sce3104 kurikulum dan pedagogi sains pendidikan rendah

26
SCE3104 Kurikulum dan Pedagogi Sains Pendidikan Rendah STRATEGI PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN SAINS 1.0 Apa itu strategi ? Strategi boleh diibaratkan sebagai suatu susunan pendekatan – pendekatan dan kaedah – kaedah untuk mencapai sesuatu matlamat dengan menggunakan tenaga, masa serta kemudahan secara optimum. Sebagai contoh, umpamanya untuk memenangi sesuatu perlawanan dalam pertandingan badminton, seseorang permain bukan sahaja perlu menguasai segala kaedah untuk menghantar bola tangkis kepada pihak lawan tetapi juga perlu merancang strategi permainan. Strategi permainan mungkin bermain secara bertahan pada set pertama untuk meletihkan musuh dan kemudiannya mengamalkan teknik menyerang secara agresif dengan smash yang kencang pada set yang kedua. Adakah dia sengaja bermain sebanyak tiga atau dua permainan sahaja. Jika permain itu menguasai semua kaedah menghantar bola tangkis dengan sempurna tetapi strategi permainannya tidak sesuai dengan kekuatan pihak lawan, nescaya dia akan kalah dalam perlawanan ini. Oleh itu, ada kalanya pasukan yang mahir dengan mempunyai pemain yang berkelibar dan mahir dalam semua kaedah bermain mudah dikalahkan kerana strategi pasukan tidak sesuai. 2.0 Strategi Pembelajaran dan Pengajaran

Upload: jonathan-lainus

Post on 19-Oct-2015

46 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

PPGSN1212

TRANSCRIPT

SCE3104 Kurikulum dan Pedagogi Sains Pendidikan Rendah

STRATEGI PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN SAINS

1.0 Apa itu strategi ?

Strategi boleh diibaratkan sebagai suatu susunan pendekatan pendekatan dan kaedah kaedah untuk mencapai sesuatu matlamat dengan menggunakan tenaga, masa serta kemudahan secara optimum. Sebagai contoh, umpamanya untuk memenangi sesuatu perlawanan dalam pertandingan badminton, seseorang permain bukan sahaja perlu menguasai segala kaedah untuk menghantar bola tangkis kepada pihak lawan tetapi juga perlu merancang strategi permainan. Strategi permainan mungkin bermain secara bertahan pada set pertama untuk meletihkan musuh dan kemudiannya mengamalkan teknik menyerang secara agresif dengan smash yang kencang pada set yang kedua. Adakah dia sengaja bermain sebanyak tiga atau dua permainan sahaja. Jika permain itu menguasai semua kaedah menghantar bola tangkis dengan sempurna tetapi strategi permainannya tidak sesuai dengan kekuatan pihak lawan, nescaya dia akan kalah dalam perlawanan ini. Oleh itu, ada kalanya pasukan yang mahir dengan mempunyai pemain yang berkelibar dan mahir dalam semua kaedah bermain mudah dikalahkan kerana strategi pasukan tidak sesuai.

2.0 Strategi Pembelajaran dan Pengajaran

Untuk mencapai objektif objektif pengajaran, seseorang guru biasanya menggunakan gabungan beberapa pendekatan serta kaedah mengajar tertentu. Rancangan gabungan pendekatan dan kaedah yang dipilih disusun secara sistematik dan kemudiannya dilaksanakan di dalam kelas semasa pembelajaran dan pengajaran guru . Ini dipanggil sebagai strategi pengajaran.

Peranan strategi pengajaran menjadi semakin ketara jika mengajar pelajar pelajar yang berbeza dari segi kebolehan, pencapaian, kecenderungan serta minat yang berbeza beza. Kita perlu rancangkan pendekatan dan kaedah yang digunakan untuk mengajar kumpulan kumpulan yang berbeza beza itu. Contohnya, dalam kelas KBSR yang biasanya terdiri daripada murid yang lemah, sederhana dan kumpulan murid yang cergas. Di sini guru perlu memikirkan strategi pengajaran yang terdiri daripada pelbagai kaedah mengajar untuk memenuhi keperluan semua kumpulan murid tadi. Di samping itu, setiap bilik darjah mempunyai halangan serta rintangan rintangan tersendiri seperti keadaan fizikal, kemudahan bilik darjah, nilai, norma serta latar belakang sekolah dan murid. Lantaran itu, seseorang guru bukan sahaja mesti menguasai berbagai bagai kaedah mengajar tetapi yang lebih penting lagi ialah bagaimana mengintegrasikan serta menyusun kaedah kaedah itu untuk membentuk strategi pengajaran yang paling berkesan dalam pengajarannya.

3.0 Kesimpulan

Secara rumusannya, kaedah pembelajaran dan pengajaran yang pelbagai dapat meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran sains. Pembelajaran dan pengajaran sains yang tidak menarik akan membosankan pelajar. Justeru guru perlu prihatin terhadap pelbagai kecerdasan di kalangan murid. Kaedah, aktiviti serta strategi yang berbeza perlu dirancang untuk murid yang berbeza kecerdasannya. Contoh kecerdasan ini ialah visual dan ruang, verbal linguistik, muzik dan irama, logikal matematik, kinestatik, perhubungan antara individu, perhubungan dengan diri sendiri, perhubungan antara insan dengan penciptaNya dan pemahaman tentang alam sekitar.

4.0 Strategi Pembelajaran dan Pembelajaran Sains Sekolah Rendah

Strategi pembelajaran dan pembelajaran yang disarankan dalam mata pelajaran Sains sekolah rendah kini berteraskan pembelajaran melalui pengalaman yang mengutamakan pendekatan inkuiri. Inkuiri secara amnya bermaksud mencari maklumat, menyoal dan menyiasat sesuatu fenomena yang berlaku di sekeliling.

Penemuan merupakan sifat utama inkuiri. Pembelajaran secara penemuan berlaku apabila konsep dan prinsip utama dikaji dan ditemui oleh murid sendiri. Walau bagaimanapun, di peringkat sekolah rendah, murid memerlukan bimbingan dan panduan dalam menemui sesuatu konsep dan prinsip. Justeru itu, pendekatan yang berkesan ialah melalui penemuan terbimbing. Ini bermakna bahawa guru membimbing murid dalam menemui sesuatu konsep dan prinsip melalui perbincangan, pertanyaan dan penyelesaian masalah. Namun demikian, perlu diingatkan bahawa pendekatan inkuiri tidak sesuai digunakan dalam semua situasi pembelajaran dan pengajaran. Beberapa konsep dan prinsip lebih sesuai didedahkan secara langsung oleh guru. Pelbagai kaedah boleh dijalankan oleh guru untuk mengasuh dan membimbing murid memperolehi ilmu pengetahuan, menguasai kemahiran saintifik dan mengamalkan nilai nilai murni dalam mempelajari sains supaya menjadi lebih kritis, analitis dan bertanggungjawab. Antara kaedah yang disarankan ialah termasuk eksperimen, penyiasatan, demonstrasi, peristiwa berselisih, perbincangan, simulasi dan projek.

5.0 Strategi Pembelajaran dan Pengajaran secara Eksperimen

Strategi eksperimen adalah satu kaedah yang lazim dijalankan dalam mata pelajaran sains. Murid menguji hipotesis secara penyiasatan untuk menemui konsep atau idea sains yang tertentu. Kaedah saintifik digunakan semasa eksperimen, iaitu melibatkan kemahiran berfikir, kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif.

Penerangan tentang strategi eksperimen secara ringkasnya dapat dirumuskan seperti di bawah ini.

EKSPERIMEN

Langkah

Kenalpasti masalah

TujuanKriteria

Menerapkan sikap berdikariMerangsang murid

Bina hipotesis

MembuathipotesisRancangeksperimen

Mengawal Pembolehubah

Lakukan esperimen

Kumpul idea

Analisis idea

Tafsir ideaBuat simpulan

Buat laporan

Rajah 5.1 : Kerangka Srategi Mengeksperimen6.0 Strategi Pembelajaran dan Pengajaran secara Demonstrasi

Demonstrasi merupakan kaedah pengajaran di mana guru menunjukkan langkah langkah melakukan sesuatu kemahiran di hadapan murid. Oleh itu, kaedah ini melibatkan penerangan guru, pendengaran, penglihatan dan percubaan murid.Strategi ini digunakan untuk sesuatu eksperimen yang sukar, memakan masa bagi menerangkan sesuatu prinsip, melibatkan alat / radas dan bahan kimia yang mahal dan berbahaya.Strategi pembelajaran dan pengajaran secara Demonstrasi dapat dirumuskan melalui pengurusan grafik di bawah;

Rajah 6.1 : Asas Pelaksanaan Demonstrasi

Rajah 6.2 : Tujuan Demonstrasi diadakan

Rajah 6.3 : Kaedah Kaedah dalam Demonstrasi

Rajah 6.4 : Prinsip Pelaksanaan Strategi Demonstrasi.

7. MembandAA3J/ing dan Membeza Strategi Pembelajaran dan Pengajaran Antara Eksperimen dan Demonstrasi

PersamaanStrategi DemonstrasiStrategi Eksperimen

Kedua dua strategi ini melibatkan penerapan kaedah saintifik, iaitu melibatkan kemahiran berfikir, kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif.

Perbezaan

Penglibatan menyeluruh daripada murid.

Penglibatan muridPenglibatan murid agak terhad, aktiviti kebanyakannya dimonopoli oleh guru.

Guru sebagai pemudahcara/ pembimbing.

Peranan guruGuru sebagai pelaksana.

Murid diberi pengalaman amali secara langsung yang melibatkan proses merancang, menyedia dan memasang alat/radas, merekod, menganalisis dan menginterpretasi data.

Peranan muridMurid lebih digalakkan untuk membuat pemerhatian tentang apa yang ditunjukkan dan menanya apa yang berlaku.

Sesuai hampir semua aktiviti yang melibatkan aktiviti inkuiri.Kesesuaian strategi(Konteks mata pelajaran Sains sekolah rendah )Sesuai bagi situasi kekurangan alat / radas, aktiviti berbahaya dan melibatkan bahan kimia yang mahal.

Jadual 7.1 : Banding beza antara Strategi Eksperimen dengan Strategi Demonstrasi

Strategi EksperimenProses Pelaksanaan Strategi Mengeksperimen dalam Pengajaran Sains.Mata PelajaranSainsKelasTahun 6

Masa60 minitBil. murid8 orang

TemaMenyiasat Alam Bahan

TopikPemeliharaan Makanan

SubtopikKeadaan untuk mikroorganisma bertumbuh.

Sikap saintifik dan Nilai MurniMempunyai minat dan sikap ingin tahu terhadap alam sekitar

TujuanUntuk menyiasat keadaan yang diperlukan untuk mikroorganisma bertumbuh.

Bahan / Radas Yang Diperlukan Roti keping Pembakar roti Penyembur 2 buah besen / dulang Kanta pembesar

Prosedur1. Bakar sekeping roti menggunakan pembakar roti dan letakkan roti itu di dalam dulang A.2. Letakkan sekeping roti lagi di dalam dulang B.3. Semburkan sedikit air di atas roti dalam dulang B seperti yang ditunjukkan dalan Rajah 1.4. Letakkan dulang A dan B yang mengandungi kepingan roti masing masing di atas meja di dalam bilik kelas.5. Pada hari ketiga, gunakan kanta pembesar untuk memerhatikan keadaan roti di dalam dulang A dan B.6. Rekodkan pemerhatian kamu di dalam Jadual 1.7. Bersih dan simpan semua radas dan bahan dengan betul.

Rajah 7.1 : Keadaan yang diperlukan untuk mikroorganisma bertumbuh.

Pemerhatian :Rekodkan pemerhatian kamu di bawah ini.

DulangKeadaan Roti ( Selepas tiga hari )

A

B

Jadual 2 : Keadaan roti

Soalan Perbincangan :1. Nyatakan pembolehubah pembolehubah berikut; i. Pembolehubah yang dimalarkan ii. Pembolehubah dimanipulasikan iii. Pembolehubah bergerakbalas

Kesimpulan :

Kehadiran . menggalakkan pertumbuhan mikroorganisma pada makanan.Ringkasan Pembelajaran dan Pengajaran dalam Mengaplikasi Strategi Eksperimen.- Strategi mengeksperimen semasa p & p ini diaplikasikan di dalam kelas adalah berasaskan kepada Model Konstruktivisme 5 Fasa Needham.Fasa P & PIsi KandunganAktiviti / Penerangan

Orientasi

Memperkenalkan tajuk pelajaran1. Guru menyediakan suasana pembelajaran yang lebih kondusif untuk menimbulkan minat murid terhadap pelajaran dengan membawa murid ke dalam makmal.2. Guru tunjukkan beberapa gambar tentang kerosakan makanan bagi mengaitkan topik yang hendak diajar.

Pencetusan Idea

Keperluan untuk mikroorganisma hidup1. Murid dibahagikan kepada dua kumpulan, setiap kumpulan terdiri daripada 4 orang.2. Setiap kumpulan diberi satu set kad gambar yang berbeza tentang kerosakan makanan.3. Setiap kumpulan dikehendaki berbincang tentang apa yang diperhatikan dan menyenaraikan keadaan keperluan untuk mikroorganisma tersebut untuk terus hidup.4. Wakil kumpulan akan membentangkan dapatan masing masing.

Penstrukturan Idea

Keperluan hidup mikroorganisma1. Guru akan mengedarkan instrumen Eksperimen kepada setiap kumpulan.2. Setiap ketua kumpulan mengarahkan ahlinya mengambil bahan/radas yang diperlukan di atas meja yang disediakan.

Fasa P & PIsi KandunganAktiviti / Penerangan

3. Murid berkerjasama dalam kumpulan untuk menjalankan eksperimen dan merekodkan pemerhatian selepas tempoh kajian.4. Guru sebagai pemerhati/fasilitator.

Penggunaan Idea

Untuk menilai pemahaman murid1. Guru mengedarkan soalan perbincangan kepada setiap kumpulan.2. Murid secara individu diminta untuk menulis laporan eksperimen berdasarkan apa yang telah dilakukan atau membincangkan persoalan persoalan yang timbul.

Refleksi

Air diperlukan oleh mikroorganisma untuk hidup1. Guru membimbing murid membuat kesimpulan tentang keputusan.2. Guru juga menggunakan penulisan kendiri untuk menilai pemahaman murid.

Strategi DemonstrasiProses Pelaksanaan Strategi Demonstrasi dalam Pengajaran Sains.

Mata PelajaranSainsKelasTahun 6

Masa60 minitBil. murid8 orang

TemaMenyiasat Alam Bahan

TopikPemeliharaan Makanan

SubtopikMakanan menjadi rosak disebabkan oleh tindakan mikroorganisma.

Sikap saintifik dan Nilai MurniMempunyai minat dan sikap ingin tahu terhadap alam sekitar

TujuanUntuk menyiasat makanan menjadi rosak disebabkan oleh Kulat.

Bahan / Radas Yang Diperlukan Dua keping roti ( masih elok / roti telah ditumbuhi kulat ) Dua gelas susu ( elok / basi ) Dua ekor ikan ( segar / busuk ) Emapat buah besen / dulang Kanta pembesar

Prosedur1. Guru bertanyakan soalan tentang pemerhatian murid terhadap makanan yang dibiarkan di atas meja semalaman. Ini untuk mengetahui pengetahuan sedia ada murid.2. Guru akan memperkenalkan tajuk / tujuan demonstrasi diadakan.3. Guru mengadakan demonstrasi untuk menentukan punca makanan menjadi rosak dengan menggunakan sampel sampel yang telah disediakan. Murid dipanggil ke hadapan kelas untuk membuat pemerhatian.4. Guru akan berhenti setiap satu satu sampel selesai. Kemudian menyoal murid untuk memastikan tumpuan mereka kekal 100 %.

Prosedur5. Di akhir demonstrasi, guru mengadakan perbincangan bersama sama dengan murid. Lembaran kerja disediakan untuk menilai pemahaman murid..6. Tegaskan bahawa hanya kulat yang dapat dilihat, bakteria tidak boleh dilihat dengan mata kasar tetapi ia wujud dan ada di sekitar kita. Ia juga menyebabkan makanan menjadi rosak.

8. Laporan Pembelajaran dan Pengajaran yang Mengaplikasikan Strategi Eksperimen dan Strategi Demonstrasi

A. Pembelajaran dan Pengajaran Mengaplikasikan Strategi Eksperimen.

Sesi pembelajaran dan pengajaran yang mengaplikasikan strategi mengeksperimen telah dilaksanakan secara formal di dalam kelas pada 14 Ogos 2012 ( Selasa ) yang lalu. Masa pembelajaran dan pengajaran ialah 60 minit dan melibatkan murid Tahun 6. Tempat pembelajaran dan pengajaran dilaksanakan ialah di makmal sekolah. Rasionalnya diadakan bukan di dalam kelas ialah bagi menyediakan suasana pembelajaran yang lebih konduksif boleh ditimbulkan dan seterusnya dapat merangsang pemikiran dan sikap ingin tahu murid ke tahap yang lebih tinggi.

Pada keseluruhannya, pembelajaran dan pengajaran yang dilaksanakan berjalan dengan lancar dan berjaya, mengikut perancangan yang disediakan dan mencapai objektif pembelajaran dan pengajaran yang disasarkan oleh guru. Pada awal aktiviti murid dilihat terpingga pingga atau tidak tahu apa yang hendak dibuat. Jadi guru perlu menimbulkan persoalan tentang tajuk pembelajaran dan pengajaran agar dapat membantu murid menyatakan hipotesis sebelum aktiviti mengeksperimen dimulakan. Di sini murid perlukan bimbingan agar idea murid tidak terbantut sebaliknya dapat bercambah dan berkembang. Guru harus menilai secara adil dan bersikap rasional tentang pelbagai hipotesis yang dikemukakan oleh murid agar tiada murid yang terasa tersinggung jika hipotesis yang dikemukakan tidak atau kurang tepat.

Pada peringkat awal lagi, iaitu sebelum memulakan eksperimen ( semasa mengemukakan hipotesis ) setiap ahli kumpulan memberi pandangan / pendapat masing masing. Ini membuktikan bahawa penglibatan murid di sepanjang pembelajaran dan pengajaran ini amat aktif. Di perhatikan juga tiada individu murid dalam kumpulan yang hanya menumpang. Sebaliknya, setiap individu turut memainkan peranan dan tanggungjawab masing masing yang mewujudkan sikap bekerjasama antara ahli kumpulan amat utuh. Di samping itu, setiap kumpulan juga dapat menjalankan eksperimen ini dengan mengikut prosedur yang betul dan dapat mengendalikan spesimen dengan baik.Selepas tempoh tiga hari, murid membuat pemerhatian terhadap keputusan eksperimen. Di dapati setiap murid dapat merekodkan pemerhatian di dalam Jadual yang telah disediakan oleh guru. Laporan hasil eksperimen murid adalah jujur dan mengikut apa yang diperhatikan oleh mereka ke atas sampel. Hasil pemerhatian yang telah dikemukakan oleh murid adalah tepat. Ini menunjukkan bahawa murid faham tentang konsep sains yang diajar. Selepas aktiviti mengeksperimen selesai, setiap ahli kumpulan murid telah mengagihkan tugas masing masing untuk mengemas bahan/radas yang telah digunapakai. Kemudian dapat menyimpan bahan/radas tersebut dengan baik. Kemahiran manipulatif telah tersemai dikalangan murid.

Hasil daripada pemerhatian terhadap penglibatan, hasil kerja murid dan penilaian ke atas keputusan yang direkodkan oleh murid, jelas sekali bahawa strategi eksperimen ini amat sesuai. Strategi ini dapat membantu murid memahami sesuatu konsep sains dengan lebih baik. Murid mudah faham dan dapat ingat serta mampu mengaplikasikan konsep sains yang dipelajari dengan mengaitkan fenomena alam di persekitaran mereka. Ini kerana strategi ini merupakan satu strategi pembelajaran dan pengajaran yang dapat memberi murid pengalaman sains secara langsung. Aktiviti ini melibatkan murid perlu merancang, menyedia dan memasang alat atau radas, merekod, membuat analisis dan menginterpretasi data. Apabila murid dapat melihat, memegang dan menggunakan sesuatu bahan, ia dapat menimbulkan sikap inkuiri yang membawa kepada penemuan. Pembelajaran yang dilalui secara penemuan ini berlaku apabila konsep dan prinsip utama dikaji dan ditemui oleh murid sendiri. Melalui aktiviti bereksperimen, murid akan menyiasat sesuatu fenomena dan dapat mencapai kesimpulannya sendiri yang dapat menstruktur satu pengetahuan baru.

B. Pembelajaran dan Pengajaran Mengaplikasikan Strategi Demonstrasi.

Sesi pembelajaran dan pengajaran yang mengaplikasikan strategi mendemonstrasi telah dilaksanakan secara formal di dalam kelas pada 16 Ogos 2012 ( Khamis ) yang lalu. Masa pembelajaran dan pengajaran ialah 60 minit dan melibatkan murid Tahun 6. Tempat mengadakan demonstrasi oleh guru ialah di dalam kelas.

Sepanjang demonstrasi diadakan, didapati murid dapat memberikan respons yang baik berdasarkan rangsangan yang ditimbulkan oleh guru. Penglibatan murid banyak bergantung kepada teknik menyoal guru dan kemahiran serta kebolehan guru dalam memanipulasikan bahan pembelajaran dan pengajaran dalam aspek menarik perhatian murid. Namun demikian pergerakan murid di dalam kelas agak terhad dan pasif kerana setiap individu murid perlu menumpukan perhatian kepada setiap langkah demonstrasi di hadapan kelas serta bimbing akan tertinggal maklumat penting tentang konsep yang sedang dijelaskan oleh guru. Bentuk komunikasi dua hala, iaitu antara murid dan guru serta murid dan bahan pembelajaran dan pengajaran adalah lebih ketara wujud. Pada saya, strategi ini kurang berkemampuan mewujudkan komunikasi tiga hala dalam suasana pembelajaran dan pengajaran kerana pembelajaran dan pengajaran dimonopoli oleh guru.Selepa demonstrasi tamat, guru telaah mengadakan sesi perbincangan bersama sama dengan murid tentang konsep sains yang diketengahkan alam demonstrasi etrsebut. Guru mengagihkan soalan perbincangan sebagai bahan perbincangan. Hasilnya, didapati dua daripada lapan orang murid yang terbabit giat menanyakan soalan terhadap beberapa perkara yang belum difahami sebelum dapat memmperjelaskan persoalan yang ditimbulkan dalam soalan perbincangan. Ini bermakna masih kedapatan segelintir individu murid yang tidak dapat mengikuti pembelajaran dan pengajaran ini dengan baik.Pada keseluruhannya pembelajaran dan pengajaran sains yang mengaplikasikan strategi demonstrasi ini baik dan berkesan dalam menyampaikan konsep sains kepada murid. Sungguhpun begitu, keberkesanan strategi ini banyak bergantung kepada kewibawaan seseorang guru.Menurut Lee Shok Mee dalam bukunya Asas Pengajaran Sains Sekolah Rendah ( 1993 ) mengatakan keberkesanan demonstrasi bergantung kepada cara guru melaksanakannya. Guru haruslah memastikan semua murid dapat melihat tunjukcara dan mendengar keterangan guru semasa demonstrasi itu diadakan. Guru harus sentiasa menggalakkan penyertaan murid dengan mengemukakan soalan soalan dan mendapat maklum balas daripada murid murid. Sebelum demonstrasi dilakukan, guru hendaklah memastikan semua alat dan bahan yang berkenaan telah lengkap dan dalam keadaan baik serta berfungsi.Saya amat bersetuju dengan pendapat yang dikemukakan oleh penulis selepas selesai mempraktikkan strategi demonstrasi di dalam kelas kerana strategi ini jarang digunakan dalam pengajaran sains. Jadi, mengaplikasikan demonstrasi di dalam pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas memerlukan guru membuat persediaan yang rapi, bukan sahaja dari aspek persediaan mengajar semata mata malahan bahan atau alat yang digunakan harus mencukupi, berkeadaan baik serta berfungsi dan harus mengamalkan teknik penyoalan yang berkesan.