sbe sem 2

Upload: nur-farhanim

Post on 04-Apr-2018

230 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 sbe sem 2

    1/21

    NAMA : KU NUR FARHANIM BINTI KU IBRAHIM

    NO. I/C : 920605-02-5772

    MAJOR/AMBILAN : PISMP SAINS/JAN 2012

  • 7/29/2019 sbe sem 2

    2/21

    NAMA : KU NUR FARHANIM BINTI KU IBRAHIM

    NO. I/C : 920605-02-5772

    MAJOR/AMBILAN : PISMP SAINS/JAN 2012

    TARIKH PBS : 27 OGOS 30 OGOS 2012

    IPG : IPG KAMPUS SULTAN MIZAN

  • 7/29/2019 sbe sem 2

    3/21

    PERNYATAAN PROFESIONAL

    Sebelum PBS

    Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu program bagi pelajar

    Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Kementerian Pelajaran Malaysia. Program ini

    memberi peluang kepada pelajar memahami sekolah sebagai sebuah institusi

    pendidikan dan peranan guru di dalam bilik darjah melalui pemerhatian, penelitian

    dokumen, refleksi dan interaksi dengan komuniti sekolah.

    Tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) ini dijalankan di sekolah

    rendah yang telah dipilih oleh guru pelatih masing-masing. PBS ini dijalankan bertujuan

    untuk mencari maklumat berdasarkan tugasan yang telah diberikan oleh pihak institut

    disamping membiasakan guru pelatih dengan suasana di sekolah serta melengkapkan

    bahan-bahan untuk tugasan kerja kursus yang berkaitan. Fokus utama tugasan

    menerangkan segala tindakan yang perlu diambil, memberikan bimbingan untuk

    melaksanakan aktiviti dan membantu dalam penyediaan penilaian dan laporan

    akhir.Setelah meneliti tugasan yang diberikan, fokus utama yang dikenalpasti adalah ;

    1) Tugasan yang diberikan oleh IPGM

    Aktiviti refleksi, kolaborasi, pemerhatian dan laporan yang perlu dilaksanakan dan

    disediakan selepas selepas PBS, selaras dengan huraian tugasan dalam Garis

    Panduan Pengalaman Berasaskan Sekolah.

    Tujuan tugasan yang diberikan adalah untuk :

    a) Memahami budaya sekolah

    b) Menyesuaikan diri di sekolah dan di bilik darjah.

    c) Mendapat pendedahan awal pembelajaran murid.

    d) Memahami pengurusan strategi pengajaran pembelajaran.

    e) Membina kemahiran berinteraksi dengan murid, guru dan kakitangan sekolah.

    f) Membina kemahiran inkuiri penemuan dan kemahiran berfikir secara kritis dan

  • 7/29/2019 sbe sem 2

    4/21

    analitikal.

    g) Membina sikap positif terhadap profesion keguruan.

    h) Membuat refleksi mengenai tugas dan tanggungjawab guru.

    i) Mendokumentasikan pengalaman yang dilalui untuk perbincangan semasa sesi

    refleksi.

    Untuk itu, saya telah memilih satu sekolah di negeri Pahang iaitu Sekolah

    Kebangsaan LKTP Jengka 16. Saya berminat untuk menjalankan PBS di sekolah ini

    kerana rakan saya pernah belajar di sekolah ini pada tahun 1994 hingga tahun 2000.

    Selain itu,sekolah ini juga merupakan sekolah yang terdekat dengan rumah rakan saya

    dan senang untuk tujuan ulang alik. Sebelum memulakan PBS di sekolah tersebut,

    saya mendapatkan maklumat sekolah terlebih dahulu seperti alamat lengkap dan

    nombor telefon untuk rujukan pihak institut.

    Setiap pelaksanaan tugasan memerlukan perancangan yang rapi agar tugasan

    dapat disiapkan mengikut masa yang ditetapkan. Pada dasarnya, saya telah

    menyediakan draf awal untuk setiap perkara yang akan dilakukan sebelum bermulanya

    PBS.Misalnya menyediakan jadual untuk Ukuran Perkembangan Fizikal Kanak-

    kanak,lakaran carta organisasi dan sebagainya.

    Dalam pada itu, setiap perkara yang akan dilakukan sepanjang PBS disediakan

    dengan laporan refleksi yang akan direkodkan selepas sahaja selesai melakukan

    sesuatu perkara tersebut. Ini bertujuan untuk motivasi diri dan membaiki kelemahan

    yang terdapat dalam diri ketika melakukan sesuatu perkara.

  • 7/29/2019 sbe sem 2

    5/21

    TARIKH CATATAN

    27 Ogos 2012 Bertemu dengan Guru Besar.

    Memperkenalkan diri.

    Guru Besar memberikan taklimat tentangkeadaan sekolah, peraturan sekolah dan

    memperkenalkan saya di perhimpunan.

    Saya menyerahkan borang kehadirankepada guru besar.

    Saya diberikan seorang guru pembimbing,Puan Munah binti Yakoob

    Berkoloborasi dengan mentor.

    Kelas ganti mengikut jadual yang telah

    diberikan oleh pejabat pentabbiran

    28 Ogos 2012 Berkolaborasi dengan guru dan pentadbir

    Mengambil gambar-gambar yangdiperlukan.

    Membuat pemerhatian di kelas mentorkami semasa beliau menjalankanPengajaran dan Pembelajaran.

    Kelas ganti mengikut jadual yang telahdiberikan oleh pejabat pentabbiran

    REFLEKSI HARIANREFLEKSI HARIAN

  • 7/29/2019 sbe sem 2

    6/21

    29 Ogos 2012

    Mengadakan sesi temubual bersama gurusetiausaha kokurikulum

    Mengadakan sesi temubual bersama guru

    penyelaras makmal computer

    Mengambil gambar prasarana sekolah:

    -Makmal kemahiran hidup

    -Padang

    -Mural sekolah

    -Kelas pra-sekolah

    -Bilik rehat

    -Surau

    -Stor sukan

    -Kelas pemulihan

    30 Ogos 2012 Menjalankan ujian pengamatan di sekolah

    Mengambil gambar murid yangmenjalankan ujian tersebut

    Berkongsi maklumat bersama rakan-rakanPBS yang lain

    Kelas ganti mengikut jadual yang telahdiberikan oleh pejabat pentabbiran

    Tolong memasang bendera di sekelilingkawasan sekolah bagi sambutan HariKemerdekaan esok

    31 Ogos 2012 Sambutan Hari Kemerdekaan

  • 7/29/2019 sbe sem 2

    7/21

    Instrumen Pengumpulan Data Berhubung Tugasan

    1. Pemerhatian

    Saya telah melakukan beberapa pemerhatian bagi mendapatkan maklumat-

    maklumat yang berkaitan dengan tugasan PBS yang diberikan oleh pihak HEP. Berdasarkan pemerhatian saya, saya mendapati sekolah ini mempunyai struktur

    organisasi yang tersusun dan sistematik.

    2. Senarai Semak

    Selain daripada itu, saya juga telah menggunakan kaedah senarai semak bagi

    mendapatkan maklumat mengenai kemudahan-kemudahan yang terdapat dalam

    sekolah tersebut.

    Kemudahan

    Kantin

    Perpustakaan

    Kelas yang mencukupi

    Tandas

    LCD

    Pondok Pengawal

    Pondok bacaan

    Tempat basikal

    Padang permainan

    Bilik muzik

    Bilik tv

    Makmal sains

    Makmal kemahiran hidup

    Surau

    Stor permainan

  • 7/29/2019 sbe sem 2

    8/21

    Stor peralatan bertukang

    Bilik guru

    Pejabat

    Tapak perhimpunan

    Pondok rehat

  • 7/29/2019 sbe sem 2

    9/21

    ILMU / PENGETAHUAN BARU (PEMERHATIAN)

    Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu aktiviti yang dapat

    menambahkan pengetahuan dan pengelaman baru dalam dunia pendidikan bagi

    seorang guru pelatih. Banyak pengetahuan dan pengalaman baru yang diperolehi

    hasil daripada PBS yang telah saya jalankan di Sekolah Kebangsaan LKTP Jengka 16.

    Walaupun banyak kemudahan dan aspek yang ditekankan di sekolah ini,namun masih

    terdapat beberapa kekurangan yang perlu diperbaiki dari pelbagai aspek tertentu

    supaya sekolah boleh melahirkan pelajar yang lebih baik dan sempurna. Sudah tentu

    setiap perkara mempunyai kebaikan dan keburukannya tersendiri

    tetapi sedikit perubahan dan tindakan perlu dilakukan untuk merealisasikan misi dan

    visi sekolah serta matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Keadaan Pusat

    Sumber Sekolah (PSS) kurang memuaskan dari aspek kebersihan dan juga

    kekemasan. Keadaan ini mungkin kerana PSS ini kurang diambil perhatian terutamanya

    ketika saya menjalankan PBS ini, pihak sekolah sedang sibuk membuat persiapan

    untuk Sambutan Hari Kemerdekaan. Keadaan perpustakaan perlu berada dalam

    keadaan yang bersih dan kemas supaya mewujudkan suasana yang kondusif untuk

    pembelajaran murid-murid dan pengajaran guru-guru di PSS.

    Walaupun perhiasan yang ditampal dan

    digantung menampakkan keceriaan PSS ini, namun keadaannya seperti berserabut

    kerana perhiasan di dalam PSS terlalu padat. Selain itu, mural tidak banyak terdapat di

    sekolah ini. Terdapat hanya 3 mural sahaja di sekitar sekolah ini di mana ketiga-tiganya

    telah berusia hampir 10 tahun. Warna-warna pada mural ini telah luntur ataupun

    telah tertanggal daripada lukisannya. Keadaan ini secara tidak langsung memburukkan

    keceriaan sekolah. Kelemahan-kelemahan seperti itu perlu diperbaiki supaya suasana

    sekolah menjadi lebih ceria dan perkembangan minda pelajar menjadi lebih baik dan

    sihat.

    Walaupun begitu, terdapat kekuatan yang saya lihat di sekitar sekolah ini

    dari segi keceriaan sekolah, aktiviti dan program sekolah serta pencapaian sekolah

    tidak kira dalam bidang akademik mahupun aktiviti kokurikulum. Menurut

    pemerhatian saya, sekolah ini banyak menggantung kata-kata hikmat di kawasan

  • 7/29/2019 sbe sem 2

    10/21

    sekitar sekolah. Usaha seperti ini menyebabkan persekitaran sekolah kelihatan

    ceria dan dapat mewujudkan suasana pembelajaran dalam kalangan murid-murid

    walaupun di mana mereka berada. Selain itu, minda murid juga dapat dijana dengan

    baik.Terdapat banyak kelebihan dan kekuatan yang telah saya lihat di sekolah ini

    termasuk usaha-usaha setiap guru dalam memastikan agar sekolah sentiasa menjadi

    sekolah yang terbaik di daerah Pahang. SK LKTP Jengka 16 banyak mencapai

    kejayaan di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Pencapaian ini bukan sahaja

    hanya dalam bidang kokurikulum, malah dalam bidang akademik. Perkara ini telah saya

    perhatikan melalui folio aktiviti sekolah. Kerjasama antara guru-guru dan murid-murid

    adalah kunci kejayaan kepada pencapaian ini. Selain dapat melihat kekuatan dan

    kekurangan pada sekolah yang dapat saya ambil iktibar, saya

    juga dapat mengetahui cara pengurusan sesebuah sekolah dan rutin harian sesebuah

    sekolah. Berikut merupakan peranan pihak pengurusan yang saya perolehi hasil

    daripada temubual dan pemerhatian yang dilakukan.

  • 7/29/2019 sbe sem 2

    11/21

    LAPORAN AKHIR

    Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan tugasan yang

    wajibdilakukan selama seminggu oleh semua pelajar Institut Pendidikan Guru Malaysia

    ini.Mereka dikehendaki menjalankan PBS di sekolah-sekolah kerajaan dalam

    Negara.PBS merupakan pengalaman pertama bagi saya selaku pelajar Program Ijazah

    SarjanaMuda Perguruan (PISMP) semester 2 unit Sains. PBS ini meminta untuk saya

    ke sekolah bagi menjalani tugasan yang diberikan. Sekolah yang saya buat PBS ialah

    Sekolah Kebangsaan LKTP Jengka 16,Pahang.

    Sekolah ini dipilih kerana berhampiran dengan tempat tinggal rakan saya dan

    memudahkan saya dan rakan saya untuk berulang alik ke sekolah. Namun tujuan

    utama saya untuk ke sekolah itu kerana ingin mengetahui lebih mendalam lagi tentang

    sekolah tersebut.Dalam membuat refleksi kendiri, sepanjang saya berada di sekolah,

    saya telah mempelajari banyak perkara baru berkenaan suasana dan realiti sebenar

    keadaan seorang guru semasa mengajar dan suasana serta iklim kelas itu sendiri.

    Semasa melaksanakan PBS, saya dapati pada diri saya berlaku perubahan dalam

    menyediakan keperluan untuk menjadi seorang guru antaranya dari aspek

    penampilan,pergaulan, komunikasi dan pengurusan sama ada dengan pihak sekolah,

    para guru danmurid-murid.

    Apa yang boleh saya nyatakan di sini adalah tentang kesedaran emosi saya

    semasa melakukan PBS. PBS banyak mengajar saya berubah ke arah pemikiran dan

    pengurusan emosi yang positif, bukan dengan cara memberi tekanan kepada perasaan.

    Kawalan emosi sangat penting, kerana emosi merupakan segala tunjang perbuatan

    yang bakal kita lakukan. Emosi yang negatif membawa keburukan kepada diri kita.

    Melaui PBS juga dapat memupuk keyakinan diri saya dalam melakukan sesuatu

    perkara. Ia mengajar saya untuk lebih berketerampilan dan berkeupayaan untuk

    bergaul mesra dengan masyarakat sekeliling terutamanya ketika berhadapan dengan

    murid-murid. Selain itu, ia juga menambahkan semangat saya untuk menimba ilmu

    pengetahuan. PBS juga banyak mengajar saya tentang menyedari keperluan orang lain

    terutamanya murid-murid yang membangun dan meningkatkan potensi diri sendiri.

  • 7/29/2019 sbe sem 2

    12/21

    Selain itu, PBS juga membolehkan saya menjadi bijak dalam berkomunikasi dan

    berhubung dengan orang ramai. Tambahan lagi, saya dapat menyampaikanmaklumat

    dengan jelas dan meyakinkan orang ramai dengan mewujudkan dasar ketebukaan dan

    telus dalam pergaulan. Melalui PBS juga, saya dapat memupuk kepercayaan di antara

    satu sama lain, rasa hormat di kalangan para guru, staf sekolah dan murid-murid serta

    berkongsi pemikiran untuk mencapai kesefahaman. Malah saya juga dapat

    menyesuaikan diri dengan idea-idea, pendekatan dan maklumat yang baru

    diterima.Semasa menjalani PBS, barulah saya sedar bahawa saya perlu pandai

    menjangka sesuatu perkara, mengenal pasti dan memenuhi keperluan orang lain.

    Disamping itu, saya juga dapat melihat suasana dan iklim bilik darjah di sekolah

    tersebut,susun atur kelas, sudut carta dan bacaan semuanya banyak memberi

    gambaran bagi saya bahawa menyediakan sebuah kelas yang lengkap dari segi

    kemudahan dan informasi bukanlah perkara yang mudah bagi seseorang guru untuk

    mengendalikannya di samping kerjasama yang perlu di kalangan pelajar. Saya berasa

    amat bersyukur kerana diberikan peluang untuk menjalankan PBS ini walaupun hanya

    sempat menghadirkan diri ke sekolah selama empat hari kerana sebab yang tidak

    dapat dielakkan.

    Amat sayang untuk meninggalkan sekolah tersebut kerana warga sekolah itu

    sangat mengalu-alukan kedatangan guru-guru pelatih ke sekolah ini. Pengalaman yang

    ditimba akan terpaku dalam sanubari dan akan digunakan sebaiknya sebagai bekalan

    mengajar kelak.

  • 7/29/2019 sbe sem 2

    13/21

    REFLEKSI KENDIRI

    Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi akhirnya dapat saya siapkan

    tugasan ini setelah menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan. Sesungguhnya proses

    menyiapkan tugasan ini telah mengambil selama beberapa minggu.Pelbagai

    pengalaman yang telah saya perolehi sepanjang melaksanakan PBS di Sekolah

    Kebangsaan LKTP Jengka 16. Saya telah menggunakan pelbagai cara dan pendekatan

    bagi mendapatkan maklumat berkaitan sekolah. Antaranya adalah dengan

    menggunakan kaedah permerhatian dengan meninjau dan memerhati pihak

    pengurusan sekolah dalam membentuk pengurusan yang baik kepada murid-murid.

    Manakala,guru-guru amat berkaliber dalam menyampaikan ilmu kepada murid-murid.

    Saya juga telah menemubual pihak pengurusan sekolah iaitu Guru Besar, Guru

    Penolong Kanan Pentadbiran, Guru Penolong Kanan Hem, guru, kakitangan sekolah

    dan juga murid sekolah. Terima kasih diucapkan kepada mereka yang telah banyak

    membantu saya dalam mendapatkan maklumat berkaitan sekolah. Banyak pengalaman

    yang telah perolehi sepanjang lima hari melaksanakan PBS. Saya dapat memahami

    peranan pihak pengurusan sekolah dan peranan guru dalam bilik darjah berdasarkan

    pendekatan yang saya jalankan.Dengan penghasilan ini, saya dapat merasai

    pengalaman sebagai guru dan akan memberi komitmen dalam memperkembangkan

    potensi murid-murid dalam aspek intelek, jasmani, emosi dan sosial.

    Walaupun terdapat beberapa halangan yang terpaksa saya tempuhi iaitu seperti

    kekangan masa kerana saya terpaksa menghantar 3 lagi esaimen pada minggu yang

    sama, namum saya rela mengorbankan masa tidur saya agar dapat memastikan

    tugasan ini siap pada masa yang dijanjikan. Selain itu, saya juga menghadapi beberapa

    masalah dalam proses menyiapkan esaimen ini kerana terdapat beberapa kekeliruan

    yang saya tidak fahami. Namun atas pertolongan rakan saya, akhirnya kekeliruan ituberjaya dirungkai dan saya dapat menyiapkan esaimen ini dengan jayanya.

  • 7/29/2019 sbe sem 2

    14/21

    PERSEKITARAN DAN IKLIM BILIK DARJAH

    Lukiskan Pelan Bilik Darjah Yang Anda Bersama Membantu Mentor

    Melaksanakan Pengajaran Pembelajaran.

    Pelan Bilik Darjah

    Meja guru

    Papan hitam

    meja

    murid

    Pintu

    masuk

  • 7/29/2019 sbe sem 2

    15/21

    Huraikan Bagaimana Bahan Dan Sumber Pengajaran Pembelajaran Dipamerkan

    Di Bilik Darjah Tersebut Digunakan Secara Berkesan.

    Bahan dan sumber pengajaran dan pembelajaran di dalam sesebuah bilik darjah

    merupakan aspek yang penting dalam penyampaian ilmu pengetahuan kepada murid-

    murid. Pelbagai bahan dan sumber pengajaran dan pembelajaran yang digunakan di

    dalam bilik darjah. Pelbagai cara telah digunakan dan dipamerkan bagi membolehkan

    pembelajaran berlaku secara optimum seperti kaedah gantung, tampal dan susun.

    Melalui pengalaman PBS yang dijalankan saya dapati bahawa setiap kelas mempunyai

    cara tersendiri dalam mempamerkan bahan dan sumber pengajaran dan pembelajaran.

    Antara bahan yang disediakan di dalam bilik darjah ialah termasuklah buku, surat

    khabar,carta, replica, majalah dan sebagainya.Bahan dan sumber yang disediakan

    telah ditempatkan di tempat yang menarik dan mudah bagi memudahkan murid-murid

    mendapatkan maklumat.Selain itu, bahan dan sumber dipamerkan dengan cara yang

    menarik agar suasana pembelajaran di dalam bilik darjah kelihatan kondusif dan lebih

    seronok.Hal ini memudahkan murid-murid untuk memperolehi maklumat dan ilmu

    pengetahuan. Kaedah gantung, bahan dan sumber yang digunakan boleh digunakan

    murid-murid dengan mudah. Antara bahan yang digantung di dalam kelas ialah hasil

    kerja murid, akhbar dan buku. Bahan-bahan ini ditampal di tepi dinding dan ada yang

    digantung dengan tali.Sementara itu, bagi kaedah tampal, kebanyakkan kelasmenampal bahan-bahan di papan kenyataan dan juga dinding bilik darjah. Bahan-

    bahan yang ditampal termasuklah carta, gambar, keratan akhbar, dan nota-nota

    mengikut setiap mata pelajaran yang diambil oleh murid-murid.

    Manakala bahan-bahan seperti replika disusun di atas meja dan rak yang

    disediakan. Dengan cara ini murid-murid dapat menjaga keadaan replica yang terdapat

    di dalam bilik darjah dengan selamat.Di samping itu, didapati juga setiap kelas

    mempunyai sedikit ruang yang disediakan untuk meletakkan bahan dan sumberpengajaran dan pembelajaran di bahagian belakang kelas. Rak-rak buku juga

    disediakan bagi meletakkan bahan-bahan bacaan dan hasil pelajar. Kemudahan rak

    buku ini membolehkan murid-murid menyusun buku-buku dengan lebih teratur dan

    mudah untuk mengenalpasti buku-buku yang hendak digunakan. Setiap kelas juga

    diwajibkan mempunyai sudut bacaan. Antara bahan-bahan yang terdapat di sudut

  • 7/29/2019 sbe sem 2

    16/21

    bacaan ialah buku, keratan akhbar, majalah mengenai isu pendidikan dan lain-lain

    lagi.Selain itu, terdapat juga kemudahan papan kenyataan bagi mempamerkan hasil

    kerja murid-murid. Contohnya, hasil kerja seni murid-murid.Tambahan pula, papan

    kenyataan yang disediakan oleh pihak sekolah digunakan oleh murid-murid untuk

    menjalani dengan berkesan. Murid-murid membahagikan papan kenyataan tersebut

    dengan beberapa mata pelajaran yang mereka pelajari. Setiap murid hendaklah

    menampal maklumat atau nota berkaitan mata pelajaran yang diagihkan.Kemudahan

    dan persekitaran bilik darjah yang menarik dan lengkap dengan pelbagai bahan dan

    sumber pengajaran dan pembelajaran akan mewujudkan perasaan seronok, menarik

    dan kondusif kepada murid-murid untuk menjalani sesi pengajaran dan pembelajaran.

    Susunan bahan dan sumber pengajaran dan pembelajaran yang menarik di dalam

    kelas juga dapat meransang minat murid-murid untuk membaca serta menggunakn

    bahan yang sedia ada pada sesi pengajaran dan pembelajaran.

    Catatkan Bahan Dan Sumber Pengajaran Dan Pembelajaran yang Mudah

    Digunakan Oleh Murid.

    Terdapat beberapa bahan dan sumber pengajaran dan pembelajaran yang

    mudah digunakan oleh murid. Bahan-bahan yang disediakan dalam bilik darjah ialah

    buku, keratan akhbar, nota-nota yang ditampal, majalah dan replika. Bahan dan sumber

    pengajaran dan pembelajaran ini ditempatkan di ruang belakang bilik darjah.

    Penyusunan buku-buku yang teratur di dalam rak buku yang disediakan oleh pihak

    sekolah memudahkan murid-murid untuk mengambilnya.Sementara itu, kemudahan

    papan kenyataan di dalam setiap kelas memudahkan murid-murid untuk menampal

    nota-nota mengenai mata pelajaran yang dipelajari oleh mereka. Nota-nota yang

    ditampal di papan kenyataan memudahkan murid-murid untuk membaca dan

    mengulangkaji setiap pelajaran yang telah dipelajari. Aktiviti menampal keratan akhbar

    atau majalah pula menggalakkan murid-murid untuk mencari maklumat.Murid-muridjuga menampal maklumat-maklumat yang mereka perolehi di dinding bilik darjah.

    Mereka menulis maklumat di atas kad manila dan seterusnya menampalnya di dinding-

    dinding dalam bilik sekolah. Terdapat juga bahan dan sumber pengajaran yang

    digantung di tepi tingkap. Hal ini memudahkan murid-murid melihat dan membaca

    maklumat-maklumat tersebut. Mereka juga akan merasa seronok dan puas hati apabila

  • 7/29/2019 sbe sem 2

    17/21

    melihat hasil kerja mereka dihargai.Bahan-bahan ini juga boleh dijadikan sebagai

    rujukan.

    Adakah Murid Diberi Peluang Menggunakan Sumber pembelajaran Yang

    Berasaskan Ict?

    Penggunaan ICT sebagai sumber pengajaran dan pembelajaran di sekolah amat

    dititik beratkan sama ada di sekolah Bandar mahupun sekolah luar bandar.

    Penggunaan ICT dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dapat menarik minat murid-

    murid untuk belajar. Penggunaan ICT juga dapat memberikan input yang terkini dan

    berkesan kepada murid-murid.Berdasarkan pemerhatian dan soal selidik yang

    dijalankan, didapati bahawa penggunaan ICT semasa proses pengajaran dan

    pembelajaran adalah amat berkesan. Terdapat beberapa kelas yang mempunyai

    kemudahan LCD dan skrin. Kemudahan LCD ini memudahkan guru-guru untuk

    mengajar terutamanya dalam matapelajaran Sains yang menggunakan gambar rajah

    untuk menerangkan sesuatu fungsi objek.Kemudahan LCD membolehkan guru untuk

    menunjukkan gambar rajah dan animasi yang jelas kepada murid-murid. Hal ini dapat

    memudahkan pemahaman pelajar terhadap mata pelajaran yang dipelajari.

    Penggunaan LCD juga dapat menarik minat pelajar untuk belajar bersungguh-

    sungguh.Penggunaan LCD juga adalah saling berhubung dengan penggunaan

    komputer riba. Kementerian Pendidikan telah memberikan inisiatif kepada guru-guru

    dengan penggunaan komputer riba yang boleh dipasang bersama-sama LCD di dalam

    bilik darjah.

    Selain penggunaan LCD, masih terdapat lagi segelintir guru yang menggunakan

    projector untuk menarik minat pelajar. Penggunaan projector dapat membantu guru-

    guru untuk mengajar di samping membolehkan murid-murid memahami tajuk-tajuk yang

    diajar oleh guru.

  • 7/29/2019 sbe sem 2

    18/21

    Sejauh Manakah Murid Digalakkan Melibatkan Diri Secara aktif Dalam

    Setiap Pembelajaran

    Pihak Sekolah kebangsaan LKTP Jengka 16 telah menggalakkan semua murid

    untuk melibatkan diri secara aktif dalam pelbagai bentuk aktiviti yang dijalankan sama

    ada dalam bidang kurikulum mahupun kokurikulum. Hal ini adalah selaras dengan

    matlamat Falsafah Pendidikan Negara iaitu melahirkan individu yang menyeluruh dan

    bersepadu dengan memperkembangkan potensi murid dari aspek jasmani, emosi,

    rohani dan intelek.Penglibatan secara aktif dalam kalangan murid-murid adalah amat

    digalakkan dalam setiap aktiviti pembelajaran yang diljalankan di sekolah.Melalui

    pemerhatian yang dibuat didapati terdapat beberapa kaedah dan pengajaran yang

    digunakan oleh guru untuk melibatkan murid secara aktif.Perancangan aktiviti

    pembelajaran oleh guru hendaklah seimbang dan sesuai dengan tahap perkembangan

    murid-murid. Interaksi antara guru dan murid semasa aktiviti pengajaran dan

    pembelajaran adalah penting dalam menarik minat dan tumpuan pelajar untuk

    mengikuti kelas dengan berkesan.Guru perlu menggunakan kaedah soal jawab dengan

    menyoal pelajar berkaitan topik yang dipelajari pada hari tersebut. Respon yang

    diberikan oleh murid-murid dapat meningkatkan keyakinan diri murid dan membuang

    perasaan takut untuk menjawab soalan yang berkaitan walaupun jawapan tersebut

    salah. Jawapan yang diberikan oleh murid-murid adalah berbeza-beza mengikut tahapkognitif mereka. Di sini, murid-murid dapat bertukar-tukar pendapat mereka dengan

    rakan sekelas dan juga guru.

    Kaedah yang meminta murid-murid untuk bangun dan baca petikan mengenai

    tajuk yang dipelajari pula dapat membantu murid membaiki sebutan yang salah. Guru

    dapat mengenalpasti kesalahan sebutan dalam kalaangan pelajar seterusnya

    membetulkan sebutan mereka. Sementara itu, kaedah belajar secara berkumpulan

    membolehkan murid-murid mengadakan sesi perbincangan dan berkongsipendapat dengan rakan sekelas. Di sini peranan guru sebagai fasilitator adalah amat

    penting dalam membantu murid mengatasi kekeliruan yang mereka hadapi. Kaedah ini

    juga dapat menyemai nilai-nilai yang murni di dalam diri setiap pelajar di samping

    membina konsep kendiri yang positif.Bagi melibatkan pelajar secara aktif dalam

    pengajaran dan pembelajaran, guru hendaklah menyediakan permainan minda yang

  • 7/29/2019 sbe sem 2

    19/21

    berkaitan topic-topik yang dipelajari . murid-murid biasanya amat menyukai aktiviti

    seperti kuiz, teka-teki, lakonan dan sebagainya. Penggunaan tayangan, rakaman,

    replika dan gambar rajah yang pelbagai warna dan bentuk juga dapat menarik

    perhatian murid. Guru hendaklah kreatif dan inovatif dalam mengubah cara belajar

    mengikut perkembangan dan kesesuainya.

    Kenalpasti Cara Murid-Murid Dibahgikan Dalam Kumpulan-Kumpulan Tertentu

    Pelaksanaan aktiviti pembelajaran secara berkumpulan merupakan satu kaedah

    yang sering digunakan oleh guru di dalam bilik darjah. Melalui pemerhatian yang dibuat,

    didapati kedudukan murid-murid telah dikelompokkan secara seimbang. Murid yang

    mempunyai kebolehan dalam sesuatu bidang akan ditempatkan dengan pelajar yang

    kurang berkebolehan dalam bidang tersebut.Keahlian di dalam kumpulan tidak akan

    terdiri daripada murid yang mempunyai tahap kebolehan dan pencapaian yang sama.

    Mereka yang berkebolehan akan membantu kawan yang lemah. Dengan cara ini, murid

    yang lemah tidak akan rasa terasing daripada murid yang bijak. Walaubagaimanapun,

    terdapat juga guru yang mengagihkan kumpulan murid-murid berdasarkan kebolehan

    dan pencapaian mereka. Ini adalah untuk memudahkan sesi pembelajaran yang

    disampaikan oleh guru sesuai dengan tahap intektual murid-murid. kebiasaannya, guru

    akan menggunakan bahan yang berbeza dengan murid yang lemah dalam mata

    pelajaran tersebut. Tetapi semua murid akan mendapat maklumat yang sama.

    Walaupun begitu,kedudukan dalam kumpulan akan bertukar mengikut keperluan murid.

  • 7/29/2019 sbe sem 2

    20/21

  • 7/29/2019 sbe sem 2

    21/21