laporan sbe sem 2 bahasa melayu pend khas

19
[LAPORAN PEMERHATIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN] PKB 3104 1.0 PENGENALAN Bahasa Melayu merupakan bahasa komunikasi yang utama di Malaysia. Menurut Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata tiada bahasa lain yang mampu menyatupadukan rakyat negara ini selain daripada Bahasa Melayu. Komponen Bahasa Melayu juga merupakan salah satu Bidang Akademik Berfungsi yang diajar kepada murid-murid Pendidikan Khas dalam bentuk tidak terikat iaitu aktiviti-aktiviti pembelajaran boleh dibentuk mengikut keperluan dan keupayaan murid-murid khas. Tanggungjawab bagi melengkapkan murid-murid berkeperluan khas dengan kemahiran Bahasa Melayu perlu dipikul oleh guru-guru Pendidikan Khas. Antara kemahiran yang ditekankan kepada murid-murid berkeperluan khas ialah kemahiran membaca, menulis, dan juga mendengar. Matlamat yang ingin dicapai ialah memastikan murid-murid berkeperluan khas memperolehi kemahiran yang diperlukan oleh mereka untuk menjalankan kehidupan seharian. Tujuan kemahiran berbahasa Melayu bukanlah untuk mengharapkan kejayaan kanak-kanak itu sendiri tetapi cukuplah sekadar kanak-kanak berkeperluan khas ini dapat menguasai kemahiran asas mendengar, membaca, dan juga menulis. Ini adalah disebabkan kebolehan kanak-kanak berkeperluan khas ini adalah terhad. Guru bertanggungjawab menyediakan ilmu pengetahuan dan kemahiran melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang fleksibel bagi memenuhi keperluan individu 1 | Page

Upload: cik-nura

Post on 30-Jul-2015

76 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: laporan SBE sem 2 Bahasa Melayu Pend Khas

[ ] PKB 3104

1.0 PENGENALAN

Bahasa Melayu merupakan bahasa komunikasi yang utama di Malaysia. Menurut

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata

tiada bahasa lain yang mampu menyatupadukan rakyat negara ini selain daripada

Bahasa Melayu. Komponen Bahasa Melayu juga merupakan salah satu Bidang

Akademik Berfungsi yang diajar kepada murid-murid Pendidikan Khas dalam bentuk

tidak terikat iaitu aktiviti-aktiviti pembelajaran boleh dibentuk mengikut keperluan dan

keupayaan murid-murid khas. Tanggungjawab bagi melengkapkan murid-murid

berkeperluan khas dengan kemahiran Bahasa Melayu perlu dipikul oleh guru-guru

Pendidikan Khas.

Antara kemahiran yang ditekankan kepada murid-murid berkeperluan khas ialah

kemahiran membaca, menulis, dan juga mendengar. Matlamat yang ingin dicapai ialah

memastikan murid-murid berkeperluan khas memperolehi kemahiran yang diperlukan

oleh mereka untuk menjalankan kehidupan seharian. Tujuan kemahiran berbahasa

Melayu bukanlah untuk mengharapkan kejayaan kanak-kanak itu sendiri tetapi

cukuplah sekadar kanak-kanak berkeperluan khas ini dapat menguasai kemahiran asas

mendengar, membaca, dan juga menulis. Ini adalah disebabkan kebolehan kanak-

kanak berkeperluan khas ini adalah terhad. Guru bertanggungjawab menyediakan ilmu

pengetahuan dan kemahiran melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang

fleksibel bagi memenuhi keperluan individu dengan pelbagai tahap keupayaan ke arah

kehidupan bermakna akan tercapai.

Melalui pengajaran dan pembelajaran, aktiviti dan strategi pengajaran haruslah

bersistematik dan berfokus mengikut tahap keupayaan murid dengan menggunakan

bahan bantu mengajar yang bersesuaian supaya murid-murid boleh berdikari dalam

menjalankan aktiviti seharian yang sempurna dan meyakinkan.

Semasa berada Sekolah Kebangsaan Padang Pekan (SKPP) selama seminggu untuk

program Pengalaman Berasaskan Sekolah(PBS) minggu lalu, kami telah mengambil

peluang untuk menjalankan satu pemerhatian terhadap seorang guru Bahasa Melayu

1 | P a g e

Page 2: laporan SBE sem 2 Bahasa Melayu Pend Khas

[ ] PKB 3104

dan pengalaman tersebut telah memberikan sedikit sebanyak gambaran kepada kami

terhadap situasi pengajaran dan pembelajaran di kelas Program Pendidikan Khas

Integrasi Bermasalah Pembelajaran (PPKI). Puan Azahhanim binti Azizan telah

memberi peluang dan kesempatan kepada kami untuk melihat sendiri aktivit pengajaran

dan pembelajaran yang berlangsung selama satu jam tersebut.

2.0 KEMAHIRAN YANG DIAJAR

Gabungan antara kemahiran lisan dan kemahiran mendengar.

3.0 TAJUK

Ayat mudah yang terdiri daripada perkataan dua suku kata dan satu suku kata.

(V + KV dan KV + KV)

4.0 BILANGAN MURID DAN KETURUNAN

Jumlah murid di dalam kelas tersebut pada waktu pengajaran dan pembelajaran ketika

pemerhatian ialah 8 orang murid sahaja. Jumlah asal kelas tersebut ialah 12 orang.

Tetapi dua orang tidak hadik ke sekolah. Manakala, dua orang murid lagi mengikuti

Program Inklusif Sepenuh Masa di kelas aliran perdana kerana mereka bakal

mengambil peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Semua 8 orang

murid tersebut berketurunan Melayu. Selain itu, beberapa orang murid berkeperluan

khas mempunyai hubungan keluarga yang terdekat seperti adik beradik, sepupu dan

sebagainya.

2 | P a g e

Page 3: laporan SBE sem 2 Bahasa Melayu Pend Khas

[ ] PKB 3104

5.0 KATEGORI MURID

Murid-murid di kelas ini kebanyakannya mengalami masalah pembelajaran Slow

Learner. Di samping itu, beberapa orang murid mempunyai masalah pembelajaran

Hiperaktif. Tingkah laku kanak-kanak Hiperaktif memang sukar untuk diduga.

Walaubagaimanapun, murid-murid kelas ini akan berkelakuan baik apabila diberi kerja

untuk dilakukan atau didatangi guru yang garang. Namun apabila tiada guru di kelas,

murid-murid ini akan berkeliaran di dalam kelas dan mengganggu rakan-rakan lain. Ada

juga murid yang bermain sendirian tetapi melakukan aktiviti-aktiviti yang

membahayakan.

Seorang murid berkeperluan khas bernama Amir bermain bersendirian ketiadaan guru

kelas. Walaupun Amir tidak mengganggu rakan-rakan yang lain tetapi tindakannya

mendatangkan bahaya terhadap dirinya.

3 | P a g e

Page 4: laporan SBE sem 2 Bahasa Melayu Pend Khas

[ ] PKB 3104

Selain itu, ada murid yang sering mengganggu rakan-rakan yang lain.

6.0 BAHAN BANTU MENGAJAR

Bahan Bantu Mengajar yang telah digunakan ialah satu set kad bacaan. Setiap kad

bacaan mengandungi satu ayat mudah yang terdiri daripada perkataan-perkataan dua

suku kata dan juga satu suku kata. Guru meminta murid membacakan ayat mudah

yang tertera pada kad bacaan.

4 | P a g e

Page 5: laporan SBE sem 2 Bahasa Melayu Pend Khas

[ ] PKB 3104

7.0 KEADAAN KELAS

Kelas Pendidikan Khas Masalah pembelajaran di Sekolah Kebangsaan Padang Pekan

baru sahaja ditubuhkan berikutan permintaan yang ramai serta pembinaan sekolah ini

pada tahun 2009. Pada mulanya, Program Pendidikan Khas di sekolah ini hanyalah

memiliki satu kelas sahaja. Namun, atas permintaan ramai daripada penduduk kawasan

setempat, bilik stor sukan telah diubahsuaikan menjadi kelas bagi kanak – kanak

bermasalah pembelajaran yang dikini berjumlah 3 buah kelas semuanya. Kelas – kelas

tersebut dibahagikan kepada tiga tahap iaitu teruk, sederhana teruk dan tidak teruk.

Bagi kelas tidak teruk, murid-muridnya meliputi kanak-kanak yang mempunyai masalah

pembelajaran slow learner dan mild hyperatif manakala kanak-kanak yang ditempatkan

dalam kelas teruk, mereka terdiri daripada golongan yang mempunyai masalah

pembelajaran seperti down sindrom dan autisme.

Kami telah diberi kesempatan oleh guru pendidikan khas yang mengajar Bahasa

Melayu untuk melihat keadaan kelas bagi kategori masalah pembelajaran yang tidak

teruk. Apa yang pastinya, keadaan disekeliling kelas teratur dengan susunan meja yang

berbentuk auditorium iaitu kesemua murid dapat melihat guru yang mengajar di

hadapan yang menghadap papan hitam. Kelas juga kelihatan bersih. Barang – barang

yang digunakan untuk subjek pengurusan diri disusun dengan teratur dibelakang kelas

yang terdiri daripada mesin basuh, ketuhar, bahan-bahan masakan dan lain – lain lagi.

Selain itu, kelas ini juga tidak ketinggalan dipenuhi dengan bahan – bahan bantuan

mengajar Bahasa Melayu yang dilekatkan dipapan kenyataan dan di sekitar dinding –

dinding kelas yang secara tidak lansung dapat menceriakan kelas dengan bahan -

bahan ilmiah yang membantu kanak – kanak ini dalam proses pengajaran dan

pembelajaran.

5 | P a g e

Page 6: laporan SBE sem 2 Bahasa Melayu Pend Khas

[ ] PKB 3104

6 | P a g e

Terdapatnya sofa untuk digunakan untuk sesi berehat

dan di belakang kelas adanya barang – barang yang

digunakan untuk subjek pengurusan diri

Bahan bantuan mengajar

mengenai warna jingga, merah

jambu dan hijau

Page 7: laporan SBE sem 2 Bahasa Melayu Pend Khas

[ ] PKB 3104

7 | P a g e

Suku kata kv yang dilekatkan dipapan

kenyataan di kelas dan carta ekonomi

token yang dibuat oleh guru

Bahan bantuan mengajar mengenai

warna ungu dan perang

Page 8: laporan SBE sem 2 Bahasa Melayu Pend Khas

[ ] PKB 3104

8 | P a g e

Bahan bantuan mengajar jenis

puzzle huruf

Nilai – nilai murni yang ditampal di

dinding kelas

Page 9: laporan SBE sem 2 Bahasa Melayu Pend Khas

[ ] PKB 3104

8.0 RESPON MURID-MURID

Semasa P&P sedang berlansung dalam kelas, keadaan kelas agak terkawal. Murid –

murid dapat memberi kerjasama kepada guru yang mengajar dan dapat

menyempurnakan aktiviti- aktiviti yang dijalankan dalam waktu tersebut. Murid –murid

dalam kelas tersebut kebanyakannya mempunyai masalah pembelajaran iaitu slow

learner dan hyperaktif. Namun demikian, mereka mampu menyiapkan kerja yang diberi

dengan baik walaupun ada sebahagiannya malas dan sangat lambat untuk menyiapkan

kerja yang diberi berikutan kurang tumpuan semasa dalam kelas.

Murid – murid dalam kelas ini mempunyai pengetahuan sedia ada dalam mengenal

huruf dan boleh membaca. Setiap kali mereka membaca, mereka perlu mengeja ayat –

ayat tersebut terlebih dahulu. Mereka juga telah mahir dalam mengeja dan menyebut

suku kata kv+kv dan v +kv Mereka masih mempunyai masalah dalam membaca suku

kata kvkk seperti ceng, dung, mang,lang dan sebagainya. Aktiviti yang pertama yang

dijalankan oleh guru ialah memanggil seorang murid kehadapan kelas dan mengambil

sepotong ayat untuk dibacakan kepada rakan – rakan lain dalam kelas. Mereka tidak

sabar untuk menunggu giliran mereka sehingga membaca bersama-sama dengan

salah seorang rakan mereka yang berada dihadapan kerana ayat –ayat tersebut

menggunakan suku kata kv+kv dimana mereka agak menguasainya dengan baik.

Kemudiaanya, guru menyuruh murid-murid membaca dan mengeja bersama - sama.

Pada mulanya murid-murid tidak dapat mengeja dan membaca dengan serentak.

Apabila guru mengetuai bacaan tersebut mereka dapat mengeja dan membaca dengan

serentak semua dalam kelas tersebut. Setiap orang daripada mereka dapat

memberikan kerjasama dengan baik semasa proses P&P sedang dijalankan. Menurut

salah seorang guru pendidikan khas di sekolah itu, murid –murid dalam kelas yang

kami pilih ini dapat mengawal tingkah laku mereka apabila kerja diberikan kepada

mereka. Jika tiada kerja yang diberikan kepada mereka, mereka akan cenderung

membuat bising, bergaduh dan berlari-lari dalam kawasan kelas.

9 | P a g e

Page 10: laporan SBE sem 2 Bahasa Melayu Pend Khas

[ ] PKB 3104

Aktiviti seterusnya ialah guru menyuruh salah seorang murid untuk membaca ayat yang

dilekatkan dipapan hitam. Salah seorang murid boleh membaca tetapi mereka

mengaitkan dengan situasi harian mereka melalui penghafalan. Contohnya :

Sani cuci beca roda tiga akan dibaca sebagai Sani cuci beca tayar tiga.

Perkataan roda yang jarang sekali didengari secara tidak lansung akan digantikan

dengan perkataan tayar yang merupakan perkataan biasa didengari dalam kehidupan

mereka. Hal ini terjadi apabila mereka menghafal ayat, tidak memahami, mengeja dan

membacanya.

Aktivti yang terakhir yang dilakukan oleh guru ialah lembaran kerja untuk pengukuhan

apa yang telah dipelajari sebentar tadi iaitu aktiviti memadankan ayat- ayat dengan

gambar yang betul. Kesemua murid- murid dapat melaksanakan aktiviti itu kerana

mereka dapat mengenali gambar dan ayat yang dibaca. Contohnya ayat Itu lori Abu

yang dipadankan dengan gambar lori. Manakala bapa bela kuda yang dipadankan

dengan gambar seekor kuda. Hal ini menunjukkan mereka mempunyai pengalaman

lansung mengenai gambar – gambar berikut yang membantu mereka dalam proses

memadankan ayat dan gambar.

Namun yang demikian,ada diantara mereka mempunyai masalah dalam menulis nama

masing- masing pada lembaran kertas kerja dan tidak faham kegunaan huruf besar

dan huruf kecil Contohnya murid ini menulis namanya SoBri. Hal ini berkemungkinan

dia keliru dengan penggunaan b dan d huruf kecil lantas menggunakan huruf B untuk

menulis namanya. Mereka juga menghadapi masalah dalam menulis hari dan haribulan

dan kebanyakan daripada mereka masih tidak dapat menulis perkataan hari dengan

betul dan sempurna.

10 | P a g e

Page 11: laporan SBE sem 2 Bahasa Melayu Pend Khas

[ ] PKB 3104

9.0 RUMUSAN

Setelah selama seminggu kami menjalankan PBS( Pengalaman Berasaskan Sekolah)

kami telah diberi peluang untuk mendekati dan memahami tugas – tugas seorang guru

pendidikan khas yang menyampaikan ilmu kepada murid – murid bermasalah

pembelajaran yang terdiri daripada beberapa peringkat dan masalah – masalah yang

berlainan seperti down sindrom, autisme, slow learner, hyperaktif dan banyak lagi. Kami

juga berkesempatan untuk melihat seorang guru pendidikan khas yang mengajar

subjek Bahasa Melayu dalam kelas pendidikan khas. Sepanjang proses P&P

dilaksanakan, kami dapat melihat aktiviti bahasa yang dijalankan oleh guru tersebut

daripada awal sehinggalah penghujung sesi P&P.

Melalui pemerhatian tersebut kami dapat mengenal pasti kemahiran bahasa yang diajar

iaitu gabungan kemahiran lisan dan kemahiran mendengar. Kemahiran lisan meliputi

bagaimana murid – murid tersebut mengeja dan membaca perkataan yang diberikan

manakala kemahiran mendengar pula meliputi bagaimana murid – murid yang lain

mendengar sebutan ejaan dan perkataan yang diketuai oleh salah seorang rakan

mereka dalam kelas tersebut. Tajuk aktiviti bahasa yang dilaksanakan pada hari itu

ialah ayat mudah yang terdiri daripada perkataan dua suku kata dan satu suku kata.

(V + KV dan KV + KV) . Antaranya ialah Abu, bapa, bawa, cuci dan sebagainya.

Kami juga telah mengenalpasti bilangan murid dan keturunan yang ada di dalam kelas

itu. Jumlah murid di dalam kelas tersebut pada waktu pengajaran dan pembelajaran

ketika pemerhatian ialah 8 orang murid sahaja. Jumlah asal kelas tersebut ialah 12

orang. Tetapi dua orang tidak hadik ke sekolah. Manakala, dua orang murid lagi

mengikuti Program Inklusif Sepenuh Masa di kelas aliran perdana kerana mereka bakal

mengambil peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Semua 8 orang

murid tersebut berketurunan Melayu.

Bagi kategori murid yang terdapat dalam kelas ini, mereka kebanyakannya menghadapi

masalah pembelajaran slow learner dan juga hyperaktif. Bahan bantuan mengajar yang

digunakan oleh guru semasa melaksanakan aktiviti bahasa meliputi satu set kad

11 | P a g e

Page 12: laporan SBE sem 2 Bahasa Melayu Pend Khas

[ ] PKB 3104

bacaan. Setiap kad bacaan mengandungi satu ayat mudah yang terdiri daripada

perkataan-perkataan dua suku kata dan juga satu suku kata. Keadaan kelas semasa

melaksanakan aktiviti bahasa adalah terkawal. Jika dilihat pada sudut kebersihan, kelas

tersebut kelihatan bersih dan selesa dengan penyusunan meja dan kerusi bersesuaian

serta peralatan – peralatan untuk mengajar yang telah disusun dengan teratur

dibelakang kelas. Respon murid – murid ini semasa guru melaksanakan aktiviti bahasa

ini amat memberangsangkan. Mereka dapat memberi kerjasama yang baik dan dapat

menyiapkan tugasan yang diberikan walaupun ada diantara mereka lambat untuk

menyiapakan tugasan yang diberi berikutan kurang daya tumpuan pada masa tersebut.

10.0 CADANGAN

Setelah meneliti dan memerhati teknik dan aktiviti bahasa yang dijalankan oleh guru

Bahasa Melayu dalam kelas pendidikan khas, terdapat beberapa cadangan yang dapat

diaplikasikan untuk meningkatkan kualiti aktiviti bahasa yang dijalankan ke atas kanak-

kanak yang bermasalah pembelajaran ini.

Pertamanya ialah guru perlulah menyediakan sedikit masa untuk set induksi. Set

induksi yang diperlukan adalah untuk menarik minat kanak-kanak terhadap tajuk yang

bakal diajar. Set induksi boleh juga dibuat dengan menggunakan teknik

penggabungjalinan mata pelajaran contohnya pendidikan muzik dan pendidikan

jasmani. Sebagai contoh penggabungjalinan mata pelajaran bahasa melayu dengan

pendidikan muzik boleh dilakukan dengan menyanyikan lagu –lagu yang berkaitan

dengan tajuk yang bakal diajar iaitu ayat mudah yang meliputi suku kata kv+kv.

Contohnya lagu Bapaku pulang dari kota boleh menghiburkan kanak-kanak dan

sekaligus menarik minat mereka untuk mempelajari pelajaran mereka pada hari itu.

Selain daripada itu, penggunaan komputer dan teknologi boleh menjadikan aktiviti

bahasa yang dijalankan menjadi lebih menarik. Ayat –ayat mudah yang dipaparkan

melalui LCD boleh merancakkan lagi suasana P&P yang sedang dijalankan.

12 | P a g e

Page 13: laporan SBE sem 2 Bahasa Melayu Pend Khas

[ ] PKB 3104

Contohnya, guru menyuruh seorang murid- murid untuk mengeja dan membaca

sepotong ayat yang telah diberikan dan dipaparkan melalui LCD. Kemudiaan, apabila

murid berjaya melakukannya, satu grafik yang muncul di skirn seperti Anda Hebat! akan

menaikkan semangat murid –murid ini untuk terus mencuba dan bersaing antara satu

sama lain.

Bagi aktiviti pengukuhan, lembaran kerja yang diberikan mestilah mempunyai gambar

yang jelas untuk memudahkan aktiviti memadankan yang dilakukan oleh murid – murid

tersebut. Hal ini kerana, kanak-kanak akan lebih cepat untuk memahami sesuatu

perkataan itu apabila adanya gambar terutamanya pada perkataan yang tidak selalu

didengar oleh mereka seperti beca, hoki dan sebagainya. Di hujung sesi P&P guru juga

boleh memberi peneguhan berbentuk ganjaran apabila murid – murid berjaya

menyiapakan lembaran kerja sebelum tamatnya sesi P&P pada hari tersebut.

13 | P a g e

Page 14: laporan SBE sem 2 Bahasa Melayu Pend Khas

[ ] PKB 3104

Rujukan

Block, C. C. (1997). Literacy Difficulties Diagnosis & Instruction. USA: Harcourt Brace &

Company.

Boss, C. S. (1994). Strategies for Teaching Students with Learning & Behaviour

Problems. USA: Allyn And Bacon Publishers.

Catts, H. W. (2005). Language & Reading Dissabilities. USA: Pearson Ed. Inc.

Gargiulo, R. M. (2006). Special Education in Contemporary Society. USA: Thomson

Wadsworth.

Ghani, M. Z. (2011). Kaedah Dan Strategi Pengajaran Kanak-Kanak Berkeperluan

Khas. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.

Williams, A. A. (1970). Basic Subjects for the Slow Learner. USA: Harper & Row

Publishers.

14 | P a g e