sebab-sebab prasangka.docx

7
Sebab-Sebab Prasangka Di Kalangan Masyarakat Prasangka merupakan salah satu fenomena yang hanya boleh ditemui dalam kehidupan sosial. Sikap yang biasanya negatif yang ditujukan kepada ahli sesuatu kumpulan manusia (ras, agama, gender etc). Selain itu, menilai orang lain secara negatif hanya kerana orang lain itu menjadi ahli kumpulan tersebut dan bukan kerana ciri-ciri orang tersebut. Ia merupakan sikap pra penghakiman, yang tidak erlebih dahulu disemak fakta-fakta sebenar mengenai sasaran sikap. Sikap prasangka ini sukar diubah walaupun fakta baru menafikan faktor yang menyebabkan prasangka itu. Diskriminasi pula adalah tindakan seseorang yang memberikan layanan berbeza kepada orang lain yang berhak diberi layanan yang sama, dan yang tidak mahu dirinya dilayan secara berbeza. Ia merupakan tindakan atau tingkah laku yang dibezakan daripada prasangka (yang merupakan unsur perasaan). Ia berkait rapat dengan prasangka. Terdapat tiga sebab utama dan komponen dalam menerangkan prasangka. Pertamanya adalah komponen kognitif iaitu kepercayaan/pengetahuan tentang objek sikap. Dalam bidang ini ia dirujuk sebagai stereotaip. Ia merupakan kepercayaan yang berkaitan dengan tret seseorang/kumpulan orang. Keduanya adalah komponen afektif dimana perasaan menyukai atau tidak menyukai seseorang/kumpulan orang. Dalam bidang ini ia merupakan komponen prasangka. Ketiganya adalah komponen psikomotor yang membawa maksud tingkah laku akibat daripada kognitif dan afektif. Contoh yang boleh diketengahkan ialah, orang Melayu malas (sterotaip), saya tidak suka dengan orang Melayu (prasangka), dan saya tidak akan ambil pekerja daripada orang Melayu (diskriminasi)

Upload: hemahnaidu

Post on 09-Dec-2015

73 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: SEBAB-SEBAB PRASANGKA.docx

Sebab-Sebab Prasangka Di Kalangan Masyarakat

Prasangka merupakan salah satu fenomena yang hanya boleh ditemui dalam kehidupan

sosial. Sikap yang biasanya negatif yang ditujukan kepada ahli sesuatu kumpulan manusia (ras,

agama, gender etc). Selain itu, menilai orang lain secara negatif hanya kerana orang lain itu

menjadi ahli kumpulan tersebut dan bukan kerana ciri-ciri orang tersebut. Ia merupakan sikap

pra penghakiman, yang tidak erlebih dahulu disemak fakta-fakta sebenar mengenai sasaran

sikap. Sikap prasangka ini sukar diubah walaupun fakta baru menafikan faktor yang

menyebabkan prasangka itu. Diskriminasi pula adalah tindakan seseorang yang memberikan

layanan berbeza kepada orang lain yang berhak diberi layanan yang sama, dan yang tidak

mahu dirinya dilayan secara berbeza. Ia merupakan tindakan atau tingkah laku yang dibezakan

daripada prasangka (yang merupakan unsur perasaan). Ia berkait rapat dengan prasangka.

Terdapat tiga sebab utama dan komponen dalam menerangkan prasangka. Pertamanya

adalah komponen kognitif iaitu kepercayaan/pengetahuan tentang objek sikap. Dalam bidang ini

ia dirujuk sebagai stereotaip. Ia merupakan kepercayaan yang berkaitan dengan tret

seseorang/kumpulan orang. Keduanya adalah komponen afektif dimana perasaan menyukai

atau tidak menyukai seseorang/kumpulan orang. Dalam bidang ini ia merupakan komponen

prasangka. Ketiganya adalah komponen psikomotor yang membawa maksud tingkah laku

akibat daripada kognitif dan afektif. Contoh yang boleh diketengahkan ialah, orang Melayu

malas (sterotaip), saya tidak suka dengan orang Melayu (prasangka), dan saya tidak akan

ambil pekerja daripada orang Melayu (diskriminasi)

Faktor situasi merujuk kepada faktor yang di luar daripada diri individu yang

berprasangka. Di antara faktor-faktornya:

Page 2: SEBAB-SEBAB PRASANGKA.docx

1. Sejarah

2. Konflik antara kelompok

3. ekonomi

Faktor Sejarah

Sejarah kumpulan-kumpulan manusia pernah bermushan adalah mempengaruhi

wujudnya prasangka di kalangan ahli-ahli kelompok. Contoh yang boleh kita ambil ialah sistem

perhambaan: untuk mewajarkan sistem perhambaan, prasangka buruk terhadap kulit hitam

ditanamkan pada diri kelompok kujlit putih. Selain itu, contoh sistem apartheid di Afrika Selatan:

prasangka terhadap kulit hitam dirasional, di mana mereka dianggap sebagai manusia yang

kurang bertamadun dan bertujuan untuk memudahkan penindasan. Rentetan itu, prasangka di

antara kumpulan-kumpulan etnik di Malaysia: kemungkinanya wujud akibat daripada sejarah

zaman Perang D2, Perisitiwa 13 Mei etc.

Page 3: SEBAB-SEBAB PRASANGKA.docx

Faktor Antara Kelompok

Prasangka wujud akibat persaingan/konflik antara kelompok manusia. Persaingan dari

segi pekerjaan, perumahan, dan sumber-sumber lain yang terbatas. Idea ini berdasarkan

kepada teori konflik kelompok realistik. Konflik berlaku apabila kelompok yang menguasai

sumber cuba mempertahankan kuasaannya. Kajian penting ini dijalankan oleh oleh Sherif dan

rakan-rakan.

Page 4: SEBAB-SEBAB PRASANGKA.docx

Faktor ekonomi

Mengikut teori penindasan ekonomi kita dapat melihat bahawa prasangka dan

diskriminasi wujud bagi membolehkan sesautu kelompok menguasai ekonomi dan kuasa.

Perasaan ditanamkan pada diri manusia yang menindas kerana dengan berbuat demikian

dapat merasionalisasikan penindasan. Lantaran itu, kelompok masyarakat yang berprasangka

itu akhirnya dapat menguasai ekonomi. Contoh: dasar apartheid di Afrika Selatan. Prasangka

dirasionalkan melalui kaedah-kaedah tertentu seperti teori Darwin, khutubah gereja. Apabila kita

menganalisis tentang penindasan ekonomi British ke atas orang Melayu melalui pendekatan

ini. Fahaman lazy native, Fahaman white man’s burden, tindakan / diskriminasi melalui divide

and rule, Teori keselarasan kognitif iaitu prasangka digunakan untuk menyelaraskan di antara

tingkah laku dengan kognitif.

Dalam sesetengah masyarakat prasangka memang digalakkan di mana adanya norma

sosial yang memerlukan seseorang untuk berprasangka dan mendiskriminasi. Oleh hal yang

demikian, media massa berperanan penting dalam menyalur dan menanam perasaan

prasangka. Gambaran yang diberikan oleh media massa mengenai sesuatu kumpulan manusia

boleh menanamkan prasangka.

Page 5: SEBAB-SEBAB PRASANGKA.docx

Tambahan pula, cara manusia berfikir tentang manusia lain boleh mewujudkan

perasaan prasangka. Manusia berfikir tentang orang lain berdasarkan kepada kategori-kategori

manusia yang dibina dalam pemikiran . Misalnya dalam pemikiran manusia telah terbina

kategori-kategori manusia, dan setiap kategori telah ditentukan apakah ciri-cirinya. Manusia

berkulit hitam (negro), telah ditentukan apa ciri-cirinya; begitu juga dengan manusia orang putih.

Daripada ciri-ciri tersebut maka terjelma sikap terhadap orang tersebut. Manusia lebih

cenderung mengklasifikasi manusia lain sama ada ahli kumpulannya (seagama, separti dan

lain-lain)) atau ahli kumpulan lain. Kelompok dalam: mereka yang merupakan ahli kelompoknya;

kelompok-luar: mereka yang bukan ahli kelompoknya (yang biasanya ditentang). Manusia

cenderung menyebelahi ahli kelompok-dalamnya; sebaliknya membenci/berprasangka terhadap

ahli kelompok-luar.

Setersunya, kita selalu membandingkan diri kita dengan orang lain dan kumpulan kita

dengan kumpulan lain. Hal-hal yang biasa kita bandingkan adalah hampir semua yang kita

miliki, contohnya status sosial, status ekonomi, kecantikan, watak keperibadian dan

sebagainya. Hal ini disebabkan oleh perbandingan adalah penilaian sesuatu lebih baik atau

lebih buruk daripada yang lain. Melalui perbandingan sosial kita juga menyedari kedudukan kita

di mata orang lain dan masyarakat. Kesedaran akan kedudukan ini tidak akan melahirkan

prasangka apabila kita menilai orang lain mempunyai kedudukan yang sama dengan kita.

Prasangka lahir ketika orang menilai adanya perbezaan yang ketara. Dalam erti kata lain,

keadaan sosioekonomi yang tidak seimbang akan melahirkan prasangka . Dalam masyarakat

yang majmuk ini, perbezaan kekayaan yang begitu tinggi akan mewujudkan prasangka. Inilah

antara sebab-sebab yang mewujudkan prasangka dalam masyarakat seantero dunia ini.