sba 3023 biodiversiti dan adaptasi

3
SBA3023 BIODIVERSITI DAN ADAPTASI TUGASAN MINI PROJEK SEMESTER 2 2013/2014 ARAHAN 1. Projek mini ini adalah tugasan secara individu. 2. Tugasan ini menyumbang sebanyak 20% daripada keseluruhan penilaian kursus ini. 3. Tempoh tugasan: 8 minggu (minggu 2 hingga minggu 10) 4. Tarikh penghantaran tugasan: Minggu 7 pada 16/10/2014 (Penghantaran lewat, tidak akan dilayan) 5. Cara penghantaran tugasan: Online (MyGuru3) pada tapak Tugasan mini projek 6. Tugasan ini perlu ditulis dengan menggunakan Bahasa Melayu. Manuskrip akhir hanyalah dalam satu fail dan dipindahkan ke format PDF sebelum dihantar. PENERANGAN o Pilih 18 spesies makroskopik (boleh dilihat dengan mata kasar) wakil dari Alam (Kingdom) Fungi, Plantae dan Animalia yang ditemui di Malaysia iaitu dengan mengemukakan: Alam Fungi Satu contoh bagi setiap satu kumpulan: Zygomycetes, Ascomycetes atau Basidiomycetes Jumlah kulat ialah DUA jenis. Setiap kulat mestilah dikaitkan dengan mana-mana adaptasi terhadap persekitaran/pembiakan/kemandirian. Alam Plantae Satu contoh bagi setiap satu kumpulan: lumut, paku-pakis, Gimnosperma dan Angiosperma (dikot dan monokot) Jumlah tumbuhan ialah LAPAN jenis, iaitu mesti ada satu wakil daripada setiap kumpulan tumbuhan. Setiap tumbuhan mestilah dikaitkan dengan mana-mana adaptasi terhadap persekitaran/pembiakan/kemandirian. Alam Animalia Sekurang-kuranya satu contoh bagi setiap satu kumpulan: Invertebrat dan Vertebrat. Jumlah haiwan ialah LAPAN jenis.

Upload: billcha

Post on 28-Jul-2015

156 views

Category:

Internet


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sba 3023 biodiversiti dan adaptasi

SBA3023 BIODIVERSITI DAN ADAPTASI

TUGASAN MINI PROJEK SEMESTER 2 2013/2014

ARAHAN

1. Projek mini ini adalah tugasan secara individu. 2. Tugasan ini menyumbang sebanyak 20% daripada keseluruhan penilaian kursus ini. 3. Tempoh tugasan: 8 minggu (minggu 2 hingga minggu 10) 4. Tarikh penghantaran tugasan: Minggu 7 pada 16/10/2014 (Penghantaran lewat, tidak akan dilayan) 5. Cara penghantaran tugasan: Online (MyGuru3) pada tapak Tugasan mini projek6. Tugasan ini perlu ditulis dengan menggunakan Bahasa Melayu. Manuskrip akhir hanyalah dalam satu fail dan dipindahkan ke format PDF sebelum dihantar.

PENERANGAN

o Pilih 18 spesies makroskopik (boleh dilihat dengan mata kasar) wakil dari Alam (Kingdom) Fungi, Plantae dan Animalia yang ditemui di Malaysia iaitu dengan mengemukakan:

Alam Fungi Satu contoh bagi setiap satu kumpulan: Zygomycetes, Ascomycetes atau

Basidiomycetes Jumlah kulat ialah DUA jenis. Setiap kulat mestilah dikaitkan dengan mana-mana adaptasi terhadap

persekitaran/pembiakan/kemandirian.

Alam Plantae Satu contoh bagi setiap satu kumpulan: lumut, paku-pakis, Gimnosperma dan

Angiosperma (dikot dan monokot) Jumlah tumbuhan ialah LAPAN jenis, iaitu mesti ada satu wakil daripada setiap

kumpulan tumbuhan. Setiap tumbuhan mestilah dikaitkan dengan mana-mana adaptasi terhadap

persekitaran/pembiakan/kemandirian.

Alam Animalia Sekurang-kuranya satu contoh bagi setiap satu kumpulan: Invertebrat dan Vertebrat. Jumlah haiwan ialah LAPAN jenis. Setiap haiwan mestilah dikaitkan dengan mana-mana adaptasi terhadap

persekitaran/pembiakan/kemandirian.

o Berikan Hierarki pengelasan dari Alam hingga ke spesies bagi setiap contoh berserta nama tempatan.

o Perbincangan anda hendaklah menitik beratkan ciri morfologi, ciri unik dan adaptasi untuk bermandiri. Perbincangan setiap adaptasi pula, mestilah berasaskan dan dikaitkan dengan kajian lalu melalui artikel jurnal /sumber yang dipercayai.

o Ambilan fakta daripada sumber internet hanya dibenarkan 30%. Maklumat yang diambil mestilah dikaitkan dengan kajian anda.

Page 2: Sba 3023 biodiversiti dan adaptasi

o MENIRU tidak dibenarkan sama sekali. Anda boleh berbincang sesama sendiri TETAPI laporan mini projek mestilah hasil nukilan anda sendiri. Saya akan reject mana-mana tugasan yang didapati ada unsur plagiat. Oleh itu, anda di kehendaki menjaga hasil usaha anda sendiri.

o Gambar caught in action termasuk diri anda di lokasi dan ciri-ciri morfologi terperinci perlulah disertakan dalam laporan tugasan anda.

o Anda boleh jalankan kajian anda di sekitar tempat tinggal, Zoo, Taman Pertanian (Botani), Taman Rekreasi atau di Taman Negara.

o Selain itu, anda boleh juga boleh mengulas bahan-bahan ilmiah yang ada kaitan dengan tumbuhan atau haiwan dan adaptasinya, contohnya mengulas cerita rakyat/puisi/pantun lalu dijadikan bahan P&P sekolah.

PENULISAN 1. Format laporan menggunakan kaedah penulisan saintifik.

Secara ringkasnya penulisan saintifik mempunyai beberapa bahagian: Pengenalan, kajian literatur, kaedah, hasil kajian dan analisis data, perbincangan dan kesimpulan. Untuk memudahkan penulisan, anda dikehendaki mengikut gaya berikut:

Memilih tajuk yang sesuai, contohnya,

Kepelbagaian Adaptasi Kulat dan Tumbuhan serta keperluannya.

Adaptasi Tumbuhan di Hutan Paya Bakau __

Memulakan laporan anda dengan Pendahuluan/Pengenalan – Tujuannya ialah untuk memperkenalkan istilah dan keperluan.

Bahagian Hasil Dapatan dan Perbincangan pula, anda di kehendaki memberi contoh Tumbuhan dan haiwan serta adaptasi. Berikan nama tumbuhan/haiwan termasuk nama saintifik yang lengkap. Gambar yang berskala serta dapat menerangkan adaptasi. Letakkan pembaris atau alat pengukur yang boleh dipercayai di sebelah sampel kajian anda. Dalam perbincangan, sokong dapatan anda dengan kajian lepas. Setiap kajian literatur yang dirujuk perlu dimasukkan dalam senarai rujukan.

Sila rujuk stail APA untuk panduan penulisan secara terperinci. 2. Rajah yang dilukis, perlulah dilabel. 3. Laporan anda mesti mengandungi: Kulit hadapan bertulis: Tugasan Mini Projek, Tajuk, Nama anda, No.matrik, semester, kumpulan dan nama pensyarah Rujukan Lampiran.

Fail anda perlu bertulis: MP_D20XXXXXXXX_nama

Contoh: MPsem1201415_D20121033333_ahmadtarmizi MPsem1201415_D20121034444_suhaila

Catatan:

Page 3: Sba 3023 biodiversiti dan adaptasi

Jadual dan rajah dinomborkan mengikut bab dan urutan dalam penulisan. Selamat Maju Jaya.