertas layout plan tapak projek yang sudah dibuat oleh arkitek dua

hari lepas di gulung kemas dan di masukkan ke dalam kotak silinder berwarna hitam, lalu

di sangkut ke bahu.

Hafizah mengangguk. Pagi tadi dia sudah sarapan roti dengan mentega kacang

dan minum segelas air teh O panas. Cukup untuk mengalas perut.

“Pergilah kemas barang awak . Saya tunggu awak dalam kereta. Awak kenal

kereta saya kan?”

Sekali lagi Hafizah mengangguk. Waduh! Kena pergi sekali ke? Sebelum ini dia

tidak pernah terlibat secara langsung dalam sesebuah projek. Daniel Chan, bekas bosnya

tidak pernah membawa dia bersama bila keluar berjumpa dengan pegawai kerajaan.

Cuma kadang-kadang dia akan bawa pegawai jurutera atau arkitek bersama untuk

berbincang.

Iskandar menyandar badan di dalam kereta. Dia sudah pun menghidupkan enjin

dan penghawa dingin. Dokumen dan plan sudah di simpan di boot belakang.

Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Iskandar mengeluarkan dari poket seluar.

Dia memandang nombor yang tertera di skrin LCD. Hmm.. nombor itu lagi. Di letakkan

di atas dashboard. Bergegar dan masih lagi berdering.

58

Page 59: Sebab Dikau

Telefon bimbit masih lagi berdering ketika Hafizah membuka pintu kereta. Dia

meletakkan barang-barang di tempat duduk belakang baru dia duduk di tempat

penumpang.

Hafizah menutup pintu kereta dan memasang tali pinggang keledar. “Encik

Iskandar tak nak jawab telefon tu ke?”

“Biarlah, tak penting. Ready?” Tanpa menunggu jawapan Hafizah, Iskandar

mengenakan cermin mata hitam. Meletakkan gear otomatik di kedudukan R dan

mengundurkan kereta lalu mereka meninggalkan perkarangan pejabat Rosli Development

Sdn Bhd.

Mereka sedang menyusuri Jalan Sungai Besi apabila telefon bimbit Iskandar

berdering lagi. Iskandar tahu siapa pemanggilnya.

“En Iskandar tak nak jawab ke?” Tanya Hafizah. Dari tadi mereka tidak banyak

berbual. Iskandar tenang memandu kereta dan Hafizah senang memandang keluar

tingkap.

“Tak pe lah,” jawab Iskandar ringkas.

“Mak we ye.” Aduh! Cabulnya mulut aku! Hafizah malu sendiri. Sejak bila dia

pandai menjaga tepi kain orang, apatah lagi bosnya.

“Jealous ke kalau saya ada makwe?” Tanya Iskandar pula. Aik! Usik mengusik

pula kita. Dia memandang sekilas pada Hafizah. Tak nampak muka. Gadis itu hanya

memandang keluar tingkap.

“Nak jealous apa pulak. Elok lah kalau bos dah ada makwe. Senang saya nak bagi

tau staf yang lain.”

“Ha! Ada gosip pasal saya pulak ke?” Iskandar menekan pedal minyak. Penunjuk

59

Page 60: Sebab Dikau

spedometer naik ke 85kmph.

“Ramai yang tanya saya, Encik Iskandar ni dah berpunya ke belum.”

“Apa awak jawab?” Teringin pula Iskandar hendak tahu. Perjalanan jauh lagi. Tak

sedap pulak duduk berdiam melayan perasaan. Telefon bimbit berbunyi menandakan

mesej baru diterima. Iskandar tidak mengendahkan langsung alat komunikasi yang

terbaring di atas dashboard.

“Saya jawab yang benar saja lah. Tak tahu.” Balas Hafizah. Giliran dia pula

mengerling kepada bosnya. Mereka bertentang mata. Cepat-cepat Hafizah memandang ke

depan. Susah hendak diketahui perasaan Iskandar bila jendela hati ditabiri tirai gelas

hitam

“Awak rasa saya ada mak we ke, Fiza?”

“Adalah kot. Mungkin sekarang tengah krisis. Atau Encik Iskandar malu nak

berbual dengan makwe sebab saya ada,” duga Hafizah.

Wah! Boleh tahan juga perempuan ini. “Macam tau-tau saja. Ahli nujum ke?”

Usik Iskandar. Mereka menghampiri Plaza Tol Sungai Besi dan Iskandar memandu

melalui laluan SmartTag.

“Tak perlu jadi ahli nujum. Tuu.. handset menjerit-jerit tu tak nak angkat

langsung. Mesti kes bergaduh dengan makwe ni.” Saja Hafizah memuncungkan mulut ke

arah telefon bimbit yang masih tersadai di atas dashboard.

Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Sudah alang-

alang bermulut cabul, biar diteruskan. Hafizah tersenyum kecil.

Iskandar ketawa besar. “Hmm.. orang macam saya ni mana ada yang nak.”

Eh! Eh! Mengada-ngada pulak. Apa kurangnya dia. Segak bergaya, berharta.

60

Page 61: Sebab Dikau

Bukannya ada penyakit sopak ke, penyakit berjangkit ke. Perempuan mesti macam

magnet nak melekat padanya. “Susah nak percaya. Encik Iskandar kot yang terlalu

memilih.”

“Apanya memilih pulak. Awak kan setiausaha saya. Awak tengok saya ada ke

keluar dating dengan perempuan?”

“Yalah, mungkin di ofis dan waktu pejabat Encik Iskandar tak pernah keluar

dating, tapi mana tahu keluar dinner ke. Tak kisahlah kan, itu semua pun bukan urusan

saya,” balas Hafizah tersenyum kecil. Terasa rapat pula mereka hari ini. Tidak pernah-

pernah mesra macam ini, hari ini sempat pula bergurau senda. Mungkin juga ini kali

pertama mereka berbual berdua di luar ofis tanpa mata-mata yang memerhatikan.

“Saya tak de makwelah, sungguh. Awak tolonglah carikan seorang untuk saya,

boleh?” Saja Iskandar hendak menduga.

“Manalah saya tahu citarasa Encik Iskandar.” Saja Hafizah merendah diri.

“Emm.. kalau boleh saya hendaklah yang sama padan dengan saya. Cantik,

langsing, bijak, lemah lembut dan manja. Ada sifat-sifat keibuan..”

Alamak! Tingginya citarasa dia. Hafizah mengerling ke arah Iskandar. Hmm..

memang patutlah dia cari yang sama padan. Iskandar memang menarik, kenalah cari yang

sama cantik dan sama bijak. Macam pinang dibelah dua.

“Ada awak kenal perempuan yang ada ciri-ciri yang saya nak itu. Kalau ada

perkenalkan lah pada saya.” Iskandar masih lagi tersenyum.

“Ada juga saya kenal orang macam tu.. tapi dulu, dah lama dah.”

“Siapa?”

“Ibu saya.”

61

Page 62: Sebab Dikau

Entah kenapa lancang mulutnya menyebut ibu. Hafizah tersenyum pahit. Ibu. Dia

terbayang wajah wanita yang pernah dipanggil “ibu”. Dulu masa dia kecil-kecil, ibulah

orang yang paling cantik pernah dia lihat. Bijak. Ibu sentiasa ada jawapan pada setiap

soalan yang keluar dari mulut Hafizah. Ibu juga tidak pernah meninggikan suara, lemah

lembut.

Bila Hafizah terjatuh dan terluka ketika mengayuh basikal roda tiga, ibu lah orang

yang paling bimbang. Diusap dan tempat luka cepat-cepat dibubuh ubat. Bila demam, ibu

sentiasa ada disisi menjaga. Bila dia merengek sedikit, ibu akan cepat-cepat memeluk.

Tapi itu dulu. Dulu yang terlalu lama. Kenangan yang semakin samar dan Hafizah harap

suatu masa, kenangan itu akan terus pudar. Hafizah menyentuh parut di tepi pipi. Selagi

parut itu ada, selagi itulah kenangan manis akan dia pendam jauh sejauh-jauhnya di lubuk

hati. Di kunci rapat-rapat.

Iskandar melihat jari kiri Hafizah meleret sepanjang parut di muka. Gadis itu

sedang termenung. Air mukanya tiba-tiba keruh. Gatal benar mulutnya hendak bertanya

dari mana datangnya parut itu. Tapi takut gadis itu terasa. Biar dulu. Masanya tidak

sesuai.

“Alaa.. kalau ibu awak, dah tak boleh dah. Off limits. Macamana pula dengan

anaknya ni.” Sengaja Iskandar mahu menjernihkan suasana. Tidak mahu keadaan

menjadi serius.

Cepat-cepat Hafizah memusing kepala memandang Iskandar. Amboi! Ke situ pula

dia. “Soalan apa pula ni?” Hafizah mengerutkan dahi.

“Yalah, kalau ibunya lemah lembut, cantik, manja, macamana pula dengan

anaknya. Sama tak ciri-ciri yang ada?” Iskandar tersenyum kecil. Seronok juga mengusik

62

Page 63: Sebab Dikau

Hafizah.

Buta ke apa dia ni? “Hmm.. beza macam langit dengan bumi. Timur dengan

Barat,” jawab Hafizah selamba.

“Alaa, suara awak tu kalau dengar dalam telefon dah memang lunak dan merdu.

Cuma yang perlu, awak tukar sikit penampilan awak tu saja. Kasi solek sikit, mesti

cantik.”

Ah sudah! Jadi perunding kecantikan pula dia. “Tak apa lah Encik Iskandar.

Mungkin penampilan diri tu boleh ditukar tapi personaliti tetap macam ni,” balas

Hafizah. Saja buat-buat bodoh. Malas hendak layan.

Bukan Iskandar seorang saja yang menegur penampilan dirinya yang sentiasa

berbaju kurung, malah Sandy sudah berbuih mulut menyuruhnya menukar fesyen

berpakaian.

“Pakailah skirt Fiza. You ni asyik baju kurung saja. I tengok ramai perempuan

yang bertudung pakai skirt. I tak kata you pakai skirt pendek, you pakailah yang panjang.

Kaki you still tutup.” Panjang lebar Sandy menasihatkan dia. Tapi Hafizah buat-buat

bodoh sahaja. Baginya walaupun ketrampilan diri itu penting, dia tidak perlu berhabis

duit mengikut fesyen terkini. Baju kurung sangat sesuai untuk setiap jenis keadaan dan

yang lebih penting, dia sangat selesa berbaju tradisional Melayu itu.

Hafizah cuma tersengih. Baginya buat apa perhabis duit untuk baju. Baju kurung

yang dia pakai setiap hari itu adalah hasil jahitan tangannya sendiri. Kain pun bukanlah

mahal mana. Ada yang empat ringgit semeter yang dibeli bila masa jualan murah. Biarlah

dia berhabis untuk adik-adik yang berhempas pulas di universiti. Bukan menghabiskan

duit untuk berhias diri.

63

Page 64: Sebab Dikau

“Awak ni Fiza, kenalah sentiasa jaga penampilan diri, kalau tidak macamana

orang nak masuk meminang,” usik Iskandar lagi.

“Iya ke tak de orang nak masuk meminang saya ni, Encik Iskandar?” Sedapnya

mulut mengutuk aku. Mana kau tau tak ada orang hendakkan aku?!

“Eh! Awak ada teman istimewa ke Fiza? Aisey! Tak tahu pula saya.” Berkerut

dahi Iskandar. Mungkin tersalah cakap kot?

“Itulah, lain kali jangan sedap mulut saja tembak.” Balas Hafizah tersengih.

Mengiyakan tidak, menidakkan pun tidak. Biarlah statusnya menjadi teka teki pada

Iskandar.

Iskandar tersengih. Dia terus menekan pedal minyak dan kereta meluncur laju ke

arah Sepang.

64

Page 65: Sebab Dikau

8.

Iskandar membelokkan kereta ke arah Majlis Daerah Sepang yang terletak di atas

bukit. Cantik dan tenang. Pokok-pokok yang bersusun di tepi jalan menambahkan

keindahan kawasan pejabat daerah. Segera Iskandar mencari tempat untuk meletakkan

kereta di tempat letak kereta yang dikhaskan untuk pelawat.

“Encik Iskandar dah cakap dengan Encik Hatta suruh tunggu kita ke?” Tanya

Hafizah sambil melangkah keluar dari perut kereta.

“Bukan Encik Hatta. Dia dah ditukarkan ke pejabat daerah lain. Sekarang ni orang

baru yang gantikan dia. Ridhuan Salleh,” balas Iskandar lalu ke boot untuk mengeluarkan

dokumen dan plan.

Hafizah mengerutkan dahi. Ridhuan Salleh. Macam kenal nama itu.

Mereka melangkah masuk ke perkarangan bangunan pejabat utama dan berjumpa

dengan pegawai keselamatan untuk mengambil pas pelawat dan memberitahu tujuan

mereka ke sini. Pegawai keselamatan yang berbangsa India segera menunjukkan arah

pejabat kejuruteraan di tingkat atas. Selepas mengucapkan terima kasih, Iskandar dan

Hafizah melangkah ke arah yang ditunjukkan.

Hafizah segera mengetuk pintu yang tertera perkataan bahagian kejuruteraan dan

dengan sopan melangkah masuk. Dia senyum kepada kerani yang bertugas dan segera

memberitahu tujuan kedatangan mereka ke situ. Kerani wanita tersebut mempersilakan

mereka duduk dan segera berlalu ke pejabat kecil berdinding kaca. Seketika dia keluar

dan mempersilakan mereka masuk.

Hafizah tersenyum dan mengucapkan terima kasih. Kali ini dia membiarkan

Iskandar mendahului dan mengetuk pejabat ketua jabatan.

65

Page 66: Sebab Dikau

“Silakan duduk Encik Iskandar dan cik. Sila.” Pegawai muda bernama Ridhuan

Salleh berdiri dengan sopan mempersilakan mereka berdua duduk di kerusi biru

mengadapnya. Meja kelabu penuh dan bertaburan dengan plan-plan layout projek

perumahan yang bakal dibangunkan di kawasan majlis perbandaran.

“Saya Iskandar. Kita ada bercakap di dalam telefon semalam. Saya ada bawa

dokumen dan plan layout kami untuk projek mixed development di kawasan ini,”

Iskandar dengan sopan memulakan perbualan. “Ini setiausaha saya Hafizah Mahat.”

“Hafizah? Pijot?!” Terbuntang mata Ridhuan memerhatikan wanita bertudung di

hadapannya. “Astaghfirullah Pijot! Aku hampir tak kenal kau!” Tiba-tiba Ridhuan

tergelak besar. Tidak disangkanya wanita di hadapannya itu rakan sekolah yang paling

nakal yang pernah dia kenali lebih sepuluh tahun dahulu. Pijot bertudung dan berbaju

kurung? Ridhuan terus ketawa.

“Duan kan? Bila Encik Iskandar sebut nama kau, aku rasa macam kenal. Tak

sangka kita jumpa di sini,” balas Hafizah. Segan juga dia jumpa sahabat lama di hadapan

Iskandar.

“Laa.. dah kenal lama ke ni?” Iskandar memandang Hafizah dan Ridhuan silih

berganti.

“Yalah. Hafizah ni kami panggil Pijot je dulu. Nakal macam kami juga.. alah!

Nakal budak-budak sekolah. Ponteng sama-sama, masuk kelas lambat sama-sama,” balas

Ridhuan bila ketawanya reda. “Apa khabar Kiah? Dah lama benar aku tak dengar berita

dari dia.”

“Alhamdulillah Kiah dah kahwin dah, tiga anak. Dapat orang hotel juga. Emm

Duan, tak pelah, kita cerita pasal kisah lama lain kali aje. Encik Iskandar ni nak bincang

66

Page 67: Sebab Dikau

pasal projek Rosli Development.” Cepat-cepat Hafizah mematikan perbualan. Dia

mengerling pada Iskandar. Kalau dibiarkan Ridhuan bercerita, entah apa-apa kisah lama

dan segala rahsianya yang akan diungkit oleh Duan.

“Ya ya.. maafkan saya Encik Iskandar. Lama betul saya tak jumpa dengan

Hafizah ni. Lepas sekolah dia terus hilang. Ni yang terperanjat bila tiba-tiba dia ada

depan mata. Dah berubah pulak tu. Okay kita bincang pasal projek tu pula. Mana

plannya..”

Ridhuan masih macam dulu. Kelam kabut. Entah macamana boleh jadi ketua

jabatan kejuruteraan majlis pun, Hafizah tidak tahu.

“Tak pe.. biasalah kalau dah jumpa kawan lama,” balas Iskandar. Dia mengerling

kepada gadis yang sudah mula gelisah disisinya. “Manalah tahu dapat juga saya tahu

cerita lama setiausaha saya ni.” Sengaja dia mahu menduga. Tangannya dengan pantas

membuka tutup silinder dan mengeluarkan plan yang tergulung rapi.

Hafizah memang tidak senang duduk bila dia cam siapa Ridhuan Salleh. Kawan

sekelasnya semenjak tingkatan tiga. Sama nakal. Ridhuan atau pun Duan ni lah lelaki

pertama yang mengajar dia merokok. Bersidai di bus stop sambil mengepit sebatang

rokok di jari. Berkepul-kepul asap putih keluar dari mulutlah, hidunglah. Semua dicuba.

Duan juga yang mengajar hendak membuat asap rokok keluar berlubang-lubang dari

mulut. Rokok yang dinikmatipun pun jenama rokok orang tua. Jenama Benson & Hedges

ataupun Dunhill.

Tapi senakal-nakal Duan, dia tidaklah mengacau orang apatah lagi merosakkan

anak dara orang. Dia lebih kepada buat hal sendiri. Duan cerdik orangnya cuma dia tidak

suka belajar. Kalau ke sekolah buku yang dibawa cuma dua tiga naskah. Berat. Tak larat

67

Page 68: Sebab Dikau

nak usung katanya. Tapi, setiap kali menduduki peperiksaan, keputusannya memang

cemerlang.

Kadang-kadang Hafizah cemburu juga dengan Duan yang dikurniakan otak yang

cerdas. Orang tua kata terang hati. Sekali di ajar senang nak masuk. Bab ilmu pelajaran

memang cepat tapi bab perangai, hancus! Satu pelajaran yang kurang Duan gemari ialah

English. Tapi dia jenis yang tidak putus asa, walaupun malas belajar, dia akan mencari

alternatif lain untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggerisnya.

Katanya cara konservatif di dalam kelas memang tak masuk dalam kepala

otaknya. Dia perlukan visual untuk membantu dia menerima pelajarang tersebut. Cara

terbaik, tengok wayang dan yang selalu menjadi mangsa, Hafizah.

“Apa pasal pulak aku kena belanja kau tengok wayang,” bentak Hafizah ketika

mereka melakukan aktiviti rutin menghisap rokok di perhentian bas. Mukanya sudah

berminyak. Apa tidaknya, matahari sudah tegak di atas kepala.

“Sebab kau dah kerja,” balas Duan tersengih. Rokok Dunhil yang sudah separuh

masih terkepit di celah jari kirinya.

“Dah tu kau lah kerja, cari duit sendiri pi tengok wayang. Kau tu kalau nak tengok

wayang free mesti nak suruh aku belanja.” Panas juga hati Hafizah dengan perangai

Duan.

“Tak pelah kau belanja, buat amal Jariah sikit. Nanti kita sama-sama pandai

Bahasa Inggeris. Ok lah Fiza, alaa.. Cuma empat ringgit je,” Duan memujuk.

“Woi! Amal Jariah kepala otak kau! Empat ringgit pun duit juga tau. Dua orang

dah lapan ringgit. Lepas tu nak air lah nak popcorn lah.”

“Tak pe air dengan popcorn aku belanja. Amacam?” Duan sengaja mengebil-

68

Page 69: Sebab Dikau

ngebilkan matanya.

Menarik juga idea Duan. “Okaylah.. Nak tengok cerita apa ni?”

“Tak kisahlah. Janji cerita mat salleh. Aku nak belajar bahasa Inggeris.” Duan

tersengih. Yes! Akhirnya ada juga orang belanja aku tengok wayang hari ni!

Begitulah selalunya kalau hari dia tidak bekerja. Mereka akan melepak di

perhentian bas merancang untuk agenda aktiviti selanjutnya.

Tengok wayang sudah menjadi kewajipan bagi mereka berdua menghabiskan

masa. Kadang-kadang mereka akan pergi bertiga bersama Rokiah. Bila Rokiah ada, ketuk

dia pula untuk belanja tengok wayang. Berita terakhir yang Hafizah dengar, Duan telah

melanjutkan pelajaran ke Amerika di dalam jurusan kejuruteraan. Maknanya cara

pembelajaran bahasa Inggeris dengan menonton wayang Inggeris memang berhasil pada

dirinya. Alhamdulillah. Jadi orang juga, kau Duan.

Hafizah membiarkan Iskandar dan Ridhuan bercerita pasal projek campuran

perumahan dan komersil yang dirancang di atas sebidang tanah seluas dua ratus ekar

milik Dato Rosli di dalam daerah Sepang.

Tanah itu di beli bila Dato Rosli mendengar ura-ura kerajaan hendak membuat

lapangan terbang antarabangsa yang baru menggantikan yang lama di Subang yang sudah

tidak sesuai untuk memberi perkhidmatan kepada pengguna yang bilangannya semakin

meningkat. Ketika ramai pemaju bergerak ke Utara Selangor, Dato Rosli mencari tapak

di Selatan. Dengkil dan Sepang menjadi pilihan. Ada juga rakan-rakan Dato Rosli di

kalangan ahli perniagaan yang meragui tindakan Dato Rosli tapi dia tidak peduli. Berjuta

duitnya habis untuk membeli tanah dari pemilik-pemilik persendirian di kawasan

tersebut.

69

Page 70: Sebab Dikau

“Jadi Encik Iskandar bercadang rumah-rumah ini dijual secara freehold?”

Pertanyaan Ridhuan mematikan lamunan Hafizah. Cepat-cepat dia mengeluarkan nota

kecil dari beg dan mula mencatit apa-apa yang perlu. Setiap minit perbincangan harus

dicatit untuk kegunaan masa hadapan.

“Sebab tanah ni bukan tanah kerajaan. Kami beli dari penduduk kampung dengan

harga tinggi. Sebab itulah kami rasa adil sekiranya status rumah ini nanti freehold bukan

leasehold, “ balas Iskandar.

“Hmm.. projek macam ni mahal, apatah lagi polisi kami untuk pembangunan di

Dengkil dan Sepang ni dibuat secara low density,” balas Ridhuan pula. Dia mengeluarkan

cermin mata dari poket kiri. Matanya masih lagi memandang plan terhampar di atas meja.

Hafizah tersenyum kecil. Inilah bahananya kerap tengok wayang. Dah tua-tua

rabun mata dek cahaya dari skrin putih.

Tiba-tiba Ridhuan mendongak. “Apa kau senyum tu Pijot. Biasalah dah tua. Mata

pun jadi rabun asyik tengok plan yang skala kecik ni.” Dia tersenyum.

Lebih sejam mereka berbincang mengenai hal projek pembangunan tersebut.

Seperti yang sudah diduga, Ridhuan memberi jaminan projek itu boleh dijalankan tetapi

perkara ini akan dibincangkan dengan pejabat tanah dan di mesyuarat jawatankuasa kecil

pembangunan dan seterusnya dipanjangkan kepada mesyuarat bulanan ahli-ahli majlis

untuk mendapat kelulusan.

“InsyaAllah dalam sebulan dua projek Encik Iskandar ini dapat dijalankan. Saya

sudah study plan struktur dan konsep projek dan buat masa ini saya tak nampaklah apa-

apa masalah. Cuma kami perlu study lagi dengan lebih dalam dengan jurutera yang ada.”

Tenang Ridhuan merenung wajah Iskandar yang mengangguk-angguk menandakan dia

70

Page 71: Sebab Dikau

faham. “Environment Impact Assessment dah ada? Kalau belum, kena buat dulu tu.”

“Consultant kami sudah sediakan. Geological dan Geotechnical report pun dah

sedia. Cuma tunggu arahan untuk kami submit pada you dan pejabat tanah pun dah

luluskan plan ini,” balas Iskandar.

“Hmm.. kami juga kena tengok samada facilities dan amminities di projek Encik

Iskandar ni comply pula dengan master plan kami. Kalau syarikat Encik Iskandar perlu

membuat contributions untuk projek kami pula, kami akan beritahu secepat mungkin.

Mungkin kena ada pembinaan flyovers di masa hadapan,” terang Ridhuan lagi.

“Kalau tak keberatan, Encik Ridhuan bagi keutamaan untuk projek ini boleh?

Kami sudah ada modal untuk pembangunan dan saya lihat kawasan-kawasan yang

berdekatan pun sudah mula dibangunkan.” Sengaja Iskandar mahu memancing Ridhuan.

Manalah tahu mengena.

“Saya cubalah Encik Iskandar. Tak boleh janji sebab kami kena ikut prosedur

majlis. Tapi, rasanya tak akan ada masalah. Apa-apa pun nanti saya beritahu. Samada

saya telefon Encik Iskandar ataupun setiausaha you.” Tersengih-sengih Ridhuan

menyebut perkataan setiausaha.

Selesai berbincang hal-hal serius mereka mula berbual tentang perkara-perkara

biasa. Tapi masih lagi talk shop. Hafizah lebih banyak mendiamkan diri, tapi sesekali dia

mencelah. Ridhuan dan Iskandar banyak bercerita tentang pekerjaan mereka. Projek

mana yang hebat, projek mana yang selesai. Terbengkalai atau pun yang dibuat endah

tidak endah. Hafizah mengerling jam di dinding. Sudah lepas waktu makan.

“Saya minta diri sekejap.” Lembut Hafizah mencelah.

“Ke mana?” Iskandar menyoal balik.

71

Page 72: Sebab Dikau

“Wash room,” balas Hafizah ringkas. Dia mengangkat punggung sambil

tersenyum ke arah Ridhuan. Beg di sandang di bahu.

“Kau tanya je setiausaha aku di luar arah ke bilik air. Lepas ni kita keluar makan,

aku belanja,” kata Ridhuan pula.

“Hmm.. itu kena bincang dengan bos. Aku kuli, ikut saja kata dia,” balas Hafizah

pula.

“Oh mengikut kata rupanya. Kalau Encik Ridhuan nak tahu, inilah kali pertama

saya dengar dia nak ikut cakap saya. Hmm..kalau saya kata terjun lombong awak buat tak

“Pijot”?” Tiba-tiba Iskandar mencelah. Sengaja mahu mengusik. Di tenung gadis di

sebelah yang sudah berdiri. Tajam menikam.

Hafizah tergamam. Bergurau di hadapan Ridhuan? Gila apa bos aku ni? “Er.. saya

tolak Encik Iskandar dulu dan biar terkapai-kapai dalam lombong.” Dia cepat-cepat

keluar dari bilik Ridhuan.

Ridhuan mengangkat kening. Aik? Bergurau senda pula mereka berdua. Ada apa-

apa ke ni? Hatinya berbisik nakal.

Seperti yang diarahkan, Hafizah bertanya kepada setiausaha Ridhuan di mana

letaknya bilik air dan bilik solat. Dia hendak menunaikan solat zohor.

“Akak nak surau ye. Marilah ikut saya, saya pun belum solat zohor lagi ni,”

setiausah Ridhuan yang genit mempelawa. Hafizah tersenyum kecil. Elok sangat lah tu.

Selesai menunaikan kewajipan sebagai seorang muslimat, Hafizah kembali ke

bilik Ridhuan. Dilihatnya kedua-dua lelaki itu masih lagi rancak berbual. Tidak susah

hendak mesra dengan Ridhuan sebab orangnya memang kelakar walaupun kadang-

kadang gurauannya agak kasar. Iskandar pula memang sikapnya mudah mesra, senang

72

Page 73: Sebab Dikau

bercampur dengan manusia pelbagai lapisan.

“Bos akak ke tu?” tanya setiausaha yang genit ketika mereka berjalan beriringan

kembali ke jabatan kejuruteraan. Maria namanya.

Hafizah mengangguk. “Kenapa?”

“Kacak ye orangnya. Mesti seronok kerja dengan dia.” Maria tersenyum simpul.

“Biasa saja Maria. Dah bos kita. Kacak macamana pun kalau dah bos, suka

mengarah juga. Kalau salah, melentinglah dia. Masa tu kan, yang kacak pun jadi tak

kacak.” Sengaja Hafizah buat-buat bodoh. Dia sudah dapat mengaggak ke mana arah

perbualan mereka nanti. Maria mesti hendak tahu Iskandar sudah berpunya atau belum.

Selesai mengucapkan terima kasih kepada Maria yang kembali ke tempat

duduknya, Hafizah melangkah masuk ke pejabat Ridhuan.

“Wah! Lama benar di bilik air, sakit perut ke?” Usik Ridhuan bila dilihat Hafizah

melangkah masuk. Walaupun muka gadis itu tidak dipalit sebarang warna selain bergincu

merah samar di bibir, dia kelihatan berseri-seri.

“Solat zohor dulu. Jadi kalau kena terjun lombong pun, kewajipan dah selesai,”

balas Hafizah memperli.

Ridhuan tergamam. Pijot solat? Dia tersenyum kelat. Hafizah memang sudah

berubah. Aku jugalah yang masih terkapai-kapai dalam lombong. Ridhuan bertekad.

Lepas ini dia berazam untuk tidak meninggalkan solat. Kalau Pijot boleh buat mengapa

tidak aku.

73

Page 74: Sebab Dikau

9.

Kereta Honda meluncur laju kembali menuju ke pusat bandar. Hafizah

menyandarkan badan di kerusi empuk. Terasa sengal berjalan ke sana ke mari bersama

Iskandar. Matanya sengaja dipejamkan, tidak tahan dengan cahaya matahari lewat

petang. Lagipun dia belum ada mood untuk berborak dengan Iskandar yang tekun

memandu.

Muzik lembut dari cakera padat menghiburkan hati Hafizah. Tadi ketika Iskandar

menekan butang pemain cakera padat, dia ada menyebut Kitaro. Mungkin ini CD Kitaro

agaknya, fikir Hafizah. Memang menenangkan. Silap langkah, dia terlalu tenang dan

terus terlelap. Fikirannya menerawang. Teringatkan Ridhuan. Lepas menunggu dia

selesai solat, mereka terus keluar untuk makan tengahari, walaupun sudah lewat.

Ridhuan berkeras hendak belanja makan di satu restoran yang menyediakan

masakan kampung yang enak. Oleh kerana Ridhuan kena balik ke pejabat, dia

mencadangkan mereka keluar dengan dua kereta. Dia minta Iskandar mengikut dari

belakang. Restoran tersebut terletak dekat tiga kilometer dari Majlis. Walaupun sudah

lewat, anika makanan masih lagi tersedia. Menurut Ridhuan, restoran di buka sehingga

lewat petang itu hanya menyediakan makan pagi dan tengahari.

Betul kata Ridhuan, makanannya memang enak berasa. Tidak seperti kebanyakan

restoran yang terlalu bergantung kepada bahan perasa Mono sodium glutomate. Kadang-

kadang terlalu banyak sehingga membuatkan Hafizah terasa pening dan mual.

Ketika menghadapi hidangan ikan patin gulai tempoyak, sayur campur dan

sambal kerang, Ridhuan ada juga cuba mengorek cerita dia tapi Hafizah banyak

mengelak. Perbualan cuba di arahkan kepada Ridhuan.

74

Page 75: Sebab Dikau

“Aku dah kahwin dah Pijot.. Hish! Susah betul lah nak panggil kau Fiza,” jawab

Ridhuan bila Hafizah bertanyakan statusnya.

“Tak kisahlah Fiza ke Pijot ke sama je. Anak kau berapa?”

“Dua dah. Perempuan dan yang kecil lelaki,”

“Isteri, orang mana pula?”

“Dia orang Perak. Tapi, kami jumpa masa sama-sama belajar di University of

Toledo. Dia pun engineer macam aku tapi dia tak kerja sekarang.”

“Kenapa?” Tanya Hafizah lalu menyuap nasi ke mulut. Dengan perlahan dia

mengunyah.

“Sebab dalam pantang, anak ke dua aku tu baru tiga minggu. Isteri aku berhenti

kerja sebab nak jaga anak. Dia kata lepas ni baru dia nak cari kerja lain. Aku tak kisah,

lagipun gaji aku cukup untuk belanja. Kat Sepang ni tak de lah mahal sangat tak macam

kat pusat bandar sana tu.”

Hafizah tersenyum kecil. Tak sangka Ridhuan yang nakal itu sudah menjadi

seorang bapa. Mesti ibu bapa Ridhuan lega melihat anak lelaki mereka. Harap anak-anak

Ridhuan pulalah tidak mengikut jejak langkah ayahnya yang nakal dan suka ponteng

sekolah.

Ridhuan bercerita bagaimana selepas sekolah dia mendapat tawaran melanjutkan

pelajaran di ITM (sekarang UiTM) untuk persediaan ke luar negara. Dia juga tidak

sangka yang dia mendapat tawaran biasiswa penuh. Mulanya dia tidak mahu pergi apatah

lagi memikirkan yang dia terpaksa berdepan dengan timbunan buku-buku tebal di

universiti. Tapi ayahnya berkeras mahu menghantar dia ke luar negara. Akhirnya dia akur

dan terus mengikuti kursus tersebut.

75

Page 76: Sebab Dikau

Di sana dia berkenalan dengan isterinya sekarang yang banyak membimbing dia

menjadi orang yang berguna. Ada keinginan hendak menetap terus di Amerika tapi

isterinya menghalang sebab susah senang mereka biarlah di negara sendiri. Lagipun dekat

dengan keluarga. Pendidikan agama anak-anak pun terjaga.

“Kalau tidak tak tahulah apa nak jadi dengan aku. Bila kita sudah di negara orang

macam-macam benda kita boleh buat, baik ke jahat ke, bukan orang kenal pun,” jelasnya.

Menurut Ridhuan, sejak dia mengenal isterinya, tabiat merokok sudah di

hentikan. Tapi tabiat suka menonton itu susah hendak dihilangkan. Sekarang ni walaupun

sudah jarang menonton wayang kerana sudah ada anak-anak, dia senang menghabiskan

waktu menonton VCD atau pun DVD di rumah ditemankan isteri.

“Habis dah cerita aku kau tahu. Kau macamana pulak Fiza.. hah boleh pun aku

panggil kau Fiza,” Ridhuan tersengih. Dia menghirup air limau nipis suam.

“Aku macam ni lah. Ha! Duan, sesekali ajaklah aku datang rumah, berkenalan

dengan orang rumah kau. Nak juga tengok baby boy kau. Siapa nama orang rumah

dengan anak-anak kau,” sengaja Hafizah mengubah haluan perbualan mereka.

“Isteri aku Rohana Yusof. Anak aku yang sulung Nur Iman dan yang kecil Mohd

Firdaus. Malas nak letak nama panjang-panjang, susah nak ingat.” Ridhuan tersengih.

Sepanjang perbualan mereka, Hafizah lihat Iskandar banyak mendiamkan diri.

Tekun menyuapkan nasi ke mulut. Dia seolah-olah memberi sepenuh perhatian kepada

makanan yang terhidang di hadapan mereka. Hafizah tidak tahu samada pemuda itu

memasang telinga ataupun konon-konon berlagak sopan membiarkan mereka berdua

bercerita kisah lama. Berdebar-debar juga hati Hafizah melihat gelagat Iskandar.

76

Page 77: Sebab Dikau

“Seronok dapat jumpa kawan lama?” Pertanyaan Iskandar mematikan lamunan

Hafizah. Dia tersenyum.

“Seronok juga. Memang sudah lama tak jumpa. Tak sangka sekarang jadi

jurutera,” balas Hafizah. Dia masih lagi memejamkan mata cuba menghalang terik

matahari yang memancar tepat ke muka.

“Dia dah kahwin beranak pinak, awak bila lagi?” Tanpa disangka terpacul soalan

cepu emas dari bibir Iskandar.

“La, mengata kita rupanya. Paku dulang paku serpih tu Encik Iskandar,” balas

Hafizah sinis. Sedari tadi asyik hendak bertanyakan dia sahaja. Kenapa tidak kahwin,

kenapa tidak ada kekasih. Orang yang bertanya juga apa kurangnya.

“Saya lelaki Fiza, bila-bila masa aje boleh cari calon isteri,” sambil lewa shaja

Iskandar membalas. “Lagipun orang lelaki ni macam barang antik, lagi lama lagi

berharga.”

“Huh! Jangan sampai tersalah pilih sudahlah Encik Iskandar. Nanti awak juga

yang merana badan,” sahut Hafizah. Mereka kini sudah hampir tiba ke Jalan Sungai Besi.

Kenderaan mulai bertali arus. Ada kawasan yang sudah mulai sesak dengan kenderaan

yang banyak.

“Serius saya tanya ni, Fiza. Awak ni bila hendak berumah tangga? Takkanlah tak

ada calon-calon yang sesuai,” Iskandar mula memperlahankan kenderaan. Bila di dalam

kesesakan begini, tiada apa yang dapat dilakukan kecuali bersabar dan mengurangkan

tekanan ketika memandu.

“Tak tahu lah Encik Iskandar. Tak ada orang hendak agaknya.” Malas betul nak

melayan soalan-soalan merapu dari bosnya.

77

Page 78: Sebab Dikau

“Jangan macam tu. Awak tu tak tengok orang agaknya.”

“Tengok aje lah. Orang macam saya ni Encik Iskandar siapalah hendak. Sudahlah

tidak berpelajaran tinggi, rupa pun tiada,” sengaja Hafizah merendah diri. Boleh tak

diam? Tak usah tanya soalan lagi?

“Hish! Macam saya cakap tadilah. Awak ni kalau solek sikit mesti cantik. Mana

yang tak cantiknya. Bukankah manusia itu ciptaan Allah yang paling cantik sekali?”

Sejak bila pula jadi ustaz ni? Sudah pandai bersyarah pula tu. Manis betul mulut

dia. “Eh! Saya ni tak presentable ke Encik Iskandar?”

“Bukan macam tu, tapi kalau awak bergaya sikit lagi. Senyum lebih, mesti orang

suka,” balas Iskandar. Matanya di tumpukan di hadapan. Kalau ada kereta yang tiba-tiba

berhenti, mahu dicium bontot kenderaan di hadapan. “Berapa umur awak sekarang?”

Eh ke situ pula dia. “Orang kata, tak baik tanya umur seorang wanita.”

“Tak adalah, dah awak tak ada orang yang hendak. Manalah tahu saya ada kawan-

kawan yang saya boleh tolong recommend kan untuk awak ke,” pandai sungguh Iskandar

menduga. Dia tersengih-sengih. Taktik lama tu!

“Dah lewat dah Encik Iskandar. Tahap dah nak masuk andartu,” balas Hafizah

bersahaja. Kenapa pun dengan dia kalau aku lambat kahwin?

“Oh ye ke? Sama lah dengan saya.. tapi orang lelaki ni lagi lambat kahwin lagi

lakukan? Tak macam orang perempuan, lagi lambat lagi jatuh harga,” tersengih-sengih

Iskandar macam kerang busuk mengenakan Hafizah.

Amboi suka betul dia. “Dah tua dah Encik Iskandar ni rupanya. Saya tak adalah

setua Encik Iskandar, masih lagi dalam dua puluhan walaupun dah lewat sikit,” Hafizah

pula tersenyum.

78

Page 79: Sebab Dikau

“Ok, last time saya tanya ni, umur awak berapa. Alah kita berdua saja dalam

kereta ni bukan ada apa-apa. Saya janji tak bagitahu sama orang lain,” Iskandar cuba

berkomplot. Jari telunjuk kiri di letakkan ke bibir.

“Sedap aje Encik Iskandar cakap macam tu. Habis tu Encik Iskandar sekarang ni

dah berapa umurnya?”

“Awak rasa saya ni berapa umurnya?” Usik lagi.

“Hmm.. kalau tadi katanya sudah terlajak. Saya rasa dah tiga puluh lima tahun

kot.” Hafizah sengaja berseloroh. Satu hari suntuk bersama, dia rasa sudah selesa untuk

bergurau senda dengan ketuanya.

“Hish! Jauh tu. Saya baru tiga puluh tahun. Tak lama lagi masuk tiga puluh satu.

Tak nampak tua kan? Awet muda ni! Ha, awak pula?”

“Dah dua puluh tujuh tahun dah.” Balas Hafizah ringkas.

“Ada boyfriend?”

“Tak.”

“Tunang?”

“Tak.”

“Suami?”

Hafizah tersenyum kecil. Macam menjawab soalan di kandang salah pula rasanya.

“La.. kalau boyfriend tak de, tunang pun tak ada, apatah lagi suami.”

“Eh.. umur macam awak ni dah patut kahwin tau. Tengok kawan awak tadi dah

ada dua anak. Awak nak tunggu siapa lagi? Putera dari kayangan ke?” seloroh Iskandar

lagi.

“Tak apa lah Encik Iskandar, jodoh pertemuan, ajal maut kan di tangan Allah.

79

Page 80: Sebab Dikau

Lagipun saya sedang membesarkan adik-adik saya. Biarlah mereka habis belajar dan

lepas tu bekerja. Bila semua sudah pandai berdikari, barulah saya boleh fikir tentang diri

saya pula.”

Hafizah memandang keluar tingkap. Matahari masih lagi memancar dengan terik.

Sejak akhir-akhir ini sang suria begitu segan untuk menunjukkan diri, sering bersembunyi

di balik awan kelabu. Tapi hari ini, sedari pagi ia memancar dengan terang dan garang.

“Sibuk hal kita. Yang dia tu, dah ada buah hati tapi masih lagi nak bersembunyi.”

“Hush! Siapa pulak yang awak cakap ni?” Iskandar pura-pura buat tidak tahu. Dia

yang bercermin mata hitam tidak berganjak dari memandang jalan di hadapan. Stereng di

pegang dengan tangan kiri, manakala siku tangan kanan di letakkan di pintu kereta.

Penat.

“Itu tadi handset berdering-dering pun tak nak jawab. Orang lelaki Encik

Iskandar, kalau merajuk, buruk,” usik Hafizah. Dia masih lagi memandang wajah

Iskandar. Hehehe.. dah tiga puluh tahun rupanya kau. Awet muda, memang awet muda.

Iskandar tersengih-sengih. Bijak juga kau Hafizah, walaupun mengaku tidak

pernah ada boyfriend. “Siapa kata itu awek saya. Awak yang buat andaian sendiri.”

Biarlah aku simpan hati yang terluka. Buat apa bercinta kalau cinta itu akhirnya berubah

arah dan menyakiti hati sendiri.

“Ala.. walaupun saya ni tak ada pengalaman kata orang, sikit sebanyak saya tahu

juga. Tak baik merajuk lama-lama, nanti Encik Iskandar yang akan melopong dan gigit

jari bila kekasih hati dikebas orang.”

Kalaulah kau tahu Fiza, kalaulah kau tahu apa perasaan aku kala ini. “Entahlah

orang perempuan ni kan. Dia merajuk tak apa, tapi kita tidak boleh merajuk. Mana adil

80

Page 81: Sebab Dikau

asyik orang lelaki sahaja yang kena pujuk kaum Hawa ni.”

“La.. dah memang begitu fitrah seorang perempuan. Kan kami ni lemah lembut.

Bila merajuk kenalah kaum Adam yang pujuk. Takkan lah terbalik pula.”

“Teringin juga sesekali saya nak bermanja-manja. Awak ni jenis macamana?

Suka merajuk tak?” Seronok juga dapat mengusik Hafizah. Kalau tidak gadis ini serius

sahaja di pejabat. Hari ni banyak pula ceritanya.

“Entah tak tahu nak kata. Encik Iskandar tengok saya ni jenis yang macamana?”

Giliran Harfizah pula menduga. Dia melemparkan senyuman.

“ Awak ni saya tengok memang rajin orangnya. Buat kerja cekap. Bila saya bagi

arahan cepat faham apa yang saya hendak.”

Aik? Hendak memancing pula. “Alaa.. cakap ajelah apa yang Encik Iskandar

hendak cakap. Tak payahlah nak jek saya. Tahu tu, mesti nak mengutuk tu.”

Bagai orang mengantuk disorongkan bantal. “Ha, awak tu kadang-kadang garang

sangat. Saya nak suruh buat kerja pun takut-takut. Silap langkah saya rasa mungkin saya

boleh kena sergah dengan awak ni.”

“Hmm.. begitu rupanya. Takut juga Encik Iskandar dengan saya rupanya,”

Hafizah tersenyum sinis. Bagus tu!

“Mau tak takut saya dibuatnya. Itu sebab ayah saya kata awak bagus. Tough

cookie dia kata. Tak mudah menyerah kalah dan yang paling penting tak mudah merajuk.

Hehehehe,” Terkekeh-kekeh Iskandar ketawa. Suka benar dia dapat mengenakan

Hafizah. Bukan senang hendak mengenakan gadis itu. Sekali dapat peluang, tak boleh

lepas.

“Jangan Encik Iskandar. Saya memang tak merajuk tapi kalau silap langkah,

81

Page 82: Sebab Dikau

Encik Iskandar nanti saya sental bersih-bersih.” Sengaja Hafizah memberi amaran.

Bukanlah betul, mengusik saja.

Bunyi deringan handset Iskandar mengganggu perbualan mereka. Iskandar

mencapai handset tersebut dari dashboard. Dia melihat nombor yang tertera di skrin

LCD. Nombor telefon pejabat.

“Hello… ada. Sekejap, saya pass kat dia.” Iskandar tiba-tiba menyuakan telefon

bimbit kepada Hafizah. Iskandar mengangkat kening. “Nora, nak cakap dengan awak.”

Hafizah menerima telefon bimbit dari tangan Iskandar dengan penuh tanda tanya.

Siapa pula yang mencarinya? Pentingkah? Dengan perlahan dia mendekatkan telefon

bimbit ke telinga. “Salam Nora,” sapanya lembut.

“Salam Fiza. Sorry lah mengganggu. Tak ada yang urgent sangat Cuma I nak

sampaikan pesan adik you saja.” Jelas Nora di hujung talian.

“Adik I?” Yang mana satu? Di timpa masalahkah? Perlukan wangkah? Hafizi

atau Hafifi? Hafizah mulai cemas.

Sebelum sempat Hafizah bertanya, Nora menyambung balik kata-katanya. “Adik

you yang namanya Hafifi. Dia minta tinggalkan pesan. Dia kata dia kena ikut program

perkhemahan jadi dia tidak dapat balik bercuti kali ni. Dia kata program tu seminggu,”

jelas Nora.

“Ada tak dia tinggalkan nombor telefon kawan-kawan dia untuk saya?” Tanya

Hafizah semula. Cemas di hati sudah mula reda. Oh! Pergi berkhemah rupanya.

“Emm.. dia kata, dia dah ada handphone. Ada dia tinggalkan nombor dia, you

boleh catit sekarang atau you nak I tinggalkan nota atas meja you?” Tanya Nora lagi.

“Kalau macam tu, you tolong letakkan nota atas meja I lah.” Hafizah mengerling

82

Page 83: Sebab Dikau

jam di dashboard. Sudah pukul empat setengah petang. “Sekejap nanti I balik ofis, I

boleh terus call dia. Terima kasih Nora.”

“Sama-sama.” Klik. Talian diputuskan.

Hafizah mengeluh. Buang duit saja Fifi ni beli handphone. Bukan kah elok duit

itu dibelanjakan untuk beli buku-buku rujukan? Ini handphone. Selang beberapa bulan

harga satu set telefon bimbit akan jatuh. Rugi saja membeli.

“Kenapa Fiza? Bad news?” Tanya Iskandar bila dilihatnya dahi Hafizah berkerut-

kerut. Dia menyambut kembali telefon bimbit yang diserahkan oleh Hafizah.

“Adik saya Fifi, buang duit beli telefon bimbit. Entah-entah guna duit biasiswa

dia,” balas Hafizah. Kadang-kadang bengang juga dia dengan Hafifi. Walaupun pandai

menabung, ada masanya suka juga membazir membeli barang-barang yang tidak

diperlukan sangat.

“Biasalah remaja sekarang. Eh, adik awak ada berapa, Fiza?”

“Kami tiga beradik.Yang nombor dua sedang belajar di Universiti Malaya dalam

bidang kejuruteraan juga dan Fifi yang bongsu masih lagi matriks di Universiti Sains

untuk masuk ke jurusan kedoktoran,” jelas Hafizah. Ada nada bangga bila dia bercerita

mengenai Hafizi dan Hafifi.

“Oh! Dah besar juga ye. Jadi awak yang sulung lah ye,”

Hafizah tersenyum. “Ya. Ketua keluarga.”

“Ketua keluarga? Eh! Ayah dan ibu awak dah tak ada ke?”

Alamak! Terlepas cakap. Macamana ye? “Err.. kami ni yatim piatu.” Itu sahaja

yang mampu dia katakan.

“Ha? Yatim piatu? Takkan saudara mara datuk nenek tak ada?” Iskandar

83

Page 84: Sebab Dikau

mengerut dahi. Setahu dia tiada siapa di dalam dunia ini yang yatim piatu. Bukankah

semua umat Islam itu bersaudara?

“Ibu sudah meninggal dunia lebih kurang sepuluh tahun tahun lepas. Ayah pun

tiada. Kami tak punya keluarga lain sebab ibu dan ayah tu anak tunggal,” jelas Hafizah

ringkas. Harap tiada petir yang menyambar! Perlukah dia memberitahu segala-galanya?

Rasanya tidak perlu. Mereka bukan ada kaitan apa-apa, Cuma perhubungan di antara

ketua dan anak buahnya sahaja.

“Pelik sungguh. Tak ada ibu bapa tak ada saudara. Jadi awak tinggal bertiga

sahajalah,” tanya Iskandar lagi.

“Ha ah, keluarga kecil. Tapi sekarang saya tinggal seorang sebab adik-adik semua

pergi belajar.” Seorangkah aku?

Sukar betul Iskandar hendak mempercayai cerita Hafizah. Takkanlah tiada adik

beradik atau sepupu sepapat di kedua-dua belah keluarga. Musykil betul. Mesti ada

sesuatu yang ingin disembunyikan oleh gadis ini. Banyak sungguh rahsia dia. “Hmm..

Anak yatim piatu. Dapat zakat tu,” Dia sengaja mahu meringankan suasana.

Hafizah tergelak kecil. Zakat? Seumur hidupnya mereka tidak pernah menerima

zakat. Bukan tiada yang ingin menolong, tapi bagi Hafizah, selagi dia boleh bekerja dan

berusaha, mereka tiga beradik tidak memerlukan zakat. Malah mereka sendiri membayar

zakat. Setiap tahun tiba bulan Ramadhan, Hafizah tidak pernah melupakan

tanggungjawab Rukun Islam yang ke empat. Untuk dirinya dan juga adik-adiknya.

Apalah sangat harga zakat yang tidak sampai empat ringgit seorang dan hanya dibayar

setahun sekali itu.

“Bila adik awak yang nombor dua itu habis belajar?” Tanya Iskandar lagi. Dia

84

Page 85: Sebab Dikau

membetulkan duduk. Remang petang mula meriah diwarnai warna merah brek kenderaan

yang bertali arus.

“Emm?” Hafizah masih lagi melayan perasaan. Matanya dipejamkan semula.

“Adik awak yang belajar engineering. Bila dia habis?”

“Hafizi? Dia di Tahun Tiga. Tak lama lagi dia kena practical lepas tu habislah,”

jawab Hafizah. Matanya masih lagi terpejam walaupun cahaya matahari sudah mula

mengendur.

“Tak nak practical di syarikat ayah saya?”

“Entah, saya tak pula bertanya. Biar dia tentukan ke mana dia nak pergi lepas ni,”

balas Hafizah. Dia membuka mata lalu menggeliat sedikit cuba mengurangkan

ketegangan otot-otot di bahu dan pinggang kerana terlalu lama duduk di dalam kereta.

Dahinya berkerut melihat kenderaan yang bertali arus. “Sesaknya jalan.”

“Biasalah, bila petang begini. Hmm.. Kalau adik awak nak kerja dengan kita,

bagitahulah. Saya boleh recommend pada ayah,” ujar Iskandar mempelawa.

Hafizah memaling muka mengadap Iskandar. Kali ini mata pemuda itu tidak lagi

berselindung di balik tabir kacamata hitam. Ikhlaskah pelawaan ni? “InsyaAllah.” Itu

sahaja yang mampu dia katakan.

“Kita balik ofis kan Encik Iskandar?” Tanya Hafizah inginkan kepastian. Dia

ingin menelefon Hafifi kalau boleh.

“Kita singgah sekejap. Saya nak letakkan plan dalam locker, lepas tu saya hantar

awak pulang.”

“Tak apalah, saya balik naik bas saja, lagipun saya ingat nak call adik saya yang

nak pergi camping dengan kawan-kawan dia. Sekali bila dah masuk hutan tu, bukannya

85

Page 86: Sebab Dikau

ada reception,” ujar Hafizah.

“Tak apa. Sementara awak buat panggilan ke adik awak tu, saya selesaikan sedikit

kerja saya. Lepas tu saya hantar awak pulang. Apa? Ingat saya ni tak ada timbang rasa

ke? Sudahlah saya mengheret awak sampai ke Sepang hari ini.” Iskandar tersengih-

sengih.

Hafizah hanya membisu. Tindak tanduk Iskandar seringkali membuatkan dia

pening. Sungguh tidak boleh disangka. Ada kala, tidak ada ribut tidak ada taufan, dia

boleh mengamuk. Ada kalanya pula gembira senang hati sampai boleh bercerita yang

bukan-bukan. Pelik sungguh perangai lelaki ini. Berubah sungguh perangai lelaki ini,

fikir Hafizah. Baik pula hatinya hendak menghantar aku pulang ke rumah. Kalau tidak tu,

memandu tidak pernahnya hendak memandang ke kiri atau ke kanan. Kalau nampak aku

menunggu bas di perhentian pun, dia buat tidak nampak. Hari ini, ada hati pula hendak

mempelawa aku pulang. Pelik!

Hafizah menarik nafas panjang. Walaupun orang tua-tua sering mengingatkan,

rezeki jangan di tolak, musuh jangan di cari dan urusan orang jangan di campuri, janggal

bila ada rakan-rakan ofis yang ingin tahu di mana dia tinggal. Bukan dia malu tapi

baginya rumah adalah hal yang sangat peribadi. Hak dia dan adik-adiknya. Rumah itu

adalah sebahagian dari masa silamnya. Hafizah masih belum bersedia untuk berkongsi

pengalaman dan cerita dengan teman-teman sepejabat, walaupun dengan Aishah

sekalipun. Adakah aku yang terlalu berahsia?

Setibanya di pejabat, Hafizah cepat-cepat membuka pintu kereta, mengambil

barang dan terus naik ke tingkat atas. “Saya naik dulu Encik Iskandar, dah lewat sangat

ni.” Tanpa menunggu jawapan, Hafizah terus berlari anak ke pintu utama.

86

Page 87: Sebab Dikau

Untung pakcik Seman, jaga yang menjaga bangunan belum lagi mengunci pintu.

Hafizah berlari menaiki tangga ke tingkat dua. Cepat-cepat kasutnya di buka dan dia

menguis-nguis selipar jepun di bawah meja. Berlari lagi dia ke bilik air untuk mengambil

wuduk. Tinggal lapan minit saja lagi, sempat tak aku solat Asar ni? Getus hatinya. Tadi

dia teringin hendak meminta Iskandar berhenti solat tapi memandangkan jalan yang

sesak, dia batalkan niatnya. Dia berdoa semoga sempat sampai di pejabat dan

menunaikan kewajipan.

Elok selesai sahaja Hafizah memberi salam, azan Maghrib dari masjid yang

berdekatan berkumandang. Dia berteleku di atas sejadah menghayati panggilan muazzin

meminta umat Islam bersolat dan menuju kejayaan. Ya Allah! Ampunilah dosa hambaMu

ini. Dalam aku mengejar dunia, aku teralpa. Semoga Kau ampuni kesalahanku, ya Allah!

Hafizah menunggu sehingga selesai panggilan azan dan dia terus menunaikan

solat Maghrib tiga rakaat. Dia seorang sahaja di dalam bilik solat muslimah. Yang lain

semua sudah pulang. Selesai mengerjakan solatnya, Hafizah cepat-cepat melipat

telekung. Dia ingin terus bercakap dengan Hafifi. Tergesa-gesa dia mengenakan tudung

lalu terus membuka pintu surau. Berkeriut bunyi engsel pintu yang tidak di letak minyak

pelincir.

“Apa yang nak cepat sangat ni.” Terpacul Iskandar di hadapan Hafizah. Dia sudah

berselipar. Kaki seluar di lipat tinggi di atas buku lali. Tangan baju juga disingsing

sehingga lengan. Rambut, muka, tangan dan kakinya basah. Percikan air terlihat jelas di

kemeja warna merah jambu.

“Err.. Encik Iskandar buat apa?” Tanya Hafizah seperti orang bodoh.

“Nak solat lah buat apa lagi. Dah lah saya tak solat Zohor dengan Asar. Tu lah

87

Page 88: Sebab Dikau

awak, pergi sembahyang tak ajak saya. Biar kan saya bergelumang dengan dosa,” tuduh

Iskandar. Tangan kanan meruap muka yang masih basah dengan air wuduk. Titisan air

jatuh lagi ke di atas kemeja.

Hafizah tergamam. Salah aku ke tidak mengajak dia solat? “Masing-masing sudah

besar panjang, takkan solat pun nak ikut saya?”

“Laa.. dalam Islam kan kita ni kena ingat mengingatkan. Tugas awak sebagai

setiausaha saya, kenalah mengingatkan saya selalu..” balas Iskandar lalu membuka pintu

ke bilik solat muslim. Dia melangkah masuk meninggalkan Hafizah terpinga-pinga

dengan tuduhan dan alasan yang langsung baginya tidak berasas sama sekali.

Apahal pulak aku yang kena ni? Nanti bila di ajak dan tak kena gaya, silap-silap

aku ditengkingnya. Dipanggil ustazah lah pulak nanti. Tapi bila dibuat tak endah, kata

kita tak ingatkan dia pula. Hish! Serba tak kena. Malas betul hendak melayan kerenah

Iskandar.

Hafizah melangkah menuju ke mejanya. Di tepi monitor, terlekat nota kuning dari

Nora. Nombor telefon Hafifi. Hafizah pantas menarik nota kuning. Dia menghenyakkan

punggung di atas kerusi dan mula mendail mengikut nombor yang diberikan. Dia

menunggu deringan. Satu. Dua. Tiga. Empat deringan barulah panggilan berjawab.

“Hello.” Kedengaran suara Hafifi dicorong telefon.

“Assalamualaikum adik, Along ni,” balas Hafizah memperkenalkan diri.

“Waalaikumussalam Along. Apa khabar. Tadi adik call ofis tapi Along tak ada.

Ada satu kakak tu kata, Along keluar ikut bos ke Sepang,” manja suara Hafifi.

“Ya, Along ke Sepang, ada urusan pejabat. Kak Nora kata Adik nak pergi

camping? Dengan siapa?” Dahi Hafizah berkerut. Susah hati benar bila dia tahu Hafifi

88

Page 89: Sebab Dikau

hendak pergi berkemah dengan kawan-kawan. Dia muda lagi belum matang. Risau betul

dia jika Fifi terlupa batas pergaulan lelaki dan perempuan. Selalu sangat dia dengar cerita

kawan-kawan yang di tempat-tampat aktiviti seperti ini, peserta-peserta kurang diberi

perhatian. Mudah tergelincir imannya.

“Ha ah. Anjuran asrama. Along jangan bimbang sebab bukan saja buat outdoor

aktiviti, ada aktiviti lain yang berbentuk keagamaan, ada usrah dengan Qiamullai,” terang

Hafifi.

Lega sedikit bila mendengar penerangan Hafifi. Sekurang-kurangnya tidaklah

mereka terlalu berseronok berkemah sampai mungkin terlupa ada batas pergaulan antara

lelaki dan perempuan.

“Qiamullai kan senang buat di masjid, kenapa pula nak buat dalam

perkhemahan?” Cemas lagi Hafizah. Takkanlah Fifi hendak menipunya.

Hafifi tergelak lagi. “Buat ibadat ni Along, takkanlah di surau dan masjid saja. Di

mana-mana pun kita boleh beribadat. Allah sediakan dunia ini untuk kita menghayati

kebesaranNya. Lagipun kami ada aktiviti-aktiviti kemasyarakatan di kampung tempat

kami hendak pergi ini. Ada sessi kaunseling dan motivasi untuk adik-adik yang akan

mengambil periksa PMR dan SPM.”

Hafizah tergamam mendengar penerangan Hafifi. Ya Allah! Syukur ke hadrat

Mu. Selama ini Hafifi lah yang paling manja di antara mereka tiga beradik. Kadang-

kadang dia terlupa Hafifi sudah besar dan dia semakin matang. Hatinya menjadi sayu.

Hafizah terbatuk kecil. Dia menukar topik perbualan. “Ni Along nak tanya ni,

kenapa habiskan duit beli telefon bimbit ni?”

Hafifi ketawa lagi mendengar bebelan dari kakaknya. “Along ingat duit biasiswa

89

Page 90: Sebab Dikau

ye? Bukanlah.” Hafifi terus ketawa. Memang dia sudah mengaggak reaksi kakak

sulungnya bila dia buat keputusan untuk memberitahu Hafizah yang dia sudah membeli

telefon bimbit.

“Adik guna duit jual kek.”

Terkedu lagi Hafizah mendengar penjelasan Hafifi. “Adik jual kek? Buat kat

mana?” Memang dia tahu Hafifi suka memasak dan pandai membuat kuih, tapi tidak

disangka adik bungsunya itu pandai pula berniaga, boleh membuat kek dan menjual

pulak tu. Tapi yang dia takjub, laku juga kek dan kuih adiknya itu.

“Ha ah. Adik invest beli oven dan mixer. Ala yang murah-murah aje. Lepas tu

adik tumpang rumah mak angkat kat Bukit Jambul. Kami buat bisnes jual kek. Adik buat

kek coklat dan kek buah aje,” balas Hafifi diakhiri ketawa panjang.

“Banyak dapat?” Hafizah turut ketawa. Bertambah senang hatinya. Pandai adik

mencari duit poket.

“Adalah Long, dekat lima ratus ringgit juga. Adik ingat bulan puasa ni adik nak

ambil tempahan buat kek raya, boleh tak?”

“Boleh tu boleh, tapi jangan sampai tak balik raya sudah,” balas Hafizah

tersenyum sendiri. Mereka berbual seketika, bertanya khabar Hafizi dan Makcik Farah

sekeluarga. Selesai berborak Hafizah meletakkan gagang telefon. Lega hatinya kini. Dia

termenung seketika memandang monitor.

“Dah ready?”

Hafizah mendongak. Iskandar sudah sedia dengan briefcase di tangan. Sabar

menunggu Hafizah bercerita dengan adiknya di telefon. Hafizah gumam. “Er.. dah.” Dia

terus bangun dan jalan membuntuti Iskandar ke bawah dan terus ke kereta.

90

Page 91: Sebab Dikau

10.

Jari Hafizah mula hendak menekan interkom. Seketika, niat itu dibatalkan. Ah!

Sekali lagi jarinya sudah bersedia di rehatkan di punat interkom. Tekan sajalah! Hish,

bolehkah? Hampir lima minit dia berperang dengan perasaannya sendiri. Nekad ajelah.

Dengan pantas punat interkom. Cepat! Sebelum dia tukar fikirannya sekali lagi.

“Encik Iskandar.” Tegas saja bunyinya. Sengaja. Biar bunyi suara kedengaran

tegas walaupun mulutnya terkulum-kulum menahan senyum.

“Ya!” Kedengaran jelas suara Iskandar menjawab.

“Zohor dah.” Punat interkom dilepaskan. Terhinggut-hinggut bahu Hafizah

menahan ketawa.

Seminit kemudian pintu bilik di buka. Terjegul Iskandar keluar. Kaki seluar dan

lengan baju sudah tersedia terlipat. Dia hanya berselipar jepun. Dengan selamba dia

berjalan menuju ke bilik air.

Hafizah memanjangkan leher. Macam kenal saja selipar tu. Kakinya pantas

menguis mencari selipar warna merah jambu berbunga besar. Tidak ada. Sah! Memang

itu seliparnya. Dia tersengih-sengih. Selipar itu terlalu feminin. Warnanya merah jambu

dan ada bunga besar di tali penyendal. Memang pelik jika dipakai oleh seorang lelaki.

Iskandar menyalami makmum yang di sebelah kanan dan kiri sambil tersenyum

sopan. Satu-satu bangun meninggalkan saf, tapi Iskandar masih lagi berteleku. Selesai

mengaminkan doa dia berangan. Entah mengapa sejak akhir-akhir ini hatinya senang dan

lapang. Mungkin sebab sudah pandai menjaga solat?

Dia tersenyum kecil. Solat. Mungkin ya juga. Allah menyayangi mereka yang

91

Page 92: Sebab Dikau

mendahulukan solat. Bukan ayah dan ibu tidak mendidik untuk mendirikan solat tapi dia

sering alpa. Kalau tidak diingatkan, memang dia tidak akan mencium tikar sembahyang.

Atau mungkin juga hatinya sudah tertarik dengan Hafizah. Gadis misteri yang

mempunyai personaliti yang menarik. Dari tadi dia duduk di dalam bilik mengintai di

celah blinders, yang sudah dikuak sedikit untuk melihat apa yang gadis itu buat di meja

hadapan. Dia tahu waktu Zohor sudah masuk apatah lagi suara azan sudah berkumandang

dari masjid berdekatan. Lima minit dia memerhatikan Hafizah serba-salah samada

hendak menekan intercom atau tidak. Sekejap di angkat jarinya sekejap diturunkan.

Berkerut-kerut berperang dengan hati sendiri.

Hampir hendak tergelak dia memerhatikan kelakuan Hafizah. Akhirnya berani

juga gadis itu menekan butang intercom walaupun dia tidak sedar perbuatannya

diperhatikan Iskandar. Dan sengaja pula Iskandar pura-pura sibuk, sedangkan dia

sebenarnya tidak buat apa-apa, sekadar membidik masa menunggu panggilan dari

Hafizah. Sengaja dia meletakkan gadis itu di dalam keadaan serba-salah. Salah diri

sendiri yang lancang konon-konon merajuk sebab tiada siapa yang mengingatkan dia

waktu solat kelmarin.

Semalam, satu hari suntuk dia tidak masuk ke ofis kerana menghadiri mesyuarat

di luar bersama ayahnya, jadi dia tidak mempunyai peluang hendak mengenakan Hafizah.

Balik ke ofis, sudah lewat petang dan gadis itu sudahpun pulang. Iskandar terus ke meja

Hafizah dan bertinggung mencari selipar jepun warna merah berbunga besar. Feminin

sungguh dan saiznya dua kali lebih kecil dari kaki Iskandar tapi dia tidak peduli, terus di

masukkan ke dalam bilik. Jadi, tadi bila gadis itu menekan butang interkom, dia sudah

bersedia dengan selipar jepun, kaki seluar yang sudah dilipat dan lengan baju yang sudah

92

Page 93: Sebab Dikau

disingsing. Cukup seminit, dia keluar dengan selamba walaupun jenuh dia menahan

senyum sebelum membuka pintu.

Memang sejak akhir-akhir ini dia sering tersenyum tidak seperti masa mula-mula

tiba ke pejabat ayahnya. Masam mencuka. Ada sahaja yang tidak kena. Semasa dia

menghantar Hafizah balik ke rumah kelmarin, gadis itu ada juga memberi komen yang

dia tidak lagi seperti mula-mula datang.

“Masa Encik Iskandar datang, kami rasa macam tengok singa lapar. Silap

haribulan boleh kena tengking,” kata Hafizah ketika dia memandu menuju ke Taman

Melati 2.

“Hish! Mana ada saya marah sesiapa,” balas Iskandar ringkas. Langit sudah mula

gelap. Angin mula bertiup kuat. Mungkin hari akan hujan.

“Ya lah memanglah tak ada marah, tapi takut juga kalau salah langkah.”

“Saya rasa, saya yang takut dengan awak. Saya memang tak sangka awak boleh

sorok fail Sepang tu dari saya.”

Hafizah tergelak kecil. “Minta maaflah Encik Iskandar. Hari tu saya bengang

sangat sebab Encik Iskandar asyik nak marah saya aje. Saya janji saya tidak buat lagi.”

“Janji tak buat lagi?”

Hafizah mengangguk. Entah nampak atau tidak anggukan dia dalam suasana yang

sudah mula gelap itu.

“Janji juga ingatkan saya waktu solat, boleh?” lembut suara Iskandar meminta.

Sekali lagi Hafizah tersenyum kecil. “Boleh.”

Iskandar terima dengan senyuman meleret. Baginya pengakuan Hafizah tadi dan

janji untuk mengingatkan dia waktu solat seolah-olah sudah memeterai satu perhubungan

93

Page 94: Sebab Dikau

persahabatan yang baru. Yang ikhlas, tanpa ada udang di sebalik batu. Atau mee..

perutnya sudah mula lapar.

“Is!” Iskandar terasa bahunya ditepuk orang. Dia mendongak. Tidak sedar dia

masih lagi berteleku di atas sejadah.

“Ayah.”

“Dah solat?” Datok Rosli memandang wajah Iskandar yang masuh duduk di saf.

“Sudah,” balas Iskandar lalu mula bangun.

“Dah makan?” Soal Dato Rosli lagi.

“Belum.”

“Kalau macam tu, temankan ayah makan sekali. Ayah lapar ni,” balas Dato Rosli

tersenyum. Hatinya berbunga senang. Alhamdulillah. Gembira dia melihat perubahan

pada Iskandar. Bukan sahaja suka bekerja di syarikatmya malah sudah mula mengenal

kembali tikar sembahyang. Ya Allah! Biarlah keadaan ini berkekalan, doa Dato Rosli di

dalam hati.

Bukan tidak pernah dia mendidik anak itu dengan pelajaran agama tapi dia sering

ambil endah tidak endah. Sedih juga hati Dato Rosli dengan perangai Iskandar. Teringat

zaman dia muda dahulu, begitu juga. Begitu rakus mengaut rezeki dunia sehingga hampir

terlupa bekalan untuk akhirat. Mujur ada isteri seperti Datin Rahimah yang sentiasa sabar

mengingati suaminya untuk beribadat. Isteri itu juga yang siang malam mendoakan

kesejahteraan dirinya dan anak-anak. Syukur ke hadrat Allah, sudah ada perubahan di

dalam keluarga mereka. Iskandar semakin ceria sekarang. Wajahnya semakin tenang,

tidak lagi keruh seperti dulu.

“Ayah turun dulu, saya tukar kasut dalam bilik dulu. Jumpa ayah kat reception

94

Page 95: Sebab Dikau

bawah,” pamit Iskandar lalu bangun. Mereka berjalan beriringan keluar surau kecil.

Dia menyarung selipar merah jambu dan berjalan menuju ke biliknya. Dari jauh

dia lihat meja Hafizah sudah kosong. Hmm.. sudah keluar lunch kah dia?

Iskandar terus menyarung kasut dan mengambil telefon bimbit, wallet, Personal

Digital Assistant (PDA) dan kunci kereta dari dalam laci dan terus berjalan menuju ke

tangga. Hari ini dia berniat hendak belanja ayahnya makan.

Dato Rosli sudah menunggu di reception area. Dia sedang berborak dengan

penyambut tetamu, Norita yang genit. Cantik gadis itu tapi lebih cantik sekiranya tebal

mekapnya itu dikurangkan sedikit. Iskandar tersenyum kecil. Hebat Norita bergaya, tak

macam Hafizah. Tapi Hafizah walaupun tidak bermekap tetap manis berbaju kurung.

hish! Ke situ pula dia.

Hampir dua jam dua beranak duduk di restoran yang menyediakan lauk pauk dari

negeri Cik Siti Wan Kembang. Berselera Dato Rosli makan tengahari apatah lagi bayaran

di tanggung beres oleh anaknya sendiri. Sudah lama tidak duduk makan bermesra

bersama seperti ini dan sambil makan bercerita mengenai projek syarikat.

“Ayah gembira dengan perubahan kamu sekarang, Is,” Dato Rosli menukar topik

perbualan yang sedari tadi berkisar mengenai kerja sahaja.

“Apa yang berubahnya ayah, Is tetap macam ni lah,” balas Iskandar bersahaja.

Dia menarik gelas teh O limau suam. Perlahan-lahan dia menghirup airnya.

“Sejak dua bulan kebelakangan ini, ayah lihat Is semakin gembira. Ayah juga

gembira dengan perubahan positif Is ini.” Dato Rosli memandang tepat wajah anak

terunanya sambil tersenyum. Moga perubahan ini berpanjangan, doanya dalam hati.

Iskandar hanya tertawa kecil. “Ok lah ni ayah. Is rasa keputusan Is untuk bekerja

95

Page 96: Sebab Dikau

dengan ayah adalah tepat.”

“Ayah tidak mahu tahu apa yang membuatkan Is berubah cuma ayah harap ia

berkekalan.” Balas Dato Rosli lalu menhirup kopi panasnya. “Satu urusan selesai, tinggal

satu lagi,” tiba-tiba dia berteka-teki.

Iskandar memandang ayahnya sambil mengangkat kening. Gelas dirapatkan ke

bibir. Di hirup perlahan-lahan.

“Bila kamu hendak berumah tangga?” Terpacul soalan cepu mas dari mulut Dato

Rosli.

Hampir tersedak Iskandar mendengar soalan dari ayahnya. Dia tersengih-sengih.

“Nantilah ayah, belum ada jodoh lagi,” balasnya ringkas.

Dato Iskandar tersenyum kelat. Dia tahu hubungan Iskandar dengan Nurul Huda.

Sudah berkali dia menyuruh Iskandar cepat-cepat membuat keputusan. Keluarga mereka

sudah bersedia hendak meminangkan Nurul Huda tapi Iskandar sering kali berdalih.

Banyak kerjalah, tak dapat cutilah. Belum sedialah. Nurul Huda hendak berdikari dulu

lah. Bermacam-macam alasan diberikan.

Datuk Rosli suka pada Nurul Huda, gadis baik dari keluarga yang baik juga.

Bukan setakat itu, dia seorang yang bijak dan berpelajaran tinggi. Contoh wanita Melayu

moden. “Kamu jangan banyak sangat bagi alasan Is. Buah hati kamu tu takkan tahan

tunggu kamu lama-lama. Nanti dia disambar orang, kamu juga gigit jari.” Dato Rosli

menepuk-nepuk lengan Iskandar.

Memang sudah terlepas ayah. Cuma ayah dengan umi saja yang tak tahu. Iskandar

tersenyum kelat. Dia memandang tepat wajah lembut ayahnya. Kalaulah ayah tahu…

Cepat-cepat Iskandar menukar topik perbualan. Ayah tidak tahu dia tidak lagi

96

Page 97: Sebab Dikau

bersama dengan Nurul Huda. Biarlah ia menjadi rahsia dia dahulu. Belum tiba masanya

dia memberitahu hubungan mereka sudah berakhir. Iskandar teringat akan kotak yang

tiba dengan courrier di kondominium barunya di Menara Polo, Kampung Pandan bulan

lepas. Belum dibuka lagi tapi dia sudah tahu isi kotak tersebut. Segala barang-barang

pemberiannya pada Nurul Huda sepanjang mereka bercinta. Kotak itu masih terbiar di

dalam bilik stor.

Iskandar dan Dato Rosli berjalan beriringan kembali ke pejabat. Dato Rosli terus

balik ke rumah kerana petang esok dia ada ada business meeting dengan salah seorang

investor dari Singapura di Puteri Pan Pacifik Hotel Johor Baru.

Mereka berpamitan di tempat meletak kereta. Iskandar terus melangkah masuk ke

pejabat. Dari jauh dia sudah nampak Hafizah sibuk di meja melakukan tugas-tugas rutin.

Mata bertemu mata. Iskandar terus masuk ke bilik tanpa menegur Hafizah. Cuma

senyuman terukir di bibir.

Iskandar menghenyak punggung di atas kerusi. Dia memusingkan kerusi

menghadap tingkap di belakang. Memandang keluar tingkap melihat liuk lentuk pohon

angsana. Pemandangan tidak menarik langsung. Iskandar memejamkan mata seketika.

Kenyang sungguh perut, kalau dapat terlelap sekejap, alangkah bagusnya.

Kala ini fikirannya bersimpang siur. Sekejap gembira sekejap muram. Entah

mengapa moodnya senang sangat berubah. Sebut sahaja nama Nurul Huda, dia sudah

tidak keruan. Penat rasa hatinya menanggung sakit. Hendak diluahkan tapi pada siapa?

Kawan semua sibuk dengan urusan masing-masing. Hendak bercerita dengan adiknya

Zulkarnian, dia memang tidak harap sangat. Apatah lagi Zulkarnain sekarang ini pun

tiada di sini. Dia di Scotland mengambil Masters di dalam bidang perakaunan. Masih

97

Page 98: Sebab Dikau

merajuk lagi agaknya Zulkarnain.

Kesian ayah dengan umi. Begitu mengharap sangat agar dia dengan Zulkarnain

segera mendirikan rumahtangga. Tak sabar hendak berkenduri kata uminya. Apatahlagi

bila kedua-dua anak teruna mengisytihar sudah ada steady girlfriend, buah hati pengarang

jantung. Tup-tup tujuh bulan lepas Zul pulang ke rumah dengan muka yang muram durja.

Terus berkurung di dalam bilik. Risau si umi dengan perlakuan anak bungsunya. Tidak

mahu bercakap dengan sesiapa. Malah, makan pun sedikit sahaja, itupun setelah puas

dipujuk dirayu oleh umi. Cuma sekali sahaja dia keluar sendiri tanpa dipujuk. Hanya

kerana menelefon pejabat tempat dia bekerja. Ambil cuti kecemasan dua minggu.

Bertambah risau si umi. Apabila disuarakan, si anak menjawab, cutinya masih ada baki

tiga puluh hari lagi. Lagipun kerjanya di pejabat semuanya sudah disiapkan.

Cukup seminggu bertapa di dalam bilik, akhirnya si anak mahu menonjolkan diri

dengan muka yang kusut masai. Iskandar yang tahu perlakuan adiknya setelah diadu oleh

umi hanya diam. Belum tiba masa untuk bertindak. Bila diri sudah sedia pasti diluahkan

apa yang terbuku di hati. Orang lelaki suka memendam perasaan tidak seperti orang

perempuan yang suka berkongsi masalah dengan teman rapat atau keluarga. Tapi

Iskandar kasihankan uminya. Berkerut-kerut dahi risaukan Zulkarnain. Makan pakai

tidak terurus walaupun mereka sekeluarga tinggal sebumbung.

Puas dipujuk tapi anak itu hanya diam membatu. Ingin terus bertanya tapi tidak

mahu melanggar privacy anak teruna yang sudah berusia lebih dua puluh lima tahun. Bila

sudah begitu, Iskandarlah tempat si umi mengadu. Tunggulah Iskandar berhari-hari

membidik masa yang tepat untuk bertanya pada si adik. Peluang tiba bila Zulkarnain

keluar di tengah malam mencari lebihan nasi di periuk dan lauk-pauk di bawah tudung

98

Page 99: Sebab Dikau

saji.

“Kenapa berkurung dalam bilik?” Soal Iskandar bila Zulkarnain sudah duduk

menyuap nasi ke dalam mulut. Perlahan sahaja geraknya. Mungkin tiada selera tapi

sekadar mengisi perut yang kosong.

Iskandar memandang tepat wajah adiknya yang tertib menyumbat nasi ke mulut.

Masalah perempuan kot? “Ada masalah dengan Zuridah ke?” tekanya.

Zulkarnain tunduk. Selera makannya hilang terus bila nama Zuridah disebut.

“Dah tak ada masalah lagi.”

“Kenapa? Dah selesai?”

“Sudah. Dia dah kahwin dengan orang lain. Semalam.”

Iskandar terkedu. Angin tidak, ribut pun tidak, tiba-tiba sahaja Zuridah berkahwin

dengan orang lain? Difikirkan perhubungan adiknya dengan buah hati yang disulam sejak

di bangku universiti tersimpul kejap. Lerai juga akhirnya.

Iskandar menarik nafas panjang. Kasihan kau Zul. “Pilihan dia, atau ibu

bapanya?”

“Dia.”

Pilu hati Iskandar mendengar jawapan sepatah Zulkarnain. Di tepuk-tepuk bahu

adiknya. “Sabar. Tenangkan fikiran. Tak ada jodoh kau dengan dia.” Itu nasihatnya.

Walaupun ikhlas, kala itu dia tidak merasa apa yang Zulkarnain rasakan. Sehinggalah

adiknya mengambil keputusan hendak melanjutkan pelajaran di Scotland. Iskandar fikir

itu yang terbaik.

Dato Rosli dan Datin Rahimah setelah dimaklumkan perkara itu hanya menurut

kehendak anak mereka. Jika itu dapat mengubat hati, pergilah kau sayang.

99

Page 100: Sebab Dikau

Iskandar hanya diam membiarkan adiknya membuat keputusan. Sunyi lah rumah

ini nanti. Selesai menguruskan apa yang patut, Zulkarnain terus memberi surat perletakan

jawatan dan terus terbang ke Glasgow.

Sekarang bila dikenang kembali, barulah dia rasa pedihnya ditinggalkan kekasih.

Seolah-olah mukanya ditempeleng seribu kali. Pedih. Hatinya bagi disayat. Bukan sekali

tapi berkali-kali. Tiap kali dia duduk diam, pasti dia akan terkenang Nurul Huda. Teringat

setiap bait kata-kata gadis itu.. Salah akukah Huda?

Ahh.. Zul, rupanya kita ini dalam satu kapal yang sama!

Iskandar kembali membetulkan kedudukan kerusi, kakinya dilunjurkan. Hujung

kasut terkena sesuatu di bawah meja. Sekali lagi Iskandar menguiskan kaki kanan di

bawah meja. Eh apa bendanya ini?. Terkuis-kuis Iskandar menarik dari bawah meja.

Iskandar membongkok mengambil barang yang tersorok di bawah meja. Terkebil-

kebil matanya memandang sepasang selipar berjalur biru putih yang diikat reben kuning.

Terus Iskandar ketawa. Dia menarik kad kecil yang tersisip di celah reben kuning. Kad

itu bertulis “This is for you boss. Harap muat. Hafizah.”

Terkekeh-kekeh Iskandar ketawa. Terus moodnya berubah. Hafizah memang

sukar untuk di ramal. Full of surprises! Iskandar terhibur dengan perwatakan Hafizah.

Itulah agaknya kata orang-orang tua. Tak kenal maka tak cinta.

Mula-mula dia ingat Hafizah orangnya serius, tegas, sombong dan keras kepala.

Rupa-rupanya ada juga tersembunyi sifatnya yang kelakar. Ada sense of humour. Sedikit

sebanyak Iskandar rasa dia sudah mula mengenali gadis itu.. tapi adakah dia sudah mula

jatuh cinta pada Hafizah? Tak mungkin. Dia cuma tertarik dengan Hafizah. Tertarik tidak

100

Page 101: Sebab Dikau

semestinya jatuh cinta kan?

Iskandar berdehem kecil. Dia menekan punat intercom. “Fiza.” Serius saja

bunyinya.

“Ya, Encik Iskandar,” balasan di hujung talian.

“Terima kasih.”

Hafizah tersenyum. “Sama-sama”. Punat interkom dilepaskan.

101

Page 102: Sebab Dikau

11.

Suara muazzin melaungkan azan Maghrib dari surau yang berdekatan

ditenggelami dengan pekikan kuat dari radio transistor di atas meja. Macam hendak

pecah peti bunyi dibuatnya. Terkinja-kinja Nuraina menari mengikut alunan lagu.

Sesekali melompat kecil, sesekali meliuk lentukkan tubuhnya dengan pergerakan yang

menggiurkan.

Hafizah hanya duduk memerhatikan gerak tari ibunya. Walaupun bingit dengan

lagu yang keluar dari corong radio, Hafizah terasa sedikit aman. Ayahnya tidak ada.

Mungkin keluar merambu bersama kawan-kawannya sebelum menghabiskan malam

dengan berjudi. Harap dia menang hari ini. Tidaklah rumah ini akan bertukar menjadi

neraka.

Hafifi yang masih berbaju sekolah, duduk bersila begitu asyik melihat ibu dengan

gerak tari yang entah apa-apa. Kepalanya terteleng-teleng mengikut gerak lagu.

Matanya tidak lepas memerhatikan Nuraina. Berlainan pula dengan Hafizi yang

langsung tidak memperdulikan persekitarannya. Dia hanya tunduk membaca buku

sekolah.

Hafizah memejamkan mata sambil bersandar di dinding. Lelah bekerja petang

tadi masih belum pulih. Malah seragam kerja, baju kemeja putih dan skirt hitam masih

melekat di badan yang sudah rasa melekit dibasahi keringat. Alunan muzik yang rancak

dan kuat itu tidak diendahkan. Biarlah ibu dengan dunianya sendiri.

Nuraina terus berliuk lentuk di ruang tamu yang samar diterangi sebatang lampu

kalimatang. Sejak balik kerja tadi, Nuraina memaksa anak-anaknya duduk di ruang tamu

yang berselerakan semata-mata menyuruh mereka melihat dia menari. Pergerakan baru,

102

Page 103: Sebab Dikau

katanya. Malas hendak bersoal jawab, Hafizah terus sahaja duduk bersila dan

menyandar badan ke dinding memerhatikan ibunya menari. Dia lihat Hafifi sudah duduk

mengadap dengan mulut terlopong begitu asyik dengan tarian ibunya. Hafizi yang degil

sengaja membelakangi ibunya mengadap dinding lalu membuka buku sekolah dan

membaca.

Antara mereka bertiga, Hafizi memang yang paling degil. Mereka berdua

memang kurang mesra, kadang-kadang sahaja bercakap itupun bila perlu. Hafizah dan

Hafizi lebih banyak buat hal sendiri. Aku tak kacau kau, kau jangan nak kacau aku, itu

prinsip mereka. Hafizah sendiri pun tidak kuasa hendak menegur adiknya. Dia lelaki,

pandai-pandailah bawa diri.

Kalau Hafizah melihat bekerja sebagai satu cara untuk keluar dari rumah

jahanam ini, Hafizi mempunyai cara lain. Dia lebih rajin belajar berbanding Hafizah.

Adik Rokiah, Ismail sama kelas dengan Hafizi pernah memberitahunya Hafizi hendak

belajar sungguh-sungguh sebab bila dah pandai boleh dapat kerja bagus, duduk dalam

bilik air cond dan dapat gaji besar. Dengan duit gaji yang banyak, dia boleh buat apa

sahaja yang dia suka dan tinggalkan kenangan hitam.

“Bila dapat duit banyak, Ji kata dia tak payah nak rasa lapar lagi, boleh makan

apa yang dia suka. Boleh beli baju mahal-mahal dan bawak adik Fifi pergi jalan-jalan.”

Beria-ia Ismail bercerita ketika Rokiah belanja adiknya dan Hafizah makan di KFC di

Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Hafizah merenung Hafifi yang masih lagi terlopong. Bulat matanya

memerhatikan Nuraina menari. Hafifi sahajalah penawar hatinya. Penyambung kasih

antara dia dan Hafizi. Walaupun jarang bertegur sapa, Hafizi memang bertanggung

103

Page 104: Sebab Dikau

jawab pada Hafifi. Apa sahaja kehendak adik bungsu itu akan cuba dia tunaikan.

Walaupun bukan dari segi kewangan tapi dengan kudrat yang termampu.

Tiba-tiba lagu yang bingit terhenti. Radio di matikan. Serentak dengan

berakhirnya azan memanggil umat Islam mengerjakan solat. Hafizah memandang tepat

ke arah ibunya yang berdiri tercegat bercekak pinggang. Nafasnya turun naik kepenatan

menari. Dahinya penuh dengan bintik-bintik peluh.

“Macamana? Ok tak mak menari?” Dia tersengih. Tangannya pantas menyeka

peluh yang sudah mula mengalir di atas kening. Setitis menuruni hingga ke dagu. Pantas

tangannya menyeka peluh yang jatuh.

“Best adik tengok mak menari,” jawab Hafifi lalu bertepuk tangan gembira.

Ibunya memang pandai menari. Bukan setakat itu, cantik dan bijak pula orangnya.

“Macam tu lah anak mak.” Nuraina tergelak kecil. Dia merangkul Hafifi lalu

mengucup pipinya. Hafifi tertawa gembira.

“Macam kera dapat bunga, adalah.” Tiba-tiba Hafizi bersuara. Mukanya

masam. Dia berpusing memandang wajah ibunya, bingkas bangun lalu menuju ke bilik.

Nuraina mencebik bibir. Apa yang Hafizi tahu. Anak itu memang tidak

sukakannya jadi apa saja yang dia buat memang dia tidak berkenan.

Hafizah hanya mampu mengangkat kening. Peduli apa dia dengan langkah

terbaru ke, lenggok terkini ke. Bagi dirinya itu tidak membawa apa-apa makna. Dengan

malas dia bangun lalu menuju ke bilik air. Dia malas hendak bersoal jawab dengan

ibunya, biarkah Hafifi sahaja yang melayan Nuraina malam ini.

“Kamu nak ke mana tu?” Soal Nuraina yang masih lagi memeluk Hafifi yang

masih lagi terkekeh-kekeh ketawa kesukaan.

104

Page 105: Sebab Dikau

“Bilik air. Mandi,” jawabnya ringkas. Hafizah langsung tidak berhenti berjalan,

terus menuju ke bilik untuk mengambil tuala. Dia terpandang beg bunjut berwarna biru.

Beg pemberian Makcik Farah sempena harijadinya semalam. Terperanjat juga bila dia

menerima beg biru yang agak berat berisi dari Makcik Farah. Pantas dia berterima

kasih. Tidak disangka Makcik Farah hendak memberi hadiah sempena harijadinya yang

ke tujuh belas tahun.

“Ambillah Fiza. Ini makcik beli di Padang Besar masa makcik ikut rombongan

Mak Su Timah, minggu lepas. Tak ada apa yang makcik nak bagi, ini ajelah yang

termampu,” ujar Makcik Farah ketika menyuakan beg bunjut itu pada Hafizah semalam.

“Mana makcik tahu, tarikh harijadi saya?” Terkebil-kebil juga Hafizah ketika

menerima pemberian Makcik Farah.

“Fifi bagitahu Hajar,” jawab Makcik Farah sambil tersenyum memandang

anaknya Hajar yang sedang bermain dengan Hafifi di ruang tamu.

“Buat susah makcik sahaja,” balas Hafizah. Tangannya menggenggam erat beg

bunjut pemberian Makcik Farah. Sudah bertahun-tahun dia tidak menyambut harijadi

apatah lagi menerima hadiah. Bibit-bibit gembira menyelinap ke hati. Kata orang

usianya kini sweet seventeen, umur gadis sunti yang merasakan dunia ini milik mereka.

“Makcik harap, Fiza gunakanlah sebaik-baiknya pemberian makcik ini. Makcik

dah anggap Fiza, Ji dan Fifi macam anak-anak makcik sendiri. Jadi, makcik rasa sudah

menjadi tanggungjawab makcik menjaga kebajikan kamu juga.” Pantas Makcik Farah

memegang lengan Fiza. Wajah anak gadis itu ditatap tenang. Semoga kau sentiasa

dilindungi Allah, sayang.

Sayu hati Hafizah mendengar kata-kata Makcik Farah. Memang baginya dia

105

Page 106: Sebab Dikau

sentiasa berangan yang sebenarnya Makcik Farah itulah ibu kandungnya. Sentiasa

tersenyum, tenang dan penuh dengan sifat keibuan. Apakan daya, itu cuma angan-angan

dia sahaja. Hafizah merenung beg bunjut berwarna biru yang terletak di atas katil.

Belum di buka. Semalam dia sengaja tidak mahu membukanya. Sayang sangat. Ada

reben berwarna merah diikat, mesti hasil kerja Hajar. Anak bungsu Makcik Farah yang

hampir sebaya dengan Hafifi.

Dia terus duduk di atas katil. Kaki kanan dilipat dan kaki kiri terjuntai di birai

katil. Tangan kanannya menguis baju yang berselerakan di atas katil manakala tangan

kirinya mencapai beg bunjut itu dan dengan perlahan, ikatan reben merah dibuka.

Segera isinya dituang di atas katil. Kaget dia melihat isi kandungan yang terhampar. Di

hadapannya kini, sepasang telekung putih bersulam, sehelai sejadah, seutas tasbih dan

senaskah Al-Quran. Terketar-ketar jarinya dilarikan di atas kain telekung bersulam

cantik. Lembut. Jarinya memegang sejadah dan kemudian menyentuh tasbih berwarna

hijau pula.

Di angkat tasbih itu dan disarungkan ke tangan. Jatuh ke siku. Matanya kini

tertumpu pada Al Quran berkulit keras dan berwarna hijau juga. Fikirannya kosong.

Tiba-tiba hatinya sayu. Ya Allah! Apa yang harus aku buat? Tidak pernah seumur

hidupnya, dia sujud menyembah yang Maha Kuasa. Apatah lagi membaca ayat-ayat suci

di dalam Al Quran. Hatinya tiba-tiba sebak. Ya Allah ya Tuhanku, aku tidak pernah

menunaikan tanggungjawabku sebagai seorang Islam. Aku tidak pernah sujud padaMu.

Maafkan hambaMu yang lemah ini ya Allah. Matanya dipejam rapat-rapat. Lama dia

termenung duduk di atas katil mengadap hadiah pemberian Makcik Farah. Terima kasih

Makcik.

106

Page 107: Sebab Dikau

Seketika, mata dibuka. Hafizah memandang sekeliling bilik yang bersimpang siur.

Aku tidak tahu mengaji. Aku tidak tahu bagaimana hendak menunaikan solat. Apa ayat

yang harus dibaca? Yang dia tahu orang sembahyang ada tunduk dan ada sujud

mencium lantai. Tapi apa yang dibaca? Bagaimana niatnya? Surah yang dia hafal cuma

Al-Fatihah itupun kerana selalu dengar di dalam radio, televisyen dan juga suara imam

dari surau berdekatan.

Dia kenal alif ba ta sehingga ya, tapi dia tidak tahu membaca apabila huruf-huruf

ini bercantum menjadi kalam Allah. Apa bunyinya? Bagaimana sebutannya? Matanya

terus meliar memandang sekeliling bilik. Ke mana arah harus kubentang sejadah ini? Di

mana arah kiblat?

Tok! Tok! Tok!

Bagai hendak roboh, pintu rumah diketuk. Tergopoh-gopoh wanita berbadan

besar itu berlari anak ke pintu. Kain telekung berkibar-kibar mengikut rentak kakinya

yang laju, masih belum di buka.

Dia baru habis memberi salam bila dia mendengar pintu rumah di ketuk.

Terkocoh-kocoh bangun, tidak sempat langsung hendak memanjatkan doa dan syukur

kepada Allah yang Esa.

Tok! Tok! Tok!

“Tunggu! Saya datang ini,” Marah juga dia dengan tetamu yang tidak beradab

datang ke rumah Maghrib begini. Orang tengah solat dikacau, berbulu betul. Sudahlah

dia tinggal seorang bertemankan Hajar sahaja. Suaminya Abang Hamid di surau solat

Maghrib berjemaah, dan terus menunggu Isyak sekali.

“Siapa mak?” anak kecil yang juga masih bertelekung lengkap kerana mengikut

107

Page 108: Sebab Dikau

ibunya bersolat Maghrib membututi ibunya ke pintu hadapan. Kain putih diangkat

tinggi-tinggi, takut terlilit di kaki dan jatuh.

“Entah, mak pun tak tahu.” Dengan pantas wanita itu membuka selak dan pintu

dibuka pantas. Ingin juga dia tahu siapa manusia tidak beradab di luar sana. Tetamu

pun tetamu juga, tapi bila tidak beradab begini, harus ditegur.

“Fiza!” Terperanjat Makcik Farah melihat tetamu yang berdiri di hadapannya.

Amarah yang meluap tadi terbang di bawa angin senja. Hafizah rupanya.

“Makcik, tolong ajar Fiza sembahyang.”

Tersentak Makcik Farah. Hatinya bertambah sayu mendengar permintaan

Hafizah. Di renung mata anak gadis yang berdiri sambil memegang kejap beg bunjut

biru. Setitis air matanya jatuh.

Ya Allah! Syukur ke hadratMu. Akhirnya kau buka juga pintu hatinya, Kau beri

sinar Hidayah padanya. Alhamdulillah. Lama mereka berpandangan.

Tiba-tiba dengan pantas Makcik Farah merangkul Hafizah. Air mata terus

mengalir. “Makcik akan ajar Fiza solat. Makcik juga akan ajar Fiza mengaji.” Tersedu-

sedu dia menangis. Alhamdulillah…

Hafizah membiarkan dirinya dipeluk erat oleh Makcik Farah. Hatinya tiba-tiba

tenang. Mungkin inilah jalan yang benar untuk mencari ketenangan. Mungkin Allah

sudah membuka pintu hatinya. Perlahan-lahan dia menggerakkan tangannya memeluk

erat Makcik Farah. Seronoknya di peluk Makcik Farah.

Hajar yang berdiri di sisi terpinga-pinga melihat ibunya memeluk Hafizah sambil

menangis. Si kecil memandang ke langit yang dihiasi baris-baris cahaya merah. Dia

tersenyum. Aku mesti bercerita dengan Hafifi tentang apa yang terjadi malam ini..

108

Page 109: Sebab Dikau

12.

“Tambah nasinya tu Fiza. Kamu ni makan sejemput aje, macam dah tak sudi lagi

nak makan kat rumah makcik.”

Tersengih-sengih Hafizah menyuakan pinggan kepada Makcik Farah minta

ditambah nasi. pakcik Hamid yang duduk di sebelahnya turut tersenyum. Sudah jadi

kebiasaan Hafizah akan makan tengahari setiap Ahad bersama keluarga angkatnya itu.

Dulu dia ditemani Hafizi dan Hafifi. Bila Hafizi ke universiti, hanya dia berdua dengan

Hafifi. Kini, Hafifi juga sudah ke universiti, tradisi itu tetap diteruskan walaupun seorang.

“Iyalah kamu ni Fiza, pakcik tengok makin kurus sekarang. Kamu kuat sangat

bekerja kot,” Pakcik Hamid bersuara. Sesuap nasi masuk ke mulut.

Makcik Farah yang masih berdiri di sisi Hafizah, megelus-ngelus rambut gadis

itu. Sayang sungguh dia dengan Hafizah.

“Tak adalah pakcik. Cuma bila Ji ngan Fifi tak de, Fiza malas nak masak dan

makan seorang-seorang kat rumah tu,” jawab Hafizah. Dia masih tersengih. Jari

kanannya menguis nasi di dalam pinggan.

“Makcik dah kata dah, kamu tak payah lah duduk kat rumah tu seorang-seorang,

duduk sini sajalah dengan makcik dan pakcik. Kami ni pun tinggal berdua saja ni,”

pelawa Makcik Farah. Dia tersenyum. Ikhlas.

“Tak apalah makcik. Fiza dah biasa duduk rumah seorang-seorang, sayang pula

nak ditinggalkan macam tu aje.” Tangannya pantas mencedok lauk perut lembu

bercampur rebung masak lemak cili api.

“Alaa.. kamu duduk sini sajalah Fiza. Hajar pun jarang balik sekarang ni. Makcik

ni bosan juga duduk sorang-sorang kat rumah ni bila pakcik kamu tak ada,” bebel Makcik

109

Page 110: Sebab Dikau

Farah.

Hafizah hanya tersengih. Bukan sekali dua keluarga itu mengajakknya duduk

sama, malah hampir setiap minggu bila Hafizah datang bertandang untuk makan

tengahari bersama. Sejak kawasan setinggan sudah di tanda untuk dimajukan, penduduk

Kampung Seri Ampangan ditawarkan untuk membeli rumah flat empat tingkat tidak jauh

dari kawasan itu. Mereka menerima tawaran itu, dan dua tahun kemudian jadilah mereka

penghuni flat empat tingkat lapan blok di tepi jalan besar.

Lima tahun menjadi penghuni flat, rezeki pakcik Hamid mencurah-curah bila dia

mendapat tawaran tender kantin sekolah yang baru dibuka tidak jauh dari kawasan

perumahan itu. Keluarga Pakcik Hamid terus berpindah ke rumah teres dua tingkat yang

kebetulan tidak jauh juga dari perumahan flat Taman Melati 2. Pada mulanya Makcik

Farah agak keberatan hendak berpindah dari flat comel mereka kerana dia bimbangkan

Hafizah tiga beradik. Apatah lagi di flat, rumah mereka bersebelahan.

Lama jugalah Hafizah hendak meyakinkan ibu angkatnya supaya berpindah

kerana rumah baru mereka lebih luas, mudah bagi keluarga Makcik Farah ataupun Pakcik

Hamid hendak datang bertandang. Apatah lagi anak-anak Makcik Farah yang lain seperti

Maria dan Suzana sudah mendirikan rumah tangga, mudahlah untuk mereka datang

melawat ibu dan ayah membawa keluarga kecil masing-masing. Rumah baru itu juga

sesuai untuk membesarkan Hajar yang sedang meningkat remaja. Makcik Farah pernah

meminta izin Hafizah untuk membawa Hafifi bersama, sebagai teman kepada Hajar, tapi

Hafizah keberatan.

Biarlah susah payah mereka tiga beradik, namun berpisah tidak sekali. Biarlah dia

yang bertungkus lumus membesarkan Hafizi dan Hafifi. Alasan itu diberikan kepada

110

Page 111: Sebab Dikau

Makcik Farah. Sedih juga dia menolak permintaan wanita itu, tapi hatinya berat hendak

berpisah dengan Hafifi. Untuk tidak terus melukakan wanita yang banyak berjasa pada

diri mereka tiga beradik, Hafizah berjanji akan datang sekurang-kurangnya seminggu

sekali untuk makan tengahari bersama keluarga itu.

“Kamu Fiza, bila lagi hendak berumah tangga?”

Hampir tersedak Hafizah mendengar soalan tiba-tiba dari Makcik Farah. Dia

memalingkan muka memandang wanita yang sedang tersengih-sengih di sebelahnya.

“Makcik ni, buat terperanjatkan Fiza aje. Hilang dah selera makan.” Sengaja buat-

buat merajuk.

“Bukan apa, kamu sekarang ni dah masuk dua puluh lapan tahun, takkan lah tak

ada cita-cita hendak mendirikan rumah tangga?”

“Farah, mulut awak tu, tak baik tanya soalan macam tu. Tersinggung hati Fiza

nanti. Biarlah, jodoh pertemuan dan ajal maut tu bukankah urusan Allah,” Pakcik Hamid

memandang tepat wajah isterinya. Kadang-kadang isterinya itu lepas saja mulutnya.

Walaupun niatnya baik, kadang-kadang boleh menyakitkan hati juga.

“Bukan apa bang. Saya sayangkan Fiza. Hendaklah juga lihat dia berumah tangga.

Lagipun dah gatal tangan saya ni nak buat kenduri kahwin,” balas Makcik Farah, dia

tersengih-sengih lagi. Nasi dipinggan tidak disentuh dari tadi.

“Kamu tak ada calon suami ke Fiza? Ala kawan-kawan pun tak ada ke?” Laju saja

mulutnya berceloteh. Tidak puas hati melihat Hafizah yang hanya tersenyum.

“Tak adalah makcik. Ala, lagipun siapalah yang hendakkan saya ni,” sengaja

Hafizah merendah diri. Itu sahajalah modalnya hendak melarikan diri dari soalan.

“Apanya yang kurang kamu ni. Budi bahasa tinggi, ilmu agama ada, ilmu dunia

111

Page 112: Sebab Dikau

cukup. Boleh buat kerja rumah. Kalau zaman makcik dulu kan Fiza, anak dara yang

cukup ilmu macam kamu nilah yang paling laku.”

“Hmm.. itu sebabnya saya kahwin dengan awak sampai dikurniakan anak

perempuan tiga orang. Sebab awak cukup serba serbi lah saya pilih awak,” pantas Pakcik

Hamid mencucuk jarum.

Tersengih-sengih Makcik Farah mendengar pujian selamba dari suaminya. “Iya

lah tu. Nasib baik awak cepat sambar saya, kalau tak menggigit jarilah awak,” giatnya

pula.

“Jadi macamana Fiza. Ada calon tak?” Soalan Makcik Farah beralih kembali

kepada Fiza. Laa.. ingatkan dah selesai dah.

“Nantilah Makcik. Tak jumpa yang berkenan di hati,” jawab Hafizah ringkas.

Otomatik jari tangan kirinya meleret pada parut di pipi.

“Jangan tunggu lama-lama sangat Fiza, umur makin meningkat,” balas Makcik

Farah. Hatinya tiba-tiba bengkak. Kenapalah susah sangat hendak bertemu jodohmu,

Fiza.

Hafizah terus tersengih-sengih lalu menyumbatkan nasi dan lauk perut dan rebung

masak lemak ke mulut.

***

“Fiza, awak free tak lusa?”

Hafizah mendongakkan kepala memandang wajah majikannya di seberang meja.

Mereka berada di dalam pejabat Iskandar dan Hafizah sedang mencatitkan butir-butir

112

Page 113: Sebab Dikau

penting untuk surat kepada kontraktor dan supplier mereka untuk projek di Sepang.

“Ada apa, bos?” Sekarang ni Hafizah senang membahasakan diri Iskandar sebagai

bos sahaja selepas di tegur yang memanggilnya dengan nama penuh berpangkatkan encik

di hadapan memenatkan mulut menyebut. Lima suku katalah katakan.

“Saya nak ajak awak pergi dinner dengan saya,” Serius sahaja muka Iskandar. Dia

duduk menyandar memandang Hafizah.

Berkerut-kerut dahi Hafizah mendengar perkataan dinner. Makan malam. Dengan

bosnya? Dengan Iskandar? Buang tabiat, apa? “Dinner apa, bos?”

Hampir tergelak Iskandar melihat dahi Hafizah berkerut. Takut juga kau ye.

“Jangan bimbang, bukan candle light dinner ataupun romantic dinner. Ini business

dinner.” Iskandar tersenyum.

Business dinner? Pertama kali dia mendengarnya. Mungkin acara formal agaknya.

“Bila tu bos? Kat mana? Kenapa nak ajak saya pula?” Bertalu-talu soalan keluar dari

mulut Hafizah yang masih lagi kehairanan.

“La, esoklah. Jam lapan. Di Crown Princess Hotel. Dan, saya ajak awak sebab

saya tak ada partner untuk jamuan itu.,” balas Iskandar yang masih lagi tersenyum

melihat setiausahanya tidak tentu arah. Buat pertama kali dia melihat Hafizah seperti

hilang punca. Baru padan muka kau!

“Apa pasal pulak bos nak ajak saya. Ajaklah orang lain. Sandy bahagian

accounting pun boleh temankan bos.” Hish! Gila apa bos aku ni, nak ajak orang pergi

dinner. Jejak kaki ke hotel pun dah macam rusa masuk kampung, inikan pula nak makan

malam bersama. Buat malu saja. Berkerut-kerut lagi dahi Hafizah.

“Kalau saya pilih Sandy, dah lama saya pelawa, tapi saya nak ajak awak, bukan

113

Page 114: Sebab Dikau

dia.”

“Seganlah bos. Saya tak pernah keluar dinner kat hotel-hotel besar ni. Lagipun

khidmat saya bukanlah diperlukan sangat kan?” Hafizah cuba menolak.

“Mana tahu saya mungkin perlukan khidmat nanti. Kita bukan makan sahaja tapi

berborak pasal perniagaan. Lagipun, saya hendak projek perumahan di Sepang itu

berjaya.”

Hafizah terdiam.

“Lagipun ini lah masanya awak merasa masakan yang enak-enak di hotel besar

dan gah itu.” Iskandar tersenyum. Seboleh-bolehnya dia mahu Hafizah setuju. Dalam hati

dia bangga mempunyai setiausaha yang serba boleh. Apa salahnya sekali sekala dia bawa

Hafizah keluar makan malam, walaupun hanya atas urusan kerja.

“Err.. baju kurung, boleh ke bos?”

Iskandar ketawa besar. “Boleh. Saya pun tak pernah tengok awak pakai baju

fesyen lain selain baju kurung.”

Hafizah muncungkan bibir. Sempat lagi nak mengenakan kita, rupanya. “Kalau

tak ada apa-apa lagi, saya keluar dulu lah bos.” Dia melangkah kaki.

“Fiza, kejap.”

Hafizah berpaling mengadap Iskandar. “Saya tak mahu baju yang penuh dengan

labuci-labuci lip lap kena pancaran lampu. Silau mata saya nanti. OK.” Iskandar sengaja

mengusik.

Bertambah muncung mulut Hafizah. Malas hendak berbalas usikan. Dia terus

melangkah keluar.

Oh.. ingat aku ni kampung sangat agaknya. Mana ada orang pakai baju kurung

114

Page 115: Sebab Dikau

penuh labuci macam nak pergi upacara bernikah. Hatinya panas. Ingat aku cuma ada baju

kurung dalam almari agaknya. Tunggulah.

Seharian, Hafizah merajuk. Sepatah di tanya, sepatah di jawab. Sejak

kebelakangan ini hatinya mudah sangat tersentuh. Apatah lagi orang yang mengusik itu,

Iskandar. Salah cakap sikit sahaja dia mula rasa jauh hati. Bukannya sengaja dia merajuk

tapi kadang-kadang, perasaan itu tidak dapat di tahan. Ada juga dia cuba buat endah tidak

endah sahaja dengan perangai Iskandar yang suka mengusik, tapi selalu juga hati

perempuannya tersentuh. Iskandar pun satu. Suka menyakat dia. Ada juga staf perempuan

yang lain di pejabat tapi mangsa usikannya tetap Hafizah. Dari selipar jepun pergi ke

surau sehinggalah bekal makanan Hafizah, semua hendak di ambil sebagai usikan.

Hari Isnin lepas Hafizah bawa bekal nasi berlaukkan perut dan rebung masak

lemak cili api, lebihan lauk di rumah Makcik Farah sehari sebelumnya. Lauk itu

dipanaskan dan Hafizah membawanya sebagai bekal makan tengahari. Memang dia

sudah biasa makan nasi yang dimasak di rumah. Kadang-kadang dia bertukar lauk

dengan Aishah yang juga selalu membawa bekal makan tengahari dari rumah.

Sedang mereka enak menjamu selera di bilik Aishah, tiba-tiba Iskandar dating

menjenguk muka. “Saya cari awak tadi. Rupanya ada di sini.”

Cepat-cepat Hafizah mengelap mulut dengan tisu. Aishah juga terperanjat melihat

Iskandar yang tiba-tiba terpacul di dalam bilik kecilnya. Tergesa-gesa dia mengelap

mulut dengan tisu. Segan juga bila anak bos besar melihat mereka makan, macam tak

senonoh saja. Apatah lagi mereka duduk bersila di atas kerusi dengan jari kanan masing-

masing terbenam di dalam pinggan plastik penuh berisi nasi yang bergaul kuah lemak.

Terpinga-pinga Hafizah melihat Iskandar. Hendak cari apa pula dia ni, fikirnya

115

Page 116: Sebab Dikau

dalam hati. Kadang-kadang benda yang tidak berapa penting pun dia mahu Hafizah

menyelesaikan. Ada masa Hafizah mengikut sahaja, ada masa dia protes juga.

Meja kecil Aishah penuh. Dua keping kertas surat khabar terhampar di atasnya

sebagai pengalas menggantikan kain saprah. Dua bekas plastik tersusun di atasnya. Bau

dari lauk perut dan rebung masak lemak semerbak di dalam bilik kecil itu. Bercampur

pula dengan bau sambal belacan yang semerbak.Terliur Iskandar memerhati lauk pauk di

dalam bekas plastik. Walaupun ringkas nampak menyelerakan. Kembang kempis

hidungnya menikmati aromanya. Perutnya tiba-tiba berlagu keroncong.

Pantas tangan Iskandar menarik kerusi lalu duduk bersama menghadapi

hidangan.”Hmm.. sedapnya bau. Makan tak ajak saya pun.”

Satu-satu lauk di perhatikan. Ada masak lemak, sambal belacan, dua ekor ikan

kembong goreng yang sudah dimakan separuh, telur masin dan ulam kacang botol.

“Boleh join sekali tak. Saya laparlah. Tak ada orang nak temankan saya makan

tengahari. Lauk ni pun nampak sedap.” Tanpa berlengah Iskandar segera mencapai tutup

bekas plastik dan mula mencedok nasi dengan sudu ke atasnya.

Hafizah dan Aishah berpandangan. Ini memang dah kes tak tahu malu. Orang tak

ajak sendiri yang mempelawa diri. Nak kata tidak boleh, bos sendiri. Aishah mengangkat

kening. Hafizah berkerut dahi. Mereka berpandangan. Nak buat macamana?

“Er bos, tak boleh makan lah.”

Melopong mulut Iskandar mendengar kata-kata Hafizah. Tangannya yang dari

tadi sibuk mencedok nasi terhenti. Gelihati Hafizah melihat kelakuan Iskandar. Sengaja

dia biarkan mukanya serius. Padan muka dia. “Encik Iskandar tak boleh makan selagi tak

basuh tangan dan baca doa makan.”

116

Page 117: Sebab Dikau

Aishah yang dari tadi memerhatikan gelagat Hafizah dan Iskandar, mengekek-

ngekek ketawa. Iskandar tersenyum malu. Tanpa banyak bicara dia terus berlalu pergi ke

tandas untuk membasuh tangan.

Sekembalinya dia di bilik Aishah, dia melihat tutup bekas plastik sudah tiada, di

tempatnya berganti pinggan plastik berwarna biru yang sudah terisi sesenduk nasi

bersiram kuah lemak. Lauk-lauk yang lain pun sudah tersedia di dalam pinggan.

Di sisinya segelas air kosong dan tisu merah berlipat. Aishah dan Hafizah sedang

tekun menyuap nasi ke mulut. Kaki masing-masing yang tadi berlipat kini sopan

duduknya. Masing-masing diam tapi Iskandar melihat dua pasang mata yang bersinar

girang. Iskandar tersengih lalu segera duduk.

Perlahan-lahan dia membaca doa makan dan mula menyuapkan nasi ke mulut.

Sedap sungguh rasa lauk masakan tradisi Melayu. Tidak pernah dia rasa makanan

sesedap ini.. atau mungkin masakan itu sedap kerana teman yang duduk di sebelahnya.

Perlahan dia mengerling ke arah Hafizah. Gadis itu hanya tunduk menyuap nasi. Iskandar

tersengih lagi. Hatinya berbunga senang.

Iskandar menyandarkan badan. Enjin kereta dibiarkan hidup. Angin dari

penghawa dingin menyegarkan badan. Habis waktu pejabat dia bergegas pulang. Mandi

dan solat Maghrib.

Baju kemeja yang masih berbalut plastik nipis yang diambil dari kedai dobi

segera dikenakan. Hatinya tidak sabar hendak bertemu dengan Hafizah. Walaupun masih

banyak masa, dia bergegas turun dan terus memecut menuju ke Taman Melati 2.

Jam di dashboard sudah menunjukkan pukul lapan lima minit. Bermakna sudah

lima belas minit dia duduk di dalam kereta yang di letak di bawah pohon ketapang di tepi

117

Page 118: Sebab Dikau

jalan. Tempat yang dijanjikan untuk menunggu Hafizah. Matanya dipejamkan tapi dibibir

senyum terukir.

“Encik Iskandar tak payahlah masuk ke kawasan flet. Susah nak parking kat situ.”

Begitulah pesannya sebelum dia keluar petang tadi.

“Habis saya hendak tunggu di mana?”

“Tunggu kat pokok ketapang, tempat Encik Iskandar hantar saya dulu,” balas

Hafizah perlahan. Takut diketahui kawan-kawan pejabat yang mereka akan keluar malam

ini. Kalau tahu semua, tentu teruk dia kena usik.

Iskandar tersenyum lagi. Bukan senang hendak mengajak gadis itu keluar

rupanya. Terfikir juga samada Hafizah pernah keluar dengan lelaki lain sebelum ini.

Siapa agaknya teman lelaki Hafizah? Sudah berapa ramai agaknya lelaki yang

meletakkan kenderaan mereka di bawah pohon ketapang ini menunggu Hafizah dengan

sabar. Iskandar tersenyum lagi.

Tok! Tok! Tok!

Iskandar tersentak dari lamunan. Dia mengintai antara samar cahaya. Terlihat

gadis tersenyum simpul di luar. Cepat-cepat dia membuka kunci kereta dan daun pintu di

sebelah penumpang di buka. Hafizah terus masuk dan daun pintu di tutup.

Bau minyak wangi lembut memenuhi ruang kereta. Hafizah terus mengenakan

talipinggang keledar lalu membetulkan duduk. Tas tangan di letakkan di atas riba.

Enam puluh saat berlalu tetapi kereta masih tidak bergerak. Hafizah bingung. Dia

berpaling memandang Iskandar. Mata bertemu mata. Cepat-cepat dia melarikan

pandangannya dari renungan tajam Iskandar. Jantungnya berdegup kencang. Kenapa pula

ini?

118

Page 119: Sebab Dikau

“Cantik awak malam ni Fiza.” Lembut suara Iskandar. Matanya masih lagi tidak

lepas memerhatikan Hafizah. Gadis itu masih lagi berpakaian tradisional. Kebaya labuh

berwarna kelabu dari kain sutera lembut di padankan dengan kain lipat bercorak batik.

Tudung berwarna sedondon berhias pin besar di bahu kiri.

“Terima kasih.. bos.” Balas Hafizah bersahaja. Hatinya masih lagi berdebar-

debar. Dilirik jejaka di sebelah yang masih lagi memerhatikannya. Lama.

Iskandar tersenyum lagi. Dia berdehem seolah-olah baru sedar dari lamunan.

“Lapar tak?” Tanyanya.

“Lapar juga,” balas Hafizah perlahan.

Dan kereta Honda terus meluncur menuju ke pusat bandar.

119

Page 120: Sebab Dikau

13.

“Tak sangka kau datang ke dinner ni Fiza, kalau tak mesti aku bosan kat sini.”

Hafizah tersengih. Tidak di sangkanya dia akan bertemu Duan di majlis makan

malam di Crown Princess malam itu. Duan terus melambai tangan apabila dia nampak

sahaja Hafizah dan Iskandar berjalan beriringan melangkah masuk ke dewan ballroom

yang ditukar menjadi dewan makan.

Hafizah tergelak kecil. Dia terus menongkat dagu. “Kalau tak bos aku paksa

datang, aku tak jejak kaki masuk ke hotel lima bintang ni.”

Duan turut tersengih. Pandangan mata meliar mencari di mana Iskandar. Sejak

masuk ke dewan makan, Iskandar terus bertemu dengan rakan-rakan perniagaan ayahnya

bertanya khabar. “Elok juga kau datang, kalau tidak mesti aku sorang-sorang duduk, tak

berteman.”

“Macamana pulak kau boleh tercampak ke sini Duan. Hari tu kata, tak suka

datang ke bandar. Kesesakan lalulintas lah, semputlah menghidu asap kenderaan sana

sini.”

Duan terus tersengih malu. Dia memandang Hafizah. “Tak boleh lari lah Pijot.

Datuk jemput aku personally. Segan pula aku nak kata tak.”

“Datuk Rosli jemput kau?”

“Mulanya terperanjat juga aku, tiba-tiba ofis kau telefon nak jemput aku makan

malam. Rupanya Iskandar ada cerita kat Datuk yang kita ni kawan lama, terus Datuk

suruh jemput aku sekali.” Duan masih lagi tersengih-sengih. Jari kanannya bermain-main

dengan sudu yang tersusun di atas meja bulat berlapik kain berwarna merah jambu.

Duan membetulkan duduknya. Sudu di letak kembali di kedudukan asal. “Dah

120

Page 121: Sebab Dikau

lama betul aku tak masuk hotel besar macam ni, “ katanya sambil memerhatikan suasana

di dalam dewan besar itu. Lampu-lampu chandelier yang tergantung di siling berkilau

menyinari dewan yang boleh memuatkan lebih satu ribu orang tetamu.

“Aku pun sama. Sejak aku kerja dengan syarikat Datuk Rosli ni, aku jarang

sangat masuk ke hotel macam ni. Kalau tak dulu, segala tempat ceruk aku lalu apatah lagi

lorong-lorong belakang pintu tu sambil tatang dulang yang sarat dengan makanan,” balas

Hafizah. Dia memuncungkan bibir ke arah pintu-pintu di tepi dewan makan.

Duan ketawa besar. Dia teringat kenangan bersama Hafizah. “Iyalah. Kan kau

dulu dok mengusung dulang dengan Kiah kan?”

Hafizah mengangguk sambil ketawa. Teringat dia pada Rokiah. Duan pula sering

menunggu mereka di hotel-hotel yang berselerakkan di Jalan Sultan Ismail menagih

kasihan supaya di bawa menonton wayang. Pernah sekali dia menunggu di hadapan

Concorde Hotel lebih tiga jam semata-mata mahu mengajak Rokiah dan dia menonton

wayang di Collesium. “Kau jugak yang letih menunggu kami habis kerja.”

“Tapi berbaloi oi! Korang baru dapat gaji masa tu kan. Sedap Kiah belanja kita

makan hot dog tepi jalan.” Duan mengekek ketawa. Seronok mengingat kisah lalu, ketika

masih mentah dan banyak melakukan perkara-perkara bodoh. Apa tidaknya, sanggup

berjalan kaki dari Concorde Hotel ke panggung Colesium semata-mata hendak menonton

percuma!

Duan mengesat mata dengan napkin putih di atas meja.“Ada kau jumpa budak

sekolah yang lain tak? Kadang-kadang teringin juga nak jumpa kawan-kawan lama.”

“Adalah satu dua orang yang aku jumpa, tapi diaorang tu tak kenal aku. Aku pun

malas nak tegur. Segan lah.”

121

Page 122: Sebab Dikau

“Kau tu berubah seratus lapan puluh darjah. Mana orang nak kenal. Kalau dulu

dok hu ha sana hu ha sini, sekarang ni dah jadi baik, bertudung lagi,” balas Duan. Dia

merenung Hafizah sambil tersenyum.

Hafizah membalas senyuman Duan. “Alhamdulillah, aku dah berubah. Kalau tak,

entah jadi hantu atau syaitan berpeleresan di serata ceruk kota ni. Entah melepak kat

tembok mana agaknya.”

Duan tiba-tiba diam. Mukanya yang tadi ceria bertukar serius. “Apa yang

sebabkan kau berubah Fiza? Er, bukan aku tak suka perubahan kau ni, tapi aku memang

tak sangka kau akan terus berubah bukan sahaja dari segi penampilan kau tapi sikap kau

pun dah tak kasar macam dulu, lebih lembut.”

Hafizah ketawa. “Mana ada aku lebih lembut. Kau jangan tertipu Duan. Bos aku

sendiri kata aku ni nampak saja lembut tapi sebenarnya kasar. Macam kau juga, kalau

dulu tu ligatnya bukan main. Siapa sangka kau boleh belajar kat luar negara dan sekarang

ni pun dah berhenti merokok, jadi suami dan bapa yang baik,” ujarnya bila tawa reda.

“Aku memang tak sangka yang aku akan bertemu dengan isteri aku sekarang ni.

Dia yang banyak bagi dorongan. Tapi, aku betul-betul nak tahu kisah kau pula.

Macamana kau boleh berubah macam ni?” Muka Duan masih lagi serius. Dia menatap

tepat-tepat wajah Hafizah. Ingin benar dia mendengar cerita dari Hafizah.

Hafizah menghela nafas. Bibirnya masih lagi mengukir senyuman. Itu sebab bila

bertembung kawan-kawan lama, seboleh-bolehnya dia tidak mahu menegur. Malas

hendak menjawab soalan-soalan yang dia tidak mahu jawab. Kini bila Duan bertanya, dia

jadi serba-salah. Duan sahabat baiknya di bangku sekolah. Tapi, perlukah Duan tahu

semua rahsia Hafizah. “Mak aku meninggal.”

122

Page 123: Sebab Dikau

Satu baris ayat, keluar dari bibirnya. Mungkin itu akan menjawab semua soalan

Duan. Manusia boleh berubah. Apatah lagi bila ada musibah yang menimpa diri mereka

atau keluarga yang terdekat. Hafizah melontar pandangan ke satu sudut di dewan makan.

Aku tidak menipu, walaupun aku tidak memberitahu kesemuanya. Memang emak sudah

meninggal.

“Innalillah..” Dari Allah kita datang, kepadanya kita kembali. “Bila mak kau

meninggal, Fiza?” Berkerut dahi Duan.

“Dekat sepuluh tahun dah.” Tapi bagi Hafizah, ibu sudah lama mati, tiada lagi

bertakhta di dalam hatinya. Hilangnya emak lebih dari nyawa di cabut dari jasad. Sudah

bertahun-tahun dia tidak menyebut perkataan emak atau pun ibu. Malah kalimah itu

semakin luput dari kamus hidupnya.

“Kau tak bagi tahu aku pun. Habis sekolah, kau terus hilang. Tak ada langsung

khabar berita,” Duan merajuk. Jauh hati sebab sahabat sendiri hilang tanpa pamitan.

Sebelum dia ke Amerika, dia pernah menghubungi Rokiah, mencari Hafizah. Mana tahu

Rokiah masih lagi berhubung dengan Hafizah. Malang, Rokiah juga terputus hubungan.

Apa yang dia tahu Hafizah sudah berpindah ke rumah flat di Taman Melati 2 tapi dia

tidak tahu di mana.

“Aku terpaksa kerja Duan. Kau faham kan keadaan keluarga aku? Adik-adik aku

sekolah lagi. Nak harapkan siapa lagi, kalau bukan aku,” Perlahan suara Hafizah. Alunan

lagu di dalam dewan makan hampir menenggelamkan suaranya. Pandangan mata di

larikan ke sudu yang kilat di atas meja. Di ambil satu, di usap dengan jari.

“Jadi lepas habis sekolah, kau terus bekerja lah?” Tanya Duan lagi. Dalam hatinya

sudah berputik rasa kasihan mengenang keadaan sahabatnya yang berhempas pulas

123

Page 124: Sebab Dikau

membesarkan adik-adik.

Hafizah mengangguk. “Alhamdulillah. Nasib aku baik. Terfikir juga takkan nak

menyara keluarga aku dengan duit kerja pelayan ni. Jadi aku minta kerja dengan syarikat

Datuk Rosli. Pergi temuduga sekali, terus diterima.”

Duan mengangguk-anggukkan kepala tanda faham. “Err.. ayah kau macamana?”

Hafizah ketawa hambar. “Ayah aku? Dia pun dah mati juga, sebab dadah!”

Duan tersentak. Di tenung wajah Hafizah tepat-tepat. “Ayah kau penagih?”

“Ayah aku tu bukan saja mabuk dengan judi. Dia mula terpengaruh dengan

penagih dadah pula. Sejak tu keluarga aku yang sememangnya tunggang langgang terus

jadi porak poranda. Kami ni Duan, dah macam anak ayam mati emak, terkuntang kanting

tak ada pedoman. Aku terpaksa jadi ketua keluarga, kalau tidak entah jadi apa agaknya

adik-adik aku tu.” Sedih Hafizah mengenangkan nasib keluarga mereka tiga beradik.

Tapi Alhamdulillah sekarang semuanya sudah berjaya.

Lama Duan terdiam. Dalam hati terdetik perasaan bangga terhadap sahabatnya

Hafizah. Bukan calang-calang orang boleh berdikari dan membesarkan adik-adik tanpa

bantuan. Kalau tidak kuat semangat, senang hanyut. Boleh terpengaruh dengan alunan

dunia yang mengkhayalkan. “Adik-adik kau macamana sekarang? Hafizi dengan Hafifi

kan?”

Sebuah senyuman manis terukir dibibir Hafizah. Kenangan pahit mula hilang dari

sudut kenangan bila nama adik-adiknya disebut. Bangga sungguh dia dengan pencapaian

mereka. “Hafizi sekarang ni ambil engineering di UM, Hafifi pula di USM, bakal

doktor.”

Duan tersenyum. “Kau kuat semangat Pijot! Tak semua orang boleh buat apa

124

Page 125: Sebab Dikau

yang kau berjaya lakukan. Aku tahu masih banyak rahsia yang kau simpan dari aku, tapi

aku tetap bangga dengan kau. Bertuah siapa yang dapat kau! Aku juga bertuah mendapat

kau sebagai sahabat.” Tanpa berfikir panjang dia segera mencapai tangan Hafizah.

Digenggam kemas-kemas.

Hafizah tersentak. Matanya memandang tepat pada Duan.

“Ingat. Aku tetap kawan kau. Walaupun kita lama terpisah, aku tetap ingat kau.

Kau sudah jadi macam saudara aku sendiri. Kali ini kita jangan putus hubungan. Kalau

kau ada masalah dan kau perlukan pertolongan, jangan teragak-agak untuk telefon aku.

InsyaAllah aku dengan Ana akan cuba bantu kau seberapa daya kami.”

Hafizah terdiam mendengar kata-kata Duan. Hatinya tiba-tiba sayu, tidak tahu

bagaimana hendak menjawab. Mulutya tiba-tiba terkunci.

Walaupun dia terharu dengan sikap Duan, dia kekok. Tidak pernah seumur hidup

dia meminta bantuan atau menagih simpati dari orang lain kecuali dari keluarga Makcik

Farah yang dianggap seperti keluarga dia sendiri.

“Terima kasih Duan.” Hafizah melepaskan jari-jemarinya dari genggaman tangan

Duan. Dia malu sendiri. Memang dari sekolah lagi mereka sudah rapat.Bertepuk tampar

itu sudah lumrah tapi bila sudah berumur begini, apatah lagi Duan sudah berkeluarga, dia

rasa tidak manis dipegang begitu. Apatah lagi haram bersentuh dengan bukan mahram.

Duan tersengih-sengih ketika melepaskan pegangan tangan Hafizah. “Sorry. Tak

sengaja nak pegang tangan kau. Iyalah kadang-kadang aku ni lupa diri sikit.” Dia malu

sendiri.

Hafizah hanya tersenyum. Dia mengalihkan pandangan ke sekitar dewan.

Matanya berlari memandang tetamu yang sedang berbual sesama sendiri. Tiba-tiba

125

Page 126: Sebab Dikau

pandangan mata tertumpu kepada Iskandar. Mata bertemu mata. Lama. Hafizah menelan

air liur. Cepat-cepat dia memandang ke lain. Tujahan pandangan Iskandar tadi di rasakan

begitu tajam. Air muka jejaka itu begitu serius. Sukar bagi Hafizah untuk menafsirkan

maksud renungan Iskandar.

Tiba-tiba cahaya lampu yang terang di dalam dewan di malapkan. Suara

pengacara bergema meminta hadirin duduk di tempat masing-masing kerana acara makan

malam hendak dimulakan.

Iskandar terus berjalan menuju ke mejanya dan duduk di sebelah Hafizah. Dia

masih memandang tajam gadis yang kelihatan serba salah. Iskandar terus senyum ke arah

Duan. Dengan segera dia menghulurkan salam yang disambut segera oleh Duan.

Mulutnya ramah bertanyakan khabar. Hafizah di sebelah tidak diendahkan. Entah kenapa

dia geram melihatkan gadis itu rapat dengan Duan walaupun dia tahu yang mereka

berdua bersahabat baik sejak di bangku sekolah.

Hafizah membetulkan duduknya. Jantung berdegup kencang. Dia terasa berdebar-

debar. Masih terbayang renungan tajam Iskandar. Walaupun jejaka itu nampak mesra

berbual dengan Duan, Hafizah terasa setiap bait perkataan yang keluar dari mulut

Iskandar beralaskan ketegangan. Ah! Mungkin perasaan aku sahaja. Hafizah cuba

memujuk hati.

Bunyi muzik beralun rancak mengiringi ketibaan para pelayan yang menatang

dulang berisi appetizer sebagai pembuka selera. Malam itu mereka makan Chinese

course, bermakna ada lebih kurang lapan hidangan yang akan diletakkan di atas meja

mengikut giliran.

“Awak nak guna sudu dengan garpu, Fiza?”

126

Page 127: Sebab Dikau

“Er..?” Tergamam Hafizah mendengar soalan tiba-tiba dari Iskandar. “Tak apa

bos. Saya boleh guna chopstick.”

Iskandar mengangkat kening. “Boleh ke? Kalau tak boleh, saya minta satu set dari

waitress.”

Perasaan geram mula menular di dalam hati Hafizah. Apa? Ingat aku ni bodoh

sangat ke? Bertahun-tahun menjadi pelayan hotel, menyeduk lauk dengan sudu garpu

sebagai penyepit pun aku boleh.

“Tak apa bos. InsyaAllah bos tak ada yang kecah dan saya tak akan malukan

bos.” Mendatar sahaja bunyinya.

Iskandar diam tidak menjawab. Dia tahu dia telah menyebabkan gadis itu terasa

hati. Dia cuma memerhatikan Hafizah mengeluarkan dua batang chopsticks dari sarung

kertas dan di hentak perlahan di atas meja. Tapi, itu salah gadis itu sendiri. Dia rapat

dengan Ridhuan! Bentak hati Iskandar.

Mata Iskandar terus memerhatikan Hafizah yang cekap memusingkan cakera

besar untuk mengambil hirisan cili merah dan bawang putih di mangkuk kecil. Dengan

cekap dia mengambil bawang dan dimasukkan ke dalam piring kecil. Selesai, dia

mengambil teko kecil berisi kicap cair dan di tuang ke dalam piring berisi bawang.

Di pentas, lampu-lampu spotlights bersimpang siur mengikut alunan lagu yang

rancak. Sementara tetamu menghadap hidangan, mereka dihiburkan dengan dendangan

lagu dari penyanyi-penyanyi terkenal yang dijemput untuk memeriahkan majlis malam

itu.

“Bos nak bawang dengan kicap?” Soal Hafizah. Mukanya sengaja diselambakan.

Iskandar tiba-tiba ketawa melihat telatah Hafizah. Kau memang wanita yang

127

Page 128: Sebab Dikau

menakjubkan. Bibit-bibit cemburu yang bercambah di dalam hati terus mati. Dia terhibur

dengan gelagat Hafizah. “Its okay. Saya boleh ambil sendiri.”

Sepanjang makan malam, Iskandar memerhatikan gelagat Hafizah. Seperti orang

cina lagaknya. Pandai dia mencatu makanan yang melarat sehingga lapan jenis. Dari

pembuka selera sehingga pencuci mulut, semuanya dirasa. Tetamu yang lain sudah mula

bersandar apabila semangkuk besar nasi goreng di letakkan di atas meja. Tapi, tidak pada

Hafizah. Di cedok sesenduk masuk ke dalam mangkuknya dan dengan tertib makan

menggunakan penyepit.

“Amoi, duduk mana sikalang?” Iskandar berbisik mengusik Hafizah yang

mengunyah nasi goreng.

“Ampang lor.”

Iskandar ketawa. Jawapan yang tidak disangka-sangka keluar dari mulut Hafizah.

Duan yang duduk di hadapan hanya mengangkat kening. Tidak tahu cerita apa yang

membuatkan Iskandar ketawa besar dan Hafizah tersipu-sipu malu.

“Dahlah bos, orang tengok tu. Malu lah..”

“Awak yang buat lawak, siapa suruh,” jawab Iskandar setelah ketawanya reda.

Hafizah tersengih. “Ok, ok tak buat lawak lagi. Saya nak makan ni.”

“Berapa lama dah tak makan? Tengok orang semua dah tersandar kekenyangan,

awak ni masih lagi mengunyah.” Iskandar melirik ke arah tetamu-tetamu semeja yang

sudah mula perlahan makannya. Badannya di rapatkan ke arah Hafizah. Tidak mahu

berkongsi cerita dengan jiran-jiran semeja. Dia ingin privacy dengan Hafizah walaupun

dikelilingi hampir seribu tetamu di dalam dewan makan.

“Diaorang tu makan salah konsep bos. Chinese course ni bukan boleh makan

128

Page 129: Sebab Dikau

sekali hadap. Kena sikit-sikit macam rasa-rasa aje,” balas Hafizah. Mangkuk nasi di letak

di atas meja. Penyepit dibaringkan di atas mangkuk.

“Macam makan tapas lah ye?”

“Tapas tu apa bos? Tak pernah dengar lah.”

“Tapas tu makanan orang Sepanyol. Emm macam makan nasi padang. Pernah

makan nasi padang tak?” Eh, eh, bercerita pula aku pasal makanan.

“Emm.. yang lauknya penuh satu meja tu ke bos?” Soal Hafizah. Hanya mereka

berdua sahaja yang berborak, tetamu-tetamu semeja yang lain sedang menikmati

kemerduan suara Erra Fazira yang menyanyi di atas pentas.

“Yelah tu. Tapas ni macam tu juga, banyak lauk tapi tak makan dengan nasi.

Pinggannya kecil-kecil diisi dengan macam-macam hidangan. Ada hidangan laut, daging

dan sayur-sayuran. Tapi ,mereka banyak makan daging babi.”

“Eee.. geli lah bos. Apa ni cerita pasal daging babi pulak.” Potong Hafizah.

Dahinya berkerut mendengar perkataan daging babi.

Iskandar tersenyum. “Nak buat macamana. Memang babi tu makanan kegemaran

mereka. Kalau pergi supermarket diaorang, mesti penuh dengan pelbagai jenis daging

babi. Ada yang fresh dan ada yang disalai.”

“Bos dah pergi Sepanyol ke?” Soal Hafizah berminat. Alahai bertuahnya badan

kalau dapat melawat negara orang. Negara jiran yang paling dekat, Singapura pun

Hafizah tidak pernah jejak apatah lagi Sepanyol yang jauhnya beribu batu di benua lain.

“Pernah juga. Saya belajar di Nottingham England. Jadi bila cuti semester aje

mesti cari peluang backpacking ke negara-negara Eropah. Kalau student, murah nak pergi

berjalan sebab kami dapat student rate. Lagipun tidur di hostel di Eropah murah. Kalau

129

Page 130: Sebab Dikau

tak ada duit, tidur ajelah di stesen keretapi,” cerita Iskandar panjang lebar.

“Seronok ye bos, kalau dapat melawat negara orang macam tu. Beramai-ramai

backpacking. Bos dah melawat ke mana selama bos belajar di England dulu?” Hafizah

menopang dagu.

“Banyak tempat juga. Belanda, Perancis, Sepanyol, Itali, Austria, Switzerland,

Jerman, Greece, Rusia, Ukraine…”

“Banyak juga tempat yang bos dah pergi. Seronoknya.” Hafizah tersenyum.

“Ada lah sikit. Itu saja masa saya hendak berjalan-jalan melihat negara orang.

Sekarang ni bila dah bekerja, nak balik kampung pun tak sempat.”

“Excuse me sir, tea or coffee?” Perbualan mereka terhenti seketika apabila

pelayan tiba dengan dua jag panas di tangan.

“Kopi ye, er, Fiza?” Iskandar memandang Hafizah.

“Teh aje bos.” Balas Hafizah. Si pelayan segera menuangkan minuman yang

dikehendaki di dalam cawan masing-masing.

“Bos ada kampung lagi?” Soal Hafizah setelah pelayan berlalu bertanyakan

permintaan tetamu lain.

“Kampung saya di Ipoh, Perak”

Hafizah tersenyum meleret. “Oghang Perak rughapanye.”

Iskandar tersenyum. “Bukan Paghit, Ipoh aje,” balasnya dengan loghat Perak.

“Hafizah pulak orang mana?”

“Hmm.. saya memang anak jati Ampang, Selangor,” balas Hafizah lalu

tersenyum. “Dilahirkan, dibesarkan, disekolahkan dan mencari kerja di Lembah Klang

inilah.”

130

Page 131: Sebab Dikau

“Mak bapak memang asal di sini kah?”

“Em.. mak orang Perak juga, tapi kami sudah tidak ada saudara mara di sana.

Ayah saya memang orang Selangor, orang Klang,” balas Hafizah.

Iskandar terdiam. Dia terasa nada suara Hafizah sudah mula mendatar. Kenapa

ye? Tiap kali dia bertanya tentang ibu dan ayah, pasti dia terasa seperti menceroboh satu

rahsia besar gadis itu.

“Pernah balik Perak?” Perasaan ingin tahu semakin menggigit. Mahukah gadis ini

membuka tabir rahsianya? Walaupun sedikit.

“Pernah rasanya. Tapi masa tu saya kecil lagi.”

Alhamdulillah, ringan mulut Hafizah bercerita. “Rumah siapa di Perak tu?”

Iskandar bertanya lagi. Mungkin nasib menyebelahinya lagi.

“Rumah opah saya. Tapi sekali tu sahaja kami balik. Adik-adik langsung tidak

pernah balik ke Perak semenjak opah saya meninggal…” Terus Hafizah diam. Matanya

memandang ke arah pentah. Erra Fazira masih lagi ligat menyanyikan lagu. Lagu apa ye?

Dia sendiri tidak tahu tajuknya.

“Emm.. rugi awak tak ada kampung. Saya seronok juga balik Ipoh. Walaupun

bukanlah di kampung betul, tapi sesekali berkumpul dengan sepupu yang ramai boleh

buat dua pasukan bola sepak, memang seronok,” balas Iskandar. Dia sengaja menukar

haluan perbualan mereka bila di lihat Hafizah tidak selesa diajukan soalan-soalan

peribadi.

Hafizah senyum lagi. Dikerling Iskandar di sebelah. “Siapa kata duduk KL ni tak

seronok. Cakap sahaja apa nak, semua ada.”

“Hish! Awak mesti tak pernah terjun sungai, makan durian kat dusun lepas

131

Page 132: Sebab Dikau

semalaman menunggu buah gugur.”

“KL dulu tak sama dengan KL sekarang bos. Dulu, sungai Ampang tu bersih lagi,

jernih sangat. Kalau setakat gedebush dalam sungai tu apalah sangat. Kami ni bergayut

kat dahan jadi tarzan lagi,” Hafizah tersengih mengenang kisah zaman kanak-kanak.

Lega dia bila Iskandar tidak lagi bertanyakan tentang kampung, opah, ayah dan emak.

“Seronok kan bila ingat zaman kanak-kanak. Rasa nak balik ke zaman tu semula.

Tak payah susah-susah hati fikir nak kerja, penat badan cari duit. Dalam kepala ingat

asyik nak main sahaja,” ujar Iskandar. Terbayang zaman kanak-kanaknya yang penuh

dengan keriangan.

Hafizah tersenyum kelat.. walaupun Iskandar lebih tua, dia lebih dahulu

meninggalkan zaman kanak-kanak.

Keadaan mematangkan dirinya. Sedang rakan sebaya masih lagi berkejar-kejaran,

dia sudah duduk di belakang restoran mamak mengambil upah membasuh pinggan

mangkuk. Itulah pekerjaannya yang pertama.

Sejak hari dia mencangkung membenamkan tangan sehingga siku di dalam besen

berisi air sabun yang keruh warnanya, Hafizah tidak pernah berpaling lagi. Dari satu

perkerjaan ke satu perkerjaan dia buat untuk mencari duit lebih.

Sejak hari itu juga, segala biji guli yang pernah direbut bersama Hafizi, di campak

ke tanah. Tiada lagi permainan masak-masak bersama Linda, Rosnah dengan Hani.

Masak-masak bukan permainan tapi sudah menjadi realiti dan rutin

kehidupannya. Cemburu juga di hati bila dilihat rakan-rakan sepermainan berlarian ke

sana sini tapi Hafizah sudah bertekad, bermain tiada lagi di dalam kamus hidupnya.

Kalaulah kau tahu bos, kalaulah kau tahu…

132

Page 133: Sebab Dikau

14.

“Ada apa-apa ke kau dengan anak bos?” Hampir tersembur air limau ais yang

disedut Hafizah menerima soalan yang tiada kepala atau ekor dengan tiba-tiba.

Tangannya cepat-cepat mencapai kotak tisu lantas ditarik sehelai dan terus digunakan

untuk mengelap mulut.

Aishah hanya tersengih. Mukanya selamba memandang Hafizah. Jari kanannya

memainkan penyedut minuman di dalam gelas. Mereka sedang duduk makan nasi lemak

panas di sebuah warung di Kampung Baru, selepas habis kelas Al Quran.

“Hish kau ni Aishah, mana ada!” Hafizah menidakkan. Sengaja suaranya

ditinggikan sedikit menenggelamkan suasana bising di dalam warung ditambah pula

bunyi kenderaan yang bertali arus di situ. Suara pelayan menjerit memanggil pelanggan

turut menambahkan suasana hingar bingar di situ.

Memang sejak akhir-akhir ini hubungan dia dengan Iskandar semakin mesra.

Lelaki itu sudah tidak marah-marah lagi. Air mukanya sudah tidak sekeruh dahulu. Kak

Zaharah yang sudah kembali bertugas selepas hampir tiga bulan di dalam pantang juga

turut senang dengan kelakuan Iskandar.

“Apa pulak tidak adanya. Semua orang dalam ofis kata kau semakin rapat dengan

Iskandar. Alaa… dengan aku ni tak payahlah bersembunyi,” sengaja Aishah serkap

jarang. Manalah tahu betul. Dia tersengih-sengih lagi macam kerang busuk.

“Hubungan aku dengan Encik Iskandar macam biasa saja. Hubungan bos dengan

anak buah,” balas Hafizah. Inilah bahananya kalau terlalu baik dengan bos. Mengundang

fitnah dan gosip ofis pula.

Aishah tersengih lagi. Kalau betul Hafizah dengan Iskandar apa salahnya. Hafizah

133

Page 134: Sebab Dikau

perempuan paling baik dan bertanggungjawab yang dia pernah jumpa. Tabah

membesarkan adik-adik tanpa dibantu sesiapa. Susah nak cari wanita yang baik seperti

Hafizah sekarang ini. “Kalau ada apa salahnya.” Aishah tersenyum lagi. Sengaja ingin

mengusik.

“Lagipun aku dengar, minggu lepas keluar dinner sama-sama.” Aishah tersenyum

simpul lagi. Sengaja memerangkap.

“Mana kau tahu ni?” Aisey! Pecah rahsianya.

“Satu ofis tahu, korang keluar dinner. Nak rahsia dengan akulah tu konon! Wei

sahabat, ofis tu sekangkang kera aje besarnya. Sudahlah begitu, ramai pula tukang kepoh

dan suka bergosip,” balas Aishah ketawa. Sah! Memang sah, mereka keluar berdua.

“Tu official dinner aje yang aku kena pergi dengan Encik Iskandar.” Aduh!

Malunya kalau semua orang sudah tahu mereka keluar bersama. Walaupun bukannya

keluar bertemu janji!

“Mula-mula keluar pergi Sepang sama-sama, lepas tu keluar dinner pula. Lepas ni

apa? Dating kot?”

“Urusan kerja semuanya tu.”

“Mula-mula urusan kerja, lepas tu urusan hati? Peribadi?” Mengekek-ngekek

Aishah ketawa mengenakan Hafizah.

“Apalah kau ni Aishah, banyak sangat baca novel cerita melayu atau tengok

drama tv ni,” seloroh Hafizah. Ya Allah! Janganlah sahabatku ini salah anggap dengan

diriku. Hafizah menguis-nguis lebihan sambal dalam piring dengan sudu.

“Eh! Kadang-kadang cerita novel ke drama tv tu berdasarkan kisah benar tau!

Aku tahulah aku suka baca novel, kau janganlah menghina,” Aishah buat-buat merajuk.

134

Page 135: Sebab Dikau

Mulutnya yang mongel dimuncungkan. “Lagipun tak salah apa, kalau kau dan Encik

Iskandar tu suka sama suka.”

Hafizah tergelak. “Jangan marah lah kawan. Yang aku tengok sekarang banyak

cerita macam tu dalam tv. Bos bercinta dengan anak buah lah. Hubungan cinta satu ofis

lah. Macam tak berkembang minda!”

“Tapi tak salah kan. Tengoklah walaupun banyak rintangan selalunya hubungan

tu berjaya kan?” Aishah masih tidak mahu mengalah. Cinta tidak mengenal sesiapa, usia

ataupun warna kulit. Malahan definisi cinta itu juga terlalu luas. Allah ciptakan manusia

itu sempurna dan dianugerahkan perasaan untuk dicinta dan mencintai. Perasaan itu yang

membezakan insan dengan makhluk Tuhan yang lain.

“Itu cerita novel. Angan-angan penulis saja. Takkan sama dengan kehidupan yang

nyata.”

Aishah menegakkan duduk. Wajah rakannya di pandang tepat. “Kenapa pulak,

apa alasan kau? Perasaan hadir tanpa paksaan. Itu anugerah Allah pada manusia. Kalau

tidak mahu bercinta, berkasih sayang, bukan manusialah tu namanya.”

Hafizah menarik nafas. Aduh! Berfalsafah pula kawanku ini! “Cinta memang

indah tapi hidup kita ni tak seindah cerita novel. Kalau dalam cerita novel, hero dan

heroin itu gambaran penulis sahaja, ingin mengikut kehendak pembacanya. Mestilah

sama cantik sama padan, barulah pembaca berminat hendak membeli novel tu.” Hafizah

merenung Aishah. Mulutnya terkulum-kulum menahan ketawa melihat Aishah yang

terangguk-angguk.

“Kau tengok aku dengan Iskandar?”

Aishah mengetap bibir. “Kenapanya?”

135

Page 136: Sebab Dikau

“Macam langit dengan bumi, Timur dengan Barat cik Aishah oi! Manalah kena.

Kalau jual novel pun tak laku!” Terkekeh-kekeh Hafizah ketawa.

Aishah turut tersenyum. “Tak baik cakap merendah diri macam tu Hafizah. Kau

tu manis orangnya. Rupa paras tu cuma luaran sahaja, yang penting hati kita dan kalau

dah sama-sama jatuh hati, apa salahnya.”

Hafizah tersenyum. Naif lagi rupanya Aishah. “Bukan setakat rupa paras sahaja.

Harta tiada apatah lagi pelajaran yang tak seberapa macamana lah Encik Iskandar tu

nakkan aku,” sengaja Hafizah ingin mengenakan Aishah.

Tidak pernah dia lupa memanjatkan syukur kepada Allah atas segala

pemberianNya. Sebagai insan yang kerdil memang sepatutnya perasaan rendah diri itu

ada untuk mengingatkan diri atas kebesaran Allah yang Esa.

“Orang sekarang memanglah memandang rupa. Bukankah kita sebagai hamba

Allah sendiri suka benda yang cantik-cantik, begitu juga rupa paras.” Hafizah tersenyum

sinis. Tidak secubit pun dia merasa rendah diri tapi itulah kenyataan. Kalau seorang lelaki

mengatakan dia tidak memandang paras rupa. Itu semuanya dusta.

“Kau tanyalah mana-mana lelaki sekalipun. Mesti ada cita-cita hendakkan wanita

yang cantik, sedap mata memandang. Macam tu juga dengan kita kalau boleh hendakkan

lelaki yang menarik,” panjang lebar Hafizah bersyarah. Aishah hanya diam. Dia turut

tersenyum.

“Orang perempuan memanglah memandang hati, tapi orang lelaki suka

memandang rupa. Nampak tu,” Hafizah memuncungkan mulut ke arah pasangan lelaki

dan perempuan yang duduk tidak jauh dari mereka. Yang si gadis, cantik parasnya, putih

gebu kulitnya tapi sang pria, gelap kulitnya, badan besar. Kus semangat! Umpama tahi

136

Page 137: Sebab Dikau

cicak mereka berdua!

Terkekeh-kekeh Aishah ketawa. “Selamba aje kita berdua ni buat dosa kering.

Mungkin lelaki itu orang budiman atau duitnya banyak!” Dia masih tersenyum.

“Itulah aku kata tadi. Selalu kita nampak wanita cantik bergandingan dengan

lelaki yang tak berapa kacak tapi selalukah kita lihat lelaki kacak bergandingan dengan

perempuan yang kurang menyerlah kecantikannya? Banyak muslihat ni. Bukan mengata

tapi itulah kenyataan dan kita kena terima kenyataan itu,” balas Hafizah.

“Jadi apa kesimpulan dari perbincangan intelektual ini, prof?” Aishah mengusik.

“Kesimpulannya kita kena cari pasangan yang kurang lawa dari kita, tak perlu

yang kaya raya, beriman dan tulus hatinya, jadi dia akan sayang kita lebih,” balas Hafizah

berseloroh. “Jomlah.” Dan mereka bangkit meninggalkan restoran yang terkenal dengan

nasi lemaknya menuju ke perhentian bas.

***

“Yes! MDS sudah luluskan plan untuk projek perumahan kita!” Bersinar-sinar

mata Iskandar ketika mengkhabarkan berita baik pada Hafizah. Dia berdiri di hadapan

meja gadis itu sambil mengibar-ngibarkan kertas plan yang masih bergulung dengan

tangannya. Staf lain yang kebetulan ada di situ mengekek-ngekek ketawa melihat gelagat

anak bos besar mereka.

“Tahniah bos! Boleh belanja satu ofis makan tengahari,” giat Hafizah. Dia turut

gembira mendengar perkhabaran tersebut.

“Boleh, boleh apa salahnya. Awak arrange.Kita makan pizza tengahari ini. Satu

137

Page 138: Sebab Dikau

ofis. Dari penyambut tetamu sehingga ke bahagian teknikal. Kita makan, saya belanja!”

Iskandar terus masuk ke pejabat. Hatinya berbunga gembira. Projek perumahan di

Sepang adalah baby project nya. Dia yang menguruskan dari peringkat plan sehinggalah

ke akhirnya.

Hafizah diluar mencebik. “Dia yang hendak belanja, aku juga yang kena

uruskan.” Jarinya cepat membuka buku alamat mencari nombor kedai pizza yang

berdekatan.

Nasib baik dia sudah berpengalaman dan tahu berapa keping yang cukup untuk

seluruh isi syarikat yang kuat makan itu. Terutama di bahagian teknikal yang selalunya

tidak pernah kenyang dengan hanya dua hiris seorang.

“Fiza.” Suara Iskandar jelas terdengar dari intercom.

“Ya.”

“Awak jangan balik dulu petang ni. Saya nak belanja awak makan malam.”

“Hah? Tak apelah bos..” Biar betul dia ni. Hari tu keluar dinner dengan Iskandar,

habis kecoh satu ofis. Untung dia pandai mengelak mengatakan terpaksa pergi atas

urusan kerja, lagipun dia kenal pegawai di MDS. Sahabat semenjak di bangku sekolah.

Tapi jika dia menerima pelawaan Iskandar kali ini, alasan apa yang hendak diberi

sekiranya kawan-kawan bertanya?

“Jangan kata tidak. Saya dah buat tempahan di Cheremai Seafood. Awak kena

pergi juga. Itu arahan saya.” Talian dimatikan.

Hafizah mengeluh panjang. Dia terperangkap. Hendak ditolak, itu pelawaan

bosnya. Hendak diterima, nanti apa pula kata kawan-kawan disekeliling. Dengan lemah

dia menopang dagu. Matanya tiba-tiba bertembung dengan Aishah yang sedang berdiri

138

Page 139: Sebab Dikau

dekat mesin fotostat.

Aishah mengangkat kening beberapa kali. Senyum meleret di bibir. Hafizah

mendengus Ada sahaja perempuan ini. Dia segera mengangkat gagang telefon dan mula

mendail untuk membuat pesanan pizza.

“Bos ni, tak payahlah belanja saya kat restoran ni. Apa yang saya buat tu dah

memang kerja saya,” Hafizah masih lagi muncung, tak senang hati dengan pelawaan

Iskandar untuk makan malam di Cheremai Seafood yang terletak berhampiran dengan

jalan yang menghala ke Kajang.

“Apa salahnya. Awak dah banyak tolong saya. Kalau tidak awak kenal dengan

Duan tu, mesti susah syarikat kita hendak teruskan projek kita,” balas Iskandar. Dia

sudah mematikan enjin kereta dan membuka talipinggang keledar.

Hafizah turut menarik talipinggang keledar dan bersedia hendak keluar dari

kereta. “Kita bukan tidak ikut prosedur bos. Semua yang diminta kita tunaikan, jadi

peranan saya bukanlah besar sangat.” Pintu kereta dibuka.

Mereka berjalan beriringan masuk ke Cheremai Seafood. Walaupun restoran itu

agak tersorok, tapi ia popular kerana hidangan yang disediakan memang sedap dan

harganya agak berpatutan. Lagipun keadaan di dalam restoran tersebut memang

mendamaikan.

“Saya memang berniat hendak membelanja awak hari ni. Lagipun hari ni memang

istimewa buat saya dan saya hendak meraikan dengan orang yang paling dekat dengan

saya,” ujar Iskandar berteka-teki. Mereka duduk berdekatan dengan kolam. Sesekali

terdengar bunyi ungka bersahut-sahutan di hutan simpan berdekatan.

139

Page 140: Sebab Dikau

“Hari istimewa apa bos?” Hafizah bertanya.

“Tak apa, kita pesan makanan dulu, lepas tu saya cerita kat awak.” Iskandar

membuka menu yang dihulurkan pelayan perempuan yang setia menunggu. Setelah

pesanan dibuat, mereka segera menyerahkan menu kembali kepada pelayan tersebut.

“Ceritalah, apa yang istimewanya hari ini?” Hafizah ingin tahu. Wajah Iskandar

yang disirami cahaya samar dari lampu kecil ditenungnya.

“Harijadi saya,” balas Iskandar tersengih-sengih. “Hari ini harijadi saya. Tu sebab

saya gembira sangat bila kita diberitahu yang plan kita lulus dan saya belanja semua staf

makan pizza.”

“Alhamdulillah! Selamat Harijadi bos. Yang ke tiga puluh satu kan?” Hafizah

ketawa sambil bertepuk tangan. Tidak disangka hari ini harijadi bosnya. “Maaflah bos,

saya tak ada hadiah yang hendak diberikan. Kalau bos bagitahu awal-awal boleh saya

belikan hadiah harijadi.”

“Saya tak perlu hadiah harijadi. Awak terima pelawaan saya untuk meraikan

harijadi saya ni pun saya dah bersyukur sangat-sangat,” balas Iskandar lembut.

Entah kenapa dia begitu ghairah hendak meraikan harijadinya yang ke tiga puluh

satu bersama Hafizah. Dia tidak mahu orang lain walaupun ada kawan-kawan yang

menelefon mengajak keluar malam ini. Dia cuma hendak keluar makan dengan Hafizah

sahaja.

Sejak keluar dari kereta, dia sengaja mematikan telefon bimbitnya. Tidak mahu

dikacau. Dia tahu pasti ada kawan-kawan yang akan menelefon mengucapkan selamat

hari jadi buatnya. Dia tidak mahu diganggu malam ini.

“Apalah bos ni. Ada ke nak meraikan harijadi dengan saya. Hari-hari nampak

140

Page 141: Sebab Dikau

muka saya tak jemu ke bos? Kat ofis nampak, kat sini pun nampak,” Hafizah sengaja

mengusik Iskandar.

“Sebab saya suka awak, sebab awak ni manis orangnya. Mana saya nak rasa

jemu.” Iskandar sengaja mahu menduga gadis dihadapannya. Tadi galak sangat

memancing pujian. Nah! Sekarang ku beri.

Terkedu Hafizah mendengar kata-kata Iskandar. Biar betul dia ni. “Jangan macam

tu bos, kalau macam ni makwe bos boleh cemburu dengan saya. Teruk saya kena serang

nanti bos.” Hati, bersabarlah.

“Dah tak ada sesiapa lagi nak cemburukan saya Fiza. Saya ni apalah yang ada,

sampai makwe pun lari ikut lelaki lain.”

Hafizah kelu. Sedih sahaja nada suara Iskandar. Betul sedih atau pun buat-buat

sedih ni? “Bos mainkan saya ye? Takkanlah bos yang handsome macam ni pun girlfriend

lari. Kalau ye, ni mesti bos yang ada buat salah ni.” Sengaja dia ingin menduga.

Seketika pelayan kecil molek tadi kembali menatang dulang berisi dua gelas air

tembikai. Dengan senyuman dia meletakkan kedua-dua gelas di hadapan mereka. Selesai

tugasnya, dia terus berlalu.

Iskandar mencapai gelas tinggi berisi air tembikai dan mula menyedut isinya.

Manis dan enak rasanya. “Mana ada saya tipu awak. Betul, makwe saya dah lari. Kalau

tak mesti saya dah kahwin dengan dia.”

“Laa kasihan bos saya. Makwe lari rupanya. Hmm.. hari tu bos ada offer pada

saya, kali ni saya counter offer bos balik, berminat?” Hafizah sengaja buat lawak. Tidak

mahu suasana terlalu serius antara mereka berdua. Dia masih kekok berduaan dengan

Iskandar.

141

Page 142: Sebab Dikau

“Counter offer saya?”

“Carikan calon isteri buat bos. Berminat?”

Terbahak-bahak Iskandar mendengar usulan Hafizah. Dia teringat perbualan di

dalam kereta pulang dari Sepang tempohari. “Kalau saya kata saya tak terima tawaran

awak, amacam?” soalnya bila tawa semakin reda.

“Tak nak terima tak apa. Tawaran ini kira open tender, siapa-siapa boleh masuk.

Kalau bos tak berminat, mungkin orang lain berminat.” Hafizah buat muka selamba.

Seronok juga bila sudah rapat begini.

Mata Iskandar bersinar-sinar. Dia membongkokkan badan rapat ke meja seolah-

olah ingin berkonspirasi. Mata Hafizah ditatap dalam-dalam. “Saya tak kata saya tak

berminat, cuma saya tolak tawaran awak tu, ada tawaran lain?”

“Tawaran hanya ada satu. Nak tawaran lain kena tunggu tahun depan.” Hafizah

menjeling tajam. Ha nak mengusik lah tu!

“Apa kata saya pula buka tawaran untuk awak?”

“Tawaran apa?” Hafizah mengangkat kening.

“Awak jadi calon isteri saya.” Napkin di atas meja hinggap di muka Iskandar.

Terbahak-bahak dia ketawa sambil mengutip napkin yang jatuh ke riba.

“Malam-malam macam ni buat lawak! Sudah sudah lah tu ketawa, buat malu aje

orang tengok.” Tangan Hafizah laju mengipas-ngipas muka Iskandar. Minta dia diam.

Ketawa besarnya menarik perhatian pelanggan-pelanggan lain yang duduk

berdekatan. Mungkin tertanya-tanya, apa agaknya cerita dua sejoli sehingga sang teruna

ketawa besar.

Terkekeh-kekeh tawa Iskandar yang masih bersisa. Napkin yang dicampak

142

Page 143: Sebab Dikau

Hafizah digunakan untuk mengelap hujung mata yang basah. Bahunya masih lagi

terhinggut-hinggut.

Perbualan mereka terhenti apabila pelayan tiba membawa pesanan makanan

mereka dan disusun di atas meja.

“Oklah Fiza, kita makan dulu, lepas tu saya hantar awak balik,” Iskandar sudah

mengangkat sudu dan garpunya. Dengan bacaan bismillah, dia mencedok makanan di

dalam pinggan. Dia langsung tidak memandang wajah Hafizah tersipu malu yang masih

bersisa diusik Iskandar.

Dengan perlahan Iskandar memusing tombol pintu rumahnya. Hatinya diusik

pertanyaan. Tadi umi ada meninggalkan pesanan SMS suruh dia pulang ke rumah malam

ini tapi bila dia tiba sekembalinya menghantar Hafizah pulang, dia lihat rumah agam itu

sudah bergelap sedangkan jam baru menunjukkan pukul sepuluh setengah malam.

Takkanlah ayah dan umi sudah tidur? Mujur dia ada membawa kunci pendua.

Berkeriut bunyi pintu kayu nyatoh ditolak Iskandar. Tangannya pantas meraba

suis di tepi dinding. Sekonyong-konyong cahaya lampu menerangi ruang tamu rumah,

bergema jeritan surprise di ruang tamu.

Pantas Iskandar menekan dada. Fuh! Mujur dia masih muda dan keputusan

medical checkup nya bersih. Tidak ada penyakit jantung. Di pandang satu persatu wajah

ayah, umi dan Zulkarnain yang tersengih gelihati melihat reaksinya tersandar di muka

pintu.

“Zul!” Iskandar terjerit melihat adiknya berdiri di antara ayah dan umi sambil

memegang kek harijadi yang dihias lilin tiga puluh satu batang. “Bila balik?” Cepat-cepat

143

Page 144: Sebab Dikau

dia berjalan merapati Zulkarnain. Pantas bahu adiknya dirangkul.

“Op! Op! Jatuh kek ni karang. Orang balik petang tadi. Sengaja nak surprise kan

abang Is.” Terteleng-teleng kepala Zulkarnain untuk melihat kek chocolate banana yang

ditatang dengan tangan. Kalau jatuh, habislah terbang duit lima puluh ringgit keep the

change yang diberi kepada adik yang jual kek di kedai kek Secret Recipe.

“Mana abang pergi. Penat lah kitaorang tunggu kononnya nak meraikan harijadi

abang. Orang penat jet lag ni pun tak sempat nak berehat.” Mengomel Zulkarnain sambil

meletakkan kek di atas meja. Dato Rosli dan Datin Rahimah hanya tersenyum melihat

gelagat anak lelaki mereka berdua.

“Abang kerja lewat tadi. Terus pergi makan dengan kawan.” Iskandar menepuk-

nepuk bahu adiknya. “Wah! Makin bulat kau Zul! Seronok makan fish and chips dengan

kebab kat Glasgow ke?”

“Ok je, tapi rindu sangat dengan masakan umi. Umi jom ikut orang duduk

Scotland. Kita tinggal abang Is dengan ayah kat sini.” Zulkarnain mengenyit mata

memandang manja uminya yang sudah berdiri menyusun pinggan di atas meja makan.

Puan Rahimah menjuih mulut. "Hish! Tak ingin umi bersejuk kat Glasgow tu

semata-mata nak jadi kuli masakkan untuk kamu Zul!"

“Kalau dah anak bongsu tu bongsu juga. Manja tak tentu hala. Woi! Dah masuk

dua puluh enam tahun, belajar-belajarlah masak sendiri.” Iskandar mengusik adiknya.

“Hek eleh! Sedapnya bahasa. Orang kat sana pun bukan tak tahu berdikari tau.

Macam tak pernah duduk overseas. Dulu orang duduk kat London tu sorang juga tau,” si

adik yang suka membahasakan dirinya “orang” mencebik bibir.

“Alah, dua-dua sama manja. Abang Is pun nama aje ada kondo sendiri, duduk

144

Page 145: Sebab Dikau

rumah bujang, tiap-tiap hari makan malam di sini, tiap-tiap minggu, umi jugalah yang

buat laundry dia, kalau tak umi buat, semua baju kotor hantar kedai dobi,” Datin

Rahimah membuka rahsia. Tangannya masih lincah mengurus makanan di atas meja.

Iskandar hanya tersengih-sengih mendengar bebelan uminya. Walaupun dibebel

hatinya bahagia. Hari ini memanglah hari yang paling bahagia bagi dirinya.

Bukan sahaja plan sudah mendapat lampu hijau dari MDS, dapat pula makan

malam bersama Hafizah, ditambah pula dengan kehadiran adiknya yang pulang bercuti.

“Ayah!” Panggil Iskandar lembut.

Dato Rosli yang sedang menuangkan air oren ke dalam gelas mengangkat muka.

“Ada apa Is?”

“Plan projek Sepang sudah dapat approval.”

“Ayah tahu. Hafizah ada telefon ayah dari ofis tadi,” balas Dato Rosli. Seharian

dia tidak ada di ofis kerana bermesyuarat. Petang pula dia ke lapangan terbang

menjemput Zulkarnain.

“Congratulations! Finally your baby project is going to be materialised,”

Zulkarnain menepuk bahu abangnya. Dia tersenyum gembira. “Enough of that. Jom kita

celebrate your birthday dan makan kek. Orang dah lapar sangat dah ni.”

“Eh! Umi tak bagi dia ni makan ke umi?” Iskandar buat-buat bingung.

“Hmm tak bagi makan apanya. Sampai aje rumah terus mintak nasi. Kemaruk

dah. Habis dua pinggan. Tak jumpa sebutir nasi kat Glasgow tu agaknya,” balas uminya.

Di tarik kerusi sebuah untuk Iskandar duduk.

“Duduk Is, Zul, kita makan sama-sama. Ada macam-macam umi buat ni,” ajak

Dato Rosli menggamit anak-anak bujangnya.

145

Page 146: Sebab Dikau

“Kalau Is tahu umi susah-susah masak untuk Is, tak adalah Is keluar makan

dengan kawan tadi,” balas Iskandar sedikit terkilan melihat makanan bersusun di atas

meja.

“Umi nak bagi tahu tadi tapi Zul yang tak bagi.”

“Tak surprise lah kalau abang Is tahu.” Cepat-cepat Zulkarnain mencelah.

“Dahlah jom makan, lepas ni kita exercise, baru tidur. Tak adalah gemuk.”

“Alah kamu tu dah memang patutnya bersenam. Ayah tengok dah nak jadi tong

dram dah,” balas Dato Rosli. Zulkarnain hanya tersengih-sengih. Sesenduk meehoon

sudah dimasukkan ke dalam piring.

“Cepatlah nyalakan lilin ayah, kita nyanyi lagu Happy Birthday!”

“Tak menyempat dah dia tu. Apahal pulak nak nyanyi-nyanyi. Ayah, baca doa

makan aje lah. Tu cabut lilin-lilin tu semua. Budaya Yahudi tu semua tu!”

“Wah abang Is dah masuk tabligh ke? Tak sangka dah bertaubat sekarang.

Alhamdulillah!” Terkekeh-kekeh Zulkarnain menggiat.

Dengan selamba Iskandar menadah tangan dan membaca doa makan kuat-kuat

diaminkan oleh umi dan ayahnya. Hendak tak hendak, terpaksa Zulkarnain menurut. Dia

masih lagi tersengih-sengih macam kerang busuk. Gembira hatinya dapat makan dan

menyambut harijadi abangnya bersama-sama keluarga tercinta.

“Zul dah tenang ke sekarang?” Soal Iskandar apabila tinggal mereka berdua

menikmati kopi panas di beranda. Angin malam yang sepoi-sepoi bahasa mendinginkan

sedikit badannya yang melekit kepanasan.

Puan Rahimah dan Dato Rosli sudah masuk tidur. Sengaja membiarkan anak-anak

146

Page 147: Sebab Dikau

teruna mereka menghabiskan masa berbual. Mesti ada banyak cerita yang hendak

dikongsi berdua.

“Ok dah kot,” balas Zulkarnain ringkas. Cawan kopi diletakkan di atas meja kayu

berukir. Separuh sudah diminumnya.

“Macamana dengan study?”

“Tengah siapkan paper. Separuh dah siap. Sikit aje lagi. Orang ingat nak siapkan

kat sini lepas tu balik sana terus hantar.”

Iskandar bangun. Dia menyandar di palang besi. Nak tanya ke tidak. Hatinya

berbelah bagi. Ah! Redah aje lah. Jawab tak jawab itu belakang kira. Wajah Zulkarnain

di tenung dalam-dalam.

“Apa cerita Zuraidah?”

Zulkarnain tersenyum kelat. Oh! Abangku, mengapa soalan itu yang ditanya.

Luka dihati walaupun tidak kelihatan, masih lagi berbekas. Bukan mudah hendak

melupakan kekasih pertama. Kekasih yang diidam menjadi suri dalam rumahtangga.

Malang sungguh hajat tidak kesampaian.

“Rasanya dia dah bahagia bersama dengan suaminya kot,” akhirnya Zulkarnain

menjawab. Itu pun kedengaran acuh tidak acuh.

“Apa ceritanya Zul. Abang tak tahu pun kamu berdua bergaduh sampai putus

hubungan. Mulanya abang tidak mahu ambil tahu urusan kau, tapi teringin sangat nak

tahu cerita kau dengan Zuraidah.” Iskandar kembali ke kerusi. Cawan kopi yang masih

berasap nipis dicapai dan isinya dihirup perlahan.

“Umi tak cerita pada abang?”

“Tak ada pulak. Abang pun tak tanya dengan umi.”

147

Page 148: Sebab Dikau

Zulkarnain menarik nafas panjang. Kalau ikutkan hati malas dia hendak membuka

luka lama. Biar menjadi lipatan sejarah hidup tapi rasanya dia berhutang dengan Iskandar

sekiranya tidak diceritakan.

Lagipun Iskandar itulah satu-satunya adik beradik yang dia ada. Iskandar juga

sudah kenal dengan Zuraidah. “Panjang ceritanya bang, tak tahu nak mula dari mana.”

“Tak payah panjang-panjang. Cerita sahaja apa yang tak kena.” Bahu Zulkarnain

ditepuk.

“Abang pun tahukan kami ni selalu sangat bertengkar. Ada sahaja yang tidak

kena. Tapi biasanya tak adalah melarat sangat. Marah pun tak pernah panjang,”

Zulkarnain memulakan cerita.

“Entah macam mana akhir-akhir tu, hubungan kami jadi hambar. Apa saja yang

orang buat, tak kena di mata dia. Dia pulak tak nak bagitau apa salahnya. Cuma merajuk

sahaja. Penat juga orang nak memujuk dia.”

Iskandar mengangguk. Persis sikap Nurul Huda. Sampai sekarang dia tidak tahu

apa salahnya sehingga si gadis merajuk hati dan berubah kasih.

“Akhirnya orang dapat berita dia baik dengan sorang mamat ni. Bila orang tanya

dia kata mamat tu kawan saja. Orang ingat betullah mereka tu kawan aje. Lagi pun tak

naklah mengongkong dia lebih lebih.. Eh! Alih-alih Zuraidah mintak putus, nak kahwin

dengan mamat tu pulak. Mana tak terbakar hati orang ni bang.”

“Ikut hati nak juga panggil geng, pukul mamat ni ramai-ramai tapi tak gentleman

lah buat perangai bodoh tu. Orang tanya Zu apa masalahnya tapi dia buat tak tahu aje.

Memang perempuan jenis macam tu kot.” Naik marah Zulkarnain bila dikenang kembali

sikap Zuridah padanya.

148

Page 149: Sebab Dikau

“Kau kenal ke mamat tu?”

“Katanya anak Tan Sri. Entahlah bang, orang dah tak nak ambil tahu. Niat orang

ikhlas kawan dengan Zu, tapi dia tu mungkin ada niat lain.” Zulkarnain mengusap dagu

yang ditumbuhi janggut nipis.

“Dia dah bahagia, kau macamana? Dah ok ke sekarang Zul?” Tanya Iskandar

inginkan kepastian. Sakit hati di bawa ke Scotland, harap tidaklah melarat. Tengok badan

pula macam orang senang hati. Makin naik.

“Ok dah bang. Kat Glasgow, orang jumpa kawan baik Zuridah. Melor. Dia pun

ambil Masters juga. Terperanjat bila orang cerita kat dia yang orang dah putus dengan

Zu. Dia kata dia tak tahu Zu dah nikah dengan orang lain.”

Hish! Lain macam aje bunyinya ni. “Habis tu, kau sekarang ni dah ada pengganti

ke?” Iskandar serkap jarang.

Tersengih-sengih Zulkarnain mendengar pertanyaan Iskandar. “Hehehe.. tengah

kawan-kawan baru ni bang. Slow slow, tak nak pisang berbuah dua kali.”

“Ha! Dengan siapa pulak.?” Hish! Budak ni, senang pulak dia jatuh cinta. Tak

sampai berapa bulan putus dengan Zuraidah, sudah dapat pegganti!

“Tengah kawan dengan Melor pulak ni. Dia pun nampak baik and caring towards

me. Mungkin dia pun sukakan orang kot,” balas Zulkarnain.

“Baik-baik kawan dengan anak dara orang. Jangan kau pulak sakitkan hati dia,”

nasihat Iskandar pada adiknya yang masih lagi tersenyum simpul. Mereka diam sebentar.

Masing-masing merenung cawan kopi. Fikiran menerawang entah ke mana.

“Ha, abang pulak macamana sekarang? Tadi keluar dinner dengan kak Nurul ke?

Dia sihat ke? Lama tak dengar berita dari kak Nurul, apa khabar dia sekarang?” Bertalu-

149

Page 150: Sebab Dikau

talu soalan keluar dari mulut Zulkarnain, menukar haluan bicara. Matanya kini tertumpu

pada Iskandar yang masih lagi termenung jauh.

Iskandar mengangkat kening. “Kalau abang bagi tau kau yang abang dah putus

dengan kak Nurul, amacam?”

“Abang jangan main-main. Ni kes besar. Umi dah rancang nak buat kenduri kat

tiga hotel tau!” Zulkarnain membulatkan mata. Weh! Umi dan ayah dah memang

mengharap sangat Iskandar berkahwin dengan Nurul Huda. Mereka berkenan sangat

dengan anak Dato Ibrahim tu.

“Ha ah.. betul, abang dah putus dengan kak Nurul. Dia yang minta putus. Macam

kes kau dengan Zuraidah lah,” selamba sahaja kedengaran suara Iskandar cuba

menyembunyikan hati yang masih lagi sugul mengenangkan perpisahan dia dengan Nurul

Huda.

“Bila?”

“Dah dekat lima bulan.”

“Abang tak bagi tau dengan umi dan ayah?”

“Nantilah. Bila masanya sesuai.”

“Nak tunggu bila? Setahun?” Marah pula Zulkarnain melihat sikap sambil lewa

Iskandar.

“Abang tak tahu macamana nak cerita dengan ayah dan umi. Tak sampai hati nak

beritahu mereka,” keluh Iskandar. "Lagipun aku bukan macam kau, seminggu mengurung

diri dalam bilik. Mahu tak bimbang ayah dengan umi!"

“Alaa tu kes orang. Sekarang ni kes abang pulak. Abang cakap aje dengan ayah

dengan umi, diaorang tu mesti faham. Atau abang nak orang tolong beritahu.”

150

Page 151: Sebab Dikau

“Hush! Budak ni. Tak payah, nanti abang bagitahulah sendiri.”

“Hmm.. habis tu, abang dah jumpa pengganti kak Nurul?” Zulkarnain serkap

jarang.

“Pengganti?”

“Jangan buat-buat tak faham. Dah lima bulan takkan tak jumpa seorang yang

berkenan di hati. Lagipun tadi kan keluar dinner, dengan “kawan”,” meleret kembali

senyuman Zulkarnain.

“Kawan sajalah. Budak pejabat. Bukannya ada apa-apa,” Berdebar hatinya bila

digiat Zulkarnain. Iya kah kawan?

“Kawan dulu, lepas tu kekasih lepas tu jadi suri sehidup semati. Hah! Baik-baik

kawan dengan anak dara orang,” Zulkarnain sengaja pulang paku buah keras.

“Ewah-ewah, sedapnya mengata kita. Kau tu yang kena jaga anak dara orang.

Ambik kawan baik bekas girlfriend lagi, tak malu!” Iskandar mengenakan Zulkarnain.

Adiknya hanya tersengih-sengih menahan malu. Padan muka aku. Tapi aku sudah

mula sayangkan Melor. Alahai Melor. Klasik namun harum sungguh namamu, secantik

orangnya, selembut kelopak, kulitmu. Akan kujaga kau sehingga akhir hayatku!

“Hoi! Berangan pulak!” Iskandar menepuk bahu Zulkarnain dan ketawa mereka

berderai.

151

Page 152: Sebab Dikau

15.

“Woi Pijot!” Termengah-mengah Ridhuan berlari mengejar Hafizah. Dia baru

turun dari bas Leng Seng bila dia terlihat gadis itu berjalan laju dengan Rokiah.

‘Woi!” Panggilnya lagi. “Tunggu aku lah!”

Hafizah dan Rokiah menghentikan langkah mereka. Dua-dua menyeringai

gelihati melihat Ridhuan berlari-lari sambil beg hijau ala-ala askar terbuai kiri dan

kanan. Macam biasa isinya buku tidak sampai lima naskah.

“Apahal kau ni? Macam kena kejar hantu aje?” Jerkah Rokiah. Dia bercekak

pinggang.

Walaupun tidak berapa penat berlari, Ridhuan sengaja menokok tambah

lakonannya. Dia menjelir lidah seolah-olah anjing kepenatan. “Korang ni, kalau ye pun

tunggulah aku.” Rajuknya.

Rokiah mencebik bibir. “Tulah, tak rajin exercise. Baru lari sikit mengahnya

macam orang kerja ladang satu hari. Apa kau nak?”Hafizah yang disebelahnya hanya

tersengih macam kerang busuk. Dibiarkan rakan-rakannya usik mengusik.

“Haa… aku ada berita baik untuk sahabat kita ini.” Ridhuan berteka teki.

Matanya menjeling ke arah Hafizah.

Bertambah lebar senyuman Hafizah mendengar kata-kata Ridhuan.“Berita baik

untuk aku? Kenapa? Aku menang loteri ke? Hei Kiah! Kau ada beli loteri minggu lepas

ke?” Kecap kecup bunyi mulutnya bercakap sambil mengunyah chewing gum. Hafizah

menyenggol rusuk kiri Rokiah. Rokiah terlompat kecil sambil ketawa.

“Ha.. ceritalah mamat oi! Apa berita baiknya?” soal Rokiah. Dia menginjak ke

tepi sedikit membeli laluan kepada segerombolan pelajar lelaki yang ketawa dan

152

Page 153: Sebab Dikau

bergurau sesama sendiri. Matanya galak memerhatikan pelajar-pelajar lelaki itu.

Mulutnya sengaja menguntum senyum. Mengurat.

“Hoi! Mengurat ke?” Hafizah berbisik sambil mencubit lengan sahabatnya. Dia

mengekek ketawa, membiarkan si Ridhuan terkial-kial mengeluarkan sesuatu dari beg

sekolahnya.

“Bukan mengurat nak buat lakilah. Saja tengok keindahan ciptaan Tuhan. Tapi,

mana tahukan kot ada yang sangkut,” balas Rokiah. Dia masih lagi tersenyum simpul.

Dia mengenyit mata pada mereka yang membalas senyumannya. Alaa.. bebudak

sekolah bukan boleh harap. Haprak aje yang lebih. Saja buat teman ketawa bolehlah

Lebih dari itu, boleh jalanlah!

“Woi minah minah berdua! Ni nak mengurat ke nak dengar cerita aku ni!”

Marah si Ridhuan. Dia bercekak pinggang merenung Hafizah dan Rokiah silih berganti.

Kurang asam punya perempuan. Kawan-kawan aku yang diuratnya. Aku disebelah ni

langsung tidak dipandang sebelah mata pun!

“Yalah, yalah! Mamat seorang ni macam orang KKS. Kurang kasih sayang.

Asyik nak menagih cinta aku je. Tak maluke?” Jerkah Rokiah mengusik. Dia tahu

perangai Hafizah dan Ridhuan. Kasar macam dia juga. Kalau rakan-rakan yang lain,,

sudah tentu tidak dapat menerima gurauannya itu.

“Aku tak nak cerita banyak, cuma nak serahkan ini saja.” Ridhuan menyerahkan

sampul surat berwarna merah jambu kepada Hafizah.

“Laa.. mamat bunga mana yang suruh kau bagi surat cinta kat Pijot ni?”

Berkerut dahi Rokiah. Bahu Ridhuan ditujah dengan jari.

“Hek eleh! Jeles la tu, kau tak dapat surat cinta,” Ridhuan mengajuk.

153

Page 154: Sebab Dikau

“Tolong sikit ye. Aku ni tak mainlah bercinta dengan budak-budak sekolah. Apa

kelas!”

Hafizah hanya tersengih. Tak sangka budak nakal macam dia pun ada peminat.

Hatinya berbunga kembang. Tinggi jugak saham aku ye! Dia perasan sendiri.

“Cakap la Duan, sapa bagi surat ni?” Hafizah bertanya. Sampul yang belum

dibukanya dibelek dengan cermat.

“Kau nak tahu, kau bukaklah. Aku tak nak lah pecah rahsia depan minah kepoh

ni,” jawab Ridhuan. Mulutnya dijuih ke arah Rokiah yang masih lagi masam mencuka.

“Kau nak bukak sekarang ke Pijot?” Tanya Rokiah. Dia tidak memperdulikan

Ridhuan yang tersengih kegembiraan kerana berjaya mengusiknya. Jaga kau Duan. Satu

hari nanti kau mesti terlopong kalau aku kahwin dengan orang berada. Baru kau tahu

siapa Rokiah yang sebenarnya!

“Nantilah kot,” balas Hafizah.

“Apasal? Kau nak jiwang-jiwang juga baca surat dari peminat kau tu?” Rokiah

mencuit lengan Hafizah.

Pantas Hafizah mencubit lengan Rokiah pula sehingga sahabatnya itu terjerit

sakit. “Kau lagi tak malu nak baca surat orang.”

Rokiah dan Ridhuan tersengih-sengih. “Jomlah nanti kita lambat masuk. Aku tak

nak jadi kuli kutip sampah hari ni,” Hafizah menarik lengan Rokiah. Surat bersampul

merah jambu disisip di dalam beg sekolah.

Apalah malang nasib mereka hari itu. Walaupun tidak ditahan pengawas yang

setia menjaga pintu pagar, Cikgu Rahim membuat spot check pula hari itu.Di arahkan

semua pelajar tingkatan lima beratur di atas padang tarmac.

154

Page 155: Sebab Dikau

Pelajar-pelajar tingkatan lain ada yang tersenyum mengejek melihat pelajar-

pelajar senior terkulat-kulat menunggu arahan selepas masa perhimpunan. Ada juga

yang menadah tangan ke langit seolah-olah berdoa syukur terlepas dari bala Cikgu

Rahim.

Dekat tiga ratus pelajar tingkatan lima merungut-rungut apabila diarahkan

berdiri di bawah sinaran pagi yang mula memanaskan bumi. Hangatan dari padang

tarmac menyebabkan sesetengah pelajar berpeluh-peluh, bercampur pula dengan resah

menunggu hukuman dari Cikgu Rahim dan konco-konco pengawas yang seramai lima

puluh orang. Pengawas yang berada dalam tingkatan lima kelihatan relaks berlainan

pula dengan mereka yang junior agak kecut juga terpaksa berhadapan dengan senior

mereka.

Kelihatan beberapa pelajar-pelajar nakal yang mula menunjukkan buku lima

masing-masing tanda ugutan sekiranya ada pengawas yang berlagak mahu mengambil

hati Cikgu Rahim.

“Apalah Cikgu Rahim ni. Asyik nak buat spot check aje, dah tak ada kerja lain

agaknya,” rungut Rokiah yang sibuk mengorek sesuatu dari dalam beg sekolahnya. “Ah!

Jumpa pun.” Rokiah mengeluarkan pemotong kuku dan mula memotong kuku jari yang

panjang. Penat-penat simpan, akhirnya kena potong juga, dia merungut dalam hati.

“Elok juga dia buat spot check, lepas kita satu subject,” balas Hafizah tersengih.

Dia kelihatan bersahaja. Dia tidak risau kerana dia tidak menyimpan kuku panjang

seperti Rokiah. Baju sekolah pun tidak lah rock sangat.Tak ada conteng-conteng nama

kumpulan muzik yang jadi kegilaan kawan-kawan sekolahnya macam Search, Wings,

Guns N Roses, Metallica ataupun Jon Bon Jovi. Pisau, gunting, rokok, pemetik api, dia

155

Page 156: Sebab Dikau

tidak pernah bawa ataupun disimpan di dalam beg sekolah.

“Yang perempuan buat satu barisan di sebelah kiri padang, yang lelaki di

sebelah kanan,” bergema suara Cikgu Rahim keluar dari pembesar suara.

“Sebelah kiri siapa ni cikgu? Kitaorang ke cikgu?!” Terdengar satu jeritan dari

kelompok pelajar-pelajar lelaki di belakang diiringi hilai ketawa dari rakan-rakan yang

lain.

“Sebelah kanan kamu!” Cikgru Rahim memberi arahan. Dia yang berdiri di atas

podium terteleng-teleng mencari si empunya suara. Berani betul budak-budak sekarang,

rungutnya dalam hati. Cikgu Latifah yang membantu Cikgu Rahim sudah sedia untuk

memulakan tugas tidak rasminya.

Cikgu Latifah yang juga digelar Singa Betina Tua oleh pelajar-pelajar sekolah

ditugaskan memeriksa pelajar-pelajar perempuan dan sudah sedia memberi arahan

kepada pengawas-pengawas perempuan. Seperti yang diarahkan, pelajar-pelajar

membuat dua barisan. Setelah siap mereka bergerak ke arah sekumpulan pengawas

seperti itik pulang petang.

“Diaorang ni di beri gaji nak jadi polis sekolah, bukan untuk mengajar kita

agaknya,” Rokiah masih lagi membebel walaupun kakinya sudah bergerak perlahan

mengikut barisan.

“Jangan marah kawan. Kang kau pun jadi macam si Singa Betina Tua tu,” pujuk

Hafizah. Mulutnya dijuihkan ke arah Cikgu Latifah yang membuat spot check terperinci

ke atas pelajar-pelajar perempuan. Satu-satu pelajar di periksa. Dari kuku, kain, stokin,

rambut, semua di telek. Bukan setakat itu sahaja, beg pelajar pun selongkar juga.

“Tengok kuku.” Keras arahan yang keluar dari mulut Cikgu Latifah apabila tiba

156

Page 157: Sebab Dikau

giliran Hafizah. Rokiah yang sudah diperiksa dan lepas dari di tahan, tersengih-sengih

menunggu sahabatnya di tepi koridor.

Hafizah menghulurkan tangan menunjukkan kuku jari yang sudah pendek.

“Angkat kain.” Hujung kain diangkat menunjukkan stokin yang sudah kusam

warnanya dan sepatu yang masih lagi putih. Untung semalam tidak hujan, bisik Hafizah

di dalam hati.

Puas dengan penampilan Hafizah, Cikgu Latifah meminta Hafizah berpusing.

Seorang pengawas perempuan menarik-narik rambut Hafizah. “Tak ada ekor lah cikgu,”

dengan sinis Hafizah berkata.

Cikgu Latifah tidak berkata apa, mukanya masam memandang wajah Hafizah.

Puas hati apabila tidak berjumpa dengan rambut yang terlebih dia menyuruh Hafizah

membuka begnya pula. Seorang lagi pengawas perempuan yang agak besar badannya

segera menyelongkar beg Hafizah. Tiada barang-barang tajam yang ditemui di dalam

beg.

“Ok cikgu,” katanya pada Cikgu Latifah.

Wanita itu menganggukkan kepala. “Tutup beg tu,” suruhnya pada Hafizah.

Cepat-cepat Hafizah menutup begnya. Sedang dia mengancingkan begnya, surat

bersampul merah jambu yang disisip melayang keluar dan jatuh betul-betul di atas kaki

Cikgu Latifah. Alamak!

“Apa ni?!” Jerkah wanita itu dan terus tunduk mengutip sampul surat. “Oh!

Surat cinta ye.” Matanya terjegil memandang gadis yang berdiri terkulat-kulat di

hadapannya.

Alamak! Habis aku! Hafizah betul-betul lupa tentang surat yang diberi Ridhuan

157

Page 158: Sebab Dikau

tadi. Dia tidak ingat hendak menyorokkan surat itu di dalam buku. Rokiah yang setia

menunggu di tepi koridor sudah menepuk dahi. Habislah kau Hafizah!

“Wah! Tak habis sekolah lagi sudah pandai bercinta ya,” ejek Cikgu Latifah.

Kalau kesalahan lain macam rambut panjang, pakai stoking berbelang dia boleh terima

tapi pantang betul dia bila budak-budak sekolah tidak habis belajar sudah pandai

bercinta. Gatal sungguh hendak berlaki, agaknya, rungut Cikgu Latifah di dalam hati.

Pengawas-pengawas perempuan yang bertugas hanya terkulum-kulum menahan

senyum melihat muka Cikgu Latifah yang sudah berubah ronanya. Siaplah kau kena

dengan Si Singa Betina Tua ni. Hafizah buat-buat tidak faham. Muka Cikgu Latifah

dipandang dengan dengan selamba menambahkan lagi kemarahan cikgu itu. Hai lah

cikgu sayang, itu sebab lah cikgu tak kahwin sampai sekarang. Garang sangat, ejeknya

di dalam hati.

“Berdiri di situ!” Cikgu Latifah mengarahkan Hafizah berdiri di tepi bersama-

sama mereka yang ditahan kerana pelbagai kesalahan. Muka masing-masing ada yang

monyok ada yang menahan geram.

“Awak semua periksa yang lain. Bukan setakat barang tajam saja, cari juga

kalau ada surat-surat cinta macam yang ini,” Cikgu Latifah memberi arahan kepada

pengawas di situ. Sampul surat dikibar sebagai contoh.

Dengan pantas Cikgu Latifah mengoyakkan tepi sampul merah jambu yang belum

dibuka. Isinya dikeluarkan dan dibaca dengan laju. Dia tersenyum sinis.

“Amboi-amboi, bukan main lagi dia ye. Tunggu sajalah di sini, tau lah saya nak

buat dengan awak ni,” Cikgu Latifah segera meninggalkan pengawas-pengawas

perempuan menjalankan kerja mereka. Dia berjalan menuju ke arah Cikgu Rahim lalu

158

Page 159: Sebab Dikau

menunjukkan surat tersebut.

Hafizah mengiringi langkah Cikgu Latifah dengan perasaan yang geram. Dia

berpaling ke arah kumpulan pengawas yang berdiri tidak jauh darinya.Matanya

tertumpu pada salah seorang dari mereka.

“Psst..psst gemuk!” Hafizah mendorongkan badan ke depan. Hatinya panas

memandang pengawas perempuan yang besar badannya. Pasal kau lah aku kena tahan!

Tak guna punya perempuan! “Woi! Aku panggil kaulah!”

“Hei Pijot. Kau jangan panggil orang ikut sedap mulut mak bapak kau, tau!” Si

Pengawas yang dipanggil Gemuk oleh Hafizah memandang geram.

“Jaga kau! Sebab kaulah aku kena tahan. Oh! Nak ambik hati si Singa Betina tu

ye. Mentang-mentang kau pakai baju biru, ingat kuasa kau tu besar sangat ke? Eh,

Gemuk! Kuasa kau dalam pagar ni aje tau. Kat luar pagar sekolah ni, warna baju kau tu

tak ada makna, kau tau tak?”

Si Pengawas yang dibahasakan Hafizah buat-buat tidak endah saja tapi mukanya

masam mencuka. Kurang asam kau Pijot! Kau panggil aku gemuk! Hah! Duduklah kau

kat situ. Tunggulah apa si Singa Betina Tua itu akan buat kat kau! Baru kau tahu langit

tu tinggi ke rendah!

Dia terus menjalankan tugasnya menyelongkar beg pelajar-pelajar perempuan

yang berbaris menunggu giliran.Terpinga-pinga pelajar perempuan yang lain melihat

gelagat mereka berdua. Ada yang berkerut dahi rasa tidak puas hati dengan pengawas

yang menyelongkar beg mereka dengan kasar, ada juga yang tersenyum sinis mejadi

pemerhati "drama" pergaduhan Hafizah dengan pengawas berbadan besar itu.

Sakit hati Hafizah dengan perangai si Gemuk. Oh! Tiru taktik aku lah tu. Buat

159

Page 160: Sebab Dikau

bodoh aje.. ke kau dah takut dengan gertak aku, Gemuk

“Oi Gemuk! Kau ingat aku takut dengan saiz badan kau yang gedempol tu?

Sekali aku belasah, berdarah hidung kau!” Sengaja Hafizah menaikkan darah si

Pengawas.

Rakan-rakan yang lain sudah mula memberi isyarat kepada pengawas berbadan

besar supaya tidak endahkan ugutan Hafizah tapi sang pengawas yang sudah mendidih

darahnya, tidak boleh berdiam diri lagi.

“Oi Pijot, sekali lagi aku dengar kau panggil aku gemuk, aku bagitau Cikgu

Latifah” dia mengugut pulak.

Hafizah tergelak besar. “Laa.. popular jugak aku ni. Tak macam kau. Biasalah

kan orang terkenal, semua tahu nama aku, aku je yang tak kenal orang bawahan macam

kau, kuli cabuk Cikgu Rahim dengan Singa Betina. Sebab aku tak kenal kaulah, aku

panggil kau Gemuk!” Ejek Hafizah lagi.

“Sudahlah tu Lin! Jangan dilayan, nanti kau jugak yang penat. Tunggu ajelah

Cikgu Latifah dengan Cikgu Rahim hukum dia,” seorang pengawas perempuan cuba

memujuk hati si pengawas yang dikata Hafizah.

“Geram aku dengan perempuan gila ni!” Balas pengawas bernama Lin

memandang rakannya.

“Relakslah, nanti kenalah dia. Lepas tu kita ketawakan dia,” rakannya masih lagi

memujuk. Hafizah dijeling tajam.

Hafizah buat-buat tidak nampak. Hatinya puas dapat menaikkan darah Lin

Gemuk. Dia memberi isyarat pada Rokiah yang setia menunggu supaya masuk ke kelas.

Rokiah menurut dan terus berlalu masuk ke kelas.

160

Page 161: Sebab Dikau

Penat berdiri, Hafizah duduk mencangkung. Beberapa pelajar perempuan yang

ditahan turut mencangkung. Dari lima orang, kumpulan mereka bertambah menjadi

sepuluh ahli. Ada yang terjuntai ekor di rambut, ada yang berkuku panjang dan ada yang

memakai stokin berwarna-warni. Semua alasan tidak munasabah, gerutu hati Hafizah.

Apabila kumpulan sudah besar, mulalah mereka berborak sesama sendiri. Topik

utama, sudah pasti meluahkan rasa tidak puas hati ditahan oleh Cikgu Latifah dan Cikgu

Rahim kerana kesalahan-kesalahan kecil. Dekat setengah jam duduk menunggu, mereka

dikumpulkan dengan pelajar-pelajar lelaki yang ditahan dan mengadap Cikgu Rahim

yang sudah memegang mikrofon.

“Ok, hari ni tidak ada denda kutip sampah pada pesalah-pesalah sebab saya rasa

denda tu dah lapok,” bergema suara Cikgu Rahim menggunakan mikrofon. Pelajar-

pelajar yang ditahan bertepuk tangan. Sengaja hendak menyakitkan hati cikgu mereka.

Cikgu Rahim buat tidak endah. Dia sudah biasa dengan perangai pelajar-pelajar

nakal sekolah itu. Dipandang seorang demi seorang pelajar-pelajar yang telah

melakukan kesalahan melanggar undang-undang sekolah.

“Siapa yang rambut panjang dan ada ekor akan dapat servis gunting rambut

percuma. Yang kuku panjang pun dapat servis percuma. Yang stokin warna warni, hari

ni masuk kelas tak payah pakai stokin.”Kata-kata cikgu Rahim disambut oleh sorakan

pelajar-pelajar yang degil.

Dengan isyarat, Cikgu Rahim menyuruh pengawas-pengawas sekolah mengambil

tempat masing-masing. Bersenjatakan gunting dengan pemotong kuku, pengawas-

pengawas menyusun kerusi dan berdiri di belakangnya. Ada yang takut-takut, ada yang

tersengih-sengih bersedia menjadi tukang gunting dan pemotong kuku.

161

Page 162: Sebab Dikau

“Sebelum saya suruh pengawas-pengawas memulakan tugas masing-masing,

saya nak bagi sedikit hiburan. Iyalah kan, bosan juga duduk tunggu gunting rambut ni,”

ujar Cikgu Rahim berteka-teki.

“Hiburan apa cikgu?!” Jerit satu suara dari tingkat tiga. Cikgu Rahim

memandang ke atas. Rupa-rupanya ramai pelajar-pelajar yang menunggu pertukaran

masa duduk bersidai di koridor hendak melihat hukuman yang bakal diterima oleh

pesalah-pesalah sekolah.

Cikgu Rahim tersengih. Tak apa. Kali ini dia tidak marah. Nak tengok-tengoklah.

Moga-moga jadi pengajaran kepada pelajar-pelajar yang lain supaya tidak mengambil

mudah undang-undang sekolah menengah.“Ha! Apa kata kita dengar drama, nak tak?

Drama cinta!” Cikgu Rahim tersengih.

Soalan itu dijawab dengan pekikan “hendak!” dari pelajar-pelajar yang bersidai

di koridor.

“Dipersilakan saudari Hafizah Mahat naik ke pentas!”

Terkedu Hafizah apabila namanya di panggil melalui pembesar suara. Kurang

asam!

“Silakan saudari Hafizah. Naik. Jangan segan-segan. Saya dapat tahu awak nak

membacakan satu surat istimewa hari ini,” perli Cikgu Rahim.

Pelajar-pelajar yang lain sudah bertepuk tangan. Pelajar-pelajar di koridor juga

sudah bertepuk tangan. Ada yang bersiul nyaring. Mengusik. Hingar bingar suasana di

tempat perhimpunan.

Hendak tak hendak, Hafizah gagahi juga berjalan menuju ke podium setelah

namanya dipanggil beberapa kali. Dalam hati dia bersumpah seranah pada Cikgu

162

Page 163: Sebab Dikau

Latifah dan Cikgu Rahim. Juga pada sang teruna yang pandai sangat menulis surat

padanya. Ridhuan yang jadi posmen juga dikutuk habis.

Dengan muka selamba, dia menyambut mikrofon dan surat yang disuakan oleh

Cikgu Rahim. Wajah lelaki lewat tiga puluhan di jeling tajam. Seronoklah tu, dapat buli

budak sekolah. Berbulu betul Hafizah memandang wajah Cikgu Rahim yang tersenyum

sinis.

“Ha! Bacalah apa tunggu lagi.” Cikgu Rahim yang berdiri di sebelah tersenyum

sinis.

Dengan muka yang masam, Hafizah membuka lipatan surat. Matanya tertancap

ke baris pertama surat tersebut. Mulut masih belum terbuka dan tiada suara yang keluar.

“Bacalah Pijot! Nak dengar gak surat cinta kau!” seorang pelajar menjerit.

Menyakat. Tepukan bergema dari pelajar-pelajar yang lain menyokong usul.

Hafizah sengaja membuat muka selamba. Di pandang pelajar-pelajar yang

bertepuk tangan dan bersiul girang. Oh! Nak sangat ye?! Ingat aku tak berani.

Ini Pijotlah. Pantang undur bila dicabar. Kita lihat siapa yang berani, siapa yang

kecut. Dengan mikrofon dipegang kemas, Hafizah batuk kecil. Dia mula membaca,

dengan jelas..

Kehadapan saudari Hafizah Mahat yang dihormati,

Salam perkenalan saya hulurkan buat saudari. Saya harap warkah saya ini

tidak mengganggu saudari Hafizah.

Sudah lama saya tertarik dengan saudari tetapi tidak berani hendak merapati

saudari dan meluahkan isi hati saya.Saya hanya memerhatikan saudari dari jauh

sahaja tapi hari ini saya beranikan hati untuk menulis surat pada saudari. Sejak mula

163

Page 164: Sebab Dikau

saya lihat saudari, saya sudah terpaut hati pada saudari, saya harap saudari sudi

terima salam perkenalan saya ini.

Sekiranya saudari menerima saya, sudilah kiranya saudari membalas warkah

ini secepat ynag mungkin.

Sekian, diharap saudari tidak menghanpakan harapan tulus saya.

Yang mengharap,

Jamal Awaluddin

Satu tepukan gemuruh diberikan selesai sahaja Hafizah membaca surat dari

pelajar bernama Jamal Awaluddin. Siulan nyaring kedengaran di sana sini. Pelajar-

pelajar yang kenal Jamal mula mengusik dengan kata-kata seperti “mamat bunga” dan

“jiwang karat.”

Bagi Hafizah pula, selesai membaca untuk seisi umat di sekolah tersebut, dia

menyerahkan kembali surat dan mikrofon kepada Cikgu Rahim.

Lega dia kerana sudah selesai menjalankan hukuman. Dengan wajah yang

selamba dia turun dari podium. Sedikitpun riak muka tidak menunjukkan rasa malu atau

segan. Cuma dia sendiri yang rasa betapa tebal kulit wajah menahan malu membaca

surat perkenalan pertama dari seorang lelaki walaupun lelaki itu tidak dikenali.

Hafizah mengambil beg yang terletak di tepi longkang dan terus berjalan masuk

ke kelas. Rakan-rakan sekolah yang ditemui sepanjang jalan ke kelas memberi senyuman

sinis. Langsung, dia tidak peduli.

Nak kata apa, katalah. Bukan aku yang minta diberi surat. Hafizah sudah jadi

macam muka tembok. Dia sedikit tidak menunjukkan rasa malu walaupun hati

menggerutu. Dicelah perasaan yang berkecamuk, terselit satu perasaan bangga di dalam

164

Page 165: Sebab Dikau

hati. Bangga sebab ada juga yang minatkan dia dan teringin hendak berkawan

dengannya. Dia, antara pelajar yang paling bermasalah di sekolah.

Seorang pelajar perempuan tersengih.“Woit, Pijot, hebat lah kau!” Hafizah cuma

tersengih mendapat pujian dari seorang pelajar perempuan yang dia tidak kenal.

Hehehe.. baru kau tahu siapa Hafizah Mahat.

“Ha! Tu dia! Nak selindung-selindung lagi dari aku, sekarang satu sekolah dah

tahu isi surat cinta kau!” Rokiah yang entah dari mana datangnya, menarik lembut

rambut Hafizah.

Hafizah membalas dengan menarik rambut Rokiah pula.Kawannya mengaduh

kesakitan dan menggosok tempat rambut yang ditarik Hafizah.

“Aku tak ingat langsung pasal surat tu. Alih-alih melayang keluar.” Dia ketawa

mengekek. Terhibur juga hatinya dengan kejadian yang baru berlaku. Macam pelakon

popular pula rasanya.

Rokiah yang masih menggosok-gosok kepalanya tiba-tiba mencubit lengan

Hafizah. Mulutnya dijuihkan ke arah aras dua di blok sebelah. Hafizah mengikut arah

juih mulut Rokiah. Seorang pelajar lelaki sedang berdiri dan merenungnya dengan

pandangan yang tajam. Muka pelajar itu nampak masam mencuka.

“Psst Pijot! Itulah Jamal.”

Hafizah mengecilkan mata memandang pelajar lelaki yang bertubuh langsing

tinggi dan berkulit hitam manis. Mata bertentang mata. Si lelaki terus berpusing masuk

ke kelas.

Hafizah tersengih. Habis punah cinta aku yang tidak kesampaian, bisiknya riang

di dalam hati.

165

Page 166: Sebab Dikau

16.

Sebuah kotak berbalut kertas minyak berwarna kuning sedia menunggu apabila

Iskandar masuk ke pejabat seminggu selepas tarikh harijadinya. Dibelek bungkusan itu,

cuma ada nama penerima, tiada nama pengirim. Serahan tangan. Hatinya dipagut rasa

ingin tahu. Hafizah kah?

Iskandar mengintai tempat setiausahanya dari balik celahan blinders. Si empunya

diri tiada di meja. Dia terus duduk dan mengoyak bungkusan kuning dengan perlahan.

Kota segiempat berhias jaluran warna warni terlihat. Dengan perlahan Iskandar membuka

tutup kotak. Sebatang pena jenama Montblanc berwarna perang menyambut pandangan

matanya. Dia tersenyum meleret.

Perlahan Iskandar mengambil kotak pen keluar untuk dibelek. Sekeping kertas

berwarna merah jambu melayang keluar. Dikutip kertas merah jambu dan matanya terus

rakus membaca bait-bait tulisan tangan yang ringkas.

Is, Selamat Hari Jadi yang ke 31. Semoga Is sentiasa di dalam lindunganNya.

Doakan kebahagiaan Huda.Anggaplah apa yang terjadi sebagai takdir dan di

antara kita masih lagi ada ikatan persahabatan. Salam sayang. Huda

Tersentak Iskandar membaca isi kertas berlipat dua. Senyuman yang mekar

dibibir, mati tiba-tiba. Dari Huda rupanya. Tidak habis-habis mengganggu. Hendak apa

lagi dia? Setelah hatiku kau robek, kini kau datang hendak bersahabat pula dengan aku?

Senang sungguh! Ditenung pen berjenama mahal di atas meja.

Bunyi pintu diketuk mematikan lamunannya. Iskandar mendongak apabila

Hafizah melangkah masuk ke bilik membawa secangkir kopi dan beberapa keping surat

untuknya. Cawan kopi dan surat diletakkan di atas meja.

166

Page 167: Sebab Dikau

“Your letters, bos,” ujarnya lembut.

“Ada yang penting, Fiza?”

“Tak ada, cuma petang ni Mr Tan nak jumpa bos, nak bincang supply batu dan

simen untuk projek Sepang. Saya dah ambil draf dan anggaran dari bahagian teknikal dan

tunggu approval dari bos saja,” balas Fiza panjang lebar. Dia mengerling ke arah pen

Montblanc di atas meja. Cantik. Mesti dari orang tersayang.

“Hmm.. ok, pukul berapa appointment saya dengan dia?”

“Saya dah check schedule bos. Lepas mesyuarat nanti pukul sepuluh setengah,

bos free, jadi saya sudah setkan pukul tiga setengah, lepas solat Jumaat dan lepas lunch.

Ok bos?” Soal Hafizah.

Iskandar diam tidak menjawab. Hafizah sedikit tertanya-tanya kenapa mood

bosnya tidak berapa baik hari ini. Monyok saja mukanya. Diberanikan hatinya untuk

bertanya. “Bos, ok ke?”

Iskandar mendongak memandang Hafizah yang setia berdiri di hadapannya

dengan muka berkerut. Mahu sahaja diluahkan perasaan yang bengkak di dalam hati.

Bolehkah? Bersediakah dia bercerita? “Saya OK. Awak pergi dengan saya nanti ye.”

Hafizah mengangguk. Lain benar bunyi permintaan dari Iskandar. Walaupun

mendatar intonasinya, Hafizah terasa seperti ada nada rayuan di akhir ayat. Dengan

perlahan dia keluar dan pintu ditutup perlahan.

Iskandar sedikit pun tidak mendongak malah dia tidak perasan bila Hafizah

meninggalkan bilik itu. Matanya masih lagi terarah pada sebatang pen yang terlantar di

dalam kotak berwarna warni terletak di atas meja. Hatinya tiba-tiba sayu.

167

Page 168: Sebab Dikau

“Fiza, ambil nota atas meja saya.”

Hafizah mengerut dahi. Tidak sampai lima minit dia keluar dari bilik Iskandar,

sudah di suruh masuk lagi? Tak pula tadi kata suruh ambil nota, gerutu hatinya tapi

Hafizah terus bangun meninggalkan beban kerja yang bersusun di atas meja.

Dengan tertib dia mengetuk pintu lalu masuk. Iskandar kelihatan sedang

menyandar ke kerusi. Matanya terpejam tapi air mukanya tetap keruh. Tanpa berkata apa,

Hafizah terus berjalan menuju ke bucu meja dan mengambil nota kuning yang terlekat di

atas fail kertas.

“Bawa sekali fail tu keluar. Baca nota yang ada di dalamnya. I don't want to hear

any problem or complaint. Just follow my instructions,” tenang sahaja Iskandar

mengeluarkan arahan. Matanya masih lagi terpejam. Dia mengeluh. Bahunya terasa sakit

seperti ada beban berat terpikul di atasnya.

Tanpa menjawab, Hafizah terus membawa fail kertas keluar. Dia menutup pintu

dengan cermat. Iskandar bukan dalam mood yang baik hari ini.

Bertanya alamat mengundang nestapa. Nanti habis di amuk satu ofis. Ada sahaja

yang tidak kena. Daripada terpaksa mendengar bebelan dan berhadapan dengan suasana

yang keruh, lebih baik diamkan sahaja. Lambat laun hilanglah marahnya itu dan suasana

mungkin akan kembali tenang.

Hafizah terus duduk di tempatnya. Dengan perlahan dia membuka fail kertas dan

mengambil nota panjang bertulis tangan di dalamnya.

Bulat mata Hafizah membaca baris-baris tulisan tangan Iskandar. Biar betul?

Cepat tangannya mencapai telefon dan menekan interkom. “Bos?”

“I said I don't want to hear any problem!” Keras suara Iskandar kedengaran dari

168

Page 169: Sebab Dikau

corong interkom.

Hafizah menelan air liur. “Saya ada kelas tambahan hari ni bos. Habis lewat..”

“What time?”

“Sembilan setengah malam.”

“Then after that lah!”

“Err.. Bos tahu ke?”

Klik. Talian di matikan.

Kurang asam! Tanya sikit pun tak boleh. Dia mengomel sendiri. Hafizah menarik

muka masam. Telefon di meja di tenung tajam seperti mahu di telan. Bukan telefon itu

yang dia hendak telan tapi manusia yang bersuara dari bilik sebelah. Cepat-cepat gagang

telefon di angkat dan dia menekan nombor talian Aishah.

“Aishah.” Ujar Hafizah apabila dia mendengar suara Aishah di hujung talian.

“Malam ni aku tak boleh balik dengan kau.”

“Kenapa?”

Serba-salah rasanya hendak memberitahu Aishah perkara yang sebenar. Tapi,

selama ini Aishahlah kawan sejati yang pandai menyimpan rahsia. Hafizah menundukkan

badan, menekup tangan di gagang telefon. Suaranya diperlahankan seperti berbisik. “Err..

Encik Iskandar..”

“Oh! Ada date rupanya.” Pantas Aishah meneka. Terkekeh-kekeh suara dia

ketawa jelas kedengaran di hujung corong.

Hafizah menepuk dahi. “Shhh.. jangan bising. Bukan date lah!”

Bertambah kuat Aishah ketawa. “Habis tu kalau bukan ber dating, apa bendanya

cik Hafizah Mahat oi!”

169

Page 170: Sebab Dikau

“Aku tak tahu. Dia cuma kata nak jumpa aku malam ni aje.” Hafizah merenung

nota kuning yang bertulis “Meet me tonite”. Senang sungguh bagi arahan. Hanya dengan

tiga patah perkataan. Nasib baik kau bos aku, orang yang menandatangan gaji aku tiap-

tiap bulan. Kalau orang lain sudah lama nota itu direnyuk dan terus dicampak ke muka

penulisnya.

Hafizah memuncungkan mulut apatah lagi mendengar Aishah yang masih galak

ketawa. “Diamlah Aishah, malu aku nanti kalau orang tau. Aku tak ada beritahu sesiapa

ni, cuma kau seorang aje,”

"Nak aku tolong kau war war kan pada semua staf kat ofis ni ke?"

Galak sungguh perempuan ini, Hafizah menggerutu dalam hati. “Kau ni memang

teruk lah Shah!” Bertambah nyaring suara Aishah mengilai. Hafizah geram terus letak

gagang telefon dengan kasar.

Malas hendak dilayan kalau perangai menggila Aishah sudah datang. Kalau bab

mengusik memang nombor satu tapi bila tuan punya badan kena usik, habis mengamuk

satu ofis. Siapa yang nak kena dengar? Aku juga!

Tepat jam sembilan setengah malam, Hafizah sudah sedia menunggu di

perhentian bas tidak jauh dari sekolah Al-Quran. Dia sengaja keluar awal tidak mahu

kawan-kawan yang lain ternampak ada orang yang menjemputnya balik.

Sepanjang pengajaran malam itu, Aishah asyik tersengih-sengih macam kerang

busuk sehingga ditegur oleh Ustaz Ahmad. Tapi bila muka sudah tidak tahu malu, ditegur

pun tidak menjadi. Dia terkulum-kulum menahan senyum.

Hafizah memanjangkan leher melihat kereta yang bertali arus. Mana ni? Tak lama

170

Page 171: Sebab Dikau

lagi yang lain akan keluar. Dia mengerling pada jam di pergelangan tangan kiri. Sudah

sembilan tiga puluh tiga, bayang kereta Iskandar masih lagi tidak nampak.

Hafizah sudah tidak senang hati. Sekejap duduk, sekejap berdiri, sekejap mundar

mandir sambil leher masih lagi terteleng-teleng mencari orang yang ditunggu. Dia

menarik nafas lega apabila melihat kereta yang dicari-cari di antara kenderaan yang

bertali arus di Jalan Raja Muda. Sebaik sahaja kereta tersebut berhenti di hadapannya,

Hafizah segera melompat masuk, menutup pintu lalu menarik talipinggang keledar.

Iskandar yang di sebelah terpinga-pinga melihat kelakuan pelik Hafizah. “Kenapa

ni? Macam kena kejar hantu aje?” soalnya.

Hafizah menelan air liur. “Jalan.. er jalan sekarang boleh tak?” Dia berpaling ke

luar tingkap. Sekumpulan pelajar sudah mula kelihatan berjalan menuju ke perhentian

bas.

Hafizah ternampak Aishah. Cepat-cepat dia memandang Iskandar. “Kita jalan

sekarang,” pohonnya lagi. Cepat lah bos! Nanti orang nampak kita! Hafizah menjerit di

dalam hati. Cepatlah! Cepatlah!

Iskandar meninjau ke luar tingkap. Diperhatikan kumpulan wanita yang berjalan

beriringan ke perhentian bas. Barulah dia faham kenapa si Hafizah kelihatan gelabah. Dia

memandang wajah Hafizah sambil mengangkat kening. “Kalau saya tak mahu bergerak

sekarang?” Duganya.

“Saya keluar.” cepat-cepat tangan Hafizah mencapai tombol pintu untuk ditarik.

“Ok ok kita jalan sekarang. Awak ni, apa pasallah panik semacam? Bukannya

kawan-kawan awak kenal saya pun,” Iskandar mula membebel. Dia memberi isyarat dan

dengan perlahan kereta meluncur meninggalkan perhentian bas.

171

Page 172: Sebab Dikau

“Kita nak ke mana ni bos?” Soal Hafizah apabila mereka sudah membelok

meninggalkan Jalan Raja Muda. Hatinya yang gelisah tadi sudah mulai rasa tenang.

“Kita pergi ke Shangri-La Hotel. Di sana aman sikit.”

Bulat mata Hafizah mendengar nama hotel lima bintang di sebut tapi dia tidak

berkata apa. Makan malam di hotel lima bintanglah alamatnya aku hari ini!

Sepanjang perjalanan suasana di dalam kereta begitu sunyi. Masing-masing diam

melayan perasaan. Hanya alunan lagu lembut dari radio mengisi ruang udara.

Takut juga Hafizah hendak memulakan perbualan. Angin Iskandar masih belum

dapat diteka lagi. Walaupun tutur katanya lembut, tapi riak wajahnya seperti bermasalah.

Takut juga kalau tersalah bicara.

Iskandar terus memberhentikan kereta di depan hotel dan menyerahkan kunci

kereta kepada parking attendant. Mereka berjalan beriringan masuk terus menuju ke

restoran Lemon Garden Cafe. Seorang pelayan menyambut mereka dan membawa ke

sebuah meja yang agak tersorok.

Dengan tertib Hafizah duduk di kerusi dibantu oleh pelayan restoran. Pelayan

meletakkan napkin di atas riba dan sebuh buku menu disuakan. Hafizah mengucapkan

terima kasih dan pelayan lelaki itu berlalu pergi meninggalkan mereka seketika untuk

membuat pilihan makanan.

Hafizah meletakkan buku menu di sebelah dan memandang wajah bosnya.

Iskandar pula tekun meneliti barisan makanan Melayu, India Cina, malah masakan

kontinental dan Italy yang disediakan oleh tukang masak restoran hotel berkenaan.

Wajah Iskandar diperhatikan dalam-dalam. Mood nya memang senang berubah.

Kalau minggu lepas senyum tidak pernah lekang dibibir, pagi tadi muka monyok macam

172

Page 173: Sebab Dikau

ayam berak kapur. Sekarang pula sudah tenang dan nampak sedikit gembira. Kadang-

kadang sukar juga dia membaca perangai Iskandar. Cepat benar angin bertukar.

Kalau orang tidak biasa dengannya memang senang jauh hati. Tapi lebih lima

bulan bersama Iskandar sedikit sebanyak dia dapat juga membaca perubahan angin lelaki

itu.

Kalau dulu dia memang tidak berani hendak menegur Iskandar bila mukanya

masam, kini dia sudah berani menyoal. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam.

Macam hari ini, nampaknya Iskandar mahu berkongsi masalah dengannya.

Hafizah membiarkan Iskandar terus meneliti tulisan di dalam menu sedangkan dia

leka melayan perasaannya sendiri. Sambil tangan kiri menopang dagu, dia memainkan

sudu dengan jari kanan.

“Nak makan apa ye?” Tiba-tiba Iskandar bersuara.

Terkebil-kebil Hafizah memandang Iskandar. Iskandar mengangkat kening.

“Berangan aje. Saya tanya awak nak makan apa?”

“Tak kisah. Ikut bos lah. Lagipun bukan saya yang belanja. Bos yang ajak saya

keluar,” balas Hafizah. Kini mood nya pulak yang kurang baik. Tadi kita elok dengan dia,

dia pula yang buat perangai. Ha, sekarang layanlah mood aku yang tak berapa betul ni!

“Habis, kalau awak yang belanja, awak order apa?”

“Air kosong aje.” Cepat Hafizah menjawab.

Iskandar hanya tersengih. Entah ilmu apa yang gadis ini pakai. Asal sahaja dia

menjawab pasti jawapan yang diberikan mencuit hatinya.

Kadang-kadang tu memang lah dia tengah marah tapi Hafizah seperti tidak takut

langsung dengan perangainya yang cepat berubah angin. Kalau orang lain itu, pasti ada

173

Page 174: Sebab Dikau

perasaan segan pada dia. Sedangkan umi pun malas hendak menegur apatah lagi

berlawak sekiranya dia pulang dengan wajah yang kusam. Ayah apatah lagi, lelaki itu

memang kurang bercakap.

Malah Zulkarnain juga pernah merungut dengan sikap Iskandar, tapi tidak pada

Hafizah. Dia sentiasa tenang, selamba dan sentiasa ada modal untuk membuatkan

Iskandar tersenyum.

“Ok, kalau macam tu, kita makan Italian dish hari ni. Awak suka pasta?”

Hafizah mengangguk. Pasta pun pastalah, walaupun seumur hidupnya boleh

dikira dengan jari berapa kali dia menjamah makanan Itali itu. Hafizah tidak peduli

makan apa pun hari ini. Perutnya sudah terasa pedih.

Pagi tadi sudahlah terlambat bangun, tidak sempat hendak menyiapkan sarapan.

Tengahari pula terlalu banyak kerja sehingga dia tidak keluar makan tengahari langsung.

Cuma dua ketul karipap sahaja yang sempat dijamah, itupun dibeli ketika dia hendak ke

kelas Al-Quran dengan Aishah, petang tadi.

Iskandar memberi isyarat pada pelayan yang setia menunggu agak jauh dari

mereka. Hafizah membiarkan Iskandar membuat pesanan makanan. Apa sahaja yang dia

pesan, aku akan makan, dia nekad.

“Kenapa hati perempuan ini sukar dibaca?” Tiba-tiba satu soalan terpacul keluar

dari mulut Iskandar. Terperanjat Hafizah mendengarnya. Laa.. ingatkan cuma hendak

belanja aku makan sahaja, ada masalah peribadi rupanya. Tapi tidaklah besar sangat.

Hafizah tersenyum kecil. Masalah perempuan rupanya.

Iskandar menyandarkan badan. “Apa pasal awak tersenyum?”

“Ingatkan bos cuma nak belanja saya makan sahaja. Hendak cari pendengar

174

Page 175: Sebab Dikau

masalah rupanya,” balas Hafizah sinis.

“Kenapa? Tak boleh ke awak jadi pendengar masalah saya?” balas Iskandar sinis.

Dia duduk menyandar dan memandang Hafizah dengan tajam.

“Berapa nak bayar sebagai consultancy fee?” Hafizah mengangkat kening. Dia

juga duduk menyandar dan memandang tepat wajah Iskandar. Apa? Ingat dia seorang

sahaja ke yang boleh jadi garang.

Lama mereka bertentang mata. Tiba-tiba Hafizah teringat pesan Ustaz. Kata

Ustaz, syaitan duduknya di mata.

Lelaki perempuan kalau bertentang mata itu maknanya syaitan sudah mula

memasang jerangkapnya. Haram seorang wanita memandang lelaki yang bukan muhrim

kecuali dalam menuntut ilmu dan berjual beli..

“Astaghfirullahalazim..” Hafizah cepat-cepat melarikan mata memandang sekitar

dewan makan.

Iskandar turut tersentak. Entah mengapa hatinya berdebar-debar. Tiap kali dia

memandang Hafizah pasti ada satu perasaan yang dia sendiri tidak tahu hendak tafsirkan

menyelinap di dalam hati. Perasaan tenang, gembira, berdebar dan risau bercampur baur.

“Maafkan saya..”

Hafizah mengangguk ringkas. Dia menarik nafas panjang. Tiba-tiba dia teringat

mengapa dia di bawa ke sini. Biarlah kali ini dia menjadi pendengar. Dengan berani dia

mengangkat muka dan memandang wajah Iskandar. Ya Allah, ampunilah dosa hambaMu

yang lemah ini. “Kenapa bos? Ada masalah? Berani ke hendak bercerita dengan saya?”

Sebuah senyuman melingkar di bibir.

Iskandar senyum hambar. Perlukah bercerita? Iskandar terfikir, mungkingkah

175

Page 176: Sebab Dikau

tindakan dia mengajak Hafizah makan untuk bercerita masalah peribadi hanya sebagai

alasan? Iskandar mengerut dahi.

Dia melarikan pandangan ke sekitar dewan makan yang sudah mula dipenuhi

pelanggan. Pelayan-pelayan sudah mula sibuk mengangkat dulang berisi makanan

dipesan.

Mana tahu saya boleh membantu,” pelawa Hafizah lembut. Dalam hati tertanya-

tanya bolehkah dia menolong? Alangkan diri sendiri pun tidak ada pengalaman bercinta.

“Betul kata awak hari tu. Saya memang sudah ada kekasih. Malangnya tak ada

angin, tak ada ribut, dia lari pergi cari orang lain,” ringkas Iskandar membuka cerita.

Tangannya mengeluarkan sebuah kota kecil dari dalam poket kemeja dan di letakkan di

atas meja. Iskandar hanya tersenyum hambar. Entah mengapa ringan benar dia bercerita

dengan setiausaha yang baru dikenali kurang setengah tahun. Iskandar menguntum

senyum tetapi manisnya tiada. Tawar. Hambar.

Terbeliak mata Hafizah mendengar pengakuan Iskandar. Patutlah dulu mula-mula

masuk macam singa lapar. Semua orang hendak dibahamnya. Di tatap wajah Iskandar

dalam-dalam. Lelaki itu masih lagi merenung kotak pen dengan pandangan sedih. Patah

hati rupanya. Kasihan. “Dah lama?”.

“Adalah dekat setengah tahun. Malas saya nak bercerita tapi rasa bengang saya

pada dia atas perbuatan dia pada saya masih tidak hilang lagi.”

Hafizah mengangguk-angguk. Kasihan bos aku, getusnya di dalam hati. “Jadi,

hadiah pen tu dari dialah?”

Iskandar mengangguk. Perbualan mereka terhenti seketika apabila pelayan tiba

menatang dulang berisi pasta dan diletakkan di hadapan mereka. Iskandar tersenyum

176

Page 177: Sebab Dikau

kecil dan mengucapkan terima kasih kepada pelayan wanita tersebut. “Makanlah.”

Pelawa Iskandar ringkas. Dia hanya memandang sepinggan pasta marinara panas di

hadapannya. Entah mengapa selera makan tiba-tiba hilang.

Hafizah turut memandang makanan yang terhidang. Serba-salah dia hendak

makan atau tidak. Perut memang sudah lapar tapi kasihan pula melihat ketuanya yang

dirundung sedih. “Bos, makanlah sama. Lepas makan kita cerita ok? Saya tahu bos tak

makan dari tengahari sebab seharian bos ada dalam pejabat,” pujuk Hafizah lembut.

Iskandar memandang Hafizah. Ada sinar harapan di matanya. Mengharap yang

mungkin beban hati yang berat ini dapat diringankan. Mengharap semoga gadis itu terus

ingin mendengar keluhan hatinya dan tidak jemu memberi perangsang untuk menguatkan

semangatnya.

Dengan perlahan Iskandar mengangguk. Dia terus mengangkat garpu dan

dibenamkan di dalam pinggan berisi pasta. “Awak makan juga Fiza. Rasalah. Kalau tak

sedap kita order yang lain ye,” dia mengusik.

Hafizah hanya tersenyum. “Saya tengah lapar ni, bos. Makan apa saja pun dah

kira sedap.”

177

Page 178: Sebab Dikau

17.

Jam sudah menunjukkan lebih sepuluh setengah malam. Maknanya sudah satu

jam mereka duduk di restoran tersebut. Pinggan-pinggan makanan juga sudah

dikemaskan oleh pelayan-pelayan yang cekap. Kini cuma ada dua cangkir air teh panas

sebagai peneman mereka. Ruang makan juga sudah beransur kosong.

Hafizah masih lagi menjadi penunggu setia. Dibiarkan Iskandar yang duduk

menyandar melayan perasaannya sendiri. Nanti bila dia sudah bersedia hendak bercerita,

pasti dia akan meluahkan apa yang terpendam di hati.

“Kesian awak kan Fiza. Saya heret awak ke sini. Lepas tu saya biarkan awak

seorang-seorang. Saya pula sibuk layan perasaan saya sendiri.” Tiba-tiba Iskandar

bersuara. Dia memandang tajam wajah Hafizah yang sedang menghirup air teh di dalam

cawan.

“Yang penting saya dapat makan free.” Dengan perlahan Hafizah meletak cangkir

di atas piring. Dia tersenyum kecil. Sengaja membuat lawak. Tidak mahu suasana

menjadi terlalu serius.

“Untung siapa dapat awak Fiza. Bijak, baik, bertimbang rasa. Memahami..”

perlahan Iskandar memuji.

Tersentak Hafizah mendengar kata-kata Iskandar. Ada satu perasaan aneh

menyelinap di dalam hati. Apa maksud dia? “Alah, bos sengaja cakap macam tu sebab

saya ni pekerja bos. Takut saya lari ye? Belanja makan, lepas tu puji melambung-

lambung.”

“Betul apa saya cakap. Awak ingat senang ke nak dapat perempuan macam awak.

Kira awak ni satu dalam sejuta. Permata yang sangat berharga,” balas Iskandar tersenyum

178

Page 179: Sebab Dikau

kecil. Dia memang ikhlas memuji Hafizah. Bukan senang hendak mendekati gadis itu.

Dan bila sudah dekat susah hendak membencinya. Ada sahaja perbuatan dan kata-kata

Hafizah walaupun sinis tetap menarik hatinya.

Hafizah terdiam. Dalam banyak-banyak perkara yang dia boleh bincang dengan

Iskandar, cerita tentang hati dan perasaan bukanlah salah satu daripadanya. Dia tidak ada

kena mengena dengan Iskandar. Dia hanyalah pekerja bawahan dan hubungannya dengan

Iskandar tidak sepatutnya lebih dari seorang pekerja dengan majikan.

Hafizah batuk kecil. Dia perlu segera mengubah topik perbualan. “Alah, bos. Tak

perlu puji saya melambung macam ni. Kalau jatuh sakit tau. Bos tu yang ada masalah,

bukan saya. Sudah sedia nak bercerita?” Hafizah mengangkat kening. Muka di buat

selamba walaupun jantung berdegup kencang. Sabarlah wahai hati…

Iskandar tersenyum kecil. Dia tahu gadis itu tidak selesa bercerita tentang

perkara-perkara peribadi. Satu hari nanti pasti dia akan dapat mengorek rahsia peribadi

gadis yang duduk di hadapannya. “Saya memang tidak adil pada awak kan? Saya heret

awak dari kelas Al Quran kononnya nak berkongsi masalah, tapi sampai sekarang tak lagi

cerita kat awak apa masalah saya kan?”

“Saya tengah tunggu lah ni. Bila bos nak mula cerita. Esok kita kerja tau, jangan

lupa,” Hafizah cuba menceriakan suasana. Dia memandang sekeliling ruang makan yang

sudah semakin kurang pelanggan.

“Ok. Mana nak saya mulakan dulu.” Iskandar membetulkan duduk. “Awak ingat

masa kita pergi Sepang hari tu, telefon bimbit saya tidak berhenti-henti berdering?”

Hafizah mengangguk.

“Betullah tekaan awak, panggilan tu semua dari dia.”

179

Page 180: Sebab Dikau

“Orang yang sama telefon bos di ofis? Nurul Huda Ibrahim?” Hafizah meneka.

Iskandar mengangkat kening. “Awak ingat nama dia? Saya impressed.” Bibirnya

terjungkit sedikit.

Muka Hafizah terasa panas. Malu juga dia, macam dia menjaga tepi kain orang.

“Saya sudah dilatih untuk mengingat banyak perkara, bos. Bos jugak yang nakkan

setiausaha yang efficient.”

“Laa.. janganlah marah. Ni, nak dengar cerita saya ke nak merajuk ni?” Ujar

Iskandar sambil tersenyum. Sengaja mengusik.

“Ha! Ceritalah, nak cerita pun ambil masa berejam-jam. Tu, kesian waitress

semua tu tunggu kita bila nak balik,” ujar Hafizah. Mulutnya dimuncungkan ke arah

pelayan-pelayan yang sedang berborak sesama sendiri di hujung restoran.

“Ok Ok, macamana saya nak bercerita kalau awak asyik potong cerita saya..”

“Habis tu teruskanlah, saya tak sampuk pun cerita awak.”

“Ha, menyampuk lagi.”

Hafizah diam. Mukanya masam. Dia mengetap bibir. Dia hanya memberi isyarat

dengan jari menyuruh Iskandar untuk mula bercerita.

Iskandar ketawa kecil. “Hmm.. saya kenal Nurul Huda Ibrahim.” Sengaja nama

itu ditekankan. “Saya kenal dia sejak kami belajar di Nottingham England. Kami

memang ada niat nak kahwin lepas habis belajar tapi kami tangguhkan dulu sebab-sebab

kewangan.”

Hafizah mengangguk. Wang? Bukankah Dato Rosli mampu untuk mengahwinkan

anak sulungnya. Kenapa masalah kewangan menjadi persoalan?

“Saya tahu apa awak fikirkan. Takkanlah seorang anak datuk tak mampu nak

180

Page 181: Sebab Dikau

kahwin kan?”

Sekali lagi Hafizah mengangguk. Dia tekad tidak mahu mengeluarkan sebarang

soalan selagi Iskandar tidak habis bercerita.

Sekali lagi Iskandar tersenyum. Hambar. Sepatutnya dia berasa sedih bila

bercerita dengan Hafizah pasal perpisahannya dengan Nurul Huda, sebaliknya dia berasa

lega. Lega sebab ada orang sudi mendengar luahan hatinya. “Kami hendak berdikari.

Kami hendak kahwin dengan wang kami sendiri. Kalau boleh tidak mahu menyusahkan

ibu bapa kami lagi. Sudahlah belajar menggunakan wang mereka, takkanlah nak kahwin

pun mak bapa nak tanggung,” terang Iskandar.

“Tapi mungkin salah saya juga. Bila dah bekerja ni, saya makin seronok. Saya

teralpa tentang kehendak dia. Dalam fikiran saya cuma hendak bekerja mencari wang

untuk masa depan kami. Mungkin kerana itu, dia rasa saya tidak sayang dia lagi.”

Iskandar diam. Matanya masih tidak lepas memandang kotak pen di atas meja. Anginnya

tiba-tiba berubah. Dia geram terkenangkan perbuatan Nurul Huda.

“Dia kata nak terus jadi kawan saya. Boleh ke, macam tu? Saya ni kalau dah

putus biarlah putus terus. Pandang dia, dengar suara dia atau tulis nama dia pun saya tak

ingin!” Pantas Iskandar membalas pandangan Hafizah. Tajam menikam.

Terkedu Hafizah di tenung tajam begitu. “Tahu kenapa dia hendak putus?”

Mulutnya yang terkunci sejak dari tadi, bersuara. Sengaja Hafizah tidak mahu

membahasakan Iskandar dengan perkataan “bos”. Terasa tidak manis pula sedangkan hati

lelaki itu semakin bergelora. Tak pasal-pasal kena hambur pula nanti.

“Ada, tapi saya tidak boleh terima alasan dia.”

“Apa alasan dia.. er.. kalau tidak keberatan..”

181

Page 182: Sebab Dikau

“Sunyi. Dia kata saya tidak serius dalam perhubungan kami.”

Hafizah diam. Hendak bertanya lebih lanjut, hatinya berbolak balik. Rasa ingin

tahu memang membuak-buak tapi takut pula ditempelak dan dituduh kepoh, walaupun

pada mulanya lelaki itu yang beriya-iya hendak berkongsi masalah. Tak apalah, biarlah

aku menjadi pendengar yang setia.

“Sebelum tu pun saya ada dengar banyak cerita dari kawan-kawan saya, kata yang

Nurul Huda selalu sangat keluar dengan seorang ahli perniagaan. Dah tua pulak tu,”

Iskandar menyambung cerita.

“Kami dalam industri yang sama. Jadi ramailah kawan-kawan saya yang kenal

dia. Jadi, apa yang dia buat, saya akan dapat tahu juga. Entahlah Fiza, saya tidak tahu apa

kurangnya saya dan apa lebihnya boyfriend baru dia. Sudahlah tua, sudah beristeri pulak

tu!” Geram betul bila diingatkan kembali kisah cinta yang tidak kesampaian itu.

“Bila dia sudah berani nak cerita pada saya, dia terus minta putus. Macam tu saja.

Saya ingat saya boleh rampas dia balik. Saya kata, kalau nak kahwin sekarang pun boleh

kahwin, tapi dia tak nak. Dia kata sudah terlambat. Memang dasar perempuan mata

duitan!”

Hafizah mengucap panjang. Sampai macam tu sekali Iskandar sakit hati. Tidak

semua perempuan berkahwin dengan lelaki kerana wangnya, walaupun lelaki yang

dipilih itu sudah beristeri. Memang tidak dinafikan ada yang sengaja mencari lelaki yang

sudah beristeri, apatah lagi lelaki itu seorang ahli perniagaan. Tapi, ada juga yang

memilih atas dasar cinta. Walau apapun alasan, soal jodoh merupakan ketentuan Ilahi

yang tidak boleh disangkal.

“Macamana sekarang? Masih hendakkan dia lagi?” Perlahan suara Hafizah

182

Page 183: Sebab Dikau

bertanya.

“Mulanya saya nak rampas saja dia, ataupun upah orang pukul jantan puaka tu,

tapi bila difikir-fikirkan balik, rasanya tindakan saya tu tak berbaloi. Buat apa nak

menyusahkan diri. Petik jari je, mesti ramai perempuan yang sudi..”

“Tapi seorang isteri yang solehah susah nak dicari.” Cepat-cepat Hafizah

memotong cakap Iskandar. Marah dia jika maruah seorang wanita dimain-mainkan.

Lelaki pun ada yang rendah maruahnya.

Iskandar terdiam. Malu dia bercakap mengikut hati yang marah. Dia tidak layak

berkata begitu di hadapan Hafizah. Hafizah bukan seperti gadis-gadis yang lain. Dengan

Nurul Huda pun jauh panggang dari api. Dia gadis yang berperinsip. Tegas dan kuat

iman. Tidak sepatutnya dia menjatuhkan maruah wanita di hadapan seorang wanita yang

baik pekerti seperti Hafizah.

“Saya minta maaf Fiza.”

“Biasalah kalau sudah marah, memang senang kita keluarkan kata-kata yang tidak

enak didengar di telinga. Sebab itulah sebaik-baik berperang adalah berperang dengan

perasaan amarah kita. Kalau tengah marah jangan berdiri, duduk. Kalau duduk pun tak

boleh nak meredakan perasaan kita, ambil wuduk dan solat sunat,” perlahan suara

Hafizah memujuk sambil menasihati.

“Memang tak patut saya kata macam tu, tapi entahlah, saya tak tahu apa perasaan

saya pada dia sekarang. Nak kata sayang, hati saya sakit dengan perbuatan dia. Nak kata

benci…” Iskandar mengeluh. “Salah saya ke, Fiza?”

Terkedu Hafizah bila dia diajukan soalan sebegitu rupa. Mungkin bukan salah

sesiapa. Entah, dia pun bukan ada pengalaman dalam bercinta. Apa yang dia tahu?

183

Page 184: Sebab Dikau

“Saya pun tak tahu siapa yang salah dalam hal ini. Mungkin dua dua salah atau

mungkin dua dua betul. Tapi..”

“Tapi apa?” Iskandar memandang tepat wajah Hafizah. Gadis itu tersenyum

lembut. Kalau dulu bukan senang hendak melihat Hafizah tersenyum padanya, tapi

sekarang wajah itu sering berhias senyuman yang ikhlas. Manis.

Mungkin Hafizah bukan tergolong wanita yang cantik dan menawan tapi dia jelas

banyak daya penarik. Tiap kali Iskandar memandang wajah Hafizah, dia terasa tenang.

Kenapa dulu dia buta dengan keikhlasan gadis itu? Kenapa dia buta dengan keindahan

yang tersembunyi di sebaliknya?

“Tapi, sebagai seorang lelaki, em.. bos tak sepatutnya menyerah kalah macam

tu..”

Hafizah cepat-cepat menyambung kata-katanya bila dilihat Iskandar hendak

mencelah. “Maksud saya, bos tak perlulah upah orang untuk pukul boyfriend baru dia.

Cukup kalau bos tunjukkan dia yang bos memang sayangkan dia, akan berubah yang

terbaik untuknya atau kalau bos rasa itu semua tidak berbaloi, bos lupakan dia dan

anggaplah yang bos dengan dia memang tidak ada jodoh.”

“Memang senang saya cakap macam tu, sebab bukan saya yang tanggung

sakitnya. Tapi, keputusan sekarang memang di tangan bos. Kalau betul-betul bos nakkan

dia, bos kena berusaha untuk dapatkan dia. Kalau itu semua tidak berjaya, kita tawakkal

pada Allah yang Esa,” sambung Hafizah lagi.

Lama Iskandar diam. Berfikir. Ada betulnya kata-kata Hafizah. Bukan dia tidak

tahu itu semua tapi dia perlu ada orang lain untuk meyakinkan dirinya yang mungkin ini

semua ketentuan Tuhan. Sebenarnya dia sudah terlupa akan Nurul Huda tapi sejak hadiah

184

Page 185: Sebab Dikau

harijadinya tiba, perasaan menjadi tidak keruan. Mungkin bukan hati yang keruh atau

kecewa tapi ego lelakinya yang terguris.

Iskandar mengangkat kepala dan memandang tajam wajah Hafizah. Dia

tersenyum membuatkan jantung Hafizah berdegup kencang. Ya Allah! Selamatkan

hambaMu yang lemah. Cepat-cepat Hafizah melarikan matanya memandang ruang

makan. Tak sanggup rasanya membalas renungan Iskandar.

Iskandar batuk kecil. “Saya rasa.. tak, saya tahu awak betul. Saya dah buat

keputusan.”

Cepat-cepat Hafizah berpaling memandang Iskandar. Rasa debar dengan panahan

pandangan Iskandar mula reda. “Cepatnya bos. Apa keputusannya?”

“Saya nak lupakan dia. Saya rasa saya mungkin dah jumpa pengganti dia.”

Iskandar berteka-teki.

“Alhamdulillah.. Er cepat juga ye bos jumpa pengganti?”

“Ha ah. Tapi kali ni saya rasa saya akan bekerja lebih keras…”

“Untuk menangi hati si dia?” Hafizah cepat-cepat memotong. Tiba-tiba dia terasa

sayu. Kenapa ye?

“Tak, kerja keras untuk cari duit. Saya akan duduk di pejabat dan buat semua

kerja sampai projek Sepang dan projek-projek perumahan akan datang saya tu berjaya,”

balas Iskandar. Dia masih lagi tersenyum.

“Tak salah bos bekerja keras untuk masa depan.” Apahal pulak dia ni? Berpisah

dengan Nurul Huda sebab dia terlalu kuat bekerja sehingga melupakan wanita itu, bila

sekarang sudah ada pengganti pun masih nak bekerja kuat. Tak serik serik ke?

“Terima kasih Hafizah. Awak memang seorang yang memahami..”

185

Page 186: Sebab Dikau

“Saya tidak habis cakap lagi. Bos memang tidak salah kerja keras untuk masa

depan tapi bos dah buat satu kesilapan besar. Bos dah lah berpisah dengan Nurul Huda

sebab bos selalu biarkan dia sendiri. Sekarang ni dah dapat pengganti, nak buat lagi. Tak

serik ke? Nanti kalau bos hilang girlfriend baru siapa yang susah, saya juga!” Hafizah

membuntangkan mata. Gila apa mamat ni?

Terlopong Iskandar mendengar kata-kata Hafizah. Tidak disangkanya Hafizah

akan “menyerang” dia.

“Excuse me? Awak ni sokong siapa?”

Tiba-tiba Hafizah geli hati. Terkekeh-kekeh dia ketawa. “Jangan marah bos. Saya

tidak menyokong siapa-siapa. Tapi bukan saya nanti yang akan patah hati dan habis

duit.”

“Habis duit apa pulak?” Iskandar kebingungan.

“Yalah, habis duit belanja saya kat hotel besar ni. Nanti kalau bos kerja kuat

sangat, girlfriend merajuk. Bila dah merajuk nak minta putus, lepas tu bos jugak yang

pening kepala. Mintak saya tolong saya. Bila dah mintak tolong, mesti kena belanja

kan?”

Tergelak besar Iskandar mendengar kata-kata Hafizah. “Tak, kali ni saya tak akan

patah hati dan kecewa,” katanya lepas ketawanya reda.

“Betul? Tak akan kecewa?”

“Betul!” Iskandar meletakkan tapak tangan kanan ke atas seolah-olah orang

mengangkat sumpah.

“Sebab?” Hafizah meneleng kepala ke kanan. Tak percaya sungguh dia dengan

kata-kata Iskandar.

186

Page 187: Sebab Dikau

“Sebab.. cinta hati saya sekarang dengan emm.. pejabat saya dan kerja saya.

Boleh?” Iskandar mengangkat kening.

Hafizah tersenyum. Cinta dengan pejabat? Sukahati kaulah bos! “Hish! Rugilah

saya.”

“Rugi sebab apa pulak?”

“Maknanya lepas ni tak adalah orang nak belanja saya makan di restoran dan

hotel-hotel besar lagi,” balas Hafizah tersengih.

“Oh! Nak makan free aje dia ye? Tak pe, awak pun kerja baik-baik, cukup bulan

dapat duit, awak belanjalah diri sendiri,” ujar Iskandar. Dia turut tersengih.

“Kalau dah belanja diri sendiri bukanlah makan free namanya,” kata Hafizah

buat-buat merajuk. Dia menarik nafas panjang, pura-pura sedih.

“Jangan takut, selagi awak bekerja dengan saya, awak akan dapat makan free.

Entah, silap haribulan nanti, saya pulak yang dapat makan free hari-hari dari awak,”

selamba Iskandar menjawab. Dia segera memberi isyarat pada pelayan untuk membawa

bil makanan mereka.

Hafizah mengerut dahi kebingungan. Apa pasal pula dia yang hendak beri makan

free pada Iskandar?

187

Page 188: Sebab Dikau

18.

“Fuyoh! Sejak keluar berdua dengan bos, asyik senyum seorang-seorang

nampak?” Aishah yang entah dari mana datangnya tiba-tiba sahaja terpacul di hadapan

meja Hafizah.

Si gadis yang sedang leka berangan sambil menaip invois untuk pelanggan

terkejut. “Hish! Entah datang dari mana, sengaja je nak buat aku terperanjat,” balas

Hafizah. Mukanya terasa panas. Malu ditegur begitu oleh Aishah.

Dengan pantas Aishah menarik kerusi lalu duduk. Ruang pejabat sudah mula

kosong kerana pekerja-pekerja yang lain ramai yang sudah keluar makan tengahari.

Sandy pun sudah keluar sejak awal pagi menguruskan urusan di bank dan bertemu

dengan juruaudit, manakala Iskandar pula ada temujanji di luar. Maka, ruang pejabat

seluruh tingkat dua adalah milik mereka dan Aishah tidak akan membiarkan peluang

keemasan itu terlepas begitu sahaja!

“Dari pagi tau aku tahan nak korek cerita dari kau. Jadi? Sekarang ni dah rasmilah

kau girlfriend Encik Iskandar?” Aishah sengaja membulatkan mata, senyuman lebar di

bibir.

“Pandai ajelah kau ni! Mana ada aku jadi girlfriend Encik Iskandar. Kau jangan

nak buat andaian sendiri!” Balas Hafizah. Mukanya masih lagi terasa panas. Nasib

baiklah kulit dia tidak cerah seperti Aishah, kalau tidak sudah pasti merah padam.

“Eleh, eleh, malulah tu! Tu muka tu dah merah dah tu. Toksah tipulah Cik

Hafizah Mahat, ni Aishah tau!” Mengekek-ngekek Aishah ketawa. Seronok dia dapat

mengusik Hafizah yang sudah dianggap kawan baiknya.

Hafizah cepat-cepat menekup pipi dengan tangan. Nampak ke?

188

Page 189: Sebab Dikau

Bertambah besar ketawa Aishah melihat Hafizah kalut di usik begitu. Bukan

senang hendak melihat Hafizah kalut atau tersipu-sipu malu. Jadi, memang sah mereka

berdua ada apa-apa. Suka sangat Aishah dengan perkembangan terbaru itu.

Hafizah memang patut gembira. Dan Aishah lihat Encik Iskandar juga sudah

banyak berubah. Kalau dulu masam mencuka, sekarang sudah banyak tersenyum.

Kalau dulu kalau bukan Dato Rosli yang mengajak, jarang sangat Pengarah

Urusan itu hendak menjejakkan kaki ke masjid untuk solat Jumaat apatah lagi ke surau

kecil untuk solat lima waktu. Tapi sekarang, wajahnya mula jernih dan jarang sekali

meninggalkan solat Zuhur dan Asar di surau kecil itu.

Aishah tahu, ini semua hasil dorongan Hafizah. Dengan halus dia dapat

mengubah perangai Encik Iskandar. Aishah tahu Hafizah bukan seorang yang kuat

berleter. Dia tidak perlu itu semua. Cukup dengan perbuatannya yang selamba boleh

membuatkan orang lain malu dengan perangai tidak senonoh mereka.

“Jadi?” Soal Aishah lagi. Kedua-dua tangan menopang dagu, dengan sabar

menunggu cerita Hafizah.

“Tak ada apa-apa,” ujar Hafizah.

Aishah mengangkat kening. “Oi kawan! Ni Aishah lah. Tak payah nak sembunyi-

sembunyi. Nanti kalau nak keluar dua-dua lagi, aku tak nak tolong. Aku bagitau ustaz,

kau tak datang kelas sebab pergi dating,” Aishah mengugut. Dia melemparkan satu

senyuman yang cukup manis pada Hafizah.

“Ok Ok. Tak acilah main ugut macam ini!” Hafizah memuncungkan bibir

membuatkan Aishah tergelak besar. Ini satu perubahan besar. Mana pernah Hafizah

merajuk macam ini. Memang sah, gadis itu sudah digigit perasaan cinta!

189

Page 190: Sebab Dikau

Wajah Aishah berseri-seri. Siapa sangka Hafizah akan jatuh cinta. Syukur pada

Allah, akhirnya terbuka juga hatinya untuk menerima kasih dari seorang insan bernama

lelaki. Kadang-kadang Aishah rasa Hafizah terlalu dingin dengan lelaki. Bukan tidak ada

lelaki yang ingin mendekati tetapi sikap Hafizah yang kadang-kadang jinak-jinak merpati

membuatkan mereka tidak sabar. Jadi kasih yang baru hendak berputik, mati serta merta.

Selalu sangat Aishah lihat Hafizah menolak perasaan lelaki yang hendak

mendekatinya. Ada juga yang cuba dengan terang-terang hendak memikat, tapi Hafizah

selalu buat muka selamba. Buat-buat tidak faham. Kadang-kadang Aishah terfikir samada

betul Hafizah tidak faham atau sengaja buat-buat tidak faham. Bila ditanya, sahabat

baiknya itu akan senyum sahaja dan kata dia dengan si lelaki hanya kawan sahaja.

Selalu juga sikap Hafizah itu disalah erti. Ramai juga yang mengata Hafizah itu

gadis sombong, hanya sebab dia bersikap dingin dengan lelaki. Aishah tahu Hafizah

bukan dingin orangnya. Dia gadis yang sangat penyayang. Berapa ramai yang sanggup

berkorban bekerja, melupakan cita-cita dan kehendak sendiri demi untuk membesarkan

adik-adik? Mereka ini boleh dikira dengan jari saja! Bukankah pengorbanan yang besar

ini berlandaskan kasih sayang yang teguh? Melimpah ruah?

“Pasal apa kau senyum-senyum ni Shah? Nak mengata aku lah tu.” Teguran

Hafizah disambut Aishah dengan senyuman yang lebih lebar.

“Aku tengah tunggu cerita kau ni. Bila nak mula?” Aishah mengangkat kening.

“Aku nak ingat setiap perkataan yang keluar dari mulut kau. Mula dengan lari masuk

dalam kereta bila nampak aku malam tadi.” Dia menggosok-gosokkan tangan sambil

mulut lebar menyengih.

Hafizah menarik nafas panjang. Tiada ruang untuk dia bersembunyi lagi. Dari

190

Page 191: Sebab Dikau

mana hendak dimulakan? Dia memandang wajah rakannya cuba meraih simpati tapi tidak

berjaya. “Okay, nak mula dari mana tadi?”

Senyuman Aishah semakin lebar, “Mula dari masuk kereta..”

***

Iskandar menyandarkan badan ke sofa. Terasa penat sungguh dia hari ini. Satu

hari suntuk dia di luar bertemu pelanggan untuk tiga projek perumahan terbengkalai yang

baru di beri oleh kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Banyak kertas kerja

yang perlu di teliti. Bukan senang mengambil alih projek perumahan terbengkalai.

Terlalu banyak kerja.

Iskandar menekan dahi dengan jari. Kepalanya terasa berat. Bahu terasa sangat

sakit. Sejak pagi dari satu mesyuarat ke satu mesyuarat dia terpaksa hadiri. Hendak

makan tengahari pun tidak sempat. Jamah sahaja apa yang ada. Dia merehatkan kepala di

sofa. Briefcase yang dicampakkan di tepi di tolak lebih jauh. Tak sanggup rasanya

hendak membuka beg itu walaupun dia tahu banyak kertas kerja yang dia perlu baca

secepat mungkin.

Iskandar terus memicit dahi dengan jarinya. Denyut di kepala semakin menikam.

Dia melirik jam di tangan. Sudah pukul tujuh malam, maknanya sudah dua puluh minit

dia terduduk di sofa di ruang tamu di kondonya. Dia selesa bergelap dalam remang senja

macam ini. Apatah lagi angin sepoi yang melepasi tingkap french windows di ruang tamu

membelai tubuhnya yang hangat.

Walaupun rumah itu sedia dengan pendingin hawa, dia selesa dengan angin

191

Page 192: Sebab Dikau

petang yang menerjah masuk ke tingkat sebelas unit kondominium yang mengadap

padang kuda berdekatan. Iskandar mengerut dahi. Entah kenapa, dia terasa rumah itu

terlalu sepi. Kalau dulu dia suka dengan kesunyian seperti ini, sekarang dia terasa seperti

rasa kesunyian ini terlalu menyesakkan.

Iskandar memandang sekeliling rumah yang tersusun rapi. Sepi. Yang ada cuma

perabot-perabot kaku sebagai teman. Dia memejamkan mata lagi. Nafas di lepas

perlahan. Kosong. Sunyi. Mungkin inilah perasaan yang terbenam jauh di sudut hati.

Teman setianya hanyalah komputer riba, PDA dan telefon bimbit yang diusung ke mana

sahaja dia pergi. Alat elektronik yang sangat setia kala bekerja. Diam bila dimarah dan

tidak tahu menjawab balik. Tidak seperti manusia yang sentiasa dikawal emosi. Menjerit

kala marah, menangis kala sedih. Tidak seperti Hafizah. Ahh.. Hafizah, Iskandar

tersenyum.

Hafizah yang tidak pernah merungut walaupun diberi kerja yang menimbun, tidak

marah ketika terpaksa menemankan dia walaupun diberitahu lewat. Macam-macam

pernah dia buat untuk membuat si gadis marah tapi gadis itu tetap dengan muka

selambanya. Hanya bila dia sudah terlalu tertekan barulah nampak gadis itu memberi

reaksi.

Iskandar sudah biasa dengan gadis yang emosional. Dia senang dengan gadis

yang manja dan pandai bermain dengan lirikan mata. Sangat memikat. Di tambah pula

selalunya gadis manja pandai bergurau, dapat pula meringankan beban seketika. Tetapi

yang manja ini sering pula merajuk. Iskandar tidak pernah kisah kalau terpaksa memujuk.

Alah, itu semua hal-hal kecil, tapi kalau sudah terlalu kerap merajuk, terasa bosan juga.

Begitu juga bila dengan Nurul Huda. Nampak sahaja wanita berkarier dan pandai

192

Page 193: Sebab Dikau

berdikari, tapi sering juga merajuk.

Mula-mula dulu kelam kabut juga dia bila Nurul Huda selalu merajuk tetapi bak

kata orang alah bisa tegal biasa. Lama-lama dia pujuk ala kadar sehinggalah Nurul Huda

terus bertindak memutuskan hubungan. Entahlah.. Iskandar menarik nafas panjang lagi.

Hafizah tidak seperti Nurul Huda. Dia juga tidak seperti gadis yang lain. Tidak pernah

ketika mereka bersama, Hafizah menunjukkan reaksi merajuk panjang. Mungkin ada

sekali sekala tapi tidak pernah dia menarik muka masam terlalu lama.

Kadang-kadang Iskandar rasa seperti dia yang banyak merajuk. Dia yang manja

apabila dengan Hafizah. Walaupun tidak secara langsung, Iskandar terasa dia yang

dijaga, dimanja. Seronok juga bila dimanja seperti itu. Iskandar tersenyum lagi. Hafizah

memang lain dari yang lain.Kalau gadis biasa, sudah tentu membalas atau menangis bila

digertak tetapi Hafizah lain. Dia tidak marah, dia tidak menangis. Sebaliknya dia akan

buat tidak tahu dengan arahan yang dirasakan tidak munasabah. Hafizah memang…

memang… unik.

Lepas menghantar Hafizah pulang malam tadi, Iskandar terus menelefon umi dan

ayah. Ada hal untuk diberitahu. Kasihan ayah dan umi yang terpaksa menunggu dia

pulang lebih kurang jam sebelas setengah malam, tapi dia sudah berjanji dengan Hafizah

untuk berterus terang dengan keluarga mengenai hubungan yang sudah tidak ada antara

dia dengan Nurul Huda.

“Maafkan Is sebab buat umi dengan ayah tunggu lewat malam macam ni. Tapi Is

ada hal nak beritahu umi dan ayah,” ujar Iskandar apabila mereka tiga sekeluarga sudah

duduk diruang tamu. Zulkarnain keluar dengan kawan-kawannya dan masih belum

pulang lagi. Iskandar duduk di hujung sofa. Kedua-dua sikunya ditekan di atas lutut.

193

Page 194: Sebab Dikau

Kepala tertunduk sedikit. Hanya matanya memandang ayah dan umi yang tersenyum.

Walaupun bibir mengukir senyuman, Iskandar tahu di hati kedua-dua mereka itu

resah dan berteka-teki. Entah berita apa yang akan disampaikan oleh anak tersayang.

Berita baik atau sebaliknya?

Iskandar turut tersenyum. Di dalam hati dia gembira sangat kerana dibesarkan di

dalam keluarga yang saling sayang menyayangi dan faham memahami.

“Tak apalah Is. Cakaplah apa nak cakap. Ayah dengan umi sedia mendengar.

Masalah kerja ke masalah peribadi?” Dato Rosli membuka bicara.

Iskandar tersenyum hambar. Bila difikir-fikir, terasa lucu juga keadaan mereka

bertiga. Bukanlah berita tergempar yang menentukan hidup atau mati dirinya. Cuma

kisah dia putus cinta. “Sebenarnya umi, ayah, Is memang ada berita hendak beritahu ayah

dengan umi. Emm.. bukanlah berita besar.. tapi..” Iskandar diam.

“Laa.. kamu ni macamana? Kalau nak beritahu, biar habis. Jangan dah buat

separuh jalan, lepas tu tinggalkan kami tertanya-tanya macam ni,” lembut suara Datin

Rahimah memujuk. Hatinya mula gelisah. Kenapa dengan anak terunanya ini?

Iskandar terus tersengih macam kerang busuk. “Is cuma hendak bagitahu ayah

dengan umi yang err.. Is dengan Nurul Huda tidak jadi kahwin.” Nah! Rahsia sudah

diberitahu. Iskandar menarik nafas lega.

Datin Rahimah menghela nafas panjang. Dia juga lega. Bukan masalah penyakit

yang membawa maut. Bukan juga berubah hati hendak berhenti kerja. Bukan juga anak

teruna yang sulung ini mahu mengikuti jejak langkah adiknya membawa hati yang lara ke

luar negara. Ataupun…

“Kamu sedih ke Is? Kamu nak cuti ke? Nak pergi jalan-jalan luar negara?”

194

Page 195: Sebab Dikau

Bertalu-talu soalan keluar dari mulut Datin Rahimah. Dahinya berkerut. Hatinya resah

sekali lagi. Dengan perlahan dia menggenggam kain kaftan sutera berwarna biru laut.

Tabiat ketika dia resah.

“Kamu hendak ambil cuti Is?” Dato Rosli pula bersuara. Dengan perlahan dia

menarik tangan kanan isterinya lalu digenggam mesra. Isyarat memujuk isteri tersayang

supaya tenang.

“Is tak ada apa-apa ayah umi. Sebenarnya dah berbulan Is berpisah dengan Nurul

Huda tapi tak sampai hati nak beritahu pada ayah dengan umi,” balas Iskandar tenang.

“Kenapa pula?” Tanya Dato Rosli lagi.

“Sebab ayah dengan umi macam gembira sangat dan tak sabar-sabar nak tengok

kami bersanding. Rasa ralat pula nak beritahu.”

“Memanglah kami kalau boleh nak kamu berdua berkahwin, tapi kalau sudah

tidak ada jodoh, takkan kami nak paksa pula,” balas Dato Rosli. Isteri yang duduk di

sebelah hanya mengangguk kepala.

“Iya Is. Walaupun umi memang suka kalau Is kahwin dengan Nurul Huda, tapi

kalau tak ada jodoh nak buat macamana?” Lega. Sungguh lega Datin Rahimah melihat

Iskandar yang cukup tenang memberitahu tentang pemutusan hubungan dia dengan Nurul

Huda. “Cuma umi terkilan sikitlah..”

“Terkilan apa umi?” Tanya Iskandar. Dia memandang tepat wajah uminya.

“Terkilan yang kamu tak percaya pada kami,” balas Datin Rahimah tenang.

“Walaupun umi tak suka nak campur urusan peribadi kamu atau adik kamu, kita tetap

satu keluarga. Kalau ada apa-apa hal yang penting, umi nak kamu berterus terang sahaja.

Tentang hal kamu dengan Nurul Huda, adalah hal peribadi kamu berdua.”

195

Page 196: Sebab Dikau

“Lagipun kami sebagai orang tua tak suka campur urusan anak-anak, tapi kami

orang yang berpengalaman. Lebih dahulu makan garam dari kamu. Kamu tak perlu

susah-susah peningkan kepala untuk berfikir, angkat saja telefon dail nombor rumah ni,

apa jenis nasihat umi dengan ayah boleh bagi.”

Iskandar hanya menundukkan kepala. Aduh! Tidak pasal-pasal kena bebel dengan

umi. Bukan sebab kerana berpisah dengan Nurul Huda tetapi kerana tidak memberitahu

mereka awal-awal. Apa lagi yang dia boleh buat. Diam dan dengar sahajalah bebelan

umi.

“Kalau tak keberatan, boleh ayah tahu kenapa kamu berpisah dengan Nurul

Huda?”

“Hmm.. rasanya dia sudah jumpa dengan orang yang lebih baik dari saya, ayah.”

Iskandar mengangkat muka memandang wajah ayahnya yang masih lagi nampak segar

walaupun sudah lewat malam.

“Habis tu, kamu diam sahaja? Tidak berusaha nak menang hati Nurul Huda

balik?” Datin Rahimah yang awalnya rasa resah menunggu awal tadi seolah-olah

menerima semangat baru. Geram juga hatinya bila hajat hendak bermenantukan Nurul

Huda tidak kesampaian. Geram lagi bila anak teruna bersikap pengecut. Tidak mahu

mencuba dan membiarkan sahaja kekasih hati dikebas orang.

“Usaha tu ada juga umi, tapi rasanya tak berbaloi. Nurul Huda tu nampak sahaja

lembut orangnya tapi hatinya sekeras batu. Kami rasa ini yang terbaik untuk kami,”

jawab Iskandar.

“Bull…!!”

“Imah!” Dato Rosli terjerit kecil. Terperanjat mendengar perkataan yang tidak

196

Page 197: Sebab Dikau

habis keluar dari mulut isterinya.

“Umi!” Serentak Iskandar mengangkat kepala memandang uminya. Kagum.

“Nonsense!!” Datin Rahimah mengangkat bahu. “Apa? Ingat umi ni innocent

sangat? Umi pun pernah belajar di overseas dulu.” Dia lantas bangun. “Umi hendak

masuk tidur.”

Iskandar tersenyum mengenangkan adegan malam tadi. Kepalanya semakin

berdenyut. Ada sedikit terasa loya di tekak. Nampak gaya dia sudah kena migraine.

Alangkah enaknya kalau umi ada, tentu dia boleh tolong picit dahi dan urut bahu. Tapi

umi menemankan ayah ke Singapura atas urusan yang lain. Iskandar terus menyandarkan

kepala di sofa.

Dalam kesakitan menanggung denyutan, Iskandar terbayang jari-jari halus

memicit mengurangkan denyutan yang semakin menikam. Berangan yang dia sedang

baring di atas katil menikmati urutan lembut dari jari umi. Terbayang wajah umi yang

lembut dan sentiasa tersenyum.

Perlahan-lahan bayangan wajah umi bertukar. Bukan umi yang memicit lembut

dahinya tapi seorang gadis bertudung berwajah selamba. Bibir langsung tidak

menguntum senyuman tapi Iskandar tahu gadis itu gembira. Sangat gembira. Sinar

matanya bercahaya. Dan gadis itu juga membuatkan dia gembira. Walaupun keindahan

senyuman hati hanya terpancar di mata.

Iskandar terlentok terlena di atas sofa. Hanya bayang-bayang gadis bertudung

menjadi peneman tidur. Suara muazzin melaungkan azan Maghrib sayup-sayup di bawa

angin senja. Lena Iskandar semakin dalam…

197

Page 198: Sebab Dikau

19.

Jeritan telefon bimbit membuatkan Iskandar terjaga dari tidur. Kepalanya yang

berdenyut-denyut dari semalam bertambah sakit. Dengan lemah dia meraba telefon

bimbit yang terperosok di tepi sofa, tapi belum sempat dia menekan punat hijau,

panggilan terputus.

Three missed calls tertera di LCD. Iskandar mengerutkan dahi. Tiga? Kenapa dia

tidak mendengar telefon bimbitnya berbunyi. Dia mengurut dahi dengan tangan kiri.

Kepalanya sakit seolah-olah hendak pecah. Bahunya juga terasa sangat sengal. Dan

kenapa dia masih lagi berpakaian semalam? Dia tertidur di sofa kah?

Toot toot! Sekali lagi telefon bimbit itu berbunyi. Kepalanya seakan akan

bergegar mengikut rentak bunyi telefon bimbit. Segera Iskandar menekan punat hijau dan

menjawab panggilan.

“Hello! Encik Iskandar?” Cemas suara di corong telefon.

“Ada apa Fiza?” Lemah Iskandar menjawab. Dia tersandar kembali ke sofa.

Matanya terpejam rapat, dahi berkerut menahan denyut di kepala. Tekaknya terasa sangat

kering. Hendak telan air liur pun terasa sakit. Kenapa panas sangat dalam rumah ini?

“Encik Iskandar di mana? Dah tiga kali saya call handset Encik Iskandar, tapi tak

jawab,” ujar Hafizah. Dia melirik pada jam dinding tidak jauh dari tempat duduknya.

Sudah pukul sepuluh empat puluh lima pagi. Hatinya bimbang bila Iskandar masih tidak

masuk pejabat apabila jam sudah menunjukkan hampir pukul sebelas pagi.

Selalunya Iskandar antara orang yang terawal tiba di pejabat walaupun hari

dimana Iskandar tiada janjitemu seperti hari ini. Dia telah berpesan kepada Hafiza supaya

mengosongkan jadual hari ini kerana hendak menghabiskan masa meneliti kertas kerja

198

Page 199: Sebab Dikau

untuk beberapa projek perumahan terbengkalai yang baru diterima daripada Kementerian

Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

“Fiza, saya rasa, saya tidak sihat hari ini. Kepala saya sakit sangat,” suara

Iskandar semakin lemah kedengaran di corong telefon. “Tapi saya banyak kerja yang nak

diselesaikan.”

“Em… kalau macam tu Encik Iskandar tak perlulah masuk pejabat. Saya akan

inform staff yang Encik Iskandar tidak sihat…”

“Tak boleh. Ayah saya tak ada. Saya kena pergi pejabat juga. Banyak kerja saya

yang pending,” balas Iskandar pantas. Dia cuba bangun dari sofa, tapi tiba-tiba dirasakan

dunianya bergoyang. Macam gempa bumi. Ke kiri dan ke kanan.

“Tak apa Encik Iskandar. Rasanya hari ini tak ada apa-apa yang penting. Cuma

kertas kerja untuk projek perumahan terbengkalai itu sahaja. Kak Zaharah pun kata Dato

Rosli tak ada kerja yang pending. Hari ini kami semua buat kerja rutin,” balas Hafizah

cuba memujuk.

“Kertas kerja ni penting, saya perlu teliti…”

“Encik Nordin ada,” cepat-cepat Hafizah memotong. Dia tahu Iskandar suka

membuat semua kerja sendiri tapi apa guna ada pekerja-pekerja bawahan sekiranya

mereka tidak boleh menolong. “Encik Nordin kan project manager, dia boleh tolong

tengokkan kertas kerja itu, lepas tu dia boleh brief Encik Iskandar.”

Lama Iskandar diam. Betul juga kata Hafizah. Dia terasa sangat lemah. Hendak

bangun pun tak larat apatah lagi hendak membaca kertas kerja yang berhelai-helai

banyaknya. Itu belum lagi plan-plan tapak projek yang bergulung-gulung. “Baiklah, awak

minta Nordin datang rumah saya ambil kertas kerja ini dengan plan sekali. Em… awak

199

Page 200: Sebab Dikau

datang sekali ye,” lembut suara Iskandar meminta. Manja. Dia tersenyum. Bila lagi?

Tengah sakit inilah boleh demand.

Terkejut Hafizah mendengar permintaan Iskandar. Sudah hilang akal agaknya

dia?! Perlu apa dia ke sana?

Sebelum sempat Hafizah meluahkan apa yang dirasakan di dalam hati kala itu,

Iskandar bersuara. “Saya tak larat nak bangunlah Fiza, makan pun belum lagi. Awak

masaklah bubur untuk saya. Kalau umi saya ada, sudah tentu dia masakkan untuk saya.”

Hafizah mengetap bibir. Mengada-ngada pula orang tua ini, fikirnya. Dia bukan

uminya. Dia jarang menanak bubur nasi kecuali jika Hafizi atau Hafifi demam dan tidak

ada selera untuk makan.Itu pun susah betul dia hendak menyuruh dua beradik itu

menyuap nasi ke mulut.

“Tak payahlah Encik Iskandar. Nanti saya minta Encik Nordin belikan bubur nasi

bungkus. Lagipun kerja-kerja lain di pejabat ini saya kena bereskan. Tak bolehlah nak

harapkan Kak Zaharah seorang,” jawab Hafizah. Dia masih lagi berbahasa.

“Hmm… kalau macam tu tak apalah. Awak beritahu Nordin, suruh dia call

handset saya, Ok.” Ada nada rajuk di hujung talian.

Sebelum sempat Hafizah menjawab, talian terus dimatikan. Dia mendengus.

Macam budak kecil. Merajuk bila tidak dapat apa yang dia kehendaki. Permintaan yang

bukan-bukan pula tu. Bukan dia tidak ada belas di hati. Kasihan juga bila mendengar

rengekan Iskandar apatah lagi bila dia kata dia masih belum makan, tapi itu bukan alasan

untuk menemankan Iskandar tanpa teman. Itu bertentangan dengan agama. Siapa mereka

untuk berdua-duaan begitu? Langsung tiada apa-apa ikatan yang halal. Kalau di tempat

awam mungkin tidak terlalu ketara, tapi ini dirumah, sia-sia aje kalau kena cekup dengan

200

Page 201: Sebab Dikau

pegawai agama Islam.

Hafizah beristighfar. Tidak senonoh sungguh memikirkan yang bukan-bukan.

Hukum Allah bukan tentu tempat. Yang salah tetap salah walau di manapun dia

dilakukan. Ya Allah, sesungguhnya aku insan yang lemah. Hafizah meneruskan kerja

yang terbengkalai. Dia sedang membuat salinan fotokopi di mesin bila telefon di mejanya

berdering. Terus dia berlari-lari anak dan mencapai gagang telefon.

“Hello.”

“Fiza! Saya ni Nordin.”

“Ya Encik Nordin, Ada apa?”

“Saya kat bawah tunggu awak dengan Aishah. Cepatlah turun, kita pergi rumah

Encik Iskandar.”

Hafizah telan air liur. Sudah sah gila majikannya kini. Tidak berjaya memujuk

dia, di gunakan Nordin sebagai orang tengah. “Err… saya tak pergi Encik Nordin. Dia

kata suruh Encik Nordin seorang sahaja yang pergi,” bergetar suara Hafizah menahan

emosinya. Geram, kesal silih berganti.

“Eh, itu bukan arahan yang saya terima. Dia specifically mintak you dengan

Aishah datang sekali. You, sebab dia nak dictate beberapa correspondences dan Aishah

sebab dia nak minta she do some costing untuk projek terbengkalai tu,” tinggi sedikit

kedengaran suara Nordin. Mungkin dia sudah tidak sabar-sabar hendak melihat kertas

kerja yang ada pada Iskandar.

Semakin bengkak rasa di hati Hafizah mendengar kata-kata Encik Nordin. Kali ini

dia sudah berdiri bercekak pinggang. Elok sahaja dia hendak menjawab kata-kata Encik

Nordin, Aishah sudah datang arahnya sambil menjinjing beg. Hafizah mengangkat

201

Page 202: Sebab Dikau

kening.

Aishah hanya tersengih. Hafizah terperangkap. Hendak tidak hendak terpaksa dia

menurut arahan. “Er... baiklah Encik Nordin, sebentar lagi kami turun,” jawabnya lalu

meletakkan gagang telefon.

“Dah gila agaknya orang tua tu?!” Suara Hafizah mula meninggi. Jarang sekali

dia menaikkan suara, tapi dia rasa perbuatan Iskandar sudah melampau. Dia mendengus.

Tangannya pantas memasukkan buku, pen dan beberapa alatan yang diperlukan ke dalam

beg tangannya. Mujur beg itu besar juga, muat segala yang diperlukan.

“Sabar ajelah Fiza, dah kita ni orang bawahan, ikut sahajalah,” balas Aishah. Dia

masih lagi tersengih melihat Hafizah yang agak kelam kabut memasukkan barang ke

dalam beg, mematikan komputer dan memastikan kertas-kertas di atas meja di masukkan

ke dalam laci lalu dikunci.

“Orang bawahan saja, samalah dengan kuli,” tempelak Hafizah. Walaupun

hatinya terbakar, dia masih lagi berupaya menahan nada suara daripada meninggi. Aishah

yang berdiri di sebelahnya terus tersengih. Bertambah geram Hafizah dibuatnya.

“Dahlah, jom. Nanti bising Encik Nordin tunggu kita kat bawah. Belum lagi buah

hati yang menunggu di rumah,” mengekek-ngekek Aishah ketawa geli hati dengan usikan

dia sendiri. Bertambah masam muka Hafizah mendengar usikan Aishah tapi dia tidak

kuasa hendak membalasnya.

“Dah bagi tahu kak Zaharah apa tugas istimewa kita hari ini?”

Aishah tersengih. “Sudah. Aku dah inform dia bagi pihak kita bertiga. Tugas kita

sekarang ini cuma pergi beli makanan untuk makan tengahari dan bekerja di rumah Encik

Iskandar. Tugas kau, masak bubur nasi untuk…”

202

Page 203: Sebab Dikau

“Untuk tuan besar!”

Dengan geram Hafizah menyentak beg tangannya dan langsung menarik tangan

Aishah. Berderai tawa Aishah dengan perlakuan sahabat baiknya itu. Dia membuntuti

Hafizah turun ke tingkat bawah.

Di dalam kereta, cuma Aishah dan Encik Nordin yang banyak bercerita. Hafizah

yang sengaja duduk di tempat duduk belakang hanya membatukan diri. Dia malas hendak

berborak.

Hatinya masih lagi mendongkol geramkan perbuatan Iskandar. Tapi di dalam

geram itu, terselit satu perasaan yang dia sendiri sukar untuk menafsirkan. Tapi satu yang

pasti, dia sakit hati diperlakukan seperti budak-budak hingusan. Tidak dapat memujuk,

menggunakan orang lain untuk memerangkap. Taktik kotor sungguh. Kadang-kadang

Hafizah sendiri tidak faham dengan perasaannya. Ada geram, ada gembira, ada sedih, ada

juga gugup apabila berdepan dengan Iskandar. Bukan setakat berdepan, sebut nama

Iskandar sahaja, hatinya sudah berdebar-debar.

Lelaki itu senang sungguh menyakitkan hatinya tapi adakala lelaki itu dapat

menggembirakan dia. Kadang-kadang dia mahu lari dari bertemu dengan lelaki itu, tapi

mana mungkin, pekerjaannya itu sudah cukup merapatkan mereka. Bila Iskandar ada,

lelaki itu sering buat dia makan hati dengan mood nya yang sering berubah, tapi bila satu

hari tidak berjumpa, menyelinap pula perasaan rindu terhadapnya. Hafizah sering

berdalih pada diri sendiri bahawa dia tidak rindu pada Iskandar, hanya... hanya apa ye

kalau bukan rindu?

“Betul tak, Fiza?”

Pertanyaan tiba-tiba dari Aishah mematikan lamunan Hafizah. Dia terpinga-pinga.

203

Page 204: Sebab Dikau

“Hah, apa dia?”

“Eh! Mengelamun pula dia. Encik Nordin tanya kita tak belikan makanan untuk

Encik Iskandar ke?” Ada elemen usikan di dalam pertanyaan itu. Hafizah memerhatikan

riak muka Aishah di dalam cermin kiri kereta Wira Encik Nordin. Aishah tersengih

membalas renungan Hafizah. Hish! Kalau tidak mengusik tidak sah si Aishah ini,

getusnya di dalam hati.

“Ha ah, tapi Aishah kata, suruh tanya Fiza, sebab you setiausaha Encik Iskandar,”

balas Nordin pula. Lelaki itu seperti tidak faham maksud yang tersirat di dalam setiap

baris ayat yang keluar dari mulut Aishah.

“Saya pun tidak berapa tahu sangat Encik Nordin. Apa kata kita beli bungkus aje

bubur nasi. Beli sekali makanan untuk kita, nanti kita pulak tidak sempat nak makan

tengahari,” balas Hafizah.

“Tak lambat ke nanti?” Tanya Nordin lagi. Kepalanya tegak sahaja mengadap

jalan di hadapan.

“Tak apa, kalau lambat sedikit. Nanti kalau dah buat kerja di rumah Encik

Iskandar, langsung kita tak sempat pula hendak makan tengahari.” Biar lambat. Biar

lelaki itu tunggu mereka.

Nordin menganggukkan kepala mengiyakan cadangan Hafizah. Dia memberi

isyarat ke kiri lalu berhenti di di medan selera yang berhampiran.

Mencari tempat meletak kereta ketika ini tidak menjadi masalah kerana pekerja-

pekerja pejabat belum keluar untuk makan tengahari, tetapi penjual-penjual makanan

sudah mula mengatur lauk-pauk di atas para.

Terliur juga melihat pelbagai jenis lauk yang terhidang di hadapan mata. Apatah

204

Page 205: Sebab Dikau

lagi semuanya masih baru keluar dari kuali atau periuk. Hafizah membiarkan Aishah dan

Nordin membeli nasi dan memilih lauk untuk mereka bertiga, manakala dia mencari

kedai yang menjual bubur nasi.

Hampir seluruh medan selera dijelajahi, namun tidak ada satu pun kedai yang

menjual bubur nasi. Kalau ada pun mereka hanya menjual waktu pagi atau lewat petang.

“Maaf lah kak, kami jual bubur waktu petang hingga malam sahaja,” kata pemuda

yang menjaga kedai makanan di hujung medan selera sambil tersengih. Hafizah

mengucapkan terima kasih lalu berjalan kembali ke tempat di mana Aishah dan Encik

Nordin sedang menunggu.

“Tak ada langsung?” Tanya Aishah apabila dilihatnya Hafizah berjalan tangan

kosong ke arah mereka.

“Tak adalah. Samada jual waktu pagi atau petang,” jawab Hafizah. Bintik-bintik

peluh sudah mula keluar di dahi. Panahan matahari tengahari semakin menikam.

“Macamana pulak ni. Boleh ke Encik Iskandar telan nasi?” Tanya Nordin pula. Di

tangannya penuh dengan beg plastik berisi polysterene bungkusan nasi dan lauk-pauk.

Hafizah menarik nafas dalam. Tidak ada jalan lain. “Tak apalah, saya pergi ke

kedai runcit seberang jalan tu, cari telur masin dan beli benda basah sikit. Boleh buat

bubur,” jawabnya lemah. Cuma harap di rumah Iskandar itu ada beras.

Selesai membeli apa yang patut di kedai runcit seberang jalan, mereka bertiga

meneruskan perjalanan ke Kampung Pandan. Setelah berurusan ala kadar dengan

pengawal keselamatan di rumah pengawal, Nordin terus meletakkan kereta di tempat

letak kereta pelawat dan terus masuk ke dalam bangunan.

Di dalam lif ke tingkat sebelas, mereka bertiga tidak banyak bercakap. Masing-

205

Page 206: Sebab Dikau

masing melayan perasaan sendiri sehinggalah mereka semua berdiri di hadapan pintu unit

kondo Iskandar.

Encik Nordin terus menekan loceng rumah. Selang beberapa minit pintu dibuka

oleh seorang lelaki yang kusut masai. Rambut tidak terurus dan baju kemeja sudah kedut

seribu. Lengan baju terlipat hingga ke siku dan ekor baju terkeluar dari sisipan di seluar.

“Masuklah,” ujar Iskandar lemah mempersilaan tetamu-tetamunya masuk setelah

membuka pintu gril rumah. Kepalanya masih lagi berdenyut tapi tidaklah sehebat pagi

tadi. Dia tertidur kembali setelah menelefon Nordin tadi dan hanya terjaga apabila loceng

rumah dibunyikan.

“Nampak teruk demam Encik Iskandar ni. Tak pergi klinik ke?” Tanya Aishah

setelah meletakkan bungkusan-bungkusan nasi di atas meja makan. Dia menguis-nguis

segala macam fail dan kertas yang bertaburan di atas meja lalu dibiarkan berlambak di

bucu kiri. Hafizah yang di sebelahnya hanya diam. Matanya liar memandang sekeliling

rumah.

Dia memerhatikan keadaan rumah Iskandar. Bersih dan tersusun. Memanglah

Iskandar seorang yang pembersih dan teratur orangnya. Selain dari kertas yang berselerak

di atas meja makan tiada apa yang bersepah di dalam rumah tersebut.

Lantai marble yang disaluti karpet mahal di tempat-tempat strategik tetap bersih

dipijak kaki. Tidak melekit. Susun atur barang-barang hiasan kemas dan tidak berhabuk.

Rumah itupun berbau.. emm wangi. Setelah berbulan-bulan menjadi setiausaha, Hafizah

tahu Iskandar memang tidak suka tempatnya berselerak.

“Tak larat nak jalan pergi klinik lah Aishah, telan penadol aje,” balas Iskandar.

Dia melirik pada Hafizah yang sedang memerhatikan susun atur rumahnya. Iskandar

206

Page 207: Sebab Dikau

tersenyum. Bangga. Baru kau tahu aku bukan seperti kebanyakan lelaki bujang.

“Mana elok telan penadol dengan perut kosong Encik Iskandar,” balas Aishah.

“Dah tak tahan Aishah, sebab itu saya minta Fiza datang masakkan bubur untuk

saya,” balas Iskandar. Dia merenung wajah Hafizah yang sedikit terperanjat mendengar

pengakuan terbuka darinya. Semakin lebar senyum Aishah.

Encik Nordin yang diam sedari tadi berdehem. Dia tersenyum kecil. “Oh! Minta

masak rupanya. Nasib Encik Iskandar baiklah nampaknya hari ini, kalau tidak makan

bubur nasi bungkus sajalah.”

Iskandar mengangkat kening. Matanya walaupun sedikit kuyu keletihan tetap

bersinar.

“Tadi ingat nak belikan bubur nasi bungkus aje, tapi pusing satu medan selera tak

jumpa. Terpaksalah Cik Hafizah kita ni beli barang-barang basah, kena masak bubur nasi

istimewa untuk Encik Iskandar,” usik Nordin. Ada udang sebalik batu rupanya. Apa

salahnya, masing-masing bujang, tidak seperti aku yang sudah beristeri dan beranak tiga.

Senyum di bibir semakin lebar. Alhamdulillah.

Iskandar ketawa besar mendengar cerita Nordin. Dia mengerling kepada Hafizah

yang terkulat-kulat menjadi bahan usikan. Aishah yang berdiri di sebelahnya hanya

tersengih.

“Jangan kuat sangat ketawa Encik Iskandar, nanti bertambah sakit kepala tu,”

Hafizah memberi amaran membuatkan Iskandar terus ketawa.

“Okaylah, memang makin berdenyut kepala saya ni. Tak larat dah saya berdiri.

Mari kita duduk di sini dan mulakan sementara Hafizah masakkan bubur nasi saya,” kata

Iskandar. Dia menghenyakkan punggung di atas sofa lalu memicit dahinya.

207

Page 208: Sebab Dikau

“Encik Iskandar dengan Encik Nordin mulakan dulu, biar saya tolong Hafizah di

dapur,” balas Aishah.

“Eh! Saya perlukan awak juga Aishah, kita kena kira costing yang kita kena

belanja untuk projek ini. Saya tak larat nak buat sorang-sorang, tengok nombor pun dah

bercelaru. Hafizah boleh buat sendiri, kan Fiza?” Iskandar melirik ke arah Hafizah yang

masih tercegat di ruang makan.

Hafizah mengecilkan matanya. Dia tahu Iskandar sengaja hendak

mengenakannya. “Boleh, saya boleh buat sendiri. Aishah tak perlu tolong saya,” balas

Hafizah lalu terus berlalu menuju ke dapur sambil menjinjing beg plastik yang berisi

barang-barang basah yang dibeli di kedai runcit tadi.

Iskandar memerhatikan rentak kaki Hafizah berlalu ke dapur. Terselit juga

perasaan kasihan membuli Hafizah tapi dia tidak dapat hendak mengawal perasaannya.

Tiap kali dia melihat wanita itu, perasaan hendak mengusik sentiasa melonjak

tinggi. Hendak menguji sejauh mana dia boleh tahan di usik. Nampak gaya memang

Hafizah tahan lasak. Buat lah, usiklah apa sahaja dia tidak akan melawan dengan kata. Itu

yang menjadi penambah perisa untuk Iskandar terus mengusik. Dia hendak tahu apa yang

akan Hafizah lakukan untuk membalas usikannya.

“Oklah ni Encik Iskandar. Projek ni rasanya tak susah sangat. Kita kena teruskan

aje. Mungkin kita boleh kurangkan kos pembuatan..”

Tanpa Iskandar sedari, Nordin sudah mula meneliti kertas kerja dan foto-foto

yang bertaburan di atas meja kopi. Aishah pun sudah mula membelek satu-persatu

financial sheet tentang projek perumahan tersebut.

Iskandar menarik nafas panjang. Kepalanya mungkin masih lagi berdenyut, tapi

208

Page 209: Sebab Dikau

hatinya sudah mula berbunga gembira. “Itu yang saya rasa, kita boleh siapkan projek ni

dalam masa setahun sahaja. Foundation semua dah siap, yang lain tu cuma cosmetic

sahaja,” Dia tersenyum lagi.

Iskandar tidak tahu berapa lama mereka duduk berbincang bertiga dan bila

agaknya air oren dalam jag di hadapan mereka bertambah.

Nordin yang duduk di sebelahnya sudah mula menggeliat ke kiri dan ke kanan

membetulkan urat-urat yang bersimpul. Cuma Aishah sahaja yang masih lagi tekun

membuat kira-kira untuk tiga projek perumahan terbengkalai yang diterima.

Iskandar turut menggeliat. Matanya tertancap ke arah meja makan yang sudah di

penuhi dengan pinggan-pinggan berisi lauk pauk yang masih lagi berasap.

Satu mangkuk besar bubur nasi juga ada di atas meja. Entah bila Hafizah selesai

memasak dan memanaskan lauk pauk dia tidak sedar. Dia menelengkan kepala cuba

mengintai ruang dapur. Eh! Tak ada pula, ke mana dia?

“Fiza di bilik air,” ujar Aishah.

Terkulat-kulat Iskandar memandang Aishah tapi gadis itu masih lagi menekan-

nekan butang kalkulator membuat kira-kira. Wajahnya selamba. Nordin yang duduk di

sebelahnya turut hairan.

“Ada magic ke kau ni Shah? Orang tak tanya lagi kau dah tahu jawapannya,” soal

Nordin mengusik.

Aishah mengangkat kepala. Dia turut tersengih. Pandangannya di alihkan pada

Iskandar. “Fiza nak solat tu, Encik Iskandar tunjukkanlah kiblat kat mana, lepas dia saya

pulak nak solat zohor,” katanya.

Elok sahaja Aishah habis berkata-kata, tersembol Hafizah keluar dari bilik air.

209

Page 210: Sebab Dikau

Bintik-bintik air masih lagi berbekas di wajahnya. Tudungnya basah dengan percikan air

wuduk. “Encik Iskandar,” serunya.

Iskandar yang masih lagi memerhatikan wajah Aishah memalingkan muka

memandang Hafizah.

“Boleh tunjukkan kiblat?”

Perlahan-lahan Iskandar bangun dari sofa. Matanya beralih pada wajah Aishah

yang masih lagi tersenyum.

“Ajaib betul kau Aishah,” katanya perlahan lalu berjalan menuju ke bilik ke dua

untuk menunjukkan arah kiblat kepada Hafizah yang masih lagi setia menunggu di muka

pintu bilik air.

210

Page 211: Sebab Dikau

20.

Entah mengapa sejak akhir-akhir ini, Hafizah rasa hatinya terlalu senang, ringan

dan.. sering rindu. Dia sendiri tidak faham dengan perasaannya. Senang hati mungkin

sebab kerja-kerja di pejabat semakin ringan, setelah beberapa bulan bertungkus lumus

mengemaskini fail-fail syarikat. Tapi, rindu? Itu satu perasaan yang dia sendiri tidak tahu

di mana akhirnya. Puncanya mungkin dia tahu dari mana datangnya. Di balik pintu

pejabat di sebelahnya. Seorang lelaki yang begitu selamba tapi moody. Seorang yang

bekerja keras tetapi tetap pandai meluangkan masa untuk bergurau. Tegas pada masanya

dan kadang-kadang manja tidak tentu tempat. Lelaki itu terlalu banyak kontradiksi.

Mungkin benar kata Aishah. Dia sudah tertarik kepada Iskandar. Tapi, dia malu

sendiri. Mereka ibarat langit dan bumi. Pipit dengan enggang. Mana mungkin boleh

bersama. Kehidupan mereka terlalu jauh berjarak. Yang satu sentiasa bermandikan

kesenangan dan yang satu sentiasa dalam kesempitan. Ah! Aku yang jauh berangan,

bermain dengan perasaan sendiri, sedangkan orang itu langsung tiada perasaan apa-apa

terhadap aku, getus Hafiza. Dia menarik nafas panjang dan tersenyum sendiri.

Interkom di meja Hafiza berbunyi. Dia memicit punat. “Ya bos?”

“Free tak hari ini?” suara Iskandar bergema di corong interkom.

Hafiza membuka buku berkulit keras di hadapannya. “Bos free hari ini. Tak ada

appointment.”

Iskandar ketawa kecil. “Bukan sayalah, awak.”

“Hah?”

“Kalau awak tak ada appointment dengan Aishah, kita keluar lunch sama hari

ini.”

211

Page 212: Sebab Dikau

Hafizah hampir tersedak. Hatinya berbolak-balik. Kalau diikutkan memang dia

senang menerima perlawaan Iskandar, tapi…

“So? Saya tunggu ni?” Bergema lagi suara Iskandar di corong interkom.

“Err… Aishah memang tak ada. Bos juga yang suruh dia temankan Sandy pergi

jumpa bankers.” Hafizah mengangkat kening. Sudah geharu cendana pula…

“Ha ha ha…” berderai ketawa Iskandar. “Jadi memang awak free hari ini. Kita

keluar sama.” Punat interkom dilepaskan. Hafizah menarik nafas panjang, tapi di bibir

mengukir senyuman.

“Bos, masih rasa tak sihat badan lagi ke?” Tanya Hafiza apabila mendengar

Iskandar memesan bubur nasi kepada pelayan restoran yang mengambil pesanan mereka

di restoran, tengahari itu.

“Tekak ni masih rasa perit sikitlah. Rasa macam sakit bila nak telan nasi.

Cuma…” Iskandar diam sambil tersenyum nipis.

“Cuma apa?”

“Cuma saya harap bubur dia sesedap bubur nasi yang awak buat.” Iskandar

tersenyum nakal. Sengaja mengusik. Tapi, sebenarnya memang dia ikhlas memuji

kesedapan bubur hasil tangan Hafiza. Bubur nasinya pekat bukan cair dan lauk-pauk

yang dibubuh di dalam bubur nasi itu sungguh menyelerakan.

“Saya rasa awak boleh buka restoran jual bubur nasi lah,” usiknya lagi.

“Hmm.. boleh difikirkan. Kalau saya berhenti kerja dan buka restoran jual bubur

nasi, macamana? Agak-agak dapat sambutan tak?” Hafizah sengaja membalas usikan

Iskandar.

212

Page 213: Sebab Dikau

“Janganlah macam tu, nanti susahlah saya. Siapa nak tolong saya cari dokumen

dan buat kerja-kerja saya.” Iskandar pura-pura merajuk.

“Dah tadi bos yang cakap saya boleh buka restoran, lepas tu tak bagi pula.

Macamana ni?” Hafizah mengusik lagi.

“Tak payah buka restoran. Awak masakkan untuk saya hari-hari boleh?”

Ah! Lelaki ini, suka sangat menduga hatiku. “Tak untunglah kalau macam tu bos.

Masak free buat apa.”

Tiba-tiba telefon bimbit Iskandar mengalunkan lagu. Pantas dia mengambil dari

atas meja dan melihat skrin LCD. Dia mengangkat tangan isyarat meminta maaf untuk

mengambil panggilan lalu bangun dari kerusi dan menuju ke luar restoran.

“Hello. Assalamualaikum.”

Hampir lima minit dia berbual dengan pemanggil. Hafizah hanya memerhatikan

dari jauh. Sekejap-sekejap dia mendengar hilai tawa Iskandar. Hatinya berbunga ingin

tahu. Siapakah si pemanggil yang boleh membuatkan bosnya ketawa besar itu?

Hafiza mengangkat muka memandang Iskandar ketika lelaki itu kembali ke meja.

Pesanan mereka sudah terhidang di atas meja. Iskandar terus menarik kerusi lalu duduk.

“Awak ada rancangan lepas ini tak?” Tanyanya. Tangannya terus mengangkat

sudu dan bubur nasi di dalam mangkuk digaul. Berasap-asap.

“Tak ada. Cuma nak siapkan kerja-kerja biasa di pejabat,” jawab Hafizah. Dia

juga sudah mengangkat sudu dan menguis sedikit nasi goreng cendawan di dalam

pinggan.Mulutnya kumat kamit membaca doa makan.

“Ada yang urgent?”

“Tak. Semua yang urgent saya sudah siapkan. Ini yang tinggal cuma sikit surat

213

Page 214: Sebab Dikau

yang perlu dibuat,” balas Hafizah. Nasi yang mula menyejuk di dalam sudu disuap ke

mulut dan dikunyah perlahan-lahan.

Tolong saya, boleh?”

Hafizah mendongak memandang Iskandar. “Tolong apa?”

“Adik saya hendak bertunang. Saya nak cari hadiah untuk hantaran dia. Tapi saya

tak berapa tahu nak bagi apa.”

“Tahniah. Tapi, bukan ke hantaran tu emak dan ayah bos kena sediakan. Lagipun

bos tahu ke apa yang pihak perempuan hendakkan. Nanti tak kena pula selera dia kalau

bos yang belikan.”

“Adik saya kata bakal tunang dia tak kisah orangnya. Lagipun bakal tunang dia tu

tak sempat nak pergi shopping. Dia masih di Glasgow. Akhir minggu ni baru balik.”

“Emak bos macamana?” Hafizah rasa tidak selesa pula bila Iskandar meminta

bantuannya dan membelakangkan keluarganya.

Iskandar menyuap bubur nasi ke mulut. Dia mengambil tisu mengelap mulut.

Bubur nasi dikunyah perlahan-lahan. “Umi saya pula kena uruskan senarai tetamu. Dia

yang minta saya sediakan hantaran untuk pihak perempuan. Dialah yang telefon tu tadi.”

Hafizah menganggukkan kepala.

“Adik saya tu pun baru beritahu emak saya minta dia pinang girlfriend dia. Tu

yang terkocoh-kocoh umi saya beritahu saya tadi. Mana nak cari barang buat kenduri,

mana nak buat hantaran, mana nak itu ini,” cerita Iskandar lagi.

“Adik bos bukankah masih lagi sambung belajar?” Hafizah mengerut dahi. Dia

tahu Zulkarnain berada di Glasgow, Scotland mengambil Masters. Bila masa dia pulang

bercuti?

214

Page 215: Sebab Dikau

Iskandar mengangguk. Mulutnya penuh dengan bubur nasi. “Tu yang dia nak ikat

girlfriend dia cepat-cepat. Takut terlepas ke tangan orang lain. Naya nanti! Rancangnya

lepas habis belajar tu, mereka dah nak minta terus bernikah.”

“Lama lagi ke adik bos kat sana?” Tanya Hafizah lagi.

“Sampai hujung tahun ini saja. Lepas tu boleh balik. Elok juga diaorang

bertunang sekarang.”

Hafizah diam. Sebenarnya dia kurang setuju dengan konsep bertunang lama-lama

ini. Bertunang hanyalah salah satu dari adat Melayu tetapi itu bukanlah menghalalkan

sebuah perhubungan. Bukan bergelar suami dan isteri. Namun, pendapat peribadinya itu

tidak diluahkan, takut Iskandar kecil hati.

“Bos ada ke list untuk barang-barang hantaran tu?” Tanya Hafiza. Nasi dipinggan

hampir habis. “Berapa budget?”

Iskandar tersengih. Sinar matanya memancar-mancar. “Ha! Itulah peranan awak.

Boleh awak tolong sediakan list. Pasal budget tak payah bimbang. Unlimited. Semua saya

tanggung. Awak saya lantik jadi “engagement planner”.”

Bulat mata Hafizah mendengar kata-kata Iskandar. Dia? Engagement Planner?

Bukan Wedding Planner! Unlimited budget? Dan dia juga yang kena sediakan senarai

barang-barang? Senangnya orang kaya hendak kahwin. Kalau dia, sudah pasti pening

untuk menyesuaikan barang mengikut budget yang terlalu sendat.

“Jadi, bila nak bawa bos shopping? Cash or credit card?”

Iskandar ketawa besar. Beres!

***

215

Page 216: Sebab Dikau

Hafizah mengurut-ngurut tapak kaki yang ngilu kerana hampir seharian berjalan

hampir pelusuk kota Kuala Lumpur untuk mencari barang-barang di buat hantaran. Itu

belum lagi sakit kepala kerana sepanjang mencari barang-barang itu, dia terpaksa

bertikam lidah dengan Iskandar. Lelaki itu memang suka membuat dia pening. Balik dari

makan tengahari, mereka berdua berbincang tentang barang-barang yang patut dibeli.

Hampir lima puluh barang yang di cadangkan oleh Iskandar, itupun setelah separuh di

potong oleh Hafizah. Seperti hendak berperang mereka berdua. Akhirnya Iskandar

mengalah. Dari lima puluh, senarai turun sehingga tiga puluh barang.

“Yang nak bertunang adik bos, bukan bos!” Sergah Hafizah apabila Iskandar

merungut kerana senarai barang-barang yang dicadangkan di potong oleh Hafizah.

Muka Iskandar masam. “Iyalah, tapi biarlah berpada-pada. Ini semua awak nak

kansel,” dia mengomel.

“Banyak yang awak tulis tu, benda-benda yang tak diperlukan sangat. Ada yang

boleh dipinjam, tak payah beli,” balas Hafizah. Bengang betul dia dengan sikap Iskandar

yang dianggap terlalu boros. Hilang sudah perkataan Encik atau pun bos. Belasah sahaja

guna awak saya sebagai ganti diri.

Mula-mula Hafizah bertegang urat dengan Iskandar tentang barang-barang yang

hendak dibeli, kemudian jeling-menjeling pula ketika berada di kedai. Apa yang Iskandar

pilih semuanya mahal-mahal belaka. Kemudian tidak ditawar pula tu. Main ambil sahaja

mana yang berkenan. Entah harga main letak pun dia tidak kisah. Hafizahlah yang

terpaksa tawar menawar dengan Iskandar kemudian tawar menawar pula dengan taukeh

kedai tersebut. Bosan sungguh dia dengan sikap boros lelaki itu.

216

Page 217: Sebab Dikau

Bila dia menyuarakan rasa tidak puas hatinya dengan Iskandar, lelaki itu berkata

dia mahu yang terbaik dan sanggup membayar mahal asalkan kualiti barang yang dibeli

terjaga. Hafizah pula berpendapat, barang yang berkualiti tidak semestinya terlalu mahal.

Kebanyakan barang di butik mahupun dikedai-kedai biasa datangnya dari kilang yang

sama.

Setiap kedai yang mereka masuki dan setiap butik yang mereka jelajahi untuk

membeli barang-barang keperluan mereka, Hafizah pasti meminta jaminan dari tuan

punya kedai supaya barang yang dibeli boleh dipulangkan kembali sekiranya tidak

berkenan ataupun yang rosak.

“Mana satu yang cantik?” Soal Iskandar sambil tangan menimbang-nimbang dua

model kasut dari jenama Selvatore Ferragamo yang dicapai dari para di sebuah butik di

Jalan Bukit Bintang.

Hafizah menelan air liur. Kedua-duanya sama cantik dan nampak exclusive. Tapi

yang membuatkan dia terpinga-pinga adalah harga sepasang kasut tersebut. Kedua-

duanya hampir mencecah satu ribu ringgit. Itulah kali pertama dia mendengar jenama

sebegitu rupa. Tak sangka ada kasut yang berharga beribu-ribu ringgit di Malaysia ini.

“Encik pilih kasut untuk isteri?” Seorang pembantu jualan butik datang menegur

sambil tersenyum.Dia memandang Iskandar dan kemudian melirik ke arah Hafizah.

Terkaku Hafizah mendengar perkataan isteri yang keluar dari bibir mongel dan

pandangan mata pembantu jualan.

Iskandar tersenyum nakal. Peluang untuk mengena. “Cik adik rasa, mana yang

sesuai untuk isteri saya ini. Yang hitam inikah atau yang warna krim ini?” Dia

mengunjukkan kedua-dua jenis kasut kulit tumit tinggi kepada pembantu jualan.

217

Page 218: Sebab Dikau

Si genit tersenyum. “Yang ini sesuai untuk ke pejabat atau majlis rasmi sebab

warnanya hitam sama juga dengan yang krim ini. Tapi kalau saya, saya pilih yang hitam

sebab sesuai untuk dikenakan dengan apa-apa warna baju.”

“Macamana Yang? Sayang nak yang mana satu?” Iskandar mengenyit mata.

Panas terasa muka Hafizah diusik begitu. Dia tersinggung. Cepat-cepat dia

menyiku Iskandar. Lelaki itu mengaduh kecil tetapi senyum di bibir tetap terukir.

Hafizah mendekati pembantu jualan. Hish! Takkanlah pembantu jualan itu tidak

dapat menilai yang dia dengan Iskandar itu bagai langit dengan bumi? Bukankah

penampilan mereka sungguh jauh berbeza. Memperlikah dia?

Hafizah melemparkan sebuah senyuman kepada pembantu jualan. Kelat.

Walaupun hatinya terusik, dia tidak ada hak menjatuhkan air muka sesiapa di situ.

Samada Iskandar mahupun pembantu jualan. Hafizah membaca nama yang tertera di

name tag yang tersemat di dada perempuan tersebut. Yanti.

“Sebenarnya, kami nak membeli kasut untuk dibuat hantaran untuk majlis

pertunangan adik bos saya ni,” Hafizah merapati gadis pembantu jualan bernama Yanti.

Mulutnya dijuihkan ke arah Iskandar yang masih lagi tersengih sambil memegang kasut

di tangan.Sengaja perkataan “bos” itu ditekankan.

“Apa agaknya yang sesuai untuk dibuat hantaran. Cik ada apa-apa cadangan?

Permintaan pihak perempuan kalau boleh heels tak lebih tiga inci.”

Semakin mekar ranum senyuman si pembantu jualan. Oh! Membeli belah dengan

ketua pejabat. Maknanya si lelaki kacak ini belum berpunya lagilah. Agaknya ada

peluangkah aku untuk memikat?

Si genit bernama Yanti segera menggamit Iskandar dan Hafizah ke satu penjuru di

218

Page 219: Sebab Dikau

mana terletak pelbagai rekaan kasut yang lebih menarik sesuai untuk digayakan untuk

sebarang majlis rasmi. Ada yang berhias manik penuh ada pula yang agak simple

rekaanya. Rekaan kasut memang pelbagai tapi harganya dari hampir sebulan gaji seorang

kerani biasa hingga ke pegawai esekutif muda. Terbeliak mata Hafizah ketika membelek

tanda harga setiap kasut yang disusun di atas para.

Setelah puas memilih bentuk yang diinginkan dan mencari saiz yang tepat,

mereka akhirnya bersetuju dengan sepasang kasut yang agak ringkas tetapi tetap menarik

berwarna krim. Harganya hmm.. lapan ratus ringgit sepasang. Itupun setelah puas

berbisik-bisik sesama sendiri. Hafizah masih lagi dengan isu harga dan Iskandar pula

mahu yang terbaik dan cantik untuk hadiah hantaran kepada bakal isteri adiknya.

Akhirnya Hafizah terpaksa mengalah dengen sikap keras kepala majikannnya.

Hafizah seperti biasa terlalu berhati-hati ketika Yanti menunjukkan kasut tersebut

untuk dibelek sebelum dibayar harganya. Dia meneliti takut-takut ada benang yang

tercabut ataupun apa-apa kerosakan pada kasut tersebut. Iyalah hendak membayar harga

kasut yang tinggi perlulah setimpal dengan mutu pembuatannya. Biar alah membeli

menang memakai. Dari tempat pembuatan hinggalah ke jenis kulit yang digunakan,

semua ditanya oleh Hafizah. Dia tidak mahu tersalah pilih dengan membeli kasut yang

diperbuat daripada kulit babi. Walaupun mungkin kulit luar diperbuat oleh kulit lembu,

ada kemungkinan kulit di dalam menggunakan kulit babi. Jika ini berlaku bukankah

susah untuk mereka kerana telah terbeli kasut yang diperbuat dari kulit yang haram

binatangnya.

“Awak ni buat malu saya saja,” rungut Iskandar apabila mereka berada di dalam

219

Page 220: Sebab Dikau

kereta.Barang-barang yang dibeli sudah diletakkan di dalam tempat menyimpan di

belakang.

“Apa yang malunya,” balas Hafizah. Dia menarik talipinggang keselamatan.

“Iyalah, cakap dengan taukeh kedai tu macam tu. Barang tu kita dah pilih,

maknanya kita dah suka. Buat apa nak pulangkan balik, kecualilah kalau salah saiz ke

warna ke,” kata Iskandar lagi. Enjin kereta dihidupkan. Dia menekan punat penyaman

udara. Berpeluh-peluh rasanya. Panas.

“Yalah, kasut Selvatore Ferragamo yang kita beli tu bukan harga lima puluh

ringgit, dekat seribu ringgit sepasang. Takkanlah nak biarkan macam tu aje kalau tiba-

tiba terkopak ke, tapak tercabut ke bila sekali dipakai. Mahal macam tu kenalah bagi

jaminan,” balas Hafizah lagi. Gerun dia bila dia masuk ke kedai kasut tersebut. Tak ada

satu walaupun sepasang sandal, yang harganya kurang dari seratus ringgit.

Iskandar masam. Dia terus menekan pedal minyak dan kereta meluncur keluar

dari tempat meletak kenderaan.

“Bos dah tempah sirih junjung?” Soal Hafizah ketika mereka keluar

meninggalkan pusat bandaraya.

“Alamak! Itu yang saya lupa buat.” Iskandar menepuk dahi. “Macamana ni?”

Dalam kekalutan membeli barang-barang yang lain, benda yang penting di dalam adat

peminangan Melayu itulah yang dia terlupa buat.

“Takpelah. Saya boleh tolong uruskan.” Otak Hafizah ligat bekerja. Dia terpaksa

memberitahu makcik Farah untuk tolong dia membuat sirih junjung sehari sebelum

barang-barang hantaran di hantar ke rumah Dato Rosli.

“Cuma bos jangan lupa esok bos kena hantar pahar ke rumah untuk dibuat alas

220

Page 221: Sebab Dikau

hantaran. Hari tu kata sembilan dulang aje kan?”

“Ada perubahan rancangan,” balas Iskandar. Dia menekan minyak dan kereta

terus meluncur laju.

“Perubahan apa?”

“Dari sembilan dulang ke tiga belas dulang.”

“Ya Allah! Banyaknya.” Hafizah tersentak. Tiga belas dulang?

“Itulah awak, potong senarai saya. Kalau tak cukup barang macamana? Itu sebab

saya letak senarai panjang-panjang. Saya kenal umi saya,” balas Iskandar. Dia

mengerling memandang wajah Hafizah yang disimbah matahari petang.

Hafizah mengetap bibir. “Tak jadi masalah. Yang selebihnya kita letak manisan.

Esok bos pergi supermarket belikan saya coklat banyak-banyak. Saya tinggalkan satu

dulang untuk letak buah-buahan. Itu kita boleh buat masa nak bawa hantaran itu ke

rumah perempuan. Tak adalah busuk nanti.” “

Oh ya! Pagi tu, bos kena beli juga bunga orkid yang saya cakap hari tu. Baru

segar untuk dibuat hiasan,” arah Hafizah. Otaknya ligat berfikir, takut-takut ada yang

tertinggal. Ada apa lagi?

Iskandar tersengih. Senang hatinya mendengar kata-kata Hafizah. Malam tadi dia

terperanjat juga bila umi memberitahunya yang hantaran untuk pihak perempuan

meningkat dari sembilan dulang ke tiga belas dulang kerana pihak perempuan sudah

menyediakan lima belas dulang hantaran sebagai balasan.

“Malu kita nanti Is, bila kita cuma hantar sembilan dulang aje untuk pihak

perempuan. Lagipun umi rasa tiga belas tu sedang elok sahaja untuk di beri pada keluarga

Melor. Boleh ke kawan kamu tu sediakan tambahan dulang untuk hantaran?” Suara

221

Page 222: Sebab Dikau

uminya kendengaran risau ketika dia duduk bersama membincangkan tentang majlis

pertunangan Zulkarnain malam tadi.

Takkanlah Iskandar mahu kata yang Hafizah tidak mampu menyediakan tiga

belas dulang hantaran pada uminya. Maka malam tadi, tanpa segan silu dia memberi

jaminan yang Hafizah mampu menyediakan empat dulang lagi hantaran walaupun diberi

notis yang singkat.

“Semua barang-barang tu bos kena hantar ke rumah saya tau…” kata-kata

Hafizah mematikan lamunan Iskandar.

“Kenapa?”

“sebab Aishah akan tolong saya hiaskan barang-barang hantaran. Nanti kami

hantar ke rumah bos sebab Aishah kata dia akan pinjam kereta ayahnya,” jelas Hafizah.

“Baik bos!”

Iskandar tersenyum senang. Bila Hafizah sudah menetapkan hati untuk membuat

sesuatu, gadis itu akan memberikan satu ratus peratus tumpuan untuk perkara itu. Jadi,

untuk majlis pertunangan Zulkarnain, barang-barang hantaran sudah ditanggung beres!

“Tapi nanti kalau kita bertunang, hantaran dari saya lebih dari lima belas dulang

tau!” Iskandar mengusik lagi. Dia mengaduh bila tangannya dicubit Hafizah.

“Gila!”

Iskandar tersengih.

222

Page 223: Sebab Dikau

21.

Sudah tiga malam Aishah bermalam di rumah Hafizah dan mereka bertungkus

lumus menyiapkan barang-barang hantaran tiga belas dulang yang dipesan oleh Iskandar.

Memandangkan kedua-duanya sibuk bekerja, menggubah hantaran hanya boleh

dilakukan di waku malam.

Aishah datang pun bukan dengan tangan kosong. Ada enam majalah berkenaan

gubahan hantaran untuk pertunangan diangkut sekali. Semua majalah itu dikumpul

kerana memang Aishah minatkan gubahan. Lagipun gadis itu bertangan seni, setiap yang

digubah pasti menjadi. Hafizah juga tidak kurang handalnya menggubah. Kerja seni yang

dipelajari dari Makcik Farah.

“Boleh tahan juga ya hasil tangan kita. Siapa sangka kita boleh buat gubahan

untuk hantaran macam ini,” kata Hafizah. Hatinya puas melihat barang-barang hantaran

yang siap digubah dan di susun di atas pahar tembaga.

“Aku memang selalu ambil kontrak percuma untuk buat barang-barang hantaran

untuk sepupu-sepupu aku bila mereka kahwin. Cuma kali ini aku rasa lebih seronok

sebab budget besar. Aku boleh letak apa sahaja yang aku hendak,” balas Aishah.

Tangannya masih lagi berlari-lari membetulkan itu ini gubahan yang telah siap.

“Pukul berapa kau janji dengan Encik Iskandar hendak hantar barang-barang ini

esok, Fiza?”

“Tengahari. Katanya hendak pergi ke rumah perempuan di Taman Tun dalam

pukul satu. Majlis buat lepas Zohor,” balas Hafizah. Matanya memerhati barang-barang

hantaran yang tersusun rapi di ruang tamu.

Tema untuk majlis pertunangan di tetapkan berwarna ungu dan putih. Maka,

223

Page 224: Sebab Dikau

setiap barang hantaran yang siap digubah dihias atau diikat dengan riben ungu dan putih.

Kasut Selvatore Ferragamo itu pun diikat dengan riben dwi warna dan di letakkan di atas

pahar yang beralas kain renda berwarna yang sama.

“Bila kita nak letak bunga orkid segar tu, Shah?”

“Oh lupa pulak. Semalam aku call Encik Iskandar, beritahu dia tak usah datang

bawa bunga tu. Bunga tu biar dia ambil dari florist tapi simpan dalam peti ais di rumah

dia. Nanti masa kita hantar barang-barang ni, baru kita hias bunga tu di sana. Taklah layu

cepat nanti,” ujar Aishah. Dia menguap.

Hafizah turut menggeliat. Lebih tiga jam mereka menggubah barang-barang

hantaran dan hari pun sudah lewat malam. “Jomlah kita masuk tidur. Dah dekat pukul

satu dah ni.” Ajak Hafizah.

“Nanti kejap. Aku nak tengok dengan rasa bangga hasil kerja aku ni!” Aishah

berlawak. Matanya rakus memandang barang-barang hantaran itu. “Cantiklah Fiza.”

“Iyalah tu Cik Aishah. Hasil kerja tangan awak tu memanglah cantik. Sudah

macam profesional,” usik Hafizah.

“Bukan itu. Maksud aku, barang-barang berjenama ni. Semuanya cantik-cantik.

Seronok kan jadi orang kaya macam famili Encik Iskandar ni. Nak apa sahaja semua

boleh dibeli,” balas Aishah.

Hafizah mengangguk. Dia juga seronok melihat barang-barang mewah yang

sudah cantik terhias. Sebenarnya tidak susah untuk menggubah barang-barang mewah ini,

semuanya lebih cantik kerana buatannya sangat berkualiti. Mungkin inilah satu-satu

peluangnya untuk memegang barang-barang yang hampir seribu setiap satu harganya.

Tas tangan berjenama Velantino hampir tujuh ratus ringgit harganya, haruman

224

Page 225: Sebab Dikau

wangian Cristian Dior yang berharga empat ratus ringgit satu set, belum lagi dengan set

alat mekap berjenama Mac yang juga hampir sama harganya dengan set minyak wangi.

Jam tangan untuk wanita dan lelaki Tag Heuer itu asalnya berharga satu ribu ringgit,

mujur ada potongan harga tiga puluh peratus. Telekung kain sutera yang bersulam halus

itu pun hampir tiga ratus ringgit sepasang. Belum lagi sejadah yang juga dibuat dari

sutera.

Mata Hafizah tertancap kepada senaskah Al-Quran berhias indah yang dibeli di

sebuah toko buku di Jalan Tuanku Abdul Rahman. Itulah satu-satunya barang hantaran

yang dibeli kurang dari satu ratus ringgit dan tanpa ditemani Iskandar. Kalam Allah itu

bukanlah termasuk di dalam senarai barang-barang hantaran Iskandar. Bukan juga untuk

memenuhkan kuota hantaran sebanyak tiga belas dulang. Naskah Al-Quran yang

berharga enam puluh ringgit itu adalah hadiah ikhlas Hafizah untuk bakal tunang

Zulkarnain. Semoga menjadi isteri yang solehah yang patuh kepada perintah Allah dan

suami.

“Tinggal tiga dulang aje lagi yang nak diisi. Dua dengan manisan satu lagi dengan

buah-buahan,” kata-kata Aishah mematikan lamunan Hafizah.

“Esok ajelah kita susun buah-buahan tu. Sekarang jom masuk tidur,” ajak

Hafizah. Dia segera menarik tangan Aishah.

Perkarangan banglo Dato Rosli yang biasanya agak sunyi, hari ini sibuk dengan

aktiviti. Kereta-kereta keluarga terdekat mereka menjalar di sepanjang jalan.

Almaklumlah pertunangan pertama untuk keluarga Dato, tentulah agak meriah.

Aishah memakirkan kereta Proton Iswara ayahnya di pinggir jalan, agak jauh

225

Page 226: Sebab Dikau

sedikit dari kediaman Dato Rosli. Sebelum keluar rumah tadi, Aishah sudah menelefon

Iskandar bahawa mereka akan datang sekitar dua belas tengahari, jadi masih ada masa

untuk membuat hiasan terakhir pada barang-barang hantaran itu.

Hafizah terasa jantungnya berdegup kencang ketika mereka melangkah masuk di

perkarangan rumah agam kepunyaan Dato Rosli. Entah mengapa dia merasa gugup

walaupun hanya untuk menghantar dulang hantaran kepada keluarga majikannya. “Kita

bawa masuk manisan dengan buah-buahan dulu ye Shah, takut cair pula coklat-coklat ni

kalau dibiarkan lama dalam kereta,” unjur Hafizah kepada Aishah.

Gadis yang manis berbaju kurung merah jambu itu hanya tersengih dan sudah

melunjurkan tangan untuk mengambil pahar berisi coklat yang digubah bentuk monumen

Taj Mahal dengan buah-buahan tersusun di dalam bakul pastri.

“Ha! Dah sampai pun barang-barang hantarannya!” Seorang wanita pertengahan

umur berbaju kebaya berbunga kuning menegur mereka ketika Hafizah dan Aishah

melangkah masuk ke perkarangan rumah banglo dua tingkat itu.

Dia segera menghulurkan tangan menyambut pahar yang berisi bakul pastri dan

buah-buahan dari tangan Aishah.

“Eh… Cantiknya! Kamu berdua buat ni?” Tegurnya. Pahar di tangan dipusing-

pusingkan untuk melihat hasil kerja Hafizah dan Aishah.

Bangga Hafizah mendengar pujian dari wanita tersebut. Apa taknya, bukan

senang hendak menguli tepung menjadi pastri kemudian dibentuk menjadi bakul. Bakul

pastri tersebut terpaksa dibuat di rumah Aishah kerana Hafizah tiada ketuhar yang besar

untuk membakar pastri tersebut.

“Jangan dibelek hantaran tu lama-lama sangat Datin Ruby oi! Jatuh nanti, tak

226

Page 227: Sebab Dikau

sempat nak dipersembahkan ke rumah bakal besan Datin Rahimah kita ni,” seorang lagi

wanita separuh umur menegur secara bergurau.

“Hush! Jangan cakap macam tu Sal, saya suka tengok bakul ni. Kreatif betul

budak-budak ni buat. Marilah tengok, cantik ni. Siap berkilat-kilat lagi bakul ni, jadi

lapar pulak saya,” gurau Datin Ruby pula.

Wanita yang dipanggil Sal merapati mereka. Dia turut membelek bakul pastri

tersebut. Dia mengangguk-anggukkan kepala. “Cantik,” katanya ringkas.

“Ini pun tak siap lagi, Datin. Kami nak letak bunga-bunga segar, barulah

lengkap.” Aishah membuka mulut.

“La.. Tak siap lagi ke? Ingatkan inilah hasilnya.” Ujar Datin Ruby lagi. Dia

meletakkan pahar bersebelahan dengan pahar berisi manisan di ruang tamu.

Ketika itu Datin Rahimah yang sibuk di dapur melangkah ke ruang tamu. Dia

kelihatan anggun dengan baju kebaya labuh berwarna ungu dan berselendang warna

sedondon. Wajahnya kelihatan berseri-seri.

“Oh! Dah sampai rupanya Fiza. Eh! Mana dulang hantaran yang lain?” Soalnya

mesra. Datin Rahimah memang mengenali Hafiza kerana gadis itu antara pekerja yang

paling lama berada di syarikat suaminya.

“Maaf Datin, yang lain ada dalam kereta,” jawab Hafiza sopan. Dia

menghulurkan tangan bersalaman dengan Datin Rahimah. Salamnya bersambut mesra.

“Laa… minta maaflah. Saya ni dok sibuk mengacau diaorang berdua. Ni hah!

Tengok cantik bakul pastri berisi buah-buahan ni. Pandai betul budak dua orang ni

menggubah hantaran ye,” sampuk Datin Ruby pula.

“Mulanya saya tak percaya bila Is beritahu saya dia upah budak pejabat dia untuk

227

Page 228: Sebab Dikau

gubah hantaran ni, tapi saya tak kisah sebab dia yang tanggung semua belanja hantaran

untuk adik dia ni,” balas Datin Rahimah sambil ketawa kecil.

“Tengok pada hasilnya ni, nampak gaya memang ada bakat diaorang ni!”

Kembang rasanya hati Hafizah bila dipuji begitu. Dia mengerling kepada Aishah

yang hanya tersengih. Rasa berbaloi tiga malam bersengkang mata membuat gubahan

apabila mendengar pujian demi pujian dari kedua-dua Datin itu. Akhirnya dia meminta

diri untuk mengambil dulang hantaran yang masih di dalam kereta untuk disusun bersama

di ruang tamu.

“Maaf Datin, ada tak Encik Iskandar tinggalkan bunga orkid di sini. Kami nak

letak pada gubahan hantaran ini,” tanya Aishah apabila kesemua tiga belas dulang

hantaran sudah bersusun di ruang tamu.

“Oh ya! Ada. Susi!” Datin Rahimah memanggil pembantu rumah Indonesianya

yang sibuk menyusun pinggan mangkuk di atas meja. “Tolong ambilkan bunga orkid

yang dalam peti ais tu!”

Susi terus ke dapur dan kembali dengan tiga jambak bunga orkid berwarna putih

dan ungu. Cantik sungguh dan kelihatan segar kerana di simpan di dalam peti ais.

Sambil diperhatikan Datin Ruby dan Datin Rahimah, Hafizah dan Aishah segera

menyunting bunga-bunga orkid dan diselitkan di tempat-tempat strategik pada gubahan

hantaran tersebut. Bunga segar menaikkan seri hantaran untuk bakal tunang Zulkarnain.

“Wah! Bukan main cantik gubahan hantaran ni. Tak sia-sia saya upah kamu

berdua!” Iskandar yang entah dari mana datangnya, tiba-tiba muncul dan duduk melutut

di sebelah Hafizah. Dia yang hanya berbaju T hitam dan berseluar jeans, kelihatan

berpeluh-peluh.

228

Page 229: Sebab Dikau

“Kamu dari mana Is? Orang sibuk di rumah ni, kamu tak ada,” tegur Datin

Rahimah pada anak bujang sulungnya.

“Temankan Zul pergi bank keluarkan duit hantaran. Lepas tu ke pejabat sekejap,

buat print out peta ke rumah bakal tunang dia,” balas Iskandar. Dia mencuit-cuit bunga

orkid yang siap dihias pada gubahan pada beg tangan.

“La… bukan umi tak tahu pergi ke rumah Melor tu. Tak jauh mana pun Taman

Tun tu,” balas Datin Rahimah.

“Saja je buat persediaan. Bukan semua orang dalam rombongan kita ni tahu

macamana nak pergi rumah bakal besan umi ni,” balas Iskandar sambil tersenyum. Dia

meletakkan beberapa helai kertas putih berlukis pelan ke rumah Melor di atas karpet.

“Hish! Mentang-mentanglah arkitek tak bertauliah, sempat lagi buat peta!”

Tingkah Datin Rahimah. Namun, ada terselit nada bangga pada ayat tersebut. Datin

Rahimah menjuih bibir ke arah Iskandar.

Iskandar tertawa kecil lalu menyerahkan kertas pelan ke rumah Melor kepada

ibunya. Sesekali lagi, dia mengusik bunga-bunga hantaran yang terletak elok oleh

Hafizah.

Hafizah dan Aishah terus tekun menghias bunga pada gubahan hantaran. Sesekali

Hafizah mengetuk jari-jari nakal Iskandar yang mengusik gubahannya dengan gunting

kecil.

“Sakitlah…” Iskandar mengaduh bila jarinya diketuk dengan gunting oleh

Hafizah.

“Janganlah usik. Saya dah letak elok-elok bunga ni.” Hafizah mengetap bibir.

Mengacau ajelah lelaki ni!

229

Page 230: Sebab Dikau

“Kamu tu pergilah mandi! Biarkan budak-budak dua orang ni habiskan kerja

diaorang. Buat menyibuk aje duduk di sini!” Arah Datin Ruby kepada Iskandar.

“Kejap lagi aunty. Ada masa lagi ni.”

“Ada masa apanya? Cuba tengok jam sekarang pukul berapa. Kamu tu kalau

dalam bilik air bukannya boleh sekejap.Tak cukup setengah jam tak keluar,” bebel Datin

Ruby. Dia menjegilkan biji matanya ke arah Iskandar yang sudah dianggap seperti

anaknya sendiri.

Berderai ketawa Datin Rahimah mendengar bebelan Datin Ruby. Begitulah

mereka. Sudah rapat seperti ahli keluarga sendiri. Datin Rubylah antara orang yang

paling sibuk apabila dia mendengar Zulkarnain hendak bertunang. Tapi antara dua anak

Datin Rahimah, sebenarnya Iskandarlah yang lebih manja dengan Datin Ruby.

“Alah aunty ni, buat malu saya depan anak-anak buah saya ni lah,” ujar Iskandar

sambil berdiri. Dia tersengih.

“Kalau malu, baik pergi sekarang. Nanti aunty pecahkan lagi rahsia kamu,” Datin

Ruby pura-pura beri amaran dan ketawa Iskandar semakin galak.

Hafizah dan Aishah duduk tersandar ke dinding. Semua hantaran telah siap

digubah dengan bunga-bunga orkid segar. Tunggu masa untuk di bawa dan

dipersembahkan ke bakal besan Dato Rosli.

“Akhirnya!” Hafizah menarik nafas lega. Aishah yang tersandar di sebelahnya

turut tersengih.

“Rasa macam selesai berperang pula,” balas Aishah.

“Berperang dengan bunga.” Hafizah tertawa kecil. Dia menghirup air oren yang

disediakan oleh Susi.

230

Page 231: Sebab Dikau

“Dah siap semuanya?” Tegur Datin Rahimah apabila melihat kedua-dua gadis

sudah tersandar di dinding dikelilingi oleh tiga belas dulang hantaran.

“Siap, datin,” balas Hafizah. Dia tersenyum.

Datin Rahimah membalas mesra senyuman Hafizah. Gembira dia melihat hasil

usaha yang bersungguh-sungguh dari dua gadis itu.

Jam dinding sudah berdenting menandakan sudah satu jam melepasi dua belas

tengahari. Bermakna sudah satu jam juga Hafizah dan Aishah berada di rumah agam

tersebut.

Datin Rahimah memanjangkan leher mencari seseorang. Dahinya berkerut sedikit.

Dia mengerling ke arah jam dinding. Sesekali dia mengeluh.

“Ha! Dah siap ke semuanya umi?” Iskandar yang sudah lengkap berbaju melayu

berwarna biru dan berseluar slack hitam melangkah ke ruang tamu. Rambutnya yang

masih basah tersisir rapi. Haruman segar mengikuti rentak kaki. Sedang elok dan tidak

terlalu menyengkak ruang hidung. Penampilan yang menarik ke dua-dua deria mata dan

bau. Sangat menggoda kepada sesiapa yang memandang apatah lagi pada mata Hafizah.

Aishah menyiku rusuk Hafizah. Dia tersenyum nakal apabila mendapat jelingan

tajam dari sahabat di sebelah.

“Umi tunggu mak long kamu je ni. Kenapa dia tak sampai lagi?” Berkerut lagi

dahi Datin Rahimah.

“Umi dah ingatkan mak long ke yang tarikh meminangnya hari ni?” tanya

Iskandar lagi.

“Dah. Umi harap sangat mak long datang hari ni. Dah lama umi tak jumpa dia,”

balas Datin Rahimah lagi.

231

Page 232: Sebab Dikau

Iskandar diam. Dia faham perasaan uminya. Walaupun mak long itu cuma kakak

iparnya, Datin Rahimah mahu hubungan kekeluargaan yang terjalin lama berterusan.

Apatah lagi di dalam majlis yang sangat penting ini.

Elok sahaja, Datin Rahimah meluahkan apa yang terbuku di hati, kedengaran

suara wanita memberi salam di luar. Datin Rahimah terkocoh-kocoh ke hadapan melihat

siapa tetamu yang tiba. Dia terjerit kecil apabila melihat orang yang ditunggu-tunggu

muncul di muka pintu.

“Saya ingatkan kak long tak nak datang lagi ke rumah ni,” bergetar suara Datin

Rahimah menyapa kakak iparnya. Wanita itu segera dirangkul dan dipeluk erat.

“Walaupun abang Man dah tak ada, kita tetap keluarga. Anak Imah, anak saudara

saya juga,” wanita yang dipanggil kak long pula bersuara. Dia membalas pelukan Datin

Rahimah dengan mesra.

Hafizah dan Aishah hanya memerhati kedua-dua wanita separuh umur berpelukan

di muka pintu walaupun di hati penuh tanda tanya. Kenapa mereka berdua kelihatan

begitu emosional sekali?

“Itu makcik saya. Sejak pakcik saya, adik ayah saya meninggal sepuluh tahun

lepas, makcik saya tidak pernah datang ke sini lagi. Inilah kali pertama dia datang, itupun

jenuh umi saya menjemput,” cerita Iskandar tanpa diundang.

“Kenapa makcik Encik Iskandar tak datang lagi ke rumah ni. Dia merajuk ke?”

Tanya Aishah. Hafizah segera menyiku Aishah memberi isyarat supaya tidak terlalu

banyak bertanya. Tak manis.

“Hmm… Saya pun tak berapa tahu sangat apa yang sebenarnya berlaku, tapi saya

dengar pakcik saya ada perempuan lain dan mereka hendak kahwin. Entah macamana

232

Page 233: Sebab Dikau

kereta yang dipandu tersasar dan terbalik. Kedua-dua mereka meninggal dunia di dalam

kemalangan tersebut,” cerita Iskandar lagi.

“Sejak hari tu, mak long saya seolah-olah berkerat rotan berpatah arang dengan

keluarga kami. Mungkin dia rasa marah sebab ayah saya tak nasihatkan arwah supaya

tinggalkan perempuan tu. Lama juga kami hendak pujuk dia. Alhamdulillah sekarang

hatinya dah terbuka dan mahu juga jejakkan kaki ke rumah kami.”

“Mungkin hatinya remuk dengan apa yang suaminya buat pada dia,” Aishah

bersuara.

Iskandar mengangguk. “Alhamdulillah sekarang dia sudah boleh terima ujian

Allah dan mahu memaafkan keluarga kami.” Matanya masih lagi tertancap memerhati

ibunya dan mak longnya yang masih lagi berpelukan. Terdengar tangisan syukur mereka

berdua.

Seisi rumah yang tadinya agak bising dengan tetamu yang mengusik satu sama

lain turut terdiam, terpegun memerhatikan Datin Rahimah berpelukan dan menangis

bersama seorang wanita di muka pintu. Kelihatan Datuk Rosli turut menghampiri ke dua-

dua wanita tersebut.Wajahnya terpancar kelegaaan yang amat sangat. Syukur ke hadrat

Allah.

Hati Hafizah tersentuh melihat keadaan demikian. Cerita Iskandar hampir sama

dengan kisah hidupnya. Cuma dia bukanlah dari keluarga yang dikhianati tapi

mengkhianati kasih, cinta dan kepercayaan orang lain. Dia dari keluarga yang

meruntuhkan kebahagiaan orang lain. Apakah dia boleh dimaafi sekiranya dia memohon

ampun pada keluarga kekasih ibunya? Apakah ada pelukan penuh kemaafan apabila

tangan dihulur? Entahlah, Hafizah tidak mahu memikirkannya.

233

Page 234: Sebab Dikau

Dia terlalu jauh memikir perkara yang mungkin tidak akan terjadi. Dia tidak tahu

siapa kekasih ibunya, hanya sekadar sebuah nama “Osman”, sedangkan di Malaysia ini

entah ada beratus-ratus orang menggunakan nama Osman. Di manakah dia hendak

mencari orang yang bernama Osman yang pernah menjadi kekasih hati ibunya, Nuraina.

“Sudahlah tu Imah, bawa kak long masuk ke dalam,” Datuk Rosli menepuk-

nepuk mesra bahu isterinya.”Marilah masuk kak long, tak elok berdiri di muka pintu

begini.”

Wanita yang dipanggil kak long tersenyum. Dia mengangguk sambil jari

kanannya menyeka air mata yang masih lagi deras mengalir. Sambil berpelukan dengan

Datin Rahimah, dia melangkah masuk ke dalam rumah. Hampir sepuluh tahun dia tidak

menjejakkan kakinya ke dalam rumah agam ini. Hatinya terlalu rindu.

Iskandar segera menghampiri mak longnya dan dengan sopan menghulurkan

tangan untuk bersalam. Mata bertemu mata. Mak long Iskandar tidak dapat menahan

emosi terus menarik pemuda itu ke dalam pelukannya.

Ya Allah! Sudah lama sungguh dia tidak melihat anak saudaranya itu. Sudah

besar panjang pun dia. Tampan pula tu. Kalaulah arwah suaminya masih hidup tentu dia

bangga mempunyai anak saudara seperti Iskandar.

Kalaulah arwah Aiman masih hidup tentu dia juga hampir sebaya dengan

Iskandar. Ya Allah, kalaulah anaknya masih hidup, mungkin hatinya tidaklah terlalu luka

seperti ini! Ya Allah! Ampunkanlah aku kerana dengan sengaja memutuskan tali

silaturrahim dengan keluarga ini.

“Maafkan mak long, Is…” Air matanya mengalir lagi. Iskandar dipeluk erat. Dia

rindu. Dia rindu pada Aiman!

234

Page 235: Sebab Dikau

“Sudahlah tu kak. Yang sudah lepas tu biarlah berlalu. Imah bersyukur pada Allah

yang telah membukakan hati kakak untuk ke rumah ini lagi.” Lembut suara Datin

Rahimah memujuk kakak iparnya. Sesekali dia menyeka air matanya yang gugur lagi.

Wanita itu menganggukkan kepala. Dengan perlahan dia meleraikan

rangkulannya dari Iskandar. Namun wajah anak muda itu tetap ditatap dengan penuh

kasih sayang. Jari mereka masih lagi bertaut. Ya Allah! Aku rindu Aiman!

“Mak long sayangkan kamu Is, macam mak long sayangkan Aiman. Tak sangka

kamu dah besar panjang macam ni.”

Iskandar tersenyum senang. Matanya turut berkaca-kaca memandang wanita yang

pernah menjadi isteri abang ayahnya. Mereka memang rapat. Dia, mak long dan Aiman.

Aiman yang setahun lebih muda darinya. Aiman yang keletah yang sering menimbulkan

masalah kepada mereka berdua. Aiman yang satu-satunya anak mak longnya yang itulah

racun dan itulah penawar.

Aiman dan Zulkarnain sering mencari masalah mencuba permainan yang bukan-

bukan dan Iskandarlah orang yang sentiasa menyelesaikan masalah-masalah mereka.

Musim cuti sekolah adalah musim yang paling dia suka sekali.

Mereka dapat berkumpul dengan sepupu-sepupu mereka di rumah Opah di Ipoh,

tapi oleh kerana Aiman seorang sajalah anak mak longnya, dia jarang dapat berkumpul

sama. Itu yang apabila musim cuti masih lagi panjang Iskandar dan Zulkarnain akan

cepat-cepat pulang ke Kuala Lumpur.

Bukan kerana rindukan umi dan ayahnya tapi kerana penat mendengar rengekan

Aiman yang setiap hari akan menelefon rumah Opah meminta dia dan Zul pulang segera.

Sebaik sahaja tiba di Kuala Lumpur, Aiman akan segera membuat rencana untuk

235

Page 236: Sebab Dikau

mereka bertiga. Pokok mana yang hendak dipanjat, lombong mana yang hendak diterjun,

hutan kecil mana yang hendak mereka jelajahi.

Antara mereka bertiga, Aimanlah yang cekap menyusun strategi, Iskandar pula

akan bertindak menjadi penyelamat sekiranya mereka bertiga di dalam kesusahan,

manakala Zulkarnain adalah pengikut yang setia. Kehilangan Aiman bukan sahaja

merobek hati mak longnya malah mencakar hati Iskandar juga. Apatah lagi kematiannya

ketika mak longnya masih lagi cuba menerima kenyataan yang suaminya telah meninggal

dunia setelah terlibat di dalam satu kemalangan dahsyat setelah kereta yang dinaiki

terjunam di dalam gaung. Apa yang lebih menyakitkan hati mak longnya, teman wanita

suaminya juga ada bersama.

Kejadian itu sungguh memalukan mak longnya hingga dia tidak sanggup lagi

datang ke rumah Iskandar dan terus memutuskan hubungan bukan sahaja dengan

keluarga itu, malah juga dengan sahabat-sahabatnya sendiri.

“Is pun rindu mak long. Jangan merajuk lagi ya mak long. Hari ni hari

pertunangan Zul. Mak long tolong ye,” pujuk Iskandar manja.

Wanita yang dipanggil mak long itu mengangguk-anggukkan kepalanya tanda

setuju. “Mak long takkan merajuk lagi.” Dia tersenyum hambar. “Zul mana?”

“Zul tengah makan di dapur. Dia tak sempat sarapan lagi tadi,” balas Iskandar.

“Nanti bila dia dah siap, Is panggil dia ke depan. Mesti dia terperanjat tengok mak long

datang.”

Wanita itu mengangguk-angguk lagi. “Zul dah pun nak bertunang, Is bila lagi?”

Dia mengusik.

Iskandar ketawa besar. “Tak lama lagi juga mak long… itupun kalau perempuan

236

Page 237: Sebab Dikau

tu nakkan Is!” Dia mengerling ke arah Hafizah. Mengusik.

Aishah nampak kerlingan Iskandar ke arah Hafizah. Dia tersenyum lebar. Semoga

ada jodoh!

“Siapa yang tak nakkan kamu ni memanglah orangnya buta!” Mak long mengusik

Iskandar. Dia tidak perasan kerlingan anak buahnya tapi, Datin Rahimah nampak arah

mata anak lelakinya. Dia mengangkat kening. Itukah pilihan dia?

“Anak kamu yang seorang ni kacak, Imah. Tak lama lagi kena adakan majlis

pertunangan seorang lagi.”

Datin Rahimah tersenyum. Dia memandang wajah Hafizah. Hatinya berbolak

balik. Gadis itu kelihatan baik, tapi…

Hafizah terasa mukanya panas. Dalam keadaan ini dia sesungguhnya bersyukur

kerana kulit mukanya bukan seperti Aishah yang putih melepak. Mahu merona merah dia

kala itu mendengar usikan Iskandar. Apatah lagi melihat Datin Rahimah memandangnya

dengan suatu pandangan yang dia sendiri sukar untuk menafsirkannya.

Harap Datin Rahimah tidak mengambil berat kata-kata Iskandar itu. Kalau pun

dia suka pada anak sulung majikannya, mana mungkin dia meluahkan perasaan itu di

hadapan mereka. Hafizah tahu kedudukannya hanyalah sebagai pekerja.

Sejak akhir-akhir ini dia sering memujuk hatinya supaya tidak mengambil peduli

segala kata-kata usikan Iskandar. Sekiranya dia letak setiap patah ayat yang keluar dari

mulut Iskandar itu ke hatinya, mungkin setiap ayat itu akan beralas dengan perkataan

CINTA.

Ya! Secara jujur Hafizah sudah dapat menerima kenyataan itu. Dia sudah jatuh

hati kepada Iskandar.

237

Page 238: Sebab Dikau

Namun, itu semua hanyalah khayalan dia semata-mata. Dia tidak pernah jatuh

cinta mana dia tahu bagaimana perasaan itu. Tapi yang pasti, setiap kali dia melihat

Iskandar, jantungnya berdegup kencang. Apabila satu hari tidak berjumpa, perasaan rindu

datang menghenyak tangkai hati. Malah, jaganya dia bersulamkan wajah Iskandar.

Tidurnya dia bermimpikan Iskandar. Kalau itu bukan cinta, jadi apakah nama

perasaannya itu?

“Mak long!” Jeritan Zulkarnain dari ruang dapur mematikan lamunan Hafizah.

Dia memerhatikan Zulkarnain yang berlari kecil mendapatkan mak longnya lalu dipeluk

erat. Keluarga ini memang sangat mesra.

“Bila mak long sampai?” Tanya Zulkarnain apabila pelukan terlerai.

“Baru tiba.”

“Mak long ikut pergi rumah bakal tunang Zul ye?” Pinta Zulkarnain manja.

Mak longnya menganggukkan kepala. “Takkanlah mak long nak lepaskan

peluang nak tengok bakal isteri kamu.”

“Sudahlah tu, bagi mak long kamu rehat sekejap sebelum kita semua bertolak,”

Datuk Rosli meredakan suasana.

“Ini ke dulang-dulang hantaran yang nak di bawa ke rumah bakal besan kamu,

Imah?” Tanya mak long sambil memerhatikan Hafizah dan Aishah yang mula menyusun

dulang-dulang dan mengemas lebihan bunga orkid yang berserakan.

“Cantik tak?” Datin Ruby yang dari tadi hanya diam menjadi pemerhati, bersuara.

“Ruby! Ya Allah! Kamu pun ada juga?” Datin Ruby di tarik dan dipeluk erat oleh

wanita itu.

Datin Ruby tersenyum senang. “Lama tak jumpa kamu, Leha!”

238

Page 239: Sebab Dikau

Hafizah memandang Aishah. Pandangannya berbalas. Barulah mereka tahu nama

mak long Iskandar. Leha. Mungkin sengkatan dari nama Saleha ataupun Zaleha.

“Ha! Inilah hasil tangan budak-budak muda ni. Cantik tak?” Datin Ruby menarik

tangan sahabatnya Leha merapati dulang-dulang hantaran yang sudah disusun.

“Cantik,” balas Zaleha sambil tersenyum. Memang menarik gubahan-gubahan

hantaran yang terhampar di hadapannya. Ungu putih dan diserikan dengan bunga orkid

segar.

Iskandar merapati mak longnya sambil merangkul bahu wanita tersebut. “Inilah

hasil kerja anak-anak buah saya. Selain daripada menguruskan pekerjaan di pejabat,

mereka juga dikehendaki pandai membuat seni gubahan untuk hantaran,” katanya

berjenaka. Dia mengenyit mata pada Hafizah dan Aishah.

“Hish! Kamu ni! Mendera anak buah kamu ye?” Zaleha mencubit pipi Iskandar

dengan mesra.

“Tak de la mak long. Ini buat latihan pada mereka. Nanti bila saya nak bertunang,

mereka dah tahu apa yang mereka perlu buat. Lagipun saya dah bagitau diaorang,

hantaran saya nanti lima belas dulang.”

“Eleh! Cakap je tu, calon pun tak ada lagi. Kan umi?” Zulkarnain menyampuk.

Dia pula memeluk mesra uminya.

“Siapa kata tak ada calon?” Iskandar membantah.

“Ha kalau ada calonnya, kenapa tak bawa jumpa umi?” Zulkarnain mengusik lagi.

Matanya memandang Aishah. Dia tersengih. Cantik budak ni!

“Ni, dah ada depan mata ni!” Iskandar menjuihkan mulut ke arah Aishah dan

Hafizah. Dia tersengih. Mengusik lagi.

239

Page 240: Sebab Dikau

“Yang mana satu?” Tanya Zulkarnain lagi. Seronok memerhatikan dua dara sunti

terkulat-kulat menjadi bahan usikan mereka berdua.

“Kan ada dua tu, kira sapu sekali lah!” Iskandar mengusik lagi.

Aishah menjuihkan mulut. Hafizah mengangkat kening. Senangnya cakap! Ingat

mereka ni kuih untuk di beli? Dua ketul seringgit?

Leha menyiku anak buahnya. Iskandar mengaduh kecil. Mengada-ngada.

“Senangnya nak pilih buat bini. Mereka tu nakkan kamu ke?”

Iskandar ketawa besar. Matanya menjeling mesra ke arah Hafizah. Kali ini

jelingannya di balas dengan tajam oleh gadis itu.

Zulkarnain turut ketawa tapi memerhati dengna tekun yang mana satu agaknya

pilihan abangnya. Aishah mungkin cantik tetapi nampak gaya si Hafizah yang sering

menerima pandangan mesra abang sulungnya. Jadi, memang tidak syak lagi. Mungkin

inilah sahabat yang dikatanya yang menemankan membeli barang-barang hantaran.

Hmm… perkembangan yang menarik.

Mungkin dari sudut fizikal, Hafizah tidak dapat menandingi Nurul Huda. Gadis

itu tidak terlalu menarik. Bertudung dan agak konservatif dari segi pemakaian berbanding

dengan gadis-gadis lain yang dia kenali.

Zulkarnain menelengkan kepala. Dari sudut peribadi juga sangat berbeza dengan

bekas kekasih hati abangnya itu. Kalau Nurul Huda seorang yang mudah mesra, Hafizah

sangat pendiam orangnya. Pemalu mungkin.

Tapi, pergerakannya menunjukkan dia seorang yang mempunyai jati diri yang

tinggi. Mungkin peribadi ini yang menarik hati Iskandar. Zulkarnain tersenyum lagi.

“Macamana Fiza, Aishah? Sanggupkah terima saya sebagai suami awak berdua?”

240

Page 241: Sebab Dikau

Hafizah dan Aishah berpandangan. Gila agaknya ketua mereka ni? Aishah

tersenyum nakal.

“Minta maaflah Encik Iskandar.” Aishah mengeluh. Sengaja menyakat. “Encik

dah terlambat dah. Saya anggap Encik Iskandar macam “pakcik” saya…”

Terhambur ketawa mereka yang mendengar kata-kata Aishah. Pakcik? Iskandar?

“Lagipun saya sudah ada orang yang bertakhta di hati saya. Tapi, rasanya Fiza

lebih sesuai kot buat Encik. Dia pun tak adalah muda sangat… aduh!” Aishah

menggosok-gosok lengan yang dicubit oleh Hafizah.

“Iyalah, rasanya Fiza ni mungkin sesuai dengan Abang Is kot. Orangnya tenang,

tak macam dia ni yang kelam kabut…” tambah Zulkarnain. Dia ketawa mengekeh.

“Bukan tu saja Encik Zul, Fiza ni boleh buat apa saja. Cekap sungguh. Memang

untung Encik Iskandar kalau ambil dia sebagai isteri.. aduh!” Lagi sekali Aishah menjerit

kecil bila jari Hafizah pantas mencubit lengannya.

“Amacam Fiza? Ramai yang sokong kita kahwin ni. Tak payah hantaran-hantaran

ye. Jom kita pergi ke rumah tok kadhi sekarang juga!” Iskandar pura-pura menghulurkan

tangannya ke arah Hafizah.

“Hush! Kamu orang ni, sudah-sudahlah mengusik dia. Tengok tu, berubah muka

dia. Tak kesian ke?” Zaleha mencekak pinggang dan memandang anak-anak saudaranya

silih berganti. Kedua-duanya tersengih macam kerang busuk.

“Ha ah kamu Is! Nanti kalau Fiza merajuk, berhenti kerja, siapa yang susah?

Kamu juga!” Datuk Rosli menyampuk. Dia juga turut tersenyum mendengar usikan anak-

anaknya dan Aishah.

Hafizah sahaja yang masih diam membatu. Mungkin bagi siapa yang tidak

241

Page 242: Sebab Dikau

mengenali gadis itu, ingat yang dia langsung tidak ambil peduli akan usikan Iskandar dan

Zulkarnain, tetapi Dato Rosli tahu, gadis itu malu diusik di khalayak ramai.

“Kalau semua dah siap, kita boleh bertolak sekarang. Kita solat zohor di masjid di

Taman Tun aje,” arah Dato Rosli lagi.

Mendengar arahan yang keluar dari tuan rumah, yang lain terus menjalankan kerja

masing-masing. Ada lima buah kenderaan yang akan menyertai rombongan peminangan.

Setiap satu kereta akan membawa tiga pahar. Ketua rombongannya adalah Iskandar satu

keluarga.

Ahli keluarga yang lain segera mengambil pahar untuk di bawa di dalam kereta

masing-masing. Mereka meninggalkan Al-Quran, sirih junjung, dan pahar yang berisi

cincin dan wang hantaran untuk di bawa oleh tuan rumah.

Iskandar memandang pahar yang berisi naskah Al-Quran. Dia mengerutkan dahi.

“Eh! Rasanya kita tak ada beli Al-Quran, kan?” Dia memandang Hafizah yang sibuk

mengemas barang-barang dan di masukkan ke dalam beg plastik.

“Saya hadiahkan buat tunang Encik Zul. Ini saja yang mampu saya belikan,” balas

Hafizah perlahan. Aishah sudah ke dapur dengan Susi untuk mencari makanan.

Iskandar terdiam. Dia tidak sangka yang Hafizah menghadiahkan senaskah Al-

Quran untuk Melor. Pertolongannya membuat gubahan hantaran sudah melebihi dari apa

yang diharap oleh Iskandar. “Terima kasih,” ucapnya perlahan.

Hafizah mengangguk.

242

Page 243: Sebab Dikau

22.

“Penatnya!” Keluh Zulkarnain sambil menghenyakkan punggung di atas kerusi

yang mengelilingi sebuah meja bulat berukir di taman. Saudara-mara dan rakan taulan

yang lain sudah pun pulang, yang tinggal hanyalah ayah, umi, Iskandar dan mak longnya

sahaja yang masih duduk bersantai di halaman sambil menikmati minum petang.

Penat juga pergi meminang anak dara orang ni, fikir Zulkarnain. Seharian dia

seperti lipas kudung ke hulu ke hilir membuat persediaan terakhir sebelum mereka semua

berangkat ke rumah ibu bapa Melor di Taman Tun Dr Ismail. Celik sahaja mata pagi tadi,

dia sudah kena bersiap sedia menolong ibunya membersihkan rumah. Kemudian pergi ke

bank untuk mengeluarkan duit dibuat hantaran. Lapan belas ribu ringgit semuanya.

Sempena tarikh harijadinya. Dan hanya itu yang mampu disediakan untuk gadis tercinta.

Mujur juga ibu bapa Melor tidak menetapkan harga yang tinggi untuk anak sulungnya itu.

Yang penting Melor bertunang.

Berapa hantaran, itu semua tidak penting. Iskandar sudah memberitahu

Zulkarnain yang dia kena menyediakan wang hantarannya sendiri kerana abangnya itu

sudah menjadi sponsor untuk barang-barang hantaran. Mujur Iskandar mahu membelikan

barang-barang hadiah tersebut, kalau tidak mahu dia habis lebih sepuluh ribu ringgit lagi.

Ah! Melor. Cantik sungguh dia tadi. Berbaju kurung satin berwarna ungu muda!

Tapi sayang, bakal isterinya itu hanya dapat diintai dari jauh sahaja kerana adat Melayu

tidak membenarkan dia duduk walau satu bumbung dengan Melor ketika majlis

pertunangan dan menyarungkan cincin dilaksanakan. Terpaksalah Zulkarnain tunggu

untuk melihat gambar-gambarnya nanti. Melor, tak sabar rasanya untuk menunggu tiba

waktu kita bergelar suami dan isteri yang sah. Zulkarnain tersenyum kecil.

243

Page 244: Sebab Dikau

Zulkarnain mengambil kotak tisu yang tersedia di atas meja lalu direntap

beberapa helai keluar. Dia mengelap peluh yang sudah mula berbintik di dahi. Matahari

masih lagi gah bersinar walaupun waktu petang sudah hampir ke penghujungnya.

Sesekali angin sepoi-sepoi bahasa meniup membawa pergi bahang panas.

Susi, pembantu rumah Indonesia sudah menyediakan seteko air teh dan seteko air

milo untuk minum petang mereka. Manisan, kuih muih dan kek balasan dari pihak

perempuan menjadi hidangan mereka petang ini. Semuanya tersusun elok.

Iskandar menyandarkan badan sambil menghirup milo panas di dalam cawan.

Terasa segar air mengalir ke dalam kerongkongnya. Dia mencapai seketul pastri buah

lalu di masukkan ke dalam mulut dan dikunyah perlahan-lahan.

“Kamu bukannya buat apa pun Zul. Cuma jadi penunjuk arah sahaja. Yang penat

ni umi dengan ayah kamu je!” Balas Datin Rahimah sambil menjeling ke arah anak

bungsunya.

Zulkarnain tersengih. Dia turut mencapai cawan air milo di atas meja.

Iskandar melambai-lambaikan jarinya. Kunyahan di mulut semakin cepat. Dia

menelan pastri buah dan menghirup air milo. Selesai kesemua makanan melepasi

tekaknya dia berkata “Mana ada dia jadi penunjuk arah. Is bagi pelan kat setiap kereta.

Tu, tak de sorang pun yang sesat.”

“Buruk betul perangai kamu! Macam tak belajar adab makan!” Kali ini Datin

Rahimah menjegilkan mata ke arah Iskandar.

“Hahaha! Padan muka!”

“Oi! Baik-baik sikit perangai! Aku lesing kang!” Iskandar menghayunkan

penumbuk ke arah Zulkarnain yang sedang mentertawakan mereka.

244

Page 245: Sebab Dikau

“Apa ni! Dah besar panjang pun bergurau tak tentu hala. Is! Zul! Tak malu mak

long tengok perangai kamu berdua yang macam budak-budak ni!” Marah Datin Rahimah

lagi.

“Sebab dah lama tak jumpa mak long lah, kami jadi macam ni. Saja nak bermanja

dengan mak long, kan mak long?” Zulkarnain merangkul bahu mak longnya dengan

manja. Dia merapatkan pipinya kepada pipi wanita separuh umur itu.

Zaleha hanya tersenyum melihat gelagat manja Zulkarnain. Dia mengucup mesra

pipi anak saudaranya itu. “Zul ni, dah nak kahwin pun nak manja dengan mak long lagi

ke? Nanti Melor tak cemburu?” Soalnya.

“Mana boleh Melor nak cemburu dengan mak long, nanti orang brainwash dia,

biar dia manja dengan mak long juga,” balas Zulkarnain.

“Huu! Tak malu. Dah tua bangka nak bermanja lagi. Manja je lah dengan Melor.

Ops! Tak boleh! Tak jadi suami isteri lagi!” Usik Iskandar lagi.

“Entah macamana lah nanti kamu ni nak jadi suami orang, umi pun tak tahu,”

Datin Rahimah pula mengeluh melihat kelakuan Zulkarnain.

“Laa… nanti orang dah nikah, orang tahulah bawa diri jadi suami Melor,” balas

Zulkarnain. Dia mencebik bibir ke arah abangnya.

“Ayah pun risau juga dengan kamu ni, Zul. Bukan senang nak jaga anak dara

orang. Apatah lagi Melor tu anak sulung. Dia pun ada tanggungjawab pada dua adiknya

tu,” nasihat Dato Rosli pula.

“Orang tau lah, ayah. Orang pun dah janji dengan Melor, takkan sia-siakan dia.

Melor yang banyak bagi semangat pada orang masa orang putus cinta dengan Zuraidah

dulu,” jawab Zulkarnain. Dia memandang wajah ayahnya. Percayalah ayah! Aku tidak

245

Page 246: Sebab Dikau

akan mensia-siakan hidup dia!

“Hmm…Zul dah hampir selamat, kamu bila lagi?” Zaleha mengalihkan

pandangan kepada Iskandar.

Hampir terlepas cawan yang dipegang Iskandar. Dia meletakkan cawan di atas

meja lalu tersengih memandang mak longnya. Aku pula?

“Kenapa? Mak long ada calon untuk saya ke?” Soalnya. Iskandar sengaja

mengangkat keningnya beberapa kali, mengusik.

“Hish! Kenapa pulak mak long yang kena cari calon. Takkanlah diri sendiri tak

boleh cari kot? Kan ke segak bergaya, mesti ada yang terpikat punya,” balas Zaleha

mengenakan Iskandar pula. Dia sengaja memandang Iskandar atas ke bawah.

“Dulu adalah mak long, sekarang ni dah tak ada,” balas Iskandar dengan suara

yang bersahaja. Nampak saja bersahaja tetapi jiwanya sudah bergetar. Ah! Perkara yang

berlalu, tak usah diingat lagi.

“Kenapa?”

“Dah putus dah, kak long.” Kali ini Datin Rahimah menyampuk. Suaranya

mendatar. Bengang juga dia dengan Iskandar kerana tidak mahu berusaha langsung untuk

merebut kembali cinta Nurul Huda.

“Tak ada ganti?”

“Banyak kerjalah mak long. Sekarang ni projek di Sepang baru nak berjalan, jadi

Is kena tumpukan untuk pembangunan tu. Mana ada masa nak cari awek dan nak pergi

dating,” balas Iskandar pula.

“Ha! Itulah saja alasan kamu. Kerja, kerja, kerja. Macamana makwe tak lari.”

Iskandar tersengih. Kata-kata mak longnya begitu menghiris hati. Tepat sekali

246

Page 247: Sebab Dikau

kata-kata itu. Kerja, kerja, kerja, macamana Nurul Huda nak lekat!

“Tu si Aishah tu, macamana? Mak long tengok boleh tahan juga budak tu.”

Zaleha mengangkat cawa teh dan menghirup air yang sudah suam-suam kuku perlahan-

lahan.

Iskandar ketawa berdekah-dekah. “Aishah?! Budak tu muda sangatlah Mak long.

Layak buat adik aje,” balasnya bila ketawanya reda. Dia dengan Aishah? Hish! Tak kena

langsung.

“Ha’ ah lah mak long. Lagipun Abang Is ni dah ada calon yang lain. Rasanya

yang ini lagi bagus,” Zulkarnain menyampuk sengaja untuk mengusik abangnya.

Matanya bercahaya. Peluang emas macam ni, jangan di lepaskan!

“Oh ya ke?”

“Iya mak long. Yang ini boleh kontrol perangai tak senonoh Abang Is. Kalau dulu

liat betul nak solat, sekarang ni tak pernah tinggal sembahyang. Zul pun tabik spring

betul kat perempuan ni,” sakat Zulkarnain lagi. Dia tersenyum kambing memandang

abangnya yang kelihatan terkulat-kulat kena usik.

“Bagus betul kalau macam tu. Mak long kena jumpa dia ni,” Zaleha tersengih.

Bertuah Iskandar kalau dia bertemu dengan seorang perempuan yang mampu

membimbing dia ke jalan Allah.

Seperti Rahimah membimbing Rosli. Isteri yang solehah dan sentiasa mengingati

suami tentang tanggungjawabnya sebagai seorang Muslim yang akur pada perintah Allah

adalah seperti permata yang sentiasa berkilauan.

“Alah! Mak long dah jumpa tadi.” Zulkarnain menyakat lagi.

“Siapa pilihan Is? Ayah pun nak tahu juga,” Dato Rosli menyampuk. Dia

247

Page 248: Sebab Dikau

tersenyum dan menjeling ke arah isterinya. Senyuman yang mekar hilang tiba-tiba bila

dilihat Datin Rahimah mengerutkan dahi. Ada riak kebimbangan di wajahnya. Kenapa

sayang?

“Siapa lagi ayah, kalau bukan si Fiza tu. Pekerja ayah yang paling rajin sekali.”

Zulkarnain ketawa besar.

Dato Rosli terdiam. Itukah gadis pilihan Iskandar? Dia memandang isterinya.

“Cakap ikut sedap mulut dia je!” Marah Iskandar. Dia menjeling tajam ke arah

Zulkarnain.

“Iya lah! Jangan nak berdalih lagi. Keluar makan sama, belikan hadiah hantaran

untuk orang pun sama-sama. Kalau tak bercinta tu, apa namanya?” Usik Zulkarnain lagi.

“Kami kawan ajelah. Lagipun abang upah dia buat hantaran kau. Takkanlah

abang nak pilih barang-barang hantaran kau tu. Kan ke tu kerja orang perempuan.” Muka

Iskandar mula masam. Tak senonoh betul si Zul, mengusik dia di depan ayah dan umi,

lebih-lebih lagi di depan mak long.

“Kamu ni Zul, sudah-sudahlah tu mengusik abang kamu tu.” Datin Rahimah

mengingatkan anak bungsunya. Ada nada tidak senang pada baris ayat itu.

“Apa salahnya umi, Zul tengok Fiza tu pun baik orangnya. Mungkin sikit

pendiam tapi eloklah kena dengan Abang Is yang suka cakap ni,” balas Zulkarnain masih

lagi mengusik. Langsung dia tidak sedar akan perasaan kurang senang uminya.

“Yang mana satu si Fiza tu, Zul?” Soal Zaleha pada Zulkarnain.

“Yang buat hantaran dengan si Aishah tu mak long. Yang pendiam tu.

Memanglah bandingkan dengan Aishah, Fiza tu tak berapa cantik sangat, tapi orangnya

baik mak long. Pendiam tapi beriman tu. Apa orang kata? Diam berilmu?” cerita

248

Page 249: Sebab Dikau

Zulkarnain lagi.

“Cakap macam dah kenal sangat dengan orangnya,” cebik Iskandar pula. Rimas

dia bila dia menjadi bahan usikan.

“Tak perlu tahu si Fiza tu macamana orangya. Tengok abang sahaja orang dah

tau. Kalau dulu lepas putus dengan kak Nurul, abang ni terus jadi moody dan perengus,

tapi sejak akhir-akhir ni, orang tengok abang dah makin ceria, makin tenang. Itu semua

sudah cukup untuk orang nilai sifat baik yang ada pada Fiza,” ujar Zulkarnain tenang.

Iskandar terkedu. “Mana kamu tahu, Fiza tolong abang berubah? Entah-entah

orang lain kot,” Iskandar sengaja menduga.

“Eleh! Masa nak siap-siap untuk majlis peminangan ni, siapa orang yang abang

selalu sebut-sebut tu, kalau bukan Fiza.”

“Itu sebab nak sediakan barang-barang hantaran kamu, bukan ada sebab lain.”

“Kenapa pulak tak sebut nama Aishah? Kenapa nama Fiza je?”

“Sebab abang rapat dengan dia. Dia setiausaha abang.”

“Bila masa pula kerja setiausaha sampai tolong ketua buatkan gubahan hantaran?

Siap bagi hadiah Al-Quran lagi.” Zulkarnain tersengih melihat Iskandar mengangkat

kening. “Ingat orang tak tau ke?”

“Hish! Yang mana satu ni?” Zaleha mengangkat kening. Pening dia dengan

perdebatan di antara ke dua-dua anak saudaranya.

Zaleha mengangkat ke dua-dua belah tangannya mengisyaratkan supaya mereka

berhenti berperang mulut. “Cuba bagitahu mak long, perempuan yang mana satu ni?

Yang sama-sama buat hantaran tu ke?”

“Iyalah mak long. Siapa lagi. Yang abang Is ajak kahwin tadi tu! Budak yang itu

249

Page 250: Sebab Dikau

lah.” Zulkarnain menerangkan kepada mak longnya yang masih lagi kabur akan siapa

yang dimaksudkan olehnya.

“Yang pendiam sangat tu?”

Zulkarnain menganggukkan kepala. Dia tersengih lagi. “Yang itulah!”

“Hmm… nampak orangnya macam kampung sikit. Boleh ke…”

“Jangan menghina mak long. Dari segi gaya memang dia kurang, tapi dia bijak.”

Cepat-cepat Iskandar mematikan kata-kata mak longnya. Sampai hati mak long menilai

seseorang dari segi luarannya sahaja. Belum kenal sudah pandai menghakimi. Mungkin

Hafizah kurang dari segi rupa paras. Mungkin dari mata kasar, Hafizah tiada yang

istimewa. Tapi apabila diselami hati budi gadis itu, dia sangat istimewa. Iskandar rasa

bertuah kerana dia di antara segelintir yang diberi peluang untuk mengenali siapa Hafizah

yang sebenarnya.

Zaleha mengerling ke arah Zulkarnain. Hujung bibirnya sedikit menjungkit.

Senyuman rahsia berbalas. Nampak gaya seperti ada apa-apa sahaja. Betulkah sebagai

kawan biasa ataupun sudah ada kasih yang berputik?

Zaleha berdehem kecil. “Bukanlah mak long menghina dia, tapi… mak long

tengok dia tu tak berapa sesuailah dengan kamu.” Dia sengaja mencucuk jarum.

“Tak baik mak long nilai dia macam tu. Hafizah tu bijak dan rajin kerja. Tak

payah disuruh berulang kali. Saya senang dengan dia. Kalau dia tak ada, mau kelam

kabut saya dibuatnya di ofis tu,” balas Iskandar. Hatinya tersentuh. Entah kenapa dia

merasakan yang dia perlu melindungi Hafizah. Menerangkan segala kebaikan gadis itu.

Dia rasa sungguh bertanggung-jawab membetulkan persepsi salah yang dilemparkan oleh

mak longnya terhadap gadis itu.

250

Page 251: Sebab Dikau

“Mak long bukan berniat apa-apa. Mungkin dia sesuai sebagai setiausaha kamu,

tapi sebagai teman hidup? Entahlah. Apa kata kamu cari saja perempuan lain yang sama

taraf dengan kamu. Iyalah takkanlah umi tak ada kawan-kawan yang ada anak perempuan

baya-baya kamu,” ujar Leha lagi. Sengaja menyimbah minyak ke dalam api yang mula

marak.

Zulkarnain yang disebelah hanya mengangguk-anggukkan kepalanya. Bersubahat.

Datin Rahimah dan Dato Rosli hanya mendiamkan diri menjadi penonton drama di meja

bulat. Ingin juga mereka mendengar apa pendirian Iskandar mengenai jodohnya.

Dato Rosli dan Datin Rahimah tidak pernah membariskan kriteria untuk Iskandar

mencari jodohnya sendiri. Yang penting anak itu tahu teman hidupnya itu akan menjadi

penentu keperibadiannya. Sekiranya gadis yang dipilih di kalangan orang yang baik-baik,

insyaAllah, akan sejahteralah rumah tangga mereka. Tetapi sekiranya dunia yang

dijadikan kayu ukuran, mungkin mahligai yang dibina akan hancur akhirnya.

Cuma hatinya sedikit kurang senang sekiranya Fiza yang menjadi pilihan.

Bukanlah dia menilai kekayaan sebagai ukuran. Dato Rosli menerima siapa sahaja pilihan

Iskandar untuk menjadi menantu di rumah mereka.

Tidak kiralah gadis itu kaya atau miskin, cantik atau buruk. Yang penting

mempunyai peribadi yang mulia. Tapi, kalau Fiza… entahlah. Memanglah gadis itu

mempunyai akhlak yang sangat baik berbanding dengan kebanyakan gadis moden zaman

ini, tapi berat sungguh hatinya untuk menerima Fiza sekiranya dia menjadi pilihan anak

sulungnya untuk menjadi ratu hatinya.

Iskandar merenung dalam wajah mak longnya. Hatinya sudah benar-benar terusik.

Sudahlah Hafizah dipandang rendah, kini dia merasakan yang mak longnya menginjak-

251

Page 252: Sebab Dikau

injak keperibadian gadis itu. Sampai hati mak long buat Hafizah macam ni.

Nasib baik gadis itu tiada di sini mendengar kata-kata pedas mak long. Iskandar

menarik nafas panjang. Dia harus bersabar. Mak long tidak kenal siapa Hafizah jadi

pandangan wanita itu sepatutnya tidak penting. Benarlah kata pujangga “Hanya jauhari

mengenal manikam”. Tapi, apakah taraf aku sudah layak di panggil jauhari?

“Mak long pandang jauh sangat ke depan. Saya pun bukan kenal dia sangat tapi

ikhlas saya cakap sepanjang beberapa bulan saya kenal dia saya yakin, kalau dia jodoh

saya, sayalah orang yang paling bertuah di dunia ini,” ujar Iskandar perlahan.

Terbeliak mata Zulkarnain mendengar pengakuan abangnya. “Kan orang dah

cakap dah. Dia suka kat Fiza tu!”

Zaleha bangun dari kerusinya.Dia mendekati Iskandar. Dengan mesra dia

menepuk-nepuk bahu anak saudaranya itu. “Mak long bangga dengan kamu.” Dia tunduk

lalu mengucup pipi Iskandar.

Terperanjat Iskandar dengan perbuatan mak longnya. Dia merenung dalam mata

wanita itu. “Kenapa ni mak long?”

“Kamu memang mempunyai budi perkerti yang tinggi. Mak long cuma duga

kamu saja tadi. Macam tu lah kalau hendak mencari jodoh. Bukan lihat pada luarannya

sahaja tapi nilai dia dari segi keperibadiannya dan ilmu agamanya.”

Zaleha memeluk erat Iskandar. Matanya memandang pada bekas adik iparnya.

Matanya berkaca-kaca. “Bertuah kamu Li, Imah. Kamu sudah cukup memberikan dia

ilmu sampai dia bijak membuat pilihan.”

Datin Rahimah hanya mendiamkan diri.Perlahan dia mengangguk-anggukkan

kepalanya. Hampir gugur jantungnya mendengar pengakuan anak sulungnya. Ya Allah!

252

Page 253: Sebab Dikau

Dugaan apakah yang Kau berikan pada kami sekeluarga?

Di saat keluarga ini kembali bersatu. Di saat Kau buka hati kak long untuk

kembali bermesra bersama-sama kami. Datin Rahimah memandang wajah suaminya. Ada

riak kurang senang terpancar di wajahnya.

Dato Rosli menarik nafas dalam. Dia mencapai jari-jemari isterinya. Sejuk.

Matanya menatap wajah wanita yang tabah berkongsi kasih dengannya hampir tiga puluh

tahun lamanya. Sabar, isteriku… sabar sayang.

“Siapa nama penuh perempuan tu, Is?” Tanya Zaleha lagi.

Genggaman tangan Datin Rahimah semakin kemas. Ada air jernih yang sudah

mula bertakung di matanya. Dato Rosli mengelus-ngelus lembut tangan isterinya. Sabar

sayang.

“Hafizah, mak long,” jawab Iskandar tenang. Sungguhkah dia bersedia menerima

gadis itu sekiranya itulah jodoh ketentuan Ilahi?

“Hafizah? Pendek aje namanya ye? Emm.. binti siapa?”

Jantung Datin Rahimah berdegup kencang. Dia ingin menjerit supaya semua

orang diam tapi suaranya tersekat di kerongkong dan bibirnya terasa terkunci kemas.

“Hafizah binti Mahat, mak long.”

Nama itu! Jantung Zaleha berdegup kencang.

253

Page 254: Sebab Dikau

23.

Kesejukkan penyaman udara di dalam bilik menunggu, tidak dapat

mengurangkan kehangatan tubuhnya. Bintik-bintik peluh di dahi cepat-cepat dilap

dengan tuala kecil yang digenggam kemas. Tuala kecil juga sudah mulai terasa lembab.

Mungkinkah dia gelisah. Hafizah mendengus. Dia tidak pernah rasa resah atau gugup.

Gadis penyambut tetamu yang menyuruh dia duduk di ruang menunggu sibuk

mengambil panggilan. Sesekali tugasnya diganggu oleh budak penghantar surat yang

memerlukan tandangannya. Hafizah memandang sekeliling ruang menunggu. Ada tiga

gadis yang duduk dengannya di atas kerusi empuk berwarna biru yang disandar ke

dinding. Semuanya duduk menunggu untuk ditemuduga.

Hafizah terbaca tentang iklan untuk temuduga terbuka sebagai kerani di sebuah

syarikat perumahan di Wangsa Maju. Tempatnya tidak jauh dari rumah dan gaji yang

ditawarkan pun boleh tahan. Selepas dicongak-congak, lepaslah untuk yuran sekolah dan

duit bulanan rumah. Semalam dia sudah beritahu dengan Mr Seng yang menjaga

pekerja-pekerja sambilan di hotel bahawa dia tidak akan masuk kerja hari ini. Ada

urusan.

Lama juga Hafizah berkira-kira hendak menghadiri temuduga itu. Walaupun gaji

kurang sikit dari apa yang dia dapat jika terus bekerja sebagai pelayan sambilan di

hotel, sekurang-kurangnya masa bekerja dari sembilan pagi hingga lima petang

membolehkan dia berada di rumah untuk menjaga Fifi. Tidak perlu terlalu berharap

sangat pada Makcik Farah.

Semalam juga, Hafizah sudah mencongak duit di dalam bank. Tinggal lima ratus

ringgit sahaja. Tidak cukup untuk menyara mereka tiga beradik. Sudah seminggu dia

254

Page 255: Sebab Dikau

tidak sedap hati. Mana dia hendak cari duit untuk sekolah Hafizi dan Hafifi? Buku baru,

baju baru, kasut sekolah baru. Itu semua perlukan duit. Mana dia nak korek duit sebegitu

banyak? Duit sebagai pelayan sambilan selalu lambat.Dan dia tidak boleh terlalu

berharap dengan kerja seperti itu, tiada masa depan. Kalau dulu dia seorang tidak apa,

tapi sekarang dia kena berfikir untuk masa depan Fizi dengan Fifi. Lebih-lebih lagi Fifi.

Hafizah mengangkat muka memandang mereka yang sama menunggu giliran di

ruang menunggu. Semua kelihatan tenang. Mungkin aku seorang sahaja yang resah,

fikirnya. Sebab aku perlukan duit lebih dari kau orang! Dua gadis yang duduk

berhadapan dengannya sedang rancak bercerita. Sesekali mereka tertawa. Yang duduk

di sebelah Hafizah sesekali mencelah. Mereka kelihatan ceria. Hanya dia sahaja yang

diam membatu.

Hafizah menarik lengan baju kurung biru pemberian Makcik Farah. Baju itu

sudah kedut seribu. Penat sahaja dia menggosok baju kurung itu malam tadi. Tak sampai

seminit disarung, sudah berkedut sana sini. Duduk dalam bas menambahkan kedut di

baju, tapi tak ada apa yang dia boleh buat untuk mengurangkan kedut tersebut. Itu yang

membuatkan dia lebih ralat apabila di minta duduk di bilik ini. Bukan lagi kedut seribu,

entah berjuta agaknya. Tapi apa boleh buat, itu sahajalah baju kurung yang dia ada.

Hendak harapkan jaket atau skirt labuh memang dia tidak ada. Yang ada blaus putih dan

seluar hitam. Pakaian seragam kerja. Tidak sesuai di bawa pergi temuduga. Sekali

pandang orang pasti tahu itu pakaian pelayan hotel. Walaupun tiada dulang yang

ditatang sekali.

Penampilannya pagi itu jauh ringkas dari tiga gadis yang sama-sama duduk di

ruang menunggu. Dua yang berhadapan dengannya sungguh bergaya. Lagak seperti

255

Page 256: Sebab Dikau

pegawai eksekutif. Seorang hitam manis orangnya, bergaya dengan jaket warna biru

gelap. Jaket yang tidak dibutang menampakkan blaus warna biru muda. Skirt pendek

paras lutut belah ditepi. Kemas, seksi dan bergaya. Sepatu hitam tumit tinggi

menambahkan lagi gaya korporat gadis tersebut. Rambut kerinting lembut paras bahu

tersisir kemas menambahkan manis empunya diri yang bersolek nipis.

Rakan yang disebelahnya juga tidak kurang gayanya. Jaket hitam dipadankan

dengan seluar panjang sedondon. Blaus warna ungu muda memberi kontras pada warna

yang gelap. Berkulit cerah dan berambut panjang hingga ke dada.Tubuh agak sedikit

montok. Si gadis ini juga bijak bersolek. Bibir terpalit gincu merah muda. Pewarna pipi

tidak terlalu merah dan kelopak mata dipalit sedikit dengan warna ungu muda.

Cantik mereka ini, fikir Hafizah. Kalau hendak dibanding dengan aku, seperti

langit dengan bumi. Dengan perlahan Hafizah menarik tudungnya menutupi kesan parut

di pipi kiri. Tiba-tiba dia terasa sedikit ngilu. Luka di pipi masih lagi belum sembuh

sepenuhnya. Selalu bila keadaan cuaca tidak berapa baik, parut itu terasa ngilu.

Mungkin terlalu dingin di dalam bilik menunggu ini.

“Awak dari mana?” Tiba-tiba gadis di sebelah Hafizah bersuara. Pertanyaannya

segera mematikan lamunan Hafizah.

“Em.. Taman Melati2,” balas Hafizah ringkas.

“Nama saya Marshita Ahmad,” Gadis yang berbaju kurung berwarna kuning

cair itu memperkenalkan diri. Orangnya cantik. Berkulit cerah dan ada tahi lalat di

bawah mata kiri. Rambut paras bahu tersisir kemas. Bila tersenyum nampak lesung pipit

yang menambahkan lagi seri di muka.

“Hafizah Mahat.”

256

Page 257: Sebab Dikau

“Temuduga untuk jawatan apa?” Tanya Marshita lagi. Dua gadis yang di

hadapan mereka sudah berhenti bercerita sesama sendiri. Mereka turut mendengar

dengan minat.

“Err.. kerani sahaja. Awak?”

“Saya minta jawatan junior secretary,” balas Marshita. “Saya dari ITM. Ambil

jurusan setiausaha. Baru habis tiga bulan lepas. Dah banyak tempat saya minta kerja,

tapi tak dapat.”

“Iyalah, sekarang ni susah betul nak cari kerja,” tiba-tiba gadis yang duduk

berhadapan Marshita yang berskirt belah di tepi bersuara.

“Nama saya Nuraini Jumaat. Ini kawan saya Norshiela Hamzah,” Nuraini

memperkenalkan diri. Dia tersenyum. Gadis yang bernama Norshiela juga turut

tersenyum.

“Sudah tiga tempat saya pergi untuk temuduga kerja, satu pun tak dapat. Saya

harap kali ni nasib saya baik,” sambung Nuraini lagi.

“Awak minta jawatan apa?” Marshita pula bertanya.

“Saya minta kerani sahaja. Shiela ni pula mohon sama jawatan dengan awak.

Saya harap syarikat ni ada buka jawatan lebih sikit, jadi tak adalah salah seorang dari

kita yang balik dengan perasaan kecewa,” kata Nuraini. Norshiela turut mengangguk.

“Dengar khabar, syarikat ini tengah naik.Tengah banyak projek. Sebab itu

diaorang buka iklan untuk jawatan kosong. Lagipun ini syarikat bumiputra,” ujar

Marshita. Nampak gaya gadis ini banyak tahu mengenai syarikat itu.

“Mana awak tahu semua ni Marshita?” Norshiela pula bertanya. Hafizah

mengangguk. Kagum juga dia melihat Marshita yang tahu banyak mengenai syarikat itu.

257

Page 258: Sebab Dikau

“Kawan saya ada di ITM ada buat practical di sini dulu. Dia yang beritahu. Dia

pun kata syarikat ni bagus,” jawab Marshita.

“Kawan awak tu tak minta kerja di sini sekali ke? Saya dengar cerita, kalau

sudah buat practical di satu-satu syarikat itu, senang nak minta kerja di tempat yang

sama,” kata Norshiela pula.

“Tak. Sebab dia cuma buat practical saja di sini. Ayahnya ada syarikat sendiri.

Jadi, habis belajar dia terus kerja dengan ayahnya,” jawab Marshita lagi.

“Awak rasa ramai tak yang akan minta kerja di sini?” tanya Nuraini bimbang.

Kali ini soalan itu ditujukan pada Hafizah yang sedari tadi diam dan mendengar sahaja

perbualan mereka bertiga.

“Entahlah. Lagipun kita awal. Sekarang baru pukul lapan setengah. Kalau tak

silap saya temuduga cuma akan dibuka lepas jam sembilan,” jawab Hafizah. Dia

mengerling ke arah jam tangannya. Masih ada lagi setengah jam untuk ke pukul

sembilan.

Sedang mereka berborak kosong, gadis penyambut tetamu masuk dan meletakkan

beberapa naskhah surat khabar di atas meja kopi.

“Silalah, kalau nak baca suratkhabar. Mesti bosan duduk menunggu macam ni

kan,” katanya mempelawa. “Lama lagi nak tunggu dipanggil untuk temuduga,” katanya

lagi dan terus berlalu keluar dari bilik menunggu.

Setiap seorang terus menarik senaskah suratkhabar di hadapan mereka dan mula

menyelak sehelai demi sehelai. Suasana yang tadi meriah mulai diganti dengan bunyi

selakan helai surathkhabar.

Tepat jam sembilan pagi, gadis penyambut tetamu masuk kembali ke dalam bilik

258

Page 259: Sebab Dikau

menunggu. Jumlah yang tunggu untuk ditemuduga semakin meningkat. Dari empat terus

melonjak ke sepuluh orang. Lima tambahan kerusi telah di bawa masuk ke bilik

menunggu untuk menampung jumlah mereka yang menunggu giliran.

“Norshiela Hamzah?” Penyambut tetamu bertanya.

Norshiela segera berdiri. “Saya”

Penyambut tetamu mengangguk sambil tersenyum. “Sila masuk. Tahniah! Awak

yang pertama yang akan ditemuduga hari ini. Selamat berjaya.” Gadis penyambut

tetamu tersenyum mesra lalu mempersilakan Norshiela masuk ke dalam pejabat.

Mereka yang menunggu giliran masing-masing mula berbual sesama sendiri. Ada

yang mula nampak gelisah ada yang tidak kisah. Mungkin sudah selalu menghadiri

temuduga kerja agaknya, fikir Hafizah. Tak macam aku ni.

Hafizah cuba membetulkan baju kurung yang berkedut tetapi usahanya tidak

berhasil. Dia menarik nafas panjang. Nampak gayanya dia terpaksa berhadapan dengan

penemuduga dalam keadaan baju yang berkedut inilah!

Satu demi satu calon yang menunggu dipanggil masuk untuk ditemuduga. Ada

yang cuma mengambil masa lima belas minit, ada yang hampir satu jam. Norshiela dan

Nuraini sudah pulang selepas habis giliran mereka ditemuduga. Sekarang ini tinggal

Marshitah sahaja yang berada di dalam bilik Pengurus Besar.

Hafizah mengerling jam di tangan. Baru sepuluh minit Marshitah di dalam. Jari-

jarinya laju bermain dengan fail yang berisi surat dan sijil-sijil sekolah yang tidak

seberapa.Hatinya berbelah bahagi samada untuk cuba masuk dan memperjudikan tiga

nyawa dengan memohon jawatan kerani di syarikat itu.

Jika dia berjaya menjawat jawatan tersebut, bermakna nasib mereka tiga beradik

259

Page 260: Sebab Dikau

mungkin akan berubah kepada yang lebih baik. Jika tidak, terpaksalah dia menggunakan

tulang empat kerat ini untuk memperbaiki hidup mereka sekeluarga.

Hafizah sudah berjanji dengan dirinya sendiri yang dia tidak akan membenarkan

adik-adiknya bersusah payah untuk mencari rezeki. Tugas itu terletak dibahunya. Dia

yang akan menggalas tanggungjawab membesarkan mereka. Tugas mereka pula

membalas pengorbanannya dengan belajar sehingga mereka mendapat segulung ijazah

dan kemudian akhirnya menjawat jawatan yang tinggi. Bukan mejadi kuli seperti dirinya

sekarang.

Hafizah merenung fail yang berisi dokumen yang tidak seberapa itu. Hatinya

berbolak balik. Kakinya terasa sungguh ringan untuk berlari keluar dari bangunan

tersebut. Dadanya berdebar-debar. Dia tertanya-tanya bolehkah dia mendapat jawatan

kerani di syarikat itu dengan hanya berbekalkan sijil SPM Pangkat Tiga?

Hafizah memerhatikan calon-calon yang sama-sama setia menanti di dalam bilik

menunggu. Mereka semua kelihatan seperti lepasan universiti atau kolej. Dalam keadaan

ekonomi sekarang yang tidak menentu, graduan tidak boleh memilih kerja. Kena cekap

menangkap apa sahaja peluang pekerjaan yang boleh di dapati.

Hafizah mula bimbang. Terselit juga perasaan menyesal kerana tidak berusaha

bersungguh-sungguh di dalam Tingkatan Lima. Kalau graduan universiti sekarang sukar

mencari kerja, apatah dia yang hanya lulus sekolah menengah dan berbekalkan

keputusan peperiksaan yang tidak seberapa.

Sudahlah tidak pandai, samseng sekolah pula itu. Surat berhenti sekolah pun ada

tertera perkataan pelajar bermasaalah. Naya sungguh kalau majikan hendak melihat

surat berhenti sekolahnya. Apa dia nak jawab?

260

Page 261: Sebab Dikau

Sedang Hafizah duduk termenung, dia terdengar namanya dipanggil oleh gadis

penyambut tetamu. Sudah tiba giliran diakah? Si gadis mengangguk seolah-olah faham

soalan yang bermain di dalam hati Hafizah.

Dengan perlahan Hafizah bangun dan berjalan menuruti gadis penyambut

tetamu. Kasihan dia hari ini, bukan setakat menjawab panggilan, terpaksa pula menjaga

calon-calon temuduga hari itu. Tapi, si gadis nampak gembira dan tidak merungut

membawa tugasan tambahan.

Dengan sopan, si gadis mengetuk pintu yang tertera perkataan pengerusi dan

tanpa menunggu pamitan terus menolak pintu dan mempersilakan Hafizah masuk.

Apabila Hafizah sudah melangkah masuk, si gadis terus keluar sambil menutup pintu.

Dengan perasaan yang bercampur baur, Hafizah terus melangkah masuk ke

dalam bilik. Tiga orang lelaki separuh umur sedang duduk di atas sofa di penjuru bilik.

Meja kaca di hadapan mereka penuh dengan fail calon-calon yang hendak ditemuduga

hari ini. Ada tiga gelas berisi air teh panas di hadapan mereka. Teko air yang separuh

penuh dan sepiring biskut yang tinggal beberapa keping terletak di dalam dulang di

hujung meja.

“Silakan duduk cik,” seorang lelaki separuh umur yang berkemeja warna biru

mempersilakan Hafizah duduk dan dengan tertib dia menurut arahan lalu duduk di atas

sofa kulit yang berwarna hitam di hadapan mereka.

“Nama Cik?” lelaki yang sama bertanya. Seorang yang duduk di tepi kanan

Hafizah sedang sibuk meneliti fail di hadapannya manakala lelaki yang tengah, lebih

segak dari yang dua itu, duduk menyandarkan badan seolah-olah menunggu jawapan

Hafizah dengan penuh minat.

261

Page 262: Sebab Dikau

“Hafizah Mahat encik,” jawab Hafizah tertib.

“Nama saya Mansor, HR Manager, sebelah saya ini Dato Rosli, Pengerusi

syarikat ini dan dihujung tu Encik Roslan, pembantu saya,” Encik Mansor

memperkenalkan diri.

Hafizah hanya mengangguk sambil memandang ke tiga-tiga mereka.

“Minta jawatan apa?” Encik Mansor bertanya lagi.

“Kerani saja encik,” balas Hafizah.

“Ada pengalaman bekerja sebagai kerani?”

Hafizah menggelengkan kepala. Hendak kata apa lagi, memang dia langsung

tiada pengalaman bekerja sebagai kerani. Pengalaman yang dia ada hanyalah sebagai

pelayan yang mengangkat dulang di waktu jamuan di hotel tempat dia bekerja.

“Hmm..,” Encik Mansor menyandarkan badan. “Tak pelah, ada kelulusan?”

“SPM.” Hafizah terdiam. “Pangkat Tiga.”

Encik Roslan laju menulis di atas sekeping kertas. Habislah aku! Sah tak dapat

kerja ini.

“Hmm.. susah ni. Awak tak ada pengalaman dan kelulusan pun cukup makan.

Kenapa hendak kerja ini?” Tanya Encik Mansor lagi.

Muka Hafizah terasa panas. Malu hendak menjawab soalan itu. “Saya kerja

sambilan sebagai pelayan.. err pelayan makanan, encik, di hotel. Tapi, kerja itu tidak

tentu masa dan kalau boleh, saya perlukan kerja tetap”

Encik Mansor menganggukkan kepala. “Tinggal di mana?”

“Taman Melati 2,” jawab Hafizah. Tangannya menguis fail yang diletak di atas

lutut. Dia ingat pesan Makcik Farah. Apa situasi sekalipun kita harus jawab dengan

262

Page 263: Sebab Dikau

jujur. Dari situ orang dapat menilai siapa diri kita sebenarnya.

“Itu kawasan perumahan kos rendah baru kan?” Tiba-tiba Dato Rosli bersuara.

Hafizah mengangguk.

“Sebelum ini? Duduk di mana?” Tanya Dato Rosli lagi.

“Setinggan, Dato’,” jawab Hafizah lagi.

Dato’ Rosli mengangguk-anggukkan kepala tanda faham. Sejak kebelakangan ini

kerajaan Negeri Selangor begitu ghairah membina rumah-rumah flat kos sederhana dan

rendah untuk menampung kebanjiran penduduk yang datang dari tempat lain ke negeri

ini mencari rezeki. Pada waktu yang sama, kerajaan juga hendak mengawal rumah-

rumah setinggan yang dibina sewenang-wenangnya di atas tapak tanah kerajaan

ataupun persendirian.

“Setinggan mana?”

“Kampung Seri Ampangan, Dato,” ujar Hafizah.

Wajah Dato Rosli tiba-tiba berubah. Dia mengerutkan dahi. Matanya tajam

menikam memerhatikan gadis yang duduk di hadapannya. Hafizah Mahat. Mahat?

Kampung Seri Ampangan. Dia kah?

“Ada bawa CV?” Soal Dato Rosli lagi.

Encik Mansor dan pembantunya Roslan hanya diam sebagai pemerhati. Pelik

juga mereka tiba-tiba Dato Rosli bertanyakan CV dari gadis itu. Kalau diikutkan mereka,

permohonan gadis itu akan ditolak mentah-mentah. Sudahlah tidak ada pengalaman,

kelulusan pun tidak ada. Kalau setakat SPM Pangkat Tiga, berlambak di luar sana.

Hafizah mengangguk lalu mengeluarkan beberapa keping kertas yang bertaip

kemas dari sampul surat kuning yang dibawa lalu dihulurkan kepada Dato Rosli.

263

Page 264: Sebab Dikau

Dato Rosli mencapai kertas yang dihulur oleh Hafizah dan mula menelitinya.

Tiada kelayakan, tiada kelulusan. Tiada apa yang menarik di dalam CV tersebut, hanya

satu. Satu baris ayat yang pertama; Nama: Hafizah Mahat.

Lama Dato Rosli merenung barisan ayat yang pertama. Diakah? Benarkah gadis

yang duduk di hadapannya ini adalah salah seorang dari mereka yang sedang dia cari?

Benarkah dia dari keluarga yang memporak-perandakan keluarga orang lain?

Jantung Dato Rosli berdegup kencang. Kalau betullah Hafizah dari keluarga

tersebut, dia kini sudah berada di hadapan matanya. Kenapa Hafizah tidak seperti yang

dijangka? Kenapa gadis ini kelihatan seperti orang baik-baik? Bertudung dan sopan?

Adakah ini satu permainan seperti permainan ahli keluarganya yang lain? Ya Allah!

Tunjukkanlah kebenaran.

Kenapa orang kampung berlagak seolah tidak tahu di mana anak-anak Mahat

ketika dia ke sana mencari mereka? Kenapa mereka kata keluarga Mahat sudah

berpindah dan tidak tahu di mana? Kenapa mereka hendak membela nasib keluarga

penagih dadah dan perempuan sundal?

Di hadapan Dato Rosli, Hafizah mula gelisah. Kenapa Dato Rosli merenungnya

tajam begitu? Ada apa yang tidak kena dengan dirinya. Perlahan-lahan dia membetulkan

tudung, menariknya cuba menutupi parut panjang di tepi pipi.

Encik Mansor batuk kecil mematikan lamunan Dato Rosli. Dia mengalihkan

pandangan kembali ke kertas yang dipegang kemas. Dia melihat renyuk sedikit di tepi

kertas. Dato Rosli beristighfar panjang di dalam hati. Dia harus tenang dan dia harus

berlakon sekiranya dia mahu tahu perkara yang sebenarnya.

“Awak sungguh-sungguh nak kerja di sini?” Soal Dato Rosli lalu meletakkan

264

Page 265: Sebab Dikau

kertas CV di atas meja.

“Ya Dato. Em… saya perlu sangat kerja ini kerana saya sedang membesarkan

adik-adik saya selepas emm… ibu bapa saya tiada,” jawab Hafizah sedikit gugup.

“Hmm..” Dato Rosli tersentak. Mungkinkah? “Baiklah itu sahaja Hafizah. Kami

akan beritahu awak sekiranya awak berjaya atau tidak untuk menjawat jawatan sebagai

kerani di syarikat ini,”

Hafizah mengangguk lalu mengucapkan terima kasih. Dia terus berdiri untuk

beredar keluar dari bilik.

“Oh ye, sebelum awak keluar, ini alamat surat menyurat awak ke?” Tanya Encik

Mansor pula.

“Ya. Nombor telefon pun ada, tapi itu nombor jiran sebelah rumah saya. Encik

Mansor boleh tinggal pesan pada dia kalau saya tak ada,” jawab Hafizah.

Encik Mansor puas hati dengan jawapan Hafizah lalu menulis sesuatu di atas

kertas CV yang terletak di atas meja.

“Terima kasih Dato Rosli, Encik Mansor dan Encik Roslan. Saya keluar dulu,

Assalamualaikum,” pamit Hafizah lalu terus berjalan ke muka pintu.

“Oh! Sebelum awak keluar ni, saya nak tanya satu soalan peribadi, boleh?”

Hafizah memusingkan badan memandang tepat pada wajah Dato Rosli. Curiga

yang bersarang di hati semakin menebal. Mengapa hendak bertanya soalan peribadi?

Bukankah semua sudah diterangkan di dalam biodatanya?

“Bila ibu bapa awak meninggal dunia?”

“Er… tahun lepas,” Hafizah bertambah gugup. “Kemalangan jalan raya,”

tambahnya lagi.

265

Page 266: Sebab Dikau

Dato Rosli menganggukkan kepala. “Awak boleh keluar. Memandangkan awak

anak yatim piatu, saya minta awak beritahu Shida yang kat depan tu saya minta awak

tinggalkan nama awak dan nama kedua ibu bapa awak yang sudah meninggal dunia.

Juga nama tanggungan awak ya.”

Hafizah mengangguk. Dengan pantas Hafizah memulas tombol pintu dan

memboloskan dirinya keluar. Tidak pernah seumur hidupnya yang tidak keruan ini.

Selama ini dia tidak pernah gugup apabila bertemu dengan orang, tidak kiralah tua,

muda, miskin atau kaya, apatah lagi berpangkat tinggi. Tapi, kali ini, dia rasa lain

sekali. Pandangan tajam Dato Rosli membuatkan dia gugup. Takut!

Tiba di tempat penyambut tetamu, Hafizah memberitahu gadis ceria yang baru

diketahui namanya Shida, apa yang disuruh oleh Dato Rosli. Dengan senyuman yang

lebar, Shida menyerahkan sekeping kertas putih kepada Hafizah untuk dia menulis

maklumat yang diperlukan oleh Dato Rosli.

Selesai melakukan tugas tersebut, Hafizah menyerahkan kertas kepada Shida lalu

mengucapkan terima kasih dan selamat tinggal. Dia terus berjalan keluar dari pejabat

tersebut dengan hati yang senang. Dalam hati dia berdoa semoga dia mendapat

pekerjaan yang baik dan dapat menyara adik-adiknya belajar.

Hafizah tidak sedar bahawa tindak tanduknya diperhatikan oleh Dato Rosli

sedari tadi. Apabila gadis itu melangkah keluar dari ruang legar, Dato Rosli terus

berjalan menuju ke arah Shida.

“Boleh bagi pada saya, kertas maklumat yang saya minta Cik Hafizah tulis

tadi?” Tanyanya pada Shida.

Dengan senyuman mesra, Shida terus menyerahkan kertas tersebut pada

266

Page 267: Sebab Dikau

majikannnya. Ini kali pertama Dato Rosli meminta maklumat tambahan dari calon-calon

temuduga. Walaupun sedikit hairan, Shida tidak ambil tahu. Baginya, dia ditugaskan

hanya sebagai penyambut tetamu. Mungkin Dato Rosli ada sebab musabab dia yang

tertentu untuk meminta maklumat tambahan itu.

Dato Rosli membaca nama-nama yang tertera di atas kertas itu. Hafizah Mahat.

Bapa : Mahat Ismail, umur tiga puluh tujuh tahun. Ibu : Nuraina Abdul Latiff umur tiga

puluh lima tahun.

Dato Rosli menarik nafas panjang. Apa yang disangkanya menjadi kenyataan.

Itulah keluarga yang dicari. Hafizah itulah waris pada Mahat dan Nuraina. Dua

manusia yang telah menghancurkan keluarganya. Dua manusia yang telah membunuh

abangnya.

Abangnya yang sanggup meninggalkan keluarganya sendiri, settelah jatuh cinta

pada Nuraina perempuan GRO yang ditemui di kelab malam yang sering dikunjungi

saban malam. Abang yang sudah mabuk asmara dan sanggup berhabis untuk perempuan

durjana itu. Mengikut nafsu yang akhirnya menamatkan riwayat mereka berdua di dalam

satu kemalangan jalanraya yang dahsyat.

Kereta Mercedes yang dipandu laju lalu terbabas jatuh ke dalam gaung tidak

jauh dari Terowong Sempah menuju ke Janda Baik. Kereta tersebut remuk seremuk hati

Dato Rosli apabila dia diberitahu oleh polis mengenai kemalangan tersebut dan terpaksa

membawa balik mayat abang tersayang dari Hospital Besar Kuala Lumpur.

Dato Rosli menarik nafas panjang. Dia berjalan masuk ke dalam bilik pejabatnya

di mana Mansor dan Roslan masih lagi menunggu.

“Kita akan ambil Hafizah berkerja dengan kita,” umum Dato Rosli sebaik sahaja

267

Page 268: Sebab Dikau

kakinya melangkah masuk. Pengumuman yang membuatkan Mansor dan Roslan

tercengang.

Dato Rosli masih lagi memegang kertas putih tersebut. Hatinya masih lagi

luka.Masih terbayang dimatanya saat dia di bawa ke hospital untuk mengecam mayat

abangnya. Dia teringat ketika dia menolong membawa mayat abangnya ke kuburan.

Menolong menurunkan mayat abangnya ke liang lahat. Menimbus dan membaca talqin.

Menahan air mata kala menyiramkan air mawar ke pusara abang tercinta.

Semoga Allah mengampuni dosamu, abangku. Dato Rosli terbayang nisan putih

yang berukir dalam tulisan jawi, nama abangnya - Osman Kamaruddin.

268

Page 269: Sebab Dikau

24.

“Untuk awak.”

Seketul pastri tiga berpintal sepanjang hampir lima inci panjang berikat reben

ungu dan putih diletakkan di hadapannya. Ketukan jari di papan kekunci terhenti. Hafizah

mendongak. Wajah riang Iskandar menyapa. Lelaki itu tersengih. Di tangan kanannya

tergenggam sebatang lagi pastri panjang yang sama tetapi sudah bergigit.

“Buat apa ni?” Tanya Hafizah. Dia mengambil batang pastri lalu dibeleknya.

“Melor bagi. Dia kirim salam.”

“Waalaikumsalam.” Dahi Hafizah berkerut. Nak buat apa dengan batang pastri

ni?

“Makanlah…”

Sekali lagi Hafizah merenung wajah Iskandar yang tersengih macam kerang

busuk. “Dah habis benda lain nak di buat makan ke?” Soal Hafizah sambil mengangkat

kening. Macam-macam sungguh ketuanya ini. Ini mesti angin baik sedang bertiup.

“Ha ah, saya laparlah.” Iskandar menarik kerusi di hadapan Hafizah lalu duduk.

Dia bersandar. Batang pastri di tangan digigit lagi. Berkeretuk bunyinya. Perlahan-lahan

dia mengunyah. “Keras rupanya pastri ni, ye.”

Hafizah ketawa kecil. “Memanglah bos, pastri ni sengaja di buat keras sikit.

Kalau tak, tak menjadilah bakul buah tu.”

“Hmm… tadi masa saya bagi pada Aishah pun dia cakap macam tu.”

“Bos bagi sebatang pada Aishah, ke?”

Iskandar mengangguk. “Sama macam awak punya. Saya yang ikat reben tu, tau.”

Dia tersenyum bangga. “Saya tengok macamana awak ikat, lepas tu saya tiru. Cantik

269

Page 270: Sebab Dikau

tak?” Sambung Iskandar lagi. Batang pastri yang dipegang dihayun seketika.

Hafizah mengangguk sambil tersenyum. Macam budak-budak kecil! “Cantik.”

Dia tahu ketuanya itu hendak mendengar pujiannya tentang reben yang diikat pada

batang pastri walaupun ikatannya itu sebenarnya tidak berapa kemas, tapi… bolehlah

untuk seorang amatur.

“Melor kata dia suka bakul buah yang awak dengan Aishah buat. Dia kata awak

berdua memang berbakat.”

“Terima kasih,” balas Hafizah.

“Dia kata dia akan recommend awak pada kawan-kawan atau saudara-mara dia,

dapatlah awak buat bisnes sikit-sikit,” kata Iskandar.

“Kenapa sikit-sikit. Kalau dah ada client lebih elok kitaorang bukak kedai khas

untuk buah gubahan pengantin,” duga Hafizah. Dia menyandarkan badan ke belakang.

Dahinya berkerut, sengaja buat pura-pura berfikir dalam-dalam rancangan membuka

kedai khas membuat hantaran pengantin.

“Mana boleh! Tugas utama awak berdua ialah bekerja dengan saya,” balas

Iskandar pula. Wajah Hafizah ditenung dalam. Jangan cuba-cuba hendak berhenti kerja!

Mukanya masam. Cis! Ada hati hendak buka kedai!

“Kami berhenti kerjalah.”

“Tak boleh!” Batang pastri diketuk di atas meja. Berterabur sedikit cebisan roti di

atas meja.

Hafizah mengeluh. Dia membuka laci meja dan mengeluarkan kain lap empat

segi. “Kenapa tak boleh? Bos nak tahan periuk nasi orang lain ke?” Tanya Hafizah.

Cebisan roti dikaut dengan kain kemudian di buang di dalam bakul sampah. Kain

270

Page 271: Sebab Dikau

lap dikibarkan beberapa kali kemudian dilipat dan di masukkan kembali ke dalam laci.

Iskandar memerhatikan sahaja gerak geri Hafizah. Malu pula mengotorkan meja

Hafizah seperti itu. “Bukan tahan ataupun nak tutup periuk nasi orang, tapi awak berdua

ni dah bersedia ke nak buka kedai ambil upah buat barang-barang hantaran? Ada modal

ke?”

Pertanyaan Iskandar membuatkan Hafizah terdiam. Betul juga. Mana dia dan

Aishah ada modal hendak memulakan perniagaan kecil-kecilan untuk mengambil upah

membuat hantaran pertunangan ataupun perkahwinan. Lagipun kenduri kahwin sekarang

ini bermusim. Terutama musim cuti sekolah. Mampukah mereka untuk mengendalikan

perniagaan yang bermusim seperti ini?

Iskandar merenung wajah Hafizah. Terasa bersalah pula mematikan semangat

gadis itu.Apa salahnya jika mereka hendak berdikari. Bukankah sembilan pintu rezeki itu

datangnya dari perniagaan? “Saya bukan hendak mematikan semangat awak ataupun

menakutkan awak untuk masuk ke dalam dunia perniagaan, tapi risiko untuk berniaga ini

besar. Kalau tak ada modal ataupun keberanian senang untuk kita jatuh rugi. Saya

bimbang awak dan Aishah mungkin tidak dapat mengendalikan perniagaan seperti ini.

Apatah lagi kalau tak ada pengalaman,” ujarnya cuba memujuk Hafizah.

Hafizah mencebik bibir. “Bukanlah betul-betul hendak berhenti kerja. Memanglah

kami tahu kami ni baru berjinak-jinak dalam menggubah hantaran perkahwinan. Mana

tahu, nanti mungkin dapat sambutan.”

Iskandar menganggukkan kepala. “Apa salahnya awak dan Aishah buat pekerjaan

ini secara sambilan. Dapatkan pengalaman dulu sikit-sikit. Lagipun buat kerja sambilan

ni, tak perlu banyak modal cuma kena pandai bahagikan masa sahaja.”

271

Page 272: Sebab Dikau

“Itulah yang Aishah cadangkan pun. Dia kata kita sekarang ni cuma perlu

kenalkan diri kita dulu. Tunjuk gubahan yang kita buat kat orang dan kalau orang suka,

diaorang boleh kenalkan pada kawan-kawan mereka. Kira iklan tanpa bayaranlah ni,”

balas Hafizah. Ada sinar gembira di wajahnya.

“Hmm.. Eloklah kalau macam tu. Lagipun Melor kata, dah ada kawan-kawan dia

yang berkenan dengan gubahan awak tu.”

Hafizah mengangguk. Bagus juga ada orang yang nak tolong war-warkan tentang

kebolehan mereka membuat gubahan untuk hantaran. Mana tahu dari hanya sebagai hobi,

mereka mungkin dapat menambahkan pendapatan.

“Awak tahu tak? Saya cerita pasal awak pada Melor dan dia kata awak memang

berbakat.” Iskandar mematikan lamunan Hafizah. Batang pastri dibelek-belek.

“Bos cerita apa dengan Melor?” Tanya Hafizah apabila Iskandar tidak langsung

meneruskan ayatnya. Perasaan ingin tahu membuak-buak. Entah apa-apa yang dibualkan

mereka berdua. Entah-entah habis perkara peribadi Hafizah diceritakan oleh Iskandar

pada Melor.

“Tak ada apa-apa. Cuma saya beritahu dia yang hantaran itu semua awak pilih

dan gubah…”

“Bukan saya seorang la bos. Aishah pun buat gubahan sama!” Hafizah mencelah.

Iskandar tersenyum kelat. “Iya. Dia tahu.” Matanya masih lagi tertancap pada

batang pastri di tangan.

“Takkanlah itu saja yang bos cerita pada Melor. Ini mesti ada apa-apa ni? Entah-

entah habis semua rahsia peribadi saya bos cerita pada Melor?” Hafizah menduga. Wajah

Iskandar di tenung dalam. Macam ada perasaan bersalah aje?

272

Page 273: Sebab Dikau

Iskandar menarik nafas. Dia mengangguk dan tersenyum. “Tak adalah semua saya

cerita pada dia. Melor tanya saya pasal awak, jadi saya ceritalah kat dia.”

“Bos ni! Apa yang bos cerita pada Melor. Buat malu saya aje.”Hafizah merasa

gusar. Kenapalah Iskandar ini mulutnya senang bercerita? Takkanlah semua cerita buruk

dia hendak dicanang pada orang lain!

“Saya cuma kata saya pandang tinggi pada awak. Yang awak ni walaupun yatim

piatu, masih mampu membesarkan adik-adik dan menyekolahkan mereka sehingga

mereka bakal jadi graduan dalam bidang masing-masing,” ujar Iskandar. Kali ini dia

merenung dalam mata redup Hafizah.

Kelu lidah Hafizah mendengar tiap patah perkataan yang keluar dari mulut

Iskandar. Lelaki itu memujinya di hadapan Melor? Seperti tidak percaya! Mana mungkin

lelaki yang ada serba-serbi memandang tinggi seseorang sepertinya yang terpaksa

berhempas pulas untuk membesarkan adik-adik, menyara mereka dan memastikan

mereka berjaya mendapat segulung ijazah. Memang tidak percaya!

“Betul kata Melor.” Iskandar bersuara perlahan.

“Dia kata apa?”

“Dia kata, bertuah lelaki yang dapat awak sebagai isterinya…”

Hafizah telan air liur. Apa maksud Iskandar meluahkan pendapat Melor padanya?

Dia merenung wajah Iskandar. Pandangan mereka bertaut. Kala itu jantungnya berdegup

kencang. Hafizah cepat-cepat melarikan pandangan.

“Mesti saya beruntung kalau lelaki itu saya, kan?” Perlahan sahaja pertanyaan itu

hinggap di cuping telinga Hafizah.

Cepat-cepat Hafizah memandang wajah Iskandar. Lelaki itu sedang senyum

273

Page 274: Sebab Dikau

meleret. Tiba-tiba dia mengenyitkan mata. “Merepek aje bos ni!”

Iskandar menarik nafas panjang. “Jadi saya memang tak ada peluanglah ni?”

“Gila!”

“Oh ya!” Iskandar segera bangun. “Melor bagi nombor telefon saya pada kawan-

kawan dia.”

“Untuk apa?” Pening kepala Hafizah. Sebentar tadi Iskandar mengusiknya, kini

dia memberitahu yang Melor memberi nombor telefon Iskandar?

“Kalau ada orang nak buat pesanan gubahan hantaranlah.” Iskandar mengangkat

kening. “Fikiran awak kat mana ni?” Dia mengusik.

“Eh! Kenapa pula nombor telefon bos? Kenapa tak terus aje telefon saya atau

Aishah?” Hafizah mendongakkan kepala memandang Iskandar. Memang gila lelaki ini,

fikirnya. Tadi cakap lain sekarang ubah topik pula!

Iskandar tersengih. Dia mencapai batang pastri yang sudah digigit tadi. Di cari

sudut yang berkenan terus digigit lagi. Cebisan roti jatuh mengenai baju yang dipakai.

Iskandar sengaja mengambil masa mengunyah pastri keras. “Sebab secara tidak langsung

saya sudah jadi ajen awak berdua,” Iskandar telan pastri yang telah dikunyah lumat.

“Sebagai ajen merangkap promoter, saya akan dapat dua puluh peratus dari apa

yang awak dapat.” Dengan itu dia terus berlenggang masuk ke dalam biliknya

meninggalkan Hafizah yang ternganga mendengar kata-katanya tadi.

Kurang asam! Tadi mengusik, lepas tu siap bagi syarahan pada aku pasal susah

senang dunia perniagaan. Ini belum apa-apa lagi sudah melantik diri sendiri menjadi ajen

merangkap promoter. Bukan itu saja, siap minta dua puluh peratus lagi. Hafizah

mencebik bibir. Perniagaan belum pun sempat berjalan, sudah minta habuan!

274

Page 275: Sebab Dikau

Dulu Iskandar pernah memberitahu dia yang dia suka makan bubur nasi Hafizah

dan lelaki itu pernah mengesyorkan Hafizah membuka perniagaan bubur nasinya sendiri.

Sekarang ini bila dia lihat hasil kerjatangan Hafizah dan Aishah, dia memuji lagi. Kau tak

tahu bos, kami ini pakar dalam multi tasking. Wanita moden serba boleh! Kalau boleh

buat semua kerja, maknanya mampu juga mengendalikan dua kedai. Kedai makan dan

kedai membuat hantaran perkahwinan. Dia mendengus.

Apa sahaja perkataan yang keluar dari mulut lelaki itu memang tidak boleh

dipercaya. Tak boleh pakai. Memang dasar lelaki Don Juan. Pandai bermain kata-kata

untuk memikat mana-mana perempuan yang dia suka. Mana mungkin Iskandar dengan

dia. Iskandar itu ibarat helang dan dia ibarat pipit. Mana boleh terbang sehaluan! Terpikat

konon! Cis! Untunglah, apalah. Memanglah dia untung tapi yang rugi Hafizah

juga.Selama ini dia tidak pernah terfikir untuk berumahtangga. Apa yang berlaku pada

keluarganya cukup membuatkan dia serik untuk mempunyai keluarga sendiri.

Lainlah sekiranya Hafizi ataupun Hafifi memjumpai cinta masing-masing dan

hendak berumahtangga, Hafizah sebagai kakak sulung tidak akan menahan. Malah

menjadi tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga untuk memastikan adik-adiknya

bahagia. Sepanjang hidupnya kini, hatinya belum terbuka untuk mana-mana lelaki.

Mungkin pintu hatinya terkuak sedikit kepada lelaki yang bernama Iskandar Dato Rosli

tapi cepat-cepat dia ingin menutupnya sebab penyatuan dua hati seperti itu tidak akan

berlaku. Mungkin Hafizah yang bermain perasaan sendiri. Bukan itu sahaja, kedudukan

mereka dua terlalu jauh jaraknya. Tak mungkin! Allah itu maha adil. Jodohnya tidak

semestinya dengan Iskandar.

Entah mengapa hatinya dipagut perasaan sedih. Dalam ramai-ramai lelaki yang

275

Page 276: Sebab Dikau

dia kenal, Iskandar senang sekali menaikkan sebarang perasaan dalam dirinya. Lelaki itu

mudah membuatkan dia tersenyum, ketawa, sedih dan geram pada masa yang sama. Ah,

gila! Kalau asyik memikirkan tentang Iskandar, kerjanya hari ini tidak akan selesai.

Hafizah terus mengemas fail-fail yang berterabur di atas mejanya. Tiba-tiba batang pastri

berikat reben yang diletakkan oleh Iskandar di atas fail bergolek dan hampir jatuh dari

meja. Cepat-cepat dia mencapainya. Batang pastri dibelek-belek. Bibirnya terjungkit

sedikit. Rasa dongkol di dalam hati mula mencair. Terasa diri seperti pelari balapan

bergilir-gilir terakhir yang baru menerima baton di tangan. Apakah yang perlu dibuat

sekiranya pelari menerima baton di tangan? Tentu sahaja mengorak langkah dan berlari

sekuat hati ke garisan penamat, bukan?

Hafizah memegang batang pastri berpintal berikat reben ungu dan putih dengan

kedua-dua tangannya. Dia membawa batang pastri itu ke hidungnya lalu dicium. Harum

pastri bersama wangian yang disembur ke pada reben menusuk hidung. Dua wangian

yang berbeza tetapi bersatu menyemarakkan deria bau dan membuka satu perasaan halus

yang menyelinap masuk ke dalam jiwa. Senyum Hafizah semakin lebar. Satu batang

pastri yang membawa dua maksud yang sungguh dalam dan berkesan di dalam hati. Dia

meletakkan batang pastri ke dalam begnya dan mula mengemas kembali fail yang

berterabur di atas meja.

Tengahari itu suasana di dalam pejabat agak hingar-bingar. Setiausaha Dato Rosli,

Zaharah membawa naik puteri bungsunya untuk diperkenalkan kepada rakan-rakan

sekerja.

“Alah! Comelnya, kak!” Aishah asyik mengelek bayi comel yang baru masuk

lapan bulan usianya yang diberi nama Suraya. Suraya yang memang suka diagah hanya

276

Page 277: Sebab Dikau

tersengih. Sesekali dia mengekeh ketawa apabila pipi gebunya dicubit dan perutnya

digeletek oleh rakan-rakan di pejabat.

“Sudah-sudahlah tu, bagi aku pegang baby Suraya ni pulak!” Dengan cepat Sandy

mengambil Suraya dari pangkuan Aishah. Bertambah kuat bayi comel itu ketawa.

Seronok agaknya dipegang silih berganti.

“Kalau kau dah tak sabar nak ada baby, cepat-cepatlah ajak Brian kahwin dengan

kau!” Balas Aishah mengusik. Sandy hanya memuncungkan mulut. Dia terus mengagah

bayi yang sudah di dalam pelukannya. Usikan Aishah tidak diperdulikan.

“Macamanalah kak Zaharah boleh tinggalkan si Suraya yang comel ni kat

babysitter hari-hari. Hish! Kalau sayalah, tak sanggup rasanya,” ujar Hafizah sambil

mencubit lembut pipi tembam bayi yang seronok di dalam pelukan Sandy. Semakin di

agah semakin besar senyuman Suraya.

“Memang kalau boleh akak nak Su ni sentiasa bersama akak, tapi, nak buat

macamana, akak kena kerja juga. Kalau tak, alamat tak dapatlah nak beli susu untuk dia,”

balas kak Zaharah. Matanya merenung redup wajah comel anak bungsunya yang masih

lagi mengekeh ketawa apabila di agah oleh Sandy dan Hafizah.

“Beri pada aku pula Sandy. Geram rasanya tengok Suraya ni. Dah lah putih

melepak, tembam pulak tu! Tengok bandingkan dengan Auntie Fiza ni, dah macam tahi

cicak!” Gurau Hafizah dan terus mengambil Suraya dari pelukan Sandy lalu didakap dan

dicium pipi bayi comel itu. Tangannya membetulkan gaun pendek warna putih berbunga

merah yang dipakai Suraya.

“Apa hal ni kecoh-kecoh ni?” Tiba-tiba terpacul Iskandar mendekati kumpulan

pekerja-pekerja wanita yang sedang seronok mengusik bayi comel yang didukung

277

Page 278: Sebab Dikau

Hafizah. “Eh! Kita ada “pekerja” baru ye? Siapa nama si comel ni?” Iskandar mendekati

Hafizah lalu berdiri di sebelahnya. Dengan tangan kanan dia mencuit pipi gebu Suraya.

Bayi itu menghadiahkan senyuman lebar padanya.

Hafizah yang mendukung Suraya terasa pelik sedikit dengan perbuatan Iskandar.

Kalau lelaki lain, usahkan bayi, budak pun takut. Kalau boleh, nampak sahaja budak di

dalam bilik, mereka akan terus keluar. Tapi, Iskandar bukan sahaja berani mendekati

bayi, malah pandai pula mengagah sehingga Suraya gembira terlompat-lompat di dalam

pelukannya.

“Hei! Dia suka kat sayalah!” Iskandar bersuara seperti tidak percaya. Suraya

semakin galak ketawa. Tangan yang tembam itu dihayun-hayun ke atas seperti minta

didukung Iskandar.

“Bayi comel ini namanya Suraya. Anak kak Zaharah yang bungsu,” beritahu

Hafizah kepada Iskandar yang masih lagi mengagah-agah Suraya.

“Iya?! Wah! Cantik macam maknya juga!” Usik Iskandar sambil mengerling ke

arah kak Zaharah. Wanita itu ketawa mendengar usikan Iskandar. Suraya turut gembira di

agah oleh Iskandar. Tidak henti-henti dia ketawa. “Dia memang suka pada sayalah!”

“Ha ah! Pandai mengusik. Nampak gaya dah memang layak nak jadi bapalah!”

Usik Hafizah pula.

“Eh eh! Mengata kita! Orang yang memegang tu pun macam dah biasa aje pegang

bayi. Bila nak ada anak sendiri!”

Terkedu Hafizah mendengar usikan Iskandar. Tidak disangka lelaki itu berani

menyuara kata-kata sedemikian di hadapan sekumpulan wanita di dalam pejabat itu.

Kak Zaharah berdehem. Dia menahan senyum. Aishah dan Sandy turut

278

Page 279: Sebab Dikau

tersenyum. Ada makna yang dalam di dalam senyuman mereka. “Alah! Akak tengok,

dua-dua pun nampak macam dah biasa dengan budak. Kamu berdua tu dah memang

layak untuk berumahtangga dan ada keluarga masing-masing,” katanya.

Hafizah terasa pipinya panas. Dia malu mendengar kata-kata kak Zaharah. “Hish!

Akak ni!”

“Betul apa kata kakak. Kamu berdua ni memang dah boleh kahwin. Apa salahnya.

Sama-sama bujangkan?” Balas kak Zaharah. Dia tersenyum, mengerling kepada rakan-

rakan yang lain.

“Entahlah kak. Saya dah tanya dia, tapi dia tak nak kahwin dengan saya.”

Iskandar pula menyemarakkan suasana.

“Mengada-ngada!” Hafizah masam. Malu dia diusik di hadapan rakan-rakan

pejabat. Hafizah menjeling ke arah Iskandar. Lelaki itu mengenyitkan mata dan tersengih.

Hatinya bertambah sakit.

***

“Aku rasa dah naik ketul-ketul otot lengan aku ni,” ujar Aishah sambil memicit-

micit lengan tangan kanannya. Dia memandang Hafizah yang sedang menyuap mee hoon

sup ke dalam mulut. Mereka berdua baru sahaja selesai kelas agama dan sedang

menikmati makan malam di sebuah restoran tidak jauh dari sekolah Al-Quran di

Kampung Baru. Majlis pertunangan Zulkarnain sudah tiga hari berlalu tetapi Aishah

masih lagi merungut kepenatan menguli tepung untuk di buat bakul buah-buahan sebagai

hantaran.

279

Page 280: Sebab Dikau

“Yang kau beriya sangat nak buat bakul pastri tu siapa suruh? Kan dah sendiri

yang kepenatan,” tempelak Hafizah. Dia mengelap mulut dengan tisu. Air limau suam

dihirup perlahan.

“Itu kira masterpiece aku. Tak ramai orang boleh buat bakul pastri tu. Kalau

tempah kat kedai mau beratus ringgit tu. Lagipun aku buat iklan percuma. Sesiapa yang

nampak bakul pastri aku tu mesti nak tempah punya!” Aishah tersengih.

“Kalau macam tu jangan nak merungut. Nanti bila orang dah mula buat tempahan,

kau juga yang tak menang tangan,” balas Hafizah lagi.

“Apa gunanya ada kawan yang juga memang pandai buat bakul pastri macam tu?”

Aishah memperli. Hafizah mencebik mulut.

“Aku seronoklah buat dulang hantaran macam tu. Nanti, kalau kau menikah

dengan Encik Iskandar, kau tempah bakul pastri aku, ye?”

“Kau gila ke apa!” Hafizah mencampakkan tisu yang sudah dikepal ke arah

Aishah yang sudah ketawa mengekeh.

“Apa salahnya Fiza. Lagipun kau dah lupa ke yang Encik Iskandar pun ajak kau

menikah dengan dia,” kata Aishah lalu membaling kembali kertas tisu ke arah Hafizah.

“Dia main-main aje lah!” Hafizah mencebik mulut. Amboi-amboi! Sedap aje

mengata dia. Bukan dia tidak ingat, dia ingat setiap baris kata-kata Encik Iskandar. Malah

dia masih lagi terasa betapa malunya bila kata-kata itu diucapkan di hadapan Datin

Rahimah dan ahli keluarga Iskandar yang lain. Tadi, di pejabat, Hafizah sedaya-upaya

tidak mahu bertembung dengan Dato Rosli. Nampak sahaja kelibat Dato Rosli masuk ke

pejabat, Hafizah terus pura-pura sibuk membetulkan fail di kabinet.

“Kau ni Fiza, dah ada peluang baik depan mata, tangkap aje lah,” nasihat Aishah.

280

Page 281: Sebab Dikau

“Lagipun, Encik Iskandar tu baik orangnya, keluarga dia pun baik juga. Tak salah kalau

kau kahwin dengan dia.”

“Kau ni, dulu kau jugak yang kata Encik Iskandar tu nampak aje handsome tapi

sombong. Takkanlah sekarang ni dah tukar fikiran pula?” Ujar Hafizah memulangkan

paku buah keras kepada Aishah.

Gadis itu tersengih. “Ya lah, dulu aku ingat dia sombong, tapi lama kelamaan aku

tengok dia tu, baik pulak orangnya. Aku rasa ini mesti sebab dia hendak mengurat kau.

Tu yang dia jadi baik tu!”

Ketawa Hafizah mendengar kata-kata Aishah. “Kau ni, macam yakin sangat yang

Encik Iskandar tu nakkan aku. Dia dah ada pilihan hati lah!”

Terbeliak Aishah mendengar kata-kata Hafizah. “Dia dah ada pilihan hati?

Kenapa tak nampak pun masa kenduri pertunangan Encik Zulkarnain?”

Alamak! Terpecah rahsia! Hafizah senyum hambar. Dia sudah terlepas cakap

dengan Aishah. Macamana nak lepaskan diri ni?

“Err…”

“Apa hal gagap pula ni. Kau ni sengaja ada-adakan cerita pasal Encik Iskandar ya,

Fiza?” Aishah membeliakkan mata memandang sahabatnya yang sudah mula cuak.

Hafizah tersengih. “Aku tak ada-adakan ceritalah,” katanya. “Kalau aku bagitahu

kau, kau mesti janji tak akan pecah rahsia pada orang lain.”

Aishah mendorong badannya ke hadapan. “Ni yang best ni, gossip.” Dia

tersengih.

“Hish! Risau pulak aku. Tak mahulah cerita kat kau.”

Sekali lagi Aishah membeliakkan mata kepada Hafizah. “Kau ni! Macamlah aku

281

Page 282: Sebab Dikau

ni mulut becok. Aku acah je tu. Takkanlah aku nak jaja cerita orang ke sana ke mari!”

Hafizah tersenyum kecil. Dia diam cuba menyusun ayat. “Encik Iskandar

memang sudah ada pilihan hati.” Lancar sahaja ayat itu keluar dari mulutnya.

“Kau dengar cerita ni dari siapa?” soal Aishah.

“Dari si empunya diri.”

“Encik Iskandar beritahu kau yang dia sudah ada makwe?”

Hafizah mengangguk. “Ingat Nurul Huda Ibrahim?”

“Siapa?” Aishah mengerutkan dahi.

“Ops, maaf. Beberapa bulan lepas, ada perempuan kerap telefon Encik Iskandar di

pejabat, tapi Encik Iskandar tak layan,” Hafizah membuka cerita.

“Ha! Baru aku ingat. Norita ada cerita pasal perempuan yang telefon Encik

Iskandar tu… tapi, dia sendiri pun tak tahu siapa dia. Dia rasa mungkin makwe Encik

Iskandar. Betullah tu ye?”

Hafizah mengangguk.

“Tapi kenapa Encik Iskandar tak layan?” Soal Aishah lagi.

“Sebab perempuan tu berpaling hati. Dia minta putus dengan Encik Iskandar

sebab dia kata Encik Iskandar tak ada masa untuk layan dia.”

“Jadi Nurul Huda sekarang ni, dah ada pengganti lain?”

Hafizah mengangkat bahu. “Encik Iskandar kata, lelaki pilihan Nurul Huda tu

sudah masuk empat puluhan dan dah ada keluarga sendiri.”

Aishah terdiam mendengar cerita Hafizah. Dia tidak sangka ada perempuan yang

sanggup melepaskan Encik Iskandar sedangkan lelaki itu lengkap serba-serbi.

Bukan sahaja berpelajaran dan bijak, Encik Iskandar itu juga kacak orangnya,

282

Page 283: Sebab Dikau

tinggi budi bahasa dan dari kalangan keluarga yang baik-baik. Sungguhlah perempuan itu

sudah buta mata hatinya dan gagal menilai kebaikan seorang lelaki yang bernama

Iskandar Dato Rosli.

“Alhamdulillah…”

Hafizah tersentak. “Apa ni, Shah?”

Aishah tersengih. Dia membetulkan duduk sambil matanya tajam merenung

sahabatnya. “Sekurang-kurangnya kau mendapat kelebihan dari keputusan Nurul Huda.”

Hafizah mengangkat kening. Nampak gaya si Aishah sudah mula mau auta. “Apa

maksud kau?”

“Iyalah, sebab Nurul Huda mengundur diri, maknanya kau boleh masuk jarum.

Pikat Encik Iskandar,” Aishah mula ketawa.

“Engkau ni kan Shah, ada-ada aje.”

“Apa salahnya kalau kau mengurat Encik Iskandar tu,” usul Aishah lagi.

“Dah! Tak usah nak ke situ pula dia.” Hafizah bangun dan menolak kerusi keluar.

“Kita kena balik sekarang. Aku ada banyak kerja nak buat.”

Aishah mengulum senyum. “Malu lah tu!” usiknya. “Apa kerja yang nak dibuat di

rumah tu?”

“Adik aku balik minggu ni,” balas Hafizah ringkas.

“Eh! Esok bukannya hari Sabtu. Selalunya Hafizi balik hujung minggu kan?” Soal

Aishah. Dia juga sudah menolak kerusi ke belakang.

“Ha ah. Katanya tiap minggu ni dia ada hal,” balas Hafizah.

“Oh, jadi hari minggu ni kau tinggal seorang lah.”

“Ha ah, dah dekat tiga bulan dah macam ni. Tak tahulah adik aku tu. Macam-

283

Page 284: Sebab Dikau

macam orang bujang sekarang ni.”

“Entah-entah dia ada makwe kot. Jadi hari minggu nak keluar bersamalah tu.

Macam aku ni,” Aishah tersengih.

“Aku tanya, dia kata tak ada makwe. Alah! Lagipun orang lain pun bercinta juga

cuma tak macam kau yang tergedik-gedik tu,” usik Hafizah.

Aishah ketawa besar. “Bila lagi aku nak jumpa kekasih hati. Hari lain dia sibuk

dan aku tak naklah mengganggu. Bila hari minggu, ha! Itu kira masa untuk aku pula,”

balas Aishah.

“Kahwin je lah Shah, hari-hari boleh jumpa. Jumpalah sampai kau orang naik

muak,” balas Hafizah. Sebenarnya dia gembira yang Aishah sudah bertemu dengan lelaki

yang berjaya membuka hati gadis itu.

Hafizah pun kenal lelaki itu. Mereka pernah sama-sama belajar agama di

Kampung Baru. Kini kekasih Aishah sudah tamat pelajaran dan urusan pekerjaannya

tidak membenarkan dia menyambung pelajarannya buat masa ini. Orangnya baik,

pekerjaannya pun bagus. Aishah memang beruntung mendapat Zaid Ahmad sebagai

lelaki pilihan hatinya.

“Tulah, Zaid kata dia tengah kumpul duit. Cukup je, dia nak terus pinang aku.

Bila aku dah kahwin, tinggallah kau membujang sampai bila-bila. Sebab kau tak nak

mengurat Encik Iskandar,” usik Aishah pura-pura sedih.

“Sudahlah kau Aishah. Buat drama pula!”

Aishah ketawa besar. Cepat-cepat dia menekup mulut. Dia menarik tangan

Hafizah dan mereka berdua bergerak menuju ke kaunter pembayaran untuk membayar

makanan masing-masing.

284

Page 285: Sebab Dikau

25.

Cuaca petang selepas hujan sangat menyegarkan. Cahaya matahari tidak terlalu

memerihkan dan angin sepoi-sepoi bahasa yang bertiup membawa lalu kehangatan sang

suria. Zaleha menyandarkan badan ke kerusi. Selendang warna jingga yang dikenakan

turut terbuai-buai mengikut alunan angin.

“Kamu tak bosan ke tinggal seorang-seorang di rumah, hari minggu macam ni?”

Soalnya sambil mengambil cawan minimunan. Air milo yang sudah suam dihirup

perlahan.

Iskandar mencapai kuih karipap yang telah disediakan Susi lalu digigit

hujungnya. Hujung yang tidak berinti itu di letakkan kembali di atas piring. “Hari-hari

asyik keluar aje, bosan juga mak long. Lagipun umi dan ayah tak ada minggu ini, jadi Is

tolong tengok-tengokkan rumah. Takut juga apa-apa jadi kat Susi sebab dia tinggal

seorang diri di sini,” balasnya.

Zaleha mengangguk. Sebenarnya dia sengaja datang bertandang ke rumah bekas

adik iparnya hari minggu ini. Dia memang berharap Dato Rosli dan Datin Rahimah tiada

di rumah. Nasibnya bertambah baik apabila Iskandar memberitahunya yang Zulkarnain

juga keluar membeli barang-barang untuk di bawa ke Glasgow bersama tunangnya

Melor.

Zaleha memang mahu berbual dengan Iskandar sahaja. Dia mahu mengorek

rahsia siapakah Hafizah binti Mahat. Adakah itu salah seorang ahli keluarga yang telah

memporak-perandakan hidupnya? “Kalau kamu ada makwe, tentu kamu tak lekat kat

rumah hari minggu macam ni kan?” Duga Zaleha mencari peluang.

“Kalau ada makwe, itu dah kes lain mak long. Nampak gaya hari ni saya dating

285

Page 286: Sebab Dikau

dengan mak long aje lah,” balas Iskandar. Dia ketawa kecil.

“Kenapa tak ajak Fiza keluar.” Pucuk di cita ulam mendatang.

“Hish! Mak long ni. Dia tu mana suka keluar-keluar macam perempuan lain,”

balas Iskandar.

“Kenapa pulak?”

“Dia memang tak suka merewang mak long. Fiza tu lain sikit, jenis duduk rumah

aje. Susah kalau nak ajak dia keluar biasa-biasa ni. Kami keluar hari tu pun sebab belikan

barang-barang nak buatkan hantaran untuk hari bertunang Zul,” jawab Iskandar.

“Lagipun mak long, saya dengan Fiza tak ada hubungan istimewa.” Dia tersenyum

meleret.

“Kalau orangnya baik, apa salahnya. Mak long pun tak sabar nak tengok kamu

berumahtangga. Umur kamu tu bukannya semakin muda, Is,” ujar Zaleha. “Atau kamu

tak suka latar belakang dia?”

“Tak adalah mak long.”

“Kamu kenal ke keluarga Fiza tu?” Zaleha bertanya selamba. Dia tidak mahu

Iskandar mengesyaki apa-apa dan bertanya kenapa mak longnya terlalu ingin tahu

mengenai Hafizah.

“Tak berapa tahu sangat. Apa yang saya tahu, dia dan adik-adiknya anak yatim

piatu. Emak dan ayahnya sudah meninggal dunia,” cerita Iskandar.

“Kasihan. Bila mereka meninggal dunia?”

“Sepuluh tahun lepas. Sejak ibu bapanya meninggal, Fiza yang besarkan adik-

beradiknya. Itu sebab saya rasa bangga sangat kenal dengan dia. Fiza wanita cekal.

Sekarang ni adik-adiknya dah masuk universiti. Seorang bakal jurutera dan seorang bakal

286

Page 287: Sebab Dikau

doktor,” cerita Iskandar lagi. Dia merasa bangga. Entah kenapa dia pula yang merasa

bangga walhal dia hanya menceritakan kisah hidup Hafizah kepada ibu saudaranya.

Zaleha mengangguk-anggukkan kepalanya tetapi di hatinya dia tertanya-tanya

bagaimana seorang gadis yang mungkin ketika itu masih lagi di dalam belasan tahun,

dapat membesarkan dan menyekolahkan adik-adiknya dan dalam waktu yang sama

memberi perlindungan dan menyara mereka?

“Siapa nama adik-adik dia? Berapa umur mereka?” Tanya Zaleha lagi.

Iskandar mengerutkan dahi. Dia ingat Hafizah pernah memberitahu nama adik-

adiknya… “Tak silap saya Fizi sekarang di UM ambil kursus kejuruteraan dan yang

bungsu Fifi, bakal doktor lulusan USM.”

Zaleha menarik nafas panjang. “Tak semua orang boleh lakukan apa yang Fiza

buat. Dia memang seorang wanita yang tabah,” balas Zaleha. “Err… dia ada beritahu

macamana ibu bapanya meninggal dunia?” Tanya Zaleha lagi.

“Dia tak pernah pula beritahu saya.” Iskandar terdiam. Baru dia sedar bahawa dia

tidak banyak tahu mengenai latar belakang Hafizah. Selain tahu alamat di mana gadis itu

tinggal dan kedua ibu bapanya sudah meninggal dunia, tidak banyak yang dia tahu

mengenai Hafizah. Gadis itu terlalu perahsia dan Iskandar pula tidak pernah sungguh-

sungguh mahu mengenal diri Hafizah.

“Tapi… kak Zaharah, setiausaha ayah pernah cerita yang ibu Hafizah meninggal

kemalangan jalanraya di Karak. Ayahnya pula hilang di sungai ketika menjala waktu

hujan lebat. Itu sajalah,” balas Iskandar. Wajah mak longnya di pandang seketika.

Zaleha menarik nafas dalam. Jantungnya berdegup kencang. Memang sah! Dia

kenal setiap nama ahli keluarga Nuraina Abdul Latiff. Dia kenal Mahat, dia tahu nama

287

Page 288: Sebab Dikau

anak-anaknya Hafizah, Hafifi dan Hafizi. Nama-nama itu tidak akan dilupakan selagi

nyawa dikandung badan. Mereka itulah yang menjadi penyambung semangat dia untuk

hidup. Dengan harapan, suatu masa nanti mereka akan bertemu bertentang mata dan

setiap hutang akan terbalas.

Sesungguhnya Allah itu maha kaya. Doanya selama ini terkabul. Dia bakal

bertemu dengan ahli keluarga yang telah memporak perandakan hidupnya. Meninggalkan

dia sebatang kara menyulam memori indah bersama anak tersayang. “Nyawanya” telah

direnggut dan ketika ini Zaleha terasa jiwanya sudah mati. Mati di saat Aiman

menghembuskan nafas terakhir di dalam pangkuannya sendiri.

“Mak long? Mak long tak apa-apa?” Pertanyaan Iskandar mematikan

lamunannya. Zaleha tersenyum. Dia menggeleng-gelengkan kepalanya. Cangkir di atas

meja di ambil dan air Milo dihirup perlahan.

Kau tunggulah Hafizah binti Mahat. Kau tunggu kedatanganku…

***

“Along nampak ceria aje sekarang ni, ada apa-apa ke?” Soalan Hafizi mematikan

lamunan Hafizah. Mereka berdua sedang duduk menonton televisyen setelah menikmati

hidangan malam.

Hafizah yang duduk bersila sambil memeluk erat bantal kecil, hanya tersenyum

memerhatikan adiknya yang sedang enak berbaring mengadap televisyen kecil mereka.

“Tak ada apa-apa. Hati Along senang fikirkan yang Fizi tak lama lagi dah nak

habis belajar,” balasnya mengelak. Kalaulah Hafizi tahu yang dia terkenangkan Iskandar

tentu teruk dia kena usik. Biarlah perasaan kasih yang baru berputik ini menjadi rahsia

288

Page 289: Sebab Dikau

hatinya sendiri.

“Entahlah, Fizi tengok lain macam aje senyum tu. Macam kenangkan seseorang

saja,” Fizi mengusik lagi.

Hafizah mengecilkan matanya. Dia merenung adiknya yang sudah tersengih.Ini

mesti ada apa-apa ni, kalau tidak takkanlah Hafizi berani mengusiknya begitu. “Apasal

cakap macam tu?”

Hafizi ketawa berdekah-dekah. “Tadi Fizi telefon pejabat Along, Aishah yang

angkat sebab dia kebetulan lalu kat meja Along. Dia cerita bos Along sekarang ni tengah

ngurat Along, iya ke?” Ceritanya setelah ketawa Hafizi reda.

Oh! Aishah punya kerja rupanya. Memang nak kena perempuan ini. Aishah

memang rapat dengan Hafizah dan adik-adiknya, tapi dia tidak sangka yang gadis itu

sanggup mengusik dengan memberitahu Hafizi yang dia dan Iskandar sedang

menjalinkan hubungan cinta. “Aishah tu.” Hafizah membaling bantal kecil ke arah

Hafizi. “Pandai buat cerita!”

Hafizi membaling semula bantal kecil ke arah kakaknya. “Apa salahnya. Dah tiba

masanya untuk Along berumahtangga!” Dia ketawa.

“Kamu pun sama macam Aishah tu, suka sangat nak jadi pencari jodoh. Kalau

dah gatal sangat, kamu aje cari makwe, kerja elok-elok, kumpul duit, kahwin!” Hafizah

mencebik bibir. Kenapalah semua orang asyik menyuruh dia kahwin. Dan dalam banyak-

banyak lelaki di Malaysia ni, mereka asyik memadankan dia dengan Iskandar!

“Eh! Kita orang lelaki tak apa. Lambat kahwin pun saham tak jatuh, lainlah

macam orang perempuan,” usik Hafizi lagi.

Hafizah mendengus. Orang lelaki ini fikirannya memang boleh diramal. Sama

289

Page 290: Sebab Dikau

sahaja jawapan yang pernah diberikan oleh Iskandar. Tak kreatif langsung! “Oh! Entah-

entah kamu memang dah ada makwe tak, itu sebab tak boleh balik rumah hari minggu.

Sebab nak pergi dating dengan makwe hujung minggu ye?” Tiba-tiba Hafizah teringat

alasan yang pernah disuarakan oleh Aishah.

Hafizi terdiam. Dia kelihatan serba salah. “Hish! Fizi tengah belajar ni, mana ada

masa nak cari makwe.” Dia memberi alasan. Matanya masih lagi tertancap ke arah

televisyen. Walaupun matanya tekun menonton program televisyen, fikirannya

menerawang.

“Dah tu kenapa tak balik hari minggu? Tak adalah Fizi terkocoh-kocoh nak pergi

kuliah esok,” ujar Hafizah lagi. Dia langsung tidak perasan yang adiknya kelihatan agak

serba-salah apabila diaju soalan demikian.

“Fizi ada hal sikit setiap minggu ni. InsyaAllah bila urusan selesai, Fizi balik tiap

hari minggu, tapi bila tu tak tahulah,” jawab Hafizi.

Suasana sepi seketika. Hanya suara dari peti televisyen memecah kesunyian di

ruang tamu. Hafizah menyandarkan badan ke dinding. Kalau Fizi balik setiap hujung

minggu, tak adalah dia keseorangan di rumah. Walaupun Hafizah ada beberapa helai baju

tempahan yang hendak dijahit, sekurang-kurangnya ada juga teman untuk berbual.

Sejak membuat tempahan hantaran untuk pertunangan Zulkifli hari itu, dia tidak

sempat untuk bertandang ke rumah makcik Farah. Walaupun wanita itu tidak merungut,

Hafizah terasa tidak sedap hati sebab tidak dapat meneruskan tradisi makan tengahari

bersama keluarga angkat mereka. Hafizi pun jarang ke sana, apatah lagi Hafifi yang

memang sudah berbulan tidak menginjakkan kaki ke rumah Makcik Farah.

“Along.”

290

Page 291: Sebab Dikau

Hafizah memandang adiknya. Hafizi sudah duduk bersila mengadapnya. Hafizah

mengangkat kening. “Ada apa?”

“Fizi terfikir, macamana kalau Fifi tiba-tiba balik dan kata dia hendak kahwin?”

Terasa tersekat air liur di kerongkong mendengar pertanyaan yang keluar dari

mulut Hafizi. Iya? Bagaimana nanti bila Fifi tiba-tiba membuat pengumuman yang dia

hendak berumahtangga.

“Kalau dia hendak kahwin, kenalah kita kahwinkan dia… kan?” Hafizah

mengerut dahi. “Dia ada bagitahu Fizi ke yang dia nak kahwin?” Tiba-tiba hatinya

dirundung kerisauan.

“Tak adalah. Cuma Fizi terfikir, kot nanti Fifi nak kahwin. Boleh ke keluarga dia

terima keluarga kita. Boleh ke kita sediakan majlis perkahwinan dia,

walikan…”Pertanyaan Hafizi mati di situ.

“Siapa nak walikan Fifi?” Hafizi merenung tajam wajah kakaknya. Selama ini

kakaknya itu yang membesarkan dia dua beradik, yang sudah menjadi ketua keluarga

mereka. Dia terfikir apabila tiba hari untuk mengijabkabulkan adik bungsu mereka, siapa

yang harus mengepalai majlis? Diakah yang akan menjadi wali? Ataupun adiknya

terpaksa berwalikan hakim?

Hafizah membalas renungan adiknya. “Kalau ada lelaki yang ikhlas mahu

mengahwini Fifi, dia juga mesti ikhlas terima kita sebagai sebahagian dari keluarganya.”

Hafizah terdiam. “Kalau Fifi malu dengan keluarga dia, maknanya Along dah gagal

untuk mendidiknya menjadi seorang wanita yang berperibadi tinggi.”

“Ini keluarga kita Fizi. Along, Fizi dan Fifi. Banyak susah dari senang yang kita

tempuh bersama. Along bangga kita tak pernah berpisah walaupun dalam mengharung

291

Page 292: Sebab Dikau

dugaan yang besar. Along tak mengharap sesuatu yang susah kita nak capai, cukuplah

dengan rezeki yang Allah beri pada kita,” ujar Hafizah dengan panjang lebar.

Hafizi diam mendengar kata-kata kakaknya. “Fizi sedar itu semua long, tapi Fizi

risau kalau ada orang mempertikaikan maruah keluarga kita. Latar belakang keluarga

kita.”

“Kita tidak boleh mengubah sejarah hidup kita tapi tidak bermakna kita harus lupa

siapa diri kita yang sebenarnya. Setiap yang berlaku adalah pelajaran pada kita untuk

sentiasa berhati-hati menempuh hari-hari akan datang. Along tidak pernah lupa asal usul

kita, peristiwa yang mengubah hidup kita.” Hafizah menyelak rambut dengan jari,

menunjukkan parut sebaris dari pelupuk mata hingga ke dagu. “Parut ini tetap menjadi

ingatan pada Along.”

Hafizi memandang sayu wajah Hafizah. Selagi parut itu masih ketara, selagi itu

dia tidak akan lupa. Nyawanya hampir melayang dan parut itu adalah buktinya. “Kadang-

kadang Fizi terfikir, apakah hidup kita akan berubah sekiranya emak tidak mati dan ayah

tidak… hilang?”

Hafizah memandang tajam wajah adiknya. “Emak pilih jalan hidup dia. Emak

juga pilih untuk tinggalkan kita semua tapi pilihannya itu membawa kepada ajalnya.

Ayah juga pilih jalan hidup dia sendiri. Dia pilih untuk terjun di dalam sungai. Dia pilih

untuk mengambil nyawanya sendiri. Dia sudah mati.” Tenang sahaja Hafizah

menghamburkan kata-kata itu walaupun hatinya pedih.

“Along pasti ayah sudah mati?” Lembut suara Hafizi bertanya, malangnya

pertanyaan itu Hafizah rasakan seperti duri yang tajam, merobek-robek tangkai hatinya.

Kau tidak percaya pada kakakmu ini?

292

Page 293: Sebab Dikau

Hafizah menarik nafas panjang. Dia harus bertenang. Wajah adiknya ditenung

dalam. “Kenapa Fizi tanya soalan itu pada Along? Kenapa sekarang Fizi was-was? Fizi

tak percaya pada Along lagi ke? Fizi rasa Along tipu Fizi, ke?”

Hafizi bingkas bangung. Dia melutut di hadapan kakaknya dan cepat-cepat

mencapai tangan yang membesarkannya. Kalau dulu dia jarang sangat memegang tangan

itu, malah mengelusnya jauh sekali, tapi sejak kehilangan kedua-dua orang tuanya,

mereka menjadi lebih akrab. Mereka belajar bergantung antara satu sama lain untuk

mendidik Hafifi.

“Fizi tidak pernah kata Along tipu kami. Fizi terhutang nyawa pada Along.

Alonglah tulang belakang keluarga kita. Kami tahu walaupun membesarkan kami itu

tanggungjawab besar bagi Along, tapi Along buat penuh ikhlas. Budi Along tak mampu

kami balas.”

“Tapi, cuma kebelakangan ini Fizi kerap terfikir pasal ayah.” Hafizi

menggenggam erat tangan kakaknya. “Macamana kalau ayah sebenarnya hidup lagi?”

Dia merenung dalam mata Hafizah.

Hafizah menarik jari-jemarinya dari genggaman Hafizi. “Tak mungkin ayah

hidup. Air sungai waktu itu sangat deras. Polis jumpa mayat ayah hanyut.”

“Along pasti itu ayah?” Matanya menikam tajam wajah kakaknya.

Hafizah melarikan pandangan. “Apa kamu cakap ni Fizi?! Along yang pergi

mengecam mayat ayah di hospital, kau dah lupa? Polis jumpa dompet ayah dalam

seluarnya. Lesen memandu ayah ada dalam tu!” Tingkah Hafizah tajam. Dia kembali

memandang mata adiknya. Ada sinar kepiluan di situ. Ya Allah! Tenangkan hatiku.

Hafizah memejamkan mata. Masih terbayang dua orang polis yang tiba mengetuk pintu

293

Page 294: Sebab Dikau

rumahnya dan mengajak dia ke hospital untuk mengecam mayat ayahnya.

“Fizi tidak berniat untuk lukakan hati Along. Fizi minta maaf.” Hafizi meraih

kembali tangan Hafizah lalu dikucup, mohon keampunan.

Gelora di hati Hafiza mula mereda. Dia mengelus mesra rambut adiknya. “Fizi,

kita ini sebatang kara dalam dunia. Kamu dua beradik sahaja yang Along ada. Kalau Fifi

menikah, kamulah yang akan jadi walinya.”

Hafizi mengangkat muka memandang dalam wajah kakaknya. Dia tersenyum

hambar. “Kalau Along menikah?”

Hafizah telan air liur. Dia tersenyum hambar. “Entah kahwin entah tidak.” Dia

tidak mahu menjawab soalan adiknya. Hatinya perih. Pedih menginginkan sesuatu yang

tidak mungkin dapat dimiliki.

294

Page 295: Sebab Dikau

26.

“Dah sarapan?”

Iskandar berdiri sambil meletakkan kedua dua tapak tangan di atas meja.

Badannya di dorong rapat mengadap Hafizah. Dia sengaja masuk lambat sedikit hari ini

kerana berniat hendak membawa gadis itu keluar makan. Berdua.

Sejak pulang dari menghantar ibu saudaranya malam tadi, dia asyik teringatkan

Hafizah. Dia terfikir akan perbualannya dengan ibunya. Bagaimana sekiranya Hafizah itu

jodohnya? Iskandar fikir sudah tiba masanya dia mengetahui lebih dalam tentang gadis

yang bernama Hafizah Mahat sekiranya dia hendak menghabiskan sisa-sisa hidup mereka

bersama. Iskandar juga harus belajar menerima Hafizah seadaanya.

Iskandar merenung wajah Hafizah yang tekun menekan kekunci memasukkan

data ke dalam komputer. Gadis itu sedikit pun tidak menghiraukan majikannya yang

berada di hadapannya. Walaupun berkulit hitam manis, wajah gadis itu sentiasa kelihatan

bersih. Manis juga gadis ini, fikir Iskandar.

“Amacam?”

Hafizah mengangkat muka memandang majikannya dengan tenang. “Saya puasa.”

Iskandar tersengih. Anak matanya bersinar nakal. “Puasa ganti ke puasa sunat?”

Belum sempat Hafizah menjawab, Aishah yang berada di mesin fotostat tiba-tiba

bersuara. “Fiza, kau tak pergi kelas kan malam ni?” Matanya bulat merenung Hafizah

dan sebuah senyuman dilemparkan ke arah sahabatnya.

Hafizah mengetap bibir. Wajah rakannya yang tersenyum sumbing di tenung

garang. Dah nak mulalah tu!

Iskandar berdiri tegak. Dia berpeluk tubuh. Wajah ke dua-dua gadis dipandang

295

Page 296: Sebab Dikau

silih berganti.

“Tak!” Balas Hafizah geram. Perempuan yang satu ini memang tidak boleh

dibawa berpakat langsung!

“Hmm… betullah tadi. Kau cakap tak boleh, kan?” Balas Aishah bersahaja. Dia

mengambil kertas yang sudah di buat salinan lalu berlenggang pergi. “Kau period kan,”

tambahnya lagi apabila melintas meja Hafizah menuju ke biliknya.

Iskandar tersenyum lebar. “Oh! That time of the month rupanya,” balasnya nakal.

Sekali lagi dia mendorongkan badan merapati Hafizah. Ke dua-dua tangannya di rehatkan

di atas meja. Wajah gadis itu ditenung tajam. “Kenapa menipu? Tak takut kena potong

lidah nanti?”

Wajah Hafizah yang sedia masam, bertambah kelat.

Iskandar tersengih. Terhibur dia melihat wajah Hafizah yang masam mencuka.

Lelaki itu mengangkat kening berkali-kali. Sengaja menyakat. “Atau… takut keluar

berdua dengan saya?”

“Saya tak takut keluar dengan bos,” balas Hafizah mendatar.

“Awak takut saya mengurat ke?” Iskandar masih mahu menyakat.

“Tak!”

“Atau awak yang takut terpikat dengan saya?!” Sekali lagi kening lelaki itu

diangkat berkali-kali. Iskandar mengusap dagu yang kontang. Dia tersenyum sendiri.

Teringat akan kata-kata ustaznya ketika di sekolah dahulu.

“Lelaki sunat ada sedikit misai dan janggut, ikut sunnah Rasulullah. Kalau ada

misai aje tak ada janggut, itu kucing, kalau ada janggut tak ada misai, itu kambing. Tapi

kalau dua-dua tak ada, itu serupa babi.” Terkesan dia dengan kata-kata ustaznya itu. Jadi

296

Page 297: Sebab Dikau

aku ni golongan najis mughalazahlah ye? Iskandar tersengih lagi.

Makin sakit hati Hafizah melihat lelaki itu tersengih sana tersengih sini.Entah apa

yang gelihati agaknya dia sajalah yang tahu. Ringan sahaja tangannya mahu memberikan

se-das tamparan di wajah yang girang pagi-pagi ini. Lelaki ini adalah punca segala

masalah dia yang timbul sejak akhir-akhir ini. Mana lagi dia hendak menyembunyi kisah

lampaunya, ada pula perempuan yang tidak jemu-jemu ingin mendekatkan dia dengan

lelaki ini. Malah malam tadi setelah hampir separuh malam bersengkang mata kerana

tidak dapat tidur, Hafizah sudah bertekad untuk menjauhkan diri dari Iskandar.

Tetapi sikap lelaki yang seperti tidak faham bahasa itu menyukarkan Hafizah

untuk menjauhkan dirinya. Ada sahaja yang dilakukan semata-mata hendak mengusik.

Aishah juga satu. Sengaja mencari ruang untuk merapatkan lagi hubungan dia dengan

Iskandar.

“Tunggu apa lagi ni?”

Terkebil-kebil Hafizah memandang wajah lelaki yang sudah berdiri tegak sambil

berpeluk tubuh. “Huh?”

“Marilah temankan saya sarapan. Saya dah lapar ni, pagi tadi tak sempat nak

sarapan di rumah.” Sebelah kening diangkat. Umpama penyanyi terkenal Ziana Zain.

Hafizah merengus. Dia bingkas bangun. Skrin monitor di tutup dan tas tangan

direntap dengan kasar. Lelaki ini memang jenis tidak faham bahasa. Sengaja mencari

alasan hendak menaikkan darah. Tapi, sebenarnya hendak menyalahkan Iskandar seratus

peratus adalah tidak adil.

Hafizah sedar yang dia juga patut dipersalahkan kerana tewas dengan perasaan

sendiri. Memungkiri janji yang dibuat berkali-kali untuk menjauhkan diri dari Iskandar.

297

Page 298: Sebab Dikau

Hafizah berjalan mendahului Iskandar. Langkah kaki sengaja dicepatkan. Dia

tidak mahu bersaing apatah lagi berjalan berdua di hadapan Norita. Kalau dia nampak

mereka berjalan berdua-duaan, habis kecoh satu pejabat. Bukanlah sekarang ini rakan-

rakan yang lain tidak menghidu perhubungan mereka, tapi mereka masih tidak berani

menyuarakan perkara tersebut di hadapan Hafizah kerana tidak pernah nampak dia

berduaan dengan Iskandar kecuali atas urusan pejabat.

“Apasal jalan cepat sangat ni. Nak praktis berkawat ke atau nak kejar benda lain!”

Laung Iskandar dari belakang setelah mereka meninggalkan bangunan pejabat. Langkah

Iskandar yang panjang itu tidak memberikan masalah padanya untuk mengejar Hafizah.

Hafizah menghentikan langkah. Dia berpusing mengadap Iskandar. Tas tangan

yang tergantung di bahu kanan di kepit rapat. Matanya tajam memandang wajah lelaki

tersebut. “Tadi kata lapar. Saya takut bos pengsan pula sebab kelaparan,” ujarnya sinis.

Bertambah lebar senyuman Iskandar. Wah! Garang betul perempuan ini bila

datang bulan, fikirnya dalam hati. “Saya nak kena ambil nota ni,” ujarnya tanpa

membalas kata-kata sinis yang dilemparkan Hafizah sebentar tadi.

Hafizah mengerut dahi. “Nak ambil nota buat apa? Kita cuma nak pergi makan

aje. Yang akan ambil nota nanti pelayan. Itu pun nak catat pesanan bos.” Bengang betul

dia dengan sikap Iskandar yang kadang-kala acuh tak acuh itu.

“Ya lah, saya kena ingatkan diri saya sendiri, jangan nak mengusik awak kalau

awak datang bulan. Garang macam singa betina!” Kata Iskandar. Dia berjalan

meninggalkan Hafizah yang masih lagi berdiri di kaki lima.

Kurang asam! Sempat lagi dia mengenakan kita. “Bos nak saya temankan makan

atau nak makan seorang diri di restoran?!” Hafizah mengugut.

298

Page 299: Sebab Dikau

Pantas Iskandar berpaling mengadap Hafizah. Dia menyusun sepuluh jari.

“Ampun cik setiausaha. Marilah temankan patik untuk makan sarapan. Patik janji tidak

akan mengusik lagi!”

Hah! Eloklah perangai macam tu! Buat drama pagi-pagi ni di tempat awam.

Memang jenis tidak tahu malu sungguh! Hafizah menyusun langkah dan terus masuk ke

dalam ruang makan di restoran yang sebaris dengan bangunan pejabat.

Suasana di dalam restoran mamak itu agak sibuk dengan pekerja-pekerja pejabat

yang juga turun minum pagi waktu itu. Mata Hafizah liar mencari tempat duduk yang

agak kosong. Kebetulan ada pelanggan yang sudah habis makan dan meja tersebut baru

sahaja di lap oleh pekerja restoran. Hafizah segera menarik kerusi dan duduk tanpa

mengendahkan Iskandar yang tersengih-sengih menarik kerusinya pula mengadap

Hafizah.

“Eh! Buruklah dah tua-tua macam ni merajuk,” ujar Iskandar masih lagi mahu

mengusik wanita yang duduk di hadapannnya.

“Mana ada saya merajuk?” Hafizah mengerut dahi.

“Habis ni kalau tak merajuk, apa namanya? Dok muncung aje macam tikus

mondok!”

“Saya tak merajuklah! Saya marah!”

“La! Apasal pula marah?”

“Saya ada banyak lagi kerja yang nak dibuat di atas tu daripada temankan bos

duduk makan macam ni!” Bengang dia. Betul-betul bengang dia diperlakukan begini oleh

Iskandar.

“Awak tak suka temankan saya ke?” Nada suara yang tadinya mengusik berubah

299

Page 300: Sebab Dikau

intonasi. Lembut dan… merajuk.

Hafizah menarik nafas panjang. Kadang-kadang dia rasa seperti mahu

menghantukkan kepala ke dinding dengan sikap Iskandar yang seperti kebudak-

budakkan. Kalau tak mengusik, merajuk. Itu ajelah modalnya untuk meraih simpati

Hafizah. Sering juga lelaki itu meletakkan dirinya di dalam situasi serba-salah. Hendak di

lawan, ketua sendiri, tidak dilawan, naik lemak. Bertambah mengada-ngada.

“Tak adalah macam tu…”

“Maknanya awak suka temankan saya?” Cepat-cepat Iskandar memotong kata-

kata Hafizah. “Kalau macam tu kita order sekarang. Awak nak makan apa?”

Hafizah memejamkan matanya rapat-rapat. Geram! Geram dia dengan sikap acuh

tak acuh Iskandar. Apabila matanya dibuka di lihat lelaki itu sudah mula membaca kertas

menu bersalut plastik yang berada di atas meja. Hafizah mengeluh. Dia terpaksa akur

dengan perangai Iskandar.

“Cepatlah nak makan apa?”

Belum sempat Hafizah membuka mulut untuk menjawab, lelaki itu

menyambung.” OK memandangkan keadaan awak yang…” Iskandar mengenyiit mata.

“Tidak berapa sihat ini, awak makan roti telur dengan teh tarik, boleh?”

Sekali lagi Hafizah tidak sempat menjawab apabila Iskandar terus memanggil

pelayan dan mula memesan makanan. Siap minta tukar kuah dhal kepada kuah kari lagi

untuk dicicah bersama dengan roti telur. Hafizah mengecilkan mata merenung setiap

perbuatan lelaki itu. Dalam hati dia melihat Iskandar sekecil semut yang boleh dipicit

dengan jari!

Sepanjang menunggu pesanan mereka tiba, hanya Iskandar sahaja yang banyak

300

Page 301: Sebab Dikau

bercakap. Hafizah hanya diam mendengar. Itupun sebelah telinga sahaja kerana fikiran

sudah menerawang, berfikir apa yang menyebabkan ketuanya itu ceria hari ini. Nak kata

mabuk, bosnya itu bukan jenis orang yang minum air kencing syaitan. Nak kata terlebih

dos dadah, Hafizah menelengkan kepala, orangnya sasa dan bukan seperti penagih dadah.

Wajah lelaki itu terus ditenung. Wajahnya putih bersih. Berseri-seri. Rambut yang

ikal disisir kemas. Baju kemeja biru muda dipadankan dengan seluar hitam

menambahkan lagi ketampanan Iskandar. Hafizah akur tidak susah wanita untuk terpikat

dengan ketuanya.

Kalau Iskandar berjalan, mesti ramai yang memandang. Sudah pasti kaum

wanitalah yang lebih tertawan dengan ketampanan lelaki itu. Lagak seorang artis terkenal

pula. Kadang-kadang Hafizah sendiri malu untuk berjalan beriringan dengan Iskandar. Itu

baru orang yang dijumpa di jalan, belum lagi mereka berbual dengan Iskandar. Pasti akan

lebih tertarik kerana lelaki itu sungguh pandai mengambil hati. Tanya sajalah setiap

pekerja wanita di pejabatnya, mereka semua akan mengatakan ketua mereka bukan sahaja

tampan tetapi baik hati juga. Dan Hafizah terus berangan.

“…ya betul, saya hendak kahwin dengan awak!”

Dengan wajah selamba Hafizah merenung wajah bosnya yang tersengih. Suka

lagi. Tersengih sana tersengih sini. Eh! Kahwin? Otaknya mula mencerna ayat yang

terakhir keluar dari mulut Iskandar. Nak kahwin dengan siapa? Dia nak kahwin dengan

aku? Hah! Apa lelaki itu cakap? Kahwin? “Apa bos cakap?!”

“Ha! Itulah berangan! Saya dok bersembang seorang-seorang kat sini, awak tak

dengar. Fikiran dah terbang jauh.” Iskandar mengekeh ketawa. Seronok dia mengenakan

Hafizah.

301

Page 302: Sebab Dikau

Pelayan yang membawa makanan yang dipesan tiba dan meletakkan pinggan-

pinggan berisi roti telur dan dua gelas teh tarik di atas meja. Selesai tugas, dia segera

berlalu untuk mengambil pesanan dari pelanggan-pelanggan yang baru tiba.

“Tu, nak dimakan ke nak dibuat main tu?” Tegur Iskandar lagi apabila dilihatnya

Hafizah tidak menjamah roti telur di dalam pinggan.

“Panas lagi. Nanti dululah,” balas Hafizah. Dia memandang Iskandar yang

dengan selera menyuap roti telur yang sudah dicicah dengan kuah kari ke dalam mulut.

“Lambatlah kalau nak tunggu sejuk. Lagipun nanti liat, tak sedap,” ujar Iskandar.

Dengan cepat dia mencapai pinggan Hafizah.

“Bos nak makan roti saya ke?”

“Tak. Nak suruh awak makanlah ni.” Dengan cekap Iskandar meracik-racik roti

telur yang masih berasap. Selesai, pinggan ditolak kembali ke arah Hafizah.

Hafizah terdiam. Dia hanya mampu memerhatikan perbuatan Iskandar. Kenapa

lelaki ini agaknya hari ni?

“Awak nak makan ke tidak? Atau nak saya suapkan dalam mulut?” Dia mencucuk

cebisan roti di dalam pinggan di dalam garpu lalu diangkat seolah-olah mahu disuapkan

ke dalam mulut Hafizah.

“Err… tak pe, tak pe. Saya makan sendiri.” Terus Hafizah mencapai sudu dan

garpu lalu mula mangambil sedikit roti yang sudah diracik lalu dicicah ke dalam kuah

kari. Potongan roti kecil segera dimasukkan ke dalam mulut dan dikunyah perlahan-

lahan. Dalam hati dia berfikir yang bosnya memang sudah gila hari ini!

Tanpa mereka sedari, perbualan mereka di meja makan di restoran itu

diperhatikan oleh sepasang mata.

302

Page 303: Sebab Dikau

Dalam lapar tidak lapar, habis juga sepinggan roti telur dimakan bersama dengan

kuah kari. Iskandar telah lama menghabiskan roti di dalam pinggan. Teh tariknya juga

tinggal suku di dalam gelas. Kini lelaki itu sedang enak mengunyah karipapnya yang ke

dua.

Hafizah menggeleng kepala. Mengunyah macam lembu! Kalau ikut saiz badan,

tidaklah sebesar mana tapi selera makan kuat sungguh! Sukahati kau lah bos! Asal kau

bahagia. Hafizah tersenyum kecil tapi senyuman itu cepat-cepat disorok di balik gelas teh

tarik lalu isinya dihirup. Sedang dia enak menikmati air teh tariknya, seorang wanita

datang menghampiri meja mereka.

Pada mulanya disangkakan pelayan restoran datang untuk mengambil piring kotor

tetapi apabila dia mendongak, matanya bertembung dengan sepasang mata berbulu lentik.

Kulitnya putih cerah. Wajah bujur sirih dipandang penuh tandatanya. Cantik. Hatinya

berdetik. Siapa dia?

“Assalamualaikum.” Wanita berbibir mongel tersenyum. Bertambah ayu.

Iskandar tersentak. Tak mungkin! Pantas dia berpaling. Sekujur tubuh yang

pernah dirindu berdiri di sebelahnya. Pandangan mata mereka bertaut.

“Assalamualaikum, Is.” Sekali lagi wanita itu menyapa.

Iskandar bingkas bangun. Salam yang dihulur tidak berjawab. Dia seperti tidak

percaya yang berdiri di sisinya ini adalah wanita yang pernah dicintainya dulu. Nurul

Huda Ibrahim.

“Buat apa di sini?!” Tiba-tiba kemarahan mula memancar di dalam hati Iskandar.

Dia tidak dapat menerima kehadiran Nurul Huda mengganggunya setelah berbulan-bulan

melupakan cinta mereka dan bergelar isteri. Bagi Iskandar, Nurul Huda sudah

303

Page 304: Sebab Dikau

mengkhianati kepercayaan yang diberikan selama ini.

“Boleh kita cakap sekejap?” Pinta Nurul Huda berharap.

Belum sempat Iskandar menjawab permintaan Nurul Huda, Hafizah cepat-cepat

mencelah. “Saya pergi dulu, Encik Iskandar,” ujarnya seraya berdiri. Dia segera

mengangkat beg dan menolak kerusi ke belakang. Langkahnya tiba-tiba terhenti apabila

tangan kanannya di tarik dari belakang. Alangkah terperanjatnya apabila jejari kasar

menyulam kemas lengannya. Matanya memandang tajam wajah lelaki yang mula keruh.

“Fiza jangan ke mana-mana!” Iskandar memberi arahan. Lembut tetapi beralas

tegas. Lengan gadis itu tidak dilepaskan. Dia memandang sekilas wajah Hafizah yang

berkerut. Air mukanya menunjukkan dia tidak senang dengan perlakuannya, tapi Iskandar

tidak peduli. Dia tidak mahu tinggal berdua dengan Nurul Huda.

Kini, wajah Nurul Huda pula direnung. Apa mahunya perempuan ini? Dengan

hati yang mendongkol, Iskandar menunggu.

Nurul Huda tidak selesa direnung sebegitu. Mana hilangnya lelaki yang lemah

lembut dan romantis? Kenapa Iskandar berubah begitu sekali. Sekilas dia memandang

tangan Iskandar yang masih lagi memegang lengan gadis di sebelahnya. Siapa dia? Apa

hubungan mereka.

“Is apa khabar?” Nurul Huda memulakan bicara. Dia merasa agak janggal.

Apatah lagi mereka bertiga masih lagi berdiri di dalam restoran yang agak ramai.

Suaranya tenggelam timbul di dalam kebisingan pelanggan-pelanggan yang berborak

bersulam dengan bunyi sudip berlaga kuali di tempat memasak.

“Alhamdulillah saya sihat. Huda apa khabar?” suara Iskandar yang tegang sudah

mula kendur. Mungkin dia sudah dapat mengawal emosinya, fikir Nurul Huda.

304

Page 305: Sebab Dikau

Nurul Huda mengangguk. “Baik juga.” Dia tersenyum. Dia menjeling ke arah

Hafizah. Dia masih tertanya-tanya siapa gadis itu.

Iskandar memerhati rentak mata Nurul Huda. “Ini Hafizah.” Dengan ringkas dia

memperkenalkan Nurul Huda kepada Hafizah.

Serentak itu Hafizah menarik lengannya dari genggaman Iskandar. Dia

menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Nurul Huda. “Apa khabar?” sapanya

lembut dengan senyuman paksa yang terukir di bibir. Salamnya bersambut dan Nurul

Huda mengangguk sambil turut tersenyum. Riak tanda tanya masih lagi berbekas di

wajahnya.

Keadaan mereka yang masih berdiri di situ membuatkan masing-masing merasa

agak janggal. Iskandar masih lagi mendiamkan diri, tidak mahu memulakan perbualan,

manakala Nurul Huda juga kelihatan serba salah kerana tidak tahu bagaimana hendak

meluahkan apa yang terbuku di hati. Hafizah pula masih lagi jengkel dengan perbuatan

Iskandar yang senang-senang sahaja memaut lengannya di hadapan Nurul Huda. Apa

pula kata perempuan itu? Nanti di katakan mereka ada hubungan pula.

“Err… tak apalah bos, cik Nurul, saya pergi dulu… ada banyak…”

Belum sempat ayat tersebut dihabiskan, Iskandar sudah memotong. “Tak apa. Tak

ada perkara yang penting yang saya hendak awak buat di pejabat.”

Makin mendongkol rasanya di hati mendengar kata-kata yang keluar dari mulut

Iskandar. Hafizah menjeling Iskandar dengan penuh geram. Tak pasal-pasal aku diheret

sama di dalam kemelut mereka, gerutunya di dalam hati. Hedak tidak hendak terpaksalah

dia berdiri juga menanti salah seorang dari mereka memula bicara.

“Dah lama Huda tak dengar khabar dari Is.” Akhirnya Nurul Huda memberanikan

305

Page 306: Sebab Dikau

diri bermukadimah.

“Tak ada apa yang menariknya tentang cerita saya. Lagipun saya tidak mahu

mengganggu isteri orang,” ujar Iskandar. Walaupun lembut, tetap sinis.

Nurul Huda terdiam seketika. Hatinya terusik dengan kata-kata Iskandar. Lebih-

lebih lagi dia menggunakan perkataan “isteri orang.” Terasa berat gelaran yang

dipikulnya itu.

“Huda cuba juga contact Is, tapi tak pernah dapat,” ujar Nurul Huda sedikit

merajuk. “Telefon bimbit pun tak angkat, kenapa?”

Iskandar mengangkat bahu. “Rasanya tak ada perkara yang penting, kan? Lagipun

saya busy sangat sejak akhir-akhir ini.”

Sekali lagi lelaki itu memberikan jawapan yang menyakitkan hati. Nurul Huda

sedih. Dia juga sedar Iskandar tidak lagi menggunakan awal namanya sebagai ganti

nama. Tiada lagi “Is” hanya “saya”. Memanglah lelaki ini sudah berubah, fikir Nurul

Huda

“Oh! Pasal pertunangan Zul tempoh hari ye? Aunty Imah ada beritahu Huda,”

balas Nurul Huda. Hujung bibirnya menjungkit sedikit apabila dia lihat Iskandar

tersentak bila nama ibunya diseret di dalam perbualan mereka. Baru kau tahu Is, ibumu

masih lagi menghubungiku!

“Aunty Imah ajak Huda datang sekali masa majlis pertunangan itu, tapi Huda tak

dapat hadir. Ada kenduri juga di rumah mama,” cerita Huda lagi.

Iskandar diam. Hanya matanya melontarkan bicara. Dia langsung tidak membalas

kata-kata Nurul Huda. Perbuatannya melemaskan Hafizah. Hafizah benci dirinya

diletakkan di tengah-tengah. Sekali lagi dia cuba bergerak meninggalkan mereka berdua,

306

Page 307: Sebab Dikau

sekali lagi juga lengannya ditarik. Hafizah mengeluh kecil. Cukuplah lelaki itu seorang

menarik perhatian orang ramai di dalam restoran itu, Hafizah tidak mahu mengeruhkan

lagi keadaan. Apatah mereka hanya berdiri di situ tanpa meneruskan perbualan yang

tidak seberapa itu.

“Saya rasa tidak ada apa-apa lagi yang nak dibincangkan lagi.” Akhirnya Iskandar

memecah kebuntuan. Dia menarik sedikit lengan Hafizah sebagai isyarat. “Selamat

tinggal Nurul Huda.” Dan mereka bergerak beriringan meninggalkan Nurul Huda yang

masih lagi tercegat di dalam restoran.

“Kenapa bos buat dia macam tu?” Hafizah akhirnya meluahkan rasa tidak puas

hatinya apabila mereka sudah agak menghampiri pintu masuk utama bangunan pejabat.

Lengannya direntap dari genggaman tangan Iskandar. Rasa tidak puas hati dengan

perbuatan Iskandar terhadap Nurul Huda dan juga cara lelaki itu menariknya pergi benar-

benar membuatkan darahnya mendidih. Inikah lelaki yang suatu malam dahulu pernah

mengaku redha dengan perpisahannya dengan Nurul Huda? Menerima yang ajal maut

dan jodoh pertemuan adalah ketentuan Ilahi yang langsung tidak boleh disangkal?

Mereka berdiri mengadap antara satu sama lain. Iskandar bercekak pinggang

memandang tajam wajah setiausahanya yang hanya empat kaki jauh jaraknya. Hafizah

membalas pandangan tajam Iskandar. Peduli apa dia marah! Peduli apa dia hendak

mengamuk!

Perbuatan dia tadi itu memang kurang ajar akan membuatkan sesiapa sahaja

marah. Ya aku boleh marah! Aku juga boleh meradang! Memang bukan tempat dia untuk

mencampuri urusan Iskandar, tetapi apabila sudah diseret sekali, dia juga ada hak untuk

meluahkan perasaannya.

307

Page 308: Sebab Dikau

“Antara saya dengan Nurul Huda, bukan urusan awak.” Bergetar suara Iskandar

menahan kemarahan di dalam hati. Walaupun dia tidak meninggikan suara, satu-satu

perkataan yang keluar dari mulutnya itu amat sinis. Mukanya yang cerah sudah merah

padam. Matanya masih lagi memandang tajam wajah Hafizah.

“Oleh kerana ia memang bukan urusan saya, Encik Iskandar tidak patut menyeret

saya ke dalam pemasalahan peribadi Encik.” Intonasi suara sama perlahan tetapi juga

tetap tegas. “Saya juga tidak suka Encik Iskandar melayan saya seperti budak-budak!”

“Apa yang budak-budaknya?!” Kali ini Iskandar gagal mengawal suaranya.

“Awak ada di situ, saya nak buat apa?!” Beberapa orang yang lalu lalang di kaki lima

memandang mereka dengan penuh hairan.

“Biarlah saya balik ke pejabat!”

“Dan biarkan saya kat situ macam orang bodoh?!”

“Awak layanlah dia. Dengar dulu apa yang dia nak cakapkan. Duduk dan

bincang!” Suara Hafizah mula meninggi. Dia turut bercekak pinggang, mendongakkan

sedikit kepala memandang Iskandar.

“Saya nak layan macamana? Saya nak bincang buat apa? Saya tak jemput dia

pun! Nak cakap apa lagi?!”

“Layan dia dengan sopan! Bincang tentang apa yang dia hendak cakap. Jangan

jatuhkan air muka dia depan saya pulak!”

“Habis air muka saya?!”

Hafizah menjegilkan biji mata. Bila masa pula Nurul Huda jatuhkan air muka

Iskandar? Perempuan itu cuma ada di sana bertanya khabar. Sikit pun dia tidak

memalukan Iskandar, sebaliknya lelaki itu yang buat sombong layan tak layan si Nurul

308

Page 309: Sebab Dikau

Huda!

“Perempuan memang macam tu. Dah terang-terang salah sendiri, nak salahkan

orang lain pula!” Tiba-tiba Iskandar tukar taktik serangan. Menyalahkan semua

perempuan. Lagilah sakit hati Hafizah dibuatnya.

Hafizah menarik nafas dalam. Dia tidak kuasa bertengkar dengan Iskandar di

hadapan pintu pejabat bersaksikan orang-orang yang lalu lalang di situ. Dengan geram

dia berpusing, menarik pintu kaca dan melangkah ke dalam. Biarlah! Biarlah lelaki itu

layan marahnya di situ. Dia tidak mahu terbabit lagi dalam masalah peribadi lelaki itu.

Baru berjumpa dengan bekas kekasih lama sudah tidak tahu hendak mengawal emosi.

Macam budak-budak!

“Apa?! Apa salah saya?!”

Hafizah berjalan tanpa mengendahkan pertanyaan Iskandar. Dia tidak mahu

bertegang urat dengan lelaki itu lagi. Lagak seperti askar berkawat, Hafizah melangkah

masuk lalu menaiki tangga menuju ke tingkat dua. Dia benar-benar malas hendak

melayan Iskandar.

Iskandar melepaskan keluhan yang panjang. Bengang dengan Nurul Huda tidak

habis, terpaksa pula berdepan dengan kemarahan Hafizah. Tak habis-habis dia dengan

masalah perempuan. Lepas satu, satu!

Dia menolak pintu kaca dengan kasar dan berjalan menaiki tangga ke pejabatnya.

Norita yang duduk di belakang meja penyambut tetamu hanya terpinga-pinga melihat

kejadian di hadapan matanya. Apa dah jadi? Matanya menyoroti kedua-dua mereka yang

menaiki tangga hingga hilang dari pandangan. Mengapa mereka bergaduh? Hish! Entah-

entah… Norita tersenyum. Entah-entah mereka sedang bercinta! Dengan perlahan dia

309

Page 310: Sebab Dikau

mengangkat gagang telefon dan menekan nombor talian Aishah.

“Awak masih salahkan saya lagi?” Soal Iskandar apabila dia sudah berada di

hadapan meja Hafizah. Nada suaranya sudah mula kendur. Perasaan marahnya sudah

berkurangan.

Sejak dia membontoti Hafizah menaiki tangga ke pejabat mereka, perasaan sakit

hati mulai kendur. Dia terfikir yang mungkin ada benarnya kata-kata Hafizah tadi.

Walaupun fikirannya menerima nasihat Hafizah tetapi ego lelakinya tergugat.

Hafizah yang masih lagi berdiri sambil memegang kertas faks yang baru diterima,

hanya menggelengkan kepala.

Memang dia masih lagi marah tapi dia tidak mahu memanjangkan kemarahannya.

Sekali lagi dia mengingatkan dirinya bahawa apa-apa masalah di antara Iskandar Dato

Rosli dan Nurul Huda Ibrahim, bukan urusannya!

“Dia yang datang pada saya. Saya tidak faham kenapa dia datang cari saya.”

Hafizah memandang wajah ketuanya. Macamana nak tahu kalau kau tak tanya

kenapa? Macamana nak tahu kalau kau tak beri peluang pada dia menjelaskan perkara

yang sebenar! Tapi tiada sepatah perkataan yang keluar dari mulutnya. Biarlah dia

berkata-kata sendiri di dalam hati.

Iskandar duduk di kerusi mengadap Hafizah. “Kami sudah tidak ada apa-apa lagi,

buat apa datang cari saya.”

“Entah-entah dia nak berbaik-baik dengan bos sahaja,” Hafizah memecah

kebisuan.

“Buat apa pula. Perkara yang dah sudah tu, biarkanlah. Buat apa pula kami kena

310

Page 311: Sebab Dikau

berbaik-baik?”

“Berpisah, tidak semestinya bermasam muka. Kalau bos boleh terima yang bos

tak ada jodoh dengan cik Nurul Huda, tidak bermakna silaturrahim itu putus. Bos masih

boleh lagi bersahabat dengan dia,” nasihat Hafizah.

“Saya tak nampak perlunya itu semua. Saya dan dia tidak ada jodoh. OK. Titik.

Habis. Tak perlu nak jumpa, tak perlu nak beritahu saya yang dia dengan ibu saya masih

lagi berhubung. Buat apa itu semua? Cuma nak sakitkan hati saya saja?” Iskandar

menjegilkan mata.

“Entah-entah dia tidak ada niat nak sakitkan hati bos. Mungkin memang

kebetulan ada di situ. Dia nampak bos, jadi dia tegurlah. Bukankah elok dia masih lagi

berhubung dengan ibu bos, maknanya dia tidak putuskan silaturrahim yang sudah terjalin

begitu sahaja,” kata Hafizah lagi.

“Saya tak percaya. Dia sengaja buat macam tu. Sengaja datang dengan niat nak

sakitkan hati saya.” Iskandar menggeleng-gelengkan kepala.

“Daripada bos bertanya-tanya begini, lebih baik bos bersemuka aje dengan dia.

Tanya perkembangan dia sekarang,” nasihat Hafizah lagi.

“Hish! Malaslah! Kalau dia dah senang baguslah! Buat apa nak tanya-tanya lagi,”

balas Iskandar. Dia mengerut dahi. Ah! Mengarut aje cakap si Hafizah ni!

Hii! Keras kepala sungguh orang tua ni! “Sukahati bos lah!”

Hafizah mendekatkan badan ke meja. Matanya menjeling tajam wajah Iskandar

yang memandangnya dengan selamba. Dia terus menguis-nguis selipar di bawah meja.

Perbuatannya diperhatikan sahaja oleh Iskandar. Jumpa apa yang dicarinya,

Hafizah terus menyarungkan sepasang selipar buruk. Dia bergerak meninggalkan

311

Page 312: Sebab Dikau

Iskandar.

“Awak nak pergi mana tu?”

“Solat!”

Iskandar mengerut dahi. Dia mengerling pada jam di tangan. “Belum masuk

waktu lagilah!”

Hafizah berpaling. Wajah Iskandar ditenung dalam. “Hati saya panas! Sebelum

saya cakap sesuatu yang akan buat saya menyesal kemudian, lebih baik saya pergi cool

down dulu! Dan bos ada satu appointment tengahari nanti”. Dengan itu dia terus berlalu.

Iskandar termangu. Dia masih duduk di kerusi. Akhirnya dia menguntumkan

sebuah senyuman. Sedikit demi sedikit senyuman itu semakin melebar. Pandangan

matanya mengekori setiap langkah Hafizah yang meninggalkan dirinya keseorangan di

situ. Hatinya yang keruh mengenangkan peristiwa di restoran sebentar tadi mulai jernih.

Perasaan yang mendongkol mulai tenang.

Kau memang istimewa, Fiza!

312

Page 313: Sebab Dikau

27.

Orang kata hidup ini indah, tapi sukar untuk digambarkan bagaimana keindahan

itu. Namun bila seseorang itu dilamun cinta, setiap detik, setiap pemandangan itu

menceritakan tentang keindahan hidup. Setiap decit unggas menyanyikan lagu alam

merdu berdendang sama di dalam jiwa. Tapi kata orang juga, kadang-kadang panas

mentari tidak berpanjangan. Ada hujan di tengahari yang membasahi bumi.

Dengan perlahan Hafizah meletakkan gagang telefon di tempatnya. Sudah tiga

kali dia menerima panggilan dari orang yang sama. Setiap sepuluh minit panggilan itu

akan masuk. Dari pemanggil yang bersuara lunak. Lembut tetapi tegas. Mencari lelaki

yang satu. Iskandar.

Sudah tiga kali juga dia memberitahu si pemanggil bahawa orang yang dicari

tiada di pejabat. Namun, si dia tidak berputus asa, berjanji akan terus menelefon sehingga

tercapai hajat di hati untuk bercakap dengan lelaki yang dicarinya. Apa urusan denga

Iskandar, tidak pula mahu dijelaskan. Walaupun sudah diterangkan tugasnya sebagai

pembantu untuk menapis setiap panggilan, si pemanggil tidak mahu berkompromi. Malah

dengan tegas beralas lembut, dia memberitahu Hafizah bahawa urusan mereka adalah

peribadi.

Hafizah memandang ke luar jendela. Hujan masih lagi turun mencurah-curah.

Memanglah bumi ini sudah tua. Ibarat si tua yang bongkok, dahi hampir bertemu lutut.

Hampir nyanyuk. Sedang sang suria begitu galak memancarkan cahayanya, tiba-tiba

awan berarak dan sang suria lantas malu, terus menyorok di balik awan yang sarat

bunting, lalu terus mencurah-curah air jatuh menimpa bumi.

Hafizah berpusing mengadap mejanya memandang alat telekomunikasi yang

313

Page 314: Sebab Dikau

kembali senyap. Hatinya diterjah pelbagai perasaan. Sedih. Geram. Ingin tahu. Sakit hati.

Cemburu. Kenapa sang gadis itu begitu galak mencari lelaki yang pernah disakiti hatinya.

Apa mahu dia? Setelah berbulan-bulan meninggalkan lelaki itu, hari ini dia mencari

bekas kekasihnya.

Hafizah menarik nafas dalam. Setiap perasaan yang melanda di dalam jiwa, ada

maksudnya. Sedih, kerana dia rasakan mungkin perasaan cinta yang berputik di hati,

tidak mungkin dapat diluahkan. Geram kerana dia tidak pernah ingin perasaan kasih

berbunga kepada lelaki yang terlalu dekat tetapi pada masa yang sama terlalu jauh untuk

dia gapai. Dalam pada yang sama Hafizah juga ingin tahu apa perasaan sebenar Iskandar

pada dia dan masih adakah rasa cinta yang berbekas kepada Nurul Huda? Bila difikir-

fikirkan timbul pula rasa sakit hati bila merasakan dia seperti dipermain-mainkan

Iskandar. Namun dalam jiwa yang berkecamuk itu, timbul perasaan cemburu yang

Iskandar akan pulang kepada pangkuan Nurul Huda.

Ya Allah! Hafizah meraup wajah. Tak baik punya prasangka buruk seperti itu, dia

berkata di dalam hati. Sekarang ini dia yang pandai-pandai buat andaian sendiri. Entah

memang sungguh mereka ada urusan peribadi, jadi apa kena mengenanya dengan dia,

Hafizah berperang di dalam hati. Lagipun dia sendiri yang sudah membuat keputusan

sendiri yang antara dia dengan Iskandar tidak mempunyai apa-apa hubungan. Tidak boleh

mempunyai apa-apa hubungan perasaan cinta antara Adam dan Hawa. Lebih-lebih lagi

lelaki itu tidak pernah meluahkan rasa hatinya pada dia, malah sekalipun Iskandar

memberitahu dia yang dia menaruh harapan pada Hafizah, apakah boleh lelaki itu ada

hubungan dengan dia?

Bunyi telefon di atas meja mematikan lamunan Hafizah. Dia merenung alat

314

Page 315: Sebab Dikau

telekomunikasi yang menjerit. Dengan lemah dia mengangkat gagang dan menekup ke

telinga kanan.

“Hello.”

“Boleh bercakap dengan Encik Iskandar Dato Rosli.”

Suara itu lagi. Tidak perlu dia memperkenalkan diri. Hafizah menarik nafas

dalam. “Minta maaf Cik Nurul, Encik Iskandar masih lagi belum masuk ke pejabat,”

ujarnya tenang.

“Cik Hafizah?”

“Ya.”

“Saya perlu bercakap dengan Iskandar. Saya minta jasa baik Cik Hafizah supaya

sambungkan talian ini pada dia.”

Terkedu Hafizah mendengar kata-kata tegas dari Nurul Huda. Apa wanita itu fikir

dia menipu? Cuba menghalang Nurul Huda daripada berbicara dengan Iskandar?

Rendahkah peribadi dia sehingga sanggup menggunakan taktik kotor seperti itu untuk

menghalang Nurul Huda berhubung dengan Iskandar? Dia tidak pernah “berperang”

hanya untuk kerana seorang lelaki dan dia tidak akan memulakannya dengan Nurul Huda.

“Cik Nurul Huda, saya tidak menipu. Memang Encik Iskandar tidak ada di

pejabat waktu ini. Dia ada appointment di luar. Kalau cik tidak percaya, cik cuba telefon

handset dia,” balas Hafizah. Intonasinya suaranya sama keras.

Diam. Terdengar Nurul Huda menarik nafas dalam. “Saya minta maaf.”

Hafizah jadi lembut hati mendengar kata maaf dari wanita yang langsung dia

tidak kenal tetapi berkait rapat dengan lelaki di dalam hatinya. “Tidak mengapa.

Assalamualaikum…”

315

Page 316: Sebab Dikau

“Jangan letak telefon!”

“Maaf?” Apa dia? Hafizah menekup kembali gagang ke telinga. Apa dia mahu

dariku?

“Awak rapat dengan Iskandar?”

Hafizah mengerut dahi. “Dia ketua saya, anak majikan saya, Cik Nurul Huda.”

“Adakah… adakah hubungan awak lebih dari hubungan pekerja dengan

majikannya?”

Hampir berhenti berdegup rasanya jantung Hafizah. Dia menggenggam gagang

telefon kemas-kemas. “Itu peribadi, cik Nurul Huda. Saya rasa cik tak ada hak bertanya

soalan-soalan seperti itu pada saya. Assalamualaikum!”

“Tolong! Tolong jangan letak telefon! It was uncalled for. Im sorry!”

Hafizah tidak jadi meletakkan gagang telefon. Apa yang wanita ini mahu dari

dia?! Kalau setakat hendak menyakiti hati, lebih baik dia putuskan sahaja talian mereka.

Tapi Hafizah tidak sampai hati hendak berbuat demikian. Dia tidak boleh bertindak

terburu-buru. “Saya harap cik Nurul Huda tidak lagi soal saya dengan pertanyaan yang

bukan-bukan seperti itu.” Dalam nada suara yang tegas, dia merayu. Tolonglah!

“Cik Hafizah tahu tentang saya?” Perlahan suara Nurul Huda bertanya.

“Saya dah kata, jangan tanya soalan peribadi pada saya. Lagipun itu antara Cik

Nurul dengan Iskandar. Tidak ada kena mengena dengan saya,” balas Hafizah. Kenapa

itu yang kau tanya? Mengapa letakkan aku ditengah-tengah konflik kau berdua?

“Tapi saya tahu, hubungan awak dengan Is juga rapat.Kalau tidak, takkan dia

akan ceritakan tentang kami pada Cik Hafizah.”

“Mana cik Nurul Huda tahu yang Encik Iskandar beritahu saya mengenai

316

Page 317: Sebab Dikau

hubungan dia dengan cik?” Hafizah kehairanan.

“Saya tahu segala-galanya. Saya tahu Is beritahu kisah kami dengan cik Hafizah.

Lagipun tindak tanduk cik Hafizah di restoran tadi juga meyakinkan saya yang awak tahu

tentang kami.”

“Beginilah.” Cepat-cepat Hafizah memotong kata-kata Nurul Huda. Dia tidak

mahu soalan demi soalan yang menyesakkan diajukan kepadanya. “Apa kata Cik Nurul

Huda telefon sahaja handset Encik Iskandar…”

“Dia tidak angkat panggilan saya.”

Hafizah diam. Itu tetap bukan urusan aku sekiranya Iskandar tidak mahu

memanjangkan cerita dengan Nurul Huda!

“Dia marah pada saya lagi ke?”

“Cik Nurul Huda, saya sudah cakap tadi, itu urusan cik dengan ketua saya. Tidak

ada kena-mengena dengan saya…”

“Tapi awak tahu segalanya tentang saya. Saya tahu dia beritahu awak tentang

saya. Segala-galanya tentang saya!” Nurul Huda sekali lagi mengulang kata-katanya. Dia

menghela nafas panjang. “Saya tahu awaklah orang pertama yang tahu cerita tentang

saya.”

Hafizah tidak memberi sebarang reaksi.

“Lagipun… Iskandar tidak pernah bawa pekerjanya makan berduaan. Awak selalu

keluar dengan dia, saya tahu. Mesti dia rapat dengan awak. Lebih rapat dari hubungan

ketua dan pekerja?” Nurul Huda memancing. “Sahabat?”

Sekali lagi, tiada reaksi yang diberi.

“Is nampak sahaja senang mesra dengan semua orang tapi, dia tak ada ramai

317

Page 318: Sebab Dikau

kawan rapat. Perangai dia, kalau dia sudah percaya pada seseorang itu untuk dijadikan

sahabat, dia sanggup lakukan apa saja.” Nurul Huda ketawa kecil. “Bertuah awak Is

anggap awak sebagai kawan dia. Dia pasti akan jaga awak dengan sebaik-baiknya.”

“Terima kasih.” Hanya kalimat itu yang mampu disuarakan. Hafizah terus dilanda

perasaan serba salah.

“Saya tidak tahu menghargai cinta Is. Saya terlalu pentingkan diri sendiri. Saya

tidak sanggup berkongsi kasih dengan kerja Is.” Tiba-tiba Nurul Huda ketawa. “Saya

bodoh! Tidak sanggup berkongsi kasih konon, akhirnya saya sendiri terjebak. Berkongsi

kasih lelaki dengan perempuan lain!”

Diam.

“Awak tahu saya menjadi isteri ke dua seorang ahli perniagaan?”

Hafizah tidak menjawab. Perlukah dia memberi sebarang jawapan untuk soalan

seperti itu?

“Saya terjebak dengan kata-kata manis dia. Seorang lelaki berusia empat puluhan.

Pandai bermain kata sehingga saya sanggup menerima dia di dalam hidup saya, walaupun

mendapat tentangan dari ibu bapa saya. Cinta saya konon! Akhirnya saya sendiri yang

merana. Dia tidak tahu menjadi adil. Saya yang terlalu banyak mengalah. Sehinggakan

perniagaannya hampir lingkup, sayalah yang menjadi penyelamatnya.”

“Bukankah itu pilihan cik Nurul.” Seperti tersedar dari lamunan yang panjang,

Hafizah mula bersuara. Menyuarakan satu kenyataan dan bukan soalan.

“Pilihan yang salah. Sekarang saya menyesal dengan perbuatan saya yang

terburu-buru. Saya sudah bercerai dengan suami saya.”

“Sekarang cik Nurul hendak apa dengan Encik Iskandar?” Mungkin kasar

318

Page 319: Sebab Dikau

bunyinya tapi, Hafizah perlu tahu apa niat Nurul Huda ingin menghubungi lelaki yang

telah mula bertakhta di hatinya. Tidak layakkah dia bertanya soalan itu kepada seorang

perempuan yang mungkin ingin merampas cinta yang baru berputik itu?

“Saya ingin meminta maaf dari dia. Minta dia ampunkan segala perbuatan saya.

Dan kalau boleh…” Nurul Huda terdiam. “Kalau boleh saya ingin kembali semula pada

dia.”

Hampir luruh jantungnya mendengar pengakuan Nurul Huda. Apa yang Hafizah

takutkan kini menjadi kenyataan. Nurul Huda ingin kembali ke pangkuan Iskandar. Ingin

membaja pohon cinta yang sudah kering di hati lelaki itu.

Ya Allah! Permainan apakah ini? Dugaan apakah yang Kau berikan padaku? Di

saat aku baru ingin mengenal cinta sesama insan, Kau uji ketabahanku!

“Mahukah dia terima saya kembali? Bolehkah saya raih kasih dia kembali? Saya

sedar saya sangat-sangat sayangkan dia. Dialah satu-satunya lelaki untuk saya.

Mampukah saya semai kembali cinta dia pada saya, Fiza?” Sedih kedengaran suara Nurul

Huda di hujung talian. Dapatkah dia menyemai kembali cinta yang telah terkubur di hati

lelaki itu?

Bolehkah? Hafizah sendiri tidak tahu. Sedangkan dia sendiri tidak tahu

kedudukan dirinya di sisi Iskandar mahupun di hatinya sendiri, apatah lagi seorang

wanita yang pernah bergelar kekasih.

“Saya masih cintakan dia, Fiza. Saya cintakan dia!”

“Maaf cik…” Terasa setiap ayat yang ingin dikeluarkan tersekat di kerongkong.

Tidak ada apa lagi yang harus diperkatakan. Semuanya sudah jelas dan nyata. Perbualan

mereka harus tamat di sini. Dia tidak sanggup lagi mendengar baris ayat yang bakal

319

Page 320: Sebab Dikau

didengar dari mulut Nurul Huda. Dengan perlahan Hafizah terus meletakkan gagang

telefon di tempatnya.

Hafizah merenung tangannya. Dia menggeletar. Jarinya digenggam kemas. Dia

memandang ke luar jendela. Hujan di luar masih lagi lebat seperti lambang badai yang

sedang melanda hatinya sekarang. Hafizah bangun dan berjalan mendekati jendela. Bunyi

titisan angin yang dibawa angin yang kuat mengetuk cermin tingkap.

Hafizah menekupkan dahi di cermin. Terasa dingin. Terlalu banyak persoalan

yang menerjah kotak fikirannya kala ini. Satu keputusan harus dibuat. Dia harus keluar

dari kemelut masalah ini dengan segera. Kalau tidak, dia sendiri yang akan merana.

Selama ini dia berjaya menangani setiap masalah dengan bijak. Dia berjaya sebagai

pemimpin keluarga, berjaya menyekolahkan adik-adiknya. Dan berjaya

menyembunyikan perasaannya sendiri.

Hafizah menarik nafas dalam. Dalam banyak-banyak masalah yang boleh dia

selesaikan, satu masalah ini dia buntu. Bagaimana untuk meyelesaikan masalah perasaan?

Masalah cinta? Masalah patah hati? Masalah untuk melupakan orang yang benar-benar

kita sayangi? Aduh! Dia tidak ada pengalaman dalam hal-hal sebegini.

Hendak bertanya pada siapa? Aishah? Dia pun lebih muda dari aku. Apa

pengalaman yang dia ada? Bagaimana dengan Hafizi? Ah! Adik itu lelaki. Pasti jawapan

yang diberi akan memihak kepada lelaki. Segan pula hendak bertanya dengan kak

Zaharah atau Sandy mahupun rakan-rakan yang lain. Pasti kecoh satu ofis nanti. Tak

boleh juga minta tolong dengan makcik Farah. Malu! Hafizah mengerut dahi.

“Kau nampak pucat aje, kenapa?” Pertanyaan Aishah tidak diendahkan. Hafizah

hanya berdiri memandang ke luar jendela. Matanya sahaja yang memandang namun

320

Page 321: Sebab Dikau

otaknya ligat bekerja. Entah apa yang difikirkan, dia sendiri tidak tahu. Tapi setiap sudut

yang diperhati, wajah Iskandar yang terbayang.

Hafizah berpaling apabila terasa bahunya di sentuh. Baru dia sedar Aishah berdiri

di sebelahnya. Dia menggelengkan kepala. “Tak ada apa-apa. Pening sikit saja.” Hafizah

sengaja berdalih.

“Semacam aje, aku tengok kau ni. Nak ubat ke? Aku ada simpan sepapan Panadol

dalam laci kalau kau rasa sakit kepala,” ujar Aishah.

“Tak pe. Sakit sikit aje.” Hafizah berdalih lagi.

“Jangan macam tu. Nanti kalau melarat siapa yang susah? Encik Iskandar juga

yang susah!” Aishah berseloroh.

Hafizah tersenyum hambar. Iya ke dia akan susah? Mungkin susah hanya atas

alasan kerja. Adakah lelaki itu akan susah hati sekiranya dia tidak nampak aku walau satu

hari?

Alah! Aku sahaja yang mengarut. Aku sahaja yang bertepuk sebelah tangan.

Lelaki itu tidak akan pernah merindui aku walaupun sehari tidak berjumpa. Aku sahaja

yang dibuai perasaan. Aku sahaja yang tidak sabar-sabar hendak melihat wajahnya saban

hari. Kalau tidak, takkanlah dia boleh keluar berjumpa dengan pelanggannya satu hari

suntuk tanpa balik ke pejabat? Ah! Aku seorang sahaja yang perasan sebenarnya!

“Hah! Mengelamun lagi!” Sergah Aishah.

“Aku tak mengelamunlah! Aku tengah berfikir ni!” Bentak Hafizah. Malu juga

bila ditegur mengelamun oleh Aishah.

“Berfikir apanya! Kau mengelamun tu. Dahlah! Nanti aku ambilkan kau dua biji

panadol dengan air satu gelas. Nanti menggelabah Encik Iskandar kalau kau jatuh sakit.”

321

Page 322: Sebab Dikau

Sambil tersenyum lebar Aishah meninggalkan Hafizah yang masih lagi berdiri di tepi

jendela.

***

Iskandar duduk menyandarkan kepalanya ke sofa. Dia mengerling ke jam dinding.

Baru pukul empat tiga puluh, tapi dia sudah pulang ke rumah. Pasti Hafizah tertanya-

tanya mengapa dia tidak berada di pejabat waktu ini. Memang kalau diikutkan

perancangannya, selepas sahaja habis urusan di luar, dia ingin terus pulang ke pejabat dan

menyelesaikan urusan yang menunggu, tapi panggilan demi panggilan dari Nurul Huda

membantutkan langsung segala rencananya.

Iskandar mencampakkan fail di atas meja. Dia mengeluh panjang. Kepalanya jadi

sakit. Bukan dia tidak sudi berbicara dengan Nurul Huda tapi dia tidak nampak

keperluannya. Perlu apa dia berhubung lagi dengan aku kalau sekadar hendak

menyakitkan hati. Perempuan tidak sedar diuntung! Iskandar merengus.

Kejadian di restoran pagi tadi, cukup menyakitkan hatinya. Di saat dia berjaya

melupakan perempuan itu, dia datang tanpa diundang. Saat dia cuba mendekati gadis

lain, wajah Nurul Huda mengusik perasaannya. Iskandar mengeluh. Mengapa begitu

sukar untuk dia melupakan gadis itu! Bukan sehari, bukan seminggu tapi hampir setahun

dia cuba melupakan Nurul Huda. Kelakiannya begitu tercabar sekali bila Nurul Huda

memutuskan perhubungan mereka atas dasar yang baginya begitu tidak masuk akal

sekali. Hanya kerana dia terlalu sibuk bekerja, Nurul Huda bertindak melulu.

Sekali lagi egonya dicabar bila dia mendapat berita wanita yang di dambakan,

dibelai dengan penuh kasih sayang bernikah dengan lelaki yang layak digelar bapa dan

322

Page 323: Sebab Dikau

sudah pun mempunyai keluarga sendiri. Wanita gila duitan! Wanita meterialistik!

Walaupun pada permukaannya Iskandar kelihatan tidak kisah. Seolah-olah lelaki

matang yang boleh meneruskan hidupnya, hatinya sakit. Perbuatan Nurul Huda sudah

merobek-robek egonya sebagai seorang lelaki. Menyiat hatinya dan menutup pintu

jiwanya dari mana-mana wanita yang ingin mengetuk dan memiliki cintanya. Dia

sekarang sudah tidak percaya lagi pada insan yang bernama wanita. Biarlah! Biarlah dia

baik dengan setiap wanita, namun untuk memberikan cintanya, tidak mungkin!Tapi

mungkin untuk satu wanita. Wanita yang secara tanpa disedari dapat membuka sedikit

pintu hatinya. Meleraikan rajuknya sedikit demi sedikit. Iskandar tersenyum hambar.

Lupa sebentar dia pada Nurul Huda.

Wajah wanita yang selamba tiba-tiba mengetuk kotak fikirannya. Hafizah.

Hafizah yang lurus. Wanita yang tidak tahu bermain kata dan jujur. Tidak pandai bermain

dengan perasaan orang lain dan tidak pandai menyorokkan perasaan hatinya. Dia tahu.

Dari lenggok tutur bicara, dari gaya percakapan dan setiap kerlingan mata dan senyum

yang terukir dibibir, cinta sudah mula berputik di hati Hafizah. Dan dia tahu pada siapa

cinta itu dihulur. Tapi, Iskandar tidak tahu samada dia sudah bersedia untuk cinta ke dua.

Nurul Huda adalah cinta pertamanya dan lihatlah hasilnya. Wanita itu telah

menghancurkan kasih sayang yang diberi dan hampir membuat dia merana.

Apabila berbulan-bulan berjaya melupakan dia, wanita itu kembali lagi untuk

menghancurkan ketenangan dan keyakinan diri ynag baru sahaja dapat dibina kembali.

Bagaimana pula jika Hafizah pun begitu juga akhirnya? Iskandar menggeleng-gelengkan

kepala. Gadis itu tidak pandai bermain dengan perasaan orang lain, apatah lagi seorang

lelaki. Gadis itu terlalu lurus!

323

Page 324: Sebab Dikau

Iskandar bangun lalu berjalan menuju ke peti ais. Dia mengambil jus oren dan

menuangkannya ke dalam gelas. Gelas itu kemudian ditekap ke dahi. Sejuk. Iskandar

mengeluh. Dia meneguk isi gelas sehingga kosong. Gelas yang kosong diletakkan ke

dalam singki. Tiba-tiba dia teringat kembali ketika Hafizah datang ke rumah dan

memasakkannya bubur. Iskandar tersenyum. Gadis itu kelihatan seperti suri di rumah ini.

Memasak dan mencuci pinggan mangkuk seperti dia sudah biasa berada di rumah ini.

Ah! Hafizah. Kau memang hampir berjaya mencuri hatiku!

Telefon bimbit yang ditinggalkan di atas meja kembali berbunyi. Iskandar

mengeluh. Dengan lambat dia berjalan merapati sofa. Skrin LCD di lihat. Alhamdulillah.

Cepat-cepat dia mengambil telefon bimbit dan ikon hijau ditekan.

“Assalamualaikum.” Sapanya mesra.

“Waalaikumsalam. Is kat mana?”

“Di rumah, umi. Penatlah.”

“Oh! Patutlah bila umi telefon pejabat, Fiza kata kamu tak ada. Keluar sejak pagi

tak balik lagi,” balas Datin Rahimah.

Iskandar tersenyum. Gembira sebab bukan Nurul Huda yang menelefon dan suka

kerana uminya menyebut nama Fiza. Wanita yang baru sahaja dia fikirkan sebentar tadi.

“Hmm.. Fiza ada kata apa-apa ke, umi? Is tak sempat nak telefon pejabat bagitau dia

yang Is tak balik ke sana,” tanya Iskandar lembut.

“Tak ada. Er.. sebenarnya umi on the way ke pejabat kamu Is. Umi ingatkan kamu

ada di sana.”

Iskandar mengerut dahi. Kenapa pula umi nak ke pejabat? “Ada apa umi nak

pergi pejabat. Umi nak jemput ayah ke?”

324

Page 325: Sebab Dikau

“Tak, umi ingat nak jemput kamu,” balas Datin Rahimah.

“Laa.. kenapa umi tak telefon awal-awal. Kalau Is tahu umi nak datang, Is tak

adalah terus balik rumah,” ujar Iskandar.

“Selalunya kamu balik lambat. Umi malas nak telefon, takut mengganggu kamu

pula.”

“Hmm.. umi nak bawa Is ke mana? Siap nak jemput-jemput lagi kat pejabat?”

Tanya Iskandar mengusik.

Datin Rahimah ketawa kecil. “Tak adalah ke mana-mana. Ingat nak ajak dating

je! Dah lama tak keluar dengan anak bujang umi yang satu ni.”

“La macam tu pulak. Kalau gitu boleh jugak. Umi tunggu ajelah di pejabat ayah.

Is siap-siap dulu, lepas tu Is jumpa umi kat sana.”

“Hmm.. OK juga tu. Jumpa kat pejabat ayah ye.”

“Err umi,” Iskandar mencelah. “Tolong beritahu Fiza sebelum dia balik. Nanti dia

bimbang pula mana Is pergi.”

“Hmm.. OK. Err.. nanti umi beritahu dia.” Talian di matikan.

Iskandar mengerut dahi. Dia merenung telefon bimbitnya. Pelik. Kenapa umi

macam tergagap-gagap bila memesan untuk memberitahu Hafizah yang dia sudah

kembali ke rumah. Mungkin umi pun macam mak long. Ada hati hendak menjodohkan

mereka berdua. Iskandar tersenyum kecil. Hish! Kalau betul, jodoh dia dengan Hafizah,

dia tidak akan menolak.

Seperti yang diberitahu olehnya kepada mak long, siapa yang mendapat Hafizah

adalah insan yang paling bertuah. Gadis itu walaupun tidak pandai bersosial, sangat

cekap dalam segala urusan. Bukan sahaja urusan pekerjaan malah urusan rumahtangga

325

Page 326: Sebab Dikau

juga. Lagipun seorang lelaki yang baik tidak akan menilai isterinya hanya kerana

kecantikan wanita itu sahaja mahupun kemahiran bersosial. Wanita itu dinilai dari segi

imannya dan Hafizah menurut pandangan Iskandar, mempunyai iman yang tinggi dan

akhlak yang baik.

Lagipun, dia tidak perlukan seorang wanita untuk diarak ke sana ke mari dan

bermegah-megah dikalangan rakan-rakan yang lain. Dia perlukan seorang wanita yang

saling cukup mencukupi, menjaga makan minumnya dan menjadi seorang rakan yang

boleh berkongsi kegembiraan dan membantu menyelesaikan setiap permasalahan. Dia

lihat ramai kawan-kawannya yang telah tersalah pilih wanita untuk dijadikan suri hidup

mereka. Ada yang terlalu sangat bersosial sehingga alpa tentang tanggungjawab sebagai

isteri. Ada pula yang cantik rupa paras tetapi langsung tidak tahu menjaga hati suami.

Akibatnya, suami yang makan hati dan hasilnya rumahtangga menjadi goyah dan ada

yang sehingga bercerai berai.

Iskandar tidak mahu menjadi mangsa perkahwinan yang sebegitu. Dia mahu

rumahtangga yang dibina haruslah rukun sehingga akhir hayat. Seperti rumahtangga ayah

dan uminya. Walaupun sesekali dilanda badai, mereka tetap bersama malah cinta yang

disemai bertahun lamanya semakin mekar. Iskandar tersenyum senang. Dia sudah lupa

kepada Nurul Huda. Dengan bersiul kecil dia berlenggang menuju ke bilik. Dia hendak

segera bersiap supaya kelihatan menarik. Iskandar mengangkat kedua-dua belah

tangannya dan menghidu ketiak kiri dan kanannya. Fuh! Masam!

Tuala yang tersidai ditempatnya segera direntap dan pintu bilik air ditutup rapat.

Kalau nak pergi dating, kenalah bersih-bersih, cantik-cantik dan wangi-wangi, walaupun

dating dengan ibu sendiri!

326

Page 327: Sebab Dikau

28.

“Fiza, akak ingat nak balik awal lah hari ini. Boleh tolong kakak tak?” Pinta kak

Zaharah sambil mengelek tiga buah fail yang seinci tebalnya.

“Hmm… nak tolong apa?” Soal Hafizah. Dia mendongak memandang kak

Zaharah yang sudah berdiri di hadapannya.

“Akak tak sempat nak semak fail-fail ini. Boleh Fiza tolong akak tak? Akak ada

hal penting di rumah. Boleh tak?” kak Zaharah merayu.

Rasa tidak sampai hati pula hendak mengatakan tidak kepada kak Zaharah. Kalau

tidak penting, kak Zaharah tidak akan meninggalkan kerja separuh siap. Ini mesti ada hal

yang sangat mustahak yang harus diselesaikan di rumah. “Tak apalah kak. Letak aje fail

itu di situ. Nanti Fiza tolong tengokkan,” balas Hafizah. “Dah siap nanti nak letak di

mana?”

“Tak apa. Fiza letak aje kat dalam laci meja akak.” Kak Zaharah segera

meletakkan fail-fail tersebut di hadapan Hafizah. “Err… Encik Iskandar tak balik ofis ke

hari ni?” Soalnya.

“Tadi Datin Rahimah bagitau yang Encik Iskandar dah balik rumah dah.” Balas

Hafizah. “Er… Datin masih ada lagi di bilik Datuk ke?”

“Ha ah. Tengah berbincang agaknya. Tak taulah pasal apa,” jawab kak Zaharah.

“Eh Oklah, akak dah ready nak balik ni. Suami dah tunggu kat bawah,” ujarnya lalu

bergegas meninggalkan Hafizah.

Hafizah merenung fail yang bersusun di hadapannya. Huh! Nasib baik kak

Zaharah yang meminta tolong. Kalau orang lain, dia tak sanggup hendak menyemak fail

yang setiap satu hampir seinci tebalnya.

327

Page 328: Sebab Dikau

***

“Pukul berapa Is kata dia hendak datang?” Dato Rosli membetulkan cermin

matanya. Dia mengerling isterinya yang sedang duduk membaca majalah di sofa panjang

di sudut bilik.

“Tadi masa Imah telefon, dia kata dia nak siap-siap datang sini. Agaknya dalam

lima setengah ke enam nanti baru dia tiba. Itupun bergantung pada trafik,” balas Datin

Rahimah. “Pekerja abang dah balik ke semuanya?” Datin Rahimah berdiri dan berjalan

mendekati mejanya. Dia duduk di atas kerusi yang bertentangan dengan suaminya.

“Rasanyalah sebab sekarang ni…” Dato Rosli mengerling ke arah jam dinding.

“Dah lima setengah. Selalunya waktu ni diaorang semua dah balik, kenapa?”

“Saya ada hal sikit nak bincangkan dengan abang,” kata Datin Rahimah. Dia

kelihatan serba salah.

Dato Rosli membuka cermin mata dan di letakkan di hadapannya. Dia lalu duduk

bersandar. Wajah isterinya direnung dalam-dalam. Bertahun-tahun hidup bersama, Dato

Rosli tahu setiap riak wajah isterinya. Kala ini wanita itu kelihatan seperti ada hal penting

yang hendak diberitahu. “Ada apa sayang?”

“Kalau Imah beritahu abang, abang jangan marah, ye?” Datin Rahimah

memandang sayu wajah suaminya.

“Kalau Imah tak beritahu abang, macamana abang nak marah,” ujar Dato Rosli

bergurau. “Cakaplah.”

“Imah campurtangan dalam urusan anak kita,” balas Datin Rahimah.

328

Page 329: Sebab Dikau

“Eh! Imah kan ibu mereka. Memanglah Imah kena campurtangan dalam urusan

diaorang. Lagipun kalau Imah tak ada, macamana majlis pertunangan Zul hendak

berlangsung,” seloroh Dato Rosli lagi.

“Hal Zul tu lain, bang. Maksud Imah, Is. Imah campurtangan urusan peribadi

anak sulung kita,” balas Datin Rahimah lagi. Jengkel juga dia menerima layanan acuh tak

acuh dari suaminya.

“Apa maksud Imah ni, abang tak faham lah!”

“Imah… Imah kasihan tengok Is tu.” Datin Rahimah bangun dari kerusi dan

berjalan menuju ke jendela.

“Maksud Imah?” Dato Rosli kerut dahi memerhatikan perbuatan isterinya.

“Ya lah, dulu masa dia dengan Nurul Huda tu, Imah tengok Iskandar happy aje.

Imah ingat kekal lah sampai ke jinjang pelamin, tup-tup berpisah dan Nurul pun

khabarnya dah berkahwin.” Datin Rahimah berpusing memandang suaminya.

“Bila dah berpisah dengan Nurul, Imah tengok Is terlalu kuat sangat berkerja.

Sampai tak ada masa langsung nak bersosial dengan kawan-kawan yang sebaya

dengannya.”

“Biarlah budak tu nak menapak di dalam perniagaan. Imah tak setuju ke Is

bekerja dengan abang? Lagipun dia bakal ambil alih syarikat ini, dia kenalah tahu selok

belok perniagaan ini supaya dia lebih cekap. Tentang hal Nurul Huda tu, memang dah tak

ada jodoh mereka berdua, nak buat macamana?” balas Dato Rosli.

Walaupun dia faham yang isterinya bimbang dengan anak-anak, tapi kadang-

kadang sikap isterinya itu begitu memeningkan kepala. Takkanlah budak tengah hendak

bekerja, dihalang?

329

Page 330: Sebab Dikau

Datin Rahimah menarik nafas panjang. “Bukanlah Imah hendak menghalang dia

bekerja bang. Cuma, Imah bimbang dia akan kekal membujang sampai tua sebab terlalu

sangat bekerja.”

“Jangan mengarutlah Imah. Abang ni pun bekerja juga sebelum kita berkahwin

dulu. Tak ada pula abang menolak jodoh. Nanti bila dah sampai jodohnya itu, kahwinlah

Is. Tengok macam Zul. Siapa sangka bertemu jodoh di Scotland,” ujar Dato Rosli.

“Tentang hal jodoh ni lah yang Imah nak bincang dengan abang,” kata Datin

Rahimah. Dia kembali duduk di hadapan suaminya.

***

Alamak! Kenapa kak Zaharah ni cuai pula kali ini. Banyak dokumen yang

mempunyai maklumat yang tidak tepat disimpan di dalam fail. Nasib baik fail pendua

disimpan di dalam komputer. Hafizah menarik nafas. Nampak gaya, balik lambatlah dia

hari ini. Dia mula meneliti fail yang diberikan kak Zaharah apabila selesai melakukan

solat Asar. Satu persatu dokumen di dalam fail tersebut diteliti. Sebenarnya kerja tersebut

tidaklah susah mana, hanya maklumatnya sahaja yang perlu dipastikan. Kebetulan dia

juga arif tentang projek perumahan di Sepang itu, maka proses meneliti tidaklah menjadi

rumit.

Setelah mengeluarkan mana-mana dokumen yang tidak berkenaan, Hafizah

menyusun kembali fail-fail yang berterabur di atas meja. Barang-barangnya turut

dikemas sekali kerana selesai sahaja dia meletakkan kembali fail-fail kak Zaharah di

dalam laci, dia ingin terus balik. Hafizah terus bangun dan berjalan menuju ke meja kak

Zaharah. Dia lihat pintu bilik Dato Rosli terbuka luas dan lampu masih lagi menerangi

330

Page 331: Sebab Dikau

bilik tersebut. Dia tahu Datin Rahimah masih ada di dalam bilik Dato Rosli. Lagipun dia

dapat mendengar dengan jelas suara Datin Rahimah berbual dengan suaminya.

“… saya bimbang dia dengan Fiza.”

Langkah Hafizah terhenti. Suara Datin Rahimah jelas menyebut nama Hafizah.

Aku? Hafizah memerhatikan sekeliling. Suasana di pejabat hening. Hanya separuh lampu

siling yang dihidupkan menjadikan keadaan agak malap.

Lagipun semua pekerja-pekerja di tingkat dua telah pulang disebabkan hujan yang

lebat sejak tengahari. Hanya Hafizah seorang sahaja yang tinggal menyudahkan kerja-

kerja yang ditinggalkan oleh kak Zaharah.

Dengan cermat Hafizah mendekati pintu bilik Dato Rosli. Dia menyandarkan

badan rapat ke dinding, dekat dengan pintu yang terbuka. Fail yang tebal dipeluk kemas.

Kenapa Datin menyebut nama aku?

“Apa maksud awak ni, Imah? Adakah dia cakap pasal ini dengan awak?”

Terdengar suara Dato Rosli bertanya.

“Dia tak adalah cakap dengan Imah. Tapi Imah ni kan ibunya. Imah tahu

perasaannya. Imah boleh baca setiap gerak gerinya.”

Dada Hafizah berdegup kencang. Pasal dia? Adakah mereka berbincang pasal

perhubungan antara aku dan Iskandar? Hafizah merapatkan diri ke pintu, dia ingin

mendengar dengan jelas perbualan Dato dan Datin suami isteri.

“Ya, tapi dalam soal ini, Imah kena tanya Iskandar sendiri. Betulkah dia ada

hubungan dengan Fiza. Kita tidak boleh tuduh dengan melulu. Lagipun ini soal peribadi

mereka berdua.”

Hafizah memejamkan matanya rapat-rapat. Astaghfirullah al azim! Sungguh!

331

Page 332: Sebab Dikau

Dato dan Datin sudah dapat menghidu perasaan aku pada Iskandar! Ya Allah! Apa yang

harus aku lakukan. Jari-jemari Hafizah mencengkam fail di tangan. Hatinya yang kusut

sejak menerima panggilan dari Nurul Huda, semakin tertekan.

“Abang ni macam merestui aje perhubungan mereka berdua!”

Dato Rosli terdiam. Dia menarik nafas panjang. “Awak betul-betul pasti mereka

berdua ada hubungan yang intim?”

“Abang tak nampak ke yang mereka berdua tu rapat semacam aje?” Datin

Rahimah terdiam. “Saya tidak pernah kisah siapa teman hidup Is, tapi dia mestilah di

kalangan orang baik-baik…”

“Maksud awak, Fiza tu bukan di kalangan orang baik-baik?” Potong Dato Rosli.

“Jangan macam tu, Imah. Abang pun fikir begitu dulu tapi, lama kelamaan abang dapat

menilai siapa diri dia yang sebenar.”

“Imah bukan kejam, bang. Imah tahu dia gadis yang baik. Tak pernah tinggal

solat, baik budi perkerti… tapi, Imah bimbang. Imah bimbang kalau-kalau mak long

kenal budak tu,” ujar Datin Rahimah tenang.

“Maksud Imah?”

Hafizah memanjangkan lehernya. Apa maksud Datin Rahimah?

“Kalau kak long tahu yang Is bersama dengan Hafizah, mesti dia patah hati lagi.

Abang ingat macamana Osman hancurkan hatinya. Lepas tu pulak arwah Aiman pergi

tinggalkan dia. Macam orang hilang akal jadinya kak long.”

“Imah takut perkara yang sama berlaku lagi. Arwah Osman pergi larikan diri

dengan ibu Hafizah. Mereka mati kemalangan di lebuhraya Karak…”

Hafizah kaget. Berita yang didengar bak halilintar membelah bumi. Kenapa dia

332

Page 333: Sebab Dikau

bodoh sangat. Kenapa dia dungu sangat. Dato Rosli Kamaruddin dan Osman

Kamaruddin. Bukankah jawapannya sudah jelas? Alangkan budak darjah satu pun tahu

menyelesaikan permasalahan seperti ini. Kalau nama bapa itu serupa, maknanya hanya

satu. Mereka adik beradik. Kenapa dia tidak dapat menemui jawapannya sendiri?

Mengapa sepanjang sepuluh tahun ini langsung dia tidak tahu kaitan di antara Osman

Kamaruddin dan Dato Rosli Kamaruddin? Hafizah memicit dahinya yang semakin sakit.

Kedua-dua matanya semakin pedih.

“Sekarang ini, bila kak long dah dapat menerima kita kembali, tiba-tiba cerita

lama akan berulang. Macamana kalau dia kenal siapa Hafizah? Kalau dia tahu yang

Hafizah itu anak Nuraina?” Suara Datin Rahimah kedengaran semakin lantang.

“Imah tak kisah kalau Hafizah tu pilihan Is. Kalau Hafizah itu bukan anak Mahat

tapi itulah kenyataannya. Hafizah anak Mahat. Anak Nuraina. Dua manusia yang telah

menghancurkan hidup kak long.” Suara Datin Rahimah kembali kendur.

“Imah, abang ambil Fiza bekerja dengan kita sebab abang nak tahu latar belakang

dia. Abang sangka dia macam ibu bapanya juga, tapi jangkaan abang meleset, Fiza

seorang gadis yang bertanggungjawab. Dia sanggup tinggalkan zaman remajanya untuk

besarkan adik-adik.” Dato Rosli diam. “Sebagai seorang manusia, dia insan yang jujur

dan luhur, dia baik. Sebagai seorang pekerja, dia sangat bertanggungjawab.”

“Kita kena buat keputusan bang. Fiza ataupun kak long. Imah tak ada niat nak

sakitkan hati siapa-siapa, tapi kak long tu keluarga kita, bang.”

Dum! Kedengaran bunyi daun pintu kaca ditutup. Serentak dengan itu, perbualan

mereka suami isteri terhenti.

Hafizah cepat-cepat berpaling ke arah pintu keluar. Di celah-celah cahaya yang

333

Page 334: Sebab Dikau

samar kelihatan susuk tubuh yang sangat dikenali. Yang dirindu saban siang dimimpi

setiap malam. Iskandar! Lelaki itu bersiul kecil. Dia kelihatan agak gembira.

Hafizah terus duduk mencangkung. Setitis air matanya gugur membasahi pipi. Ini

kali pertama air matanya gugur selepas bertahun-tahun empangan air matanya kering. Dia

gadis cekal. Dia gadis tabah. Tapi entah mengapa petang ini kecekalan dan ketabahannya

roboh tiba-tiba. Entah mengapa kali ini dia benar-benar kecewa. Hatinya benar-benar

sakit. Hafizah menggenggam jari dan dihimpit ke dada. Sakitnya seperti disiat-siat,

lumat. Mungkin inilah namanya patah hati.

Dengan pantas dia menyusup di celah-celah meja dan menuju ke bilik air. Pintu

bilik air ditutup rapat dan dikunci dari dalam. Harap-harap Datin Rahimah tidak mahu

menggunakan bilik air. Dia tidak mahu wanita itu mahupun Dato Rosli atau Iskandar tahu

dia masih lagi di pejabat. Dia tidak mahu mereka tahu yang dia sudah mengetahui segala-

galanya!

Siulan Iskandar semakin nyaring memberi isyarat yang dia sudah hampir ke bilik

ayahnya. Dengan senyuman lebar dia mengetuk pintu bilik ayahnya yang separuh

terbuka.

“Assalamualaikum ayah! Umi!” Sapanya gembira.

Salamnya segera bersambut. Dato Rosli dan Datin Rahimah saling berpandangan.

Perbualan mereka mati di situ. Masing-masing memandang Iskandar yang menarik kerusi

lalu terus duduk di hadapan ayahnya.

“Ayah, Is nak minta izin ayah tau,” ujar Iskandar bergurau. Hujung bibirnya

menjungkit sedikit.

“Izin apa?” Si ayah bertanya sambil tersenyum.

334

Page 335: Sebab Dikau

“Nak bawa umi keluar dating dengan Is,” Iskandar ketawa. Terasa geli hati pula

meminta izin dari ayahnya kerana nak membawa keluar uminya sendiri.

“Hmm… nak bawa isteri ayah pergi dating ya. Boleh, tapi kena balik sebelum

pukul sepuluh malam, boleh?” Dato Rosli membalas usikan anaknya.

“Ok!”

“Hish! Dua beranak ni, mengada-ngada. Jomlah, umi nak makan seafood hari ni.”

Datin Rahimah mencubit lengan anak sulungnya.

“Alah umi. Umi dah solat Asar ke belum ni? Kita pergi lepas Maghrib la!”

“Umi tak boleh hari ni. Kita pergi sekarang, nanti kita berhentilah kat mana-mana

untuk Is solat Maghrib,” balas Datin Rahimah. Gembira sungguh dia melihat perubahan

Iskandar. Kalau dulu tidak pernah mengambil berat soal solat, sekarang ni dia begitu

prihatin dengan solat lima waktu.

Walaupun berat untuk dia mengakui, dia terpaksa akur dengan kebenaran. Dia

harus berterima kasih dengan Hafizah kerana dengan halus dapat mengubah sikap acuh

tidak acuh Iskandar dengan rukun Islam yang ke dua.

“Kalau macam tu kita keluar sekarang la, sebab tadi Is tengok jalan masih lagi

sesak,” ujar Iskandar lalu segera bangun.

“Elok sangat lah tu,” balas Dato Rosli. “Is, bawa kereta tu hati-hati. Datin

Rahimah ini sahajalah isteri ayah.” Dia berseloroh.

Iskandar tersengih besar. “Itu sudah semestinya, ayah!”

Datin Rahimah hanya mencebik bibir. Dia mengambil tas tangan di atas kerusi

lalu segera keluar dari bilik suaminya. Iskandar membututi ibunya sambil ketawa kecil.

Ketika berjalan melintasi pejabatnya sendiri, Iskandar menjenguk ke arah meja Hafizah.

335

Page 336: Sebab Dikau

Seperti biasa meja itu kelihatan kemas. Setiap peralatan di atas meja disusun elok.

Ada sebuah pasu berisi pokok bambu cina kecil yang hidup subur kerana dijaga rapi oleh

Hafizah. Kerusi biru beroda lima dengan bantal kecil rapat ke meja. Iskandar terlihat

sebuah beg hitam tersisip di antaranya. Eh? Fiza masih ada lagi di pejabat?

Iskandar memanjangkan leher memerhati sekeliling. Suasana yang agak kelam di

dalam pejabat membataskan penglihatannya. Takkanlah gadis itu masih lagi di pejabat.

Dia mengerling ke arah surau. Tiada kasut yang terletak di hadapan pintunya. Ke mana

Fiza pergi?

“Cepatlah Is. Tadi dia yang beria-ia minta cepat. Sekarang ni, dia pulak yang

berlengah-lengah.” Datin Rahimah sudah berdiri di hadapan pintu. Tangan kanannya

sudah memusing tombol.

Iskandar hanya tersengih. “Iyalah! Is datang ni.” Iskandar terus mengeluarkan

kunci kereta dari poket. Sambil bersiul dia melajukan langkah untuk keluar beriringan

dengan ibunya.

***

Dengan perlahan Hafizah membuka pintu tandas. Daun pintu ditolak berhati-hati.

Dia menunggu bunyi pintu ditutup rapat dan siulan Iskandar yang semakin hilang.

Pengecut! Aku memang pengecut! Sepatutnya aku terus bersemuka dengan Dato Rosli

dan Datin Rahimah. Terangkan pada mereka yang mereka tidak perlu bimbang tentang

anaknya. Yang dia tidak akan merampas Iskandar dari keluarganya. Dia bukan ibunya

Nuraina yang berani merampas kasih orang. Dia bukan ayahnya yang dayus dan sanggup

menggunakan isteri untuk memeras wang orang lain dan juga sanggup membiarkan anak-

336

Page 337: Sebab Dikau

anak terabai kerana terlalu khayal dengan dadah! Bukan!!

Hafizah merehatkan dahinya di daun pintu manakala tangan kanannya

menggenggam erat tombol pintu. Dato Rosli baik dengannya. Walaupun dia tahu yang

Hafizah ini anak kepada Mahat dan Nuraina, tidak pernah lelaki itu menyakiti hatinya.

Mungkin pada awal dia berkerja di sini, dia menyangka Dato Rosli garang orangnya.

Perfectionist. Selalu meneliti kerja yang dia buat. Rupanya ada udang di sebalik batu.

Lelaki itu sebenarnya bukan meneliti kerja yang dilakukan tetapi mengorek dan

memerhatikan peribadi Hafizah. Adakah Hafizah ibarat kuah tumpah di nasi juga.

Bila difikir-fikir balik, Dato Rosli seorang yang mudah mesra apatah lagi dengan

pekerja-pekerja sendiri, tetapi lelaki itu mengambil masa yang lama untuk mesra dengan

Hafizah. Pada mulanya Hafizah fikir, sikap dingin ketuanya itu berpunca dari diri

Hafizah sendiri. Dia yang susah mesra dengan orang. Dia yang sukar percaya pada orang

asing, sebab itulah ketua sendiri juga sukar untuk mendekati, tetapi rupa-rupanya

majikannya itu juga begitu berwaspada untuk mendekati dan mempercayai perkerjanya

yang satu ini.

Hanya hampir setahun bekerja, setelah Dato Rosli mengetahui yang dia menyara

adik-adiknya bersekolah, barulah lelaki itu ingin berbual bertanyakan itu ini kepada

Hafizah. Mengambil tahu sedikit tentang adik-adiknya. Malah membenarkan dia

mengambil kursus Bahasa Inggeris di British Council semata-mata untuk meningkatkan

lagi penguasaan bahasa Inggerisnya itu. Akhirnya lelaki itu membenarkan dia berdikit-

dikit dari seorang kerani cabuk sehinggalah menjadi setiausaha kepada Pengarah Urusan.

Lama Hafizah termangu di tepi pintu tandas. Walaupun sekarang dia sudah dapat

mengagak mengapa Dato Rosli mengambil dia berkerja dahulu, seharusnya dia membalas

337

Page 338: Sebab Dikau

budi lelaki itu. Seharusnya dia tidak boleh lupa asal usulnya. Kalau difikir secara matang

sekalipun, perlu apa dia mempertahankan cintanya pada Iskandar sedangkan dia sendiri

masih lagi buta tentang perasaan lelaki itu padanya.

Sabar Fiza, tenang. Jangan terburu-buru. Sekarang ini kau sendiri tidak tahu

samada kau bertepuk sebelah tangan ataupun kasih kau ini berbalas. Cinta? Hampir

tersedak Hafizah bila tiba-tiba dia terkenang kalimat keramat itu. Apa yang dia tahu

tentang cinta? Bukankah cinta juga yang memporak-perandakan hidupnya? Emak sendiri

sanggup meninggalkan anak-anak kerana cintanya pada seorang lelaki lain. Akhirnya

mereka menemu ajal sebelum sempat menghalalkan perhubungan mereka.

Ini barulah dinamakan sehidup semati! Ayah? Ayah pula, cintanya pada dadah

lebih menebal dari cintanya terhadap keluarga. Jadi aku? Apa yang aku tahu tentang

cinta? Aku yang tidak pernah bercinta, mana aku kenal sekalipun perasaan itu melanda

jiwa!

Hafizah merengus. Dia bingkas bangun. Lagipun mana ada masa depan sekiranya

dia bercinta dengan Iskandar. Katalah lelaki itu membalas cintanya, bagaimana pula

dengan keluarga Dato Rosli. Bolehkah mereka menerima dia sebagai menantu?

Jawapannya sudah jelas dan nyata. Bukan setakat menantu, Datin Rahimah sendiri tidak

mahu Iskandar menjadi terlalu rapat dengannya. Dan aku? Aku nak jadi seperti orang

yang tidak kenal budi? Membalas tuba pada susu yang diberi? Kalau Allah tidak

mempertemukan dia dengan Dato Rosli, entah bagaimana agaknya kehidupan mereka

tiga beradik.

Entah-entah Fizi dan Fifi langsung tidak dapat habiskan sekolah menengah,

apatah lagi hendak masuk Universiti. Sebagai seorang manusia yang harus pandai

338

Page 339: Sebab Dikau

mengenang budi, patutkah aku mengikut kata hati dan terus cari peluang untuk memikat

Iskandar atau pendamkan sahaja perasaan kasih yang baru berputik dan…

Hafizah menyeka setitis lagi air mata yang gugur. Dia manarik nafas panjang.

Jawapan sudah tersemat di dalam jiwa. Dia harus melupakan Iskandar dan mencari jalan

menyatukan kembali dua jiwa yang terpisah. Iskandar dan Nurul Huda Ibrahim.

Dengan langkah yang longlai, Hafizah berjalan menuju ke mejanya. Dengan

cermat dia meletakkan fail-fail tadi di dalam laci mejanya dan terus mengambil beg

tangan yang di letakkan di atas kerusi. Pergerakannya ibarat mesin yang sudah

diprogram. Otaknya ligat berfikir tetapi jiwanya terasa sungguh kosong. Dengan perlahan

dia membuka tombol pintu dan berjalan keluar. Ya Allah! Tabahkan hatiku.

Sesungguhnya aku insan kerdil yang sangat lemah. Teguhkan imanku ya Allah!

Bunyi keriukan ensel pintu membuatkan Dato Rosli yang sudah bersiap untuk

keluar dari biliknya tersentak. Dia menjengukkan kepala ke luar pintu bilik dan sempat

melihat kelibat seorang wanita berbaju kurung biru melangkah keluar dengan longlai.

Di bawah sinar lampu di koridor yang agak terang, Dato Rosli sempat melihat

gadis itu menyeka mata dengan tisu sebelum menuruni tangga.

“Hafizah?”

339

Page 340: Sebab Dikau

29.

Suasana di Cheremai Seafood agak lengang ketika Iskandar dan Datin Rahimah

tiba. Mungkin kerana hujan lebat tengahari hingga ke petang menyebabkan ramai yang

merasa lebih enak tinggal di rumah sahaja.

Seorang pelayan dengan tertib membawa mereka masuk ke ruang makan restoran

itu dan meletakkan buku menu di hadapan mereka. Selesai membuat pesanan, Iskandar

meminta diri untuk mengerjakan solat Maghrib di sebuah surau kecil yang disediakan di

restoran tersebut.

Datin Rahimah tersenyum senang. Bangga sungguh dia melihat anak terunanya

kembali setelah selesai menunaikan solat Maghrib. Rambutnya yang ikal kelihatan basah

dek air wuduk. Lengan baju yang dilipat ke paras siku tidak diturunkan dan dikancing.

“Apahal umi ni dok senyum-senyum macam kerang busuk ni,” usik Iskandar lalu

duduk dan membetulkan kerusi rapat sedikit ke meja. Air dan hidangan yang mereka

pesan sudah terhidang di atas meja. Masih lagi berasap.

“Tak ada apa-apa. Umi cuma bangga saja,” balas Datin Rahimah dan terus

menghirup air jus epal yang sudah tinggal separuh di dalam gelas tinggi.

“Bangga apa pulak umi ni?” Iskandar memancing pujian.

“Iyalah, bangga sebab anak umi ni seorang yang bertanggungjawab.”

“Mestilah! Er… maksud umi?” Iskandar tersengih.

“Maksud umi, bertanggungjawab dari segi menjaga solat. Inilah sifat terpuji untuk

menjadi orang yang benar-benar beriman. Kalau kita jaga solat kita insyaAllah, Allah

akan lindungi kita,” balas Datin Rahimah lagi.

“Air wuduk ni yang kita ambil sebelum bersolat pun dapat menenangkan kita

340

Page 341: Sebab Dikau

sekiranya kita dalam kemarahan. Fiza kata, kalau marah jangan berdiri, duduk. Kalau

duduk pun masih marah, dia kata baring. Kalau tak jadi juga, ambil wuduk dan buat solat

sunat.” Iskandar tersenyum kecil. Dia teringat peristiwa pagi tadi apabila Hafizah dengan

marah telah pergi mengambil wuduk untuk solat sunat.

Datin Rahimah tersenyum hambar. Hatinya terusik apabila nama Hafizah disebut

Iskandar. Dalam diam, gadis itu dapat membimbing anak sulungnya dan menjadikan dia

lebih menjaga perkara-perkara berkenaan rohaniah. Datin Rahimah mengacau kuah

tomyam di dalam mangkuk dengan sudu perlahan-lahan. Dia jadi bertambah serba salah.

“Saya tak faham betul dengan perangai si Fiza tu umi.”

Datin Rahimah memandang wajah Iskandar.

Iskandar tersengih. Dia menghirup air limau suam. Segar. “Dia tu nampak aje

diam tapi kalau ada yang tak kena, dia boleh buat tak tahu dengan arahan Is. Kadang-

kadang tu dia pulak yang marahkan Is.

Dengan rakus Iskandar mencedok sedikit ikan siakap masak tiga rasa ke dalam

pinggannya. Lapar sungguh rasanya sebab tengahari tadi dia tidak dapat menikmati

hidangan tengahari dengan puas kerana sibuk dengan urusan. “Muka pulak tu selamba je.

Kena marah pun macam tu, kita puji dia pun macam tu. Pernah dulu dia sembunyikan fail

yang Is nak tu, masuk dalam surau,” Iskandar seakan merungut. Tapi dalam hatinya

berbunga kembang. Perlahan dia menyuap nasi bersama sedikit ikan ke dalam mulut dan

dikunyah dengan tertib.

“Kenapa dia buat macam tu?” Tanya Datin Rahimah sekadar untuk mengambil

hati. Dia sebenarnya serba-salah. Bukan dia hendak menghalang perhubungan anaknya

dengan Hafizah tetapi hubungan tersebut akan menjanjikan kesedihan bukan

341

Page 342: Sebab Dikau

kegembiraan pada mereka semua. Perhubungan ini tidak seharusnya terjalin. Sebagai ibu,

dia ada impian untuk setiap anak-anaknya! Untuk melihat mereka semua gembira.

“Fiza bengang sebab Is pressure dia hari tu. Lepas satu, satu kerja Is bagi pada

dia. Dia marahlah tu.”

“Bukankah sebagai pekerja dia kena buat setiap arahan yang diberikan oleh

ketuanya pada dia?” Datin Rahimah mengangkat kening memandang Iskandar yang

berselera menikmati hidangan makan malam mereka.

Iskandar mengangguk. “Tapi sebab masa tu pun dah masuk waktu Zohor,”

katanya. “Umi, nak tahu apa kata dia bila akhirnya dia bagi fail tu pada Is?” Iskandar

merenung wajah ibunya.

Datin Rahimah mengangguk.

“Dia kata, “Ada bos lagi besar dari Encik Iskandar yang saya perlu adap dulu.”

Masa tu kan umi, rasa nak tempeleng aje dia tu, tapi akhirnya kata-kata itu juga yang

menyedarkan Is,” cerita Iskandar lagi. “Is rasa cuma orang yang berkeyakinan tinggi dan

tak takut pada cabaran sahaja yang berani cakap macam tu. Bila dah lama Is kerja dengan

dia, Is rasa sangat malu dengan dia.”

“Kenapa pula?”

“Dia gadis yang sungguh tabah. Walaupun hidup dia susah dia tidak pernah minta

tolong dari sesiapa. Semuanya dia buat sendiri. Dia korbankan masa remaja dia untuk

besarkan adik-adik sampai dua-dua berjaya masuk universiti. Hidup dengan apa yang dia

ada, tak pandai meminta-minta dan tak pernah merungut.Dan dia pun tenang sahaja

menerima setiap cabaran.” Iskandar tersenyum.

“Memanglah dia ni gadis yang lurus. Kalau tak suka mukanya masam. Kalau

342

Page 343: Sebab Dikau

suka.. hmm… tak ada reaksi pulak. Tapi satu je yang saya kurang berkenan…”

“Ada juga yang tak berkenan. Ingatkan berkenan semuanya pasal si Fiza tu,”

Datin Rahimah cuba menduga.

“Bukan apa umi, Fiza ni tak reti bergaya. Gitu ajelah gayanya. Dengan baju

kurung aje. Jarang sangat nampak dia pakai seluar ke, skirt labuh jauh sekali!”

“La… bukan ke elok berbaju kurung, nampak sopan. Is nak Fiza tu pakai baju

dedah sana sini atau ketat sampai nampak susuk badan?” Sengaja Datin Rahimah

menduga.

“Umi ni! Ke situ pulak dia. Bukan macam tu lah. Is tak kisah langsung macamana

pakaian dia asalkan tutup aurat. Cuma Is tak pernah nampak dia pakai baju lain selain

baju kurung. Jubah pun tak pernah,” balas Iskandar bersahaja.

Tiba-tiba dia terbayang bagaimana agaknya jika suatu hari si Fiza datang ke

pejabat dengan berpakaian menjolok mata. Hush! Simpang malaikat empat puluh empat!

Dia menggeleng-gelengkan kepalanya sambil tersenyum.

“Hmm… Jadi Is dengan Fiza tu ada apa-apa ke?” Akhirnya Datin Rahimah

meluahkan pertanyaan yang berlegar-legar dibenaknya.

“Maksud Umi? Is dengan Fiza? Hmm.. kenapa? Umi tak suka ke kalau Is

berkawan rapat dengan Fiza?” Iskandar tersenyum sumbing. Dia sengaja mengenyit mata

ke arah uminya.

“Umi tak kisah siapa pilihan Is. Tapi, umi tak sukalah kalau Is sekadar nak main-

main dengan Fiza. Ayah kamu sayangkan budak tu. Jujur dengan lurus katanya,” ujar

Datin Rahimah berbasa-basi.

“Umi ni, macam tak kenal Is. Takkanlah Is nak main-mainkan si Fiza tu. Dia tu

343

Page 344: Sebab Dikau

istimewa!”

“Jadi, betullah kamu ada hati dengan Fiza?” Jantung Datin Rahimah berdegup

kencang.

Iskandar sekadar tersenyum. Dia tidak menjawab soalan ibunya. Bagaimana

hendak menjawab sekiranya dia sendiri belum betul-betul pasti apa perasaan dia terhadap

Hafizah.

“Kenapa kamu senyap? Betul ke kamu suka dia?”

“Susah nak cakap umi…”

“Apa yang susah sangat nak cakap.” Datin Rahimah meletakkan sudu dan garpu.

Selera makan yang memang sedikit, terus mati. “Beritahu ajelah pada umi.”

“Hish! Umi ni. Seganlah!” Iskandar tersenyum hambar.

“Nak segan apanya. Is cuma nak beritahu umi sendiri, bukannya orang lain,” ujar

Datin Rahimah cuba memujuk. Dia harus mendapat kepastian tentang perasaan Iskandar

terhadap Hafizah. Dia harus tahu perasaan anaknya terhadap gadis itu yang sebenarnya

hari ini juga!

“Cakaplah, Is. Is cintakan Fiza?”

Iskandar bungkam. Cinta? Dia cintakan Fiza? Apa ertinya cinta kalau akan

berpisah. Lihatlah hasilnya aku bercinta dengan Nurul Huda. Akhirnya diri sendiri yang

merana!

“Susah nak cakaplah, umi. Er… kita bincang lain kali lah umi!” Iskandar cuba

mengelak. Kenapa lah uminya beria-ia benar nak tahu apa perasaan dia terhadap

Hafizah?

“Is sebenarnya malas nak cerita pasal cinta cinta ni umi. Buang masa dan buat

344

Page 345: Sebab Dikau

sakit hati aje.” Dia memainkan sisa makanan di dalam pinggan dengan sudu. Iskandar

tiba-tiba tersenyum. Segan pula berbincang pasal perasaan dengan ibu sendiri!

“Buang masa sayangkan Hafizah?” Datin Rahimah masih lagi menduga. Berterus

teranglah anakku!

Iskandar tersenyum hambar. “Hafizah ni lain umi. Tak adil kalau Is samakan dia

dengan perempuan lain.”

“Cuba Is berterus terang dengan umi tentang perasaan Is terhadap Hafizah.

Mungkin umi boleh bantu.”

Iskandar menghela nafas panjang. “Lepas Is pisah dengan Huda dulu, Is rasa

macam tak berbaloi aje nak bercinta. Buang masa umi, bertahun-tahun bercinta, akhirnya

putus macam tu aje,” ujar Iskandar meluahkan perasaan yang selama ini dipendam

sendirian.

Datin Rahimah diam. Dia tidak membalas kata-kata Iskandar. Anak itu sudah

besar dan bukan tidak menerima pendidikan agama. Akalnya dapat menerima bahawa

takdir Ilahi mengatasi segala-galanya. Sudah tahu bahawa jodoh dan ajal adalah

ketentuan yang tidak langsung dapat disangkal. Cuma dia harus belajar untuk redha dan

menerima setiap ketentuan itu sebagai ujian Allah padanya.

“Is rasa dah malas nak penat-penatkan perasaan Is bercinta. Sekarang ni Is senang

macam ni. Habiskan masa dan tenaga bantu ayah majukan perniagaan kita. Nanti bila Zul

balik dari belajar, Is nak dia juga bantu ayah dalam syarikat tu,” kata Iskandar lagi. Dia

menyandarkan badan di kerusi.

“Jadi dengan Fiza ni macamana?” Wajah Iskandar di renung tajam. Persoalan

utama masih tidak berjawab. Datin Rahimah mahukan kepastian segera.

345

Page 346: Sebab Dikau

“Macamana pula?”

“Iyalah, kamu ni ada hati atau tidak dengan Hafizah tu?”

“Emm… sebenarnya umi, Is memang senang dengan Fiza. Kalau dah ditakdirkan

dia jodoh Is, Is terima dengan hati yang terbuka.” Iskandar diam. “Lagipun Is percaya

Fiza pun bukan jenis yang suka bercinta sampai nak rak. Kalau ada kesesuaian antara

kami, apa salahnya.”

Datin Rahimah melepaskan nafas perlahan-lahan. Apa yang ditakutkan selama ini

hampir menjadi kenyataan. Anak mata Iskandar ditenung dalam. “Kamu dah fikir habis-

habisan hendak menerima Fiza sebagai jodoh kamu?”

“Is rasa terlalu awal untuk fikirkan soal jodoh. Is tak nak lah gopoh sangat, umi.

Lagipun kalau betul dia jodoh Is, tak ke mana,” jawab Iskandar cuba mengelak.

Datin Rahimah diam sahaja mendengar kata-kata Iskandar. Perasaannya berbaur

antara bimbang dan lega.

Iskandar tersenyum kecil. “Hafizah orangnya ikhlas, berakhlak tinggi dan

berpendidikan agama. Kalau dia jodoh Is, Is yakin dia dapat menjadi isteri yang solehah

dan dapat membimbing Is ke jalan Allah,” kata Iskandar lagi. Dia membalas pandangan

ibunya.

“Macam umi dengan ayah juga. Seorang isteri yang sentiasa mengingati suaminya

sekiranya dia alpa pada suruhan Allah. Perwatakan seperti itulah yang seorang lelaki

harus cari pada seorang wanita yang hendak dikahwininya. Betul tak umi?”

Datin Rahimah mengangguk. Dia tersenyum. “Macamana pula kalau Nurul Huda

tiba-tiba datang dan dia kata dia nak balik semula dengan Is?”

Iskandar yang sedang menghirup air minumannya hampir tersedak. “Apasal pulak

346

Page 347: Sebab Dikau

umi ni? Nurul Huda tu dah kahwinlah. Biarlah dia bahagia dengan pilihannya!”

“Manalah tahu, tiba-tiba dia kata dia nak balik semula dengan Is. Itu yang umi

nak tahu, Is terima tak dia nanti?” Sengaja Datin Rahimah mencucuk jarum.

“Tak baiklah buat macam tu umi. Lagipun bukan Is yang putuskan hubungan

kami. Dia yang buat keputusan nak kahwin dengan ahli perniagaan yang berjaya. Is ni

siapalah? Cuma kuli cabuk aje,” balas Iskandar berseloroh. Dia cuba menyembunyikan

perasaan hati yang masih lagi pedih.

“Jadi Is dah dapat lupakan Nurul Huda?”

“Bukan senang nak lupakan cinta pertama umi, tapi Is belajar untuk menerima

kenyataan. Lagipun kami tak ada jodoh, nak buat macamana? Is cuma doakan agar dia

bahagia dan dia tidak menyesal dengan pilihan dia,” kata Iskandar.

Datin Rahimah tersenyum hambar. “Eloklah kalau macam tu. Sekurang-

kurangnya Is belajar untuk lupakan dia. Err… cerita pasal Fiza tapi macamana dengan

keluarga dia? Is kenal ke siapa ibu bapa dia?”

Iskandar terdiam. Tidak banyak yang dia tahu mengenai keluarga Hafizah kecuali

apa yang diceritakan oleh kak Zaharah padanya dahulu.

“Is tak kisah tentang itu semua. Apa yang penting, Hafizah punya banyak qualiti

yang baik sebagai seorang isteri dan Is percaya sekiranya kami berkahwin, dia dapat

membimbing Is untuk menjadi suami yang baik,” balas Iskandar.

Datin Rahimah diam. Dia harus menangani masalah ini dengan baik. Umpama

menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus dan tepung tidak berselerak. Datin

Rahimah akur yang menyelesaikan masalah perihal hati dan perasaan amat sukar dan dia

sebagai orang yang berpengalaman harus menangani permasalahan ini dengan bijak.

347

Page 348: Sebab Dikau

“Umi pun tak kisah siapa jodoh Is, tapi umi bimbang juga…” ujar Datin Rahimah

memulakan mukadimah.

Iskandar memandang uminya. “Apa yang umi bimbangkan?”

Datin Rahimah menghirup jus epal yang sudah tinggal separuh di dalam gelas

sehingga habis. Gelas yang kosong di tolak. “Umi bimbang nanti sepuluh tahun akan

datang, Is akan berubah hati pula terhadap Fiza.”

“Hish! Umi ni. Jauh benar berfikir. Takkanlah Is boleh senang-senang berubah

hati macam tu!” Iskandar tersengih.

“Eh! Kita tak tahu apa yang akan berlaku di masa hadapan. Tengok macam mak

long dengan arwah suaminya dulu. Dalam baik-baik dia, siapa sangka membuat

hubungan sulit dengan perempuan kelab malam,” balas Datin Rahimah. Inilah masa

untuk menduga.

Iskandar ketawa. “Takkanlah umi nak samakan Is dengan arwah pak long.”

“Memanglah tak sama. Tapi mana tahu kan.” Datin Rahimah merenung wajah

Iskandar. “Umi dah lama nak tanya pendapat Is pasal perbuatan arwah pak long tu. Is

rasa kecewa tak bila arwah pak long buat macam tu pada mak long dan arwah Aiman?”

“Cerita tu dah lama berlalu umi, buat apa hendak dikenang lagi. Lagipun mak

long pun dah terbuka hati hendak berbaik-baik semula dengan keluarga kita.”

“Umi pun bersyukur sebab akhirnya Allah buka pintu hati mak long untuk

menerima kita kembali tapi, umi rasa bersalah pula sebab kita tak nasihatkan arwah pak

long supaya tinggalkan perempuan simpanan dia tu,” ujar Datin Rahimah. Ada riak

kecewa di wajahnya.

“Umi tak perlu rasa bersalah sebab arwah pak long yang pilih untuk ikut nafsu

348

Page 349: Sebab Dikau

dan tinggalkan keluarga dia sendiri. Perempuan sundal tu yang sebenarnya bersalah.

Memporak perandakan hidup orang lain,” ujar Iskandar dengan nada keras.

“Entahlah umi, Is bukan tahu hendak campur tangan masalah keluarga orang lain

dan mereka berdua tu pun sudah meninggal dunia. Tapi, dalam hati ni sebenarnya Is

masih lagi dendam. Is benci dengan perempuan tu yang menyebabkan mak long merana

dan secara tak langsung juga arwah Aiman pun turut jadi mangsa.”

Datin Rahimah terperanjat. Tidak disangka dalam diam rupanya Iskandar benci

dengan arwah Nuraina. Rupa-rupanya peristiwa lebih sepuluh tahun lepas tetap memberi

kesan kepada Iskandar. Datin Rahimah teringatkan arwah Aiman. Masih lagi terbayang

hilai tawa arwah bermain dengan Iskandar dan Zulkarnain. Betapa eratnya persahabatan

mereka bertiga, lebih dari perhubungan sepupu.

“Walaupun mereka berdua dah tak ada, Is akan ingat sampai bila-bila. Kalau Is

jumpa keluarga perempuan durjana tu, Is akan pastikan mereka merana macamana

mereka buat pada keluarga kita.”

Datin Rahimah beristighfar di dalam hati. “Maafkan umi Is. Umi tak sangka yang

Is juga merana sebabkan peristiwa itu,” ujar Datin Rahimah. Dia menghulur tangan dan

menggenggam erat tangan Iskandar.

“Kita semua merana akibat peristiwa itu, cuma Is tak berani hendak campur

urusan orang tua waktu itu. Is ingat semua yang terjadi malam tu. Is pun sedar bila polis

datang ke rumah kita awal pagi dan minta ayah pergi bersama mereka ke hospital untuk

mengecam mayat pak long,” cerita Iskandar lagi.

“Tapi umi.” Iskandar merenung wajah sedih uminya. “Dalam Is terima segala

kenyataan ini sebagai ketentuan Ilahi, Is masih tidak dapat melupakan perempuan sundal

349

Page 350: Sebab Dikau

itu. Walaupun dia sudah meninggal dunia, Is akan benci dia dan setiap ahli keluarga dia

juga!”

Datin Rahimah memejamkan mata seketika. Dia terbayang wajah Hafizah. Ya

Allah! Kalaulah kau tahu anakku, antara manusia yang sangat kau benci itu adalah insan

yang paling rapat di hatimu!

“Umi!”

Datin Rahimah membuka matanya. Ada air jernih yang bergenang dipelupuk

matanya, cepat-cepat diseka dengan tisu.

“Umi tidak apa-apa?” Tanya Iskandar sedikit gusar.

“Umi baik.” Datin Rahimah melambai pada pelayan yang berlegar-legar di

sekeliling ruang makan. Seorang pelayan lelaki segera datang menghampiri mereka.

Datin Rahimah segera meminta bil.

“Betul ke umi tak apa-apa ni?” Tanya Iskandar lagi. Dia tidak puas hati. Terasa

bersalah pula meluahkan dendam kesumat yang dijaga rapi hampir sepuluh tahun kepada

uminya malam itu.

“Tak. Umi OK. Kita balik sekarang ye?”

Iskandar mengangguk.

***

Hafizah menyandarkan badan ke dinding. Kepalanya sakit berdenyut-denyut.

Kipas siling yang berputar ligat tidak dapat meredakan kepanasan yang dirasainya. Masih

terngiang-ngiang perbualan di antara Dato Rosli dan Datin Rahimah yang dicuri dengar,

petang tadi. Sungguh, dia tidak menyangka yang Dato Rosli tahu mengenai latar

350

Page 351: Sebab Dikau

belakangnya. Itulah sebab dia di ambil bekerja di syarikat tersebut.

Seribu satu persoalan mula menerpa benaknya. Apakah motif Dato Rosli

sebenarnya? Mengapa dia tidak diberhentikan kerja setelah lelaki itu tahu mengenai

keluarganya? Mengapa dia dinaikkan pangkat? Mengapa dia dinaikkan gaji? Diberi

kemudahan dan kebebasan untuk mengambil kursus-kursus pendek sebagai

menambahkan ilmunya. Malah ketika Dato Rosli juga dengan mudah memberikan surat

sokongan ketika Hafizi dan Hafifi memohon untuk melanjutkan pelajaran di universiti.

Dan akhir sekali, mengapa dia tidak pernah dihalang mendekati anak lelaki mereka,

Iskandar.

Hafizah memicit kepalanya dengan jari. Denyutan dirasakan semakin kuat.

Tekaknya kini terasa loya. Semakin banyak soalan, tapi tiada jawapan. Apa yang

sebenarnya Dato Rosli mahu darinya? Adakah Dato Rosli sedang membidik masa untuk

membalas dendam terhadap dia dan adik-adiknya? Tapi balasan dendam yang bagaimana

yang dia mahu? Dia bukan ada harta berjuta yang boleh diperas. Dia bukan hartawan

yang banyak harta boleh dilebur. Apa yang dia ada sekarang ini hanyalah perasaan

bersalah di atas perbuatan ibu dan ayahnya terhadap keluarga Dato Rosli. Hafizah

menarik nafas dalam.

Mungkin itu yang dia mahu. Untuk dia mengorbankan perasaan kasih yang baru

berputik terhadap Iskandar. Sebagai galang ganti perasaan yang terluka akibat perbuatan

Nuraina. Hafizah memejamkan mata. Sakit kepalanya hampir reda. Akhirnya dia terlena

sambil duduk bersandar di dinding dengan dialun bunyi kenderaan yang lalu lalang atas

jalanraya berdekatan flat Taman Melati 2.

351

Page 352: Sebab Dikau

30.

“Mana Fiza?”

Iskandar menjenguk kepala memandang Aishah yang sedang tekun melakukan

kerja-kerja rutinnya. Iskandar hairan apabila melihat biliknya masih lagi gelap ketika dia

melangkah ke pejabat pagi itu. Selalunya apabila dia lewat, Hafizah akan cepat-cepat

menyalakan lampu dan mengemas biliknya tetapi pagi itu mejanya masih lagi sedikit

berselerak. Malah tiada susunan suratkhabar yang biasa diletakkan di atas meja kecil di

sebelah pintu. Tiada juga secangkir kopi panas di atas mejanya.

Aishah yang sedang asyik menekan kalkulator mendongak memandang Iskandar

yang berdiri di muka pintu. Dia tersenyum kecil. “Minta maaf Encik Iskandar. Tak

sempat nak beritahu. Tadi Fiza telefon, dia kata dia ambil MC hari ini. Badan dia tidak

sihat,” ujar Aishah.

Iskandar mengerut dahi. “Teruk ke demam dia? Dia jarang ambil MC, kan? Kalau

dia demam pun selalunya dia telan panadol je kan?” Soal Iskandar memerlukan

kepastian. Alahai! Susahlah tugasnya hari ini tanpa adanya Hafizah disisi untuk

membantu.

“Semalam lagi dia dah rasa badan dia tak sihat. Saya tengok dia nampak pucat

sikit jadi saya ada juga bagi dia dua biji panadol. Mungkin tak sihat lagilah tu,” kata

Aishah lagi.

Iskandar menganggukkan kepala tanda faham. Setelah mengucapkan terima kasih

pada Aishah dia berlalu menuju ke biliknya. Iskandar menolak beg komputer ribanya ke

tepi. Di atas mejanya kini berselerakan nota-nota kuning mengandungi pesanan-pesanan

pemanggil yang diletakkan oleh Hafizah semalam. Berhelai-helai nota kuning itu

352

Page 353: Sebab Dikau

mengandungi nama dan nombor telefon yang sama. “Nurul Huda Ibrahim”. Iskandar

memerhatikan masa panggilan-panggilan tersebut diterima. Selang sepuluh minit. Dia

tersenyum hambar. Itulah sifat Nurul Huda yang menjadikan dia seorang eksekutif

pemasaran yang berjaya. Dia tidak mudah menyerah kalah. Kalau begitu sikapnya terus-

terusan, tidak mustahil dia akan dinaikkan pangkat menjadi seorang pengurus ataupun

seorang pengarah pemasaran yang berjaya suatu hari nanti.

Iskandar terus merenung nota-nota kuning itu satu persatu. Tiba-tiba matanya

berkelip-kelip seolah-olah tersedar dari mimpi. Dia tersenyum. Senyuman itu semakin

lebar. Adakah sebab panggilan telefon yang bertalu-talu dari Nurul Huda semalam telah

menyebabkan Hafizah sakit kepala dan terus jatuh sakit dan langsung tidak dapat datang

ke pejabat? Dia menyandarkan badan ke kerusi. Relaks.

Hari ini, Iskandar bertekad untuk meneruskan kerja-kerja hariannya sendirian. Dia

ingin melihat sejauh mana kemampuan dia bertugas tanpa Hafizah untuk membantu.

Namun, tekadnya mati tengahari itu. Dia tidak mampu melakukan tugasan harian tanpa

bantuan disisi. Akhirnya dia terpaksa akur yang dia memerlukan seseorang untuk

meringankan bebanan kerja yang ditanggung. Kak Zaharah dengan cepat telah meminta

bantuan seorang kerani untuk menjadi pengganti Hafizah hanya untuk satu hari.

Sayangnya kerani yang dipilih oleh kak Zaharah tidak secekap Hafizah. Malah

setiap tugasan yang diberikan walaupun sangat mudah, mengambil masa yang lama untuk

dihabiskan. Akhirnya Iskandar makan hati sendiri.

Sudahlah lembab, banyak main pula! Dia merungut di dalam hati. Dia pula yang

terpaksa berdiri di hadapan kerani tersebut menunggu si gadis menyiapkan dokumen

yang perlu dihantar seberapa segera kepada peguam mereka berkenaan beberapa lagi plot

353

Page 354: Sebab Dikau

tanah yang ingin mereka beli dari pemilik-pemilik tanah di Dengkil, Selangor.

Iskandar meneliti isi kandungan surat yang sudah dicetak dan menjumpai banyak

kesalahan, bukan setakat ejaan malah struktur ayat yang ringkas juga menjadi kelam

kabut.

Dia menconteng beberapa ayat yang dirasakan tidak betul, membetulkan ejaan

Bahasa Inggeris yang dijumpai dan diserahkan kembali kepada kerani tersebut untuk

diperbetulkan. Ini semua kerja-kerja biasa. Contoh surat berlambak di dalam disket,

kenapalah tidak digunakan! Sekali lagi dia merungut di dalam hati.

Iskandar mengerling ke arah monitor komputer dan terlihat ikon “chat” yang

berkelip-kelip di bawah. Hmm… patutlah banyak sangat buat kesalahan, rupa-rupanya

sibuk cyber-chatting. Kalau macam ni, lambatlah kerja hendak dihabiskan.

Iskandar berdehem. “Waktu kerja, saya nak awak tumpukan perhatian kepada

kerja. Jangan sibuk ber chatting dengan kawan-kawan. Kalau nak borak sangat, tunggu

waktu lunch nanti. Tengok ni, banyak salahnya!”

Iskandar segera mengambil tetikus dan dengan cekap mengarahkan cursor ke

tetingkap chat dan segera mematikannya. Kerani yang hanya diam dimarahi terkulat-

kulat memandang sahaja perbuatan ketuanya. Selesai, Iskandar melangkah masuk ke

biliknya. Hatinya masih lagi mendongkol. Cepatlah sembuh Fiza, cepatlah datang ke

pejabat!

***

Hafizah merebahkan badan di atas katil. Sudah dua hari dia tidak ke pejabat.

Demamnya sudah kebah dan sakit kepala juga sudah surut. Tapi, hatinya masih lagi tidak

354

Page 355: Sebab Dikau

bersemangat untuk ke pejabat. Apatah lagi hendak bersemuka dengan Iskandar. Hafizah

tahu, tindakannya itu tidak ubah seperti seorang pengecut, tetapi dia memerlukan masa

untuk berfikir dan dia tidak akan dapat berfikir dengan baik sekiranya hatinya sering

diusik oleh Iskandar, mahupun Nurul Huda.

Dia mengiringkan badan mengadap tingkap. Apabila pagi begini, suasana di

rumah flat itu agak aman dan tidaklah terlalu bingit. Kanak-kanak yang sering meriuhkan

suasana sudah ke sekolah, manakala kenderaan-kenderaan yang sering membingitkan

telinga sudah tiada kerana membawa tuan masing-masing ke tempat kerja.

Hafizah menggeliatkan badan. Bibirnya menguntum senyum. Sesekali berehat

begini, apa salahnya. Lagipun, semalam dia sudah menelefon Aishah untuk

memberitahunya yang dia mengambil cuti satu hari lagi kerana dia rasa badannya masih

lagi lemah.

“Kau tak datang kerja ni, ada orang rindu tau!” usik Aishah apabila Hafizah

menelefonnya menggunakan telefon awam malam tadi. “Jangan lama-lama sangat cuti tu,

nanti orang tu gila bayang dibuatnya,” usik Aishah lagi.

“Eleh! Siapalah yang nak rindukan aku. Kau tu yang sebenarnya rindukan aku,

tak ada kawan nak ajak makan sebenarnya!” Usik Hafizah pula.

“Tak adalah. Orang tu lah. Orang yang dekat di mata dekat di hati.” Aishah

ketawa mengekeh. Mentang-mentanglah dia tak ada di depan mata, sedap saja mengusik

orang, rungut Hafizah dalam hati. “Aku cuma ada seposen aje ni Shah, kang tak pasal-

pasal terputus talian.” Hafizah memberi amaran membuatkan ketawa Aishah semakin

kuat kedengaran di corong telefon.

“Ok, ok. Berapa hari kau ambil MC ? Teruk ke demam kau tu? Nak aku datang

355

Page 356: Sebab Dikau

temankan malam ni?” Soal Aishah bertalu-talu apabila tawanya sudah reda.

“Tak apalah, aku dah sihat sikit, tapi kepala aku masih lagi berdenyut-denyut,”

balas Hafizah.

“Dah pergi klinik ke belum?”

“Dah. Doktor bagi dua hari MC, tapi malam ni aku nak pergi lagi, nak minta satu

hari lagi cuti,” jawab Hafizah. Kakinya sudah lenguh berdiri di pondok telefon. Sejak

suhu badannya naik malam semalam, badannya terasa sengal-sengal. Berdiri sekejap

sahaja pun sudah rasa penat.

“Kau nak aku singgah rumah dan bawakan makanan ke? Kalau nak balik kerja

esok, aku belikan,” kata Aishah lagi.

“Tak apalah. Aku boleh goreng telur je. Tak ada seleralah nak makan,” ujar

Hafizah menolak.

“Atau… kau nak makan bubur nasi?” Ada nada mengusik di situ.

Hafizah mengetap bibir. Memang nak kena si Aishah ni! “Duit dah nak habis ni.

Kau beritahu ajelah Encik Iskandar, aku cuti sakit. Assalamualaikum!” Hafizah

meletakkan gagang telefon bersama derai tawa Aishah.

Hafizah menelentang pula. Aishah tidak habis-habis hendak menyatukan dia

dengan Iskandar, Hafizah merungut di dalam hati. Perempuan itu tidak tahu, kalaupun dia

cinta pada Iskandar, belum tentu pula lelaki itu membalas perasaannya. Dan sekiranya,

Iskandar menerima cinta yang di beri, sudah tentu pula hubungan mereka tidak akan

direstui oleh keluarga lelaki itu. Aishah juga tidak tahu malah hubungan mereka tidak

akan langsung bersatu. Ada kisah silam yang berkait di antara ke dua keluarga dan

356

Page 357: Sebab Dikau

penyatuan mereka berdua tidak akan dapat menyembuhkan luka lama malah sebaliknya

pula, keadaan mungkin akan jadi lebih rumit.

Sudah dua hari dia memikirkan tentang masalah yang dihadapi. Dua hari dia

merencana hidupnya. Masih terngiang-ngiang setiap butir perkataan yang keluar dari

mulut Dato Rosli dan Datin Rahimah tempoh hari. Apakah dia akan terus bekerja dengan

mereka ataupun dia harus mencari kerja di tempat lain? Dia mencongak-congak duit

simpanan yang ada. Kalau diikutkan jumlah yang tertera di buku, dia dapat bertahan

sekurang-kurangnya lima bulan tanpa bekerja.

Hafizah menarik nafas dalam. Siling di atas direnung. Dia akur, tindakan

melarikan diri dan mencari pekerjaan di tempat lain itu menunjukkan sikap yang

pengecut, tetapi Hafizah tidak mahu mengeruhkan suasana yang tenang sekarang. Dia

sudah penat untuk “berperang”. Hampir separuh hidupnya dihabiskan dengan berjuang.

Berjuang untuk hidup, berjuang untuk membina kehidupan yang baru. Sekarang ini juga

dia harus berjuang. Kali ini perjuangannya sungguh berlainan. Dia harus berjuang untuk

melupakan satu-satunya insan yang dapat mencairkan hati batunya.

Ini semua demi dua insan yang begitu baik membantu dia berdiri di atas kakinya

sendiri. Demi Dato Rosli dan Datin Rahimah. Walaupun mereka tahu dia anak kepada

perempuan yang “membunuh” abangnya, mereka tetap menerima dia bekerja di situ.

Walau apapun alasan mereka menerima aku bekerja di syarikat itu, aku harus membalas

budi dan tahu kedudukan aku sebagai pekerja. Cinta datang dan cinta pergi. Biarlah.

Hanya Allah sahaja yang menentukan siapa jodoh aku, Hafizah bertekad.

Suara orang memberi salam mematikan lamunan Hafizah. Dia mengerutkan dahi.

Siapa pula yang datang? Hafizah bingkas bangun dari katil dan membetulkan baju kurung

357

Page 358: Sebab Dikau

kedah dan kain batik yang dipakai. Dia bergegas ke pintu hadapan dan mengintai melalui

lubang intai. Astaghfirullah al azim!

“Assalamualaikum!” Suara memberi salam berterusan. Pintu kayu diketuk

berkali-kali.

Hafizah menyandarkan badan di balik daun pintu. Tangannya dirapatkan ke dada.

Jantungnya berdegup kencang. Kenapa pula dia datang ke sini?

“Fiza! Assalamualaikum! Fiza!”

Hafizah bertambah gugup. Dia serba salah. Laungan yang kuat itu mungkin akan

membangkitkan perasaan ingin tahu di kalangan jiran-jiran sebelah. Rasa tidak sedap hati

mula menular. Apa pula kata mereka nanti?

Dengan perlahan daun pintu dikuak sedikit. Dia mengintai di balik rekahan,

memandang seraut wajah yang sedang tersenyum. “Waalaikumsalam. Buat apa datang ke

sini?” Soalnya.

“Bukalah pintu luas sikit. Senang nak cakap.”

“Tak apa. Kita cakap macam ni saja!” Tegas.

“Macam ni saja?” Keningnya terangkat. “Ok!” Dia terus duduk mencangkung

mengadap Hafizah.

Gadis itu bertambah gugup. “Encik Iskandar!” Hafizah terjerit kecil. “Bangunlah!

Orang nampak nanti, malu saya!”

Iskandar yang duduk mencangkung hanya tersengih. Bahunya diangkat

menandakan dia tidak kisah dengan pandangan orang yang mungkin melihatnya

mencangkung di hadapan pintu rumah Hafizah. “Tak apalah. Kalau awak tak nak buka

pintu, kita cakap macam ni sajalah.”

358

Page 359: Sebab Dikau

“Ok! Ok!” Hafizah menarik nafas dalam. “Begini ajelah. Encik Iskandar tunggu

saya kat pokok ketapang tempat Encik Iskandar pernah tunggu saya dulu. Saya ambil

tudung, lepas tu saya turun jumpa Encik Iskandar di sana. Tak elok kita bual di sini nanti

apa pula kata jiran-jiran saya.”

“Jiran-jiran awak nak kata apa pula, kita bukannya buat apa-apa. Awak buka aje

pintu. Lagipun…” Iskandar tersengih. “Lagipun, saya teringin juga nak tengok rambut

awak yang lurus tu!”

Cepat-cepat Hafizah menarik rambut yang jatuh di dahi ke belakang. Geramnya

pada Iskandar mula menebal. Gila! Memang sah lelaki ini sudah gila! “Saya kena jaga

kehormatan saya, Encik Iskandar. Kalau Encik Iskandar tidak dapat hormatkan saya

sebagai diri saya, hormati saya sebagai seorang wanita muslim!” Serentak itu dia

menghempaskan daun pintu.

“Ok! Saya minta maaf. Saya tunggu awak di bawah.” Dari balik pintu Hafizah

mendengar kata-kata Iskandar dan derapan sepatu meninggalkan hadapan rumahnya

menuju ke tangga.

Cepat-cepat Hafizah berlalu ke bilik dan mencapai tudung di atas rak baju. Dia

memandang pakaian yang dipakainya. Baju kurung kedah yang dibelikan Hafizi dan

hanya berkain batik. Ah! Tak perlu salin! Lagipun dia hanya hendak bertemu dengan

Iskandar, perlu apa dia berhias cantik-cantik!

Sepuluh minit kemudian, Hafizah sudah menghampiri Iskandar yang berdiri

menunggunya di bawah pohon ketapang. Kereta Hondanya juga dipakirkan di situ.

Langkah Hafizah semakin laju. Tudung birunya terbuai-buai mengikut alunan angin.

Iskandar hanya memerhatikan gadis itu berjalan melintas jalan ke tempat dia

359

Page 360: Sebab Dikau

menunggu. Walau hanya berbaju kurung kedah, dia tetap kelihatan manis. Iskandar

tersenyum kecil. Hafizah berkain batik?

Fuh! Memang sebiji macam gadis kampung, walaupun dia kata dia dibesarkan di

bandar. Iskandar menelengkan sedikit kepalanya ke kanan. Tak ramai gadis zaman

sekarang yang tahu mengikat kain batik!

“Ada apa Encik Iskandar cari saya?” Tanpa salam dia menyoal. Dia berdiri sambil

memeluk tubuh di hadapan ketuanya. Sakit kepalanya yang tadi sudah reda, mula

berdenyut-denyut kembali.

Iskandar meniru perbuatan Hafizah. Dia turut berpeluk tubuh. Kemeja biru laut

yang dipakainya sudah berbintik-bintik dengan peluh. Keningnya diangkat tanda

mengejek. “Waalaikumsalam.” Iskandar menyindir. Kenapa pula perempuan ni? Angin

tak baik memanjang! Datang bulan lagi ke?

Hafizah mengetap bibir. Bengang dia disindir begitu. Walaupun tiada kata-kata

marah yang keluar dari bibirnya, cahaya mata menunjukkan apa yang dirasakan di dalam

hati kala itu. Sindiran Iskandar dibiarkan berlalu di bawa angin.

“Kenapa tak datang kerja?”

“Saya tak sihat.”

“Ni, kalau dah boleh marah macam ni, dah sihat lah tu!” Satu lagi sindiran di beri.

Hafizah diam. Dia tidak membalas kata-kata Iskandar, sebaliknya dia

menghulurkan dua keping kertas kepada lelaki yang berdiri di hadapannya. Matanya

menikam pandangan Iskandar seolah-olah mencabar lelaki itu menerima kertas yang

dihulur.

“Apa ni?” Tanya Iskandar. Dia menyambut helaian kertas yang diberikan oleh

360

Page 361: Sebab Dikau

Hafizah.

“Surat cuti sakit dari klinik. Doktor berikan saya tiga hari cuti sakit. Saya kena

demam dan migraine!” ujar Hafizah. Dia mula melangkah untuk meninggalkan Iskandar

di situ.

Langkah Hafizah terhenti apabila lengannya ditarik oleh Iskandar. Dia mengeluh.

Agaknya sudah menjadi tabiat lelaki itu menarik lengannya tanpa mengira perasaan

orang lain. Gembira agaknya dia buat aku macam patung. Tarik sana, tarik sini, ikut

sukahati dia saja!

“Janganlah marahkan saya,” pujuk Iskandar lembut.

Hafizah diam. Dia tidak langsung memandang wajah Iskandar. Dia biarkan

lengannya ditarik oleh lelaki itu. “Saya bukan sengaja tidak mahu datang kerja. Saya tak

sihat, itu saja.”

Lengan Hafizah dilepaskan. Iskandar menggumpal kertas cuti sakit lalu dicampak

ke tanah. Hafizah berpaling memandang Iskandar dengan penuh tanda tanya.

“Tak perlu MC. Awak dah lama kerja dengan syarikat ayah. Awak layak dapat

cuti tanpa rekod.” Iskandar tersengih lagi.

Masing-masing tidak bersuara. Hanya bunyi kenderaan yang lalu lalang

kedengaran. Angin yang kuat menyebabkan daun-daun pohon ketapang menari mengikut

alunannya.

Cahaya matahari yang bersinar menandakan waktu sudah menghampiri tengahari.

Walaupun sang suria bersinar garang, pohon ketapang yang merimbun menimbulkan

suasana redup di tempat mereka berdiri.

“Awak dah sihat?” Tanya Iskandar memecahkan kesunyian.

361

Page 362: Sebab Dikau

Hafizah menganggukkan kepala. Pandangan matanya dilepaskan ke arah flat yang

berdiri megah di seberang jalan. Tudung dan kain batiknya berkibar mengikut rentak

angin.

“Esok sudah boleh kerja?”

Sekali lagi Hafizah mengangguk.

Iskandar bungkam. Pening dia dengan sikap Hafizah. Setiap pertanyaan hanya di

balas dengan anggukan. Sudah hilang suarakah dia? Sudah tidak sukakah dia berbual

denganku? Ah, gadis ini! Bukankah dia selalu berperwatakan selamba? Bukankah dia

yang selalu mengenakan aku? Kenapa hari ini dia pula yang merajuk hati? Sukar pula

hendak dipujuk!

Iskandar menekan punat kunci dan membuka pintu keretanya. Dia tunduk

mencapai sesuatu di tempat letak duduk belakang. Pintu kereta di tutup kembali. Iskandar

menegakkan badan lalu menghulurkan bungkusan kepada Hafizah yang masih lagi

tercegat di situ.

“Apa ni?” Soal Hafizah. Akhirnya dia bersuara. Dia tidak menyambut bungkusan

yang dihulurkan.

“Ambillah!” Iskandar tersenyum. Hatinya berbunga senang mendengar suara

Hafizah. Sekali lagi bungkusan itu dihulurkan. Hafizah menyambut bungkusan plastik

berwarna merah. Dia memandang Iskandar dengan tanda tanya.

“Bubur nasi,” jawab Iskandar pendek. Dia tersengih. “Hari tu saya demam, awak

buatkan saya bubur nasi. Kali ini, saya bawakan awak pula. Tapi saya ngelat. Saya beli,

sebab saya tak reti masak bubur nasi sesedap awak,” ujarnya.

Hafizah tersenyum hambar. “Terima kasih,” ucapnya.

362

Page 363: Sebab Dikau

Iskandar hanya mengangguk. Dia melepaskan nafas panjang. Bibirnya

melontarkan senyum. “Awak boleh ke naik ke rumah seorang-seoarang? Nak saya hantar

awak ke atas?” Tanya Iskandar mengusik.

Bulat mata Hafizah mendengar kata-kata Iskandar. Cepat dia menggelengkan

kepala. “Tak apa, saya boleh naik sendiri!”

“Betul?”

“Betul!”

Iskandar ketawa besar. Dia membuka pintu kereta lalu masuk dan menghidupkan

enjin kereta. Tingkap kereta di turunkan. Dia menarik talipinggang keledar lalu dikunci.

Dia memandang wajah Hafizah yang masih berdiri di bawah pokok ketapang sambil

memegang bungkusan di tangan.

“Awak makan dan rehat ye. Awak kena ada tenaga dan datang kerja esok, tau.

Saya tak boleh buat kerja kat pejabat tu seorang diri.” Suara Iskandar semakin lembut.

Hafizah mengangguk.

“Lagipun…” Ayat itu terhenti di situ. Iskandar mengenakan cermin mata hitam.

Dia berpaling mengadap Hafizah.

Hafizah menunggu Iskandar meneruskan kata-kata tapi lelaki itu hanya diam dan

tersenyum.

“Lagipun apa?” Dia cuba mencari maksud kata-kata itu tapi mata lelaki itu

terselindung di sebalik kaca hitam. Hanya bibir yang menjungkit tersenyum. Senyuman

yang dia juga sukar untuk menafsirkannya.

“Lagipun…” Iskandar batuk kecil. “Pejabat tu sunyi tanpa awak.”

Hafizah mencemik bibir.

363

Page 364: Sebab Dikau

“Lagipun…” Sekali lagi bibir lelaki itu menjungkit. “Saya rindu pada awak kalau

awak tak ada!” Ketawa Iskandar pun berderai. Dia menekan pedal minyak dan kereta pun

meluncur meninggalkan Hafizah seorang diri di bawah pohon ketapang.

Gila! Jerit Hafizah dalam hati.

364

Page 365: Sebab Dikau

31.

Kerja yang menimbun sudah menunggu di atas meja ketika Hafizah datang kerja

keesokkan harinya. Fail-fail projek bersusun di sudut meja.

Hanya tiga hari tidak datang, kerja sudah berlambak di atas meja, Hafizah

merungut dalam hati. Kalau macam ni, bagi cuti pun tak guna kerana tiada siapa yang

dapat menyudahkan kerjanya. Akhirnya, fail-fail sudah sedia menunggu sebaik sahaja dia

melangkah masuk ke pejabat.

Dari pagi Hafizah sibuk menghabiskan kerja-kerja yang tertunggak. Pada masa

yang sama dia terpaksa menguruskan surat-surat yang tiba dan menghantar dokumen

pada mereka yang memerlukan. Kertas-kertas faks yang bertimbun harus disusun dan

diletakkan difail yang betul. Pendek kata, dia memang tidak menang tangan

menghabiskan kerja-kerja yang ditinggalkan oleh Iskandar. Hm… sudahlah dia

dibebankan dengan kerja yang banyak, Iskandar pula tidak muncul-muncul dari pagi.

Kata rindu kalau dia tidak ada di pejabat, tapi bila dia sudah kembali, lelaki itu pula

menghilangkan diri! Hafizah mendengus.

Tak kuasa dia hendak menelefon telefon bimbit Iskandar, bertanyakan di

manakah gerangan empunya diri. Elok juga dia keluar, sekurang-kurangnya dia dapat

meneruskan kerja-kerjanya dengan aman!

Tiba-tiba telefon disisinya berdering dengan lantang membuatkan Hafizah yang

sedang menyusun fail tersentak. Hampir terlepas fail ditangan. Ya Allah! Siapalah yang

kuatkan bunyi telefon sampai ke tahap maksima macam ni! Cepat-cepat dia mencapai

gagang kemudian meraba punat bunyi di tepi alat komunikasi tersebut. Dia menurunkan

nada suara ke minima.

365

Page 366: Sebab Dikau

“Hello,” Sapa Hafizah lembut.

Tiada jawapan.

Hafizah menarik nafas. Takkanlah perempuan itu lagi. Masih lagi hendak mencari

Iskandar di pejabat ini? “Hello, nak cakap dengan siapa?” Kali ini nada suaranya tegas.

“Amboi! Tak bagi salam pun. Garangnya secretary!”

Hafizah terus duduk di atas kerusi. Hmm… Memang patut pun dia garang.

Apatah lagi kalau terpaksa bekerja dengan majikan yang mengada-ngada macam Encik

Iskandar. Sudahlah bercuti pun dicari hingga ke rumah, masuk kerja pula dibebani

dengan kerja yang menimbun!

“Sayalah, bos awak ni. Saya masuk lambat sikit hari ni. Ada apa-apa pesanan

untuk saya, tak?”

Hafizah menarik nafas. Tahulah bos dia tak masuk. Tapi, tak boleh telefon awal

sikit untuk beritahu agaknya! Dia mengerling ke arah jam tangan. Hmm… sudah hampir

sepuluh setengah pagi baru nak telefon beritahu?! “Setakat ini, panggilan yang pertama

saya terima, adalah dari bos.”

“La! Tak ada orang telefon? Tak famous saya hari ni, rupanya!” Iskandar sengaja

membuat lawak. Malangnya lawaknya tiada mendapat reaksi. Gadis di hujung talian

hanya membisu.

Iskandar batuk kecil. “Banyak kerja ke hari ni?” Soalan bertukar arah.

“Kalau sudah bertimbun atas meja tu, banyaklah.” Acuh tak acuh sahaja bunyinya

jawapan dari Hafizah.

“Sorry lah. Kak Zaharah minta seorang budak kerani gantikan awak, tapi tak

cekap langsung. Nak buat satu surat pun berjam saya menunggu. Padahal bukannya susah

366

Page 367: Sebab Dikau

sangat. Contoh ada dalam disket. Akhirnya saya pula yang buat sendiri.”

Hafizah dengar sahaja Iskandar mengomel seorang diri. Malas dia hendak

melayan lelaki itu kalau anginnya gembira semacam. Nanti salah layan, anginnya senang

berubah.

“Awak dengar tak saya cakap, ni?”

“Dengar. Encik Iskandar tak puas hati kerani buat kerja. Lembab. Sekarang pula,

Encik Iskandar terlalu gembira sebab saya dah datang kerja, sebab saya ni terlalu cekap,

menyenangkan kerja Encik Iskandar,” balas Hafizah dengan suara mendatar.

Ketawa Iskandar berkumandang dicorong telefon. “Pandai awak!”

“Ada apa Encik Iskandar telefon ni?” Suara Hafizah masih lagi kedengaran

mendatar. Tidak beremosi.

“Hmm… saya masuk lambat hari ni. Mungkin lepas lunch baru saya masuk ke

pejabat, ya?”

“Itu sahaja?” Tak ada arahan yang berjela-jela yang kena aku ambil?

“Oh! Ada satu hal lagi.”

Aku dah agak dah! “Ada apa?” Cepat-cepat Hafizah menarik kertas kosong dan

mengambil pen. Mana sempurna hari dia kalau tak dapat mendera aku!

“Awak kat pejabat tu, saya kat luar ni…”

Hafizah mengerutkan dahi. Teka-teki apa pulak lelaki ini? “Jadi?”

“Jadi…” Iskandar batuk kecil lagi. “Awak tak rindu kat saya ke?”

“Gila!” Hafizah menghempaskan gagang telefon ke tempatnya. Pen ditangan

dicampak di atas meja. Memang tak ada kerja sungguh lelaki itu!

367

Page 368: Sebab Dikau

Iskandar ketawa mengekeh tapi suaranya diperlahankan. Dia meletakkan telefon

bimbit di dalam poket seluar. Seronok dapat mengenakan Hafizah. Dari awal pagi dia

menunggu panggilan dari Hafizah untuk bertanya samada dia akan masuk ke pejabat atau

tidak, tetapi tiada. Geram, dia pula mendail nombor talian terus Hafizah untuk mengusik.

Iskandar menyandarkan badan ke sofa. Dia ada pertemuan dengan seorang

pegawai tinggi di Kementerian Perumahan hari ini. Dia mengerling ke jam di dinding,

sudah pukul sepuluh setengah.

Hmm… janji hendak berjumpa pukul sembilan pagi, sekarang sudah sejam

setengah menunggu di ruang menunggu pejabat itu. Pegawainya pula, batang hidung pun

tak nampak.

Iskandar melemparkan senyuman manis ke arah setiausaha pegawai tersebut. Si

gadis tersipu-sipu membalas senyuman Iskandar. Sengaja Iskandar memaniskan muka

menutup hati yang mula panas. Sambil-sambil itu bolehlah dia mengambil peluang untuk

mengusik gadis manis bermata galak dengan senyuman meleret ini. Si gadis membalas

dengan jelingan manja dan bibir menguntum senyum. Wah! Melawan! Hati Iskandar

menjadi gembira.

Iskandar bangun dan berjalan mendekati si gadis. Senyuman manis masih lagi

tidak lekang di bibir. Dia menunduk sedikit. Menggoda. “Lama lagi ke bos you kat

dalam tu?” Senyum.

“Dia ada discussion dengan pegawai bawahan dia lah, Encik Iskandar. Tapi,

rasanya dah tak lama kot,” balas gadis setiuasaha sambil tersenyum juga. “Encik Iskandar

duduklah dulu. Emm… nanti saya buatkan air ye.” Satu pelawan diberi. Si gadis bangun

dari tempat duduk.

368

Page 369: Sebab Dikau

“Eh tak apa lah. Saya pun dah minum. Kita borak boleh tak? Bosan pula saya

duduk seorang diri di sana.”

Si gadis kembali duduk apabila Iskandar menolak untuk dibuatkan air. Dia

tersenyum lagi. Ini lebih baik! Kalau boleh dia memang tidak mahu membuat air

minuman. Dia lebih suka duduk di mejanya dan menjamu mata memandang seraut wajah

dan sesusuk tubuh insan ciptaan Allah yang sempurna itu. Senyuman di bibir semakin

lebar…

Alhamdulillah, petang hari ini tidak hujan. Hafizah memandang ke luar. Sinar

garang sang suria menerobos masuk melalui jendela. Lapisan plastik hitam yang melekat

di cermin gagal menghalang pancaran matahari petang. Sejenak tadi azan Asar sudah

berkumandang dari masjid berhampiran.

Aishah datang mendekati mejanya. Di tangan gulungan kertas putih. Ini mesti dia

kena menyiapkan gaji pekerja-pekerja. Gadis itu tersengih. Hafizah membalas dengan

sebuah senyuman terukir dibibir. “Ada apa?” Soalnya pada Aishah.

“Tak ada apa-apa. Saja datang menjenguk kau. Sibuk memanjang dari pagi,

sampai lunch tadi pun terkocoh-kocoh,” ujar Aishah lalu duduk di kerusi di hadapan

Hafizah.

“Apa taknya sibuk. Tiga hari aku tak ada di pejabat, banyak kerja yang

tertunggak,” balas Hafizah merungut.

“Kak Zaharah ada minta seorang budak kerani tu tolong buatkan kerja kau, tapi

Encik Iskandar kata, dia tu banyak main,” cerita Aishah pula.

“Alah dia tu yang cerewet sangat. Kalau nak ikutkan semua orang boleh buat

369

Page 370: Sebab Dikau

kerja aku ni, tapi tak semua orang boleh tahan perangai bos aku tu. Macamana budak tu

tak gelabah, kalau dia asyik berdiri tengok apa orang tu buat!” Hafizah mencebik bibir.

“Yalah, yalah! Kau aje yang tahan dengan perangai dia. Orang lain semua tak

tahan.” Aishah tersengih. Dia mengusik. “Lagipun susah nak cari pekerja yang

berdedikasi macam kau ni! Apa tak bos sayang!”

“Setakat sayang aje tak cukup. Apa kata naikkan gaji aku. Hah! Barulah aku

boleh balas sayang dia tu!” Balas Hafizah pula.

“Hish! Tak payah naik gaji. Kau nikah aje dengan dia. Petik jari semua dapat!”

Aishah tak henti-henti mengusik Hafizah.

Hafizah mengecilkan mata. Sudah lebih dia ni! “Kau ni dah habis kerja nak buat

ke? Itu kertas yang bergulung-gulung kat tangan tu nak buat apa? Buat kapal terbang

ke?” Dia menyindir.

Aishah hanya menyengih. “Aku saja je datang nak berborak dengan kau. Sambil

tu bawalah apa-apa kertas yang patut, barulah nampak macam aku ni busy sangat,”

katanya.

Aishah bangun. “Eh! Kau tak pergi solat Asar ke?” soalnya lagi.

Hafizah menggeleng kepala. “Cuti.”

“Oo… patutlah bad mood!” Aishah ketawa. Cepat-cepat dia berlalu dari situ.

Huh! Sama aje perangai si Aishah dengan Iskandar!

Telefon di meja berdering. Tangannya tangkas mencapai gagang telefon. Matanya

masih lagi tertancap pada monitor komputer. “Selamat petang, pejabat Encik Iskandar.”

“Assalamualaikum Fiza,” suara wanita menyapa mesra di hujung talian.

“Waalaikumsalam. Er… Datin. Cari Encik Iskandar?” Suaranya kedengaran

370

Page 371: Sebab Dikau

gugup. Gagang telefon digenggam kemas. Semenjak kejadian tempohari, Hafizah merasa

agak ralat apabila mendengar suara wanita itu menyapanya mesra. Hafizah merasa

bersalah kerana mencuri dengar perbualan Datin Rahimah dan Dato Rosli tentang

dirinya, walhal wanita itu tidak mengetahui kehadirannya.

“Ha’ah. Dia ada di pejabat ke atau dah keluar?” Jawab Datin Rahimah. Nada

suaranya masih lagi mesra.

“Dia dah keluar, Datin. Pesannya tadi dia balik petang,” balas Hafizah.

Jantungnya berdebar-debar. Sebenarnya sejak dia masuk kerja pagi tadi, dia rasakan

berdebar-debar. Tapi, dia menolak debaran itu dan cuba menenangkan hatinya sendiri.

Namun debaran jantungnya semakin rancak sekarang, seolah-olah ada perkara yang akan

berlaku sebentar lagi.

“Eh! Bukankah dah petang ni? Dah dekat pukul lima pun!”

Hafizah mengerling jam di tangan. Sungguh! Jarum jamnya sudah menunjukkan

pukul empat lima puluh. Hafizah memandang ruang pejabat. Baru dia sedar yang pekerja-

pekerja sudah mula bersiap-siap hendak pulang. Ada yang sedang mengemas meja, ada

pula yang bersiap-siap memasukkan barang-barang mereka ke dalam beg.

“Ya, datin. Dah dekat pukul lima. Mungkin Encik Iskandar masuk lepas habis

waktu pejabat agaknya,” ujar Hafizah berhati-hati.

“Awak tak balik lagi?” Soal Datin Rahimah lagi.

“Er… hari ni saya terpaksa balik lambat sebab semalam saya cuti sakit. Jadi, ada

kerja yang saya kena selesaikan hari ni juga.” Hafizah mengerling pada kertas-kertas

yang berselerakan di atas meja.

“Elok juga awak ada di pejabat. Saya hendak ke sana sebentar lagi. Ada err… nak

371

Page 372: Sebab Dikau

ambil barang di bilik Is,” ujar Datin Rahimah lagi. “Er… oklah Fiza, saya ada kerja sikit

yang perlu diselesaikan. Assalamualaikum.”

Setelah menyambut salam yang diberikan, Hafizah meletakkan gagang

ditempatnya. Jantungnya semakin berdegup kencang.

***

Cuaca yang panas tadi serta merta bertukar. Gerimis mula turun ketika pekerja-

pekerja sudah diberi pelepasan untuk pulang. Ada yang merungut, ada pula yang

tersenyum senang. Sekurang-kurangnya tidak perlu mengharung terik panas mentari.

Setakat gerimis, tidak akan memberi apa-apa mudarat pada mereka. Namun, gerimis yang

turun menjadi semakin lebat. Awan tebal sudah menutupi langit dan memuntahkan isinya

dengan rakus. Hafizah dan beberapa orang pekerja syarikat Dato Rosli terperangkap di

pejabat dan tiada pilihan melainkan duduk sahaja sambil menunggu hujan untuk reda.

Hafizah baru sahaja selesai menghabiskan kerja-kerjanya yang tertunggak selama

tiga hari. Memandangkan Iskandar tidak ada dipejabat, maka tiada kerja yang baru yang

harus diselesaikan melainkan kerja-kerja rutin. Selesai mengemas mejanya, Hafizah

mengambil kunci dan membuka pintu lalu masuk ke pejabat Iskandar untuk mengemas.

Bilik itu tadi tidak sempat hendak dikemas memandangkan kerjanya yang bertimbun.

Hafizah bercekak pinggang memandang meja yang penuh dengan kertas-kertas

yang tidak bersusun. Selalunya Iskandar tidak begini. Dia masuk dalam kategori orang

pembersih, jarang sangat hendak lihat mejanya berkecah. Namun, hari ini mejanya seperti

kapal karam. Bukan setakat kertas-kertas faks yang berconteng, buku, nota-nota kuning

dan alatan menulis berada di sini sana. Ini mesti bengang sebab tidak suka kerani buat

372

Page 373: Sebab Dikau

kerja, fikir Hafizah. Cerewet sungguh!

Dengan pantas dia menyusun buku di tempatnya. Kertas-kertas faks diteliti, yang

tidak diperlukan dibuang ke dalam bakul sampah. Yang perlu disimpan, diasingkan ke

tepi. Pensel dan pen diletakkan ke dalam tempatnya di tepi sudut. Sampul-sampul surat

yang tidak diperlukan dicampak ke dalam tong sampah juga. Yang agak besar akan

disimpan untuk kegunaan akan datang. Kadang-kadang ada kerani yang perlu sampul

surat untuk menyimpan dokumen-dokumen peribadi mereka.

Akhir sekali, Hafizah menarik nota-nota kuning yang melekat di sepanjang meja.

Apa kena orang tua ni? Melekatkan nota keliling meja. Takkanlah banyak sangat pesanan

sampai lekat satu meja? Satu persatu Hafizah menarik nota tersebut tanpa membaca apa

yang tertulis di atas setiap kertas kuning itu.

Hanya apabila dia tiba dibucu meja baru dia perasan yang salah satu nota itu

bertulis namanya. Apa pula ni? Pagi tadi telefon, tak ada pula beritahu ada pesanan yang

ditinggalkan di meja. Satu persatu nota kuning yang direnyuk ditangan dibelek kembali.

Satu bertulis “Aku”

Yang ke dua “Rindu”

Yang ke tiga “Pada”

Ke empat “Kau”

Ke lima “Hafizah”

Hafizah kaku di situ. Satu persatu nota kuning itu dibacanya kembali. Susunan

lima perkataan menjadi satu ayat. “Aku Rindu Pada Kau Hafizah”. Itulah yang dibacanya

pada nota ke enam yang dicabut dari meja.

“Buat apa tu, Fiza?”

373

Page 374: Sebab Dikau

Satu suara menyapa. Hafizah kaget. Dengan pantas dia berkalih mengadap wanita

berdiri di muka pintu. Tangan yang menggenggam nota disorokkan dibelakang tubuh.

“Er… datin. Em… kemaskan bilik Encik Iskandar. Tadi tak sempat.” Dia meluru

ke meja mencabut setiap nota yang masih melekat disekelilingnya. Jantungnya masih lagi

berdegup kencang. Jangan sampai Datin Rahimah tahu apa yang anaknya tulis pada nota

kuning itu! Kertas-kertas yang dikumpul ditangan, cepat-cepat direnyuk.

“Eh! Banyaknya nota yang Is tinggalkan. Banyak sangat ke kerja di pejabat

sekarang ni, Fiza,” tegur Datin Rahimah. Hatinya sedikit terusik melihat nota-nota yang

digenggam Hafizah. Perangai gadis itu juga agak pelik sedikit. Mengapa ya?

“Em… tak banyak sangat datin. Ini cuma sikit nota yang Encik Iskandar minta

saya buat. Saya sudah selesaikan semuanya,” balas Hafizah. Dia cuba berlagak selamba.

Datin Rahimah menganggukkan kepala.

“Er… rasanya dah selesai kerja saya. Datin duduklah dulu, saya buatkan air panas

sekejap.” Tanpa menunggu jawapan, Hafizah cepat-cepat berjalan keluar dan menutup

pintu. Tanpa dia sedari, sehelai nota kuning melayang jatuh.

374

Page 375: Sebab Dikau

32.

Datin Rahimah menghenyakkan punggung di atas kerusi. Kepalanya disandarkan

dan mata terpejam. Nota kuning yang berkerenyuk digenggam kemas. Tulisan pada nota

itu sudah tiga kali dibaca. Ayatnya tidak panjang, boleh dihafal dengan senang tapi,

isinya terlalu padat. Ringkas tetapi ia tulisan cermin hati.

“Aku Rindu Pada Kau Hafizah.”

Datin Rahimah mengeluh. Dia tahu Iskandar yang menulisnya. Dia kenal tulisan

anak sulungnya. Hai anak! Kenapalah dia yang kau pilih. Mengapa sanggup menempuh

kesusahan untuk bahagia?

Tok! Tok! Tok!

Bunyi pintu diketuk mematikan lamunan Datin Rahimah. Dia membuka mata

memandang Hafizah yang masuk sambil menatang dulang kecil berisi secangkir milo dan

beberapa keping biskut buat pemanis mulut.

“Datin rasa tak sihat ke?” Soal Hafizah lembut. Dahinya berkerut melihat Datin

Rahimah yang tersandar di kerusi Iskandar. Dia meletakkan dulang berisi cangkir milo

dan sepiring biskut di atas meja. Cangkir milo dirapatkan ke arah wanita tersebut.

Datin Rahimah menggelengkan kepala. “Tak. Saya cuma rasa pening sikit je.”

Hafizah memandang Datin Rahimah. “Atau, datin hendak saya panggilkan Dato.

Saya boleh tolong call kan telefon bimbit dia.”

“Tak apa, tak apa. Saya sihat.” Datin Rahimah menolak lagi. “Er… Hafizah tak

balik lagi ke? Saya tengok pejabat sudah hampir kosong dah.”

“Hujan Datin. Kalau hujan lebat macam tadi, saya biasanya balik lambat sikit

sebab jalan jem. Lagipun tak ada benda yang penting yang menunggu saya di rumah,”

375

Page 376: Sebab Dikau

balas Hafizah. Hatinya sudah tenang sedikit. Semasa membuat air milo di pantry, dia

berzikir dan memohon pada Allah supaya bertenang. “Saya keluar dulu, datin.” Hafizah

meminta diri.

“Jangan keluar dulu, Fiza. Duduk-duduklah di sini temankan saya tunggu

Iskandar. Kita berborak dulu, bosan pula saya duduk seorang,” ajak Datin Rahimah.

Hafizah serba salah. Kalau boleh dia hendak terus keluar dari bilik dan pejabat

itu. Meredah hujan lebat pun dia sanggup asalkan dia tidak harus berdepan dengan salah

seorang keluarga Dato Rosli. Tapi menolak begitu seperti tiada adab, kurang ajar.

Bukankah dia sudah berikrar akan membalas jasa orang yang telah menolong dia

berdikari? Bukankah dia sudah berjanji dengan dirinya sendiri akan melupakan rasa hati

terhadap Iskandar?

Dengan tertib, Hafizah duduk di kerusi mengadap Datin Rahimah. Bibirnya

menguntum senyum ikhlas. “Boleh juga, datin. Sementara menunggu hujan reda,”

ujarnya perlahan.

Datin Rahimah membalas pandangan lembut dari Hafizah. Gadis yang sentiasa

tenang. Walaupun ada sekilas riak bimbang bermain di wajahnya, kilasan itu hilang serta

merta. Wajah lembut itu kembali tenang. “Fiza seronok kerja di sini? Sudah berapa lama

ye?” Soalnya bermukadimah.

“Alhamdulillah datin, dah sepuluh tahun di sini.” jawab Hafizah tenang.

“Semua orang layan Fiza dengan baik? Dato?” Datin Hafizah diam seketika. “Is?

Fiza baru kerja dengan Is, kan?”

“Mereka semua layan saya dengan baik. Encik Iskandar pun layan saya baik. Tak

ada masalah saya bekerja di bawahnya.” Matanya memandang ke bawah. Hanya

376

Page 377: Sebab Dikau

senyuman hambar terukir di bibir.

“Baguslah kalau begitu. Er… apa rancangan Fiza?”

“Rancangan?” Hafizah mengangkat muka memandang Datin Rahimah.

“Ya.” Datin Rahimah menarik cangkir milo. “Fiza nak terus kerja di sini?” Air di

dalam cangkir diteguk.

“Er… belum fikir lagi, datin. Kalau rezeki saya terus di sini…” Ayat itu mati di

situ.

“Manalah tahu, Fiza tiba-tiba terfikir hendak berhenti kerja. Almaklumlah Fiza

muda lagi, mungkin nak kahwin ke?” Datin Rahimah menolak cangkir milo di atas meja.

“Er… kalau ada jodoh.” Hafizah tersenyum tawar. Ke mana sebenarnya hala tuju

perbualan mereka ini?

“Fiza kan muda lagi? Takkanlah tak ada sesiapa yang awak berkenan?” Datin

Rahimah mengangkat kening. Bibirnya juga menguntum senyum. Sama hambar. Sama

tawar.

“Saya tengah besarkan adik-adik saya datin, tunggulah sampai mereka habis

belajar dan bekerja.”

“Tak boleh lambat-lambat Fiza, orang perempuan ni, semakin tua semakin tak

laku. Tak macam orang lelaki, tua-tua pun masih ada yang minat, terutama kalau poket tu

penuh dan padat.”

Hafizah tersenyum lagi. Seperti ada nada menyindir dihujung bicara Datin

Rahimah. Tapi, siapalah dia untuk menyangkal kata-kata isteri majikannya itu. Memang

betul semua katanya. Cuma yang menjadi tanda tanya, siapakah yang dimaksudkan oleh

Datin Rahimah. Dan, perlukah dia menjawab kata-kata itu?

377

Page 378: Sebab Dikau

“Fiza.”

Hafizah memandang wajah Datin Rahimah. Dari riak air muka wanita itu, dia

dapat mengaggak yang perbualan mereka akan bertukar arah. Hafizah menarik nafas

panjang. Dia bersedia.

“Ada satu perkara yang saya hendak bincang dengan awak. Saya harap awak

dapat terima dengan dada yang terbuka.” Datin Rahimah duduk bersandar. Wajah gadis

yang tenang di hadapannya direnung tajam. Aku sayangkan kau kerana kau pekerja yang

rajin dan seorang gadis yang sangat baik, tapi aku terlalu sayang pada anakku, pada

keluargaku!

“Saya harap juga awak tidak ambil hati dengan apa yang saya ingin cakapkan

pada awak,” ujar Datin Rahimah lagi.

Hafizah hanya menganggukkan kepala. Dia sendiri tidak mampu hendak

mengeluarkan kata-kata. Duduknya dibetulkan, bahu tegak. Teruskan! Aku bersedia!

“Saya ingin tanya awak dan saya harap awak berterus-terang dengan saya.”

Hafizah mengangguk lagi.

“Awak ada apa-apa perasaan terhadap anak saya?”

Hafizah memandang wajah Datin Rahimah. “Ya.” Jawabnya jujur. “Perasaan

kasih sayang dan hormat saya pada dia kerana dia majikan saya,” ujar Hafizah. Dalam

jujur dia tetap juga menutup perasaan yang sebenarnya. Dia tidak mahu mengeruhkan

keadaan lagi.

“Itu sahaja?” Datin Rahimah bertanya.

“Tidak lebih dan tidak kurang,” balas Hafizah. “Datin, saya tahu kedudukan saya

sebagai pekerja. Saya juga tahu kedudukan saya di dalam keluarga datin.” Hafizah

378

Page 379: Sebab Dikau

menghembuskan nafas yang ditahan.

Datin Rahimah kaget. Apa maksud gadis itu?

“Datin, saya rasa datin kenal siapa saya yang sebenarnya, siapa ibu bapa saya dan

apa yang mereka lakukan terhadap keluarga datin,” ujar Hafizah membuka cerita.

Suaranya tetap tenang dan lembut. Matanya masih lagi memandang tepat wajah Datin

Rahimah. Dia tidak takut untuk mengaku siapa dia yang sebenarnya kerana wanita itu

sudah tahu tentang segala latar-belakangnya. “Saya berterima kasih pada datin dan dato

kerana tetap mengambil saya bekerja di sini, dan selama-selamanya saya akan kenang

budi dan jasa dato dan datin berdua.” Hafizah diam. “Saya anak Mahat Ismail dan

Nuraina Abdul Latif. Dua insan yang menyebabkan abang ipar datin terkorban…”

Hampir tersekat nafas Datin Rahimah. “Fiza!”

Datin Rahimah lihat mata yang memandang wajahnya dengan pandangan redup

berkaca-kaca. “Saya juga kenal Puan Zaleha di rumah datin, tempohari. Dia isteri arwah

Encik Osman, bukan? Masa itu saya tidak kenal dia tapi akhirnya saya tahu siapa dia.

Saya hanya mohon pada Allah supaya dia tidak kenal saya.”

“Fiza, saya…”

“Saya tahu. Datin serba salah. Apatah lagi saya anak kepada perempuan sundal

bekerja dengan suami datin. Tentu Puan Zaleha tidak mampu terima kenyataan ini, dan

hubungan keluarga yang baru hendak sembuh akan terputus kembali.” Hafizah bangun.

Dia berjalan merapati Datin Rahimah. Tangannya menyeluk poket tepi baju kurung. Dia

mengeluarkan sampul surat yang berkerenyut. “Lama sudah saya ambil keputusan ini,

tapi cuma saya tidak berdaya untuk memberikannya pada Encik Iskandar dan Dato

Rosli.” Sampul putih di letakkan di atas meja.

379

Page 380: Sebab Dikau

“Fiza!” Datin Rahimah menolak sampul putih. Nota kuning terlepas dari tangan

dan jatuh ke bawah.

Hafizah hanya memerhatikan nota kuning yang terjelepuk di sisi meja. Bibirnya

menguntum senyum. Hambar. Tawar. “Saya berjanji dengan datin, saya akan pergi dari

sini.” Sekali lagi wajah Datin Rahimah dipandang.

“Saya juga tidak akan mengganggu Encik Iskandar. Percayalah datin! Kalaupun

ada kasih dalam hatinya pada saya, dia pasti lupakan saya apabila dia tahu siapa saya.

Dan kalau pun ada sayang dalam hati saya… saya tahu itu cuma angan-angan saya saja.”

“Fiza! Duduk dulu. Saya masih ada perkara yang hendak saya katakan pada

awak.” Datin Rahimah mengisyaratkan Hafizah supaya duduk kembali.

Tanpa sepatah kata Hafizah menurut. Dia memandang wajah Datin Rahimah.

Jiwanya kini terasa sangat kosong. Ya Allah! Berilah kekuatan padaku! Allah, Allah,

Allah… dia berzikir di dalam hati.

Datin Rahimah menarik nafas panjang. “Kami sudah tahu mengenai latar

belakang awak sejak awak mula-mula masuk kerja.” Dia memulakan cerita. “Dato ambil

awak bekerja kerana dia hendak mencari ayah awak. Tapi, kami dapat tahu dia sudah

meninggal dunia.”

Hafizah hanya menundukkan kepala mendengar cerita Datin Rahimah. Biarlah,

biarlah semuanya terlerai hari ini. Dia sendiri sudah tidak sanggup hendak menanggung

rahsia seorang diri. Allah, Allah, Allah….

“Dato memang perhatikan awak, dia hendak lihat samada awak juga seperti ibu

bapa awak.” Datin Rahimah diam.

“Tapi, ternyata tekaan kami terhadap awak meleset sama sekali. Awak seorang

380

Page 381: Sebab Dikau

pekerja yang berdedikasi. Awak juga lepas banyak ujian yang Dato beri pada awak.

Bukan sahaja awak rajin, awak juga jujur dan amanah. Lama kelamaan, kami sedar yang

awak seorang wanita yang baik, awak langsung tidak seperti ibu bapa awak. Lama

kelamaan kami juga sedar…”

Hafizah diam. Menunggu kata-kata selanjutnya.

“Kami sedar… kami sayang awak.”

Ya Allah! Mungkinkah?!

“Tapi, saya tak mahu Zaleha tahu tentang awak. Mungkin dia tidak dapat

menerima kenyataan ini. Mungkin kalau dia tahu awak anak Nuraina dan bekerja dengan

kami, dia akan memencilkan dirinya sekali lagi. Itu yang saya bimbang sangat. Saya juga

bimbang tentang Iskandar.”

Hafizah mengangguk kepala. Dia faham semuanya. Tidak ada masa depan. Tidak

perlu mengharap.

“Dia sukakan awak! Saya tidak tahu samada dia cintakan awak atau tidak, tapi dia

sukakan awak!” Datin Rahimah mengeluh panjang lagi. Terasa berat beban yang

ditanggung sekarang. Dia juga sukakan Hafizah dan dia sangat sayangkan Iskandar. Tapi,

dia juga mengasihi Zaleha! Hati siapa yang hendak dijaga? Hati siapa yang harus

disakiti?

“Datin, saya terkejut kerana datin masih lagi percaya pada cinta.” Hafizah diam.

“Bukankah cinta itu yang menghancurkan hati Puan Zaleha? Bukankah cinta itu yang

membunuh Encik Othman?” Sinis bunyinya, tapi itulah kenyataan.

“Seperti yang saya katakan tadi, datin tidak perlu bimbang tentang saya dan Encik

Iskandar. Tidak akan ada apa-apa hubungan antara saya dengan dia.”

381

Page 382: Sebab Dikau

Datin Rahimah mengangguk. Aku harap kau tabah, Fiza! Aku harap kau betul!

Hafizah membalas anggukan Datin Rahimah dengan sebuah senyuman ikhlas. Dia

meminta diri untuk keluar. Baru setapak dia melangkah, namanya diseru. Hafizah

berpaling mengadap wanita itu kembali.

“Saya tak akan serahkan surat perletakan jawatan awak ni pada dato. Kami tidak

akan terima. Awak teruslah kerja di sini.” Datin Rahimah mengoyakkan sampul berisi

surat perletakan jawatan Hafizah lalu dicampak ke dalam bakul sampah.

Hafizah menghenyakkan punggung dan duduk menopang dagu di mejanya.

Langit di luar semakin gelap. Hujan masih lagi turun mencurah-curah. Suhu di dalam

ruang pejabat semakin dingin bertambah pula dengan penghawa dingin yang masih lagi

belum dimatikan.

“Eh! Kau masih kat sini lagi ke?” Satu suara menegur. Hafizah mendongak.

Aishah rupanya. Gadis itu sudah berdiri dengan payung tersedia di tangan.

“Nak balik?” soalnya.

Aishah mengangguk. Dia tersengih sambil mengangkat payung di tangan.

“Tunggu aku?” Hafizah bersedia untuk menyusun barang di dalam tas tangannya.

“Aku tunggu di bawah, ye. Sejuk sangatlah kat atas ni!” Aishah terus berpusing

dan melangkah menuju ke pintu untuk turun ke tingkat bawah.

Selang beberapa minit Aishah kembali menolak pintu kaca di tangga. Hafizah

yang sedang menyangkutkan tali beg ke bahu memandang wajah sahabatnya yang

tersengih dengan tanda tanya. Kata tadi hendak tunggu di bawah?

“Elok hendak turun aje, Puan Zaleha naik,” ujar Aishah sambil menolak pintu

382

Page 383: Sebab Dikau

kaca dengan lebih luas. Seorang wanita separuh umur berbaju kebaya warna ungu dan

selendang sedondon melangkah masuk. Bibirnya menguntum senyum pada Hafizah,

tetapi mengapa senyuman itu terasa begitu lain sekali?!

“Encik Iskandar pergi letak kereta, jadi Puan Zaleha naik dulu,” terang Aishah

dengan ramah. Sedikit pun dia tidak perasan suasana tegang yang mula terasa di antara

dua insan yang sedang berdiri mengadap satu sama lain.

“Er… Puan Zaleha. Apa khabar?”

Zaleha tidak membalas sapaan Hafizah. Sebaliknya, wajah gadis itu ditenung

tajam. Dia tidak ada niat hendak bersemuka dengan gadis itu, sebenarnya tetapi peluang

yang Allah berikan, tidak akan dilepaskan begitu sahaja.

Datin Rahimah yang nampak kedatangan kakak iparnya itu, meluru ke pintu.

Jantungnya berdegup kencang. Dia berjalan merapati Zaleha.

“Eh! Umi, ada di sini juga!” Sapaan Iskandar mematikan langkah Datin Rahimah.

Dia berkalih mengadap anaknya yang sedang mengibas-ngibas kaki seluar yang basah

dek hujan. Bila pula Iskandar masuk? Ya Allah!

Zaleha terus berjalan merapati Hafizah tanpa memperdulikan Datin Rahimah dan

Iskandar. Matanya hanya tertancap pada Hafizah. Gadis itu menghulurkan tangan, tetapi

tidak bersambut. Dibiarkan sahaja.

“Kamu bekerja di sini?” Soalnya apabila dia sudah berada di hadapan Hafizah.

Hafizah mengangguk.

“Berapa lama?”

“Hampir sepuluh tahun, puan…” Ayatnya mati di situ.

“Pang!”

383

Page 384: Sebab Dikau

Hafizah terdorong ke belakang lalu terjelepuk di atas lantai. Tas tangan melantun

di sebelah. Tudungnya tertarik. Pipi kirinya terasa perit. Astaghfirullah al azim! Apa yang

sedang berlaku? Hafizah meraba pipi yang mula terasa panas. Pedih!

“Fiza!” Jeritan Aishah menyentak mindanya. Matanya berpinar memandang gadis

itu yang berlari lalu melutut di sebelahnya. Tangan lembut mengusap pipi Hafizah yang

sudah terasa kebas. Ada cecair yang menitik dibibirnya. Hafizah menyeka dengan jari.

Darah?

“Mak long! Apa semua ni?!” Iskandar yang turut terperanjat melihat perbuatan

mak longnya terus berlari dan melutut lalu memaut bahu Hafizah. Hatinya di gasak

pertanyaan demi pertanyaan. Dia tidak sangka mak longnya mampu bertindak kasar

seperti ini. Menampar orang lain. Menampar Hafizah! Hatinya geram apabila melihat

bibir Hafizah yang pecah dan berdarah.

“Kamu memang dari jenis yang tidak mengenang budi! Tidak cukup ibu bapa

kamu merosakkan hidup orang lain, sekarang kamu pula hendak merosakkan hidup

Iskandar?!” Zaleha sudah seperti orang gila. Hatinya rusuh. Bedebah kau dan keluarga

kau juga!

Datin Rahimah terus meluru memeluk kakak iparnya. “Sudahlah kak! Jangan

diapa-apakan budak itu!” Sayu hati Datin Rahimah melihat Hafizah yang terjelepuk di

lantai dengan tudung kusut masai sambil dipeluk oleh Aishah.

Iskandar memandang mak longnya yang dipeluk ibunya dan Hafizah silih

berganti. Apa erti semua ini? Dia memegang tangan Hafizah. “Fiza tak apa-apa?” Wajah

gadis itu ditenung penuh kasih. Apa yang berlaku ini? Kenapa mak long menampar kau,

Fiza? Apa salah kau?

384

Page 385: Sebab Dikau

Gadis itu menggeleng-gelengkan kepala. Hafizah menolak tangan Iskandar. Dia

menggenggam tangan Aishah seperti mencari semangatnya yang terbang setelah

ditampar oleh Zaleha. “Saya tak apa-apa.”

“Kamu tak usah tolong orang macam dia, Is! Kamu tak tahu dia siapa! Itu anak

celaka!!” Zaleha menolak Datin Rahimah. Dia melangkah mendekati Hafizah. Tangan

kanannya sudah bersedia untuk menempeleng Hafizah lagi tapi segera dipaut oleh

Iskandar yang sudah berdiri untuk mententeramkan wanita itu.

“Mak long! Kenapa ni? Kenapa mak long berpelakuan macam ni? Apa salah

Fiza?” Bertalu-talu soalan yang menyesakkan jiwanya diluahkan di hadapan wanita yang

masih lagi menyinga. “Umi! Kenapa dengan mak long ni?!” Iskandar memandang wajah

Datin Rahimah dengan penuh tanda tanya. Namun wanita itu hanya diam membatu.

Tidak langsung menjawab pertanyaan anak lelakinya. Hanya air mata merembes

membasahi pipi.

“Kamu tahu siapa dia?!” Dada Zaleha turun naik menahan marah yang membuak-

buak. Matanya bulat memandang tajam wajah Iskandar. “Kamu kenal siapa ibu bapa

dia?!”

“Apa maksud mak long ini?”

“Kamu tanya dia!! Kamu tanya dia siapa yang bertanggungjawab membunuh

Aiman! Kamu tanya dia siapa yang bunuh suami aku!!” Berdesing suara Zaleha menjerit.

“Is…”

Iskandar berpaling memandang Hafizah yang sudah berdiri. Gadis berwajah

tenang itu direnung dalam. Aishah yang memeluk sahabatnya hanya tunduk. Ada air

jernih yang menitis di atas tudung warna putihnya. Kenapa? Apa maksud mak long?

385

Page 386: Sebab Dikau

Iskandar bingung.

“Ibu saya. Namanya Nuraina Abdul Latiff.”

Iskandar kebingungan. Nuraina Abdul Latiff? Dia tidak kenal siapa Nuraina

Abdul Latiff.

“Nuraina Abdul Latiff dan Osman Kamaruddin. Mati di dalam kemalangan kereta

di lebuhraya Karak menuju ke terowong Sempah, sepuluh tahun dulu…” Tenang.

Hampir gugur jantung Iskandar mendengar ayat yang keluar dari bibir Hafizah.

“Ibu awak?” Bergetar suaranya. Berpinar pandangan matanya. Ya Allah!

“Ibu saya, wanita simpanan pak cik awak…”

“Celaka kamu!!!” Zaleha lepas dari pautan Iskandar meluru ke arah Hafizah. Dia

mencekup tudung Hafizah lalu disentap kasar. Sekali lagi sebuah tamparan hinggap di

pipi gadis itu. Hafizah terdorong ke belakang. Aishah menjerit.

“Kamu pembunuh!! Kau bunuh suami aku dan lepas tu kau bunuh anak aku!!”

Zaleha sudah seperti orang kerasukan. Menarik tudung, menarik baju dan menampar pipi

Hafizah bertalu-talu. Dia tidak nampak wajah Hafizah, tapi yang dilihatnya adalah wajah

Nuraina. Wajah wanita yang telah merampas kasih suami darinya, wajah itu juga telah

merampas anak kesayangannya.

Hafizah hanya mengakukan diri. Dia biarkan wanita itu menarik pakaiannya.

Kedua pipinya kini sudah kebas menerima tamparan demi tamparan dari wanita itu.

Biarlah, sakitnya tidak terasa kerana sakit di tampar tidak seperit sakit di hatinya apabila

melihat wajah Iskandar yang seolah-olah membenci dirinya. Lelaki itu baru sedar dan

baru tahu siapa sebenarnya Hafizah Mahat.

Iskandar terpaku mendengar pengakuan yang keluar dari mulut Hafizah. Dia

386

Page 387: Sebab Dikau

hanya tegak berdiri melihat mak longnya menampar pipi Hafizah bertalu-talu dan usaha

Aishah cuba meleraikan serangan Zaleha. Kakinya umpama terpasak di bumi. Tidak

mampu bergerak. Matanya sekadar memerhati tetapi fikiran sudah jauh meninggalkan

jasad yang berdiri.

Hafizah Mahat? Nuraina Abdul Latiff? Osman Kamaruddin? Nama itu berulang-

ulang di dalam kotak fikirannya. Kepalanya jadi sakit.

“Is!”

Fiza? Fiza anak Mahat? Mahat yang suami kepada Nuraina? Wanita yang

merampas suami mak longnya? Mati di kemalangan? Aiman? Yang menyebabkan juga

kematian Aiman? Astaghfirullah al azim!!

“Is!!”

Iskandar memandang wajah uminya. Jeritan Datin Rahimah akhirnya menerobos

ke dalam minda. Dia mengelipkan mata berkali-kali seolah-olah baru tersedar dari

mimpi. Pandangan yang tertumpu ke arah uminya yang cuba menarik Zaleha dan Aishah

yang menghadang wanita itu dari terus-terusan menampar dan menarik tudung Hafizah.

Iskandar menarik lengan mak longnya dengan kasar. “Sudah mak long! Sudah!!”

Dia menolak wanita itu hingga terduduk.

“Umi! Pegang mak long!” Arahnya pada Datin Rahimah. Terkocoh-kocoh wanita

itu memeluk kakak iparnya yang sudah mengongoi kesedihan. Tangannya mengelus

kepala Zaleha sambil memujuk wanita tua itu.

“Aishah!” Jerkahnya pada Aishah yang duduk memeluk Hafizah. Tangisannya

turut kedengaran. Teresak-esak. Sedih melihat sahabat diserang Puan Zaleha. Apa salah

dia? Dia sendiri tidak tahu.

387

Page 388: Sebab Dikau

“Aishah!” Sekali lagi Iskandar meneriak namanya. Gadis itu mengalih pandangan

kepada Iskandar. Mata yang berkaca bertembung dengan sepasang mata yang garang.

“Kau bawa Fiza keluar dari sin!.” Matanya memandang tajam wajah Hafizah. Hilang

perasaan kasihan terhadap gadis itu. Hilang juga rasa kasih yang baru berputik di hati.

Apa yang dirasanya kala ini adalah amarah yang teramat sangat. Hafizah menipunya

selama ini! Dia pendusta! “Kau bawa dia. Aku sudah tidak mahu lihat muka dia lagi!”

Dengan itu dia berpusing mengadap umi dan mak longnya.

Datin Rahimah merenung wajah anaknya yang keruh. “Is.” Serunya. “Jangan

ambil keputusan terburu-buru!”

“Is tahu apa yang Is buat! Is tak mahu tengok muka dia lagi di sini!”

“Encik Iskandar!!” Aishah menjerit. Begitu sekali tindakan Iskandar! Majikan

yang terlalu baik boleh bertukar menjadi insan yang begitu kejam sekali! Kenapa Encik

Iskandar bertindak demikian?!

“Aishah! Kalau kau sayangkan kerja kau, jangan campurtangan!” Jerkahan

Iskandar mengarah pada Aishah pula.

“Encik Iskandar! Kenapa…” Soalannya mati disitu apabila tangan Hafizah

mengusap lembut lengan Aishah. Dia memandang wajah sahabat yang keruh. Hafizah

mengisyaratkan supaya menolong dia bangun. Aishah mengangguk lalu memapah

sahabatnya untuk berdiri.

“Encik Iskandar,” seru Hafizah perlahan. Suaranya tenggelam timbul dek

ngongoian Puan Zaleha.

Iskandar tidak memberikan respon. Tetapi Hafizah tahu lelaki itu mendengar

panggilannya. “Encik Iskandar jangan marahkan Aishah. Dia tidak bersalah.”

388

Page 389: Sebab Dikau

Hafizah menarik nafas. Terasa tersekat-sekat nafas untuk memenuhi paru-

parunya. Sampai di sini sahaja. Di sinilah noktahnya jasa yang ditabur untuk keluarga

yang baik hati itu. Hafizah tunduk mengambil tas tangan di atas lantai.

Dia mengeluarkan sesuatu dari beg itu dan berdiri tegak. Bahunya diluruskan.

Dia menarik tangan Aishah. Gadis itu mengangguk. Dengan perlahan mereka berjalan

beriringan. Hafizah meletakkan sampul putih di atas mejanya.

“Surat perletakan jawatan, saya tinggalkan atas meja saya,” ujarnya dengan suara

yang tegas dan nyata. Dengan pertolongan Aishah dia berpaling dan berjalan menuju ke

arah Datin Rahimah yang masih duduk memeluk Puan Zaleha. Dengan perlahan, dia

berteleku dan tangan kanan wanita itu diraih lalu dicium.

“Saya minta maaf di atas segala kesalahan saya. Halalkan makan minum saya

selama Datin kenal saya.” Setitis air matanya gugur mengenai tangan Datin Rahimah.

Wanita itu hanya menganggukkan kepala. Dia sendiri tidak mampu hendak

mengutarakan kata-kata. Pilu hatinya melihat ketabahan gadis itu. Kalau ikutkan hatinya,

ingin dirangkul Hafizah dan didakap di dalam pelukan yang kemas. Tapi, dia tidak

berdaya. Namun, jauh di sudut hatinya, dia tahu Hafizah gadis yang cekal. Dia akan

mampu bangkit setelah jatuh tersungkur. Bukankah dia telah membuktikannya selama

ini? Bukankah tanpa ibu bapa di sisi, dia mampu membesarkan adik-adiknya? Dia juga

mampu mengharungi hidup yang mencabar di ibu kota tanpa sedikit pun menggadaikan

maruah dirinya, menjaga agama dan prinsip hidup yang tinggi.

Hafizah cuba hendak meraih tangan Puan Zaleha tetapi wanita itu memalingkan

mukanya. “Saya minta maaf atas apa yang arwah ibu lakukan terhadap keluarga puan.”

Terasa sakit segala sendi di badan ketika Hafizah cuba hendak bangun. Aishah

389

Page 390: Sebab Dikau

sahabat yang setia, terus memapah Hafizah lalu dipeluk erat. Apalah malang nasibmu

wahai sahabat!

Dengan susah payah dan langkah yang perlahan, mereka bergerak menuju ke

pintu. Tiada satu perkataan pun yang keluar dari mulut mereka. Hafizah menyeluk tangan

ke dalam beg dan mengeluarkan beberapa helai tisu dan digunakan untuk mengelap muka

yang comot.

Mereka berhenti di tangga. Hafizah menarik nafas panjang. Tangannya pantas

membetulkan tudung. Walau sakit hatinya, walau sengal setiap sendi di badan, dia tidak

akan menunjukkan kesakitannya pada orang lain. Biarlah deritanya itu hanya disaksikan

oleh Aishah.

Dia berpaling ingin melihat Iskandar buat kali terakhir, tetapi pandangannya di

hadang oleh Aishah. Gadis itu menggelengkan kepala. “Yang sudah, biarlah berlalu.”

Hafizah menganggukkan kepala. Dengan perlahan dia memulakan langkah untuk

menuruni tangga. Langkah pertama. Memulakan hidup baru. Ya Allah! Kuatkan

imankan. Tabahkan hatiku. Namun wajah Iskandar tetap terbayang di mata. Dia akur.

Mungkin di antara mereka tiada perasaan cinta tapi hanya kasih sayang sesama insan.

390

Page 391: Sebab Dikau

33.

“Kau nak balik?” Sudah dua kali dia mendengar pertanyaan yang sama dari mulut

Aishah. Namun, mereka masih tidak bergerak dari situ. Mereka masih lagi duduk di

perhentian bas walaupun di dalam keadaan bergelap. Mujur tiada sesiapa di perhentian

bas itu. Hafizah masih lagi mendiamkan diri. Terlalu banyak yang bermain difikirannya

kala ini, dan pulang adalah perkara yang terakhir yang difikirkan.

“Fiza.” Kali ini bahunya disentuh lembut. “Kau nak beritahu aku apa yang terjadi

sebenarnya?”

Hafizah memandang redup wajah sahabatnya. Sekilas wajah itu dicerahi lampu

kenderaan yang meluncur di jalan besar. Mereka masih lagi duduk di atas bangku batu di

tempat menunggu bas. Langit sudah gelap. Tiada bulan ataupun bintang. Hanya awan

tebal yang menutupi langit dan angin meniup dingin. Sesekali tudung mereka berkibar

ditiup angin yang kuat dan dingin.

“Kau dah dengar semuanya kan?”

Aishah mengangguk.

Hafizah diam. “Itulah ceritanya.” Pipinya terasa ngilu apabila dia cuba untuk

berkata-kata. Kesakitan itu mengundang ingatan lalu. Begitulah sakitnya bila dia

ditampar ayah dahulu. Namun pedihnya tidak sehebat seperti kerabit yang membelah

kulit muka.

“Tapi aku tak faham. Apa kaitannya kau dalam hal ini?”

“Apa yang kau tak faham lagi, Aishah?” Hafizah merenung wajah Aishah.

“Arwah ibu aku adalah wanita simpanan Arwah Encik Osman. Suami Puan Zaleha. Adik

Dato Rosli. Pakcik Iskandar. Bahagian mana yang kau tak faham lagi, Aishah?!”

391

Page 392: Sebab Dikau

Suaranya mula meninggi.

Aishah bungkam. Ya! Bahagian mana yang aku tak faham?! Atau pura-pura tak

faham! “Maafkan aku Fiza, aku bukannya nak menaikkan kemarahan kau.”

Hafizah menundukkan kepala. Bukan salah Aishah! “Aku pun minta maaf, Shah.

Tak sepatutnya aku marahkan kau.” Hafizah mendongakkan kepala memandang langit

yang hitam pekat. “Sesungguhnya Allah itu maha pemurah. Lama sudah aku teringin

hendak berjumpa dengan Puan Zaleha, tak sangka Allah makbulkan permintaan aku ini.”

“Puan Zaleha bertindak tidak adil pada kau!”

“Adil atau tidak, itu bukan urusan kita. Yang penting aku sudah minta maaf pada

dia. Aku dah tak rasa bersalah lagi dan aku harap selepas ini, dia boleh lupakan kisah

lama dan teruskan hidup dia.”

“Habis kau macamana?” Aishah merenung wajah Hafizah. “Dapatkah kau

teruskan hidup kau?”

Hafizah tersenyum hambar. “Aku ada keluarga aku. InsyaAllah, aku dapat

teruskan hidup aku.” Hafizah kembali mengadap langit. “Aku yakin, kejadian ini

semuanya adalah dugaan daripada Allah.” Dia tersenyum dan memandang Aishah.

“Bukankah dalam setiap ujian yang Allah beri, ada ganjaran dan habuan untuk hambanya

yang tabah?”

Hafizah bangun dari bangku. Dia menghulurkan tangan pada Aishah. “Mari balik.

Dah lewat sangat dah ni.”

Aishah memandang Hafizah dengan pandangan berkaca. “Fiza, kau nak kerja kat

mana nanti?”

“InsyaAllah, ada rezeki aku nanti.”

392

Page 393: Sebab Dikau

***

Datin Rahimah mengambil sampul putih di atas meja Hafizah. Dia mengeluarkan

isinya dan helaian kertas putih itu dibaca. Betul. Surat perletakan jawatan. Hafizah!

Hafizah! Bukankah surat itu tadi sudah dikoyak dan dicampak ke bakul sampah. Datin

Rahimah mengerling ke arah bakul sampah di dalam bilik Iskandar. Masih ada lagi

carikan sampul putih itu di situ. Rupa-rupanya gadis itu membuat dua salinan surat

perletakan jawatan. Hmm…

Datin Rahimah berpusing mengadap Iskandar yang masih lagi berdiri di tepi

jendela. Tiada apa yang dapat dilihat diluar hanyalah kepekatan malam yang dihiasi

dengan lampu-lampu dari kedai-kedai berhampiran. Datin Rahimah yakin Iskandar

bukanlah menikmati pandangan malam tetapi kepalanya ligat berfikir.

Keadaan di dalam pejabat itu senyap sunyi. Yang kedengaran hanyalah bunyi alat

pendingin hawa dan sesekali esakan dari Zaleha yang masih lagi duduk di atas sofa di

bilik Dato Rosli merawat hatinya yang luka. Datin Rahimah mengeluh. Dia sudah

menghubungi suaminya dan meminta dia datang ke pejabat secepat mungkin. Dia juga

telah menceritakan serba sedikit tentang apa yang berlaku di pejabat sebentar tadi. Dato

Rosli bimbang dengan keadaan Zaleha dan berjanji akan datang seberapa segera.

Datin Rahimah berjalan merapati Iskandar. Bahu anak sulung kesayangannya

disentuh. Iskandar tersentak. Dia berpaling memandang ibunya. Sampai hati! Sampai hati

Hafizah menipunya sebegitu rupa! Sampai hati gadis itu membohongi dirinya! Dasar

perempuan durjana! Kalau ibunya sundal, apa bezanya pula anaknya?!!

“Is,” seru Datin Rahimah perlahan. “Apa yang Is fikirkan?”

393

Page 394: Sebab Dikau

Iskandar berkalih mengadap uminya. “Sampai hati dia umi. Sampai hati dia tipu

kita semua!” Iskandar mengusap kepala dengan tangan kanan. “Sepuluh tahun dia tipu

kita hidup-hidup. Dia ingat dia boleh tipu kita sampai bila-bila! Itulah orang kata

sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh juga ke tanah!”

“Is tak boleh salahkan dia,” tingkah Datin Rahimah. Tak sanggup dia melihat

anak terunanya tenggelam di dalam amarahnya sendiri.

“Kenapa Is tak boleh salahkan dia? Bukankah mak dia yang menghancurkan

hidup mak long, memporak perandakan keluarga kita. Umi lupa ke? Susahnya umi

hendak menyatukan hubungan keluarga yang putus?!” Iskandar memandang uminya

seperti tidak percaya yang wanita itu masih lagi hendak membela Hafizah.

“Is sedar tak apa yang Is cakap?” Datin Rahimah memandang tajam wajah

Iskandar. “Ibu dia yang bersalah, bukan Hafizah! Lagipun Allah sudah membalas

perbuatannya. Dia sudah meninggal dunia. Nuraina sudah meninggal, Is. Apa lagi yang

kita mahu?!”

“Ah! Ibu dengan anak sama sahaja! Entah-entah si Fiza tu sengaja hendak

menggoda Is. Dia pun nak mengikis harta kita. Memang jenis perempuan yang tidak

sedar diuntung. Perempuan sundal!”

Pang!

Satu tamparan hinggap di pipi Iskandar. Pedihnya tidak terasa dibandingkan

dengan calar di hati kerana ditampar ibu sendiri. Ini pertama kali dia ditampar oleh

ibunya. Iskandar terkesima. Bukan kerana pedih di pipi tetapi kerana tindakan ibunya.

Apa sudah jadi?

“Pernah Hafizah buat tidak senonoh pada kau?! Pernah dia minta benda yang

394

Page 395: Sebab Dikau

bukan-bukan dari kau! Cakap jangan sebarangan Is. Berdosa memfitnah wanita yang

baik. Lagipun umi tidak pernah ajar kau jadi kurang ajar!” Melengking suara Datin

Rahimah memarahi Iskandar.

Iskandar bungkam. Inilah kali pertama dia dimarahi sebegitu oleh uminya. Umi

seorang wanita yang lemah lembut dalam mendidik anak. Dia wanita terpelajar.

“Kenapa umi membela Hafizah? Kenapa umi beriya-iya menangkan Hafizah?!”

“Sebab…”

“Sebab kami sedar, bukan dia yang bersalah.” Suara Dato Rosli memotong kata-

kata isterinya. Dia mendekati Datin Rahimah lalu memeluk wanita itu. “Awak tak apa-

apa?” Soalnya mesra. Isterinya hanya menggelengkan kepala.

Dato Rosli kembali memandang wajah anaknya. “Ayah sudah kenal siapa dia

semenjak hari pertama dia bekerja di sini.”

“Kenapa ayah rahsiakan dari saya?”

“Perlukah ayah beritahu kamu?” Soal Dato Rosli balik.

“Sekurang-kurangnya saya tahu dia siapa. Saya boleh tukarkan dia ke jabatan

lain!”

“Bukankah kamu sudah kenal siapa Hafizah tu? Bukankah kamu tahu dia gadis

yang macamana? Kamu sendiri yang pernah cakap dia gadis baik, berprinsip dan tetap

iman? Apakah kamu tidak tahu menilai?” Dato Rosli memandang tepat wajah anaknya.

“Kalau kamu rasa kamu silap, bermakna kamu sendiri yang tidak pandai menilai.”

Lembut tetapi sinis.

Iskandar diam. Dia tidak mahu bertingkah lidah dengan ayahnya. Walaupun

demikian, hatinya tetap mendongkol. Mengapa dalam soal ini, dia yang harus

395

Page 396: Sebab Dikau

dipersalahkan sedangkan sudah jelas dan nyata bahawa perempuan itu yang menipu?!

Mungkin ayah dan uminya sudah diguna-gunakan seperti Nuraina mengguna-gunakan

pak longnya. Apa ilmu yang gadis itu pakai sehingga ayah dan umi gagal buta dengan

perbuatan gadis itu, dia pun tak tahu!

“Is.” Lembut suara Dato Rosli menyapa. “Ayah dulu pun beranggapan bahawa

Fiza turut bertanggungjawab di atas kematian arwah Osman. “Orang kata di mana

tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi. Begitu juga pendapat ayah. Kalau bapa borek mesti

anaknya rintik. Sayang tanggapan ayah salah sama sekali. Hafizah bukan seperti ibunya,

malah mereka ibarat langit dan bumi. Timur dan Barat.”

“Tapi…”

“Nanti dulu.” Dato Rosli memberi isyarat meminta Iskandar mendengar terus

kata-katanya. “Kamu jangan lupa, ayah kenal setiap ahli keluarga Mahat Ismail. Dari

suami, isteri dan tiga anak, ayah tahu mereka semua.” Dato Rosli menarik nafas panjang.

“Hafizah ikhlas membesarkan adik-adiknya. Dia ikhlas bekerja dengan ayah dan ayah

juga ikhlas menerimanya sebagai kakitangan syarikat ini. Apa yang kedua ibu bapanya

lakukan terhadap keluarga kita, sudah dibalas oleh Allah. Kita harus terima yang ini

semua adalah ujian dari Allah. Perkara yang lalu, biarlah berlalu. Kita kena belajar

memaafkan. Sudah takdirNya arwah Osman meninggal di dalam kemalangan di Karak.”

“Susah Is hendak memaafkan Fiza dan keluarganya. Kalau Is maafkan pun Aiman

tidak akan kembali. Is benci pada Fiza kerana dia merahsiakan semuanya ini dari kita.

Dari Is!” Iskandar menggeleng-gelengkan kepalanya. Dia tidak dapat menerima setiap

butir perkataan yang keluar dari mulut ayahnya kerana dia percaya Hafizah harus

dipersalahkan!

396

Page 397: Sebab Dikau

“Betul. Aiman tak akan hidup semula. Is kena terima kenyataan, Aiman sudah

tiada. Dia bersama Allah. Kita semua akan mati, suatu hari nanti. Itu adalah janji Allah

pada makhluknya. Tapi, Is jangan siksa arwah Aiman macam ni. Tak ada gunanya kita

meratapi orang yang sudah tiada. Apa yang penting, kita sedekahkan doa, supaya rohnya

ditempatkan bersama orang-orang yang saleh.” Dato Rosli menepuk-nepuk bahu

Iskandar.

“Dan, tak ada gunanya Is siksa jiwa Is dengan dendam macam ni. Lama kelamaan

Is juga yang akan merana.”

“Is.” Suara ibunya pula menyapa. “kalau ayah dan umi dapat maafkan keluarga

Fiza, kenapa Is tak boleh?” Datin Rahimah merayu.

Iskandar merenung sayu wajah uminya. Bukan dia tidak mahu, tetapi hatinya

masih tidak dapat menerima kenyataan itu. Apatah lagi, dia hampir sedia untuk

menyerahkan jiwa dan raganya pada Hafizah. Dia terasa seperti dipermain-mainkan oleh

Hafizah.

Apa akan jadi sekiranya dia memberikan segala kepercayaannya pada gadis itu?

Adakah suatu hari, gadis itu akan mengikut jejak langkah arwah ibunya dan mencari

lantas menjerat lelaki lain? Ah! Dia tidak rela memikirkan apa yang bakal terjadi

sekiranya dia memberikan seratus peratus kasih dan kepercayaannya kepada Hafizah.

“Umi, sepatutnya umi tanya soalan tu pada mak long, bukan pada saya.” Iskandar

berdiri tegak. “Saya tidak ada kena mengena dengan keluarga perempuan itu. Tapi, untuk

memaafkan Hafizah kerana membohongi saya, berdusta tentang dirinya, tidak sekali-kali.

Bagi saya Hafizah Mahat tidak wujud, yang ada cuma mimpi ngeri sahaja!” Iskandar

terus berjalan meninggalkan ayah dan uminya yang masih lagi berdiri di jendela. Dia

397

Page 398: Sebab Dikau

berjalan merapati mak longnya. Tangan wanita itu diusap lembut lantas wanita itu

dipeluk erat.

Datin Rahimah memandang wajah suaminya dengan pandangan yang memilukan.

“Saya tidak sangka keras betul hati Iskandar, bang.”

“Bagi dia sikit masa lagi,” Dato Rosli memujuk. “Hatinya sakit bukan sebab

perbuatan Nuraina sahaja, tapi dia kecewa kerana dia rasakan Hafizah, perempuan yang

sangat dipandang tinggi itu menipu dia. Tidak berterus terang tentang latar belakangnya.

Itu yang dia tidak boleh terima. Dia rasa Hafizah tidak jujur.”

“Tapi, itu bukan salah Hafizah. Salah kita juga sebab tidak beritahu dia siapa

Hafizah yang sebenarnya. Siapa keluarga dia yang sebenarnya,” ujar Datin Rahimah lagi.

Air matanya terus gugur membasahi bahagian dada kemeja yang dipakai suaminya.

“Salah saya juga, bang!”

“Bukan salah awak, sayang. Bukan salah sesiapa. Ini takdir Allah!”

“Saya yang salah, bang.” Datin Rahimah memandang wajah suaminya dengan

pandangan berkaca. “Saya tidak merestui perhubungan Is dengan Fiza. Saya sendiri tidak

sanggup menerima kehadiran Hafizah dalam keluarga kita. Kalau ibunya tidak sanggup,

macamana anaknya hendak menerima keadaan ini?”

Dato Rosli memeluk erat isterinya. “Sabar sayang. Terimalah ini ketentuan

dariNya.”

“Imah jugak yang pujuk Nurul Huda, suruh dia cari Is bila saya tahu dia sudah

bercerai dengan suaminya. Imah yang tak rela, bang. Imah yang takut kalau Is jatuh cinta

dengan Fiza!” Suara Datin Rahimah sudah tersekat-sekat menahan sendu di dada.

“Imah… Imah. Ini bukan salah awak. Mana kita nak sangka yang Fiza akan

398

Page 399: Sebab Dikau

bekerja dengan kita atau Is akan jatuh hati pada Fiza. Bukan kita nak sangka juga yang

Zaleha akan kembali pada keluarga kita,” ujar Dato Rosli, terus memujuk.

“Macamana pula dengan Fiza, bang? Apa kita nak buat dengan dia? Kesian Imah

tengok dia dipukul Zaleha.”

Dato Rosli merenung dalam wajah isterinya. “Pukul? Astaghfirullah al azim! Tak

cukupkah penderitaan yang dia lalui selama ini. Dipukul pula oleh Zaleha. Kasihan budak

tu.”

“Macamana sekarang, bang?” Tanya Datin Rahimah lagi. Fikirannya buntu

mencari penyelesaian setiap permasalahan. Mana hendak memujuk Iskandar,

menenangkan Zaleha dan membantu Hafizah. “Takkanlah kita nak biarkan dia macam tu

saja. Imah rasa bertanggung jawab tentang apa yang berlaku tadi.”

“Kita carikan dia kerja di tempat lain. Nanti abang tanya kawan-kawan abang kot

kalau ada kerja kosong di tempat mereka,” jawab Dato Rosli.

“Abang rasa dia akan terima pertolongan kita ke? Abang rasa dia akan maafkan

kita ke?”

Dato Rosli menggelengkan kepala. “Abang tak tahu. Tapi, kita boleh cuba pujuk

dia. Dia pun kena bekerja untuk menyara adik-adiknya.”

“Bila abang nak jumpa dia?”

“Kita beri dia satu dua hari. Bagi dia bertenang dulu. Lepas tu, baru kita bincang

apa yang perlu kita buat untuk tolong dia.” Dato Rosli mengucup pipi isterinya dengan

penuh kasih sayang. “Imah, sabar ye?”

Datin Rahimah mengangguk lemah. Dia memalingkan muka memandang

Iskandar yang masih memeluk erat mak longnya. Dapat dilihat betapa kasihnya Iskandar

399

Page 400: Sebab Dikau

pada Zaleha. Mungkin jarak waktu sepuluh tahun yang memisahkan mereka membuatkan

rindu dan kasih Iskandar membuak-buak terhadap mak longnya. Apatah lagi dia tahu

penderitaan yang dialami oleh Zaleha semenjak arwah Osman lari bersama Nuraina.

Betapa hancur luluhnya hati wanita itu apabila selang beberapa minggu kematian

suaminya, anak tersayang pula pergi selama-lamanya.

Datin Rahimah juga faham akan perasaan Iskandar kala itu. Anak sulungnya keras

hati. Walaupun jarang sangat memberontak, tetapi lelaki itu berpegang teguh dengan

pendiriannya. Tidak seperti Zulkarnain yang suka bertegang urat dan lantang

mempertahankan apa yang dianggap betul, namun kadang-kadang pendiriannya boleh

goyah.

Sebaliknya, Iskandar lebih suka memendam rasa. Tapi, dalam diam itu

Iskandarlah yang paling kuat pendiriannya. Tidak boleh digoyang, tidak boleh dipangkas.

Kalau hitam katanya, hitamlah sampai kiamat. Kalau putih, itulah yang akan

dipertahankan, biar nyawa putus dari badan. Dan dalam keadaan ini, sekiranya dia

percaya yang Hafizah sudah menipu dan membohonginya, tiada ada kata-kata yang dapat

menyangkal pendapatnya. Ceritalah kebaikan wanita itu sampai berbuih pun, dia tidak

akan dengar. Hanya dia sendiri yang boleh mengubah pendiriannya. Hanya dia seorang

yang boleh menukar hitam menjadi putih dan putih menjadi hitam di dalam kamus

hidupnya.

Datin Rahimah mengeluh panjang. Dia berdoa pada Allah supaya dilembutkan

hati anak sulungnya. Supaya dendam yang baru bercambah di hati, layu segera. Supaya

dia dapat memaafkan Hafizah dan yang paling penting supaya dia dapat memaafkan

dirinya sendiri.

400

Page 401: Sebab Dikau

Untuk mengharapkan Iskandar menjalin kembali persahabatan dengan Hafizah,

itu adalah perkara mustahil, tetapi Datin Rahimah berharap sangat-sangat supaya

Iskandar dapat menilai kebaikan gadis itu dan menerima yang setiap apa yang terjadi

pada keluarga mereka, bukan salah Hafizah.

Seperti Iskandar, Hafizah juga adalah mangsa yang tersepit ditengah-tengah

konflik di antara Zaleha, Osman dan Nuraina. Ah! Zaleha. Satu jasad yang masih

diselubungi kenangan-kenangan lama. Masih menaruh dendam pada roh yang tiada.

Datin Rahimah menyembamkan mukanya ke dada suaminya. Air matanya terus

merembes keluar, ibarat empangan yang pecah.

401

Page 402: Sebab Dikau

34.

Dua hari Hafizah mengurungkan diri. Tidak sekali dia menginjak keluar dari pintu

rumahnya. Biarlah. Dia tidak bersemangat hendak menyambut hari-hari yang mendatang.

Terlalu banyak perkara yang bermain di fikirannya. Makan pun dia tiada selera. Setakat

roti dan biskut sahaja untuk mengalas perut, itupun bila perutnya sudah mencucuk-cucuk

kerana lapar.

Hafizah menuangkan air teh O yang sudah sejuk ke dalam cawan. Perutnya sudah

senak dek tidak diisi semenjak pagi tadi. Semalam tidaklah terlalu lapar seperti hari ini

kerana Aishah ada menemankan. Gadis itu sungguh prihatin.

Sejak pagi, dia yang menguruskan Hafizah. Dari pagi, dia yang turun membeli

sarapan. Empat keping roti canai dibelikan. Untuk buka selera, katanya. Tapi, setelah

puas dipujuk, hanya setengah keping sahaja yang dapat melepasi tenggorok lalu masuk

ke perut yang sudah separuh berisi angin.

Hafizah membuka tudung saji. Dua setengah keping roti canai masih lagi terletak

di dalam piring. Dia menekan dengan tangan. Sudah keras. Dia tahu Aishah ada

memanaskan roti canai itu petang samalam. Entah elok lagi atau tidak. Dicuil sedikit lalu

di masukkan ke dalam mulut. Perlahan-lahan dia mengunyah roti canai itu. Hmm.. boleh

di makan lagi tapi rasanya sudah tidak sedap. Entah. Samada memang roti itu sudah tidak

enak dimakan atau tekaknya yang menolak semua jenis makanan.

Aishah pulang pagi tadi. Dia tidak bekerja semalam. Malah gadis itu berikrar akan

menghantar surat perletakan jawatannya dalam masa terdekat. Hafizah membantah niat

Aishah.

“Takkanlah sebab aku kau nak berhenti kerja. Jangan Shah. Kau kerjalah di

402

Page 403: Sebab Dikau

syarikat Dato Rosli tu. Kesian Sandy. Susah dia nak buat kerja seorang-seorang,” pujuk

Hafizah ketika gadis itu menyuarakan hasratnya, semalam. Walaupun fikirannya

bercelaru, dia masih boleh berfikir dengan waras, apatah lagi sekiranya Aishah

mengambil keputusan terburu-buru yang boleh memudaratkan diri di kemudian hari.

“Tak payah susah-susah nak fikirkan hal orang. Sandy banyak pembantu. Kalau

tak cukup, biar Dato Rosli cari orang gantikan aku. Aku tak nak kerja di situ lagi lepas

tengok perbuatan Iskandar pada kau!” Aishah memasamkan muka.

Hafizah tersenyum hambar. “Dia cuma bertindak macam tu sebab dia rasa aku

dah khianati kepercayaan dia. Dia ingat aku dah bohong dia.”

“Aku tak faham betul dengan sikap dia!” Aishah meluahkan apa yang terbuku di

hati. “Kenapa yang dia marah sangat kat kau, sedangkan peristiwa antara arwah ibu kau

dan arwah Osman itu dah sepuluh tahun berlalu. Apa kena mengena pula dengan dia?

Kenapa dia yang marah sangat kat kau?”

“Mungkin dia susah nak maafkan arwah mak aku. Lagipun dia tak sampai hati

tengok makciknya menderita. Dahlah kehilangan suami, anak pula meninggal dunia tidak

lama lepas tu. Itu agaknya penyebab dia marahkan aku sangat,”balas Hafizah perlahan.

Lemah sahaja nada suaranya seperti orang yang tidak bermaya.

“Habis? Kau tak menderita? Kaulah yang lebih kena tempiasnya akibat perbuatan

arwah emak kau. Dia tak fikir ke itu semua?” Aishah mendengus.

“Sekurang-kurangnya mak longnya masih tidak ada masalah hendak menjalani

hidup dia. Kau? Kau pula terpaksa bertungkus lumus hendak membesarkan adik-adik.

Kau korbankan masa remaja kau, kau korbankan cita-cita untuk diri kau sendiri semata-

mata untuk pastikan keluarga kau hidup.” Aishah berhenti. Dia menarik nafas dalam.

403

Page 404: Sebab Dikau

Terasa kontang paru-parunya akibat berbicara di dalam keadaan hatinya yang membara

dek mengenangkan perbuatan Iskandar pada sahabat baiknya.

“Kau yang berhak dikasihankan, Fiza.” Suara Aishah mula kendur. “Kau yang

patut dikasihankan.”

Hafizah tersenyum hambar mendengar bicara sahabatnya. “Aku tak boleh makan

hanya dengan kasihan aje, Shah.” Dia cuba melawak.

Aishah hanya menyambut dengan senyuman yang tawar juga. “Oleh sebab itu,

sebagai sahabat yang sangat setia, aku pun akan turut meletak jawatan. Apa nak jadi

dengan syarikat tu, jadilah. Aku tak mahu ambil tahu!”

“Kalau kau berhenti, kau nak kerja kat mana?” Pujuk Hafizah lagi.

“Kau tak tahu ke?” Aishah mengangkat kening. “Kan ke mak bapak aku orang

kaya. Orang kaya pencen. Tak payah susah-susah aku nak kerja.” Dia ketawa.

“Lagipun…”

“Lagipun apa?”

Allah! Serba salah pula Aishah hendak memberitahu sahabatnya. Dia memandang

wajah Hafizah. Gadis itu hanya senyum kepadanya. Perlukah diberitahu? Ah! Rahsia pun

lama-lama, terbongkar juga.

“Lagipun, Zaid sudah ajak aku kahwin. Dia hendak masuk meminang dalam

waktu terdekat ni.” Perlahan sahaja dia menghamburkan kata-kata.

Hafizah tersenyum. “Alhamdulillah!” Beruntung kau wahai sahabat. Sekurang-

kurangnya antara kita berdua, kau masih boleh gembira. “Jangan lupa jemput aku. Tapi,

aku tak nak buat bakul pastri lagi,” ujar Hafizah. Dia tersenyum hambar. Ah! Bakul

pastri. Sebut aje, sudah mengundang kenangan lalu.

404

Page 405: Sebab Dikau

Hafizah terkenangkan saat dia bersengkang mata menguli tepung untuk dibuat

bakul pastri pada hari pertunangan Zulkarnain. Teringat akan perasaan bangga yang

terpancar di wajah Iskandar apabila dia dipuji mempunyai anak buah yang cekap dalam

soal membuat gubahan oleh jemputan yang hadir hari itu. Ah! Itu semua hanya tinggal

kenangan. Sudah menjadi lipatan sejarah dalam hidupnya.

“Esok aku balik sekejap ye Fiza. Aku ambil baju. Petang esok aku datang

temankan kau lagi,” pujuk Aishah. Dia memeluk sahabatnya. Perasaannya kini

bercampur baur. Dalam duka mengenangkan nasib sahabatnya, dia berasa gembira yang

teramat sangat. Zaid akan meminangnya. Dia bakal menjadi isteri orang. Rasa tidak

sabar-sabar pula menantikan kedatangan rombongan meminang dari pihak Zaid.

Pagi itu Aishah ada menawarkan diri untuk membeli sarapan Hafizah, tetapi gadis

itu menolak. Tak ada selera katanya. Itulah jual mahal. Sekarang perutnya yang

mencucuk-cucuk minta diisi, tapi selera pula tiada. Hafizah meneguk air teh O. Cebisan

roti yang dikunyah lumat turun bersama-sama air teh O nya. Terasa sendat kerongkong

apabila makanan bercampur air menuruni menuju ke perut. Kenyang.

Entah berapa lama agaknya dia duduk merenung cawan teh yang sudah tidak

bersisa tapi yang pasti, kakinya sudah penat duduk bersimpuh. Hafizah meluruskan kaki

yang sudah terasa semut-semut. Kenapalah aku jadi macam ni? Matanya kini meliar

memandang setiap sudut di ruang tamu rumahnya. Rumah itu juga terasa sunyi yang amat

sangat. Kenapalah aku jadi begini?! Soalan itu bertalu-talu menyesak di dalam mindanya.

Ya! Kenapa aku jadi begini?! Menjadi manusia yang sangat lemah! Meratapi nasib tak

sudah-sudah! Mana perginya semangat aku yang kental?

Mana perginya jiwa aku yang tabah?! Ya Allah! Dulu emak kalah kerana seorang

405

Page 406: Sebab Dikau

lelaki. Dan lelaki pula kalah kerana nafsunya! Kini, aku pula yang akan kalah kerana

seorang lelaki juga?! Dan lelaki itu… lelaki itu kalah dengan nafsu amarahnya. Hafizah

meraup muka. Ya Allah! Berikanlah aku kekuatan!

Hafizah meraba pipinya yang ditampar bertalu-talu oleh Zaleha. Sudah surut

sedikit sakitnya. Dia tersenyum hambar. Sudah lama tidak merasa sakit begitu rupa.

Hafizah sudah lupa bagaimana sakitnya kulit ditampar, lemahnya lutut bila disebat,

bingitnya telinga mendengar hamburan caci maki. Padahal dulu itulah makanan jiwanya.

Caci cerca begitu laju menerobos cuping telinganya. Walaupun jarang disepak terajang,

namun sesekali pernah jua dia merasa.

Dari situ, Hafizah belajar untuk melawan. Puas dia menerima penderaan mental

dan fizikal. Dia tidak mahu menjadi mangsa lagi. Dia belajar membiarkan caci maki

meluncur laju antara sepasang telinga tanpa mengambil sedikit pun untuk diproses di

dalam otaknya. Dia juga belajar mengelak dari mencari peluang disepak atau diterajang.

Sekali dia ditampar, tanpa segan silu dia akan membalas balik. Dia belajar untuk tidak

membiarkan dirinya dianiaya. Dia belajar melawan!

Tapi, entah mengapa, dia gagal melawan apabila diasak oleh Zaleha. Mungkin

kerana faktor usia atau mungkin kerana dia sendiri sentiasa terbenam di dalam perasaan

bersalahnya. Bukan usia Zaleha. Dahulu dia melawan tidak kira siapa yang berani

menjolok amarahnya. Tua, muda, lelaki perempuan, semua dibelasah sama rata. Tapi,

dengan Zaleha, dia tidak begitu. Dia rasa bersalah atas perbuatan ibunya. Juga, kerana

rasa hormat yang tidak terhingga terhadap Datin Rahimah. Atau… kerana Iskandar. Ya,

rasanya kerana Iskandar. Bukan kerana tidak sanggup berkurang ajar di hadapan lelaki

itu, tetapi tidak sanggup menatap wajahnya yang menyedari siapa dirinya sebenarnya.

406

Page 407: Sebab Dikau

Hafizah melepaskan nafas panjang. Mengapalah dia lemah sangat? Mungkin

kerana lelaki itu adalah lelaki yang pertama berjaya mengetuk pintu hatinya. Mungkin

juga lelaki itu orang yang pertama berjaya membuatkan dia bahagia. Hafizah

menyandarkan badan ke dinding. Dia yang mencari masalah sendiri, melayan perasaan

yang tidak bersambut. Bodoh! Dia menyumpah di dalam hati. Bila difikir-fikirkan balik,

memang dia yang perasan sebenarnya. Memang dia seorang saja yang bermain asmara.

Gila! Main cinta seorang diri!

Sepanjang mereka berkenalan, tidak pernah Iskandar melayan dia sehingga

melampaui batas sebagai seorang sahabat mahupun antara majikan dan pekerja. Apa yang

dibuat juga hanyalah atas dasar belas ihsan jua. Tidak pernah lelaki itu meluahkan kata-

kata cinta dengan dia. Tidak pernah lelaki itu menjanjikan masa depan bersama, apatah

lagi bulan bintang untuk penyeri ikatan! Jika ada ungkapan yang diluahkan pun hanya

atas dasar mengusik. Tidak serius!

Aku memang perasan. Itulah, orang tidak pernah bercinta. Tidak pernah merasa

nikmatnya menerima balasan kasih yang dihulur pada kaum Adam.

Hafizah meraba lagi pipinya yang masih terasa sedikit sengal. Ini semua akibat

perbuatan bodoh aku. Gagal mengawal emosi sendiri. Nah! Percuma mendapat tamparan

demi tamparan dari Zaleha!

407

Page 408: Sebab Dikau

35.

Jeritan Nuraina berdesing. Mungkin boleh di dengar sebatu jauhnya. Jeritannya

bersusulan dengan balingan kaca ke dinding. Pecah berderai. Kedengaran pula suara

Mahat meningkah. Malam yang kian tua menyebabkan rumah mereka menjadi tumpuan

penduduk mendengar “drama setempat”. Tidak kira jam berapa,kalau syaitan sudah

merasuk, berperanglah antara mereka berdua.

Ibu bapa Hafizah bergaduh lagi tapi lain macam sungguh bunyinya kali ini.

Terdengar pula jeritan Hafifi di antaranya. Apa sudah jadi?

Hafizah melajukan langkah. Berdecap-decap bunyi kasut terjerlus di dalam

becak. Hujan lagi petang tadi. Lebatnya sehingga mengakibatkan banjir di beberapa

tempat di sekitar Kuala Lumpur. Apabila sudah banjir, jalanraya turut sesak kerana ada

jalan-jalan yang tidak dapat dilalui kerana dinaiki air.

Hafizah adalah antara ribuan mangsa kesesakan petang tadi. Berjam-jam dia

berdiri di dalam bas yang tidak bergerak langsung lantaran jalan dinaiki air. Hendak

diredah takut, air dalam dan deras. Hendak tak hendak terpaksalah dia dan semua

penghuni bas Leng Seng berwarna merah menunggu dengan sabar menyedut udara

masam dan berpeluh menunggu isyarat dibenarkan meneruskan perjalanan dari polis-

polis trafik yang dikejarkan ke tempat-tempat terbabit untuk membantu seberapa daya

yang termampu. Inilah perang zaman moden. Antara alam dan manusia.

Hafizah terus berlari. Kasut berselut tidak diendahkan. Hatinya digamit rasa

risau. Apa sudah jadi? Jiran-jiran yang lain juga menonjolkan kepala ke luar tingkap.

Masing-masing tertanya-tanya apa yang sudah berlaku. Bukan tidak biasa mendengar

jeritan pasangan suami isteri itu tapi kali ini memang lain macam sungguh bunyinya,

408

Page 409: Sebab Dikau

begitu serius. Sudah perang dunia ke tiga kah? Iya, apa sudah jadi?

Hafizah terus berlari menuju ke pintu rumah. Terhuyung hayang beg yang

digalasnya mengikut alunan rentak kaki yang pantas. Nyaris dia tergelincir, tapi tubuh

mudanya yang ringan mampu membetulkan rentak kaki dan mengelak dari menyembam

bumi yang basah.

“Fiza!”

Sekilas Hafizah menoleh memandang Makcik Farah yang kelihatan gusar berdiri

di hadapan pintu rumahnya.

“Fiza! Masuk sini, nak.”

Tanpa memperdulikan permintaan Makcik Farah, tombol pintu rumahnya dipulas

pantas. Tidak berkunci! Berdentam daun pintu bersalut papan plywood terhempas ke

dinding.

Alangkah terperanjatnya di lihat keadaan rumah yang berantakan. Matanya liar

memandang sekeliling ruang tamu yang bersambung terus ke dapur. Segalanya

berselerakan. Bukan setakat barang perhiasan rumah yang punah ranap, malah kain

baju juga turut berselerakan di merata-rata tempat. Hebat sungguh pertengkaran kali

ini!

Jeritan, pekikan antara ayah dan ibunya nyaring hampir memecahkan

gegendang telinga. Hafizah memejamkan mata. Dengan jeritan nyaring sebegitu, pelik

juga tiada sesiapa di antara mereka yang mengalami masalah pendengaran!

Nafas Hafizah turun naik dengan laju. Dia cuba mendengar antara kebisingan

dua mulut yang menyumpah seranah antara satu sama lain, namum dia tidak dapat

menangkap biji butir pertengkaran mereka. Hafizah mencari adiknya. Hafifi berdiri kaku

409

Page 410: Sebab Dikau

di tengah-tengah ruang tamu.

“Kenapa ni?!” Pertanyaan Hafizah hampir tenggelam antara jerit pekik

pertengkaran ibu bapanya.

Tanpa menanggalkan sepatu, dia terus meluru dan melutut memeluk Hafifi yang

terpaku. Tangannya pantas mengelus rambut adiknya. Kenapa lain benar adiknya hari

ini? Bukan dia tidak biasa mendengar pertengkaran ibu bapanya, tapi hari ini lain

benar! Terkaku ibarat seperti orang trauma!

“Aku nak keluar dari sini! Kau mesti ceraikan aku!” Melengking suara Nuraina.

Sekilas dia memandang Hafizah yang baru tiba dan memeluk Hafifi. Ada sinar kebencian

di matanya.

“Pergi mampus! Kau fikir aku akan senang-senang ceraikan kau! Perempuan

sundal!” Bergema pula suara Mahat membidas.

“Aku tak sanggup lagi hidup dalam neraka jahanam ni!”

Mahat ketawa besar. “Neraka?” Wajah isterinya ditenung tajam “ Kau tahu apa

neraka? Kau mati pun nanti masuk neraka juga!”

“Aku tak kira! Kau tak boleh halang aku lagi!. Aku nak keluar dari rumah ini!”

Suara Nuraina meninggi. Dia berpusing untuk mengambil beg yang terletak di tepi pintu,

tapi lengannya cepat di tarik oleh Mahat.

“Kau ingat, aku senang-senang nak lepaskan kau macam tu aje?” Dia menarik

Nuraina rapat padanya. Memaksa wanita itu menentang bebola matanya yang merah

menyala.

“Apa kau nak?!”

“Bodoh!” Mahat meningkah. “Duitlah! Aku mahu duit!”

410

Page 411: Sebab Dikau

“Aku mana ada duit! Kau dah ambil semuanya. Satu sen pun aku tak ada duit!!”

Nuraina menjerit. Tangannya direntap dari pegangan Mahat.

“Bukan ke boyfriend kau tu banyak duit.” Mahat tiba-tiba ketawa. “Kau jangan

ingat aku tak kenal boyfriend kau tu. Yang selalu supply duit kat kau! Aku kenal siapa

dia! Orang kaya! Ada syarikat sendiri!”

“Dia bukan boyfriend aku! Dia cuma regular customer aku. Kau kalau nak duit

dia, kau mintalah sendiri!” Nuraina menafikan. Namun ada getaran di akhir ayat.

Mahat ketawa besar. Kau bodoh Nuraina! “Kau ingat aku tak kenal siapa dia?!

Kau ingat aku tak tahu, duit yang selalu kau bagi kat aku itu, duit dia? Kau bodoh Aina!

Aku tahu pasal boyfriend kau tu!”

Nuraina tergamam. Mahat tahu pasal Osman?!

Mahat ketawa lagi. “Kau ingat cukup ke duit yang kau bagi kat aku tu? Kalau

boyfriend kau tak bagi kat aku, mungkin aku dah jual anak-anak kau ni!” Jarinya

menunding ke arah Hafifi.

Hafizah tergamam. Sudah gila agaknya ayahnya itu, kalau sudah sampai mahu

menjual anak sendiri untuk bekalan dadahnya!

“Jadi, selama ini kau peras Osman?! Kau minta duit dari dia?!”

Mata Mahat yang merah, menikam anak mata Nuraina. Ada sinar kepuasan di

situ. Baru perempuan itu sedar, dia tahu segala tindak tanduk isterinya. Demi untuk

bekalan dadah, dia sanggup buat apa sahaja! Termasuk memeras kekasih hati isterinya.

Mungkin apabila keadaan dirasakan terdesak, dia sanggup menjual anak-anaknya

sendiri!

Nuraina telan air liur. “Kau sudah gila Mahat! Kau sudah hilang akal!!” Dia

411

Page 412: Sebab Dikau

menjerit. Dia pantas memegang beg bajunya.

“Mana duit aku!!”

Nuraina memejamkan mata. Dia mengeluh. “Kalau kau lepaskan aku, aku akan

pastikan kau dapat bayaran yang setimpal.”

Mahat tersenyum nipis. “Ingat, aku kenal siapa kekasih kau. Bukan susah nak

cari dia. Kalau kau sayangkan dia, kau bayar aku, kalau tidak nyawa budak-budak ni

jadi taruhan.”

Sekali lagi Hafizah terasa seperti jantungnya bergegar apabila mendengar

perkataan yang keluar dari bibir lelaki yang dipanggil ayah itu. Ini rupanya intipati

pertengkaran mereka, fikirnya. Yang penting adalah wang manakala anak-anak ini yang

terhasil dari penyatuan seorang suami dan seorang isteri ini dianggap sebagai beban?

Hina sungguh kah mereka adik beradik? Sehingga nyawa mereka sudah menjadi tidak

berharga lagi? “Biar saya jaga semua!”

Pertengkaran kedua ibu-bapanya terhenti. Masing-masing memandang Hafizah

yang masih lagi memeluk Hafifi yang masih lagi tersedu sedan. Mukanya yang comel

menjadi comot dek air mata yang merembes menuruni pipi yang gebu.

“Kalau mak dengan ayah tidak mahu jaga adik-adik, biar saya yang

bertanggungjawab. Tak perlu bertengkar. Buat malu dengan jiran-jiran sebelah rumah

sahaja!” Hafizah bersuara keras. Meluat sungguh dia melihat pertengkaran ibu dan

bapanya yang seperti tidak ada kesudahannya itu.

“Ha! Selesai masalah awak. Tak perlu jaga budak-budak. Awak bolehlah

teruskan aktiviti menghisap dadah awak tu!” Jerkah Nuraina sambil memeluk tubuh. Dia

memandang tajam wajah lelaki yang masih lagi bergelar suaminya yang sah.

412

Page 413: Sebab Dikau

“Dan kau senanglah pergi menyundal dengan lelaki tu! Aku tak kira! Kalau kau

nak bercerai dengan aku, bayar aku sekarang!” Mahat merenung tajam wajah isterinya.

Kepalanya mula terasa berdenyut-denyut dek kemarahan yang amat sangat dan juga

kerana sudah masanya dia mengambil serbuk putih yang sudah menjadi “makanan ruji”

setiap hari.

“Kau jangan mengada! Aku tak mahu diaorang! Kau ambil semuanya!” Nuraina

berpusing kembali. Tangannya pantas mencapai beg besar di tepi pintu lalu ditarik

keras.

Mahat kembali menarik lengan Nuraina. Wanita itu terjerit sakit. Melengking

suaranya. Sekali lagi tubuh wanita itu ditarik rapat ke badannya. “Kau lupa Aina! Kau

lupa janji kau!”

“Kau yang lupa diri, Mahat! Kau yang lupa janji! Aku tak sanggup lagi hidup tak

berhaluan dengan kau!”

Mata Nuraina ditenung tajam. Berpinar-pinar kepalanya. “Dulu, kau sanggup

tinggalkan keluarga kau semata-mata cintakan aku! Sekarang mana cinta kau Aina?!

Mana?!”

“Kau tanya aku?” Nuraina tiba-tiba ketawa. “Kau tak cintakan aku! Kau

sekarang sudah ada buah hati yang kau tak boleh tinggal. Serbuk putih tu! Heroin!”

Nuraina merentap tangannya dari cengkaman Mahat. Wajah suaminya dipandang

dengan penuh meluat. “Kalau tak kerana Hafizah! Aku tak akan kahwin dengan kau!!”

Hampir berhenti berdegup jantung Hafizah mendengar kata-kata ibunya. Dengan

perlahan dia berdiri. Wajah wanita yang dipanggil emak ditenung dalam.

“Apa maksud mak?” Perlahan pertanyaan itu keluar dari mulutnya. Asing dan

413

Page 414: Sebab Dikau

janggal sekali perkataan itu keluar. Jarang sekali dia memanggil wanita itu emak.

Apatah lagi untuk berbual sesama mereka.

Nuraina berkalih mengadap anak sulungnya. Di jeling pula Mahat yang diam

membantu. Hanya dadanya turun naik menyedut oksigen memenuhi ruang paru-paru

yang kontang. “Kau anak haram, Fiza!”

Berderau darah Hafizah mendengar ayat yang keluar dari mulut ibunya. Tenang

tetapi berduri. Apa maksud wanita itu? Bukankah tertulis di dalam surat beranaknya,

Nuraina Abdul Latif adalah ibunya dan Mahat Ismail pula ayahnya? Sandiwara apakah

yang mereka mainkan?

“Ayah kau rogol aku sampai aku mengandungkan kau!” Nuraina berpaling

mengadap lelaki yang dipanggil suami selama tujuh belas tahun itu. “Sebab kau nakkan

aku, tak mahu aku jatuh ke tangan orang lain, kau rogol aku Mahat! Kau rogol aku!

Jantan lahanat!” Matanya mula berair tapi ditahan supaya tidak mengalir turun. Tidak

mahu menunjukkan kelemahan di mata lelaki itu. Penat dia sudah penat hendak

berkongsi segala-galanya dengan lelaki bergelar suami itu. Bukan setakat tubuhnya

menjadi hamba kerakusan nafsu, kini tenaganya diperah pula. Untuk apa? Untuk dia

membeli bekalan serbuk putih yang mengkhayalkan itu!

Nuraina kembali berdiri tegak. “Aku nak bercerai dengan kau. Aku akan pergi

jabatan agama esok untuk failkan cerai. Kau jangan nak mengada-ngada. Ingat! Kau

penagih dadah! Senang aku nak minta fasakh!”

Tiba-tiba Mahat ketawa dengan kuat. “Pandai kau sekarang? Dah kenal fasakh.

Kalau tidak selalu gaduh guna ayat cerai aje! Sekarang dah pandai guna perkataan

fasakh!”

414

Page 415: Sebab Dikau

Mahat meluru lalu mencengkam kolar baju blaus berbunga besar jarang yang

menampakkan coli hitam yang dipakai Nuraina. “Siapa ajar kau, hah?! Lelaki itu ke?

Boyfriend kau tu? Osman?!” Matanya yang merah seperti kerasukan syaitan itu

merenung tajam wajah isterinya. Tangannya yang masih sasa mencengkam leher

Nuraina.

Bulat mata Nuraina memandang Mahat. Dia kesakitan kerana tekaknya ditekan

kuat oleh jari-jari Mahat. Dia tidak boleh bernafas! Ah! Mati aku!! Matanya kini

terkelip-kelip cuba melawan tanda hitam yang menghalang penglihatannya. Paru-

parunya terasa seperti hampir terbakar akibat kekurangan oksigen. Degupan jantungnya

pula menjadi laju, cuba mengepam sisa-sisa oksigen ke dalam pembuluh-pembuluh

darah di dalam badan.

Tiba-tiba cengkaman tangan Mahat terbuka. Nuraina terjelepuk di tepi dinding.

Hidungnya kembang kempis menyedut udara dengan rakus. Mengisi paru-paru yang

terlalu dahagakan oksigen. Mengumpul kudrat yang hilang akibat dicekik Mahat.

Hafizah yang terpaku, turut terkebil-kebil umpama tersedar dari sebuah khayalan

yang panjang. Matanya memandang dan perlahan-lahan memfokus kejadian di hadapan

matanya. Fizi! Entah dari mana datangnya adiknya itu, dia terus meluru dan menarik

lengan bapanya sekaligus meleraikan cengkaman dari tengkuk Nuraina.

Mahat bertempik dengan kuat. Suara garaunya membelah keheningan yang

seketika. Memang sudah ibarat kerasukan syaitan, Mahat menolak kuat pelukan Hafizi.

Dum! Satu tendangan mengenai tubuh Hafizi. Remaja yang masih berbaju sekolah

terperosok di bucu dinding.

Hafizi mengerang kesakitan. Kepalanya terhentak kuat ke dinding kayu

415

Page 416: Sebab Dikau

menyebabkan kepalanya rasa bergegar. Matanya terpejam rapat sambil tangan menekan

perut yang senak ditendang Mahat. Apalah kudrat dia, remaja kurus berdepan dengan

seorang lelaki yang sasa!

Mahat mendengus. Apa yang dilihatnya seorang remaja yang terperosok

terlentang di bucu dinding. Bukan anaknya! Bukan Hafizi! Dia tidak kenal remaja itu!

Dahinya berkerut. Telinganya mendengar bisikan-bisikan yang menyuruh dia

“menghabiskan” si remaja.

“Pukul habis je, bang! Bagi mati sama dia!” suara itu membisik. Mahat

menggelengkan kepala.

“Apa tunggu lagi, bang! Pandai-pandai campur tangan, siapa suruh?!”

“ Hidup pun susahkan orang! Siapa nak bagi dia makan?!”

“ Bagi satu das lagi bang! Bagi dia lembik!”

Bisingnya!! Mahat menfokus penglihatannya. Dengan satu dengusan yang kuat,

dia meluru ke arah Hafizi yang masih lagi terlentang sambil mengerang kesakitan.

Dengan sekuat hati, dia menghayun kaki kanannya.

Buk!!

Kaki bertulang keras bertemu sesuatu yang lembut. Nafas yang tertahan,

menerjah keluar dengan sekali hembusan. Titik peluh yang turun dari dahi menghalang

pandangannya. Mahat menyeka dengan belakang tangan. Matanya masih berpinar. Dia

merenung betul-betul jasad yang terbaring di hadapannya.

“Along!!” Satu suara halus menjerit nyaring disusuli dengan ngongoian yang

kuat.

Mahat terkebil-kebil memandang tubuh yang mengerekot lutut bertemu dada

416

Page 417: Sebab Dikau

menahan kesakitan. Tubuh itu lain bentuknya. Suara ngerangan pun lain. Halus. Tidak

garau. Akhirnya pandangan dan akal bersatu. Hafizah!

Dia telah menerajang Hafizah! Hafizi yang dibidik, Hafizah yang kena!

“Kau!” Mahat berpaling mengadap Nuraina yang terbeliak mata memandang

kejadian di hadapannya. Wanita itu masih lagi duduk terjelepuk di tepi dinding. Hanya

tapak tangannya menutup mulut yang ternganga.

“Ini semua sebab kau!” Mahat bertempik lagi. Kali ini dia meluru deras ke arah

Nuraina.

Nuraina panik melihat kemarahan Mahat. Dia meraba-raba beg tangan kecil dan

menyeluk ke dalam. Sebelum sempat dia menarik keluar benda yang dicari, tengkuknya

ditekan lagi oleh Mahat. Berpinar-pinar matanya. Tiada perkataan yang keluar dari

mulutnya. Nafasnya dipotong. Tangannya segera merangkul lengan Mahat tetapi dia

tidak berdaya meleraikan cengkaman yang kuat.

Dalam kekalutan mencari nafas dan mengumpul kudrat, sepasang tangan lain

turut mebantu cuba menarik lengan sasa Mahat. Mata Aina yang berpinar-pinar sempat

menangkap wajah Hafizah. Gadis itu berkerut tetapi dia tidak tahu samada menahan sisa

sakit diterajang ayahnya sendiri atau berusaha sepenuh hati cuba menarik lengan lelaki

itu.

“Ayah! Lepaskan! Mati mak nanti!”

“Argh!” Mata Nuraina hampir terbeliak. berkocak kerongkong kerana air liur

terhadang dek cengkaman kuat. Namun dalam kekalutan itu tangannya tetap meraba

sesuatu di dalam beg tangannya. Alat yang dicari akhirnya berjaya di dalam

genggamannya.

417

Page 418: Sebab Dikau

Hafizah masih lagi cuba menarik lengan ayahnya dengan setiap tenaga yang

bersisa. “Ayah!” Jeritnya. “Lepaskan!!”

Mahat tidak memperdulikan anak gadisnya yang menarik lengannya. Mulutnya

terpejam rapat. Gigi berlaga kejap. Hanya sinar matanya yang memancarkan perasaan

benci yang meluap-luap.

Suara Hafifi yang mengongoi semakin kuat apabila dia melihat ibu, bapa dan

kakaknya bergelut ditepi dinding. Ngerangan Hafizi juga semakin tenggelam dengan

tangisan Hafifi.

Gagal menarik lengan lelaki itu, Hafiza menolakkan tubuhnya ke atas badan

Mahat. Lelaki tu hilang imbangan lalu mereka bertiga jatuh di antara satu sama lain.

Berdentum badannya mengenai dinding lalu jatuh mengenai ibunya.

Walaupun dalam keadaan yang demikian,mereka masih lagi bergelut. Ayahnya

mencengkam leher Nuraina. Nuraina pula berusaha melepaskan diri dan dia pula cuba

menolong dengan menarik, mengompel, menolak jari-jari lelaki itu dari terus menekan

leher ibunya. Dia tidak mahu ibunya mati. Dia tidak sekejam itu!

Entah bagaimana, di dalam pergelutan itu, Hafiza tiba-tiba merasa mukanya

tertoreh dengan satu benda tajam. Cecair hangat mengalir turun di sepanjang torehan

lalu jatuh mengenai bajunya.

Mahat terlihat cecair merah mengalir menitis di tangan. Hangat. Diseka dengan

jari. Pekat.

Nuraina terbatuk-batuk apabila lehernya dilepaskan dari cengkaman Mahat. Dia

menyedut udara dalam-dalam memenuhi rongga paru-paru. Bekalan yang terputus tadi

harus segera diganti. Dengan susah payah dia cuba berdiri. Tangannya didepakan ke

418

Page 419: Sebab Dikau

dinding, menolak tubuh untuk berdiri.

Dia melihat, baju dan skirt belah tepi berwarna putih sudah kusam akibat

pergelutan dengan Mahat dan Hafizah. Ada palitan warna merah di tepi peha. Dia cuba

mengelap dengan tangan. Palitan bertambah besar. Seperti sekuntum bunga. Merah.

Mekar. Nuraina bingung. Dia memusingkan tapak tangannya. Darah mengalir turun

perlahan-lahan hingga ke siku.

Darah siapa?

Ada sebuah alat halus berlekuk tersisip di celah jari kanannya. Kerabit! Nuraina

merenung kerabit di tangan seperti tidak percaya. Ada titisan darah dihujung senjata

halus itu.

Dengan cepat dia berpaling ke arah Mahat yang terduduk. Mukanya terpancar

perasaan keliru. Pandangannya beralih pula pada Hafizah yang tertiarap ditepinya.

Hafizah?!

Dengan terketar-ketar Nuraina mencangkung di sebelah Hafizah. Tangannya

memegang kepala anak gadisnya dan dengan jari yang terketar-ketar menguak sedikit

rambut yang menutupi separuh wajahnya. Jarinya terkena cecair hangat. Setitis jatuh

mengenai lantai rumah. Merah.

Hafizah mengerang. Pipi kirinya terasa perit sangat. Sakitnya bukan kepalang.

Berdenyut-denyut pula. Dia cuba bangun dengan menolak badannya menggunakan ke

dua-dua tangannya. Kepalanya masih lagi tertunduk.

Perlahan-lahan Hafizah membuka mata. Melihat. Memfokus. Ya Allah! Darah!

Menakung. Setitis lagi jatuh menambahkan takungan di lantai. Akhirnya dia jatuh

kembali menyembam lantai. Suasana kembali sunyi.

419

Page 420: Sebab Dikau

Nuraina berdiri. Kerabit terlepas dari tangan. Belakang tapak tangannya dicekup

ke mulut. Menahan jeritan yang terbantut. Apa yang telah aku lakukan?! Dia melangkah

setapak ke belakang. Dua. Nuraina berpaling.

Tangan kanannya segera menarik beg berisi pakaian lalu disangkut ke bahu.

Tanpa menoleh lagi, dia berlari meninggalkan rumah setinggan berdinding papan dan

beratap zink.

Mahat masih lagi terpaku di situ. Tekaknya tiba-tiba loya melihat darah yang

mengalir keluar dari pipi kiri anaknya lalu jatuh menitis ke lantai dan mengenai baju

putih yang dikenakan gadis itu. Dia bingkas bangun. Dia harus pergi dari situ! Segera!

Mampus aku kalau polis datang rumah! Mesti aku dituduh cuba membunuh anak sendiri!

Dengan pantas dia menarik beg sandang Hafizah yang terperosok di bawah meja.

Dia membuka zip dan menuangkan isinya ke lantai. Beg kecil berisi wang, itulah yang

dicarinya dan apabila dia menjumpainya, isinya yang merupakan tiga keping duit nota

RM50 dan beberapa helai nota RM5 segera disumbat ke dalam poket seluar. Cukuplah

untuk bekalan beberapa hari. Beg kecil dicampak kembali dan dia berlari keluar.

Rumah setinggan papan beratap zink yang tadinya bergegar dengan jerit pekik

dan barang terhempas ke dinding kembali sunyi. Yang terdengar hanyalah esakan tangis

anak kecil dan bunyi mengerang seorang remaja lelaki.

Hafizah masih lagi terbujur tanpa bergerak walau seinci pun. Darah masih lagi

mengalir jatuh ke lantai tapi dia sudah tidak merasa kesakitannya. Perih torehan kerabit

hilang sementara kerana dia sudah tidak sedarkan diri.

420

Page 421: Sebab Dikau

36.

Menjelang remang petang, Hafizah telah selesai membersihkan diri, memasak

untuk makan malam bersama Aishah dan bersiap sedia menunggu azan Maghrib untuk

mengadap Ilahi. Dia sudah mendapat semangat baru. Bukan sekali dua dia jatuh

tersungkur di dalam menempuh hidup di dunia dan setiap kali dia terjatuh, dia akan

bangkit semula. Dia tidak akan terus tenggelam di dalam dukanya sendiri.

Walaupun dukanya kali ini terasa sangat hebat sekali, dia yakin suatu hari nanti

pasti sembuh. Mungkin akan mengambil masa sedikit, tapi dia tetap yakin ia pasti

sembuh. Allah tidak akan mengurniakan ujianNya tanpa sebarang ganjaran. Hafizah

percaya dan pasti tentang hikmah di sebalik setiap dugaan. Hanya dia harus menerima

ujian Allah dengan hati yang redha dan iman yang teguh.

Mengalah bukan erti dia kalah. Bukan bererti dia menyerahkan nasib bulat-bulat

pada takdir. Dia mengalah kerana dia percaya keredhaan ini akan menguatkan

semangatnya lagi. Tiada apa yang boleh dilakukan kecuali bangkit menempuh hidup.

Bangkit menyemai semangat supaya lebih kuat. Cumanya sekarang dia harus akur

tentang fitrahnya sebagai hamba yang lemah. Untuk bangun semula dia harus

mengumpul tenaga, dan untuk mengumpul tenaga, dia perlu masa. Hanya apabila dia

sudah bersedia, dia akan mengorak langkah. Setapak demi setapak.

Selesai menunaikan solat Maghrib, Hafizah bertafakur sebentar. Memanjatkan

doa dan menghulurkan sedekah Al-Fatihah kepada kedua ibu bapanya. Dia berzikir dan

membaca surah Yassin sementara menunggu masuknya waktu solat Isya’. Alhamdulillah,

ketenangan yang dicari sentiasa diperolehi apabila duduk di tikar sembahyang. Pada siapa

lagi dia hendak mengadu, kalau tidak kepada Allah yang Esa.

421

Page 422: Sebab Dikau

Sekonyong-konyong selesai memberi salam, Hafizah mendengar suara orang

memberi salam di luar. Dia kenal suara itu. Cepat-cepat dia membuka telekung dan

melipatnya lalu berlari anak untuk membuka pintu. Dengan senyuman yang lebar dia

menarik pintu hadapan. Kelihatan adiknya Hafizi dan Hafifi berdiri di luar. Gembira dia

melihat adik-adiknya tiba. Terubat sedikit kelukaan di hati apabila adik beradik datang

untuk menemankan.

“Eh! Fizi! Fifi! La… kenapa tak beritahu nak balik sama-sama?” Daun pintu

dikuakkan dengan lebih lebar. Dengan isyarat tangan, dia menyuruh adik-adiknya masuk

ke rumah.

“Kami tak rancang. Abang telefon ajak balik. Fifi pun dah lama tak balik rumah

jengok Along,” ujar Hafifi. Tangan kakaknya diraih lalu dikucup. Dia kemudian

mengucup pula pipi Hafizah kanan dan kiri. Dengan pantas dia membuka sepatu dan

melangkah masuk ke rumah.

“Maaflah Along. Fizi dah habis assignment, jadi ingat nak berehat di rumah sehari

dua,” ujar Hafizi pula. Dia juga meraih tangan kanan Hafizah lalu mengucupnya.

“Masuk lah. Along tak tahu kamu nak balik. Kalau Along tahu, Along masak nasi

lebih sikit,” ujar Hafizah lalu menutup pintu setelah Hafizi melangkah masuk. “Aishah

kata dia nak datang nanti, nak temankan Along malam ni.”

Hafizi hanya menganggukkan kepala. Beg pakaian diletakkan di tepi dinding.

Hafifi sudah berlalu masuk ke biliknya. Seketika, dia keluar semula lalu duduk di ruang

tamu melepaskan lelah. Penat barangkali, berjam-jam duduk di dalam perut bas dari

Pulau Pinang ke Kuala Lumpur.

“Er… Along, Fizi ada tetamu juga. Dia datang kejap lagi,” ujar Hafizi sedikit

422

Page 423: Sebab Dikau

gugup. Dia memandang wajah adiknya. Hafifi hanya tersenyum dan mengangguk kecil.

“La.. kenapa tak beritahu ada tetamu nak datang. Kawan ye?” Hafizah masih lagi

tersenyum mesra. Tidak sedikit pun dia perasan kegugupan Hafizi dan melihat dia dan

Hafifi yang saling bertukar pandang.

Hafizi hanya mengangguk. Dia menelan air liur.

“Pukul berapa dia nak sampai?” Soal Hafizah lagi. Otaknya sudah ligat berputar,

dia sudah mengira-ngira apa yang harus dihidangkan untuk sahabat Hafizi yang akan

bertandang ke rumah.

“Dia tengah solat Isya’ di surau bawah. Fizi dah tunjuk dan bagi alamat rumah.

Dia kata lepas solat dia naik,” jawab Hafizi. Dia masih lagi kelihatan gugup.

Hafizah mengangguk. Hilang sebentar masalah yang dihadapinya. Dia terus

bergegas ke bilik untuk menyalin pakaian. Rasanya tidak elok pula menyambut tetamu

dengan ber t-shirt dan berkain batik sahaja. Dia tersenyum kecil. Mungkin tetamu

istimewa agaknya sebab Fizi kelihatan agak gugup. Makwe? Hish! Ada ke tinggalkan

makwe solat Isya’ di surau. Fizi… Fizi…kesian makwe kau! Hafizah tertawa kecil.

Selesai menyalin pakaian, Hafizah bergegas ke dapur untuk menyiapkan sedikit

juadah pada tetamu yang bakal datang sebentar nanti. Dia membiarkan Hafifi enak duduk

menonton tv di ruang tamu. Biarlah dia berehat.

Sedang dia menjerang air, Hafifi masuk ke dapur. Dia menyandarkan badan ke

dinding sambil memerhatikan kakaknya melakukan kerja-kerja rutin. “Along nak kita

tolong, ke?” Soalnya sekadar mengambil hati.

Hafizah tersengih. Dia tahu adiknya sengaja bertanya soalan demikian sedangkan

hatinya berharap kakaknya ini menolak pelawaannya.

423

Page 424: Sebab Dikau

“Iya ke sungguh-sungguh nak tolong atau saja je bertanya?” Soal Hafizah

kembali.

Hafifi tersenyum kecil. “Betullah kita tanya. Nak tolong ke?”

“Tak payah lah. Lagipun bukan susah sangat nak jerang air. Bila dah mendidih

tuang aje dalam teko yang berisi teh. Terus jadi teh O,” balas Hafizah. Dia tersengih.

“Err… kenapa tak beritahu Along, kamu berdua nak balik hari ni?” Tanya

Hafizah. Dia berkalih memandang sekilas ke arah adiknya yang masih menyandar ke

dinding sebelum memanjangkan leher mencari di manakah Hafizi.

“Abang mandi,” jawab Hafifi seperti tahu apa soalan seterusnya yang bakal keluar

dari mulut kakaknya. “Abang telefon Fifi ajak balik hari ni.”

“Kenapa?”

Hafifi mengangkat bahu. Di bibir terukir sebuah senyuman kecil. Penuh rahsia.

“Along kena tanya Abang Fizi pasal tu.”

“Ini mesti ada kena mengena dengan kawan dia yang nak datang kejap nanti,

kan?” Hafizah menduga. Dia pasti ia berkenaan “kawan” yang akan bakal bertandang

sebab jarang dua beradik ini berkomplot atau berkonspirasi berdua.

“Siapa kawan Abang Fizi, dik?” Soalnya, matanya bercahaya memandang Hafifi.

Sekali lagi Hafifi hanya mengangkat bahu. “Tak boleh beritahu. Nanti Along tahu

sendiri.”

“Along tak kerja hari ni, ye?” Soalan bertukar arah.

Hafizah memusing mengadap rak pinggan. Dia menggelengkan kepala.

Tangannya pantas mengeluarkan piring dan cawan yang selalu digunakan untuk

menghidangkan makanan dan minuman kepada tetamu. Dia kemudian mencapai kain

424

Page 425: Sebab Dikau

mengelap lalu dilap cawan dan piring. Alah, tetamu yang hadir ke rumah ini pun

hanyalah Aishah dan keluarga Makcik Farah.

“Itulah bila Fifi telefon pejabat, kawan Along kata Along tak kerja hari ni. Along

sihat ke?” Soal Hafifi lagi.

“Ok. Along sihat. Cuma terasa nak ambil cuti beberapa hari je. Penatlah,” balas

Hafizah. Suaranya mendatar cuba menyembunyikan rahsia hati dari adik tersayang.

“Hmm… kak Aishah pun cuti juga ke, Long? Kawan kat pejabat pun kata yang

kak Aishah pun dah dua hari tak masuk pejabat,” ujar Hafifi. Dahinya berkerut. Rapat

sungguh Along dengan Kak Aishah, sampai cuti pun hendak bersama-sama.

“Er… dik. Apa pendapat Adik, kalau Along cari kerja lain?” Soal Hafizah pula.

Ingin juga dia mendengar pendapat adiknya.

“Kenapa? Kan ke Along dah lama kerja kat syarikat Dato Rosli tu?”

“Along ingat nak bertukar angin lah pulak. Er… Aishah pun ada fikir perkara

yang sama,” balas Hafizah. Air yang dijerang tiba-tiba menjerit. Dengan pantas dia

mematikan dapur gas dan terus berpusing mengadap adiknya.

“Terpulanglah pada Along. Kita tak kisah. Tapi, Dato Rosli tu bagi ke kalau

Along berhenti kerja. Mesti susah dia nak cari orang gantikan Along,” ujar Hafifi

menasihati kakaknya secara halus. Kalau boleh dia mahu kakaknya terus bekerja dengan

Dato Rosli kerana lelaki itu sangat baik dengan kakaknya dan juga keluarga kecil mereka.

Rasanya seperti kurang manis pula membalas jasa orang tua itu dengan berhenti kerja.

“Tapi mana tahu kan kot-kot ada lebih rezeki Along kat tempat lain?” Hafizah

masih cuba menduga.

“Mungkin.” Hafifi menolak tubuh yang bersandar di dinding. Dia merapati

425

Page 426: Sebab Dikau

kakaknya dan dengan lembut terus memeluk Hafizah. Pelukannya kuat seperti tidak

mahu dilepaskan.

Hafizah sedikit kaget. Walaupun adiknya manja dengan dia dan tidak pernah

segan silu menunjukkan kasih sayangnya terhadap kakaknya, acapkali bila dia dipeluk

oleh Hafiifi, satu perasaan halus menyelinap masuk ke dalam jiwa. Betapa dia dahagakan

pelukan penuh kasih sayang dan kemanjaan dari Hafifi. Betapa dia rindu belaian seorang

adik… dan ibu. Betapa dia ingin merasa pelukan seorang kekasih! Aduh, hati!

Bersabarlah!

“Sekarang Along jangan fikirkan tentang sesiapa, tapi diri Along sendiri. Jangan

bimbang fasal kita dan Abang Fizi. Kami tahu berdikari,” ujar Hafifi yang masih

memeluk erat kakaknya.

Perbualan mereka terhenti apabila mendengar orang memberi salam di luar.

Dengan senyuman yang sedia terukir di bibir dia menolak Hafifi.

“Tamu Abang Fizi dah sampai,” ujarnya sambil menarik tudung yang

disangkutkan di dinding lalu disarungkan ke kepala.

Hafifi menarik lengan Hafizah. “Along.” Serunya lembut. “Dia tetamu kita.”

Hafizah merenung wajah adiknya dengan tanda tanya. “Iyalah. Tetamu Abang

Fizi tu, tetamu kita juga dan wajib kita meraikan tetamu, kan?” Hafizah tersenyum.

Hafifi mengangguk. Dia turut tersenyum. Hambar.

Dia melangkah keluar dari dapur, tetapi Hafizi yang sudah menunggu di ruang

tamu mendahului menuju ke pintu. Dia berpusing mengadap kakaknya dengan penuh

kasih sayang. Kemundian pandangannya beralih pula kepada adik yang sudah berdiri

bersebelahan Hafiza dan memegang lengan kakaknya.

426

Page 427: Sebab Dikau

Hafizi menarik nafas panjang. Tangannya memusing tombol pintu. Dia

menyambut salam yang diberi dan mempersilakan tetamunya masuk ke rumah. Daun

pintu ditutup rapat.

Hafizah menyambut dengan senyuman di bibir. Tekaannya meleset sama sekali.

Tetamu mereka bukan seorang wanita, apatah lagi seorang gadis.

Berdiri di hadapannya seorang lelaki tinggi yang kurus. Walaupun kurus tetapi

ototnya masih tegap. Kulitnya agak gelap mungkin kerana selalu bekerja di bawah

cahaya matahari yang terik.

Hafizah cuba merenung wajah pak tua yang mungkin sudah berusia lebih lima

puluh tahun tetapi lelaki hanya menundukkan kepala. Entah… dia terasa seperti ada yang

tidak kena dengan lelaki tua itu. Kenapa dia seperti mengenalinya? Cuba diingat-ingatkan

tetapi gagal.

“Along,” seru Hafizi lembut.

“Er… silakan pak cik.” Hafizah bersuara. Pelik dia melihat lelaki tua masih lagi

menundukkan kepala. Pandangannya kini beralih kepada Hafifi yang masih lagi memeluk

kuat lengannya. Kenapa ni?

“Fiza?” Kali ini suara garau menyapanya. Hafizah berpaling pantas. Memandang

lelaki tua yang merenungnya sayu. Meraih simpati. Suara itu! Garau! Tapi dia seakan

kenal dengan suara itu!

Hafizah merenung tajam wajah lelaki tua yang berkedut. Wajah itu, tapi… Sinar

matanya, Ya! Sinar mata itu! Mungkin tubuh sudah berubah. Mungkin tidak sesasa

dahulu. Mungkin kulit yang dulunya cerah sudah kusam dipanah matahari, dia tidak akan

lupa sinar matanya! Sepuluh tahun dia tidak lupa! Malah, sampai bila-bila pun dia tidak

427

Page 428: Sebab Dikau

akan lupa!

Astaghfirullah al azim!

Berdiri di hadapanya kini, seorang lelaki tua yang kurus. Yang pernah suatu masa

dahulu di panggil ayah.

Ya Allah! Dugaan apa lagi yang kau berikan kepada hambaMu yang lemah ini!

428

Page 429: Sebab Dikau

37.

Bunyi ketukan di pintu semakin kuat. Dengan malas Hafizah bangun dari katil

dan berjalan ke ruang tamu. Hari ini tinggal dia seorang sahaja di rumah. Hafizi

bersekolah, begitu juga dengan Hafifi. Hafizah mengerling ke arah jam dinding yang

senget kedudukannya. Baru sebelas setengah pagi, takkanlah Makcik Farah sudah

panggil untuk makan tengahari? Takkan pula Fizi atau Fifi balik dari sekolah?

Kakinya berjalan lemah menuju ke pintu. Pipinya yang luka dan masih berplaster

terasa seperti berdenyut-denyut mengikut bunyi ketukan di pintu. Ketukan itu semakin

kuat. Boleh roboh pintu rumah ni, getus hati kecilnya. Dengan perlahan dia membuka

daun pintu dan alangkah terperanjatnya dia apabila melihat dua orang polis lengkap ber

uniform sedang berdiri di hadapannya kini. Seorang berbadan besar manakala temannya

masih lagi muda dan kelihatan baru habis latihan PULAPOL.

“Dik? Ini rumah Ismail?” soal anggota polis berbadan besar.

“Apahal?!”

“Mak ai! Garangnya budak ni!” Polis yang muda pula memberi komen. “Jawab

ajelah. Betul ke ini rumah Mahat?”

“Dia tak ada!” Hafizah menggenggam daun pintu. Kenapa pula hendak mencari

hantu dadah tu?! Hafizah bergerak hendak menghempas daun pintu tetapi di halang oleh

polis muda tersebut.

“Adik ni anak dia ke?” Soalnya lagi.

Hafizah merenung tajam ke dua-dua anggota polis tersebut. Hatinya terbakar.

Pipinya sakit, perutnya lapar dan dia tidak ada mood hendak menjawab soalan-soalan

lagi!

429

Page 430: Sebab Dikau

“Ha ah! Tapi saya tak ada duit nak bayar jamin dia! Encik berdua boleh angkut

dia pergi pusat serenti. Saya tak peduli!”

Kedua-dua anggota polis itu saling berbalas pandang.

Anggota polis yang berbadan besar dan kelihatan lebih berumur bersuara;

“Nama siapa?”

“Hafizah!”

“Abang rasa adik Fiza kena ikut abang ke hospital.”

Jantung Hafizah seakan berhenti berdenyut. Hospital? Kenapa pergi ke hospital

dan bukan ke balai polis? Siapa yang sakit? Bukankah Makcik Farah dah berjanji tidak

akan membawanya ke hospital? Kalau ke hospital, pegawai kebajikan masyarakat akan

berada di sana. Mereka akan diletakkan ke rumah anak-anak yatim. Kemungkinan besar

dia akan berpisah dengan adik-adiknya.

Tiga malam lepas selepas kejadian ditoreh dengan kerabit oleh ibunya, dia jatuh

pengsan. Hafifi yang menangis memanggil Makcik Farah ke rumah. Wanita itu yang

menjumpainya terbaring dengan darah yang masih menitis dari luka. Di sudut lain pula

Hafizi masih lagi terlantar memegang perut yang sakit ditendang ayah.

Pakcik Hamid pula yang membawanya ke klinik. Luka di pipi jahit. Pakcik

Hamid membohongi doktor bahawa dia terjatuh dan terkena dawai kawat ketika

menolong membina rumah haram.

Dia yang meminta Pakcik Hamid berbohong kerana dia tidak mahu ibunya

ditangkap polis dan mereka mungkin terpaksa berpisah adik beradik. Sudahlah ibu lari

ikut lelaki lain, bapa pula seorang penagih dadah. Sudah tentu mereka akan ditempatkan

di rumah anak yatim!

430

Page 431: Sebab Dikau

Alhamdulillah, Fizi juga sudah dapat berjalan dan bersekolah semenjak

semalam. Cuma, kadang-kadang dia kelihatan letih dan duduk sebentar. Mungkin terasa

sisa senak apabila ditendang oleh ayah. Hafifi pula masih lagi dalam trauma, walaupun

dia mampu menutup kesedihan kehilangan ayah dan ibu. Hanya, waktu tidurnya sering

diganggu oleh mimpi-mimpi buruk sehingga dia meracau-racau dan menangis.

Apa yang Hafizah mampu lakukan untuk mententeramkan anak kecil itu adalah

memujuk dan tidur bersama Hafifi. Kadang-kadang semalaman dia tidak dapat tidur

kerana menjaga Hafifi. Akibatnya dia sering dilanda sakit kepala. Otaknya tidak dapat

rehat secukupnya. Mana hendak memikirkan tentang adik-adik, mencari wang dan

sekarang timbul pula masalah baru. Samada ayah atau ibu sudah dimasukkan ke

hospital. Kalau tidak, masakan dua orang anggota polis akan datang ke rumahnya!

“Cepatlah dik, kita pergi hospital sekarang!”

Hafizah tersentak. Dia memandang anggota polis yang berdiri di hadapannya.

Sambil mengeluh dia masuk kembali ke rumah dan mengambil beg sandang. Hafizah

menyarung kasut lalu keluar dan mengunci pintu.

“Encik tunggu di sini sekejap. Saya hendak tinggal pesan pada jiran sebelah

rumah.” Tanpa menunggu jawapan, Hafizah terus berlari ke rumah Makcik Farah.

Wanita itu tiada di rumah. Hafizah lantas mengeluarkan sekeping kertas dan

pendari dalam beg lalu menulis pesan yang dia keluar sekejap. Nota di lekatkan di daun

pintu rumah Makcik Farah. Dia tidak bimbang tentang adik-adiknya kerana Hafizi dan

Hafifi ada kunci rumah mereka sendiri.

Selesai, dia membututi dua orang anggota polis menuju ke jalan besar. Hafizah

menjadi tumpuan penduduk yang lalu lalang di situ. Masing-masing memandangnya

431

Page 432: Sebab Dikau

dengan penuh tanda tanya.

Kenapa pula ini? Tidak cukupkah ayahnya seorang penagih dadah, ibunya

gelandangan. Anaknya pula kini ditangkap polis! Memang dasar keluarga berantakan!

Hafizah tidak memperdulikan pandangan sinis yang dilemparkan terhadapnya.

Peduli dengan apa orang kata! Dia tidak bertambah ataupun luak! Mereka cuma boleh

mengata namun tiada siapa pun yang berani menghulurkan bantuan.

Hafizah duduk di kerusi belakang kereta polis. Inilah kali pertama dia menaiki

kereta polis. Tidak banyak bezanya dengan kereta-kereta biasa yang lain. Ah! Macam

aku selalu naik kereta! Mana hendak tahu bezakan kereta polis atau kereta biasa. Kereta

polis ada sirenlah bodoh! Dia memarahi diri sendiri. Kerana ketololan perangai yang

seperti rusa masuk kampung!

“Muka tu kenapa?” Tanya anggota polis yang berbadan besar. Dia memandu

kereta polis meninggalkan kawasan setinggan dengan hati-hati.

Hafizah memandang cermin pandangan belakang. Mata bertemu mata. Dia

memandang ke luar. “Jatuh,” jawabnya ringkas.

“Jatuh sampai tampal macam tu sekali?

“Nakal sangat ke? Sampai macam tu sekali luka!” Anggota polis muda

menyampuk.

“Suka hati orang lah!” Kau mana tahu. Sakitnya sampai sekarang terasa.

Sengal!

“Huih! Garang betul budak ni, kan Jan?” Anggota polis yang muda merungut.

“Biarlah. Biar dia garang dari dia menangis.”

Anggota polis muda mengangguk kepala. Dia memusing badan mengadap

432

Page 433: Sebab Dikau

Hafizah di belakang. Dia memberikan satu pandangan yang aneh kepadanya. Kasihan?

Kereta peronda membelok masuk ke perkarangan Hospital Besar Kuala Lumpur.

Hafizah memerhatikan tulisan di blok-blok bercat putih. Kereta meluncur masuk ke

tempat letak kereta yang dikhaskan untuk polis.

“Kenapa tak berhenti kat bahagian kecemasan?” Soal Hafizah apabila kereta

sudah berhenti sepenuhnya.

“Tak apa. Ikut aje. Nanti abang beritahu ke mana kita nak pergi,” balas anggota

polis yang muda sambil keluar dari perut kereta.

Hafizah hanya menurut. Dia berdiri di sisi kereta sehingga dia terasa ada

sentuhan di bahunya. Dia mendongak memandang wajah anggota polis yang layak di

panggil bapa.

“Jom,” anggota polis itu mengajak.

Hafizah melangkah mengikuti ke dua-dua anggota polis menuju ke dalam

bangunan. Hatinya masih tertanya-tanya di mana dia dibawa dan siapa yang berada di

dalam hospital. Ayah kah? Emak kah?

Mereka masuk ke satu bangunan di luar bangunan utama. Hafizah memandang

sekeliling. Mengapa tiada orang sakit yang masuk ke bangunan ini?

Tiba-tiba langkah kakinya terhenti. Matanya merenung tulisan di tepi dinding.

Dia mula rasa tidak sedap hati. Sekali lagi tulisan itu dibaca. Mengapa dia di bawa ke

bilik mayat??

“Nak bawa saya ke mana ni?” Suara Hafizah mula meninggi. Hafizah berhenti

berjalan. Dia jadi panik. Ke mana diaorang bawa aku?

Anggota polis yang tua segera memegang kedua-dua bahu Hafizah. Dia cuba

433

Page 434: Sebab Dikau

meronta tetapi lelaki itu lebih kuat darinya.

“Sabar dik!” Dia memaksa Hafizah memandang wajahnya. “Kami bawa adik ke

sini untuk mengecam mayat yang kami jumpa di Sungai Gombak!”

Mayat? Dia terasa dunia seolah-olah bergoyang. Jasadnya sendiri hampir rebah

ke bumi tetapi dipegang kemas oleh anggota polis tersebut. Dia menarik Hafizah dan

menyandarkannya ke dinding.

“Boleh ke budak ni cam mayat bapa dia, Jan?”

“Budak ni tahan lasak. Aku rasa dia cuma terperanjat aje. Bagi dia masa.”

Hafizah memerhatikan kedua-dua anggota polis yang memandangnya dengan

perasaan yang dia sendiri tidak tahu menafsirkannya. Hafizah telan air liur. Dia kena

kumpulkan semangat dan dia harus menghadapi apa sahaja dugaan yang bakal

diterimanya.

Jika dia dikehendaki mengecam mayat ayahnya maka itulah yang akan

dilakukannya sekarang. Tidak ada gunanya membuang masa. Dia harus melakukannya!

“Encik.” Hafizah berdiri tegak. “Saya sudah sedia.”

Dia di bawa ke kamar mayat. Suasana di dalam kamar itu agak dingin. Bukan

sahaja kerana penghawa dingin diperlukan untuk menyimpan mayat-mayat di dalam peti

besi berbaris di dinding, tetapi juga kerana perasaan tidak sedap hati kerana di kelilingi

jasad tidak bernyawa.

“Adik tunggu di sini,” Anggota polis berpangkat sarjan itu masuk ke dalam.

“Di sini?” Mata Hafizah bersinar. Perasaan panik mula menyelinap kembali.

Bau ubat dan antiseptik di dalam kamar yang sejuk itu menyengkak ruang hidung.

Hatinya berdegup kencang.

434

Page 435: Sebab Dikau

“Jan. Biar saya temankan dia di sini.”

Sarjan mengangguk. Kesian budak ni, fikirnya lalu berlalu masuk ke dalam.

Beberapa minit berlalu dan Sarjan keluar membawa beberapa barang yang

dibungkus di dalam plastik. Barang-barang tersebut di letakkan di atas meja. Kemeja,

seluar, jam tangan, beberapa helai kertas yang sudah mengerekot dan satu beg duit kulit.

Mata Hafizah tertancap ke arah kad pengenalan yang terletak di sebelah beg duit

tersebut. Tertera nama ayahnya Mahat Ismail. Ya Allah! Mungkinkah ayah sudah mati?

“Itu kad pengenalan ayah saya…” Hafizah memejam mata. Betulkah ayah sudah

mati?

Sarjan polis itu mengangguk-anggukkan kepala. Identiti mangsa sudah dikenali

oleh anaknya melalui barang-barang kepunyaanya. Sekarang Hafizah hanya perlu

mengecam mayat yang terbujur di atas katil besi yang hanya ditutup kain putih.

Dengan perlahan dia menarik lengan Hafizah. “Mari kita masuk. Abang nak adik

camkan mayat ayah di dalam.”

Terketar-ketar Hafizah mengikut Sarjan masuk ke dalam bilik mayat. Kedinginan

kamar itu semakin terasa. Jantungnya berdegup kencang. Terasa mukanya sudah pucat

lesi.

Matanya terarah ke arah jasad yang terbujur ditutup kain putih. Perlahan-lahan

dia berjalan mendekati katil besi. Lama dia merenung jasad yang masih bertutup muka.

Dia hanya memerhatikan tangan Sarjan menarik dengan perlahan kain yang menutupi

muka jasad lelaki yang dikatakan ayahnya.

“Tengoklah Fiza, betulkah ini mayat ayah kamu?”

Dengan perlahan Hafizah membuka matanya. Entah bila dia menutup matanya

435

Page 436: Sebab Dikau

dia sendiri tidak tahu. Dia memandang wajah anggota polis itu dan kemudian dengan

perlahan matanya menatap wajah mayat yang terbujur kaku.

Ya Allah!

“Betul? Mayat ayah kamu?”

Hafizah telan air liur. Semangat yang hilang semakin pulih. Dia menarik nafas

panjang lalu memejamkan mata. Perlahan-lahan dia membuka matanya kembali dan

wajah lelaki yang terbujur di hadapannya di pandang sekali lagi.

“Bukan… orang ini bukan ayah saya!” Dengan itu dia terus berlari keluar.

Hafizah tidak berhenti berlari sehinggalah dia berada di luar bangunan Bilik Mayat.

Matahari yang memancar terang membuatkan pandangannya berbalam-balam. Dia

hampir tersungkur akibat berlari tidak tentu arah.

Perasaannya bercampur baur. Takut, gembira dan sakit. Pipinya terasa sangat

sakit. Pil tahan sakit yang ditelan pagi tadi sudah hilang keajaibannya. Berdenyut-denyut

sepanjang luka torehan di muka.

Hafizah berhenti di pagar besi. Dia menahan tangan di jaring pagar. Kepalanya

tertunduk. Dadanya turun naik dengan pantas. Jantungnya masih lagi berdegup kencang

mengepam oksigen untuk dihantar ke pembuluh-pembuluh darah di seluruh tubuhnya.

Di tepi pagar itu Hafizah terduduk. Otaknya ligat berfikir. Soalan demi soalan

mula menerjah. Sekiranya lelaki yang mati itu bukan ayahnya, mengapa barang-barang

peribadi ayahnya ada di dalam simpanan lelaki itu? Dan di mana ayahnya? Kalau

ayahnya tidak mati, maka ini bermakna ayahnya masih hidup. Tapi, kalau dia masih

hidup, mengapa dia tidak langsung pulang ke rumah?

Hafizah menarik nafas. Setiap soalan yang terbit, tiada jawapannya. Dia sendiri

436

Page 437: Sebab Dikau

tidak tahu samada ayahnya masih hidup atau tidak. Tapi, yang pasti, mayat tadi, bukan

mayat Mahat Ismail.

Sekarang, timbul pula masalah baru. Bagaimana dia hendak memberitahu adik-

adiknya yang ayah mereka sudah hilang? Perlukah dia memberitahu mereka, sedangkan

ada atau tidak lelaki yang mereka panggil ayah itu, tidak langsung memberi apa-apa

makna di dalam kehidupan mereka!

Hafizah nekad. Baginya ayah sudah tiada. Walaupun bukan jasad Mahat yang

terbujur di atas katil besi itu, lelaki itu sudah lama mati di dalam hatinya. Mungkin

inilah jalan yang terbaik bagi mereka. Ya! Dia akan memberitahu adik-adiknya yang

ayah mereka sudah meninggal dunia apabila terjun ke dalam sungai Gombak ketika cuba

melarikan diri dari ditangkap polis kerana menghisap dadah. Hafizah menarik nafas

dalam.

“Fiza buat apa di sini?”

Hafizah mengangkat muka. Dia memandang lelaki yang menegurnya. Pakcik

Hamid? Lelaki itu menghampirinya lalu duduk bertinggung di sebelahnya. Kenapa

Pakcik Hamid ada di sini?

“Pakcik Hamid buat apa pula di sini?” Soalnya kembali. Dia memandang Pakcik

Hamid dan beberapa lelaki lain yang datang bersamanya.

Pakcik Hamid kelihatan serba salah. “Err… Pakcik ada perkara nak beritahu

Fiza, tapi sebelum tu Fiza buat apa di sini?”

Hafizah menarik lengan lelaki yang dianggap seperti bapanya sendiri. “Pakcik

jangan beritahu sesiapa, tapi polis datang minta saya camkan mayat…”

“Mayat siapa?”

437

Page 438: Sebab Dikau

“Mayat ayah. Tapi…”

“Ayah kamu dah mati?” Pakcik Hamid merenung tajam wajah Hafizah.

“Bukan! Bukan!” Hafizah menggelengkan kepala. “Barang-barang yang dijumpa

memang milik ayah, tapi mayat tu bukan ayah.”

“Alhamdulillah…”

Pakcik Hamid memandang sayu wajah Hafizah. Masih ada perkara yang harus

diberitahu kepada gadis itu dan dia harus tabah menerimanya.

Lengan Hafizah dipegang. “Pakcik ada berita hendak beritahu kamu. Pakcik

harap kamu tabah mendengar.”

Hafizah mendongak memandang wajah pakcik Hamid.

“Mak kamu dah meninggal dunia. Itu sebab kami ke sini. Hendak mengambil

mayatnya dari bilik mayat.”

Di tepi pagar di luar bangunan Rumah Mayat Hospital Besar Kuala Lumpur,

Hafizah terduduk.

438

Page 439: Sebab Dikau

38.

“Sampai hati Fizi rahsiakan semua ini dari pengetahuan Along,” bergetar suara

Hafizah menahan sendu. Hatinya pedih seperti disayat-sayat. Sampai hati adiknya sendiri

membelakangkan dia sebagai ketua keluarga.

Hafifi memeluknya dengan kuat. Dia membiarkan sahaja pelukan itu. Dia sudah

tidak berupaya untuk meleraikannya. Tiada air mata yang keluar. Dia sudah tidak berdaya

hendak menangis. Tiada perasaan sedih yang dirasakan cuma perasaan dikhianati.

Hafizah menarik nafas panjang. Jantungnya seakan terhenti apabila dia akhirnya

kenal siapa tetamu mereka malam itu. Siapa lelaki yang berusia hampir separuh abad itu.

Mahat Ismail. Nama yang hadir hanya di dalam kad pengenalannya. Nama yang

cuba diluput dalam ingatan. Di biarkan sahaja menjadi salah satu lipatan sejarah yang

pahit di dalam hidupnya. Sangat pahit.

Hafizah terasa jarinya digenggam kemas. Dia memandang si empunya tangan.

Aishah? Bila masa dia sampai. Sahabatnya hanya tersenyum. Senyuman peniup

semangat. Malangnya api semangatnya sangat kecil. Masih adakah lagi semangat yang

tinggal di dalam dirinya yang kerdil.

Pandangan matanya kini beralih kepada Hafizi tetapi lelaki itu jua tertunduk.

Yang teresak-esak hanyalah Hafifi. Gadis yang sangat emosional yang penyayang. Ya

Allah! Dia teringat kisah malam itu. Hafizah tidak mengendahkan lelaki tua yang berdiri

sambil kepala tertunduk. Siapa dia hendak mengaku dirinya ayah mereka? Siapa dia yang

sanggup meninggalkan anaknya yang terlantar di atas lantai dengan darah yang mengalir

turun? Lelaki itu lebih sayangkan dadah dari anak sendiri! Lebih sayangkan dunia

khayalannya dan membiarkan mereka hidup melarat!!

439

Page 440: Sebab Dikau

Hafizi hanya menundukkan kepala, tak mampu hendak membalas renungan

Hafizah. Dia tahu dia sudah menghancurkan hati kakak sulungnya, tapi apakah dia

sanggup membiarkan ayah kandungnya sendiri merempat di tempat orang? Mati yang

tidak diketahui kuburnya di mana? Sekejam-kejam dia sebagai anak, dia tidak sanggup

membiarkan sesama manusia hidup terasing.

“Fizi minta maaf, Along..” Hanya itu yang mampu dikatakan. “Tapi, Fizi tak

sanggup biarkan ayah hidup sorang-sorang macam tu.”

“Habis Fizi lebih rela sakitkan hati along?” Keras suara Hafizah.

Hafizi terus membatu. Salahkah dia?

“Fizi lupa apa yang ayah buat pada kita?! Pada Fizi? Pada Fifi?!” Ingin sahaja dia

menjerit. Meluahkan perasaan pedih yang terbendung di hati lebih sepuluh tahun.

Tidak disangka pengorbanannya itu dibalas tuba oleh Hafizi. Dia memang tidak

menyangka adiknya itu sanggup melukakan hatinya dengan membawa balik lelaki yang

pernah cuba menghancurkan hidup mereka. Hidup Hafizah.

“Tapi dia tetap ayah kita..”

“Ayah apa yang meninggalkan anak-anak terumbang-ambing tanpa bantuan?!

Ayah apa yang sentiasa mabuk dan memukul anaknya?! Ayah apa yang membiarkan

anak-anak bekerja untuk kesenangan diri dia sendiri?!” Hafizah meraup muka. “Fizi

sudah lupa semua tu? Tegang suara Hafizah kembali kendur.

“Fizi ingat. Fizi akan sentiasa ingat jasa Along membesarkan kami adik beradik

seorang diri. Tapi, ayah sudah bertaubat long. Ayah sudah tidak mabuk, judi atau pun

hisap dadah…”

Dengan rakus Hafizah menguak rambut menunjukkan jaluran parut di pipi kiri.

440

Page 441: Sebab Dikau

Matanya yang mula bertakung air jernih tajam menikam wajah adiknya. “Fizi lupa ni?!”

Bekas parut pajang dari bawah pelupuk mata hingga ke dagu jelas kelihatan. Air mata

Hafizah bergenang namun tidak cukup untuk jatuh membasahi pipi.

“Kalau Fizi lupa, tengok parut ini sekali lagi. Ingat baik-baik, dik. Ingat balik apa

yang dia sudah buat pada kita. Ingat lagi macamana Fizi terperosok di dinding? Tinggal

nyawa-nyawa ikan sahaja. Ingat lagi Fifi menangis tidak henti-henti? Fizi ingat tak semua

tu?” Matanya memandang Hafizi dan Hafifi silih berganti. Kau lupakah dik?!

“Kenapa Along tipu, kata ayah sudah meninggal dunia? Kenapa Along tak

beritahu kami yang ayah masih hidup?” Hafizi merenung redup wajah kakaknya.

“Apa yang dia boleh buat, kalau dia hidup? Pasti dia cuma akan susahkan kita

adik beradik…”

“Dia tetap ayah kita, long. Kita tak boleh sangkal dia darah daging kita!”

Hafizah menggelengkan kepala. “Nak tahu kenapa Along kata ayah dah mati?”

Hafizi menganggukkan kepala. Dia ingin tahu sangat-sangat kenapa kakaknya

sanggup membuang terus lelaki itu dari hidup mereka. Kalau marah sangatpun takkan

sampai tak mahu mengaku keluarga langsung.”

“Hari itu, dua orang anggota polis datang ke rumah kita. Kau dan Fifi tak ada,

sudah ke sekolah. Pipi Along ni..” Hafizah meletakkan jari ke pipi kiri. “Masih lagi

berdenyut-denyut. Jahitan masih lagi merah dan ngilu.”

“Polis tak kata apa pun. Diaorang terus aje bawa Along ke HKL. Rupa-rupanya

diaorang bawa Along ke bilik mayat. Bayangkan apa perasaan Along waktu itu. Along

tak tahu siapa yang mati. Ayah ke atau Emak ke. Fikiran Along waktu tu bercelaru.

Takut, sedih, macam-macam.”

441

Page 442: Sebab Dikau

Wajah Hafizi ditenung tajam. “Bukan ayah yang terbaring di atas meja besi itu.

Orang lain. Fizi tahu tak betapa leganya Along waktu itu. Along sendiri pun tak tahu apa

perasaan Along sebenarnya. Dalam Along benci ayah, Along tetap sayangkan dia.”

Hafizah menarik nafas panjang. Biarlah diceritakan segala-segalanya hari ini.

Biarlah adik-adiknya tahu betapa berat beban yang ditanggungnya waktu itu.

“Rupa-rupanya pemergian Along ke HKL tu bukan pulang dengan tangan kosong.

Along jumpa Pakcik Hamid di sana. Dalam senyap-senyap mereka terima berita yang

Mak sudah meninggal dunia dalam kemalangan di Lebuhraya Karak. Kereta yang

dipandu Encik Osman turun dari Genting Highlands telah terlibat dalam kemalangan

maut.”

“Fizi tahu tak apa akibatnya kalau semua orang tahu yang kita dah jadi yatim

piatu? Mereka akan pisahkan kita adik beradik. Entah-entah kamu dan Fifi akan

membesar di rumah anak-anak yatim. Itu yang kau mahu?”

Wajah Hafizi dan Hafifi dipandang silih berganti. Lelaki yang berdiri tidak

diendahkan langsung. “Itu sebab Along tak beritahu kamu perkara ini. Umur Along

hampir lapan belas tahun dan Along kena besarkan adik-adik. Mujur Pakcik Hamid ada

tolong untuk belikan rumah kos rendah ini, kalau tidak, kita langsung tidak ada tempat

untuk berlindung.”

“Jadi Fizi. Bila Along dah berjaya dapatkan kerja tetap dan kita sudah berpindah

ke rumah ini, barulah Along rasa selamat untuk ceritakan hal ini pada kamu berdua. Tapi,

bila masanya sampai, Along rasa serba-salah untuk memberitahu kamu.”

Kali ini Hafizah memandang tajam lelaki yang bergelar ayah tetapi tidak

melakukan tanggungjawab yang sewajarnya pada mereka tiga beradik. “Perlu apa Along

442

Page 443: Sebab Dikau

beritahu yang ayah sudah hilang? Bagi Along, Along tak akan lupa kejadian malam itu

sampai bila-bila.”

Kali ini setitis air matanya jatuh. “Bagi Along ayah sudah mati. Sepuluh tahun

lalu.”

Hafizi hanya menundukkan muka. Air matanya sendiri sudah deras mengalir.

Tidak pernah dia lupa peristiwa malam itu. Mana mungkin dia lupa apa yang terjadi.

Kalau tidak kerana Hafizah memang dia sudah hilang nyawa. Sudah dipendam di

dalam kubur. Alongnyalah itu yang menjadi penyelamat nyawanya.

Dia memang terhutang nyawa dengan Hafizah dan dia tidak pernah menyangkal

ketentuan itu. Tapi, dia di dalam dilema. Sekeras-keras hatinya sebagai lelaki, keras lagi

hati Hafizah.

Hafizi tahu Hafizah sudah banyak menempuh dugaan tapi dia tidak sanggup

meninggalkan lelaki yang bernama bapa. Yang dari setitis mani, telah atas kehendak

Allah, mewujudkan jasad di dalam perut ibu. Mempunyai roh dan nyawa sehinggalah dia

lahir dan membesar di dunia ini. Atas dasar itu juga dia mempunyai perasaan kasihan dan

memujuk hati memaafkan setiap perbuatan lelaki itu yang pernah menyakitkan mereka

semua. Apatah lagi, lelaki tua itu juga sudah berubah dan pulang ke pangkal jalan.

Hafizi sudah puas dicerca dengan kawan sekolah kerana tidak mempunyai bapa.

Mendengar kata nista orang kampung yang ibunya perempuan sundal. Akhirnya mati di

dalam kemalangan ngeri di lebuhraya Karak. Itulah balasan orang yang nusyuz pada

suami, hina. Perempuan sundal. Menjual diri kerana wang. Dia sudah tidak sanggup

dengan kata nista itu.

Sekarang ini Hafifi sudah besar. Apa akan jadi bila dia hendak berumah tangga?

443

Page 444: Sebab Dikau

Siapa yang akan menjadi walinya? Apa pula kata keluarga bakal suaminya nanti? Ya

Allah! Salah kah aku cuba mengembalikan keluarga ku?

“Tapi ada satu perkara yang Along nak Ayah tolong jelaskan.” Ditekankan

perkataan “ayah” itu.

Mahat memandang wajah Hafizah. Kalaulah kau tahu anakku, betapa aku

menyesali perbuatan aku malam itu. Betapa aku di kaburi dengan warna-wana putih

serbuk yang menjadi teman aku sehingga membuatkan kau merana sedemikian rupa.

“Satu perkara saya hendak ayah terangkan.” Hafizah menarik nafas panjang.

“Betulkah apa yang arwah mak kata? Ayah rogol mak? Adakah saya ini anak haram?!”

Astaghfirullah al azim!

“Maafkan arwah mak Fiza.” Bergetar suara Mahat menahan sendu di hati. “Ayah

tidak pernah merogol sesiapa. Sumpah! Kau anak ayah dan arwah mak yang sah!”

Hafizah menganggukkan kepala. Itu sahaja yang dia mahu. Itu sahaja yang dia

ingin dengar dari mulut ayahnya. Dia bukan anak haram!

Hafizi meraup mukanya yang basah. Aishah yang memegang erat tangan sahabat

karibnya dan mendengar segalanya, turut menangis.

444

Page 445: Sebab Dikau

39.

Pertama kali Hafizi melihat seorang tua yang kurus terbongkok-bongkok

menyapu habuk di beranda masjid di Kampung Skudai Kiri Johor Baru, adalah apabila

dia pergi hendak melawat sahabat baiknya, tiga bulan lepas.

Keadaan orang tua itu sudah agak uzur. Tangannya terketar-ketar memegang

penyapu lidi. Kulit tangan yang berkedut-kedut jelas kelihatan. Kulitnya juga agak gelap

mungkin terlalu kerap di panah matahari. Fizikal pakcik tua itu melambangkan seorang

lelaki yang berkerja kuat berhempas pulas membanting tulang empat kerat. Sesekali

kedengaran dia batuk. Keras bunyinya.

Hafizi ke Johor Baru kerana di ajak bercuti bersama dengan kawan baiknya. Dia

tiba agak lewat petang. Dia sudah menelefon Shamsul Arif yang memintanya menunggu

di masjid bertentangan dengan Taman Bandar Baru Uda. Memandangkan sisa waktu

Asar masih lagi tinggal, Hafizi berniat hendak bersolat Jama’ takhir dengan Zohor yang

tidak sempat dilakukan tadi.

“Assalamualaikum pakcik,” tegurnya berbahasa ketika kaki melangkah masuk ke

masjid. Beg galas di letakkan di tepi dan dia mula menyinsing kaki seluar bersedia untuk

mengambil wuduk.

“Waalaikumussalam,” pakcik kurus tadi menjawab salam Hafizi. Dia

memusingkan badan dengan perlahan untuk melihat siapa pemuda yang memberi salam

padanya. Dia melemparkan sebuah senyuman.

“Nak solat?” Tanyanya lagi. Penyapu lidi di letakkan di tepi. Dia memandang

wajah Hafizi. Dahinya yang sudah berkerut bertambah kedut seolah-olah dia mahu

mengingatkan sesuatu atau… seseorang.

445

Page 446: Sebab Dikau

“Iya pak cik,” balas Hafizi lalu menghulurkan tangan untuk bersalam. Kalau dulu

dia memang jenis yang langsung tidak pedulikan orang lain, sekarang ini dia sudah

berubah. Dia mahu berubah menjadi seorang lelaki yang berbudi pekerti. Salam yang

dihulur bersambut. Kasar terasa tapak tangan pak cik tua.

Walaupun tua, genggaman tangannya kemas dan renungan matanya tajam. Hafizi

jadi serba salah. Kenapa dia ditenung begitu. Mengapa genggaman tangan seolah-olah

tidak mahu di lepaskan? Dengan perlahan dia cuba menarik tangannya dari genggaman

pak cik tua yang terus berkerut dahi memandang tajam wajahnya.

“Err.. maaf pak cik, saya nak kena solat cepat ni. Waktu Asar rasanya sudah nak

habis ini.”

Pakcik tua seolah-olah tersedar dari lamunan sendiri. “Iya iya.. bawa beg tu

masuk ke dalam lepas tu ambil wuduk di sana. Tak ada orang di sini cuma pak cik sorang

di sini, siak masjid,” jawabnya tenang. Dia terus mengambil kembali penyapu lidi dan

menghabiskan tugasnya yang terbengkalai tadi.

Hafizi mengangguk dan terus meletakkan begnya di tepi dinding. Seketika dia

keluar semula pergi ke tempat mengambil wuduk. Terasa hayunan langkahnya sangat

sumbang kerana dia tahu dia diperhatikan oleh pak cik tua itu.

Terusik juga perasaannya apabila direnung sebegitu rupa, tapi memandangkan

pakcik itu sudah tua, perasaan itu dibuang jauh-jauh. Mungkin dia terkenangkan

seseorang agaknya, fikir Hafizi di dalam hati.

Selesai berwuduk, Hafizi terus melangkah masuk ke dewan solat. Pakcik tua tidak

kelihatan lagi. Mungkin telah selesai melakukan kerja membersihkan masjif, fikirnya.

Hafizi terus berdiri tegak, mengangkat tangan dan melafazkan takbirratul ihram dan

446

Page 447: Sebab Dikau

memulakan solat.

Selesai memberi salam, Hafizi terus duduk bertafakur di atas sejadah. Ya Allah

ampunilah dosaku, dosa ke dua ibu bapa ku. Dosa kakak dan adikku. Lindungilah kami

ya Allah. Hanya Kau lah tempat kami memohon perlindungan. Berilah kami petunjuk

dan hidayah. Robbana attina fit dunya hasanah, wa fil akhiratul hasanah wakinna

azzabannar. Hafizi meraup muka dengan kedua-dua tapak tangannya. Dia melirik kepada

jam di tangan kiri. Sudah enam setengah petang. Hatinya tertanya-tanya di mana agaknya

Shamsul ini. Segera dia memusingkan badan mengadap pintu keluar mencari entah-entah

Shamsul sudah menunggu di hadapan.

Alangkah terperanjatnya Hafizi apabila matanya terpandang bukan Shamsul tetapi

pakcik tua sedang duduk mengadapnya sambil memegang beg sandang yang tadi

ditinggal di tepi dinding. Hatinya sudah mula berperasangka buruk. Kenapa beg

sandangnya di tangan pakcik tua? Hendak mencurikah dia?

Hafizi bingkas bangun dan berjalan laju menuju ke arah pakcik tua yang masih

lagi duduk memegang begnya. Tangan kirinya yang kurus itu pula memegang dompet

Hafizi yang sudah terbuka. Dia asyik merenung isi kandungan dompet kulit berwarna

coklat itu.

Hentakan kaki Hafizi menyedarkan lelaki tua itu. Cepat-cepat dia mendongak dan

mata mereka bertaut. Sepasang mata yang redup bertemu dengan sepasang mata yang

tajam. Penuh prasangka.

“Kenapa buka beg saya?” Keras suara Hafizi apabila dia sudah berdiri betul-betul

di hadapan pak cik tua yang masih lagi memegang beg sandang warna biru gelap itu.

Tiada perkataan pakcik sebagai ganti nama diri.

447

Page 448: Sebab Dikau

Rasa hormat pada lelaki tua itu sudah hilang timbul prasangka buruk di dalam

hati. Pencurikah orang ini? Atau, penagih dadah. Hafizi sudah masak dengan perangai

penagih dadah. Sekali menjadi penagih, susah hendak melupakan tabiat lama. Boleh

terbawa-bawa sehingga ke tua.

Lelaki tua itu merenung wajah Hafizi. Tapi renungan itu tidak bertumpu. Dia

seolah-olah hilang di dalam khayalannya sendiri. Hafizi jadi bingung. Kalau hendak

mencuri mungkin dari tadi dia sudah melarikan diri, tapi kenapa masih lagi terduduk di

muka pintu? Atau orang tua ini sudah tidak betul akalnya?

Gila! Kalau pencuri, senang sahaja dia menyelesaikan masalah itu, tapi kalau

sudah putus urat di kepala, payah juga hendak di cari jalan penyelesaian. Sudahlah dia

seorang dengan lelaki tua di masjid itu. Entah-entah lelaki tua itu lari keluar dari hospital

sakit jiwa di Tampoi yang juga berdekatan situ. Pening juga, tapi Hafizi cuba

menenangkan diri. Dia beristighfar.

Pertanyaan anak muda itu dibiarkan berlalu. Dia kah? Sudah lebih sepuluh tahun

berlalu, ingatkah dia pada aku? Hati lelaki tua itu dihamburi pelbagai persoalan. Serta-

merta perasaan sedih, sayang, rindu dan gembira bercampur baur di dalam jiwa. Matanya

dikaburi dengan nostalgia lama. Tiada yang indah, duka semata. Tanpa disedari dia

menggenggam kemas dompet coklat di tangan kiri.

“Pakcik ni pencuri ke? Nak curi duit saya?”

Tersentak orang tua itu mendengar tuduhan anak muda yang sudah berdiri

bercekak pinggang di hadapannya. Nostalgia lama tiba-tiba hilang dari pandangan mata

diganti dengan wajah anak muda yang kusam. Marah. Tapi, masih mampu mengawal

dirinya sendiri.

448

Page 449: Sebab Dikau

“Kalau pakcik nak curi, dari tadi dah pakcik lari, tapi pakcik ni dah tua, nak lari

pun tak ada kudrat. Gila kalau pakcik mencuri. Senang kamu kejar dan belasah pakcik ni”

dia bersuara. Entah dari mana datangnya kekuatan untuk dia berbicara, tapi soalan anak

muda itu cukup menyentak sanubarinya. Mungkin dulu aku pencuri tetapi sekarang hidup

aku hanya untuk mencari keredhaanNya.

Dengan segera, dia melepaskan beg sandang dan menyerahkan dompet kembali

kepada si empunya. Hafizi segera menerima barang-barang dari tangan kurus lelaki tua

itu. Dengan susah payah lelaki tua itu bangun. Dia berjalan menuruni tangga tanpa

menoleh ke arah Hafizi membuatkan anak muda itu lebih kebingungan.

Pelik sungguh orang tua ini. Terasa juga dia dengan kata-kata sinis lelaki tua itu.

Habis tu hendak fikir apa lagi bila dilihat dompet yang tadi diletak di dalam beg sandang

dan disandarkan ke dinding, tiba-tiba ada di dalam tangan orang tua itu. Lagipun dia di

tempat orang dan tidak mengenali satu orang pun di sini.

Entah kenapa tiba-tiba hatinya sayu. Mungkin dia saja yang berperasangka buruk.

Entah-entah pakcik itu hendak menolongnya menjaga hartanya ketika dia beribadah. Ya

Allah! Jahatnya fikiranku.

Cepat-cepat Hafizi berjalan cuba mengejar pakcik tua yang sudah jauh

langkahnya meninggalkan perkarangan masjid. Gesa-gesa dia menyandang beg ke

belakang dan menyarungkan kasut lalu berjalan laju cuba menyaingi langkah pakcik tua.

“Pakcik!” Seru Hafizi. Suaranya tenggelam dek bunyi bising kenderaan yang lalu

lalang di jalan besar. “Pakcik!” Serunya lagi.

Langkah lelaki tua itu mati tiba-tiba. Hafizi cepat-cepat berjalan mengadap lelaki

tua yang sedikit bongkok itu. Alangkah terperanjatnya melihat ada titik air jernih

449

Page 450: Sebab Dikau

menuruni pipinya yang cengkung itu.

Walaupun kulitnya kasar dan gelap akibat panahan matahari yang jerih, ia tetap

menyerlahkan perasaan hiba yang terpancar di riak mukanya. Cepat-cepat jarinya yang

kurus itu menyeka air di pipi yang berkedut.

Terpempan Hafizi melihat keadaan pakcik tua. Berdosa sungguh aku mengguris

hati orang tua ini. Rasa malu dan sedih mula bertakhta di hati. “Maafkan saya pakcik,

saya terkasar. Saya tidak dididik untuk menjadi kasar, apatah lagi pada orang tua seperti

pak cik ini,” ujar Hafizi. Kedua-dua tangan didepangkan ke hadapan untuk bersalam.

Badan dibongkokkan sedikit, tanda hormat.

Huluran tangan di sambut mesra pakcik tua itu. Terasa seperti ada aliran elektrik

yang mengalir di tubuh sebaik sahaja tangan mereka bertaut. Segera digenggam kemas.

Pakcik tua cuba untuk menfokus wajah anak muda yang sanggup datang bersalam

dengannya untuk meminta maaf, tetapi padangannya kabur dek air yang menakung di

mata. Ya Allah! Maha besar Kau ya Allah! Lama ku tunggu saat ini, akhirnya terkabul

juga niat di hati.

Hafizi pelik dengan kelakuan orang tua itu tapi dia membiarkan tangannya

digenggam kemas. Mungkin dia terlalu sedih dengan kelakuan biadap aku. Kalaulah

Along tahu, mesti dia pun marah juga. Susah payah membesarkan dan menyekolahkan

aku, akhirnya jadi orang yang biadap dengan orang tua. Memang nak kena pelangkunglah

jawabnya!

Lama juga pakcik tua itu memegang tangan Hafizi. Dia hanya menggenggam ke

dua-dua tapak tangan Hafizi tanpa berkata sepatah pun. Hanya matanya sahaja menikam

anak mata Hafizi.

450

Page 451: Sebab Dikau

Hafizi jadi serba salah. Dia pun tidak tahu hendak memulakan perbualan.

Dibiarkan sahaja lelaki tua itu menggenggam tangannya dan merenung wajahnya. Tapi

lama-kelamaan dia menjadi tidak selesa. Wajah lelaki tua itu seperti menjanakan ingatan

dia kepada seseorang. Tapi tak mungkin. Tak mungkin pelanduk dua serupa. Lagipun dia

sudah lama mati.

Setelah beberapa ketika, akhirnya genggeman tangan mereka terlerai. Hafizi

menarik nafas lega. Serba salah dia dibuatnya dengan kelakuan lelaki tua itu. Hendak

bertanya, dia termalu sendiri. Tidak bertanya, terlalu banyak persoalan yang bermain di

hati.

“Pakcik tak sepatutnya bukak beg Fizi. Pakcik minta maaf,” perlahan sahaja suara

pakcik tua itu, tenggelam timbul dengan bunyi kenderaan lalu lalang di Jalan Johor Baru-

Skudai. Sesekali bunyi hon kenderaan membingitkan lagi keadaan yang menyesakkan itu.

Hafizi mengerutkan dahi. Sangka buruk sudah mula menerjah di jiwa. Mesra

sungguh orang tua ini memanggilnya dengan nama singkatannya Fizi. Ada rasa tidak

selesa menyelinap di dalam hati. Ah! Aku sahaja yang suka berperasangka buruk.

Sedangkan orang tua ini mungkin hanya ingin mengetahui apa nama aku. Tapi, takkanlah

sampai berani membuka beg dan mengeluarkan dompet aku?

“Anak bersekolah di sini?” Pertanyaan pakcik itu mematikan lamunan Hafizi. Dia

menggelengkan kepala. “Bercuti. Jumpa kawan,” balasnya ringkas.

Pakcik tua mengangguk-anggukkan kepala. “Dah kahwin?”

Hish! Sampai masuk ke soalan peribadi! Busy body betul orang tua ni! “Belum.”

Hendak saja dia menyambung “pakcik pula?” tapi nanti dikatakan kurang ajar pula.

Sekali lagi pakcik tua itu mengangguk-anggukkan kepala. “Kakak dan adik,

451

Page 452: Sebab Dikau

mereka dah kahwin?” Dia menyoal lagi.

Hafizi menggeleng. Kenapa soalan pakcik itu seperti dari orang yang terlalu

mengenali keluarganya? Terlalu peribadi. Terlau spesifik. Mana dia tahu, aku ada adik

beradik? Siapa sebenarnya orang tua ini? Perasaan prasangka menular kembali di dalam

hati.

“Pakcik ni siapa?” soal Hafizi perlahan. Wajah lelaki tua itu direnung dalam-

dalam. Wajah tua itu mengimbas kenangan lama. Tapi mungkinkah?

“Wah! Ada kawan baru ya! Orang muda pulak tu!”

Hafizi berkalih memandang seorang lelaki separuh umur, berbaju melayu teluk

belanga warna biru muda dan berkain pelikat memberhentikan motor Hondanya. Lelaki

yang berbadan agak gempal tersenyum. Dia segera mematikan enjin motosikalnya yang

bising seperti bunyi enjin motorbot semput.

“Siapa ni? Anak saudara ke?” Sapanya mesra seraya menghulurkan tangan untuk

bersalam dengan Hafizi. Salamnya bersambut.

Belum sempat Hafizi membalas tanyanya, lelaki itu bertanya lagi. “Siapa ni

Mahat? Anak kamu kot…”

Mahat?!! Wajah itu! Itulah wajah yang cuba diingat. Yang hampir sepuluh tahun

berkubur di sudut hatinya. Mungkinkah dia??

Hafizi berkalih mengadap lelaki tua di hadapannya. Mustahil! Tak mungkin

mereka berjumpa di sini. Bukankah lelaki itu sudah mati? Mati lemas di Sungai Gombak

lebih sepuluh tahun dahulu? Takkanlah orang yang sudah mati boleh hidup kembali?

Mustahil!

“Mahat Ismail?” Bergetar suara Hafizi. Sungguhkah di hadapannya ini seorang

452

Page 453: Sebab Dikau

tua yang bernama Mahat Ismail? Lelaki yang bergelar suami kepada ibunya dan bapa

kepada mereka tiga beradik? Ya Allah! Permainan apakah ini?

Lelaki tua itu diam seribu bahasa. Dia hanya menundukkan kepala. Tiba-tiba

seluruh badannya bergegar. Bahunya terhinggut-hinggut. Akhirnya si tua kurus jatuh

terjelepuk di hadapan Hafizi. Dia menekup mukanya dengan tangan lalu menangis seperti

anak kecil.

“Ya Allah! Kenapa kau Mahat?!” Lelaki berbadan besar terkocoh-kocoh

menopangkan kenderaannya lalu duduk mencangkung di sebelah Mahat. Dia memegang

bahu kawannya, cuba mengajaknya berdiri. Tapi, lelaki tua yang kurus itu ternyata masih

lagi berkudrat. Dia tidak berganjak. Malah tangisannya semakin kuat berselang seli

dengan ucapan “Maafkan aku… maafkan aku… maafkan aku.”

Hafizi meraup mukanya. Melihat keadaan pakcik tua bernama Mahat Ismail

seolah-olah seperti menonton wayang gambar. Bersaksikan petang yang semakin tua, dia

hanya berdiri melihat lelaki yang bergelar ayahnya berteleku sambil menangis di atas

rumput hijau bertemankan sahabat yang masih cuba memujuk.

***

Mahat duduk tersandar di serambi masjid. Matanya masih lagi merah kerana puas

menangis menyesali perbuatannya yang lampau. Walaupun setiap hari dia mendoakan

kesejahteraan anak-anak yang ditinggal lebih sepuluh tahun yang lalu, dia tidak pernah

mimpi untuk bertemu salah seorang dari mereka. Dia malu dengan perbuatannya yang

terlalu mementingkan diri sendiri. Dia malu membenarkan diri menjadi dayus di hadapan

anak-anak. Apatah lagi sekarang, malunya bertimpa-timpa setelah dia mengetahui

453

Page 454: Sebab Dikau

kesemua anak-anaknya berjaya tanpa sekelumit pertolongan darinya.

Adakah aku ini layak di panggil bapa? Seumur hidup mereka, apa yang aku

lakukan untuk mereka? Apa yang pernah aku buat untuk membahagiakan mereka? Tidak

ada satu pun. Malah, aku yang banyak menyusahkan mereka. Atas dasar inilah Mahat

malu untuk mencari Hafizah, Hafizi dan Hafifi.

Dia tahu Hafizah berupaya untuk membesarkan adik-adiknya. Tidak pernah dia

sangsi dengan keupayaan anak perempuan sulungnya itu membesarkan adik-adiknya.

Hafizah seorang wanita yang cekal, tabah dan berani. Letaklah dia di manapun, dia pasti

boleh berjaya. Kadang-kadang Mahat sendiri gerun dengan keupayaan Hafizah. Dia jadi

tercabar dengan keberanian Hafizah mengharungi hidup yang penuh cabaran.

Matanya yang sudah bengkak, berair lagi. Sayu hati tidak terbendung apabila

dosa-dosa lama datang menyerang. Maafkan ayah, nak. Maafkan ayah! Dia tertunduk

lagi. Setitis air mata gugur jatuh mengenai kain pelikat yang lusuh. Berubah sungguh dia

dari seorang lelaki yang tidak pernah menghiraukan keadaan sekeliling kepada seorang

yang terlalu sensitif.

“Sudah lah Mahat. Bawa bertenang. Anak kamu ini pun sudah ada di depan mata

sekarang. Cakaplah, bincang lah anak beranak,” lelaki gempal yang Hafizi baru tahu

namanya Razak menepuk-nepuk bahu ayahnya.

Hafizi hanya mendiamkan diri memandang dua sahabat di hadapan matanya.

Mereka bertiga masih lagi duduk di beranda masjid setelah di ajak oleh Pakcik Razak.

Shamsul yang tiba beberapa minit tadi hanya duduk di atas tangga masjid. Dia juga tidak

berkata apa-apa seperti tahu apa yang bermain di fikiran Hafizi.

“Apa kata kita semua pergi ke rumah pakcik. Bincang di sana,” ajak pakcik

454

Page 455: Sebab Dikau

Razak. Dia merenung muka Hafizi penuh harap.

“Err… kawan saya sudah tunggu. Saya sepatutnya tinggal di rumah dia. Cuti,”

balas Hafizi teragak-agak. Dia berpaling ke arah Shamsul Arif yang membalas

pandangannya sambil tersenyum. Kaulah sahabat sejatiku, Sham!

“Tak apa, ajak kawan tu sekali datang rumah pakcik. Err… pakcik rasa ada

banyak yang ayah kamu nak cerita pada kamu. Hmm… apa kata kita pergi sekarang. Tak

enak orang tengok kita begini. Kita jemaah sahaja di rumah pakcik,” ajak pakcik Razak

lagi. Hatinya sudah mula kurang enak bila dilihat jemaah yang tiba ke masjid melihat

mereka dengan pandangan hairan.

Hafizi mengangguk-anggukkan kepala. Fikirannya buntu. Lebih baik dia ikut

sahaja cadangan pakcik Razak. Dia mengisyaratkan supaya Shamsul Arif mengikutnya

ke rumah pakcik Razak. Shamsul tersenyum lalu mengangguk.

Tiba di rumah Pakcik Razak, mereka di sambut oleh isterinya yang memandang

mereka kehairanan tetapi tetap mesra melayan tetamu-tetamu yang tidak dikenali itu.

Sebaik sahaja melangkah masuk, azan mula berkumandang dari masjid yang mereka

sudah tinggalkan itu.

Pakcik Razak terus mengarahkan isterinya membawa beberapa helai sejadah di

ruang tamu kerana mereka berempat akan bersolat Maghrib berjamaah di situ.

Dia menunjukkan bilik air untuk Hafizi dan Shamsul mengambil wuduk. Setelah

mengambil tempat masing-masing, Mahat mula membaca iqamat sebagai tanda solat

akan bermula. Terpaku seketika Hafizi mendengar bacaan iqamat ayahnya. Lembut dan

berirama. Hatinya menjadi sayu. Sungguh jauh kau berubah, ayah!

“Ayah kamu ada cerita pasal kisah silamnya pada pakcik. Pakcik pernah suruh dia

455

Page 456: Sebab Dikau

pergi ke Kuala Lumpur cari kamu tiga beradik, tapi dia tidak mahu. Dia kata malu

dengan kamu semua,” cerita Pakcik Razak yang berlagak sebagai perantara antara Hafizi

dan ayahnya.

Mereka berempat sedang duduk di ruang tamu. Tadi, selepas solat Maghrib,

Pakcik Razak mengajak membuat solat Syukur dan membaca tahlil sebagai tanda

kesyukuran dua beranak yang bertemu setelah lebih sepuluh tahun berpisah.

Bacaan Yaasin menyusul dan ibadah sunat yang lain diteruskan sehingga masuk

waktu Isyak. Mereka bersolat Isyak berjemaah lagi. Waktu ibadah yang berterusan

memberi peluang kepada dua beranak menenangkan diri sebelum mereka berbicara hati

ke hati.

Selesai sahaja solat jemaah, mereka dijamu dengan makan malam yang

disediakan oleh isteri Pakcik Razak. Kagum Hafizi dengan kebolehan isteri Pakcik Razak

yang bernama Hasnah itu. Dalam masa sejam lebih berjaya menyediakan juadah makan

malam, siap dengan sambal tumbuk dan sayur-sayuran ulam pembuka selera. Walaupun

ringkas dan menyelerakan, payah bagi Hafizi hendak menelan hidangan di hadapan mata.

Jam lama di sudut rumah sudah berdenting sembilan kali. Hari semakin lewat

tetapi mereka berempat masih lagi kekok untuk memulakan bicara sehinggalah Pakcik

Razak berkeputusan untuk menjadi orang tengah dalam perbincangan yang belum

bermula.

Shamsul Arif dari tadi hanya mendiamkan diri. Perkara peribadi, tidak elok

sekiranya dia campur tangan. Biarlah dia menjadi pendengar yang setia. Memberi

kekuatan kepada Hafizi di dalam diam.

“Ayah minta maaf…” rendah suara Mahat membuka bicara.

456

Page 457: Sebab Dikau

Kepalanya masih lagi tertunduk. Malu untuk memandang wajah anak lelakinya

yang sudah meningkat dewasa. Masih panas baran lagikah orangnya? Harap Allah

lembutkan hatinya… tenangkan jiwanya. Semoga dia dapat menerima aku kembali di

dalam hidupnya.

457

Page 458: Sebab Dikau

40.

“Saya ingat ayah dah mati,” lancar sahaja ayat itu keluar dari mulut Hafizi. Dia

sudah tenang sekarang. Dia sudah dapat menerima kenyataan yang duduk bersila di

hadapannya adalah ayah kandungnya. Lelaki yang disangkakan sudah mati lemas di

Sungai Gombak sepuluh tahun lalu sebenarnya masih hidup.

“Ayah tidak mati,” sahut Mahat lemah. Terdetik perasaan gembira di hati apabila

dia mendengar Hafizi memanggilnya dengan panggilan ayah. Perkataan yang amat

dirindui setelah dia menyedari dan menyesali perbuatan yang lampau.

“Habis yang mati itu siapa? Along yang pergi mengecam mayat ayah di rumah

mayat…” Ayat Hafizi mati di situ. Adakah Along menipu? Kenapa Along merahsiakan

perkara yang sebenar pada mereka? Berkerut dahi Hafizi memikirkan tindakan kakaknya.

“Along hendak melindungi kamu dua beradik. Apa guna kalau ada ayah tapi ayah

tidak pernah melindungi kamu,” lemah suara Mahat. Dia faham kenapa anak sulungnya

berbuat demikian. Kalau aku jadi dia, mungkin aku akan mengambil tindakan yang sama.

Lebih baik mengaku mati daripada membela biawak hidup.

Pakcik Razak dan Shamsul Ariff hanya tunduk mendengar perbualan dua

beranak. Sesekali pakcik Razak menghirup kopi panas yang terhidang di hadapan

mereka. Biarlah dua beranak ini melunaskan segala apa yang terpendam di hati, fikirnya.

Biarlah segala-galanya selesai di sini. Dia kasihan melihat Mahat yang selalu duduk

termenung di tangga masjid. Walaupun sahabatnya itu tidak pernah meluahkan apa yang

terpendam di hati, Razak faham yang dia rindukan keluarganya.

Mahat pernah menceritakan kisah hidupnya pada Razak, itupun setelah beberapa

kali didesak. Akhirnya rahsia terbongkar jua, dan apa yang mampu Razak berikan

458

Page 459: Sebab Dikau

hanyalah berdoa supaya sahabatnya itu bertemu dengan keluarganya untuk meminta

maaf. Syukur Alhamdulillah, doanya dimakbulkan Allah.

“Kalau ayah tidak mati, kenapa ayah tak datang cari kami?” Soal Hafizi lagi.

Banyak soalan-soalan yang tidak berjawab dan semuanya bermula dengan kenapa…

“Mahukah kamu terima ayah kalau ayah pulang pada kamu semua?” Soal Mahat

pula. Dia menarik nafas panjang. Jawapan untuk soalan itu sudah jelas. Mana mungkin

sebuah keluarga menerima penagih dadah tegar sepertinya.

Hafizi tunduk. Diam. Adakah mereka akan terima lelaki yang bergelar ayah itu

kembali? Seketika dia merasa ada orang menepuk pehanya. Dia menoleh memandang

Shamsul Arif yang tersenyum. Peha Hafizi ditepuk beberapa kali sebagai isyarat memberi

semangat. Hafizi tersenyum hambar.

“Selepas peristiwa hitam itu, ayah ke tempat biasa membeli bekalan dadah dengan

duit yang ayah curi dari Along,” Mahat terdiam. Kenangan silam mengimbau. Ah!

Betapa keji hidupnya dahulu.

Hafizi memandang tepat wajah ayahnya. Pandangannya bertaut dengan sepasang

mata yang jernih. Jelas kelihatan sinar seolah meraih simpati darinya. Bolehkah dia

memaafkan lelaki itu. Seakan masih terasa senaknya perut ketika diterajang di malam

durjana itu. Peristiwa itu walaupun sudah sepuluh tahun berlalu tetapi masih segar dalam

ingatannya. Masih terbayang di ruang mata bagaimana dia terdorong ke penjuru ruang

tamu rumah setinggan mereka dahulu apabila sepakan kaki ayah mengenai tubuh

ringannya. Seakan terdengar bunyi siatan kulit apabila kerabit dihunus. Oh! Ayah,

dapatkah aku memaafkanmu?

“Ayah tidak harapkan Fizi maafkan perbuatan ayah. Dapat berjumpa Fizi di sini

459

Page 460: Sebab Dikau

pun, ayah sudah rasa bersyukur sangat-sangat,” ujar Mahat seperti tahu apa yang

bermain-main difikiran anaknya itu.

“Apa jadi selepas ayah pergi ke tempat membeli dadah itu?” Tanya Hafizi cepat.

Dia belum bersedia untuk meluahkan perasaannya kala ini, tapi dia ingin tahu perkara

yang sebenarnya. Apa yang membuatkan ayahnya mengambil keputusan untuk

“melenyapkan diri” di muka bumi dan akhirnya tercampak di Selatan semenanjung.

Mahat menghela nafas panjang. “Lepas beberapa tahun menjadi penagih, dos

dadah ayah menjadi semakin tinggi. Untuk dapatkan dos yang tinggi, ayah perlukan wang

yang banyak. Jadi, duit yang ayah curi dari Along itu hanya tahan untuk beberapa hari

sahaja.”

“Ayah terpaksa menjual apa sahaja barang yang ada pada ayah. Dari cincin, jam

sampailah dompet kulit ayah yang masih agak baru itu. Apa sahaja untuk mendapatkan

bekalan dadah. Dompet itulah barang yang terakhir yang ayah tukarkan untuk beberapa

miligram dadah. Ayah serahkan dompet itu pada kawan sama-sama penagih dengan ayah.

Ayah sikit pun tidak ingat nak keluarkan kad pengenalan yang ada di dalamnya. Dalam

fikiran ayah waktu itu cuma untuk dapatkan bekalan hari itu sahaja,” cerita Mahat lagi.

“Sedang ayah membeli bekalan ayah di bawah jambatan Sungai Gombak itu,

sekumpulan polis narkotik yang menjalankan gerakan anti-dadah menyerbu. Ayah

dengan kawan ayah itu terus terjun dalam sungai. Masa itu lepas hujan jadi air sungai

agak deras. Ayah masa itu masih lagi dalam keadaan sedar tapi kawan ayah yang sudah

khayal tidak dapat berenang lalu mati lemas. Dompet ayah ada di dalam poketnya,”

sambung Mahat.

“Jadi yang mati itu kawan ayah?”

460

Page 461: Sebab Dikau

Mahat mengangguk.

Hafizi menarik nafas panjang. Dia masih ingat ketika dua orang anggota polis

datang ke rumah mereka dan mengajak Along ke bilik mayat untuk mengecam mayat

yang berkemungkinan ayah mereka. “Habis tu macamana ayah boleh tiba ke Johor

Bahru?”

“Apabila ayah tengok kawan ayah tercungap-cungap di dalam sungai itu, timbul

perasaan insaf dalam diri. Ayah cuba tolong kawan ayah tapi tidak berdaya. Ayah terus

membiarkan arus membawa ayah ke hilir sungai. Jauh juga ayah hanyut sampai

terperangkap di perangkap sampah.”

“Seorang pembersih sampah nampak terus tolong ayah naik ke darat. Dari

pakaian ayah yang tidak terurus itu, dia tahu ayah ni seorang penagih dadah. Tapi, ayah

sudah tidak kisah masa itu. Dalam kepala ayah cuma rasa takut yang amat sangat. Takut

pada mati,” cerita Mahat lagi.

Mahat teringat bagaimana dia terduduk di tepi jalan di tengah malam dengan

badan yang terketar-ketar. Bukan sahaja kerana kesejukan tetapi kerana gian yang

teramat sangat. Pada masa itu hatinya hanya berkisar hendak mencari bekalan dadah tapi

akal yang sejengkal menegahnya. Seperti di medan perang, jiwanya di kala itu.

Alhamdulillah dia dipertemukan dengan seorang hamba Allah yang sangat baik.

Lelaki itu sedang memandu teksinya pulang apabila melihat Mahat yang tertunduk di

pinggir jalan dengan pakaian yang kotor dan terketar-ketar. Sesekali dia lihat Mahat

menyeka hingus yang mengalir keluar dari hidung. Dia kasihan melihat Mahat lalu

dibawanya pulang. Bukan calang-calang pemandu teksi, lelaki itu berilmu juga.

Mahat diberi air suam yang telah dibacakan sedikit doa lalu disuruh minum.

461

Page 462: Sebab Dikau

Kurang sedikit ketar badannya ketika itu tapi perasaan ingin menghisap dadah tetap

menebal. Akhirnya Mahat dikurung di dalam bilik yang dikunci dari luar selama

bebarapa hari. Untung lelaki itu tinggal sendirian setelah kematian isterinya setahun

sebelum itu. Maka jerit pekik Mahat menahan ketagihan tidak diperdulikan. Malah lelaki

itu telah memberitahu jiran-jirannya yang dia sedang mengubat orang ketagihan dadah.

Hampir seminggu Mahat terkurung di dalam bilik dan hanya diberi keluar untuk

melunaskan hajat dan membersihkan diri. Selainnya dia tinggal di dalam bilik empat

dinding. Di situlah dia makan, di situlah dia tidur. Hanya apabila ketagihannya sudah

menurun, dia diajar untuk mengaji dan menunaikan solat. Hampir tiga minggu dia di

bawah pengawasan lelaki separuh abad itu. Atas unjuran pemandu teksi itu juga Mahat

dibawa ke Kelantan untuk mendapatkan rawatan pemulihan di sana.

Ia bukan seperti pusat pemulihan dadah yang biasa. Di sana bekas-bekas penagih

di ajar untuk menahan ketagihan dengan beribadah dan menyerahkan jiwa kepada Allah.

Tiga tahun Mahat belajar semula ilmu Allah. Di sana dia belajar mengaji, dari Alif Ba Ta,

hinggalah dia khatam Al-Quran dua kali. Di sana dia belajar solat dengan betul, tahu apa

itu Fardhu Ain dan mengenal Fardhu Kifayah. Di sana dia berjaya menemui ketenangan

yang tidak pernah diketemukan kala memegang jarum suntikan atau menyedut “tepung

putih” melalui hidung.

Apabila ketenangan sudah dirasai, Mahat mula digasak dosa-dosa lama. Dia

teringat arwah isterinya dan dia teringat anak-anaknya. Tiada apa yang boleh dilakukan

untuk arwah isterinya sekadar berdoa semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.

Tapi, rasa rindu pada anak-anak sangat sukar dibendung. Sering dia menangis di tengah

malam apabila teringat akan perbuatannya yang kejam dahulu. Selalu dia bangun untuk

462

Page 463: Sebab Dikau

solat Tahajjud dan solat Hajat semoga anak-anaknya berada di dalam keadaan yang

selamat. Tapi dosa dengan sesama manusia tidak akan terlunas sekiranya orang yang

dizalimi tidak memaafkan. Begitulah hidupnya ketika itu.

“Apabila ayah rasa ayah sudah bersedia untuk bercampur dengan masyarakat,

ayah pun meminta izin dengan pengetua pusat itu untuk keluar. Rasanya sudah cukup

bekalan jiwa yang dia berikan kepada ayah, selebihnya terpulanglah kepada ayah untuk

membetulkan diri ayah,” sambung Mahat lagi.

“Ayah malu hendak pulang ke pangkuan kamu tiga beradik, maka ayah buat

keputusan untuk datang ke sini. Tak ada orang kenal ayah di sini jadi ayah boleh mulakan

hidup baru. Siang ayah kerja di restoran sebagai pembuat roti canai dan petang ayah

tolong-tolong di masjid itu.”

“Walaupun ayah terlalu rindu, ayah sudah putus harap untuk berjumpa salah

seorang dari kamu, tapi ayah tidak pernah lupa untuk mendoakan kesejahteraan kamu

tiga beradik. Ayah rasa bersyukur sangat-sangat apabila Allah temukan kita di masjid.

Rasanya beban yang selama ini tersandang di bahu ayah sudah dilepaskan,” ujar Mahat.

Dia menghela nafas panjang. Hilang segala yang terbuku di jiwa. Semuanya sudah

diceritakan.

Suasana menjadi hening. Masing-masing diam melayan perasaan sendiri. Hanya

yang terdengar bunyi kenderaan lalu lalang di jalanraya. Hafizi masih lagi menundukkan

muka. Jiwanya berperang antara rasa benci, geram dan insaf. Tapi, bagaimana mungkin

dia menolak seorang lelaki yang sudah bertaubat dan merubah dirinya dari seorang

pemarah kepada seorang lelaki yang begitu lembut.

“Hari sudah lewat malam ini, apa kata Fizi dan Shamsul tidur sini aje malam ini,”

463

Page 464: Sebab Dikau

pelawa Pakcik Razak mematikan keheningan malam.

Hafizi memandang Shamsul Arif dan sahabatnya mengangkat bahu menandakan

keputusan terpulang kepada Hafizi. Hafizi berkira-kira sendiri. Walaupun hatinya lembut

mendengar cerita ayah tapi adakah dia bersedia untuk memaafkan lelaki itu? Terlalu

banyak yang harus difikirkan. Terlalu sukar untuk membuat keputusan.

“Tak apalah pakcik. Saya rasa biarlah saya bermalam di rumah Shamsul,” Hafizi

akhirnya menolak pelawaan Pakcik Razak.

Pakcik Razak menganggukkan kepala tanda faham. Pasti sukar anak muda itu

hendak menerima Mahat kembali hanya dengan mendengar cerita kisah lalu lelaki itu.

Jam di dinding sudah berdenting sebelas kali. Malam sudah semakin tua.

Hafizi dan Shamsul Arif terus bangun dan bersalaman dengan Pakcik Razak

sambil mengucapkan terima kasih kerana mempelawa mereka ke rumahnya dan dijamu

dengan makanan yang enak-enak.

Agak gugup juga Hafizi hendak menyalami ayahnya tapi dia tetap berbudi bahasa.

Tangan dihulur segera bersambut dan digenggam kemas. Mata mereka saling bertaut.

Sepasang mata mengharap belas direnung tajam. Dengan perlahan dia menarik tangan

dari genggaman kemas ayahnya. Berilah aku masa, ayah!

Setelah berpamitan sekali lagi di hadapan rumah, Hafizi terus membonceng

motosikal Shamsul Arif. Topi keledar di kunci dan dia membetulkan duduk. Beg galas

sudah sedia disandang di belakang. Dengan cekap Shamsul Arif mengemudi motorsikal

meninggalkan perkarangan rumah Pakcik Razak.

Pertemuan tadi seolah-olah merenggut keyakinan diri Hafizi. Dulu dia terlalu

membenci ayah. Benci akan perbuatannya yang menyusahkan keluarga, menyakitkan

464

Page 465: Sebab Dikau

kakaknya tapi kebencian itu sudah berganti dengan kemaafan seiring dengan masa

apabila diberitahu ayah sudah tiada di muka bumi.

Tapi sekarang? Perasaan benci seperti ingin menapak tapi hampir ditepis setelah

mendengar kisah perjalanan ayah. Hafizi bingung dengan perasaan sendiri. Dia berperang

di antara hati dan perasaan. Perasaan belas dan hati yang masih terluka.

Ya Allah! Berilah kekuatan pada hambaMu yang lemah ini. Hafizi rasa seolah dia

di dalam mimpi. Sukar hendak dipercaya. Bagaimana seorang yang “sudah mati” boleh

hidup kembali? Bagaimana seorang itu boleh berubah satu ratus lapan puluh darjah?

Malam itu dia meluahkan segala yang terpendam di dalam hati kepada Shamsul

Arif. Rahsia yang tidak pernah diberitahu kepada sesiapa akhirnya terbongkar, tiada satu

pun yang disembunyikan lagi. Semua kisah hidup di zaman kanak-kanak diceritakan

kepada sahabat baiknya itu. Bagaimana peritnya bersekolah untuk menimba ilmu dengan

harapan untuk keluar dari keadaan hidup yang seperti neraka dunia. Siapa ayahnya, siapa

ibunya dan bagaimana kakaknya membesarkan mereka tiga beradik.

Peristiwa hitam yang mengubah hidup mereka pun diceritakan kepada Shamsul

Arif. Setiap sepak terajang yang diterima sehingga dia terperosok ke penjuru ruang tamu.

Senaknya tidak terhingga.

Dia teringat bagaimana kerabit dihayun ke arahnya dan tindakan kakaknya cepat

melindungi tubuh kurus sehingga kerabit mengoyakkan kulit muka. Hafizi ingat

bagaimana titisan darah mengenai baju sekolah yang belum sempat ditukar malam itu.

Masih jelas terbayang di ruang mata bagaimana Hafifi hanya mampu berdiri kaku

kerana terperanjat melihat kejadian itu. Tiada suara yang keluar dari bibir mongel

adiknya. Tiada setitis air yang mengalir turun, sebaliknya si adik hanya berdiri kaku

465

Page 466: Sebab Dikau

melihat abang dan kakaknya berlumuran darah.

Trauma dari kejadian malam itu menghantui jiwa Hafifi sehingga bertahun-tahun

lamanya. Hampir setiap malam selepas peristiwa itu Hafifi mengalami mimpi ngeri.

Mujur Along ada. Di peluk adik kesayangan sambil memujuk lembut. Makcik Farah pun

tidak jemu-jemu bertandang membawa sebotol air penawar untuk menenangkan jiwa

Hafifi.

Shamsul Arif hanya mendengar cerita Hafizi yang berlarutan sehingga hampir

dinihari. Rasa simpati mula menebal di dalam hati. Sukar benar laluan hidupmu, Hafizi.

Semoga kau tabah, sahabatku.

Akhirnya Hafizi meminta buah fikiran sahabat karibnya. Dan ketika ayam

berkokok bersahutan disusuli bacaan tahrim di masjid berdekatan, keputusan telah dibuat.

Hafizi akan memberi peluang pada lelaki tua itu untuk menarik hati anaknya kembali.

Memberi peluang pada dirinya sendiri mencari kekuatan diri untuk memaafkan.

Tiga bulan dia membina kekuatan hati. Tiga bulan dia berulang-alik dari Kuala

Lumpur ke Johor Bahru pada setiap cuti minggu. Menghabiskan masa memberi peluang

pada lelaki itu untuk membuka pintu hatinya yang hampir tertutup rapat.

466

Page 467: Sebab Dikau

41.

“Fizi, sujud kaki Along minta maaf, tapi Along maafkan jugalah ayah. Dia sudah

bertaubat long,” Merangkak Hafizi mendekati Hafizah. Di peluk peha Hafizah. Mahat

yang dari tadi berdiri dari tadi melangkah mendekati Hafizah.

“Jangan Fizi!” Terjerit Hafizah melihat Hafizi yang memeluk kakinya. Langkah

Mahat turut terhenti. Dia hanya mampu menjadi penonton. “Along bukan Tuhan untuk

kau sujud!”

Hafiza meraup mukanya yang sudah dibasahi air mata. Mengapa sejak akhir-akhir

ini air matanya sering gugur? Kalau dahulu kolam matanya sering kering, kini senang

benar ia melimpah. Berbalam-balam pandangan matanya melihat Hafizi yang duduk

melutut mengadapnya. Hatinya berbolak-balik. Dia tidak marah pada Hafizi, dia tidak

benci langsung pada adiknya. Malah dia sayang, terlalu sayang pada Hafizi, tapi dia

teramat kecewa dengan perbuatannya. Sanggup Hafizi melukakan hatinya. Kecewa benar

dia kerana Hafizi sanggup mengkhianatinya! “Along tak marah Fizi,” ujarnya perlahan.

“Fiza marahkan ayah?” Akhirnya Mahat bersuara. Dia turut melutut memandang

anak sulungnya. “Ayah minta maaf pada Fiza, pada adik-adik.”

Hafizah tidak bersuara. Dia langsung tidak memandang wajah ayahnya. Tak

sanggup! Adakah dengan meminta maaf, dia boleh lupakan segala apa yang berlaku.

Selagi ada parut di wajahnya, selagi itulah luka di hati masih lagi berbekas.

“Ayah tahu, ayah banyak berdosa pada kamu tiga beradik. Ayah tidak terlalu

mengharapkan kamu akan memaafkan ayah. Ayah tidak berhak menerima keampunan

kamu, Hafizah.” Mahat meraup muka. Membersihkan air mata yang mengalir ke pipi,

jatuh menitis ke baju melayu teluk belanga hijau yang dikenakan.

467

Page 468: Sebab Dikau

“Tapi, berilah ayah peluang untuk menebus kesalahan ayah.”

Hafizah diam. Dia tidak mahu bertanya peluang apa yang diminta oleh Mahat.

Dia tidak tahu peluang yang bagaimana yang lelaki itu mahukan. Entah. Dia teringat

kata-kata Hafifi di dapur sebentar tadi, “… Along jangan fikirkan tentang sesiapa, tapi

diri Along sendiri.”

Ya, adik-adiknya sudah besar. Mereka sudah pandai berfikir sendiri. Lihatlah

hasilnya. Mereka berkomplot membawa pulang ayah mereka. Lelaki yang telah

menyakiti mereka. Lelaki yang pengecut, lari inginkan dunia khayalan daripada

menempuh kenyataan dan melindungi mereka. Anak-anaknya!

Hafizah bangkit. Dia berjalan ke bilik. Dia tidak mahu bercakap dengan sesiapa,

hatta Aishah sekalipun. Dia malu! Malu punya adik-adik yang dididik dengan kasih

sayang tetapi akhirnya mereka juga yang mencurahkan tuba ke dalam kolam hatinya.

Sampai hati mereka!

Seketika dia keluar sambil membawa beg pakaian.

Hafizi dan Hafifi saling berpandangan. Mahat juga terpinga-pinga melihat beg

pakaian di tangan Hafizah. Hendak ke mana dia?

“Along!” Seru Hafifi. Matanya sudah bengkak akibat menangis. Namun, dia tidak

berdaya hendak menghalang air jernih dari terus jatuh membasahi pipi. Hatinya di godak

tanda tanya. Ke mana kakaknya hendak pergi dengan beg di tangan.

“Fiza!” Laung Mahat pula. “Jangan tinggalkan rumah ini. Kalau kau benci ayah,

biar ayah yang pergi. Jangan tinggalkan adik-adik!”

Hafizah tidak mengendahkan laungan Mahat. Dia berjalan lalu menarik tangan

Aishah. Aishah yang terpinga-pinga hanya menurut.

468

Page 469: Sebab Dikau

“Beri masa pada Along untuk berfikir. Terlalu banyak yang berlaku dalam hidup

Along sekarang. Biar Along cari ketenangan jiwa,” balas Hafizah. Suaranya bergetar.

“Along nak pergi mana?” Hafifi menarik lengan kakaknya. “Janganlah pergi,

long.” Dia merayu.

“Biarlah.” Hafizi pula bersuara. Dia memandang Aishah. “Tolong tengok-

tengokkan Along ye, Aishah,” pintanya.

Aishah hanya menganggukkan kepala. Dia juga tidak mampu hendak meluahkan

kata-kata.

Hafizi kembali berpaling mengadap kakaknya. Tangan kakaknya diraih lalu

dicium tanda kasih sayang dan hormat.

“Along ambillah masa untuk fikir perkara ini. Fizi tidak memaksa Along

menerima ayah kembali tapi ingatlah Along, ayah masih hidup. Dia ada bersama kita.”

Hafizah memandang redup wajah Hafizi. Kolam matanya bertakung lagi. Dengan

perlahan dia menolak tangan Hafizi. Pautan tangan mereka terlerai.

“Mungkin bagi Fizi. Bagi Along, ayah sudah tiada lagi sejak hari malam dia

melarikan diri. Sejak dia pilih dadah dari kita adik beradik.”

Dengan itu dia mengorak langkah meninggalkan rumah yang menjadi pelindung

panas dan hujan sejak hampir sepuluh tahun.

Rumah yang banyak mencatat peristiwa gembira dari duka. Rumah yang berjaya

merapatkan hubungan mereka tiga beradik. Tapi, rumah ini jugalah yang akan meleraikan

kepercayaan mereka terhadap satu sama lain.

Hafizah menarik nafas. Dia tidak akan memutuskan hubungan kasih sayang

mereka, cuma dia sedih kerana Hafizi dan Hafifi tidak lagi percaya padanya. Mereka

469

Page 470: Sebab Dikau

sudah pandai berahsia. Mereka membelakangkannya sebagai ketua keluarga. Mereka

khianati dia!

Dengan Aishah disisi, dia meninggalkan rumah itu. Hafizah bertekad hendak

memulakan hidup baru. Dia hendak melupakan peristiwa malam ini dan jadikan ia

sebahagian dari sejarah hidupnya. Biarlah…

“Shah, malam ni aku tumpang rumah kau, ye,” pintanya pada Aishah. Kepalanya

sudah mula sakit berdenyut-denyut. Terlalu banyak yang hendak difikirkan.

“Duduklah rumah aku seberapa lama yang kau nak. Tenangkan fikiran kau,” balas

Aishah. Dia tolong membukakan pintu kereta untuk Hafizah.

Dengan lemah Hafizah mengangguk. Dia masuk ke dalam perut kereta.

Membiarkan Aishah mengambil beg bajunya dan dimasukkan ke tempat duduk belakang.

Hafizah bertekad untuk tinggal satu malam sahaja di rumah Aishah. Dia tidak

mahu menyusahkan ibu bapa sahabatnya itu.

Dia juga tidak mahu menyusahkan sesiapa lagi. Segala apa yang diperlukan

sudah dimasukkan ke dalam beg pakaiannya. Esok apabila dia sudah bersedia, dia akan

mengorak langkah lebih panjang lagi. Dia sudah nekad. Kalau dulu dia boleh berjaya

membina hidup tanpa pertolongan sesiapa, mengapa tidak sekarang.

Dia nekad!

470

Page 471: Sebab Dikau

42.

“Nak cari dia di mana? Aishah pun tidak tahu dia di mana sekarang.” Datin

Rahimah berjalan mundar mandir di ruang tamu rumahnya.

Dato Rosli yang duduk menyandar di sofa hanya memerhatikan gelagat isterinya.

“Takkan dia tidak tahu, kan ke dia tu kawan baik, Fiza?” Soalnya.

“Memang Fiza ada tumpang rumah dia, tapi satu malam saja!” Suara Datin

Rahimah mula meninggi. Sedar akan kelakuannya dia memandang suaminya dengan

pandangan meminta maaf.

Dato Rosli hanya menganggukkan kepalanya. “Apa katanya bila awak telefon dia

tadi?”

Aishah meletakkan gagang telefon. Sudah dua kali Datin Rahimah menelefonnya

bertanyakan tentang Hafizah. Seperti yang diberitahu Datin Rahimah, Hafizah sudah

pergi meninggalkan rumahnya dengan hanya satu pesan.

“Pesan apa, Shah?” Soal Datin Rahimah ketika dia bercakap dengan Aishah di

telefon.

“Dia cuma kata dia akan ke rumah kawan saja. Dia akan hubungi saya bila dia

sudah bersedia,” balas Aishah.

“Ada dia kata siapa kawan dia tu?” Datin Rahimah bertanya lagi.

“Tak ada, Datin. Dia tak beritahu nama dan alamat kawan tu,” jawab Aishah lagi.

“Saya bimbanglah Shah.”

Aishah tidak menjawab. Dia pun bimbang juga tentang pemergian Hafizah.

Bimbang sangat-sangat. Apatah lagi dia tidak tahupun yang Hafizah mempunyai kawan

471

Page 472: Sebab Dikau

lain yang tidak diberitahu padanya.

“Shah,” seru Datin Rahimah lagi.

“Ya, Datin.”

“Aishah cutilah. Ambil masa. Bila Aishah sudah bersedia, datanglah ke pejabat.

Dato tak nak terima perletakan jawatan Aishah,” ujar Datin Rahimah lembut.

Aishah terkeseima. “Saya…”

“Begitu juga Hafiza. Dato tak terima perletakan jawatan dia. Bila dia kembali, dia

boleh bekerja seperti biasa. Dato akan gantikan tempat Zaharah.” Datin Rahimah

berhenti.

“Aishah tahu tak, Zaharah pun dah hantar surat perletakan jawatan?”

Aishah terkejut. Tak ada angin tak ada ribut, tiba-tiba sahaja kak Zaharah berhenti

kerja. “Kenapa, Datin?” Soalnya.

“Ada krisis dengan suaminya. Dato pun tak boleh menolak. Jadi kalau Hafizah

pulang, dia boleh ambil tempat Zaharah,” ujar Datin Rahimah lagi.

“Saya tak rasa Hafizah akan pulang, Datin. Dia betul-betul terluka dengan

perbuatan Encik Iskandar.” Kata Aishah. Dia tidak menyesal berkata demikian.

Sememangnya perbuatan Iskandar tidak boleh dimaafkan. Kejam sungguh lelaki itu!

Datin Rahimah melepaskan nafas panjang. “Saya tidak tahu apa yang

menyebabkan Iskandar bertindak sedemikian rupa. Biasanya dia tidak emosional seperti

itu.”

“Saya tidak tahu apa masalah dia, Datin. Tapi, dia tidak patut buat Hafizah

macam tu. Walau apapun kesalahan yang ibu bapa dia buat, semua itu tidak ada kena

mengena dengan Hafizah.”

472

Page 473: Sebab Dikau

“Saya tahu itu semua. Saya harap Iskandar sedar akan perbuatannya,” ujar Datin

Rahimah lemah. Dia bimbang juga dengan Iskandar.

Dia harap suatu hari nanti terbuka pintu hatinya untuk memaafkan dan melupakan

peristiwa lalu. Seperti Hafizah, dia tidak ada kena mengena dengan perbuatan ibu bapa

gadis itu mahupun Osman dan Zaleha.

Aishah diam. Dia tidak sampai hati hendak memberitahu Datin Rahimah tentang

kejadian semalam. Bagaimana ayah yang dianggap mati kembali kepada keluarga.

Biarlah itu menjadi rahsia peribadi Hafizah. Dia tidak ada hak mencampuri urusan

peribadi sahabatnya.

“Bila Aishah nak masuk kerja?” Soal Datin Rahimah.

Aishah menggelengkan kepala. “Minta maaf, Datin. Keputusan saya muktamad.

Saya letak jawatan. Duit gaji saya bulan ini, Datin minta Dato tahan saja, sebagai

gantirugi kerana tidak memberi notis berhenti kerja sebulan seperti biasa,” balas Aishah

tenang. Dia tidak sanggup hendak bertentang mata apatah lagi bekerja satu pejabat

dengan Encik Iskandar. Lelaki yang suatu masa dahulu dianggap sebagai lelaki

berperibadi. Lelaki gentleman.

Kata-kata Aishah benar-benar menusuk hati Datin Rahimah. Dia terpaksa akur.

“Baiklah. Kalau itu kehendak Aishah, kami tidak boleh menghalang. Tak perlu bimbang

pasal gaji. Itu hak Aishah. Kami tidak akan menolak sebulan gaji tu. Anggaplah sebagai

hadiah pada Aishah kerana setia membantu kami sekeluarga,” balas Datin Rahimah.

“Siapa telefon tu, Shah?” Pertanyaan ibunya mematikan lamunan Aishah. Baru

dia sedar, dia masih lagi berdiri di sisi telefon di ruang tamu.

“Isteri bos Shah,” balasnya lalu berjalan menuju ke dapur di mana ibunya sedang

473

Page 474: Sebab Dikau

sibuk menyiapkan makan tengahari.

“Bukan Fiza?” Tanya ibunya lagi. Dia berdiri sambil memegang sudip. Sambal

sotong sedang menggelegak di dalam kuali.

Aishah menggelengkan kepala. Sudah dua hari dia menunggu panggilan

sahabatnya tetapi hampa. Siapa agaknya kawan Hafizah itu? Mereka mesti rapat kerana

Hafizah berani pergi untuk meminta bantuan.

“Apa yang bos Shah nak?”

Aishah memandang ibunya. “Dia nak Shah kerja balik kat syarikat tu.”

“Apa keputusan Aishah?” Soal ibunya lagi.

Aishah menggelengkan kepala. Ibunya wanita penyayang. Sedikit pun dia tidak

marah apabila Aishah mengambil keputusan untuk berhenti kerja. “Shah kata Shah tak

nak kerja balik di situ.”

Aishah menarik nafas “Shah tak boleh kerja dengan orang kejam macam Encik

Iskandar tu, mak,” ujarnya.

Ibunya menganggukkan kepala tanda faham. Aishah telah menceritakan segala-

galanya padanya dan suaminya.

Begitu sekali tindakan Iskandar. Tidak adakah rasa belas di hatinya melihat

kesusahan Hafizah. Tidak fahamkah lelaki itu apa yang terjadi bukan atas kehendak atau

salah Hafizah. Tidak bolehkah dia memaafkan ibu bapa Hafizah dan melupakan segala

apa yang berlaku?

“Pukul berapa Zaid nak datang makan tengahari nanti?”

Aishah tersenyum memandang ibunya yang sudah berpusing mengadap kuali

yang berasap. Kuah sambal sotong digodak perlahan-lahan. Aromanya sungguh

474

Page 475: Sebab Dikau

menyelerakan. Inilah pertama kali Zaid akan bertandang ke rumahnya berkenalan dengan

kedua ibu bapanya. Mungkin juga berbual tentang bila keluarganya akan datang masuk

meminang.

“Dia kata sampai sebelum Zohor nanti.” Aishah berpaling mengadap ruang tamu.

“Abah ke mana, mak?”

“Abah kamu pergi kedai beli ketul ais.”

***

“Masih tak ada berita tentang Fiza?” Soal Pakcik Hamid. Dia memandang anak-

anak angkatnya seorang demi seorang. Mereka datang tengahari tadi menceritakan

segala-galanya tentang kepulangan Mahat dan pemergian Hafizah. Pakcik Hamid

mengalih pandangan pada Mahat ynag duduk termangu. Perasaannya bercampur baur.

Antara marah, geram, benci dan kasihan pada lelaki yang duduk di hadapannya.

Berbeza sungguh dengan Mahat yang pernah dikenali dulu. Lelaki itu tidak lagi

gagah tetapi masih lagi kuat. Otot-otot lengannya menunjukkan dia biasa bekerja berat.

Kulit yang dahulunya sawo matang kini lebih gelap. Rambut yang dulu ikal dan lebat

banyak yang sudah pudar warnanya. Jaliran putih menandakan usianya yang sudah

meningkat. Tetapi perubahan yang nyata adalah dari sinaran matanya. Kalau dahulu

matanya sering bersinar garang dan merah menyala, kini sinaran itu sudah pudar dan

bertambah sayu.

“Kamu dah tanya kawan-kawan dia semuanya?” Kali ini perhatiannya diarahkan

kepada Hafizi. Anak muda yang juga keruh air mukanya. Sudah besar panjang dia

sekarang. Dia juga sudah berubah. Tidak lagi berjiwa pemberontak seperti dulu. Malah

475

Page 476: Sebab Dikau

lebih lembut jiwanya dari Hafizah yang penyayang.

“Sudah, pakcik. Saya tanya Aishah samada Along ada kawan lain, tapi Aishah

pun tidak tahu. Along tak ramai kawan, pakcik.”

Pakcik Hamid menganggukkan kepala. Dia sedia maklum dengan perangai

Hafizah. Dia tidak mudah percaya pada orang. Apatah lagi pengalaman lalu terlalu

banyak mengajar dia erti kesusahan.

“Biarlah dulu, pakcik percaya nanti bila dia dah tenang, dia mesti pulang.”

Sekonyong-konyong itu, Hafifi keluar dari dapur sambil menatang dulang berisi

gelas dan sepiring goreng pisang panas.

Isterinya Farah, mengekori dari belakang sambil membawa jag berisi air oren.

Makanan dan minuman diletakkan di atas meja.

“Jemputlah minum… Mahat?” Pakcik Hamid mempelawa.

“Semua ini salah saya Mid. Saya tak sepatutnya balik berjumpa dengan dia.”

Kata-kata Mahat membuatkan semua yang berada disitu terdiam. Hafizi serba salah.

Hafifi seperti ingin meraung kesedihan. Pakcik Hamid dan Makcik Farah hanya diam dan

berpandangan di antara satu sama lain.

Pakcik Hamid menarik nafas panjang. “Kau ada hak untuk bertemu dengan anak-

anak kau, Mahat”

“Tapi, aku tidak layak untuk bergelar bapa, apatah lagi pada Hafizah.” Mahat

tersenyum. “Dia lebih berjaya dari aku, Mid. Dia berjaya membesarkan adik-adiknya.”

Mahat memandang Hafizi dan Hafifi silih berganti kemudian bertentang mata dengan

Pakcik Hamid.

“Tengoklah anak-anakku ini, Mid. Seorang bakal jurutera dan seorang lagi bakal

476

Page 477: Sebab Dikau

doktor. Aku tak mampu lakukan apa yang Fiza buat untuk besarkan adik-adik dan

menyekolahkan mereka.”

Tiba-tiba Mahat menangis sambil menekup muka. “Aku berdosa Mid. Aku

berdosa terhadap anak-anak aku sendiri. Aku tak tahu kenapa aku sanggup buang hidup

aku dengan dadah sedangkan aku ada anak-anak yang sangat baik dan bijak!”

Terhinggut-hinggut bahunya menahan sendu.

Perlahan-lahan Hafizi menarik lengan bapanya. Sedih dia melihat tekanan batin

yang dihadapi oleh bapanya. “Sabarlah, ayah.” Dia memujuk.

Hafifi duduk bersimpuh mengadap ayahnya. Selama ini dia hampir lupa wajah

ayahnya. Dia langsung sudah tidak dapat mengingati bagaimana wajah ibunya. Semakin

kelam dan suram wajah itu.

Tapi, apabila dia pertama kali melihat wajah ayahnya ketika diperkenalkan oleh

Hafizi, bulan lepas, dia semakin mengingati senyuman lelaki itu. Ketawanya. Mana

mungkin sebagai anak dia akan melupakan terus ibu bapanya.

“Ayah,” seru Hafifi. “Kita akan terus cari Along. Ayah jangan putus asa ye? Kita

yakin, suatu hari nanti Along mesti maafkan ayah,” ujarnya tersekat-sekat. Sendu di hati

sudah tidak dapat dibendung lagi lalu dia menangis lagi.

Mahat menyeka air mata. Kepala anak gadis bungsunya diusap dengan penuh

kasih sayang. Ya Allah! Aku tak layak menerima kasih mereka. Setelah apa yang aku

lakukan terhadap mereka, mereka masih lagi menyayangi aku!

Air mata Makcik Farah juga sudah tidak dapat dibendung lagi lalu merembes ke

pipi. Cepat-cepat dia mengangkat lengan baju dan menyeka air mata yang mengalir.

Namun, ia turun lagi. Hatinya merasa pilu melihat anak beranak yang berjumpa setelah

477

Page 478: Sebab Dikau

sepuluh tahun terpisah. Dia memandang suaminya. Lelaki itu turut keruh air mukanya.

“Sudahlah, Mahat. Sabarlah. Kita doa aje supaya Hafizah tenang dan kembali

kepada keluarganya.”

Mahat mengangguk-anggukkan kepala memandang lelaki yang menjadi ayah

angkat anak-anaknya. Dia tidak mampu berkata. Setiap perkataan yang ingin diluahkan

seperti tersekat dikerongkongnya. Terlalu banyak jasa lelaki itu kepada keluarga

kecilnya.

“Kau akan balik ke JB lagi, Mahat?”

“Tak!” Kali ini bukan Mahat yang bersuara. Hafizi memandang sayu wajah

ayahnya kemudian dia memandang pakcik Hamid. “Saya nak ajak ayah tinggal di sini

saja. Kami tak mahu ayah berpisah dengan kami lagi.”

“Baguslah kalau begitu.” Pakcik Hamid memandang Mahat. “Kau duduk ajelah di

sini. Dapatlah Fizi tengok-tengokkan makan minum kau, kesihatan kau.” Nasihatnya

pada Mahat.

“Tapi, nanti apa pula kata Fiza, kalau aku tinggal di rumahnya.” Mahat cuba

mengelak.

“Along takkan marah ayah. Sampai bila dia nak marahkan ayah? Fizi yakin,

lambat laun hatinya akan lembut dan dia akan maafkan ayah,” kata Hafizi. “Ayah tinggal

aje di sini, ye? Tak payah balik JB lagi.”

Hafifi menganggukkan kepala. “JB dengan Penang jauh, ayah. Sekurang-

kurangnya kalau ayah di Kuala Lumpur ni, tak susah kita nak balik jenguk ayah,”

pintanya. Lazim anak bungsu, dia begitu ingin bermanja dengan ayahnya, apatah lagi

sudah sepuluh tahun tidak berjumpa.

478

Page 479: Sebab Dikau

Mahat tersenyum memandang wajah anak-anaknya yang penuh pengharapan.

Mana mungkin dia dapat menolak permintaan mereka. Mereka anak-anaknya. Darah

dagingnya!

***

“Masih tak ada berita tentang Fiza?” Tanya Dato Rosli pada isterinya. Seminggu

telah berlalu sejak Aishah memberitahu mereka yang Hafizah sudah meninggalkan rumah

dan menumpang pula di rumah sahabat yang tidak diketahui nama dan alamatnya.

“Tak, bang. Saya masih lagi risau pasal dia.” Datin Rahimah menggelengkan

kepala. Ke mana Hafizah menghilang?

“Sabarlah. Saya yakin dia tidak apa-apa.” Dato Rosli meletakkan tangan di bahu

isterinya. Mereka sedang duduk di luar untuk menikmati minum petang sambil

menghirup udara segar. Dato Rosli mengerling ke arah cawan isterinya. Isinya masih

penuh.

“Macamana dengan Is, bang? Dah lama dia tak balik ke rumah,” tanya Datin

Rahimah. Dia memandang wajah suaminya yang muram.

Dato Rosli membalas pandangan isterinya. “Macam biasa. Dia masih boleh buat

kerja-kerja di pejabat, cuma…”

“Cuma apa, bang?”

“Cuma sekarang dia tidak seceria dulu. Dia sering marah-marah di pejabat.

Kesian tengok budak yang gantikan Fiza. Ada saja yang tak kena. Abang takut, cukup

sebulan kerja, budak tu nanti cabut. Tak tahan dengan perangai Is,” ujar Dato Rosli.

“Abang nasihatkanlah Is tu. Jangan sampai jadi panas baran. Ingatkan dia supaya

479

Page 480: Sebab Dikau

jaga solat lima waktu,” saran Datin Rahimah.

Dato Rosli mengangguk. “Alhamdulillah, solat Zohor dengan Asar dia tidak

tinggal. Mungkin dia cuba menahan marah dia tapi kadang-kadang dia gagal juga. Abang

akan tegur dia kalau dia tinggal solat.” Dato Rosli tersenyum kecil.

“Er… Imah ada berhubung dengan Nurul Huda lagi tak?”

“Kenapa?”

“Mana tahu kalau Nurul Huda dapat tolong Is lupakan peristiwa yang terjadi.”

“Maksud abang?” Datin Rahimah mengerutkan dahi.

“Iyalah. Mana tahu dia dapat ubatkan hati Is,” jawab Dato Rosli.

Datin Rahimah tersenyum. Mungkin itu yang diperlukan oleh Iskandar waktu ini.

Belaian lembut seorang wanita. Lagipun Datin Rahimah perasan yang Nurul Huda

sekarang sudah bertambah matang. Tidak lagi terlalu manja.

Mungkin kali ini dia dapat melembutkan hati Iskandar. Mungkin! Datin Rahimah

tersenyum kecil.

480

Page 481: Sebab Dikau

43.

Hafizah masih lagi duduk di buai. Angin petang meniup selendang biru yang

dikenakan. Perlahan-lahan kakinya menolak buaian besi sambil matanya menikmati

pandangan hijau di hadapan rumah banglo yang mengekalkan ciri-ciri rumah Melayu

tradisional. Cantik dan nyaman.

Tidak seperti rumah-rumah moden di kota, rumah banglo itu menyerapkan nilai-

nilai kemelayuan melalui ukiran awan larat di bumbung dan penggunaan tiang kayu

cengal dan meranti berselang seli dengan batang konkrit di dalam dan di luar kediaman

tersebut. Rumah banglo setingkat itu juga dibina berbumbung tinggi untuk membenarkan

pengudaraan yang baik di dalamnya. Tingkap-tingkap luas dan banyak membuatkan

suasana lebih selesa. Tidak perlu kipas yang berputar ligat apatah lagi penghawa dingin

walaupun di luar panas terik mencengkam.

Bukan setakat luas, susun atur barang perhiasan di dalam rumah juga bercirikan

Melayu tradisional. Walaupun moden, perhiasan seperti kerusi set adalah diperbuat dari

rotan. Lantainya pula dilapis kayu parquet yang berkilat dan dibiarkan tanpa hamparan

tebal. Hanya sudut yang tertentu diletakkan hamparan untuk keselesaan penghuni rumah

tersebut.

Hafizah suka susun atur di dalam rumah itu. Ringkas tetapi menarik. Di tambah

lagi dengan perhiasan barang-barang antik seperti jam dinding, kotak kayu juga timbang

lama yang dibeli di kedai barang-barang lusuh dan dibetulkan atau diberi varnish baru.

Di halamannya pula, terdapat pelbagai pokok-pokok bunga dan tanaman berdaun

lebar yang meredupkan lagi suasana di banglo tersebut. Namun, tidak satu pun pokok-

pokok bunga di tanam di dalam pasu. Semuanya berakar umbi di dalam tanah. Bukan

481

Page 482: Sebab Dikau

setakat pokok-pokok bunga, pokok-pokok buah-buahan seperti mangga, jambu air dan

jambu batu di tanam di sekeliling rumah menggamit burung-burung mencari makan.

Hasilnya suasana damai yang didendangkan dengan kicauan burung gembira mendapat

rezeki.

Hafizah menepuk-nepuk punggung Mohd Firdaus yang bersalut lampin. Tertidur

dia rupanya. Apa taknya sudah kenyang dengan susu, dan sekarang dibuai pula sambil

didendangkan nyanyian burung.

“Laa… tertidur dia di sini.” Rohana datang sambil menatang dulang berisi dua

cawan besar air teh ais dan sepiring kuih keria. Dia meletakkan dulang kecil di atas meja

besi berukir di tepi kolam pancuran. Ikan-ikan koi yang pelbagai warna berenang-renang

di dalam kolam kecil itu.

“Hish! Tak tahulah. Baru beberapa bulan saja, dia dah manja dengan Fiza. Tak

tahulah apa Ana nak buat kalau Fiza tak ada nanti,” tegur Rohana. Dia tersenyum mesra.

“Sementara Fiza ada di sini, biarlah dia manja. Lagipun bukan susah nak jaga

Firdaus. Dia budak baik.” Hafizah tersenyum. “Iman mana?”

“Macam Fiza tak tau. Kat dalam tuu…” Mulutnya dimuncungkan. “Temankan

ayahnya menonton tv. Sama aje perangai dua beranak. Hantu tv.” Rohana mengomel.

Hafizah tersenyum. Dia sedia arif dengan perangai suami Rohana. Sahabat

baiknya ketika di sekolah. Ridhuan memang suka menonton wayang.

“Marilah duduk sini Fiza. Biarkan Firdaus tidur kat situ. Dia kalau dah lena, bom

meletup pun dia tak kisah,” ajak Rohana.

Hafizah bangun dari buai. Dia membetulkan tidur Firdaus dan meletakkan sebuah

bantal di bawah, takut-takut kalau kanak-kanak itu terjatuh ke bawah.

482

Page 483: Sebab Dikau

“Macamana dengan cadangan Ana?” Soal Rohana apabila Hafizah sudah

mengambil tempat di sebelahnya. Dia menolak gelas air dan piring kuih ke arah Hafizah.

“Susah Fiza, tak mudah kalau nak minta duit biasiswa dari JPA. Nak minta buat loan

sekarang pun dah payah.”

Hafizah menggelengkan kepala. Hari dia meninggalkan rumah Aishah, dia terus

menghubungi Ridhuan. Lelaki itu sahajalah yang dia percayakan dan harapkan supaya

dapat menolongnya. Ridhuan dan isterinya Rohana telah menerima kehadirannya di

rumah ini dengan tangan terbuka. Dan sekarang, sudah lebih tiga bulan dia menumpang

di rumah mereka.

Lelaki itu juga yang mengesyorkan dia untuk menyambung pelajaran yang

tergendala. Atas usaha kedua suami dan isteri itu, dia memohon untuk belajar di beberapa

buah universiti di England. Alhamdulillah, dia mendapat tawaran belajar di salah sebuah

universiti di Newcastle.

“Fiza dah banyak termakan budi dengan Ana dan Duan. Ana terima Fiza di rumah

ini pun, Fiza dah bersyukur sangat-sangat.”

Rohana tersenyum. “Fiza bukan pun duduk free di rumah ini. Tu! Tengok tu,

Firdaus manja sangat dengan Fiza. Itu belum letak Iman lagi. Boleh bergaduh sebab

nakkan auntie Fiza.” Rohana tersenyum memandang Hafizah.

“Fiza tak kisah. Lagipun tak susah nak jaga Firdaus dengan Iman. Sorang sumbat

je susu yang sorang lagi tu bukakan aje tv. Ha! Senyaplah diaorang tu,” kata Hafizah lalu

ketawa.

“Ana suka Fiza duduk sini. Ana pun dah anggap Fiza macam saudara kandung

sendiri. Syukur Allah bukakan hati Fiza untuk ke mari.” Rohana berbicara lembut.

483

Page 484: Sebab Dikau

Hafizah bungkam. Dia tidak tahu bagaimana hendak menjawab kata-kata Rohana.

Dia juga bersyukur kerana mereka menerima dia dan membenarkan dia menumpang di

sini.

“Macamana Fiza? Fiza belum lagi beri kata putus. Ana tak kisah nak tolong

Fiza,” ujar Rohana lagi. Wajah Hafizah yang tenang ditenung dalam.

“Fiza tak nak susahkan Ana lagi,” Hafizah masih lagi menolak.

“Nak susah apanya Pijot! Ini untuk kebaikan kau jugak,” Ridhuan tiba-tiba

muncul di pintu. Dia menyarung selipar lalu mengambil tempat di sebelah isterinya.

“Iman buat apa kat dalam?” Tanya Rohana kepada suaminya.

“Tidur,” jawab Ridhuan ringkas. “Dia juga tadi yang nak tengok Cinderella, tapi

dia yang tidur. Jemu agaknya tengok cerita yang sama berulang-ulang.”

“Mahunya jemu! Dah itu favourite story dia. Kalau tak Cinderella, Snow White.

Tak pun Sleeping Beauty atau Beauty and The Beast. Peminat setia Disney Movies lah

katakan!” Tingkah Rohana lalu ketawa.

Ridhuan turut tersengih. Itulah satu-satunya kelebihan yang diturunkan untuk

anak perempuannya. Minat menonton. Tapi, sekurang-kurangnya kanak-kanak itu dapat

belajar memahami Bahasa Inggeris dan pembelajaran melalui tontonan memang

menyeronokkan. Apa nak buat, bapa borek anak rintik!

“Jadi macamana, Pijot? Ambil ajelah offer Ana tu!” Ridhuan memberi galakan.

“Satu ratus ribu tu banyak Duan. Mana aku nak bayar nanti? Lagipun tu duit

simpanan Ana, aku tak boleh ambil!” Hafizah menolak. Walaupun universiti telah

memberi tawaran untuk belajar, dia harus membayar sekurang-kurangnya lima puluh ribu

ringgit untuk yuran setahun. Mana hendak dicari lima puluh ribu ringgit untuk belajar

484

Page 485: Sebab Dikau

setahun sedangkan pengajiannya hingga ke peringkat sarjana memerlukan empat tahun

untuk dihabiskan.

“Oh! Aku lupa nak beritahu kau. Sebenarnya Ana ni anak orang kaya. Duit tu

bapa dia yang bagi masa kami kahwin dahulu. Aduh!” Ridhuan mengerang kesakitan

apabila rusuknya dicubit oleh isterinya. “Apa ni main cubit-cubit orang ni?! Betul apa

abang kata tadi!” Dia pura-pura marah pada isterinya.

Rohana hanya tersengih.

“Ana ingat apa? Sebab Ana anak orang kayalah Abang kahwin dengan Ana…

Aduh!” Sekali lagi Ridhuan mengaduh kerana dicubit oleh Rohana.

“Ha! Eloklah tu, buat perangai mengada-ngada depan Fiza!” Marah Rohana.

“Alah! Dia dah biasa kan, Pijot! Kalau kau tak de, memang tak berwarnalah hidup

aku zaman sekolah menengah dulu!” Ridhuan mencuri air teh Rohana lalu diteguk hingga

habis.

Hafizah hanya ketawa kecil. Dia turut tumpang gembira melihat kemesraan antara

Rohana dan Ridhuan. Baginya juga, Ridhuanlah yang menjadi penyeri hidupnya ketika di

zaman persekolahan dulu. Dia dan Rokiah!

“Ambillah dulu duit tu, Fiza. Ana tak guna pun,” pujuk Rohana lagi. “Sebenarnya

apa yang Duan kata itu betul. Duit tu, ayah beri pada Ana sebagai hadiah perkahwinan

dan Ana memang simpan dalam ASB. Kalau nak diikutkan dividennya pun dah banyak.”

Dia merenung wajah Hafizah penuh harapan.

“Apa yang Ana bagi pun cuma duit pokok saja. Fiza guna duit tu untuk bayar

yuran universiti dan sara hidup di sana. Bila dah di sana Fiza boleh kerja dan kumpul

duit. Lepas tu, Fiza boleh bayar balik. No interest. OK?”

485

Page 486: Sebab Dikau

“Lagipun bila di sana nanti, Pijot, kau boleh apply untuk international

scholarship. Kalau keputusan periksa kau bagus dan consistant, kau tak perlu bayar balik

biasiswa tu,” ujar Ridhuan pula. “Macamana?”

Hafizah hanya tunduk memandang meja. Akhirnya dia mengangkat muka dan

memandang Ridhuan dan Rohana silih berganti. “Aku tak tahu macamana nak ucapkan

terima kasih pada kau dan Ana. Budi baik kalian berdua takkan aku lupa sampai bila-

bila.”

Ridhuan tersengih lalu menepuk tangan. “Bagus! Kau tak payah fikir nak bayar

duit tu balik dengan cepat. Bila kau dah establish diri kau kat sana, baru kau fikir

macamana nak bayar kami balik.”

“Esok kita pergi bank, keluarkan duit Ana, lepas tu terus pergi kedutaan untuk

buat visa dan health check. Beli barang. Hish! Banyak kerja nak buat ni,” kata Rohana

gembira. Shopping! Itu yang dia tidak sabar sekali ingin buat.

“Nanti bila kau dah di sana, bolehlah kita pergi melawat sambil jalan-jalan bawa

Iman dengan Firdaus ye, bang?” Pinta Rohana pada Ridhuan.

“Laa… Abang ni kan kerja gomen. Gaji ciput aje. Kalau Ana nak pergi jalan-jalan

luar negara, terpaksalah guna duit Ana!” Ridhuan bergurau.

“Sengaja je la tu! Kemut! Taik hidung masin!” Tingkah Rohana.

“Mana tahu tahi hidung abang masin? Dah rasa?” Ridhuan mengangkat kening

berkali-kali. Mengusik. Dan ketawa mereka berderai.

***

“Dah telefon kawan kau, si Aishah tu?”

486

Page 487: Sebab Dikau

Hafizah mengangguk.

“Macamana dengan majlis pertunangan dia, dengan siapa?” Ridhuan

mengerutkan dahi. “Zaid?”

Hafizah tersengih memandang Ridhuan. Dia mengangguk. “Berjalan lancar.

Cuma dia marah aku…”

“Yalah! Sebab kau tak datang ke majlis dia!” Tingkah Ridhuan pula.

“Bukan sebab tu. Aku tak tolong dia buat hantaran. Bakul pastri!”

“Bakul pastri?”

Hafizah ketawa. “Panjang ceritanya!”

Ridhuan mencebik mulut. “Handphone, mana?”

Hafizah menepuk bag kulit yang dihadiahkan oleh Rohana kelmarin. “Ada di

dalam beg.”

“Dokumen semua dah letak kat satu tempat? Nanti bila di tanya, senang nak

tunjuk.” Pesan Ridhuan lagi.

“Siap, bos!”

Rohana tiba sambil menolak troli yang diduduki oleh anak-anaknya. Dia

menyerahkan troli kepada Ridhuan. “Nah! Giliran Abang. Penat dah saya tawaf !”

Ridhuan megambil alih troli dari Rohana. Dia menolak laju kemudian berhenti.

Terkekeh-kekeh Firdaus ketawa di bakul atas troli. Kakaknya Iman yang bertenggek di

bawah turut ketawa gembira. Gelagat mereka sungguh melucukan hingga sesiapa yang

melihat turut ketawa gelihati.

Rohana duduk untuk melepaskan lelah. “Penatnya! Tak tahulah macamana nak

jaga budak dua ekor ni bila Fiza dah tak ada.” Dia mengeluh.

487

Page 488: Sebab Dikau

“Mesti boleh punya!” Hafizah memberi semangat. “Fiza akan rindu mereka

nanti.”

Rohana memanjangkan leher membaca monitor di hadapan. Pesawat Malaysian

Airline MH1 KLIA-Heathrow. Hmm.. belum lagi boarding, fikirnya.

“Paspot dengan tiket kapal terbang dah ready?” soalnya.

Hafizah mengeluarkan buku kecil merah dan tiket panjang yang tersimpan di

dalam jaket di sebelahnya.

“Nervous?” Soal Rohana lagi.

“First solo flight. First time nak jejak kaki ke negara orang putih. Memang

nervous gila!” Hafizah ketawa.

Dia memang tidak menyangka yang dia akan berlepas meninggalkan tanah air.

Hari ini dia akan memulakan langkah untuk sebuah kehidupan baru. Kehidupan yang

tetap penuh dengan pancaroba tetapi dugaannya akan berlainan. Dia akan menempuh

hidup di tanah air penjajah yang pernah menjajah negara tanah tumpah darahnya.

Ah! Mana-mana pun boleh hidup. Dunia Allah ini luas! Yang penting usaha dan

tawakal!

“Ana dah beritahu cousin Ana di sana. Jadual flight Fiza pun Ana dah email kat

dia. Gambar Fiza pun Ana dah bagi. Dia akan jemput Ana di Heathrow. Dia kata dia akan

tunggu Fiza kat pintu Imigresen. Jadi, Fiza keluar aje, Fiza mesti nampak dia.”

“Buat susahkan sepupu Ana aje,” balas Hafizah.

“Susah apanya. Ana dah jelaskan pada Fitri. Dia kata no problem. Lagipun dia

ada anak yang belajar di Newcastle University juga. Sambil menyelam minum air,” ujar

Rohana. Dia menyentuh lengan Hafizah sebagai pemberi semangat.

488

Page 489: Sebab Dikau

“Nanti kat sana terus minta Fitri belikan sim card untuk handphone baru awak tu.

Lepas tu sms je kami di sini. Lebih murah dari guna telefon dari sana. OK?” saran

Rohana lagi.

Hafizah mengangguk. Sejak minggu lepas selepas urusan visa dan tiket

penerbangan selesai, Rohana dan Ridhuan tidak habis-habis memberi nasihat dan saranan

sebagai bekalan untuknya di Newcastle. Apa yang perlu dibuat apabila sampai di

lapangan terbang Heathrow. Mendaftar dengan pejabat buruh di sana untuk

membenarkan Hafizah belajar sambil bekerja. Kerja apa yang boleh dilakukan oleh

pelajar-pelajar di sana. Berapa jam seminggu. Semuanya diterangkan pada Hafizah.

Saat yang ditunggu akhirnya tiba. Penerbangan MH1 ke Heathrow sudah sedia

untuk menerima penumpang. Jantung Hafizah berdegup kencang. Antara seronok dan

takut. Entah bila dia akan menjejakkan kaki ke Malaysia lagi, dia pun tidak tahu. Yang

pasti, hidupnya akan berubah, mulai hari ini. Tiba-tiba dia merasa sayu. Sayu, kerana

pemergiannya ke England tanpa pamitan dari adik-adik dan ayah. Ah! Ayah!

Hafizah tunduk memeluk erat Iman dan Firdaus. Walaupun seketika bersama,

kasih sayang terhadap anak-anak comel itu sudah bercambah dan berakar umbi di dalam

hatinya.

“Datang visit auntie di sana ye?” Bisik Hafizah di telinga Iman. Gadis cilik itu

menggeliat kegelian.

“Auntie jumpa Uncle Fitri and Auntie Lela di sana, ye?” Petah Iman bertanya.

Hafizah tersengih.

Ridhuan membisikkan sesuatu ke telinga anak sulungnya. Sekali lagi ketawanya

berderai.

489

Page 490: Sebab Dikau

“Abah cakap apa, Iman?” Tanya Rohana.

“Auntie Fiza nak kahwin orang putih!” Dan ketawa mereka berderai.

Hafizah mengucup Firdaus buat kali terakhir. Rohana juga dipeluk erat. Air mata

mereka berjurai.

“Ingat pesan kami, Fiza. Pulanglah bila kau dah habis belajar dan bersedia, ye,”

pesan Ridhuan lagi.

Hafizah mengangguk. Dia mengangkat beg lalu disandang ke bahu. Dengan nafas

panjang dia melangkah masuk ke dewan berlepas.

Dia tidak menoleh lagi.

490

Page 491: Sebab Dikau

44.

Angin sejuk menerjah pipinya sebaik sahaja dia keluar dari pesawat Boeng 747

dan berjalan di air bridge untuk ke bangunan utama Lapangan Terbang Heathrow.

Melangkah sahaja keluar dari pesawat bermakna dia meninggalkan segala-galanya

tentang Malaysia. Lambaian pramugara dan pramugari yang ramah dan banyak

membantu, umpama lambaian terakhir tanah air.

Hafizah tidak tahu arah mana yang harus dituju. Dia hanya mengikut penumpang-

penumpang lain berjalan dengan harapan mereka menuju ke destinasi yang sama

sepertinya. Bahagian imigresen.

Hafizah melangkah dengan pantas. Sendi-sendinya terasa sedikit lenguh kerana

lebih tiga belas jam terperuk di dalam perut pesawat. Beg kulit yang berisi dokumen-

dokumen dan visa serta paspot untuk ditunjukkan kepada pegawai imigresen terbuai-buai

mengikut alunan langkahnya.

Jauh juga dari pesawat di terminal tiga ke tempat Imigresen, fikirnya. Dari satu

lorong ke satu lorong, dari satu pintu ke satu pintu tetapi tempatnya masih belum

dijumpai. Hafizah memandang sekelilingnya. Inilah pertama kali seumur hidupnya dia

dikelilingi oleh ramai mat salleh. Namun, bukan sahaja orang putih yang ramai, malah

segala rakyat berbilang bangsa berada di lapangan terbang tersebut. Antara orang Asia

yang ramai bekerja di lapangan terbang tersebut adalah orang India dan Pakistan. Hafizah

tersenyum kecil. Langkah kakinya semakin laju…

***

Tit…Tit…

491

Page 492: Sebab Dikau

Hafifi berlari mendapatkan telefon di atas radio. Tertera “1 messages received”.

Dia menekan punat dan membuka ruang sms. Dahinya berkerut. Kemudian dia

tersenyum. Along, fikirnya.

“Along dah selamat tiba di Heathrow smlm. Ini no baru. Lusa Along akan ke

Newcastle. Cari tpt tinggal n daftar uni. Slm buat Fizi dan ayah. Kata Along minta

maaf byk2. Along will keep in touch.”

Hafifi tersenyum. Air matanya bergenangan lalu jatuh membasahi pipi. Cepat-

cepat diseka dengan jari.

Dia segera mendail nombor telefon rumah mereka di Taman Melati2. Talian yang

baru dimasukkan oleh Hafizi untuk memudahkan mereka berhubungan. Hafifi menekup

telefon di telinga. Satu deringan. Dua deringan. Tiga…

“Hello?”

“Assalamualaikum, Abang!”

“Fifi! Kat mana? Ada dapat berita?”

Hafifi tersenyum. Itulah reaksi abangnya tiap kali dia menelefon apatah lagi

apabila mereka mendapat tahu minggu lepas yang kakak mereka akan berangkat ke

England untuk meneruskan pelajarannya.

“Along ada contact lagi tak?” Cemas suara Hafizi. Kali terakhir dia mendapat

berita, Alongnya akan berangkat ke England, tapi tarikhnya tidak diberitahu walaupun

puas dipujuk.

“Ada. Along baru sms kita. Dia dah sampai di England. Lusa akan bertolak ke

Newcastle.” Hafifi tersenyum lebar.

“Apa? Dia pergi tak beritahu kita? Fifi ada contact number dia?”

492

Page 493: Sebab Dikau

“Abang!”

Hafizi terdiam.

“Biarlah dia pergi. She deserves to do this. Biar dia tenangkan fikirannya. Kita

yakin dia boleh lupakan masalah dia bila dah sibuk dengan studies dan assignments,” ujar

Hafifi lembut.

“Abang,” seru Hafifi lagi. “Along kirim salam buat Abang dan Ayah. Dia minta

maaf. Dia akan keep in touch.”

***

“Shah, Abang ada terima satu sms tapi nombornya pelik sikitlah.”

Aishah memandang tunangnya. Mereka sedang makan di Kampung Baru. Aishah

baru sahaja habis kelas Al-Quran dan Zaid menjemputnya untuk pulang.

“Nombor pelik? Boleh buat beli nombor ekor ke?” Aishah berseloroh.

Zaid tersengih. “Apa salahnya. Kalau kena, tak payahlah abang keluar duit untuk

belanja kenduri.” Giliran dia pula menyakat.

Aishah muncungkan bibir. “Nak kahwin dengan duit haram? Hah! Abang

kahwinlah seorang-seorang. Sanding seorang diri, makan seorang-seorang!”

“OK! OK! Gurau sikit pun tak boleh. Dia gurau tak apa!” Zaid pura-pura

merajuk.

Aishah kembali menyuap mee hoon tomyam ke mulut.

“Tapi Abang rasa sms ni sebenarnya untuk Shah la, sebab nama pengirimnya

Hafizah Mahat.”

Hampir tersedak kuah tomyam dibuatnya. Aishah cepat-cepat menyedut air limau

493

Page 494: Sebab Dikau

ais dan menghulurkan tangan meminta telefon bimbit Zaid diserahkan kepadanya.

“Kenapa tak cakap dari Fiza!” Marahnya.

“Sebab abang baru kata nombor dia pelik… +44… ini mesti luar negara kan?”

Zaid menyerahkan telefon bimbitnya kepada Aishah.

“Teruk betullah abang ni! Memanglah dari luar negara. Fiza pergi belajar di

England lah!” Dengan pantas dia menekan kekunci untuk membuka dan membaca

pesanan ringkas dari Hafizah.

Matanya mula berair ketika dia membaca pesanan tersebut;

“slm Shah. Aku dah slamat sampai di Newcastle (jgn beritahu sesiapa).

Kelas aku stat lusa. Aku dah dpt rumah x jauh dr uni. Sewa pun murah. Keja pun

senang cari. Nanti aku email ko. Blh cerita pjg. Bila kenduri? Hantar gambar kat

aku ye. Rindu kau! Hafizah Mahat.”

Air mata Aishah terus mengalir saat dia memulangkan kembali telefon bimbit

kepada Zaid. Dia lalu menyeluk beg tangan dan mengeluarkan tisu lalu mengelap air

mata yang jatuh.

“Ini yang malas ni bila dia jadi sentimental macam ni,” keluh Zaid sambil

berseloroh.

“Kena biasakan! Siapa tak sedih bila kawan baik pergi belajar ke England. Dia tak

beritahu pun tarikh nak pergi. Alih-alih dah sampai sana!”

Zaid hanya menggelengkan kepala. Dia tahu apa yang terjadi kepada Hafizah

Mahat. Aishah telah menceritakan semuanya kepadanya. Itupun susah benar hendak

difahami cerita si Aishah kerana gadis itu bercerita sambil menangis!

“Abang,” seru Aishah.

494

Page 495: Sebab Dikau

Zaid mengangkat kening.

“Shah nak handphone dengan line sekali jadi salah satu barang hantaran,”

pintanya.

“Kenapa pulak?” Zaid tenung wajah Aishah. Pelik-pelik betul permintaan si

Aishah ni!

“Senang nak sms Fiza kat England.” Dia mengelap hidung dengan tisu.

“Kan Fiza kata dia akan email aje, senang nak cerita panjang-panjang,” balas Zaid

cuba menolak permintaan Aishah dengan lembut.

“Nak juga! Email lambat. Sms cepat sikit!”

Zaid mengeluh. Apa nak buat? Dah terlanjur sayangkan Aishah, kenalah menurut

permintaannya. Nasib baik minta telefon bimbit, kalau minta bulan atau bintang,

macamana? Hai! Nasib badan!

***

“Imah!”

Datin Rahimah yang sedang menyiram pokok bunga menoleh memandang

suaminya. “Ada apa?”

“Abang dapat sms.” Dato Rosli tersenyum lebar.

“Apalah abang ni! Dapat sms macam menang loteri.” Datin Rahimah melepaskan

getah air dan berjalan untuk mematikan pili. “Entah-entah dapat sms dari makwe kot,”

dia berseloroh.

“Memang makwe!” Dato Rosli ketawa besar.

Datin Rahimah menarik kembali getah air lalu diacukan ke arah suaminya.

495

Page 496: Sebab Dikau

“Sembur dengan air nak? Ada hati nak ada makwe.” Mulutnya muncung.

“Mari sini. Baca ini. Mesti Sayang suka punya,” ujar Dato Rosli. Dia menggamit

isterinya supaya duduk di sebelahnya.

Datin Rahimah menurut. Dia juga turut tertanya-tanya siapa pula yang telah

menghantar sms kepada suaminya sehingga lelaki itu seronok sangat. Kalau betul dia ada

makwe baru, memang dia tidak akan lepaskan wanita itu begitu sahaja! Bukan setakat

wanita itu, Dato Rosli akan menjadi lelaki yang paling malang di dunia ini!

Dato Rosli mengunjurkan handphone nya kepada Datin Rahimah. Wanita itu

menyambut dengan kerut di dahi. Memang nak kena orang tua ni! Gerutu hati kecilnya.

Dengan perlahan dia menarik cermin mata yang tergantung di leher dan mula membaca

tulisan di atas skrin biru.

“slm dato n datin. Fiza dah slamat tiba d England. Fiza akan belajar di sini.

Please don’t ask where. Fiza minta byk2 maaf klu pbuatn Fiza mlukakan hati byk

pihak. Minta halal mkn minum. – Hafizah Mahat.”

Terketar-ketar jari Datin Rahimah ketika dia menyerahkan handphone kembali

kepada suaminya. “Dia di England?”

Dato Rosli mengangguk sambil tersenyum. “Abang dah tahu. Dia di Newcastle

sebenarnya.”

“Mana abang tahu? Kenapa tak beritahu Imah dia pergi ke sana untuk belajar.”

Air mata Datin Rahimah gugur. Entah kenapa, sejak akhir-akhir ini, senang benar dia

menangis.

“Abang contact kawan sekolahnya dulu. Ridhuan. Budak tu pun kerja kat MDS,”

jawab Dato Rosli. Dia memeluk erat isterinya.

496

Page 497: Sebab Dikau

“Mana abang tahu pasal Duan?” Soal Datin Rahimah lagi.

“Abang ingat sebab dulu Is ada cerita pasal kawan Hafizah di MDS. Abang pun

pernah hantar personal invitation pada dia untuk satu dinner di Crown Princess Hotel

dulu,” balas Dato Rosli. “Puas juga abang pujuk dia. Akhirnya dia beritahu yang Fiza

dah apply universiti di Newcastle.”

Datin Rahimah menganggukkan kepala.

“Abang ada offer nak support pelajaran Hafizah, tapi Duan menolak. Dia kata

semua urusan kewangan sudah diuruskan,” cerita Dato Rosli lagi.

“Abang tak insist ke dia terima offer abang buat bayar yuran universiti. Kan

mahal belajar di England?” Tanya Datin Rahimah lagi.

“Dia tak nak. Dia kata dah tanggung beres. Dia cadangkan Abang supaya cari

jalan lain untuk kurangkan beban Fiza,” ujar Dato Rosli lagi. Dia tersenyum.

Datin Rahimah kenal senyuman itu. “Apa yang abang buat?” tanyanya lagi.

“Abang settle kan housing loan rumah mereka di Taman Melati2 dan abang

inform kawan-kawan abang dalam industri to watch out for any application from Hafizi

Mahat. Itu sahajalah yang mampu abang buat untuk keluarga Hafizah.”

Datin Rahimah membalas senyuman suaminya. “Sayang abang!”

Dato Rosli tersengih. Dia mengucup kepala isterinya dengan penuh kasih sayang.

“Is tahu?”

Dato Rosli menggelengkan kepala. “Tak. Abang rasa tak perlulah kita beritahu

dia. Biar Fiza sendiri yang beritahu.”

Suasana petang begini memang mendamaikan apatah lagi duduk bersama suami

tercinta. Datin Rahimah mengeluh. “Bila kita nak pergi melawat Zul di Scotland ya

497

Page 498: Sebab Dikau

bang?”

Dato Rosli tersenyum. “Kita boleh pergi ke Scotland melawat Zul. Tapi kita tak

boleh singgah di Newcastle.”

Datin Rahimah membetulkan duduk. Wajah suami ditenung. “Kenapa pulak?”

“Imah, biar dia di situ. Its her decision. Kalau dia nak jumpa kita, dia akan balik

ke sini. Kalau dia nak bercakap dengan kita, biar dia yang mulakan. Kita tak boleh paksa

dia. Biar dia mulakan hidup baru di sana. Mana tahu, suatu hari nanti lembut hatinya dan

dia akan kembali ke sini.” Dato Rosli memujuk lembut.

Datin Rahimah mengeluh panjang.

***

Angin Laut China Selatan menerpa mengelus pipinya. Terasa sejuk. Remang

petang sudah hampir ke penghujungnya. Sebentar lagi azan Maghrib pasti akan

berkumandang tetapi Iskandar masih tidak mahu meninggalkan pantai itu. Dia masih lagi

duduk di atas pasir putih Desaru mengadap air laut yang pasang. Ombak yang bergulung-

gulung lalu menghempas pantai yang setia menanti bagai mencerminkan gelora di dalam

jiwanya kala ini. Ah, laut! Kita sama menyanyikan lagu yang serupa. Garang menyerang

pantai yang setia.

Iskandar menundukkan kepala. Dia merenung telefon bimbit di tangan. Pesanan

yang diterima seminggu lalu masih tersimpan di dalam voice message inbox. Tapi, hari

ini mesej itu akan terpadam. Entah beberapa kali dia mendail nombor mengulang dengar

mesej yang ditinggalkan di dalam sistem pesanan suara itu. Cuma lima patah perkataan.

Lima patah perkataan yang begitu menusuk kalbu.

498

Page 499: Sebab Dikau

Sekali lagi dia mendail nombor pesanan suara. Di masukkan nombor PIN dengan

pantas dan di tekapkan ke telinga;

“…Fiza minta maaf banyak-banyak…”

Klik.

“Please press one to return to…”

Iskandar menekan punat merah.

Dia mendengus! Apa bezanya kau dan aku, Fiza? Kita sama-sama pengecut. Kita

sama-sama lari dari masalah. Belum berjuang sudah mengaku kalah. Belum bersemuka

kau telah lari!

Berbulan-bulan kau hilang, akhirnya aku mendapat berita, kau sudah ke luar

negara. Ke mana kau, Fiza? Iskandar mengeluh. Puas dia bertanya kepada Aishah tetapi

gadis itu tetap membatu. Langsung tidak mahu memecah rahsia.

Iskandar melepaskan pandangan ke arah laut yang luas. Setelah sekian waktu

bersama, takkanlah kau tidak mengerti sifatku, Fiza? Marahku padamu tidak pernah

lama. Dendamku pasti akan terurai sekiranya kau bersedia mendengar. Kenapa kau

bertindak terburu-buru? Mengapa kau menuruti langkahku? Kalah dengan nafsu?

Kau bukan seperti itu. Di mana ketenanganmu? Di mana sifat rasional yang

sering kulihat ada pada sifatmu? Kau kalah, Fiza! Kalah! Kau pengecut! Aku pun

pengecut….

Iskandar menekan genggaman jari ke dada. Sakit di hati masih belum terubat

sepenuhnya. Penyesalan demi penyesalan mengasak jiwanya. Memang aku pengecut!

Aku tak sungguh-sungguh mencari kau. Aku tak sungguh-sungguh ingin memohon maaf

dari kau!

499

Page 500: Sebab Dikau

Memang kau tak bersalah. Jauh di sudut hatiku, aku tahu kau tidak bersalah. Tapi,

aku perlukan orang untuk dipersalahkan dan kaulah orang itu. Kau bohong aku! Kau

ranapkan kepercayaan aku. Ketika itu aku hanya terfikir, dusta apa lagi yang akan kau

hamburkan padaku sekiranya aku bersedia menyerahkan kepercayaanku sepenuhnya

padamu. Sebelum kau sakiti aku, lebih baik aku sakiti kau dulu!! Ya Allah! Aku yang

bersalah sebenarnya, Fiza. Aku tenggelam di dalam gelora amarah dan keegoanku. Aku

tumbang sekali lagi!

Tapi aku tidak mahu tenggelam sepenuhnya di dalam dendam kesumat yang tidak

ada kena mengena sebenarnya denganku. Aku tidak mahu hidup berteraskan dendam.

Hidup tanpa keceriaan. Tanpa keredhaanNya. Sekiranya itu jalan yang aku pilih, jiwaku

akan kosong. Aku tak mahu jadi seperti mak long. Hatinya tiba-tiba dilanda perasaan

sayu yang amat sangat tiap kali teringatkan Zaleha. Makciknya itu sedang dirawat di

hospital kerana penyakit kemurungan. Keadaannya semakin serius dan terpaksa

bergantung kepada ubat-ubat untuk menenangkan hatinya yang sentiasa rusuh. Ya Allah!

Berikanlah kekuatan padanya. Berikanlah kekuatan padaku!

“…sebagai lelaki bos tak sepatutnya mengaku kalah…”

Seakan terdengar lagi kalimat yang diutarakan oleh Hafizah suatu malam lama

dahulu. Dan sebagai wanita kau pun tidak seharusnya mengaku kalah!

“Bos tunjukkan dia yang bos memang sayangkan dia akan berusaha yang terbaik

untuknya…”

“Is.” Satu sapaan lembut mencecah gegendang telinganya.

Iskandar menoleh.

“Dah Maghrib. Tak elok duduk kat luar masa macam ni. Jom balik.”

500

Page 501: Sebab Dikau

Iskandar menghulurkan tangannya sambil tersenyum. Sepasang tangan

menyambut bersama senyuman terukir dibibir. Senyuman yang suatu masa dulu terlalu

didamba.

Nurul Huda memaut lengan Iskandar dengan mesra. Cahaya matahari yang masih

bersisa di kaki langit memancarkan sekilas cincin berlian yang tersarung di jari manis.

Cincin yang menjanjikan seribu harapan buat mereka berdua.

Iskandar mengibas-ngibaskan seluar yang bertompok pasir putih. Terlerai lalu

jatuh. Dia lantas mengeluarkan telefon bimbit.

“Nak telefon siapa, maghrib maghrib ni?” Soal Nurul Huda sambil mengerut dahi.

“Tak ada siapa-siapa. Nak dengar voice message sekejap.” Iskandar menekan

punat telefon bimbit lalu menekap ke telinga.

“Fiza minta maaf banyak-banyak…”

Dia menekan punat lagi. “There is no message..”

Aku juga minta maaf banyak-banyak pada kau, Fiza.

Iskandar berpaling mengadap Nurul Huda. “Jom,” ajaknya lembut.

Nurul Huda tersenyum.

501

Page 502: Sebab Dikau

45.

Hafizah melangkah keluar dari pintu utama masjid besar Granada. Pemandangan

kota Al-Hambra begitu indah dan mengasyikkan. Kota yang mengilhamkan sajak yang

indah-indah kepada penyair Muslim dahulu kala.

Cahaya suria petang yang galak mewarnai dinding kota menjadikannya

keperangan, sesuai dengan namanya Al-Hambra yang bermakna “kota merah”. Kota yang

beratus tahun berdiri megah dipuncak bukit La-Sabica memang indah dipandang dari

setiap sudut terutama sekali dari bukit di sebelahnya yang dikenali sebagai Albaiyzin.

Bukit yang dahulunya merupakan penempatan penduduk Islam zaman kesultanan di

Andalusia.

Rumah-rumah berdinding putih bersusun di antara lorong-lorong kecil masih utuh

berpenghuni sejak beratus tahun dahulu. Ada yang masih mengekalkan ciri-ciri arkitek

Moorish dahulukala, manakala ada juga penghuni yang sudah mengubahsuai rumah

mereka menjadi kelihatan lebih moden dan diselitkan dengan senibina Sepanyol. Tapi

apa yang menarik, kebanyakan rumah mengekalkan pintu masuk kayu yang berukir yang

cantik. Sesuai dengan agama Islam, ukiran pintu kayu berbentuk geometri dan bukan

ukiran berbentuk manusia atau haiwan. inilah seni peninggalan Islam di Andalusia

khususnya di Granada.

Hafizah berjalan masuk ke taman di perkarangan masjid Granada. Masjid baru

yang siap pembinaan sepenuhnya pada tahun 2003. Tapak masjid itu bersebelahan

dengan gereja tua San Nicholas. Masjid itu juga adalah lambang simbolik penerimaan

kembali agama Islam di bumi Andalusia, khususnya Granada. Di sinilah suara azan mula

berkumandang kembali di bumi Sepanyol. Memandangkan sentimen anti-Islam yang

502

Page 503: Sebab Dikau

berleluasa di benua Eropah sejak kebelakangan ini, muslimin dan muslimat di tanah

Granada mempunyai tanggungjawab yang berat untuk menyakini rakyat tempatan

bahawa kedatangan mereka bukanlah untuk berperang tetapi untuk menyebarkan agama

Allah dengan aman.

Hafizah terus berjalan melepasi kolam pancuran air berbentuk bintang berlekuk

empat, berhias jubin biru dan terus ke bibir taman yang berpagar. Matanya masih lagi

tertumpu pada kota indah di seberang bukit. Angin yang berhembus di petang bulan

Febuari terasa dingin melepasi jaket bulu kambing yang menyaluti tubuh langsing

Hafizah.

Dia baru sahaja selesai menunaikan solat Asar. Seperti lazimnya, apabila bersolat

di sini, hatinya sering dipanggil-panggil untuk menikmati keindahan istana yang

tersergam gah di atas bukit La Sabica. Hafizah tidak pernah jemu menikmati keindahan

senibina Islam dahulu kala. Sungguh menakjubkan bagaimana orang dulu kala yang tidak

mempunyai peralatan pembinaan semoden sekarang, mampu membina sebuah istana dan

tugu yang mampu berdiri teguh beratus-ratus tahun lamanya.

Hafizah menarik nafas panjang. Pipinya terasa sejuk di sapa angin petang. Masih

ramai lagi pelancong yang melawat kota lama yang menjadi daya tarikan Selatan

Sepanyol. Kalau dulu pelancong datang cuma pada musim bunga atau panas, kini

pelancong tiba tidak bermusim. Hafizah sendiri sudah empat kali menungging

memanjat bukit La-Sabica dan membayar kira-kira empat puluh ringgit untuk masuk dan

seharian suntuk berada di sana menikmati keindahan istana di kota itu.

Dari jauh dia melihat pelancong bertali arus mengunjur kepala di tingkap yang

bersusun di istana Al-Hambra menikmati keindahan pemandangan sekitar Albaiyzin,

503

Page 504: Sebab Dikau

Sacromonto, bandar Granada dan keputihan salji di puncak Sierra Nevada. Bukan sahaja

pelancong di La Sabica sahaja yang dapat menikmati keindahan bumi Granada, malah

pelancong yang beristirehat di taman masjid juga mengambil kesempatan cuaca yang

segar untuk bersantai menikmati kecantikan alam. Perkarangan masjid memang di buka

kepada pelancong bukan Islam untuk mendekatkan mereka dengan agama suci ini. Di

sini mereka bebas berjalan kecuali tempat-tempat yang dikhaskan untuk muslim dan

muslimat.

Keindahan pemandangan di dalam taman masjid hampir sama dengan panorama

yang boleh dinikmati di dataran San Nicholas. Hanya di dataran di gereja tua,

keadaannya agak hingar bingar kerana ia adalah tumpuan muda mudi berseronok berlatar

belakangkan istana Al Hambra. Selalunya banyak persembahan artis jalanan di adakan di

sana. Tidak kurang juga persembahan-persembahan unik yang lain menjadikan dataran

itu seperti gelanggang sarkas lagaknya.

Bagi yang inginkan kedamaian dan ketenangan, taman di dalam perkarangan

masjid menjadi pilihan utama. Ia memang dibuka untuk pengunjung ke masjid, tidak kira

warna kulit, bangsa atau agama. Walaupun begitu, mereka harus mematuhi syarat-syarat

tertentu yang ditetapkan oleh pihak pengurusan masjid sesuai sekali dengan adab

Muslim.

Pelancong yang ingin masuk ke perkarangan taman masjid haruslah berpakaian

sopan, tidak makan dan minum dan tidak membawa anjing ke dalam. Mereka juga tidak

dibenarkan membuat bising terutama sekali apabila tiba waktu solat. Pelancong yang

tidak beragama Islam juga hanya boleh menyaksikan ruang dalam masjid dari sebuah

pintu di taman. Jika ingin melihat bagaimana umat Islam bersolat, mereka hanya boleh

504

Page 505: Sebab Dikau

mengintai dari tingkap-tingkap yang dikhaskan untuk mereka di sekitar masjid.

Masjid yang juga dibina berdasarkan senibina Moorish dan mengadaptasi

kesenian senibina Masjid bersejarah di Cordoba memang indah, walaupun saiznya

mungkin lima kali ganda lebih kecil. Mihrab dihias indah dengan dinding separa bulat

berhias tulisan khat dan hamparan tebal dwi warna merah hati dan perang yang terhampar

memberi keselesaan kepada para jemaah untuk menunaikan ibadah mereka. Pintu-pintu

yang luas dan tingkap yang disediakan membenarkan cahaya masuk dan menerangi

tempat solat dan menghangatkan bahagian dalam masjid kala musim dingin dan

menyejukkan kala tiba musim panas.

Skrin kayu di suatu sudut, mengasingkan tempat ibadah bagi kaum muslimah. Di

belakang pintu khas untuk kaum wanita terletak build-in kabinet untuk menyimpan

naskah Al Quran, surah yassin dan juga untaian tasbih, manakala sebelah kiri sudut

terdapat tangga spiral berhias mar-mar menuju ke bawah untuk ke tempat berwuduk,

bilik air dan juga bilik mandi khas yang luas. Selipar pengalas kaki juga disediakan untuk

menghindarkan diri dari kesejukan berjalan di bilik air.

Kompleks masjid ini memang cukup lengkap. Selain dari ruang solat, terdapat

juga mini oditorium, kelas untuk belajar dan sebuah khutub khanah. Walaupun

pembinaan masjid ini dibiayai oleh salah seorang anak raja Arab, ia digunakan oleh

segenap bangsa yang beragama Islam yang menginjakkan kaki di bumi Andalusia ini.

Ramai pelancong-pelancong yang beragama Islam singgah di Mezquita Mayor de

Granada ini untuk menunaikan solat sebagai ucapan syukur setelah beratus tahun bumi

ini dahagakan laungan muazzin menyebarkan agama yang suci.

Begitu juga bagi diri Hafizah. Setelah empat tahun berhempas pulas belajar

505

Page 506: Sebab Dikau

Bahasa Inggeris di Newcastle England, Hafizah tercampak pula dibumi Sepanyol

mengajar Bahasa Inggeris di sebuah sekolah antarabangsa di Granada. Sejak dia

mengetahui tentang keujudan masjid itu dia sering ke sini. Mula-mula hanya melawat dan

seterusnya mendaftar untuk belajar di kelas-kelas yang disediakan.

Dia suka datang ke Masjid Granada. Kadang-kadang dia berjalan kaki mendaki

bukit melalui lorong-lorong kecil berbatu ke masjid selepas memberi makan ikan tuna

pada kucing-kucing comel yang mengharapkan belas ehsan makanan dari pelancong dan

penduduk tempatan di tepi sungai Darro. Berpeluh-peluh juga berjalan menaiki tangga

batu kerikil dari pekan Granada hendak menyampaikan ke Masjid. Sekarang dia lebih

selesa menaiki bas mini untuk ke San Nicholas dan kemudian berjalan menuju ke masjid

yang terletak di sebelah gereja lama itu.

Walaupun masjid masih baru di buka, banyak aktiviti keagamaan yang dijalankan.

Ada ceramah, kelas bahasa Arab dan diskusi agama dijalankan hampir setiap hari.

Hafizah tenang di sini. Dia juga sudah dapat menyesuaikan diri dengan budaya

masyarakat tempatan. Malah dia juga sudah hampir mahir berbahasa Spanish.

Pada mulanya dia agak kekok hendak menyesuaikan diri dengan masyarakat

setempat tapi lama kelamaan dia menjadi biasa. Alah bisa tegal biasa. Apatah lagi sudah

ramai masyarakat Muslim dari Morocco ataupun negara Islam di benua Afrika berhijrah

ke Granada dan juga pelajar-pelajar Muslim di University of Granada.

“Excuse me.” Satu sapaan lembut mematikan lamunan Hafizah. Dia barpaling

mengadap seorang wanita Inggeris yang berbaju sejuk tebal warna merah berbelang

hitam dan berseluar jeans putih.

“Can you speak English?” wanita itu bertanya berhati-hati. Usianya mungkin

506

Page 507: Sebab Dikau

sudah mencecah lima puluh tahun. Begitulah lazimnya bagi rakyat Inggeris. Sudah tua-

tua pun masih suka berjalan makan angin.

Hafizah tersenyum. “Si” jawabnya dalam bahasa Sepanyol ringkas sebagaimana

rakyat tempatan.

Wanita Inggeris tersenyum gembira. “Can you take our picture?” pintanya

lembut sambil mengunjurkan sebuah kamera digital kepada Hafizah.

Hafizah menerima kamera yang diberi. “With Al-Hambra as background?”

“Yes. Come on darling, this lovely lady is going to take our picture.” Dengan

pantas wanita Inggeris separuh umur itu memaut lengan pasangannya. Mereka tersenyum

menunggu Hafizah memetik punat kamera.

Selesai, Hafizah mengembalikan kamera digital.

“Thank you very much, love,”

“My pleasure,” Hafizah membalas.

“You could never trust these men to take pictures.”Wanita tua itu berbisik kepada

Hafizah “Heavens! My friend’s had her camera stolen a few days ago.”

“You better be careful then.” Hafizah mengingatkan.

“By the way, your accent is different. You're not local are you?” Wanita Inggeris

itu bertanya. Pasangannya sedang sibuk mengambil gambar pemandangan Al-Hambra

dari perkarangan masjid.

Hafizah tersenyum. “No, I’m Malaysian. I studied in Newcastle two years ago.

Now I teach English here.”

“That's lovely. This is very beautiful country. I’m sure you like working in

Granada very much.”

507

Page 508: Sebab Dikau

“Yes, very much.” Hafizah menjawab ringkas. Memang cantik. Dia tersenyum.

“Well. Thanks again for taking our picture,” Wanita Inggeris berlalu pergi

bersama pasangannya.

Hafizah kembali mengadap kota lama. Entah kenapa hari ini, hatinya tidak

tenteram. Sejak malam tadi dia asyik teringat kepada Hafizi dan Hafifi.

“Asyik sungguh melihat kota.” Satu suara garau menyapa.

Hafizah memandang jejaka Eropah di sebelahnya lalu tersenyum mesra. Mesti dia

sudah menunggu lama di taman.

“Bien! Cantik sekali.”

Setiap kali Rasyid bertanya Hafizah kenapa suka merenung kota lama itu,

jawapan yang diberikan mesti cantik.

“Rasyid mungkin sudah lali dengan kecantikan Al-Hambra, tapi saya tetap suka

melihat kota lama ini,” ujar Hafizah lagi. Matanya kembali merenung kota yang

bermandi cahaya petang.

“Siapa bilang saya tidak suka memandang Al-Hambra? Ia tetap cantik di mata

saya,” ujar Rasyid dengan telor Indonesia yang masih pekat.

Hafizah hanya tersenyum. Mula dia kenal Rasyid, rasa pelik juga melihat seorang

lelaki Eropah yang berambut perang kehitaman dan mata hijaunya bercakap Melayu

dalam pelat Indonesia.

Abdul Rasyid Abdullah Cabre berketurunan Sepanyol dan anak jati Granada.

Ayahnya memang dilahirkan dan dibesarkan di kota ini, manakala ibunya adalah rakyat

Jerman. Mereka bertemu di Paris dan terus jatuh cinta.

Menurut kata Rasyid, dia dan tiga adiknya banyak mewarisi genetik ibunya.

508

Page 509: Sebab Dikau

Tinggi dan bermata hijau. Hanya rambut perang kehitam-hitaman sahaja yang diwarisi

dari ayahnya. Lelaki yang berusia tiga puluh empat tahun itu lulusan sarjana dalam

chemical engineering pengkhususan petrochemical.

Kerjaya membawa lelaki itu ke dunia Arab, di mana dia didedahkan kepada

agama suci Islam. Kemudian Abdul Rasyid berhijrah ke Indonesia di mana dia bekerja

dengan satu syarikat petroleum disana. Sebulan di Indonesia, Abdul Rasyid melafazkan

dua kalimah syahadah dan belajar menjadi seorang muslim.

Penat merantau, Rasyid berhenti kerja dan kembali ke Granada. Dia meneruskan

pelajaran dan kini bekerja sebagai pensyarah petrochemical di Universiti Granada. Dua

kali seminggu dia menghadiri kelas agama dan bahasa Arab di kompleks masjid.

Di situlah hampir setahun lepas dia mengenali dan menjalinkan persahabatan

dengan Hafizah. Apatah lagi bila dia tahu Hafizah seorang Melayu. Sering mereka

berkomunikasi di dalam bahasa Melayu yang diselang-selikan dengan bahasa Inggeris

atau Spanish.

Kata Rasyid, Hafizah perlu menajamkan lagi penguasaan bahasa Sepanyol dan

dia mahu sentiasa mahir berbahasa Melayu. Walaupun dengan pelat Indonesia. Akhirnya

jadilah mereka seperti ayam dan itik bercakap.

“Mahu ke sana, nanti?” Soal Rasyid. Mulutnya dimuncungkan ke arah kota lama

di seberang bukit lantas tersenyum. Perli.

“Mahu juga. Nak ikut?” Balas Hafizah selamba. "Kita jalan kaki ke sana.

Sanggup?"

Rasyid tersengih lalu ketawa besar. Seronok dia dapat mengusik Hafizah.

Walaupun ramai rakan-rakannya suka meneroka taman indah di Al-Hambra, tidak ada

509

Page 510: Sebab Dikau

satupun yang lebih taksub dari Hafizah. Walaupun sudah berkali-kali menikmati

keindahan kota lama itu, dia tidak pernah jemu-jemu ke sana.

“Menungging menaiki Bukit La-Sabica? Ya Ampun! Kamu jalan seorang diri.

Saya cuma sanggup membayar tambang bas ke sana. Kamu bayar tambang masuk ke

taman, boleh?”

Hafizah hanya tersenyum. Sudah dua kali mereka ke sana bersama. Tiap kali

diajak berjalan Rasyid pasti menolak. Naik bas, katanya. Dia tidak sanggup berjalan,

apatah lagi memanjat bukit yang tinggi itu. Semput. Hah! Alasan! Hafizah suka mengusik

mengatakan Rasyid tidak seperti lelaki Eropah yang lain. Yang suka bersenam dan rela

memanjat bukit tinggi daripada menaiki bas.

Tiap kali diusik seperti itu, lelaki itu pasti berkata yang sememangnya dia tidak

seperti lelaki Eropah yang lain. Dia sukakan kemudahan yang sudah sedia ada. Lagipun

ketika di Indonesia dia terlalu dimanja dengan makanan yang enak-enak yang disediakan

oleh pembantu rumah. Rutin hari-hari, pergi kerja, balik, makan dan tidur. Makan

menjadi misi utama. Pecal hidangan yang paling digemari. Dari tahun ke tahun dia

menjadi semakin malas dan tidak suka bersenam. Rasyid pernah kata dia sudah jadi

seperti karaktor kartun Garfield. Berjalan menjadi tugas yang paling dibenci.

Iyalah tu! Walaupun itu adalah alasan yang selalu diberikan tiap kali diajak

bersantai di Al-Hambra. Hafizah tidak percaya. Apatah lagi melihatkan pada keadaan

fizikal Rasyid, orang pasti kata dia seorang yang kuat bersenam. Tinggi, sasa dan aktif.

Tapi tiap kali diajak memanjat Bukit La-Sabica, dia pasti menolak. Naik bas. Dia

bayar tambang. Bukan pemalas tapi sengaja mengambil kesempatan mahu Hafizah

membayar duit masuk ke taman.

510

Page 511: Sebab Dikau

Hafizah memang terlalu suka ke kota lama itu. Siapa sangka di dalam kubu teguh

itu terdapat istana yang indah dengan ukiran, taman-taman yang penuh dengan pepohon

hijau di selang seli dengan kolam-kolam ikan yang menyamankan pandangan. Tidak

ketinggalan juga terdapat air pancuran hampir disegenap sudut kota. Taman indah yang

cuba diadaptasi dari taman Firdausi. Tumbuhan, binatang dan air diharmonikan

menyejukkan hati setiap insan yang menjejakkan kaki ke kota indah itu.

“Pop quiz time! Berikan tempat-tempat yang menarik di kota lama itu,” Rasyid

tersengih. Dia menggosokkan kedua-dua tapak tangan keseronokan dan pada masa yang

sama cuba menghindarkan kesejukan yang menggigit, walaupun matahari masih lagi

garang menyinari bumi Andalus itu.

Hafizah mengerling ke arah Rasyid yang masih tersengih-sengih seperti kera

sumbang. Ini entah yang keberapa kali Rasyid cuba menguji pengetahuannya tentang

kota lama itu.

“Apa nama menara itu?” Rasyid menunding jari ke arah menara kota lama.

“Castillo delas Torres Bermejas,” jawab Hafizah. Dia tersenyum. Menara itu

adala salah satu tempat yang paling di gemari. Walaupun penat menaiki tangga ke

menara, tapi itulah tempat yang paling strategik untuk menikmati pemandangan indah

Albayzin dan bandar Granada.

“Tempat air pancuran yang kamu suka sangat itu, apa namanya?”

“Patio de los Leones. Patung-patung singa dengan mangkuk air di atasnya

memang bertentangan dengan ajaran Islam, tapi seninya tetap menarik,” balas Hafizah.

Mungkin atas dasar itu, patung-patung singa itu dibiarkan terus menghiasi taman di

dalam istana.

511

Page 512: Sebab Dikau

“Patio itu pula bersambung dengan Patio de los Arrayanes, tempat yang paling

kamu sukakan kerana reflek luar istana jelas terlihat di dalam kolam, bukan?” sambung

Hafizah lagi. Dia mengerling ke arah Rasyid.

“Betul itu. Tempat itu begitu damai dan romantis sekali untuk sang teruna dara

menghabiskan masa berdua sambil menikmati keindahan ukiran dan senibina Moorish

dahulu kala,” balas Rasyid pula. Dia membalas senyuman Hafizah. “Lagi apa yang kamu

ingat?”

“Palacio del Mexuar, di mana ia digunakan untuk mesyuarat dan menjatuhkan

hukuman. Sala del trono, tempat singgahsana sultan dan istirehat pembesar negeri.

Palacio del los Leones, tempat tinggal sultan. Sala de los Mocarabes dan Sala de los

Reyes yang terkenal dengan ukiran plaster di bumbung. San Francisco Parador yang

asalnya adalah sebuah masjid tetapi diubah menjadi sebuah biara selepas penaklukan

semula dan akhir sekali generalife tempat di mana rakyat kebanyakan dan askar tinggal,”

jelas Hafizah. Dia menarik nafas panjang. Gembira.

“Kamu sudah seperti seorang penakluk dunia. Kalau Alfonso de Alberqueque

pernah menakluk Melaka, apa kata kamu saya panggil penakluk Al-Hambra.”

“Wa ia galiba illa Allah, tiada yang menakluki kecuali Allah,” balas Hafizah

tersenyum.

Rasyid turut tersenyum, dia teringat akan ayat yang menjadi motto di Al-Hambra.

Tulisan yang berselang-seli dengan ayat-ayat Al-Quran yang menghiasi ukiran dinding di

istana.

“Bukan sahaja ayu, malah bijak. Beruntung saya kalau dapat memilikimu.”

Tersentak Hafizah mendengar baris ayat yang keluar dari mulut Rasyid. Hatinya

512

Page 513: Sebab Dikau

berdegup kencang. Apakah maksud dia? Hafizah menundukkan muka. Dia beristighfar di

dalam hati. Ya Allah! Aku pohon petunjukMu…

“Saya memang sudah lama suka pada kamu tapi kamu sengaja buat-buat tidak

faham,” Rasyid terus bersuara. Pada umurnya yang sudah menjangkau lebih tiga puluh

empat tahun, dia rasa sudah tiba masanya dia berumah tangga. Lagipun dia suka sifat

yang ada pada Hafizah dan dia rasa gadis itu sesuai untuk menjadi suri hatinya.

Hafizah terus membatu. Lebih lima tahun dia membekukan hatinya. Tiap hari

yang dilalui adalah untuk memenuhi matlamat hidupnya. Ketika belajar dahulu, dia terus

menumpukan perhatian untuk terus belajar dan mencari nafkah.

Kini bila tiba di bumi Granada, matlamatnya hanya satu. Mahu terus berkhidmat

untuk menolong anak-anak pribumi menguasai lingua franca utama dunia dan pada masa

yang sama memperdalami ilmu Allah. Dia tidak pernah menyangka akan jatuh cinta

sekali lagi.

Ya, Hafizah sudah tidak mampu untuk menidakkan perasaan sendiri. Sejak dia

mengenali Rasyid, pintu hatinya sudah mula terbuka. Mulanya dia tidak sedar bahawa dia

sudah tertarik dengan jejaka Eropah itu, tapi lama kelamaan dalam diam, dia merasakan

perhubungan persahabatan antara dia dan jejaka itu terlalu istimewa. Ikhlas. Intim.

Hafizah akui tertarik pada Rasyid bukan kerana dia lelaki Eropah tetapi kerana

hati budinya, sifatnya yang penyabar dan hormat pada wanita. Dia juga seorang lelaki

yang penyayang, lemah lembut, peramah dan mempunyai perasaan ingin tahu yang

tinggi. Setiap saat mereka bersama, tidak pernah Rasyid berkasar atau meninggikan suara

padanya.

“Sudah lama saya tunggu kamu. Saya tidak mahu menunggu lagi. Adakah kamu

513

Page 514: Sebab Dikau

rasa seperti apa yang saya rasa?” Lembut suara Rasyid menerjah gegendang telinga

Hafizah.

Soalan itu terlalu berat untuk dijawab. Hafizah terus tunduk. Sanggupkah Rasyid

terima dirinya? Wanita yang kelam tentang asal usulnya? Keturunan yang bukan dari

keluarga yang baik-baik? Hatinya tiba-tiba terlalu sayu.

“Adakah saya perempuan yang baik untuk kamu Rasyid?” Setelah sekian lama

akhirnya Hafizah bertanya. Suaranya bergetar menahan sendu. Ya Allah, tabahkan

hatiku.

“Kita semua sama di mata Allah Subhanawataala. Kamu tahu itu bukan? Bagi

saya kamu wanita yang terbaik untuk saya. Bukankah Rasulullah sudah menggariskan

panduan untuk mencari isteri? Pilih imannya. Dan itu yang saya nampak dalam diri

kamu.” Rasyid memusingkan badan memandang gadis yang tunduk di sebelahnya. “Dan

oleh kerana itu, saya pilih kamu.”

Rasyid tahu tentang kisah silam Hafizah. Dia pernah menceritakan kepada

Rasyid, itupun setelah puas dia memujuk. Hafizah tidak mudah menceritakan kisah

peribadi kepada orang lain, tapi akhirnya dia terpaksa akur dengan Rasyid kerana lelaki

itu tidak pernah menyerah kalah. Dia memang sungguh-sungguh ingin tahu latar

belakang Hafizah. Kerana percaya dengan Rasyid, akhirnya Hafizah ceritakan bagaimana

ibunya nusyuz pada suami, bapanya yang menjadi penagih dadah, parut di muka dan suka

duka dia membesarkan adik-adiknya. Namun, dia masih tidak sanggup menceritakan

tentang Iskandar yang menjadi penyebab utama dia melarikan diri ke benua Eropah.

“Saya punya kisah silam yang buruk Rasyid. Kamu tahu, kan? Keluarga saya

berantakan…”

514

Page 515: Sebab Dikau

Rasyid tersenyum mendengar perkataan berantakan yang keluar dari mulut

Hafizah. Ah.. rumpun Melayu.. satu bangsa, satu bahasa. Cuma berlainan dialek.

“Saya tidak melihat ke belakang Hafizah. Saya suka memandang apa yang ada

sekarang dan merancang untuk masa hadapan. Yang sudah lepas, kita jadikan panduan

untuk mencorakkan masa hadapan kita.” Rasyid menarik nafas lalu dilepaskan perlahan-

lahan. “Masa depan kita berdua.”

Hafizah diam. Seminit berlalu dan tiada siapa yang bersuara. Akhirnya Hafizah

mengangguk lemah.

“Baiklah.”

Keputusan sudah dibuat. Sekiranya ini jodoh dia, Hafizah redha di atas ketentuan

Allah. Dia tidak mahu terus diselimuti perasaan sedih dan kecewa.

Sejak dia mengenali Rasyid, dia rasakan dunianya sudah berubah. Secerah dan

seindah musim bunga. Sehangat musim panas. Kedinginan musim dingin tidak pernah

dirasakan terlalu menggigit kerana kehadiran Rasyid yang sentiasa ada disisinya. Sedia

menolong dalam apa jua situasi.

“Baiklah apa?”

“Baiklah, saya terima kamu. Kalau kamu jodoh saya, saya redha.” Hafizah

tersenyum. Matanya bersinar merenung dalam mata Rasyid. Dia seperti mendapat

kekuatan baru dan azam baru. Azam untuk melupakan perkara yang lepas dan ingin

memulakan hidup yang baru. Bersama Rasyid. Lelaki yang sanggup menerima dia

seadanya. Dia dengan kelebihan yang tidak seberapa dan kekurangan yang selangit

banyaknya.

“Kamu setuju berkahwin dengan saya?” Rasyid seperti tidak percaya dengan

515

Page 516: Sebab Dikau

jawapan yang diberikan oleh Hafizah. Betul gadis itu menerima lamarannya? Sanggup

menjadi suri hidupnya?

Hafizah mengangguk. “Saya setuju berkahwin dengan kamu, Rasyid.”

Rasyid tersenyum lebar. Dia lega. Sungguh-sungguh lega. Alhamdulillah. Dia

menggenggam kemas besi penghadang pagar tanpa menghiraukan kesejukan yang seperti

menggenggam air batu. Hatinya gembira. Akhirnya gadis yang dikagumi setuju untuk

disunting menjadi suri dalam hidupnya.

Mereka berdua masih tercegat memandang kota Al-Hambra di seberang bukit.

Angin petang mengelus dan mengibar lembut tudung sutera berwarna ungu muda yang

dipakai Hafizah. Tiada sebarang kata-kata yang keluar dari mulut mereka berdua.

Hafizah tersenyum lagi. Rasanya tiada apa lagi yang perlu diluahkan. Semuanya

sudah jelas dan nyata. Cinta yang diberi disambut mesra. Janji akan dipatri. Hanya yang

tinggal adalah berdoa pada yang Esa semoga jodoh mereka kekal hingga ke akhir hayat.

“Kamu mahu dengar pengakuan ikhlas saya kala ini?” Soalan Rasyid mematikan

lamunan Hafizah.

Hafizah membalas renungan Rasyid. Dia tersenyum. “Apa?”

“Saya terlalu ingin mendakap kamu dan mengucup mata, pipi dan bibir kamu.”

Terbeliak mata Hafizah mendengar pengakuan Rasyid. Mukanya tiba-tiba terasa

tebal dan panas. Cepat-cepat dia memalingkan muka memandang ke arah kota lama.

“Tak boleh. Haram.” Rasyid menarik nafas panjang. Dia menundukkan kepala pura-pura

kecewa tetapi bibirnya terjungkit sedikit. Tersenyum. “Saya tahu. Kerana itu kita kena

perlu cepat bernikah.”

516

Page 517: Sebab Dikau

Epilog

Rasyid menghulurkan telefon bimbitnya kepada Hafizah. “Ambillah,” katanya.

“Buat apa?” Hafizah merenung wajah Rasyid. “Nak telefon siapa?” Soalnya lalu

tersenyum manis.

“Telefon ayahmu. Dia menunggu.”

Terkedu Hafizah mendengar ayat yang keluar dari mulut Rasyid. Senyuman di

bibir mati. Dia telan air liur. Cepat-cepat dia memalingkan mukanya. Hatinya

mendongkol. Kenapa semua orang menganggap dia yang salah?! Dia yang menyakiti hati

ahli keluarganya sedangkan yang sebenarnya adalah sebaliknya. Mereka yang menyakiti

hatinya. Mereka yang mengkhianati pengorbanannya selama ini.

“Lupakan perkara yang lalu.”

Hafizah membatu. Dia tidak mahu bertengkar dengan Rasyid. Mereka tidak

pernah bertengkar. Mereka pasangan yang ideal. Sentiasa bertukar fikiran tetapi tidak

pernah bertengkar. Hafizah memeluk tubuh.

“Sayang, kalau kamu terus-terusan begini, kamu yang akan sakit nanti.”

Dengan perlahan dia memandang wajah Rasyid. Dalam kedongkolan itu dia

merasa sedikit gembira. Rasyid memanggilnya sayang? Ini pertama kali lelaki itu

memanggil dia sayang. Malah ini pertama kali mana-mana lelaki memanggilnya

“sayang”.

Lelaki itu mengisyaratkan jari telunjuk ke dada. “Kamu harus belajar memaafkan

diri kamu. Ayah kamu, adik-adik kamu dan setiap manusia yang pernah menyakiti hati

kamu.” Dia merenung wajah Hafizah. “Kalau kamu gagal, hati kamu tidak akan pernah

aman. Ia akan terus-terusan memakan hatimu sedikit demi sedikit dan kamu akan merana

517

Page 518: Sebab Dikau

selamanya.”

Sekali lagi dia menyuakan telefon bimbit ke arah Hafizah. “Ambil dan telefon

Hafizi. Dia menunggu panggilan kamu.”

Hafizah mengangkat muka. “Hafizi?”

“Iya. Sejak kamu bercerita mengenai keluarga kamu, aku telah meminta jasa baik

sahabatku di Kuala Lumpur untuk mencari dan menghubungi dia. Kami sering bertukar-

tukar email sejak tiga bulan yang lepas.”

Sebelum sempat Hafizah membuka mulut, Rasyid segera mengangkat tangan.

“Dia merestui perhubungan kita. Apatah lagi sejak saya beritahu dia yang saya ingin

memperisterikan kamu.”

“Kamu melakukan semua ini dibelakang pengetahuan saya!”

“Apakah kamu akan menerima saya sekiranya saya memberitahu hal ini kepada

kamu?”

Hafiza menggeleng kepala. Dia tetap akan menerima lamaran lelaki itu kerana

budi pekertinya yang tinggi!

“Kerana itu saya merahsiakan dari kamu. Tapi, percayalah! Niat saya memang

ikhlas ingin memperisterikan kamu dan saya tidak mahu mengahwini kamu seperti

seorang pelarian. Saya ingin melakukanya mengikut cara yang betul.”

Hafizah bungkam. Jarinya menggenggam erat palang besi di hadapan. Mereka

masih berdiri di taman firdausi di perkarangan masjid besar di Granada. Di tempat yang

sama ketika Rasyid mula-mula melamar dan meluahkan isi hatinya untuk menyuntingnya

menjadi suri hidup seumur hidup, dua hari lepas.

“Sayang, saya begitu ingin bertemu keluarga kamu.”

518

Page 519: Sebab Dikau

Sungguh berat dirasakan permintaan Rasyid itu. Jantungnya berdegup kencang.

Hafizah merenung istana Al-Hambra di puncak bukit La-Sabica di hadapannya. Mungkin

benar kata lelaki itu. Selagi dia tidak belajar untuk memaafkan dan melepaskan masa

lampaunya, selagi itu dia dibayangi kesalahan masa silam. Dan selagi itulah jiwanya

tidak akan aman.

Ya Allah! Mungkin selama ini akulah yang bersalah. Ya Allah! Kaulah yang

maha pengampun dan maha menyanyangi. Sedangkan Allah sentiasa membuka pintu

taubat untuk mereka yang benar-benar ingin kembali ke jalan yang benar, dan Rasulullah

juga mengampunkan umat yang jauh tersasar, inikan pula aku, insan kerdil yang tidak

langsung dapat membuka pintu hati sendiri untuk memaafkan seorang insan yang

bernama ayah. Ya Allah! Akulah yang paling berdosa! Akulah yang bongkak! Setitis air

matanya gugur. Dengan perlahan Hafizah melepaskan genggaman dan menghulurkan

tangan ke arah Rasyid. Tanpa berkata apa-apa, lelaki itu meletakkan telefon bimbit ke

atas telapak tangan yang menadah.

Hafizah melihat skrin pada LCD yang sudah tertera nama Hafizi dan tanpa

sebarang perkataan cepat-cepat menekan ikon gagang berwarna hijau. Dia tidak mahu

berlengah walau lima saat sekalipun. Dia rindu pada Hafizi. Dia rindu pada Hafifi.

Walaupun hampir lima tahun tidak mendengar suara mereka, wajah-wajah itu tidak

pernah luput dari ingatannya.

Hafizah hampir mematikan talian apabila deringan dihujung corong tidak

berangkat. Tiba-tiba…

“Assalamualaikum. Hendak bercakap dengan siapa?” Satu suara garau menyapa.

Begitu terang sekali suara itu, seolah mereka tidak berpisah beribu batu, berlainan benua

519

Page 520: Sebab Dikau

malah berlainan masa.Hafizah bungkam. Ayah!

“Hello?” Tanya suara itu lagi apabila sapaan awal tidak berjawab. Malah salam

juga tidak bersambut.

Entah mengapa Hafizah terasa suaranya seperti tersangkut di kerongkong. Tiada

bunyi yang keluar. Dia kaku di situ dengan tangan memegang telefon bimbit yang

ditekap di telinga. Hanya matanya sahaja berbicara. Memandang Rasyid dengan

genangan air mata seolah-olah meminta simpati dan meraih semangat dari lelaki itu.

Tetapi lelaki itu hanya memerhatikan. Ini adalah “kisah” Hafizah dan dia sendiri yang

harus mengakhirinya sendiri.

“Hello?”

Diam.

“Er..” Suara lelaki itu bergetar. “Fiza?”

Seperti gunung berapi menunggu ledakan yang pertama, air matanya terus jatuh

berjuraian.

“Fiza ke tu? Anak ayah, Fiza?” Suara garau tersekat-sekat menyebut nama

Hafizah. Ada esakan di hujung pertanyaan.

“Ayah!” Seperti mendapat semangat baru, Hafizah menjerit. “Ayah!”

“Anak ayah! Anak ayah! Fiza… ayah sayang Fiza. Baliklah nak! Ayah rindu!”

Esakan di hujung talian semakin kuat. Serentak itu Hafizah rasa bebanan yang

ditanggungnya selama ini seperti di angkat ke langit dan hilang. Begitu lama dia

menunggu kalimat itu. Begitu lama dia dambakan seorang ayah yang merindui dan

menyayanginya.

“Fiza.. Fiza balik. Fiza… rindu… ayah!” Hafizah sendiri sukar untuk

520

Page 521: Sebab Dikau

mengeluarkan kata-kata. Dadanya dirasakan terlalu sebak. Air matanya seperti tidak

mahu berhenti mengalir. Puas diseka dengan jari tapi masih juga jatuh berjuraian

membasah pipi.

“Fiza balik ye. Fiza balik. Ayah tunggu. Balik ya sayang.”

Hafizah mengangguk. Punat merah ditekan cepat. Telefon bimbit digenggam

kemas. Bahunya terhinggut-hinggut cuba menahan tangis. Hafizah merasa sepasang

tangan memaut bahunya dan membawanya ke dalam satu pelukan lembut. Dia terus

menyembamkan muka ke dada Rasyid dan menangis semahu-mahunya.

“Kita balik ke Kuala Lumpur, ya?” Lembut permintaan yang keluar dari bibir

Rasyid.

Tiada suara yang keluar dari mulut gadis yang menangis di dalam pelukannya.

Hanya anggukan kecil menandakan persetujuannya. Rasyid tersenyum. Dia merehatkan

dagu di atas kepala Hafizah. Ada satu lagi kejutan yang tersimpan di dalam poket jaket

bulu kambing panjang yang dikenakannya itu. Dua keping tiket kapalterbang pergi-balik

yang akan membawa mereka pulang ke Kuala Lumpur, Malaysia.

Senyuman Rasyid semakin lebar. Dia akan memastikan selepas sepurnama di

Kuala Lumpur, Hafizah akan pulang ke tanah Sepanyol ini dengan gelaran baru. Puan

Hafizah Cabre Abdullah.

521

Page 522: Sebab Dikau

Terbuka Bunga

Terbuka Bunga dalam hatiku!

Kembang rendang disentuh bibir kasturimu

Melayah-layah mengintip restu senyumanmu

Dengan mengelopaknya bunga ini, layulah bunga

lampau, kekasihku

Bunga sunting hatiku, dalam masa mengembara

Menanda dikau

Kekasihku! Inikah bunga sejati yang tiadakan layu?

Amir Hamzah

522