Bil.6 BULETIN SUKIPT 2014 - FASA 1 Sabtu, 8 Feb 2014
Stadium UiTM, Shah Alam - Atlet dari Pasukan Memanah UTM, Sazatul Nadhirah Zakaria terus menambah koleksi pingat peribadi kejohanan dan kontinjen UTM apabila memperolehi pingat gangsa menerusi acara Olimpik Individu.
SAZATUL NADHIRAH ZAKARIA TERUS SUMBANG PINGAT
CARTA PUNGUTAN PINGAT SUKIPT 2014
KED KONTIGEN E P G JUM
1 UITM 20 12 5 37
2 UPM 17 13 16 46
3 UNIMAP 7 2 2 11
4 UM 5 1 2 8
5 UTM 5 0 2 7
6 UTAR 4 0 0 4
7 USM 3 2 1 6
8 UMS 2 6 7 15
9 UNISZA 2 2 3 7
10 UNITEN 2 0 2 4
Pasukan Hoki Wanita UTM serta UPM bakal berentap pada pentas akhir SUKIPT 2014 selepas kedua-dua pasukan meraih kemenangan pada aksi separuh akhir di Stadium Hoki KPM, Lembah Pantai, sekali gus mengulangi aksi final Karnival Sukan MASUM tahun lalu. Peluang kini terbuka luas untuk UTM membalas dendam kekalahan di tangan UPM tahun lalu. Terdahulu, pada aksi perlawanan suku akhir, UTM berjaya mengetepikan cabaran dari Politeknik Kedah setelah menang 2-0. Walaupun berdepan cabaran sengit dari UPSI pada aksi separuh akhir, namun belum mampu menghalang UTM untuk melangkah ke final dengan bergaya setelah mencatat kemenangan 1-0.
MISI BALAS DENDAM. UTM, UPM BERENTAP DI FINAL
2 Bil. 6 Sabtu, 8 Feb 2014
SIDANG REDAKSI
Penasihat
Tn. Hj. Abdul Malik bin Hj Abdul Ghani
Penyelaras Penerbitan
En. Armadi Ahmad
Pengarang En. Ridzuan Norazlan En. Muhamad Zuhairi
Pengarah Sukan
Tn. Haji Abdul Malik bin Haji Abdul Ghani
Ketua Kontinjen
En. Armadi bin Ahmad
Timbalan Ketua Kontinjen Pn. Rodiah Kasiran
Ketua Sekretariat
Pn.Rahmah bt Yusak
Pengangkutan En. Nazri Hisam Hussain
Sekretariat
En. Ridzuan Norazlan
Kebajikan En. Azman Jamalludin
Penginapan
En.Abd Afiq Abd Wahab
BOLA JARING UTM HAMPIRI KEJUARAAN
Pasukan Bola Jaring Wanita UTM mempamerkan aksi juara apabila mudah mara ke pentas akhir SUKIPT 2014 setelah membelasah Politeknik Kedah dengan jaringan 47-15 pada peringkat separuh akhir. Walaubagaimanapun, UTM terpaksa berhempas pulas sebelum mencatat kemenangan ketika menentang UPM pada peringkat suku akhir. UTM mengatasi UPM dengan keputusan 27-25. Menanti UTM di pentas final adalah pasukan tuan rumah, UiTM. Ini sekali gus mengulangi aksi pentas final Karnival Sukan MASUM tahun lalu.
3 Bil. 6 Sabtu, 8 Feb 2014
Dewan Agong Tuanku Canselor, UITM Shah Alam - Atlet harapan bagi pasukan Takewondo, Iezzat Emeer bin Affandi untuk menyumbangkan emas kepasa Kontinjen UTM musnah apabila beliau tewas di peringkat Suku Akhir di tangan UTP dengan keputusan 14-12. Nasib yang sama dialami oleh rakan seperjuangan beliau, Ieqmal Emeer bin Affandi apabila tewas di pusingan pertama kepada UniTEN dengan keputusan 11-10.
Sunway Mega Lanes @ Sunway Pyramid - Pemain Boling UTM menduduki Tempat Ke-6 keseluruhan bagi kategori Bergu Lelaki.
BERGU WANITA DAN TRIPLE LELAKI LAYAK KE SEPARUH AKHIR
Stadium Tertutup Boling Padang Bayuemas, Klang - Pasukan Boling Padang UTM sekali lagi mempamerkan aksi cemerlang apabila layak ke peringkat Separuh Akhir bagi acara Bergu Wanita setelah menumpaskan UMT dengan keputusan 12-8. Turut layak ke peringkat separuh akhir adalah Pasukan Lelaki bagi acara Triple setelah berjaya menewaskan UPM dengan pungutan mata 7-4. Perlawanan Separuh Akhir akan berlangsung pada 10 Februari 2014.
BERGU LELAKI TEMPAT KE-6
HARAPAN TINGGAL HARAPAN BAGI PASUKAN TAEKWONDO
Aksi Atlet Taekwondo UTM, Ieqmal Emeer bin Affandi ketika menentang atlet dari UNITEN
Pasangan Bergu Tenpin Boling UTM
3 Bil. 6 Sabtu, 8 Feb 2014
JADUAL PERLAWANAN MELIBATKAN ATLET UTM HARI 5 (9 FEBRUARI 2014), SUKIPT 2014
BIL PERMAINAN LAWAN WAKTU TEMPAT PERINGKAT KEPUTUSAN
1 BOLA JARING UTM vs UITM 1600 DEWAN SERBAGUNA
PUSAT SUKAN, UM AKHIR
2 BOLA TAM-
PAR (L) UTM vs PSAS 1015
DEWAN MBSA SEKSY-EN 19
SUKU AKHIR
3 BOLA TAM-
PAR W) UTM vs TAR 1015 SUKU AKHIR
4 CATUR 0830-1030 POLISAS PUSINGAN 11
5 HOKI (W) UTM vs UPM 1000 STADIUM HOKI KPM,
LEMBAH PANTAI AKHIR
6 BOLING PA-
DANG
(M SINGLE) 0900
BAYUEMAS, KLANG SEPARUH AKHIR
(W SINGLE) 0900
7 MEMANAH PUSINGAN OLIMPIK
BERPASUKAN CAMPU-RAN
0900-1200 STADIUM UiTM
8 OLAHRAGA 3000M LARI
BERHALAGAN (L) 0945
STADIUM SAINS SUKAN, UM ARENA,
UM AKHIR
9 TAEKWONDO KYORUGI - BANTAM DEWAN AGONG TUANKU
CANSELOR, UITM KALAH MATI