edu-sebab-sebab berlakunya lupaan dan strategi meningkatkan daya ingatan

28
SEBAB-SEBAB BERLAKUNYA LUPAAN DAN STRATEGI MENINGKATKAN DAYA INGATAN

Upload: li-ting

Post on 13-Aug-2015

126 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

EDU SEBAB-SEBAB BERLAKUNYA LUPAAN DAN STRATEGI MENINGKATKAN DAYA INGATAN

TRANSCRIPT

Page 1: Edu-sebab-sebab Berlakunya Lupaan Dan Strategi Meningkatkan Daya Ingatan

SEBAB-SEBAB BERLAKUNYA LUPAAN

DAN STRATEGI MENINGKATKAN DAYA

INGATAN

Page 2: Edu-sebab-sebab Berlakunya Lupaan Dan Strategi Meningkatkan Daya Ingatan

DEFINISI INGATAN• Ingatan merupakan proses mental yang menyimpan

perkara-perkara yang telah dipelajari, dan kemudian mengeluarkannya kembali sebagai tindak balas dalam situasi yang diperlukan, seperti menyelesaikan masalah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran selanjutnya.

• Mengikut Atan Along (1968), ingatan boleh diertikan sebagai kebolehan seseorang dalam pemilihan dan penerimaan rangsangan sebagai maklumat dan pengalaman untuk disimpan dalam otaknya.

• Fein (1978) mentafsirkan ingatan sebagai pemprosesan maklumat yang diterima dalam otaknya, menyimpan dan mengeluarkannya.

Page 3: Edu-sebab-sebab Berlakunya Lupaan Dan Strategi Meningkatkan Daya Ingatan

Sambungan..

• Verno (1980) berpendapat ingatan merupakan bentuk menyimpan maklumat-maklumat yang bermakna untuk menjadi pengalaman pada masa depan.

• Kesimpulannya, ingatan merupakan proses kebolehan manusia untuk menerima maklumat, memproses dan menyimpannya dalam otak, kemudian mengeluarkannya ketika diperlukan.

Page 4: Edu-sebab-sebab Berlakunya Lupaan Dan Strategi Meningkatkan Daya Ingatan

DEFINISI LUPAAN

• Lupaan merupakan kesukaran untuk mengingat/ mengeluarkan kembali sesuatu pengalaman yg telah dialami.

• Lupaan juga boleh didefinisikan sebagai perubahan dalam persepsi atau pengamatan idea-idea yang telah dipelajari.

Page 5: Edu-sebab-sebab Berlakunya Lupaan Dan Strategi Meningkatkan Daya Ingatan

Eric Erikson (1963)

“ Lupaan merupakan satu motif, iaitu perkara tertentu sahaja yang dilupai kerana ia tidak penting atau tidak berguna untuk seseorang individu “.

Page 6: Edu-sebab-sebab Berlakunya Lupaan Dan Strategi Meningkatkan Daya Ingatan

JENIS-JENIS LUPAAN

1. Keusangan/ hilang kesan ingatan.2. Lupaan gangguan3. Lupaan terdesak.

Page 7: Edu-sebab-sebab Berlakunya Lupaan Dan Strategi Meningkatkan Daya Ingatan

KEUSANGAN / HILANG KESAN INGATAN

• Otak akan akan melupai maklumat yg disimpan dlm ingatan jangka panjang kerana faktor keusangan.

• Keusangan berlaku apabila maklumat yg disimpan dalam ingatan jangka panjang digunakan / diingat kembali.

• Jika maklumat jangka panjang tidak diaktifkan ia mudah dilupai.

Page 8: Edu-sebab-sebab Berlakunya Lupaan Dan Strategi Meningkatkan Daya Ingatan

LUPAAN GANGGUAN

• Gangguan yg berlaku kepada maklumat yg tersimpan dalam ingatan jangka panjang.

• Contohnya, proses pembelajaran yg baru mengganggu proses pembelajaran yg lama.

Page 9: Edu-sebab-sebab Berlakunya Lupaan Dan Strategi Meningkatkan Daya Ingatan

LUPAAN TERDESAK

• Lupaan yg disebabkan oleh gangguan emosi individu yg mendesaknya untuk melupakan maklumat yg tersimpan dalam ingatan jangka panjang.

Page 10: Edu-sebab-sebab Berlakunya Lupaan Dan Strategi Meningkatkan Daya Ingatan

FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN LUPAAN

MinatPerasaan takut dan

bimbangPeredaran masaKeusanganPengalaman yang pahit.Masa yg tidak cukup

untuk mengingat

Aras keyakinan.Kekurangan kejelikitan

kpd ingatan.Gangguan proaktif &

gangguan retroaktifTerlalu banyak

maklumat yg perlu diingati.

Page 11: Edu-sebab-sebab Berlakunya Lupaan Dan Strategi Meningkatkan Daya Ingatan

MINAT

• Perkara yg tidak diminati oleh pelajar akan mudah dilupai oleh mereka kerana mereka tidak memberi penumpuan 100% semasa guru mengajar.

• Mereka juga kurang berminat untuk melihat perkaitan bahan yg telah dipelajari dan ini boleh menyebabkan mereka lupa dengan mudah.

Page 12: Edu-sebab-sebab Berlakunya Lupaan Dan Strategi Meningkatkan Daya Ingatan

PERASAAN TAKUT & BIMBANG

• Pelajar yg berperasaan takut dan bimbang amat sukar utk mengingat kembali fakta yg diajar oleh guru.

• Guru yg garang dan tidak peramah juga akan menyebabkan keupayaan pelajar utk berfikir dan mengingati pelajaran terjejas.

Page 13: Edu-sebab-sebab Berlakunya Lupaan Dan Strategi Meningkatkan Daya Ingatan

PEREDARAN MASA

• Makin lama jarak di antara masa sesuatu bahan yg dipelajari dan diingat kembali, semakin kabur maklumat yg disimpan dalam ingatan jangka panjang pelajar.

• Kesan ingatan (memory trace) beransur lemah, pengaburan berlaku dengan peredaran masa yg lama, maklumat tersebut akan hilang dari ingatan.

Page 14: Edu-sebab-sebab Berlakunya Lupaan Dan Strategi Meningkatkan Daya Ingatan

KEUSANGAN• Persekitaran yg berubah akan menyebabkan

kesukaran mengingat kembali peristiwa atau pengalaman lama yg berkaitang dengan dirinya.

• Maklumat lama yg disimpan dalam ingatan jangka panjang akan usang dan tidak sesuai digunakan di dalam persekitaran yg baru.

• Contohnya, Ahmad mempunyai pengalaman manis tentang kampungnya. Namun, selepas dia balik 25 tahun kemudian, dia mendapati kampungnya sudah berubah dengan pesat.

• Maklumat lama dalam ingatan jangka panjangnya sudah tidak boleh digunakan lagi/

Page 15: Edu-sebab-sebab Berlakunya Lupaan Dan Strategi Meningkatkan Daya Ingatan

PENGALAMAN YG PAHIT• Individu mengelakkan pengalaman yg pahit

dengan menolak pengalaman pahit secara sengaja kepada bahagian otak tidak sedarnya kerana tidak mahu mengingatinya lagi.

• Maklumat ini tersimpan kekal dalam ingatan tetapi tidak timbul ke paras otak sedar manusia.

• Ini merupakan satu cara helah bela diri manusia untuk menyesuaikan diri kepada persekitarannya.

Page 16: Edu-sebab-sebab Berlakunya Lupaan Dan Strategi Meningkatkan Daya Ingatan

MASA YG TIDAK MENCUKUPI UNTUK MENGINGAT

• Jika guru meminta jawapan dengan segera, maka pelajar tidak dapat menjawab soalan dengan betul.

• Ini kerana pelajar berasa tertekan dan otak memerlukan masa yg cukup ingat kembali sesuatu fakta.

Page 17: Edu-sebab-sebab Berlakunya Lupaan Dan Strategi Meningkatkan Daya Ingatan

ARAS KEYAKINAN

• Aras keyakinan yg tinggi memudahkan proses ingatan manakala aras keyakinan yg rendah memudahkan proses lupaan.

• Contohnya, guru yg berkeyakinan dalam menyampaikan isi pengajarannya akan melancarkan proses p&p.

Page 18: Edu-sebab-sebab Berlakunya Lupaan Dan Strategi Meningkatkan Daya Ingatan

KEKURANGAN KEJELIKITAN KEPADA INGATAN

• Maklumat baru tidak dapat diintegrasikan ke dalam struktur kognitif dengan baik kerana penerangan guru kurang baik dan kefahaman pelajar adalah rendah.

• Maklumat baru ini tidak dapat dikaitkan dengan baik kepada pengetahuan sedia ada pelajar.

• Oleh itu, konsep-konsep yg diajar guru perlulah dikategorikan secara berkesan untuk menentukan kejelikitan kepada ingatan.

Page 19: Edu-sebab-sebab Berlakunya Lupaan Dan Strategi Meningkatkan Daya Ingatan

GANGGUAN PROAKTIF & GANGGUAN RETROAKTIF

• Gangguan proaktif berlaku apabila pembelajaran lama mengganggu pembelajaran baru.

• Gangguan retroaktif pula berlaku apabila pembelajaran lama masih tidak difahami dengan baik namun guru telah mengajar pembelajaran yang baru.

Page 20: Edu-sebab-sebab Berlakunya Lupaan Dan Strategi Meningkatkan Daya Ingatan

TERLALU BANYAK MAKLUMAT YG PERLU DIINGATI

• Pelajar akan menghadapi kesukaran untuk mengingat jika terlalu banyak maklumat yg perlu diingati.

• Ini biasa berlaku semasa musim peperiksaan apabila terlalu banyak fakta/ isi pembelajaran yg perlu diingati.

• Fikiran akan buntu dan tertekan dan akan menyebabkan lupaan.

Page 21: Edu-sebab-sebab Berlakunya Lupaan Dan Strategi Meningkatkan Daya Ingatan

Cara-Cara Meningkatkan Ingatan

• Belajar berlebihan

Kajian menunjukkan bahawa ingatan kekal lebih lama dan proses ingat kembali menjadi lebih mudah apabila sesuatu bahan itu dipelajari secara berlebihan sehingga dikuasai sepenuhnya. Guru patut galakkan pelajar supaya belajar dengan berlebihan terutama dalam perkara yang pelajar mendapati sukar.

Page 22: Edu-sebab-sebab Berlakunya Lupaan Dan Strategi Meningkatkan Daya Ingatan

Sambungan…• Pemahaman

Guru perlu menekankan tentang pemahaman konsep dan bukan menumpukan kepada ulangan fakta. Apabila pelajar belajar dengan pemahaman mengikut kategori, mereka akan belajar maklumat baru dengan cepat dan cekap. Mengajar untuk kefahaman memerlukan bahan yang bermakna. Sebagai contoh : murid diberi angka berikut untuk diingat:

100816449362516941

Oleh kerana angka di atas melebihi had untuk disimpan dalam ingatan jangka pendek adalah sukar untuk mengingat kembali semua angka tersebut. Dengan kefahaman ia merupakan satu tugas yang mudah. Sebenarnya angka-angka di atas merupakan kuasa dua untuk angka dari 10 hingga 1.

Page 23: Edu-sebab-sebab Berlakunya Lupaan Dan Strategi Meningkatkan Daya Ingatan

Sambungan..

• Mengaitkan bahan baru kepada yang Mengaitkan bahan baru kepada yang sedia adasedia adaGuru patut berusaha untuk mengaitkan perkara-perkara baru yang diajar kepada pembelajaran yang sudah diterima. Apabila bahan baru dikaitkan dengan pengetahuan sedia ada murid, pengajaran menjadi lebih berkesan. Pelajar perlu diingatkan tentang perkaitan antara pembelajaran baru dengan yang lama dalam bentuk kategori. Dengan itu maka maklumat baru akan disimpan dalam kategori tertentu yang teratur dan memudahkan proses ingat kembali.

Page 24: Edu-sebab-sebab Berlakunya Lupaan Dan Strategi Meningkatkan Daya Ingatan

Sambungan…

• Mengajar dengan menggunakan Mengajar dengan menggunakan bahan pembelajaran yang bermakna bahan pembelajaran yang bermakna supaya lebih mudah diingati oleh supaya lebih mudah diingati oleh murid.murid.

Guru boleh menggunakan alat bantu mengajar yang sesuai untuk meningkatkan kefahaman mereka, seterusnya membentuk konsep yang betul.

Page 25: Edu-sebab-sebab Berlakunya Lupaan Dan Strategi Meningkatkan Daya Ingatan

Sambungan…

• Iklim pembelajaran yang kondusifIklim pembelajaran yang kondusif..

Membentuk iklim pembelajaran yang kondusif supaya emosi pelajar adalah tenteram sebelum aktiviti pembelajaran dimulakan. Emosi pelajar yang cemas akan gagal memperoleh keberkesanan hasil pembelajaran, dan seterusnya mengurangkan kuantiti ingatan.

Page 26: Edu-sebab-sebab Berlakunya Lupaan Dan Strategi Meningkatkan Daya Ingatan

Sambungan..

• Mengajar secara menarik untuk menangkap perhatian pelajar.

Gunakan teknik motivasi yang sesuai supaya pelajar berasa seronok semasa pembelajaran. Menggalakkan pelajar dengan memberi ganjaran dan elakkan hukuman yang akan membunuh semangat pelajar serta mengurangkan ingatan mereka.

Page 27: Edu-sebab-sebab Berlakunya Lupaan Dan Strategi Meningkatkan Daya Ingatan

KESIMPULAN

• Ingatan dan lupaan merupakan dua perkara penting yang berkaitan dengan pembelajaran.

• Dalam pemprosesan maklumat manusia belajar tentang banyak perkara tetapi pada masa yang sama apa yang dipelajari itusebahagian sahaja yang boleh diingat manakala bahagian yang lebih banyak melalui proses lupaan.

• Sebagai guru adalah penting mengambil langkah-langkah tertentu supaya murid-muridnya dapat meningkatkan ingatan dan mengurangkan lupaan semasa menjalani proses pembelajaran.

Page 28: Edu-sebab-sebab Berlakunya Lupaan Dan Strategi Meningkatkan Daya Ingatan