sce3110 refleksi bumi

Upload: muizimba-muhamad

Post on 30-Oct-2015

161 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

SCE3110 Refleksi berkenaan projek BUMI bagi pelajar IPG opsyen SAINS

TRANSCRIPT

REFLEKSI INDIVIDUNAMA: AHMAD ADNAN BIN MOHD SHUKRI

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya tugasan kerja kursus Bumi dan Alam Semesta (SCE3110) berjaya dilaksanakan. Banyak ilmu dan pengalaman berguna dapat ditimba sepanjang menyiapkan tugasan ini. Jutaan terima kasih diucapkan kepada En. Wan Mazlan bin Muda atas bimbingan dan dorongan yang diberikan. Sememangnya, segala ilmu yang dicurahkan beliau banyak membantu saya dan ahli kumpulan yang lain sepanjang proses menyiapkan tugasan ini. Besar harapan saya agar tugasan ini menepati kehendak dan keperluan yang ditetapkan yang mampu mendorong dalam melonjakkan prestasi saya bagi subjek ini. Tidak lupa juga ribuan terima kasih diucapkan kepada ahli-ahli kumpulan saya atas kerjasama dan komitmen baik yang diberikan. Terima kasih yang tidak terhingga buat rakan-rakan seperjuangan yang senantiasa membantu dan memberi semangat sepanjang menyiapkan tugasan ini. Kerja kursus bagi subjek ini banyak memberi manfaat kepada saya dan juga ahli kumpulan yang lain. Bagi tugasan pertama iaitu mencipta model, kami sebulat suara memilih untuk menyiapkan model komet. Kumpulan kami membentangkan mengenai asteroid, matahari , komet dan masa. Walaupun terdapat banyak model lagi yang dapat kami pilih, namun kami bersetuju untuk membuat model komet. Model ini dipilih kerana berdasarkan pengalaman saya di sekolah menengah dahulu, model ini agak mudah dilaksanakan jika bahan-bahan untuk membuatnya dapat dicari. Hal ini kerana model ini hanya memerlukan tanah liat dan lumut sahaja sebagai bahan utama untuk menciptanya. Mencipta model membuatkan saya dan ahli kumpulan yang lain menjadi lebih kreatif. Kami tidak perlu runsing memikirkan kos penghasilannya. Sebaliknya, bahan-bahan semula jadi ciptaan Allah yang percuma ini menjadikan model kami kelihatan seperti objek sebenar. Berdasarkan maklum balas daripada rakan-rakan, ramai yang teruja apatah lagi memuji kreativiti kami mencipta model sebegini. Jika orang dewasa boleh tertarik dengan model kami, murid-murid juga pasti seronok dan berminat untuk terus mengikuti pembelajaran apabila model ini digunakan.Walaupun model ini mempunyai kekuatannya yang tersendiri, akan tetapi setiap ciptaan manusia itu pasti terselit kelemahan-kelemahan tertentu. Antara kelemahan yang jelas pada model ini ialah kesukarannya untuk dibawa ke mana-mana sahaja. Model ini agak berat untuk beralih dari satu tempat ke tempat yang lain disebabkan bahan utamanya (tanah liat) yang berjisim besar. Jadi, model ini perlu ditempatkan di bilik khas seperti pusat sumber sekolah. Apabila guru ingin menggunakannya, guru perlu membawa murid ke pusat sumber dan melaksanakan terus p&p di sana.Disebabkan model ini menggunakan bahan semula jadi, lumut-lumut yang ditanam di atasnya perlu selalu direnjis air bagi mengelakkan tumbuhan tersebut mati dan tanah liat merekah. Oleh hal yang demikian, model ini perlu kerap dijaga jika ingin digunakan dalam p&p berulang-ulang kali pada suatu jangka masa yang panjang.Bagi tugasan kedua dan ketiga iaitu menghasilkan slide power point dan laporan makmal, saya dan ahli kumpulan tidak menghadapi sebarang masalah untuk menyiapkannya. Atas sikap kerjasama yang baik serta semangat berpasukan yang tinggi, tugasan ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Tambahan pula, tanpa pengurusan masa yang cekap, sudah pasti tugasan ini tergendala untuk diselesaikan. Melalui penghasilan slide power point (Tajuk : Sistem Suria), saya belajar mengingat kembali topik yang telah dipelajari di dalam kelas sebelum ini di samping dapat menambahkan maklumat-maklumat tambahan yang berkaitan dengan tujuan sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan yang bakal menjelang tidak lama lagi.Dari segi penulisan laporan makmal pula, saya belajar dan mengkaji dengan meluas berkaitan kejadian alam yang indah ciptaan Allah ini. Walaupun mempelajari jenis-jenis awan di dalam kelas, tidak semua daripadanya dapat diingat dengan mudah. Saya hanya ingat awan jenis kumulonimbus dan sirus sahaja tetapi apabila membuat laporan makmal berkaitan mengenal pasti kesan jenis awan terhadap keadaan cuaca, sebanyak lapan jenis awan berjaya saya ingat nama dan bentuknya dengan baik. Begitu juga dengan eksperimen mengenal pasti jenis-jenis batu. Jika sebelum ini, saya hanya mengenali batu sungai sahaja yang berbentuk bulat atau leper dan mempunyai permukaan licin, tetapi setelah mengkaji beberapa jenis batu yang lain seperti batu kerikil dan batu bukit, sekarang saya sudah boleh membuat perbezaan antara batu sungai, batu bukit dan batu kerikil. Apa yang saya dapat simpulkan di sini ialah pembelajaran menjadi lebih bermakna apabila individu terlibat secara langsung dalam aktiviti pembelajaran yang merangkumi aktiviti hands-on dan minds-on. Melaluinya, mereka akan bergerak secara aktif untuk memperoleh pengalaman dan pengetahuan dengan sendirinya.Akhir kalam, saya amat bersyukur diberi tugasan yang bermakna seperti ini. Semoga ilmu dan pengalaman yang saya peroleh sepanjang menyiapkan kerja kursus mendapat keberkatan dan keredaan Allah S.W.T. Sesungguhnya dari Abi Dardak, Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud, Barang siapa yang berusaha mencari jalan untuk memperoleh ilmu pengetahuan, maka dipermudahkan Allah baginya jalan menuju ke syurga.

1