komunikasi stpm sem 2

46
PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM SEM 2 KEMAHIRAN KOMUNIKASI PN. HJH NORAZINAH BT YAACOB Dip. Ed (UIAM), B.Econs (Hon) UIAM. M.Ed (USM)

Upload: norazul89

Post on 16-Jan-2015

2.226 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Komunikasi stpm sem 2

PENGAJIAN PERNIAGAANSTPM SEM 2

KEMAHIRAN KOMUNIKASI

PN. HJH NORAZINAH BT YAACOB

Dip. Ed (UIAM), B.Econs (Hon) UIAM. M.Ed (USM)

Page 2: Komunikasi stpm sem 2

8. Kemahiran Komunikasi

8. 1 Komunikasi

8.1.1 Proses Komunikasi 8.1.2 Halangan Komunikasi 8.1.3 Bentuk komunikasi 8.1.4 Jenis Komunikasi 8.1.5 Media Komunikasi

Page 3: Komunikasi stpm sem 2

Calon seharusnya dapat :

(a) menjelaskan maksud kemahiran komunikasi

(b) menerangkan proses komunikasi yang meliputi penghantar, enkod, saluran, dekod, penerima dan maklum balas

(c) menerangkan halangan-halangan komunikasi seperti fizikal, psikologikal, sosiologikal dan semantik

(d) menerangkan bentuk-bentuk komunikasi iaitu sama ada menegak, mendatar dan melintang yang boleh berlaku secara sehala atau dua hala

(e) menerangkan jenis komunikasi iaitu komunikasi lisan yang merangkumi perbincangan, mesyuarat, ucapan dan pembentangan manakala komunikasi lisan pula merangkumi visual, bertulis dan bahasa badan

(f) membandingkan media komunikasi dan kesesuaiannya termasuklah bersemuka, telefon, internet, intranet, memorandum, surat-menyurat, laporan dan buletin

Page 4: Komunikasi stpm sem 2

KEMAHIRAN KOMUNIKASI 8.1 Definisi dan Proses Komunikasi merupakan suatu bentuk pemindahan maklumat atau informasi daripada

seseorang, kumpulan dan organisasi (penghantar) kepada seseorang, kumpulan dan organisasi (penerima) yang lain melalui media tertentu.

Bartol( 1998 ), menyatakan komunikasi merupakan pertukaran maklumat(mesej) di antara manusia bagi tujuan pencapaian maksud yang sama.

Tiga prinsip komunikasi : a. Komunikasi merupakan satu sistem melibatkan sekurang-kurangnya dua orang perlu

mengambil bahagian dan bertukar-tukar maklumat dan penerima berkongsi tanggungjawab untuk sampai kepada penerima.

b. Komunikasi berlaku di antara dua atau lebih individu walaupun tidak bercakap secara bersemuka. Penafsiran makna dibuat melalui pengamatan air muka, memek muka, tindakan serta tingkah laku seseorang dan menyebabkan berlakunya penghantaran mesej secara tidak sengaja atau secara tidak langsung.

c. Perbezaan budaya, gaya hidup, sikap dan nilai masyarakat, bahasa, taraf hidup dan negara menyebabkan berlakunya kesukaran mengawal penafsiran makna sesuatu maklumat

Page 5: Komunikasi stpm sem 2

Fungsi Komunikasi• Alat Kawalan• Sosiolisasi• Dorongan• Hubungan Kerja• Disiplin Kerja• Proses Pengambilan Pekerja• Latihan• Penilaian Prestasi• Penyelesaian Masalah• Keselamatan Pekerja

Page 6: Komunikasi stpm sem 2

ii. Proses Rajah Proses Komunikasi

Saluran

Kebisingan/ Halangan

SUMBER

Pengirim Enkod

PENERIMA

Dekod Penerima

Maklumbalas

Page 7: Komunikasi stpm sem 2

Proses Komunikasi

Penghantar Enkod

Gangguan

Saluran Dekod Penerima

Maklum balas

[ * Proses memerlukan turutan yang betul. Salah turutan dianggap salah ]

Page 8: Komunikasi stpm sem 2

ii. Proses Komunikasi

Sumber (pengirim/enkod) - melibatkan manusia yang menghantar mesej.Pengirim merupakan sumber maklumat dan mencetuskan mesej yang akan dihantar kepada penerima.

Contoh : Usahawan (pengirim) ingin membeli barang atau bahan mentah dari pembekal, mesej atau maklumat yang dikirim akan dienkod dalam bentuk simbol, perkataan, gambar dan lain-lain. Pengirim akan mencari bentuk saluran komunikasi yang sesuai, sama ada menggunakan surat, telefon atau pertemuan terus dengan pembekal.

Saluran- merupakan alat perantaraan yang digunakan oleh pengirim untuk menghantar mesej kepada penerima.

Contoh : Sekiranya usahawan tadi memikirkan bahawa ia memerlukan penglibatan kualiti barang atau bahan mentah yang hendak dibelinya maka ia terpaksa pergi berjumpa dengan pembekal berkenaan. Komunikasi yang lebih sesuai di sini ialah komunikasi oral atau bersemuka.

Penerima (dekod)- maklumat didekodkan penerima dan cuba menginterpretasikan perkataan, perbuatan, tulisan untuk

memahami maksud sesuatu mesej.

Contoh : Pembekal atau penerima cuba memahami mesej. Pentingnya bagi usahawan memastikan pembekal memahami perkara yang betul agar usahawan menerima barang yang betul. Manakala bagi pembekal pula perlu memahami mesej tersebut agar dia juga tidak membuat kesilapan dan menghantar barang yang betul kepada usahawan.

Page 9: Komunikasi stpm sem 2

Maklum balas

Proses komunikasi memerlukan maklum balas agar mesej yang dihantar oleh penghantar benar-benar difahami oleh penerima.

Contoh : Perbincangan antara usahawan dan pembekal dalam proses pembelian adalah merupakan maklum balas. Maklum balas berlaku apabila penerima memberi respon terhadap mesej yang disampaikan oleh pengirim. Usahawan cuba menyampaikan mesej tersebut dengan tepat.

Page 10: Komunikasi stpm sem 2

Halangan/Rintangan/Gangguan Terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan kebisingan

atau halangan terhadap sesuatu komunikasi, antaranya ialah:

Fizikal – Keadaan persekitaran yang jelas dan nyata boleh dilihat, rasa dan dengar. Jika keadaan ini tidak seperti yang dinyatakan maka ia akan menimbulkan masalah.

Semantik – halangan dari segi bahasa.

Budaya – halangan dari segi adat resam, jantina, umur.

Psikologi – halangan dalam bentuk tanggapan, perasaan, emosi.

Page 11: Komunikasi stpm sem 2

8.2 Bentuk Komunikasi

i. Bentuk • Komunikasi Menegak - melibatkan pertukaran maklumat antara satu sama lain atau lebih peringkat

dengan satu atau lebih peringkat lain dalam sesebuah organisasi.

Ia dibahagikan kepada 2 bentuk iaitu: 1) Menegak ke atas2) Menegak ke bawah Rajah 8.2 menunjukkan komunikasi menegak.

Contoh komunikasi menegak ke bawah : seseorang pengurus sumber manusia memberi arahan kepada pegawai

personel dalam sesebuah organisasi. Berlaku antara peringkat-peringkat yang berbeza/ berlainan dan melibatkan komunikasi dua hala.

Objektif Komunikasi menegak : menggalakkan interaksi/motivasi dan mendapatkan maklumat

Page 12: Komunikasi stpm sem 2

Pengurus Peringkat Atasan

Ketua Unit atau Jabatan

Subordinat/pekerja

Komunikasi menegak

dari bawah ke atas

Komunikasi menegak

dari atas ke bawah

Rajah 8.2 Komunikasi Menegak

Page 13: Komunikasi stpm sem 2

• Komunikasi mendatar

Komunikasi ini berlaku antara sama taraf jawatan/bahagian/unit yang sama. Rajah di bawah menunjukkan komunikasi mendatar.

Contohnya : Pengurus jualan perlu berkomunikasi dengan pengurus pengeluaran. Ianya merupakan suatu kaedah menyelesaikan masalah secara berkumpulan.

Objektif : Adalah untuk menyelaraskan pembahagian kerja atau menyelesaikan masalah secara menyeluruh atau bahagian.

Pengurus Sumber Manusia

Pengurus Kewangan

Pengurus Pemasaran

Page 14: Komunikasi stpm sem 2

• Komunikasi Melintang

Rajah komunikasi melintang

Komunikasi ini jarang digunakan dalam organisasi tetapi ianya berlaku secara tidak formal. Komunikasi ini tidak terkongkong kepada garis tanggungjawab autoriti kerana ianya berhubung kepada semua peringkat dalam sesebuah organisasi.

Objektif : mengurangkan birokrasi, menjimatkan masa dan interaksi sosial

Pengurus Produk Pengurus Pemasaran

Ketua Jabatan Kualiti

Ketua Jabatan Promosi

Page 15: Komunikasi stpm sem 2

ii. Komunikasi sehala

• Dari atas ke bawah Komunikasi dari atas ke bawah merupakan komunikasi yang melibatkan pengurus

memberi arahan atau makluman yang berhubung dengan dasar dan peraturan organisasi. Pengirim tidak mengharapkan sebarang soalan terhadap arahan yang disampaikan walaupun penerima kurang faham mengenai arahan yang diberikan.

Ianya merupakan mesej dan maklumat yang disampaikan oleh pengurus kepada pekerjanya. Komunikasi ini boleh dilakukan seperti memberi arahan kerja, memo, menerangkan peraturan kerja, prestasi kerja dan lain-lain.

• Dari bawah ke atas Komunikasi ini melibatkan pengaliran maklumat dari satu peringkat bawahan kepada

satu atau lebih peringkat yang lebih tinggi dalam sesebuah organisasi. Mesej dan maklumat disediakan oleh pihak pekerja untuk dimaklum atau dihantar

kepada pengurus. Pengaliran maklumat dari bawah ke atas dalam organisasi boleh dilakukan melalui

penggunaan papan kenyataan atau buletin, media cetak rasmi pekerja, laporan tahunan dan lain-lain.

Contoh : memberitahu masalah pekerja, laporan kerja, cadangan dan lain-lain.

Page 16: Komunikasi stpm sem 2

iii. Komunikasi dua hala

Komunikasi dua hala ialah satu proses komunikasi yang melibatkan maklum balas daripada penerima kepada penghantar.

Penghantar dan penerima berpeluang untuk bertukar-tukar maklumat dan lebih memahami antara satu sama lain demi memperjelaskan maksud masing-masing.

Maklum balas yang yang dicerminkan melalui arahan yang diterima akan lebih menepati apa yang cuba disampaikan oleh pengirim.

Walau bagaimanapun, komunikasi jenis ini mengambil masa yang lebih dan pengirim akan mudah berasa tertekan apabila penerima menimbulkan kesamaran dan kesilapan yang mungkin terdapat pada mesej.

Page 17: Komunikasi stpm sem 2

JENIS KOMUNIKASI :Komunikasi Lisan dan Bukan Lisan

i. Perbezaan antara komunikasi lisan dengan bukan lisan

Komunikasi Lisan • Komunikasi yang menggunakan percakapan/lisan untuk

melaksanakan sesuatu kerja supaya menjadi lebih mudah.• Perhubungan utama antara individu dalam menyampaikan

maklumat seperti syarahan, ceramah, seminar, mesyuarat, percakapan harian, pembentangan, bengkel dan lain-lain

• Kelebihan: ia dapat memberikan peluang pertukaran maklumat dengan cepat dan menerima maklum balas dengan segera

Page 18: Komunikasi stpm sem 2

Komunikasi Bukan Lisan

• Dilakukan oleh seseorang tanpa disedari dan ianya menyokong komunikasi lisan. Kajian mendapati bahawa 35% komunikasi dilakukan secara lisan iaitu menggunakan perkataan atau tulisan sementara baki 65% adalah secara bukan lisan.

• Dikenali sebagai bahasa badan(body language) iaitu gerakan bahagian tubuh yang dapat menyampaikan berbagai-bagai makna seperti mimik muka, hubungan mata, gerakan tangan atau kepala, mengangkat bahu den lain-lain.

• Boleh menyokong atau menentang komunikasi lisan dan ada kalanya dapat mengubah erti komunikasi lisan sendiri. Komunikasi ini sangat berkesan dalam menyampaikan emosi dan perasaan.

Page 19: Komunikasi stpm sem 2

Kebaikan dan Keburukan Komunikasi LisanKebaikan Keburukan

1. Mesej boleh melalui saluran komunikasi dengan cepat dan sampai kepada penerimanya.

2. Alat bantuan komunikasi boleh duigunakan seperti pita rakaman atau video di mana pada masa yang sama boleh mendengar dan melihat bagi mendapatkan gambaran yg lebih jelas.

3. Maklum balas boleh diperolehi dengan cepat.

4. Komunikasi lisan selalunya secara tidak formal dan kejujuran penghantar dapat dirasakan.

5. Berinteraksi sehingga menyakinkan.6. Dapat menggambarkan emosi dan sifat

pengirim dan penghantar.

1. Penghantar yang tidak mahir berkomunikasi dengan baik mungkin tidak dapat menyampaikan mesej dengan baik.

2. Tidak ada rekod bertulis kerana berbentuk tidak nyata iaitu bercakap.

3. Tidak selalunya menjimatkan masa iaitu masa yang diketahui oleh pengurus yg menghadiri mesyuarat tanpa mencapai apa-apa hasil atau kata sepakat.

4. Mesej gagal disampaikan kerana pengaruh takut/gugup dan emosi tertekan.

5. Masuk telinga kiri keluar telinga kanan.6. Ambil masa yg lama deri pendapat.

Page 20: Komunikasi stpm sem 2

ii. Komunikasi Lisan A. Perbincangan/Mesyuarat

Dua kategori ini secara formal dan tidak formal. Perbincangan boleh memberikan keputsan terbaik kerana

mendapat persetujuan semua pihak yang terlibat dalam perbincangan, mencetuskan idea-idea yg bernas serta memberi ruang kepada pihak yang terlibat mengambil bahagian dalam membuat keputusan.

Dalam perbincangan, kesannya boleh dilihat dengan cepat apabila kedua-dua pihak mengajukan persoalan dan dapat menjelaskan butir-butir yang dikehendaki dengan segera.

Contoh perbincangan yang selalunya dijalankan ialah mesyuarat antara pihak pengurusan dengan subordinat dalam bentuk formal dan tidak formal.

Page 21: Komunikasi stpm sem 2

B. Ucapan

Satu bentuk penyampaian maklumat secara lisan kepada pendengar menerusi cermah, pidato, ucapan mengalu-alukan pelawat atau tetamu, majlis pembukaan sesuatu acara, majlis perpisahan dan lain-lain.

Ucapan yang tepat dan bernas dapat menaikkan semangat daripada seseorang pengurus dapat menyakinkan dan menggalakkan subordinatnya dalam menjalankan aktiviti organisasinya.

Sebaliknya ucapan yang tidak meyakinkan seperti gementar dan intonasi suara yang tidak jelas menyebabkan pendengar menjadi bosan dan tidak dapat memberi perhatian.

Ucapan yang baik dan berkesan mestilah bahasa yang jelas, yakin dan penggunaan bahasa badan yang dapat difahami oleh pendengar.

Page 22: Komunikasi stpm sem 2

C. Pembentangan

Satu kaedah dimana penyampai akan menggunakan alat bantuan mengajar seperti video, slaid, transferansi, televisyen, grafik komputer dan lain-lain.

Pembentangan lebih kepada penyampaian maklumat hasil daripada kajian, penyelidikan dan laporan tertentu serta mempunyai laporan secara bertulis. Telekonferans, telesidang atau siaran secara langsung melalui televisyen adalah kaedah yang sering digunakan pada masa kini untuk menyampaikan maklumat terus kepada penerima.

Kaedah ini lebih berkesan kerana penerima mendapat maklumat semasa dan terkini mengenai sesuatu peristiwa atau berita.

Temuramah, perbincangan, temduga, wawancara, ucapan dari persidangan dan temuramah jarak jauh dijalankan dengan menggunakan kaedah pembentangan ini.

Page 23: Komunikasi stpm sem 2

iii. Komunikasi bertulis• Merupakan satu saluran untuk memberi arahan atau

membuat permohonan yang agak rasmi. Ianya melibatkan penggunaan bahasa, tatabahasa, struktur ayat dan gaya penulisan dalam pelbagai kaedah dan situasi.

Kelebihan dalam komunikasi ini ialah penyediaan rekod, rujukan dan pertahanan undang-undang. Pihak pengurusan dapat menyampaikan mesej kepada subordinat melalui surat secara besar-besaran. Ianya dapat meningkatkan keseragaman dalam dasar dan tatacara serta dapat mengurangkan kos dalam situasi tertentu.

Kelemahannya, meningkatkan timbunan kertas, mesej tidak dapat disampaikan dengan baik kerana penulis tidak efektif dan tidak memberi maklum balas dengan cepat.

Page 24: Komunikasi stpm sem 2

iv. Bahasa badan• Merujuk kepada gelagat kinestatik iaitu merangkumi pergerakan badan seperti

perubahan air muka, pergerakan mata, cara bertindak, cara berpakaian, cara berjalan dan bertindak serta bahasa isyarat.

• Mempunyai pelbagai makna kepada pelbagai masyarakat, bangsa dan negara. Contoh, mengangguk dan menggeleng kepala atas ke bawah bermaksud “ya” di Amerika Syarikat tetapi “tidak” bagi masyarakat di India.

• Mata -media komunikasi yang berkesan kerana ianya dapat menunjukkan perasaan seseorang. Misalnya, seseorang yang marah akan menjegilkan matanya, jika terperanjat akan membeliakkan mata dan lain-lain. Mata juga digunakan untuk mengawal perhubungan semasa berkomunikasi seperti merenung seseorang, memulakan perhubungan, menutup perbualan dan lain-lain.

• Air muka –cara paling mudah untuk seseorang membaca dan memahami masalah atau sesuatu perkara yang difikirkan oleh seseorang.

• Air muka selalunya menunjukkan seseorangitu dalam keadaan risau, riang, sedih, terkejut, kesusahan, senang hati dan lain-lain perasaan semasa berkomunikasi.

• Kaki dan tangan – penting sebagai isyarat berkomunikasi. Contoh, pengadil, penjaga masa dan penjaga garisan dalam perlawanan bola sepak akan menggunakan tangannya untuk memberi isyarat seperti berhenti, masa tamat ataupun kesalahan yang dilakukan oleh pemain. Bagi mereka yang mempunyai kepakaran menafsirkan bahasa isyarat akan dapat berkomunikasi dengan lebih berkesan.

Page 25: Komunikasi stpm sem 2

Pelbagai isyarat yang menggunakan tangan dan kaki : • Menutup mulut dengan tangan- menunjukkan seseorang sedang

menguap/mengantuk• Meletakkan tangan di atas kepala- sedang memikirkan sesuatu atau

sedang beristirehat• Meletakkan tangan di atas dahi semasa tidur- memikirkan sesuatu

atau berangan-angan• Menyilang kaki kanan ke atas kaki kiri- menunjukkan rasa lenguh

atau ketidakselesaan• Menggosokkan telingan, mata dan hidung- tidak memahami, lihat

dan dengar dengan jelas• Memusingkan pensil dengan ibu jari ketika mendengar- rasa bosan

dan tidak sabar• Meletakkan kepala atas tangan- letih dan mengantuk serta sedang

memikirkan sesuatu dengan serius• Menuding jari ke arah seseorang- menunjukkan rasa marah dan

memerlukan perhatian segera dari seseorang

Page 26: Komunikasi stpm sem 2

MEDIA KOMUNIKASI & KESESUAIAN PENGGUNAAN

• Bersemuka• Telefon• Internet• Intranet• Memorandum• Surat menyurat• Laporan buletin

Page 27: Komunikasi stpm sem 2

MEMORANDUM

• Tarikh• Nama penerima• Nama pengirim• Perkara yang nak disampaikan• Tandatangan

Page 28: Komunikasi stpm sem 2

C. Laporan bertulisPelbagai bentuk seperti surat perjanjian, buletin, telegram, buku majalah. Ianya digunakan dalam konteks yang berbeza-beza.

Kelebihan menggunakan laporan bertulis :a) Bukti dan rekodb) Memberi ruang kepada penghantar danpenerima memahami maklumat itu

dengan lebih mendalam

D. E-mel Merupakan satu kaedah pertukaran maklumat bertulis dengan cepat melalui

penggunaan terminal komputer yang telah dibangunkan yang mempunyai rangkaian komunikasi. E-mel boleh mengubah komunikasi dengan membuka rangkaian komunikasi sesebuah organisasi ataupun antara organisasi. Sesiapa sahaja boleh menghantar mesej kepada sesiapa sahaja. Satu e-mel boleh dihantar kepada banyak pengguna atau penerima, asalkan mempunyai alamat e-mel penerima berkenaan.

Kelebihan : mempertingkatkan pertukaran maklumat iaitu dengan cepat, mudah, murah dan tepat serta memudahkan komunikasi secara menegak dan mendatar dalam sesebuah organisasi.

Page 29: Komunikasi stpm sem 2

Kebaikan lain penggunaan e-mel :• Maklum balas yang cepat• Proses komunikasi berlaku dengan cepat jika penghantar dan penerima

berada dalam sistem komunikasi• Kesilapan boleh dibetulkan dengan cepat setelah menerima maklum

balas daripada penerima• Boleh dihantar kepada banyak penerima• Memendekkan proses mendapatkan keputusan ataupun menggantikan

mesyuarat• Boleh menambahkan maklumat jika didapati perlu untuk menghantar

mesej• Boleh disimpan dalam cakera padat ataupun disket dan disalin ke atas

kertas• Meningkatkan produktiviti dalam sesuatu pemprosesan• Mempermudahkan perbincangan berkumpulan dari jarak jauh• Mempertingkatkan proses komunikasi tanpa batas status, pangkat da

darjat dalam organisasi

Page 30: Komunikasi stpm sem 2

8.2 Kemahiran Mendengar8.2.1 Proses mendengar8.2.2 Mendengar secara berkesan8.2.3 Mendengar secara aktif

Calon seharusnya dapat :(a) Menjelaskan proses mendengar iaitu menerima, memahami,

mengingati, menilai dan memberi tindak balas(b) Menjelaskan kaedah mendengar secara berkesan berasaskan:

mendengar secara empati dan objektif ; mendengar secara kritikal dan nonjudgemental dan mendengar secara cetek dan mendalam

(c) Menjelaskan fingsi mendengar secara aktif dan teknik-tekniknya yang meliputi : mengulang maksud pembicara, meluahkan kefahaman terhadap perasaan pembicara dan menanya soalan

Page 31: Komunikasi stpm sem 2

Proses Mendengar

Menerima

Memahami

MengingatiMenilai

Menerima

Page 32: Komunikasi stpm sem 2

• Menerima dirangsang oleh bunyi atai audio ; lisan dan bukan lisan Pendengaran berkesan jika penerima memberi perhatian,

elakan gangguan persekitaran & tidak mencelah.

• Memahami Pemprosesan maklumat Perlukan kebolehan mendengar & memahami dengan

baik Mengaitkan maklumat dengan pengetahuan sedia ada Mendengar dengan teliti sebelum membuat penilaian Pendengar susun idea untuk memahami keseluruhan

maklumat

Page 33: Komunikasi stpm sem 2

• MenginatiMendapatkan semula maklumat yang disimpan dalam

ingatanProses mengingat berkesan : - kenalpasti idea utama - buat kesimpulan terhadap isi mesej - ulang nama & konsep utama daripada maklumat

• MenilaiPendengar analisi fakta, pandangan, niat, penyertaanBuat kesimpulan sendiri & analisis kritikalBezakan antara fakta & pandangan

Page 34: Komunikasi stpm sem 2

• Memberi tindak balasTindak balas lisan atau bukan lisanMemahami apa yang disampaikan dipamerkan

melalui tindak balasFormal : pendengar hanya boleh menyoal di sesi

soal jawab (akhir)Tidak formal : pendengar boleh berinteraksi

spontan

Page 35: Komunikasi stpm sem 2

Teknik Mendengar Berkesan

• Mendengar secara empati & objektifMemahami & letakkan diri di tempat orang yang menyampai• Mendengar secara kritikal & non-judgementalKritikal : kritis, analisi & perhatian setiusNon-judgemental : berfikiran terbuka• Mendengar secara cetek & mendalamMemahami maksud tersirat & tersurat

Page 36: Komunikasi stpm sem 2

• Jangan menilai awal kata-kata penyampai• Berfikiran terbuka• Elak mencelah• Tanya soalan jika tak faham• Mendengar dengan rela & berlapang dada

Page 37: Komunikasi stpm sem 2

Mendengar secara aktif

Pendengar• Memberi maklum balas/menyatakan semula• Merumuskan• Mengesahkan/memastikan maklumat tepat• Meluahkan perasaan/apa yang difikirkan

Page 38: Komunikasi stpm sem 2

• Teknik mendengar aktifMengulang maksud pembicaraMeluahkan kefahaman terhadap perasaanMenanya soalan

• Garis panduan pendengaranElakkan mengganggu orang lain ketika bercakapJangan menyampuk ketika orang lain bercakapBerfikiran terbukaBertanya apabila perlu

Page 39: Komunikasi stpm sem 2

Kemahiran Berunding

Calon seharusnya dapat :(a) Menjelaskan prinsip berunding termasuklah : tumpuan kepada

minat dan bukan kedudukan, asingkan manusia daripada masalah, jana pelbagai pilihan dan guna kriteria yang objektif dan boleh terima

(b) Menjelaskan elemen-elemen perundingan termasuklah maklumat, masa, kuasa, etika, budaya, pelaku/personaliti dan aspek sosial

(c) Menjelaskan tahap-tahap perundingan termasuklah intrapersonal, interpersonal, intrajabatan, nasional, dua hala, serantau, pelbagai hala dan antarabangsa/global

(d) Menjelaskan strategi dan taktik perundingan termasuklah good guy bad guy, nibbling, trial ballon, red herring, outrageous, apparent withdrawal dan limited outhority

Page 40: Komunikasi stpm sem 2

Maksud perundingan • Satu proses di mana kedua-dua pihak atau

lebih bertukar-tukar maklumat untuk mencapai kata sepakat terhadap konflik yang timbul.

Page 41: Komunikasi stpm sem 2

Prinsip-Prinsip Berunding

a) Tumpuan kepada minat dan bukan kedudukan - kepentingan capai matlamat perundingan BUKAN matlamat individu

b) Asingkan manusia daripada masalah - ketepikan hal peribadi dan elakkan beremosi - berkompromi & tidak mencemarkan pihak lawan

c) Jana pelbagai pilihan - kedua-dua pihak buat penilaian yang relevan & lebih terbuka - tidak tertumpu kepada satu pilihan sahaja

d) Guna kriteria yang objektif dan boleh terima - pihak fleksibel cuba memahami pihak lain, tidak pentingkan diri sendiri - objektif perundingan yang jelas

Page 42: Komunikasi stpm sem 2

Elemen perundingan1. Maklumat - maklumat lengkap & fakta tepat2. Masa - sesuai & mencukupi3. Kuasa - sah, anugerah, paksaan, karismatik, maklumat & gabungan4. Etika - pegangan akhlak & moral5. Budaya - nilai & identiti6. Pelaku - bersedia & kemas7. Sosial - pergaulan

Page 43: Komunikasi stpm sem 2

Tahap perundingan

• Intrapersonal• Interpersonal• Intrajabatan• Interjabatan• Nasional• Dua hala• Serantau• Pelbagai hala• Antarabangsa/ global

Page 44: Komunikasi stpm sem 2

Strategi & Taktik perundingan

1. Good guy bad guy (hurt & rescue by people)2. Nibbling (constant adding of small requirements)3. Trial ballon (suggest a final solution and sees if they

bite)4. Red herring (leave a false trail)5. Outrageous6. Apprent withdrawal (pretend to have withdraw

while still staying in the loop)7. Limited authority (claiming that person with

authority is not present)

Page 45: Komunikasi stpm sem 2

Kepentingan ICT dalam Pengurusan Perniagaan

• Operasi organisasi lebih efisien & efektif• Memudahkan komunikasi dalaman & luaran

organisasi• Mempercepatkan urus niaga• Menyimpan maklumat & data perniagaan• Meningkatkan kualiti & produktiviti

Page 46: Komunikasi stpm sem 2

Cara Internet Meluaskan Peluang Perniagaan

• Menghubungkan jutaan manusia• Meningkatkan jualan barang & perkhidmatan• Promosi lebih murah & kos rendah• Perluasan perluang perniagaan melalui : - e-dagang : jual beli barang & perkhidmatan melalui

internet - e-perolehan : bekalan barangan untuk kegunaan pejabat - e-pemasaran : mencipta minat pengguna terhadap

produk yang ditawarkan melalui paparan iklan, media sosial & e-mel.