sazatul nadhirah zakaria terus sumbang pingat file10 uniten 2 0 2 4 pasukan hoki wanita utm serta...

4
Bil.6 BULETIN SUKIPT 2014 - FASA 1 Sabtu, 8 Feb 2014 Stadium UiTM, Shah Alam - Atlet dari Pasukan Memanah UTM, Sazatul Nadhirah Zakaria terus menambah koleksi pingat peribadi kejohanan dan kontinjen UTM apabila memperolehi pingat gangsa menerusi acara Olimpik Individu. SAZATUL NADHIRAH ZAKARIA TERUS SUMBANG PINGAT CARTA PUNGUTAN PINGAT SUKIPT 2014 KED KONTIGEN E P G JUM 1 UITM 20 12 5 37 2 UPM 17 13 16 46 3 UNIMAP 7 2 2 11 4 UM 5 1 2 8 5 UTM 5 0 2 7 6 UTAR 4 0 0 4 7 USM 3 2 1 6 8 UMS 2 6 7 15 9 UNISZA 2 2 3 7 10 UNITEN 2 0 2 4 Pasukan Hoki Wanita UTM serta UPM bakal berentap pada pentas akhir SUKIPT 2014 selepas kedua-dua pasukan meraih kemenangan pada aksi separuh akhir di Stadium Hoki KPM, Lembah Pantai, sekali gus mengulangi aksi final Karnival Sukan MASUM tahun lalu. Peluang kini terbuka luas untuk UTM membalas dendam kekalahan di tangan UPM tahun lalu. Terdahulu, pada aksi perlawanan suku akhir, UTM berjaya mengetepikan cabaran dari Politeknik Kedah setelah menang 2-0. Walaupun berdepan cabaran sengit dari UPSI pada aksi separuh akhir, namun belum mampu menghalang UTM untuk melangkah ke final dengan bergaya setelah mencatat kemenangan 1-0. MISI BALAS DENDAM. UTM, UPM BERENTAP DI FINAL

Upload: others

Post on 08-Sep-2019

9 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Bil.6 BULETIN SUKIPT 2014 - FASA 1 Sabtu, 8 Feb 2014

Stadium UiTM, Shah Alam - Atlet dari Pasukan Memanah UTM, Sazatul Nadhirah Zakaria terus menambah koleksi pingat peribadi kejohanan dan kontinjen UTM apabila memperolehi pingat gangsa menerusi acara Olimpik Individu.

SAZATUL NADHIRAH ZAKARIA TERUS SUMBANG PINGAT

CARTA PUNGUTAN PINGAT SUKIPT 2014

KED KONTIGEN E P G JUM

1 UITM 20 12 5 37

2 UPM 17 13 16 46

3 UNIMAP 7 2 2 11

4 UM 5 1 2 8

5 UTM 5 0 2 7

6 UTAR 4 0 0 4

7 USM 3 2 1 6

8 UMS 2 6 7 15

9 UNISZA 2 2 3 7

10 UNITEN 2 0 2 4

Pasukan Hoki Wanita UTM serta UPM bakal berentap pada pentas akhir SUKIPT 2014 selepas kedua-dua pasukan meraih kemenangan pada aksi separuh akhir di Stadium Hoki KPM, Lembah Pantai, sekali gus mengulangi aksi final Karnival Sukan MASUM tahun lalu. Peluang kini terbuka luas untuk UTM membalas dendam kekalahan di tangan UPM tahun lalu. Terdahulu, pada aksi perlawanan suku akhir, UTM berjaya mengetepikan cabaran dari Politeknik Kedah setelah menang 2-0. Walaupun berdepan cabaran sengit dari UPSI pada aksi separuh akhir, namun belum mampu menghalang UTM untuk melangkah ke final dengan bergaya setelah mencatat kemenangan 1-0.

MISI BALAS DENDAM. UTM, UPM BERENTAP DI FINAL

2 Bil. 6 Sabtu, 8 Feb 2014

SIDANG REDAKSI

Penasihat

Tn. Hj. Abdul Malik bin Hj Abdul Ghani

Penyelaras Penerbitan

En. Armadi Ahmad

Pengarang En. Ridzuan Norazlan En. Muhamad Zuhairi

Pengarah Sukan

Tn. Haji Abdul Malik bin Haji Abdul Ghani

Ketua Kontinjen

En. Armadi bin Ahmad

Timbalan Ketua Kontinjen Pn. Rodiah Kasiran

Ketua Sekretariat

Pn.Rahmah bt Yusak

Pengangkutan En. Nazri Hisam Hussain

Sekretariat

En. Ridzuan Norazlan

Kebajikan En. Azman Jamalludin

Penginapan

En.Abd Afiq Abd Wahab

BOLA JARING UTM HAMPIRI KEJUARAAN

Pasukan Bola Jaring Wanita UTM mempamerkan aksi juara apabila mudah mara ke pentas akhir SUKIPT 2014 setelah membelasah Politeknik Kedah dengan jaringan 47-15 pada peringkat separuh akhir. Walaubagaimanapun, UTM terpaksa berhempas pulas sebelum mencatat kemenangan ketika menentang UPM pada peringkat suku akhir. UTM mengatasi UPM dengan keputusan 27-25. Menanti UTM di pentas final adalah pasukan tuan rumah, UiTM. Ini sekali gus mengulangi aksi pentas final Karnival Sukan MASUM tahun lalu.

3 Bil. 6 Sabtu, 8 Feb 2014

Dewan Agong Tuanku Canselor, UITM Shah Alam - Atlet harapan bagi pasukan Takewondo, Iezzat Emeer bin Affandi untuk menyumbangkan emas kepasa Kontinjen UTM musnah apabila beliau tewas di peringkat Suku Akhir di tangan UTP dengan keputusan 14-12. Nasib yang sama dialami oleh rakan seperjuangan beliau, Ieqmal Emeer bin Affandi apabila tewas di pusingan pertama kepada UniTEN dengan keputusan 11-10.

Sunway Mega Lanes @ Sunway Pyramid - Pemain Boling UTM menduduki Tempat Ke-6 keseluruhan bagi kategori Bergu Lelaki.

BERGU WANITA DAN TRIPLE LELAKI LAYAK KE SEPARUH AKHIR

Stadium Tertutup Boling Padang Bayuemas, Klang - Pasukan Boling Padang UTM sekali lagi mempamerkan aksi cemerlang apabila layak ke peringkat Separuh Akhir bagi acara Bergu Wanita setelah menumpaskan UMT dengan keputusan 12-8. Turut layak ke peringkat separuh akhir adalah Pasukan Lelaki bagi acara Triple setelah berjaya menewaskan UPM dengan pungutan mata 7-4. Perlawanan Separuh Akhir akan berlangsung pada 10 Februari 2014.

BERGU LELAKI TEMPAT KE-6

HARAPAN TINGGAL HARAPAN BAGI PASUKAN TAEKWONDO

Aksi Atlet Taekwondo UTM, Ieqmal Emeer bin Affandi ketika menentang atlet dari UNITEN

Pasangan Bergu Tenpin Boling UTM

3 Bil. 6 Sabtu, 8 Feb 2014

JADUAL PERLAWANAN MELIBATKAN ATLET UTM HARI 5 (9 FEBRUARI 2014), SUKIPT 2014

BIL PERMAINAN LAWAN WAKTU TEMPAT PERINGKAT KEPUTUSAN

1 BOLA JARING UTM vs UITM 1600 DEWAN SERBAGUNA

PUSAT SUKAN, UM AKHIR

2 BOLA TAM-

PAR (L) UTM vs PSAS 1015

DEWAN MBSA SEKSY-EN 19

SUKU AKHIR

3 BOLA TAM-

PAR W) UTM vs TAR 1015 SUKU AKHIR

4 CATUR 0830-1030 POLISAS PUSINGAN 11

5 HOKI (W) UTM vs UPM 1000 STADIUM HOKI KPM,

LEMBAH PANTAI AKHIR

6 BOLING PA-

DANG

(M SINGLE) 0900

BAYUEMAS, KLANG SEPARUH AKHIR

(W SINGLE) 0900

7 MEMANAH PUSINGAN OLIMPIK

BERPASUKAN CAMPU-RAN

0900-1200 STADIUM UiTM

8 OLAHRAGA 3000M LARI

BERHALAGAN (L) 0945

STADIUM SAINS SUKAN, UM ARENA,

UM AKHIR

9 TAEKWONDO KYORUGI - BANTAM DEWAN AGONG TUANKU

CANSELOR, UITM KALAH MATI