penentangan di pahang (1)

22
Sejarah Malaysia 1800-1900 Penentangan di Pahang (1891-1895) Pengenalan Selepas menguasai Perak, Selangor, dan Negeri Sembilan melalui Sistem Residen, tumpuan British beralih pula ke negeri Pahang pula. Pelbagai usaha yang cuba dilakukan oleh British agar Pahang dimasukkan ke bawah naungan perintah kerajaan British. Antaranya ialah pada bulan Julai 1875, Gabenor Sir William Jervois mencuba lagi untuk memujuk Bendahara Wan Ahmad supaya negeri Pahang dimasukkan ke bawah naungan perintah British. 1 Namun Bendahara Wan Ahmad tetap dengan keputusannya sebelum itu. Bendahara Wan Ahmad yang memakai gelaran Sultan (1882) akhirnya terpaksa akur dengan tuntutan Britsh selepas dipengaruhi oleh Sultan Abu Bakar dari Johor agar menerima wakil British di Pahang. Maka pada 8 Oktober 1887 Hugh Clifford dilantik secara rasmi sebagai wakil British pertama di Pahang. 2 Tidak lama kemudian, terjadi pula satu insiden apabila seorang rakyat British berbangsa Cina yang bernama Go Hui telah ditikam oleh orang yang tidak dikenali berhampiran dengan Istana Sultan Pahang 1 Buyong Adil. Perjuangan Orang Melayu Menentang Penjajahan Abad 15-19. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka, 1985, hlm. 201. 2 Zainal Abidin Abdul Wahid et. al. Malaysia: Warisan dan Perkembangan Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka, 1996, hlm. 141. 1

Upload: thillenia-segeran

Post on 31-Jul-2015

276 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Penentangan Di Pahang (1)

Sejarah Malaysia 1800-1900 Penentangan di Pahang (1891-1895)

Pengenalan

Selepas menguasai Perak, Selangor, dan Negeri Sembilan melalui Sistem

Residen, tumpuan British beralih pula ke negeri Pahang pula. Pelbagai usaha yang cuba

dilakukan oleh British agar Pahang dimasukkan ke bawah naungan perintah kerajaan

British. Antaranya ialah pada bulan Julai 1875, Gabenor Sir William Jervois mencuba

lagi untuk memujuk Bendahara Wan Ahmad supaya negeri Pahang dimasukkan ke

bawah naungan perintah British.1 Namun Bendahara Wan Ahmad tetap dengan

keputusannya sebelum itu. Bendahara Wan Ahmad yang memakai gelaran Sultan (1882)

akhirnya terpaksa akur dengan tuntutan Britsh selepas dipengaruhi oleh Sultan Abu

Bakar dari Johor agar menerima wakil British di Pahang. Maka pada 8 Oktober 1887

Hugh Clifford dilantik secara rasmi sebagai wakil British pertama di Pahang.2 Tidak lama

kemudian, terjadi pula satu insiden apabila seorang rakyat British berbangsa Cina yang

bernama Go Hui telah ditikam oleh orang yang tidak dikenali berhampiran dengan Istana

Sultan Pahang dan dalam bulan Mac 1888 Gu Hui pun mati.3 Atas alasan inilah British

berjaya mengukuhkan penguasaannya di Pahang dengan melantik seorang Residen bagi

menasihati Sultan. Pada 1 Julai 1889, J.P. Rodger dilantik sebagai Residen British secara

rasmi di Pahang.4 Setelah dua tahun Pahang bernaung dibawah perintah British, orang-

orang Besar Pahang mula menunjukkan sikap tidak suka kepada Pegawai British,

antaranya Datuk Bahaman Orang Kaya Pahlawan Semantan, orang pertama menentang,

diikuti oleh Tok Gajah, Mat Kilau dan beberapa pembesar lain selepas itu. Kesan

1 Buyong Adil. Perjuangan Orang Melayu Menentang Penjajahan Abad 15-19. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka, 1985, hlm. 201.2 Zainal Abidin Abdul Wahid et. al. Malaysia: Warisan dan Perkembangan Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka, 1996, hlm. 141. 3 Buyong Adil. Perjuangan Orang Melayu Menentang Penjajahan Abad 15-19. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka, 1985, hlm. 202.4 Norazit Selat. Pahang: Sejarah dan Budaya. Pahang: Lembaga Muzium Negeri Pahang, 2000, hlm. 124.

1

Page 2: Penentangan Di Pahang (1)

Sejarah Malaysia 1800-1900 Penentangan di Pahang (1891-1895)

daripada ini, maka berlakulah penentangan di Pahang yang memakan masa agak

panjang untuk ditamatkan British. Penentangan ini boleh dibahagikan kepada dua tahap

iaitu 1891-1892 tahap pertama dan tahap kedua berlaku pada tahun 1894-1895.

Penentangan Tahap Pertama (1891-1892)

Penentangan tahap pertama sememangnya muncul akibat daripada rasa tidak puas

hati Orang Kaya Pahlawan Semantan Datuk Bahaman terhadap British. Pada tahun 1889

lagi, Datuk Bahaman telah dituduh oleh British melakukan pengutipan cukai secara

haram terhadap perahu-perahu yang melintas daerahnya. Namun, British tidak berjaya

mendakwa Datuk Bahaman kerana pedagang-pedagang Melayu dan Cina yang kenakan

cukai oleh beliau tidak berani mengadakan pendakwaan terhadap beliau kerana kekuatan

pengaruhnya. Clifford ketika itu hanya dapat memberi amaran bahawa pengutipan cukai

dilakukan oleh Datuk Bahaman adalah melanggar peraturan yang ditetapkan British.5

Datuk Bahaman ketika itu telah ditegah daripada memungut cukai dikawasannya kerana

pengutipan itu telah diambil alih oleh British atas nama kerajaan Pahang dan sekaligus

menghapuskan kuasa pembesar Pahang dalam memungut cukai di kawasan mereka.

Menjelang Disember 1890, perasaan tidak puas hati Datuk Bahaman tidak dapat

dikawal lagi apabila Majistret Temerloh E.A. Wise telah mendirikan sebuah Balai Polis

di Lubuk Terua iaitu di tepi Sungai Semantan.6 Datuk Bahaman menentang keras

penubuhan Balai Polis di Lubuk Terua kerana tempat itu termaksud dalam wilayahnya.

Tambahan pula, British tidak langsung berbincang dengan beliau tentang penubuhan

Balai Polis tersebut dan ini telah mengugat kekuasaannya sebagai pembesar di kawasan

5 Jang Aisjah Muttalib. Pemberontakan Pahang 1891-1895. Kota Bharu: Pustaka Aman Press, 1972, hlm. 149.6 Buyong Adil. Sejarah Pahang. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka, 1972, hlm. 256.

2

Page 3: Penentangan Di Pahang (1)

Sejarah Malaysia 1800-1900 Penentangan di Pahang (1891-1895)

tersebut. Akibat rasa sakit hatinya, Datuk Bahaman telah mengugut Wise dan turut

mengirim sepucuk surat ancaman kepada Hakim Temerloh itu.7 Apabila Wise mengadu

kepada Clifford, Clifford telah menfitnah bahawa Datuk Bahaman telah menulis surat

kepada Residen Selangor William E. Maxwell meminta daerah Semantan dipersatukan

dengan Selangor.8 Walau bagaimanapun, Datuk Bahaman sendiri menyangkal dakwaan

Clifford tentang surat itu dan Sultan Ahmad sendiri tidak yakin dengan tuduhan yang

dibuat oleh Clifford kerana baginda tahu bahawa Datuk Bahaman merupakan pembesar

yang setia. Diatas nasihat Clifford, Sultan Ahmad telah menitahkan Maharaja Perba

supaya membawa Datuk Bahaman ke Pulau Tawar supaya Bahaman akan mengaku

untuk berkelakuan baik terhadap pegawai-pegawai British di Pahang, walau

bagaimanapun, Maharaja Perba gagal bertemu dengan Datuk Bahaman kerana beliau

telah melarikan diri ke Kelantan melalui Sungai Tembeling, bagaimanapun kembali

semula ke Semantan 9 untuk meneruskan penentangannya terhadap pihak British.

Selang beberapa tidak lama selepas itu, Datuk Bahaman telah berterus-terang

kepada seorang lagi Majistret Temerloh yang bernama J.F. Owen menyatakan bahawa

beliau memang tidak mahu mengikut undang-undang British di Pahang dan orang-orang

Semantan juga dilarang mengikut undang-undang British kecualilah beliau dibayar $6000

setiap tahun sebagai ganti pembayaran kehilangan haknya memungut cukai di

Semantan.10 Permintaan beliau tidak dihiraukan langsung oleh British. Sejak itulah Datuk

Bahaman tidak mematuhi perintah British, beliau telah membenarkan orang-orangnya

7 Joginder Singh Jessy. Sejarah Tanah Melayu 1400-1959. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka, 1978, hlm. 214.8 Jang Aisjah Muttalib. Pemberontakan Pahang 1891-1895. Kota Bharu: Pustaka Aman Press, 1972, hlm. 150.9 Muhammad Yusoff Hashim & Aruna Gopinath. Tradisi Pensejarahan Pahang Darul Makmur. Kuala Lumpur: Tempo Publishing (M) Sdn. Bhd., 1992, hlm.315.10 Joginder Singh Jessy. History Of South – East Asia (1824-1965). Kedah: Penerbitan Darul Aman, 1985, hlm. 285.

3

Page 4: Penentangan Di Pahang (1)

Sejarah Malaysia 1800-1900 Penentangan di Pahang (1891-1895)

mengeluarkan hasil-hasil hutan tanpa perlu meminta surat kebenaran daripada British dan

beliau juga memungut cukai seperti biasa di kawasannya tanpa tidak mempedulikan

ugutan pihak Inggeris.11 Beliau juga turut menghalang orang-orangnya dibanci oleh pihak

kerajaan apabila bancian dijalankan di Pahang pada tahun 1891.12

Pada 8 Oktober 1891, Majlis Mesyuarat Mesyuarat Negeri Pahang memulakan

persidangannya. Clifford pada ketika itu menjadi Pemangku Residen Pahang menyatakan

dalam persidangan itu bahawa Datuk Bahaman merupakan punca sebenar yang

memulakan kekacauan di Semantan. Sultan Ahmad pada ketika itu agak terkejut dengan

kenyataan Clifford itu. Atas alasan untuk mengurangkan dan menyekat kuasa Datuk

Bahaman, Clifford berjaya menghasut Sultan Ahmad dan baginda telah bersetuju

mengeluarkan satu surat perintah yang dicop dengan mohor baginda melucutkan pangkat

Datuk Bahaman sebagai Orang Kaya Pahlawan Semantan itu.13 Tidak lama selepas

persidangan itu, Sultan Ahmad telah menandatangani surat perlucutan jawatan Orang

Kaya Pahlawan Semantan daripada Datuk Bahaman serta dicop mohor baginda dan

salinan surat itu telah diedarkan di Mukim Semantan14 Kesan daripada perlucutan jawatan

itu, Datuk Bahaman telah menjadi rakyat biasa selepas itu.

British mulai bimbang setelah Datuk Bahaman dilucutkan jawatannya kerana

pemimpin itu bila-bila sahaja akan berperang dengan British. Untuk memperkemaskan

pertahanan British di Balai Polis Lubuk Terua, Britsh telah menghantar pasukannya

seramai 25 orang antaranya yang terdiri daripada 17 bangsa Sikh. Sarjan yang mengetuai

Balai Polis tersebut diarah menangkap Datuk Bahaman jika beliau mengancam hendak

11 Zurina Ismail. Pahang Darul Makmur. Selangor: Pelanduk Publication (M) Sdn. Bhd., 1987, hlm.19. 12 Aruna Gopinath. Sejarah Politik Pahang 1880-1935. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka, 1993, hlm.129.13 Buyong Adil. Sejarah Pahang. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka, 1972, hlm. 260. 14 Ibid.

4

Page 5: Penentangan Di Pahang (1)

Sejarah Malaysia 1800-1900 Penentangan di Pahang (1891-1895)

menyerang Balai Polis itu ataupun melakukan sebarang tindakan yang menyalahi

undang-undang negeri.15

Tidak lama selepas itu, meletuslah penentangan bersenjata oleh Datuk Bahaman

terhadap British. Hal ini disebabkan apabila C.E.B. Desborough telah menangkap tiga

orang pengikut Datuk Bahaman selepas dituduh mengumpulkan hasil hutan tanpa

kebenaran. Penangkapan itu dibuat ketika Desborough dan Inspektor of Mines Townson

memudiki sungai Semantan dengan perahu untuk memperkukuhkan pertahanan British di

Balai Polis Lubuk Terua. Walau bagaimanapun, mereka tidak sempat sampai di Lubuk

Terua apabila perahu mereka diserang hendap oleh Datuk Bahaman dan pengikutnya

yang menyebabkan Townson, seorang pendayung Melayu dan seorang polis Sikh telah

mengalami kecederaan dan beberapa perahu dapat dirampas oleh pengikut Datuk

Bahaman dan mereka juga dapat menawan 4 orang polis Sikh. Tiga daripada polis Sikh

dibunuh manakala seorang lagi berjaya melepaskan diri.16 Rombongan Desborough

kemudian terpaksa berundur ke Temerloh. Selepas itu, Datuk Bahaman dan pengikutnya

telah menyerang dan berjaya menawan Balai Polis Lubuk Terua.

Kejayaan berjaya mengalahkan pasukan British telah membangkitkan semangat

orang Melayu menentang British. Pengikut Datuk Bahaman juga telah bertambah

daripada 100 orang kepada 600 orang dan angkatannya turut disertai oleh orang asli

seramai 100 orang.17 Angkatan Datuk Bahaman seterusnya telah menyerang Pekan

Temerloh, mereka merampas beberapa barang-barang pekedai dan telah membunuh

beberapa pekedai yang melawan mereka serta berjaya merampas 40 senapang kepunyaan

15 Ibid., 260.16 Jang Aisjah Muttalib. Pemberontakan Pahang 1891-1895. Kota Bharu: Pustaka Aman Press, 1972, hlm. 154.17 Buyong Adil. Sejarah Pahang. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka, 1972, hlm. 262.

5

Page 6: Penentangan Di Pahang (1)

Sejarah Malaysia 1800-1900 Penentangan di Pahang (1891-1895)

polis Temerloh.18 Apa yang jelas disini, penentangan dilakukan Datuk Bahaman pada

ketika itu bukan sahaja berjaya menguasai Semantan tetapi turut menguasai Temerloh.

Gerakan penentangan yang dilancarkan oleh Datuk Bahaman amat

membimbangkan British. British kemudiannya mengaturkan kekuatan untuk menentang

pengikut-pengikut Bahaman dengan menempatkan mata-mata (Polis) di Balai Polis

Bentong, Teras, Raub, Kuala Lipis dan Kuala Tembeling.19 Rodger juga meminta bantuan

daripada Sultan Ahmad untuk menentang gerakan Datuk Bahaman. Maka, pada 22

Disember 1891, Hugh Clifford membawa 60 orang polis Sikh diketuai oleh Inspektor

Summer, bersama-sama dengan Tengku Mahmud yang membawa pasukannya seramai

200 orang askar Melayu untuk menyerang Datuk Bahaman di Semantan.20 Apabila tiba di

Semantan, Clifford dan Tengku Mahmud hanya menjumpai sebuah kubu yang telah

ditinggal kosong oleh Datuk Bahaman. Pasukan ini kemudiaannya bergerak ke Kampung

Kelubi dan disitulah berlaku pertempuran antara pasukan kerajaan dengan pasukan Datuk

Bahaman yang mana pasukan kerajaan tidak dapat menewaskan pasukan Datuk Bahaman

dan mereka terpaksa berundur ke Temerloh. Pada masa yang sama, pertempuran turut

berlaku di Bentong antara pasukan polis yang dipimpin oleh Kapten Syers dan E.A.Wise

dengan orang Melayu pengikut Datuk Bahaman.21 Dalam pertempuran di Betong itu tiga

orang daripada pasukan Syers mati dan lima orang lagi mengalami kecerderaan. Orang-

orang Bentong juga telah bertindak merampas barang-barang di kedai Pekan Bentong dan

juga turut memutuskan perjalanan (pengangkutan) agar pihak British tidak dapat

18 Ibid.19 Buyong Adil. Perjuangan Orang Melayu Menentang Penjajahan Abad 15-19. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka, 1985, hlm. 207.20 Ibid.21 Ibid., hlm. 208.

6

Page 7: Penentangan Di Pahang (1)

Sejarah Malaysia 1800-1900 Penentangan di Pahang (1891-1895)

berhubung dengan Selangor. Kesan daripada penentangan itu, Sultan Ahmad murka dan

mengeluarkan peristiharan mengatakan bahawa Datuk Bahaman adalah “penderhaka”.22

Pada 22 Januari 1892, J.P.Rodger, Tengku Ali, Panglima Garang Yusuf, Sayid

Ali Badoh Abdullah dari Bera telah mengetuai Gerakan Sultan untuk menyerang Datuk

Bahaman23. Kekuatan Pasukan ini terdiri daripada 500 orang dan daripada jumlah itu 140

orang mempunyai senjata.24 Pasukan ini telah menyerang kubu pihak Bahaman di Batu

Hampar yang diketuai oleh Tok Muda Bidin. Kubu itu dapat dibinasakan. Pasukan Sultan

ini berjaya membunuh dua orang ketua kampung di situ yang menyokong Bahaman.

Kesan daripada itu, ramai orang Melayu lari ke hutan kerana mereka tidak mahu

bertempur dengan pasukan Sultan. Pasukan Sultan juga telah mengambil masa agak

panjang untuk memusnahkan 11 atau 12 kubu Bahaman di Semantan. Gerakan ini tidak

dapat memberikan hasil yang diharapkan oleh Rodger. Selepas itu, Sultan Ahmad

mengisytiharkan pengampunan beramai-ramai kepada rakyat Pahang yang menentang

kerajaan maka ramailah rakyat menyerah dan balik ke tempat masing-masing.

Pengampunan tidak diberikan kepada 20 orang ketua termaksud Datuk Bahaman. Sejak

itu, Datuk Bahaman dikatakan tinggal dengan orang asli.25

Dalam tempoh itu, Sultan Ahmad telah mengadakan pertemuan sulit di Pulau

Tawar dengan para pembesarnya tanpa pengetahuan British. Dalam mesyuarat ini Orang-

orang Besar Pahang bersumpah akan mentaati Sultan tidak akan membuat apa-apa

perhubungan dengan British. Sultan juga bersumpah telah mempersetujui hak-hak dan

kelebihan orang-orang besar Pahang sejak turun-temurun lagi. Untuk mengukuhkan lagi

22 Ibid.23 Jang Aisjah Muttalib. Pemberontakan Pahang 1891-1895, hlm. 16424 Ibid. 25 Buyong Adil. Sejarah Pahang, hlm. 266.

7

Page 8: Penentangan Di Pahang (1)

Sejarah Malaysia 1800-1900 Penentangan di Pahang (1891-1895)

perjanjian itu, orang-orang besar Pahang telah bersumpah dengan menjunjung Al-Quran

yang telah disediakan oleh Tengku Ampuan Pahang.26

Selepas itu, pada 9 Mac1892 Datuk Bahaman muncul kembali bersama 50 orang

pengikutnya menyerang Lubuk Terua buat kali kedua dan berjaya menawannya.

Kemenangan ini turut dibantu oleh penduduk kampung Chempaka dan Bolok yang

menjaga Lubuk Terua Ketika itu. Serangan balas yang dibuat oleh British gagal

disebabkan pengikut Datuk Bahaman telah meninggalkan Lubuk Terua, bagaimanapun

pasukan tersebut telah memusnahkan Kampung Chempaka dan Bolok kerana penduduk

terbabit membantu Bahaman. Pada masa itu juga kerajaan Pahang menawarkan $ 1000

kepada sesiapa yang berjaya menangkap Bahaman27 kerana British gagal menangkapnya.

Pada bulan Mac itu juga, bermulalah penyertaan Tok Gajah (Rasu) dalam gerakan

penentangan terhadap British secara keseluruhan dengan membuat pakatan sulit dengan

Datuk Bahaman dan Maharaja Perba Jelai untuk menyerang pasukan British yang berada

di Kuala Lipis. Tok Gajah juga mengarahkan Panglima Muda Jempol menyerang daerah

Pekan dan beliau sendiri bersama anaknya Mat Kilau di Budu akan menyerang pasukan

Clifford di Kuala Lipis. Pada 5 April 1892, berlaku pertempuran yang dirancangkan oleh

Tok Gajah. Panglima Muda Jempol dan pengikutnya pergi ke sungai Duri telah

menyerang dan berjaya membunuh Stewart dan Harris daripada Syarikat Penjelajahan

Pahang ketika mereka sedang mengelolakan pekerja mengeluarkan kayu Balak di situ.

Panglima Muda Jempol juga mendakwa Sultan Pahang juga turut memberikan arahan

kepadanya28 walaupun Sultan Ahmad menafikannya tentang penglibatan baginda.

26 Ibid, hlm. 268.27 Buyong Adil. Perjuangan Orang Melayu Menentang Penjajahan Abad 15-19, hlm.209.28 Aruna Gopinath. Sejarah Politik Pahang 1880-1935. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka, 1993, hlm. 141.

8

Page 9: Penentangan Di Pahang (1)

Sejarah Malaysia 1800-1900 Penentangan di Pahang (1891-1895)

Semasa peristiwa itu terjadi, Mat Kilau dikatakan mengumpulkan orangnya

untuk menyerang Kula Lipis namun tiada pertempuran dicatatkan. Sekitar bulan Mei

1892,29 Datuk Bahaman menyerang kembali Kampung Batu Hampar dan Lubuk Terua di

Semantan dan berjaya menawannya, namun Pasukan Kerajaan seramai 300 orang yang

turut disertai oleh Tok Gajah berjaya menawan kembali kawasan terbabit yang

melibatkan berlaku satu pertempuran yang mana seorang anak Datuk Bahaman

terkorban. Pasukan kerajaan terus mengejar Pasukan Datuk Bahaman tetapi Tok Gajah

berdalih untuk tidak turut serta. Selepas daripada itu turut berlaku beberapa siri

pertempuran Datuk Bahaman dan pengikutnya yang turut diserta oleh Mat Kilau dan Tok

Gajah tetapi gagal untuk menghalau British dari Pahang. Serangan British yang paling

ketara ialah mereka berjaya membunuh Panglima Muda Jempol pada Oktober 1892.30

Pasukan Datuk Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau seteruskan telah berundur

pada akhir tahun 1892 di Kelantan dan Terengganu dan sekaligus menamatkan

penentangan tahap pertama. Pihak British bagaimanapun gagal menangkap Datuk

Bahaman, Mat Kilau dan Tok Gajah walaupun bagai-bagai usaha dilakukan selepas itu

tetapi menemui jalan buntu. British merasakan pasukan penentang sudah berhenti

menentang pihak British selepas itu. Secara keseluruhannya penentangan tahap pertama

memakan korban 25 orang di pihak penentang dan 15 di pihak British.31

Penentangan Tahap Kedua (1894-1895)

Akhir tahun 1892 hingga Jun 1894 merupakan tempoh yang aman di Pahang.

Penentangan tahap kedua ini bermula disebabkan pejuang-pejuang Pahang diberi

29 Buyong Adil. Perjuangan Orang Melayu Menentang Penjajahan Abad 15-19, hlm. 210.30 Jang Aisjah Muttalib. Pemberontakan Pahang 1891-1895, hlm. 211.31 Ibid, hlm. 206.

9

Page 10: Penentangan Di Pahang (1)

Sejarah Malaysia 1800-1900 Penentangan di Pahang (1891-1895)

semangat baru untuk menentang British oleh seorang tokoh ulama Terengganu iaitu Tok

Ku Paloh. Beliau berjaya meniupkan semangat pejuang-pejuang yang hampir luntur itu.

Hasil daripada semangat baru yang diperolehi daripada Tok Ku Paloh. Pejuang-pejuang

Pahang berjaya menambah kekuatan pasukan mereka menjadi lebih besar dan tersusun.

Dengan itulah, bermulanya tahap penentangan yang kedua oleh pejuang-pejuang Pahang

yang menyaksikan ciri keagamaan yang jelas.32 Keadaan ini dilihat satu penentangan

jihad menentang orang kafir.

Penentangan ini bermula pada bulan Jun 1894. Datuk Bahaman, Tok Gajah, Mat

Kilau dan Mat Kelubi beserta pengikut mereka seramai 100 orang pergi ke Hulu Pahang

melalui Sungai Tembeling. Pada 14 Jun 1894, pasukan ini telah menyerang Kubu Pihak

Inggeris di Kuala Tembeling yang dikawal oleh 11 orang polis Sikh.33 Dalam serangan

itu, lima orang polis Sikh berjaya dibunuh manakala enam orang lagi berjaya melarikan

diri termaksud seorang yang bernama Ram Singh yang luka parah dan menghanyutkan

dirinya di sungai Pahang untuk sampai ke Pulau Tawar untuk melaporkan kepada pihak

kerajaan. Selepas itu, Tok Gajah, Mat Kilau dan Datuk Bahaman bergerak ke Pulau

Tawar untuk mengajak Panglima Garang Yusoh dan Maharaja Perba Jelai untuk berjuang

bersama-sama mereka tetapi ditolak oleh Panglima Garang Yusoh dan Maharaja Perba.34

Rancangan awal golongan penentang mahu menyerang kubu-kubu British kemudiaanya

tersebar ke serata tempat. Selepas itu, ketiga-tiga tokoh penentang itu bersama-sama

pengikut mereka kembali semula ke sungai Tembeling dan seterusnya mendirikan kubu

pertahanan di Jeram Ampai, lebih kurang empat batu jauhnya dari Kuala Tembeling.

Ketika mereka berada di Jeram Ampai, Maharaja Perba dan Panglima Garang Yusoh 32 Mohd Isa Othman. Gerakan Protes: Dalam Perspektif Sejarah Malaysia Pada Abad Ke-19 dan Awal Abad Ke-20. Kuala Lumpur:Utusan Publications &Distributors Sdn. Bhd, 1999, hlm. 92.33 Buyong Adil. Perjuangan Orang Melayu Menentang Penjajahan Abad 15-19, hlm. 215.34 Ibid.

10

Page 11: Penentangan Di Pahang (1)

Sejarah Malaysia 1800-1900 Penentangan di Pahang (1891-1895)

mengambil kesempatan membina kubu pertahanan di Kuala Tembeling dan mereka

berjaya membunuh Mat Kelubi yang ketika itu sedang melalui sungai Kuala Tembeling

dengan sebuah perahu pada bulan Jun 1894.

Pasukan British kemudiaannya mengumpulkan kekuatan di kubu mereka di Kuala

Tembeling untuk menyerang Kubu penentang di Jeram Ampai. Walter Egerton dan R.W.

Duff telah membawa sepasukan polis dari Pekan untuk bergabung dengan polis Sikh

yang diketuai oleh E.A.Wise.35 Pasukan Polis British dari Selangor turut dihantar ke

Kuala Tembeling yang diketuai oleh Kapten Lyons dan Stewart yang datang membantu

menyerang kubu penentang di Jeram Ampai. Selepas itu, pada 29 Jun 1894 berlaku

peperangan antara pasukan penentang yang berada diposisi menunggu di Jeram Ampai

dengan British yang datang menyerang. (dikenali juga sebagai Perang Jeram Ampai)

Dalam pertempuran itu, kubu Jeram Ampai berjaya dimusnahkan, Tok Gajah,

Mat Kilau dan Datuk Bahaman berundur lagi dimana 40 pengikutnya telah terbunuh.

Bagi pihak British, beberapa orang polis Sikh terbunuh dan seorang pegawai E.A.Wise

turut terbunuh.36 British sekali lagi gagal menangkap tokoh penentang Pahang. Selepas

peperangan di Jeram Ampai maka berakhirlah penentangan di Pahang. Datuk Bahaman,

Mat Kilau dan Tok Gajah sekali lagi melarikan diri ke Kelantan dan Terengganu.

Bagaimanapun Datuk Bahaman dikatakan telah ditangkap oleh pihak Siam dan diberikan

perlindung di Chiengmai.37 Tok Gajah pula menetap di Lata Gemuruh dan meninggal

dunia disana dan dikebumikan di kampung Pasir Nering, Kuala Berang.(Kuburnya ada

hingga sekarang).38 Mat Kilau dikatakan diserahkan oleh Siam kepada Sultan Kelantan

35 Ibid.36 Ibid, hlm.216.37 Mohd Isa Othman. Gerakan Protes: Dalam Perspektif Sejarah Malaysia Pada Abad Ke-19 dan Awal Abad Ke-20. Kuala Lumpur: Utusan Publications &Distributors Sdn. Bhd, 1999, hlm. 94.38 Buyong Adil. Perjuangan Orang Melayu Menentang Penjajahan Abad 15-19, hlm. 218.

11

Page 12: Penentangan Di Pahang (1)

Sejarah Malaysia 1800-1900 Penentangan di Pahang (1891-1895)

dan Sultan Kelantan membebaskannya tanpa pengetahuan Siam. Pada 26 Disember 1969,

Mat Kilau dikatakan muncul di Pulau Tawar.39

Rumusan

Secara keseluruhannya, penentangan orang-orang Melayu di Pahang yang

diketuai oleh Datuk Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau merupakan kesan utama akibat

daripada penguasaan British dalam pentadbiran di Pahang. Penentangan pada tahap

pertama jelas dipelopori yang Datuk Bahaman yang merupakan pembesar pertama yang

bangun menentang British dikatakan bersifat kepentingan kedudukannya.sebagai Orang

Kaya Pahlawan Semantan digugat oleh British. Diakhir penentangan tahap pertama,

barulah Tok Gajah dan Mat Kilau menyertainya untuk menghalau orang-orang British

dari Pahang. Penentangan tahap kedua yang diketuai oleh ketiga-tiga tokoh ini jelas

bercirikan agama Islam kerana disokong oleh ulama Terengganu Tok Ku Paloh. Di dalam

gerakan menamatkan penentangan ini, pihak British pula terpaksa menerima kesan

dengan mengeluarkan belanja besar sebanyak $ 7,393.83 40 dan yang jelasnya gerakan itu

gagal mencapai matlamat British kerana mereka tidak bejaya menangkap Tokoh-tokoh

penentang ini. British juga terpaksa mengambil masa yang agak lama untuk menamatkan

penentangan. Penulis-penulis British yang melabelkan golongan penentang ini sebagai

pemberontak adalah tidak tepat kerana golongan ini sebenarnya berusaha menjaga

kepentingan pribumi dan bukannya merampas hak orang lain seperti British.

BIBLIOGRAFI

Aruna Gopinath. 1993. Sejarah Politik Pahang 1880-1935. Kuala Lumpur:

39 Mohd Isa Othman. Gerakan Protes: Dalam Perspektif Sejarah Malaysia Pada Abad Ke-19 dan Awal Abad Ke-20. Kuala Lumpur: Utusan Publications &Distributors Sdn. Bhd, 1999, hlm. 94.40 Jang Aisjah Muttalib. Pemberontakan Pahang 1891-1895, hlm. 246.

12

Page 13: Penentangan Di Pahang (1)

Sejarah Malaysia 1800-1900 Penentangan di Pahang (1891-1895)

Dewan Bahasa & Pustaka.

Buyong Adil. 1972. Sejarah Pahang. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Buyong Adil. 1985. Perjuangan Orang Melayu Menentang Penjajahan Abad 15-19.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Jang Aisjah Muttalib. 1972. Pemberontakan Pahang 1891-1895. Kota Bharu: Pustaka

Aman Press.

Joginder Singh Jessy. 1978. Sejarah Tanah Melayu 1400-1959. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa & Pustaka.

Joginder Singh Jessy. 1985. History Of South – East Asia (1824-1965). Kedah:

Penerbitan Darul Aman.

Mohd Isa Othman. 1999. Gerakan Protes: Dalam Perspektif Sejarah Malaysia Pada

Abad Ke-19 dan Awal Abad Ke-20. Kuala Lumpur: Utusan Publications

& Distributors Sdn. Bhd.

Muhammad Yusoff Hashim & Aruna Gopinath. 1992. Tradisi Pensejarahan Pahang

Darul Makmur. Kuala Lumpur: Tempo Publishing (M) Sdn. Bhd.

Norazit Selat. 2000. Pahang: Sejarah dan Budaya. Pahang: Lembaga Muzium

Negeri Pahang,

Zainal Abidin Abdul Wahid et. al. 1996. Malaysia: Warisan dan Perkembangan Edisi

Kedua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Zurina Ismail. 1987. Pahang Darul Makmur. Selangor: Pelanduk Publication (M)

Sdn. Bhd.

13