biodiversiti jenis-jenis serangga

36
[AMALI 1] BIODIVERSITI 1 KANDUNGAN PERKARA MUKA SURAT Pendahuluan................................................. 2 Belalang......................................................... 3 Kupu-kupu Sejati.......................................... 5 Mentadak Coklat........................................... 8 Kumbang Bumbel.......................................... 10 Pepatung Jarum............................................ 13 Kumbang Kura-kura..................................... 15 Lipas Amerika............................................... 17 Nyamuk Aedes............................................... 20 Lalat Rumah................................................. 22 Semut Api...................................................... 26 Anai-anai....................................................... 29 Kutu Kepala................................................... 32 Diagram Kekunci Dikotomi........................ 34 Kekunci Dikotomi........................................ 35 Bibliografi...................................................... 36

Upload: kamisan-saimin

Post on 27-Dec-2015

176 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

DIAGRAM SERANGGA

TRANSCRIPT

Page 1: BIODIVERSITI JENIS-JENIS SERANGGA

[AMALI 1] BIODIVERSITI

1

KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

Pendahuluan................................................. 2

Belalang......................................................... 3

Kupu-kupu Sejati.......................................... 5

Mentadak Coklat........................................... 8

Kumbang Bumbel.......................................... 10

Pepatung Jarum............................................ 13

Kumbang Kura-kura..................................... 15

Lipas Amerika............................................... 17

Nyamuk Aedes............................................... 20

Lalat Rumah................................................. 22

Semut Api...................................................... 26

Anai-anai....................................................... 29

Kutu Kepala................................................... 32

Diagram Kekunci Dikotomi........................ 34

Kekunci Dikotomi........................................ 35

Bibliografi...................................................... 36

Page 2: BIODIVERSITI JENIS-JENIS SERANGGA

[AMALI 1] BIODIVERSITI

2

PENDAHULUAN

Serangga ialah benda hidup dari kelompok haiwan Invertebrata, kelas Insecta, yang

mempunyai bilangan spesies terbanyak. Di habitan daratan, serangga paling luas tersebar

berbanding dengan kelas-kelas yang lain dalam filum Arthropod. Anggaran jumlah

keseluruhan spesies kini, termasuk yang belum dikenali oleh sains sekitar dari dua hingga

tiga puluh juta, dengan kebanyakan pakar cenderung kepada jumlah pertengahan antara dua

jumlah melampau ini. Walaupun telah diketahui hampir satu juta spesies serangga, masih

banyak lagi serangga yang belum diketahui dan direkodkan kehadirannya. Tidak dapat

dinafikan banyak serangga yang akan pupus, sebelum dapat direkodkan kewujudannya,

akibat aktiviti pembangunan hutan yang dilakukan.

Serangga boleh didapati dalam pelbagai habitat di bumi ini, malah anda akan mendapati

banyak serangga berkongsi habitat dengan manusia, sama ada di halaman rumah ataupun di

dalam rumah. Serangga mempunyai banyak kepentingan sama ada secara langsung maupun

tidak langsung terhadap kehidupan manusia di bumi ini.

Kajian mengenai serangga dikenali sebagai entomologi.

Terdapat sekitar 5,000 spesies pepatung (dragonfly), 2,000 mentadak (praying mantis),

20,000 belalang (grasshopper), 170,000 rama-rama dan kupu-kupu, 120,000 lalat,

82,000 pianggang, 350,000 kumbang, dan 110,000 spesies lebah dan semut.

Ciri-ciri utama serangga adalah seperti berikut :-

Kaki 3 pasang, yang terdapat di bahagian tubuh toraks.

Tubuh terbahagi kepada 3 bahagian, iaitu kepala, toraks dan abdomen.

Rangka tubuh terdapat di luar, yang disebut rangka luar, merupakan kulit

keras.

Page 3: BIODIVERSITI JENIS-JENIS SERANGGA

[AMALI 1] BIODIVERSITI

3

NAMA SERANGGA : BELALANG KUNYIT

NAMA SAINTIFIK : Valanga nigricornis

PENGKELASAN SAINTIFIK

Alam : Haiwan

Filum : Arthropoda

Kelas : Serangga

Order : Ortoptera

Keluarga : Acrididae

Genus : Valanga

Spesies : Nigricornis

Page 4: BIODIVERSITI JENIS-JENIS SERANGGA

[AMALI 1] BIODIVERSITI

4

CIRI-CIRI MORFOLOGI

ADAPTASI SERANGGA TERHADAP PERSEKITARANNYA

Belalang Kunyit (Valanga Nigricornis)

ialah sejenis belalang bewarna kuning

kehijauan yang boleh dimakan kerana ia merupakan sumber protein yang baik. Ia

juga dikatakan mengandungi khasiat tertentu untuk perubatan.

Dalam bidang pertanian, belalang kunyit dianggap sebagai perosak. Serangga

dewasa dan nimfa (anak belalang) melakukan kerosakan dengan memakan daun

tutup bumi di kebun getah dan ladang kelapa sawit.

Belalang kunyit mudah membiak pada musim panas dan kemarau. Kawalan boleh

dibuat dengan cara semburan bahan kimia atau racun serangga.

Kepala Toraks Abdomen Sayap

hadapan

n Sayap

belakang

Spirakel

Sesungut

Timpanum

Kantung udara

Spirakel Trakea

Mata Kompaun

Ovipositor

Mata depan

Page 5: BIODIVERSITI JENIS-JENIS SERANGGA

[AMALI 1] BIODIVERSITI

5

NAMA SERANGGA : KUPU-KUPU SEJATI

NAMA SAINTIFIK : Papilio Demodocus

PENGKELASAN SAINTIFIK

Alam : Haiwan

Filum : Arthropoda

Kelas : Serangga

Order :Lepidoptera

Keluarga : Papilionoidea

Genus :Papilio

Spesies :Demodocus

Page 6: BIODIVERSITI JENIS-JENIS SERANGGA

[AMALI 1] BIODIVERSITI

6

CIRI-CIRI MORFOLOGI

Kupu-kupu dewasa mempunyai empat helai kepak iaitu kepak depan dan kepak

belakang di setiap sisi kiri dan kanan tubuh.

Seperti serangga-serangga lain tubuh kupu-kupu terdiri daripada tiga segmen iaitu

kepala, toraks dan abdomen.

Kepala kupu-kupu dilengkapi dengan sepasang sesungut yang lurus (berbanding

sesungut Hesperiidae yang bengkok), sepasang mata majmuk dan sebatang probosis

(belalai).

Tubuhnya lebih kecil sedikit berbanding rama-rama.

Pupanya berbentuk bersudut dan tidak bundar.

Page 7: BIODIVERSITI JENIS-JENIS SERANGGA

[AMALI 1] BIODIVERSITI

7

ADAPTASI SERANGGA TERHADAP PERSEKITARANNYA

Diet utama bagi kupu-kupu adalah madu daripada bunga. Selain itu juga debunga,

buah serta daging reput dan bahan mineral yang terlarut dalam pasir lembap atau

tanah menjadi diet sampingan bagi kupu-kupu.

Sesungut kupu-kupu diselaputi dengan banyak organ deria yang membantunya

mengesan angin serta bau dalam udara dan ianya adalah 200 kali lebih kuat

berbanding manusia.

Sebelum bertelur kupu-kupu akan hinggap pada daun dan terlebih dahulu

menentukan sama ada daun itu selamat dimakan oleh zuriatnya. Ini ditentukan

dengan kehadiran kemoreseptor yang terdapat pada kakinya.

Kupu-kupu sering mempamerkan sifat kemimikan. Salah satu cara kemimikan

adalah meniru rupa spesies lain (kelompok kupu-kupu genus yang tidak boleh

dimakan oleh pemangsa) bagi membolehkannya melindungi diri.

Kebanyakan kupu-kupu tropika mempunyai rupa bermusim tersendiri. Pada musim

kemarau rupa kupu-kupu adalah bercorak lebih rumit yang mengadaptasi rupa

persekitaran bagi melindungi diri dari pemangsa manakala pada musim tengkujuh

warnanya adalah lebih gelap yang membantu dalam pengawalaturan keupayaannya

menyerap sinaran matahari.

Page 8: BIODIVERSITI JENIS-JENIS SERANGGA

[AMALI 1] BIODIVERSITI

8

NAMA SERANGGA : MENTADAK COKLAT

NAMA SAINTIFIK : Archimantis latistyla

PENGKELASAN SAINTIFIK

Alam : Haiwan

Filum : Arthropoda

Kelas : Serangga

Order : Mantodea

Keluarga : Mantidea

Genus : Archimantis

Spesies : Latistyla

Page 9: BIODIVERSITI JENIS-JENIS SERANGGA

[AMALI 1] BIODIVERSITI

9

CIRI-CIRI MORFOLOGI

kebanyakan serangga lain, mentadak mempunyai tiga segmen badan iaitu kepala,

toraks dan abdomen.

Perbezaan ketara mentadak berbanding serangga lain adalah terdapatnya sepasang

kaki hadapan yang besar serta mempunyai tiga bahagian dan boleh diubah suai sama

ada berlipat mahupun mencapah.

Mentadak mempunyai dua pencengkam berduri pada hujung kaki hadapannya yang

membolehkannya menangkap mangsa dan mencengkamnya dengan kemas.

Mentadak betina mempunyai serkus yang besar dan kuat berbanding mentadak

jantan.

ADAPTASI SERANGGA TERHADAP PERSEKITARANNYA

Diet pemakanan mentadak mentadu adalah serangga-serangga lain. Selain dari itu

reptilia-reptilia dan burung-burung kecil juga tidak terkecuali menjadi sumber

makanan bagi mentadak mentadu yang lebih besar.

Mentadak mentadu boleh ditemui diseluruh dunia yang bersuhu sederhana sejuk dan

di kawasan yang mempunyai pelbagai tumbuh-tumbuhan.

Serangga ini juga banyak menghabiskan sebahagian besar kehidupan mereka di

kawasan kebun, hutan mahupun kawasan taman bunga.

Page 10: BIODIVERSITI JENIS-JENIS SERANGGA

[AMALI 1] BIODIVERSITI

10

NAMA SERANGGA : KUMBANG BUMBEL ( BUMBLEBEE )

NAMA SAINTIFIK : Bombus ruderatus

PENGKELASAN SAINTIFIK

Alam : Haiwan

Filum : Arthropoda

Kelas : Serangga

Order : Hymenoptera

Family : Apidae

Genus : Bombus

Species : B. Ruderatus

Page 11: BIODIVERSITI JENIS-JENIS SERANGGA

[AMALI 1] BIODIVERSITI

11

CIRI-CIRI MORFOLOGI

Kumbang Bumbel (Bumblebee) mempunyai lidah yang panjang dan berongga. Ia

menggunakan lidah untuk menghisap nektar daripada bunga. Ia menukarkan nektar

menjadi madu. Kumbang Bumbel juga menjadikan debunga sebagai makanan. Ia

membawa pulang debunga dalam „bakul‟ di belakang kaki. Bombus Terrestris

merupakan salah satu spesies Kumbang Bumbel yang berasal dari Eropah.

Ratu lebah mempunyai panjang dalam 2 hingga 2.7cm, manakala lebah pekerja

adalah 1 ½ hingga 2cm. Bombus Terrestris ini mempunyai abdomen putih pada

bahagian ekor. Lebah ini boleh menunjuk jalan kembali ke sarang sejauh 13

kilometer, walaupun ianya mengambil masa 5km dari sarang mereka. Lebah

mempunyai enam kaki dan dua pasang kepak.

Kepala lebah dengan

lidah di dalam dan di

luar

Page 12: BIODIVERSITI JENIS-JENIS SERANGGA

[AMALI 1] BIODIVERSITI

12

Lebah menghasilkan lilin di dalam badan. Ia menggunakan lilin tersebut untuk

membina sarang. Lebah menutup telur dengan lilin serta membuat belanga untuk

menyimpan madu. Lebah mempunyai sengat untuk melindungi diri. Lebah tidak

akan menggunakan sengatnya kecuali diganggu.

ADAPTASI SERANGGA TERHADAP PERSEKITARANNYA

Kumbang bumbel (bumblebee) menggunakan lidah yang panjang untuk dan

berongga untuk menghisap nektar yang terdapat pada bunga. Ia menukarkan nektar

menjadi madu. Manusia menggunakan madu yang dihasilkan oleh lebah sabagai

sumber makanan dan perubatan.

Lebah melindungkan diri dengan sengat pada bahagian ekor. Namun begitu,

sesetengah musuh lebah terlalu besar seperti beruang. Beruang menjadikan madu

dan tempayak sebagai makanan. Lebah tidak dapat menyengat beruang kerana bulu

binatang in tebal. Lebah tidak akan menggunakan sengat sekiranya tidak terancam.

Manusia seringkali disengat lebah kerana mengganggu tempat tinggalnya untuk

mengambil madu.

Propolis atau pelekat lebah diperbuat daripada resin, balsam dan sap pokok. Spesies-

spesies lebah yang bersarang dalam rongga pokok menggunakan propolis untuk

menutupi rekahan pada sarang. Lebah Apis florea menggunakan propolis sebagai

pertahanan daripada ancaman semut dengan menyaluti dahan pokok yang mana

tergantungnya sarang untuk membentuk parit yang melekit. Propolis digunakan oleh

manusia sebagai suplemen kesihatan dan juga sebagai bahan kosmetik.

Sengat pada ekor

lebah Lebah membuat

“belanga madu”

Page 13: BIODIVERSITI JENIS-JENIS SERANGGA

[AMALI 1] BIODIVERSITI

13

NAMA SERANGGA : PEPATUNG JARUM

NAMA SAINTIFIK : Ischnura heterosticta

PENGKELASAN SAINTIFIK

Alam : Haiwan

Filum : Arthropoda

Kelas : Serangga

Order : Odonata

Keluarga : Coenagrionidea

Genus : Ischnura

Spesis : Heterosticta

Page 14: BIODIVERSITI JENIS-JENIS SERANGGA

[AMALI 1] BIODIVERSITI

14

CIRI-CIRI MORFOLOGI

ADAPTASI SERANGGA TERHADAP PERSEKITARANNYA

Di Eropah, pepatung selalu dianggap sebagai satu ancaman. Di sebahagian negara

Amerika Selatan, pepatung juga dipanggilmetacaballo yang bermaksud pembunuh

kuda memandangkan ia dilihat boleh mendatangkan bahaya kerana sesetengah

spesies adalah sangat besar untuk dikategorikan sebagai serangga.

Walau bagaimanapun, pepatung mempunyai reputasi yang lebih baik di Asia Timur

dan pedalaman Amerika.

Di pedalaman Amerika, ia dipercayai sebagai simbol perubahan selepas berusaha

bersungguh-sungguh melakukan sesuatu.

Di negara Jepun pula, pepatung dianggap sebagai lambang keberanian, kekuatan dan

kegembiraan, malah ia sering dipersembahkan dalam seni dan kesusasteraan

terutamanya haiku.

Pepatung juga pernah digunakan sebagai ubat pada zaman dahulu di

negara China dan Jepun.

Di sebahagian kawasan di Bumi seperti di Indonesia, ia juga merupakan sumber

makanan yang dimakan sama ada dewasa ataupun larva.

Page 15: BIODIVERSITI JENIS-JENIS SERANGGA

[AMALI 1] BIODIVERSITI

15

NAMA SERANGGA : KUMBANG KURA-KURA

NAMA SAINTIFIK : Coccinella septempunctata

PENGKELASAN SAINTIFIK :

Alam :Haiwan

Filum :Arthropoda

Kelas : Serangga

Order : Coleoptera

Keluarga : Coccinellidae

Genus : Coccinellidea

Spesies : Septempunctata

Page 16: BIODIVERSITI JENIS-JENIS SERANGGA

[AMALI 1] BIODIVERSITI

16

CIRI-CIRI MORFOLOGI

Kumbang kura-kura adalah sejenis kumbang kecil yang kebiasaannya berwarna

merah, jingga atau kuning.

Badan kumbang kura-kura berbintik-bintik hitam.

Tubuh kumbang kura-kura terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu kepala, toraks dan

abdomen.

Kepala memiliki beberapa deria, sepasang antena, sepasang mata dan pronotum.

ADAPTASI SERANGGA TERHADAP PERSEKITARANNYA

Kumbang dapat dikenali daripada ciri sayap hadapan yang tebal dan keras dimana

berfungsi untuk melindungi sayap belakang yang nipis apabila tidak melakukan

penerbangan.

Sewaktu terbang sayap belakang yang digunakan, manakala sayap hadapan terbuka

dan terentang tidak digunakan.

Alat mulut kumbang terdiri daripada mandibel yang kuat, digunakan untuk

menggigit, mengerat atau mengunyah makanan.

Kumbang kura-kura boleh didapati di pelbagai habitat daratan mahupun akuatik.

Dapat ditemui di seluruh dunia dengan lebih daripada 5,000 spesies telah

dikelaskan.

Page 17: BIODIVERSITI JENIS-JENIS SERANGGA

[AMALI 1] BIODIVERSITI

17

NAMA SERANGGA : LIPAS AMERIKA

NAMA SAINTIFIK :Periplaneta americana

PENGKELASAN SAINTIFIK:

Alam : Haiwan

Filum : Arthropoda

Kelas : Serangga

Order : Blattodea

Keluarga : Blattidae

Genus : Periplaneta

Spesis : americana

Page 18: BIODIVERSITI JENIS-JENIS SERANGGA

[AMALI 1] BIODIVERSITI

18

CIRI-CIRI MORFOLOGI

Page 19: BIODIVERSITI JENIS-JENIS SERANGGA

[AMALI 1] BIODIVERSITI

19

ADAPTASI SERANGGA TERHADAP PERSEKITARANNYA

Walaupun ini ialah lipas-lipas luar, mereka akan berhijrah di dalam dengan

merangkak atau terbang masuk ke struktur-struktur. Mereka boleh juga memasuki

melalui paip saluran air.

Pokok-pokok atau semak terletak di samping bangunan-bangunan atau pohon

dengan cabang menjorok atap memudahkan kemasukan lipas ini ke dalam rumah.

Kitaran hayat lipas Amerika purata kira-kira 600 hari dan setiap betina dewasa boleh

menghasilkan anggaran 150 anak dalam hayatnya.

Kedua-dua jantan dan betina boleh terbang. Lipas Amerika omnivor dan akan

makan hampir apa-apa jua. Ia lebih menyukai gula-gula dan telah diperhatikan

makan kertas, kasut, rambut, roti, buah dan serangga-serangga mati lain.

Habitat asal mereka adalah panas dan lembap , tetapi mereka telah menyesuaikan

diri dengan iklim yang lebih sejuk dengan baki di tempat-tempat yang lebih panas

seperti bangunan , gudang dan rumah. Habitat:Lipas Amerika sering ditemui

tinggal di dalam serta di luar rumah.

Orang dewasa makan makanan lembab. Ini boleh menjadi makanan manusia ,

makanan haiwan atau bahan organik lain yang boleh dimakan . Kerana mereka

makan makanan yang sama seperti manusia dan haiwan peliharaan , mereka

dianggap perosak komersial dan peribadi yang besar.

Betina bertelur kira-kira sedozen pada satu masa dan kemudian membawa mereka di

belakang mereka selama beberapa hari , memunggah mereka di kawasan gelap di

mana telur boleh menetas terganggu. Nimfa ( juvana ) kelihatan seperti versi yang

lebih kecil daripada orang dewasa dan boleh mengambil masa sehingga setahun

untuk membesar kepada saiz penuh. Jangka hayat betina adalah sekurang-kurangnya

setahun yang lama.

Kebanyakan lipas melarikan diri untuk perlindungan apabila tiba-tiba diterangi ,

bagaimanapun, mereka akan merangkak dan meneroka kawasan dan bilik-bilik

dengan lampu. Serangan lipas adalah masalah biasa di rumah, pangsapuri dan

gudang makanan. Penghapus Profesional adalah sangat membantu dalam membasmi

mereka dari premis itu.

Page 20: BIODIVERSITI JENIS-JENIS SERANGGA

[AMALI 1] BIODIVERSITI

20

NAMA SERANGGA : NYAMUK AEDES

NAMA SAINTIFIK : Aedes albopictus

PENGKELASAN SAINTIFIK

Alam : Haiwan

Filum : Arthropoda

Kelas : Serangga

Order :Diptera

Keluarga :Culicidae

Genus :Aedes

Spesies :Albopictus

Page 21: BIODIVERSITI JENIS-JENIS SERANGGA

[AMALI 1] BIODIVERSITI

21

CIRI-CIRI MORFOLOGI

ADAPTASI SERANGGA TERHADAP PERSEKITARAN

Nyamuk Aedes Albopictus (Stegomyia albopicta), sejenis nyamuk keluarga

(Culicidae), bercirikan kaki belang hitam putih, dan badan kecil berbelang hitam

putih.

Ia berasal di kawasan tropika dan separa tropika di Asia Tenggara. Bagaimanapun,

dalam tempoh beberapa abad kebelakangan ini spesies ini telah menceroboh banyak

negara di seluruh dunia melalui pengangkutan barangan dan peningkatan

pengembaraan antarabangsa. Nyamuk ini telah menjadi serangga perosak utama di

kebanyakan masyarakat kerana kaitan rapatnya dengan manusia (berbanding di

kawasan berpaya), dan biasanya terbang dan menghisap darah pada siang hari selain

pada subuh dan maghrib.

Dalam bahasa Inggeris, nyamuk ini dikenali sebagai nyamuk harimau kerana ciri

belangnya sama seperti belang harimau. Aedes albopictus merupakan vektor

epidemik penting bagi penyebaran banyak pantogen virus, termasuk virus Nil Barat,

Demam Kuning, St. Louis encephalitis, demam denggi, dan demam Chikungunya,

termasuk juga beberapa filarial nematodes seperti Dirofilaria immitis.

Page 22: BIODIVERSITI JENIS-JENIS SERANGGA

[AMALI 1] BIODIVERSITI

22

NAMA SERANGGA : Housefly / LALAT RUMAH

NAMA SAINTIFIK :Musca domestica

PENGKELASAN SAINTIFIK

Alam :Haiwan

Filum :Arthropoda

Kelas : Serangga

Order : Diptera

Keluarga :Muscidae

Genus : Musca

Spesis : Domestica

CIRI-CIRI MORFOLOGI SERANGGA

Page 23: BIODIVERSITI JENIS-JENIS SERANGGA

[AMALI 1] BIODIVERSITI

23

English: Anatomy of a housefly with numbers

I: head; II: thorax III: abdomen. — 1: prescutum 2: anterior spiracle 3: scutum 4: basicosta

5: calypters 6: scutellum 7: wing vein 8: wing 9: abdominal segment 10: haltere 11:

posterior spiracle 12: femur 13: tibia 14: spur 15: tarsus 16: propleuron 17: prosternum 18:

mesopleuron 19: mesosternum 20: metapleuron 21: metasternum 22: compound eye 23:

arista 24: antenna 25: maxilary palps 26: labium 27: labellum 28: pseudotracheae 29: tip

Ini lalat rumah (juga terbang rumah , rumah -terbang atau lalat rumah biasa), Musca

domestica , adalah lalat suborder Cyclorrhapha itu. Ia adalah yang paling biasa semua lalat

domestik, kira-kira 91 % daripada semua lalat dalam bangunan yang didirikan oleh

Page 24: BIODIVERSITI JENIS-JENIS SERANGGA

[AMALI 1] BIODIVERSITI

24

manusia, dan memang salah satu serangga yang paling meluas , didapati di seluruh dunia. Ia

dianggap sebagai perosak yang boleh membawa penyakit yang serius kandungan

ADAPTASI SERANGGA TERHADAP PERSEKITARANNYA

Setiap lalat betina boleh meletakkan kira-kira 9,000 telur dalam masa hidup seorang

manusia, dalam beberapa kelompok kira-kira 75 kepada 150.

Telur berwarna putih dan kira-kira 1.2 mm panjang . Dalam sehari , larva ( ulat ) menetas

dari telur , mereka hidup dan memakan bahan organik (biasanya mati dan reput ), seperti

sampah , bangkai atau najis. Mereka adalah pucat putih, 3-9 mm panjang, nipis pada akhir

mulut, dan tidak mempunyai kaki. Kitaran hidup mereka adalah dari 14 jam kepada 36 jam.

Pada akhir instar ketiga mereka, ulat merangkak kepada, tempat yang kering sejuk dan

berubah menjadi pupae , kemerahan berwarna atau kira-kira 8 mm coklat dan panjang. Lalat

dewasa kemudian muncul dari pupae itu. Ini kitaran keseluruhan dikenali sebagai

metamorfosis lengkap. Orang dewasa hidup dari dua minggu ke satu bulan dalam keadaan

makmal benigna liar, atau lebih dalam . Setelah muncul dari pupae itu, lalat terhenti

tumbuh; . Lalat kecil tidak semestinya lalat muda, tetapi sebaliknya hasil daripada mendapat

makanan yang tidak mencukupi semasa peringkat larva

Lalat rumah pupae dibunuh oleh parasit larva tawon . Setiap pupa mempunyai satu lubang

di mana tawon dewasa tunggal muncul ; makan berlaku semasa peringkat larva tawon itu.

Ilustrasi lalat rumah yang Lalat bergantung kepada suhu panas ; . Secara amnya, lebih panas

suhu , lebih cepat lalat akan membangunkan penuaan

Lalat rumah adalah objek penyelidikan biologi , terutamanya kerana salah satu kualiti yang

luar biasa : mekanisme penentuan seks . Walaupun pelbagai mekanisme penentuan seks

wujud dalam alam semula jadi . Cara seks ditentukan biasanya tetap dalam satu spesies.

Walau bagaimanapun, lalat mempamerkan banyak mekanisme yang berbeza untuk

penentuan seks, seperti heterogamy jantan ( seperti kebanyakan serangga dan mamalia ),

heterogamy betina ( seperti burung ) dan kawalan ibu atas anak seks. Ini menjadikan lalat

salah satu spesis yang paling sesuai untuk mengkaji evolusi penentuan seks .

Lalat rumah memakan bahan-bahan cecair atau semiliquid sebelah bahan pepejal yang telah

dilembutkan oleh air liur atau muntah. Oleh kerana pengambilan besar mereka makanan,

Page 25: BIODIVERSITI JENIS-JENIS SERANGGA

[AMALI 1] BIODIVERSITI

25

mereka mendepositkan najis sentiasa, salah satu faktor yang membuat serangga pembawa

berbahaya patogen. Walaupun mereka lalat domestik , biasanya terhad kepada bangunan

yang didirikan oleh manusia, mereka boleh terbang untuk beberapa batu dari tempat

pembiakan itu.

Mereka aktif hanya pada waktu siang, dan berehat pada waktu malam, misalnya, di sudut-

sudut bilik , hiasan siling , bilik bawah tanah , dan kandang, di mana mereka boleh hidup

musim sejuk paling sejuk dengan hibernasi , dan apabila musim bunga tiba , lalat dewasa

dilihat hanya beberapa hari selepas cair pertama.

Page 26: BIODIVERSITI JENIS-JENIS SERANGGA

[AMALI 1] BIODIVERSITI

26

NAMA SERANGGA : SEMUT API

NAMA SAINTIFIK : Solenopsis invicta.

PENGKELASAN SAINTIFIK

Alam : Haiwan

Filum : Arthropoda

Kelas : Serangga

Order : Hymenoptera

Keluarga : Formicidae

Genus : Solenopsis

Spesis : Solenopsis Invicta

Page 27: BIODIVERSITI JENIS-JENIS SERANGGA

[AMALI 1] BIODIVERSITI

27

MORFOLOGI SEMUT API

ADAPTASI SEMUT API KEPADA PERSEKITARAN

Sarang semut api lazimnya di luar sarang dalam kawasan-kawasan tanah terdedah

atau halaman.

Serangan semut api boleh mencapai 30 untuk 100 pongsu ratu tunggal setiap ekar,

mengandungi sehingga 80,000 semut-semut. Mereka suka makanan protein tinggi,

tetapi akan memakan hampir semua tanaman atau bahan binatang.

Koloni semut api umumnya akan memiliki tanah jajahan mereka sendiri dan akan

mencari makanan di kawasan-kawasan yang ditetapkan.

Semut api merah yang biasanya akan membuat busut besar setinggi 0.6 meter.

Busut ini terlalu keras hinggakan ia boleh merosakkan jentera ladang. Beratus-ratus

ribu semut api mungkin mendiami satu busut. Jika manusia atau haiwan

mengganggu aktiviti dalam busut, semut api berduyun-duyun keluar menyerang

penceroboh.

Kebaikan semut api :

Page 28: BIODIVERSITI JENIS-JENIS SERANGGA

[AMALI 1] BIODIVERSITI

28

- Semut api memiliki peranan dalam ekosistem dengan menggali sejumlah besar

tanah menyebabkan terhasilnya nutrisi tanah. Dengan kuantitinya yang sangat

besar menyebabkan semut api sangat berperanan dalam biodiversity

(keanekaragaman bentuk hidup) dan dalam siklus energi pada suatu habitat.

- Semut api adalah makhluk yang dapat hidup hanya dengan berkelompok.

Mereka tidak dapat bertahan hidup sendirian .Semut api membentuk koloni yang

bersaiz daripada beberapa puluh individu pemangsa tinggal di rongga alamiah

kecil ke koloni besar berorganisasi yang menghuni satu kawasan besar dan

terdiri daripada jutaan individu. Koloni-koloni besar ini sebahagian besar ahlinya

merupakan semut betina tanpa sayap mandul yang membentuk kasta "pekerja",

"askar", atau kumpulan khusus lain. Koloni ini juga mempunyai semut jantan

subur yang dipanggil "dron" dan satu atau lebih semut betina sebur yang

dipanggil "ratu". Koloni-koloni ini kadangkala digambarkan sebagai

satu superorganisma kerana semut-semutnya kelihat seperti berfungsi sebagai

satu entiti bersatu, bekerja bersama-sama menyokong koloni.

Keburukan semut api :

- Gigitan semut api merah yang kecil boleh meninggalkan benjol kecil, bernanah,

gatal, yang mudah berjangkit.

- Semut api merupakan juga masalah utama dalam bidang pertanian tanaman

kerana menghancurkan dan menyerang hasil tanaman.

Page 29: BIODIVERSITI JENIS-JENIS SERANGGA

[AMALI 1] BIODIVERSITI

29

NAMA SERANGGA : ANAI-ANAI

NAMA SAINTIFIK :Coptotermis curvignathus

PENGKELASAN SAINTIFIK

Alam :Haiwan

Filum :Arthropoda

Kelas : Serangga

Order : Blattodea

Famili : Termitidae

Genus : Coptotermis

Spesis : Curvignathus

Page 30: BIODIVERSITI JENIS-JENIS SERANGGA

[AMALI 1] BIODIVERSITI

30

MORFOLOGI ANAI-ANAI

Page 31: BIODIVERSITI JENIS-JENIS SERANGGA

[AMALI 1] BIODIVERSITI

31

ADAPTASI ANAI-ANAI KEPADA PERSEKITARAN

Spesies anai-anai yang paling bersifat memusnah di Malaysia adalah daripada

sekumpulan yang dinamakan “Coptotermes.” Sarangnya terletak di bawah tanah.

Menurut Encyclopedia Britanicca,terdapat kira-kira 2,750 spesis anai-anai seluruh

dunia dan 10% daripada sepsis itu mendatangkan banyak kerosakan pada manusia.

Walaupun banyak kerosakan dilakukan oleh anai-anai, ia tidak patut dipersalahkan

kerana anai-anai adalah serangga hutan yang bergantung harap hidupnya dengan

menjadikan kayu-kayan sebagai makanan. Oleh kerana manusia telah menebas habis

hutan, tempat asal anai-anai maka ia sebagaimana biasa merayap dan mencari kayu

kayan yang kini terdiri daripada struktur bangunan serta bahan perabot manusia.

Keburukan :

Apabila anai-anai menjadi makhluk perosak, ia boleh menyebabkan banyak

kerosakan kerana ia hidup dalam koloni-koloni besar yang mengandungi banyak

ahli.

Anai-anai juga mungkin menyerang lebih daripada satu rumah. Ia juga boleh

menyerang bahagian atas bangunan-bangunan berbagai tingkat. Ini menyebabkan

kerosakan pada kayu di dalam rumah, tiangtiang kayu, pagar-pagar, kayu landas

kereta api, dan plastik yang digunakan untuk menebat wayar elektrik. Sesetengah

spesies boleh merosakkan atau membunuh pokok-pokok tanaman dan pokok-pokok

lain.

Walau bagaimanapun anai-anai jika tidak dikawal di rumah kita boleh

mendatangkan banyak kerugian apabila perabot serta struktur rumah kita

dimakannya.

Kebaikan:

Dalam alam sekitar terutamanya di dalam hutan anai-anai amat penting kerana ia

mencernakan cellulose kepada bahan yang boleh digunakan untuk menyokong

semula penumbuhan tumbuh-tumbuhan.

Kayu serta dedaun yang jatuh bertimbun-timbun di dalam hutan megambil masa

yang amat lama untuk dicernakan jika bukan dengan pertolongan anai-anai.

Tanpa anai-anai timbunan kayu serta daun mampu menimbus habis pokok-pokok di

hutan dan menyebabkan tumbuhan mati.

Page 32: BIODIVERSITI JENIS-JENIS SERANGGA

[AMALI 1] BIODIVERSITI

32

NAMA SERANGGA : KUTU KEPALA

NAMA SAINSTIFIK : Pediculus humanus

PENGKELASAN SAINTIFIK

Alam : Haiwan

Filum : Arthropoda

Kelas : Serangga

Order : Phthiraptera

Keluarga :Pediculidae

Genus : Pediculus

Spesies : Humanus

Page 33: BIODIVERSITI JENIS-JENIS SERANGGA

[AMALI 1] BIODIVERSITI

33

CIRI-CIRI MORFOLOGI

ADAPTASI SERANGGA TERHADAP PERSEKITARAN

Kutu kepala adalah sejenis parasit penghisap darah yang biasanya hidup dibahagian

kepala.

Kutu betina mampu bertelur enam biji sehari. Telur ini selalunya melekat dengan

kuat pada rambut. Telur-telur ini akan menetas selepas lebih kurang 8 hari.

Kutu kepala merebak dengan cepat melalui sentuhan terus dengan rambut yang

bermasalah.

.Ia juga melompat ke kepala melalui berus atau sikat rambut, topi, bantal dan tuala.

Page 34: BIODIVERSITI JENIS-JENIS SERANGGA

[AMALI 1] BIODIVERSITI

34

Page 35: BIODIVERSITI JENIS-JENIS SERANGGA

[AMALI 1] BIODIVERSITI

35

KEKUNCI DIKOTOMI SERANGGA

1 a Bersayap 2

b Tidak bersayap 9

2 a Sayap Bersarung 3

b Sayap membrane nipis 6

c Sayap Bersisik Kupu-kupu

d Sayap panjang dan nipis Pepatung

3 a Sayap bersarung keras Kumbang Kura-kura

b Sayap bersarung nipis 4

4 a Sayap bersarung nipis dan mempunyai antenna panjang Lipas Amerika

b Sayap bersarung nipis dan mempunyai antenna pendek 5

5 a Sayap bersarung nipis dan mempunyai antenna pendek

serta mempunyai 3 pasang kaki panjang

Mendatak

b Sayap bersarung nipis dan mempunyai antenna pendek

serta mempunyai sepasang kaki paanjang

Belalang

6 a Sayap membrane nipis dan badan berbulu Lebah

b Sayap membrane nipis dan badan tidak berbulu 7

7 a Sayap membrane nipis dan badan tidak berbulu serta

mempunyai penyengat

Semut Api

b Sayap membrane nipis dan badan tidak berbulu serta tidak

mempunyai penyengat

8

8 a Sayap membrane nipis dan badan tidak berbulu serta tidak

mempunyai penyengat. Badan berbelang

Nyamuk

b Sayap membrane nipis dan badan tidak berbulu serta tidak

mempunyai penyengat. Badan tidak berbelang.

Lalat

9 a Tidak bersayap Bersaiz besar Anai-anai

b Tidak bersayap Bersaiz kecil Kutu

Page 36: BIODIVERSITI JENIS-JENIS SERANGGA

[AMALI 1] BIODIVERSITI

36

BIBLIOGRAFI

John Sheridan.(1995). Ants.Ants.Ants. New Zealand.: Applecross Ltd.

Jinny Johnson (1995).Bugs acloser look at the world’s tiny creatures.Cherrytree Press

Limited

Hannah E. Glease (1995)Lebah. Kuala Lumpur: Pelangi Sdn. Bhd

Melissa Wong (2002) Insects world.Selangor : Penerbit Femina.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Adaptasi, dicapai pada 20 Mac 2014

http://ms.wikipedia.org/wiki/Anai-anai dicapai pada 20 Mac 2014