pasukan puteri islam

12

Upload: yim-gian-song

Post on 25-Jan-2016

55 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

...

TRANSCRIPT

Page 1: Pasukan Puteri Islam
Page 2: Pasukan Puteri Islam

Aku hanya hamba ALLAH yang lemah. Aku hanyalah wanita akhir zaman yang terpaksa menempuh pelbagai dugaan akhir zaman. Kadangkala, aku malu dengan segelintir wanita seagamaku, aku lelah untuk menjaga malunya dia. Lalu aku yang menjadi malu kerana gagal untuk menegakkan agamaku sendiri.

Ya ALLAH, kuatkanlah imanku ya ALLAH. Kuatkanlah aku untuk menegakkan agamaku ya ALLAH. Sebelum itu, ampunkanlah semua dosa muslimin dan muslimat di muka bumi ini Ya ALLAH. Janganlah putuskan rezeki dan kurniaan kepadaku ya ALLAH. Jodohkan aku dengan orang yang beriman. Tempatkan daku, ibubapaku, datuk nenekku, sahabat-sahabatku, guru-guruku ke dalam syurgamu.

Amin..

Page 3: Pasukan Puteri Islam
Page 4: Pasukan Puteri Islam
Page 5: Pasukan Puteri Islam
Page 6: Pasukan Puteri Islam

2015 Masihi

1436 Hijrah

2014 Masihi

1435 HijrahBismillahirrahmanirrahim.

Bermulanya tahun 2015 masihi, jadikanlah kami semua umatmu yang sentiasa di jalan yang benar. Semoga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya, semoga banyak dosa yang dapat kami hindarkan dan banyak pahala yang kami kerjakan.

“asyhadu an la ila ha illAllah, Wa asyhaduan na muhammadur rasulullah”

Page 7: Pasukan Puteri Islam

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:”Allah mengutuk wanita yang bertatu atau minta ditatu, wanita yang mencukur alis dan mereka yang meminta dicukur alis mereka, wanita yang membentuk giginya agar kelihatan cantik dan mereka yang mengubah ciptaan Allah.”-Riwayat Ibnu Mas’ud

Page 8: Pasukan Puteri Islam

Ketika kelahiran Nabi saw, menjadi kebiasaan kepada para ibu dari bangsa Arab Badwi yang tinggal jauh di pendalaman, datang ke kota Mekah untuk mencari bayi-bayi yang baru dilahirkan dususukan dan dipelihara. Ini kerana para ister-isteri pembesar Mekah selalunya akan mengupah ibu susuan dari desa untuk menyusu anak-anak mereka dan juga memelihara mereka setelah mereka melahirkan anak.

Mereka berduyun-duyun datang ke Mekah untuk mencari anak-anak yang baru dilahirkan. Terutamanya anak-anak pembesar Mekah. kerana upahnya yang lumayan. Malang kepada Aminah kerana dia telah kematian suami, iaitu Abdullah, berita itu telah tersebar hingga ke seluruh tempat. Maka wanita desa yang datang untuk menawarkan perhidmatan tidak singgah lansung ke rumah Aminah, kerana mereka tahu tidak akan ada upah diberi jika mereka susukan anaknya. 

Dan ketika harapan untuk Aminah hampir pudar, datanglah seorang wanita dari pendalaman iaitu dari perkampungan Bani Saad ke rumah Aminah. Wanita itu ialah Halimah binti Abu Zu'aib as-Sa'adiah yang lebih terkenal dengan nama Halimatus Sa'adiah. Dia juga merupakan isteri kepada al-Harith bin Abdul Uzza (Abu Kabsyah). Ketika semua wanita desa berebut-rebut mencari anak-anak pembesar Quraisy yang kaya. Halimatus Sa'adiah hanya melihat kerana dia seorang yang sangat lemah lembut dan penyabar. Ketika dia merayau-rayau di sekitar kota Mekah, akhirnya sampai lah dia di depan rumah Abdul Muttalib.

Pertama kali dia melihat anak kecil yang sangat comel dan sihat itu dengan tidak berpikir panjang terus dia menyatakan Hasratnya kepada Aminah dan Aminah pun bersetuju untuk memberi Nabi kepada Halimatus Sa'adiah untuk disusukan dan dipelihara. Halimatus Sa'adiah membawa Nabi pulang ke kampungnya iaitu di perkampungan Badwi Bani Saad bin Bakar yang terletak di antara kota Mekah dan Taif.

Sebelum Halimatus Sa'adiah mengambil Nabi saw, Ibunya iaitu Aminah sempat menyusukan Baginda selama lebih kurang seminggu, selepas itu Nabi disusukan pula oleh hamba Abu Lahab, Thuwaibah al-Aslamiyyah.

Thuwaibah juga menjadi ibu susu kepada bapa saudara Nabi iaitu Hamzah bin Abdul Muttalib, dan juga Abdullah bin Abdul Asad al-Makhzumi (sepupu Baginda) Anak kepada Birrah binti Abdul Muttalib.

Dalam perjalanan ke perkampungan Bani Saad dari Mekah, pelbagai perkara yang menakjubkan berlaku kepada keluarga Halimatus Sa'adiah.

Halimatus Sa'adiah bercerita;

"Tahun itu tahun kemarau. Tidak ada satu pun yang tinggal kepada kami, Saya berangkat bersama suami dan seorang anak, berangkat menyertai ibu-ibu lain. dengan menunggang keldai yang keputihan selain dari itu kami juga membawa seekor unta tua yang tidak lagi mengeluarkan susu walaupun setitik. Kami tidak dapat tidur kerana keadaan itu membuatkan anak saya sering menangis kelaparan keran tiasa susu. Air susu saya tidak lagi dapat mengenyangkannya, susu unta juga tidak ada."

"pada malam itu saya berangkat dengan menunggangi keldai saya yang cepat lelah kerana kurus dan lemah. Akhirnya sampai lah kami ke Mekah untuk mencari anak yang akan disusukan. Sebenarnya Rasulullah saw di tawarkan kepada setiap ibu-ibu yang lain, tetapi semua menolaknya, kerana anak itu anak yatim."

"Saya pun berkatalah dalam diri saya. Demi Allah! saya mesti mengambil anak yatim tersebut, biarlah saya ambil dia."

perkara itu pun dipersetujui oleh suami Halimatus Sa'adiah.

"Tiada apa yang mendorong saya untuk mengambilnya kerana tidak ada anak lain untuk disusukan. saya pun mengambil cucu Abdul Muttalib itu dan meletakkan di pangkuan saya, Dia terus menyusu minum sampai sepuas-puasnya. Saudara sesusu Nabi (anak Halimatus Sa'adiah) pun turut menikmati susu saya hingga kenyang kemudian keduanya terus tidur. padahal sebelum itu saya kekeringan susu."

"Suami saya pergi ke tempat unta kami, dilihatnya unta kurus itupun sudah penuh dengan susu. Lalu diperahnya dan dibawa pulang. Kami pun dapat tidur malam itu dengan nyenyak. Suami saya berkata pada saya."

"Percayalah Halimah. Demi Allah! Bahawa engkau sudah mengambil anak yang berkat sekali."

"Demikianlah kamipun menuju ke tempat kediaman kami bersama dengan Muhammad. Demi Allah! perjalanan kami amat cepat sekali. Tidak ada himar teman-teman saya yang dapat mengikuti perjalanan kami. Sehingga mereka berkata."

"Wahai Halimah! Kasihanilah sedikit kepada kami. Bukankah ini himar engkau yang kelmarin yang engkau bawa ke Mekah?"

 "ya. "

"Demi Allah! Tentu ada sesuatu yang terjadi."

"Demikianlah kami sampai di perkampungan Bani Saad. Saya tidak tahu apakah ada lagi tempat yang lebih kemarau dari tempat

Page 9: Pasukan Puteri Islam

kami itu. Sungguh pun demikian waktu kami sampai, saya lihat semua kambing-kambing kami semuanya sudah kenyang dan susunya pula penuh. Lalu kami perah dan minum. Sedangkan teman-teman yang lain setitik pun tidak ada susu pada kambing-kambing mereka." 

ini menimbulkan kehairanan pada jiran-jiran Halimatus Sa'adiah, hingga mereka pun berkata.

"Wahai Halimah! Sungguh beruntung kamu kerana memelihara anak Aminah itu. Sesungguhnya anak itu membawa keberkatan kepada mu."

Ada juga jiran Halimatus Sa'adiah berkata

"Celaka kita, lepaskanlah kambing-kambing ke tempat Halimah melepaskan Kambingnya."

Tetapi setelah kembali dari tempat ragut kambing-kambing Halimatus Sa'adiah, Kambing-kambing mereka pulang dengan lapar juga, dan tidak ada yang mengeluarkan susu. Begitulah terus menerus Halimatus Sa'adiah dan keluarganya mendapat kurniaan rezki dari Tuhan hingga genaplah umur Nabi 2 tahun.

Nabi dipelihara oleh Halimatus Sa'adiah sekeluarga di Desa Bani Saad hingga usia Baginda 2 tahun. Abu Kabsyah dan anak perempuannya Asy-Syima' juga turut menjaga Nabi.

Setelah Genap 2 tahun, Halimatus Sa'adiah membawa Nabi pulang ke pangkuan Ibu kandungnya, Aminah.

Aminah memelihara Nabi hanya sebentara sahaja kerana Halimatus Sa'adiah meminta keizinan dari Aminah untuk memelihara Nabi semula. Ini kerana dia terlalu sayang kan Nabi hingga dia tidak sanggup berpisah denganNya. Selepas itu Nabi dibawa pulang sekali lagi ke ke perkampungan Bani Saad, dibesarkan disana hingga usia baginda 4 tahun 2 bulan iaitu lebih kurang 50 bulan.

Maka hidup lah Nabi di desa yang aman dan tenteram itu. Pertuturan di kalangan Bani Saad membuatkan Nabi bertutur dalam bahasa Arab yang sangat fasih. ini kerana bahasa Arab Kabilah Bani Saad adalah satu-satunya kabilah yang paling fasih bahasa Arabnya. Nabi pernah bersabda;

"Aku adalah orang yang paling fasih diantara kamu, dan aku orang Quraisy yang dibesarkan di dusun keluarga Bani Saad bin Bakar."

Pertolongan cemas ialah

Page 10: Pasukan Puteri Islam

bantuan segera atau rawatan kecemasan yang diberikan untuk orang yang tercedera sebelum mendapatkan bantuan atau perawat yang bertauliah. Ia biasanya terdiri dari satu siri teknik yang boleh dilakukan, walaupun tanpa latihan perubatan, oleh hampir semua orang dengan peralatan yang minimum.

Sebelum memberi bantuan kecemasan, pastikan keselamatan anda juga terjamin dengan menimbang bahaya akibat dari kemalangan tersebut dengan mengetahui punca kecederaan mangsa, Seperti terkena renjatan elektrik dan lain-lain.

Pastikan anda tidak terus menyentuh mangsa, sebaliknya peka dan bertindak pantas menurut keperluan. Sekiranya mangsa terkena rencatan elektrik maka pastikan kadar bahaya elektrik yang mangsa hadapi. Sekiranya 240 Volt ke bawah gunakan penebat untuk meleraikan mangsa dari punca rencatan elektrik, seperti baju, tali pinggang dan lain lagi.

Objektif

Untuk menyelamatkan nyawa: Jika mangsa pengsan, pastikan laluan udara selesa dan pastikan mangsa bernafas. Sekiranya berlaku pendarahan, hentikan pendarahan secepat mungkin. Rawat kecederaan dengan betul dan kenali latar belakang mangsa (sejarah kesihatan seperti diabetes dan lain lagi) yang perlu perhatian istimewa.

Untuk mencegah luka menjadi lebih teruk: Alih mangsa dari tempat bahaya dan jangan buat mangsa banyak bergerak. Selesakan dan beri keyakinan pada mangsa serta beri perlindungan dari ketidak selesaan seperti kesejukan atau kepanasan atau keadaan yang basah.

Mendapat bantuan perubatan: Arah atau pinta rakan-rakan mengambil peti keselamatan berhampiran dan memanggil ambulans atau perawat bertauliah dengan sesegera mungkin. Pastikan menunggu bersama mangsa sehingga bantuan sampai.

Balutan: Adalah wajib untuk membalut luka, yang mudah dibuka oleh perawat bertauliah seperti doktor, supaya menghentikan pendarahan dan memastikan luka itu bersih dan terlindung dari luka menjadi bertambah rosak. Pembalut mestilah di antikumankan, di simpan dalam bekas yang ketat dari udara. Ia sewajarnya dibuat dari kain putih, suci dari kekotoran. Tangan harus dibasuh dan dibersihkan sebelum menyentuh luka. Gunakan balutan yang dapat melindungi luka sepenuhnya. Tangani balutan hanya dari sisinya. Tambah pelapik tambahan dan letak ditempatnya dengan pembalut.

Page 11: Pasukan Puteri Islam

Love Islam~