bab 4 sebab pengaruh bahasa.ppt

24

Upload: shah-riezal

Post on 21-Nov-2015

241 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

  • Ada pada ketika yang lain pula bahasa kedua (asing) ini digunakan sebagai satu istilah dalamperbualan dan difahami oleh ramai penutur dan pendengar. Contohnya, perkataan soruyang diambil dari bahasa Tamil bermakna nasi dan kalau dalam perbualan penuturmengatakan belum soru yang bermaksud belum makan nasi.perkataan tapau yang bermakna bungkuskan daripada Bahasa Cina.Percampuran kod bahasa Melayu baku dengan Bahasa Indonesia juga berlaku. Ini keranaramai pendatang dari negara jiran tersebut bekerja di sini.

  • Percampuran kod ini juga berlaku kepada kanak-kanak yang dibesarkan oleh ibu bapa yang mempunyai latar belakang bahasa yang berlainanContoh perbualan antara kanak-kanak ini dengan mereka yang tahu tentang latar belakang keluarga tersebut

  • Percampuran kod juga boleh dilihat di dalam mesyuarat akademik, walaupun semua yang menghadiri mesyuarat tersebut boleh bertutur bahasa Melayu dengan baikContoh yang dapat diperhatikan:i. Peperiksaan yang diadakan Cuma untuk melihat sejauh mana anda faham subjek yang diajar. Anda tidak payah prepare.ii. Mungkin some of them over confident. They never take time untuk read the instruction.iii. Kita masih insist untuk use English as our medium pada waktu mesyuaratjabatan.

  • Kadang kala individu dalam dunia hiburan seperti pelakon, penyanyi dan pemuzik menggunakan Bahasa Melayu yang bercampuraduk dengan Bahasa Inggeris

  • Perluasan maksud berlaku apabila sesuatu perkataan yang mempunyai satu makna memilikimakna-makna yang lain.Perkataan saudara pada mulanya bermaksud orang yang sama ayah dan ibu. Kemudian maknanya diperluaskan meliputi orang yang ada hubungan kekeluargaanPerkataan abang yang asalnya ialah panggilan kepada saudara lelaki yang lebih tua, tetapi sekarang ianya digunakan juga untuk memanggil orang lelaki yang lebih tua tanpa mengira saudara atau tidakSelain daripada dua perkataan di atas, perkataan semangat juga mengelami perubahan kerana perluasan maksud. Pada asalnya makna perkataan semangat ialah jiwa atau roh.

  • Makna sesuatu perkataan boleh juga dibataskan untuk tujuan-tujuan tertentu.Perkataan sarjana pada mulanya digunakan untuk merujuk kepada orang yang pandai atau bijak, seorang cendekiawanPerkataan daging telah disempitkan makna untuk merujukkan kepada daging lembusahaja, tetapi bagi daging lain pula, disebut daging kambing, daging ayam atau daging arnab,sedangkan makna perkataan itu dalam kamus ialah isi pada manusia atau binatang antara kulit dan tulang (Kamus Dewan, 1994).

  • Melalui proses penyingkatan ini, perkataan- perkataan tertentu dipendekkan apabila ditulis dan sering pula dianggap sebagai satu perkataan sahaja seperti contoh yang berikut:

  • Perubahan makna kerana tujuan simbolik ini biasa kita lihat dalam hasil karya berbentuk sastera khususnya dalam puisi. Contohnya perkataan kumbang dan bunga selaludikaitkan dengan makna yang tertentu seperti kumbang = lelaki dan bunga =perempuan, bukan lagi ditujukan kepada nama sejenis kumbang dan nama sejenis tumbuhan

  • Kata Basahan ialah kata yang digunakan dalam percakapan harian dan belum diterima sebagai kosa kata Melayu baku (Nathesan, 2012).Kata basahan ini juga dirujuk sebagai kata kolokial dalam bahasa Melayu, khususnya dalam konteks linguistik.

  • Bahasa basahan atau Bahasa Kolokial ialah bahasa yang bersifat percakapan atau basahan.Bahasa basahan ini ialah bahasa pertuturan sehari-hariBentuknya pula sering dipengaruhi oleh dialek dan slanga daerah.Ciri Bahasa Basahan1. Cara penyampaian2.Mewujudkan kemesraan3. Penggunaan dialek4. Penggunaan tatabahasa5. Percampuran kod6. Bahan yang diperkatakan

  • Kesalahan bahasa yang terdapat pada papan tanda premis perniagaan (iklan) dan papan tanda awamPerubahan bahasa di dalam ekonomi bermaksud usaha menggunakan Bahasa Melayu untuk mempengaruhi penguna membentuk tanggapan tertentu , atau mengubah sikap dan melakukan tindakanCONTOH: Penggunaan Bahasa Melayu dalam Pengiklanan(a) Slogan: Kami Ada Cara(b) Kaedah Pernyataan: Rumah Untuk Dijual/Disewa(c) Perkaitan Konsep: Artis X dengan Tilam Jenama Y(d) Perisytiharan: Waja dengan Aksesori Lengkap

  • Merujuk Kamus Dewan (2005) peribahasa bermaksud ayat atau kelompok kata yang mempunyai susunan yang tetap dan mengandungi pengertian yang tertentu, bidal atau pepatah. Menurut Koh Boh Boon (1992) bahasa Melayu amat kaya dengan peribahasa yang dapat disifatkan sebagai mutiara bahasa Melayu. Zaba (1965: 165), peribahasa ialah:Segala susunan cakap yang pendek yang telah melekat di mulut orang ramai sejak beberapa lama oleh sebab sedap dan bijak perkataannya,luas dan benar tujuannya- dipakai akan dia jadi sebutan-sebutan olehorang sebagai bandingan, teladan, dan pengajaran

  • Bidalan susunan kata tertentu yang mempunyai erti yang khusus, biasanya berunsur pengajaran, peringkatan dan sebagainya) Kiasan - Kiasan ialah bahasa yang menyatakan sesuatu perkara dengan mengiaskannya kepada perkara lain, sama ada dengan menyebut bandingan atau tanpa menyebut bandingan Simpulan bahasa ungkapan yang terdiri daripada dua perkataan atau lebih dan mempunyai makna yang berlainan dariapda erti perkataan-perkataan yang membentuknya. Tamsil cerita yang membawa sesuatu ajaran

  • Penekanan terhadap teknologi maklumat dan komunikasi di era globalisasi dan liberalisasi bermakna penggunaan Bahasa Inggeris menjadi semakin penting dan tidak dapat dielakkan oleh masyarakat dunia.Nik Safiah Karim (1999) berpendapat apabila teknologi maklumat dan komunikasi dikembangkan dalam bahasa Inggeris, maka istilah-istilah yang digunakan perlulah disesuai dan diselarikan dengan bahasa-bahasa rasmi dan utama di negara-negara yang tidak menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi seperti di Malaysia

  • Bahasa yang digunakan adalah bahasa yang tidak baku atau bahasa basahan.Terdapat campur aduk antara bahasa Melayu dan Inggeris, bahasa daerah dan dialek (Zaid Ismail,2012).Penggunaan simbol, kod dan singkatansingkatan yang tidak sepatutnya terbawa-bawa dalam aktiviti rasmi sehingga dikatakan menjadi punca kemerosotan penguasaan bahasa Melayu terutamanya pelajar-pelajar sekolah dan masyarakat lainnya.